Anda di halaman 1dari 15

OUMH1103 Learning Skills for Open Distance Course

Abstrak Abstrak: Perkembangan dunia masa kini di era globalisasi, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal sahaja tetapi juga kepada kemahiran employability agar pekerja mereka dapat menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama memiliki multi skills. Graduan yang menganggur merupakan fenomena serius yang berlaku pada masa kini. Perangkaan pasaran buruh menunjukkan bahawa keluaran institusi pengajian tinggi tempatan khususnya di IPTA masih tidak dapat menampung kekosongan pekerjaan meskipun keluaran sesuatu kumpulan pekerja itu melebihi daripada permintaan para majikan. Antara faktor utama berlakunya fenomena ini adalah kerana graduan yang dihasilkan masih tidak dapat memenuhi kehendak majikan masa kini. Kemahiran employability adalah merupakan aspek kemahiran yang amat penting untuk ketrampilan pelajar. Ia telah menjadi agenda penting negara dan menjadi tanggungjawab instisusi-institusi pengajian tinggi bagi melahirkan tenaga kerja yang mempunyai daya-saing yang tinggi serta memenuhi keperluan pasaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti elemen-elemen kemahiran employability. Pemeringkatan(ranking) aspek kemahiran employability menerusi hasil dapatan kajian mendapati kemahiran asas, berfikir, sumber, interpersonal, sistem dan teknologi dan kualiti personal adalah kemahiran employability yang sangat diutamakan oleh majikan dan kemahiran informasional adalah kemahiran yang sederhana penting. Hasil dapatan kajian menunjukkan aspek kemahiran diberi keutamaan oleh majikan dan boleh dijadikan panduan oleh lulusan teknikal sebelum memasuki alam pekerjaan untuk meningkatkan kebolehpasaran mendapat pekerjaan. Manakala bagi institusi-institusi pendidikan, aspek utama kemahiran employability yang disenaraikan dapat membantu dalam memfokuskan pemupukan aspek kemahiran employability yang utama dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci: Industri pembuatan, kemahiran employability, kebolehpasaran, pendidikan tinggi, pendidikan teknikal.

OUMH1103 Learning Skills for Open Distance Course

1.0 Pendahuluan Perubahan teknologi telah mempengaruhi permintaan dan tuntutan ke atas kemahiran tenaga kerja dalam pelbagai bidang pekerjaan. Dalam memenuhi keperluan dan permintaan industri terhadap tenaga kerja dalam pelbagai bidang kemahiran, alam pekerjaan sebenar juga memerlukan seseorang tenaga kerja yang mempunyai kemahiran selain dari kemahiran pekerjaan. Menurut Lankard (1995), walaupun kesemua jenis kemahiran pekerjaan adalah kritikal kepada karier seseorang individu tetapi ia tidak menjamin kejayaan individu dalam pekerjaan. Kebanyakan majikan berpendapat, kemahiran yang diperlukan oleh seseorang individu untuk menjamin pekerjaan mereka adalah kemahiran employability. Kemahiran employability adalah kebolehan bukan teknikal dan merupakan satu daripada aspek kemahiran pekerjaan yang sama pentingnya dengan aspek kemahiran teknikal. Pihak majikan dalam sektor industri berpendapat aspek kemahiran employability adalah penting dan perlu dimiliki oleh pekerja mereka bagi memastikan pekerja tersebut benar-benar trampil dalam pekerjaannya. Ramlee (2002), melalui hasil kajiannya mendapati majikan dalam industri pembuatan di Malaysia memberi pandangan bahawa lulusan-lulusan teknikal di Malaysia mempunyai kemahiran teknikal lebih daripada mencukupi, namun majikan merasa kurang berpuas hati dari segi kemahiran motivasi, komunikasi, interpersonal,pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan kemahiran keusahawanan yang merupakan sebahagian daripada kemahiran employability yang tidak dikuasai dalam kalangan lulusan teknikal ini. Terdapat beberapa definisi employability dan kebanyakannya adalah berkaitan dengan aspek gambaran personal, sikap,tabiat, tingkah laku, cara berkomunikasi, penyelesaian masalah, kemahiran membuat keputusan serta proses mengurus organisasi seperti yang diberikan oleh Buck dan Barrick (1987); Employability skill are the attributes of employees, other than technical competence, that make them an asset to the employer. These employability skill include reading, basic arithmetic and other basic; problem solving,decision making, and other higher-order thinking skill; and dependability, apositive attitude, cooperativeness, and other affective skills and traits.

