Anda di halaman 1dari 14

INTERVENSI 30/70

ZURAIDA BINTI ZAINOL ABIDIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTANAH BAHIYAH, 05350, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN. 012-4551882 zuraidaz@streamyx.com

ABSTRAK
Intervensi 30/70 merupakan satu intervensi dijalankan bagi memastikan murid yang berada di kelas 5SS3 iaitu kelas terakhir bagi aliran Sains Sosial mencapai tahap tertinggi untuk soalan bahagian A dan C untuk kertas 2 subjek Sains 1511. Berdasarkan pencapaian murid dalam kelas ini yang mengandungi sebanyak 23 orang murid yang kebanyakkannya bukan sahaja dikategorikan sebagai lemah, malahan kebanyakkannya berada dalam kategori sangat lemah. Dengan masalah ketidakhadiran semasa waktu persekolahan ataupun sesi semasa kajian ini dilaksanakan, sukar bagi pengkaji yang juga merupakan tenaga pengajar bagi kelas ini memastikan semua murid yang disasarkan dapat mengikuti kaedah intervensi ini. Memandangkan hanya 7 orang murid sahaja yang secara tetap mengikuti semua sesi dijalankan, analisa data dibuat adalah berdasarkan murid terlibat sahaja. Walaupun intervensi ini menganalisa masalah bagi murid kelas 5 SS3 sahaja, pada hakikatnya semua murid aliran Sains Sosial SMK Sultanah Bahiyah terlibat di mana sesi dijalankan adalah di luar waktu P&P dan kebanyakkan sesi berlangsung pada hari Sabtu dan kehadiran bergantung kesediaan murid untuk mengikuti sesi dijalankan. Tiga aktiviti utama yang dijalankan adalah Correcting, Sketching dan 5/10 + 5/10. Dengan mengambilkira kaedah menarik minat murid dengan menunjukkan bahawa mereka mampu meraih markah dengan lebih baik agar wujud motivasi dalaman untuk mencuba soalan Sains yang kebiasaanya dilihat kebanyakan murid dari kelas 5SS3 hanya menjawab sambil lewa dan membiarkan banyak tempat kosong tidak berisi. Selepas intervensi ini dijalankan didapati murid kelihatan bermotivasi untuk mencuba setiap soalan Sains dan murid dilihat berhati-hati ketika menjawab soalan bahagian A dan C ini sebagaimana diterapkan bahawa mereka perlu menguasai soalan bahagian ini sepenuhnya. Selepas aktiviti dijalankan, perbandingan peratusan markah murid bagi Ujian Pra dan Ujian Post dibandingkan, dimana berdasarkan peratusan, peratusan kenaikan markah terendah adalah sebanyak 7% sementara kenaikan tertinggi murid telah mencapai sehingga 47%. Dengan keaadaan murid yang hanya memperoleh C+ sebagai markah terbaik, kenaikan dirasakan oleh mereka mencetus motivasi dalaman agar terus berusaha. Analisa akhir telah dibuat setelah keputusan SPM 2011 diumumkan dimana didapati kesemua sampel murid terlibat telah mencapai keputusan membanggakan dengan keputusan terbaik seorang murid mendapat A+, 4 orang mendapat gred A dan 2 orang mendapat gred B. Keputusan ini sememangya amat ketara jika dibandingkan dengan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Percubaan Negeri hanya mana keputusan terbaik hanyalah setakat gred C+ sahaja.

2. REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Matapelajaran Sains merupakan matapelajaran yang dianggap susah untuk mencapai keputusan yang baik bagi murid yang mengambil aliran Sains Sosial. Ekoran dari itu tahap pencapaian keseluruhan bagi matapelajaran ini berada pada tahap yang lemah atau sederhana sahaja dimana sebagai seorang guru, saya merasakan murid-murid ini berpotensi memperoleh keputusan yang lebih baik, namun ekoran tiada strategi dalam menghadapi soalan dalam kertas (2) menyebabkan mereka kehilangan markah.

