Anda di halaman 1dari 17

KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN AMALAN

PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Muhamad Fikri Abd Razak, Vadivelan Lohonathan, Khairudin Bin Abdul Aziz,
Awang Abdullah Bin Yaakob, Nurul Jannah Binti Md Yosof
Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik
fikrirazak84@yahoo.com,
vadivelanphd494@gmail.com, din915k@yahoo.com,
awangabdullah@yahoo.com.sg,
mailto:nisrinafaihanah13@gmail.com

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penguasaan kemahiran insaniah pelajar dan
hubungannya dengan amalan pengurusan kokurikulum pada peringkat sekolah. Kementerian
Pendidikan Malaysia mengharapkan kegiatan kokurikulum dapat meningkatkan kemahiran
insaniah pelajar. Oleh itu bidang pengurusan kokurikulum perlu diberi tumpuan yang
sewajarnya. Kajian ini mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar dan
tahap amalan pengurusan kokurikulum dan hubungan antara kedua pemboleh ubah. Selain
daripada itu, kajian ini juga menyumbang kepada pengkonsepsian dimensi pengurusan
kokurikulum dan dimensi kemahiran insaniah yang dilakukan berasaskan kepada sorotan
literatur, iaitu Teori Pengurusan Saintifik, Teori Pengurusan Klasik, Teori Sistem, Model
POLC Griffin dan Model Pembangunan Kemahiran Insaniah. Kajian ini menggunakan
kaedah kuantitatif. Data dikumpulkan menggunakan satu set instrumen yang telah divalidasi.
Sampel kajian terdiri daripada 310 orang pelajar tingkatan Empat daripada lima buah sekolah
terpilih di sekitar Klang. Dapatan kajian dianalisis menggunakan SPSS 22.0. Dapatan kajian
menunjukkan tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar berada pada tahap tinggi iaitu
skor min antara 3.67 sehingga 3.83. Sub dimensi kemahiran bekerja dalam pasukan
mendapat skor tertinggi. Berdasarkan persepsi responden, dapatan menunjukkan amalan
empat sub dimensi pengurusan di sekolah yang dikaji berada pada tahap tinggi untuk sub
dimensi merancang, mengelola dan mengawal manakala sub dimensi memimpin berada pada
tahap sederhana. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
antara penguasaan kemahiran insaniah dan amalan pengurusan kokurikulum walaupun pada
nilai yang kecil. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa kompetensi guru dalam
amalan pengurusan kokurikulum sangat penting dalam memastikan kejayaan perlaksanaan
aktiviti-aktiviti kokurikulum dan seterusnya memastikan pembentukan kemahiran insaniah
dalam diri pelajar.
Kata kunci: Kemahiran Insaniah, Pengurusan Kokurikulum

Abstract

This study aimed to examine students ’mastery of soft skills and its relationship with co -
curricular management practices at the school level. The Ministry of Education Malaysia
hopes that co -curricular activities can improve students' soft skills. Therefore the field of co
-curricular management needs to be given due focus. This study identifies the level of
mastery of soft skills of students and the level of co -curricular management practices and the
relationship between the two variables. Apart from that, this study also contributes to the
conception of co -curricular management dimension and soft skills dimension done based on
literature highlights, namely Scientific Management Theory, Classical Management Theory,

1
Systems Theory, POLC Griffin Model and Soft Skills Development Model. This study uses
quantitative methods. Data were collected using a set of validated instruments. The study
sample consisted of 310 Form Four students from five selected schools around Klang. The
findings of the study were analysed using SPSS 22.0. The findings of the study showed that
the level of mastery of soft skills of students was at a high level with a mean score between
3.67 to 3.83. The subdimension of team work skills gets the highest score. Based on the
respondents' perceptions, the findings show that the practice of the four subdimensions of
management in the schools studied is at a high level for the subdimension of planning,
managing and controlling while the subdimension of leading is at a moderate level. Pearson
correlation analysis showed that there was a significant relationship between soft skills
mastery and cocurricular management practices even at small values. In conclusion, this
study shows that the competence of teachers in the practice of co-curricular management is
very important in ensuring the successful implementation of co-curricular activities and
further ensure the formation of soft skills in students.
Key word: Soft Skills, Cocurricular Management

Pendahuluan
Dunia tanpa sempadan telah merangsang negara melahirkan keperluan sumber tenaga
manusia bagi memenuhi keperluan pembangunan yang semakin pesat. Aset tenaga kerja
yang berkualiti menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Kemahiran teknikal yang
diberi keutamaan dalam pembelajaran membantu meningkatkan kualiti sumber manusia
namun pasaran tenaga kerja masa kini tidak hanya menekankan kemahiran teknikal tetapi
pasaran kerja masa kini memerlukan sumber manusia yang multiskil (Quek,2005, Khaleed
Nordin, 2011). Sumber tenaga kerja yang baik adalah tenaga kerja yang mempunyai
kemahiran akademik dan kemahiran employability (Mohd Yusof Hussain, Mohamad Satar
Rasul, Ramlee Mustapha, Syed A. Malik, Rose Amnah Abd Rauf (2013). Graduan yang
mempunyai kedua-dua kemahiran ini menjadi pilihan majikan masa kini (Riam Chau Mai,
2012). Penguasaan pelajar terhadap kemahiran bolehkerja seperti kemahiran pengurusan diri
dan kemahiran bekerja dalam pasukan boleh menjamin kebolehpasaran mereka dalam dunia
pekerjaan. (Abd Hair Awang, Azimi Hamzah, Rahmah Ismail dan Jegak Uli, 2004, Mohd
Yusof H, Ramlee Mustapha, Syed A. Malik, & Seri Bunian M. 2012.)

Akta Pendidikan 1996 menyatakan, Kurikulum Kebangsaan adalah satu program


pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur budaya, kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari aspek jasmani, rohani, mental dan
emosi serta sosial. Menurut Mohd Najib (2007) aktiviti kokurikulum dapat membantu
perkembangan aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Surat pekeliling Ikhtisas Bil.
1/1985 menggariskan peranan utama sekolah bukan semata-mata menyampaikan ilmu
pengetahuan bahkan juga melahirkan pelajar yang boleh memberi sumbangan ke arah hidup
yang harmonis, bertoleransi, berdisiplin dan mempunyai sahsiah yang baik serta menghayati
nilai hidup berasaskan prinsip Rukun Negara. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025) yang menekankan anjakan ketiga iaitu melahirkan rakyat yang dapat menghayati
nilai dengan membangunkan murid secara holistik melalui penyertaan murid dalam 1sukan,
1kelab dan 1badan uniform bertujuan mengilap bakat dan minat murid di luar bilik darjah
yang formal. Kokurikulum adalah aktiviti bukan akademik yang mampu membawa pelajar
kepada perkembangan diri yang sihat melalui penglibatan dan pengalaman dalam aktiviti
yang dirancang (Sandra & Anuar, 2016).

