Anda di halaman 1dari 10

NTEGRITI GURU, KEBERKESANAN MEMBENTUK JATI DIRI

 Dipetik daripada :
http://reformasimindaguru.blogspot.com/2011/01/integriti-
guru.html

INTEGRITI GURU
Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata
masyarakat. Jika selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya dimata
masyarakat, ia berkait rapat dengan integriti.

Sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibubapa dan diberi kepercayaan


untuk mendidik dan membentuk survival anak-anak mereka di masa hadapan,
guru-guru harus membalas kepercayaan tersebut dengan keyakinan yang tidak
berbelah bagi. Guru-guru dikenali oleh ibubapa sebagai insan yang mahir dalam
selok belok pendidikan.

Kebanyakan ibubapa masa kini tidak lagi melihat tugas guru untuk membentuk
sahsiah anak mereka kerana terlalu banyak isu yang berbangkit dari masa ke
semasa. Ibubapa masa kini lebih mempersoalkan pencapaian akademik anak
mereka berbanding perkara lain kerana inilah perkara yang ditekankan oleh
sekolah. Peperiksaan yang menjadi penentu aras kebolehan pencapaian anak-
anak mereka. Ibubapa mana yang tidak mahu guru membentuk juga sahsiah
anak mereka tetapi memandangkan trend masyarakat yang mementingkan
pencapaian dalam peperiksaan maka ibubapa juga seolah terlupa tentang
peluang pembinaan sahsiah yang sewajarnya dididik oleh guru melalui
tingkahlaku mereka sendiri yang menjadi teladan. 
Isu-isu teknikal sering menjadi bahan rungutan ibubapa terhadap guru hari ini
seperti tidak memeriksa buku latihan, tidak memberi kerja rumah yang
mencukupi, kertas soalan yang tidak bermutu, menyemak buku latihan secara
sambil lewa, gagal menghabiskan sukatan pelajaran apabila peperiksaan
semakin hampir dan pelbagai lagi isu teknikal yang berkaitan.

Isu pembentukan sahsiah pula hanya berkisar kepada permasalahan disiplin


yang timbul seperti gejala sosial yang semakin merebak seperti merokok,
gangsterisme, melepak, dadah dan sebagainya. Apabila diajukan persoalan ini
maka ianya menjadi perbincangan sosial dan guru-guru meminta mereka tidak
dijadikan penyebab lantas mengaitkan juga kegagalan ibubapa memikul peranan
mendidik sahsiah anak-anak mereka.

Alasan guru-guru mudah, masa yang terhad di antara guru dan pelajar di
samping tugasan mengajar pelajar yang ramai menyebabkan pembentukan
sahsiah pelajar tidak dapat ditumpukan sepenuhnya. Guru sering berharap agar
ibubapa tidak melepaskan tanggungjawab tersebut kebahu mereka semata-mata
tetapi perlu bersama-sama memikul tugas mengikut masa dan tempat pelajar
tersebut berada.

Ibubapa pula sering menunding jari mereka kepada keupayaan guru kerana
tugasan mereka yang sibuk dari pagi hingga ke malam tidak mengizinkan
mereka mendidik sahsiah anak-anak tambahan pula mereka tidak mempunyai
kemahiran formal sebagaimana guru yang dilatih untuk membentuk sahsiah
pelajar.

Maka, tunding menunding berterusan dari tahun ke tahun tanpa penyelesaian


tetapi kesan yang ketara gejala sosial semakin bertambah parah di kalangan
remaja sekolah dicelah-celah perselisihan guru guru dan ibubapa. Semakin lama
kita membicarakannya semakin parah keadaannya.

Pepatah “Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari” perlulah difahami
maksudnya dan dijadikan peringatan sepanjang masa. Maksud sebenar pepatah
tersebut iaitu sebagai seorang guru perlulah menonjolkan sifat terpuji dalam diri
tidak kira di mana sahaja kita berada samada dihadapan pelajar ataupun
dibelakang mereka.