Keadaan ini dilihat apabila murid menjawab kertas Sains bahagian kertas (2), dimana soalan yang perlu dijawab adalah sebanyak 11 soalan yang memberi markah sebanyak 70. Jika dikaji, bahagian kritikal yang membolehkan murid mendapat markah tertinggi atau penuh adalah bahagian A soalan 1 hingga soalan 4 dan bahagian C soalan nombor 10, dimana bahagian A memberi markah sebanyak 20 markah sementara bahagian C, 10 markah. Apa yang tidak disedari murid adalah soalan-soalan ini merupakan soalan Kemahiran Proses Sains, yang mana ianya melibatkan semua amali yang pernah dilaksanakan oleh murid dan ini bermakna ianya lebih senang dikuasai oleh murid dengan baik.

Menyedari hakikat ini, guru menegaskan pada murid bahawa untuk kedua bahagian ini yang menyumbang 30 markah dari markah keseluruhan 70 bagi kertas (2) ini, murid tidak boleh kehilangan markah dan perlu memastikan kesemua bahagian ini dikuasai dengan baik. Ini disebabkan soalan bahagian ini seolah-olah soalan bocor yang telah diketahui kehendak soalannya. Apabila murid disogok bahawa bahagian ini penentu kejayaan markah keseluruhan, murid bermotivasi menguasai bahagian ini terlebih dahulu dan apabila ditunjukkan bagaimana strategi ini membantu mereka mendapat markah yang baik, barulah dapat mencipta motivasi dalaman murid untuk memastikan mereka mendapat keputusan yang lebih cemerlang dan seterusnya mencapai tahap tertinggi dalam subjek Sains ini disamping mengikis perasaan bahawa susah untuk mencapai A+ bagi subjek ini.

Dari pemeriksaan latihan murid,

didapati murid dapat menjawab bahagian ini, namun

kelemahan dilihat apabila murid menjawab soalan Proses Sains seperti pembentukan hipotesis, menyatakan perhubungan antara dua pembolehubah dan kelemahan ketara adalah murid tidak dapat membuat soalan berbentuk definisi secara operasi.

Memandangkan murid kelas 5SS3 merupakan murid yang agak lemah, pengkaji merasakan perlunya diadakan satu kajian bagi membantu murid di kelas ini. Walau pun dapat merasakan akan wujud masalah dari segi kehadiran murid untuk setiap program dirancangkan, pengkaji tetap meneruskan program bagi membantu murid yang mempunyai masalah besar ini.

3. FOKUS KAJIAN

Saya telah mengesan murid tidak dapat menjawap untuk bahagian A dan C walaupun ianya merupakan bahagian termudah bagi kertas Sains 1511. Penyelesaian masalah ini adalah langkah pertama yang perlu diambil untuk memastikan murid menguasai bahagian penting sebelum dapat menguasai keseluruhan bahagian dalam kertas (2) kerana apabila murid merasakan mereka dapat membuktikan pada diri sendiri mereka dapat meningkatkan prestasi diri, ianya menjadi semangat untuk mereka lebih kuat berusaha.

Kelemahan penting mereka adalah:

a. Murid tidak dapat mengenalpasti pembolehubah dengan betul. b. Murid tidak dapat menulis hipotesis dengan betul: Murid tidak dapat menghubungkan pembolehubah manipulasi dan pembolehubah bergerak balas c. Murid tidak dapat menulis definisi operasi dengan baik d. Murid tidak dapat menulis laporan eksperimen dengan baik terutama bahagian prosedur dan sekiranya mereka dapat menulis prosedur tersebut, didapati kebanyakkannya adalah tidak lengkap.

4. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini diharapkan dapat membantu murid-murid menguasai Kemahiran Proses Sains dengan baik dan memastikan murid mendapat markah penuh atau tertinggi untuk kertas (2).

