Anda di halaman 1dari 12

TAHAP PENGETAHUAN DAN SIKAP SISWA GURU MENGGUNAKAN APLIKASI

GOOGLE MEET DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM

Agatha Francis Umbit, PhD


IPG Kampus Batu Lintang
agatumbit2020@gmail.com

Abstrak
Pembelajaran melalui Google Meet merupakan salah satu alternatif pendidikan maya yang aktif pada masa kini.
Justeru, kajian ini ingin mengkaji tahap pengetahuan siswa guru menggunakan Google Meet sebagai alat
pembelajaran semasa melaksanakan aktiviti Unit Beruniform di IPGKBL. Metodologi kajian ini berbentuk
kuantitatif dan soal selidik dihantar kepada responden melalui Google Form. Seramai 129 orang siswa guru
daripada kumpulan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2020 dipilih sebagai responden
dengan menggunakan persampelan bertujuan. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan analisis inferensi.
Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan siswa guru menggunakan aplikasi Google Meet melaksanakan
aktiviti Unit Beruniform berada di tahap yang sederhana (min =3.00 dan sisihan piawai =0.70). Manakala sikap
siswa guru berada di tahap yang sederhana (min =3.11 dan sisihan piawai =0.72). Kepuasan siswa guru pula
berada di tahap yang sederhana (min=3.22 dan sisihan piawai=0.67). Dapatan ujian t menunjukkan tiada
perbezaan tahap pengetahuan siswa guru menggunakan Google Meet berdasarkan jantina. Walaupun dapatan
kajian menunjukkan tahap pengetahuan, sikap dan kepuasan berada pada tahap sederhana, namun Google Meet
masih diterima oleh siswa guru dalam melaksanakan aktiviti Unit Beruniform.

Kata kunci: Unit Beruniform, Google Meet, tahap pengetahuan, kepuasan

PENGENALAN
Di era resolusi 4.0 menyebabkan semua kegiatan manusia tidak terbatas dari penggunaan
internet dan aplikasi Web 2.0, termasuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tidak
terhad lagi. Malah ia telah melangkaui kursus-kursus lain seperti Unit Ko-kurikulum yang
melibatkan Bulan Sabit Merah, Penangkap, Kadet Remaja Sekolah, Pandu Putri dan Bina
Insan Guru (BIG). Malah Unit Ko-kurikulum pun melaksanakan aktiviti bagi semua unit
beruniform dalam norma baharu secara dalam talian. Ini memberikan satu anjakan baru
dalam teknik dan kaedah pedagogi para pensyarah sekaligus telah mentransformasikan
kaedah pembelajaran bagi Unit Beruniform. Terdapat beberapa kajian lepas telah
membuktikan bahawa penggunaan TMK memberi impak dalam pengajaran dan pembelajaran
sama ada positif mahupun negatif. Justeru, pensyarah boleh menggunakan pelbagai aplikasi
Web 2.0 untuk menyampaikan pengajaran dan mengendalikan aktiviti Unit Beruniform
secara dalam talian.

Aplikasi Web 2.0 ini termasuk Google Meet (GM), Zoom, Hangout, Microsoft Teams (MT),
Google Classroom (GC), Skype, Youtube dan sebagainya. Aplikasi ini telah banyak
membantu para pensyarah dan pelajar untuk meneruskan aktiviti pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) secara dalam talian terutama pada norma sekarang. Di antaranya,
Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff et al. (2019) membolehkan pensyarah dan pelajar
berinteraksi di alam maya secara konsisten untuk mencapai matlamat pengajaran dan
pembelajaran. Rangkuti (2019) pula mengatakan penggunaan internet dapat memudahkan
pensyarah dan mahasiswa dalam melaksanakan proses pembelajaran pada bila-bila saja dan
di mana saja tanpa terikat jarak dan waktu melalui aplikasi Google Classroom. Magesvaran
dan Mahamod (2021) menyatakan Google Meet merupakan platform yang menyeronokkan,
fleksibel dan dinamik yang harus diaplikasikan dalam tugas harian, plaform digital yang
dapat digunakan untuk menyampaikan pembelajaran dalam talian dengan berkesan
(Sulistyorini & Nurulita, 2021).
Namun, terdapat juga permasalahan yang sering dihadapi dalam kalangan pelajar dan
pensyarah ialah masalah WiFi, kehabisan data mobile (Nur Alim,et al., 2019); tidak dapat
buka kamera disebabkan kelemahan internet (Salam, 2020); masalah muat naik atau muat
turun sumber dan nota pembelajaran, perbincangan yang agak lambat (Nur Alim et al., 2019;
Salam, 2020). Kajian aplikasi Google Meet bagi mengendalikan Unit Beruniform pula
kurang dilaksanakan. Oleh itu, kajian ini akan berfokus kepada penggunaan Google Meet
sebagai medium untuk melaksanakan aktiviti unit beruniform dalam kalangan pelajar di
IPGKBL.

