Anda di halaman 1dari 12

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN SISWA

PENDIDIK: SATU PENEROKAAN DI INSTITUT PENDIDIKAN


GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
1*
Sharifah Kamaliah Syed Sofian, PhD
1
Fung Thien Lung
1
Jabatan Reka Bentuk dan Teknologi
IPG Kampus Pendidikan Teknik
*
E-mail: drsharifahkamaliahsyedsofian@gmail.com

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan


dalam kalangan siswa pendidik Semester 8 PISMP Ambilan Januari
2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT).
Sejumlah 112 orang siswa pendidik terlibat dalam kajian ini. Analisis
data menunjukkan tahap ciri keusahawanan dalam kalangan siswa
pendidik perempuan adalah tinggi berbanding siswa pendidik lelaki.
Manakala tahap ciri keusahawanan dalam kalangan siswa pendidik 8
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ataupun dikenali
sebagai guru pelatih semester terakhir adalah tinggi dengan mendapat
skor min sebanyak 3.67 ke atas dalam 12 daripada 13 ciri-ciri
keusahawanan yang dikaji dan tahap sederhana bagi yang selebihnya
iaitu dengan skor min melebihi 2.34. Pemupukan ciri-ciri
keusahawanan dalam kalangan setiap guru adalah penting bagi
memenuhi matlamat pendidikan negara iaitu menghasilkan murid-
murid yang bercirikan keusahawanan melalui penerapan nilai-nilai
keusahawanan dalam PdP dan aktiviti ko-kurikulum.

Kata kunci: Ciri-Ciri Keusahawanan, siswa pendidik

Abstract

The purpose of this study is to identify the entrepreneurial


characteristics among Semester 8 PISMP student teachers of Institute

TEKNOKRAT II JILID XVIII 2016   71  


of Teacher Education, Technical Education Campus for the Januari
2013 intake. A total of 112 respondents were involved in this study.
An analysis of data shows that a high level of entrepreneurial
characteristics among female student teachers was exhibited
compared to male student teachers. Meanwhile, 8 PISMP student
teachers which also known as final semester trainee teacher had
shown high level of entrepreneurial characteristics by scoring a mean
of 3.67 for 12 out of 13 entrepreneurial characteristics studied, and
moderate level for the remaining entrepreneurial characteristic of
2.34. The presence of entrepreneurial characteristics among teachers
is pertinent in the fulfilment of one of the national educational goals in
producing entrepreneurial students, salient in the inculcation of
entrepreneurial values during teaching-learning and co-curricular
processes.

Keywords: Entrepreneurial Characteristics, Student Teachers

Pengenalan

Pada abad ke 21 ini, bidang keusahawanan telah dilihat sebagai


peneraju utama untuk pembangunan negara. Usahawan dikatakan
menjadi penyelesai kepada banyak masalah terutamanya menjadi
penyumbang kepada pekerjaan atau sebagai salah satu instrumen
dalam menyelesaikan masalah pengangguran. Sehubungan dengan
itu, pelbagai kajian tentang ciri-ciri keusahawanan telah dijalankan
oleh pengkaji-pengkaji dari seluruh dunia untuk mencari formula
terbaik bagi meningkatkan kualiti usahawan. Menurut Ghani, Kerr and
O’Connell (2011), kemajuan negara USA, berkait rapat dengan
kegiatan keusahawanannya.

Namun begitu, usahawan dan keusahawanan selalunya hanya


dikaitkan dengan alam perniagaan, malah kurang sekali konsep
tersebut dikaitkan dengan guru atau pendidik mahupun pentadbir
sekolah. Sebenarnya, ciri-ciri keusahawanan adalah ciri -ciri murni
yang boleh juga dijadikan asas kepada bakal-bakal guru dan
pentadbir sekolah supaya mereka bergelagat seperti usahawan,
berupaya mencari peluang dan memberi peluang kepada orang lain
dalam konteks sekolah atau institusi pendidikan. Dalam kata lain, ciri-