2
Latar Belakang Kajian
Kokurikulum dalam sistem persekolahan selama ini sering dipandang sepi walaupun
pelaksanaan kegiatan kokurikulum di semua sekolah adalah wajib (Seksyen 18, Akta
Pendidikan 1996 / akta 550). Kegagalan melaksanakan kegiatan ini adalah satu kesalahan
dan boleh dikenakan hukuman. Walaupun kegiatan seperti persatuan, kelab akademik dan
unit beruniform memang telah lama wujud, ianya seolah-olah dianggap sebagai perkara yang
remeh kerana penilaian kecemerlangan pelajar hanya berdasarkan prestasi akademik.
Bagaimanapun, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dilihat bakal mengubah
senario lama ini. Apakah perubahan yang bakal berlaku? Hasrat Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) adalah untuk memastikan modal insan negara mempunyai pengetahuan
yang luas dan kemahiran yang tinggi serta relevan dengan kehendak semasa dan keperluan
masa hadapan serta berkebolehan untuk bersaing dalam persaingan globalisasi. Menurut Nur
Munirah Roslan dan Mohamad Shukri Abdul Hamid (2020) Kementerian Pengajian Tinggi
telah menyarankan supaya semua institusi pengajian tinggi di Malaysia melaksanakan aktiviti
kokurikulum bagi memastikan graduan menguasai kemahiran insaniah sepenuhnya.
Manakala KPM berhasrat untuk melahirkan modal insan yang mampu berfikir di luar kotak
pemikiran kritis dan kreatif, berkebolehan untuk menyelesaikan masalah, berkeupayaan
mencipta peluang baru dan mempunyai daya tahan bagi berhadapan dengan persekitaran
global yang sangat mencabar (PIPP 2006-2010).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pentaksiran berasas


Sekolah (PBS) selari dengan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). Sistem ini
menekankan penilaian dari sudut akademik dan kokurikulum. Salah satu komponen yang ada
dalam sistem PBS adalah Pentaksiran aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2014). Mohd Tahir (2010) menegaskan bahawa
kokurikulum adalah wadah yang paling berkesan dalam merealisasikan FPK khusus dalam
konteks melahirkan pelajar yang seimbang.

Pernyataan Masalah
Dalam pengurusan sekolah, pengetua bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengurus
kurikulum dan kokurikulum. Kerap kali pengurus sekolah menghadapi dilema dalam
memberi fokus kepada kecemerlangan sekolah dengan memberi tumpuan sama ada kepada
kejayaan kurikulum atau kokurikulum. Dalam proses mengejar kecemerlangan akademik
kadang kala pengurus sekolah kurang memberi perhatian kepada kokurikulum (Norziana
Ayob, 2013). Penumpuan lebih diberikan kepada program pembangunan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran manakala kursus untuk mengurus kokurikulum kurang
dipentingkan pada peringkat sekolah (Mohd Izham Mohd Hamzah & Norziana Ayob 2015).
Lebih banyak masa pelajar juga diperuntukkan kepada mata pelajaran dalam peperiksaan
awam sehingga timbul kekangan masa untuk pelajar terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Isu
graduan menganggur menjadi isu yang panas dibicarakan akhir-akhir ini. Walaupun
Malaysia mengeluarkan ramai graduan namun mereka tidak dapat memenuhi kehendak
majikan, menjadi fenomena yang merungsingkan semua pihak (Mohd Safarin et al 2005,
MacArdle, Walters, Briscoe dan Hall, 2007, Seetha 2014). Menurut Wong (2010) terdapat
80 000 sehingga 100 000 siswazah menganggur di Malaysia pada tahun 2009. Antara faktor
yang dikenal pasti berlakunya kegagalan ini adalah graduan ini tidak lemah dalam aspek
teknikal atau sains tetapi mereka lemah dalam aspek penyelesaian masalah, kurang
kemahiran komunikasi, kurang kemahiran kepimpinan yang terangkum dalam kemahiran
insaniah (MZ Kamsah, 2004, Jackson, 2008, Ali @ Alik 2012). Noor Azina Ismail (2011)

3
dalam kajian Majlis Tindakan Ekonomi Negara- Study on the Employment Situation in
Malaysia 2003 menyatakan salah satu punca para siswazah gagal mendapat pekerjaan adalah
kerana kurang kemahiran dari aspek komunikasi dan interpersonal. Dalam World Economic
Forum telah dikenal pasti 10 daripada 16 kecekapan utama para graduan atau pekerja adalah
berkaitan dengan kemahiran insaniah (Deloitte Access Economics, 2017).
Objektif
1. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar
2. Mengenal pasti tahap amalan pengurusan kokurikulum di sekolah sekolah
3. Menganalisis hubungan antara penguasaan kemahiran insaniah dan amalan
pengurusan kokurikulum pelajar di sekolah

Soalan Kajian
1. Apakah tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar?
2. Apakah tahap amalan pengurusan kokurikulum di sekolah-sekolah?
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi amalan pengurusan
kokurikulum dan penguasaan kemahiran insaniah di sekolah?

Hipotesis Kajian
Berdasarkan kepada soalan 3, beberapa hipotesis telah diuji dalam kajian ini. Hipotesis nol
yang telah diuji adalah untuk soalan kajian 3:

Hipotesis;
Ho1 (a) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan pengurusan
kokurikulum dan penguasaan kemahiran insaniah pelajar di sekolah
Ho1 (b) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara subdimensi merancang
dengan; a) kemahiran komunikasi; b) pemikiran kritikal dan penyelesaian
masalah; c) kemahiran bekerja dalam pasukan dan d) kemahiran kepimpinan.
Ho1 (c) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara subdimensi mengelola dengan
a) kemahiran komunikasi; b) pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah; c)
kemahiran bekerja dalam pasukan dan d) kemahiran kepimpinan.
Ho1 (d) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara subdimensi memimpin
dengan subdimensi a) kemahiran komunikasi; b) pemikiran kritikal dan
penyelesaian masalah; c) kemahiran bekerja dalam pasukan dan d) kemahiran
kepimpinan.
Ho1 (e) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara subdimensi mengawal dengan
subdimensi a) kemahiran komunikasi; b) pemikiran kritikal dan penyelesaian
masalah; c) kemahiran bekerja dalam pasukan dan d) kemahiran kepimpinan

Kerangka Konsep Kajian


Kerangka konsep kajian adalah diadaptasi daripada Model Pengurusan POLC Griffin (2012)
dan buku panduan pengurusan profesional terbitan Jemaah Nazir Persekutuan (1993) yang
menyimpulkan pengurusan sebagai proses yang melibatkan pihak pengurusan dalam aktiviti
merancang, mengelola, memimpin dan mengawal dengan menggunakan sumber-sumber yang
ada bagi mencapai keberkesanan.