PERNYATAAN MASALAH
Kajian tentang aplikasi Google Meet (GM) dan aktiviti Unit Beruniform kurang dilaksanakan
kerana kebanyakan kajian membincangkan tentang pengajaran dan pembelajaran
menggunakan pelbagai aplikasi seperti Google Classroom, Microsoft Teams, Schoology,
Zoom dan penggunaan TMK. Google Meet merupakan alat digital yang mula diperkenalkan
dalam tahun 2017 dan mula aktif diaplikasikan apabila mulanya penularan wabak Covid-19.
Penggunaan GM telah banyak membantu para pensyarah di IPG kerana ia mempunyai
kelebihan jika dibandingkan dengan Hangouts terutama dari aspek penyertaan pengguna atau
peserta. GM boleh diintegrasikan secara langsung ke dalam Google Classroom di mana ia
amat membantu para pensyarah dalam menyampaikan PdP yang berkesan (Magesvaran,
2021).

Memandangkan aktiviti Unit Beruniform tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka pada 21
Jun hingga 29 Oktober 2021, maka ianya dijalankan secara dalam talian menggunakan
Google Meet. Penutupan IPG ketika Covid-19 telah menjadi satu cabaran bagi pensyarah
untuk menjalankan aktiviti Unit Beruniform secara dalam talian. Bukan sesuatu yang mudah
untuk menjalankan aktiviti Unit Beruniform secara dalam talian dalam kalangan pensyarah di
unit Ko-kurikulum. Namun, pensyarah tetap melaksanakannya bagi memastikan setiap siswa
guru melengkapi kursus MPU3062 dan tidak gagal dalam kursus yang ditawarkan kepada
mereka. Dengan kata lain, proses PdP perlu dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya
yang melibatkan semua kursus, termasuklah aktiviti Ko-Kurikulum.

Oleh itu, kajian ini ingin mengkaji tahap pengetahuan siswa guru menggunakan Google Meet
sebagai medium pembelajaran semasa melaksanakan aktiviti unit beruniform di IPGKBL. Di
samping itu, kajian ingin meneroka sikap siswa guru menggunakan Google Meet dalam
menjalankan aktiviti unit beruniform.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini mempunyai dua objektif iaitu untuk:

1. Mengkaji tahap pengetahuan IPGKBL terhadap Google Meet sebagai alat


pembelajaran dalam melaksanakan aktiviti unit beruniform.
2. Meneroka sikap IPGKBL terhadap Google Meet sebagai alat pembelajaran dalam
melaksanakan aktiviti unit beruniform.
3. Mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan siswa guru menggunakan Google Meet
semasa mengikuti aktiviti unit beruniform berdasarkan jantina.

KAJIAN LITERATUR
Google Meet sebagai alat sokongan dalam melaksanakan aktiviti Unit Beruniform yang
memberi satu impak bermakna kepada siswa guru dan tenaga pengajar. Aktiviti Unit
Beruniform secara dalam talian ini dapat membantu pensyarah menjimatkan masa,
meningkatkan komunikasi dan interaksi. Selain itu, aktiviti boleh dijalankan pada bila-bila
masa dan di lokasi masing-masing walaupun mempunyai halangan dan cabaran. Menurut
Magesvaran dan Mahamod (2021) Google Meet (GM) merupakan satu platform yang
menyeronokkan kerana boleh mewujudkan komunikasi antara pelajar dan guru, fleksibel
serta dinamik di mana pendidik boleh menyampaikan pengajaran dengan berkesan. GM
mempunyai banyak kelebihan (Juniartini & Rasna, 2020; Magesvaran & Mahamod, 2021)
berbanding aplikasi lain di mana para guru boleh menggunakan ia untuk pembelajaran maya
dan berpeluang untuk menonton rakamannya pada bila-bila masa. Melalui Google Meet,
siswa guru boleh berhubung dengan pensyarah dan rakan-rakan yang lain semasa interaksi
tidak bersemuka, penghantaran tugasan dan mencari sumber dengan cepat dan efisien
(Umbit, 2016). Dengan kata lain, Google Meet merupakan salah satu medium terbaik untuk
meningkatkan rutin kerja pensyarah serta melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan
yang fleksibel kepada siswa guru dan pensyarah.

