Anda di halaman 1dari 2

ntara faedah yang diperolehi dari keterlibatan remaja di dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan

kajian-kajian yang telah di jalankan adalah seperti berikut:

1.Melahirkan individu yang positif

Dalam kajian Mohamad Zaid et al (2008) yang telah dijalankan ke atas pelajarPoliteknik kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia pula mendapati tahapkecenderungan min untuk kefahaman pelajar
terhadap kepentingan Modul S

oft Skills

dalam membina personaliti individu yang positif adalah tinggi. Dapatan kajianmenunjukkan
responden sangat faham terhadap kepentingan Modul

Soft Skills

berdasarkan pelaksanaan Modul S

oftSkills

di Politeknik dalam membina personalitiindividu yang positif

2.Tahap keterampilan yang tinggi

Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Ahmad & Hisham (2009) ke atas 107orang pelajar tahun
akhir Fakulti Pendidikan teknikal, UTHM mendapati bahawatahap keterampilan pelajar setelah
mengikuti matapelajaran kokurikulum adalahtinggi. Tahap keterampilan yang dikaji adalah
keterampilan kemahiran komunikasi,

keterampilan kemahiran kepimpinan, keterampilan bekerja dalam kumpulan danketerampilan


penampilan diri yang kemas. Kesemua keterampilan ini penting untukdikuasai oleh remaja sebagai
satu bonus kepada diri mereka ketika berada di alam pekerjaan. Selain itu, keterampilan itu juga
pasti membantu mereka untuk menjadiremaja yang cemerlang ketika berada di kampus masing-
masing. Setiap keterampilanyang telah dikaji turut seiring dengan kajian yang sedang dijalankan oleh
pengkaji didalam kajian ini yang meliputi semua aspek dari sudut pemikiran, emosi dankecergasan
fizikal bagi menghasilkan seorang remaja yang bersifat unggul.

3.Remaja yang berkemahiran

Keterlibatan remaja di dalam aktiviti kokurikulum akan memberikan impak yang positif kepada
remaja bertepatan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Hassaan &Raja Roslan (2010) ke atas
104 orang pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melakaiaitu 71 orang pelajar lelaki dan 33 orang
pelajar perempuan mendapati ProgramLatihan Kecergasan Fizikal (PLKF) dapat membantu dalam
peningkatan tahapkomunikasi, kesihatan, minda dan keyakinan diri di kalangan pelajar-pelajar
UTeM.Dapatan kajian juga menunjukkan aktiviti luar memberi impak yang positif kepada pelajar
dalam membentuk modal insan yang mempunyai kemahiran kepimpinan,mampu berkmunikasi
dengan berkesan, berdisiplin dalam mengurus diri danmembentuk gaya hidup yang sihat kepada
pelajar melalui kegiatan kokurikulum.Dapatan ini juga memberi ruang dan sokongan yang jelas
kepada pengkaji untukmenjalankan kajian ini bagi membolehkan objektif kajian ini dicapai
dengansempurna.
4.Berkeyakinan tinggi

Penyepaduan ilmu antara pelajar dengan persekitaran pembelajaran lebih memberikeyakinan dari
sudut kognitif, afektif dan psikomotor kepada pelajar dalam usahauntuk menyesuaikan diri apabila
berhadapan dengan masyarakat dan apabila berhadapan dengan sebarang masalah yang timbul. Ini
kerana, setiap aktivitikokurikulum yang dijalankan memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu
dalammenjadikan aktiviti-aktiviti tersebut berjalan dengan lancar.

Petro Marais (2011) mengesahkan bahawa pelajar-pelajar atau remaja-remaja yang bercita-cita
untuk menjadi guru sebagai kareer di masa akan datang perlu terlibat aktifdengan aktiviti
kokurikulum. Kajian ini dijalankan ke atas 51 orang pelajar tahunempat dalam bidang perguruan di
UNISA, Republic of South Africa. Antara dapatankajian ini lagi ialah, aktiviti kokurikulum boleh
menyumbang kepada pembentukan pelajar secara holistik, aktiviti kokurikulum boleh meransang
deria pelajar mengikut perkembangan mereka, aktiviti kokurikulum boleh meningkatkan
kepercayaan kendiriserta merasakan diri mereka bernilai. Selain itu, dapatan kajian juga
menunjukkanaktiviti kokurikulum dapat membantu pelajar untuk membina kemahiran diri
sertadapat memberikan tenaga yang positif, membentuk remaja untuk tidak mudah berputus asa
serta boleh mengelakkan pelajar dari terjerumus dalam keruntuhan moral.Siti Rahayah (2004) yang
menyatakan terdapat korelasi yang kukuh antara verbal-linguistik dan intrapersonal menunjukkan
individu yang berkebolehan dalam penguasaan bahasa dan penyampaian idea mampu berfikir
secara rasional, melihat kedalam diri dan menganalisis diri sendiri. Dapatan ini menunjukkan,
individu yangmenguasai kemahiran insaniah akan membolehkan mereka mengawal diri mereka
darimelakukan perkara-perkara yang tidak memberi manfaat kepada diri mereka sepertimenjadi
pelajar yang nakal sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Azizi (2010).

5.Berdaya saing

Keterlibatan remaja dalam aktiviti kokurikulum juga akan menjadikan remajamenguasai pelbagai
kemahiran supaya mereka menjadi remaja yang berdaya saing dan boleh menyesuaikan diri dalam
apa jua keadaan dan tekanan yang diberikan. Remajayang memiliki keterampilan yang baik dapat
menyesuaikan diri dengan sebarang persekitaran walau dalam apa jua keadaan sekalipun.Hasil
kajian yang telah dijalankan oleh Iskandar, Rohaty & Zuria (2009) ke atas 265orang pensyarah
universiti di Daerah Jambi di Indonesia mendapati dimensikemahiran sosial dalam kecerdasan emosi
menyumbang secara signifikan kepadakomitmen pekerjaan. Kerana itu, kemahiran-kemahiran yang
pelbagai perlu dikuasaioleh remaja ketika berada di institusi pengajian tinggi bagi membolehkan
merekakomited dan mempunyai nilai positif yang tinggi ketika berada di alam pekerjaan

serta menjadikan mereka lebih bernilai berbanding dengan rakan-rakan yang tidak berkemahiran.

Anda mungkin juga menyukai