OUMH1103 Learning Skills for Open Distance Course

Manakala

menurut

Secretarys

Commission

on

Achieving

Necessary

Skill(SCANS,1991) pula, tiga kemahiran penting yang diperlukan oleh majikan adalah (1) kemahiran teknikal, (2) kemahiran akademik dan (3) kemahiran employability. Hasil kajian SCANS telah mengenal pasti tujuh kompetensi utama dan 40 item kemahiran employability yang diperlukan dalam peringkat kemasukan awal pekerjaan iaitu (1) kemahiran asas, (2) kemahiran berfikir, (3) kemahiran sumber,(4) kemahiran informasional, (5) kemahiran interpersonal, (6) kemahiran system dan teknologi dan (7) kualiti personal. Terdapat pelbagai pandangan mengenai jenis pengetahuan dan bentuk kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran pekerja serta graduan. Misalnya,Maros (2000) dan Nair Venugopal (2000) berpendapat pekerja perlu mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain yang digunakan di peringkat antarabangsa. Dari segi tanggungjawab dan budaya kerja,beberapa penulisan telah menyebut tentang perlunya pekerja yang bertanggungjawab,yang boleh menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah iaitu yang sensetif kepada keadaan sekeliling. Mereka juga perlu mempelajari nilai-nilai baru,kemahiran kepimpinan dan kecekapan berkomunikasi menerusi peralatan teknologi dan secara interpersonal (Toffler 1981). Memandangkan pelbagai perkara baharu dituntut sipelajari dan dikuasai seperti yang disebutkan itu,maka tidak hairanlah konsep pendidikan sepanjang hayat menjadi penting untuk semua pekerja. Pekerja sentiasa boleh mempertingkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan mereka melalui pendidikan bentuk ini (Mustafa Mansur,2002). 1.1 Kemahiran dalam Kriteria Pemilihan Pekerja Masalah graduan menganggur bukan merupakan satu fenomena yang baru dalam era globalisasi masa kini. Di Malaysia, segulung ijazah belum pasti menjanjikan pekerjaan Malah kenyataan dari Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi :48 ribu siswazah masih menganggur dan keadaan ini membayangkan senario pengangguran di kalangan graduan belakangan ini masih berada di takuk lama dan beban pihak kerajaan bertambah tenat kerana terpaksa memperuntukkan sejumlah perbelanjaan untuk mengurus graduangraduan yang menganggur.Untuk mengelakkan peratus pengangguran di kalangan

OUMH1103 Learning Skills for Open Distance Course

siswazah bertambah, punca-punca pengangguran perlu diidentifikasikan. Strategi-strategi yang proaktif dan komprehensif perlu dirancangkan dan dilaksanakan. 1.1.1 Kemahiran Teknikal Penguasaan kemahiran teknikal ini ditunjukkan oleh tahap kompeten yang diperolehi oleh graduan setelah tamat latihan.Kredibiliti dan keupayaan siswazah baru diragui terutama dalam hal yang berkaitan dengan kemahiran dalam bidang kerja yang dipelajari. Pemimpin negara dan tokoh industri yang bersikap kurang adil dalam memberi gambaran terhadap kualiti graduan institusi tempatan. Graduan tempatan yang dididik oleh acuan universiti tempatan hari ini dianggap lemah dan sering dipersoalkan kredibiliti dan kemampuannya. Siswazah dianggap cemerlang dalam kertas sahaja tetapi kandas dalam kemahiran. majikan tidak ingin memperuntukkan sejumlah kos yang tinggi untuk melatih siswazah yang baru keluar dari universiti .Natijahnya, setiap majikan kerap memilih siswazah yang mempunyai pengalaman bekerja.Pengambilan siswazah baru kemungkinan mendatangkan risiko kepada majikan kerana majikan telah mengira kerugian yang bakal dialami. Majikan terpaksa memperuntukkan kos tinggi melatih graduan baru dan kemungkinan mereka akan beralih ke syarikat lain setelah mendapat tawaran yang lebih baik. Keraguan terhadap siswazah baru memang merupakan satu kenyataan yang sahih dalam pasaran buruh pada masa kini. Disamping itu juga,terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa antara masalah lain yang menyebabkan graduan sukar mendapat pekerjaan ialah faktor kebolehpasaran,yang dikaitkan dengan kesesuaian bidang kursus dan tingkat kemahiran.Graduan yang tidak mempunyai latihan atau pengkhususan yang jelas juga akan sukar memperolehi pekerjaan. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam era ini,graduan digalakkan mempunyai dua bidang utama (major) untuk membolehkan mereka lebih diterima di pasaran kerja. Bagaimanapun selain sekeping sijil atau segulung ijazah,uasaha untuk memahami dam memperoleh kemahiran tambahan yang lain seperti kemampuan graduan berfikir tentang sesuatu perkara dan bagaimana untuk bertindakbalas terhadap perkara itu,kemahiran berkomunikasi pelbagai bahasa 4

