Anda di halaman 1dari 21

Isi kandungan

m/s

1.0

Pengenalan
1.1 Jenis kaedah simulasi 1.1.1 1.1.2 1.2 Sosiodrama Main peranan

Tujuan-tujuan simulasi

2.0

Rancangan Mengajar Harian

3.0

Kad Simulasi

12

4.0

Kelebihan Dan Kelemahan Model Pembelajaran Simulasi 3.1 3.2 Kelebihan teknik simulasi Kelemahan teknik simulasi

20

4.0

Penutup

22

Rujukan

23

1.0

Pengenalan

Definisi simulasi ialah suatu situasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama ada dengan situasi yang sebenar dengan tujuan menjalankan latihan penyelesaian masalah tertentu. Teknik simulasi digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk membolehkan murid-murid berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk sesuatu masalah yang dicipta. Masalah ini boleh melibatkan sesuatu kajian yang rumit, masalah disiplin atau masalah-masalah berlaku di alam sekitar.

Teknik simulasi merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. . Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Ini memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Simulasi dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata (Siagian, 1987). Menurut Hasan (2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh atau mempergunakan gambaran

sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya. Simulasi adalah suatu teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model dari golongan yang luas.

Melalui teknik simulasi ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakon sesuatu peristiwa situasi mahupun peristiwa dalam sesuatu keadaan yang telah diaturkan. Murid dapat mengemukan cara penyelesaian sesuatu masalah yang telah ditimbulkan melalui aktiviti lakonan ini.

1.1

Jenis kaedah simulasi

1.1.1

Sosiodrama

Sosiodrama adalah satu aktiviti lakonan yang menarik yang berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial. Sebagai contoh adalah hikayat Hang Tuah dan Hang Jebat. Oleh kerana sosiodrama adalah aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap, skrip lakonan biasanya disediakan terlebih dahulu untuk muridmurid yang dipilih berlakon supaya mereka dapat membaca dan membuat persediaan. Dengan kaedah ini, ia mengajar pelajar berfikir cara-cara menyelesaikan masalah berkonflik itu secara kritis dan rasi onal. Sosiodrama ini juga membolehkan muridmurid menyatakan sikap dan perasaan melalui lakonan, menyusun idea dan melatih mereka bertindak balas secara spontan apabila berhadapan dengan situasi berkonflik yang sama.

1.1.2

Main peranan

Melalui kaedah ini ia merujuk kepada satu teknik mengajar dalam bilik darjah. Juga merupakan satu lakonan spontan tanpa skrip. Cara ia bermula adalah apabila suatusituasi direka dan ditimbulkan oleh guru. Biasanya di dalam aktiviti main peranan ini, murid-murid membayangkan situasi yang timbul, kemudian

melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan secara spontan. Melalui aktivit main peranan ini, murid-murid dapat mengukuhkan kemahiran pertuturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan supaya dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin dalam situasi yang terkawal. Ia juga membolehkan murid-murid memahami

lebih mendalam akan tujuan,sikap dan tingkah laku orang lain dalam situasi yang sebenar.

1.2

Tujuan-tujuan simulasi

Setiap sesuatu kaedah perlu mempunyai tujuan yang menunjukkan kaedah yang diperkenalkan itu bermanfaat. Maka tujuan simulasi diadakan adalah: 1.3.1. Simulasi dapat menguasai kemahiran bertutur secara spontan. 1.3.2. Simulasi dapat membina pemikiran yang analitis dan kritis. 1.3.3. Simulasi dapat membina sikap positif dalam diri pelajar. 1.3.4. Simulasi dapat mengaitkan isi pelajaran dengan aspek efektif. 1.3.5. Simulasi dapat bawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah. 1.3.6. Simulasi dapat mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.

Menurut buku Murid dan Alam Belajar yang ditulis oleh Noriati A.Rashid et. al., dalam pengajaran yang menggunakan model simulasi, terdapat empat fasa yang penting iaitu: -

i)

Orientasi, pada fasa ini guru akan mengemukakan topik yang ingin di ajar dan menerangkan konsep simulasi.

ii)

Latihan peserta, untuk fasa yang kedua pula ialah, murid-murid mula bersimulasi dan guru memperkenalkan peraturan, permainan, prosedur, cara mendapar skor, jenis keputusan yang perlu dibuat serta matlamat simulasi.

iii)

Proses simulasi, ini seterusnya melibatkan pelajar dalam simulasi. Pelajar melibatkan diri dalam permainan atau simulasi. Pada ketika tertentu, guru boleh menilai prestasi serta menilai maklum balas pelajar.

iv)

Perbincangan, ini merupakan fasa terakhir pula merangkumi perbincangan pelajar selepas simulasi tentang hasil pembelajaran, proses simulasi serta banding beza antara simulasi dengan dunia sebenar.