Inilah maksud sebenar pepatah tersebut yang perlu menjadi pegangan guru-
guru. Jika sebelum ini guru-guru merasakan bahawa pepatah tersebut berkait
dengan teladan mereka akan dicontohi oleh pelajar maka hari ini kita perlu
merenung lebih jauh lagi berhubung tindakan kita yang konsisten di mana-mana
sahaja.
Posted by Zulfadzli Haron at 1:51 PM  
 
 ****************************************************************

 
Dipetik daripada :
http://mstar.com.my/kolumnis/cerita.asp?
file=/2008/5/16/KOLUM/Pendapat/Integriti_dan_autoriti_profesion_guru_tang
gungjawab_bersama&sec=mstar_kolum
 
Integriti dan autoriti profesion guru tanggungjawab bersama

ISTILAH 'guru' sering memberi gambaran tentang peranan utamanya dalam


pembangunan sumber manusia, iaitu sebagai pendidik dalam proses
pembentukan dan kematangan sahsiah para pelajar.
Tidak dapat dinafikan bahawa profesion keguruan merupakan profesion utama
dalam hidup kerana ia melibatkan proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada
individu-individu, anggota keluarga dan masyarakat yang seterusnya akan
menentukan hala tuju sesebuah negara.
Tekad Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini
untuk memartabatkan profesion keguruan merupakan niat murni yang mesti
disambut bersama oleh segenap anggota masyarakat kerana tugas ini tidak
mesti terbeban di pundak kerajaan semata-mata.
Secara tidak langsung, gandingan bersama setiap anggota masyarakat ke arah
meninggikan profesion keguruan merupakan salah satu bukti penghargaan
mereka terhadap tenaga guru yang telah dicurahkan dalam proses
menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendidik anak-anak bangsa.
Selain itu, memartabatkan profesion keguruan adalah menjadi tanggungjawab
semua pihak, sama ada daripada pihak pentadbir atau kerajaan, kalangan guru
itu sendiri, anggota masyarakat mahu pun badan-badan bukan kerajaan (NGO)
supaya integriti dan autoritinya sentiasa diyakini dan terpelihara.
Hal ini merupakan perkara yang perlu dititikberatkan kerana sekiranya sesuatu
pihak sudah tidak mempercayai dan meyakini integriti dan autoriti keguruan,
maka sukarlah bagi guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
Hasil pengajaran dan pembelajaran yang diterima pelajar pula akan
dipersoalkan kesahihannya disebabkan kewibawaan profesion keguruan itu
sendiri yang telah tercalar.
Dalam masa yang sama, kerajaan juga mengalami masalah dalam
mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap kewibawaan guru. Pelbagai
cara dan langkah terpaksa diambil dan dilaksanakan, yang ternyata
menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan sejumlah perbelanjaan yang
besar.
Oleh yang demikian, antara peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan dalam
memartabatkan profesion keguruan ialah meningkatkan kandungan kursus-
kursus pedagogi, pengurusan dan psikologi kepada guru-guru supaya ilmu-ilmu
ini dapat diaplikasikan secara praktikal dalam pengajaran di kelas-kelas.
Selain itu, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran haruslah memperkukuh dan
memperkemaskan sistem pengawasan dan pemantauan ke atas guru-guru bagi
memastikan mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan
baik dan penuh dedikasi. Hal ini juga adalah bagi mengelakkan para guru
menyeleweng daripada tugas yang telah diamanahkan.
Guru juga perlu berperanan dengan menambah ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang, terutamanya bidang pengkhususan masing-masing. Hal ini
akan menambah keupayaan guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan
dengan lebih berkesan kepada para pelajar.
Di samping itu juga, guru haruslah mempelbagaikan pendekatan, kaedah dan
teknik semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya pengajaran
guru dapat diterima dan dihayati dengan baik oleh pelajar, di samping
memenuhi objektif sesuatu pengajaran.
Antara lain yang harus dititikberatkan guru ialah mendisiplinkan diri mereka
sendiri, dan dalam masa yang sama juga perlu mendisiplinkan para pelajar
kerana mereka akan menjadi contoh ikutan buat para pelajar.
Dalam hal ini, pepatah Arab ada menyatakan bahawa: "Jangan lakukan
perbuatan yang anda tegah. Perbuatan demikian aibnya amatlah parah."
Anggota masyarakat turut memainkan peranan yang penting dalam membantu
memartabatkan profesion keguruan. Institusi-institusi seperti Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG), dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO)
juga perlu sentiasa mengambil tahu proses pendidikan di sekolah-sekolah,
memberi maklumat dan kerjasama kepada guru-guru dalam menjalankan
aktiviti atau program pembinaan ilmu dan sahsiah dalam kalangan pelajar.
Jika kita hanya mengharapkan guru bagi menangani semua masalah berkaitan
pelajar tanpa bantuan pihak-pihak luar, ternyata keadaan ini amat rumit dan
sukar mencapai kejayaan.
Justeru, peranan semua pihak merupakan faktor utama dalam memartabatkan
profesion keguruan seperti mana yang ditekadkan oleh kerajaan. Ini kerana
profesion keguruan itu sendiri merupakan satu profesion mulia yang sewajarnya
diangkat dan disanjung.
Ketinggian profesion ini telah dinyatakan melalui sabda Rasulullah SAW: "Orang
yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk Allah termasuk ikan
di laut memohon keampunan Allah untuknya."

