Anda di halaman 1dari 8

TUGASAN 1

ANALISIS KRITIS TERHADAP TEMA DAN UCAPAN SAMBUTAN HARI GURU

2012
Guru Inovatif
Melonjakkan
Transformasi
Pendidikan
Negara

2014
Guru :
Pencetus
Kreativiti,
Penjana
Inovasi

TEMA HARI
GURU

2014
Guru : Pencetus
Kreativiti, Penjana
Inovasi
seorang guru akan
mencetuskan
kemampuan untuk
mencipta sesuatu dan
mampu melahirkan
sesuatu yang baru
untuk diperkenalkan

2012
Guru Inovatif
Melonjakkan
Transformasi
Pendidikan Negara
guru yang boleh
melakukan sesuatu
yang baru mampu
untuk meningkatkan
atau menaikkan
perubahan dalam
sistem pendidikan
negara

melahirkan
generasi yang
dapat memacu
ekonomi negara

melaksanakan
pelan
Pembangunan
Pendidikan Malaysia
(2013 2025) yang
memberi
penekanan
terhadap elemen
kreativiti dan
inovasi serta
memperkenalkan
Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi ( KBAT )

diperkukuh melalui
Program I -Think

Guru juga perlu


sentiasa menambah
nilai intelektualnya
kerana guru
merupakan agen
perubahan

Profesionalisme dan
kualiti guru harus
ditingkatkan agar
dapat menerima
dan meghadapi
cabaran dan
pembaharuan
dalam sistem
pendidikan negara

modal insan yang


dilahirkan dapat
menjadi peneraju
negara yang
mampu memberi
pembaharuan dari
aspek pemikiran
dan kemahiran

melahirkan insan
yang memacu
kemajuan negara
dan memberi
peluang pendidikan
yang sama rata
kepada murid
murid dari pelbagai
kaum, status sosial,
wilayah dan agama
di Malaysia

bidang pendidikan
negara terpaksa
melalui pelbagai
cabaran dan
menghadapi
transformasi untuk
meningkatkan
kualiti dan ekuiti
pendidikan dalam
masa yang terdekat

Guru yang kreatif


akan mendorong
murid murid untuk
bersikap kreatif dan
inovatif

Setiap tahun, negara tidak akan pernah terlupa untuk menghargai jasa guru guru dengan cara
mengadakan sambutan Hari Guru. Sambutan Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun.
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama,
1956, Majlis Undang - Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah
menerima cadangan - cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education
Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan

Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu. Setiap kali sambutan Hari
Guru, pihak kementerian akan memilih tema yang berlainan untuk digunakan pada tahun
tersebut. Antara ungkapan yang pernah dijadikan tema sambutan Hari Guru ialah Guru
Berkualiti Pemangkin Kegemilangan, Guru Penjana Modal Insan Gemilang, Guru Pembina
Negara Bangsa dan sebagainya.
Tema sambutan Hari Guru bagi tahun 2014 ialah Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana
Inovasi. Setiap tema yang dicipta dan digunakan memberi erti kepada sistem pendidikan
negara kita. Perkataan pencetus yang berasal dari kata akar cetus membawa maksud sesuatu
yang mencetuskan atau menimbulkan. Kreativiti pula bermaksud kemampuan dan kebolehan
mencipta sesuatu yang baru. Perkataan penjana bermaksud sesuatu untuk menjanakan atau
melahirkan sesuatu manakala inovasi membawa erti sesuatu yang baru diperkenalkan seperti
kaedah, sistem adat dan lain lain. Semua perkataan yang dijadikan ungkapan tema Hari Guru
diterjemahkan daripada Kamus Dewan edisi keempat. Berdasarkan maksud setiap perkataan di
atas, tema Hari Guru 2014 memberi erti bahawa seorang guru akan mencetuskan kemampuan
untuk mencipta sesuatu dan mampu melahirkan sesuatu yang baru untuk diperkenalkan.
Sebagai seorang guru, selain daripada menjalankan tugas sebagai pendidik di sekolah,
kita juga perlu kreatif dan inovatif agar dapat menghasilkan idea idea baharu yang boleh
digunakan dalam sistem pendidikan. di samping itu, idea idea yang kreatif juga boleh
digunakan oleh guru ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Sempena ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin, Menteri Pendidikan
pada perayaan Hari Guru yang ke 43 tahun 2014, beliau mempunyai hasrat untuk melahirkan
guru yang boleh menjadi pencetus dan penjana kepada kreativiti dan inovasi ketika mendidik
murid murid di sekolah. Memandangkan kini kita hidup dalam dunia yang penuh dengan
transformasi, maka amat penting untuk guru guru melahirkan generasi yang dapat memacu
ekonomi negara dengan ilmu yang diperoleh dari awal persekolahan. Guru yang dapat
melahirkan generasi yang kreatif dan berinovasi dapat boleh membantu negara memajukan
ekonomi. Ekonomi yang dipacu oleh generasi yang kreatif dan berionovasi dapat berdiri seiring
dengan negara negara maju yang lain. Bagi menghadapi dunia moden yang semakin
mencabar ini, kerajaan telah melaksanakan pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013
2025) yang memberi penekanan terhadap elemen kreativiti dan inovasi serta memperkenalkan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) yang merangkumi tujuh elemen iaitu kurikulum,