TEKNOKRAT II JILID XVIII 2016     72  


 
ciri keusahawanan bukan hanya diperoleh melalui persekitaran
perniagaan sahaja (Ahmad, Ramayah, Wilson, & Kummerow, 2010;
Krause et al., 2010). Pendapat ini turut disokong oleh Gindling dan
Newhouse (2014) dalam kajian yang merangkumi sampel melebihi
100 negara, menunjukkan bahawa asalkan seseorang mempunyai
pengetahuan asas tentang keusahawanan, maka mereka boleh
menjadi seorang usahawan, tidak kira sama adanya seorang pekebun
ataupun akauntan. Seseorang yang mempunyai sikap dan semangat
keusahawanan adalah seorang yang sentiasa ingin berjaya dan
berusaha bersungguh-sungguh dalam segala bidang yang diceburi
tidak kira sama ada beliau adalah pengurus, peniaga, juruteknik atau
guru.

Ciri keusahawanan dalam konteks pendidikan dapat dilihat setelah


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerapkan unsur
keusahawanan dalam kurikulum pendidikan KSSR (Kurikulum
Standard Sekolah Rendah). Menurut KPM (2011), murid-murid perlu
didedahkan dengan nilai-nilai keusahawanan dalam PdP seharian
supaya dapat diterapkan dengan sikap-sikap keusahawanan seperti
tabah, berfikiran rasional, gigih, berupaya memimpin, berorientasikan
masa depan dan sebagainya. Oleh itu, adalah amat penting untuk
memahami sama ada wujudnya ciri-ciri keusahawanan dalam
kalangan siswa pendidik semester 8 PISMP Ambilan Januari 2013
bagi mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan dan pada masa
yang sama untuk menjadi guru berkualiti dengan mempamerkan serta
mengaplikasikan ciri-ciri keusahawanan tersebut. Selaras dengan itu,
kajian ini telah juga dijalankan untuk mengenal pasti ciri-ciri
keusahawanan dalam kalangan siswa pendidik semester 8 PISMP
Ambilan Januari 2013 yang terdiri daripada pelbagai pengkhususan.

Fokus Kajian

Keusahawanan merangkumi sikap, kemahiran dan pengetahuan.


Konsep usahawan kini tidak hanya merujuk kepada mereka yang
menjalankan perniagaan, malah dikembangkan kepada individu yang
mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang tinggi, walaupun tidak
memiliki perniagaan sendiri seperti usahawan dalaman dan usahawan
sosial (KPM, 2007). Justeru, bidang pendidikan perlu menerapkan

TEKNOKRAT II JILID XVIII 2016   73  


ciri-ciri tersebut terutamanya kepada guru-guru, supaya mereka
menjadi usahawan sosial yang boleh mengadun sumber-sumber yang
terhad di sekeliling mereka supaya dapat membentuk graduan
sekolah yang seimbang. Tiga belas ciri-ciri keusahawanan yang
dikenal pasti dalam kalangan siswa pendidik, iaitu “Inisiatif”, “Melihat
dan Merebut Peluang”, “Cekal”, “Mencari Maklumat”, “Menitikberatkan
Mutu Kerja Tinggi”, “Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja”,
“Berorientasikan Ke Arah Kecekapan”, “Membuat Perancangan Yang
Sistematik”, “Penyelesaian Masalah”, “Keyakinan Diri”, “Ketegasan”,
“Kemampuan Meyakinkan Orang Lain”, dan “Mampu Menggunakan
Strategi Pengaruh”. Ciri-ciri ini dikenal pasti melalui set soal selidik
yang diubah suai daripada instrumen soal selidik yang diasaskan oleh
McClelland dan McBer, seterusnya dimodifikasikan dan diterjemahkan
kepada versi Bahasa Malaysia oleh Malaysian Entrepreneurial
Development Center (MEDEC). Keizinan untuk menggunakan
instrumen ini diperoleh oleh Sharifah Kamaliah (1996).

Sorotan Literatur

P. S. Yaduma dan Dabo B. Hammad (2013) yang membuat


perbandingan ciri-ciri keusahawanan antara golongan guru, pelajar
TVET (Technical Vocational Education and Training), dan usahawan
telah mendapati bahawa tiada perbezaan antara nilai ciri
keusahawanan antara golongan guru dengan usahawan. Ciri-ciri
keusahawanan adalah berkaitan rapat dengan persekitaran pekerjaan
seseorang, dan bukannya usahawan-usahawan sahaja yang
mempunyai ciri-ciri keusahawanan(Ahmad, Ramayah, Wilson, &
Kummerow, 2010; Krause et al., 2010). Dapatan kajian ini telah
memberi gambaran bahawa profesion guru dapat memupuk
seseorang guru dengan nilai kerja yang semirip dengan ciri
keusahawanan seperti bersikap tekal dan mencari jalan alternatif
untuk penyelesaian masalah. Sehubungan dengan itu, kajian oleh
Holienka, Holienkova dan Gal (2015), mendapati bahawa tahap ciri
keusahawanan yang pelbagai dalam kalangan pelajar universiti
daripada pengkhususan yang berbeza mempunyai asas ini. Pelajar
jurusan pentadbiran perniagaan mempamerkan tahap ciri
keusahawanan yang tinggi berbanding pelajar daripada bidang
pendidikan. Penyelidik berpandangan bahawa paling utama ialah ciri

TEKNOKRAT II JILID XVIII 2016     74  


 
keusahawanan wujud dalam kalangan pelajar yang berada dalam
persimpangan adalah untuk meneruskan kerjaya mereka sama ada
dalam kerjaya yang berbentuk makan gaji atau mengusahakan
perniagaan. Aplikasi ciri keusahawanan juga boleh dipraktikkan sama
ada dalam organisasi berbentuk perniagaan atau bukan perniagaan
seperti jabatan kerajaan dan pertubuhan sukarelawan.

Sharifah Kamaliah (1996), dalam kajiannya telah merumuskan


bahawa usahawan dilahirkan dan juga dipupuk. “ ......it can be then be
concluded that entrepreneurs are both born and made.” Amat tepat
sekali dibuat tinjauan sekiranya tempoh latihan perguruan selama lima
setengah tahun di IPG telah berupaya memupuk ciri keusahawanan
dalam kalangan siswa pendidik.

Objektif Kajian

1. Mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan


siswa pendidik semester 8 PISMP IPGKPT.
2. Mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan
siswa pendidik semester 8 PISMP IPGKPT dari aspek
jantina.
3. Mengenal pasti tahap ciri-ciri keusahawanan dalam
kalangan siswa pendidik semester 8 PISMP IPGKPT yang
berbeza pengkhususan.

Soalan Kajian

1. Apakah ciri-ciri keusahawanan yang wujud dalam


kalangan siswa pendidik semester 8 PISMP Ambilan
Januari 2013?
2. Apakah ciri-ciri keusahawanan yang wujud dalam
kalangan siswa pendidik semester 8 PISMP Ambilan
Januari 2013 dari aspek jantina?
3. Apakah tahap ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan
siswa pendidik semester 8 PISMP Ambilan Januari 2013
yang berbeza pengkhususan.

TEKNOKRAT II JILID XVIII 2016   75  


Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif yang menggunakan


kaedah tinjauan dengan mengunakan soal selidik sebagai instrumen
kajian. Seramai 112 orang siswa pendidik telah dipilih daripada
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan semester lapan PISMP
Ambilan Januari 2013 untuk dijadikan sampel kajian, iaitu 38 orang
responden lelaki dan 74 orang responden perempuan. Responden
terdiri daripada tiga opsyen atau pengkhususan iaitu Matematik, Reka
Bentuk dan Teknologi, dan TESL. Instrumen kajian menggunakan
soal selidik yang mengandungi 39 soalan berbentuk skala likert lima
poin. Item-item ciri keusahawanan dalam soal selidik telah dipetik
daripada instrumen soal selidik yang diadaptasikan daripada
Malaysian Entrepreneurial Development Center (MEDEC).
Berdasarkan soal selidik tersebut, 13 jenis ciri-ciri keusahawanan
telah dikenal pasti. Untuk tujuan kajian ini ciri ciri keusahawanan
dilihat secara holistik walaupun ciri-ciri keusahawanan terdiri daripada
13 sub-ciri.