Objektif Am: Meningkatkan peratusan keputusan murid bagi subjek Sains.


3

Objektif Khusus: i. ii. Meningkatkan peratus subjek Sains. Murid memperoleh markah penuh atau tertinggi untuk kertas (2) untuk soalan 1 hingga 4 dan soalan nombor 10. iii. iv. Meningkatkan kefahaman murid terhadap Kemahiran Proses Sains. Mengaplikasikan Kemahiran Proses Sains untuk menjawap soalan peperiksaan dan dalam kehidupan mereka.

5. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan akan melibatkan murid 5 SS3. Kebanyakan mereka tidak dapat menjawap kertas (2) dengan baik dan memperoleh markah rendah untuk bahagian A dan C untuk kertas (2) bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011. Memandangkan kehadiran murid dalam setiap aktiviti ini secara tidak tetap atas dasar kehadiran ke sekolah secara tidak konstan, sampel pilihan hanya merujuk pada murid yang mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan.

6. MELAKSANAKAN TINDAKAN 6.1 Tinjauan Masalah Kelemahan murid-murid telah dikesan melalui laporan PEKA, dimana walaupun selepas perbincangan kedua, murid masih tidak dapat menulis hipotesis dengan baik dan terpaksa menulis laporan PEKA untuk sekian kali. Kelemahan juga dikesan berdasarkan kertas jawapan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011.

6.2 Analisis Tinjauan Masalah Pencapaian murid dalam Ujian Pra adalah seperti berikut.

NAMA AINA MADIHAH ALIA AMALINA HIKMAH MIMI SHAHIRA NURUL ARINI SITI FATIHAH SHOFFI SITI NADZIRAH

Ujian Pra 8 10 13 5 6 11 8

6.3 Tindakan yang dijalankan

Aktiviti 1: CORRECTING

1. Murid secara berpasangan diberikan satu kertas soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun murid Tingkatan 4. Kriteria pasangan ditetapkan murid kelas 5SS1 akan berpasangan dengan murid dari kelas 5SS3 dimana dengan cara ini, murid dari kelas 5SS3 mendapat bimbingan. 2. Murid dikehendaki menilai jawapan bahagian A dan C murid Tingkatan 4 ini dengan membetulkan jawapan menggunakan pensel . 3. Guru meminta murid memberi jawapan terbaik dan mengkritik jawapan yang diberikan murid. 4. Pada masa yang sama pasangan lain akan mengkritik kertas jawapan masing-masing dan pemberian markah diberi mengikut persetujuan murid. 5. Selepas murid bersetuju dengan jawapan yang mereka kira sudah muktamad, guru memberi jawapan sebenar. 6. Guru akan menilai dan membincangkan kenapa sesuatu jawapan itu boleh diterima dan kenapa ianya perlu ditolak dengan menekankan kesalahan utama murid Tingkatan 4 merupakan suatu kebiasan murid apabila menjawab kertas soalan. 7. Guru memberi latihan pengukuhan untuk memastikan murid dapat menguasai kaedah ini.

Pemerhatian

Terdapat murid yang sukar mengenalpasti kesalahan bagi kertas jawapan yang diperolehi. Dengan ini murid bagi kelas 5SS3 ini, mereka memerlukan perbincangan bersama rakan dan ada yang memohon bantuan dari guru. Dilihat mereka banyak mendapat tunjuk ajar dari rakan mereka.

Refleksi Aktiviti ini berjaya memberi kesedaran kepada murid bagaimana mereka boleh kehilangan markah atau bagaimana mereka dapat mengenalpasti kesalahan utama mereka ketika menjawab kertas soalan. Dengan mengenalpasti kesilapan orang lain, ianya diharapkan dapat membantu murid agar tidak melakukan kesilapan yang serupa.

