Anda di halaman 1dari 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/269405582

PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KONTEKS MEMBINA INSAN


BERKEPIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR MELALUI AKTIVITI KOKURIKULUM DI
UNIVERSITI

Conference Paper · December 2014

CITATIONS READS
0 11,323

1 author:

Faizullah Mohamed
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
3 PUBLICATIONS   2 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Faizullah Mohamed on 12 December 2014.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KONTEKS MEMBINA INSAN
BERKEPIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR MELALUI AKTIVITI
KOKURIKULUM DI UNIVERSITI

Mohd Faizullah Bin Mohamed

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV)


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Beg Berkunci 101, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
gb140108@siswa.uthm.edu.my

Abstrak: Kemahiran generik merupakan kemahiran yang sangat penting dan ditekankan oleh majikan ke
atas graduan sebelum diberikan jawatan atau diterima bekerja. Kemahiran insaniah seharusnya disemai
ke dalam diri pelajar semenjak mereka berada di pusat pengajian tinggi lagi untuk menjamin
perkembangan diri mereka pada masa akan datang. Untuk menggapai hasrat pendidikan, kokurikulum
menggalas peranan yang penting dalam hampir semua proses pendidikan. Kokurikulum dan kurikulum
merupakan dua elemen dalam menjana individu yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan
intelektual. Kokurikulum memainkan peranan samada secara langsung atau tidak langsung dalam proses
pembangunan diri seseorang individu. Melalui peranan kurikulum semata - mata sangatlah sukar untuk
melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan yang sempurna, berkepimpinan, berketerampilan dan
berdaya saing. Menerusi program atau kursus kokurikulum, pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran
mereka seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan, keusahawanan dan seterusnya memiliki kriteria yang
diperlukan oleh majikan. Justeru itu, hasil dari kupasan literatur menunjukkan kemahiran insaniah adalah
menjadi keperluan bagi graduan dan kokurikulum merupakan satu platform serta mempunyai pertalian
yang rapat dalam pembentukkan kemahiran insaniah.

Kata kunci: Kemahiran Insaniah, Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum, Program.

1.0 Pendahuluan

Pada era globalisasi masa kini, pekerja bukan sahaja perlu mempunyai segulung ijazah atau diploma
mahupun sijil, akan tetapi kemahiran - kemahiran lain seperti kemahiran kepimpinan, berkomunikasi,
proaktif, berfikiran kritis serta pelbagai lagi kemahiran juga diambil kira. Induvidu atau mereka yang
berdaya saing tinggi, berkepimpinan tinggi, kreatif, inovatif, pandai berkomunikasi dan berdisiplin dengan
diiringi kemahiran profesionalisme dan kompetensi sahaja yang akan mampu bersaing dan mendapat
tempat di alam pekerjaan nanti. Menurut Noraini (2006), perbincangan yang hebat dan sering diperkatakan
samada di peringkat kementerian, universiti juga sering mendaat perhatian daripada media dan masyarakat
umum adalah berkenaan dengan masalah pengangguran yang melibatkan graduan universiti.
Menurut Jumaatol (2006), kemahiran didefinisikan sebagai kebolehan seseorang individu
mempersembahkan aktiviti mental dan fizikal dan ianya mampu diperkembangkan melalui latihan dan
pengulangan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, menyatakan dengan jelas bahawa objektif kemahiran
adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketerampilan serta berdaya saing demi mencapai kecemerlangan diri serta mampu
memberi sumbangan dari sudut kemakmuran dan keharmonian keluarga, komuniti seterusnya negara.
Perkara tersebut amat penting dalam melatih setiap pelajar supaya bertindak sesegera mungkin berserta
keyakinan yang tinggi terhadap segala proses yang dilalui semasa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Disamping itu, para pelajar juga seharusnya sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang
rintangan dan cabaran selari dengan falsafah kerja iaitu, “Work Smart, Masa Jimat, “Act Fast, Hati Puas”.
Dalam pada itu, di antara kekurangan yang telah dikenalpasti pada setiap graduan termasuklah
mereka gagal mempamerkan keterampilan serta tidak mempunyai kemahiran lebih – lebih lagi kemahiran
insaniah yang mana ia merupakan tuntutan majikan serta bagi pasaran kerja yang kian mencabar (Modul
Pembangunan Kemahiran Insaniah, 2006). Hal ini juga turut ditegaskan oleh Mohd (2008), dimana beliau
menyatakan bahawa pelajar atau graduan yang hanya memiliki keterampilan dari sudut akademik semata –
mata sebenarnya masih tidak mampu untuk menjamin mereka untuk mendapatkan pekerjaaan disebabkan
pada masa kini berlakunya persaingan sengit di dalam dunia pasaran kerjaya. Rata – rata majikan pada
2