pedagogi, pentaksiran, sumber, sokongan masyarakat, ko-kurikulum dan bina upaya guru.

KBAT di bilik darjah telah diperkukuh melalui Program I -Think iaitu satu program yang
membantu pihak sekolah memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran
sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan
penyelesaian secara kreatif dalam kalangan murid. Dengan wujudnya pelbagai program
dan dasar baharu, diharapkan modal insan yang dilahirkan dapat menjadi peneraju negara
yang mampu memberi pembaharuan dari aspek pemikiran dan kemahiran.
Dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia (AIM), sebanyak 1,048 buah sekolah
telah melaksanakan Program i-Think pada tahun 2013. Pada tahun ini, guru-guru dari 1,000
buah sekolah telah diberi latihan KBAT secara dalam talian sebagai langkah memperluas
Program I -Think ke semua sekolah di seluruh negara. Pembudayaan KBAT turut
dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) melalui kursus untuk guru pelatih dan
pensyarah. Semua ini dilaksanakan dalam usaha untuk menghasilkan generasi masa
depan yang berfiikir secara kritis, kreatif dan inovatif.
Selain itu, dalam ucapan ini, Menteri Pendidikan Malaysia turut mengaitkan
profesionalisme guru bagi mencapai PPPM yang dilancarkan. Profesionalisme dan kualiti
guru harus ditingkatkan agar dapat menerima dan meghadapi cabaran dan pembaharuan
dalam sistem pendidikan negara. Tugas dan tanggungjawab besar yang terletak di bahu
para guru menuntut komitmen yang tinggi khususnya dalam menghadapi persaingan global
yang menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan. Guru juga perlu sentiasa
menambah nilai

intelektualnya

kerana guru merupakan agen perubahan dalam

menghasilkan modal insan yang diperlukan oleh negara. Pelbagai program pendidikan
telah dijalankan oleh kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan profesionalisme
guru. Kerajaan mengharapkan dengan kepelbagaian program pendidikan yang dijalankan,
semakin ramai cerdik pandai yang berinovatif dan kreatif dapat dilahirkan. Guru yang kreatif
mampu melahirkan dan menjana murid yang berinovasi. Perkara ini telah terbukti apabila
murid murid daripada negara ini telah banyak menjuarai atau memenangi pertandingan
dan kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang inovasi.
Tema dan ucapan Hari Guru kali ke 43 ini dapat dikaitkan dengan tema dan
ucapan Hari Guru tahun 2012. Ini kerana tema Hari Guru 2012 ialah Guru Inovatif
Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Maksud ungkapan ini ialah guru yang boleh
melakukan sesuatu yang baru mampu untuk meningkatkan atau menaikkan perubahan dalam

sistem pendidikan negara. Dalam dunia globalisasi hari ini, bidang pendidikan negara terpaksa
melalui pelbagai cabaran dan menghadapi transformasi untuk meningkatkan kualiti dan ekuiti
pendidikan dalam masa yang terdekat. Tujuannya supaya sistem pendidikan negara mampu
melahirkan insan yang memacu kemajuan negara dan memberi peluang pendidikan yang sama
rata kepada murid murid dari pelbagai kaum, status sosial, wilayah dan agama di Malaysia.
Kerajaan telah memberi tumpuan secara menyeluruh terhadap usaha untuk meningkatkan
kualiti pendidikan negara. Pendidikan yang berkualiti merupakan satu satunya cara untuk
melahirkan modal insan yang mampu memacu kemajuan negara.