Aktiviti 2: SKETCHING

1. Guru membahagikan murid pada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberi satu tajuk eksperimen. 3. Setiap kumpulan diminta melukis prosedur eksperimen yang lengkap dengan nama bahan dan berlabel. 4. Setiap kumpulan mempersembah hasil dengan menerangkan setiap prosedur dilaksana dengan lengkap. 5. Ahli kumpulan lain bolehlah mengkritik dan mengemukakan sebarang penambahbaikan.

Pemerhatian

Aktiviti ini lebih mudah dilaksana bagi murid kelas 5SS3 ini memandangkan mereka agak sukar menulis prosedur eksperimen dalam bentuk ayat. Dengan bantuan gambar rajah, ianya membantu murid mengingat prosedur ekpserimen yang betul.

Refleksi

Peringkat permulaan guru memberi motivasi pada murid agar mereka dapat sekurangkurangnya 2 markah dari 4 markah keseluruhan dengan berbantukan lakaran prosedur eksperimen dengan label yang lengkap.

Aktiviti 3: 5/10+5/10

1.

Guru memberi taklimat bagaimana mendapat markah penuh bagi laporan ekperimen dimana 5/10 diperoleh dari aktiviti pertama iaitu Kemahiran Proses Sains dan 5/10 dari aktiviti kedua itu bagaimana menulis prosedur lengkap untuk mendapat markah penuh.

2.

Murid menjawab soalan latihan penulisan laporan amali dan semakan dibuat bersama guru.

3.

Guru menekankan pada murid sekiranya mereka dapat menguasai 30/70 markah, peluang mereka akan lebih cerah untuk mendapat keputusan cemerlang.

Pemerhatian

Terdapat murid yang baru menyedari bahawa walaupun mereka agak lemah, namun sekiranya mereka dapat menjawab soalan berdasarkan ekperimen yang telah dipelajari, mereka sekurang-kurangnya bakal mendapat markah yang lebih tinggi sekiranya dapat menjawap bahagian A dan C soalan nombor 10 ini dengan baik memandangkan mereka tidak berupaya menjawab bahagian B dan soalan esei dengan baik.

Refleksi

Kesedaran murid terhadap kepentingan untuk menguasai bahagian ini menyebabkan mereka lebih berusaha untuk memahami bahagian ini. Ini dapat dilihat melalui perlakuan murid yang sebelum ini tidak pernah memohon bantuan guru, mula mendekati guru untuk membantu mereka.

6.4 Penilaian

Selepas menentukan kumpulan sasaran beberapa aspek berikut telah ditinjau untuk mengenal pasti masalah secara menyeluruh iaitu : a) b) Menganalisis markah Ujian Pertengahan Tahun . Memerhati tindak balas murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. c) d) Temubual dengan murid. Peperiksaan Percubaan Negeri Kedah 2011

6.5 Refleksi Kajian

Selepas intervensi dijalankan, kebanyakan murid dari kelas ini terpaksa digugurkan dari terlibat dalam kajian ini memandangkan kehadiran dan keberadaan murid semasa intervensi dijalankan adalah mendukacitakan. Disebabkan di luar bidang kuasa pengkaji untuk memastikan keberadaan murid-murid ini, pengkaji hanya menjalankan kajian bagi sampel

yang terlibat sebagaimana jadual di bawah dimana markah keseluruhan adalah sebanyak 30 markah.

NAMA AINA MADIHAH ALIA AMALINA HIKMAH MIMI SHAHIRA NURUL ARINI SITI FATIHAH SHOFFI SITI NADZIRAH

Ujian Pra
8 10 13 5 6 11 8

Ujian Post
21 12 17 14 20 13 18

Berikut merupakan perbezaan antara Ujian Pra dan Ujian Post yang dikira berdasarkan peratusan. Berdasarkan peratusan didapati kenaikan markah adalah serendah 7% bagi 2 sampel dan kenaikan tertinggi mencecah sehingga 47%. Kenaikan ini sebenarnya telah menjadi satu motivasi dan kepercayaan murid untuk terus berusaha untuk subjek ini.