masa kini telah menjadikan aspek penguasaan kemahiran insaniah (soft skills) di kalangan calon temuduga
(graduan) sebagai kayu ukur atau kriteria dalam pemilihan untuk mengambil mereka sebagai pekerja yang
mana ianya bertujuan untuk menyokong pencapaian akademik yang telah mereka perolehi. Ini jelas
menunjukkan bahawa graduan bukan sahaja perlu cemerlang dalam aspek akademik semata tapi juga perlu
menguasai dan kaya dengan kemahiran – kemahiran insaniah.
Berdasarkan kepada artikel yang telah diterbitkan oleh Malaysia Today (2005) yang bertajuk
“Malaysia has 60,000 Graduates Unemployed”, daripada penyelidikan yang telah dibuat oleh kerajaan
mendapati bahawa sebab utama 60,000 graduan di Malaysia gagal mendapat pekerjaan atau menganggur
adalah disebabkan oleh mereka kurang atau tidak menguasai beberapa kemahiran insaniah seperti
kemahiran memimpin, kerja dalam pasukan, berkomunikasi khususnya dalam Bahasa Inggeris serta
kurangnya pendedahan mereka kepada dunia kerja dalam industri sebenar. Perkara ini sekaligus
menyebabkan mereka diketagorikan sebagai graduan yang tidak layak untuk diterima bekerja. Penegasan
berkaitan pentingnya penerapan kemahiran insaniah dalam diri para pelajar yang selepasnya akan bergelar
graduan turut dinyatakan oleh Aini (2006), daripada kajian beliau mendapati setiap majikan sememangnya
mahukan kejayaan perniagaan masing – masing. Oleh itu mereka mengambil dan mengekalkan kakitangan
yang memiliki kemahiran yang pelbagai termasuk mempunyai ciri – ciri keperibadian yang unggul.
Pernyataan ini turut selari dengan kajian oleh Fadilah (2011), beliau mendapati majikan pada hari ini terlalu
memilih pekerja disebabkan faktor kepentingan mereka untuk melancarkan produktiviti dan kualiti syarikat
mereka, maka seharusnya mereka perlu menekankan dan memperketatkan proses pemilihan pekerja. Oleh
hal yang demikian, graduan yang hanya cemerlang dan terampil di dalam akademik semata – mata
seharusnya sedar dan bimbang serta mencari penyelesaian yang baik untuk meneroka alam pekerjaan kelak.
Jika mereka masih alpa dan terbuai dengan pencapaian cemerlang mereka dalam akademik tanpa
memikirkan dan berusaha memperkayakan kemahiran – kemahiran insaniah, maka tidak mustahil sijil
akademik mereka hanya sekadar layak dijadikan bahan pameran semata – mata dan tidak membantu
mereka untuk bekerjaya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin turut memperkatakan berkenaan masalah
penguasaan kemahiran insaniah dikalangan para graduan pada masa kini ketika beliau berucap pada
mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Beliau menekankan supaya pelajar melengkapkan diri bukan sahaja dengan kemhiran professional semata –
mata tetapi turut disertai dengan pelbagai kemahiran insaniah seperti kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran berfikir secara kritis dan pelbagai lagi yang sememangnya amat diperlukan oleh negara dalam
memacu ekonomi berpendapatan tinggi. Beliau juga menyarankan supaya para pelajar melibatkan diri
dengan pelbagai persatuan atau kelab di institusi pengajian tinggi kerana melalui pembabitan tersebut
kemahiran kepimpinan dan pengurusan organisasi mampu dibina atau diperkukuhkan lagi dalam diri para
pelajar.
Jika dilihat dari segi halatuju atau matlamat pembangunan sesebuah negara, kemahiran insaniah
atau generik merupakan suntikan yang paling tepat untuk pembangunan modal insan yang merupakan teras
utama pembangunan sesebuah negara. Tanpa penekanan terhadap pembangunan modal insan, negara tidak
akan mampu untuk bersaing dengan negara – negara membangun dan maju yang lain. Oleh itu adalah amat
wajar universiti menjadi tempat untuk mahasiswa mempersiapkan diri dengan ilmu, pengalaman, serta
pelbagai bentuk kemahiran sebelum mereka bergelar graduan. Perkara ini ternyata jelas kerana kemahiran
insaniah merupakan nilai tambah bagi pelajar menentukan pembangunan dan perkembangan sesebuah
organisasi yang mereka sertai disamping turut menjamin kecemerlangan diri mereka pada masa akan
datang.

1.1 Kemahiran Insaniah

Kemahiran insaniah memiliki pelbagai nama seperti soft skills, essential skills, human skills, employability
skills serta non-technical skills. Terdapat pelbagai makna yang menjelaskan tentang kemahiran insaniah.
Mahyudin (2011) menyatakan bahawa definisi sedia ada berkaitan dengan kemahiran insaniah lebih
memberi tumpuan terhadap aspek tingkah laku, kemahiran komunikasi, sikap, keupayaan menyelesaikan
suatu permasalahan, cara memeperolehi keputusan dan pengurusan organisasi. Elemen – elemen kemahiran
insaniah yang terdiri daripada kerja berpasukan, nilai positif, pembelajaran berterusan, kepemimpinan dan
komunikasi telah dijadikan perkara utama dalam modul pembangunan kemahiran insaniah dimana ia
merupakan aspek kognitif yang berhubungan dengan kemahiran bukan akademik.
3

Setiap pelajar perlu mempunyai kemahiran insaniah, hal ini kerana kemahiran insaniah tidak hanya
memberi tumpuan kepada pelbagai perkara dalam suatu bidang sahaja. Zamri (2012) mengemukakan
bahawa kemahiran insaniah merangkumi kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran menggunakan
teknologi, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran moral dan etika, kemahiran mengurus aktiviti dan
kemahiran berkomunikasi. Oleh demikian, kemahiran insaniah perlu dimiliki oleh setiap graduan supaya
mereka boleh bersaing dalam alam kerjaya sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa
(Shahrom et al., 2007).
Khatijah (2006) pula menyatakan kemahiran insaniah merupakan kemahiran asas yang dapat
membantu pelajar selama pengajian dan kemahiran ini berhubungan dengan kemahiran berfikir, kemahiran
ICT, kemahiran komunikasi dan sebagainya. Pendedahan mengenai kemahiran insaniah kepada pelajar
diharap dapat memberi pengetahuan awal berkaitan dengan kepentingan kemahiran ini. Selain itu, dengan
mengetahui manfaat kemahiran insaniah, para pelajar dapat mengembangkan keyakinan dengan mengenal
pasti keupayaan yang mereka miliki. Hal ini juga berkaitan dengan kemahiran komunikasi, dimana
menuntut pelajar menggunakan pelbagai bahasa khususnya bahasa melayu dan juga bahasa inggeris untuk
berinteraksi dengan orang ramai (Tuan Mohd, 2009).
Kemahiran insaniah merupakan aspek penting dalam memastikan para graduan yang sedia ada
memperolehi kerjaya sesuai dengan bidang pengajiannya. Kecemerlangan akademik masih menjadi
tumpuan utama yang harus diambil berat oleh para pelajar namun cemerlang berdasarkan pengetahuan
secara teori sahaja tidak mencukupi untuk mampu bersaing di pasaran kerja. Sehubungan ini, Noorashidi
(2009) menjelaskan kemahiran komunikasi dan keupayaan pelajar dalam menguasai pelbagai bahasa akan
menjadi tunjang para graduan mendapat tempat di alam pekerjaan.
Kesimpulannya, kemahiran insaniah terdiri daripada pelbagai aspek kehidupan mahupun
pekerjaan. Kemahiran insaniah merangkumi kemahiran berfikir, kemahiran keusahawanan, kemahiran
peribadi, kemahiran berkaitan manusia serta kemahiran yang berhubungan dengan kemasyarakatan. Proses
penerapan kemahiran insaniah merupakan tanggungjawab pelbagai pihak seperti institusi pengajian tinggi
(IPT), sekolah dan masyarakat. Kemahiran insaniah dapat dipelajari sepanjang hayat dan dalam
persekitaran pekerjaan, kehidupan harian dan juga institusi pendidikan. Aini (2005) mengemukakan
bahawa pada masa kini penerapan kemahiran insaniah dalam pengajaran dan pembelajaran semakin
meningkat.