Berdasarkan ucapan Hari Guru 2014, kementerian menyasarkan guru menjadi


pencetus kreativiti dan penjana inovasi dalam mendidik murid. Ia boleh disesuaikan dengan
tema Hari Guru 2012 iaitu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Guru
yang kreatif akan mendorong murid murid untuk bersikap kreatif dan inovatif. Guru guru ini
akan memberi idea kepada murid dan seterusnya membantu murid mencapai kejayaan.
Sebagai contoh, kejayaan pelajar MRSM Kota Putra yang menjadi pemenang Anugerah
Tempatan Google Science Fair di Kuala Lumpur kerana menghasilkan inovasi mesra alam.
Begitu juga kejayaan dua orang pelajar MRSM Kuantan, Nur Syafiqah Mohd Azhar, 17 dan
Noor Fatin Zulkifli, 17, telah mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul pingat
emas melalui produk kertas mesra alam daripada lalang di Geneva Palexpo Exhibitions and
Inventions, Switzerland pada 18 hingga 22 April 2012. Kedua dua inovasi yang dihasilkan oleh
pelajar MRSM ini adalah melibatkan alam sekitar. Di samping mencipta pembaharuan, mereka
tidak melupakan alam semulajadi ciptaan Tuhan.
Selain itu, kejayaan lain yang telah dicapai oleh anak didik hasil guru yang berinovasi
ialah berjaya dalam Pertandingan Inovasi Kebangsaan dan Malaysian International Young

Inventors Olympiad 2013 (MIYIO) dengan muncul sebagai johan dalam beberapa kategori.
Di peringkat antarabangsa, murid kita melakar kejayaan dengan muncul johan keseluruhan
dalam World Robots Olympiad 2013 di Jakarta. Malah, terdapat guru yang telah berjaya
dalam biang inovasi di persada antarabangsa iaitu Zainuddin Zakaria dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri. Beliau berjaya memenangi tempat ketiga dalam
Pertandingan Inovasi Pendidikan 2011 di Washington, Amerika Syarikat (AS). Beliau menjadi
pendidik tempatan pertama yang berjaya dalam pertandingan ini.
Semua kejayaan yang dikecapi oleh pelajar pelajar MRSM ini adalah berkat dan jasa
daripada guru guru yang mengajarnya. Guru yang inovatif akan menjalankan aktiviti yang

melibatkan reka cipta dan inovasi di peringkat sekolah. Seterusnya, murid murid yang
mempunyai potensi akan digilap bakatnya sehingga mampu menaikkan nama negara di
persada antarabangsa. Setelah dapat mengenal pasti murid dan pelajar yang kreatif, guru akan
memberi bimbingan yang sewajarnya. Ini bertepatan dengan ciri ciri guru sebagai
pembimbing. Bimbingan yang diberi oleh guru perlu disertakan dengan contoh contoh
kejayaan yang dikecapi negara luar. Secara tidak langsung, guru dapat menaikkan semangat
dan motivasi anak didik.
Selain itu, guru yang berinovasi mesti mempunyai kemahiran untuk melengkapkan
murid dengan kemahiran berfikir aras tinggi, keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan
menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Kemahiran kemahiran ini boleh
diaplikasikan di dalam bilik darjah. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, guru boleh
mempelbagaikan cara pengajaran dan memberi peluang kepada murid untuk berfikri di luar
kotak pemikiran. Situasi ini secara tidak langsung menjadikan guru sebagai seorang yang
berfikiran kreatif kerana perlu memikirkan kaedah dan strategi pengajaran yang sesuai dan
dapat menarik minat anak didik. Manakala murid atau pelajar akan menjadi seorang yang
mempunyai daya berfikir yang kritis. Keutamaan guru yang berinovatif ini bukan sahaja untuk
membolehkan murid menggunakan ilmu yang diajar di dalam kelas tetapi juga membantu murid
atau pelajar menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Guru yang berinovasi akan sentiasa memikirkan cabaran untuk hari hari mendatang.
Ini bermakna, guru akan sentiasa memikirkan cara dan usaha bagi menghadapi cabaran dan
perubahan yang akan berlaku pada masa akan datang. Guru yang kreatif akan menghasilkan
murid yang berinovasi. Di sekolah, guru boleh menguruskan Kelab Reka Cipta sebagai satu
cara untuk melahirkan murid yang berinovasi. Agenda agenda yang boleh dilakukan.
Termasuklah