4
Pembolehubah Bebas Pembolehubah Bersandar

AMALAN KEMAHIRAN INSANIAH


PENGURUSAN PELAJAR
KOKURIKULUM
SEKOLAH • Kemahiran komunikasi
• Merancang • Kemahiran pemikiran kritikal dan
• Mengelola penyelesaian masalah
• Memimpin • Kemahiran bekerja dalam pasukan
• Mengawal • Kemahiran kepimpinan

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian: Kemahiran Insaniah Pelajar dan Hubungannya Dengan
Amalan Pengurusan Kokurikulum

Kepentingan kepada pihak sekolah


Hasil kajian akan mengenal pasti tahap komitmen, pengetahuan dan kemahiran guru dalam
merancang, melaksana, membimbing dan menilai pelajar. Kekuatan dan kelemahan guru
dalam pengurusan kokurikulum akan dikenalpasti. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk
membantu pihak pengurusan sekolah, unit kokurikulum peringkat daerah dan jabatan dalam
merancang dan melaksanakan program kokurikulum dengan lebih berkesan. Kesedaran
tentang sumbangan kokurikulum dalam mengembangkan potensi pelajar mesti dipanjangkan
kepada ibu bapa dan masyarakat supaya semua pihak dapat memahami hasrat murni
Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru kokurikulum dapat merangka pendekatan yang
lebih mantap dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. Seterusnya meningkatkan
kompetensi guru dalam amalan pengurusan kokurikulum. Minat pelajar terhadap aktiviti
kokurikulum perlu diterapkan dengan cara yang betul dan kualiti program perlu ditingkatkan
supaya pelaksanaannya memberikan impak yang jelas terhadap perkembangan insaniah
pelajar. Bagi pihak ibu bapa pula, mereka dapat membantu dengan meningkatkan sokongan
terhadap penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Kementerian Pelajaran pula
seharusnya memastikan agar aktiviti kokurikulum dimasukkan di dalam waktu pengajaran
dan pembelajaran supaya guru dan pelajar tidak perlu menunggu sehingga ke waktu petang
hanya untuk menyertai aktiviti kokurikulum. Unsur kemahiran insaniah merupakan elemen
dalam proses pembelajaran yang diharapkan dapat menjadi perkara yang akan diketengahkan
oleh pihak kementerian sebagaimana unsur nilai-nilai murni dan kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis yang dijadikan unsur dalam pendidikan merentas kurikulum.

Soroton Literatur
Bahagian ini menonjolkan beberapa teori pengurusan yang utama dengan klasifikasi Teori
Pengurusan Saintifik oleh Federich Taylor dan Teori Organisasi Klasikal oleh Henry Fayol.
Perkembangan teori pengurusan yang baru termasuk Pendekatan Sistem dan Model
Pengurusan oleh Griffin juga dibincangkan. Idea pengurusan bermula di Amerika Syarikat
bertujuan untuk memaksimum sumber manusia dan pengeluaran. Teori pengurusan moden
bermula di Amerika Syarikat kerana di Amerika Syarikat lahirnya syarikat gergasi seperti
Coca Cola dan Sears yang kekal dan maju sehingga sekarang. Amerika Syarikat telah
muncul sebagai negara industri selepas perang saudara pada tahun 1840an. Ketika ini,
pengkaji mula mengkaji cara pengurusan syarikat besar yang telah berjaya dan membawa
kepada kelahiran teori administratif (Henry Fayol, 1841-1925), Teori Pengurusan Saintifik

5
(Federick W. Taylor 1856-1915) dan teori Birokrasi (Max Weber 1864-1920), (Robbin &
Coultar, 2003). Taylor dikenali sebagai “Bapa Pengurusan Saintifk”. Beliau telah mengkaji
hubungan antara pekerja dan tugas yang dibentuk untuk dilaksanakan oleh pekerja. Taylor
kecewa dengan pergerakan manusia yang tidak efisien menyebabkan kerugian kepada negara.
Beliau menolak cara pengurusan yang bersahaja dan memperkenalkan pengurusan saintifk
dengan mengemukakan beberapa prinsip pengurusan. Teori Organisasi Klasik adalah teori
kedua yang digunakan untuk kajian ini. Henri Fayol (1841-1925) adalah seorang ahli teori
pengurusan klasik yang dikenali sebagai “Bapa Pemikiran Pengurusan”. Idea beliau menjadi
asas kepada konsep pengurusan moden. Fayol menggunakan pendekatan ‘atas-bawah’ dalam
pengurusan dengan menumpukan kepada amalan pengurusan untuk meningkatkan
keberkesanan organisasi. Teori klasik telah dikritik kerana mengabaikan hubungan dengan
persekitaran luar. Sebagai tindak balas kepada kritikan ini, cerdik pandai cuba memahami
organisasi sebagai satu keseluruhan sistem dan dikaitkan dengan Teori Sistem. Teori Sistem
memberi tumpuan kepada hubungan-hubungan antara bahagian (Chikere & Nwoka, 2015).
Sistem terdiri daripada tiga bahagian iaitu input seperti bahan mentah, wang, manusia atau
teknologi, proses seperti perancangan, pengelolaan, motivasi dan kawalan serta output iaitu
produk atau perkhidmatan. Mengikut Griffin (2012) dari perspektif sistem, sesebuah
organisasi dilihat sebagai sistem input, transformasi, output dan maklum balas. Aktiviti-
aktiviti kokurikulum membantu dalam proses mentransformasi pelajar untuk menjadikan
pelajar sebagai insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Pengurusan kokurikulum yang efisien di sekolah menjamin penglibatan pelajar secara aktif
dan serius dalam aktiviti kokurikulum. Mengikut Zainal Ariffin Zainudin, Yaakob Daud dan
Saiful Azmi Mohamad Nor (2016) tugas mengurus kokurikulum mesti diamanahkan kepada
yang berkelayakan supaya hasilnya dapat memenuhi standard kualiti yang dikehendakki.
Penguasaan kemahiran insaniah pelajar adalah output yang ingin diukur dalam kajian ini.
Model Pengurusan Organisasi POLC Griffin telah digunakan dalam kajian ini. Fungsi
pengurusan Griffin terbahagi kepada empat aspek (Griffin, 2012). Aspek yang ditekankan
adalah aspek perancangan, pengelolaan, memimpin dan pengawalan.

Terdapat banyak kajian yang lalu tentang kemahiran insaniah contohnya Chiarra
Succi dan Michaela Wieandt (2019) mendapati 85.5 peratus responden dalam kajian mereka
menyatakan terdapat peningkatan penekanan kepada kemahiran insaniah dalam lima hingga
sepuluh tahun kebelakangan. Abdul Ghani et al (2012) dalam kajian mereka menyatakan
majikan sektor elektronik di Malaysia memerlukan jurutera yang menguasai kemahiran
berfikir secara kritis, kemahiran intrapersonal, kemahiran pengurusan maklumat, kemahiran
interpersonal dan kemahiran berkomunikasi dengan baik namun hasil dapatan kajiannya
menunjukkan bahawa jurutera elektronik di Malaysia tidak menguasai kemahiran komunikasi
dan kemahiran berfikir secara kritis. Hassan & Safar (2010) telah menjalankan kajian untuk
melihat perkaitan antara pembinaan kecemerlangan diri pimpinan pelajar menerusi
penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan hubungan di antara aspek kecemerlangan diri
bagi pembinaan sahsiah diri dan kepimpinan dengan aktiviti akademik. Dapatan
menunjukkan responden memberi maklum balas positif terhadap sahsiah diri, kepimpinan
dan aktiviti akademik menerusi aktiviti kokurikulum.

Metodologi
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu satu bentuk kajian yang melibatkan
pengumpulan dan penganalisaan data berbentuk numerical bagi tujuan menjelas, meramal
dan mengenal pasti fenomena yang akan dikaji (Gay, Mills & Airasian, 2006). Dalam kajian
ini kaedah tinjauan digunakan untuk mengumpul data daripada sampel kajian. Cohen,

6
Manion dan Morrison (2007) menyatakan tiga kebaikan kaedah tinjauan, iaitu : a) melibatkan
responden yang lebih ramai; b) membuat hubungan hasil kajian kepada sampel yang lebih
besar; c) menghasilkan maklumat dan fakta yang boleh diuji dengan menggunakan pelbagai
kaedah statistik untuk menjelaskan fenomena. Sampel kajian terdiri darripada 310 orang
pelajar tingkatan Empat dari lima buah sekolah. Kajian ini menggunakan soal selidik bagi
mengenal pasti tahap kemahiran insaniah pelajar dan tahap amalan pengurusan kokurikulum
di peringkat sekolah dan hubungan antara kedua pemboleh ubah..

