Anda di halaman 1dari 7

2

2.0 Analisis kritis tema dan ucapan Perayaan Hari Guru 2014 serta membuat
hubungkait dengan tahun sebelum ( 2004 hingga 2013)
2.1 Analisis ringkas ucapan 2014 dan ucapan tahun yang boleh dihubungkait
dengan tema dan ucapan 2014



















Rajah 1: Ringkasan ucapan Hari Guru kali ke-43 dan kali ke-42
SAMBUTAN HARI GURU KALI KE -43 ( 2014)
Tema : Guru pencetus kreativiti,penjana Inovasi
Isu yang ditekankan: Elemen kreativiti dan Inovasi
Program yang dilaksanakan :
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT) guru-guru dari
1000 buah sekolah diberi latihan KBAT secara dalam
talian, dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru melalui
kursusu kepada pelatih dan pensyarah.
Program I-Think 1048 buah sekolah.
Pengikitirafan kepada projek inovasi guru-guru.
Program Pensisiwazahan guru

SAMBUTAN HARI GURU KALI KE -42 ( 2013)
Tema : Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Aspirasi
Isu yang ditekankan: Transformasi pendidikan , berfikiran aras
tinggi, berinovasi.
Program yang dilaksanakan:
30% peperiksaan pusat menjurus kepada KBAT (KBAT
dinilai melalui peperiksaan seperti TIMS dan PISA)
Pemerkasaan Guru Pelan Induk Professoinalisme
Berterusan, Pangkalan Data Pengesanan CPD.
Strategi Lautan Biru di Institut Pendidikan Guru
Transformasi Kurikulum Pendidikan Islam.
Tarnsformasi Pendidikan Vokasional






3


















Rajah 2: Ringkasan ucapan Hari Guru kali ke-39 dan kali ke-40.
Rajah 1 dan Rajah 2 di atas merupakan analisis ucapan Hari Guru dari tahun 2010
hingga tahun 2014. Hasil analisis mendapati bahawa tema bagi kelima-lima tahun
tersebut mempunyai kaitan dan kesinambungan antara satu sama lain. Dimana intipati-
intipati ucapan bagi kelima-lima tahun ini menjurus untuk membina satu bangsa yang
berkembang secara optimum dari aspek JERIS.



Rajah 3: Kesimpulan intipati ucapan dari tahun 2010-2014
SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-41 ( 2012)
Tema: Guru inovatif melonjakkan transformasi pendidikan Negara
Isu yang ditekankan: Kualiti Pendidikan ( Budaya Inovasi )
Program yang dijalankan:
Proses Kajian Semula Pendidikan Negara
Proses Dialog Nasional Pendidiakan Negara
Melaksanakan KSSR menekankan aspek pemikiran
kritis, inovatif sejak prasekolah.
KPM bekerjasama dengan AIM untuk membudayakan
kemahiran berfikir melalui Program i-think.
Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif.


SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-40 ( 2011)
Tema: Guru penjana transformasi pendidikan negara.
Isu yang ditekankan: Kualiti Pendidikan ( Transformasi Pendidikan )
Program yang dijalankan:
Menjadikan pendidikan telah dijadikan salah satu Bidang
Keberhasilan Utama Negara ( NKRA)

Kesimpulan intipati ucapan
dari tahun 2010-2014
Membina satu bangsa yang berkembang
secara optimum dari aspek JERIS dan
menekankan aspek kreativiti dan inovasi


4


2.2 Analisis tema dan ucapan YB Perdana Menteri Pelajaran Malaysia tahun 2014

Guru pencetus kreativiti penjana inovasi merupakan tema Perayaan Hari Guru kali ke-
43. Tema Hari Guru tahun ini bertepatan dengan dunia pendidikan masa kini. Dimana
krestiviti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran kelas
pertama dalam abad ke-21 untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini.

Menurut Guilford,1950 kreativiti adalah satu komponen penting dalam semua kegiatan
intelektual dan ia merupakan suatu kebolehan untuk melahirkan idea-idea atau
kebolehan untuk melahirkan banyak idea berkaitan dengan penyelesaian sesuatu
masalah. Yayasan Inovasi Malaysia, 2010 mentakrifkan Inovasi sebagai proses
menghasilkan sesuatu (produk) yang mempraktikkan idea kreatif. Kreativiti dan Inovasi
sangat berkait rapat antara satu sama lain.Ia merupakan satu proses yang
menghubungkaitkan keseimbangan keaslian dan kualiti. Ia adalah satu kemahiran dan
kebolehan untuk membuat perkaitan dan menghasilkan idea baharu yang bersesuaian.
Menurut Drucker, 1999 inovasi merupakan pengaplikasian kepada kreativiti, iaitu proses
menghasilkan sesuatu (produk) bagi mempraktikkan idea kreatif

Kreativiti amat penting dalam membangunkan masyarakat dan negara. Guru
memainkan peranan penting bagi menerapkan elemen kreativiti dalam pengajaran
mereka. Melalui budaya pemikiran kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat mengaktifkan minda ( 2013-2025) yang dirangka memberi
penekanan terhadap elemen kreativiti dan inovasi dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
( KBAT) yang dilaksanakan di sekolah, dan diperkukuhkan lagi dengan program I-Think.

Elemen kreativiti dan inovasi yang difokus sebenarnya telah diberi sentuhan semenjak
sambutan Hari Guru Kali ke 40 ( 2011) yang membawa tema Guru Penjana
Transformasi Pendidikan Negara.