NAMA AINA MADIHAH ALIA AMALINA HIKMAH MIMI SHAHIRA NURUL ARINI SITI FATIHAH SHOFFI SITI NADZIRAH

Ujian Pra (%) 27 33 43 17 20 37 27

Ujian Post (%) 70 40 57 47 67 43 60

Perbezaan % +43 +7 +13 +30 +47 +7 +33

Perbezaan markah diperoleh dapat ditunjukkan dengan jelas oleh graf garis sebagaimana seperti yang ditunjukkan di bawah.

25

20

15 Ujian Pra 10 Ujian Post

0 1 2 3 4 5 6 7

Dapatan kajian menjelaskan :-

i.

Prestasi murid dapat ditingkatkan selepas intervensi dijalankan dengan berlakunya peningkatan markah walaupun masih tidak mencapai sasaran ditetapkan.

ii. Sikap murid terhadap bahagian ini diransang dan ianya memberi motivasi pada murid yang lemah ini agar tidak berputus harap begitu sahaja. iii. Pencapaian murid lemah dilihat ada peningkatan kecil. v. Guru yang mamantau projek ini merasakan kaedah menggunakan gambarajah adalah sangat membantu murid.

Analisis Perbandingan Keputusan Keseluruhan

Pep.Pertengahan Tahun Bil 1 2 3 4 5 6 7 Nama AINA MADIHAH SAMSUDIN ALIA AMALINA JAAFAR HIKMAH AZIZAN MIMI SHAHIRAABDUL SHAHIR NURUL ARINI ABDUL RAHMAN SITI FATIHAH SHOFFI SITI NADZIRAH SHAIKH MOHD
M GRED

Percubaan SPM
GRED M

ETR

SPM

GRED

GRED

45 48 40 41 51 36 52

C C D D C+ E C+

50 52 45 53 53 37 48

C+ C+ C C+ C+ E C

B+ AB B B B B

A A+ B A A B A

Analisis keputusan keseluruhan mendapati jika dibandingkan gred semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun, berlaku peningkatan prestasi murid terlibat ketahap yang amat membanggakan.

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian

ini

berjaya

mencapai

semua

objektif

yang

telah

ditetapkan.

Melalui

ujian pasca yang dijalankan terbukti bahawa murid telah dapat meningkatkan pencapaian masingmasing bagi bahagian terbabit. Kajian ini boleh diperluas untuk membantu sekolah lain yang ingin meningkatkan prestasi matapelajaran Sains. Sekiranya terdapat program perkongsian seperti Wacana atau Kolokium Kajian Tindakan ianya dapat memberi idea baru untuk para guru untuk saling berkongsi maklumat.

10

8.0 RUJUKAN

Elliot, J. (1991). Action Research For Educational Change . Philadelphia: Open University Press

Mohd Nawi Abdul Rahman. (2000). Teras Penyelidikan. Universiti Putra Malaysia Serdang.

Piaget, J. (1926). Judgment and reasoning in the child. New York: Harcourt. Puustinen, M. (1998). Help-seeking behavior in a problem-solving situation: Develop- ment of selfregulation. EuropeanJournal ofPsychology ofEducation, 8, 271-282.

Mohd Salleh Mahat (2004). Perkongsian dalam Pendidikan : Fokus di Sekolah dlm Journal Pendidikan Jld 5: 65-74

http://www.primary resources.co.uk/

Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes. Cambridge, MA: Harvard University Press. Whitaker, P (1991). Managing Change in School. Philadelphia : Open Uni Press.

11

9.0 LAMPIRAN
AKTIVITI CORRECTING

Murid Kelas 5SS3 dibantu rakan dari 5SS1 bagi mengenalpasti kesalahan jawapan murid.

12

HASIL AKTIVITI

Hasil kerjasama perbincangan murid, mereka memutuskan markah yang sepatutnya diperolehi

13

14

Anda mungkin juga menyukai