Di samping itu, aktiviti dalam talian yang dijalankan melalui Google Meet (GM)
membolehkan pensyarah melaksanakan aktiviti dan memberikan tugasan kepada siswa guru
berdasarkan slot-slot aktiviti yang telah ditetapkan. Hal ini kerana GM mempunyai pelbagai
fitur seperti perkongsian skrin yang memudahkan para guru dalam menyampaikan mata
pelajaran (Sulistyorini & Nurulita, 2021) dan ruang chat untuk guru berinteraksi dengan
pelajar. Fitur-fitur dalam GM membolehkan aktiviti dijalankan dengan efektif dan efisien
terutama semasa pembelajaran dalam talian. Oleh itu, tidak mustahil jika aktiviti unit
beruniform boleh dilaksanakan dalam talian melalui GM. Teknik dan kaedah ini merupakan
satu strategi yang baharu dalam pengendalian unit beruniform, namun mempunyai cabaran
serta kekangan yang amat mencabar bagi para siswa guru dan pensyarah. Siswa guru dapat
mengikuti aktiviti dengan baik dan lancar walaupun tidak dapat dilaksanakan secara
bersemuka.

Magesvaran dan Mahamod (2021) melakukan kajian mengenai tahap kesediaan dan
kekangan menggunakan aplikasi Google Meet dengan seramai 181 orang pelajar sekolah
menengah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap kesediaan yang
sederhana untuk mengikuti sesi PdP Bahasa Melayu secara dalam talian. Tambahan mereka
lagi, masih kurang bersedia sepenuhnya untuk belajar secara dalam talian. Mahsum et al.
(2021) menjalankan kajian mengenai persepsi terhadap pembelajaran melalui Google Meet
dengan 100 orang. Kajian mendapati secara puratanya tahap sikap adalah sederhana. Ini
menunjukkan bahawa Google Meet sesuai digunakan dalam aktiviti pembelajaran dan masih
diterima dalam kalangan pelajar. Aplikasi ini membolehkan pelajar menghadiri kelas yang
telah dijadualkan dengan mudah pada bila-bila masa dan tempat. Prisuna (2021) pula
menyatakan bahawa kegiatan pembelajaran mahasiswa yang menggunakan aplikasi Google
Meet adalah baik walaupun terdapat beberapa kekangan seperti jaringan tidak stabil dan
kuota internet yang terbatas semasa kuliah sedang berlangsung. Ini bermakna mahasiswa
masih berminat menggunakan GM walau menghadapi masalah dan cabaran.

Kajian yang dibuat oleh Muniandi (2020) mengenai keberkesanan penggunaan Google Meet,
Zoom, Cisco Webex dan BlueJeans. Hasil 200 orang di Politeknik Ungku Omar
menunjukkan bahawa seramai 63% (127) berpuas hati menggunakan Google Meet sebagai
alat pembelajaran dalam talian berbanding menggunakan Cisco dan BlueJeans.
Melaksanakan Zoom dan Google Meet sebagai alat aktiviti pembelajaran dalam talian akan
meningkatkan tahap interaktiviti, yang membantu menjadi aktif dalam kelas dalam talian
(Juniartini & Rasna, 2020) dan mempunyai pembelajaran kolaboratif (Munaidi, 2020). Ini
bermakna pelajar berpuas hati dengan GM sebagai alat melaksanakan aktiviti dalam talian.
Namun, Juniartini dan Rasna (2020) mendapati penggunaan aplikasi Google Meet di SMAN
2 Mengwi banyak mempengaruhi proses pembelajaran guru dan murid. Menurut Juniartini
dan Rasna (2020) murid merasakan bahawa proses aktiviti pembelajaran secara bersemuka
atau dalam dianggap lebih baik dan penyampaian bahan yang disediakan oleh guru adalah
lebih cepat untuk difahami. Ini disokong oleh Ayu et al. (2021) yang menyatakan bahawa
Google Meet memerlukan kestabilan rangkaian Internet bagi memudahkan murid
melaksanaan aktiviti pembelajaran.