MOHD FAISAL MUSTAFFA


Setiausaha,
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
Sesi 2008/2009
 
 *************************************

Dipetik daripada :
 http://diskusimatematik.blogspot.com/2012/03/nilai-bitara_17.html
 

Integriti
Artikel 1 : Nilai Bitara

NILAI PROFESIONAL YANG PERLU DIMILIKI OLEH SEORANG


GURU
            Sebagai seorang guru yang perlu mematuhi standard guru di bawah
domain nilai, Nilai BITARA boleh dijadikan panduan. Terdapat enam aspek guru
yang berkesan seperti yang digariskan dalam nilai Bitara. Nilai BITARA yang
pertama ialah integriti.
INTEGRITI
Nilai Bitara yang pertama untuk menunjukkan ciri-ciri guru yang berkesan
dalam pengajaran ialah integriti. Terdapat empat aspek sebagai aras petunjuk
bagi nilai integriti yang perlu bagi seorang guru untuk meningkatkan pengajaran.
            Petunjuk pertama ialah ADIL. Guru mestilah adil dengan diri sendiri
menunaikan tanggungjawap terhadap kelas iaitu mestilah tepat memulakan dan
menamatkan kelas yang telah dijadualkan. Guru tidak menggunakan masa
didalam kelasnya untuk mencuri tulang. Contohnya, menanda buku di dalam
kelas, berurusan perniagaan melalui telefon semasa waktu pengajaran dan
pembelajaran, melayari laman web semasa mengajar dan sebagainya. Guru
seharusnya adil dengan diri sendiri dan murid. Kerana murid berhak mendapat
yang terbaik dan guru sepatutnya memberikan yang terbaik.
            Amanah dalam menjalankan tanggungawab guru juga tergandung dalam
aspek integriti. Guru seharusnya amanah dalam mendidik murid-murid, menjaga
serta menyayangi harta sekolah. Dalam konteks amanah dalam pengajaran, guru
seharusnya amanah dalam menyampaikan ilmu pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan subjek yang diajar. Dalam pada itu, guru tidak seharusnya hanya
menumpu semasa di dalam kelas. Adakalanya pengajaran dan pembelajaran
secara tidak langsung diluar kelas turut memberikan impak yang positif dalam
diri murid-murid. Disinilah kadangkala timbulnya nilai didikan membentuk
akhlak murid-murid.
            Guru haruslah telus dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Maksu telus disini ialah bersesuaian dengan skema pembelajaran
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Contohnya pada minggu pertama
persekolahan, guru sudah mengajar topik pertama. Tetapi adakalanya terpaksa
berterusan dalam minggu kedua berdasarkan kepada kemampuan murid untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.
            Sikap akauntabiliti perlulah dipamerkan dengan melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan pengajaran yang telah
ditetapkan. Sebagai contoh dalam pendidikan seni visual, murid-murid diminta
melukis bunga hiasan yang terdapat di kawasan sekolah. Proses pengajaran dan
pembelajaran ini sesuai dilaksanakan di luar kelas. Pengajaran dan penbelajaran
kurang berkesan sekiranya guru melaksanakan di dalam kelas dan hanya
menggunakan imaginasi murid-murid untuk melukis pokok-pokok tersebut.
Segala arahan dan peraturan dari pihak atasan samada guru besar, Pejabat
Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri ataupun Kementerian. Contohnya
seperti membuat ‘headcount’, ini merupakan penyelidikan yang dilaksanakan
oleh guru untuk menilai tahap murid dan perlu diserahkan kepada Jabatan
dalam masa yang telah ditetapkan. Segala arahan yang diberi perlulah
dilaksanakan dan bertanggungjawab atas tugasan yang diberikan sepenuhnya.
Kegagalan adalah berpunca dari diri sendiri.
Posted by Sarjana Pendidikan Matematik (SR) at 5:59 A
 **************************************************************
 Dipetik daripada :
http://gkmkemanusiaansmki.blogspot.com/2009/05/integriti.html

INTEGRITI SEORANG GURU......!!!! 

Baru-baru ni ada kawan saya balik dari kursus Induksi. Dia dok cerita tentang
INTEGRITI. Kami pakat dengar saja lah. Semangat bukan main dia dok cerita.
Maklumlah orang baru balik induksi. Tak dengar dia kata kami tak integriti
pula. Kadang-kadang saya senyum saja bila dia dok cerita bab integriti tu. Tak
pa la. Setidak-tidaknya dia dah mula faham tentang integriti.

Sebenarnya, integriti itu apa? Integriti yang pernah saya dengar dalam kursus-
kursus yang saya pernah hadiri, banyak penceramah memberi makna menjurus
kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu yang
berteraskan prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral
tinggi. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, seperti kita guru-guru ni dilihat
sebagai satu tugas berat, amanah besar dan memikul tanggungjawab besar
untuk melahirkan modal insan yang diperlukan dalam pembangunan negara. Ia
tidak boleh dicuaikan dan bukan digunakan sebagai landasan untuk mencari
kekuasaan, kedudukan dan mementingkan diri sendiri bukan organisasi,
menolak kerja selain dari mengajar di dalam bilik darjah ( kalau dah jadi
cikgu, kita kena fahamlah..bukan saja mengajar di dalam kelas, banyak lagi
tugas yang kita kena buat. Jadi guru kokurikulum la, menganggotai
jawatankuasa itu la..ini la, dan macam-macam lagi..Kalau tidak jangan jadi
cikgu...pesan kat anak-anak no!!!) dan macam-macam lagi lah. Setiap guru
mesti bekerja dengan jujur, tekun dan rajin serta berdedikasi di samping
melayan murid-murid dengan penuh berertika dan berhemah. Pendek cerita,
seorang guru itu kena jadi seperti sepohon pokok. Pokok memberi khidmat dan
manfaat kepada semua. Contohnya, :
1. Pokok berbunga dan berbuah - dimanfaatkan oleh manusia dan haiwan
2. Buah yang ranum sedia dimakan oleh manusia dan haiwan serta menaburkan
biji benihnya
3. Unggas, haiwan bertenggek selesa di dahannya yang selamat
4. Akarnya membantu menyimpan air dan hakisan tanah
5. Rimbunan dedaunnya menjadi tempat berteduh

Begitulah pokok. Bertarung dengan angin, sang ribut yang semberono, tetapi
angin dan ribut itu hilang dan kecewa dengan keutuhan pokok (umpama datang
godaan, kita masih tak lut...). Pokok tetap berdiri teguh siang dan malam.
Pokok tak pernah merungut. So, begitu teruk pun kerja kita, kita janganlah
merungut. Buatlah kerja itu dengan ikhlas dan jujur. SIBUK? Semua orang sibuk.
Jangan dok anggap kita saja yang sibuk. Apa yang penting pengurusan masa
harian kita. Dah tua? atau dah lama buat sesuatu kerja yang diberikan? Tak
mau buat kerja/tugasan yang diberikan? Lu fikirla sendiri...(pinjam sat kata-
kata Si Nabil Raja Lawak tu..) Selagi tak pencen, selagi bergelar guru dan selagi
kita masih dok makan gaji, makanye kita...kena buat kerja macam orang lain
juga la. Macam guru-guru lain juga, tak kira guru tua (maaf guru lama) atau
guru muda. Sama saja. Kalau "fed-up" jadi guru letak jawatan. Abis cerita. Tak
menyusahkan orang lain.Kita dah matang. Fikirlah...itu adalah kerja buat kita.
Kita yang pilih jadi guru. Jangan salahkan orang lain. Bidang inilah merupakan
tapak yang kita pilih untuk mencari nafkah dan rezeki yang halal buat anak
isteri/suami/keluarga kita. Terimalah hakikatnya....So, janganlah dok
merungut dan marilah sama-sama kita menjadi seorang guru yang
BERINTEGRITI. "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"...SELAMAT HARI GURU!!!!!!!