OUMH1103 Learning Skills for Open Distance Course

,khususnya

Bahasa

Inggeris,

aspek

personality

atasu

karekter

dan

cara

mempersembahkan kemahiran yang ada (Suzannay Pillay 2004). Kesemua contoh kemahiran ini amat penting dan merupakan kunci kea rah kejayaan memperolehi pekerjaan. Semakin banyak kemahiran dan pengetahuan yang graduan ada,maka semakin tinggilah peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan,khususnya di syarikatsyarikat yang mantap. Soft skills sememangnya tidak diajar menerusi pendidikan formal,sebaliknya diperolehi melalui usaha graduan mencuba atau menceburi pelbagai pekerjaan. Secara perlahan seseorang itu mampu menanam sifat yakin diri di samping menambah kemahiran bekerja. Melaluinya juga seseorang harus melakukan pelbagai homework mengenai syarikat yang ingin diceburi dan menyakinkan majikan tentang sumbangan yang boleh diberikan untuk meningkatkan produktiviti syarikat. Pada masa sekarang kebanyakan majikan lebih memberikan tumpuan kepada calon yang mempunyai semangat dan motivasi yang tinggi, berkeyakinan dan mampu berusaha memajukan kerjaya sendiri dan produktiviti syarikat. Didapati jumlah siswazah yang menganggur di Malaysia sehingga tahun 2002 adalah dalam sekitar 40 000 orang. Manakala pada tahun 2003 jumlah rakyat Malaysia yang menganggur adalah sekitar 364 900 orang termasuklah golongan siswazah (IPPTN 2003). Untuk suku tahun pertama tahun 2004 sejumlah belia dan calon Melayu yang menganggur adalah lebih tinggi kerana mereka dikatakan kurang kemahiran dan kepakaran (The Star,15 September 2004). Kajian luar negara juga menunjukkan kemahiran teknikal turut diutamakan antaranya oleh NCVER (2002a), Van Loo & Semejin (2001), Stevenson & Bower (1986). Namun demikian, tidak pula menunjukkan majikan meletakkan nilai kemahiran bolehkerja melebihi kemahiran teknikal (kemahiran khusus pekerjaan) seperti yang dirumuskan oleh Cotton (1999). 1.1.2 Pengalaman Kerja Berkaitan. Di samping kemahiran teknikal majikan juga inginkan pelatih lepasan program sesuatu bidang ini memiliki pengalaman kerja berkaitan bidang yang mereka pelajari. Walau pun kelayakan akademik ditekankan ketika pemilihan kerja majikan menghendaki pekerja yang berpengalaman sebagai asas kukuh dalam mengambil graduan bekerja. 5

OUMH1103 Learning Skills for Open Distance Course

Pengalaman kerja ini penting kepada majikan kerana pekerja yang diambil bekerja dapat melakukan tugas tugas yang akan diberikan. Pengalaman yang bersesuaian dengan kerja juga menggambarkan produktiviti pekerja (Becker, 1994). Malah pengalaman kerja diperlukan untuk menyumbangkan kemahiran kerja dalam keadaan majikan mengalami kekurangan atau tiada pekerja di bidang berkenaan. Pengalaman kerja juga memudahkan arahan diberikan kepada pekerja. Pekerja yang memiliki pengalaman mampu mentafsir arahan, memberi perhatian serta melaksanakan arahan kerja dengan lebih berkesan. Malah terdapat majikan yang tidak mengiktiraf status sebagai pekerja berkemahiran sekiranya pelatih tidak mempunyai pendedahan kerja yang berkaitan dengan bidang yang memerlukan kemahiran seperti dalam bidang elektrik dan dalam bidang ICT. Kepentingan pengalaman kerja berkaitan turut dinyatakan oleh majikan tempatan menerusi kajian lalu antaranya Laporan USM, AcNielsen, Malaysian Employers Federation (dalam NEAC, 2003) dan Malaysia (2001a) serta kajian di luar negara termasuklah Sheehan & Tomlinson (1998). ILO (2003) juga menjelaskan majikan cuba menarik lepasan yang berpengalaman kerana mereka lebih produktif dan dapat menjimatkan kos membiayai latihan ketika bekerja. 1.1.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi Penggunaan komputer bagi menggantikan teknik lama dan selari dengan tuntutan pelanggan mereka. Di samping itu pekerja teknikal ini juga perlu menyediakan laporan kerja yang memerlukan mereka menggunakan komputer. Inilah yang dinyatakan oleh Willett & Luan (2000) kemahiran komputer sebagai pelengkap tugas. Walaupun kajian di negara maju seperti Stevenson & Bower 5 (1986) majikan akan melatih kemahiran komputer kepada pekerjanya, kajian terbaru seperti Turner (2002) terhadap majikan di UK, Leon & Borchers (1998) terhadap majikan di Texas, USA, Van Loo & Semeijn (2001) di Netherlands, menghendaki pekerja yang ingin memasuki pasaran buruh perlulah terlebih dahulu mengguasai kemahiran komputer. Penggunaan komputer yang diperlukan terhadap juruteknik elektrik ini sesuai dengan penemuan ILO (2001), Mallough & Kleiner (2001) dan Green (1999) yang menyatakan kemahiran komputer penting untuk perkerja di pelbagai jenis industri dan apa jua jenis pekerjaan. Kajian AcNielsen, Laporan USM, Malaysian Employers Federation dan 6

OUMH1103 Learning Skills for Open Distance Course

Rahmah et al. (NEAC 2003) turut menyatakan kemahiran menggunakan komputer dan komunikasi merupakan kriteria yang turut menjadi perhatian majikan ketika memilih pekerja. Namun demikian kajian ini juga mendapati penggunaan komputer di syarikat yang kaji masih belum menyeluruh. 1.1.4 Pembelajaran Berterusan Pembelajaran berterusan juga diharapkan oleh majikan kepada pekerja baru. Aspek pembelajaran berterusan di tempat kerja turut ditekankan oleh kebanyakan majikan yang dikaji. Pembelajaran berterusan penting kepada pekerja baru bukan sahaja untuk menyesuaikan diri dan tugas yang lebih spesifik dalam organisasi berkenaan malah sentiasa mengikuti perkembangan dasar, proses dan keluaran organisasi. Pembelajaran di tempat kerja sama ada pembelajaran sendiri atau belajar dari orang lain juga menjadi amalan syarikat. ACCI (2002) juga menghendaki pekerja memiliki kemahiran belajar yang dapat menyumbang kepada pembaikan dan peningkatan diri serta operasi syarikat secara berterusan termasuklah teknologi baru. Pembelajaran berterusan juga berlaku akibat dari perubahan teknologi dan teknologi yang di import dari luar negara terutamanya pelatih yang bekerja di sektor pembuatan. Penerapan teknologi baru juga memerlukan pekerja mengurus dan menyelenggara sesuatu peralatan atau mesin apabila proses pengautomasian digunakan (Malaysia, 2001a, 2001b, 2001c, 1991). Penemuan ini menunjukkan strategi mengutamakan pembentukan modal manusia yang dinyatakan oleh Loose (2004) dan Nigam et al. (1990) telah diamalkan oleh majikan. Strategi ini menekankan pembelajaran berterusan di tempat kerja terutamanya pembelajaran melalui amalan dan pembelajaran melalui penyesuaian kepada pekerja junior untuk menyerap teknologi. Penggunaan dan penyesuaian teknologi asing penyesuaian juga menghendaki pekerja yang sentiasa mengemaskinikan pengetahuan kemahiran.

Menurut ILO (2003) matlamat majikan ialah pekerja berterusan menimba dan mengguna pengetahuan dan kemahiran baru. Penemuan ini turut menunjukkan amalan pembelajaran berterusan untuk memperbaiki proses pengeluaran dan keluaran secara 7