1.1.1 Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kokurikulum

Pembangunan kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran memimpin dan kemahiran
menyelesaikan suatu permasalahan dalam kalangan pelajar dapat dilaksanakan menerusi proses pengajaran
dan pembelajaran matapelajaran kokurikulum di pusat pengajian tinggi. Pihak industri menghendaki
supaya para graduan memiliki kemahiran kepimpinan (Mohd.Yunus & Mamat, 2002; De Leon & Borchars,
1998; Otter, 1989). Dengan demikian, selain daripada mempelajari kemahiran teknikal, pelajar di institusi
pengajian tinggi juga perlu didedahkan kepada kemahiran kepemimipinan.
Berdasarkan kepada Walker (2003), pembangunan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar
dapat dilakukan menerusi kokurikulum. Hal ini kerana melalui pengajaran dan pembelajaran kokurikulum
pelajar boleh mengembangkan potensi. Dalam konteks kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum,
aktiviti kokurikulum dapat memberikan latihan awal kepada pelajar iaitu berkaitan aspek sahsiah,
kemasyarakatan dan kepimpinan. Kebolehan memimpin mampu diterap melalui aktiviti pakaian seragam,
kelab, sukan dan persatuan (Ab. Manaf & Fauzee, 2002).
Pendapat ini disokong oleh Abdul Hamid (2002), yang menyatakan bahawa ilmu kepimpinan dan
pengurusan dipelajari melalui satu system pendidikan yang harus dirasai dan dialami sendiri oleh pelajar
tersebut kerana memimpin dan mengurus berkait rapat dengan kehidupan seharian manusia. Beliau juga
mengemukakan bahawa ilmu akademik berhubungan dengan kelas serta kertas - kertas ujian, oleh itu ilmu
kepimpinan dan pengurusan berbeza dengan ilmu akademik. Oleh sebab itu, jika pelajar diberikan
kesempatan dan peluang untuk mengurus persatuan atau kelab maka secara tidak langsung pelajar akan
memiliki kemampuan mengurus serta memimpin anggota – anggotanya dengan menggunakan kemahiran
berkomunikasi, kaedah psikologi yang baik, kebijaksanaan dan strategi yang tertentu.
Elemen – elemen kepimpinan dapat ditanam dalam diri pelajar semasa mereka mengikuti aktiviti
luar bilik darjah (Deborah Hopen, 2002). Melalui aktiviti luar ini pelajar diajar cara berorganisasi, bekerja
secara berpasukan dan memupuk kemahiran komunikasi dikalangan pelajar. Pelajar juga akan dapat
menguasai kemahiran mengenalpasti masalah dan membantu mencari jalan penyelesaian, kemahiran
4

memberi perhatian, mendengar, memberi penjelasan, refleksi, konfrontasi, mentafsir, memberi maklumat,
membuat rumusan dan merapatkan hubungan sesame manusia, kemahiran menghurai, mengamalkan dan
mengawal tingkah laku (Omardin, 1999). Oleh itu, untuk memastikan pelajar dapat menjadi pemimpin
organisasi dalam bidang kerjaya maka pelajar perlu memiliki kemahiran kepimpinan. Kemahiran
kepimpinan penting kerana pelajar akan berhadapan dengan struktur organisasi kepimpinan pada masa
hadapan mahupun pelbagai lapisan masyarakat. Seorang pemimpin di kalangan pelajar sememangnya
diperlukan untuk dilantik menjadi ketua semasa aktiviti gerak kerja luar dilangsungkan bagi menjamin
aktiviti yang dilaksanakan berjaya mencapai matlamat. Oleh yang demikian, kemahiran kepimpinan jelas
dapat diterapkan dalam diri pelajar melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini selari dengan
Helen M. Gunter (2001), yang menyatakan bahawa seseorang individu mampu memimpin melalui
penglibatan dalam aktiviti kokurikulum kerana ia merupakan aktiviti berorganisasi dan direkabentuk
bersama matlamat yang ingin dicapai.
Pelajar boleh mendapat kemahiran memimpin daripada aktiviti kokurikulum. Beberapa aspek
kepimpinan seharusnya dimiliki oleh individu yang memegang persatuan (Omardin Ashaari, 1999). Aspek
kepimpinan tersebut meliputi kemahiran mengenalpasti masalah, menyelesaikan masalah, refleksi dari
masalah yang dihadapi, konfrontasi, mentafsir, memberi maklumat, menghurai, mengamalkan dan
mengawal tingkah laku, kemahiran mendengar, memberi perhatian, memberi penjelasan, membuat
rumusan dan hubungan manusia. Selain itu, melalui kokurikulum, para pelajar diajar menjadi pemimpin
yang mampu berkomunikasi dengan baik, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, bekerja dalam
kumpulan, mematuhi peraturan dan etika serta menyemai nilai - nilai positif seperti berdisiplin
(Shamsaadal, S.S, 2004; Mohamad Ismail, M.Y, 2004)
Pembangunan kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum ini turut dipersetujui oleh Ahmad
Esa, Jailani Md. Yunos dan Noraini Kaprawi (2004), melalui kajian mereka berkaitan pembanguan
kemahiran kepimpinan melalui modul kokurikulum di Politeknik Malaysia, mereka mendapati bahawa
aktiviti kokurikulum dapat membina kemahiran kepimpinan yang akan bermanfaat bagi membantu para
pelajar ketika menceburi bidang kerjaya. Mereka juga menegaskan bahawa, aktiviti kokurikulum yang
disertai oleh para pelajar di politeknik – politeknik di Malaysia seperti kemahiran teknikal bermain hoki
melalui subjek kokurikulum sukan dan permainan mendedahkan para pelajar dengan kemahiran -
kemahiran tertentu berdasarkan jenis kokurikulum disamping turut berjaya untuk membangunkan
kemahiran kepimpinan dalam kalangan para pelajar politeknik. Kemahiran kepimpinan dapat membantu
para pelajar meluaskan potensi diri sebagai seorang pelajar seterusnya berguna untuk dipraktikkan apabila
memasuki alam pekerjaan.
Kemahiran kepimpinan secara jelas dapat dibangunkan dikalangan pelajar-pelajar institusi
pengajian tinggi melalui penglibatan mereka di dalam kokurikulum berdasarkan kepada kajian-kajian yang
telah dibuat oleh penyelidik terdahulu. Oleh itu, setiap institusi pengajian tinggi seharusnya memainkan
peranan dalam memastikan setiap pelajar mengambil bahagian dalam sebarang bentuk aktiviti
kokurikulum. Sekiranya perkara ini dapat direalisasikan disetiap universiti mahupun pusat - pusat
pengajian tinggi, maka isu berkaitan dengan modal insan tidak berdaya saing dapat diatasi.

1.2 Kokurikulum

Kokurikulum merupakan sebahagian kurikulum asas yang melibatkan sesuatu aktiviti (Kamus Dewan,
2000). Sebahagian daripada kursus pendidikan misalnya kegiatan dalam persatuan – persatuan dan kegiatan
sukan dan permainan dianggap kokurikulum selain daripada mata pelajaran yang diajar dalam bilik darjah.
Sepertimana yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), kokurikulum telah dijadikan
medium dan kaedah penting dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya seseorang
insan yang dibentuk dapat memanfaatkan ilmu kea rah kecemerlangan diri serta mampu memberi
sumbangan kepada masyarakat dan negara. Oleh itu pengisian tersebut tidak hanya tertumpu terhadap
kurikulum semata – mata. Aktiviti kokurikulum mampu menyediakan pelbagai peluang dan inisiantif
kepada pelajar untuk menambah, menilai dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai - nilai yang
telah dipelajari di dalam sesi P&P yang berlangsung di dalam bilik darjah (Zulkiflee, 2010).
Kokurikulum merupakan aktiviti berkumpulan melibatkan penyertaan yang aktif bermatlamat
untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran insaniah (soft skills) mereka (Tahir, 2010). Melalui
kemahiran insaniah yang baik, maka tahap integrasi dan interaksi dalam kelompok pelajar dapat diperbaiki
dan dipertingkatkan. Menerusi penglibatan dalam unit beruniform pula, para pelajar dapat meningkatkan
ketahan mental dan fizikal, tahap disiplin, semangat patriotik dan semangat kerja berpasukan. Kokurikulum
5

juga adalah aktiviti yang dirancang lanjutan daripada proses P&P dalam bilik darjah dimana hal ini
memberi peluang untuk pelajar menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai
murni yang dipelajari di bilik darjah. Nor (2010) telah mengemukakan bahawa kokurikulum merupakan
wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani yang selari dengan matlamat FPK yang bermatlamat
membentuk generasi yang seimbang.
Kokurikulum dalam bidang pendidikan memiliki pelbagai kebaikan dan kelebihan Oleh itu,
pelaksanaan kokurikulum sepatutnya dirancang dengan rapi dan dijalankan dengan lebih serius oleh
pelbagai pihak. Segala kekangan sedia ada dalam pelaksanaan penerapan kokurikulum sama ada dari aspek
kemudahan peralatan, sokongan, kewangan latihan guru, infrastruktur dan sebagainya perlu di atasi dengan
segera. Ini adalah penting supaya pelaksanaan kokurikulum dalam pendidikan dapat mencapai objektif dan
berjaya melahirkan generasi masa hadapan yang berpendidikan tinggi dan bersahsiah mulia.

1.3 Kajian - Kajian Berkaitan Penerapan Elemen - Elemen Kemahiran Insaniah Melalui
Kokurikulum

Hasil kajian Ahmad Esa (2004), yang melibatkan 409 orang pelajar politeknik Malaysia mendapati bahawa
pelajar di politeknik – politeknik di Malaysia berjaya mengaplikasikan dan menonjolkan kemahiran
kepimpinan setelah mereka mempelajarinya melalui aktiviti kokurikulum yang mereka sertai. Hasil dapatan
kajian ini sekaligus menyokong pandangan – pandangan yang dikemukakan oleh penyelidik - penyelidik
yang lebih terdahulu berkaitan keyakinan mereka bahawa kemahiran insaniah termasuk kemahiran
kepimpinan boleh dilatih seterusnya berjaya dikuasai oleh pelajar melalui aktiviti kokurikulum. Oleh hal
yang demikian, jelas menunjukkan bahawa perlaksanaan kokurikulum yang dianjurkan di seluruh
politeknik di Malaysia mampu membina pelbagai kemahiran insaniah khususnya kemahiran kepimpinan
dan amat penting untuk membantu mereka mereka berjaya di alam pekerjaan kelak. Oleh itu, kokurikulum
merupakan pelengkap kepada kurikulum yang mana ianya mampu memberi keseimbangan pengetahuan
dan kemahiran serta membantu pembangunan diri individu (pelajar).
Selain itu, dapatan kajian Norani (2006), yang dijalankan terhadap 136 orang responden atau
pelajar tahun akhir di Jabatan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) mendapati bahawa elemen – elemen kemahiran insaniah telah diterapkan kepada pelajar – pelajar
tersebut melalui matapelajaran kokurikulum. Para pelajar tersebut juga berpendapat bahawa kemahiran
komunikasi adalah penting. Penyelidik juga menjelaskan bahawa banyak manfaat yang diperolehi oleh
pelajar melalui penglibatan mereka di dalam kegaiatan kokurikulum kerana kemahiran insaniah berjaya
diterapkan bukan sahaja semasa sesi P&P malah menerusi aktiviti kokurikulum, kemahiran insaniah
tersebut dapat dipratikkan dan ditingkatkan lagi. Sebagai contoh, kemahiran komunikasi dan kemahiran
kepimpinan yang telah dipelajari oleh pelajar dari aktiviti atau matapelajaran kokurikulum akan dapat
membantu mereka semasa menjadi guru dan ditempatkan di sekolah kelak.
Dalam pada itu juga, melalui kajian yang dilaksanakan oleh Hassan (2010) bagi meneroka
perkaitan pembinaan kecemerlangan diri pimpinan pelajar menerusi penyertaan dalam aktiviti kokurikulum
serta hubungan di antara aspek kecemerlangan diri bagi pembinaan sahsiah diri dengan kepimpinan dan
aktiviti akademik dengan kepimpinan, mendapati bahawa terdapatnya maklumbalas yang positif daripada
responden mengenai pembinaan kepimpinan, aktiviti akademik dan sahsiah diri menerusi aktiviti
kokurikulum. Sementara itu, kajian oleh Azman (2007) pula mendapati bahawa aktiviti kokurikulum telah
menyumbang dan menyediakan peluang kepada pelajar memperkembangkan minat serta menimbulkan
minat baru, menekankan konsep kepimpinan, berdikari, kerjasama, persahabatan dan persahabatan. Ia juga
menggalakkan perkembangan moral dan pemantapan kerohanian serta menguatkan fikiran dan kesihatan
murid - murid dari segi fizikal.
Mohd Tahir (2010) telah menegaskan bahawa kokurikulum adalah wadah yang paling berkesan
dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) khususnya dalam konteks melahirkan pelajar
yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) seterusnya memberikan kesan
positif kepada negara dalam mewujudkan sumber manusia atau modal insan berkemahiran tinggi dan kelas
pertama. Penyataan yang dinyatakan ini adalah berdasarkan kepada kajian yang telah dilaksanakan oleh
beliau terhadap pelajar di sekolah menengah kebangsaan di daerah Langkawi bagi mengetahui keperluan
aktiviti kokurikulum (Badan Beruniform). Daripada kajian tersebut, didapati aspek kepimpinan berada
pada tahap tinggi dimama ia merupakan aspek penting yang mempengaruhi seseorang individu pelajar
dalam pemilihan untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.
6

Akhir sekali, Ahmad (2004) berpendapat bahawa kemahiran insaniah sememangnya berjaya
diwujudkan dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di mana – mana institusi khususnya institusi
pendidikan. Justeru itu, penerapan kemahiran insaniah samada secara langsung mahupun tidak langsung
kepada para pelajar patut dilaksanakan menerusi penyediaan kurikulum yang sistematik, metod pengajaran
dan pembelajaran yang dipelbagaikan dan penglibatan secara aktif pelajar dalam bidang kokurikulum di
sesebuah institusi pengajian. Ini adalah kerana pembangunan kemahiran insaniah dalam diri pelajar dari
pendekatan tersebut dapat membantu mereka mengaplikasikannya semasa di alam pekerjaan ada masa kan
datang. Melalui kegiatan kokurikulum juga, interaksi antara pelajar dapat dikukuhkan sekaligus memupuk
intergasi antara kaum disamping menanam sifat kesopanan, berdisiplin, berdikari, kerajinan bekerja dan
patuh kepada undang – undang seterusnya melahirkan pelajar yang berguna kepada negara (KPT, 2006).

1.4 Kerangka Teoritikal Berhubung Pembangunan Kemahiran Insaniah Melibatkan Kemahiran


Kepimpinan

Kerangka teori seperti Rajah 1.1 merupakan teori pembelajaran yang berdasarkan Teori Kolb (1984).
Menurut Teori Kolb (1984), pembelajaran adalah suatu proses refleksi terhadap pengalaman yang telah
diperolehi kemudian ia diterjemahkan kepada teori dan konsep untuk menjadi panduan bagi pengalaman
yang baru. Dalam kerangka teori ini, kempat – empat fasa berada dalam satu kitaran dimana setiap fasa
menjurus kepada aktiviti atau perlakuan yang berbeza untuk menggalakkan dan merangsang pelajar
mempelajari cara kaedah dan teknik untuk belajar (learning to learn), menghargai ilmu yang dipelajari,
meningkatkan kemahiran serta kreativiti.
Dalam konteks kemahiran generik melalui kokurikulum, daripada penglibatan pelajar dalam
kokurikulum, pembangunan potensi diri mereka dari segi kemahiran kepimpinan, komunikasi dan interaksi,
interpersonal, bekerja dalam kumpulan dan kemahiran pengurusan mampu diterapkan sedikit demi sedikit.
Selain daripada itu juga, aspek – aspek pembangunan keterampilan diri seperti jati diri, sabar, disiplin,
bermotivasi dan berdaya tahan turut dapat dibangunkan menerusi penglibatan pelajar dalam kokurikulum.
Oleh itu, jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum merupakan praktikal atau latihan awal dari sudut
kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar yang terlibat. Jika lebih difokuskan kepada
pembangunan kemahiran kepimpinan, aktiviti pakaian seragam, persatuan, kelab dan sukan sememangnya
mampu untuk mencapai hasrat tersebut.
7

Dimensi Hasil

Pengalaman Konkrit
- Pembelajaran secara
berkumpulan.
- Perbincangan.
- Penyertaan.

Dimensi
Proses

Kemahiran Generik
Pemerhatian
KI 1 –Kemahiran berkomunikasi Reflektif
Eksperimentasi KI 2 –Kemahiran meyelesaikan - Dialog
Aktif masalah - Kajian Kes
- Main peranan KI 3 –Kemahiran berpasukan - Pengajaran
- Aktiviti KI 4 –Kemahiran keusahawanan berdasarakan
berstruktur KI 5 – Kemahiran etika dan moral penyelesaian
- Kerja lapangan profesional masalah
- Projek KI 6 – Kemahiran Kepimpinan - Pengajaran
- Lawatan KI 7 – Pembelajaran berterusan yang
dan pengurusan maklumat terancang

Konseptual Absrak
- Kuliah
- Pembacaan
- Nota edaran

Rajah 1.1: Kerangka Teoritikal Kolb (1984)

1.5 Kebaikan Penglibatan Pelajar Dalam Kokurikulum

Johari (2010) berpendapat bahawa pelajar yang cemerlang dari segi akademik belum pasti menjamin
kecemerlangan sahsiah dirinya. Oleh kerana itu, semua pihak seperti ibu - bapa dan institusi pengajian
tinggi perlu mengambil peranan untuk memastikan bahawa para pelajar mengikuti latihan dan aktiviti yang
berfaedah seperti kokurikulum supaya mereka turut cemerlang dari segala aspek kehidupan terutamanya
sahsiah diri. Pendapatnya disokong oleh kajian beliau dimana kajian yang beliau jalankan adalah untuk
mengenalpasti pembinaan kecemerlangan diri pimpinan pelajar menerusi penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum dan perkaitan antara aspek kecemerlangan diri bagi pembinaan sahsiah diri dengan
kepimpinan dan kepimpinan dengan aktiviti akademik. Hasil kajian ini mendapati bahawa responden
memberikan maklum balas positif terhadap pembinaan sahsiah diri, aktiviti akademik dan kepimpinan
menerusi aktiviti kokurikulum. Oleh itu kajian tersebut memberi isyarat bahawa untuk melahirkan graduan
yang berkualiti sebagaimana kehendak university adalah memerlukan kepada pembinaan kecemerlangan
diri pelajar secara holistik. Ini adalah kerana, sahsiah dan jati diri yang teguh mampu membawa kepada
kecemerlangan dalam akademik seterusnya akan terserlah ciri - ciri kepimpinan pada diri para pelajar.
Selain itu, Aminuddin (2004), telah menjalankan kajian yang bertujuan untuk meneroka
sejauhmana kesan penglibatan aktif pelajar dalam bidang kokurikulum terhadap tahap pencapaian pelajar
dalam bidang akademik dan ia dilihat dari beberapa aspek seperti peringkat penglibatan, pengurusan masa,
sikap pelajar terhadap aktiviti yang dirancangkan, minat dan tanggungjawab mereka terhadap kegiatan
kokurikulum dan pencapaian akademik mereka. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa pelajar –
8

pelajar mempunyai pencapaian yang baik dalam akademik walaupun mereka terlibat secara aktif dalam
aktiviti kokurikulum. Aktiviti - aktiviti yang diikuti oleh pelajar - pelajar tersebut tidak memberi impak
yang negatif terhadap pencapaian akademik mereka.
Kokurikulum memikul tanggungjawab yang penting dalam bidang pendidikan. Antaranya ialah
kepentingan bagi pemupukan sahsiah dan pembentukan perpaduan. Penyertaan para pelajar sebagai
generasi muda dan rakyat di negara ini dalam aktiviti kokurikulum dapat menyemai perpaduan, perasaan
muhibah, integrasi nasional dan menyemai nilai - nilai murni. Ini selaras dengan teras kedua dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Membangunkan Modal Insan. Modal insan yang bermutu
tinggi merupakan aset utama Negara bagi menentukan masa depan negara dan bangsa. Hal ini juga penting
dalam pembentukan konsep “Satu Malaysia” yang mengutamakan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum juga bangsa. Selain itu juga, penyertaan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum
mampu meningkatkan tahap disiplin para pelajar.
Berdasarkan beberapa kajian lepas maka jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum berupaya untuk
mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar ke tahap yang minima. Namun, dalam
merealisasikan usaha ini, pelbagai pihak perlu mengambil peranan masing - masing iaitu seperti ibu - bapa,
guru - guru dan masyarakat perlu sentiasa bekerjasama dan mempereratkan hubungan antara satu sama
lain. Persepsi negatif terhadap pelaksanaan kokurikulum di institusi pendidikan juga perlu dikikis dan
dihapuskan serta pihak sekolah dan para ibu bapa perlu berfikiran positif dan lebih terbuka terhadap
perlaksanaan kokurikulum dalam pendidikan tanpa mengutamakan pencapaian akademik pelajar semata –
mata. Maka amatlah tepat menjadikan kokurikulum sebagai wadah bagi menggalakkan perkembangan
bakat, sifat kreativiti serta potensi para pelajar ke tahap yang optimum (Nor, 2010).

1.6 Kelemahan Penglibatan Pelajar Dalam Kokurikulum

Sepertimana yang diketahui, terdapat beberapa aktiviti luar bilik darjah atau aktiviti yang dianggap
kokurikulum yang membuang masa pelajar dimana ia tidak menyokong subjek pembelajaran di dalam
kelas. Rubin (2002) menjelaskan pihak sekolah sepatutnya hanya menganjurkan aktiviti kokurikulum yang
memiliki perkaitan atau persamaan dengan ouput pembelajaran di dalam bilik darjah supaya pelajar dapat
mengamalkan di luar bilik darjah. Selain itu, Blue (2004) mengemukakan bahawa kebanyakan pelajar
memberi tumpuan yang lebih kepada aktiviti sukan berbanding dengan pelajaran atau akademik mereka.
Oleh itu beliau telah mengaitkan punca pelajar sekolah menengah tercicir adalah kerana mereka terlibat
secara aktif dalam aktiviti sukan di sekolah.
Sejajar dengan isu yang dikemukakan tersebut juga, Daniels (2001) menyatakan walaupun
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mempunyai pelbagai kebaikan kepada pelajar iaitu
memberi keyakinan diri, dapat mencungkil bakat pelajar dan pergaulan, namun ada juga peserta yang
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum mengalami tekanan psikologi dan juga kekangan masa untuk
membahagikan masa antara belajar dan sukan. Sebagai contoh jika seseorang pelajar terpilih dalam sesuatu
pertandingan maka pelajar tersebut akan menghabiskan masa dengan aktivitinya sedangkan rakan - rakan
lain dapat memenuhi masa tersebut dengan mengulangkaji pelajaran.
Selain itu, Kalenkoski (2009) berpendapat bahawa aktiviti kokurikulum lasak merupakan aktiviti
yang tidak memberi manfaat kerana mengurangkan masa pelajar sekolah dengan menghabiskan masa yang
banyak kepada aktiviti dan program pembangunan manusia. Beliau mengaitkan dengan matlamat utama
pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang cerdik dan menurutnya pelajar yang aktif dalam
kegiatan kokurikulum berkemungkinan menghadapi gangguan dan masalah dalam pelajaran kerana mereka
hanya memperuntukan sedikit masa untuk berehat, tidur, mengulangkaji pelajaran dan menyelesaikan kerja
rumah yang diberikan oleh guru.

1.7 Pengajaran Daripada Kajian – Kajian Berkaitan Penerapan Kemahiran Insaniah Di


Kalangan Pelajar Melalui Kokurikulum

Berdasarkan kajian - kajian yang telah dikemukakan, kemahiran insaniah lebih - lebih lagi yang melibatkan
kemahiran kepimpinan adalah kemahiran yang amat diperlukan oleh seseorang individu pelajar untuk
diadaptasi dalam pelbagai situasi pekerjaan dan sekaligus menjamin untuk penghasilan pelajar yang
berkualiti dalam semua bidang bukan sekadar hebat dari sudut akademik sahaja. Kemahiran insaniah juga
merupakan suatu kemahiran umum selain kemahiran teknikal dalam bidang pengkhususan masing –
masing dan amat diperlukan oleh seseorang individu untuk menjalani kerja yang efektif di tempat kerja,
9