Selepas pentadbiran borang soal selidik kepada responden, data-data


mentah telah dianalisis menggunakan aplikasi “Statistical Package for
Social Sciences 24” (SPSS versi 24). Analisis statistik deskriptif
digunakan untuk menghuraikan secara menyeluruh tentang latar
belakang responden kajian seperti jantina, pengkhususan serta ciri-ciri
keusahawanan siswa pendidik. Dalam kajian ini, tahap ciri-ciri
keusahawanan telah dianalisis menggunakan skor min untuk
mendapatkan perbezaan nilai. Skor min yang diperoleh
dibandingkan dengan skor min seperti dalam Jadual 1 berdasarkan
indikator Jaccard dan Becker (2002).

Jadual 1
Tahap item mengikut nilai min

Skor Markah Tahap


1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi
Sumber: Jaccard dan Becker (2002)

TEKNOKRAT II JILID XVIII 2016     76  


 
Jadual 2
Ciri-Ciri Keusahawanan Statistik Diskriptif

N Minimum Maximum Min


Mampu Menggunakan 112 2.00 5.00 4.14
Strategi Pengaruh

Mencari Maklumat 112 2.00 5.00 4.13

Membuat Perancangan 112 2.00 5.00 4.12


Yang Sistematik
Berorientasikan Ke 112 2.33 5.00 4.10
Arah Kecekapan

Keyakinan Diri 112 2.67 5.00 4.09

Ketegasan 112 2.00 5.00 4.08

Penyelesaian Masalah 112 2.67 5.00 4.02

Cekal 112 2.00 5.00 4.01

Melihat dan Merebut 112 2.00 5.00 3.99


Peluang
Inisiatif 112 2.33 5.00 3.97

Menitikberatkan Mutu 112 2.33 5.00 3.94


Kerja Tinggi
Kemampuan 112 1.33 5.00 3.82
Meyakinkan Orang Lain

Komitmen Terhadap 112 1.67 5.00 3.48


Perjanjian Kerja
112 3.99

Keputusan Dan Perbincangan

Berdasarkan Jadual 2 mengenai analisis tahap ciri-ciri keusahawanan


dalam kalangan siswa pendidik semester 8 PISMP Ambilan Januari
2013, jelas kelihatan bahawa para siswa pendidik sebenarnya

TEKNOKRAT II JILID XVIII 2016   77  


mempunyai tahap ciri-ciri keusahawanan yang tinggi. Ciri-ciri yang
paling utama ditunjukkan oleh siswa pendidik 8 PISMP Ambilan
Januari 2013 ialah siswa pendidik Menggunakan Strategi-strategi
Pengaruh (Use of influence Strategies) dengan skor min sebanyak
4.14, diikuti dengan Kemampuan Mencari Maklumat (Information
Seeking) dengan skor min sebanyak 4.13, dan Perancangan Yang
Sistematik (Systematic Planning) dengan skor min sebanyak 4.12.
Hal ini demikian mungkin disebabkan oleh sifat kerjaya guru yang
sentiasa mempengaruhi murid, mencari maklumat dan selalu
membuat perancangan untuk PdP. Menurut Azizi, dan rakan-rakan
(2005), walaupun pelajar kurang cenderung melibatkan diri dalam
bidang keusahawanan, mereka yang memilih kerjaya doktor dan
eksekutif perniagaan berkemungkinan menjadi usahawan setelah
mempunyai keupayaan membuka klinik dan syarikat sendiri. Situasi
ini dapat diadaptasikan kepada keadaan guru di sekolah apabila guru-
guru dapat memainkan peranan seperti usahawan, iaitu sebagai
pengeluar produk murid yang berkualiti. Oleh itu, untuk mencapai
matlamat tersebut, guru-guru perlulah memiliki ciri-ciri keusahawanan
yang tinggi.

Faktor jantina sering dikaitkan dengan ciri-ciri keusahawanan.


Menurut Jennings dan Brush (2013) dalam satu penyelidikan
mengenai usahawan wanita telah mendedahkan bahawa
keusahawanan adalah satu fenomena yang bergender. Berdasarkan
jadual 3, iaitu hubungan antara ciri-ciri mempunyai tahap ciri-ciri
keusahawanan yang lebih tinggi dalam 12 ciri-ciri keusahawanan,
selain ciri keusahawanan Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja
(Commitment) yang menunjukkan bahawa lelaki mempunyai ciri tahap
yang lebih tinggi. Hal ini selaras dengan tinjauan literatur yang
menunjukkan bahawa wanita boleh memainkan peranan penting
dalam fenomena keusahawanan yang lebih besar dan pembangunan
ekonomi (Sarfaraz et al., 2014).