OUMH1103 Learning Skills for Open Distance Course

berterusan bagi meningkatkan daya saing organisasi berlaku di firma yang dikaji seperti mana yang diramalkan oleh Ilon (2000). Rancangan Malaysia Kelapan (Malaysia, 2001a) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan (Malaysia, 1991) turut mengakui kepentingan pembelajaran berterusan di tempat kerja kerana pekerja hanya boleh memperolehi pengalaman dan pendedahan sewajarnya apabila didedahkan kepada beban kerja yang memerlukan pencapaian kemahiran yang lebih tinggi.. ILO (2003) juga menyatakan pembelajaran berterusan di tempat kerja diperlukan kerana operasi kerja moden kini lebih dinamik. Turner (2002) dan Clarke (1997) mendapati majikan di UK, juga menghendaki pekerja memiliki kesudian untuk terus belajar di tempat kerja. Oleh yang demikian mereka memerlukan pelatih yang sudi untuk melalui proses pembelajaran ketika bekerja di syarikat mereka. Majikan juga inginkan pekerja terus membangunkan kualiti peribadi dari masa ke semasa. Ini selaras dengan kenyataan ILO (2003) yang menegaskan pembelajaran di tempat kerja yang berterusan berfokus kepada pelajar (pekerja) berkenaan dan memerlukan pekerja yang mempunyai motivasi belajar yang tinggi. 1.1.5 Kualiti Peribadi Majikan memerlukan pekerja yang sudi bertanggungjawab terhadap suasana dan tugas yang akan diberikan. Kajian Malaysian Employers Federation, (NEAC, 2003) meletakkan kualiti peribadi sebagai kriteria utama manakala majikan meletakan kriteria bertanggungjawab sebagai kriteria kedua penting. Malah majikan juga memerlukan pekerja yang sudi dengan waktu berkerja yang fleksibel. Ini juga selaras dengan kehendak pegawai eksekutif atau pengarah urusan syarikat di UK sebagai adaptasi dan keluwesan pekerja (Atchoarena & Caillods, 1999; Clarke, 1997). Di samping itu majikan inginkan pekerja yang ikhlas serta menunjukkan kesungguhan inginkan pekerjaan yang ditawarkan. Majikan dapat menjangkakan keikhlasan dan kesungguhan pemohon ketika temuduga dijalankan. Kajian Azmi (1988) mengenai persepsi majikan kemahiran bolehkerja juga menemui aspek keikhlasan dan kesungguhan terhadap pekerjaan juga menjadi salah satu kriteria yang ditekankan oleh majikan. Begitu juga kajian Jones (2002), mendapati majikan di 8

OUMH1103 Learning Skills for Open Distance Course

Australia di samping menekankan penguasaan kemahiran akademik, kualiti peribadi juga ditekankan dalam memilih belia untuk bekerja. Kualiti peribadi merupakan kluster yang turut menjadi perhatian majikan ketika memilih pekerja di negara ini seperti yang dinyatakan oleh Ramlee et al. (2001), Wan Abdul Aziz (1995), Azmi (1988) dan Lee Kiong Hock (1989). Kualiti peribadi pelatih yang merangkumi pengurusan diri, interaksi sosial, etika kerja, keyakinan diri, kerja berpasukan dan kepimpinan hasil dari latihan kemahiran yang telah dilalui. Namun demikian kemahiran kepimpinan dan etika kerja masih perlu dipertingkatkan. Secara keseluruhan institut latihan kemahiran awam yang dikaji berupaya membentuk kualiti peribadi. Sedangkan kajian Clarke (1997) mendapati program latihan kemahiran gagal membentuk kualiti peribadi termasuklah aspek sosialnya dan komunikasi. Terdapat kesimbangan antara tuntutan majikan (permintaan) dan penguasaan pelatih (penawaran) terhadap kemahiran bolehkerja. Ianya meliputi kemahiran akademik, kualiti peribadi termasuklah kebolehan kerja berpasukan, menguruskan diri dan pekerjaan. Namun demikian pendedahan kerja sebenar dan kemahiran teknologi maklumat serta komunikasi merupakan kemahiran yang perlu diperkukuhkan. 2.0 Cadangan dan Penambahbaikan Berdasarkan dapatan yang telah dinyatakan, berikut ialah cadangan yang dapat membantu pihak berkenaan mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan siswazah. Cadangan dan juga langkah yang dapat diambil dikemukakan juga dijangka dapat memperkembang kemahiran literasi tempat kerja, yang diperlukan oleh para siswazah untuk menjadi lebih berdaya saing pada masa ini. 2.1.1 Cadangan untuk Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi

Meningkatkan peratus komponen latihan industri dalam sesuatu program (40 hingga 60 peratus). Tempoh latihan industri dipanjangkan (enam bulan) dan pelajar ditempatkandi tempat yang sesuai. Objektif latihan industri perlulah disampaikan dengan jelas kepada pihak industri. Latihan industri diadakan setiap tahun pengajian di organisasi yang sama.Pada tahun pertama pengajian, pelajar perlu mengikuti rancangan orientasi di industri berkaitan, untuk mempelajari tentang struktur dan suasana industri. Pengisian 9

