Anda di halaman 1dari 6

Kertas Cadangan Minggu Antidadah Peringkat Sekolah

PERBELAJAAN PROGRAM MINGGU ANTIDADAH


PERINGKAT SEKOLAH
PADA 23 HINGGA 27 MAC 2015

1. Hadiah Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster RM 2.00 x 18 = RM


36.00

2. Hadiah Pertandingan Mewarna Poster RM 2.00 x 21 = RM


42.00

3. Hadiah Pertandingan Tulisan Cantik & Berangkai RM 2.00 x 18 = RM


36.00

4. Hadiah Pertandingan Mengarang RM 2.00 x 18 = RM


36.00

5. Jamuan & Cenderahati Penceramah


Penceramah : En. Rozaimy B. Dorus
Pegawai Pendidikan Pencegahan
Agensi Antidadah Kebangsaan
Daerah Maran.

dan Petugas
Pameran = RM100.00

JUMLAH = RM
250.00
===
=====

SUMBER KEWANGAN PROGRAM MINGGU ANTIDADAH


PERINGKAT SEKOLAH

1. Unit Bimbingan & Kaunseling = RM 200.00


2. Panitia Bahasa Malaysia =
RM 25.00
3. Panitia Pendidikan Seni =
RM 25.00
-----
----------
RM
250.00
===
======

KERTAS KERJA
PROGRAM MINGGU ANTIDADAH
PERINGKAT SK LKTP JENGKA 18
2015

ANJURAN
UNIT PPDa & Bimbingan Dan Kaunseling
dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu & Pendidikan Seni

Jawatankuasa Program

Pengerusi : En. Mohamad Bahari Bin Lebai Shapei


Guru Besar

Naib Pengerusi : Pn. Hjh. Sharipah Khatijah Bt. Syed Yang


Guru Pen. Kanan HEM

Setiausaha : En. Ainul Ruwaidi B. Othman


Guru PPDa

N. Setiausaha : En. Mohamad Amir B. Shamsudin


Guru Bimbingan & Kaunseling

Ahli Jawatankuasa

1. AJK Pertandingan

Tulisan Cantik & Berangkai : Guru B.Melayu Tahap 1


Mengarang : Guru B.Melayu Tahap 2
Mewarna : Guru Prasekolah & Guru Pend. Seni
Tahap 1
Melukis & Mewarna Poster : Guru P.Seni Kelas Tahap 2

2. AJK Pameran : Pn. Shamsiah Bt. Abd. Wahab


Pn. Madihah Bt. Mahamad
En. Ainul Ruwaidi B. Othman
En. Amir B. Shamsuddin

3.AJK Senamrobik : Pn. Noridayati Bt. Yusof

4. Pengacara Majlis : Guru Bertugas Mingguan

5. Jurugambar & Back Drop : En. Mohd. Nor


En. Ainul Ruwaidi B. Othman

6. Bacaan Doa : En. Mohd. Amir B. Shamsudin

7. AJK Siaraya : En. Wan Jamal Abd. Nasir


En. Abd Aziz Abd. Rahim

8. AJK Kawalan Murid : En. Mohd. Asri B. Muzakir


En. Abu Bakar B. Yasin
Tn. Hj. Kamaruzaman B. Jaafar

9. AJK Hadiah : Pn. Zaleha Bt. Awang Zakaria


Cik Wan Faridah Bt. Wan Mohamad
Pn. Zuraini Bt. Mamat.

RASIONAL

Murid merupakan golongan kanak-kanak yang aktif dan sukakan aktiviti-aktiviti


yang dapat mengembangkan bakat dan kemampuan mereka sebagai seorang
pelajar yang cemerlang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.

MATLAMAT.

Program Pencegahan Dadah yang dijalankan ini dapat meningkatkan kesedaran


dan pengetahuan murid tentang kesan najis dadah kepada kita dalam mencapai
matlamat Negara Bebas Dadah 2015.
OBJEKTIF

 Mengetahui dengan lebih jelas tentang bahaya najis dadah kepada kita.
 Menggunakan aktiviti penulisan dan seni sebagai cabang kesedaran
kepada murid.
 Mencungkil serta mengembangkan bakat serta potensi murid.

SASARAN PROGRAM

Semua Murid Tahap 1 dan 2.

TARIKH PROGRAM

23 hingga 27 Mac 2015

KESIMPULAN

Dengan adanya program sebegini diharapkan dapat membantu pihak-pihak


yang telah diamanahkan untuk membuktikan betapa pentingnya kesedaran
tentang bahaya najis dadah di peringkat awal lagi.