Dicatat oleh Boss Kemanusiaan di 11:57 PG


*****************************************************************
Dipetik daripada :

 http://eyesnews.wordpress.com/2012/04/11/penilaian-integriti-pendidik-berterusan-
metro/

Penilaian integriti pendidik berterusan


KUALA LUMPUR: Penilaian tahap integriti guru dan warga pendidik perlu dilaksanakan
dari semasa ke semasa supaya kefahaman serta kesedaran kepentingan nilai mulia dalam
perkhidmatan pendidikan dapat dipertingkatkan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penilaian itu turut akan
membantu Kementerian Pelajaran mengenal pasti aspek yang boleh dilakukan
penambahbaikan.
“Usaha ini perlu dilaksanakan untuk menyebar luas maklumat berkaitan amalan dan
budaya integriti warga pendidik supaya tahap kefahaman serta kesedaran mengenai
kepentingannya dapat dipertingkatkan,” katanya dalam ucapan perasmian penutup
Pertandingan Pidato Integriti Antara Institut Pendidikan Guru, Piala Menteri Pelajaran
2012, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Institut Integriti Malaysia
(IIM), Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar
Mahmud dan Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, proses pemantapan integriti memerlukan
pembabitan dan usaha bersungguh-sungguh semua peringkat pengurusan pendidikan.
“Justeru, strategi dan pelan tindakan berfokus diharap dapat dilaksanakan secara kolektif
untuk memastikan tahap integriti warga pendidik sentiasa tinggi.
 
“Saya yakin kerjasama pintar sedia terjalin antara Institut Pendidikan Guru dan IIM
dikembangkan lagi untuk menyemarakkan amalan serta budaya integriti di kalangan
warga pendidik di negara kita,” katanya.
Beliau berkata, krisis ekonomi di Barat dan kemunculan kembali pemikiran menekankan
kepentingan amalan nilai moral dan etika dalam masyarakat menjadi peringatan semua
pihak tidak sekali-kali mengabaikan fungsi asas pendidikan.

************************************************************

Dipetik daripada :
http://n9kini.com/jangan-pandang-ringan-soal-integriti-guru/
 
Jangan pandang ringan soal integriti guru
May 14, 2010 by admin  
Filed under Berita Nasional
Warga pendidik digesa supaya tidak melihat isu integriti sebagai sesuatu yang remeh sebaliknya
konsep itu perlu perluaskan dalam amalan seharian terutamanya di sekolah.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek berkata, dalam
usaha melonjakkan prestasi pendidikan, aspek integriti tidak dapat dipisahkan malah saling
berkait rapat dalam menjana modal insan yang cemerlang.
Justeru, katanya, konsep itu juga bukan sekadar dilihat dalam aspek pencegahan
penyelewengan dan rasuah semata-mata malah ia meliputi keberkesanan dalam mendidik dan
kebolehupayaan dalam melaksanakan tugas mereka.
“Kita ingin melihat bahawa konsep integriti ini bukan hanya dilihat sebagai usaha kita untuk
mencegah rasuah dan sebagainya sebaliknya ia dilihat sebagai satu elemen yang mampu
memberi kesan yang mendalam kepada guru-guru.
“Kita yakin dengan pelbagai usaha yang dijalankan oleh semua pihak dengan penuh integriti,
kita mampu melonjakkan tahap pendidikan negara,’’ katanya.
Hassan berkata demikian pada Majlis Penutup Seminar Integriti Warga Pendidik Peringkat
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah di Sekolah Menengah Teknik Juasseh di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pegawai Pelajaran Daerah, Mat Rohani Kamar.
Hassan yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah turut menyerahkan cek tajaan akhbar Utusan
Malaysia bernilai RM10,170 kepada 36 sekolah di daerah ini.
Cek itu kemudiannya diserahkan kepada Eksekutif Pemasaran Zon Tengah 4, Kumpulan Utusan,
Zailani Md. Ali.
Hassan turut menjelaskan, tugas menyemarakkan integriti dalam masyarakat perlu dipikul oleh
semua pihak terutamanya warga pendidik.
“Kita mahu melihat supaya sekolah dijadikan sebagai tempat lahirnya golongan berintegriti
hasil didikan guru-guru. Kita yakin sekiranya komitmen ini diberikan usaha ini akan mencapai
matlamatnya,” katanya.

Anda mungkin juga menyukai