Anda di halaman 1dari 16

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Merujuk pada bab ini, pengkaji membincangkan dapatan kajian hasil daripada data

yang telah dianalisis dengan mendalam serta membuat kesimpulan dan rumusan

terhadap semua persoalan kajian yang dibangkitkan oleh pengkaji. Disamping itu,

pengkaji juga telah membahagikan beberapa aspek bagi perincian perbincangan

mengenai kajian yang telah dijalankan. Pada masa yang sama, beberapa cadangan

juga dikemukakan pengkaji untuk tindakan selanjutnya bagi mencapai hasil dapatan

yang lebih baik dalam penyelidikan berkenaan amalan kepimpinan instruksional guru

besar dengan kepuasan kerja guru sekolah rendah di daerah Kota Setar.
5.2 Perbincangan

Dapat dilihat bahawa dalam bahagian ini, perbincangan akan merujuk kepada enam

persoalan kajian yang dibangkitkan dimana dua persoalan kajian merujuk kepada

tahap manakala empat lagi merujuk kepada hubungan. Dapatan kajian yang akan

diperhalusi adalah berdasarkan tahap amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar di

sekolah rendah daerah Kota Setar dan tahap Kepuasan kerja dalam kalangan guru-

guru di sekolah rendah daerah Kota Setar. Akhir sekali, perbincangan diarahkan untuk

mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan instruksional guru besar dengan

kepuasan kerja guru di sekolah rendah daerah Kota Setar, antara amalan kepimpinan

instruksional guru besar dengan kepuasan kerja guru (Dimensi Pekerjaan itu sendiri /

Beban Kerja) di sekolah rendah daerah Kota Setar, antara amalan kepimpinan

instruksional guru besar dengan kepuasan kerja guru (Dimensi Peluang kenaikan

pangkat) di sekolah rendah daerah Kota Setar dan antara amalan kepimpinan

instruksional guru besar dengan kepuasan kerja guru (Dimensi Rakan Sekerja) di

sekolah rendah daerah Kota Setar.

5.2.1 Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar Di Sekolah Rendah

Daerah Kota Setar

Dalam pada itu, melihat pada persoalan kajian pertama yang memberikan tumpuan

kepada tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar di sekolah rendah daerah

Kota Setar. Secara keseluruhan, perbincangan akan dijuruskan kepada tiga dimensi

iaitu dimensi mendefinisikan matlamat sekolah, dimensi mengurus program

instruksional, dan dimensi mewujudkan iklim pembelajaran positif. Dapatan secara


keseluruhan menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar

di sekolah rendah daerah Kota Setar berada pada tahap tinggi.

5.2.1.1 Dimensi Mendefinisikan Matlamat Sekolah

Melihat pada dimensi pertama dalam tahap amalan kepimpinan instruksional guru

besar iaitu dimensi mendefinisikan matlamat sekolah dengan dapatan yang berada

pada tahap tinggi. Dapatan menunjukkan bahawa Guru Besar merangka matlamat

akademik sekolah untuk suatu jangka masa tertentu agar mudah dilaksanakan oleh

guru. Dapatan ini selari dengan dapatan oleh Ujil & Andin, (2018) yang memperolehi

dapatan dimensi mendefinisikan matlamat sekolah pada tahap yang tinggi. Ianya juga

menunjukkan bahawa guru besar mengggunakan keputusan pencapaian akademik

pelajar bagi merangka matlamat akademik sekolah. Yasin et al., (2019) juga

menyatakan bahawa dapatan bagi dimensi mendefinisikan matlamat sekolah ini

adalah pada tahap tinggi dengan merujuk kepada aspek bahawa guru bersetuju

bahawa Guru Besar merangka matlamat akademik sekolah bersesuaian dengan

tanggungjawab guru dan membentuk matlamat sekolah agar mudah dilaksanakan oleh

guru.

Selain itu, guru bersetuju bahawa Guru Besar mengadakan mesyuarat

menyampaikan matlamat kurikulum sekolah kepada semua guru dan Guru Besar

merujuk matlamat kurikulum sekolah ketika mengadakan perbincangan dengan guru-

guru. Selari dengan itu, Urfatullaila et al., (2021) yang juga memperolehi dapatan

pada tahap tinggi bagi dimensi ini. Guru juga bersetuju bahawa Guru Besar merujuk

matlamat kurikulum sekolah dengan guru apabila membuat keputusan berkaitan


kurikulum dimana ianya disokong oleh dapatan kajian (Rodzianah & Hamzah, 2021).

Dapat dirumuskan bahawa tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar iaitu

dimensi mendefinisikan matlamat sekolah sememangnya berada pada tahap tinggi.

5.2.1.2 Dimensi Mengurus Program Instruksional

Seterusnya, merujuk pula kepada dimensi kedua iaitu dimensi mengurus program

instruksional yang juga memperolehi dapatan tahap tinggi. Guru-guru bersetuju

bahawa Guru Besar memastikan pengajaran guru dalam kelas adalah bersesuaian

dengan matlamat sekolah dan mengadakan perjumpaan bagi membantu guru agar

bekerja seiring dengan matlamat sekolah. Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian

Faizal et al., (2014) yang juga mendapati bahawa dimensi mengurus program

instruksional berada pada tahap tinggi. Guru bersetuju bahawa Guru Besar

melaksanakan pencerapan secara tidak formal di kelas dan menyatakan kekuatan dan

kelemahan PdPc guru secara bertulis selepas pencerapan. Dapatan ini selaras dengan

Fusarelli et al., (2018) yang juga mendapati bahawa dimensi mengurus program

instruksional berada pada tahap tinggi.

Seterusnya, guru bersetuju bahawa Guru Besar menjelaskan siapakah yang

bertanggungjawab bagi menyelaras kurikulum. Dapatan juga selari apabila terdapat

juga kajian dengan dapatan pada tahap tinggi seperti kajian (Saad & Sankaran, 2017).

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru bersetuju Guru Besar memantau

kurikulum kelas agar seiring dengan objektif kurikulum sekolah dan melibatkan diri

secara aktif dalam pemilihan alat bantu mengajar berkaitan kurikulum. Ianya juga

selari dengan satu lagi kajian yang mendapati bahawa elemen menyelaras kurikulum
dalam dimensi mengurus program instruksional berada pada tahap tinggi (Yen &

Abdullah@Jerry, 2017). Ianya juga selari dengan satu lagi kajian yang juga mendapati

bahawa dimensi mengurus program instruksional berada pada tahap tinggi iaitu kajian

(Hasbullah & Mahamod, 2017).

Disamping itu, bagi elemen memantau kemajuan murid dalam dimensi ini

juga berada pada tahap tinggi dimana guru bersetuju bahawa Guru Besar merujuk

keputusan tahap penguasaan PBD untuk menilai pencapaian matlamat sekolah. Kajian

Othman & Busari, (2019) dimensi mengurus program instruksional berada pada tahap

tinggi. Namun yang demikian, guru tidak pasti bahawa Guru Besar berjumpa dengan

guru bagi membincangkan pencapaiaan akademik pelajar dan dapatan ini juga

disokong oleh kajian Aaisyah & Lail, (2017) juga mendapati bahawa tahap dimensi

ini berada pada tahap sederhana. Secara kesimpulan, tahap dimensi mengurus

program instruksional yang diamalkan oleh guru besar berada pada tahap tinggi

walaupun terdapat dapatan pada tahap sederhana bagi beberapa bahagian yang perlu

ditambahbaik.

5.2.1.3 Dimensi Mewujudkan Iklim Pembelajaran Positif

Seterusnya, dalam dimensi ketiga iaitu dimensi mewujudkan iklim pembelajaran

positif ini pula dibahagikan kepada enam elemen utama dan setiap elemen juga

mencatatkan dapatan pada tahap tinggi. Guru bersetuju bahawa Guru Besar

memastikan waktu PdPc tidak diganggu dengan pengumuman yang menggunakan

pembesar suara dan memastikan pelajar tidak dipanggil ke pejabat semasa sesi PdPc

dijalankan. Dapatan ini disokong oleh kajian Ambotang & Hamid, (2021) yang juga
mendapati bahawa elemen melindungi masa instruksional berada pada tahap tinggi.

Guru bersetuju bahawa Guru Besar memastikan waktu PdPc tidak diganggu dengan

pengumuman yang menggunakan pembesar suara dan memastikan pelajar tidak

dipanggil ke pejabat semasa sesi PdPc dijalankan. Dapatan juga selari dengan dapatan

kajian pada tahap tinggi bagi elemen melindungi masa instruksional dalam kajian

(Sinnu, 2019).

Selain itu, elemen mempromosi pembangunan professional yang juga didapati

berada pada tahap tinggi sama seperti kajian oleh (Amin & Hamzah, 2021). Dapatan

menunjukkan bahawa guru bersetuju bahawa Guru Besar memaklumkan kepada guru

peluang untuk perkembangan kerjaya dan menyokong guru yang memohon latihan

dalam perkhidmatan yang bersesuaian dengan matlamat kurikulum sekolah. Ianya

juga selari dengan dapatan kajian oleh Maulod et al., (2016) yang juga mendapati

bahawa dimensi mewujudkan iklim pembelajaran positif berada pada taha yang

tinggi. Disamping itu, Guru sangat bersetuju bahawa Guru Besar melibatkan diri

dalam kegiatan kurikulum dan kokurikulum dan melawat kelas bagi berbincang

dengan guru dan pelajar berkaitan hal akademik sekolah dengan dapatan pada tahap

tinggi ini sama dengan kajian (Shah & Nor, 2021).

Elemen keempat iaitu elemen menguatkan piawaian akademik juga

mencatattkan dapatan pada tahap tinggi dan selari dengan kajian (Ramasamy, 2013).

Ianya menunjukkan bahawa menunjukkan bahawa guru bersetuju yang Guru Besar

menetapkan piawaian yang tinggi bagi kadar peratusan pelajar yang dijangka

menguasai objektif PdPc. Namun yang demikian, terdapat juga kajian yang

memperolehi dapatan pada tahap sederhana dan mendapati bahawa guru tidak pasti

bahawa Guru Besar menetapkan piawaian yang perlu dikuasai oleh pelajar bagi setiap
keputusan ujian yang bakal diperolehi seperti kajian (Anak & Mansor, 2021). Dapatan

juga menunjukkan bahawa elemen menyediakan insentif kepada murid berada pada

tahap tinggi seharung dengan kajian (Liu et al., 2021). Guru-guru bersetuju bahawa

Guru Besar menjemput ibu bapa ke sekolah untuk berbincang prestasi akademik

pelajar.

Seterusnya, elemen menyediakan insentif kepada guru yang juga memperolehi

dapatan pada tahap tinggi yang mana selari dengan kajian (Urfatullaila et al., 2021).

Dapatan memperlihatkan bahawa guru-guru bersetuju yang Guru Besar memuji guru

yang menunjukkan prestasi baik secara peribadi dan memberi peluang guru

berprestasi baik menghadiri latihan untuk perkembangan kerjaya. Dapatan juga selari

dengan kajian Vijian & Wahab, (2020) yang juga mendapati elemen menyediakan

insentif kepada guru berada pada tahap tinggi. Namun yang demikian, guru tidak pasti

jika Guru Besar memaklumkan guru yang berprestasi yang baik dalam mesyuarat,

surat siaran atau memo dimana ianya juga disokong oleh kajian (Shah & Nor, 2021).

Secara keseluruhan, boleh dinyatakan bahawa dimensi mewujudkan iklim

pembelajaran positif juga berada pada tahap tinggi namun terdapat elemen yang

mempunyai dapatan pada tahap sederhana yang perlu diberikan perhatian oleh guru

besar.

5.2.2 Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru-Guru Di Sekolah Rendah

Daerah Kota Setar

Melihat pula pada dapatan yang diperolehi bagi persoalan kajian kedua, secara

keseluruhannya dapat dinyatakan bahawa tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-
guru di sekolah rendah daerah Kota Setar berada pada tahap tinggi. Selain itu, dapatan

akan diperbincangkan berdasarkan tiga dimensi dalam tahap kepuasan ini iaitu

kenaikan pangkat, pekerjaan itu sendiri (beban kerja) dan rakan sekerja.

5.2.2.1 Kenaikan Pangkat

Merangkumi dimensi pertama yang menghasilkan dapatan pada tahap tinggi adalah

bagi dimensi kenaikan pangkat. Guru bersetuju yang mereka berpuas hati dengan

peluang untuk naik pangkat, berpuas hati dengan penilaian yang dibuat untuk dan

tidak risau ada persaingan. Ini menunjukkan guru-guru sangat bersedia dengan segala

kemungkina yang bakal dihadapi dalam proses kenaikan pangkat. Dapatan ini selari

dengan kajian Lia Indah & Ruslin, (2018) yang juga mendapati bahawa dimensi

kenaikan pangkat berada pada tahap tinggi. Guru juga didapati bersetuju bahawa

mereka yakin memilih pekerjaan ini tanpa ragu-ragu walaupan proses kenaikan

pangkat lambat dan berpuas hati dengan dasar yang ditetapkan oleh KPM yang urusan

kenaikan pangkat. Mohamad Fazleen, (2017) dalam kajian juga mendapati bahawa

tahap bagi dimensi kenaikan pangkat berada pada tahap tinggi. Namun, guru-guru

tidak pasti bahawa mereka berpuas hati dengan kriteria penentuan untuk naik pangkat

yang mana dapatan ini juga selari dengan dapatan kajian (Liker, 2004). Dapat

disimpulkan bahawa tahap bagi dimensi kenaikan pangkat berada pada tahap tinggi

namun terdapat bahagian yang guru tidak berpuashati atau tiak pasti.

5.2.2.2 Pekerjaan Itu Sendiri (Beban Kerja)

Merujuk pada dimensi kedua iaitu dimensi pekerjaan itu sendiri (beban kerja) yang

juga mencatat tahap tinggi. Dapatan ini selari dengan dapatan bagi kajian Razak et al.,
(2020) yang juga mencatatkan tahap tinggi bagi dimensi pekerjaan itu sendiri (beban

kerja). Guru bersetuju bahawa mereka berpuas hati walaupun perlu melakukan kerja

yang berbeza-beza dan berasa kerja yang dilakukan sesuai dengan kemahiran mereka.

Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Md. Yusof & Wahab, 2019) yang

menyatakan bahawa dimensi pekerjaan itu sendiri (beban kerja) dalam kalangan guru

berada pada tahap yang tinggi. Ianya juga dipersetujui oleh guru guru-guru bersetuju

yang mereka cenderung untuk membuat tugasan yang diberikan daripada kerja yang

mereka minat. Namun yang demikian, dapatan ini bercanggah dengan kajian oleh

(Ismail, 2016) yang mendapati bahawa dimensi pekerjaan itu sendiri (beban kerja)

berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa guru kurang pasti bahawa

mereka dapat menyelesaikan semua kerja yang diberikan. Kesimpulan yang dapat

dibuat disini adalah bahawa pada tahap dimensi pekerjaan itu sendiri (beban kerja)

berada pada tahap tinggi namun masih terdapat perkara yang perlu ditambahbaik bagi

memperolehi dapatan yang lebih tinggi.

5.2.2.3 Rakan Sekerja

Dimensi ketiga yang akan dibincangkan adalah berkaitan dimensi rakan sekerja yang

mana ianya juga menunjukkan dapatan pada tahap tinggi. Ianya menunjukkan bahawa

guru bersetuju yang mereka berpuas hati dengan sikap rakan sekerja dan berpuas hati

dengan galakan yang diterima daripada rakan sekerja. Dapatan kajian ini disokong

oleh kajian Mohamad Fazleen, (2017) yang juga mendapati bahawa dimensi rakan

sekerja berada pada tahap yang tinggi. Dapatan juga menyatakan bahawa berpuas hati

dengan kecekapan rakan sekerja yang juga selari dengan dapatan kajian (Lia Indah &

Ruslin, 2018). Selain itu, guru bersetuju bahawa mereka berpuas hati dengan bantuan

yang diterima daripada rakan sekerja yang mana ianya disokong oleh dapatan kajian
oleh (Isa, 2013). Dapatan kajian juga menyatakan bahawa guru bersetuju yang wujud

hubungan baik dengan rakan dalam pelaksanaan kerja secara kumpulan dan berpuas

hati dengan komunikasi berkesan antara saya dan ahli kumpulan dalam melaksanakan

kerja. Secara kesimpulan, dapat dinyatakan bahawa dimensi rakan sekerja berada

pada tahap tinggi secara keseluruhan.

5.2.3 Hubungan Antara Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar

Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Rendah Daerah Kota Setar

Seterusnya, merujuk pula pada persoalan ketiga yang melihat hubungan antara amalan

kepimpinan instruksional guru besar dengan kepuasan kerja guru di sekolah rendah

daerah Kota Setar yang mana ianya menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang

signifikan. Dapatan ini juga selari dengan dapatan kajian oleh Faustine & Hamzah,

(2017) yang juga memperolehi dapatan bahawa terdapat hubungan antara amalan

kepimpinan instruksional guru besar dengan kepuasan kerja guru. Ianya juga

menunjukkan bahawa amalan kepimpinan instruksional oleh guru besar mempunyai

impak yang positif kepada kepuasan kerja guru secara keseluruhan. Selain itu, satu

lagi kajian juga memperolehi dapatan yang selari dengan kajian ini bahawa terdapat

hubungan antara amalan kepimpinan instruksional guru besar dengan kepuasan kerja

guru oleh kajian (Elangkumaran Davarajoo, 2013). Dapatan juga disokong oleh kajian

(Anak & Mansor, 2021). Ini menunjukkan bahawa kepimpinan instruksional

memberikan impak dan mempunyai impak kepada kepuasan kerja guru secara

keseluruhan. Dapatan juga menerima hipotesis kajian iaitu terdapat hubungan antara

amalan kepimpinan instruksional guru besar dengan kepuasan kerja guru di sekolah

rendah daerah Kota Setar.


5.2.4 Hubungan Antara Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar

Dengan Kepuasan Kerja Guru (Dimensi Pekerjaan Itu Sendiri / Beban Kerja) Di

Sekolah Rendah Daerah Kota Setar

Merujuk pada bahagian ini pula akan membincangkan mengenai hubungan antara

pembolehubah kajian iaitu amalan kepimpinan instruksional guru besar dengan

kepuasan kerja guru (dimensi pekerjaan itu sendiri / beban kerja) di sekolah rendah

daerah Kota Setar. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan

antara amalan kepimpinan instruksional guru besar dengan kepuasan kerja guru

(Dimensi pekerjaan itu sendiri) di sekolah rendah daerah Kota Setar. Dapatan ini

selari dengan dapatan kajian Mohamad Fazleen, (2017) yang juga menyatakan

bahawa bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan

instruksional pengetua dengan kepuasan kerja guru. selain itu, dapatan juga disokong

bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan instruksional

pengetua dengan kepuasan kerja guru (Dzulfida A Razak et al., 2020). Secara

kesimpulan, dapat dinyatakan bahawa hipotesis nol diterima sebagaimana dirancang

iaitu terdapat hubungan antara amalan kepimpinan instruksional guru besar dengan

kepuasan kerja guru (Dimensi Pekerjaan itu sendiri / Beban Kerja) di sekolah rendah

daerah Kota Setar.

5.2.5 Hubungan Antara Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar

Dengan Kepuasan Kerja Guru (Dimensi Peluang Kenaikan Pangkat) Di Sekolah

Rendah Daerah Kota Setar

Melihat pada dapatan bagi bahagian ini adalah hubungan antara amalan kepimpinan

instruksional guru besar dengan kepuasan kerja guru (Dimensi peluang kenaikan
pangkat) di sekolah rendah daerah Kota Setar. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat

hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan instruksional guru besar dengan

kepuasan kerja guru (Dimensi peluang kenaikan pangkat) di sekolah rendah daerah

Kota Setar. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan dalam kajian A. Y. Ismail,

(2016) yang mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara amalan

kepimpinan instruksional pengetua dengan kepuasan kerja guru (Dimensi peluang

kenaikan pangkat). Dapatan juga disokong penuh oleh satu lagi kajian lain yang juga

mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan

instruksional guru besar dengan kepuasan kerja guru (Dimensi peluang kenaikan

pangkat) (Saad & Sankaran, 2017). Selain itu, dapatan juga membuktikan bahawa

hipotesis nol yang dirangka telah diterima dan ianya juga disokong oleh kajian

Elangkumaran Davarajoo, (2013) terdapat hubungan yang signifikan antara amalan

kepimpinan instruksional pengetua dengan kepuasan kerja guru (Dimensi peluang

kenaikan pangkat). Dapat disimpulkan bahawa, amalan kepimpinan instruksional guru

besar mempunyai impak terhadap kepuasan kerja guru (Dimensi peluang kenaikan

pangkat).

5.2.6 Hubungan Antara Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar

Dengan Kepuasan Kerja Guru (Dimensi Rakan Sekerja) Di Sekolah Rendah

Daerah Kota Setar

Akhir sekali, adalah merujuk pada hubungan antara amalan kepimpinan instruksional

guru besar dengan kepuasan kerja guru (Dimensi peluang kenaikan pangkat) di

sekolah rendah daerah Kota Setar. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan

yang signifikan antara amalan kepimpinan instruksional guru besar dengan kepuasan
kerja guru (Dimensi peluang kenaikan pangkat) di sekolah rendah daerah Kota Setar.

Dapatan kajian ini selari dengan dapatan dalam kajian Ahmad Fauzi, (2014) terdapat

hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan

kepuasan kerja guru (Dimensi peluang kenaikan pangkat) di sekolah. Dapatan juga

disokong penuh oleh satu lagi kajian lain yang juga mendapati bahawa terdapat

hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan instruksional guru besar dengan

kepuasan kerja guru (Dimensi peluang kenaikan pangkat) di sekolah (Liu et al.,

2021). Seterusnya, dapatan kajian juga membuktikan bahawa hipotesis nol akan

diterima iaitu terdapat hubungan antara amalan kepimpinan instruksional guru besar

dengan kepuasan kerja guru (Dimensi Rakan Sekerja) di sekolah rendah daerah Kota

Setar. Dapatan kajian juga selaras dengan dapatan kajian oleh Vijian & Abdul Wahab,

(2020) yang mendapati bahawa terdapat hubungan antara amalan kepimpinan

instruksional guru besar dengan kepuasan kerja guru (Dimensi Rakan Sekerja) di

sekolah rendah. Dapat dirumuskan bahawa amalan kepimpinan instruksional guru

besar dapat memberikan impak kepada kepuasan kerja guru (Dimensi Rakan Sekerja)

di sekolah rendah daerah Kota Setar.

5.3 Cadangan Kajian

Setiap kajian mempunyai pelbagai perbezaan dan persamaan dan pengkaji akan

datang boleh memperbaharui atau mempertingkatkan kaedah kajian daripada kajian

lepas. Merujuk pada kajian ini, salah satu cadangan utama adalah kepada pengkaji

akan datang iaitu untuk meluaskan kajian yang dijalankan di sekolah rendah kepada

sekolah menengah, atau menumpukan kepada sekolah-sekolah tertentu seperti sekolah

kluster atau sekolah berprestasi tinggi. Selain itu, kajian juga boleh diperluaskan

kepada Universiti dan juga kolej. Kajian juga harus diperluaskan daripada satu negeri
kepada beberapa negeri tertentu antara ke seluruh Malaysia. Selain itu, kajian juga

boleh dirujuk kepada sekolah menengah yang lazimnya mempunyai lebih banyak isu

yang serius atau juga ke kolej vokasional dan Universiti. Selain itu, pengkaji juga

boleh membuat perbandingan dengan merujuk kepada sekolah-sekolah berprestasi

tinggi, sekolah kluster dan sekolah harian biasa. Kajian juga boleh dilaksanakan

dengan membandingkan antara sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina

dan Sekolah Jenis kebangsaan Tamil. Seterusnya, kajian juga boleh diperluaskan

berdasarkan tahap pencapaian murid atau melibatkan guru cemerlang atau guru pakar

dan sebagainya.

5.4 Implikasi Kajian

Pelbagai pihak boleh mengadaptasikan dan mengunakan kajian ini bagi membantu

dalam mengetahui bagaimanakah amalan kepimpinan instruksional guru besar dengan

kepuasan kerja guru sekolah rendah di daerah Kota Setar. Pihak Jabatan Pendidikan

Negeri Kedah boleh mengunakan dapatan kajian ini sebagai satu sumber panduan

untuk melihhat situasi sebenar yang dialami, dilaksanakan dan dirasai oleh para

pendidik dalam melaksanakan proses pendidikan. Dapatan kajian secara

keseluruhannya menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan instruksional guru

besar dan kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi dan ianya juga dapat

digunakan sebagai panduan perkara yang perlu diberikan perhatian dan ditambahbaik.

Dapatan juga dapat dijadikan panduan asas oleh pihak pendidikan daerah dan jabatan

pendidikan negeri sebagai salah satu perkara yang boleh dikongsikan bersama

pemimpin atau lain-lain guru besar semasa perjumpaan bulanan guru besar bagi
memberikan impak dan menunjukkan bahagian yang mereka boleh perbaiki dan

tingkatkan.

Selain itu, dapatan ini harus dijadikan rujukan oleh pihak SICS+ di Pejabat

Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri dalam merancang program dan

tindakan untuk membantu guru-guru yang menghadapi masalah. Secara keseluruhan

dapatan juga boleh digunakan sebagai satu perkara utama kepada guru besar dan

guru-guru berkaitan amalan kepimpinan instruksional yang digunakan dan bagaiman

ianya memberikan imapk kepada kepuasan kerja guruSelain itu, kajian ini

memberikan implikasi yang positif kepada pihak pentadbiran sekolah dan juga kepada

prestasi dan pencapaian sekolah terutamanya merujuk kepada kepuasan kerja guru

yang juga melihatkan perkara yang diberikan keutamaan oleh guru sekolah rendah.

Akhir sekali, dapat disimpulkan bahawa usaha untuk meningkatkan amalan

kepimpinan instruksional pemimpin dapat membantu dalam meningkatkan kepuasan

kerja guru dan ianya harus diberikan keutamaan oleh semua pihak.

5.5 Kesimpulan

Sejak kebelakangan ini, perkara yang banyak diperkatakan adalah berkenaan pelbagai

gaya kepimpinan guru besar dan juga kepuasan kerja guru kerana ianya penting dalam

meningkatkan komitmen kerja mereka. Dapatan secara keseluruhan mendapati

bahawa tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar dan kepuasan kerja guru

sekolah rendah di daerah ota Setar berada pada tahap tinggi. Selain itu, hubungan
amalan kepimpinan instruksional guru besar dengan kepuasan kerja guru juga

menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan. Kesimpulannya, amalan

kepimpinan intruksional yang diamalkan oleh guru besar sememangnya mempunyai

impak yang besar kepada kepuasan kerja guru sekolah rendah daerah Kota Setar.

Anda mungkin juga menyukai