Disediakan Oleh;

( AINUL RUWAIDI B. OTHMAN )


Setiausaha
Program Minggu Antidadah 2015
SK LKTP Jengka 18
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah Subhanahu


wataala kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya kita dapat hidup dalam sebuah
negara yang aman dan bersatu dengan pelbagai kaum dan tradisi yang saling
menyokong antara satu sama lain. Namun begitu kehormanian dan kestabilan yang
kita kecapi ini tidak akan kekal jika kita tidak berjaya mengekang pelbagai gejala
sosial yang akan mengancam terutamanya kepada ganerasi muda iaitu seperti
permasalahan penyalahgunaan dadah.

Keseimbangan dalam kehidupan dunia tanpa sempadan dengan pelbagai medium


teknologi yang digunakan, harus disokong dengan pembinaan jati diri di kalangan
generasi agar tidak terdorong dengan gejala yang tidak sihat. Tahun ini kita masih
mengekalkan tema yang sama iaitu “Komuniti Kita Tanggungjawab Kita” yang membawa
mesej yang berterusan berhubung tanggungjawab dan peranan komuniti untuk
mengekang dan menanamkan kesedaran bahaya dadah. Isu penyalahgunaan dadah
bukan masalah domestik yang hanya dihadapi di negara ini sahaja malahan seluruh
dunia berdepan masalah ini sekali gus menuntut usaha berterusan untuk
menyelesaikannya.

Pengekalan tema pada tahun ini memberikan makna yang sangat besar dalam
menunjukkan peranan dan tanggungjawab komuniti dalam membantu pihak kerajaan
ataupun pihak penguatkuasaan dalam membuat pencegahan mahupun mengekang
masalah penagihan dadah di Negara kita umumnya dan di dalam komuniti khususnya
amat penting dilakukan bersama-sama. Dengan wujudnya penglibatan komuniti ini
akan memberikan kerjasama yang sangat utuh dan bersatu padu bagi membuat
pencegahan awal dan mengekang masalah penyalahgunaan dadah ini agar tidak terus
menjadi barah di dalam komuniti kita. Ini sejajar dengan cabaran wawasan 2020 yang
ketujuh iaitu membentuk masyarakat penyayang dan budaya menyayangi demi
kepentingan masyarakat.

Justeru itu, kita harus memberikan pengetahuan dan kefahaman mengenai bahaya
dadah, dan menyedarkan ahli komuniti mengenai peranan dan tanggungjawab mereka
dalam merancang, menggerak dan melaksanakan program dan aktiviti pendidikan
pencegahan serta rawatan dan pemulihan dadah sejajar dengan tema Bulan
Antidadah pada tahun ini iaitu “Komuniti Kita Tanggungjawab Kita”. Pendekatan
secara holistik dan inklusif perlu ditekankan dalam mempergiatkan keterlibatan
komuniti dan kolaborasi pelbagai pihak dalam membentuk komuniti yang aktif dan
berdaya huni bagi mewujudkan kualiti persekitaran setempat yang aman dan selamat.
Dalam prinsip rawatan dan pemulihan dadah berkesan perlu disepakati adalah tiada
rawatan tunggal yang sesuai untuk semua orang. Pemulihan penagihan dadah adalah
menjurus kepada komponen Bio, Psiko Sosial dan Spiritual. Justeru itu keseluruhan
komponen ini menyokong antara satu sama lain dalam proses pemulihan.

Dengan adanya pengetahuan dan kefahaman mengenai bahaya dadah ini masyarakat
boleh menjadi serampang dua mata dalam memberikan maklumat ataupun
pengatahuan bukan hanya didalam komuniti mereka tetapi juga kepada komuniti
ditempat kerja, komuniti sekolah dan sebagainya. Ianya selaras dengan matlamat
Dasar Dadah Negara iaitu untuk mewujudkan Negara dan bangsa Malaysia yang
bebas daripada ancaman gejala dadah bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan
mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional melalui (5) lima teras iaitu,
Pendidikan Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan, Penguatkuasaan, Pengurangan
Kemudaratan dan Kerjasama Antarabangsa.

Akhir kata, dalam kita mencanai harapan bagi tahun 2019 ini ingin saya menegaskan
bahawa Bulan Antidadah Kebangsaan ini membawa satu wadah dan harapan
iaitu Komuniti Kita Tanggungjawab Kita. Oleh itu marilah kita bersama-sama berganding
bahu menjadikan ianya satu realiti yang diterjemahkan melalui usaha dan komitmen
berterusan agar ganerasi kita di masa hadapan menjadi ganerasi yang bersih dan
bebas dari ancaman dadah. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati (Prevention
is better than cure).

Sekian. Wabillahitaufiq wal hidayah,


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

KETUA PENGARAH
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

Anda mungkin juga menyukai