Anda di halaman 1dari 27

ISI KANDUNGAN

Abstrak 1.0 Definisi 1.1 1.2 1.3 2.0 Definisi emosi Definisi sosial Definisi fizikal

Teori dan Model 2.1 2.2 2.3 Teori untuk perkembangan sosial Teori untuk perkembangan emosi Teori untuk perkembangan fizikal

3.0 4.0 5.0 6.0

Ciri-ciri Sosial, Fizikal dan Emosi Pintar Cerdas Pengenalan kepada Kajian Kes Latar belakang Responden Ulasan Mengenai Kaedah Mengenalpasti Fizikal, Emosi dan Sosial Responden 6.1 6.2 6.3 Mengenalpasti fizikal responden Mengenalpasti emosi respondem Mengenalpasti sosial responden

7.0

Strategi dan Pendekatan 7.1 7.2 Strategi Jangka Pendek Strategi Jangka Panjang

8.0 9.0 10.0

Penutup Lampiran Rujukan

0|Page

Abstrak Dalam menuju era globalisasi ke arah Wawasan 2020 ini, negara kita semakin berkembang dari semasa ke semasa. Begitu juga pengembangan dari aspek pendidikan. Kanak-kanak zaman sekarang telah didedahkan dengan pelbagai sumber maklumat dan ianya penting bagi proses perkembangan dari segi fizikal, emosi, kognitif, psikomotor dan sosial mereka. Bagi kanakkanak yang dikenali sebagai pintar cerdas, proses perkembangan mereka lebih cepat berbanding rakan seusia mereka. Golongan pintar cerdas merupakan seseorang yang mempunyai potensi atau bakat yang luar biasa berbanding rakan seusia mereka manakala pintar cerdas dan berbakat pula ialah seseorang yang mempunyai potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Justeru seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat untuk memperkembangkan potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menubuhkan satu subjek khusus untuk melahirkan pendidik yang akan membantu dalam memperkembangkan potensi dan bakat golongan ini dengan lebih sistematik. Pintar cerdas merupakan salah satu subjek khusus untuk pelajar yang mengikuti program Pendidikan Khas. Pada semester ini, para pelajar yang mengikuti kursus ini telah ditugaskan untuk menyiapkan satu tugasan berkaitan sosial, emosi dan fizikal individu pintar cerdas. Justeru, saya teleh memilih seorang yang pintar cerdas di dalam bidang teknologi maklumat.

1|Page

1.0 DEFINISI

KAJIAN KES

EMOSI

FIZIKAL

SOSIAL

1.1 Definisi Emosi Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah hidup manusia. Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek emovere yang membawa maksud untuk keluar. Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi, Mohmood Nazar Mohamad, 1992. Emosidapat dilihat dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi ,iaitu dari aspek mempunyai perasaan yang tenang dan berfikiran waras. Aspek rohani dan jasmani dari segi tingkah laku yang menekankan tingkah laku yang terkawal serta memiliki dan memupuk sifat kasih sayang, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992.

2|Page

1.2 Definisi Sosial Syamsu Yusuf, 2007, menyatakan bahawa perkembangan sosial merupakan pencapaian kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial dapat pula didefinisikan sebagai proses belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelompok, moral dan tradisi bagi meleburkan diri menjadi satu kesatuan dan saling berkomunikasi dan kerjasama antara satu sama lain. Sunarto dan Hartono, 1999 berpendapat hubungan sosial merupakan hubungan antara manusia yang saling memerlukan. Hubungan sosial mulai dari tingkat sederhana dan terbatas, yang didasari oleh keperluan yang sederhana. Semakin dewasa dan bertambah umur, keperluan manusia menjadi kompleks dan dengan demikian tingkat hubungan sosial juga berkembang secara kompleks.