METODOLOGI

REKA BENTUK KAJIAN


Kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan sikap siswa guru di IPGKBL
terhadap penggunaan Google Meet sebagai alat pembelajaran dalam menjalankan aktiviti
Unit Beruniform bagi program PISMP Jun 2020. Kajian ini menggunakan reka bentuk
tinjauan deskriptif yang berbentuk soal selidik bagi memberi gambaran tentang tahap
pengetahuan serta sikap siswa guru terhadap pelaksanaan aktiviti Unit Beruniform
menggunakan Google Meet. Analisis kuantitatif menggunakan perisian SPSS versi 21.0 bagi
memproses dan menganalisis data. Data yang dianalisis telah dibentangkan dalam bentuk
peratus, min dan sisihan piawai. Nilai pekali kebolehpercayaan ‘Cronbach Alpha’ yang
diperolehi bagi sampel ini (N-129) ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1
Nilai pekali kebolehpercayaan ‘Cronbach Alpha’ bagi instrumen kajian

Nilai
No Bilangan
Item Min SP Cronbach
Item Item
Alpha
1 Pengetahuan 9 3.00 .31 .660
2 Sikap 9 3.11 .42 .579
3 Kepuasan 3 3.30 .56 .603

PERSAMPELAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan dalam kalangan 129 orang pelajar semester 4 Tahun 2 Ambilan Jun
2020 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Rasional pemilihan pelajar sebagai
responden kajian kerana mereka terlibat secara langsung dalam Unit Beruniform secara
dalam talian semasa Pandemik Covid-19. Selain itu, mereka juga pernah didedahkan dengan
beberapa aplikasi dalam talian melalui kursus EDUP3053.

INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang digunakan berbentuk soal selidik yang diubahsuai daripada Nawi dan
Hamidaton (2020). Item-item soal selidik dalam kajian ini direka menggunakan Google
Form dan dihantar dalam talian serta disesuaikan dengan konteks untuk menilai tahap
pengetahuan serta sikap terhadap Google Meet. Soal Selidik ini mengandungi 27 item yang
terbahagi kepada empat bahagian iaitu Bahagian A mengandungi 8 pernyataan bagi
mendapatkan maklumat mengenai latar belakang responden iaitu jantina, umur, bangsa,
program pengajian, lokasi mengakses, kelajuan internet, jenis unit beruniform dan bilangan
jam unit beruniform. Bahagian B terdiri daripada 9 pernyataan yang bertujuan untuk
mengetahui tahap pengetahuan dalam penggunaan aplikasi Google Meet. Bahagian C terdiri
daripada 9 pernyataan yang menguji sikap menggunakan Google Meet. Manakala Bahagian
D pula mempunyai 3 item yang menguji kepuasan menggunakan Google Meet. Dalam
bahagian B, C dan D, responden dikehendaki menjawab soalan-soalan berdasarkan skala
Likert iaitu 4 - sangat setuju (SS), 3- setuju (S), 2- tidak setuju (TS) dan 1- sangat tidak setuju
(STS).

ANALISIS DATA
Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Social Science
(SPSS) versi 21 dengan menggunakan statistik deskriptif, iaitu dalam bentuk min dan sisihan
piawai. Ia berupaya memberi maklumat secara langsung dan mudah (Pallant 2010). Skala
Interpretasi Skor Min adalah seperti dijadual di bawah:

Jadual 2
Skala Interpretasi Min

Nilai Min Tahap Interpretasi Min


0.00-1.66 Tahap Rendah
1.67-3.33 Tahap Sederhana
3.34-5.00 Tahap Tinggi

Sumber: Pallant (2010)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Maklumat Demografi Siswa guru

Sampel kajian terdiri daripada 129 orang siswa guru yang berstatus Bandar dan luar Bandar
di mana 26 (20.2%) responden adalah siswa guru lelaki dan 103 (79.8%) responden adalah
siswa guru perempuan. Dari segi umur pula, seramai 105 orang responden atau 81.4%
berumur 21 tahun dan 17 orang atau 13.2% berumur 22 tahun. Manakala seramai 4 orang
siswa guru berumur 20 tahun atau 3.1% dan 4 orang siswa guru berumur 23 tahun (3.1%).
Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa responden yang berumur 21 tahun merupakan
bilangan siswa guru yang paling ramai yang terlibat dalam kajian ini.

Kekerapan kaum pula menunjukkan kaum Melayu lebih tinggi peratusnya 35.7% (46) diikuti
dengan kaum Iban 25.6% (33), kaum Cina 20.9% (27), kaum Bidayuh 3.9% (5) dan kaum
yang dikategorikan sebagai lain-lain seramai 15.5% (20) seperti yang ditunjukkan pada
Jadual 3. Bagi program pengajian yang terlibat, seramai 83 orang responden atau 64.3%
mewakili pelajar dari kumpulan Bahasa Melayu, seramai 29 orang atau 22.5% mewakili
pelajar dari kumpulan Bahasa Inggeris, manakala seramai 17 orang responden atau 13.2%
mewakili pelajar dari kumpulan Pendidikan Islam. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
lebih ramai responden dalam kumpulan Bahasa Melayu terlibat dalam kajian ini berbanding
dengan program PISMP seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3
Maklumat Demografi Pelajar
Pemboleh ubah Frekuensi Peratus (%)
(f)
Jantina
Lelaki 26 20.2
Perempuan 103 79.8

Umur
20 tahun 4 3.1
21 tahun 105 81.4
22 tahun 17 13.2
23 tahun 4 3.1

Bangsa
Melayu 46 35.7
Cina 27 20.9
Iban 33 25.6
Bidayuh 5 3.9
Lain-lain 20 15.5

Program Pengajian
BM PISMP Jun 2020 83 64.3
Pendidikan Islam PISMP Jun 2020 17 13.2
BI PISMP Jun 2020 29 22.5

Jadual 4 menunjukkan kekerapan penggunaan GM dalam aktiviti unit beruniform. Didapati


sebanyak seramai 83 (64.3%) orang siswa guru menyatakan bahawa pelaksanaan aktiviti unit
beruniform kurang dari 2 jam, seramai 28 (21.7%) orang siswa guru menyatakan bahawa
pelaksanaan aktiviti unit beruniform lebih dari 4 jam, 13 (10.1%) orang siswa guru
menyatakan bahawa pelaksanaan aktiviti unit beruniform dalam 2 hari manakala yang
selebihnya seramai 5 (3.9%) orang siswa guru menyatakan bahawa pelaksanaan aktiviti unit
beruniform dalam 1 hari. Ini menunjukkan bahawa penggunaan GM adalah berdasarkan
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

Berdasarkan Jadual 4, didapati seramai 37 (28.7%) orang siswa guru menyertai Kadet
Remaja Sekolah, 36 (27.9%) orang siswa guru menyertai Bulan Sabit Merah, 34 (26.4%)
orang siswa guru menyertai Penangkap manakala yang selebihnya seramai 22 (17%) orang
siswa guru menyertai Pandu Putri. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa lebih ramai siswa
guru terlibat dan menyertai Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah dan diikuti Unit
Beruniform Bulan Sabit Merah.

Jadual 4
Penggunaan Google Meet oleh Unit Beruniform

Pemboleh ubah Frekuensi Peratus (%)


(f)
Kekerapan Menggunakan GM
Kurang dari 2 Jam 83 64.3
Lebih dari 4 Jam 28 21.7
1 hari 5 3.9
2 hari 13 10.1

Jenis Unit Uniform


Kadet Remaja Sekolah 37 28.7
Bulan Sabit Merah 36 27.9
Penangkap 34 26.4
Pandu Putri 22 17

Lokasi Mengakses Internet


Bandar 111 86
Luar Bandar 18 14

Kelajuan Internet
Kuat 18 14
Sederhana 92 71.3
Lemah 19 14.7

Jadual 4 menunjukkan dapatan lokasi siswa guru mengakses GM. Didapati bahawa seramai
111 (86%) orang siswa guru mengakses GM di bandar manakala yang selebihnya seramai 18
(14%) orang siswa guru mengakses GM di luar bandar. Ini menunjukkan bahawa siswa guru
tidak mempunyai masalah untuk mengakses GM kerana ramai yang berada di IPGKBL
semasa aktiviti Unit Beruniform dilaksanakan.

Didapati bahawa seramai 92 (71.3%) orang siswa guru mempunyai kelajuan internet yang
sederhana, 18 (14%) orang siswa guru mempunyai kelajuan yang kuat manakala yang
selebihnya seramai 19 (14.7%) orang siswa guru memiliki kelajuan internet yang lemah
seperti yang ditunjukkan pada Jadual 4. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ramai siswa
guru mempunyai kekuatan internet yang baik kerana ramai yang berada di IPGKBL.