Dapatan dan Perbincangan

Mengenal Pasti Tahap Penguasaan Kemahiran Insaniah Pelajar


Dapatan menunjukkan kemahiran kerja berpasukan mendapat skor min yang paling tinggi,
iaitu 3.83 dan sisihan piawai .64 dan berada pada tahap tinggi. Skor min subdimensi kedua
tertinggi kemahiran kepimpinan dengan skor min 3.77 dan sisihan piawai .66, diikuti
kemahiran kritikal dan penyelesaian masalah dengan skor min 3.75 dan sisihan piawai .68.
Subdimensi yang mempunyai skor min yang terendah adalah kemahiran komunikasi dengan
skor min 3.67 dan sisihan piawai 62. Dapatan menunjukkan semua subdimensi kemahiran
insaniah responden berada pada tahap tinggi.
Dapatan ini selari dengan dapatan Juliza Ezaida Jumelan (2014); Ahmad et al. (2019) dan
Mohd Hasril Amiruddin, Isma Atiqah Nadiran, Fatin Liyana Zainudin dan Norhayati
Ngadiman (2016) yang mendapati bahawa penguasaan kemahiran insaniah pelajar adalah
pada tahap tinggi untuk semua elemen kemahiran insaniah. Ini merupakan tanda positif
bahawa pelajar sudah menguasai kemahiran insaniah sesuai dengan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia apabila menggariskan lima matlamat kokurikulum yang hendak dicapai,
iaitu a) perseimbangan antara perkembangan mental, sosial, jasmani dan rohani; b)
pengukuhan interaksi dan integrasi dalam kalangan pelajar; c) peningkatan minat, bakat dan
kemahiran pelajar; d) pengukuhan dan pengayaan perkara yang dipelajari dalam bilik darjah;
e) pengisian masa lapang dengan berfaedah.

Sub dimensi Bekerja dalam Pasukan


Secara keseluruhan subdimensi kemahiran bekerja dalam pasukan menunjukkan skor
tertinggi (M = 3.83, SP = 0.68). Bekerja dalam pasukan atau ‘kerja berjemaah’ ini adalah
selari dengan tuntutan agama dan tuntutan sosial. Dapatan ini disokong dengan dapatan
Mohd Akmal Masud (2013) dalam kajian beliau yang membuktikan bahawa kemahiran
subdimensi bekerja dalam pasukan diterap, disedari dan dikuasai oleh pelajar melalui aktiviti
kokurikulum. Hamid (2012) dan Mustafa, Suradin, Ibrahim, Mastor, Salleh, Madar, dan
Sulaiman, (2008) mendapati melalui aktiviti sukan, badan beruniform serta kelab dan
persatuan, tiga elemen bekerja dalam pasukan amat tinggi diterapkan, iaitu kebolehan untuk
berinteraksi sesama ahli kumpulan, kebolehan bekerjasama dengan ahli kumpulan untuk
mencapai objektif yang sama dan kebolehan menghormati pendapat ahli kumpulan.

Sub dimensi Kepimpinan


Sementara itu, subdimensi kemahiran kepimpinan merupakan subdimensi kedua tertinggi
dengan skor (M = 3.77, SP = 0.66) bertepatan dengan kajian yang dilaksanakan oleh
Rohanida Abdul Manaf dan Mohd Sofian Omar Fauzee (2002) yang mendapati aktiviti
kokurikulum berupaya membentuk dan mengembangkan kemahiran kepimpinan individu.
Kajian Mahoney (2000) juga mendapati pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum
berjaya meningkatkan aspek personaliti mereka iaitu keyakinan diri, kerjasama dan
kemahiran kepimpinan. Dapatan ini juga disokong oleh dapatan Ahmad Esa, Kamarudin

7
Khalid, Sarebah Warman dan Aida Ilyani Ali (2014) dan Fincher dan Shalka (2009) yang
menunjukkan pelajar dapat menguasai kemahiran kepimpinan melalui aktiviti kokurikulum.

Sub dimensi Kemahiran Kritis dan Penyelesaian Masalah


Kemahiran kritikal dan penyelesaian masalah pelajar juga berada pada tahap tinggi dengan
skor (M = 3.75, SP .64). Ini selaras dengan dapatan Kamalularifin Subari, Mahanis
Mohamad, Nor Fadila Mohd Amri, Asnul Dahar Minghat, Sarimah Ismail, Yusri Kamin
(2013) bahawa kemahiran penyelesaian masalah pelajar berada pada tahap tinggi.. Mohd
Hasril Amiruddin, Isma Atiqah Ngadiran, Fathin Liyana Zainudin, Norhayati Ngadiman
(2016) dalam kajian mereka juga mendapati skor min untuk pemikiran kritis dan kemahiran
penyelesaian masalah berada pada tahap tinggi (M=4.05). Proses pendidikan menjadi wadah
pembinaan modal insan yang berkesan. Pendidkan yang berkesan berupaya membekalkan
modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif serta berkemahiran tinggi yang menjadi penentu
kepada pertumbuhan sosial, budaya dan ekonomi sesebuah negara (PPPM 2013-2025. KPM
2012). Ini selaras dengan misi Nasional untuk melahirkan warga negara yang mampu
berfikir secara kritis dan kreatif.

Sub dimensi Kemahiran Komunikasi


Walaupun berada pada tahap tinggi, subdimensi kemahiran komunikasi.(M = 3.67, SP = .62)
mendapat skor yang paling rendah berbanding subdimensi kemahiran insaniah yang lain.
Dapatan kajian oleh Kamalularifin Subari, Mahanis Mohamad, Nor Fadila Mohd Amri,
Asnul Dahar Minghat, Sarimah Ismail, Yusri Kamin (2013) menunjukkan pelajar Institut
Latihan Perindustrian yang dikaji berada pada tahap sederhana untuk subdimensi kemahiran
komunikasi. Abdul Rahman (2010) menyatakan punca kegagalan seseorang adalah kerana
kurang kemampuan untuk berinteraksi secara positif dengan alam sekeliling. Kemahiran
komunikasi sangat penting dalam semua bidang dan memainkan peranan yang besar dalam
kehidupan manusia dan merupakan suatu elemen penting yang harus dikuasai oleh pelajar
sama ada bagi memenuhi keperluan mereka untuk proses pembelajaran atau persiapan untuk
dunia pekerjaan atau dalam proses interaksi sosial (Nurul Salmi Mohd Dazali & Mohd Isha
Awang, 2014). Dapatan ini juga disokong oleh kajian William (2015); Nur Munirah Roslan
dan Mohamad Shukri Abdul Hamid (2020) yang mendapati pelajar jurusan Teknologi
Informasi kurang menguasai kemahiran komunikasi.