5


Memetik kata YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin dalam ucapan pada
tahun tersebut, guru adalah agen utama untuk melaksanakan transformasi pendidikan
negara dan harus memastikan pelaksanaan dan penyampaian sentiasa relevan dengan
tuntutan semasa. Kesan globalisasi dan ICT menuntut semua warga pendidik berusaha
gigih bagi menghasilkan anak didik yang benar-benar berilmu, berakhlak mulai,
mempunyai jati diri, dan mampu bersaing pada peringkat nasional mahupun global.
Dalam kata lain, guru memainkan peranan yang utama dalam usaha melahirkan modal
insan yang berilmu, kreatif, inovatif dan berketerampilan.






Rajah 4: Hubungkait elemen kreativiti dan inovasi dengan ucapan tema Hari Guru 2011

Elemen kreativiti dan Inovasi juga diberi penekanan dalam ucapan Menteri Pendidikan
Malaysia semasa sambutan Hari Guru 2012 yang membawa tema Guru inovatif
melonjakkan transformasi pendidikan Negara . Antara intipati ucapan tersebut menyebut
bahawa dalam menempuh era globalisasi yang semakin diwarnai oleh ekonomi
berteraskan ilmu dan berinovasi guru yang berkualiti adalah guru yang berinovasi. Guru
berinovasi ialah guru yang mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan
kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan
menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Seorang guru yang berinovasi
akan memberi tumpuan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh
merangsang daya berfikir dan daya kreativiti murid.

Selain elemen kreativiti dan inovasi, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT) diberi
penekanan dalam perutusan Hari Guru 2014.



Elemen kreativiti dan inovasi
Sambutan Hari Guru kali ke-40 (2011)
Guru penjana transformasi negara
- Meningkatkan kualiti pendidikan untuk
melahirkan modal insan yang berilmu, kreatif,
inovatif dan berketerampilan.


6


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT) amat penting untuk dipraktikkan dalam usaha
kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu
berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis
dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.
Langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran
akan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat
antarabangsa terutama dalam pentaksiran Programme for International Student
Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science
Study (TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015.
Pelaksanaan KBAT memberikan murid kebebas anuntuk membanding, membeza,
menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan
pandangan mereka sendiri.. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif,
inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi telah dihurai dengan begitu mendalam semasa ucapan
Hari Guru 2013 yang membawa tema Guru Malaysia: 1 Suara, 1 Aspirasi . Memetik
kata YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin dalam ucapan pada tahun
tersebut, para guru berperanan untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap
bertaraf dunia. Untuk itu, para guru perlu memiliki satu wawasan unggul untuk
mentransformasi pelbagai aspek pendidikan, berpemikiran aras tinggi dan mampu
berinovasi. Bagi menyahut hasrat ini, para guru perlu sentiasa berusaha untuk
meningkatkan keberhasilan sekolah dan kemenjadian murid. Tidak dapat dinafikan guru
selama ini memang telah berakauntabiliti dalam meningkatkan pencapaian murid dan
kejayaan sekolah.Namun, akauntabiliti terhadap keberhasilan operasi sekolah masing-
masing perlu terus dipertingkatkan kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini
persaingan menjadi semakin sengit.








7







Rajah 5: Hubungkait elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan tema 2013

Program KBAT di bilik darjah diperkukuhkan lagi melalui Program i-Think iaitu satu
program yang membantu pihak sekolah memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya
pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam meyelesaikan masalah dan berupaya
menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif dalam kreatif dalam kalangan murid.
Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid
berinovatif. Dapatan melalui kajian keperluan (needs analysis) menunjukkan bahawa
kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skill HOTS) dalam kalangan guru
dan murid di Malaysia amat rendah.

Sehubungan itu, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana
Menteri yang telah dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara, bekerjasama
dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merealisasikan impian tersebut.
Bagaimana Program i-Think dilaksanakan Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel
Education (UK) untuk mengendalikan kursus bagi program i-Think. Antara alat berfikir
yang akan diperkenalkan termasuklah thinking maps, habits of mind, thinking hats, dan
Q-matrix charts. Program i-think akan melahirkan para pencipta generasi masa depan
Malaysia yang hebat dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan
inovatif.



Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Sambutan Hari Guru kali ke-42 (2013)
Guru Malaysia: 1 Suara Aspirasi
- Mentransformasi pelbagai aspek pendidikan,
berpemikiran aras tinggi dan mampu
berinovasi

8


Program KBAT yang menjadi elemen penting dalam teks ucapan 2014 juga telah
dinyatakan semasa ucapan Hari Guru 2012. Memetik kata YAB Tan Sri Haji Muhyiddin
Bin Haji Mohd Yassin dalam ucapan pada tahun tersebut menyatakan bahawa Agensi
Malaysia ( AIM) untuk membudayakan kemahiran berfikir melalui Program i-Think.
Program ini adalah pendekatan baru yang sesuai diguna pakai oleh guru untuk
meningkatakan penaakulan dalam kalangan murid. Program I-Think yang disebut
kembali dalam ucapan 2014 adalah kesinambungan dari program I-Think 2012.
2.3 Rumusan
Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan
bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi
dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai
penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda,
pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Oleh yang demikian,
pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu Guru Pencetus Kreativiti, Penjana
Inovasi amat beretepatan sekali dan ia juga merukan kesinambungan daripada
tema-tema hari guru tahun- tahun sebelum ini.






Patah perkataan(termasuk grafik) : 1469 patah perkataan
Patah perkataan(tidak termasuk grafik) : 1100 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai