Anda di halaman 1dari 2

Pertukaran Guru Subjek Geografi Dan Cabarannya Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan sangat penting

dalam mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) demi melahirkan individu pelajar sebagai insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara (Zailan Moris, 2007). Dalam usaha untuk mencapai hasrat FPK, peranan guru sangat penting dan fungsi guru ini dilihat melalui P&P yang berkesan. Ini adalah kerana guru merupakan agen pelaksana utama dalam peringkat perlaksanaan kurikulum seperti yang telah digariskan. P&P yang efektif lazimnya didorong oleh kebolehupayaan dari segi kreatifnya seseorang guru tersebut. Menurut Kamarul Azmi et. al. (2011), guru yang kreatif dan inovatif pula mestilah mempunyai persediaan daripada aspek pengetahuan dan kemahiran dalam P&P termasuk mengaitkan keseluruhan aspek tersebut di dalam penyampaian pengajarannya. Di dalam kes pertukaran guru subjek Geografi, penulis mendapati aspek kreativiti dan inovasi ini amat berperanan bagi merealisasikan impian pelajar dan sekolah di dalam mencapai kecemerlangan berdasarkan asas yang telah dimulakan oleh guru sebelumnya dari semua aspek pengajaran dan pembelajaran. Pertukaran guru subjek ini berlaku pada bulan Ogos 2013, dua bulan sebelum pelajar menghadapi peperiksaan sebenar PMR. Penulis mendapati ada tiga cabaran utama yang wujud di dalam proses pertukaran tersebut, iaitu: 1. Mewujudkan kesefahaman dan kepercayaan (trust) di antara pelajar dengan guru. a. Soalan 1. Bagaimana untuk mewujudkan hubungan yang saling percaya antara guru dan pelajar? b. Soalan 2. Adakah pelajar mempunyai keyakinan bahawa guru baru boleh meneruskan atau mempertingkatkan usaha membawa mereka ke arah kejayaan? 2. Mengekalkan teknik dan pendekatan dalam proses P & P sedia ada atau mengubah serta menyesuaikan dengan cara guru mengajar. 3. Cabaran guru untuk menerima respon pelajar di mana pelajar membuat perbandingan guru lama dengan guru baru. Penyelesaian dan Kesan Penulis mendapati pertukaran tersebut tidak menimbulkan banyak masalah khususnya dari segi pengurusan data dan fail pelajar. Guru sebelumnya iaitu Puan Maida Usuk telahpun mewujudkan fail dan data headcount setiap pelajar. Ini memudahkan bagi penulis mengesan dan mengikuti tahap pencapaian serta perkembangan pelajar. penulis juga mendapati, sasaran (ETR) setiap pelajar adalah realistik berdasarkan pencapaian semasa mereka. Namun cabaran yang dihadapi oleh penulis adalah mempastikan apa yang telah ditetapkan di dalam headcount berdasarkan perbincangan serta persetujuan pelajar dengan guru subjek sebelumnya dapat dicapai. Ini desebabkan penulis mempunyai penilaian tersendiri dengan pencapaian pelajar berdasarkan pemerhatian semasa. Kekuatan yang diperolehi oleh penulis di dalam proses pertukaran ini adalah kerjasama antara guru subjek geografi melalui program Komuniti Guru Profesional (Profesional Learning Community). Melalui program ini penulis sentiasa

mempunyai ruangan untuk berbincang, menyatakan pendapat serta mendapat khidmat bantu secara profesional daripada guru-guru subjek Geografi termasuk guru subjek asal di kelas yang diajar oleh penulis. Penulis mendapati tidak sukar untuk meneruskan teknik dan pendekatan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sediua ada disebabkan guru sebelumnya telahpun membuat dasar (establish) pengajaran yang banyak melibatkan pelajar. Hampir semua aktiviti kelas dijalankan dalam bentuk kumpulan dan lebih banyak berpusatkan pelajar di mana gru hanya berperanan sebagai pembimbing. Penulis juga mendapati pelajar amat menghormati guru dan melalui aktiviti P & P, pelajar menunjukkan rasa bertanggungjawab dan menyokong usaha guru di dalam membantu dan memperlengkapkan mereka menghadapi peperiksaan PMR kelak.

Rujukan Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Jurnal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59-74. Zailan Moris. 2007. 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957 - 2007). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia

Anda mungkin juga menyukai