Mengenal Pasti Amalan Pengurusan Kokurikulum Sekolah


Dapatan menunjukkan tiga subdimensi berada pada tahap tinggi, iaitu (a) Subdimensi
Merancang dengan skor (m = 3.72, SP 0.87); (b) Subdimensi Mengawal dengan skor (m =
3.51, SP = 1.03) dan (c) Subdimensi Mengelola dengan skor (m = 3.45, SP = 0.99.
Subdimensi Memimpin berada pada tahap sederhana dengan skor (m = 3.29, SP 1.00).
Sumbangan kokurikulum sebagai salah satu komponen untuk keseimbangan modal insan
sudah tidak boleh dipandang ringan lagi oleh semua pihak. Oleh itu, amalan pengurusan
kokurikulum di peringkat sekolah perlu diberi perhatian yang serius supaya impak
perlaksanaan kokurikulum dapat dilihat pada pelajar. Secara keseluruhan tahap amalan
pengurusan untuk lima buah sekolah sekitar bandar Klang telah diukur. Amalan pengurusan
kokurikulum sekolah yang dikaji berdasarkan subdimensi iaitu a) merancang, b) mengelola
dan c) mengawal dan d) memimpin. Dapatan menunjukkan tahap amalan pengurusan
kokurikulum sekolah menurut persepsi pelajar berada pada tahap tinggi untuk subdimensi
merancang, mengelola dan mengawal sahaja manakala subdimensi memimpin berada pada
tahap sederhana. Ini menunjukkan guru hanya berkebolehan tinggi dalam tiga subdimensi
amalan pengurusan kokurikulum. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Zainal Ariffin

8
Zainuddin, Yaakob Daud dan Saiful Azmi Mohd Nor ((2016) yang menunjukan tahap
pengurusan penolong kanan dalam pengurusan kokurikulum dan tahap penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum adalah tinggi di dua buah sekolah yang dikaji. Dapatan juga
menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan untuk keempat-empat subdimensi pengurusan
kokurikulum di kedua-dua buah sekolah. Dapatan kajian ini bertentangan dengan dapatan
Azwan Wamin (2015) dalam kajian beliau yang mendapati sikap dan amalan pengurusan
kokurikulum guru berada pada tahap rendah. Amalan memimpin perlu dibaiki dan
bimbingan yang berterusan dan sistematik akan menjadikan amalan kepimpinan lebih baik.
Fenomena kursus pengurusan kokurikulum di Institut Pendidikan Guru dan yang dianjurkan
oleh Kementerian Pendidkan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
adalah sokongan kepada kompetensi pengurusan kokurikulum di peringkat sekolah. Secara
keseluruhan sekolah A, B, D dan E berada pada tahap tinggi untuk semua subdimensi
pengurusan kecuali sekolah C berada pada tahap sederhana.

Tahap Sub dimensi Merancang Mengikut Sekolah


Skor min untuk subdimensi merancang untuk empat buah sekolah A, B, D dan E berada aa
pada tahap tinggi (M=3.99 hingga M= 4.13) kecuali sekolah C (M=2.92, SP=.83) berada
pada tahap sederhana. Sekolah E mencatatkan skor min tertinggi (M=4.13, SP= .60).
Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian Zainal Ariffin Zainudin, Yaakob Daud dan Saiful
Azmi Mohd Nor (2016) bahawa subdimensi merancang pengurusan kokurikulum di dua buah
sekolah yang dikaji berada pada tahap tinggi. Dapatan ini bertentangan dengan dapatan oleh
Yusof Boon dan Salina Sabtu, (2011); Hamidah Yusof dan Rahman Ahmad, (2012) yang
menunjukkan bahawa kebolehan merancang dan perancangan jangka pendek dan panjang
berada pada tahap sederhana di sekolah yang telah dikaji.

Tahap Sub dimensi Mengelola Mengikut Sekolah


Aktiviti yang telah dirancang perlu dikelola dan dilaksanakan dengan baik oleh guru
penasihat kokurikulum. Mengikut Mashitah (1994) pengelolaan adalah penyelarasan bahan
dan sumber manusia. Skor min untuk subdimensi mengelola untuk empat buah sekolah
(sekolah A, B, D, E) dengan skor (M=3.68 hingga M= 3.93) berada pada tahap tinggi kecuali
sekolah C (M= 2.72, SP 1.04) berada pada tahap sederhana. Dapatan ini disokong oleh
dapatan kajian Zainal Ariffin Zainudin, Yaakob Daud dan Saiful Azmi Mohd Nor (2016)
bahawa subdimensi mengelola pengurusan kokurikulum di dua buah sekolah yang dikaji
berada pada tahap tinggi. Kebolehan subdimensi mengelola berada pada tahap tinggi
mungkin kesan latihan atau kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negara,
Pejabat Pendidikan Daerah dan juga Institut Pendidikan Guru. Mengikut persepsi pelajar
dalam kajian ini, guru telah melaksanakan aktiviti-aktiviti mengikut turutan seperti yang telah
dirancang dan lantikan guru sangat bersesuaian dengan kepakaran mereka.

Tahap Sub dimensi Memimpin Mengikut Sekolah


Skor min untuk subdimensi memimpin untuk empat buah sekolah (sekolah A, B, D, E)
dengan skor (M=3.48 hingga M= 3.68) berada pada tahap tinggi kecuali sekolah C (M= 2.64,
SP 1.01) berada pada tahap sederhana. Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian Zainal
Ariffin Zainudin, Yaakob Daud dan Saiful Azmi Mohd Nor (2016) bahawa subdimensi
memimpin dua buah sekolah berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan guru penasihat
kokurikulum didapati mempunyai kepakaran dalam unit yang diurus, sentiasa memberi
motivasi dan sokongan kepada pelajar dan sentiasa menunjukkan semangat yang tinggi
semasa mengendalikan aktiviti kokurikulum. Kepimpinan mengikut Jemaah Nazir (1993)

9
adalah keupayaan memberi dorongan supaya pelajar melaksanakan tugasan sebagaimana
yang diharapkan.

Tahap Sub dimensi Mengawal Mengikut Sekolah


Skor min untuk subdimensi mengawal untuk empat buah sekolah (sekolah A, B, D, E)
dengan skor (M=3.41 hingga M= 3.99) berada pada tahap tinggi kecuali sekolah C (M= 2.67,
SP .88) berada pada tahap sederhana. Sekolah A menunjukkan skor tertinggi (M=3.99, SP
.73). Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian Zainal Ariffin Zainudin, Yaakob Daud dan
Saiful Azmi Mohd Nor (2016) bahawa subdimensi mengawal dalam pengurusan
kokurikulum di dua buah sekolah berada pada tahap tinggi. Kajian Mohd Izham Mohd
Hamzah dan Norziana Ayob (2015) dan Nik Zaidi Ismail (2011) juga mendapati subdimensi
mengawal berada pada tahap tinggi berbanding subdimensi lain dalam kajian melibatkan
pengetua sebagai pengurus kokurikulum. Sekolah C mendapat skor yang sederhana untuk
kesemua subdimensi mungkin disebabkan fakfor disiplin kerana sekolah ini yang
mencatatkan masalah disiplin pelajar yang agak tinggi berbanding empat buah sekolah yang
lain. Ini mungkin faktor yang menyumbang kepada masalah kehadiran pelajar untuk
kegiatan kokurikulum. Kemungkinan juga pelajar kurang berminat ketika menjawab borang
selidik menyebabkan mereka menjawab dengan sambil lewa sahaja.