mengadakan

pertandingan

reka

cipta

di

peringkat

sekolah,

menyertai

pertandingan reka cipta yang dianjurkan oleh agensi luar serta mengadakan bengkel reka cipta.
Segala usaha guru yang kreatif ini dapat menarik minat murid dan mencungkil bakat mereka.
Usaha guru guru yang kreatif ini selaras dengan transformasi yang negara lakukan dalam
bidang pendidikan dalam usaha untuk melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif,
mempunyai pencapaian yang holistik dalam segala bidang serta proaktif.
Persamaan yang terdapat dalam kedua dua ucapan Hari Guru 2014 dan 2012 ialah
usaha

kerajaan

untuk

meningkatkan

profesionalisme

guru.

Para

guru

menggalas

tanggungjawab yang besar pada zaman global ini. Tanggungjawab besar yang terletak di

bahu para guru menuntut komitmen yang tinggi khususnya untuk menghadapi persaingan
global yang menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan. Untuk itu, guru sebagai
golongan profesional perlu bersedia untuk menerima perubahan dan memiliki ciri inovatif.
guru guru yang berkualiti diperlukan untuk membudayakan inovasi di sekolah. Dengan itu,
pelbagai dasar, insentif dan latihan dijalankan oleh pihak kerajaan kepada golongan guru
agar transformasi negara dalam bidang pendidikan dapat dicapai.
Menurut Fullan ( 1993 ) dalam Hamidah Baba ( 1999 ), guru mesti memikirkan
perubahan dan inovasi seperti kita memikirkan hidup kita sendiri. Berdasarkan penyataan
ini, ternyata tugas guru sentiasa berkait dengan transformasi dan inovasi. Dengan kualiti
guru yang semakin meningkat, kualiti sistem pendidikan negara akan turut meningkat
selaras dengan perubahan dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Bagi meningkatkan kualiti guru, pelbagai dasar dan program yang dilaksanakan oleh
pihak kerajaan. Diharapkan dengan pelaksanaan dasar dan program program ini, guru
menjadi semakin berani untuk berinovasi dan menghasilkan sesuatu yang kreatif serta
modal insan yang mampu menonjolkan hasil baru. Selain itu, untuk meningkatkan
profesionalisme guru, kementerian akan memantapkan latihan guru di IPG. Kursus - kursus
dalam program pendidikan guru turut memberi penekanan terhadap penerapan unsur-unsur
kreativiti dan inovasi dalam latihan perguruan merangkumi Program Persediaan Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan
Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (PDPLI). Elemen inovasi turut diberi tumpuan
melalui aktiviti P & P merangkumi pembentangan, projek, pembinaan sumber PdP,
pertandingan inovasi bagi pendidikan lestari dan pembelajaran atas talian. Pembudayaan
inovasi di IPG juga dimantapkan dengan penganjuran program-program inovasi di peringkat
IPGM dan IPG kampus.
Dapat dilihat suasana di IPG seluruh Malaysia pada masa kini yang berbeza
daripada dahulu. Ini kerana guru guru pelatih diberi ilmu pengetahuan tentang inovasi dan
didorong oleh pensyarah untuk menghasilkan inovasi yang boleh digunakan dalam sistem
pendidikan negara. Malah, sistem pembelajaran atas talian turut diaplikasikan terhadap
guru guru pelatih. Langkah ini diusahakan untuk memberi peluang kepada guru pelatih
membiasakan diri dengan teknologi maklumat dan komunikasi serta membawa mereka

untuk menelusuri dimensi baru. Langkah ini juga dapat merangsang guru pelatih untuk
berfiki di luar kotak.
( 1885 patah perkataan )

Anda mungkin juga menyukai