Anda di halaman 1dari 6

Isu Penyelidikan Ringkas : Kekerapan Pertukaran Guru Bukan Opsyen Terhadap PnP Pelajar Satu Kajian Kes

Pengenalan

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan sangat penting dalam mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) demi melahirkan individu pelajar sebagai insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara (Zailan Moris, 2007). Pengukuhan Falsafah Pendidikan Negara sebagai wadah yang mendasari proses pendidikan memerlukan reformasi yang berterusan. Melabur dalam aktiviti pendidikan bermakna kita melabur untuk pembangunan negara. Ini disebabkan pendidikan berfungsi melatih dan membentuk tenaga manusia yang mahir dan terlatih untuk menggerakkan pelbagai profesion dan sektor pekerjaan yang diperlukan negara (Noraida Mohamad Ahasan, 2006).

Perubahan bukan hanya berlaku dalam sesebuah organisasi pendidikan malah melibatkan dalam bidang kurikulum. Perubahan yang dimaksudkan adalah kekerapan pertukaran dalam sesuatu mata pelajaran. Ini selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bahawa sekolah bukan sekadar tempat menyediakan pelajar yang bakal mengisi kekosongan pekerjaan yang khusus tetapi sebaliknya. Ini bermakna kurikulum mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada perkembangan potensi individu dari pelbagai sudut.

1.1

Objektif Kajian

Dalam usaha untuk mencapai hasrat FPK, peranan guru sangat penting dan fungsi guru ini dilihat melalui P&P yang berkesan. Ini adalah kerana guru merupakan agen pelaksana utama dalam peringkat perlaksanaan kurikulum seperti yang telah digariskan. P&P yang efektif lazimnya didorong oleh kebolehupayaan dari segi kreatifnya seseorang guru tersebut.

Menurut Kamarul Azmi et. al.

(2011), guru yang kreatif dan inovatif pula mestilah

mempunyai persediaan daripada aspek pengetahuan dan kemahiran dalam P&P termasuk mengaitkan keseluruhan aspek tersebut di dalam penyampaian pengajarannya. Hasil daripada pembelajaran murid pula ditentukan melalui prestasi di dalam ujian sama ada ujian pra, pertengahan tahun, akhir tahun atau peperiksaan awam yang besar. Maka yang demikian, guru perlu memberikan P&P yang dapat menyumbang kepada skor ujian tersebut. Objektif kajian yang dijalankan adalah berlandaskan tujuan seperti di bawah: 1. Mengenal pasti fakor-faktor yang menyebabkan kekerapan pertukaran guru. 2. Mengenal pasti inisiatif pentadbiran sekolah dalam menyelesaikan masalah kekerapan pertukaran guru bagi subjek yang terlibat. 3. Mengenal pasti tahap keberkesanan pengajaran guru (yang ditukarkan mengajar subjek bukan opsyen) ke atas persepsi murid dari segi minat, penguasaan pembelajaran dan interaksi di dalam kelas bagi subjek yang terlibat. 4. Mengenal pasti kursus-kursus yang dihadiri oleh guru yang mengajar bukan opsyen.

1.2

Definisi Konsep

Kesan kekerapan pertukaran guru dalam sesuatu subjek terhadap pengajaran dan pembelajaran murid Definisi kalimah kesan membawa maksud tanda. Selain itu, kesan memberi makna akibat dan pengaruh. Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua kekerapan membawa maksud kepada keadaan kerap,kerapnya berlaku sesuatu yang berulang-ulang. Berpandukan kamus Dewan Edisi Kedua pertukaran memberi makna perbuatan atau hal bertukar, pergantian dan perubahan. Di dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua guru membawa maksud orang yang kerjanya mengajar, pengajar dan pendidik. Subjek pula mengikut Kamus Pelajar subjek membawa makna istilah kata atau kata-kata yang merupakan frasa nama yang diceritakan dalam sesuatu ayat, sesuatu yang diceritakan, perkara. Menurut kamus Dewan Edisi keempat subjek bermaksud perbincangan, perkara, tajuk, pokok kalimat, mata pelajaran. Di dalam kamus dewan Edisi Keempat pembelajaran memberi makna perihal atau proses belajar,proses kegiatan belajar. Seterusnya, murid member maksud pelajar, penuntut, mahasiswa, mahasiswi, siswa, siswi, rekrut, kadet, pelatih, anak buah, pengikut, cantrik, cekel.

Kesan= Kesan bersinonim dengan tanda, akibat, pengaruh. Kekerapan=Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua kekerapan memberi maksud keadaan kerap, kerapnya berlaku sesuatu yang berulang-ulang. Pertukaran= Berpandukan Kamus Dewan Edisi Kedua pertukaran memberi makna perbuatan atau hal bertukar, pergantian, perubahan. Guru= Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua guru memberi maksud orang yang kerjanya mengajar, pengajar, pendidik. Subjek= Mengikut Kamus Pelajar subjek membawa makna istilah kata atau kata-kata yang merupakan frasa nama yang diceritakan dalam sesuatu ayat, sesuatu yang diceritakan, perkara. Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat subjek memberi makna pokok

perbincangan, perkara, tajuk, pokok kalimat, matapelajaran. Pembelajaran= Di dalam Kamus Dewan Edisi keempat pembelajaran memberi makna prihal atau proses belajar, proses (kegiatan) belajar. Murid= Murid membawa maksud pelajar, penuntut, mahasiswa, mahasiswi, siswa, siswi, rekrut, kadet, pelatih, anak buah, pengikut, cantrik, cekel.

1.3

Kepentingan kajian

Kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui apakah permasalahan yang selalu berlaku di sekolah. Kajian ini dibuat adalah untuk mengetahui sebab-sebab berlakunya pertukaran guru di di dalam kelas dalam sesuatu subjek yang bukan bidang mereka. Selain itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui inisiatif pihak sekolah untuk mengatasi masalah pertukaran guru yang kerap sedangkan guru berkenaan bukan tenaga pengajar yang khusus kepada subjek tersebut. Kajian ini juga dijalankan untuk mengetahui pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang terkesan terhadap pertukaran guru yang sering terjadi di sekolah. Kepentingan lain, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenali tahap keberkesanan pengajaran guru yang bukan dalam bidangnya dan untuk mengetahui kesan yang akan terjadi kepada murid dari segi minat, penguasaan pembelajarandan interaksi di dalam kelas.

1.4

Soalan kajian

1.4.1 Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kekerapan pertukaran guru berlaku? 1.4.2 Apakah inisiatif pentadbiran sekolah dalam menyelesaikan masalah kekerapan pertukaran guru bagi subjek yang terlibat? 1.4.3 Selain daripada murid, adakah terdapat pihak lain yang terkesan dengan kekerapan pertukaran guru yang berlaku? 1.4.4 Bagaimanakah tahap keberkesanan pengajaran guru yang bukan bidang memberi kesan ke atas persepsi murid dari segi minat, penguasaan pembelajaran dan interaksi di dalam kelas bagi subjek yang terlibat?

1.5

Tempat Kajian

Dalam penyelidikan ini, kajian telah dijalankan di Sekolah Integrasi Tahfiz dan Teknologi Istana Bandar, Banting, Selangor.

1.6

Populasi dan Sampel Kajian

Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada 60 orang pelajar ISMPKH. Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (1999), sampel adalah sumber untuk mendapatkan data kerana sampel sebenarnya mewakili keseluruhan populasi yang besar. Kesemua yang menjadi sampel kajian ini adalah dipilih secara pensampelan sistematik. Oleh itu, seramai 30 orang pelajar ISMPKH telah dipilih dalam menjalankan kajian ini.

Dalam mengkaji kesan kekerapan pertukaran guru dalam subjek terhadap P&P murid di Maahad Integrasi Selangor untuk mendapatkan maklumat daripada guru-guru dan muridmurid tingkatan empat. Kajian guru yang mengajar Matematik terdiri daripada dua orang yang mengajar

1.7

Batasan Kajian

Dalam penyelidikan ini, kajian memfokuskan kepada keputusan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) yang mana responden kajian terdiri dari sepuluh orang pelajar Tingkatan Lima yang telah menduduki peperiksaan tersebut. Sekolah ini adalah sebuah sekolah yang terletak 15km di pedalaman kawasan banting dan merupakan sekolah berasrama penuh dikhususkan untuk pelajar dalam aliran Sains Tulen dan Tahfiz.

Rujukan Noraida Mohamad Ahasan. (2006). Kesediaan Guru-guru Bukan Opsyen Mengajar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah-sekolah Menengah Alam Daerah Kluang. Diambil pada Dis. 18. 2012. Daripada http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdfail/ptkghdfwP/NORAIDAAP030259D2006T TP.pdf Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Jurnal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59-74. Zailan Moris. 2007. 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957 - 2007). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia

Anda mungkin juga menyukai