Analisis Hubungan antara Amalan Pengurusan Kokurikulum dan Penguasaan


Kemahiran Insaniah
Dapatan analisis menunjukkan bahawa terdapat hubungan di antara amalan pengurusan
kokurikulum dan penguasaan kemahiran insaniah (r= .46, p < .01). Nilai p yang dicatatkan
iaitu .00 lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu .01. Maka kesimpulannya
terdapat hubungan yang signifikan antara amalan pengurusan kokurikulum dan kemahiran
insaniah pelajar dan kekuatan hubungan adalah pada tahap sederhana (r= 0.46).

Dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan di antara amalan pengurusan


kokurikulum dengan kempat-empat subdimensi kemahiran insaniah. Hubungan amalan
pengurusan kokurikulum dan kemahiran komunikasi adalah pada tahap yang rendah (r =
.387) manakala terdapat peningkatan bagi hubungan di antara amalan pengurusan
kokurikulum dan subdimensi pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah pula pada tahap
sederhana (r=.426). Seterusnya analisis hubungan amalan pengurusan kokurikulum dan
subdimensi kemahiran bekerja dalam pasukan berada pada tahap rendah (r=.353) manakala
hubungan amalan pengurusan kokurikulum dan subdimensi kemahiran kepimpinan juga
berada pada tahap rendah (r=.396). Analisis hubungan dengan menggunakan ujian korelasi
Pearson bagi setiap subdimensi amalan pengurusan kokurikulum iaitu merancang, mengelola,
memimpin dan mengawal serta subdimensi kemahiran insaniah iaitu kemahiran komunikasi,
pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, kemahiran bekerja berpasukan dan kemahiran
kepimpinan. Analsis korelasi bertujuan menerima atau menolak hipotesis nol.

Subdimensi Merancang
Analisis berhubung hasil ujian korelasi subdimensi merancang terhadap subdimensi
kemahiran komunikasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara subdimensi
merancang dan kemahiran komunikasi (r=.336**, P=.000). Seterusnya ujian korelasi
subdimensi merancang terhadap pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah (r=.336**,
P=.000) menunjukkan hubungan yang signifikan dan subdimensi merancang terhadap kerja
berpasukan (r=.340**, P=.000) juga menunjukkan hubungan yang signifikan. Ujian korelasi
subdimensi merancang terhadap bekerja dalam pasukan (r=.349**, P=.000) dan kemahiran
kepimpinan (r=.373**, P=.000) menunjukkan hubungan yang signifikan. Maka hipotesis nol

10
yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara subdimensi merancang
dengan subdimensi kemahiran komunikasi, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah,
kemahiran bekerja dalam pasukan dan kemahiran kepimpinan ditolak.

Subdimensi Mengelola
Analisis seterusnya berhubung ujian korelasi dimensi mengelola terhadap kemahiran
komunikasi (r=.347**, P=.000) menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan. Begitu
juga antara dimensi mengelola terhadap pemikiran kritkal dan penyelesaian masalah (r=
.403**,P=.000 ) dan dimensi mengelola terhadap kemahiran bekerja dalam pasukan
(r=.298**, P=.000) dan dimensi mengelola terhadap kemahiran kepimpinan (r=.353**,
P=.000) menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan. Maka hipotesis nol yang
menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara subdimensi mengelola dengan
subdimensi kemahiran komunikasi, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, kemahiran
bekerja dalam pasukan dan kemahiran kepimpinan ditolak.

Subdimensi Memimpin
Analisis seterusnya berhubung ujian korelasi dimensi memimpin terhadap kemahiran
komunikasi (r=.371*, P=.000) menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan. Begitu juga
antara dimensi memimpin terhadap pemikiran kritkal dan penyelesaian masalah (r= .361*,
P=.000) dan dimensi meminpin terhadap kemahiran bekerja dalam pasukan (r=.300*,
P=.000) dan dimensi meminpin terhadap kemahiran kepimpinan (r=.344*, P=.000)
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan. Maka hipotesis nol yang menyatakan tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara subdimensi memimpin dengan subdimensi
kemahiran komunikasi, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, kemahiran bekerja
dalam pasukan dan kemahiran kepimpinan ditolak.

Subdimensi Mengawal
Analisis berhubung hasil ujian korelasi subdimensi mengawal terhadap subdimensi
kemahiran komunikasi. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
subdimensi mengawal dan kemahiran komunikasi (r=.357*, P=.000). Seterusnya ujian
korelasi subdimensi merancang terhadap pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
(r=440*, P=.000) menunjukkan hubungan yang signifikan dan subdimensi mengawal
terhadap kerja berpasukan (r=.343*, P=.000) juga menunjukkan hubungan yang signifikan.
Ujian korelasi subdimensi mengawal terhadap kemahiran kepimpinan (r=.375*, P=.000)
menunjukkan hubungan yang signifikan. Maka hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara subdimensi mengawal dengan subdimensi kemahiran
komunikasi, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, kemahiran bekerja dalam pasukan
dan kemahiran kepimpinan ditolak.

Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang


signifikan antara dimensi amalan pengurusan kokurikulum dan dimensi penguasaan
kemahiran insaniah pelajar walaupun hubungan adalah pada tahap sederhana. Terdapat juga
hubungan yang signifikan antara dimensi pengurusan kokurikulum dengan empat subdimensi
kemahiran insaniah. Hubungan adalah pada tahap sederhana untuk subdimensi kemahiran
kritikal dan penyelesaian masalah manakala hubungan dengan subdimensi kemahiran
komunikasi, kemahiran bekerja dalam pasukan dan kemahiran kepimpinan adalah pada tahap
rendah. Secara umumnya pengurusan kokurikulum didapati mempunyai hubungan dengan
kemahiran insanah pelajar tetapi hubungan hanya pada tahap sederhana dan rendah yang
menunjukkan bahawa mungkin terdapat faktor-faktor lain yang lebih mempengaruhi

11
pembentukan kemahiran insaniah pelajar. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
mungkin juga lebih menyumbang kepada penguasaan kemahiran insaniah pelajar.

Hubungan Antara subdimensi Amalan Pengurusan Kokurikulum dengan Subdimensi


Kemahiran Insaniah

Terdapat empat subdimensi amalan pengurusan kokurikulum iaitu; a) merancang; b)


mengelola; c) memimpin; d) mengawal. Bahagian ini akan membincangkan hubungan
subdimensi tersebut dengan subdimensi kemahiran insaniah yang terdiri daripada a)
kemahiran kerja berpasukan; b) kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah; c)
kemahiran komunikasi; d). kemahiran kepimpinan.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara subdimensi


merancang dengan empat subdimensi kemahiran insaniah dan hubungan adalah pada tahap
rendah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara subdimensi
mengelola dengan empat subdimensi kemahiran insaniah dan hubungan adalah pada tahap
rendah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara subdimensi
memimpin dengan empat subdimensi kemahiran insaniah dan hubungan adalah pada tahap
rendah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara subdimensi
mengawal dengan empat subdimensi kemahiran insaniah dan hubungan adalah pada tahap
rendah. Hubungan pada tahap yang rendah menunjukkan amalan pengurusan kokurikulum
mungkin tidak mempunyai kesan yang langsung terhadap penguasaan kemahiran insaniah
tetapi aktiviti yang dilaksanakan dalam kokurikulum telah berupaya membentuk kemahiran
insaniah pelajar (Ahmad Esa 2005).