Tahap Pengetahuan Siswa Guru terhadap Google Meet

Jadual 5
Nilai Min untuk Tahap pengetahuan Siswa guru terhadap Google Meet (N=129)

No. Item Min SD


1. Saya mempunyai kemahiran tentang penggunaan Google
3.50 .55
Meet.
2. Saya selalu menghadapi halangan semasa menggunakan
Google Meet kerana kurang pengetahuan 1.89 .82
menggunakannya.
3. Saya sedar bahawa Google Meet diaplikasikan di IPGKBL. 3.84 .37
4. Saya sedar bahawa Google Meet mempunyai banyak
3.64 .53
kelebihan.
5. Saya tahu bahawa saya akan ketinggalan sekiranya tidak
3.50 .69
menggunakan Google Meet.
6. Saya sedar bahawa saya perlu menggunakan Google Meet
3.05 .90
untuk melaksanakan unit beruniform Unit Beruniform.
7. Saya tidak boleh menggunakan Google Meet dengan
1.83 .78
berkesan.
8. Saya tahu menggunakan semua kemudahan yang terdapat
dalam Google Meet untuk tujuan unit beruniform Unit 3.03 .75
Beruniform.
9. Saya mempunyai masa yang mencukupi untuk
2.75 .89
melaksanakan Unit Beruniform dalam talian.
Min Keseluruhan 3.00 0.70

Berdasarkan Jadual 5, semua skor di atas sederhana dan item Saya sedar bahawa Google
Meet diaplikasikan di IPGKBL merupakan item dengan min tertinggi iaitu 3.84. Responden
sedar bahawa aplikasi Google Meet digunakan di IPGKBL Seterusnya, skor min kedua
tertinggi ialah 3.64 iaitu item Google Meet mempunyai banyak kelebihan. Responden sedar
dan tahu bahawa Gogle Meet mempunyai kelebihannya tersendiri. Seterusnya, nilai min
paling rendah iaitu 2.75 ialah item Saya mempunyai masa yang mencukupi untuk
melaksanakan Unit Beruniform dalam talian. Namun, item 2 dan item 7 menunjukkan
bahawa responden mempunyai pengetahuan menggunakan Google Meet dengan berkesan.
Dapatan ini sejajar dengan kajian Magesvaran dan Mahamod (2021) bahawa tahap
pengetahuan berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan responden boleh mengatasi
masalah jika mempunyai halangan ketika menggunakan Google Meet walau menghadapi
kekangan. Ini bermakna Google Meet sebagai alat sokongan yang dapat membantu responden
dalam melaksanakan aktiviti Unit Beruniform.

Tahap sikap Siswa Guru terhadap Google Meet

Jadual 6
Nilai Min untuk Sikap Siswa guru terhadap Google Meet (N=129)

No. Item Min SD


10. Saya bersedia untuk menggunakan Google Meet pada bila-
3.27 .78
bila masa.
11. Saya sentiasa mempelajari cara menggunakan Google
3.43 .58
Meet.
12. Saya bersedia untuk menghadapi cabaran dalam
3.33 .64
penggunaan Google Meet.
13. Saya jarang memberi galakan kepada rakan-rakan supaya
1.95 .84
menggunakan Google Meet.
14. Saya menganggap bahawa Google Meet adalah platform
3.28 .75
pembelajaran pilihan saya.
15. Saya menggunakan Google Meet bagi semua kursus di
3.62 .52
IPGKBL.
16. Saya menggunakan Google Meet untuk berkomunikasi
2.95 .90
dengan rakan-rakan sekuliah.
17. Saya menggunakan Google Meet untuk berkomunikasi
3.19 .74
dengan pensyarah.
18. Saya sentiasa berinteraksi dengan aktif semasa
2.95 .69
menggunakan Google Meet
Min Keseluruhan 3.11 0.72
Jadual 6 menunjukkan semua skor berada di atas tahap sederhana. Item Saya menggunakan
Google Meet bagi semua kursus di IPKBL mencatat min tertinggi iaitu 3.62. Responden
sangat setuju menggunakan Google Meet bagi semua kursus yang ditawarkan di IPGKBL.
Item tersebut juga disokong oleh item 11 Saya sentiasa mempelajari cara menggunakan
Google Meet (Min=3.43), item 12 Saya bersedia untuk menghadapi cabaran dalam
penggunaan Google Meet (Min=3.33) dan item 10 Saya bersedia untuk menggunakan Google
Meet pada bila-bila masa (Min=3.27). Ini menunjukkan responden setuju berasa selesa
menggunakan Google Meet sebagai platform pembelajaran Unit Beruniform mereka. Namun,
item 16 Saya menggunakan Google Meet untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan sekuliah
dan item 18 Saya sentiasa berinteraksi dengan aktif semasa menggunakan Google Meet
(Min=2.95). Dapatan ini sejajar dengan kajian Mahsum et al. (2021) bahawa tahap sikap
berada tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa responden masih suka dengan Google
Meet dan sentiasa memberi galakan kepada rakan-rakan agar menggunakan Google Meet.

Tahap Kepuasan Siswa Guru terhadap Google Meet

Jadual 7
Nilai min untuk Tahap kepuasan siswa guru terhadap Google Meet (N=129)

No. Item Min SD


Saya berpuas hati menggunakan Google Meet sebagai
19. 3.26 .63
medium pembelajaran
Saya selesa menggunakan Google Meet untuk bertanya
20. 3.11 .72
soalan jika ada bahan yang tidak difahami.
Saya berpuas hati menggunakan Google Meet kerana
21. 3.29 .65
medium ini adalah mesra pengguna.
Min Keseluruhan 3.22 0.67

Berdasarkan Jadual 7, semua skor berada pada tahap sederhana. Nilai min tertinggi 3.29 ialah
keseluruhannya saya berpuas hati dengan Google Meet. Responden setuju dan berpuas hati
dengan fitur-fitur yang disediakan di dalam Google Meet yang mesra pengguna sebagai
medium melaksanakan aktiviti unit beruniform. Nilai min yang terendah ialah Google Meet
selesa digunakan untuk bertanya soalan jika ada bahan yang tidak difahami iaitu 3.11. Ini
menunjukkan responden berasa selesa menggunakan Google Meet ketika mempunyai sumber
atau bahan yang tidak difahami. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian Muniandi (2020),
namun tidak disokong oleh kajian Ayu et al. (2021) serta Juniartini dan Rasna (2020) yang
mendapati ada pelajar yang kurang berpuas hati dengan Google Meet. Ini adalah kerana
cabaran dan kekangan yang dihadapi seperti jaring internet yang lemah, lokasi kurang
memuaskan, kehabisan data internet dan sebagainya.

Perbezaan Tahap Pengetahuan Google Meet Berdasarkan Jantina


Melalui kajian yang dijalankan, objektif kajian iaitu mengenal pasti perbezaan tahap
pengetahuan siswa guru menggunakan Google Meet semasa mengikuti aktiviti unit
beruniform di IPGKBL berdasarkan jantina. Justeru itu, dapatan kajian ditunjukkan di dalam
jadual 8 seperti berikut:

Jadual 8
Ujian-t tahap pengetahuan Google Meet dalam kalangan pelajar berdasarkan jantina
Sisihan Sig. (2-
Jantina N Min F Nilai-t df
Piawai hujung)
Lelaki 26 2.86 0.28 .207 -2.778 127 .006
Perempuan 103 3.04 0.30
*Signifikan pada tahap p<0.05

Jadual 8 menunjukkan dapatan kajian hasil analisis menggunakan ujian-t bagi menjawab
objektif 3. Dari aspek tahap pengetahuan Google Meet dalam kalangan pelajar, dapatan
kajian menunjukkan nilai Min = 2.86, S.P = 0.28 untuk lelaki, manakala Min = 3.04, S.P =
0.30 untuk perempuan. Dapatan kajian ini menunjukkan skor min perempuan adalah lebih
tinggi daripada lelaki. Manakala nilai ujian-t antara jantina ialah = -2.778 dan tahap nilai
signifikan p = 0.006. Tahap signifikan pula lebih kecil daripada 0.05 (p<0.05). Justeru,
objektif 3 diterima. Justeru, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap
pengetahuan GM lelaki dan perempuan. Dapatan kajian ini sejajar dengan dapatan kajian
yang dijalankan oleh Ahmad Hambali (2015). Namun dapatan kajian ini berbeza dengan
dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Wan Mohammad et al. (2012) yang mendapati
terdapat perbezaan tahap kemahiran dan pengetahuan TMK berdasarkan jantina dalam
kalangan guru-guru di negeri Kelantan.

KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa pengetahuan dan sikap siswa guru
menggunakan aplikasi Google Meet dalam melaksanakan aktiviti unit beruniform berada
pada tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa Google Meet mempunyai fitur-fitur yang
boleh membantu siswa guru dalam mengendalikan aktiviti unit Beruniform dengan lancar
walaupun dilaksanakan secara dalam talian. Dengan kata lain, Google Meet boleh digunakan
untuk menggantikan pembelajaran bersemuka. Di samping itu juga, pihak pengurusan perlu
mengambilkira lokasi WiFi dan memperbanyakkan tempat agar siswa guru boleh mengakses
internet di mana-mana saja tanpa mengira tempat dan masa.

RUJUKAN
Ahmad Hambali, M. D. (2015). Tahap kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) guru Pendidikan Islam MRSM : Satu tinjauan. https://www.academia.edu.