Jadual 3
Tahap Ciri-Ciri Keusahawanan Mengikut Jantina

Jantina n Skor Min


Inisiatif lelaki 38 3.8860

TEKNOKRAT II JILID XVIII 2016     78  


 
Jantina n Skor Min
perempuan 74 4.0225
Melihat dan Merebut Peluang lelaki 38 3.9649
perempuan 74 4.0135
Cekal lelaki 38 3.9561
perempuan 74 4.0495
Mencari Maklumat lelaki 38 4.0439
perempuan 74 4.1892
Menitikberatkan Mutu Kerja lelaki 38 3.8333
Tinggi perempuan 74 4.0045
Komitmen Terhadap lelaki 38 3.5000
Perjanjian Kerja perempuan 74 3.4775
Berorientasikan Ke Arah lelaki 38 3.9912
Kecekapan perempuan 74 4.1667
Membuat Perancangan Yang lelaki 38 4.1228
Sistematik perempuan 74 4.1261
Penyelesaian Masalah lelaki 38 3.9649
perempuan 74 4.0495
Keyakinan Diri lelaki 38 3.9298
perempuan 74 4.1757
Ketegasan lelaki 38 3.9912
perempuan 74 4.1261
Kemampuan Meyakinkan lelaki 38 3.7281
Orang Lain perempuan 74 3.8694
Mampu Menggunakan lelaki 38 4.0614
Strategi Pengaruh perempuan 74 4.1847

Berdasarkan analisis tahap ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan


siswa pendidik semester 8 PISMP Ambilan Januari 2013 yang
berbeza pengkhususan (Jadual 4), didapati bahawa siswa pendidik
pengkhususan RBT telah menunjukkan ciri-ciri keusahawanan yang
lebih tinggi dengan skor min sebanyak 4.11, diikuti dengan siswa
pendidik Matematik, dengan skor min sebanyak 3.99, dan akhir sekali
adalah siswa pendidik TESL iaitu dengan skor min sebanyak 3.85.
Ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan siswa pendidik mungkin
dipengaruhi oleh sifat pengkhususan yang berbeza. Hal ini kerana
kurikulum RBT menekankan aspek kemahiran dan siswa pendidik
telah dilatih mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah

TEKNOKRAT II JILID XVIII 2016   79  


yang dialami semasa amali seperti amali masakan, amali tanaman
hiasan, reka bentuk, projek dan sebagainya. Pengkhususan
Matematik juga didapati mementingkan aspek penyelesaian masalah
dalam kehidupan harian mereka melalui pengiraan seperti kadar
faedah bank, pengiraan belanjawan dan sebagainya. Akhir sekali,
pengkhususan TESL sebagai program bahasa lebih mementingkan
penguasaan kemahiran bahasa dan komunikasi dalam kalangan
siswa pendidik. Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian Holienka,
Holienkova dan Gal (2015), yang mendapati bahawa tahap ciri
keusahawanan yang pelbagai dalam kalangan pelajar universiti
daripada pengkhususan yang berbeza mempunyai asas.

Jadual 4
Tahap ciri-ciri keusahawanan mengikut pengkhususan

Pengkhususan Skor Min n Sp


RBT 4.11 44 .38
Maths 3.99 30 .49
TESL 3.85 38 .45
Petunjuk: RBT=Reka Bentuk dan Teknologi, Maths=Matematik
TESL=Teaching of English as a Second Subject

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan bahawa siswa


pendidik semester 8 PISMP Ambilan Januari 2013 mempunyai tahap
ciri-ciri keusahawanan seperti “Inisiatif”, “Melihat Dan Merebut
Peluang”, “Cekal”, “Mencari Maklumat”, “Menitikberatkan Mutu Kerja
Tinggi”, “Berorientasikan Ke Arah Kecekapan”, “Membuat
Perancangan Yang Sistematik”, “Penyelesaian Masalah”, “Keyakinan
Diri”, “Ketegasan”, “Kemampuan Meyakinkan Orang Lain”, dan
“Mampu Menggunakan Strategi Pengaruh” pada paras yang tinggi.
Sehubungan dengan itu, ciri “Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja”
adalah pada tahap yang sederhana. Disamping itu, siswa pendidik
perempuan mempamerkan tahap ciri keusahawan yang tinggi dalam
12 ciri dibandingkan dengan siswa pendidik lelaki. Siswa pendidik
daripada pengkhususan RBT pula memperoleh tahap ciri
keusahawanan yang paling tinggi, diikuti dengan pengkhususan

TEKNOKRAT II JILID XVIII 2016     80  


 
Matematik dan TESL. Oleh itu, inisiatif boleh dilaksanakan untuk
memantapkan ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan siswa pendidik
yang mempunyai tahap yang tinggi manakala usaha yang lebih
intensif boleh dilaksanakan untuk mereka yang memperoleh tahap
yang rendah dengan memberi penekanan dalam membentuk ciri-ciri
tersebut. Ciri keusahawanan yang ada pada guru akan dapat
membantu sekolah mencari peluang, memberi peluang dan sentiasa
berusaha berdikari untuk berjaya melahirkan graduan sekolah yang
diperlukan negara serta mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.
Kewujudan profil ciri keusahawanan dalam kalangan siswa pendidik
juga mempunyai implikasi yang penting dari segi perkembangan
kerjaya kerana aspek tersebut menjadi asas yang penting sebagai
penunjuk tentang kelompok-kelompok kerjaya yang boleh diceburi
oleh mereka kelak.

Rujukan

Ahmad, NH., Ramayah, T., Wilson, C., & Kummerow, L. (2010). Is


Entrepreneurial Competency and Business Success
Relationship Contingent upon Business Environment? : A
study of Malaysian SMEs. International Journal of
Entrepreneurial Behaviour & Research, 16(3), 182–203.

Bahagian Pendidikan Guru (2011). Manual Kualiti. Kementerian


Pelajaran Malaysia. (Februari). Putrajaya, Malaysia:
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ghani, E., Kerr, W.R. & O’Connell, S.D. (2011). Promoting


Entrepreneurship, Growth and Job Creation, in Ghani, E.
(ed.), Reshaping Tomorrow, Delhi, Oxford University Press,
ch.7.

Gindling, TH., & Newhouse, DL (2014). Self-employed in the


developing world. World Dev 56(C):313–331

Holienka, M., Holienkova, J. & Gal,P (2015). Entrepreneurial


Characteristics of Students in Different Fields of Study: A view
from Entrepreneurship Education Perspective in Acta

TEKNOKRAT II JILID XVIII 2016   81  


Universitatis Agriculturee Et Silviculturae Mendelianae
Brunensis. Vol 63, No 6, 2015 retrieved at
http://dx.doi.org/10.11118/actaun201563061879

Jennings, J. E., & Brush, C. G. (2013). Research on women


entrepreneurs: challenges to (and from) the broader
entrepreneurship literature? The Academy of Management
Annals, 7(1), 663–715.

P. S. Yaduma & Dabo B. Hammad (2013). Determinant Of


Entrepreneurial Potentials Among Vocational Technical
Teacher Education Students In North Eastern States, Nigeria.
Journal of Social Sciences and Humanities part-II, 4 (2) pp.
445-452.

Schere, L.B. (1999). Entrepreneurship: The Art of Embracing the


Unknown. US: Pub Press.

Shane, S., & S. Venkataraman (2000). The Promise of


Entrepreneurship as a field of Research. Academy of
Management Journal 25, (2000): 217-226.

Sarfaraz, L., Faghih, N., & Majd, A. A. (2014). The Relationship


between Women Entrepreneurship and Gender Equality.
Journal of Global Entrepreneurship Research, 2(1), 1–11.

Sharifah Kamaliah Syed Sofian (1996). The Identification of


Entrepreneurial Characteristics among Secondary School
Students in the District of Hulu Langat, Selangor. Unpublished
Master thesis, Fakulti Pengajian Pendidikan: Universiti Putra
Malaysia.

TEKNOKRAT II JILID XVIII 2016     82  


 

Anda mungkin juga menyukai