OUMH1103 Learning Skills for Open Distance Course

orientasi bertambah mengikut tahun dengan kemuncak pengalaman ini dioperasikan dalam bentuk latihan industri dalam erti kata sebenar. Dalam hal ini, pelajar benarbenar boleh menyumbang sesuatu kepada organisasi, bukan saja terhad kepada penulisan laporan pengalamannya, atau untuk mencukupkan jam kredit pengajian semata-mata.Semua IPTA perlu berbincang untuk merancang sistem penggiliran latihan industri demi mengelakkan semua pelajar mengikuti latihan ini pada masa yang sama. Hal ini akan menjamin semua pelajar yang terlibat mendapat tempat dan peluang untuk menjalankan latihan industri dengan sempurna.Skop latihan industri perlu diperluas untuk merangkumi penglibatan industry kecil dan sederhana. Penglibatan usahawan persendirian juga perlu diteliti kerana penglibatan ini dapat mendedahkan pelajar IPTA kepada aspek keusahawanan. Memberi insentif melalui Kementerian Kewangan (contoh: pengecualian cukai) kepada industri bagi menggalakkan pembabitan industri tersebut dalam latihan industri pelajar IPTA berdasarkan nisbah. Pihak kerajaan harus memberikan insentif kepada industri yang menunjukkan komitmen dalam program latihan industri. Ada baiknya pihak kementerian mewujudkan satu jawatankuasa yang memantau penglibatan pihak industri dalam program latihan industri. Jawatankuasa ini boleh mewujudkan satu rangkaian kerjasama perkongsian bijak sementara memantau kualiti pengalaman latihan industri yang dilalui oleh pelajar. Kecekapan Bahasa Inggeris Penekanan perlu diberikan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam penyampaian dan aplikasi ilmu bidang pengajian untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah. Tindakan rasmi harus diambil dalam usaha mewajibkan pensyarah menggunakan bahasa Inggeris yang lebih baik dan lebih luas dalam bidang pengajian. Pelajar perlu kelayakan minimum Band 4 MUET untuk masuk ke universiti.Pelajar yang gagal memenuhi kriteria ini diberikan tawaran kemasukan bersyarat, iaitu mengikuti kursus intensif bahasa Inggeris selama satu semester sebelum memulakan pengajian mereka. Kecekapan bahasa Inggeris (pelajar): Penguasaan bahasa Inggeris yang baik dijadikan syarat wajib pengijazahan bagi semua pelajar. Sehubungan dengan itu, satu ujian nasional yang mengambil kira kemahiran bahasa tempat kerja perlu diwujudkan. Kecekapan bahasa Inggeris (pensyarah): Semua pensyarah IPTA wajib meningkatkan 10

OUMH1103 Learning Skills for Open Distance Course

penguasaan bahasa Inggeris masing-masing. Bagi pensyarah yang baru berkhidmat, mereka diwajibkan menduduki ujian kecekapan bahasa Inggeris (English Language Proficiency Test). Mereka yang gagal mencapai tahap minimum yang ditetapkan, diwajibkan mengikuti kursus bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat. Program Kerjaya Kursus kerjaya perlu diwujudkan di semua universiti dan diwajibkan untuk semua pelajar sepanjang tempoh pengajian supaya pelajar dapat memberikan fokus kepada sasaran kerjaya masing-masing. Kursus kerjaya ini seharusnya berkait rapat dengan program orientasi industry.Setiap pelajar mempunyai folio perkembangan profesional diri sepanjang tempoh pengajian yang boleh diguna pakai semasa temu duga. Folio ini juga membolehkan pelajar membuat penilaian tentang diri sendiri; lantas dapat membantu mereka mengambil tindakan sewajarnya. Wajibkan program pembangunan profesional mahasiswa (di luar daripada bilangan jam kredit) untuk semua IPTA dan pemantauan oleh pegawai perkembangan kerjaya. Program-program ini bertujuan untuk membentuk hala tuju pelajar dan membantu mereka mengenali kekuatan dan kelemahan diri masing-masing, supaya penambahbaikan boleh dibuat untuk memastikan kesediaan mereka menghadapi dunia pekerjaan sebenar. Memperkasa Pelajar Membuka ruang kepada pelajar untuk membuat kerja sambilan di university (contoh help desk di kluster komputer, pembantu perpustakaan dan sebagainya). Tindakan ini dapat membantu pelajar mengasah kemahiran literasi alaf digital (terutama bahasa) dan kemahiran komunikasi efektif. Waktu pekerjaan bergantung kepada PNGK pelajar (Contoh: PNGK 2.5 ke bawah: tiga hingga lima jam seminggu dan PNGK 2.5 ke atas: empat hingga lapan jam seminggu).Semua pelajar diwajibkan menyertai pasukan beruniform. Tindakan ini dapat membantu pelajar mengasah kemahiran literasi alaf digital (terutama kesedaran global), kemahiran komunikasi efektif dan kemahiran pemikiran inventif melalui pembabitan mereka dalam aktiviti-aktiviti berkaitan. Cadangan untuk Tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia Semakan Kurikulum 11

OUMH1103 Learning Skills for Open Distance Course

Pendekatan pembelajaran perlu dijuruskan kepada perkembangan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta boleh menghasilkan pelajar yang berdikari. Kandungan kurikulum juga perlu mula memasukkan unsur-unsur kreativiti dan pemikiran kritis dan tidak terhad kepada fakta semata-mata. Kaunselor sekolah perlu mengintegrasikan komponen dunia pekerjaan dalam programprogram kerjaya sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah untuk membantu mereka menentukan hala tuju kerjaya mereka. Pada peringkat operasinya, melalui program ini, pelajar dapat mencontohi seseorang (shadowing), ataupun bekerja (tempoh jam seminggu ditetapkan) untuk mendapat gambaran tentang dunia pekerjaan yang sebenar. Hal ini juga dapat membantu pelajar memfokuskan fikiran mereka kepada bidang pengajian tertentu. Memperkasa Bahasa Inggeris Penilaian bahasa Inggeris di sekolah perlu lebih tertumpu kepada kebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris. Selaras dengan itu, penilaian perlulah memperuntukkan komponen peratusan yang memadai dalam penilaian subjek tersebut (sekarang hanya lima peratus pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia hasilnya pelajar boleh mendapat 1A dalam bahasa Inggeris tetapi tidak boleh bertutur). Cadangan untuk Tindakan IPTA Semakan Kurikulum IPTA diberikan autonomi untuk mengemas kini kurikulum berdasarkan proses jaminan kualiti sekiranya tiada implikasi kewangan dan infrastruktur yang terlibat.Struktur kurikulum universiti: Kandungan kursus (melebihi 120 unit) dan tempoh pengajian tiga tahun didapati terlalu padat untuk pelajar. Pihak yang berkenaan perlu menyemak semula program tiga tahun dan struktur kurikulum perlu memberi ruang untuk kursuskursus yang boleh mengembangkan pemantapan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam kecekapan berkaitan dengan kebolehpasaran. Mewajibkan pengajaran, pembelajaran dan penilaian sepenuhnya dalam bahasa Inggeris secara beransur-ansur pada setiap peringkat program tertentu di semua IPTA. Kecekapan Bahasa Inggeris

12

OUMH1103 Learning Skills for Open Distance Course

Kecekapan bahasa Inggeris (pelajar): Penguasaan bahasa Inggeris yang baik dijadikan syarat wajib pengijazahan bagi semua pelajar. Sehubungan dengan itu, satu ujian nasional yang mengambil kira kemahiran bahasa tempat kerja perlu diwujudkan. Kecekapan bahasa Inggeris (pensyarah): Semua pensyarah IPTA wajib meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris masing-masing. Bagi pensyarah yang baru berkhidmat, mereka diwajibkan menduduki ujian kecekapan bahasa Inggeris (English Language Proficiency Test). Mereka yang gagal mencapai tahap minimum yang ditetapkan, diwajibkan mengikuti kursus bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat. Cadangan untuk Tindakan Agensi Lain Latihan Industri Memberi insentif melalui Kementerian Kewangan (contoh: pengecualian cukai) kepada industri bagi menggalakkan pembabitan dalam latihan industri pelajar IPTA berdasarkan nisbah. Pihak kerajaan harus memberikan insentif kepada industri yang menunjukkan komitmen dalam program latihan industri. Ada baiknya pihak kementerian mewujudkan satu jawatankuasa yang memantau penglibatan pihak industri dalam program latihan industri. Jawatankuasa ini boleh mewujudkan satu rangkaian kerjasama perkongsian pintar sementara memantau kualiti pengalaman latihan industri yang dilalui oleh pelajar. 2.1.5 Cadangan untuk Tindakan Industri Latihan Industri Industri bekerjasama dengan IPTA bagi memastikan keberkesanan latihan industri kepada pelajar. Usaha sama universiti dengan industri perlu dirancang secara lebih tersusun (contoh: matlamat, objektif, perancangan,termasuk penempatan untuk latihan industri). Memberi insentif kepada pelajar yang terlibat dalam latihan industri (contoh elaun) untuk menunjukkan komitmen dan sokongan pihak majikan terhadap program latihan industri dan membantu untuk meringankan beban perbelanjaan pelajar sepanjang tempoh latihan. Wujudkan bidang industri baharu, seperti bioteknologi dan kejuruteraan genetik agar tenaga sumber manusia terlatih dapat diserap ke dalam bidangbidang ini. 13

OUMH1103 Learning Skills for Open Distance Course

3.0 Kesimpulan Era k-ekonomi memerlukan seorang pekerja yang mempunyai berbagai kemahiran membuat kerja atau multi-skilling. Selain daripada itu, bagi melengkapkan ciri-ciri kworkers, individu mestilah mempunyai kemahiran diri yang tinggi dalam kemahiran interpersonal, kemahiran membaca, menulis, komunikasi yang berkesan, menyelesaikan masalah, cara berfikir bagi tujuan untuk menjamin employability individu mengikut keperluan industri bagi memastikan ekonomi negara terus maju dan berdaya saing. Latihan teknikal seharusnya terancang dan terurus dalam menawarkan kursus-kursus yang berhubung secara terus dalam menyediakan indvidu-individu untuk diterima bekerja dan juga menyediakan mereka sebagai usahawan. Lulusan juga seharusnya mempunyai sikap yang positif terhadap kerja, inovatif dan kreatif. Keupayaan untuk mengharungi cabaran dan mengambil risiko bagi menyahut cabaran juga patut diterapkan kepada pelajar. Bekerjasama antara rakan sekerja dan faham matlamat dan permintaan majikan serta mampu bekerja bersendirian dan menghasilkan kerja yang berkualiti juga merupakan satu keperluan industri. Kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional juga sepatutnya fleksibel supaya dapat memenuhi permintaan pasaran. Penambahbaikan yang berterusan perlu dititikberatkan supaya dapat menjamin kualiti program dan kursus seterusnya. Institusi juga perlu mengambil inisiatif dalam memupuk kemahiran employability di kalangan pelajar, kerana kemahiran tersebut juga merupakan keutamaan kepada industri selain daripada kemahiran teknikal. Adalah menjadi cabaran ke arah memperkasakan program latihan teknik dan vokasional dalam era pembangunan negara yang berteraskan perindustrian. Ini juga boleh membantu mengelakkan pengangguran dalam kalangan graduan di Malaysia. Kesedaran terhadap kepentingan dan keperluan kemahiran employability ini harus diperluaskan untuk pengetahuan dan motivasi umum dan pihak institusi, terutamanya tenaga pengajar perlu memahami dan menerapkan kemahiran employability yang sangat dipentingkan oleh industri. 4.0 Rujukan Mohamed Rashid dan Mohd Rashahidi. 2005. The Year 2004 Polytechnic Convocation Survey. Proceedings of 14

OUMH1103 Learning Skills for Open Distance Course

National Seminar The development of Technology And Technical-Vocational Education And Training In An Era of Globalization: Trend and Issues. Kuala Lumpur. Ramlee B. Mustapha. 2002. The Role of Vocational and Technical Education in the Industrialization of Malaysia as Perceived by Educators and Employers. Doctoral Dissertation. Purdue University. Schultz, T. W. 1967. The Economics Value of Education. 3rd ed. New York dan London: Columbia University Press. Secretarys Commission on Achieving Necessary Skill. 2001. Skills and Task for Jobs.A SCANS Report for America 2000. Washington, D.C. U.S. Department of Labour E. J. Sowell. 1996. An Interrative Introduction.Englewod Cliffs. Newjersey: Merrill. Ivan Hanafi. 2007. Pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional di German Malaysian Institute Malaysia(Disertasi Kedoktoran), Universiti Putra Malaysia, Kuala Lumpur. Kabilan Abdullah dan Ratna Roshida Abdul Razak,Kajian tindakan cadangan penambahbaikan.2005.Kuala Lumpur. Soo Wee Leng, dan Jumaayah Salleh. 2001. Hubungan Industri dan Pendidikan Vokasional: Isu dan Strategi. Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Syed Hussain. 2005. Meeting The Needs of Employers. Proceedings of National Seminar The development of Technology And Technical-Vocational Education And Training In An Era of Globalization: Trend and Issues. Kuala Lumpur. Yahya Buntat. 2002. Intergrasi Kemahiran Employability dalam Program Pendidikan Vokasional Pertanian dan Industri di Malaysia. Universiti Tekologi Malaysia. Yahya Buntat and Muhammad Rashid Rajuddin. 2004. Aspek-Aspek Penting dalam kemahiran Employability. Buletin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Siri (2). Bil. 3.

15

Anda mungkin juga menyukai