Aswir, Hadi, M. S. & Dewi, F. R. (2021). Google Meet application as an online learning
media for descriptive text material. Jurnal Studi Guru dan Pembelajaran, 4(1), 189-
194. https://doi.org/10.30605/jsgp.4.1.2021.533.

Ayu, I. T., Sitohang, S., Butarbutar, S. R. & Sinaga, Y. T. C. (2021). Penggunaan aplikasi
Google Meet pada pelajaran IPA materi perubahan wujud benda
Kelas IV SD Negeri 091597 Tegal Sari. Prosiding Seminar Nasional, 1(1), 1-11.

Juniartini, N.M.E. & Rasna, I.W. (2020). Pemanfaatan aplikasi Google Meet dalam
keterampilan menyimak dan berbicara untuk pembelajaran bahasa pada masa
pandemik COVID-19. Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran Bahasa Indonesia, 9(2),
133-141.
Magesvaran, U., & Mahamod, Z. (2021). Aplikasi Google Meet sebagai medium
pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian di kalangan pelajar sekolah
menengah. International Conference on Business Studies and Education (ICBE).

Magesvaran, U., & Mahamod, Z. (2021). Tahap kesediaan dan kekangan yang dihadapi
pelajar sekolah menengah dalam pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian
menggunakan aplikasi Google Meet. PENDETA, 13(1), 10-21.
https://doi.org/10.37134/pendeta

Mahsum, E. S., Ngadiman, D. W. T. & Mustakim, R. (2021). Persepsi pelajar terhadap


pembelajaran melalui Google Meet. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi dan Sains Sosial,
7(3), 1-7.

Muniandi, M. (2020). The effectiveness of Google Meets, Blue Jeans, Cisco Webex and
Zoom: The students’ perception on the distance learning support tools. Jurnal
Kejuruteraan, Teknologi dan Sains Sosial, 3(1), 1-9.

Nawi, A. & Hamidaton, U. (2020). Penerimaan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM) terhadap penggunaan Google Meet sebagai platform pembelajaran: Satu
tinjauan. 3rd International Seminar on Islam and Science 2020 (SAIS 2020).

Nur Alim, Linda, W., Gunawan, F. & Md Saad, M. S. (2019). The effectiveness of Google
Classroom as an instructional media: A case of State Islamic Institute of Kendari,
Indonesia. Humanities & Social Sciences 7(2), 240-246
https://doi.org/10.18510/hssr.2019.7227

Pallant, J. (2010). SPSS Survival Manual: A step by step guide to data analysis using SPSS
for Windows (Version 10). Buckingham Open University Press.

Prisuna, B. F. (2021). Pengaruh penggunaan aplikasi Google Meet terhadap hasil belajar.
Jurnal Penelitian Ilmu Pendidikan, 14 (2), 137-147.

Rangkuti, R. U. (2019). Penggunaan aplikasi Google Classroom sebagai media pembelajaran


berbasis blended learning pada mahasiswa teknologi pendidikan program
pascasarjana Universitas Negeri Medan (UNIMED). Prosiding Seminar Nasional
Fakultas Ilmu Sosial Universitas Negeri Medan, 888 – 893.

Saad, Z., Subramaniam, B., Muthiah, M., Yaakub, A. M., Chin, S. F. & Kandasamy, O.
(2020). Kesediaan penggunaan google meet sebagai platform pengajaran dan
pembelajaran dalam talian bagi siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Abdul Halim. Proceedings of International Conference on The Future of
Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun Campus,
Penang, Malaysia, 17-18 November 2020.

Salam, U. (2020). The Students’ Use of Google Classroom in Learning English. Jurnal
Pendidikan Indonesia (JPI), 9(4), 628-638. DOI: 10.23887/jpi-undiksha.v9i4.27163

Sulistyorini, S. & Nurulita, A. (2021). Penggunaan kelas online dengan Google Meet dan
Zoom Meeting. https://www.researchgate.net/publication/350513027
Umbit, A. F. (2016). Penerimaan, jangkaan dan pengalaman: pengaruhnya terhadap kepuasan
e-pembelajaran dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru di Sarawak. [Tesis
Tidak diterbitkan]. Universiti Malaysia Sabah.

Wan Mohamad, W. I., Awang Lah, H., Jusoh, Z. & Ibrahim, Z. (2012). Tahap Keperluan
Pengetahuan dan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) di
Kalangan Guru-Guru di Beberapa Buah Sekolah di Jajahan Kota Bharu Kelantan.
http://ipislam.edu.my/edu3105/artikel

Anda mungkin juga menyukai