1.3 Definisi fizikal Menurut Wright dan Sugden, 1999, dalam model peralihan, mereka mengaitkan tentang kematangan seseorang individu berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengalaman. Proses pembelajaran ini pula, boleh berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus setiap aktiviti yang diberikan kepada setiap kanakkanak tersebut. Schmidt dan Wrisberg, 2000, menjelaskan bahawa kemahiran fizikal seseorang kanak-kanak yang perlu dilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka. Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup, ia bermakna kanak-kanak menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal dan tidak berubah. Aspek terbuka dalam kemahiran terbuka pula, bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal sentiasa yang berubah-rubah. Kedua-dua kategori ini amat perlu bagi memperkembangkan kemahiran kanak-kanak. Contohnya untuk melatih sesuatu pergerakan, kanak-kanak memerlukan persekitaran yang tertutup. Manakala dalam sesuatu permainan pula, kanak-kanak akan melalui persekitaran yang terbuka.

3|Page

2.0 TEORI DAN MODEL 2.1 Teori untuk Perkembangan Sosial Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner Kecerdasan Intrapersonal Mudah Ulasan mengakses perasaannya sendiri,

membezakan pelbagai jenis keadaan emosi, dan menggunakan pemahamannya sendiri untuk

memperkaya dan membimbing hidupnya. Mereka suka bermeditasi dan berkontemplasi iaitu

memikirkan sesuatu perkara secara mendalam. Sebaliknya, mereka juga sangat terfokus pada tujuan, dan sangat disiplin. Interpersonal Kemampuan untuk memahami dan bekerjasama dengan orang lain. Kecerdasan ini lebih tertumpu kepada kemampuan untuk memahami suasana hati, perangai, niat, dan hasrat orang lain. Seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal

mempunyai rasa belas kasihan dan tanggungjawab sosial yang besar serta boleh memanipulasi dan licik dalam menangani masalah. Namun, mereka ini mempunyai keupayaan untuk memahami orang lain dan melihat dunia dari sudut pandangan yang berbeza. Mereka sangat peka terhadap ekspresi wajah, suara, gerak-isyarat serta kemampuan membezakan kepelbagaian ekspresi.

4|Page

2.2 Teori untuk Perkembangan Emosi Teori Hierarki Keperluan Maslow

Sempurna Kendiri

Estetik

Mengetahui dan memahami

Penghargaan dan Penerimaan

Kasih Sayang dan Kepunyaan

Keselamatan dan Perlindungan

Keperluan fisiologi

Menurut Maslow, manusia digerakkan oleh motivasi untuk memenuhi keperluan mereka. Manusia mempunyai dua keperluan iaitu keperluan asas dan keperluan perkembangan. Keperluan asas terdiri daripada keperluan fisiologi, keselamatan menyayangi dan disayangi dan keperluan untuk rasa harga diri serta kesempurnaan kendiri. Apabila keperluan asas telah dipenuhi, keperluan kepada sempurna kendiri dan perkembangan akan ketara. Manusia akan mencari matlamat hidup dan berusaha ke arah sempurna kendiri dalam potensi diri yang ada pada mereka.

5|Page

Keperluan yang paling asas dalam hierarki perlu dipenuhi dahulu. Keperluan yang lebih tinggi akan muncul kemudian semasa manusia melalui proses perkembangan. Keperluan fisiologi dan keselamatan muncul semasa masih bayi, keperluan kasih sayang dan rasa harga diri muncul semasa remaja dan keperluan untuk sempurna diri muncul semasa pertengahan umur.

2.3 Teori untuk Perkembangan Fizikal

Kebersihan alam sekitar Keselamatan Kesihatan Psikomotor

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003 Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003, perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu; kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia dikaitkan juga dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian.

Dalam proses mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan fizikal seharusnya diberi perhatian. Seorang kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan. Begitu juga dengan aspek keselamatan dan langkah-langkah dalam penjagaan diri. Kanak-kanak perlu diberi pengetahuan tindakan yang boleh mendatangkan kemalangan dan berbahaya. Kanak-kanak juga perlu tahu bagaimana untuk menghindari tempat yang berbahaya.
6|Page

Selain itu, mereka juga perlu didedahkan dengan amalan senaman dan pergerakan anggota badan yang betul. Pergerakan fizikal dan senaman yang baik dapat memastikan organ dan anggota badan dapat berfungsi dengan berkesan. Kanak-kanak perlu tahu cara bernafas yang betul atau pergerakan tangan dan kaki bagi membantu meningkatkan kecergasan tubuh badan mereka.

7|Page

3.0 CIRI-CIRI SOSIAL, EMOSI DAN FIZIKAL PINTAR CERDAS

Ciri-ciri Sosial

Ulasan Persahabatannya berasaskan minat yang sama

dikongsinya tetapi bukan kerana umur yang sebaya dengannya. Jujur, peramah dan suka membantu. Lebih gemar berkawan dengan individu yang lebih tua dari usianya. Sentiasa mengkritik orang lain kerana ingin melakukan tugasan dengan terlalu berhati-hati sehingga lewat menyempurnakannya atau menangguhkan kerja. Tidak suka aktiviti berkumpulan kerana tidak percaya orang lain boleh melakukan kerja dengan sempurna. Mementingkan persahabatan kerana persahabatan adalah segalanya. Emosi Berkecenderungan menjadi seseorang yang sangat mementingkan kesempurnaan. Sangat sensitif dari segi emosi dan tingkah laku. Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan dan mudah kecewa walau pun dalam hal-hal yang kecil. Mudah mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari

terbenam

atau

mendengar

lagu

yang

menyentuh hatinya. Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Fizikal Melebihi purata dari aspek ketinggian, berat badan, kekuatan dan kesihatan.

8|Page

4.0

PENGENALAN KEPADA KAJIAN KES -Teori yang digunakan dalam kajian saya ialah

LANGKAH 1:Permulaan garis dasar -Mengkaji teori dan model -mengkaji ciri-ciri emosi, sosial dan fizikal Pintar Cerdas.

Multiple Intelligence oleh Howard Gardner iaitu kecerdasan interpersonal dan intrapersonal bagi mengkaji sosial Pintar Cerdas. Selain itu, Teori Hierarki Keperluan Maslow digunakan untuk mengkaji emosi Pintar Cerdas. Sumber-sumber ini diperoleh daripada buku Teaching Gifted Children: A Guide for Teachers oleh Valsa Koshy serta Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar oleh Suppiah Nachiappan et.al. Ciri-ciri pintar cerdas dari segi emosi, sosial dan fizikal pula disunting dari laman web

www.permatapintar.com.my/downloads/15_ciri LANGKAH 2:Mengenalpasti individu yang menepati ciri-ciri menurut modelmodel _pintarcerdas_synopsis.pdf pada 30 September 2010.

LANGKAH4:Temuramah -ibu bapa -guru-guru -responden

Temuramah telah dijalankan pada 13 September 2010 bertempat di kediaman responden. dikeutarakan Soalan-soalan adalah bekenaan yang dengan

sosial, emosi, fizikal dan pengalaman hidup responden.

9|Page

LANGKAH 5: Assestment dan checklist -guru -ibu bapa -rakan-rakan

Checklist ini telah dibina oleh Rob Long dan Jonathan Fogell di dalam bukunya Supporting Pupils with Emotional Difficulties

Assessment pula adalah hasil usaha Poon Chong Kim daripada Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia di dalam laporan projeknya yang bertajuk Pola Kecerdasan Pelbagai di dalam kalangan Pelajar Pintar Cerdas. Selain itu, saya juga menggunakan assestment daripada buku Teaching Gifted Children yang berjudul Parents Questionaire oleh Valsa Koshy.

Checklist ini telah diberikan kepada guru dan rakan responden manakala assessment telah dinilai oleh saya sendiri dan keluarga responden

LANGKAH 6:Menilai dan mengkaji semula ciri-ciri responden menurut model-model

Jika tidak memenuhi kriteria-kriteria, ulang langkah 2 dan seterusnya.

LANGKAH 7:Kajian berjaya

10 | P a g e

5.0 LATAR BELAKANG RESPONDEN

a. Nama b. Umur c. Jantina d. Alamat e. Tarikh lahir f. Tempat lahir g. Agama h. Bangsa i. Status j. Tinggi k. Berat

: Muhammad Faris bin Omar : 20 tahun 7 bulan : lelaki : 187B Kampung Bakar Kapur, 08000 Sungai Petani, Kedah : 17 Jun 1989 : Hospital Besar Kuala Lumpur : Islam : Melayu : Bujang : 173 cm : 63kg

11 | P a g e

6.0 ULASAN MENGENAI KAEDAH MENGENALPASTI EMOSI, SOSIAL DAN FIZIKAL RESPONDEN

6.1 Mengenalpasti aspek fizikal responden Saya telah menjalankan kaedah temubual dengan ibu bapa responden iaitu En. Omar bin Husin dan Pn. Siti Rapinah bt Abdullah dalam mengenalpasti perkembangan fizikal responden. Temubual ini telah dijalankan di rumah responden bertempat di Sungai Petani, Kedah.

SOALAN 1 Soalan Jawapan : Berapakah berat Faris ketika lahir? : Faris adalah paling berat ketika lahir berbanding adik beradik yang lain. Berat beliau ketika lahir ialah 4.0 kg. Beliau juga paling tinggi di dalam ahli keluarganya. Ulasan : Kebanyakan kanak-kanak Pintar Cerdas mempunyai purata yang tinggi dari aspek ketinggian, berat badan, kekuatan dan kesihatan berbanding kanak-kanak normal.

SOALAN 2 Soalan : Berapakah umur Faris ketika melakukan hal-hal di bawah : a) Tengkurap b) Merangkak c) Berjalan Jawapan : a) Faris sudah pandai tengkurap seawal usianya 2 bulan b) Dalam usianya 5 bulan, beliau mula merangkak sedikit demi sedikit c) Faris sudah pandai berjalan tanpa bantuan pada usia 9 bulan.

12 | P a g e

Ulasan : Individu Pintar Cerdas kebiasaannya mempunyai perkembangan motor halus dan kasar yang cepat berbanding individu lain. Jika dilihat dari aspek perkembangan bayi normal, bayi mula telangkup pada usia 3 bulan, merangkak pada usia 11 bulan manakala berjalan tanpa bantuan pada usia 12 bulan. Tahap perkembangan motor Faris adalah lebih cepat berbanding bayi normal. SOALAN 3 Soalan : Berapakah umur Faris ketika beliau mula menunjukkan perubahan fizikal remaja? Jawapan : Faris sudah menunjukkan simptom perubahan fizikal pada usia 12 tahun. Pada waktu ini, perubahan yang ketara ialah dari segi suaranya. Suara beliau mula menjadi garau dan di kelas, beliau merupakan pelajar yang paling tinggi. Ulasan : Secara umumnya, remaja lelaki di Malaysia mula menampakkan tanda-tanda akil baligh dalam lingkungan umur 13 hingga 15 tahun. Responden saya mencapai akil baligh pada usia 12 tahun. Ini menunujukkan perkembangan fizikal beliau pada usia remaja adalah cepat berbanding remaja normal.

13 | P a g e

6.2 Mengenalpasti aspek emosi responden Saya telah menjalankan assessment bagi mengenalpasti emosi responden saya. Assessment ini adalah berdasarkan ciri-ciri emosi individu Pintar Cerdas yang telah diambil daripada buku Teaching Gifted Children oleh Valsa Koshy. Assestment ini telah diberi kepada ibu bapa responden. Assessment ini menggunakan kaedah skala pengukuran. Secara terperinci, sistem gred adalah berdasarkan: a menunjukkan sifat pada tahap tinggi b menunjukkan sifat yang lebih berbanding rakan sebaya c sifat yang sama dengan rakan sebaya d tidak pasti samada responden menunjukkan sifat ini.

Ciri-ciri 1. Pemahaman yang menyeluruh -Faris sentiasa boleh menjawab persoalan tentang teknologi yang ditanyakan kepadanya.

Gred a

Ulasan Individu pintar cerdas mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran

berfikir yang tinggi. 2. Hendak difahami - Faris sentiasa mahu dirinya difahami. Beliau tidak suka jika kehendaknya tidak dituruti sepertimana individu lain. b Mengikut Teori Hirarki Maslow, setiap individu memerlukan diri difahami. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, ianya akan proses

mengganggu

perkembangan di tahap yang lain. 3. Mementingkan kesempurnaan dan teliti melakukan setiap perkara. - Faris sentiasa mahukan yang terbaik apabila a Individu Pintar Cerdas tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak

14 | P a g e

melakukan

sesuatu

perkara.

Contohnya,

dapat

dilakukan

dengan

apabila beliau memperbaiki komputer, beliau tidak suka diganggu bahkan tidak makan sehingga komputer tersebut siap kerana beliau inginkan apa yang dibuat olehnya sempurna.

sempurna. sentiasa mengkritik diri sendiri dan orang lain mungkin tugasan dengan sehingga

sehinggakan melakukan terlalu

berhati-hati

lewat menyempurnakannya atau menangguhkan kerja. 4. Mempunyai daya humor - Faris seorang yang periang. Beliau sangat disenangi oleh rakan-rakan kerana pandai menceriakan keadaan. a Individu Pintar Cerdas mampu mencipta satu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami 5. Sensitif / empati - Faris tidak suka jika dirinya dimarahi dan ditegur. Contohnya, apabila rakannya berniat untuk berjenaka tetapi beliau menganggap ianya sebagai sesuatu yang serius. Beliau merajuk dan tidak bercakap dengan rakannya selama seminggu. a Individu ini mudah kecewa

walaupun dalam hal-hal yang kecil mengalir melihat sehinggakan air mata boleh apabila matahari

keindahan

terbenam atau mendengar lagu. Teori hierarki keperluan Maslow kasih

meletakkan

sayang dan kepunyaan di aras yang ketiga. Individu Pintar Cerdas memerlukan keperluan ini dipenuhi sepenuhnya kerana mereka sangat sensitif. 6. Bersemangat dan bertenaga -Faris sentiasa inginkan yang terbaik apabila melakukan sesuatu perkara. Beliau akan berusaha sehingga betul-betul puas hati. a Mereka ini kurang tidur

berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempunyai tenaga untuk

15 | P a g e

meneruskan kehidupan seharian 7. Ketabahan -Faris tidak tabah dalam menghadapi pernah d Mereka boleh menjadi sangat kritis terhadap diri sendiri dan sering bimbang walaupun

kegagalan.

Contohnya,

beliau

memasuki pertandingan permainan DOTA peringkat negeri. Beliau mendapat tempat kedua. Sehubungan dengan itu, beliau sangat sedih kerana beliau tidak berjaya mendapat tempat pertama. Beliau mengurungkan diri di dalam bilik selama 2 hari. 8. Kesedaran kendiri yang tinggi - Faris mempunyai motivasi diri yang rendah. Beliau takut untuk mencuba benda baru. Beliau juga cepat berasa risau apabila d

kesalahan kecil.

Sikap kesempurnaan membawa mereka kegagalan merasa kepada takut akan mereka asa.

sehingga cepat putus

melakukan sesuatu perkara kerana takut gagal.

Keperluan kendiri untuk hierarki Maslow terletak di atas sekali. Jika ianya tidak tercapai, emosi individu akan lebih terganggu.

9. Susah menyesuaikan situasi dan pemalu. - Faris susah untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang baru. Hal ini dibuktikan apabila beliau masuk ke Sekolah Teknik ketika tingkatan 4. Beliau sering bersendirian kerana tidak mempunyai kawan. 10. Mementingkan peraturan - Beliau tidak pernah membuat masalah ketika di sekolah. Beliau sentiasa mengikut peraturan sekolah. 11. Suka berbincang topik yang lebih matang

Individu Pintar Cerdas susah hendak menyesuaikan situasi

yang baru.

Mereka sangat teliti dalam halhal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain.

Minat dalam falsafah dan isu-isu

16 | P a g e

- Kebanyakan rakan Faris adalah tua dari usianya. Sewaktu kecil lagi, beliau suka bertanyakan tentang masalah isu semasa.

sosial. perjalanan masalah

Sebagai

contoh,

galaksi,masalahberkaitan populasi

dunia dan isu-isu alam sekitar. 12. Meletakkan harapan yang tinggi - Faris sentiasa inginkan yang terbaik dalam hidupnya. Beliau sentiasa inginkan kerjanya yang sempurna. a Individu Pintar Cerdas cepat berasa risau dan tidak berpuas hati dengan jawapan sederhana atau tidak lengkap.

6.3 Mengenalpasti aspek sosial responden

Untuk mengkaji aspek sosial responden, saya telah membina satu checklist berdasarkan kecerdasan pelbagai Howard Gardner dalam bidang intrapersonal dan interpersonal. Checklist ini telah diberikan kepada responden. Untuk menjawab checklist ini, responden hendaklah menjawab ya atau tidak bagi setiap soalan untuk checklist ini. Keputusan dinilai berdasarkan jumlah ya atau tidak yang diberikan oleh responden. Selain itu, saya juga menemuramah ibu bapa responden untuk mengkaji beberapa ciri sosial yang berkenaan dengan individu Pintar Cerdas.

Kecerdasan Intrapersonal dan Interpersonal Responden

30% 70%
YA TIDAK

Peratus kecerdasan intrapersonal dan interpersonal responden


17 | P a g e

Ciri-ciri Dapat berinteraksi dengan orang lain Faris dengan baik.

Ulasan mempunyai ramai sahabat dan

kebanyakan

sahabat

senang

dengan

perangainya yang periang. - Menurut Gardner, individu yang mempunyai kecerdasan interpersonal mudah berinteraksi dengan orang lain dan menunjukkan

kemahiran sosial yang tinggi. Suka menyertai kelab dan sangat aktif Walaupun beliau seorang yang pemalu, tetapi dalam organisasi. beliau aktif dalam organisasi. Beliau mampu memimpin organisasi dengan baik. Individu Pintar Cerdas mengamalkan

kepimpinan yang telus dan bertanggungjawab serta boleh mengkordinasi tugasan dari

beberapa orang individu. - Mempunyai beberapa sahabat rapat. Faris mempunyai 2 orang rakan karib dan kedua-dua rakannya tergolong dalam

- Meminta pandangan dan nasihat golongan pelajar cemerlang sekolah dan lebih daripada rakan-rakan lain yang lebih tua padanya. Beliau akan menceritakan segala matang jika mempunyai masalah. masalah kepada rakan karibnya. Individu Pintar Cerdas lebih gemar

berkawan dengan individu yang lebih tua dari usianya. persahabatannya berasaskan minat yang sama dikongsinya tetapi bukan kerana umur yang sebaya dengannya. - Suka membantu rakan-rakan lain Faris adalah pelajar terbaik Bahasa Inggeris di yang bermasalah dalam pelajaran. sekolahnya. Rakan-rakannya tempat sering untuk

menjadikan Faris sebagai

- Suka rakan menyoal beliau untuk dirujuk dalam subjek English. Walaupun

18 | P a g e

menguji tahap hafalan dan kefahaman begitu, Faris tidak pernah kedekut untuk beliau tentang sesuatu perkara. membantu. - Menurut Gardner, individu yang mempunyai kecerdasan interpersonal selalu diminta untuk memberi pandangan dan cadangan. Mereka berkebolehan mengenalpasti matlamat sesuatu perkara dan menyatakannya dengan jelas. Selain itu, mereka idea juga berkebolehan jelas kepada

menerangkan pendengarnya.

dengan

- Tidak suka bekerjasama dengan Faris suka memimpin sesuatu organisasi. rakan-rakan lain dalam kumpulan. Walaupun begitu, beliau ingin melakukan sesuatu kerja bersendirian. Beliau merasa -Lebih suka bersendirian menyusun tidak dan mengorganisasi semasa hasil puas hati jika orang lain yang

kerja melakukannya. Beliau juga tidak suka untuk bantuan orang yang tidak

kumpulan kumpulan.

pembentangan meminta

dikenalinya. Beliau akan berusaha melakukan perkara tersebut sehingga berjaya.

- Tidak suka meminta pertolongan daripada pihak jika yang berlaku

- Individu Pintar Cerdas sentiasa mengkritik diri sendiri dan orang lain sehinggakan mungkin melakukan tugasan dengan terlalu berhati-hati menyempurnakannya kerja. sehingga atau lewat menangguhkan

bertanggungjawab

kerosakan pada sesuatu alat.

19 | P a g e

7.0 STRATEGI DAN PENDEKATAN

7.1

Strategi jangka pendek

Membuka cyber caf yang mempunyai pelbagai perkhidmatan seperti format laptop, memperbaiki komputer atau laptop, melayari internet dan kursus komputer. Hasil pendapatan daripada perniagaannya boleh disimpan untuk digunakan bagi strategi jangka panjang.

Perkembangan Sosial Perkembangan Emosi Perniagaan Pembukaan cyber caf ini membolehkan Faris lebih tabah dalam menghadapi Faris ini memerlukan dengan berinteraksi

pelanggan. Sehubungan dengan itu, perkembangan sosial Faris dapat dipertingkatkan dengan adanya strategi ini. Faris juga hendaklah bekerjasama dengan pekerjanya kerana beliau tidak akan mampu untuk

kegagalan. Faris hendaklah berani menghadapi risiko yang akan datang dan

mencuba sesuatu yang baru untuk memenuhi kehendak pelanggan. Selain itu, Faris juga dapat

menguruskan

perniagaannya

seorang diri. Oleh itu, Faris mestilah menerima kelebihan dan kekurangan orang lain.

mempertingkatkan motivasi diri beliau.

20 | P a g e

7.2 Strategi jangka panjang

Menyambungkan pelajaran di luar negara yang berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat seperti India. Hasil daripada pendapatan Cyber Cafenya sebelum ini bolehlah digunakan untuk pembiayaan pengajian Faris. Selain itu, saya juga akan cuba mencari biasiswa atau pinjaman kepada Faris untuk menampung pengajian beliau. Setelah tamat pengajian, Faris boleh bekerja di syarikat ternama ataupun mengembangkan lagi perniagaannya.

Perkembangan Emosi Faris bahawa sememangnya lebih berkeyakinan beliau berbakat

Perkembangan sosial Apabila Faris menyambungkan pelajaran di universiti yang

berkemahiran dalam bidang ini, beliau akan bertemu dengan individu yang mempunyai minat yang sama dengan beliau. Oleh itu, beliau akan lebih mudah untuk berinteraksi dan berkongsi masalah. Beliau tidak akan lagi berasa keseorangan.

dalam bidang IT apabila berjaya menamatkan

pengajian beliau. Justeru, beliau tidak lagi takut untuk mencuba benda yang lebih mencabar.

21 | P a g e

8.0 PENUTUP Pelajar pintar cerdas adalah satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara. Kegagalan membantu pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian yang besar kepada Negara dan masyarakat keseluruhannya. Sekiranya penekanan sebegini tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat pelajar pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang. Pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat belajar. Personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi pengjaran yang sesuai. Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat memperkemas dan memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada mereka. Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha melahir dan mendidik anak pintar cerdas. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan yang membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar cerdas. Salah satu kemahiran yang perlu digarap oleh ibu bapa adalah mengisi ruang kasih sayang sekeluarga. Hubungan yang erat, suasana keluarga yang harmoni adalah antara perkara dan keperluan yang perlu wujud dalam memberi sokongan kepada anak-anak pintar cerdas.

22 | P a g e

9.0 LAMPIRAN

HELP ME TO IDENTIFY YOUR SONS SPECIAL STRENGTHS

Sons Name

Dear Parents / Carer, We believe that as parents and carers you notice your sons special strengths at home. In order to help us to identify and nurture your sons strength, I request you to complete the sons personality characteristics survey. In the blank space provided, please feel free to add any special moments or examples of your sons hobbies or achievements. Any photographs or examples of work given to me with the completed questionnaire will be safely returned.

23 | P a g e

PARENTS QUESTIONNAIRE

Pupils Name Date .. Please tick ( ) in ONE column for each item below, whichever best describe your child. (a) = Displays the trait to a high level (b) = Displays this more than other persons of his/her age (c) = Similar to other persons of his/her age (d) = Not seen much evidence of this

(a) 1. Insightfulness 2. Need to be understand 3. Need for mental stimulation 4. Perfectionism 5. Need for precision / logic 6. Excellent sense of humour 7. Sensitivity / empathy 8. Intensity 9. Perseverance 10. Acute self awareness 11. Non-conformity 12. Questioning of rules / authority 13. Tendency towards introversion 14. Like to discuss mature topics 15. Sets high expectations (adaptation from Valsa Koshy in Teaching Gifted Childrens book )

(b)

(c)

(d)

24 | P a g e

Kecerdasan Interpersonal

YA

TIDAK

Saya dapat berinteraksi dengan orang lain dengan baik.

Saya suka menyertai kelab dan sangat aktif dalam organisasi.

Saya mempunyai beberapa orang sahabat yang sangat rapat.

Saya suka membantu rakan-rakan lain yang bermasalah dengan pelajaran.

Saya suka bekerjasama dengan rakan-rakan lain dalam kumpulan.

Rakan-rakan sering meminta nasihat saya kerana saya seperti seorang yang mempunyai cirri kepimpinan semulajadi.

Saya lebih suka rakan menyoal saya untuk menguji tahap hafalan saya tentang sesuatu perkara.

Saya akan meminta pandangan dan nasihat daripada rakan-rakan lain yang lebih matang jika terlibat di dalam pertengkaran.

Saya akan meminta pertolongan daripada pihak yang bertanggungjawab jika berlaku kerosakan pada sesuatu alat.

Saya lebih suka menyusun dan mengorganisasi hasil kerja kumpulan semasa pembentangan kumpulan bersama rakan-rakan.

25 | P a g e

10.0

RUJUKAN

Gifted and Talented Education : Professional Development Package for Teachers (2009). Diperoleh pada September 28, 2010 daripada http://www.araratcc.vic.edu.au/webstudy/curriculumatwork/giftededucation/files/early/m od1/mod1_pretest.htm

Koshy, V. (2002). Teaching Gifted Children: A Guide for Teachers. London: David Fulton Publishers.

Long, R & Fogell J. (1999). Supporting Pupils with Emotional Difficulties: Creating a Caring Environment for All. London: David Fulton Publishers.

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd Aziz Abd Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah (2009). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zionts P. ,Zionts L. & Simpson R.L (2002). Emotional and Behavioral Problems: A Handbook for Understanding and Handling Students. California: Corwin Press Inc.

26 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai