Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

BENGKEL BELAJAR BUAT KEK

TARIKH
30/4/2019

TEMPAT
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
ANJURAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

KERTAS KERJA BENGKEL

TAJUK : BENGKEL BELAJAR BUAT KEK

1.0 PENDAHULUAN

Program Bengkel Belajar Buat Coklat dan Kek merupakan program kolaborasi dan konsultasi
antara pihak sekolah dengan pihak ibubapa. Kolaborasi adalah usahasama di antara beberapa pihak,
kumpulan atau organisasi yang bersetuju membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama.
Program ini berhasrat memberi ilmu pembuatan dan penghasilan kek kepada murid Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Seri Gombak. Selepas bengkel murid-murid akan
menjual hasil bengkelnya di sekolah. Aktiviti ini dijalankan untuk meningkatkan nilai keusahawanan
dan keyakinan diri murid berkeperluan khas dalam bidang keusahawanan. Semoga program ini dapat
merealisasikan dan menjadi pencetus dan perintis bagi meningkatkan pengetahuan serta
menambahkan lagi pengalaman mereka tentang perusahaan kecil.
2.0 RASIONAL

Membina hubungan yang erat antara murid, guru pendidikan khas dan wakil ibu bapa meningkatkan
sifat keusahawanan dalam diri murid pendidikan khas masalah pembelajaran.

3.0 MATLAMAT

Murid dapat mempelajari ilmu dan pemahaman secara teori dan praktikal berkenaan proses
pembuatan dan penghasilan kek.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menambah keyakinan diri murid bermasalah pembelajaran melalui aktivti-aktiviti melibatkan
Bengkel.

4.2 Murid dapat meningkatkan minat murid terhadap kemahiran masakan.

4.3 Murid dapat pendedahan untuk membuat perusahaan kecil.

4.4 Mengeratkan hubungan antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh bengkel dan Hari : 30 APRIL 2019 (SELASA)

5.2 Tempat : Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

5.3 Bilangan Peserta : 10 ORANG MURID

5.4 Bilangan Guru : 2 ORANG GURU


6.0 KUMPULAN SARASAN

Murid kelas 6A Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En. Rosman Bin Mansoor (Guru Besar)

Naib Pengerusi : Pn. Aliza Bt Ali (PK Pentadbiran)

En. Zainal Abidin Bin Ariffin (PK Hem)

Pn Halimatun Bt Othman (Pk KOKU)

Pn. Nor Hizal Bt Abdul Wahid (PK Petang)

Pn. Amizah Bt Abdul (PK PPKI)

Penyelaras :Cik. Moganasundari A/P Panneer Selvam

Setiausaha :Cik. Moganasundari A/P Panneer Selvam

Bendahari : Cik. Vasantha A/P Ganesan

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


SENARAI TUGAS AJK PELAKSANA BENGKEL BELAJAR BUAT KEK TAHUN 2019

BIL AJK PELAKSANA BIDANG TUGAS

1. Penyelaras / Pen.Penyelaras
Program
 Membentuk Jawatankuasa pelaksana
Cik. Moganasundari A/P
PanneerSelvam  Mempengerusikan dan mengendalikan
mesyuarat pelaksana

 Memastikan semua urusan program berjalan


lancar mengikut perancangan

 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan


program

2. Setiausaha
Cik.Moganasundari A/P  Menguruskan surat menyurat.
PanneerSelvam
 Menyelaras dan menyelia persiapan
Jawatankuasa Pelaksana.

 Membentuk Jawatankuasa Kecil, mencatat


dan menyediakan minit mesyuarat.

3. Bendahari
Cik. Vasantha A/P Ganesan  Menyediakan anggaran perbelanjaan

 Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada


jawatankuasa

 Mengurus/menyelia perolehan dan


pendapatan

 Menyediakan laporan kewangan

4. Bacaan Doa ● Membaca doa sebelum mula Bengkel.


Ustaz Mohd Faidhur Nazmir
5. Keselamatan & Kebajikan  Mengelola pembahagian dan susunan murid di
dalam kumpulan
Pn. Maslindawathy Binti Mohamed
Pn. Nor Nuruhayati Binti Aris  Memantau keselamatan semua peserta PPKI
semasa Bengkel Belajar Buat Kek

6. Kebersihan  Memastikan tempat aktiviti yang melibatkan


murid sentiasa dalam keadaan bersih dan
( Semua guru & PPM
kemas
Bertanggungjawab )
 Sentiasa menerapkan nilai-nilai murni kepada
murid

7. Juruvideo/jurukamera  Merakam gambar-gambar aktiviti sepanjang


program berlangsung
En. Azman Bin Ibrahim

8. Rujukan & Kecemasan  Menyediakan peralatan dan bantuan


kecemasan asas
Cenderamata
Pn. Nasriyah Bt Sani  Menyediakan cenderahati

Pn. Suraya Binti Mohd Nor

9.0 PENGISIAN PROGRAM

7.1 ATURCARA BENGKEL BELAJAR BUAT COKLAT

30.4.2019 (SELASA)

8.30 Pagi : Ketibaan dan pendaftaran pelajar

Taklimat oleh guru penyelaras

Sarapan Pagi
9.00 pagi : Bacaan Doa

: Bengkel Belajar Buat Kek.

11.00 pagi : Kuiz

11.30 pagi : Penyampaian hadiah dan cenderamata

12.00 tgh hari : Jualan Hasil Bengkel

1.00 tgh hari : Bersurai

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA PAKEJ JUMLAH (RM)


SETIAP PAKEJ
KESELURUHAN

10.1 Bahan-bahan buat kek RM 100 Rm 100 Rm 100.00


( Sumbangan)

10.2 Cenderahati RM 50 X 1 Rm 50 Rm 50.00


(Sumbangan)

10.3 Hadiah RM 5 X 10 RM 50 RM 50.00


(Sumbangan)
10.4
JUMLAH
RM 200.00

JUMLAH
PERBELANJAAN
RM 200.00

11.0 PENUTUP

Sehubungan itu, kertas cadangan Bengkel Belajar Buat Kek ini diharapkan dapat dijayakan sebaik
mungkin pada saat dan waktunya. Sokongan dan komitmen para guru dan PPM juga sangat dihargai.
Program ini juga adalah salah satu alternatif atau kaedah untuk membantu seseorang murid untuk
bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.Diharapkan agar Bengkel Belajar Buat Kek tahun
2019 ini dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak serta mencapai
objektif yang telah digariskan. Segala program dan aktiviti yang dilaksanakan diharap dapat memberikan
nilai tambah yang lebih positif dan amalan terbaik kepada murid-murid PPKI khasnya.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh Disokong oleh Disahkan oleh

…………………………………. ………………………………. ……………………………………


(MOGANASUNDARI A/P (AMIZAH BT ABDUL) ( ROSMAN BIN MANSOOR )
PANNEER SELVAM) Guru Penolong Kanan Program Guru Besar SK Taman Seri
Penyelarasa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Gombak

Anda mungkin juga menyukai