2.0

Rancangan Mengajar Harian

Rancangan pengajaran yang dijalankan menggunakan kaedah simulasi ini akan melibatkan seluruh kelas. Kedua-dua jenis simulasi iaitu sosiodrama dan main peranan akan digunakan dalam simulasi ini. Aktiviti simulasi hanya akan berlangsung selama 35 minit sahaja. Selebihnya aktiviti atau langkah lain akan digunakan. Pembahagian watak adalah berdasarkan jadual di bawah. Di mana pelajar akan dibahagikan mengikut jadual kad di bawah.

Pemilihan watak dilakukan secara sukarela dan juga pilihan guru. Ini bagi memastikan watak itu bersesuaian dengan minat dan kebolehan pelajar. Ini penting untuk memastikan simulasi yang bakal dijalankan itu menarik dan mampu mencapai objektifnya.

Sebelum aktiviti simulasi dijalankan, pelajar telebih dahulu diingatkan tajuk pelajaran pada hari itu adalah berkaitan dengan cintai alam kita. Perkara ini juga perlu kerana ia bagi memberi ingatan kepada pelajar berkaitan apa yang perlu diberi tumpuan disamping memperkembangkan bakat mereka yang lain.

Kad

Watak

Tugas

Bilangan peserta

Kad simulasi 1

Pengerusi Majlis

Anda seorang pengacara majlis. Anda dikehendaki mengacarakan majlis untuk pertandingan tersebut. Anda dikehendaki menyediakan teks

1orang

sendiri untuk mengacarakan majlis tersebut

Kad simulasi 2(i)

Peserta pertandingan

Anda berada di pertandingan membaca berita. Anda seorang peserta.

8orang

Kad simulasi 2(ii) Kad simulasi 2(iii) Kad simulasi 2(iv)

membaca berita ( 2 peserta setiap kad simulasi)

Anda dikehendaki membaca berita di bawah dengan gaya dan intonasi yang betul.

Peserta pertama dan keempat membaca teks mengikut kad simulasi 2 (i-iv). Peserta kelima hingga pesrta kelapan membaca petikan itu semula teks mengikut kad simulasi 2 (i-iv).

Kad simulasi 3

Hakim bahagian gaya, intonasi, dan kelancaran.

Anda seorang hakim bagi pertandingan membaca berita. Markah yang diberi hendaklah berdasarkan prestasi peserta mengikut bahagian di bawah. Anda hendaklah jujur semasa memberi markah.

6 orang

Kad simulasi 4

Ketua hakim

Anda

seorang

ketua

hakim

bagi

1 orang

pertandingan membaca berita. Anda hendaklah mencampurkan markah dan memberi keputusan rasmi bagi

pertandingan tersebut.

Kad simulasi 5

Peserta Program Sayangi Alam

Anda seorang peserta program Sayangi Alam. Anda dikehendaki mendengar dan mencatatkan isi-isi berkiatan langkahlangkah mengatasi pencemaran yang akan dibacakan oleh peserta peserta pertandingan membaca berita.

19 orang

35Kad Simulasi

5 watak

35 orang

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 Tarikh Masa Tahun Bilangan murid Mata Pelajaran Tema/Tajuk : : : : : : 8 November 2012 90 minit (8.15-9.45 pagi) 6 Amal 35 orang Bahasa Melayu Cintai Alam Kita

Fokus Utama: 5.1 Aras 3 (i) Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. 5.1Aras 3 (ii) Menghuraikan maksud ayat yang dibaca.

Fokus sampingan: 8.2 Aras 1 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat : 1) Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2) Menghuraikan maksud ayat yang didengar. 3) Membina 5 ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan aktiviti bacaan berita yang dijalankan.

Kemahiran Bahasa : Bacaan dan Tulisan Sistem Bahasa : i) Tatabahasa ; Kata hubung, kata ganda , ayat tunggal dan ayat majmuk. ii) Kosa kata ; pencemaran, karbon monoksida, siarang langsung

Pengisian Kurikulum : i) ii) Ilmu ; Sains, Kajian Tempatan dan Geografi Nilai Murni; Bekerjasama, cinta akan alam sekitar, tolong-menolong dan semangat

bermasyarakat.

Kemahiran Bernilai Tambah: i) ii) Kemahiran Berfikir : Merumus, menganalisis Pembelajaran kontekstual

Bahan Bantu Mengajar : i) ii) iii) Kad simulasi Borang pemarkahan Lembaran latihan murid

Pengetahuan sedia ada murid : Murid pernah mengikuti dan pernah melihat orang membaca berita. Langkah Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan/ BBM

Set induksi (10 minit )

Pengenalan Simulasi

1. Guru menerangkan aktiviti simulasi yang Kad simulasi dan bakal dijalankan. borang untuk

markah peserta. 2. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan (seperti di atas).

3. Guru mengingatkan semua pelajar supaya (Rujuk:Lampiran mencari isi penting dalam bacaan berita. Kad simulasi) (Langkah-langkah alam sekitar). mengatasi pencemaran

4.

Kelas disusun sesuai untuk

aktiviti

simulasi pertandingan membaca berita.

5.Murid diterangkan peranan masing-masing mengikut kad simulasi dan penerangan

berkaitan perjalanan pertandingan yang akan diadakan.

Langkah 2

Aktiviti

1.Murid-murid

menjalankan

aktiviti Guru

menjadi

( 35 minit ) Simulasi

mengikut kad simulasi yang diberikan.

fasilitator.

2.

Setiap

pelajar

menjalankan

peranan

masing masing mengikut kad simulasi yang diberikan. (Pengerusi Majlis, peserta

pertandingan membaca berita, hakim , ketua hakim dan peserta Program Sayangi Alam).

3.Simulasi berakhir bila keputusan pemenang Hadiah membaca berita diumumkan.

kepada

pemenang.

Langkah 3 ( 10 minit )

Aktiviti soal jawab

1.Guru berkaitan

bersoal dengan

jawab

dengan yang

murid Murid telah rawak

secara dan

simulasi

dijalankan.

beberapa murid untuk

2. Murid setiap kumpulan mengikut kad dipilih simulasi diminta memberi komen. memberi

3. Murid diminta memberi pendapat untuk jawapan. memperbaiki aktiviti tersebut.

Langkah 4 (10 minit)

Aktiviti bacaan

1. Murid diberikan 3 teks/ rencana yang Lembaran terdapat dalam pertandinagn membaca berita. petikan 2. Murid diminta membaca petikan tersebut. 3. Beberapa murid membaca kuat. Murid lain menyemak .

Langkah 5

Menjana

1. Guru bersoal jawab dengan murid Kemahiran lisan

(10 minit)

idea/ aktiviti lisan

berkaitan

dengan

tajuk

pelajaran

iaitu

langkah-langkah alam sekitar.

mengatasi pencemaran

2. Murid diminta mengenalpasti langkah yang terdapat dalam berita/ teks yang dibaca.

3. Murid menyebut dan menyenaraikan langkah yang dikenalpasti terdapat dalam berita yang dibaca dan didengar secara lisan.

Langkah 6 (10 minit)

Aktiviti menulis

1. Murid diminta menulis langkah-langkah Lembaran kerja mengatasi pencemaran dalam lembaran kerja masing-masing.

2. Murid menyerahkan tugasan masingmasing.

Penutup ( 5 minit )

Rumusan Pelajaran

1. Guru bersoal-jawab dengan murid tentang Kemahiran lisan aktiviti yang dijalankan.

2. Murid diminta untuk menyenaraikan langkah-langkah mengatasi masalah

pencemaran sebagai pengukuhan.

3. Aktiviti simulasi yang dijalankan dikomen oleh guru untuk diperbaiki pada masa depan.

4. Guru mengucapkan tahniah kepada pelajar yang memenangi pertandingan dan semua

10

pelajar yang terlibat.

3.0

Kad Simulasi

Kad simulasi 1

Kad Arahan Simulasi 1:

Anda berada di pertandingan membaca berita. Anda seorang pengacara majlis. Anda dikehendaki mengacarakan majlis untuk pertandingan tersebut. Terdapat 3 orang hakim yang akan mengadili pertandingan tersebut. Para penonton merupakan peserta Program Sayangi Alam terdiri daripada pelajar tahun 6 Sekolah Kebagsaan Sungai Layar. Sungai Petani. Kedah. Anda dikehendaki menyediakan teks sendiri untuk mengacarakan majlis tersebut

11

Kad simulasi 2(i)

Kad Arahan Simulasi 2(i): Anda berada di pertandingan membaca berita. Anda seorang peserta. Anda dikehendaki membaca berita di bawah dengan gaya dan intonasi yang betul. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berikut merupakan salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa panjang kepada alam sekitar. Penggunaan bahan racun serangga dan penghawa dingin merupakan salah satu punca yang memberi kesan paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah yang terhasil oleh kluoroflurokarbon (CFC). Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan. Sekian. Terima Kasih.

12

Kad Arahan Simulasi 2(ii):

Kad Arahan Simulasi 2(ii): Anda berada di pertandingan membaca berita. Anda seorang peserta. Anda dikehendaki membaca berita di bawah dengan gaya dan intonasi yang betul. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berikut merupakan salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar , kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang alam sekitar yang menyeluruh. Hal ini, boleh membantu menjaga alam sekitar kita dengan lebih efektif . Jika kita lihat pada hari ini, banyak kilang-kilang yang dibina tidak mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. Pelepasan asap dan pembuangan sisa-sisa toksin oleh kilang ke dalam sungai dan laut pasti akan menyebabkan pencemaran kepada sungai dan laut. Implikasi daripada tindakan ini, akan menyebabkab fauna dan flora akan pupus. Undang-undang harus diketatkan lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Sekian. Terima Kasih.
13

Kad Arahan Simulasi 2(iii):

Kad Arahan Simulasi 2(iii): Anda berada di pertandingan membaca berita. Anda seorang peserta. Anda dikehendaki membaca berita di bawah dengan gaya dan intonasi yang betul. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berikut merupakan salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar, kitar semula yang perkenalkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu menjaga alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak perlukan di dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproseskan menjadi baja nutrient bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu. Melalui cara ini, sumber manusia dan negara dapat dijimatkan di samping ynag utama ia mampu menjaga kebersihan alam sekitar. Sekian. Terima Kasih.
14

Kad Arahan Simulasi 2(iv):

Kad Arahan Simulasi 2(iv): Anda berada di pertandingan membaca berita. Anda seorang peserta. Anda dikehendaki membaca berita di bawah dengan gaya dan intonasi yang betul. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berikut merupakan salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar, ialah menerusi tindakan membuat kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh difokuskan terhadap golongan muda terutama mereka yang masih berada di bangku sekolah. Golongan inilah yang akan mewarisi alam sekitar kita. Kesedaran ketika masih muda menjadikan rakyat kita boleh melakukan sesuatu apabila mereka dewasa kelak terutama untuk memastikan alam sentiasa bersih dan berkekalan. Oleh itu, kempen yang difokuskan kepada sasaran yang tepat mampu membuahkan hasil yang baik bagi mengekalkan kehijauan negara kita. 15 Sekian. Terima Kasih.

Kad Arahan Simulasi 3:

Kad Arahan Simulasi 3: Anda seorang hakim bagi pertandingan membaca berita. Markah yang diberi hendaklah berdasarkan prestasi peserta mengikut bahagian di bawah. Anda hendaklah jujur semasa memberi markah. Nombor peserta: .. Bahagian/ markah Gaya. Intonasi. Kelancaran. Nama hakim: Tandatangan .. 1 2 3 4 5

16

Kad Arahan Simulasi 4:

Kad Arahan Simulasi 4: Anda seorang ketua hakim bagi pertandingan membaca berita. Anda hendaklah mencampurkan markah dan memberi keputusan rasmi bagi pertandingan tersebut. Bil Peserta/ Nama Markah Catatan/ kedudukan 1 2 3 4 5 6

Nama hakim:

Tandatangan ..
17

Kad Arahan Simulasi 5:

Kad Arahan Simulasi 5:

Anda seorang peserta program Sayangi Alam. Anda dikehendaki mendengar dan mencatatkan isi-isi berkiatan langkahlangkah mengatasi pencemaran yang akan dibacakan oleh peserta peserta pertandingan membaca berita.

18

4.0

Kelebihan Dan Kelemahan Model Pembelajaran Simulasi

Pemilihan model yang sesuai amat penting untuk menghasilkan suatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

Namun dalam memilih model pembelajaran simulasi ini terdapat kelebihan dan kelemahan yang boleh dilihat antaranya:

4.1

Kelebihan teknik simulasi adalah:

4.1.1. Aktiviti simulasi menjadikan pengajaran dan pembelajaran menarik. Kesungguhan guru dan sikap pelajar yang menjalankan aktiviti ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran menarik dan berkesan kepada pelajar.

19

4.1. 2. Simulasi dapat memupuk keyakinan diri murid melalui watak didalam kad simulasi yang diberikan.

4.1. 3. Simulasi dapat mengembangkan kreativiti murid, kerana melalui simulasi pelajar diberi kesempatan untuk memainkan peranan sesuai dengan topik yang disimulasikan. Dalam aktiviti yang dijalankan pelajar dapat menjadi hakim dan melakukan tugas hakin contohnya.

4.1. 4. Simulasi dapat dijadikan sebagai pengalaman menghadapi situasi yang sebenar. Dalam rancangan pelajaran di atas pelajar mempunyai pengalaman sebagai pengerusi majlis, peserta pertandingan membaca berita, hakim , ketua hakim dan peserta program. Ianya merupakan pengalaman yang boleh digunakan dalam kehidupan harian pelajar.

4.1. 5. Memperkaya pengetahuan, sikap, dan keterampilan yang diperlukan dalam menghadapi berbagai situasi sosial yang mencabar. Pelajar dapat memperkaya pengetahuan dalam watak yang mereka pegang. Ini dapat memupuk keterampilan diri pelajar.

4.1. 6. Simulasi dapat meningkatkan motivasi dalam diri pelajar. Di mana pelajar yang menjadi pengerusi majlis contohnya, akan mendapat peluang untuk mengembangkan bakat dan kebolehannya di bidang pengacaraan.

4.2

Kelemahan teknik simulasi adalah:

4.2.1. Tidak semua murid mendapat watak yang diingini. Contohnya, ada pelajar yang minat menjadi peserta membaca berita tetapi mendapat watak sebagai hakim dan sebagainya. Ini menyebabkan mereka kurang aktif dalam aktiviti yang dijalankan. 4.2.2 Pengelolaan yang kurang baik, sering simulasi dijadikan sebagai alat hiburan, sehingga tujuan pembelajaran terabai. Sebagai contohnya, dalam aktiviti simulasi pertandingan membaca berita ini mereka lebih terdorong untuk pertandingan itu hingga terlupa untuk mencari isi-isi penting didalam teks

20

berita tersebut. Mereka lebih teruja untuk pertandingan berbanding mencari isi penting. 4.2.3. Faktor psikologi seperti rasa malu dan takut sering memengaruhi murid dalam melakukan simulasi. Contohnya, ada pelajar yang kurang mampu membawa watak pembaca berita. Ini menyebabkan simulasi kurang berjaya dan menarik. 4.2.4. Pengalaman yang diperoleh melalui simulasi tidak selalu tepat dan sesuai dengan kehidupan sebenar. Situasi ini jarang berlaku dlam kehidupan harian pelajar. 4.2.5. Objektif pengajaran yang dicapai berbeza antara pelajar. Contohnya bagi pelajar (19 orang) yang menerima kad simulasi 5, di mana mereka diminta mencatatkan isi berkaitan dengan pencemaran alam sekitar, mereka pasti akan mendapat maklumat berkaitan isi berbanding dengan pemegang kad simulasi yang lain. 4.2.6. persediaan seperti kad simulasi yang baik perlu di sediakan terlebih dahulu. Kad simulasi yang kurang baik contohnya, akan menyebabkan simulasi terganggu dan kurang lancar. 4.2.7. masa yang diperlukan untuk memahami watak di kad simulasi juga akan mengganggu proses pengajaran. Pelajar perlu mengauasai watak untuk menjadikan simulasi sosiodrama tersebut berjaya dan lancar.

5.0

Penutup

Pengajaran berasaskan model simulasi merupakan satu model yang boleh dipraktikkan kerana ia sangat menarik. Pelajar pasti menyukai kaedah ini kerana mereka dapat melakonkan berbagai watak. Namun sebagai guru adalah penting untuk mengimbangi antara apa yang perlu diutamakan agar dalam aktiviti yang dijalankan pengetahuan yang patut diperolehi didapati.

21

Anda mungkin juga menyukai