Kesimpulannya, hubungan antara kokurikulum dan kemahiran insaniah sangat jelas


kerana melalui kokurikulum, para pelajar diajar menjadi pemimpin yang mampu
berkomunikasi dengan baik, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, bekerja dalam
kumpulan, mematuhi peraturan dan etika serta menyemai nilai-nilai positif seperti berdisiplin
(Shamsaadal, S.S, 2004; Mohamad Ismail, M.Y, 2004). Jelaslah terdapat satu perkaitan yang
signifikan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah amalan pengurusan kokurikulum dan
kemahiran insaniah pelajar. Hubungan antara aktiviti kokurikulum amat jelas dalam
menambah pengalaman dan memberi impak terhadap kemahiran dan tingkah laku pelajar.
Bakat dan potensi pelajar dapat digilap supaya menjadi lebih baik dan mampu bersaing pada
masa akan datang (Wardatul 2014). Apa yang merisaukan banyak pihak adalah kegagalan
guru untuk menjalankan tanggung jawab sebagai guru penasihat kokurikulum di sekolah
(Ahmad Esa, Khir Mohd Nor, Nawawi Jusoh, Norashidah Abd Rahman, Zalinah Salehon
(2015). Akhir sekali, Ahmad Esa (2004) berpendapat bahawa kemahiran insaniah
sememangnya berjaya diwujudkan dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di mana mana
institusi khususnya institusi pendidikan

Bahagian ini bertujuan untuk mengemukakan rumusan dapatan berdasarkan empat


soalan kajian. Secara keseluruhan, keputusan kajian menunjukkan pelajar menguasai
kemahiran insaniah pelajar seperti dihasratkan oleh KPM ketika menetapkan matlamat
perlaksanaan kokurikulum di sekolah. Keputusan analisis juga menunjukkan tahap amalan
pengurusan kokurikulum lima buah sekolah dalam kajian berada pada tahap tinggi untuk
merancang, mengelola dan mengawal sementara tahap sederhana untuk memimpin Analisis
hubungan antara amalan kokurikulum dan kemahiran insaniah juga menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan antara dua pemboleh ubah yang dikaji.

12
Rujukan
Abd Hair Awang, Azimi Hamzah, Rahmah Ismail & Jegak Uli (2004) Kemahiran Boleh
Kerja Keseimbangan Antara Tuntutan Majikan dan Penguasaan Pelatih. Persidangan
Kebangsaan Penyelidikan Siswazah Pengajian Pendidikan, UPM, 11 Sept 2004

Abdul Ghani, Kanesan Abdullah, Aziah Ismail, Mohamad Hanif Abdullah & Miduk Purba
(2012) Acquired and required competencies in manufacturing sector graduates from
employers and employees perspectives : The Malaysia case Edu Res. 2012 3(2): 126-
138

Abdul Aziz, Abdul Rashid & Zulkifli, Nathratul & Razak, Nor & Othman, Mohd & Musa,
Nurun Najihah. (2022). Pengajaran Dan Pembelajaran Semasa Norma Baharu:
Tinjauan Terhadap Tahap Kebahagiaan Pelajar.

Ahmad Esa (2005). Pelaksanaan Kemahiran Generik Menerusi Kokurikulum Di Politeknik


Bagi Memenuhi Keperluan Industri Di Malaysia. Kolej Universiti Tun Hussin Onn

Ahmad Esa, Kamarudin bin Khalid, Sarebah binti Warman & Aida Ilyani Binti Ali (2014)
Penerapan dan Kesedaran Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kokurikulum Silat
dalam Kalangan Pelajar UTHM Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan
Holistik Pelajar (NAHSDEC)2014
http://eprints.uthm.edu.my/5610/1/Penerapan_dan_Kesedaran_Kemahiran_Kepimpin
an.pdf

Ahmad Esa, Mohd Khir Mohd Nor, Nawawi Jusoh, Norashidah Abd Rahman, & Zalinah
Salehon. (2015). Citra Kokurikulum. Penerbit UTHM, Ed

Ali @ Alik, A. 2012. Keberkesanan Penerapan Kemahiran Generik Dalam Kalangan


Pelajar Institut Kemahiran Mara Di Sabah dan Sarawak. Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia. Tesis Sarjana

Azwan Wamin (2015). Hubungan Antara Sikap Guru Terhadap Aktiviti Kokurikulum dengan
Pengurusan Kokurikulum Sekolah Berasrama Penuh di Negeri Selangor. UPSI :
Disertasi Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan

Chikere, C.C. & Nwoka,J (2015) The Systems Theory of Management in modern day
organizations A Study of Aldgate Congress Resort LIMITED port Harcourt.
International Journal of Scientific and Research Publications . Volume 5, Issue 9,
September 2015. www.ijsrp.org/research-paper-0915/ijsrp-p4554.pdf

Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. (2007). Research Method in education 6th ed
London: Routledge Falmer.

Fincher, J., & Shalka, R.T. (2009). Co-Curricular Leadership Education : Considering
Critical Questions. Journal of Leadership Education, 8(1), Summer 2009

Gay, L., Mills, G. & Airasian, P. (2006). Educational research. New Jersey: Ed:
Pearson/Merril Prentice Hall.

13
Griffin, R.W. (2012) Fundamental of Management (6th edition) Mason, Oh: Cengage
Learning

Hamid, R. (2012). Penerapan Kemahiran Kerja Berpasukan Menerusi Kokurikulum Sukan


Bola Sepak Dalam Kalangan Pelajar UTHM. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia:
Tesis Sarjana.

Hamidah Yusof dan Rahman Ahmad (2012). Analisis kepentingan-kejayaan pengurusan


kokurikulum. Management Research Journal. (2) 75-85

Hassan, J. & A. Safar, S. (2010). Pembinaan Kecemerlangan Diri Pimpinan Pelajar


Menerusi Penglibatan Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai. Tesis. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. ri:
http://eprints.utm.my/10788/1/

Jackson, D. (2008). An International Profile of Industry-Relevant Competencies and Skill


Gaps in Modern Graduate. The University of Western: Austalia.
http://www.heacademy.ac.uk/assets/bmaf/documents/publications/ijme/Vol8n
o3/3IJME288

Juliza Ezaida bt Jumelan (2014). Penglibatan Aktiviti Kokurikulum Badan Beruniform di


UTHM. Penguasaan Kemahiran Insaniah Pelajar
http://eprints.uthm.edu.my/7089/1/JULIZA_EZAIDA_BINTI_JUMELAN_24.pdf

Jurnal Pembangunan Belia Malaysia 1 Disember 2008.135-164. Kompetensi Tenaga Kerja

Kamalularifin Subari., Mahanis Mohamad., Nor Fadila Mohd Amri., Asnul Dahar Minghat.,
Sarimah Ismail & Yusri Kamin (2013) Meninjau Kemahiran Insaniah Pelatih Institut
Latihan Perindustrian (ILP) Dalam Kerjaya. 2nd International Seminar on Quality
and Affordable Education (ISQAE 2013), hlm. 40-44

Khaled Nordin. 2011. Meneraju Kegemilangan Ilmu. PutraJaya: Kementerian Pengajian


Tinggi.

Kung Teik Seng (2010) Pengurusan Kokurikulum dan Hubungannya dengan Tahap
Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum, Tesis Sarjana Universiti Utara
Malaysia

Laporan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan dan Buku Panduan Pengurusan Profesional
Sekolah Menengah (1993)

Mahoney, J. L. (2000). School extracurricular activity participation as a moderator in the


development of antisocial patterns. Child Development, 71, 502–516.

Mashitah Hj. Ghazali (1994). Kegiatan Kokurikulum di Sekolah Membantu Membina Daya
Kepimpinan di Kalangan pelajar Menengah ATAS Kolej Sultan Abdul Hamid UUM:
Tesis Sarjana Pendidikan. “Tidak Diterbitkan”.

14
McArdle, S., Waters, L., Briscoe, J., & Hall, D. (2007).Employability during Unemployment:
Adaptability, career identity and human and social capital. Journal of Vocational
Behavior, 71, 247-264

Mohamad Ismail bin Mohamad Yunus (2004). Enhancing Student Character Building and
Ethics Development Process Through Co-Curriculum Activities: IIUM Experience.
Kertas Kerja International Conference on Student Development, 16 – 18 April 2004
di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur. Tidak diterbitkan

Mohd. Akmal Masud (2013). Pembangunan kemahiran kerja berpasukan menerusi kursus
pengurusan kokurikulum dalam kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan
Vokasional UTHM. Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Mohd Hasril Amiruddin, Isma Atiqah Nadiran, Fatin Liyana Zainudin dan Norhayati
Ngadiman (2016) Tahap kemahiran generik Malaysia dalam pengajaran dan
pembelajaran: kajian Kes pelajar Institut Kemahiran Mara Johor Bahru.
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 3 (111 -
121) 111 Themed issue on technological, vocational and educational empowerment of
Malaysia’s human resource © 2016, ISSN 2180-2491
file:///C:/Users/Acer/Downloads/17629-50250-1-PB.pdf

Mohd Izham Mohd Hamzah & Norziana Ayob (2015) Peranan Pengetua dalam Pengurusan
Kokurikulum dari Perspektif Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Zon Keramat
Jurnal Pendidikan Malaysia 40(2)(2015): 129-138
http://www.ukm.my/jurfpend/40(2)2015/Chap5new.pdf

Mohd Najib Abdul Ghafar. (2007). Intervensi Pembangunan Organisasi Pendidikan. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia

Mohd Safarin & Mohd Zolkifli (2005). “Tahap Keyakinan Kemahiran Generik Di Kalangan
Pelajar Kolej Komuniti.” Kertas Kerja Seminar Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.

Mohd Sofian Omar fauzee , Amnudin Yusof dan Borhan Yusof (2002) Kokurikulum,
Peranan dan Implikasi Kuala lumpur Utusan Publications and distributors Sdn Bhd

Mohd Yusof H, Ramlee Mustapha, Syed A. Malik, & Seri Bunian M. (2012). Measurement
Model of Employability Skills Using Confirmatory FactorAnalysis. International
Conference on Teaching and Learning in HigherEducation. Seremban: Universiti
Teknologi Malaysia. 11–12 April 2012

Mohd Yusof Hussain, Mohamad Satar Rasul, Ramlee Mustapha, Syed A. Malik, Rose
Amnah Abd Rauf (2013) Tahap Kemahiran Employability Pelajar Kejuruteraan
Perspektif Majikan, Jurnal Teknologi,
www.sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/view/135/135.

Mustafa, M. Z., Suradin, A., Ibrahim, B., Mastor, S., Salleh, K. M., Madar, A. R., &
Sulaiman, N. L. (2008). Penguasaan Kemahiran Kerja Berpasukan Menerusi
Penyertaan Di Dalam Kokurikulum: Satu Tinjauan Di Universiti Tun Hussien Onn

15
Malaysia. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan. Universiti
Teknologi Malaysia: Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. pp. 10-21.

Kamsah, M.Z. (2004).Developing Generic Skills In Classroom Environment: Engineering


Students Perspective. Center for Teaching and Learning: UniversitiTeknologi
Malaysia

Nik Zaidi Ismail. 2011. Peranan pengetua dalam pengurusan kokurikulum di sebuah sekolah
menengah harian biasa luar bandar daerah Lipis, Pahang. Kertas Projek Sarjana,
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Noor Azina Ismail. (2011). Graduates’ Characteristics And Unemployment : A Study Among
Malaysian Graduates. International Journal of Business and Social Science-Vol. 2
No.16; September 2011.

Norziana Ayob. (2013)Peranan pengetua dalam pengurusan kokurikulum dari perspektif


guru Sekolah Menengah Kebangsaan Zon Keramat. Tesis Sarjana, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nurul Salmi Mohd Dazali, & Mohd Isha Awang, (2014) Tahap kemahiran komunikasi dalam
kalangan pelajar Sarjana Muda Pendidikan IPTA di Utara Semenanjung
Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ),
4 (2). pp. 44-56. ISSN 2180-4842

Quek (2005).Learning For The Workplace: A Case Study In Graduate Employees.Generic 33


Competencies.Journal of Workplace Learning.17.231-242.

Riam Chau Mai. 2012. Developing Soft Skills in Malaysian Polytechnic Students:
Perspectives of Employers and Students. Asian Journal of Management Sciences and
Education. 44–51.

Robins, S.P. & Coultar, M. (2003) Management 8th edition Prentice Hall : Eaglewood Cliffs
New Jersey.

Rohanida Ab. Manaf dan Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002). “Kepentingan.Kokurikulum
Dalam Sistem Pendidikan.” Dalam Mohd. Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof
dan Borhan Yusof (2002) “Kokurikulum Peranan Dan Implikasi.” Kuala Lumpur:
Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Roslan, N. M., & Hamid, M. S. A. (2020). The Effectiveness Of Co-Curricular Activities By


Integrated Living Skills Unit In Enhancing Students'soft Skills. e-BANGI, 17(4), 162-
172.

Seetha, N (2014 Are soft skills important in the workplace? A preliminary investigation in
Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social
Sciences 4(4)44-56. http://dx.doi.org/10.6007/IJARBSS/v4-i4/751

Shamsaadal Sholeh Saad (2004). Konflik Remaja Masa Kini dan Cabaran Menanganinya.
Kertas kerja Seminar

16
Succi, C., & Wieandt, M. (2019). Walk the talk: Soft skills’ assessment of Graduates.
European Journal of Management and Business Economics, 28(2), 114–125.
https://doi.org/10.1108/ejmbe-01-2019-0011

Williams, B., Brown, T., & Onsman, A. (2012). Exploratory factor analysis: A five-step
guide for novices. Australasian Journal of Paramedicine, 8(3)

Wong Y.H. (2010). Service Quality In Higher Education. International Journal of Quality
and Service Sciences, 2(2), 259-272. https://doi.org/10.1108/17566691011057393

Yusof Boon & Salina Sabtu (2011). Kefahaman dan Sikap Guru Terhadap Pelaksanaan Aktiviti
Kokurikulum di Tiga Buah Sekolah Menengah di Daerah Pasir Gudang Johor. Journal of
Educational Management, Volume 2, 65-87 / ISSN: 2231-7341

Zainal Ariffin Zainuddin., Yaakob Daud., & Saiful Azmi Mohd Nor (2016) Pengurusan
Kokurikulum dan Tahap Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah
Menengah Kebangsaan Daerah Kuala Terengganu. International Seminar of
Generating Knowledge Through Research, UUM – UMSIDA

Zainuddin, Z. A., Daud, Y., & Mohd Nor, S. A. (2016). Pengurusan Kokurikulum Dan Tahap
penglibatan pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah menengah Kebangsaan
Daerah Kuala Terengganu. Proceedings of The ICECRS, 1(1).
https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.626

17

Anda mungkin juga menyukai