berkomunikasi secara efektif, berkebolehan dalam menyelesaikan masalah, mampu bekerja berpasukan,
berfikiran kritikal dan kreatif, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohd et al., 2006)
Dalam pada itu juga, kemahiran insaniah adalah kemahiran yang sepatutnya dikuasai oleh para
pelajar bagi mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Pengajaran yang efektif merupakan tunjang
kepada pembentukan modal insan dan penguasaan kemahiran insaniah memainkan peranan penting dalam
mencapai matlamat untuk melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah yang menyeluruh. Pendidik
seharusnya menguasai kemahiran yang kompeten untuk menerapkan kemahiran insaniah dalam diri para
pelajar (Che Hassan et al., 2010). Selain itu, kemahiran insaniah atau “soft skills” merupakan kemahiran
yang patut dipunyai oleh setiap individu yang bergelar graduan untuk membantu mereka bersaing dalam
pasaran kerja yang glokal. Kemahiran insaniah juga merangkumi aspek – aspek kemahiran generic yang
melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif,
kerjasama dalam pasukan, kepimpinan, pembelajaran berterusan dan komunikasi. Sifat semulajadi pelajar
yang terbentuk hasil dari pengalaman sekeliling dapat membantu menerapkan sifat – sifat insaniah ini
dengan lebih baik serta menjadikan mereka lebih berketerampilan dan berdaya saing. Oleh itu, universiti
haruslah menghasilkan sumber manusia yang berpengetahuan dan kaya dengan ciri – ciri insaniah kerana
modal insan seperti itulah yag amat diperlukan oleh negara (Sharom et al., 2007).
Menurut Ahmad (2004), dalam konteks kokurikulum sebagai pelengkap kepada kurikulum, adalah
amat sukar untuk sesebuah institusi pendidikan untuk melahirkan individu pelajar yang seimbang secara
sempurna jika hanya melibatkan kurikulum semata – mata. Berbeza dengan Intelligence Quotient (IQ) yang
boleh dikembangkan menerusi kurikulum, Emotional Quotient (EQ) sangat sukar untuk dikembangkan
dengan cara tersebut. Ini terbukti kerana EQ adalah lebih mudah untuk dikembangkan melalui
kokurikulum. Walaupun IQ dilihat amat penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar di alam
persekolahan dan peringkat pengajian tinggi, namun EQ amat penting dalam menentukan kejayaan
seseorang dalam alam pekerjaan dan realiti kehidupan.
Kurikulum dan kokurikulum adalah dua komponen yang saling berkait rapat dan saling
mengukuhkan antara satu sama lain dalam sistem pendidikan. Kebanyakan orang menganggap
kokurikulum hanya mampu mengisi kepentingan perseorangan semata – mata, namun hakikatnya ia
mampu menjana kecemerlangan yang beerti dalam pembinaan masyarakat yang seimbang dan negara yang
makmur jika digembleng dengan baik (Zulkiflee, 2010). Oleh itu jelaslah bahawa kurikulum yang bergerak
secara tunggal tanpa sokongan oleh kokurikulum tidak akan mampu memberi input kemahiran insaniah
yang lengkap kepada para pelajar. Penekanan dan penglibatan diri dalam apa jua bentuk aktiviti
kokurikulum seharusnya dilakukan oleh pelajar kerana kemahiran diri mereka seperti pembangunan potensi
diri, kemahiran komunikasi, interpersonal, bekerja dalam kumpulan, pengurusan serta kepimpinan dapat
ditingkatkan. Justeru itu, melalui peranan kurikulum dan kokurikulum sebagai pelengkap, ia akan dapat
melahirkan individu yang seimbang dan seterusnya melahirkan individu yang berketerampilan, berdaya
saing dan mempunyai kriteria yang diperlukan oleh pasaran kerja dan industri diperingkat lokal mahupun
antarabangsa.

1.8 Rumusan

Berdasarkan definisi – definisi istilah dan kajian yang telah dikemukakan dapatlah disimpulkan bahawa
kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang amat perlu dimiliki oleh seorang pekerja tanpa mengambil
kira pekerjaan dan sektor pekerjaan yang sedang atau bakal diceburi. Kemahiran insaniah juga adalah
bersifat umum dan merangkumi hampir semua kemahiran serta tidak hanya khusus kepada kemahiran
berkaitan teknikal. Walaubagaimanapun, secara lebih khusus kemahiran insaniah adalah merujuk kepada
kemahiran – kemahiran tertentu yang diperlukan oleh golongan pekerja atau bakal pekerja (Ahmad, 2004).
Dalam konteks kemahiran kepimpinan pula, ia amat memberi nilai tambah kepada pelajar semasa mereka
berada di alam pekerjaan kelak. Insan yang berkepimpinan tinggi amat diperlukan oleh negara sebagai
pelapis untuk memacu kejayaan negara dimasa akan datang.
Untuk melahirkan graduan dan pelajar yang mempunyai kemahiran insaniah khususnya yang
melibatkan kemahiran kepimpinan, institusi pendidikan tinggi di Malaysia seharusnya mengatur langkah
untuk melaksanakan revolusi pendidikan dalam usaha memantapkan dan memperkasakan pembangunan
modal insan secara bersepadu dan menyeluruh demi kemakmuran negara dan kehendak pasaran kerja.
Dengan langkah ini, IPT dilihat mampu menjana gradúan yang memiliki kemahiran yang seimbang dan
menyeluruh dari sudut kualiti intelektual serta keterampilan insaniah yang merangkumi aspek sikap, akhlak
dan sebagainya(KPT, 2006).
10

Melalui Falsafah Pendidikan Negara (FPN), matlamat utama pendidikan negara adalah untuk
menghasilkan individu yang seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal berasaskan
pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran seharusnya
difokuskan keada pancapaian dalam empat domain utama iaitu pengetahuan (kognitif), kemahiran fizikal
(psikomotor), afektif dan sosial. Namun, sistem pendidikan yang sedang diamalkan sekarang hanya berjaya
dalam memberikan kemahiran kognitif dan sebahagian besar kemahiran psikomotor yang akhirnya
menyebabkan kemahiran insaniah domain afektif dan sosial yang sangat penting untuk pembentukan insan
kamil yang seimbang amat ketinggalan jauh. Kesannya amat nyata apabila produk sistema pendidikan
ataupun modal insan yang dibentuk tidak seimbang seperti yang dihasratkan.
Oleh kerana kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang amat penting dan diperlukan oleh
graduan selain dari pengetahuan akademik walaupun tidak terdapat satu senarai kemahiran yang khusus
tentang kemahiran insaniah, mereka seharusnya tahu menilai kemahiran insaniah yang memenuhi dan
menepati kehendak pasaran kerja dan kehidupan seharian yang kian mencabar. Selain itu, aktiviti
kokurikulum juga perlu diberi penekanan kepada pelajar agar pelajar dapat melibatkan diri dalam pelbagai
jenis aktiviti kokurikulum. Ini kerana, kokurikulum juga memainkan peranan penting selain menjadi
pelengkap kepada kurikulum atau akademik sedia ada pelajar. Dengan gabungan dan peranan yang
dimainkan antara kedua - dua elemen kurikulum dan kokurikulum, ia akan dapat memberi nilai tambah
atau kemahiran - kemahiran yang tidak dapat dipelajari melalui kurikulum atau akademik.
Maka jelaslah bahawa kokurikulum berpotensi untuk menjadi wadah kepada pembinaan kemahiran
insaniah kepada para pelajar terutamanya kemahiran kepimpinan. Kemahiran insaniah yang berjaya
dikuasai oleh pelajar merupakan satu aset yang amat bernilai untuk mereka lebih kompetitif sama ada
ketika memohon pekerjaan atau setelah memegang status pekerja. Apa yang dirasakan amat malang adalah
apabila aspek tersebut kurang diberi penekanan atau disedari samada oleh pelajar atau pendidik sendiri
dalam konteks sistem pendidikan di Malaysia, terutamanya dalam melihat fungsi kokurikulum dalam
menjana kemahiran kemahiran insaniah di kalangan para pelajar (Ahmad, 2004)
Justeru itu peranan yang berkesan dari semua pihak yang bertanggungjawab seharusnya
diperkasakan lagi dalam memastikan pelajar pada hari ini diterapkan secukupnya dengan kemahiran
insaniah lebih - lebih lagi dalam aspek kemahiran kepimpinan. Ini bagi memastikan aset negara yang
berupa modal insan pada masa akan datang dilengkapi dengan kebolehan memimpin yang utuh kerana
merekalah yang bakal meneraju arah tuju negara kelak. Kejayaan sesebuah organisasi pada masa akan
datang hanya dapat dicapai sekiranya pemimpin yang dibentuk pada hari ini benar-benar berkualiti dari
sudut kepimpinan.

Rujukan

Ahmad Esa, Jailani Mohd. Yunus, & Fadilah Mat Assain @ Hashim, (2011). The Implementation Of Generic Skills At
Technical Schools: Comparative Analysis In Different Platform. Journal of Techno-Social | ISSN 2229-8940
| Vol. 3 No. 2 October 2011.
Ahmad Bin Esa, Jailani Bin Mohd. Yunus dan Noraini Binti Kaprawi, (2004). Penerapan Kemahiran Kepimpinan
Menerusi Kokurikulum di Politeknik.
Ahmad Bin Esa, Jailani Bin Md. Yunos dan Noraini Binti Kaprawi, (2004). Peranan Kokurikulum Dalam
Pembangunan Kemahiran Generik.
Aini Hussain, Che Husna Azhari, Dzuraidah Abdul Wahab, Noriah Ishak dan Siti Rahaya Ariffin, (2005). Penerapan
Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Menggunakan Model Tersebati. Seminar Pengajaran dan
Pembelajaran Berkesan 2005.
Azman, N. A. (2007). Jurnal. Peranan Pengetua Sebagai Pengurus Kokurikulum Di Sekolahmenengah Daerah
Mersing.
Daniels, P. L. (2001). Interscholastic Sports And The Middle School Student: A Case Study. Dissertation Submitted to
the Faculty of theVirginia Polytechnic Institute and State University.
Deborah Hopen. (2002). Guiding Corporate Behaviour : A Leadership Obligation, Not a Choice.
De Leon, J. E. dan Borchers, R. E. (1998). “High School Employment Trends and the Skills Graduates Need to Enter
Texas Manufacturing Industries.” Journal of Vocational and Technical Education. Vol. 15. N. 1. M.s. 1 – 18.
Dora, Kudus, Abu Hassan & Ali, (2008). Kemahiran Insaniah (7 Kompetensi Unggul Mahasiswa). Penerbit Universiti
Teknikal Malaysia Melaka.
Fadilah Mat Assain @ Hashim dan Hasmadi Bin Mat Safar, (2011). Penerapan Kemahiran Iisaniah Di Sekolah
Menengah Teknik : Satu Aanalisis Perbandingan.
11

Hassan, J. & A. Safar, S. (2010). Pembinaan Kecemerlangan Diri Pimpinan Pelajar Menerusi Penglibatan Dalam
Aktiviti Kokurikulum Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Tesis. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
Johari Hassan & Sutinah A. Safar, (2010). Pembinaan Kecemerlangan Diri Pimpinan Pelajar Menerusi Penglibatan
Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Jumaatol Halisha Binti Bujang (2006), Kajian Penggunaan Kemahiran Generik Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Di Sekolah. Tesis Sarjana.
Kolb, D. A. (1984). Experiential learning: Experience as the source of learning and Development. Englewood Cliffs,
NJ: Prentice Hall.
Mahyuddin Arsat dan Sri Dewi Rahimi (2011). Kemahiran Generik Dalam Latihan Industri Terhadap Pembentukan
Kerjaya Jurutera Di Dyson Manufacturing Sdn Bhd.
“Malaysia Has 60 000 Graduates Unemployed”, Malaysia Today, November 3, 2005.
http://www.malaysiatoday.net/Blog-e/2005/11/malaysiahas-60000 undergraduates.htm.
Mohd Noor, N. & Borhan, N. (2010). Penerapan Kemahiran Generik dalam Kokurikulum di Kalangan Pelajar Tahun
Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, UTM, Fakulti Pendidikan, UTM.
Mohd Tahir, L. & Othman, O. (2010). Keperluan Aktiviti Kokurikulum (Beruniform) Kepada Pelajar Tingkatan
Empat Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Langkawi. Fakulti Pendidikan, UTM.
Mohd. Salleh Abu, Mohd. Zaki Kamsah (UTM) dan Wahid Razzaly (UTHM), (2008). Laporan Kajian Soal Selidik
Penerapan Kemahiran Insaniah (KI) Di Kalangan Pelajar Dalam Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Di
IPTA.
Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi. (2006) Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia 2006.
http://eprints.utm.my/11595/1/Keperluan_Aktiviti_Kokurikulum.pdf.
Mohd Fadzli Ali, Normah Binti Salleh dan Juhazren Junaidi, (2006). Mengkaji Hubungan Di Antara Pembelajaran
Kkoperatif (Kemahiran Generik) Dengan Kemahiran Mmenggunakan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar
Yang Mengambil Subjek Telekomunikasi Dan Rangkaian Di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor”.
Mohamad Ismail bin Mohamad Yunus (2004). “Enhancing Student Character Building and Ethics Development
Process Through Co-Curriculum Activities: IIUM Experience. Kertas Kerja International Conference on
Student Development, 16 – 18 April 2004 di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur.
Norani Binti Mohd Noor & Noratna Binti Mohammad (2006), Persepsi pelajar Tahun 4 Terhadap kemahiran
Generik Di UTM Skudai, Johor.
Noorashidi B. Borhan, (2009). Penerapan Kemahiran Generik Dalam Kokurikulum Di Kalangan Pelajar Tahun
Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, UTM.
Norani Bt. Mohd Noor & Noorashidi Bin Borhan, (2010). Penerapan Kemahiran Generik Dalam Kokurikulum Di
Kalangan Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, UTM.
Omardin Ashaari (1999). “Pengurusan Sekolah”. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distibutors Sdn. Bhd..
124-149.
Otter, S. (1989). “Student Potential in Britain.” Leicester: Unit for the Development of Adult Continuing Education.
Shamsaadal Sholeh Saad (2004). “Konflik Remaja Masa Kini dan Cabaran Menanganinya.” Kertas kerja Seminar
Pembangunan Keluarga Kebangsaan 2004, 29-30 Mei 2004, di Universiti Malaya.
Walker, V. N. (2002). “Office of Co-Curricular Life.” Sweet Briar: Sweet Briar College.
http://sbc.edu/cocurricular/about/ . Dicapai pada 10 Nov, 2013.
Zulkiflee Haron dan Aimi Ayuni Idris, (2010). Persepsi Pelajar Terhadap Penerapan Kemahiran Generik Dalam
Aktiviti Kokurikulum Di Kalangan Pelajar Tahun Dua Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai