Anda di halaman 1dari 114

1

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN BAGI ASAS SAINS KOMPUTER PERINGKAT


PENDIDIKAN MENENGAH DI ERA PANDEMIK COVID-19.

A SYADAT BIN SJAFAR1 & MUHAMMAD HELMI NORMAN2

SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah1


Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi, Malaysia2

cnuar2000@gmail.com

ABSTRAK

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diaplikasikan sebagai alat bantu mengajar didalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di Malaysia di semua peringkat pendidikan. Kaedah PdP di sekolah juga mengalami
perubahan apabila pembelajaran dalam talian dengan penggunaan sepenuhnya teknologi digital menjadikan PdP
lebih meluas. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan PdP secara dalam talian semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan Covid-19. Guru membimbing pelajar ketika
pembelajaran dalam talian dengan lebih efektif agar dapat membantu pelajar berfikir seiring dengan kandungan
PAK21. Kajian ini mengkaji persepsi pelajar yang mengambil mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) serta
perbandigan pengajaran dalam talian dan pengajaran bersemuka dari peningkatan pengetahuan, kemahiran
teknologi dan kecekapan sosial. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan menggunakan data
kuantitatif, instrumen soal selidik dan pemilihan sampel rawak mudah. Statistik deskriptif dan statistik inferensi
digunakan untuk menganalisa data frekuansi, peratus dan skor min. Kajian mendapati keseronokan pembelajaran
dalam talian pada tahap pertengahan. Akses ke bahan dalam talian merupakan kekuatan pembelajaran dalam talian
kerana mudah dan cepat untuk mendapatkan bahan pembelajaran.

Kata kunci : Pembelajaran dalam talian, Asas Sains Komputer, Pendemik Covid-19.

ABSTRACT

Information and Communication technologies (ICT ) had been applied as teaching aids in Malaysia through out
all levels. Teaching methods in schools had changed with the advent of on-line learning with the better use of digital
technology. The Ministry of Education( MOE) had issued a policy to utilize the online learning enviroment through
out the pandemic era of Covid -19 . Teachers had guide their students more effectively online as they venture with
21st century learning. This research is meant study students’ perception about online learning and its comparison
with face to face learning in terms of knowledge increment, technology savvy and social quotient. The researcher
used survey study design utilizing quantitative data, survey instruments and simple random sampling. Descriptive
statistic and inferential statistic are used to analyze data frequency , percentages and min scores. The study had
found that online learning is fun and interactive to students .Access to materials online is in fact the strength of
learning which is easier and faster to obtained.

Keywords: Online learning, basic computer science, Covid-19 Pandemic.

1
2

PENGENALAN
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha
meningkatkan kualiti pendidikan negara setaraf dengan pendidikan negara luar seperti
negara Finland dan Jepun. Untuk mempercepatkan usaha tersebut, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (KPM, 2013) telah digubal agar agenda menuju
pendidikan negara bertaraf dunia dapat dicapai. PPPM merupakan salah satu usaha
transformasi pendidikan untuk melengkapkan setiap murid dengan kemahiran baharu
yang diperlukan untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21. Proses
pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar
setiap murid berpotensi, berketerampilan, berperibadi mulia, berfikiran kreatif dan kritis
serta berkemahiran tinggi demi pembangunan negara (KPM, 2013).

Perkembangan transformasi digital dalam semua bidang utama di Malaysia telah


mempercepatkan perubahan bidang pendidikan agar selari dengan keperluan semasa. Ia
seiring dengan perkembangan Era Revolusi ke-4 yang telah mencetuskan lagi anjakan
paradigma baru dunia pendidikan (Adlina et al, 2020). Teknologi Maklumat dan
komunikasi (TMK) telah lama berkembang (Sandy et al, 2017; Nik. & Khalid, 2019)
mempengaruhi kehidupan manusia, juga dalam bidang pendidikan. TMK diaplikasikan
sebagai alat bantu mengajar didalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Malaysia di
semua peringkat pendidikan dari pendidikan awal, peringkat persekolahan sehingga ke
peringkat universiti (Adlina et al, 2020). Kaedah PdP disekolah juga mengalami
perubahan akibat perkembangan teknologi. Pembelajaran dalam talian dengan
penggunaan sepenuhnya teknologi digital menjadikan PdP lebih terbuka dan meluas (Nik
& Khalid, 2019). Kerajaan telah menyokong pembelajaran dalam talian dengan
menyediakan keperluan-keperluan asas teknologi yang berkaitan agar pelajar dapat
menggunakan teknologi bagi mengikuti PdP secara aktif dan berkesan.

Pada awal tahun 2020, penularan sejenis virus baharu jenis Korona yang bermula di
negara China telah merebak keseluruh dunia dengan cepat menyebabkan wabak Covid-
19. Pada bulan mac, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan situasi
pandemik Covid-19 apabila virus tersebut telah merebak ke 114 buah negara di seluruh
dunia (WHO, 2020). Pendemik ini menyebabkan ancaman kepada semua sektor di
Malaysia terutama kepada tahap kesihatan penduduk serta boleh melumpuhkan
sisoekonomi negara sekiranya berlaku penularan yang tidak terkawal. Akibat dari
ancaman besar kepada seluruh negara, maka kerajaan telah mengistiharkan perlaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara berkuat kuasa 18 hingga 31 Mac
di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid- 19 (MKM, 2020).

Semasa perlaksaan PKP, semua rakyat diseru agar sentiasa berada dirumah, menjaga
jarak sosial ketika berada di luar rumah serta sentiasa mengutamakan penjagaan
kebersihan diri dengan sentiasa menggunakan cecair pembasmi kuman serta membasuh
tangan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2020), menjangkakan penularan wabak
Covid-19 akan mengambil masa yang lama diantara satu hinggan dua tahun untuk
mengekang penularan wabak. Dalam tempoh PKP semua aktiviti pembelajaran secara
bersemuka di batalkan kerana universiti, sekolah dan tempat keagamaan telah diarahkan
ditutup. Ia bertujuan mengekang penularan virus Covid-19 dan memutuskan rantaian
jangkitan Covid-19 dalam negara (MKM, 2020).

2
3

KPM telah menyiarkan Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP)
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Disebabkan Penularan Jangkitan Covid-19
dengan mengarahkan semua guru untuk bekerja dari rumah supaya akses PdP dapat
diteruskan dalam tempoh PdP. PdP dilaksanankan menggunakan pelantar pembelajaran
yang disediakan oleh KPM iaitu MOE-DL atau pelantar pembelajaran lain yang
disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Derah (PPD) dan
sekolah. Guru digalakkan menggunakan kaedah perbelajaran berbentuk teknologi iaitu
pembelajaran dalam talian.

Pembelajaran dalam talian merupakan sebahagian daripada komponen e-pembelajaran


serta selari dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) (Rosninawati, 2021). Guru-guru
perlu membimbing pelajar ketika pembelajaran dalam talian agar dapat berkongsi ilmu
dengan lebih efektif agar dapat membantu pelajar lebih komunikatif, kolaboratif, kreatif
dan kritis berfikir seiring dengan kandungan PAK21. Guru memerlukan masa yang
banyak dalam merancang pelajaran yang bersungguh-sungguh agar dapat menghasilkan
bahan yang baik (Yogeswary & Helmi. 2020) seterusnya dapat mendorong pelajar
menggunakan pembelajaran dalam talian dan meningkatkan pencapaian.

Peranan guru semasa pembelajaran dalam talian berubah sebagai fasilitator yang
membantu pelajarnya untuk mendapatkan ilmu dan bukan fokus memberi ilmu kerana
maklumat di hujung jari. Kesediaan guru melaksanakan pembelajaran dalam talian
dengan bahan penggunaan modul tertentu serta alat teknologi seperti Google Classroom
atau google Meet (Siti & Nurfaradilla, 2020) dapat melancarkan proses PdP dengan
pelajar. Kaedah pembelajaran dalam talian membolehkan pelajar mudah mendapat ilmu
dari pelbagai sumber dan kemudian dipersembahkan dalam bentuk tugasan. Kreativiti
bahan dalam pembelajaran dalam talian menjadikan PdP lebih menyeronokan
merupakan ramuan kepada pelajar dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran belajar
dan hubungan sosial.

1.1 PERNYATAAN MASALAH


Pelajar mengambil bahagian secara aktif semasa pembelajaran dalam talian berlangsung
secara masa sebenar yang fleksibal serta boleh berada dari mana-mana tempat di pelbagai
platform. Ia merupakan cara pembelajaran yang diakui berkesan dalam meningkatkan
kualiti PdP seterusnya memberi impak kepada pelajar dalam meningkatkan motivasi,
kepuasan belajar dan interaksi pelajar (Bignoux & Sund, 2018). Selain itu pembelajaran
dalam talian memberi kelonggaran kepada pelajar menentukan tahap pembelajaran
mengikut kemampuan belajar denga lebih pantas sesuai dengan sikap ingin tahu dan
keinginan menoroka benda baru pelajar. Pelajar diberikan kawalan yang banyak dalam
melaksanakan pembelajaran dalam talian dengan pemantauan yang berterusan oleh guru
agar proses PdP lebih bermanfaat.

Perancangan yang teliti serta sumber yang pelbagai dapat menjadikan pembelajaran
dalam talian yang berkesan agar kandungannya memenuhi keperluan pengetahuan
pelajar. Setiap halangan yang dihadapi oleh pelajar dapat diminimumkan agar objektif
pembelajaran dalam talian tercapai. Semasa pandemik Covid-19, pelajar perlu mengikuti
pembelajaran dalam talian kerana ianya pilihan yang terbaik disediakan oleh KPM dan
secara langsung telah mengubah cara pembelajaran sedia ada iaitu pembelajaran
bersemuka. Perubahan secara tiba-tiba telah menghasilkan pengalaman pembelajaran
yang sama sekali berbeza bagi pelajar dari pembelajaran bersemuka kepada
3
4

pembelajaran dalam talian (Muhammad & Kainat, 2020).

Berdasarkan keadaan ini, kajian ini mengkaji persepsi pelajar tingkatan satu, dua dan tiga
yang mengambil mata pelajaran ASK mengenai pembelajaran dalam talian semasa
pendemik Covid-19. Aspek utama kajian ialah mengetahui kekuatan dan kekurangan
pembelajaran dalam talian. Selain itu, kajian ini juga mengkaji perbandigan pengajaran
dalam talian dan pengajaran bersemuka dari segi peningkatan pengetahuan, kemahiran
teknologi dan kecekapan sosial.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini mengandungi empat objektif iaitu:
1) Mengenalpasti kekuatan dan kekurangan pembelajaran dalam talian yang pelajar
perolehi.
2) Perbandingan pembelajaran dalam talian dan pembelajaran bersemuka dari segi
peningkatan pengetahuan, kemahiran teknologi dan kecekapan sosial.
3) Perbandingan pembelajaran dalam talian dan pembelajaran bersemuka dari segi
perlasanaan aktiviti.
4) Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pembelajaran dalam talian.

1.3 TINJAUAN LITERATUR


Pembelajaran dalam talian merupakan pengaplikasian teknologi yang sudah berkembang
seiring dengan perkembangan teknologi di seluruh dunia. Ia memberikan satu anjakan
baru dalam teknik dan kaedah pedagogi guru dalam melaksanakan PdP kepada murid.
Penyelidikan berkaitan pembelajaran dalam talian sudah banyak dilakukan oleh
penyelidik luar negara (Baczek et al. 2021; Adedoyin & Soykan, 2020; Bignoux & Sund,
2018) begitu juga dengan penyelidik dalam negara (Adlina et al, 2020; Siti &
Nurfaradilla, 2020; Yogeswary & Helmi, 2020) fokus kepada guru yang menghasilkan
atau menyediakan bahan PdP dan pelajar sebagai bahan pembelajaran dalam talian.

Keadaan pendemik Covid-19 telah menghadkan pergerakan manusia menjadikan situasi


ini menjadi pilihan yang sangat sesuai dalam menggunakan pembelajaran dalam talian
untuk proses PdP. Penggunaan pembelajaran dalam talian di Malaysian meliputi setiap
peringkat umur pengguna seperti awal persekolahan (Hisma & Wan, 2021), sekolah
rendah (Nik & Khalid, 2019), sekolah menengah, pendidikan tinggi (Rofizah, 2020 ;
Wan et al, 2019) dan pembelajaran terbuka. Kesesuaian penggunaan pembelajaran dalam
talian telah merentasi semua peringkat umur dimana dengan panduan dan sokongan
pengajar akan memudahkan pelajar memahami kandungan pengajaran mereka.

Pembelajaran dalam talian menekankan kepada guru menyediakan bahan yang sesuai
untuk proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Wan et al. (2019) Guru boleh
mendapatkan sumber pelajaran daripada sumber-sumber sedia ada dalam dunia digital
yang telah dihasilkan oleh guru-guru berpengalaman atau sumber bebas yang sesuai.
Sumber yang berkualiti dan sesuai dengan kandungan pelajaran akan menyokong proses
pembelajaran pelajar kerana ia lebih berpusatkan kepada pelajar. Ianya juga dapat
mentakrifkan peranan guru dan pelajar semasa proses PdP berlangasung agar dapat
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar secara berterusan.

4
5

Pelajar juga perlu sekurang-kurangnya mempunyai kemahiran teknologi yang asas agar
dapat membantu melancarkan proses pembelajaran dalam talian disebabkan
kebergantungan kepada perkakasan dan perisian. Kemahiran teknologi dapat membatu
pelajar terlibat secara aktif pelajar semasa pembelajaran dalam talian tanpa ganggu isu-
isu teknikal. Ini dapat meningkatkan tahap keseronokan semasa proses PdP dapat
mengekalkan pelajar fokus kepada pembelajaran dalam talian.

Jika dilihat banyak kajian berkaitan persepsi guru serta pelajar peringkat universiti
berkaitan dengan penggunaan pembelajaran dalam talian. Walau bagaimanapun, kajian
melibatkan persepsi pelajar berkaitan mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) di
peringkat sekolah menengah untuk pembelajaran dalam talian masih kurang dijalankan
di Malaysia. Kajian ini dapat menyediakan pandangan pelajar berkaitan kebaikan dan
kelemahan penggunaan pembelajaran dalam talian. Maklumat ini sesuai dijadikan
panduan oleh guru semasa menghasilkan bahan yang sesuai digunakan dengan
pembelajaran dalam talian oleh pelajar.

2.0 METODOLOGI
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan menggunakan data kuantitatif.
Menurut (Creswell & Creswell, 2018) data yang dikumpulkan melalui sampel sesuatu
populasi dan dipersembahkan dalam bentuk kuantitatif dapat mengenalpasti sikap dan
pandangan mereka. Sampel akan dipilih secara rawak mudah apabila mereka secara
sukarela menjawab soal selidik yang di berikan kepada mereka oleh pengkaji. Pengkaji
menggunakan instrumen soal selidik untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar
sekolah menengah tingkatan 1, 2 dan 3 yang mengambil mata pelajaran ASK di Sekolah.
Item soal selidik dibina berdasarkan instrumen yang diubah suai daripada kajian Baczek
et al. (2021). Instrumen kajian ini ialah soal selidik dalam bentuk google form. Google
form ialah platform dalam talian yang menyediakan perkhidmatan untuk menghasilkan
borang soal selidik, menerima respons dan analisis data tanpa berbayar (Mondal et al.
2019). Seramai 548 sampel yang telah menjawab soal selidik daripada 2218 populasi
murid yang mengambil mata pelajaran ASK tingkatan 1, 2 dan 3 di daerah Kota Kinabalu
pada tahun 2021. Kebenaran daripada KPM, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan
sekolah-sekolah yang terpilih di pohon oleh pengkaji sebelum kajian dilaksanakan.

Borang soal selidik yang disediakan mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A,
bahagian B, bahagian C dan Bahagian D. Soal selidik bahagian A ialah ciri-ciri
demografi pelajar mengandungi 6 soalan seperti jantina, umur, tingkatan, platform
pembelajaran, kemahiran TMK dan pengalaman pembelajaran dalam talian. Bahagian B
ialah soalan kelebihan dan kekurangan pembelajaran dalam talian dan terdapat 2
soalan. Bagi Bahagian C ialah perbandingan antara pembelajaran dalam talian dan
pembelajaran bersemuka dan terdapat 8 soalan semuanya. Akhir sekali Bahagian D
mempunyai 1 soalan sahaja berkaitan persepsi pelajar terhadap pembelajaran dalam
talian. Penggunaan skala Likert lima mata digunakan untuk item 9 – 16 dalam instrumen.

5
6

Jadual 1: Analisis demografi responden kajian.


Maklumat Responden Frekuansi Peratusan (%)
Jantina
Lelaki 245 44.7
Perempuan 303 55.3
Umur
13 185 33.8
14 175 31.9
15 188 34.3
Tingkatan
Satu 182 33.2
Dua 178 32.5
Tiga 188 34.3
Platform pembelajaran dalam talian
Google Meet 427 77.9
Google Classroom 308 56.2
Telegram 489 89.2
WhatApps 392 71.5
Kemahiran TMK
Baik 119 21.7
Sederhana 375 68.4
Lemah 54 9.9
Pengalaman pembelajaran dalam talian
Ya 202 36.9
Tidak 346 63.1

Bagi mendapatkan kesahan muka dan kesahan kandungan, semua item soalan kaji selidik
telah di semak oleh seorang pakar berkaitan iaitu Pensyarah Kanan Universiti tempatan
yang mempunyai kepakaran dalam Pembelajaran Digital. Pengesahan pakar sangat
penting bagi mengukur setiap item yang hendak dikaji agar dapat dipastikan soalan setiap
item mudah difahami oleh responden dan menepati objektif kajian (Noraini, 2013).
Kajian rintis dilaksanakan di sebuah sekolah dalam daerah yang sama melibatkan
seramai 30 responden terdiri dari murid yang mengambil mata pelajaran ASK. Kajian
rintis penting untuk memastikan intrumen kajian mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi. Nilai Cronbach Alpha (α) keseluruhan untuk item ini adalah 0.75 dan interprestasi
kebolehpercayaan bagi nilai ini adalah baik dan boleh diterima. Semua item soal selidik
dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS v26).
Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisa kelebihan dan kekurangan
pembelajaran dalam talian serta tahap penerimaan pembelajaran dalam talian dan statistik
inferensi menggunakan skor min.

3.0 DAPATAN KAJIAN


Seramai 548 sampel kajina telah menjawab borang soal selidik secara dalam talian.
Berdasarkan Jadual 1, seramai 245 orang (44.7%) orang murid lelaki dan 303 orang
(55.3%) orang murid perempuan yang terlibat dalam kajian ini. 185 orang (33.8%)
daripadanya berumur 13 tahun, 175 orang (31.9%) berumur 14 tahun dan 188 orang
(34.3%) berumur 15 tahun. Dari segi tingkatan pula, seramai 182 orang (33.8%)
tingkatan 1, seramai 175 orang (31.9%) tingkatan 2 dan 188 orang (34.3%) tingkatan 3.
Terdapat empat pilihan platform pembelajaran dalam talian yang digunakan oleh murid
6
7

iaitu Google Meet seramai 427 orang (77.9%), menggunakan platform Google
Classroom 308 orang (56.2%), menggunakan platform Telegram 489 orang (89.2%), dan
menggunakan platform WhatApps 392 orang (71.5%). Kemudian, seramai 119 orang
(21.7%) murid mempunyai kemahiran TMK yang baik, 375 orang (68.4%)
mempunyai kemahiran TMK yang Sederhana dan 54 orang (9.9%) mempunyai
kemahiran TMK yang lemah. Kemudiannya seramai 202 orang (36.9%) telah
mempunyai pengalaman pembelajaran dalam talian dan seramai 346 orang (63.1%) tidak
mempunyai pengalaman pembelajaran dalam talian.

Jadual 2: Analisis kelebihan pembelajaran dalam talian.


Item Frekuansi Peratusan (%)
1. Akses ke bahan dalam talian. 395 72.1
2. Belajar mengikut kemampuan sendiri. 325 59.3
3. Keupayaan untuk berada di rumah. 262 47.8
4. Interaktiviti kelas. 144 26.3
5. Kebolehan merakam perjumpaan. 160 29.2
6. Persekitaran yang selesa. 371 67.7

Purata 276.2

Jadual 3: Analisis kekurangan pembelajaran dalam talian.


Item Frekuansi Peratusan (%)
1. Kurangnya interaksi guru dengan murid. 396 72.3
2. Masalah teknikal. 366 66.8
3. Bergantung sepenuhnya pada komputer /
telefon pintar dan internet. 421 76.8
4. Keadaan pembelajaran yang kurang selesa di
rumah. 138 25.2
5. Kurang disiplin diri. 308 56.2
6. Pengasingan sosial. 241 44.0

Purata 311.7

Berdasarkan Jadual 2, kelebihan pembelajaran dalam talian yang paling tinggi dipilih
oleh murid ialah akses ke bahan talian (72.1%) diikuti oleh persekitaran yang selesa
(67.7%), belajar mengikut kemampuan sendiri (59.3%) dan keupayaan untuk berada di
rumah (47.8%). Bagi kelebihan seterusnya lebih rendah dipilih oleh murid iaitu
kebolehan merakam perjumpaan (29.2%) dan interaktiviti kelas hanya (26.3%). Dapatan
kajian berdasarkan Jadual 3 ialah kekurangan pembelajaran dalam talian yang dipilih
oleh murid. Kekurangan utama pembelajaran dalam talian ialah, terlalu bergantung
sepenuhnya pada komputer, telefon pintar dan internet (76.8%) serta kurangnya interaksi
guru dengan murid (72.3%). Seterusnya kekurangan lain ialah masalah teknikal (66.8%),
kurang disiplin diri (56.2%). belajar mengikut kemampuan sendiri (59.3%) dan
keupayaan untuk berada di rumah (47.8%). Bagi kekurangan seterusnya lebih
pengasingan sosial (44.0%) dan keadaan pembelajaran yang kurang selesa di rumah
(25.2%) yang terkecil.

7
8

Jadual 4: Perbandingan peningkatan pengetahuan, teknologi dan kecekapan sosial


diantara pembelajaran dalam talian dengan pembelajaran bersemuka.
Pembelajaran Dalam Talian Pembelajaran Bersemuka
Skala
Pembolehubah
Likert Frekuansi Peratus Nilai Frekuansi Peratus Nilai
min min
1. Peningkatan 1 21 3.8 8 1.5
pengetahuan 2 66 12.0 40 7.3
murid. 3 259 47.3 3.23 136 24.8 3.83
4 172 31.4 219 40.0
5 30 5.5 145 26.5
2. Peningkatan 1 6 1.1 5 0.9
kemahiran 2 37 6.8 34 6.2
teknologi 3 181 33.0 3.68 174 31.8 3.72
4 228 41.6 234 42.7
5 96 17.5 101 18.4
3. Peningkatan 1 26 4.7 6 1.1
kecekapan 2 82 15.0 37 6.8
sosial. 3 245 44.7 3.19 176 32.1 3.74
4 154 28.1 201 36.7
5 41 7.5 128 23.4

Jadual 5: Perbandingan aktiviti pelajar semasa pembelajaran dalam talian dengan


pembelajaran bersemuka.
Pembelajaran Dalam Talian Pembelajaran Bersemuka
Pembolehubah Skala
Likert Frekuansi Peratus Nilai Frekuansi Peratus Nilai
min min
1. Peningkatan 1 17 3.1 12 2.2
pengetahuan 2 55 10.0 35 6.4
murid. 3 184 33.6 3.48 133 24.3 3.83
4 233 42.5 223 40.7
5 59 10.8 145 26.5

Perbandingan pembelajaran dalam talian dengan pembelajaran bersemuka untuk tiga


pembolehubah utama iaitu peningkatan pengetahuan, peningkatan kemahiran teknologi
dan peningkatan kecekapan sosial murid berdasarkan Jadual 4. Dapatan kajian,
mendapati tidak terdapat perbezaan yang jelas pembelajaran dalam talian (M=3.23)
dengan pembelajaran bersemuka (M=3.83) berdasarkan peningkatan pengetahuan
murid. Bagi pembolehubah peningkatan kemahiran teknologi pula, tidak terdapat
perbezaan antara pembelajaran dalam talian (M=3.68) dengan dengan pembelajaran
bersemuka (M=3.83). Begitu juga pembolehubah peningkatan kecekapan sosial juga
tidak terdapat perbezaan yang jelas antara pembelajaran dalam talian (M=3.19) dengan
dengan pembelajaran bersemuka (M=3.74). Berdasarkan Jadual 5 menunjukkan murid
sedikit aktif semasa pembelajaran bersemuka (M=3.83) berbading pembelajaran dalam
talian (M=3.48).

8
9

Rajah 1 menunjukkan dapatan kajian seramai 48 orang (8.8%) murid memilih


pembelajaran dalam talian sangat tidak menyeronokkan, 108 orang (19.7%) murid
memilih tidak menyeronokkan. Sebahagian besar pelajar 272 orang (49.6%) memilih
agak menyeronokkan, 90 orang (16.4%) memilih menyeronokkan dan paling sedikit
pelajar 30 orang (5.5%) memilih sangat menyeronokkan dan nilai min persepsi
keseronokan ialah (M=2.90).

Rajah 1: Tahap keseronokan semasa mengikuti pembelajaran dalam talian.

4.0 PERBINCANGAN
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kekuatan dan kekurangan pembelajaran dalam
talian yang pelajar pilih. Terdapat enam pilihan kekuatan dan kekurangan yang
disenaraikan dan pelaja boleh memilih seberapa banyak yang berkaitan dengan mereka.
Akses ke bahan dalam talian merupakan pilihan tertinggi pelajar kerana mudah dan cepat
(Adlina et al, 2020) untuk mendapatkan bahan yang banyak (Siti & Nurfaradilla, 2020)
di persekitaran internet. Pilihan kedua ialah persekitaran yang selesa, seterusnya belajar
mengikut kemampuan sendiri dan keupayaan untuk berada di rumah memberi kebebasan
kepada pelajar semasa mengikuti pembelajaran dalam talian. Kekuatan yang kurang
mendapat pilihan pelajar ialah interaktiviti kelas dan kebolehan untuk merakam sebagai
kekuatan dalam pembelajaran dalam talian. Terdapat juga kekurangan dalam
pembelajaran dalam talian dan antara kekurangan paling utamanya ialah bergantung
sepenuhnya kepada komputer atau telefon serta talian internet dan kurangnya interaksi
guru dengan murid. Ini disokong oleh (Adedoyin & Soykan, 2020) yang menyatakan
pembelajaran dalam talian bergantung kepada teknologi dan kemudahan internet.
Kekurangan yang lain ialah masalah teknikal, kurang disiplin dan pengasingan sosial.
Walaupun pengasingan sosial menjadi kekurangan kepada pembelajaran dalam talian
tetapi ketika pendemik Covid-19 berlaku ianya menjadi satu tindakan yang baik bagi
mengurangkan jangkitan (MKM, 2020).

9
10

Kajian ini juga membandingkan keberkesanan pembelajaran dalam talian dan


pembelajaran bersemuka dari persepsi pelajar yang fokus kepada 3 faktor utama iaitu
peningkatan pengetahuan, peningkatan kemahiran teknologi dan peningkatan kecekapan
sosial. Bagi faktor peningkatan kemahiran teknologi tidak terdapat perbezaan. Pelajar
menggunakan kemudahan teknologi yang sama untuk aktiviti harian dan aktiviti
pembelajaran dalam talian. Menurut (Nik dan Khalid, 2019) penguasaan terhadap
teknologi membantu meningkatkan kemahiran teknologi pelajar seterusnya berperanan
kepada keberkesanan pembelajaran. Bagi faktor peningkatan pengetahuan dan
peningkatan kecekapan sosial, pembelajaran bersemuka lagi berkesan berbanding
pembelajaran dalam talian. Begitu juga secara keseluruhan bagi ketiga- tiga faktor diatas
pelajar memilih pembelajaran bersemuka lebih sedikit berkesan berbanding pembelajarn
dalam talian. Dapatan ini selari dengan objektif kajian yang ketiga pelajar lebih aktif
semasa pembelajanran bersemuka berbanding pembelajaran dalam talian. Pelajar masih
memilih pembelajaran bersemuka lebih sedikit berkesan dan pelajar lebih sedikit aktif
semasa PdP walaupun setelah lebih setahun pembelajaran dalam talian dilaksanankan di
seluruh negara ketika PKP dilanjutkan oleh kerajan.

Adakah pelajar merasa seronok ketika sesi pembelajaran dalan talian? Hampir separuh
pelajar memilih agak seronok iaitu nilai pertengahan dalam skala pilihan. Bagi pilihan
sangat tidak seronok dan tidak seronoh lebih besar berbanding dengan seronok dan sangat
seronok. Dapatan kajian ini menunjukkan pembelajaran dalam talian berada pada tahap
pertengahan keseronokan pelajar. Tempoh lama PKP menyebabkan pelajar terpaksa
meninggalkan pembelajaran secara bersemuka mempengaruhi tahap keseronokan ini.
Pengkaji mencadangkan untuk meningkatkan tahap keseronokan semasa pembelajaran
dalam talian dengan menyediakan bahan pengajaran digital yang berkualiti,
berinformatik dan durasi masa bagi video tidak terlalu panjang. Menggunakan platform
ringkas dan mudah dicapai dan penggunaan kadar internet yang sedikit seperti WhatApps
dan Telegram. Pada masa sama guru dan pelajar perlu menggunakan sepenuhnya
platform DELIMA yang disediakan oleh KPM dalam meningkatkan keberkesanan PdP
dan kesoronokan pembelajaran dalam talian.

RUMUSAN
Kajian ini membekalkan maklumat kepada guru, pihak Sekolah, PPD, JPN dan KPM
kerana memandangkan semua sekolah di Malaysia sedang melaksanakan pembelajaran
dalam talian semasa perlaksanaan PKP. Tahap keseronokan belajar murid dapat
menggambarkan perlaksanaan pembelajaran dalam talian salah satu kaedah yang terbaik
digunakan semasa pendemik Covid-19 melanda negara. Sekiranya terdapat peningkatan
pengetahuan, kemahiran teknologi dan kemahiran sosial juga akan menunjukkan bahawa
pembelajaran secara dalam talian dapat diterima oleh murid dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Walaupun pembelajaran secara bersemuka masih terbukti lebih berkesan
dalam proses PdP tetapi pembelajaran dalam talian juga dapat meningkatkan
keberkesanan PdP.

10
11

RUJUKAN

Adedoyin, O. B., & Soykan, E., (2020): Covid-19 pandemic and online learning: the challenges
and opportunities, Interactive Learning Environments, DOI:
10.1080/10494820.2020.1813180

Adlina, A. H., Ahmad, N. M. Y., Arfah, A. M., Normala, O., Norasyikin, A. & Nasrina, M. S.
(2020). Penerimaan Pelajar Terhadap Aplikasi MOOC TITAS Versi 2.0 di Universiti
Awam Malaysia. Jurnal Sains Insani 2020, Vol. 5 No.1 : 73-78.
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no1.151

Baczek, M., Zaganczyk-Baczek, M., Szpringer, M., Jaroszynski, A., Wozakowska-Kapłon, B.


(2021). Students’ perception of online learning during the COVID-19 pandemic: A
survey study of Polish medical students. Medicine (2021) 100:7.
http://dx.doi.org/10.1097/MD.0000000000024821

Bignoux, S. & Sund, K., (2018). Tutoring executives online: What Drives Perceived Quality?.
Behaviour and Information Technology, vol. 37, no. 7, pp. 1-11, 2018.
http://eprints.mdx.ac.uk/24414/

Creswell, J. W. & Creswell, J. D. (2018). Research and Design Qualitative, Quantitative and
Mixed Methods Approaches. Thousand Oaks California.

Ehwan, N. (2021). COVID19: Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian. RISALAH
USIM. https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19-implikasi-pengajaran-
dan-pembelajaran-atas-talian/. 20/5/2021.

Hisma, N. K. & Wan, M. R. W. M. (2021), Kebolehgunaan Multimedia Sebagai Bahan Bantu


Mengajar Dalam Kalangan Guru Prasekolah. International Conference on Management,
Education, Social Sciences and Technology 2021 : 66-75

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2019). Ringkasan Eksekutif: Pelan Transformasi


ICT Kementerian Pendidikan Malaysia 2019-2023.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2017). Asas Sains Komputer Tingkatan 2 KSSM.
Kuala Lumpur. Percetakan Rina Sdn.Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025. Putrajaya. KPM. Dimuat turun daripada www.moe.gov.my

Majlis Keselamatan Negara (MKM), Jabatan Perdana Menteri (JPM). (2020). Kenyataan
Media MKN: Perincian Perintah Kawalan Pergerakan.
https://www.pmo.gov.my/2020/03/kenyatan-media-mkn-18-mac-2020/

Mondal, H., Mondal,S., Ghosal, T. danMondal, S. (2018). Using Google Forms for Medical
Survey: A Technical Note. International Journal of Clinical and Experimental
Physiology 5(4): 216-218.

11
12

Muhammad, A., dan Kainat, A. (2020). Online learning amid the COVID-19 pandemic:
Students' perspectives. Journal of Pedagogical Sociology and Psychology 2(1), 45-51.
http://www.doi.org/10.33902/JPSP. 2020261309

Nik, N. N. A., & Khalid, M. N. (2019). Keberkesanan Pembelajaran Atas Talian Dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Rendah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara
(SKEPEN) ke-6 2019. P 658 – 666

Noraini, I. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan (2nd ed.). Kuala Lumpur: McGraw-Hill
Education.

Rofizah, M. (2020). Pembelajaran Dalam Talian Segerak: Kepuasan Pelajar Terhadap


Penggunaan Microsoft Teams. Journal of Quality Measurement and Analysis 16(2) 2020,
219-230.

Rosninawati, H. (2021). Pembelajaran dalam talian sebagai norma baharu. RISALAH USIM.
https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/pembelajaran-dalam-talian-sebagai-
norma-baharu/.20/5/2021

Sandy, K. @ G., Mohd, Z. I., & Fong, S. F. (2017). Keperluan Instrumen PTPK-IPG Untuk
Merealisasikan Kompetensi Mengintegrasikan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Dalam Pembelajaran Dan Pemudahcaraan. Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Fakulti
Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah. Pp 115-138.

Siti, N. C. A., & Nurfaradilla, M. N. (2020). Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran dalam
Talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh Pandemik
Covid-19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 46-
57. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.4.2020

Wan, J. W. N. H., Abd, G. R., Mohd, N. N. A., Awang, A. dan Sulaiman, N. H., (2019). Persepsi
Pelajar Terhadap Penggunaan Video Dan Padlet (Pvdp) Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Subjek Pemikiran Dan Tamadun Islam. e-Academia Journal V8 Issue 2
(2019) Page 1-7. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/JeA/article/view/7378/2986

World Health Organization (WHO). (2020). https://www.who.int/

Yogeswary, K. & Helmi, N. (2020). Kemahiran Teknologi dan Kesediaan Melaksanakan


Pembelajaran dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Era Pandemik Dalam Kalangan
Guru di Sekolah Rendah Tamil. 2nd International Conference on Education, Social
Sciences and Engineering (2021) : 290-304.

12
13

CABARAN PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH


DALAM PdPR SEMASA PANDEMIK

ROSNAH@NINING BINTI SIDEK¹ ( Ph.D) BUSTAM BIN DAMAN² & MOHD SAIFUL BAHRI BIN
BUSTAM³

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran¹


²Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu²
SMK Desa Kencana, Lahad Datu, Sabah³

niningrosnah@gmail.com)

ABSTRAK

Pentaksiran dilakukan untuk menilai tahap pencapaian murid terhadap sesuatu konsep pengajaran yang dipelajari
bagi membantu guru menilai kaedah pengajaran yang telah dilaksanakan dan mengesan kelemahan kaedah
pengajaran yang memerlukan penambahbaikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kepelbagaian
instrumen pentaksiran bilik darjah (PBD) yang digunakan oleh guru dalam situasi Pandemik Covid-19 dimana
proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berlaku dalam norma baru iaitu PdPR. Pelaksanaan PdPR secara atas
talian agak mencabar kerana kekangan internet yang terhad terutamanya di kawasan pendalaman menyebabkan
keberkesanan proses PdP terjejas. Proses pentaksiran harus dilakukan dalam Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR) harus diteruskan walaupun ianya kurang berkesan dari aspek komunikasi, pemerhatian dan
pemahaman pelajar. Situasi ini menyebabkan pembelajaran dua hala antara guru dan murid sukar untuk
dipraktiskan berbanding dengan proses PdP secara berdepan dalam keadaan realiti. Semasa PdPR, guru
menggunakan pelbagai aplikasi seperti Google Meet, Whatsapp, Telegram, Facebook, Quizziz, Google Form,
Youtube Video dan sebagainya. Dalam kajian ini, responden terdiri daripada guru-guru interim yang sedang
mengikuti program PDPP Ambilan Jun21 di IPGK Kent. Reka bentuk kajian adalah kaedah bercampur, data dikutip
atas talian melalui penulisan laporan refleksi tentang perlaksanaan PBD di sekolah masing-masing. Dapatan kajian
ini mengenalpasti kepelbagaian instrumen pentaksiran yang digunakan dalam PdPR dan melihat apakah cabaran
utama yang dihadapi oleh responden bagi melaksanakan PBD dalam norma baru semasa pandemik wabak Covid-
19.

Kata kunci: PBD, PBS, Pandemik, Norma Baharu dan PdPR

ABSTRACT

Assessment are done to evaluate learners achievement upon any subject which help teachers to assess their teaching
methods as to find out the strength and weakness and its remedial. The objective of this research is to figure the
instruments which had been used by teachers in classroom ( PBD) in Pandemic era of Covid -19, when learning
processes are done by the internet. Learning had been done from home via the internet, thus lacking of internet
connection rendered the effectiveness of learning(PdPR). two way communication are well disrupted in these time ,
compared to face to face learning session. In the pandemic era , teachers are using different application such as
Google Meet, Whatsapp, Telegram, Facebook, Quizziz, Google Form, Youtube Video.Responden of this study are
interim teachers who are going through PDPP Program, Jun 2021 intake of IPGK Kent. Blended method had been
used in this study , data are collected by online reporting from these teachers about the implementation of PBD in
respective schools. Study result indicates that there are various instrument used by teachers to complete their
assessment online and to see what are the obstacles faced by teachers when they are completing their PBD .

Keywords: PBD, PBS, Pandemic, New Norms & PdPR

13
14

PENDAHULUAN
Pentaksiran merupakan proses berterusan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang
merangkumi aktiviti merancang, membina instrumen, pengumpulan maklumat, melaksanakan
penilaian, penginterpretasian, perekodan dan pelaporan maklumat mengenai prestasi pelajar
untuk membantu guru membuat keputusan (Ying et al, 2017). Ciri-ciri pentaksiran yang baik
merangkumi kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudahtadbiran dan kemudahtafsiran.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran holistik yang terdiri daripada dua
kategori iaitu akademik yang terdiri daripada Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah
(PS), manakala kategori bukan akademik terdiri iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti ditunjukkan dalam rajah 1.
Pentaksiran Sekolah (PS) dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pada hujung tahun
2016 dengan mengekalkan semua konsep PS dan melibatkan penentuan tahap penguasaan (TP)
murid bagi setiap mata pelajaran dengan merujuk Standard Prestasi, Standard Kandungan dan
Standard Pembelajara terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
PBD merupakan satu kaedah yang diperkenalkan untuk mengukur proses perkembangan
pembelajaran murid secara berterusan (Jacob & Parkinson, 2015). Proses ini berbeza berbanding
dengan peperiksaan yang hanya mengukur pembelajaran murid di hujung proses pembelajaran.
Kedua-dua konsep ini mempunyai satu perbezaan yang agak ketara, memandangkan peperiksaan
adalah lebih bersifat pentaksiran sumatif manakala PBD adalah lebih bersifat pentaksiran
formatif. Peperiksaan dan Pentaksiran Bilik Darjah adalah dua proses pentaksiran yang berbeza,
maka guru haruslah mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam mengendalikan kedua-dua
proses pentaksiran tersebut.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

AKADEMIK BUKAN AKADEMIK

PENTAKSIRAN
PENTAKSIRA PENTAKSIRAN AKTIVITI PENTAKSIRAN
N SEKOLAH JASMANI,SUKAN DAN PSIKOMETRIK
PUSAT KOKURIKULUM

Rajah 1: Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pentaksiran alternatif (PA) merujuk kepada pelbagai aktiviti selain daripada peperiksaan untuk
menilai penguasaan dan perkembangan pembelajaran murid dan ia seiring dengan pelaksanaan
PBD yang berfokus kepada perkembangan dan kemenjadian murid secara holistik. Oleh itu, guru
melaksanakan PdPR ketika pandemik COVID-19 boleh menggantikan kaedah pentaksiran
konvensional dengan PA. Guru boleh memilih kesesuaian PA berdasarkan kaedah PdPR. Semasa
PdPR, guru boleh menggunakan pelbagai aplikasi dalam talian seperti Google Meet, Whatsapp,
Telegram, Facebook, Quizziz, Google Form, Youtube Video dll. Begitujuga, kuiz , e-permainan
(gamification) dan aktiviti soal jawab boleh dilaksanakan secara dalam talian ialah semasa kelas
dalam talian. Kuiz dalam talian menggunakan konsep sama seperti kuiz konvensional semasa
pembelajaran bersemuka. Tujuan PBD adalah untuk (i) membantu guru membuat keputusan
dalam PdP; (ii) memberi bimbingan pembelajaran dan kerjaya; (iii) penyelidikan berasaskan data;
(iv) menentukan aspek pentadbiran; dan (v) memberi motivasi kepada murid. PA untuk
14
15

pembelajaran luar talian ialah pembelajaran menggunakan modul. Guru boleh memuat turun
bahan modul pelajaran lengkap di Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
melalui laman web rasminya. Terdapat juga guru mengambil inisiatif membina sendiri modul
dalam bentuk hardcopy. Modul pembelajaran ini diedarkan kepada murid berdasarkan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) ditetapkan. Pentaksiran dalam modul dapat mengukur penguasaan
murid. Murid perlu menyerahkan hasil tugasan untuk disemak atau ditaksir secara serahan tangan
atau melalui medium Whatsapp atau Telegram. Cadangan PA menjadi pilihan kepada guru untuk
menambah baik instrumen pentaksiran sedia ada dan seterusnya menambah baik keberkesanan
pelaksanaan PdPR yang dijalankan semasa pandemik COVID-19. Selama penutupan sekolah
yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, guru-guru dikehendaki melaksanakan sesi PdPR
dengan bantuan ibu bapa sebagai pengantar antara murid dan guru. Mengikut kesesuaian situasi
yang dialami, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti secara bertulis dan
pemerhatian. Kedua-dua kaedah tersebut dipilih kerana ianya lebih mudah dikendalikan dengan
penglibatan ibu bapa sebagai penyampai maklumat kepada murid. Hasil tugasan murid dihantar
kepada guru dengan penghantaran gambar melalui aplikasi Whatsapp atau Telegram. Guru boleh
merujuk kepada buku panduan perlaksanaan PBD di sekolah adalah seperti dalam rajah 2.

Rajah 2. Buku Panduan Pentaksiran Bilik Darjah.

SOROTAN KAJIAN
Kementerian Pendidikan Malaysia menanamkan hasrat dan tekad untuk menaiktaraf kualiti
kemenjadian murid sejajar dengan aspirasi meletakkan Malaysia dalam kelompok terbaik dunia
(KPM, 2013). Guru dikehendaki untuk mengajar berpandukan standard pembelajaran dalam
DSKP, manakala standard prestasi pula digunakan untuk menilai tahap prestasi kefahaman dan
penguasaan murid. Penilaian standard prestasi perlu berpandukan rubrik yang sesuai agar dapat
menilai tahap penguasaan murid dengan lebih tepat dan adil (Azizi 2016). Sehubungan itu, guru
haruslah mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi agar proses PdP di bilik
darjah dapat dilaksanakan mengikut objektif. Noor Hanim et al. (2020) menyatakan pendidikan
menjadi faktor utama membangunkan negara dalam zaman revolusi industri 4.0, di mana murid
perlu diberikan pendidikan yang berkualiti, berdaya maju, dan sanggup mengharungi cabaran
digital di masa hadapan.

PBD bertujuan menambah baik pembelajaran murid melalui pentaksiran formatif iaitu
15
16

Pentaksiran Untuk Pembelajaran dan juga Pentaksiran Sebagai Pembelajaran. PBD boleh berlaku
untuk melihat pencapaian atau penguasaan murid selepas sesuatu tempoh yang bersesuaian
melalui pentaksiran sumatif seperti dalam rajah 3. Menurut Boon et al (2017), tujuan pentaksiran
termasuk membuat keputusan dan tindakan instruksional, bimbingan, pentadbiran, penyelidikan
dan sebagai motivasi kepada murid. Pentaksiran tentang Pembelajaran merujuk strategi yang
dibina untuk mengukur sesuatu yang murid tahu, menunjukkan sama ada mereka memenuhi hasil
kurikulum atau hasil pembelajaran suatu program. Pentaksiran untuk Pembelajaran adalah
pentaksiran yang direka bentuk untuk merangsang pembelajaran murid melalui sokongan yang
berterusan dan bimbingan yang berkesan. PBD melibatkan Pentaksiran Untuk Pembelajaran,
Pentaksiran Sebagai Pembelajaran dan Pentaksiran Tentang Pembelajaran.

Rajah 3: Pentaksiran Formatif dan Sumatif

Peranan penting guru dalam melaksanakan PBD dengan menentukan objektif pembelajaran
berdasarkan Standard Pembelajaran yang hendak ditaksir; merancang dan membina instrumen
pentaksiran; melaksanakan pentaksiran; merekod hasil pentaksiran; menganalisis maklumat
pentaksiran; melapor dan melakukan tindakan susulan. Perlaksanaan PBD membantu guru
mengesan perkembangan murid secara menyeluruh; mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
murid dalam pembelajaran; mengetahui keberkesanan pengajaran; merancang dan mengubah suai
kaedah pengajaran seterusnya mengambil tindakan susulan dengan serta merta berdasarkan tahap
pencapaian yang diperolehi oleh setiap murid. Perlaksanaan PBD yang berkualiti dapat
mencerminkan tahap pencapaian sebenar murid dalam menguasai matlamat yang ditetapkan
dalam kurikulum (KPM, 2018). Melalui perlaksanaan PBD, guru akan dapat; mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran, mengesan perkembangan murid secara
menyeluruh, merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran, mengetahui keberkesanan
pengajaran dan mengambil Tindakan yang susulan yang sesuai dengan serta merta. Manakala dari
aspek murid akan dapat; mengesan perkembangan diri , mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
dalam pembelajaran dan meningkatkan pencapaian pembelajaran.

PERMASALAHAN KAJIAN
Malaysia berhadapan situasi pandemik COVID-19 sejak awal tahun 2020. Sehubungan itu, sistem
pendidikan kebangsaan terkesan berikutan analisis data kes positif. KPM mengambil inisiatif
awal dimana semua sekolah di seluruh negara terpaksa ditutup. KPM menyediakan Manual PdPR.
Inisiatif ini bertepatan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
yang menetapkan setiap murid perlu mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi
diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan yang baik. Murid berhak mendapat peluang
mengikuti pendidikan walaupun tidak dapat hadir ke sekolah seperti biasa. Guru bukan sahaja
perlu merancang dan mengaplikasikan pelaksanaan PdP secara berkualiti melalui PdPR, malah

16
17

perlu meneroka dan merancang pentaksiran alternatif untuk menggantikan peperiksaan serta ujian
bertulis secara bersemuka. Hal ini supaya pentaksiran secara formatif dan sumatif dapat terus
dilaksanakan kepada pelajar. PA dapat memastikan kesinambungan pembelajaran berkualiti
sepanjang murid melalui PdPR. Pelaksanaan PA membolehkan guru memantau perkembangan
pembelajaran murid, menjalankan pentaksiran dan memperbaiki mutu pembelajaran murid
biarpun sekolah terpaksa ditutup. Terdapat keperluan bagi guru untuk menggabungkan kaedah
PA dalam PdPR supaya guru boleh menilai kebolehan pelajar dengan berkesan secara berterusan.
Sepanjang tempoh pandemik COVID-19, pelbagai isu dan cabaran berlaku dalam pendidikan
berkaitan dengan keberkesanan perlaksanaan PdPR, pengajaran secara dalam talian, pengajaran
luar talian, bebanan kerja guru bertambah dan sebagainya.

OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan pentaksiran diadakan adalah untuk menilai tahap pencapaian murid terhadap sesuatu
konsep pengajaran yang dipelajari dan membantu guru menilai semula kaedah pengajaran yang
telah dilaksanakan. Ini perlu bagi mengesan kelemahan kaedah pengajaran guru yang
memerlukan penambahbaikan. PBD dilaksanakan untuk menentukan kaedah pentaksiran yang
sesuai dan berkesan, membuat pertimbangan profesional dalam menentukan tahap penguasaan
murid dan menjalankan tindakan susulan. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti isu dan
cabaran tentang perlaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) di sekolah dalam situasi Pandemik
Covid-19, dimana proses PdP berlaku dalam keadaan norma baharu iaitu PdPR. Proses
Pengajaran dan Pembelajaran kini berlaku di rumah, PdPR. Pelbagai pendekatan dan kaedah
pengajaran diaplikasikan oleh guru sama ada secara online, offline dan offsite bergantung kepada
persekitaran pembelajaran murid.

METODOLOGI
Rekabentuk kajian ini adalah kajian Kualitatif dilaksanakan melalui tinjauan dari pelaporan
refleksi bertulis secara atas talian. Populasi kajian adalah dari guru interim yang sedang mengikuti
kursus Program Diploma Pasca Perguruan (PDPP) di IPG Kampus Kent ambilan Jun20.
Manakala, sampel kajian hanya terdiri daripada 28 orang guru interim PDPPJun20 opsyen
Pendidikan Khas Sekolah Rendah Murid Bermasalah Pembelajaran yang berada dalam Semester
1. Responden kajian ini merupakan guru interim yang di telah ditempatkan mengajar di sekolah
rendah di seluruh negeri Sabah terutamanya di kawasan pendalaman (P1, P2 dan P3). Instrumen
kajian yang digunakan merupakan satu penulisan laporan refleksi mengenai pengalaman guru
tersebut melaksanakan proses PdPR dan PBD sepanjang masa pandemik Covid-19. Penulisan
lebih bertumpu kepada permasalahan tentang isu dan cabaran yang dihadapi ketika melaksanakan
PBD semasa pandemik di sekolah masing-masing sepanjang tahun 2020. Maklumat demografi
responden adalah seperti dalam jadual 1.

Jadual 1: Maklumat Demografi Responden


Demografi Kekerapan (n=28) Peratus (100%)

Jantina
Lelaki 3 10.7
Perempuan 25 89.3
Umur
< 30 Tahun 22 78.6
31 - 35 Tahun 6 21.6
Lokasi Sekolah
Bandar 8 28.6
Luar Bandar (P1,P2 &P3) 20 71.4
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
17
18

Pandemik Covid-19 memberi impak besar terhadap sistem pendidikan, politik, ekonomi, dan
sosial Malaysia. Dalam pendidikan, secara langsung mengubah proses PdP dan menimbulkan
beberapa isu dalam perlaksanaan PBD dalam PdPR. Malaysia menghadapi tiga gelombang
pandemik COVID-19 bermula awal tahun 2020 selepas Kementerian Kesihatan (KKM)
mengesahkan Malaysia dilanda gelombang ke 3 setelah negara mencatatkan tiga angka kes
baharu. Sehubungan itu, sistem pendidikan terkesan berikutan analisis data kes positif, kontak
rapat dan kuarantin dalam kalangan pelajar, guru serta warga sekolah semakin meningkat. Semua
sekolah di seluruh negara terpaksa ditutup. KPM mengambil beberapa inisiatif awal. Pertama,
KPM mengedarkan surat pekeliling ikhtisas, surat siaran, surat pemakluman dan garis panduan
KPM berkaitan. Pelajar berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan walaupun tidak dapat
hadir ke sekolah. Sehubungan itu, sistem pendidikan negara mewujudkan satu mekanisme baharu
dalam kaedah pentaksiran PdPR. Guru perlu merancang dan mengaplikasikan pelaksanaan PdP
secara berkualiti melalui pembelajaran di rumah, meneroka dan merancang pentaksiran alternatif
(PA) untuk menggantikan peperiksaan serta ujian bertulis secara bersemuka supaya pentaksiran
formatif dan sumatif dapat terus dilaksanakan kepada pelajar. PA dapat memastikan
kesinambungan pembelajaran berkualiti sepanjang pelajar melalui PdPR. Dapatan daripada hasil
tinjauan kajian ini adalah seperti berikut;

Tahap kesediaan guru interim melaksanakan PBD


Ketidaksediaan sebagai seorang guru baru dalam pelaksanaan pentaksiran di sekolah dan
merasakan ianya dirasakan sangat membebankan guru. Sebagai guru interim, PdPR dan PBD
adalah suatu perkara yang masih sangat baru dan ilmu pengetahuan mengenainya adalah sangat
kurang. Guru mengalami kesukaran dalam membina instrumen pentaksiran. Kesediaan guru
melaksanakan aktiviti PdPR sangat rendah, serta banyak cabaran yang guru harus hadapi semasa
dalam perlaksanaan PdPR. Tinjauan mendapati bahawa majoriti guru melaksanakan aktiviti PdPR
antara satu hingga empat jam sehari, manakala hanya sedikit yang melaksanakan PdPR selama
lebih empat jam sehari. Secara tidak langsung, hasil kajian ini mengesahkan bahawa guru telah
menjalankan tanggungjawab mereka sepanjang PKP, namun pada masa yang sama timbul
persoalan daripada aspek kuantiti pembelajaran murid, yang hadir ke kelas PdPR terlalu sedikit.

Pengalaman awal bulan pertama sebagai guru interim baru diposting ke sekolah
Semua responden telah melaksanakan PBD kepada murid secara bersemuka buat pertama kalinya
pada pertengahan tahun 2021, ketika sekolah dibuka di mana ketika itu guru baru bertugas sebagai
guru interim. Jadual waktu yang terlalu padat dan masa yang terlalu singkat untuk berada di
sekolah, membuatkan guru tidak berkesempatan untuk melaksanakan PBD kepada murid. Guru
terkejar-kejar dengan masa untuk bergegas ke kelas seterusnya sebaik sahaja masa mengajar telah
tamat.Terdapat beberapa masalah yang dihadapi semasa melaksanakan PBD terutamanya apabila
mengajar kepada murid-murid bekeperluan khas. Semasa sesi PdP berlangsung, guru hilang fokus
secara tiba-tiba dengan pelbagai masalah murid di bilik darjah dengan kawalan tingkah laku,
pengurusan diri yang kurang, dan pengaturan emosi yang tidak menentu seperti sensitif dan suka
menangis. Kesukaran akan timbul bila menilai tahap penguasaan setiap murid tersebut pada masa
kelas tersebut berlangsung.

Proses PdP kepada PdPR , masalah talian internet dan kemudahan peralatan
Pada awal tahun 2020, masalah global yang berkait pendamik Covid-19 menyebabkan penutupan
sekolah untuk satu jangka masa yang lama. Proses PdPR dilakukan cara atas talian. Semasa PKP,
perlaksanaan PBD dalam talian agak sukar terutamanya bagi murid tahap 1. Timbul masalah
talian internet dan kemudahan peralatan. Sebahagian besar terutamanya di kawasan luar bandar
(P1, P2 dan P3) menyatakan masalah kestabilan internet, kebolehgunaan peranti mengajar seperti
komputer, telefon, computer tablet, ruang pembelajaran murid. Ketiadaan alat peranti komunikasi
seperti telefon bimbit atau laptop sukar untuk murid menyiapkan tugasan . Guru merasa sukar
18
19

melaksana pembelajaran secara online. Bermula dengan kekurangan akses internet oleh ibu bapa
dan pelajar, pembelajaran secara atas talian ketika PKP terbukti menjadi cabaran kepada guru
yang berjuang untuk memastikan kelas berterusan walaupun berlaku krisis disebabkan pandemik
Covid-19. Tinjauan dan temubual dengan beberapa guru menunjukkan akses internet masih
menjadi halangan terbesar dalam melaksanakan pembelajaran atas talian. Tidak semua pelajar
mempunyai WiFi atau tablet di rumah terutamanya dari keluarga berpendapatan rendah. Guru
menggunakan aplikasi WhatsApp dan apa sahaja kaedah yang boleh untuk berkomunikasi dengan
murid mereka dan menghantar maklumat untuk disemak, tetapi sesetengah pelajar tidak
mempunyai telefon pintar dan ibu bapa mereka terlalu sibuk dengan kerja untuk mengambil
bahagian dalam kumpulan WhatsApp atau Telegram. Guru juga membelanjakan wang sendiri
untuk membeli peralatan untuk memudahkan perlaksanaan PdPR termasuk juga data-data internet
yang memerlukan biaya yang tinggi.

Kerjasama dan sokongan ibubapa memberi respons kepada guru.


Perkembangan murid dapat diketahui secara langsung melalui maklum balas dari ibubapa.
Cabaran guru adalah sentiasa bertanya kepada ibubapa mengenai perkembangan atau pencapaian
murid dalam matapelajaran yang diajar. Ibu bapa murid perlu tahu kepentingan memberi respons
kepada guru dengan memaklumkan pencapaian atau perkembangan anak-anak mereka. Dalam
PdPR, guru akan meminta ibubapa merakam dan mengirimkan video anak-anak mereka
melakukan tugasan atau latihan yang diberikan oleh guru. Selain itu, guru juga membuat
pemantauan terus kepada murid melalui panggilan video. Dapat digambarkan cabaran guru yang
berdepan dengan bilangan murid yang ramai. Guru akan bertanya langsung dengan murid
beberapa soalan berkaitan pelajaran yang mereka pelajari pada ketika itu, dan pada masa yang
sama melihat secara langsung kegiatan murid tersebut. Melalui ketiga cara inilah iaitu, bertanya
langsung kepada ibubapa murid mengenai murid, melalui rakaman video ketika murid sedang
melakukan tugasan atau latihan yang diberikan, melalui panggilan video untuk bersoal jawab
dengan murid mengenai pelajaran yang dipelajari oleh mereka dan melihat secara langsung
kegiatan murid sebagai pendekatan yang digunakan oleh guru interim untuk melaksanakan PBD
kepada murid. Bagi ibubapa yang kurang memberi respons atau kerjasama pula, terdapat alternatif
lain yang guru lakukan dengan membuat penilaian atau pentaksiran ke atas murid berdasarkan
pencapaian murid pada kali terakhir guru bertemu atau bersemuka dengan murid tersebut sewaktu
di sekolah.

Sosiologi dan Persekitaran Pembelajaran


Masalah yang dihadapi semasa melakukan pentaksiran ialah, masa murid berada disekolah adalah
tidak lama. Tempoh pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dilakukan untuk satu jangka
masa yang panjang akibat penutupan sekolah. Oleh itu, guru sukar untuk melakukan pentaksiran
secara berkesan. Selain itu, penggunaan template PBD yang tidak selaras juga menjadi isu kepada
guru. Hal ini kerana, semua guru tidak menggunakan template yang sama untuk membuat
pentaksiran. Oleh itu sebagai guru baru, mempunyai kesukaran untuk menggunakan template
yang sepatutnya. Masalah lain yang dihadapi ialah, pelaksanaan PBD dalam kalangan murid khas
tidak semudah seperti murid perdana. Hal ini kerana, murid khas mempunyai kemahiran dan
masalah yang berlainan. Mereka perlu dibimbing secara individu dalam satu jangka masa yang
panjang. Masalah kehadiran yang sering berlaku, menggangggu pelaksanaan PBD kerana guru
sukar untuk menilai perkembangan mereka dari semasa ke semasa. Persekitaran pembelajaran
murid yang tidak kondusif dan selesa akan membantutkan perlaksanaan PdPR yang dirancang
oleh guru.

19
20

Gangguan pembelajaran
Dalam dunia pendidikan khususnya yang melibatkan murid sekolah, gangguan pembelajaran
sebenarnya sudah lama berlaku, di peringkat lokal dan global, yang secara langsung dan agak
berkala. Namun gangguan-gangguan ini kurang diberi perhatian kesannya kepada pendidikan
anak-anak kita kerana ia berlaku sepanjang masa atau mungkin juga kerana mengikut lokasi
seperti pedalaman, luar bandar dan bandar. Perlu juga diambil kira aspek lain seperti masalah
kesihatan fizikal, mental dan emosi akibat ‘terkurung’ apabila murid tidak boleh keluar rumah,
berjumpa rakan, beriadah, yang berkeluarga besar tapi rumah kecil, yang tidak cukup makan,
menghadapi konflik keluarga dan pelbagai lagi masalah-masalah lain yang kadangkala tidak
terfikir oleh setengah pihak. Hakikatnya, semua di atas adalah pelbagai bentuk gangguan
pembelajaran, yang sekiranya tidak ditangani dengan berkesan, akan menjejaskan pembelajaran
anak-anak kita, walau di mana mereka berada. Terdapat juga gangguan pembelajaran daripada
gajet yang mereka gunakan untuk PdPR jika tidak dipantau dan dikawal oleh ibubapa di rumah.
Biasanya, kanak-kanak akan leka dengan sesuatu yang mengasyikkan mereka dan mengabaikan
apa yang sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka sebagai murid.

Keperihatinan pihak pengurusan dan kepimpinan pendidikan


Sokongan ibu bapa dan keprihatinan kepimpinan sekolah sangat diperlukan oleh guru-guru baru.
Melaksanakan PBD semasa Pandemik COVID-19 menyedarkan kita bahawa hal-hal pendidikan
melibatkan anak-anak, generasi masa hadapan kita dan bukan di bawah tanggungjawab guru
semata, malah tanggungjawab yang perlu dipikul bersama-sama, merentas kementerian, jabatan,
bahagian, sempadan, bangsa, agama dan politik. Pandemik ini membangkitkan tanggungjawab
untuk menjadi pemimpin kepada diri sendiri dan orang lain; hormati pandangan dan kehidupan
orang sekeliling; serta prihatin, cakna dan bersangka baik dengan makhluk lain. Guru-guru iterim
masih dalam proses belajar mengenai pentaksiran. Sewajarnya, perlu ada bimbingan berterusan
dari pelbagai pihak untuk memastikan guru-guru ini memperolehi ilmu dan kemahiran yang
sepatutnya bagi melaksanakan PBD. Sebagai guru novis, perlu ada mentor untuk membimbing
mereka dalam dunia pendidikan. Kebanyakan perkara-perkara ini dipelajari ketika berada di
sekolah.

Guru sukar melaksana pengajaran dan pembelajaran secara online semasa PKP
Cabaran melaksanakan PdPR secara home-based learning. Guru menyatakan cabaran utama ialah
memastikan keberadaan murid semasa kelas berlangsung, diikuti dengan penyesuaian kaedah
pengajaran dengan keperluan dan kesediaan murid, di samping hendak memastikan murid
memberi tumpuan, murid faham dan murid seronok belajar. Pandemik yang berlaku sepanjang
tahun 2020 bukan sahaja menjejaskan pendidikan anak-anak , malah telah mengubah nilai,
amalan dan budaya hidup kita. Menghargai nyawa, menjaga kebersihan, kuarantin diri, menjaga
jarak sudah menjadi nilai yang wajib diutamakan. Malah menukar suatu amalan yang lazimnya
‘normal’ juga sudah menjadi kebiasaan masa kini , seperti tidak berjabat tangan untuk memeterai
perjanjian atau salam perkenalan; melapor secara sukarela kepada pihak kerajaan kehadiran di
mana-mana tempat awam menerusi QRCode; menjarakkan diri ditempat awam; memakai
penutup separuh muka (face mask); dan amalan SOP yang lain. Jika proses PdP perlukan latihan
yang berterusan, inikan pula perlaksanaan PdPR secara online. Ini adalah sesuatu yang sangat
baharu dan begitu mencabar.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


PBD adalah proses berterusan dalam PdPR untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan.
Proses berterusan ini melibatkan proses mengumpul, menganalisis, dan membanding tahap
keupayaan murid. PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan melibatkan
penentuan tahap penguasaan (TP) murid dalam setiap mata pelajaran. TP ini dinyatakan dalam
20
21

Standard Prestasi seperti terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
semua mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM). Antara isu-isu berkaitan PBD yang menjadi kerisauan ibu
bapa iaitu sejauh manakah pelaksanaan PBD di sekolah dapat dicapai dengan sempurna dari aspek
tahap kesediaan seseorang guru untuk menjalankan tugas melaksanakan PBD iaitu sama ada guru
tersebut dapat membuat penilaian kognitif (intelek), psikomotor (jasmani), afektif (emosi dan
rohani), sosial iaitu yang seiring dengan kandungan yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ibu bapa tidak diberi pendedahan dan penerangan terhadap pelaksanaan PBD,
menjadikan di kalangan ibu bapa merasa risau dengan penilaian yang berbentuk formatif kerana
takut perkembangan TP anak mereka tidak dipantau dengan sebaik mungkin oleh guru. Penerapan
konsep KBAT dalam PdPR amat mencabar kepada guru terutama di peringkat sekolah rendah.
Perlaksanaan konsep KBAT dalam PdP perlu diambil perhatian terutamanya dalam PdPR.

Pelaksanaan PA membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar,


menjalankan pentaksiran dan memperbaiki mutu pembelajaran pelajarnya semasa pandemik
COVID-19. Terdapat keperluan bagi guru untuk menggabungkan kaedah penilaian alternatif
dalam PdP supaya guru boleh menilai kebolehan pelajar dengan berkesan. PA merujuk kepada
pelbagai aktiviti selain peperiksaan untuk menilai penguasaan dan mengesan perkembangan
pembelajaran pelajar. Pentaksiran ini selaras dengan kaedah Pembelajaran Abad ke-21
berteraskan elemen kolaborasi, kreativiti, komunikasi, pemikiran kritikal dan nilai. PA seiring
dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berfokus kepada perkembangan dan
kemenjadian pelajar secara holistik. Oleh itu, guru melaksanaan PdPR ketika pandemik COVID-
19 boleh menggantikan kaedah pentaksiran konvensional dengan PA. PA terbahagi kepada tiga
pendekatan, iaitu pentaksiran kognitif, prestasi dan portfolio. Pentaksiran kognitif berfokus untuk
mengukur kemampuan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pelajar, penguasaan, sikap dan
kemahiran komunikasi. Pentaksiran prestasi sebagai kaedah memerlukan pelajar untuk
menunjukkan kemampuan mereka secara langsung menggunakan hasil kerja pelajar dalam
aktiviti tertentu. Penilaian prestasi tertumpu kepada kebolehan pelajar untuk menerapkan
pengetahuan, kemahiran, dan pertimbangan dalam realistik tidak jelas konteks. Malah guru kini
terdapat pilihan untuk menghasilkan portfolio secara elektronik.

Guru boleh memilih PA yang disesuaikan dalam PdPR dalam talian seperti kuiz , e-permainan
(gamification) dan aktiviti soal jawab. Kuiz dalam talian menggunakan konsep sama seperti kuiz
konvensional semasa pembelajaran bersemuka. Bezanya pelaksanaan kuiz menggunakan media
dalam talian. Bentuk kuiz boleh dijalankan secara ujian subjektif atau ujian objektif. Ujian
subjektif ialah ujian untuk pelajar dapat menunjukkan jalan kerja dalam soalan berbentuk
penyelesaian masalah. Antara contoh aplikasi dalam talian boleh digunakan ialah Quizizz. Kuiz
dalam talian dan e-permainan menggunakan pelantar Quizizz dapat digunakan guru kerana
aplikasi pembelajaran ini dilihat mudah penggunaan dan guru dapat mengaplikasikan untuk
pentaksiran. Permainan komputer yang dirancang dengan betul dapat memainkan peranan
berguna dalam membantu murid belajar dari rumah. PA untuk pembelajaran luar talian ialah
pembelajaran menggunakan modul. Guru boleh memuat turun bahan modul pelajaran lengkap di
Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) melalui laman web rasminya. Terdapat
juga guru mengambil inisiatif membina sendiri modul dalam bentuk hardcopy yang mengandungi
aktiviti relevan dengan topik tertentu. Murid disaran menggunakan pengalaman sendiri bagi
menyelesaikan tugasan diberikan. Modul pembelajaran yang diberi kepada murid berdasarkan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ditetapkan. Pentaksiran dalam modul dapat mengukur
penguasaan murid dan perlu menyerahkan hasil tugasan untuk disemak guru secara serahan
tangan atau melalui medium Whatsapp atau Telegram.

21
22

PA sebagai pembelajaran dalam talian dan secara luar talian ialah pentaksiran kendiri. Pentaksiran
kendiri terdiri daripada murid memberi ulasan hasil kerja atau prestasi mereka sendiri
menggunakan helaian pentaksiran kendiri. Pentaksiran kendiri juga boleh dijalankan melalui
sesama rakan sebaya yang dikenali dengan pentaksiran rakan sebaya yang dinilai menggunakan
instrumen pentaksiran rakan sebaya. Guru juga boleh meminta murid membina peta konsep dan
pemarkahan kerja sendiri dengan merujuk kepada kriteria tertentu. Pentaksiran kendiri dan rakan
sebaya boleh meningkatkan pengaturan diri murid (self-regulation) dan pencapaian. Pentaksiran
rakan sebaya boleh menjadi antara kaedah PA berfungsi sebagai pentaksiran formatif. PA
mengenai pembelajaran secara dalam talian ialah peperiksaan atau ujian dalam talian
menggunakan Google Classroom dan portfolio elektronik. Guru boleh menjalankan pembelajaran
berasaskan projek. Terdapat tujuh panduan pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek
berasaskan Manual PdPR. Pertama, guru memberi tajuk kepada murid. Kedua, guru membimbing
murid untuk mengenal pasti kaedah menyiapkan projek yang diberikan. Ketiga, guru
membimbing murid untuk mengenal pasti bahan, peralatan dan kos diperlukan. Keempat, guru
menentukan jangka masa menyiapkan projek. Kelima, guru membimbing murid menyelesaikan
projek. Keenam, murid membentangkan hasil projek. Ketujuh, murid membuat refleksi tentang
proses penghasilan projek. Cadangan PA diharapkan menjadi pilihan kepada guru untuk
menambah baik instrumen pentaksiran sedia ada dan seterusnya menambah baik keberkesanan
pelaksanaan PdPR yang dijalankan semasa pandemik COVID-19. Pentaksiran berkualiti dapat
menyumbang kepada pembentukan murid berkualiti dan berkemahiran daripada semua aspek
serta meningkatkan keberkesanan PdP yang dijalankan. Bagi mencapai hasrat ini, guru dan murid
perlu berkerjasama dalam menjayakan PdPR. Ibu bapa atau penjaga, pihak sekolah, Pegawai
PPD, Jabatan Pendidikan Negeri dan KPM haruslah memainkan peranan masing-masing agar
PdPR dan PBD yang dijalankan semasa pandemik COVID-19 dapat berjalan dengan lancar dan
teratur.

Terdapat tiga kaedah dalam melaksanakan pentaksiran PBD dalam PdPR iaitu secara online,
offline dan offsite. Secara online, guru menggunakan pelantar DELIMA yang telah disediakan
oleh KPM. Dimana, guru boleh bersemuka dengan murid secara googlemeet. Manakala, secara
offline guru merekodkan PdP dalam bentuk video. Situasi ini berlaku jika pihak murid
mempunyai peralatan komputer atau tablet dan telefon pintar. Pelaksanaan PdPR secara atas
talian agak mencabar kerana kemudahan alat peranti dan kekangan internet yang terhad
terutamanya di kawasan pendalaman yang menyebabkan keberkesanan proses PdPR terjejas.
Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) harus diteruskan walaupun ianya kurang
berkesan dari aspek komunikasi, pemerhatian dan pemahaman pelajar. Situasi ini menyebabkan
pembelajaran dua hala antara guru dan murid sukar untuk dipraktiskan berbanding dengan proses
PdP secara bersemuka dalam keadaan realiti di sekolah. Semasa PdPR, guru menggunakan
pelbagai aplikasi dalam talian seperti Google Meet, Whatsapp, Telegram, Facebook, Quizziz,
Google Form, Youtube Video dll. Guru juga menggunakan pendekatan luar talian seperti
menyediakan modul dan mengedarkan kepada pelajar. Pelbagai cara pengedaran modul dilakukan
oleh pihak sekolah seperti meminta ibubapa datang mengambil di sekolah; mengedar di kawasan
lokaliti murid; pusat-pusat komuniti; malah ada yang menghantar ke kawasan pendalaman yang
terpencil dan pulau-pulau yang jauh dan mungkin mendedahkan keselamatan guru.

RUMUSAN
Pelbagai cara dan kaedah boleh digunakan oleh guru bagi mendapatkan maklumat tentang
perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid mereka. Melalui analisis dan
interpretasi data yang dibuat, guru boleh mengetahui dengan lebih menyeluruh tentang keupayaan
penguasaan murid dalam pelbagai kategori. Langkah-langkah dan tindakan susulan boleh
dipertimbangkan bagi menangani isu-isu yang berbangkit. Seterusnya data tersebut boleh direkod
22
23

dan dilaporkan kepada pihak pengurusan sekolah atau pihak yang berkepentingan dan boleh
menjadi petunjuk prestasi sekolah berkenaan. Perlaksanaan PBD lebih berjaya sekira semua pihak
memainkan peranan bagi menjayakannya terutama sekali semasa berlakunya penularan pandemik
covid 19 masa kini. Perlaksanaan PdPR telah menjadikan proses PdP kini dalam bentuk norma
baharu. Bagi mencapai hasrat ini, guru dan murid perlu menjalinkan kerjasama dalam menjayakan
PdPR. Pada masa sama, ibu bapa atau penjaga, pihak sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah,
Jabatan Pendidikan Negeri dan KPM haruslah memainkan peranan masing-masing dalam
membantu agar PdPR dan pentaksiran yang dijalankan semasa pandemik COVID-19 berjalan
dengan lancar. PBD dijalankan melalui pelbagai kaedah seperti pemerhatian, lisan dan penulisan.
PBD yang dijalankan perlu berasaskan kriteria dengan menilai penguasaan berdasarkan standard
kandungan, standard pembelajaran, standard prestasi dan tahap penguasaan yang ditetapkan. PBD
mampu mengesan perkembangan pembelajaran secara menyeluruh melalui jasmani, emosi,
rohani dan intelek, kognitif, psikomotor dan afektif.

PBD yang menekankan kepada perkembangan individu seterusnya membolehkan tindakan


susulan diambil. Keprihatinan KPM terhadap proses pembelajaran murid berbanding dengan gred
pencapaian seseorang murid telah berjaya merangka satu kurikulum yang meliputi ketiga-tiga
standard, iaitu standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi. Ketiga-tiga
komponen ini memerlukan guru sebagai agen pelaksana kurikulum harus mempunyai kompetensi
yang tinggi terhadap tugas mengajar dan mentaksir. PBD yang berkualiti dapat menentukan
kemenjadian murid seperti yang dihasratkan oleh KPM. Dengan pelaksanaan PBD yang berkesan,
guru dapat mengumpul maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid dalam
proses pembelajaran mereka dan seterusnya meningkat pencapaian murid secara keseluruhan.
Pentaksiran berterusan dalam PBD merupakan tumpuan utama KPM sebagai salah satu wahana
bagi memastikan perkembangan holistik dalam kalangan murid. Pandemik COVID-19
mengesahkan pernyataan bahawa manusia wajib merancang, namun Tuhan yang menentukan,
justeru untuk mengingatkan dan memberi ruang kepada kita untuk memperbaiki kehidupan
dengan membuang atau mengubah normal hidup lama, mengamal normal baharu dan menjangka
atau mencipta normal masa hadapan. Pandemik COVID-19 mengingatkan kita sebenarnya berada
dalam satu sistem kehidupan, satu peradaban, satu bangsa manusia yang berfungsi untuk saling
melengkapi ke arah evolusi kehidupan yang maju, hijau, madani dan lestari. Keberkesanan
perlaksanaan pentaksiran bilik darjah memerlukan komitmen yang tinggi dari pelbagai pihak bagi
memastikan kemenjadian murid berlaku melalui sistem pendidikan. Semua pihak harus saling
berkolaborasi bagi menjamin sistem pendidikan negara terus berkualiti tinggi.

RUJUKAN

Arumugham, K. S. (2019). Pentaksiran Bilik Darjah dan Kemenjadian Murid: Pengukuran Tahap
PerkembanganPembelajaran Murid dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Literature and
Culture.

Azizi Ahmad. (2011). HBEF3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. OUM. Selangor.

Azizi Ahmad. (2016).Pentaksiran Pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Azizi Jaafar. (2019). Asas Pembangunan Kurikulum dalam Pendidikan. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.

Boon Pong Ying, L. L. (2017). Pentaksiran dalam Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar. Creswell,

23
24

J. W., & Creswell, J. D. (2017). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods
approaches. Sage publications.

Halim & Ahmad (2015). Kepimpinan distributif, faktor kontekstual dan efikasi kendiri guru di
Malaysia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(4), 57-61.

Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2016). Buku panduan pentaksiran. Cyberjaya: IPGM.

Jamil, H.(2019). Pelaksanaan Penskoran Pentaksiran Lisan Bahasa Melayu dalam Pentaksiran
Bilik Darjah. Jurnal pendidikan Bahasa Melayu, 25-36.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Perlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Edisi
kedua. Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Buku Panduan Pentaksiran Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025.


Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (2012). Pembinaan dan analisis ujian bilik darjah. Johor Bharu:
Penerbit UTM Press.

Mohd Haidzir ,Y.J., & Norasmah, O. (2019). Isu Dan Permasalahan Pentaksiran Alternatif Dalam
Sistem Penilaian Di Malaysia. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan
Kemanusiaan. eISBN: 978-967-2122-71-5.

Ying B P et el; (2017). Pentaksiran dalam Pendidikan:Siri Pendidikan Guru. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Muhd Rahimi Mohd Yusoff. (2010). Pentaksiran
bilik darjah: Panduan Untuk Guru Bahasa Melayu, Inggeris, dan Arab. Bangi: Penerbitan
Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia
https://www.pendidik.com.my/2019/01/29/pelaksanaan-pbd-pentaksiranpembelajaran
berorientasikan-perkembangan-murid/

Ministry of Education Malaysia (2019). Kurikulum: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).


https://www.moe.gov.my/en/soalan-lazim-menu/kurikulum/kurikulum

24
25

HUBUNGAN KESEDIAAN GURU DAN SOKONGAN PENTADBIR SEKOLAH TERHADAP


PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DI SEKOLAH RENDAH

ABDUL SAID AMBOTANG¹ CHRISTINA ANDIN2 & ZURAIDA YAACUB³

Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

said@ums.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti hubungan kesediaan guru dan sokongan pentadbir sekolah terhadap
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 di sekolah rendah daerah Ranau. Teknik pensampelan rawak
berstrata digunakan terhadap 232 orang guru sebagai responden. Kajian kuantitatif tinjauan ini dilakukan melalui
pengumpulan data menggunakan set soal selidik . Data dianalisis secara deskriptif dan statistik inferensi
menggunakan perisian SPSS. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap faktor kesediaan guru sekolah rendah daerah
Ranau dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru adalah berada pada tahap yang tinggi dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran abab ke-21. Keputusan analisis ujian Korelasi Pearson pula mendapati hubungan
antara kesediaan guru dengan pelaksanaan pengajaran abad ke-21 [r(232)=0.683, p<0.05] dan sokongan pentadbir
dengan pelaksanaan pengajaran abad ke-21 [r(232)=0.631, p<0.05] kedua-duanya mempunyai hubungan tinggi
dan positif yang signifikan. Dapatan kajian keseluruhannya mendapati penyumbang utama kepada kejayaan
pelaksanaan pengajaran abad ke-21di sekolah rendah adalah kesediaan guru sendiri kemudian diikuti oleh
sokongan pentadbir di sekolah.

Kata Kunci : Kesediaan guru, Sokongan Pentadbir, Pengajaran & Pembelajaran Abad-21

ABSTRACT

This research was conducted to identify the relationship between teacher readiness and school administrators'
support for the implementation of 21st century teaching and learning in Ranau district primary schools. Stratified
random sampling technique was used on 232 teachers as respondents. The quantitative study of this survey was
conducted through data collection using a set of questionnaires. Data were analyzed descriptively and inferential
statistics using SPSS software. The results of the study showed that the level of readiness of primary school teachers
in Ranau district in terms of knowledge, skills and attitudes of teachers is at a high level in the implementation of
teaching and learning in the 21st century. The results of Pearson Correlation test analysis found a relationship
between teacher readiness with the implementation of 21st century teaching [r (232) = 0.683, p <0.05] and
administrator support with the implementation of 21st century teaching [r (232) = 0.631, p < 0.05] both had a
significant high and positive relationship. The findings of the study as a whole found that the main contributor to the
successful implementation of 21st century teaching in primary schools is the readiness of teachers themselves then
followed by the support of administrators in schools.

Keywords: Teacher Readiness, Administrator Support, 21st Century Teaching & Learning

1.0 PENGENALAN
Secara umumnya, pembelajaran abad ke-21 merupakan satu dimensi baru dalam dunia
pendidikan. Sistem pendidikan sentiasa bersifat dinamik. Ia terdedah kepada
penambahbaikan dan perubahan ke arah yang positif. Impak yang paling jelas ialah
perubahan kaedah, cara dan pendekatan pengajaran yang perlu diambil oleh guru
(Norazlin, 2018). Keadaan ini didorong oleh kedinamikan situasi pada masa kini yang
telah merubah proses pengajaran dan kesannya terhadap kaedah pembelajaran murid-
murid. Maka, keadaan ini memberi pengaruh yang besar kepada pelaksanaan kurikulum
pendidikan yang disediakan bagi memacu proses kemenjadian murid.

25
26

Demi menjayakan usaha kerajaan dalam membawa perubahan terutamanya dalam bidang
pendidikan, guru perlu berkeupayaan melakukan tindakan yang diperlukan sesuai dengan
perubahan semasa. Aspek penguasaan pengetahuan dalam bidang pengajaran menjadi
indikator utama dalam pengajaran seseorang guru. Pengalaman mendidik merupakan
platform ilmu pengetahuan yang berjaya dijana lantaran hubungan dengan keadaan
sekeliling di tempat berkhidmat (Raja Abdullah & Daud, 2018).

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dilihat telah menggerakkan


usaha pemula pembelajaran abad ke-21 bermula tahun 2014 dan bertindak
menyebarluaskan lagi jangkauannya ke semua sekolah di seluruh negara sejak 2015 lagi.
Usaha ini sejajar dengan hasrat PPPM 2013-2025,iaitu mengangkat daya, kualiti, serta
mutu pendidikan negara sejajar dengan perubahan pendidikan semasa diperingkat
antarabangsa, seterusnya mampu mencipta sumber modal insan berdaya saing dan
mempunyai kebolehpasaran tinggi.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN


Pendidikan berkualiti memerlukan guru yang berkualiti (Wan Ismail et.al, 2016).
Sungguhpun banyak pemboleh ubah yang menyumbang kepada proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan seperti keadaan fizikal sekolah dan bilik darjah, kemudahan
pengajaran pembelajaran, tetapi yang paling penting ialah kualiti interaksi yang wujud
antara guru dan pelajar. Guru dalam abad ke-21 perlu memiliki kekuatan minda,
ketangkasan daya cipta, kemantapan idealisme dan kekuatan diri. Profesionalisme dan
disiplin kendiri yang positif menjadi paksi utama kepada budaya kecermelangan kerjaya
seorang guru (Siti Fardaniah & Salma, 2017).

Pengurusan di setiap sekolah abad ke 21 ini adalah lebih rumit yang mana lebih banyak
cabaran yang akan dialami oleh pihak pengurusan sekolah samada guru mahupun
kakitangan sekolah yang lain. Hal ini disebabkan perkembangan teknologi yang semakin
pesat dan seterusnya meningkatkan lagi cabaran pendidikan pada abad ke 21. Dalam
melaksanakan tanggungjawab ini, sudah pasti setiap guru harus dibekalkan dengan
pelbagai pengetahuan, kemahiran, nilai, motivasi, psikologi, dan lain-lain. Demikian juga
latihan dan pendidikan guru perlu dimantapkan dari segi kurikulum yang dipelajari,
kokurikulum, latihan mengajar dan pelbagai kemahiran generik dalam menghasilkan
seorang guru yang lengkap dari segi ilmu pengetahuan (bidang), kemahiran pedagogi
(kemahiran mengajar) di samping dilengkapi dengan pelbagai kemahiran generik.
Menurut Yahya Othman (2014), hal ini amat penting dalam mendidik pelajar-pelajar
dalam abad ke-21 yang diketahui mempunyai banyak kemahiran yang dipelajari secara
pengalaman, pembacaan, pemerhatian dan pergaulan seharian.

Kesediaan guru dan peranan pentadbir mempunyai pengaruh yang besar terhadap sekolah
kerana guru dan para pengurus sekolah mempunyai kuasa terbesar dalam membuat
sesuatu keputusan atau melaksanakan sesuatu dasar. Dalam konteks ini, peranan pentadbir
dan guru yang positif akan dapat mendorong kerja guru ke arah yang lebih produktif dan
juga memainkan peranan penting untuk menarik minat dan motivasi ke arah kerja yang
lebih efisien dan sistematik berpandukan dasar-dasar yang ditetapkan (Zarina, 2016). Hal
ini kerana seandainya guru sendiri tidak minat dan tidak menyokong transformasi yang
dilakukan oleh kerajaan, bagaimanakah guru boleh membantu murid dalam proses
pembelajaran? Ciri-ciri pelajar abad ke-21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek
tertentu iaitu yang mana pelajar abad ke-21 merupakan pelajar yang celik dari segala-
galanya tidak kira dalam teknologi maklumat mahupun akademik.
26
27

Menurut Azalya (2003) bagi menghadapi cabaran globalisasi, rakyat Malaysia perlu
dilengkapi dengan pelbagai kemahiran asas dalam bidang pendidikan serta latihan yang
kukuh dan mempunyai pelbagai kemahiran umum termasuk kebolehan dalam
berkomunikasi, berfikiran kritis dan inovatif. Oleh itu, cabaran pendidikan abad ke-21
adalah pendidikan yang menjurus kearah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah
diamalkan di dalam bilik darjah di luar negara seperti Amerika Syarikat dan England sejak
tahun 1970 an lagi. Lihat i-Think dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Hal ini
menggambarkan pendidikan Barat begitu mengambil berat tentang kurikulum ke arah
pemikiran global dan kemenjadian murid mereka pada abad ke-21 kelak. Penekanan
dalam menguasai kemahiran abad ke-21 dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) haruslah bermula dengan menerapkan konstruk kemahiran abad ke-21 dalam
proses PdPc. Maklumat dan pengetahuan bukan lagi dimonopoli oleh para guru tetapi
pelajar boleh mendapat maklumat secara kolaboratif dari pelbagai sumber dan dari
pelbagai bentuk multimedia.

Pendidikan masa kini bukan hanya bertujuan untuk menghasilkan warganegara yang baik
tetapi warganegara global yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan motivasi untuk
menangani isu-isu kemanusiaan dan persekitaran yang mampan. Warganegara global
yang mampu saling hormat-menghormati dan berfikiran terbuka kepada sebarang
perbezaan pendapat dan idea (Jansen & Van Der Merwe, 2015). Dasar dan polisi sentiasa
disemak serta pembaharuan pendidikan direncanakan dan dilaksanakan bertujuan untuk
memantapkanproses dan pengendalian dalam PdPc di sekolah. Peranan guru dalam usaha
melaksanakan dasar pendidikan negara dengan berkesan ke arah melahirkan model insan
kelas pertama yang berprestasi tinggi seiring dengan negara maju sememangnya tidak
dapat dinafikan. Masyarakat memberi harapan yang besar kepada guru untuk mendidik
serta mengembangkan potensi pelajar sejajar dengan matlamat pendidikan yang telah
ditetapkan oleh KPM.

1.2 PENYATAAN MASALAH KAJIAN


Pendidikan adalah suatu proses yang dinamik dan profesion perguruan menuntut
seseorang guru itu memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tinggi (Parry & Urwin,
2011). Oleh itu perubahan penting bagi menjamin sistem pendidikan selari dengan
perkembangan dan keperluan abad ke-21 sama ada dari segi sikap guru, struktur
organisasi, aplikasi pengajaran (Inandi & Gilic, 2016), kurikulum dan peralatan teknologi
(Martinic, 2010) dan sosial budaya (Ussahwahahitcakit, 2011). Guru perlu berubah ke
arah menguasai pendidikan abad ke-21 bagi menjadikan pendidikan yang diberikan selari
dengan keperluan pelajar abad ke-21. Ini kerana guru merupakan faktor penting
menjayakan organisasi pendidikan (Inandi & Gilic, 2016).

Terdapat guru yang masih menggunakan kaedah lama dalam melaksanakan pengajaran.
Keadaan ini menimbulkan beberapa persoalan, apakah keadaan ini disebabkan oleh guru-
guru kurang berpengetahuan serta kurang mahir tentang pendidikan abad ke-21 yang
menjadikan mereka masih mengamalkan kaedah lama dalam pengajaran? Kenapa perkara
seperti ini boleh berlaku? Adakah antara puncanya adalah pemahaman tentang konsep
Pembelajaran Abad Ke-21 telah dirumitkan oleh sesetengah pihak sedangkan
pelaksanaannya tidaklah serumit seperti yang disangka.

Dalam konteks menerapkan elemen-elemen pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 di


sekolah, kesediaan guru untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran
dituntut oleh sesuatu inovasi merupakan salah satu pemboleh ubah utama yang
27
28

menentukan kejayaan atau kegagalan inovasi tersebut (Rajendran, 2010). Terdapat


sebilangan kajian lepas yang mengkaji kesediaan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran yang mengintegrasikan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 . Masalah
yang paling utama dihadapi oleh guru ialah ketidaksediaan para guru melaksanakan
agenda ini ialah kerana ilmu dan kemahiran (Rosnani, 2003). Guru kurang bersedia dari
aspek ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap untuk melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran abad ke-21 di sekolah (Rajendran, 2010).

1.3 OBJEKTIF KAJIAN


a. Mengenal pasti tahap faktor kesediaan guru sekolah rendah daerah Ranau dari
aspek pengetahuan guru dalam pelaksanaan pengajaran abad ke-21.
b. Mengenal pasti tahap faktor kesediaan guru sekolah rendah daerah Ranau dari
aspek kemahiran dan dalam pelaksanaan pengajaran abad ke-21.
c. Mengenal pasti tahap faktor kesediaan guru sekolah rendah daerah Ranau dari
aspek sikap guru dalam pelaksanaan pengajaran abad ke-21.
d. Mengenal pasti hubungan antara kesediaan guru dengan pelaksanaan pengajaran
abad ke-21.
e. Mengenal pasti hubungan antara sokongan pentadbir dengan pelaksanaan
pengajaran abad ke-21.

2.0 METODOLOGI
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan berfokuskan kepada kaedah kajian
tinjauan deskriptif. Kajian ini dilaksanakan di sekolah rendah dalam daerah Ranau. Mohd
Majid Konting (1998) berpendapat reka bentuk penyelidikan diklasifikasikan sebagai
bagaimana kaedah paling berimpak digunakan oleh seseorang pengkaji bagi memperolehi
maklumat sepatutnya untuk menepati keperluan penyelidikan melalui sumber yang paling
minimum. Creswell (2014) memperkukuhkan lagi pendapat Mohd Majid Konting (1998)
dengan menyatakan reka bentuk kajian yang bersifat tinjauan juga merupakan suatu
prosedur melibatkan kuantitatif iaitu proses kajian yang mana pengkaji bertindak
melaksanakan suatu tinjauan terhadap kumpulan sampel kajian ataupun populasi yang
ditetapkan.

Kajian ini secara tidak langsung melibatkan seramai 232 orang guru sebagai responden
kajian. Kajian ini telah menetapkan bahawa pemboleh ubah bersandar dan difokuskan
untuk diketahui kesannya adalah tahap kesediaan guru dalam melaksanakan proses
pembelajaran dan pengajaran abad ke-21 dari aspek pengetahuan, kemahiran, amalan dan
sikap. Faktor sokongan pentadbir sekolah juga merupakan pemboleh ubah bersandar.

Manakala pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 sebagai pemboleh ubah
tidak bersandar. Menerusi kajian tahap kesediaan guru dan sokongan pentadbir sekolah
rendah dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran abad ke-21, instrumen
utama yang digunakan adalah soal selidik yang berbentuk soalan tertutup dan
mengaplikasikan penggunaan skala Likert. Kajian ini mengaplikasikan analisis statistik
deskriptif dan statistik inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science dalam melaksanakan proses analisis data.

28
29

3.0 RINGKASAN DAPATAN KAJIAN


Bil Objektif Kajian Soalan kajian Hipotesis Dapatan
Kajian
1. Mengenal pasti faktor Apakah tahap Min = 4.04
kesediaan guru sekolah rendah kesediaan guru S.P = 0.428
daerah Ranau dari aspek sekolah rendah
pengetahuan guru dalam daerah Ranau dari Tahap
pelaksanaan pengajaran abad aspek pengetahuan Tinggi
ke-21. dalam pelaksanaan
pengajaran abad
ke-21?
2. Mengenal pasti terdapat faktor Apakah tahap Min = 3.83
kesediaan guru sekolah rendah kesediaan guru S.P = 0.576
daerah Ranau dari aspek sekolah rendah
kemahiran dan dalam daerah Ranau dari Tahap
pelaksanaan pengajaran abad aspek kemahiran Tinggi
ke-21. dalam pelaksanaan
pengajaran abad
ke-21?
3. Mengenal pasti faktor Apakah tahap Min = 4.11
kesediaan dari aspek sikap kesediaan dari S.P = 0.448
guru sekolah rendah daerah aspek sikap guru Tahap
Ranau dalam pelaksanaan sekolah rendah Tinggi
pengajaran abad ke-21 daerah Ranau
dalam pelaksanaan
pengajaran abad
ke-21?
4. Mengenal pasti hubungan Adakah terdapat Ho9 Hubungan
antara kesediaan guru dengan hubungan antara Tidak terdapat Tinggi
pelaksanaan pengajaran abad kesediaan guru hubungan yang
ke-21 dengan signifikan antara N = 232
pelaksanaan kesediaan guru r = 0.683
pengajaran abad dengan p <0.05
ke-21? pelaksanaan
pengajaran abad Hipotesis
ke-21. Nul (Ho9)

Ditolak
5. Mengenal pasti hubungan Adakah terdapat Ho10 Hubungan
antara sokongan pentadbir hubungan antara Tidak terdapat tinggi
dengan pelaksanaan sokongan hubungan yang
pengajaran abad ke-21 pentadbir dengan signifikan antara N = 232
pelaksanaan sokongan r = 0.631
pengajaran abad pentadbir dengan p <0.05
ke-21? pelaksanaan
pengajaran abad Hipotesis
ke-21. Nul (Ho10)

Ditolak

29
30

4.0 PERBINCANGAN
Keputusan ujian Korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara
persekitaran psikososial sekolah dengan amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21
guru-guru rendah daerah Ranau. Hal ini bermakna, apabila skor min kesediaan guru
adalah tinggi, maka skor min amalan pengajaran dan pembelajaran àbad ke-21 guru-guru
juga dilaporkan tinggi. Oleh kerana hubungan antara kesediaan guru (pengetahuan,
kemahiran dan amalan) guru adalah berhubungan yang positif maka ini membawa makna
para guru menerima baik pelaksanaan pengajaran abad ke-21 dalam pengajaran. Ini
menunjukkan bahawa guru bersediaan melaksanakan pengajaran abad ke-21 dalam
pengajaran. Walaupun guru sedia maklum dengan pelaksanaan pengajaran abad ke-21
namun begitu mereka masih memerlukan masa untuk melaksanakan sepenuhnya
tanggungjawab yang diberikan dan boleh dipertingkatkan lagi bagi menghasilkan
pengajaran kemahiran berfikir yang berkesan.

Hal ini berketepatan dengan kajian yang dilaksanakan oleh Nor Hasmaliza Hasan dan
Zamri Mahamod (2016) yang menunjukkan hasil dapatan kajian mendapati guru-guru
memberikan respon dan sikap yang positif terhadap pelaksanaan pengajaran abad ke-21.
Sikap mempunyai hubungan atau perkaitan dengan kesediaan guru seperti mana yang
ditegaskan oleh Peters (1994). Hal ini bermakna terdapat hubungan yang yang positif
membawa kepada guru lebih bersedia untuk melaksanakan pengajaran abad ke-21 dalam
pengajaran.

Dari segi pendidikan, Guru besar selaku pemimpin mempunyai kuasa untuk
mempengaruhi individu dalam organisasi, bersama-sama memahami misi dan visi
sekolah, bekerja secara kolaboratif demi mencapai matlamat organisasi. Oleh itu, Bolam
et.al, (2005) menyatakan bahawa agak sukar untuk melihat sesebuah sekolah tanpa
sokongan aktif daripada pemimpin-pemimpin di pelbagai peringkat. Oleh itu, sokongan
pentadbir sekolah penting dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 di
sesebuah sekolah.

Perkara ini bertepatan dengan kajian Teo (2010) pentadbir sekolah perlu bergerak sejajar
dengan matlamat dan objektif pendidikan abad ke-21. Justeru, visi dan misi merupakan
panduan dan rujukan utama untuk merancang dan melaksanakan hampir keseluruhan
program yang menonjol ke arah empat komponen kerangka pendidikan abad ke-21.
Sebagai pemimpin sekolah, pengetua dan guru besar (PGB) harus menguar-uarkan hala
tuju pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 melalui sikap positif yang boleh membawa
perubahan kepada warga sekolah mereka.Secara praktikal hala tuju pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 yang dibentuk mesti direstui oleh guru dan murid sekolah Ini
adalah kerana guru dan murid akan bersama-sama berganding bahu merealisasikan hala
tuju sekolah sekiranya mereka mengetahui dan menghayati misi dan visi sekolah mereka.

Selari dengan kajian Zuraidah (2010), yang menyatakan terdapat lima atribut penting
kepemimpinan sekolah yang dapat menentukan sokongan pentadbir yang wujud di
sekolah iaitu (i) pentadbir sekolah bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat, (ii)
pentadbir membimbing guru menjadi pemimpin, (iii) pentadbir sentiasa memberi
sokongan kepada guru-guru, (iv) terdapat perkongsian kuasa dan autoriti dan (v)
berlakunya keluasan pembuatan keputusan dalam kalangan guru di sekolah.

30
31

5.0 KESIMPULAN
Kajian ini berjaya mencapai objektif kajian dan berupaya menjawab soalan kajian yang
telah dikemukakan. Dapatan kajian menunjukkan guru sekolah rendah melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Walau bagaimanapun kemahiran guru dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 perlu sentiasa dipertingkatkan.
Malahan, sikap guru terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21
dalam pengajaran didapati bersifat positif. Ini bermakna para guru sedar dengan
kepentingan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, cuma mereka memerlukan sedikit
lebih masa dan latihan untuk mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 secara berkesan dan
menyeluruh. Sebagai agen perubahan, guru merupakan tunjang dan pelaksana yang paling
utama dalam menjayakan transformasi pendidikan. Kesediaan guru dan sokongan
pentadbir sekolah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21
merupakan salah satu elemen terpenting dan dapat memainkan peranan untuk membantu
para pelajar mempunyai kematangan berfikir dalam menghadapi cabaran kini dan masa
depan kelak.

RUJUKAN

Azalya Ayob. (2003). Kepentingan kemahiran generik di kalangan pekerja industri elektrik dan
elektronik di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi
Malaysia.

Bolam, R., McMahon A., Stoll L., Thomas S., Wallace M., Greenwood A., Hawkey K., Ingram
M., Atkinson A. & Smith M. (2005). Creating and sustaining effective professional
learning communities. Research Report 6307. London: DfES abd Univ. of Bristol.

Cohen,L.,Manion,L.& Morrison, K.(2011).Researchmethodsineducation.London: Routledge.

Creswell, J. W. (2014). Educational research: planning, conducting and evaluating quantitative


and qualitatif research, (4th ed.). Pearson new international edition. Harlow, Essex:
Pearson Education Limited.

Inandi, Y. & Gilic, F. (2016). Relationship of teachers’ readiness for change with their
participation in decision making and school culture. Educational Research and Reviews,
11(8), 823-833.

Jansen, C., & Van Der Merwe, P. (2015). Teaching Practice in the 21st Century: Emerging
Trends, Challenges and Opportunities. Universal Journal of Educational Research, 3(3),
190–199.

Martinic, R. (2010). Change management in adult educational organizations: A Slovanian case


study. Management Global Transitutional. 8(1), 79-93.

Mohd Majid Konting. (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Norazlin Mohd Rusdin (2018). Teachers’ Readiness in Implementing 21st Century Learning.
31
32

Faculty of Human Development, University Pendidikan Sultan Idris.

Nor Hasmaliza Hasan & Zamri Mahamod. (2016). Persepsi guru Bahasa Melayu sekolah
menengah terhadap kemahiran berfikir aras tinggi. Malay Language Education Journal,
6(2), 2180–4842.

Parry, E., Urwin, P. (2011). Generational differences in work values: A review of theory and
evidence. International Journal of Management Reviews, Vol 79,79-96.

Peters, W. L. (1994). Repertory grid as a tool of training needs analysis. Journal of The Learning
Organization, 1(2), 23-28.

Raja Abdullah Raja Ismail, & Daud Ismail. (2018). Aplikasi ‘Konsep 4C’ Pembelajaran Abad
Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pelatih Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato’ Razali Ismail. Asian People Journal (APJ), 1(1), 45–65.

Rajendran Nagappan. (2010). Teaching Thinking Skills at Institutions of Higher Learning :


Lessons Learned. Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 18, 1–14.

Rosnani Hashim. (2003). Malaysian’s Teachers Attitude, Competency and Practices in the
Teaching of Thinking. International IslamicUniversityMalaysia.11 (1). 27- 50.

Siti Fardaniah Abd. Aziz & Salma Che Mat, (2017). Pengaruh kepimpinan transformasi,
keberkesanan latihan dan kehidupan bekerja terhadap kualiti perkhidmatan guru di
Malaysia. Journal of General Studies, 3,1-14.

Teo, B. H. (2010). Kepemimpinan Transformasional pengetua dan alaman komuniti


pembelajaran profesional di sebuah sekolah di Selangor. Tesis Sarjana, Institut Pengajian
Kepengetuaan, Universiti Malaya.

Ussahwahahitcakit, P. (2011). Building corporate innovation of information technology in


Thailand: Role of employee creativity, organizational change and globalization force.
Journal Academic Bussiness Economic. 11(1). 1-10.

Wan Ismail, W. A., Hamzah, M. I. & Lubis, M. A. (2016). Kesediaan Guru Pendidikan Islam
Sekolah Rendah di Selangor terhadap Penerapan KBAT dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Journal of Advance Research in Social and Behavioural Sciences, (2015),
Vol 3(1): 79-95.

Yahya Othman .(2014). Peranan Guru Bahasa Melayu Dalam Merangsang Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT). Dewan Bahasa.14(25). 20-24.

Zarina Abdul Rashid. (2016). Tahap Kesediaan guru dalam aspek pengetahuan dan keperluan
latihan berfokuskan aplikasi KBAT. Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Zuraidah A. (2010). Pembentukan Profil Komuniti Pembelajaran Profesional Sekolah Menengah


Di Malaysia. Tesis Ph.D. Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya. (tidak
diterbit.

32
33

PENDEKATAN MODULAR DALAM MATAPELAJARAN KEMAHIRAN VOKASIONAL SPESIFIK

SAROGENI KRISHNASAMY¹ ARDZULYNA ANAL² & KAMA SHAFFEEI³

Universiti Pendidikan Sultan Idris

sarogeni6020@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meneroka tahap kesediaan guru Pendidikan Khas dalam melaksanakan Pendekatan Modular
bagi mata pelajaran Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Daerah
Hulu Selangor. Rekabentuk kajian secara kualitatif iaitu pendekatan kajian kes dengan menggunakan instrumen
temubual separa berstruktur. Responden kajian melibatkan empat orang guru Pendidikan Khas di sebuah PPKI
Daerah Hulu Selangor. Dapatan kajian ini dianalisis secara deskriptif dan tematik. Hasil dapatan kajian menunjukkan
kesediaan guru Pendidikan Khas dalam melaksanakan Pendekatan Modular bagi mata pelajaran KVS dari aspek
pengetahuan berada pada tahap tinggi. Implikasi kajian menunjukkan satu garis panduan yang khusus mengikut
bidang kemahiran perlu disediakan oleh pemegang taruh bagi memastikan pelaksanaan di peringkat sekolah berjalan
lancar dan mampu mencapai objektif utama dalam melahirkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang berkemahiran
pada masa depan.

Kata kunci: Kesediaan guru, Kemahiran Vokasional Spesifik, Pendekatan Modular.

ABSTRACT

The purpose of this research is to explore special education teachers’ readiness in implementing modular approach
for Specific Vocational Skills (KVS) subject for Integrated Special Education Program ( PPKI) of Hulu Selangor
district. Research design is based on qualitative research by using case study approach upon utilizing semi structured
interview instrument . study responden consist of four special education teachers from a PPKI , Hulu Selangor
district. Study results are analyzed as descriptively and in thematic. The result of this study indicate that teachers
readiness to apply the modular approach are in high status. Research implicate that there exist a guideline needed
for spesific skill set development which needed to be provide to all stake holders to ensure school level execution of
such approach is well delivered and able to achieve main objective of producing special need learners ( MBK) whom
are skillful in near future.

Keywords: Teacher readiness, Specific Vocational Skill, Modular approach.

1.0 PENGENALAN
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah menengah berperanan penting
terhadap murid berkeperluan khas (MBK) di alam persekolahan sehingga ke alam kerjaya.
Sehubungan itu, dalam menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan
kualiti hidup, PPKI menjadi salah satu program perkembangan bakat dan potensi MBK
melalui pendidikan vokasional. PPKI turut menyediakan MBK dengan mengikuti
program pendidikan yang menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada bagi
melahirkan kumpulan separuh mahir dan seterusnya menjadi aset kepada negara
(Bahagian Pendidikan Khas, 2019). Mengikut data Pendidikan Khas 2020, sejumlah 868
sekolah menengah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di
seluruh Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020). Oleh itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia amat prihatin terhadap kepentingan dalam penyediaan Pendidikan
yang relevan untuk MBK. Kurikulum kemahiran vokasional diberi perhatian dalam
pendidikan golongan ini berbanding kurikulum akademik sedia ada (Hashim, Hisyam,
33
34

Nassir & Idayu, 2017). Dengan itu, MBK diberikan pendedahan lebih kepada kemahiran
vokasional agar mereka dapat membina dan bersedia memasuki alam perkerjaan setelah
tamat persekolahan.

Sejajar matlamat itu, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Malaysia Pendidikan


Khas (KSSMPK) mulai 2017 turut mengambil kira kemahiran vokasional sebagai bidang
yang relevan dengan ketidakupayaan MBK dalam menyediakan mereka ke arah transisi
kerjaya. KSSMPK ini diguna pakai oleh semua MBK yang berada di tahap kefungsian
sederhana dan rendah. MBK yang berada di tahap kefungsian tinggi berada di Program
Inklusif akan mengikuti KSSM di arus perdana (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2017). MBK berkefungsian sederhana adalah mereka yang berupaya menguasai asas
literasi dan numerasi dan berupaya menguasai dari segi bahasa dan komunkasi, sosio
emosi, tingkah laku dan psikomotor. Mereka ini mempunyai keupayaan fizikal yang baik
untuk diberikan latihan kemahiran vokasional yang dapat digunakan dalam kerjaya
tertentu supaya dapat membina kemahiran yang berorentasikan kerjaya dalam
membangunkan kompetensi dan kecekapan mereka di alam kerjaya. Rasul, Amnah, Rauf,
Sulong, & Mansor (dalam Hashim et al.,2017) melihat konsep pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran yang afektif serta latihan dan amali yang berkesan perlu sebelum
memasuki alam kerjaya. Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan perlu
memberikan impak yang berkesan dalam membina kemahiran MBK. Salah satu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam pelaksanaan mata pelajaran KVS di PPKI
sekolah menengah adalah pendekatan modular.

Dalam merealisasikan pendekatan modular ini bagi membangunkan potensi MBK ke arah
mencapai hasrat pendidikan dalam KSSM, guru perlu memainkan peranan mereka dengan
mengambil kira beberapa perkara penting semasa proses pembangunan modul
pembelajaran dijalankan. Antaranya adalah, (i) guru perlu mngenalpasti tahap kesukaran
pengetahuan dan kemahiran yang akan disampaikan, (ii) guru perlu memberi fokus
kepada tajuk dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid, (iii) guru perlu menentukan
tempoh/masa optimum untuk sesuatu kemahiran dapat dikuasai oleh MBK, (iv) guru juga
perlu mengenal pasti aspek dan kaedah penilaian pengetahuan dan kemahiran MBK dan
(v) guru perlu membina modul untuk MBK lemah dan MBK cemerlang supaya
pembelajaran dapat disesuaikan dengan tahap keupayaan MBK (Panduan Pendekatan
Modular Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, BPK KPM 2018).

1.1 PERNYATAAN KAJIAN


Pelaksanaan sesebuah program atau kursus yang mantap dan responsif terhadap keperluan
semasa perlu menitikberat tentang kesediaan guru. Ini kerana, guru memainkan peranan
penting dalam memastikan keberkesanan sesuatu kursus dan sekaligus memberi impak
kepada kemenjadian MBK. Dapatan kajian Derapa & Mohamed (2018) juga menyatakan
bahawa tahap kesediaan guru memberi kesan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar
dalam pembelajaran vokasional.

Transformasi dalam kurikulum Pendidikan Khas dari KBSM kepada KSSM Pendidikan
Khas juga telah mengubah proses dan penilaian pengajaran dan pembelajaran MBK (Buku
Penerangan KSSM, BPK KPM 2016). Melalui pembelajaran berasaskan ketrampilan,
diperkenalkan pendekatan modular dalam matapelajaran KVS Pendidikan Khas. Penting
untuk meneliti bahawa adakah pelaksanaan pendekatan modular di PPKI sekolah
menengah memenuhi syarat untuk diaplikasikan dalam mata pelajaran KVS. Dalam
memastikan objektif pelaksanaan kemahiran ini, guru perlu menerima perubahan yang
34
35

berlaku dalam sistem Pendidikan mengikut peredaran semasa. Kesediaan guru amat
penting dalam memastikan keberkesaan pelaksanaan pendekatan ini. Penyataan ini
disokong oleh Rafferty, Jimmieson, dan Armenakis (2013), kesediaan merupakan isu bagi
mana-mana perubahan yang dilaksanakan. Kesediaan terhadap perubahan amat penting
dalam menentukan kejayaan sesuatu pembaharuan dalam organisasi (Davis, 1989; Teo,
2010; Anghelachea & Bentea, 2012). Pengetahuan dan sikap yang tinggi sangat penting
bagi seseorang guru dalam memastikan pengajaran berjalan dengan lancar dan dapat
memberi kesan yang baik kepada murid (Nurul Farahah & Suziyani, 2018). Ini perlu untuk
memastikan bahawa pendekatan modular berjaya diterapkan dan dapat membolehkan
kerajaan melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan kompeten setaraf dengan
murid arus perdana (Buku Penerangan KSSM, BPK KPM 2016).

Lantaran itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka kesediaan guru pendidikan khas
terhadap pelaksanaan pendekatan modular dalam mata pelajaran KVS di PPKI sekolah
menengah di daerah Hulu Selangor. Kesediaan guru amat penting dalam pengajaran
kemahiran vokasional yang menjurus kejayaan pengajaran dan pembelajaran (Abdul
Rahman, 2016). Secara khususnya, keberkesanan dan kejayaan pelaksanaan pendekatan
modular dalam mata pelajaran KVS ini, dikaji kesediaan guru dari aspek pengetahuan
berkaitan kurikulum, aspek kemahiran dalam mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran mengikut kesesuaian dan aspek keperibadian yang perlu dimiliki untuk
mengajar MBK.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini dijalankan untuk meneroka kesediaan guru Pendidikan Khas terhadap
pelaksanaan pendekatan modular dalam mata pelajaran KVS dari aspek pengetahuan di
sebuah PPKI Daerah Hulu Selangor.

1.3 PERSOALAN KAJIAN


Sejauh manakah kesediaan guru Pendidikan Khas terhadap pelaksanaan pendekatan
modular dalam mata pelajaran KVS dari aspek pengetahuan di sebuah PPKI Daerah Hulu
Selangor?

2.0 METODOLOGI
Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Menurut Mohd
Majdi (2005), kelebihan utama penggunaan kajian kes ialah dapat mendalami tentang
maklumat sesuatu kes.

Selain itu, kajian ini turut menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur secara
bersemuka atas talian terhadap empat orang guru Pendidikan khas yang terdiri daripada
tiga orang guru perempuan dan seorang guru lelaki. Dua responden mempunyai
pengalaman mengajar 15 tahun ke atas, seorang responden mempunyai 10 tahun
pengalaman mengajar dan seorang lagi responden mempunyai empat tahun pengalaman
mengajar. Kesemua responden merupakan guru Pendidikan khas yang mengajar mata
pelajaran KVS.

Berdasarkan beberapa langkah yang dicadangkan oleh Bodgon & Biklen (2003), pengkaji
telah membuat pengesahan inventori soalan separa berstruktur dengan merujuk kepada
penyelia dan pakar bidang, triangulasi data, laporan nota lapangan dan diari. Triangulasi
data dalam kajian ini melibatkan triangulasi antara data temu bual yang disokong oleh
nota lapangan dan diari pengkaji.
35
36

Setelah semua hasil transkrip telah disahkan serta disusun semula, pengkaji menyusun
tadbir data tersebut untuk mendapatkan tema dapatan kajian. Pengkaji juga menganalisis
data secara deskriptif.

3.0 DAPATAN KAJIAN


Temubual separa berstruktur dilaksanakan ke atas empat responden yang terdiri daripada
seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas dan tiga orang guru Pendidikan Khas yang
mengajar mata pelajaran KVS di sebuah PPKI Sekolah Menengah di Daerah Hulu
Selangor. Setiap respoden memberi respon dalam tembual separa berstruktur yang
dijalankan. Dapatan temubual ini dianalisis secara tematik secara deskriptif.

Objektif kajian iaitu meneroka kesediaan guru guru Pendidikan Khas terhadap
pelaksanaan pendekatan modular dalam mata pelajaran KVS dari aspek pengetahuan di
sebuah PPKI Daerah Hulu Selangor.

Jadual 1 (a) menunjukkan Analisis Temubual Separa Berstruktur Guru Pendidikan Khas
yang mengajar mata pelajaran KVS di PPKI Sekolah Menengah di Daerah Hulu Selangor.
Dapatan menunjukkan bahawa guru Pendidikan khas di PPKI SMK Taman Bunga yang
mengajar mata pelajaran KVS dengan mempunyai kefahaman yang baik tentang
pendekatan modular.

Soalan (1) pengkaji: Sebagai guru Pendidikan Khas, apakah kefahaman cikgu, tentang
pendekatan modular?
Respoden (R) Dapatan Transkrip Temubual
R1 “…guru tidak mengajar keseluruhan wimn atau nos yang ditetapkan
oleh pihak kurikulum KVS, akan tetapi mengambil bahagian kecil
mengikut keupayaan murid tersebut.”
R2 “Satu set yang lengkap dari segi isi kandungan, ditetapkan secara
berstruktur dan penilaiannya…”-
R3 “Pada kefaham saya, program modular dalam KVS adalah
pembelajaran yang kita rancang dapat digabungkan dengan topik
yang lain…”
R4 “Mengikut kefahaman saya, pendekatan modular adalah satu
pendekatan dimana mengabungkan topik utama dengan bebrapa sub
topik dalam bidang vokasional yang ajar…”

Jadual 1 (b) menunjukkan Analisis Temubual Separa Berstruktur Guru Pendidikan Khas
yang mengajar mata pelajaran KVS di PPKI Sekolah Menengah di Daerah Hulu Selangor.
Kesemua responden menyatakan bahawa mereka telah menghadiri bengkel dan kursus
sebelum mengajar mata pelajaran KVS. Ini menunjukkan bahawa guru Pendidikan Khas
mempunyai pengetahuan sedia ada tentang mata pelajaran KVS yang tinggi.

Soalan (2) pengkaji: Apakah cikgu pernah menghadiri kursus atau Latihan sebelum
menjalankan mata pelajaran Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS)?
Respoden (R) Dapatan Transkrip Temubual
R1 “… guru-guru atau saya sendri telah menghadiri kursus induksi
selama seminggu yang dianjurkan oleh Jabatan pada tahun 2017
bersama dengan cikgu yang mengajar KVS.”
R2 “…sebagai seorang guru yang mengajar KVS, guru itu perlu
36
37

menghadiri kursus induksi dan lain-lain bengkel yang mempunyai


kaitan dengan bidang yang diajar. “
R3 “Saya pernah menghadiri kursus secara umum iaitu kursus induksi
sebelum mula mengajar KVS di sekolah..”
R4 “…saya telah menghadiri kursus Induksi yang dianjurkan oleh pihak
PPD dengan Kerjasama Jabatan Kemahiran Malaysia. Itu adalah
titik permulaan untuk guru Pendidikan khas yang menceburi bidang
vokasional.”

Jadual 1 (c) menunjukkan Analisis Temubual Separa Berstruktur Guru Pendidikan Khas
yang mengajar mata pelajaran KVS di PPKI Sekolah Menengah di Daerah Hulu Selangor.
Dapatan temubual menunjukkan bahawa responden mempunyai pengetahuan tentang ciri-
ciri pendekatan modular yang baik.

Soalan (3) pengkaji: Sebagai guru Pendidikan Khas, apakah ciri-ciri pendekatan modular
yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran KVS?
Respoden (R) Dapatan Transkrip Temubual
R1 “Pengetahuan guru dan murid, prasarana, kemudahan serta
personality guru dan murid juga saling kait rapat antara satu sama
lain untuk melaksanakan pendekatan modular ini dalam KVS dengan
baik.”
R2 “…ciri-ciri pendekatan modular yang baik adalah infrastruktur yang
lengkap dan tenaga pengajar yang mempunyai kemahiran dalam
bidang vokasional.”
R3 “Pada pandangan saya adalah pendekatan modular ini lebih
memfokuskan murid, pembelajaran secara kumpulan.”
R4 “Pendekatan modular yang baik adalah pendekatan yang mempunyai
kandungan, perancangan atau panduan pelaksanaan dan panduan
penilaian yang lengkap.”

Jadual 1 (d) menunjukkan Analisis Temubual Separa Berstruktur Guru Pendidikan Khas
yang mengajar mata pelajaran KVS di PPKI Sekolah Menengah di Daerah Hulu Selangor.
Kesemua responden menyatakan bahawa pendekatan modular ini amat sesuai
diaplikasikan dalam pdpc mata pelajaran KVS.

Soalan (4) pengkaji: Apakah pandangan cikgu, adakah pendekatan modular ini sesuai
diaplikasikan dalam mata pelajaran KVS?
Respoden (R) Dapatan Transkrip Temubual
R1 “Memang sesuai diaplikasikan dalam KVS kerana murid Pendidikan
khas ini mempunyai pelbagai tahap keupayaan.”
R2 “Sangat-sangat sesuai diaplikasikan dalam MKVS Pendidikan khas
kerana ia berpandu…”
R3 “Pendekatan modular amat sesuai untuk MKVS kerana masa Latihan
singkat dan kita oleh memfokuskan kepada pemantapan kemahiran
murid.”
R4 “…saya berasa pendekatan modular ini sangat sesuai dilaksanakan
dalam matapelajaran KVS dan juga boleh diaplikasikan dalam
matapelajaran teras juga.”

37
38

4.0 PERBINCANGAN
Kajian ini dilaksanakan untuk meneroka kesediaan guru dari aspek pengetahuan
pelaksanaan pendekatan modular dalam matapelajaran KVS yang merangkumi
kefahaman guru tentang pendekatan modular, pengetahuan sedia ada guru tentang KVS,
pengetahuan guru tentang ciri-ciri pendekatan modular yang baik dan kesesuaian
pengaplikasian pendekatan modular dalam pdpc untuk murid Pendidikan khas
terutamanya dalam mata pelajaran KVS. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap
pengetahuan guru terhadap pelaksanaan pendekatan modular dalam matapelajaran KVS
di sebuah PPKI Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor adalah berada pada tahap
tinggi. Ini menunjukkan guru mengetahui bahawa melalui pendekatan modular ia dapat
memberi kesan yang baik terhadap akademik mbk.

Laporan UNESCO-UNEP (1978), menjelaskan tahap pengetahuan merupakan keupayaan


manusia untuk memperolehi pelbagai pemahaman asas dan pengalaman yang diperlukan
dalam kehidupan seharian. Pengetahuan guru perlu berada pada tahap tinggi kerana guru
merupakan pelaksana dalam segala dasar dan matlamat kurikulum. Menurut Muhammad
Hafizan dan Anuar (2017), pengetahuan guru merupakan aspek penting bagi seorang guru.
Tahap pengetahuan guru yang tinggi mampu menterjemahkan pengetahuan tersebut di
dalam bilik darjah serta mengembangkan kemahiran untuk mengajar.

Pengetahuan guru memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu program.


Dapatan ini disokong oleh kajian Magdeline Anak Nor & Zamri Mahamod, (2014), yang
menyatakan bahawa pengetahuan guru yang tinggi terhadap sesuatu isi kandungan yang
diajar menyenangkan guru bagi membuat perancangan dan persiapan pengajaran dari segi
pendekatan dan teknik yang digunakan di dalam bilik darjah.

Di samping itu, pengetahuan sedia ada mengenai mata pelajaran KVS diperlukan untuk
seorang guru Pendidikan Khas mengaplikasikan pengetahuan dalam mengajar pelajar
MBK. Guru yang berkesan adalah guru yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam
bidangnya (Adnie, 2016).

Menurut Shullman seperti dinyatakan dalam Habibi (2016) seorang guru akan memberi
kesan terhadap pengajarannya sekiranya guru itu berpengetahuan. Kekurangan
pengetahuan dalam pedagogi dan kandungan serta gabungan keduanya memberi pengaruh
besar kepada guru untuk berfikir secara kreatif dan kritis mengenai pengajaran mereka.

Kesimpulannya, pendekatan modular dalam pengajaran mata pelajaran kemahiran


vokasional spesifik (KVS) dapat dijalankan dengan sempurna oleh guru pendidikan khas
yang mengajar KVS sebagai penggerak kepada pembaharuan yang direncanakan oleh
kementerian pendidikan malaysia. Guru sebagai perancang dan pelaksana dasar dan
kurikulum ini haruslah mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi, serta
sikap positif untuk mengaplikasikan pendekatan ini dalam pengajaran mereka. Hasil
kajian menunjukkan bahawa guru memiliki pengetahuan dan kemahiran serta sikap positif
yang tinggi terhadap pelaksanaan pendekatan modular dalam pengajaran mata pelajaran
KVS. Diharapkan dengan memiliki tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi serta
sikap positif membolehkan guru untuk mengajar isi kandungan KVS dengan
menggunakan pedagogi yang sesuai dan berkesan mengikut keupayaan murid di dalam
38
39

kelas supaya memberi kesan yang positif kepada murid dalam penguasaan dan pencapaian
mata pelajaran KVS yang dipelajari.

RUJUKAN

Abdul R. H., (2016). Kesediaan Pengetahuan Kemahiran dan Sikap Guru Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran Mengajar Kemahiran Hidup Pertanian.
UniversitiKebangsaanMalaysia

Adnie, A. (2016). Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan Program Transisi Kerjaya Bagi Murid
Bekeperluan Khas. Malaysia, 2nd International Conference on Special Education
Proceedings: 510-515

Anghelachea, V., & Bentea, C. C. (2012). Educational Changes and Teachers’ Attitudes Towards
Change. Social and Behavioral Sciences, 33, 593–597.

Arshad, A. (2019). Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pelaksanaan Dalam Mempengaruhi Sikap
Guru Bahasa Melayu Tentang Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Davis, F. D. (1989). Perceived Usefulness, Perceived Ease of Use, and User Acceptance
ofInformation Technology. MIS Quarterly, 13(3), 319-339.

Derapa, N. F. & Mohamed, S. (2018). Kesediaan guru pendidikan khas dalam melaksanakan mata
pelajaran asas tanaman. Jurnal Ortopedagogia, 4(1): 66-71.

Habibi, A. R. (2016). Kesediaan Pengetahuan Kemahiran dan Sikap Guru Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran Mengajar Kemahiran Hidup Pertanian. Universiti Kebangsaan
Malaysia

Hashim., Hisyam., Nassir., & I. (2017). Transisi kerjaya pendidikan khas vokasional : teori dan
amalan.

Kama Shaffeei (2019). Pembangunan Instrumen Saringan Kemahiran Vokasional Murid


Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran Bagi Persediaan Sijil Kemahiran Malaysia.
Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan
Sultan Idris

Kementerian Pendidikan Malaysia (2018). Panduan Pendekatan Modular Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2020). Buku Data Pendidikan Khas Tahun 2020.

Magdeline Anak Nor, & Zamri Mahamod. (2014). Penterjemahan Pengetahuan Pedagogi
Kandungan dalam Proses Tindakan Guru Bahasa Iban Baharu dan Berpengalaman
Bukan Opsyen. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39(1), 37–49.

Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada’ Wan Hassan & Mohd Isa Hamzah (2017). Tahap

Pengetahuan dan Kesediaan Guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Selangor


39
40

Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajaran Pendidikan Islam. ASEAN


Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization, 1(1), 1–13.

Norlizah Mat Ali, & Fadzilah Abd Rahman. (2016). Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dalam Pengajaran dan Pembelajarn
di Daerah Petaling Perdana. International Journal of Education and Training, 2(2), 1–8.

Nurul, F. D. (2017). Kesediaan Guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Melaksanakan


Pengajaran Kemahiran Vokasional Tanaman. Prosiding Seminar Serantau , hlm. 138-146.

NurulFarahah, D. &Suziyani, M. (2018). Kesediaan Guru Pendidikan Khas dalam Melaksanakan


Mata Pelajaran Asas Tanaman.Jurnal ORTOPEDAGOGIA, 4(1), 66-71.

Rafferty, A. E., Jimmieson, N. L., & Armenakis, A. A. (2013). Change Readiness: A Multilevel
Review. Journal of Management, 39(1): 110-135.

Shullman, L. S. (2013). Those who understand: Knowledge growth in teaching. The Journal of
Education, 193(3), 1-11.
Teo, T. (2010). The development, validation, and analysis of measurement invariance of
the technology acceptance measure for pre-service teachers (TAMPST). Educational and
Psychological Measurement, 70(6), 990-1006.

Vaz, S., Wilson, N., Falkmer, M., Sim, A. & Scott, M. 2015. Factors Associated with Primary
School Teachers’ Attitudes Towards the Inclusion of Students with Disabilities. PLOS
ONE, 10(8), 1

Yoda, A & Savolainen, H. 2017. Japanese in-servise teachers’ attitude toward inclusive education
and self-efficacy for inclusive practices. Teaching and Teacher Education, 64: 222-229.

40
41

PENGURUSAN PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DI SEKOLAH RENDAH


INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA

GULSON BEGUM HJ KHALID (Ph.D)

Sektor Perancangan, Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

ppd-x030-cm40@moe-dl.edu.my

ABSTRAK

Permuafakatan ibu bapa, komuniti dan sekolah merupakan aspek yang penting untuk meningkatkan keupayaan
pembelajaran pelajar terutama pelajar Bermasalah Pembelajaran. Pihak sekolah merupakan tunjang permuafakatan
dan perlu memainkan peranan menarik minat ibu bapa dan komuniti berkerjasama dalam program sekolah. Oleh itu
Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap pelaksanaan permuafakatan di sekolah Integrasi Bermasalah Pembelajaran
di Semenanjung Malaysia berdasarkan 6 dimensi. Selain dari itu, kajian ini juga ingin meneroka ciri-ciri kepimpinan
sekolah dalam menggalakkan permuafakatan di sekolah. Integrasi. Sumber data diperolehi dari 120 buah sekolah
rendah dan melibatkan seramai 360 dari kalangan guru dan pentadbir sekolah sebagai responden kajian. Mereka
diminta menjawab instrumen kajian (soal selidik) bagi melihat tahap permuafakatan. Pengkaji menggunakan
instrumen soal selidik Epstein yang diubahsuai bagi mendapatkanl data berkaitan tahap permuafakatan ibu bapa,
komuniti di sekolah. Data kualitaitif juga dikutip melalui kaedah temubual bersama guru dan pentadbir sekolah.
Kajian awal mendapati tahap permuafakatan di sekolah-sekolah Integrasi Bermasalah Pembelajaran di Semenanjung
Malaysia masih berada pada tahap yang sedarhana. Walaubagaimanapun ada beberapa dimensi menujukkan sekolah
berada pada tahap baik dan berjaya mempamerkan ciri-ciri pemimpin yang berjaya menggalakkan permuafakatan di
sekolah Oleh itu, hasil kajian ini diharapkan dapat memberi informasi kepada pihak sekolah integrasi pendidikan
khas berkaitan tahap permuafakatan di sekolah.Selain itu, hasil kajian dapat membantu sekolah dalam melaksanakan
permuafakatan secara efektif melalui penghasilan senarai semak perlaksanaan permuafakatan sekolah, ibu bapa dan
komuniti.

Kata Kunci: Permuafakatan, Ibu Bapa, komuniti.

ABSTRACT

Parents, community and school consensus are integral parts to enhance students’ learning abilities especially for
those who are identified with learning disabilities. School plays as the major factor for such consensus as it functions
as facility which provide parents and community interest at its heart , which in turn , will help school program . Thus,
this study is administered to see the level of execution of consensus in school. Data sources are obtained from 120
primary schools which involved as many as 360 teachers and school administrator as research responden. Responden
are required to answer survey questionnaire to their level of consensus. Epstein questionnaire had been used in this
research in bit for modifications . qualitative data had been duly collected by means of interviews among the teachers
and school administrators. Initial study indicates that consensus in schools are low or average among parents with
children of learning disabilities. Even though some schools shows promising leadership qualities dan nurture the
consensus culture, yet it has room for improvement. Henceforth , study result are hopefully meant to give insight for
schools about their consensus level. Aside that, study results meant to help schools to enhance their level of consensus
with parents and community effectively by using the check list provided.

Keywords : Consensus , parents, community

1. PENGENALAN
Bahagian Pendidikan Khas mengendalikan program untuk murid bermasalah
pembelajaran telah mula diimplementasikan pada tahun 1967 melalui kelas pemulihan.
Bagi murid Disleksia, program rintis Disleksia telah mula dilaksanakan pada tahun 2004.
Program ini dilaksanakan dengan menggunakan Model Pendidikan khas Integrasi melalui
kelas khas dan menggunakan pendekatan separa inklusif atau pengasingan. Selain
daripada melaksanakan program pemulihan, Kementerian juga merangka kurikulum untuk
murid bermasalah pembelajaran. Kurikulum ini telah dilaksanakan berdasarkan kurikulum
41
42

yang dirangka oleh (Meese 2001) bersesuaian dengan keupayaan dan keperluan murid
bermasalah pembelajaran tersebut agar mereka dapat mengikuti pembelajaran seperti
murid tipikal.

Murid-murid bermasalah pembelajaran sebenarnya berpotensi untuk belajar dan mendapat


manfaat dari sistem pendidikan tetapi peluang tersebut tidak dapat dikembangkan
sekiranya kanak-kanak tidak diberi peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai jenis
pengalaman. Menurut Zalizan (2009) murid yang menghadapai kesukaran dalam 3M ini
adakalanya berbakat tetapi mempunyai kesukaran tertentu yang berkaitan masalah
membaca atau mengendalikan nombor dan ini adalah akibat daripada kurikulum yang
tidak fleksibel dan kurangnya pengetahuan tentang murid. Oleh itu masalah para murid ini
tidak dapat ditangani sekiranya keperluan dan potensi mereka tidak dikenal pasti. Pelbagai
halangan wujud dalam pembelajaran, perkembangan dan penyertaan murid disebabkan
oleh pelbagai faktor berkaitan persekitaran dan dalaman. Sikap guru dan masyarakat
mungkin membataskan penggunaan potensi murid menyebabkan murid mengalami
halangan dalam pembelajaran (Zalizan 2009). Murid bermasalah pembelajaran
mempunyai sifat ingin tahu, motivasi dan inisiatif tetapi tidak dirangsang dengan
sewajarnya. Oleh itu keluarga, sekolah dan masyarakat memainkan peranan penting untuk
bersama membantu perkembangan akademik murid. Menurut Siti Fatimah (2018)
penglibatan ibu bapa dalam arus pendidikan anak-anak akan memberi kesan postif kepada
pembelajaran dan tingkah laku anak-anak.

1.1 PERNYATAAN MASALAH


pakar-pakar tingkah laku Watson (2000), pencapaian kanak-kanak boleh dicapai jika alam
sekitar dipertingkatkan iaitu dengan memberi asuhan, stimulasi dan segala bentuk yang
dengan kecerdasan maka anak itu akan menjadi cerdas kelak. Katsiyanis dan Yell (2002)
menekankan kepentingan faktor pemakanan dan kesihatan harus diambil kira Kanak-
kanak yang kurang mendapat zat pemakanan secukupnya akan menyebabkan
pertumbuhan terbantut. Situasi ini mempunyai persamaan situasi sekiranya anak tidak
asuhan dan stimulasi yang merangsang penggunaan akal fikiran, maka perkembangan
kognitifnya akan menjadi lembab. Golongan pakar kesihatan merupakan pihak dari
kalangan komuniti yang boleh memberi nasihat dan sokongan kepada ibu bapa dalam
membantu permasalahan perkembangan kanak-kanak.

Menurut Dunst & Trivette (2010), semua ibu bapa mempunyai kemahiran dan kepakaran
untuk membantu anak-anak mereka tetapi mereka gagal bukan kerana kelemahan ibu bapa
tetapi kegagalan sistem sosial memberi peluang untuk mereka memainkan peranan dan
menonjolkan kemahiran mereka. Oleh itu pihak sekolah perlu mengubah konsep ke arah
lebih bersedia berkerjasama dengan pihak ibu bapa serta komuniti untuk membantu murid-
murid masalah pembelajaran belajar agar perancangan program lebih efisien. Berdasarkan
pandangan Berger (1983) pihak sekolah harus mengamalkan dasar pintu terbuka dan guru
pula boleh bertindak sebagai kawan kepada ibu bapa.

Kepentingan hubungan permuafakatan ini diperakukan oleh Kementerian Pendidikan


Malaysia seperti mana menurut Sufean (2002) pihak Kementerian telah menubuhkan
jawatankuasa mengkaji taraf muridan di sekolah-sekolah yang menyerahkan laporannya
pada tahun 1982. Jawatankuasa ini telah mengenal pasti salah satu aspek besar yang
penting dalam peningkatan taraf pendikan di Malaysia iaitu melalui kerjasama masyarakat
dalam pembangunan sekolah. Selain daripada itu Akta Pendidikan 1996 turut
memperuntukkan penubuhan PIBG di semua sekolah dan peraturan-peraturan pendidikan
telah menggariskan tujuan penubuhan PIBG (KPM, 2001). Kewujudan dasar dan akta ini
42
43

menunjukkan peranan komuniti untuk membantu pihak sekolah diiktiraf oleh


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dalam konteks pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas kategori masalah


pembelajaran belajar, penglibatan ibu bapa sangat penting sebagai sumber maklumat
kepada pihak sekolah. Kepentingan penglibatan ibu bapa juga dilihat dalam model
pemindahan dan penggunaan oleh Cunningham dan Davis pada tahun 2000. Mengikut
model ini, ibu bapa adalah sebagai acuan yang akan menerima nasihat, merujuk sumber
dan membuat keputusan dengan bantuan professional yang mewakili komuniti.
Permuafakatan ibu bapa dengan kumpulan pelbagai disiplin dan komuniti dapat
membantu intervensi awal anak-anak bekerperluan khas. Menurut Hallahan dan Kuffman
(2000) kebanyakan pendidik dan ahli sains sosial percaya bahawa lebih awal kecacatan
sesorang indvidu dikenal pasti dan diberi program pendidikan yang bersesesuaian atau
rawatan tertentu, lebih baik penghasilan yang boleh diperolehi seseorang anak
berkeperluan khas. Permuafakatan yang wujud dalam proses pendidikan kanak-kanak
bermasalah pembelajaran ini akan memberi impak postif ke atas pencapaian akademik,
penguasaan kemahiran dan pengurangan masalah tingkah laku.( DiPipi_Hoy & Jitendra
2004).

Menyedari hakikat kepentingan permufakatan terhadap perkembagan akademik dan sosial


anak, maka ibu bapa, sekolah dan komuniti harus sama-sama memikul tanggung jawab
memberi pendidikan anak sama ada di rumah atau di sekolah. Ini adalah kerana sekolah
dan rumah adalah dua institusi pendidikan yang saling berhubung dan saling berkerjasama
untuk memberi pendidikan melalui pengajaran terancang atau tidak terancang.
Pendedahan kepada warga sekolah berkaitan kepentingan permuafakatan dan galakkan
melaksankan permuafakatan perlu di sekolah perlu dibimbing melalui perkongsian
panduan pelaksanaan.

1.3 KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini penting kerana masih kurang kajian yang khusus kepada permuafakatan
diantara sekolah, ibu bapa dan komuniti untuk membantu murid bermasalah pembelajaran.
Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pihak pentadbir tentang amalan
permuafakatan di sekolah-sekolah di Malaysia dan khususnya bidang pendidikan khas.

Permuafakatan dalam pendidikan merupakan satu cara menyatukan ibu bapa, komuniti
dan sekolah untuk memenuhi keperluan bersama dan mewujudkan satu suasana dan
persekitaran pembelajaran yang sempurna untuk membantu murid bermasalah
pembelajaran. Selain itu hasil kajian ini akan dapat
i) Perkongsian amalan permuafakatan di sekolah pendidikan khas
ii) Menyediakan senarai semak dalam melaksanakan permuafakatan di sekolah
iii) Memberi penekanan terhadap kepentingan pelaksanaan permuafakatan bagi membatu
murid pendidikan khas.

1.4 KONSEPTUAL KAJIAN


Bagi tujuan kajian ini, pengkaji telah menggabungkan konsep-konsep penting yang
dicorakkan dalam gabungan teori dan model ini kemudian diubahsuai dan dikategorikan
semula untuk membentuk kerangka umum dalam menjalankan kajian tinjauan terhadap
perlaksanaan permuafakatan di sekolah seperti yang digambarkan dalam rajah 1.
Kerangka kajian ini dirangka sedemikian agar dapat memenuhi objektif serta menjawab
persoalan-persoalan kajian. Bagi tujuan untuk mengetahui tahap permuafaktan sekolah,
pengkaji menggunakan keenam-enam jenis penglibatan untuk melihat tahap kesediaan
43
44

sekolah dalam melaksanakan pemuafakatan .

keibubapaan

komunikasi

Sekolah Pendidikan Murid


Khas Integrasi
kesukarelaan
dapat
tingkatkan
Guru kemahiran
Pentadbir Pembelajaran -Membaca
di rumah

Membuat
keputusan

Kolaborasi
dgn komuniti

Rajah 1; Kerangka Konseptual Kajian Permuafakan

2. METODOLOGI
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif.
Menurut Cresswell (2008), gabungan kedua-dua kaedah ini dapat membantu penyelidik
untuk lebih memahami kajian dan menyelesaikan masalah daripada menggunakan hanya
satu kaedah.Peringkat awal, kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Tujuan utama
kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kerjasama di sekolah-sekolah menggunakan
borang soal selidik yang dicadangkan oleh Epstein (2002). Untuk kajian ini, soal selidik
Epstein telah diubahsuai dengan mengikut keperluan konteks sekolah pendidkan khas di
Malaysia.(BPK, 2020).Seterusnya pengkaji juga menggunakan kaedah temubual untuk
meneroka ciri-ciri pemimpin yang berjaya menggalakan permuafakatan di sekolah. Hasil
temubual dianalisis dengan melihat ketepuan data temubual tersebut.

2.1 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif-objektif kajian ini adalah terdiri daripada:

a) Mengenalpasti tahap permuafakatan ibu bapa, guru dan komuniti


di sekolah integrasi pendidikan khas Masalah Pembelajaran berdasarkan 6 dimensi.

b) Menjelaskan amalan pemimpin sekolah Integrasi yang menunjukkan kecemerlangan


dalam mengalakkan permuafakatan ibu bapa dan komuniti di sekolah.

44
45

2.2 SAMPEL
Sumber data diperolehi dari 360 buah sekolah rendah Integrasi Pendidikan Khas di
Semenanjung Malaysia dan melibatkan seramai 360 dari kalangan guru dan pentadbir
sekolah sebagai responden kajian. Mereka diminta menjawab instrumen kajian (soal
selidik) bagi melihat tahap permuafakatan ibu bapa dan komuniti di sekolah. Selain dari
itu, kaedah temubual melibatkan 3 pentadbir sekolah (perolehi tahap tinggi
permuafakatan). Tujuan kutipan data temubual adalah untuk meneroka ciri-ciri pemimpin
yang mampu mencapai tahap permuafakatan efektif di sekolah mereka.

3. DAPATAN KAJIAN
Objektif utama dan merupakan persoalan pertama kajian ini adalah untuk mengetahui
tahap permuafakatan dalam kalangan ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah pendidikan
khas di daerah Tawau berdasarkan enam dimensi i) Parenting Skills; ii) Communication:
iii) Voluntarism: iv) learning at home; v) Decision-making: dan vi) collaboration with the
community? Dapatan kajian menunjukkan 3 dimensi berada pada tahap tinggi iaitu
communcation (min= 3.74, sd-0.6), parenting skills (min = 3.6, sd-0.9), dan learning at
home (min = 3:59, sd-1.0). Manakala 3 dimensi lain menunjukkan tahap rendah dan perlu
diperbaiki seperti berikut: tahap voluntarism (min = 2:07, sd-0.9), decision-making (min
= 3.4, sd-0.9) dan collaboration with the community (min = 3:02, sd-0.8).

Objektif kajian kedua berkaitan ciri-ciri pemimpin sekolah yang menunjukkan tahap
tinggi amalan permuafakatan ibu bapa, sekolah dan komuniti. Berdasarkan dapatan kajian
melalui kaedah temubual guru dan pentadbir, pengkaji telah berjaya menghasilkan model
kepimpinan positif yang mampu menggalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti di
sekolah pendidikan khas dalam membantu pendidikan anak-anak mereka.Ciri-ciri
pemimpin dapat dikategorikan dalam 3 aspek iaitu kepimpinan, pengetahuan dan sikap
seperti digambarkan di dalam rajah 2

Rajah 2: Ciri-ciri Pemimpin yang berjaya mengalakkan permuafakatan

Akhirnya, secara tidak langsung, berdasarkan item-item instrumen Epstein berteraskan 6


dimensi dengan menggariskan elemen-elemen kriteria penentuan tahap permuafakatan
tersebut, dapat dijadikan sebagai senarai semak yang boleh digunakan oleh sekolah secara
45
46

efektif dalam melaksanakan permuafakatan bersama ibu bapa dan komuniti.

4. RUMUSAN KAJIAN
Ibu bapa. Sekolah dan komuniti mempunyai peranan penting untuk membantu kanak-
kanak dalam perkembangan pendidikan mereka. Kajian ini memfokuskan murid-murid
bermasalah pembelajaran ini adalah kerana mereka berpotensi untuk meningkatkan
pencapaian mereka dengan pendekatan khusus dalam pembelajaran. Di sekolah
pendidikan khas, guru menghadapi masalah dalam mewujudkan permuafakatan dengan
ibu bapa dan komuniti. Kebanyakkan ibu bapa menyerahkan tugas mendidik anak mereka
kepada pihak sekolah sahaja, oleh itu tidak berlaku kesinambungan dalam pembelajaran.
Pihak komuniti pula kurang kesedaran tentang tanggungjawab mereka untuk membantu
dalam proses pendidikan. Masalah tersebut telah menyebabkan kewujudan benteng antara
sekolah, ibu bapa dan komuniti. Melalui strategi permuafakatan antara ibu bapa dan
komuniti akan dapat mewujudkan satu proses kerjasama dan pembelajaran berterusan
untuk murid tersebut. Komunti juga dapat memberi sokongan kepada ibu bapa dalam
menyediakan perkhidmatan kepada ibu bapa dan juga memenuhi keperluan murid untuk
mencapai objektif terhadap Rancangan Pengajaran Individu yang dirancang. Akhirnya,
melalui kesediaan sekolah dalam melaksanakan permuafakatan dapat menghapuskan
benteng antara ibu bapa dan komuniti.

RUJUKAN

Barth, R.S.(1990).Improving school from within :Teacher,Parents, and Principal can make the
difference. San Fracisco. Jossey-Bass.

Berger E. H. (1983), Parent involvement: Yesterday and today. The Elementary School Journal.
1991; 91: 209 –219

Cunningham, C. and Davis, H. (1985) Working with Parents: Frameworks for Collaboration ,
Milton Keynes: Open University Press.

Cocoran & Wilson. Characteristics of succesesful schools.in Salbiah Ismail . (2001) :


Kepengetuaan dalamkonteks sekolah bestari, Seminar Kepengetuaan Kebangsaan ke 2
.Universiti Malaya, Kuala \Lumpur

Creswell. J.W. (2008). Educational Research ,Planning conducting and evaluation quantitative
and qualitative research. (3rd edition) University of Nebraska : Pearson Educational
International.

Caroline DiPipi-Hoy and Asha Jitendra, (2004), A Parent-Delivered Intervention to Teach


Purchasing Skills to Young Adults with Disabilities, The Journal Of Special Education
Vol. 38/No. 3/2004/Pp.144–157 Lehigh University.

Dunst, C. J., & Trivette, C. M. (2000). Family-centered practices applicable to the early
elementary grades. Unpublished manuscript.

46
47

Daniel P. Hallahan, University of Virginia, James M. Kauffman (2000), University of Virginia,


Exceptional Learners: Introduction to Special Education, 11th Edition, University of
Florid.

Department of Special Education. (2000).Buku Panduan RPI :Murid-murid Berkeperluan


Khas.Kuala Lumpur:Ministry Of Education.

Department Of Education. (2009). Buku maklumat Panduan Pendidikan Khas Di Malaysia, Unit
Pendidikan Khas, Malaysia n Minister of Education.

Epstein J.L., Clark, L., Salinas, K.C.& Sanders, M.G, (1997), Scaling up school -family-
community connection in Baltimore.

Epstein, J. L., & Sander, M.G., Simon, .S., Salinas, K.C. Janson, N.R., & Voothis, F.L.(2002).
school, family, and community Partnership: Your Handbook for Action.2nd
Ed.Thousand Oaks, California:Corwin.

Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che Omar. (2018). Masalah Pengajaran Guru Dalam Program
Pendidikan Inklusif Di Sekolah. Asian People Journal (APJ). eISSN : 2600-8971
Volume 1, Issue 2 (2018), PP 243-263.

Masitah Taib, Zalizan Jelas & Manisah. (2009). Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-
kanak berkeperluan khas. Dlm. Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep
dan Amalan, disunting oleh Zalizan Jelas. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mitchell L. Yell, (2002), University of South Carolina, Law and Special Education, The,
Enhanced Pearson eText with Loose-Leaf Version -- Access Card Package, 4th
Edition

47
48

PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN HOME BASED LEARNING (HBL) SEMASA


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

LOSIUS GOLIONG1 AHSLY KASIN2 MARCELUS JOHNNY3 & NAZARIUS G. YULIP4

Pejabat Pendidikan Daerah, Ranau, Sabah, Malaysia

losius21@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Seramai 375 orang responden yang terdiri daripada guru sekolah menengah dan sekolah rendah
telah dimasukkan dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Data kajian yang
diperolehi dianalisis secara deskriptif dari segi kekerapan dan peratusan yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
analisis kaedah pembelajaran dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran jarak jauh
berasaskan rumah. Dapatan kajian mendapati terdapat dua kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru dalam
melaksanakan pembelajaran di rumah semasa PKP iaitu dalam talian dan luar talian. Hasil kajian secara keseluruhan
menunjukkan kesediaan guru dalam melaksanakan pembelajaran di rumah masih berada pada tahap yang tidak
memuaskan terutamanya dalam mod pembelajaran dalam talian.

Kata kunci: pengajaran, pembelajaran, pembelajaran di rumah, perintah kawalan pergerakan

ABSTRAC

This study aims to review the implementation of home-based teaching and learning during Movement Control Order
(MCO). A total of 375 respondents consisting of secondary and primary school teachers were included in this study.
The instrument used in this study was a questionnaire. The research data obtained was analyzed descriptively in
terms of frequency and percentage, which was divided into two parts, namely, analysis of learning methods and
challenges faced by teachers in implementing home-based distance learning. The findings of the study revealed that
there are two learning methods used by teachers in implementing home-based learning during MCO, namely online
and offline. The results of the study as a whole showed that teachers' readiness in implementing home learning is
still at an unsatisfactory level, especially in online learning mode.

Keywords: teaching, learning, home based learning, movement control order

1.0 PENGENALAN
Pandemik COVID-19 yang melanda hampir keseluruhan negara di dunia telah memberi
kesan drastik dalam kehidupan manusia. Menurut sumber United Nations Educational,
Scientific and Cultural Organization (UNESCO), pandemik COVID-19 memberi kesan
kepada 1.5 bilion pelajar daripada lebih 165 buah negara di seluruh dunia (Wan Ya Shin,
2020). Fenomena ini turut memberi kesan terhadap sistem pembelajaran di negara ini
sehingga kerajaan mengambil langkah menutup operasi pembelajaran normal di semua
institusi pendidikan seluruh negara bagi mencegah penyebaran virus COVID-19 semasa
penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walau pun berhadapan dengan
kemelut ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tetap menzahirkan komitmen
supaya proses pembelajaran murid tidak terganggu dengan membenarkan guru
melaksanakan tugasan dari rumah.

Berdasarkan garis panduan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdPc) semasa PKP
yang dikeluarkan oleh KPM, sepanjang penguatkuasaan PKP guru perlu merancang,
48
49

menyedia dan menyampaikan pembelajaran dengan menggunakan medium komunikasi


dan aplikasi yang sesuai kepada murid yang berada di rumah masing-masing
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020). Dalam konteks ini, guru boleh melaksanakan
pengajaran mengikut kreativiti bersesuaian dengan konsep Home Based Learning (HBL)

secara pengajaran dan pembelajaran jarak jauh (PJJ). Sehubungan itu, kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti kaedah pembelajaran dan cabaran yang dihadapi oleh
guru dalam melaksanakan HBL semasa PKP berkuat kuasa.

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Pandemik COVID-19 telah mengubah landskap pembelajaran apabila bermulanya
penguatkuasaan PKP bermula 18 Mac 2020. Ekoran itu, pelaksanaan Home Based
Learning (HBL) dilaksanakan sebagai alternatif kerana sistem pembelajaran secara
konvensional yang diamalkan selama ini tidak dapat memenuhi tuntutan pendidikan
sepanjang penguatkuasaan PKP. Dalam konteks pendidikan di negeri Sabah, Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) telah melaksanakan beberapa inisiatif supaya HBL ini
dapat memastikan semua murid yang berada di rumah dapat mengikuti pembelajaran
dengan berkesan. Salah satu medium yang telah dilaksanakan untuk melaksanakan
pembelajaran ialah secara dalam talian (online) dengan menggunakan peranti yang sesuai.
Bagaimana pun, guru boleh menggunakan kaedah lain yang bersesuaian supaya dapat
melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya walaupun bekerja dari rumah. Guru pula perlu
melaporkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdPc) yang dilaksanakan setiap
hari dalam talian melalui pautan yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
(JPNS) sebagai evidence bahawa mereka telah melaksanakan tanggungjawabnya.

Di peringkat JPNS, data yang laporkan oleh guru secara online dianalisis untuk
mengetahui jumlah dan peratusan guru yang melaksanakan PdPc setiap hari. Selain itu,
dapat mengetahui maklumat berkaitan dengan bilangan dan peratusan penglibatan murid
dalam pembelajaran. Berdasarkan analisis data yang dikeluarkan secara berkala oleh
JPNS sepanjang Fasa 1 hingga 3 PKP berkuat kuasa, purata keseluruhan guru terlibat
dalam melaksanakan PdPc di daerah ini ialah sekitar 27.9 peratus di mana belum mencapai
sasaran yang telah ditetapkan oleh JPNS sebanyak 30 peratus setiap hari. Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah 2020 Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal
pasti kaedah pembelajaran serta cabaran yang menjadi penghalang kepada keberkesanan
pelaksanaan HBL semasa PKP di daerah Ranau.

3.0 TINJAUAN LITERATUR


Konsep HBL merupakan satu kaedah pembelajaran yang tidak memerlukan murid berada
setempat dengan guru di mana murid belajar di rumah secara bersendirian dan proses
pembelajaran dikawal oleh murid sendiri. Dalam konteks ini, pelaksanaan HBL
dilaksanakan melalui pembelajaran dan pengajaran jarak jauh (PJJ) sepanjang PKP
berkuat kuasa. Konsep ini sebenarnya telah lama diamalkan di negara-negara maju.
Terdapat pelbagai terminologi yang digunakan berkaitan dengan konsep pembelajaran
seumpama ini seperti pembelajaran secara koresponden, home study, independent study,
external study, distance teaching dan distance learning namun mempunyai konsep yang
hampir sama (Keegan, 1980). Istilah PJJ mula diterima pakai di persidangan antarabangsa
ke-12 International Council for Correspondence Education (ICCE) di Vancouver,
Kanada dalam tahun 1982 dan menukarkannya kepada International Council For
Distance Education (ICDE). Istilah PJJ digunakan secara meluas selepas tahun 1973
(Nilsen, 1986). Namun, terdapat tanda yang menunjukkan PJJ ditawarkan semenjak tahun
49
50

1728 di Boston, Amerika Syarikat (Holmberg, 1995).

Di Malaysia, konsep perlaksanaan pembelajaran PJJ mula dirintis di peringkat institut


pengajian tinggi (IPT). Universiti terawal yang melaksanakan PJJ ialah Universiti Sains
Malaysia yang mula menawarkan ijazah luaran mulai tahun 1971 dan kemudiannya terus
berkembang apabila beberapa universiti awam dan swasta mengambil langkah yang sama
(Ali, 1981). Pada masa ini, semakin banyak IPTA dan IPTS melaksanakan pengajian PJJ
dalam pelbagai peringkat pengajian menggunakan kemudahan teknologi sebagai medium
pembelajaran secara interaktif. Di peringkat sekolah aliran perdana, konsep PJJ di
Malaysia mula diperkenalkan melalui pembelajaran gaya pos yang diterajui oleh Maktab
Adabi Gaya Pos yang ditubuhkan pada tahun 1972 yang kemudiannya menamatkan
operasinya pada tahun 1999 (Badrul Kamal Zakaria, 2017).

Melalui anjakan ke tujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,


telah dinyatakan dalam agenda mentransformasikan sistem pendidikan dengan
menyediakan akses internet melalui pembelajaran secara online. Bagi merealisasikan
agenda ini, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewujudkan
Persekitaran Pembelajaran Maya FROG (VLE FROG) yang bukan sahaja digunakan oleh
guru dan murid tetapi juga oleh pentadbir dan ibu bapa. Bagaimana pun, medium
pembelajaran maya ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan guru kerana kurang
pengetahuan dan kemahiran mengendalikan PdPc berasaskan teknologi (Shahfiezul
Shahaimi & Fariza Khalid, 2015). Sehubungan itu, kajian mendapati hanya 2 peratus
sahaja guru menggunakan VLR FROG dalam PdPc (Ummu Salma Mohiddin & Fariza
Khalid, 2014).

Dalam konteks pendidikan hari ini, perkembangan konsep HBL secara PJJ yang
diperkasakan oleh keupayaan hebat teknologi serta didukung oleh kuasa digital dan
pengkomputeran telah berjaya telah mencabar sistem pendidikan secara konvensional.
Malah, perkembangan teknologi terutamanya evolusi internet telah mencabar konsep dan
teori pembelajaran tradisional khususnya pembelajaran rutin guru bersemuka dengan
murid di bilik darjah (Hunt, 2004). Pada masa ini terdapat banyak bahan pembelajaran
yang boleh diakses dengan mudah oleh sesiapa sahaja dalam bentuk ebook, Quizizz,
Cikgoo Tube dan sebagainya. Bahan pembelajaran ini memudahkan guru melaksanakan
pembelajaran PJJ secara dalam talian.

Perubahan ini menuntut bahawa perlunya guru bersahabat dengan teknologi kerana ianya
akan memudahkan perlaksanaan proses pembelajaran jika memiliki kemahiran yang baik
dalam bidang ini. Dalam hal ini, guru tidak mampu melawan kemajuan teknologi dan pada
masa yang sama juga tidak boleh lari dari pekembangan ini (Abdul Latip, 2018).
Perubahan dunia kesan kemajuan teknologi tidak perlu dijadikan sebagai ancaman tetapi
perlu dihadapi dengan sikap yang positif. Guru perlu menguasai kemahiran baharu ini dan
beradaptasi supaya sentiasa relevan dengan setiap corak perubahan dalam sistem
pendidikan semasa.

Selaras dengan perkembangan pelaksanaan HBL secara PJJ sejak akhir-akhir ini yang
semakin bergerak laju selari dengan kemajuan teknologi yang dipacu oleh kuasa digital,
murid yang tinggal di kawasan bandar mendapat kelebihan kerana mempunyai liputan
internet yang lancar. Malah, terdapat laporan yang mendapati bahawa jurang agihan
internet di antara bandar dan luar bandar masih pada kadar julat yang sangat besar iaitu
nisbah 70:30 (Luqman Arif Abdul Karim, 2020). Jurang digital yang masih besar ini
50
51

menyebabkan murid di kawasan luar bandar dan pedalaman terpinggir daripada


menikmati bahan pembelajaran secara online yang sepatutnya boleh membantu
pembelajaran secara PJJ di rumah.

Dalam konteks pelaksanaan HBL semasa PKP, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah menggariskan beberapa ketetapan sebagai panduan kepada guru. Kaedah pertama
yang dicadangkan ialah pembelajaran secara online di mana guru boleh menggunakan
pelbagai pelantar pembelajaran yang bersesuaian. KPM juga menyediakan pautan kepada
Google Classroom dan Microsoft Team untuk memudahkan guru melaksanakan
pengajaran secara dalam talian. Melalui pautan tersebut, guru dengan mudah dapat
mengakses buku teks digital, pelbagai video PdP (Eduweb, Cikgoo Tube) dan pautan
pembelajaran interaktif seperti Edpuzzle, Quizizz, Kahoot.

KPM juga menyedari bahawa tidak semua murid dapat mengikuti pembelajaran secara
online disebabkan keterbatasan liputan internet khususnya murid yang tinggal di luar
bandar dan pedalaman. Oleh itu, garis panduan yang disediakan turut menggariskan
alternatif kaedah pembelajaran kedua iaitu guru boleh melaksanakan aktiviti pembelajaran
secara luar talian (offline) menggunakan buku teks, buku kerja, buku ulangkaji dan modul
dan sebagainya di rumah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020).

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif seperti di bawah:
4.1 Mengenal pasti kaedah-kaedah HBL secara PJJ yang dilaksanakan oleh guru semasa PKP.
4.2 Mengenal pasti cabaran-cabaran melaksanakan HBL secara PJJ semasa PKP.

5.0 METODOLOGI
5.1 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk bukan eksperimen dengan kaedah
tinjauan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik dalam talian menggunakan
‘ google form’ telah diedarkan untuk diisi oleh responden. Data kajian diperoleh melalui
soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu kekerapan dan peratus bagi mengenal pasti
kaedah pembelajaran dan cabaran melaksanakan Home Based Learning semasa PKP.

5.2 PENSAMPELAN
Kajian ini melibatkan seramai 375 responden daripada 2048 populasi guru yang bertugas
di sekolah menengah dan sekolah rendah daerah Ranau. Tempoh pelaksanaan kajian ini
terbatas dalam tempoh penguatkuasaan PKP bermula dari Fasa 1 hingga Fasa 3 iaitu pada
bulan Mac – Mei 2020.

6.0 DAPATAN KAJIAN


6.1 kaedah pembelajaran
Berdasarkan kepada objektif kajian pertama, dapatan kajian ini menunjukkan terdapat dua
kaedah pembelajaran yang diamalkan oleh guru dalam melaksanakan HBL secara PJJ
semasa tempoh PKP iaitu secara dalam talian (online) dan luar talian (offline). Jadual 1
menunjukkan analisis kaedah pembelajaran HBL yang digunakan oleh guru.

51
52

Jadual 1 Analisis Kaedah Pembelajaran HBL Semasa PKP


Bil Kaedah Pembelajaran Bilangan Peratus
1. Dalam talian 90 24.0
2. Luar talian 285 76.0
Jumlah 375 100

Analisis kaedah pembelajaran HBL dalam Jadual 1 menunjukkan terdapat 24 peratus guru
melaksanakan aktiviti pembelajaran secara dalam talian. Pembelajaran dalam talian dapat
dilaksanakan dengan lancar kerana murid mempunyai liputan internet yang lancar di
rumah dan dapat mengakses bahan pembelajaran yang diberikan oleh guru dengan mudah
menggunakan peranti yang sesuai. Guru juga melaksanakan pembelajaran dalam talian
menggunakan Google Meet, Telegram dan WhatsApp di mana murid dapat mengikuti
pembelajaran secara maya dengan lancar.

Manakala, 76.0 peratus guru memilih melaksanakan pembelajaran luar talian kerana
masalah capaian internet sama ada di lokasi kediaman guru atau murid. Oleh itu, bagi
memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran di rumah, guru menggunakan kaedah
pengajaran dan pembelajaran secara luar talian (offline) menggunakan buku teks, modul,
lembaran kerja atau projek mudah.

Jadual 2
Status Liputan Talian Internet
Bil Status Talian Internet Bilangan Peratus
2. Stabil 158 42.00
3. Kurang Stabil 171 45.60
4. Tidak Stabil 46 12.40
Jumlah 375 100

Jadual 2 menunjukkan analisis status liputan internet yang dihadapi oleh guru dalam
melaksanakan HBL semasa PKP. Berdasarkan analisis tersebut, 42 peratus guru
mempunyai kemudahan talian internet yang stabil. Manakala, 58 peratus guru sering
mengalami gangguan talian internet di mana 45.6 peratus berada pada tahap kurang stabil
dan 12.4 peratus tidak stabil. Berdasarkan masalah ini, guru-guru tersebut memilih kaedah
pembelajaran secara luar talian.

6.2 Cabaran Melaksanakan HBL semasa PKP


Bagi menjawab objektif kajian yang kedua, analisis dibahagikan kepada dua kategori iaitu
cabaran dalam konteks guru dan murid. Jadual 3 menunjukkan analisis cabaran-cabaran
dalam konteks guru dalam melaksanakan HBL semasa PKP.

Berdasarkan Jadual 3, terdapat 10 cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan
HBL secara PJJ. Analisis data dalam Jadual 3 menunjukkan 36 peratus guru tidak mahir
mengendalikan pembelajaran secara online. Item ini menunjukkan peratus tertinggi
cabaran pelaksanaan HBL dalam kalangan guru-guru semasa Pandemik COVID-19.
Masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengendalikan pembelajaran secara online
menyebabkan wujud cabaran-cabaran lain yang berkaitan seperti merasa terbeban kerana
banyak evidence pembelajaran yang dimuat naik (1.30 peratus), sukar memeriksa kerja
murid secara online (8.30 peratus), sukar berkomunikasi dengan murid (12 peratus) dan
52
53

akhirnya guru merasa penat memberi maklum balas kepada murid menggunakan telefon
pintar (3.7 peratus).

Jadual 3
Analisis Cabaran Guru Melaksanakan HBL
Bil Cabaran Bilangan Peratus
1 Kos HBL online tinggi 49 13.00
2 Tidak mahir mengendalikan pembelajaran secara online 135 36.00
3 Banyak eviden aktiviti pembelajaran dimuat naik 5 1.30
4 Sukar memeriksa kerja murid secara online 31 8.30
5 Sukar berkomunikasi dengan murid 45 12.00
6 Penat memberi maklum balas menggunakan telefon pintar 14 3.70
7 Kurang mendapat kerjasama daripada ibu bapa murid 17 4.50
8 Tidak mempunyai BBM yang lengkap 9 2.40
9 Pemberian tugasan bertindih dengan subjek lain 21 5.60
10 Sukar membuat pentaksiran tentang tahap penguasaan murid 49 13.20
Jumlah 375 100

Di samping itu, terdapat 13 peratus guru merasa terbeban mengendalikan HBL secara
online kerana melibatkan kos yang tinggi. Guru terpaksa membeli data sendiri untuk
mengakses internet semasa melaksanakan pembelajaran secara secara online. Dalam
konteks pentaksiran, kajian ini mendapati 13.2 peratus guru menghadapi cabaran dalam
mentaksir hasil kerja murid. Ini kerana pentaksiran yang dilakukan adalah berdasarkan
tugasan yang dihantar oleh murid. Jika murid tidak menghantar tugasan yang diberikan,
maka guru menghadapi masalah untuk menentukan tahap penguasaan (TP) yang diperoleh
oleh murid.

Berdasarkan Jadual 4, dapatan kajian menunjukkan 26.4 peratus tidak memiliki telefon
pintar sebagai medium komunikasi antara murid dengan guru. Murid-murid ini hanya
bergantung pada telefon yang dimiliki oleh ibu bapa di mana hanya dapat merujuk tugasan
yang dikirim oleh guru apabila ibu bapa kembali ke rumah dari bekerja. Malah, sebilangan
murid perlu menunggu giliran untuk menggunakan telefon pintar yang dimiliki oleh ibu
bapa kerana dikongsi bersama oleh adik-beradik semasa pembelajaran.

Jadual 4
Analisis Cabaran Guru Berdasarkan Faktor Murid
Bil Cabaran Bilangan Peratus
1. Masalah berkomunikasi dengan murid 83 22.20
2. Murid tiada telefon pintar 98 26.10
3. Lambat menghantar tugasan 73 19.50
4. Murid keluar dari group WhatsApp 4 1.10
5. Murid menghantar kerja yang tidak lengkap 16 4.20
6. Murid tidak menghantar tugasan 42 11.20
7. Murid tiada bahan rujukan di rumah 20 5.30
8. Murid jarang mengikuti pembelajaran online 39 10.40
Keseluruhan 375 100

Berikutan dengan itu, 22.2 peratus guru menghadapi masalah berhubung dengan murid
untuk mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran dan melaksanakan bimbingan
53
54

terhadap tugasan yang diberikan. Implikasi daripada faktor murid tidak memiliki telefon
pintar menimbulkan kesan-kesan lain seperti yang dinyatakan dalam Jadual 4 iaitu murid
lewat menghantar tugasan kepada guru (91.5 peratus) dan tidak menghantar tugasan (11.2
peratus).

7.0 PERBINCANGAN
Berdasarkan analisis dapatan kajian dalam konteks cabaran-cabaran guru melaksanakan
HBL, isu kompetensi guru dalam mengendalikan pembelajaran menggunakan teknologi
yang berasaskan internet ini menyebabkan pembelajaran secara online kurang berkesan.
Isu ini bersesuaian dengan kajian yang mendapati masih terdapat guru kurang kompeten
dalam menggunakan teknologi terutamanya komputer khususnya guru yang tinggal di luar
bandar (Kleiman, 2000). Kajian Choo (2005) terhadap kemahiran Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan guru pelatih institut perguruan di Sabah mendapati
tahap kemahiran guru masih di tahap sederhana. Kajian Roslaili Awang Nik (2007) yang
dijalankan terhadap guru pelatih UTM semasa latihan mengajar mendapati tahap
penggunaan ICT semasa mengajar di dalam kelas masih rendah.

Dalam era abad ke 21, konsep HBL secara jarak jauh yang berkonsepkan cross border
education didapati lebih relevan, fleksibel dan memberi kebebasan kepada murid untuk
melaksanakan pembelajaran di rumah (Zoraini Wati Abas, 2008). Oleh itu, fenomena
pandemik COVID-19 ini tidak sepatutnya menjadi kejutan kepada guru dalam
melaksanakan pembelajaran secara online khusus kepada murid yang mempunyai
kemudahan internet. Guru perlu memperlengkapkan diri dengan kemahiran
mengendalikan pembelajaran secara online bukan semata-mata disebabkan oleh
fenomena yang melanda sekarang tetapi kaedah ini secara perlahan-lahan akan
mengambil-alih peranan amalan pembelajaran secara konvensional. Sejarah
membuktikan globalisasi dan teknologi internet telah berjaya mewujudkan senario
pembelajaran baharu. Namun, internet hanyalah teknologi yang memudahkan proses
pencarian ilmu pengetahuan dan kemahiran (Zahiah Kassim & Abdul Razaq Ahmad,
2005). Ini kerana guru perlu bersedia meningkatkan kemahiran menggunakan teknologi
serta bersedia mengikuti arus kemajuan teknologi.

Di samping itu, terdapat juga isu bebanan kos tinggi yang dihadapi oleh guru untuk
membeli data supaya boleh mengakses internet semasa melaksanakan pembelajaran
secara secara online. Perkara yang sama juga turut dialami oleh ibu bapa untuk
membolehkan anak-anak di rumah dapat mengikuti pembelajaran secara online atau
sekurang-kurangnya membaca tugasan yang diberikan oleh guru melalui aplikasi
WhatsApp atau Telegram. Mohan Rathakrishnan (2020) menyatakan bebanan ini turut
sama dialami oleh para pensyarah dan pelajar IPTA dalam melaksanakan pembelajaran
dari rumah. Manakala, murid yang berada di luar bandar bergantung semata-mata kepada
telefon pintar dan perlu membeli data supaya boleh mengakses internet dan dapat
mengikuti pembelajaran dari rumah sama ada secara dalam atau luar talian.

Dalam konteks pentaksiran, dapatan kajian menunjukkan terdapat guru menghadapi


masalah dalam mentaksir hasil kerja murid. Guru hanya bergantung sepenuhnya kepada
tugasan yang dihantar oleh murid dalam menentukan tahap penguasaan murid. Jika murid
tidak menghantar tugasan yang diberikan, maka guru menghadapi masalah untuk
menentukan tahap penguasaan (TP) yang diperoleh oleh murid. Malah, guru meragui hasil
kerja yang dihantar oleh murid sama ada tugasan tersebut benar-benar hasil kerja sendiri,
54
55

dibantu sebahagian atau sepenuhnya oleh ibu bapa. Kesahihan hasil kerja tersebut
menyebabkan guru sukar menetapkan tahap penguasaan murid kerana guru mengetahui
latar belakang pembelajaran murid di bilik darjah sebelum ini. Kesan daripada isu ini,
guru tidak mendapat gambaran yang jelas terhadap tahap penguasaan (TP) murid kerana
evidence yang jadikan panduan ialah bergantung pada hasil kerja murid semata-mata.

Di pihak murid pula, cabaran yang dihadapi oleh guru ialah mengendalikan pembelajaran
kepada murid-murid yang tidak mempunyai telefon pintar sendiri dan terpaksa bergantung
kepada telefon ibu bapa dalam mengakses bahan-bahan pembelajaran yang dikongsikan
oleh guru. Malahan, terdapat murid-murid yang terpaksa berkongsi menggunakan telefon
ibu bapa dengan adik-beradik dalam menyiapkan tugasan. Masalah ini menyebabkan
tugasan yang diberikan oleh guru tidak dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah
ditetapkan. Dapatan kajian ini bersesuaian dengan laporan Faris Danial Razi (2020) yang
telah membuat temu ramah dengan Prof. Madya Dr. Siti Aishah Hassan, Jabatan
Kaunselor Psikologi kaunseling, Universiti Putera Malaysia. Kesimpulan daripada temu
ramah tersebut menyatakan golongan ibu bapa dari kelompok M40 dan B40 adalah yang
paling terkesan dengan pembelajaran PJJ di rumah kerana ibu bapa hanya memiliki satu
telefon pintar yang digunakan oleh anak yang ramai untuk pembelajaran. Berikutan
dengan itu, 22.2 peratus guru menghadapi masalah berhubung dengan murid untuk
mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran dan melaksanakan bimbingan terhadap
tugasan yang diberikan.

Dapatan kajian ini menyokong laporan yang dikeluarkan oleh UNESCO dan Kesatuan
Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) yang menganggarkan sehingga bulan Mei 2021, 40
peratus murid yang tidak memiliki kemudahan akses internet dan sekali gus akan
mengalami keciciran jika sekolah terus ditutup. Bahkan dalam konteks pendidikan di
negeri Sabah, 52 peratus murid tidak mempunyai akses internet dan sukar mengikuti
pembelajaran secara online (Sinar Harian, 2021) walaupun kebolehupayaan capaian
internet bagi tujuan pembelajaran meliputi hampir 70 peratus di negeri Sabah (Mistrine
Radin, 2021). Dapatan kajian ini juga bersesuaian dengan dapatan tinjauan oleh Azlin
Norhaini Mansor (2021) terhadap 1742 guru berkaitan cabaran guru melaksanakan PdPc
dalam era pandemik COVID-19 yang mendapati hampir 80 peratus guru menyatakan
bahawa cabaran utama ialah memastikan keberadaan murid semasa kelas berlangsung.
Selain itu, guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan keperluan dan kesediaan
murid, memastikan murid memberi tumpuan, dapat memahami serta seronok belajar
dalam suasana kelas online yang terdiri daripada 30 hingga 40 orang.

Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi
oleh guru dalam melaksanakan HBL yang dilaksanakan secara PJJ khususnya melalui
kaedah pembelajaran secara online. Masalah liputan internet menjadi isu utama yang
menyebabkan pembelajaran secara online tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Kesan
yang ketara ialah murid tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan berkesan apabila
tidak mendapat bimbingan daripada guru. Walaupun murid dibekalkan dengan aktiviti-
aktiviti pembelajaran di rumah tetapi atas beberapa kekangan yang dihadapi, terdapat isu
murid yang tidak dapat menyiapkan tugasan tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan.
Malahan, terdapat murid yang langsung tidak menghantar tugasan kerana tidak mendapat
bimbingan sewajarnya daripada guru akibat kekangan komunikasi. Pembelajaran online
sebagai salah satu mod HBL semasa PKP sudah pasti memberi kesan kepada jurang
pencapaian akademik murid bandar dan luar bandar. Langkah ini merupakan suatu bentuk
diskriminasi pendidikan jika tidak disertai dengan alternatif pembelajaran lain khususnya
55
56

kepada murid yang tinggal nun jauh di pedalaman. Oleh itu, guru perlu mencari jalan
penyelesaian bagi memastikan keadilan pembelajaran dapat diberikan kepada semua
murid.

Dapatan kajian ini telah merungkai tiga isu yang memberi implikasi kepada guru, sistem
pendidikan dan pihak kerajaan. Dapatan kajian ini mengenal pasti tahap kesediaan
perubahan paradigma guru untuk melaksanakan kaedah baharu iaitu pembelajaran dan
pengajaran berkonsepkan Home Based Learning yang dilaksanakan secara PJJ. Normal
baharu kesan fenomena COVID-19 memberi peringatan awal kepada guru tentang
kepentingan meneroka kaedah pengajaran yang baharu. Pengajaran secara konvensional
secara beransur-ansur mungkin tidak lagi relevan dan guru perlu bersedia meningkatkan
kompetensi dan kemahiran baharu yang sesuai dengan keperluan guru di era Revolusi
Industri 4.0. Peranan guru pada masa hadapan akan mengalami transformasi yang besar
di mana akan berubah dari tugas rutin sekarang ini kepada peranan guru sebagai seorang
jurutera pendidikan (education engineer) di mana fungsinya beralih kepada meneroka
inovasi baharu dan menghasilkan aplikasi (software) pembelajaran yang boleh diakses
oleh murid secara maya. Dalam situasi ini, murid mungkin tidak perlu hadir ke sekolah
setiap hari kerana bahan pembelajaran yang disediakan oleh guru boleh diakses di mana
sahaja dan pada bila-bila masa oleh murid. Oleh itu, jika guru tidak bersedia dengan
perubahan ini, mungkin peranannya sebagai pendidik tidak relevan lagi dalam konteks
sistem pendidikan akan datang.

Implikasi kedua ialah kepada sistem pendidikan secara konvensional yang diamalkan
sekarang. Fenomena pandemik COVID-19 telah menyebabkan kaedah pembelajaran
secara konvensional dicabar oleh suatu sistem baharu di mana KPM terpaksa mengubah
pendekatan pembelajaran kepada konsep HBL. Ini diterbukti apabila KPM telah mula
menggunakan amalan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) pada penghujung
tahun 2020 ekoran penutupan operasi sekolah. Perubahan drastik ini menyebabkan ramai
guru tergamam dan terpaku sejenak dan mengambil masa tertentu untuk menyesuaikan
diri dengan normal baharu. Dalam situasi sekarang, pembelajaran berpusatkan murid
sangat penting diberi penekanan di mana murid-murid mengurus pembelajaran kendiri di
rumah. Dalam konteks pembelajaran masa depan, guru perlu bersedia bagi sebarang
perubahan yang mana kemungkinan konsep Home Based Learning atau lebih dikenali
sebagai PdPR akan menjadi amalan berterusan dan budaya baharu dalam sistem
pembelajaran di negara ini. Di samping itu, KPM wajar meneliti semula bentuk kemahiran
yang perlu diperlengkap kepada guru supaya sentiasa bersedia menghadapi perubahan di
luar jangkaan pada masa depan.

Implikasi yang ketiga ialah kepada pihak kerajaan yang bertanggungjawab menyediakan
kemudahan liputan internet kepada masyarakat setempat sama ada di bandar atau luar
bandar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam era teknologi dan digital dalam abad
ke 21 ini, masih banyak kawasan yang tidak mempunyai kemudahan liputan internet
terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman di daerah ini. Menurut laporan Luqman
Arif Abdul Karim (2020) jurang agihan internet di antara bandar dan luar bandar masih
pada kadar yang sangat besar iaitu nisbah 70:30. Laporan ini juga memetik data rasmi
Jabatan Statistik Negara tahun 2019 menunjukkan tiada langsung penambahbaikan
capaian internet di kawasan luar bandar dan bandar di antara tahun 2014 hingga 2016.

Liputan internet yang lancar mampu mengelakkan keciciran dalam kalangan murid di luar
bandar dan pedalaman kerana sepatutnya murid ini masih dapat mengikuti sesi
56
57

pembelajaran secara online walau pun tidak perlu hadir ke sekolah semasa PKP. Di pihak
kerajaan, bagi mengatasi masalah ini untuk keperluan pada masa akan datang, wajar
dipertimbangkan agar dapat mengaktifkan pelaksanaan konsep kampung tanpa wayar
secara menyeluruh yang dilaksanakan di bawah program Jalur Lebar Kebangsaan (NBI)
oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pihak berkuasa
sewajarnya memastikan setiap kampung mendapat kemudahan pusat internet dalam usaha
merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar di seluruh negara. Di
samping itu, inisiatif untuk menyediakan kemudahan bantuan smartphone khususnya
kepada murid yang tergolong dalam kategori B40 untuk kegunaan pembelajaran mungkin
wajar juga diberi pertimbangan. Falsafah pelaksanaan HBL secara online pada masa depan
merupakan suatu bentuk pendidikan inovatif yang sepatutnya dapat dinikmati oleh
masyarakat luar bandar yang sama peluangnya dengan masyarakat bandar (Mohd Noor
Salleh, 2000).

8.0 KESIMPULAN
Pelaksanaan HBL mengundang pelbagai cabaran yang tidak pernah diduga selama ini
bukan sahaja dalam kalangan guru tetapi juga murid serta ibu bapa. Perubahan secara
mendadak kaedah pembelajaran dari kaedah konvensional kepada konsep HBL secara PJJ
ekoran penutupan sekolah bagi menyekat penyebaran virus COVID-19 sedikit sebanyak
menyebabkan rasa “tergemam” seketika dalam kalangan guru dan mengambil masa
menyesuaikan diri dengan normal baharu dalam melaksanakan PdPc. Apatah lagi, ada
dalam kalangan guru yang kurang terdedah kepada penggunaan teknologi dalam
melaksanakan pembelajaran secara dalam talian, serba sedikit mengalami tekanan dalam
menyediakan bahan-bahan pembelajaran kepada murid. Dari aspek positifnya, perubahan
ini menimbul kesedaran dalam kalangan guru tentang peri pentingnya menguasai
kemahiran penggunaan teknologi terkini. Namun begitu, terdapat beberapa kekangan
dalam pelaksanaan PdPc menggunakan teknologi seperti kurangnya kemudahan peralatan
dan tahap liputan internet yang lemah. Oleh itu, kekangan yang ada berkaitan prasarana
ICT dan liputan internet di kawasan luar bandar dan pedalaman perlu diambil perhatian
dan haruslah diatasi dengan segera oleh pihak berwajib. Para guru dan murid juga perlu
bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam penggunaan ICT.

RUJUKAN:

Abdul Latip. (2018). Empat Kompetensi Guru Di Era Revolusi Industri 4.0. Kompasiana,
https://www.kompasiana.com/altip/5bfcab25aeebe161c772f98f/4-kompetensi-gurdiera-
revolusi-industri-4-0?page=all. Dimuat turun pada 24 Mac 2020.

Ali, A. (1981). Country Report on Distance Education in Malaysia With Focus on The Off-
Campus Academic Programme of Universiti Sains Malaysia. Kertas kerja yang
dibentangkan di The Regional Symposium On Distance Education In Asia. Universiti
Sains Malaysia: 4-7 Mei 1981.

Azlin Norhaini Mansor. (2020). COVID-19: Cabaran Buat Guru. Retrieved from Tinta MINDA.
Bertarikh 9 Disember 2020.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1909566. Muat turun pada 15
April 2021.
57
58

Badrul Kamal Zakaria. (2017). Berakhirnya kecemerlangan Maktab Adabi Maharani. Berita
Harian Online, 16 Disember 2017:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/367740/berakhirnya-
kecemerlangan-maktab-adabi-maharani. Dimuat turun pada 2 April 2020.

Choo, K. H., (2005). Tahap Kemahiran ICT Dalam Kalangan Guru Pelatih Maktab Perguruan Di
Sabah Dan Hubungannya Dengan Gaya Pembelajaran. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan
UTM: Tidak diterbitkan.

Faris Danial Razi. (2020). PKP: Teknologi Jadi Kekangan Kerja dan Pembelajaran di Rumah,
Tetapi Ada 'Jalan' Lain. Muat turun dari BERITA ONLINE Astro Awani, 13 April 2020:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkp-teknologi-jadi-kekangan-kerja-
dapembelajaran-di-rumah-tetapi-ada-jalan-lain-238178 pada 30 Mac 2020.

Holmberg, B. (1995). The Evolation of The Character and Practice of Distance Education. Open
Learning 10 (2), 47-53.

Hunt, L. (2004). Creative E-Transition. Dalam E-education Applications: Human Factorss and
Innovative Approaches. United Kingdom: Idea Group Inc.

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. (2020). Laporan Harian PDP Jarak Jauh Semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) Bertarikh 24 April 2020. Kota Kinabalu: Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah.

Keegan, D. J. (1980). On Defining Distance Education. Distance Education, 1:1, 13-36. DOI:
10.1080/0158791800010102.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Garis Panduan Perlaksanaan Pengajaran dan


Pembelajaran Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Disebabkan Penularan Jangkitan
Covid-19. Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 3, Tahun 2020 Bertarikh
27 Mac 2020. Putrajaya.

Kleiman, G. M. (2000). Myths And Realities About Technology In K-12 Schools, Leadership
And The New Technologies. Dimuat turun pada 27 April 2020 dari
http://www.edc.org/LNT/news/Issue14/feature.htm.

Luqman Arif Abdul Karim. (2020). PKP: E-Pembelajaran Tidak Segerak Sesuai Di Luar Bandar,
Pedalaman. Berita Harian Online, 16 April 2020:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677952/pkp-e-pembelajaran-
tidak-segerak-sesuai-di-luar-bandar-pedalaman. Dimuat tutun pada 4 Mei 2020

Mistirine Radin. (2021). I-SENSEI: Satu Inisiatif Membangunkan Potensi SISC+ dan
Perkongsian Amalan Terbaik Untuk Warga Pendidik. Program Transformasi Daerah:
Kolokium SISC+ Malaysia 1.0 Tahun 2021 (KoSM2021), Sidang Plenari 2, 28 - 29 Ogos
2021.

58
59

Mohan Rathakrishnan. (2020, Julai 14). COVID-19: Ubah Pengajaran Dan Pembelajaran Dari
Rumah. Retrieved from Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/07/710464/covid-19-ubah-
pengajaran-dan-pembelajaran-dari-ruma bertarikh 14 Julai 2021. Muat turun pada 28
Jun 2021.

Mohd Noor Salleh. (2000). Pendidikan Jarak Jauh. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Nilsen, E. (1986). On The Definition of Correspondence Education. Epistolo Didaktika 1, 3-30.

Roslaili Awang Nik. (2007). Penggunaan ICT Di Kalangan Guru Pelatih UTM Semasa Latihan
Mengajar. Tesis Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan UTM: Tidak diterbitkan.

Saettler, P. (1990). The Evolution Of American Educational Technology. Englewood, Colorado:


Libraries Unlimited.

Shahfiezul Shahaimi & Fariza Khalid. (2015). Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE-
FROG) Di Sekolah-Sekolah Di Malaysia: Pelaksanaan Dan Cabaran. Prosiding Seminar
Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5.

Sinar Harian. (2021). Cabaran Pendidikan Semasa Pandemik COVID 19.


https://www.sinarharian.com.my/article/144533/BERITA/Nasional/Cabaran-
pendidikan-semasa-pandemik-Covid-19 bertarikh 6 Jun 2021. Muat turun pada 20 Julai
2021.

Ummu Salma Mohiddin & Fariza Khalid. (2014). Tahap Pengetahuan Guru Sekolah Rendah
Dalam Penggunaan VLE FROG Untuk Pengajaran & Pembelajaran. The 4th International
Conference on Learner Diversity (ICELD 2014).

Wan Ya Shin. (2020). Pendidikan Sepanjang Krisis COVID-19. 8 April 2020. Retrieved from
Institute For Democracy and Economic Affairs (IDEAS):
https://www.ideas.org.my/pendidikan-sepanjang-krisis-covid-19/. Dimuat turun pada 12
Mei 2020.

Zahiah Binti Kassim & Abdul Razaq Bin Ahmad. (2005). E-Pembelajaran: Evolusi Internet
Dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Zoraini Wati Abas. (2008). Globalisation Of Education Through Open Distance Learning. In
Sarjit Kaur, Morshidi Sirat, Norzaini Azman, & (pnyt.), Globalisation and
Internationalisation of Higher Education in Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti
Sains Malaysia.

59
60

EMOSI MALU (SHAME) DALAM PEMBENTUKAN MORAL GURU PRA PERKHIDMATAN

SHASITHARAN RAMAN KUTT1 (Ph.D) CHANDER VENGADASALAM2 (Ph.D)


RAMESH RAO RAMANAIDU3 (Ph.D) & CHANTIRASEKAR A/L KARPAN4

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik1


Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik2
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas3
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau4

shasitharan.ramankutty@ipgm.edu.my

ABSTRAK

Malu merupakan elemen penting dalam pembentukan moral seseorang individu. Rasa malu juga merupakan satu
emosi yang penting bagi menelusuri kehidupan yang bermoral. Ketiadaan rasa malu dalam diri akan menyebabkan
seseorang individu akan gagal untuk menjadi manusia yang sebenar. Kajian ini mengetengahkan elemen malu yang
terdapat dalam diri guru praperkhidmatan (GPP) ketika meneroka isu moral. Kajian kualitatif yang menggunakan
reka bentuk kajian tindakan telah digunakan dalam kajian ini. Temu bual berfokus telah dilaksanakan terhadap 10
orang GPP yang terlibat dalam sesi pra pengajaran, sesi interaksi bersemuka dan sesi pasca pengajaran. Dapatan
kajian mengetengahkan GPP berupaya mengetengahkan elemen malu daripada tema pembelajaran yang
dibincangkan. Dapatan kajian juga mendapati emosi malu GPP membolehkan mereka ‘feels good’ dan berlaku adil
ketika membicarakan isu-isu moral.

Kata Kunci : Emosi Moral, Guru Praperkhidmatan

ABSTRACT

Shame is an important element in the moral development of an individual. In order to facilitate a morally life, feeling
shy is an important emotion element. The lack of shyness will hinder an individual to be themselves. This study
highlights the element of shame among the pre-service teachers when exploring moral issues. Qualitative studies
using the action research design were used in this study. Focused interviews were conducted on ten preservice
teachers who were involved in pre-teaching, face-to-face interaction and post-teaching. The findings highlighted that
preservice teachers are able to particularize elements of shame on the themes discussed. The findings also found that
the shame emotions made the preservice teachers feels good and be fair when dealing with moral issues.

Keywords: Moral Emotions, Pre -Service Teachers

1.0 PENGENALAN
Emosi moral merupakan satu elemen yang hidup subur dalam diri seseorang, sama ada
dizahirkan secara positif mahupun negatif. Emosi moral seperti gembira, sedih, terharu,
malu, atau menyesal merupakan sifat semulajadi manusia apabila mereka menunjukkan
reaksi kepada sesuatu perkara terutamanya isu moral (Doris, 2010). Emosi manusia
membabitkan penilaian yang dilakukan oleh agen-agen moral. Agen moral cuba untuk
mentafsir sesuatu situasi dan memberikan reaksi moral. Tafsiran yang dilakukan oleh agen
moral merupakan satu perspektif kendiri dan ada kalanya ia mempunyai kepentingan
tertentu (Himma, 2009).

60
61

Isu-isu moral yang sering dibicarakan seperti pembuangan bayi, pelacuran atau
pengkhianatan memberikan kesan emosi kepada individu, masyarakat dan negara.
Sesetengah utalitarianis mungkin beranggapan bahawa pembicaraan isu yang bertentangan
dengan tatasusila masyarakat memberikan kesan emosi kepada pelaku yang terkesan
apabila dipersalahkan kerana menyerong amalan masyarakat Timur. Keadaan ini
memberikan kesan emosi yang besar kepada individu (Hu, 2021). Mata pelajaran
Pendidikan Moral bertujuan untuk memberi emosi yang seimbang kepada setiap murid agar
mereka dapat menjadi insan yang menyumbang kepada negara. Guru memainkan peranan
penting dalam mencorakkan emosi yang betul kepada murid agar keharmonian masyarakat
terpelihara (Huo & Xie, 2020). Dalam konteks ini, guru harus menilai kesan emosi sesuatu
peristiwa moral agar individu mengenali perkara yang benar atau salah, baik atau tidak baik
dan patut atau tidak patut (Graham et al., 2011).

2.0 PERASAAN MALU DAN KEMORALAN


Dalam kehidupan seharian kita, orang sering berkata “malu dengan awak”, “malu
berperangai seperti kamu”, “ apa jenis kawan kamu ni”. Ungkapan sedemikian
menunjukkan bahawa seseorang individu berasa malu dengan situasi atau peristiwa yang
berlaku. Emosi malu sering dianggap sebagai satu yang negatif. Emosi malu didefinisikan
sebagai pengalaman yang dilalui oleh seseorang akibat daripada perasaan bersalah atau
penyesalan.

Perasaan malu dianggap sebagai satu perasaan moral yang bernilai (Elevitch & Taylor,
1989). Kadang kala ia dianggap sebagai krisis emosi yang menjejaskan pembentukan
watak seseorang. Emosi malu ini juga yang menentukan pendirian moral seseorang ketika
menyuarakan isu moral. Ini kerana ketika wujud perasaan malu, maka manusia sedar
bahawa mereka gagal untuk menjadi manusia yang sebenar-benarnya manusia
(Thomason, 2015). Manusia menjadi malu apabila mereka gagal mengikuti norma,
standard dan kehidupan yang ideal. Sesetengah individu menganggap rasa malu sebagai
kejahilan mereka lantaran bertindak balas terhadap rasa malu dengan melakukan
kekerasan dan kemusnahan diri. Perasaan malu merupakan ketegangan antara dua aspek
diri seseorang iaitu konsepsi diri atau identiti seseorang. Malu merupakan emosi moral
yang berharga kerana tanpanya, seseorang manusia tidak akan menjadi lebih baik dari diri
mereka sendiri (Shen, 2018).

Ahli falsafah berhujah bahawa wujud rasa malu akibat kegagalan mematuhi norma
masyarakat boleh meningkatkan harga diri mereka atau sebaliknya, kerana standard
sosial telah dicemari. Standard sosial itu mencerminkan konsepsi kendiri dan identiti diri
sendiri dan masyarakat. Orang yang tidak malu tidak berupaya menegakkan kemoralan
diri sendiri apatah lagi mempamerkan identiti diri sendiri atau masyarakat (Jimenez,
2018). Kegagalan untuk berasa malu akan menyebabkan mereka hidup dalam konsepsi
kendiri yang akan menggagalkan usaha untuk membentuk masyarakat bermoral.

Ketika membicarakan rasa malu sebagai sesuatu yang menyakitkan, Rawls (Rawls, 1971)
dalam bukunya A Theory of Justice berhujah bahawa tiada rasa malu menyebabkan harga
diri atau penghormatan seseorang terjejas. Seseorang tidak dapat berdiri sebagai seorang
agen moral kerana dia tidak bercakap dari lensanya yang sebenar. Ini, menurut Rawls lagi
sangat berbahaya kerana kita tidak menjadi apa yang sepatutnya kita jadi (Rawls, 1971).

61
62

Justeru rasa malu menyebabkan kita cuba kembali semula ke pangkal jalan. Malah Plato
(Laws 2.671c) mengagung-agungkan rasa malu sebagai unsur yang perlu bagi
mengelakkan manusia melakukan perbuatan yang mengaibkan. Kewujudan rasa malu
perlu dianggap sebagai satu amaran tentang nilai-nilai moral manusia yang sedang
dikompromi. Rasa malu perlu dijadikan sebagai satu objektif pendidikan. Kita perlu
mempunyai pengalaman rasa malu dari semasa ke semasa bagi membolehkan kita
mengenal pasti dan memperbaiki amalan yang mungkar. Ia sepatutnya menjadi suatu yang
menjentik sanubari kita apabila terjadi sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai moral
(Joseph, 2003).

Emosi malu juga boleh menggambarkan keseluruhan masyarakat. Dalam masyarakat


Melayu, konsep malu merupakan elemen penting yang menggambarkan struktur
budaya masyarakat itu sendiri (Collins & Bahar, 2000). Ini kerana perasaan malu akibat
daripada perbuatan songsang itu menggambarkan ciri masyarakat dan pendukung ahli
masyarakat itu sendiri. Konsep malu terhadap perbuatan yang songsang dan mungkar
telah diajar sejak dari bangku sekolah lagi. Amalan-amalan negatif seperti pengotor,
menipu, mungkir janji, bercakap besar atau bongkak mungkin dilihat sebagai dengan diri
seseorang tetapi tidak dapat diterima dalam masyarakat yang mempunyai emosi malu
terhadap perlakuan sedemikian. Apatah lagi dalam masyarakat yang mempunyai nilai
hidup yang tinggi seperti masyarakat Jepun. Tetapi kekurangan rasa malu atau rasa
bersalah terus menjadi ciri psikopat (orang gila)” (Cleckley, 2007).

Justeru, sebagai individu yang bermoral guru mempunyai tugas penting untuk
mengetengahkan perasaan malu terhadap perlakuan yang memalukan. Guru tidak boleh
mengajar peristiwa moral tanpa melibatkan emosi, seperti emosi moral. Kajian oleh
Eisenberg (2000) mendapati peristiwa moral yang diketengahkan oleh guru tidak
bermakna apabila guru gagal menerapkan emosi malu terhadap peristiwa yang
memalukan masyarakat. Kegagalan guru untuk menerapkan emosi malu terhadap
peristiwa moral menjadikan murid tidak faham perkara yang patut atau tidak patut, benar
atau tidak benar dan salah atau tidak salah. Ini bertentangan dengan tugas guru kerana
tugas guru adalah menerapkan emosi moral dalam kalangan murid (Mohamad Khairi
Othman & Asmawati Suhid, 2010).

Guru berperanan untuk menerapkan emosi malu terhadap perkara yang melanggar
tatasusila masyarakat, kerana guru itu adalah seorang yang bermoral dan dipandang
tinggi di kaca masyarakat (Mazer et al., 2014). Pembentukan moral seseorang guru
bergantung kepada kefahaman yang jelas terhadap emosi seperti emosi gembira, sedih,
malu atau rasa bersalah. Guru adalah individu yang peka terhadap perlakuan yang
jelik, memalukan dan memberi kesan kepada individu serta masyarakat. Dalam
kerangka Standard Guru Malaysia (SGM), guru perlu memberikan justifikasi yang
benar terhadap penaakulan moral, emosi moral dan tindakan moral. Justifikasi emosi
moral guru praperkhidmatan penting agar guru dapat membentuk generasi muridyang
cakna tentang nilai baik, nilai buruk atau nilai yang memalukan. Adalah penting untuk
mengetahui sama ada guru praperkhidmatan mempunyai perspektif emosi malu terhadap
isu-isu moral yang melibatkan individu, masyarakat dan negara. Justeru, kajian ini telah
dijalankan untuk melihat emosi malu dalam kalangan guru praperkhidmatan agar peranan
guru dalam proses pengajaran diperkasakan.

62
63

3.0 SOALAN KAJIAN


Kajian ini bertujuan menjawab soalan berikut:
1. Sejauh manakah emosi malu wujud sebagai entiti pembentukan moral guru
praperkhidmatan?

4.0 METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini telah dijalankan terhadap GPP yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah
Sarjana Pendidikan Perguruan (PISMP) di institut pendidikan guru. Seramai sepuluh
orang guru telah terlibat dalam kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian
tindakan. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan digunakan di dalam
kajian ini. Sebagai seorang pengamal reflektif, penyelidik menggunakan kajian
tindakan untuk mengkaji emosi malu dalam isu-isu moral. Penyelidik telah
menggunakan 3 gelung (Gelung 1, 2 dan 3) untuk memperoleh data. Tiga tema
pengajaran yang berkaitan dengan isu moral telah digunakan untuk menggerakkan
perbincangan GPP dalam platform secara maya. Emosi malu telah diteroka apabila
penyelidik menjalankan pengajaran Kelas Berbalik (KB). Isu moral seperti LGBT,
buli dan jebayah siber telah dibincangkan untuk meneroka emosi malu GPP. Tiga
peringkat KB seperti sesi pra pengajaran, sesi interaksi bersemuka dan sesi pasca
pengajaran digunakan untuk menggerakkan perbincangan isu moral tersebut.
Elemen pengajaran Pendidikan Abad Ke-21 seperti hot seats, trade a problem dan
think-pair-share digunakan untuk menggerakkan sesi interaksi bersemuka. Sesi pra
pengajaran dan sesi pasca pengajaran melibatkan interaksi platform secara talian
Schoology.

Penyelidik menggunakan persampelan bertujuan atau purposive sampling. Temu bual


berfokus dana catatan jurnal (GPP, rakan kolaborasi dan penyelidik) telah digunakan
untuk pengumpulan data. Platform pembelajaran secara maya telah digunakan sebagai
alat untuk mengesan emosi malu dalam kalangan GPP. Penyelidik melakukan transkripsi
hasil temubual tersebut. Proses analisis digunakan ketika menganalisa temubual dan nota
disediakan oleh pembantu penyelidik. Coding terbuka digunakan untuk mendapatkan
segmen data bagi membantu penyelidik untuk mendapatkan jawapan soalan
kajian. Segmen data membantu penyelidik untuk mengenalpasti perkembangan emosi
malu yang relevan.

5.0 DAPATAN KAJIAN


Untuk menjawab soalan kajian, analisis data melibatkan dapatan daripada temu bual dan
catatan jurnal (GPP, rakan kolaborasi dan penyelidik). Tema yang dikenal pasti untuk
membuktikan perkembangan emosi GPP ialah kewujudan pelbagai emosi malu.

Emosi Malu

Malu terhadap Tingkah Malu terhadap Sikap


Laku Tidak Bermoral Masyarakat

Rajah 5.1. Emosi Malu dalam Pembentukan Moral


63
64

Emosi malu peserta kajian terpancar menerusi reaksi dan bahasa badan yang ditunjukkan
seperti memek muka, ekspresi, wajah, postur badan, gerak isyarat dan pergerakan mata.
Analisis emosi malu peserta dipersembahkan dalam dua bahagian iaitu kewujudan
pelbagai perasaan diri sendiri dan kesedaran tentang perasaan orang lain. Perbincangan
seterusnya menjelaskan unsur kewujudan emosi malu peserta kajian. Elemen emosi malu
telah membentuk emosi moral dalam kalangan peserta. Peserta kajian menterjemahkan
emosi malu yang ada di dalam diri mereka apabila mereka terlibat di dalam aktiviti
pengajaran bilik darjah. Peserta mengaku mereka berasa malu terhadap kebejatan sosial
yang berlaku dalam masyarakat. Mereka mengaku bahawa mereka dapat merasai perkara
yang sedang berlaku di dalam kehidupan sebenar. Menerusi aktiviti dalam bilikdarjah
seperti hot seats, trade a problem, think-pair-share peserta berpendapat aktiviti
lakonan dan penghasilan klip video memberi peluang kepada mereka untuk
merasai sendiri watak dan emosi malu akibat. Berikut dibincangkan tema emosi malu.

Malu terhadap Tingkah Laku Tidak Bermoral


Hasil temu bual yang dijalankan dalam Gelung Pertama menunjukkan peserta berupaya
meluahkan emosi malu daripada senario dan peristiwa yang diajukan dalam aktiviti
pengajaran. Dalam sesi pra pengajaran peserta dapat meluahkan emosi malu setelah
menonton klip video yang dimuat naik tentang buli fizikal dalam tema penganiayaan
terhadap manusia.

Dalam sesi interaksi bersemuka, peserta juga dapat meluahkan emosi malu setelah terlibat
di dalam perbincangan tingkah laku yang tidak bermoral ini. Peserta berupaya meluahkan
emosi malu ketika terlibat di dalam perbincangan isu dan situasi moral. Petikan temu
bual menunjukkan keupayaan peserta untuk meluahkan emosi malu peserta ketika
berbincang isu buli fizikal.

Penyelidik : Jelaskan mengapa KB memudahkan anda untuk


faham perasaan anda sendiri?

Peserta 5 : Dalam sesi interaksi bersemuka, banyak idea yang dilontarkan.


Dan setiap peristiwa mempunyai kisah tersendiri. Macam dalam buli
fizikal..pelajar perempuan menendang guru. Malu dengan sikap ibu bapa
yang asuh anak-anak tu...Tunjukkan sikap ibu bapa sendiri..

Penyelidik : Apakah kesan penglibatan dalam KB?

Peserta 5 : Saya sedar bahawa dengan melibatkan diri di dalam interaksi


bersemuka, saya perlu menghormati guru dan lebih beradab di dalam
tingkah laku saya. Saya juga perlu menghormati ibu bapa..

(IPGKS/PK1/temkumfokus/ Gel 1)

Selain itu, hasil temu bual dalam Gelung Pertama terhadap isu buli fizikal juga
menunjukkan peserta kajian dapat meluahkan emosi malu terhadap pelajar yang tidak
hormat terhadap guru dalam klip video kedua yang ditonton mereka (sesi pra pengajaran).
64
65

Peserta dapat melahirkan emosi malu mereka terhadap pembuli yang merupakan seorang
pelajar kerana tidak menghormati guru. Klip video juga mendedahkan perlakuan pembuli
yang menggunakan kekerasan terhadap murid lain. Peserta kajian mendedahkan
bahawa wujud perasaan malu dalam diri mereka terhadap segelintir murid yang tidak
segan silu memukul individu lain dan mengaibkan mereka. Peserta mengakui bahawa
buli fizikal yang melibatkan murid lelaki juga agak keterlaluan. Rujuk temu bual berikut:

Penyelidik : Apa perasaan anda tentang klip video yang mengisahkan murid
lelaki ditendang dan disepak?

Peserta 5 : Saya dapat gambarkan...malu pun ada kerana sekolah sepatutnya


menjadi tempat selamat..tapi malang sekolah pula jadi tempat melahirkan
gangster..sebagai guru saya malu kalau benda macam ini
berlaku..bagaimana dengan tugas cikgu, guru besar? Apa yang mereka
buat?

(IPGKM/PK1/temkumfokus/ Gel 1)
Pengakuan peserta kajian dalam dialog ini menunjukkan bahawa mereka dapat meluahkan
emosi malu terhadap isu buli fizikal yang berlaku di sekolah. Mereka bukan sahaja dapat
melahirkan emosi mereka malahan dapat mengaitkan dengan peranan mereka sebagai
seorang bakal guru di sekolah. Peserta berupaya untuk meluahkan emosi moral yang
melibatkan buli fizikal yang berlaku di sekolah. Peserta juga mengaku bahawa isu buli
fizikal perbuatan yang memalukan tetapi juga memberi impak negatif kepada negara.

Di dalam temu bual Gelung Pertama (menonton klip video dan perbincangan), peserta
dapat meluahkan perasaan mereka dengan jelas tentang isu moral apabila tema
penganiayaan terhadap manusia dibincangkan. Klip video (isu buli) yang ditonton
oleh peserta di dalam aktiviti pra pengajaran membolehkan mereka meluahkan emosi
mereka. Peserta juga berkongsi pandangan bahawa isu moral yang berlaku seperti buli
bukan sahaja mempamerkan sikap individu sendiri tetapi juga mempamerkan sikap ibu
bapa yang mengasuh mereka. Peserta dapat meluahkan emosi malu dalam isu buli
fizikal yang berlaku dalam kalangan murid perempuan dan lelaki, buli mental, buli
siber dan buli jalanan. Peserta kajian juga meluahkan perasaan mereka ketika
mengemukakan cadangan menerusi platform Schoology dan perbincangan di dalam
atau di luar bilik darjah. Emosi moral individu bergantung kepada keupayaan
mereka meluahkan perasaan ketika berhadapan dengan isu moral.

Malu terhadap Sikap Masyarakat


Hasil temu bual untuk tema keprihatinan masyarakat di dalam Gelung Kedua
mengukuhkan lagi tema tentang kewujudan emosi malu. Peserta kajian dapat
meluahkan emosi malu terhadap isu jenayah jalanan yang dipaparkan di dalam klip
video dalam sesi pra pengajaran. Peserta kajian dapat meluahkan emosi malu
terhadap sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri ketika berhadapan dengan
masalah yang dihadapi oleh orang lain. Peserta kajian meluahkan rasa malu
terhadap sikap masyarakat yang mengejar kehidupan duniawi semata-mata tanpa
memikirkan kesusahan yang dihadapi oleh orang lain.

65
66

Di dalam aktiviti hot seats, peserta kajian dapat meluahkan perasaan kendiri terhadap isu
Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender (LGBT) sebagai isu yang memerlukan perhatian
oleh masyarakat (sesi interaksi bersemuka). Dalam sesi tersebut, perbincangan dalam
aktiviti hot seats membantu peserta kajian untuk meluahkan perasaan kendiri mereka
terhadap individu LGBT dan masyarakat. Peserta berpendapat bahawa masyarakat tidak
harus terlalu mengikut perasaan ketika mengendalikan isu LGBT. Petikan temu bual di
bawah menjadi bukti pengakuan mereka.

Penyelidik : Apa kesan penglibatan dalam aktiviti hot seats?

Peserta 5 : Nampak masyarakat di Malaysia menyisihkan golongan LGBT.


Rasa malu pun ada kerana mengaku diri mereka terbuka..tetapi tidak dapat
menerima golongan LGBT. Ada yang kena bunuh pun kerana mengaku
sebagai transgender. Patut kita rasa malu kerana ada masyarakat kuno yang
mempunyai mentaliti sebegini..

(IPGKM/PK4/temkumfokus/ Gel1)

Sedutan temu bual Gelung Kedua ini menunjukkan peserta prihatin tentang sikap malu
terhadap anggota masyarakat yang mempersendakan golongan LGBT. Peserta kajian
menyatakan pada peringkat ini (Gelung Kedua) mereka tidak berasa malu terhadap
golongan LGBT tetapi terhadap ahli masyarakat yang tidak memberi sokongan moral
sebaliknya mencemuh mereka.

Ketika menonton klip video dalam platform Schoology (Gelung Ketiga- sesi pra
pengajaran) untuk tema jenayah siber, peserta kajian mendapati bahawa isu jenayah
siber telah menyebabkan Malaysia terkenal sebagai pusat cyberhackers sejak
kebelakangan ini. Peserta dapat meluahkan perasaan malu terhadap isu jenayah siber
dalam kalangan masyarakat yang terlibat dengan aktiviti online. Rujuk temu bual
berikut.

Penyelidik : Apakah yang dapat anda pelajari di dalam sesi interaksi platform
Schoology?

Peserta 5 : Aktiviti di dalam platform Schoology bantu saya..banyak video


dan keratan akhbar diupload..Malu dengan masyarakat yang
tamak mengejar kemewahan. Yang dituju masyarakat maju..yang berlaku
masyarakat tamak..ini tak sepatutnya berlaku..

(IPGKM/PK2/temkumfokus/ Gel 1)
Ketika melakukan lembaran kerja tentang ‘Anda Berjaya Menang’ (Gelung Ketiga-
interaksi bersemuka) peserta kajian meluahkan emosi malu terhadap isu jenayah siber
yang berlaku di persekitaran mereka. Sedutan temu bual dalam Gelung Ketiga (sesi
interaksi bersemuka) juga menunjukkan bahawa peserta kajian berupaya untuk meluahkan
emosi malu mereka. Perbincangan dalam sesi interaksi bersemuka dalam tema jenayah
siber menjadi bukti bahawa peserta kajian berupaya meluahkan emosi malu terhadap
anggota masyarakat yang tidak mempamerkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Berikut
ialah bukti temu bual tersebut.

66
67

Penyelidik : Bagaimana aktiviti lembaran kerja


mengembangkan emosi anda?

Peserta 5 : Keratan akhbar ‘Anda Berjaya Menang’ bukan benda


baru..Cuma beritanya baru..isinya lama.,kisah penipuan terhadap
masyarakat sejak sekian lama. Orang tamak cari duit tidak halal.
Memalukan masyarakat Malaysia..

(IPGKM/PK4/temkumfokus/ Gel 1)

Kedua-dua sedutan temu bual dalam Gelung Ketiga ini memperlihatkan emosi moral yang
dilahirkan oleh peserta. Perbincangan terhadap tema jenayah siber mendapati peserta
mampu meluahkan emosi malu terhadap sikap masyarakat. Peserta dapat menilai kesan
yang bakal berlaku kepada diri, keluarga dan masyarakat sekiranya amalan yang salah
dilakukan (sesi interaksi bersemuka).

Analisis catatan jurnal dalam Gelung Pertama (sesi pra pengajaran- menonton klip video
dan perbincangan) mendapati bahawa peserta kajian berupaya untuk meluahkan perasaan
malu terhadap isu moral yang dikemukakan. Klip video yang ditonton oleh peserta kajian
dengan tema penganiayaan terhadap manusia membolehkan peserta meluahkan perasaan
kendiri mereka yang bukan sahaja di sekolah tetapi juga di persekitaran kerja seseorang
individu. Catatan jurnal berikut menunjukkan emosi moral yang dipamerkan oleh peserta
kajian.

Aktiviti menonton klip video membolehkan saya faham tentang sexual harrasment
merupakan satu bentuk buli. Buli menyebabkan seseorang rasa rendah diri. Say No to
Bully. Buli di tempat kerja merupakan satu bentuk penindasan yang memalukan. Buli
boleh menyebabkan staf tidak yakin dengan majikan dan prestasi kerja mereka merosot.

(IPGKM/PK1/JurP/Gel1)

Setelah terlibat dalam sesi pra pengajaran dan sesi interaksi bersemuka, peserta kajian juga
berpendapat perbuatan penindasan oleh majikan merupakan satu bentuk buli yang
memalukan dan tidak boleh diterima oleh masyarakat. Manusia perlu menerima kelebihan
dan kekurangan yang ada pada diri orang lain. Mereka tidak berhak untuk memalukan
orang lain dengan apa cara sekalipun. Sebagai contoh dalam tema penganiayaan terhadap
manusia (Gelung Pertama), peserta mencatatkan bahawa setiap individu
bertanggungjawab untuk menghormati orang lain dan mempamerkan budi pekerti yang
tinggi. Rujuk catatan jurnal berikut.

Hari ini, saya melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan. Melalui perbincangan tadi,
saya dapat berpendapat adalah tidak beradab, memalukan apabila seseorang
mengeluarkan kata-kata kesat apabila mengemukakan buah fikiran mereka. Mereka
sepatutnya berfikir dahulu sebelum bercakap. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata
buruk padahnya.

(IPGKM/PK1/JurP/Gel1)

67
68

Dalam pada itu, dalam sesi interaksi bersemuka, peserta kajian mendapati hal sebegini
telah mendasari emosi moral mereka. Setelah perbincangan tentang tema keprihatinan
masyarakat (sesi interaksi bersemuka), peserta mencatatkan bahawa di dalam isu LGBT,
masyarakat perlu lebih terbuka dan tidak memandang jijik ketika berhadapan dengan
individu yang mengaku diri mereka sebagai LGBT. Emosi malu juga dikesan di dalam
catatan jurnal dalam Gelung Kedua, ketika isu LGBT dibincangkan.

Aktiviti menonton klip video telah mendedahkan saya kepada sikap sesetengah
masyarakat yang alpa terhadap diri sendiri. Sebagai seorang guru saya akan memastikan
golongan LGBT tidak disisih, tidak dimalukan. Saya akan mengajar murid saya supaya
tidak membenci golongan yang mempunyai krisis identiti seperti LGBT.

(IPGKM/PK1/JurP/Gel2)

Peserta kajian juga dapat meluahkan emosi malu terhadap masyarakat berdasarkan klip
video tentang tema jenayah siber yang ditonton di dalam Gelung Ketiga (sesi pra
pengajaran). Klip video tentang kisah jenayah siber yang dilakukan secara sistematik
terhadap gadis bawah umur di dalam Gelung Ketiga membolehkan peserta meluahkan
emosi malu terhadap anggota masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas gadis
bawah umur. Semasa sesi bersemuka, peserta kajian berpendapat bahawa klip video
“R.A.G.E- Merungkai Jenayah Seksual Bawah Umur” merupakan tindakan memalukan
yang dilakukan oleh golongan yang rakus mengejar kemewahan hidup. Peserta kajian juga
mengaku bahawa klip video tersebut memberi peluang untuk memahami kisah perit yang
dialami oleh mangsa jenayah bawah umur.

Klip video R.A.G.E- Merungkai Jenayah Seksual Bawah Umur menyebabkan saya rasa
malu pada masyarakat masa kini yang mengejar wang. Mereka sanggup
mempergunakan gadis bawah umur untuk kepentingan perniagaan mereka. Saya berasa
malu dengan golongan ini yang tidak segan silu menggunakan gadis untuk mengaut
keuntungan.

(IPGKM/PK1/JurP/Gel3)

Analisis data catatan jurnal dalam Gelung Ketiga (sesi interaksi bersemuka) menyokong
perkembangan emosi malu oleh peserta kajian. Catatan jurnal seorang peserta kajian
dalam Gelung Ketiga tentang tema jenayah siber mendedahkan bahawa dengan
mengambil bahagian di dalam aktiviti hot seats (sesi interaksi bersemuka), peserta kajian
berpeluang untuk menghayati isu moral dengan lebih baik dan dapat membentuk emosi
moral mereka. Berikut ialah catatan jurnal salah seorang peserta kajian.

Pada hari ini saya terlibat dengan aktiviti hot seats. Aktiviti hot seats membantu saya
untuk memahami isu jenayah siber. Saya rasa malu dengan individu yang menipu gadis
hanya untuk mendapatkan wang. Mangsa siber tertipu dari segi emosi dan wang ringgit.
Mereka mempermainkan perasaan gadis.

(IPGKM/PK1/JurP/Gel3)

Catatan pemerhatian dalam Gelung Pertama (sesi pra pengajaran dan sesi interaksi
bersemuka) untuk tema penganiayaan terhadap manusia menunjukkan peserta dapat
meluahkan elemen emosi malu. Peserta kajian dapat meluahkan emosi malu terhadap isu
68
69

buli siber (sesi pra pengajaran) yang secara terang-terangan mengeksploitasi individu lain.
Peserta kajian meluahkan emosi malu terhadap individu yang sengaja mengaibkan orang
lain dengan menularkan gambar atau klip video yang disunting. Salah seorang
pemerhati menyatakan bahawa peserta kajian meluahkan rasa malu dengan
tindakan individu yang menularkan video yang diedit dan dialih suara (sesi interaksi
bersemuka). Peserta kajian melahirkan kebimbangan terhadap masyarakat yang menerima
berita palsu tanpa soal selidik. Pemerhati juga yakin bahawa peserta kajian mahu
masyarakat lebih bertanggungjawab ketika menerima berita yang tular di media sosial.

(IPGKS/Pemer/Gel1/Tamil)

Catatan pemerhatian oleh penyelidik di dalam Gelung Pertama (aktiviti pra pengajaran-
menonton klip video) dan perbincangan secara talian Schoology (interaksi bersemuka)
mendapati peserta kajian dapat meluahkan rasa malu tanpa segan silu. Peserta juga
berkongsi pandangan (interaksi bersemuka) bahawa isu moral yang berlaku bukan sahaja
melibatkan ibu bapa sebaliknya ahli masyarakat yang lain. Peserta kajian berpendapat buli
siber boleh memberi gambaran yang buruk kepada anggota masyarakat apabila mereka
tidak prihatin kepada persekitaran mereka sedangkan persekitaran hidup mereka terdedah
kepada keadaan yang lebih mencabar. Peserta kajian berpendapat ketiadaan rasa prihatin
anggota masyarakat membahayakan kehidupan mereka dan memberi implikasi yang
negatif. Pemerhatian terhadap peserta kajian dalam isu buli mendapati mereka
menunjukkan kesungguhan dengan memberikan cadangan menerusi platform secara
talian Schoology, interaksi bersemuka dan pasca pengajaran. Ternyata, emosi malu GPP
terbit apabila mereka mengetengahkan pelbagai perasaan mereka.

Di dalam aktiviti menonton video (sesi pra pengajaran) dan melaksanakan perbincangan
(interaksi bersemuka) untuk tema keprihatinan masyarakat di dalam Gelung Kedua, rakan
kolaborasi penyelidik dalam klip video bertajuk ‘ Statistik Jenayah Jalanan’, peserta
mendapati isu jenayah jalanan yang berlaku sejak kebelakangan ini memberi imej buruk
kepada negara. Peserta kajian mendapati bahawa klip video tersebut memberikan
gambaran memalukan seolah-olah Malaysia sebuah negara yang tidak selamat. Peserta
kajian berpendapat isu jenayah jalanan perlu ditangani dengan sebaik mungkin agar imej
negara pulih di kaca mata masyarakat.

(IPGKP/pemerh/Gel2/Bad)

Di dalam Gelung Kedua (aktiviti hot seats- interaksi bersemuka), rakan kolaborasi
penyelidik mendapati fenomena yang sama berlaku apabila perbincangan terhadap isu
LGBT dilaksanakan oleh peserta kajian. Keratan akhbar bertajuk ‘LGBT entitled to be
treated’ telah digunakan untuk mencetuskan perbincangan aktiviti hot seats. Peserta
kajian memberi pengakuan (interaksi bersemuka) bahawa masyarakat tidak perlu
memberikan komen dan kritikan yang berlebih-lebihan terhadap golongan LGBT.
Kritikan sedemikian, menurut peserta kajian hanya memalukan masyarakat kerana
menunjukkan mereka tidak faham diri mereka dan diri orang lain. Emosi malu dengan
sikap masyarakat yang melemparkan kritikan yang berlebihan dapat dilihat dalam
kalangan peserta.

Catatan pemerhatian (rakan kolaborasi penyelidik) juga mendapati peserta kajian dapat
meluahkan perasaan kendiri mereka terhadap isu jenayah siber. Peserta kajian menyatakan
69
70

mereka berasa malu terhadap masyarakat apabila masyarakat tidak mengendahkan nilai-
nilai murni di dalam menjalankan kehidupan mereka sebaliknya bertindak mencuri,
memalukan orang lain dan melakukan kemungkaran hidup dengan terlibat dalam jenayah
siber. Peserta kajian berpandangan masyarakat harus saling menyayangi antara satu
sama lain dan mengelakkan daripada terlibat dalam aktiviti yang menjejaskan
keharmonian masyarakat.

(IPGKP/pemerh/Gel3/Ram)

6.0 KESIMPULAN
Emosi malu dalam kalangan GPP wujud apabila mereka membincangkan isu moral yang
membabitkan individu, masyarakat dan negara. Emosi malu menjadi suatu unsur emosi
yang tidak dapat dielakkan apabila ada nilai masyarakat yang tidak diendahkan (White &
Williams, 1994) . Dalam membentuk individu yang bermoral, emosi malu kelihatan tidak
dapat diselindung apabila unsur kemanusian, hak asasi dan nilai masyarakat dicabul
secara terang-terangan. Sebagai guru, emosi malu ini mencerminkan bahawa guru
berpaksikan kepada Standard Guru Malaysia (SGM) yang mahu kehidupan berkualiti
yang menitikberatkan nilai moral (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2009). Jelas
bahawa guru menolak individu yang mempamerkan tingkah laku yang tidak bermoral,
seperti perbuatan mengaibkan orang lain, . Perbuatan mengaibkan orang lain bukan sahaja
tidak sihat malah membawa implikasi negatif kepada individu yang diaibkan. Sebagai
pembina bangsa, guru sedar bahawa nilai hak asasi dan kemanusiaan dalam diri seseorang
menjadi penyumbang kepada kehidupan yang harmoni (Willemse et al., 2008).
Masyarakat tidak boleh menerus menekan dan menindas orang lain hanya kerana kelainan
gender atau memiliki kuasa. Lebih buruk, apabila wujud sadis dalam diri manusia itu
sendiri. Sebagai guru, perbuatan menidakkan hak asasi dan bermusuhan dalam kalangan
masyarakat akan menjejaskan usaha membentuk masyarakat yang bermoral.

Perasaan malu dan rasa bersalah mungkin boleh menjadi sesuatu yang menyakitkan emosi
seseorang tetapi kita tidak dapat menjadi orang yang lebih bermoral tanpanya. Perasaan
malu dan bersalah boleh dianggap sebagai tanda kematangan seseorang individu dalam
kehidupan mereka (Paxton et al., 2012). Kedua-dua perasaan ini masih lagi penting dalam
emosi moral seseorang guru bagi membolehkan mereka ‘feels good’, seterusnya
menyumbang dalam kehidupan mereka (Mazer et al., 2014) . Dalam kehidupan GPP,
emosi malu ini membuktikan bahawa mereka juga sebahagian daripada masyarakat yang
mengutamakan kehidupan yang nilai-nilai moral. GPP masih utuh mempertahankan nilai
moral seperti keadilan, kasih sayang atau kebebasan. Nilai ini bertepatan dengan hasrat
dalam kerangka SGM bagi meningkatkan tahap dan kualiti kehidupan.

RUJUKAN

Bolotin Joseph, P. (2003). Teaching about the Moral Classroom: Infusing the moral imagination
into teacher education. Asia-Pacific Journal of Teacher Education, 31(1), 7–20.
https://doi.org/10.1080/13598660301617

70
71

Cleckley, H. (2007). The mask of sanity: An attempt to clarify some issues about the so-called
psychopathic personality (3rd ed.). In The mask of sanity: An attempt to clarify some issues
about the so-called psychopathic personality (3rd ed.). https://doi.org/10.1037/11395-000

Collins, E. F., & Bahar, E. (2000). To Know Shame Malu And Its Uses In Malay Societies.
Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 14(1).

Doris, J. M. (2010). The Moral Psychology Handbook. The Moral Psychology Handbook, 1–504.
https://doi.org/10.1093/acprof:oso/9780199582143.001.0001

Eisenberg, N. (2000). Emotion, Regulation, and Moral Development. Annual Review of


Psychology, 51(1), 665–697. https://doi.org/10.1146/annurev.psych.51.1.665

Elevitch, B., & Taylor, G. (1989). Pride, Shame and Guilt. In Noûs (Vol. 23, Issue 2).
https://doi.org/10.2307/2215983

Graham, J., Nosek, B. A., Haidt, J., Iyer, R., Koleva, S., & Ditto, P. H. (2011). Mapping the Moral
Domain. Journal of Personality and Social Psychology, 101(2), 366–385.
https://doi.org/10.1037/a0021847.Mapping

Himma, K. E. (2009). Artificial agency, consciousness, and the criteria for moral agency: What
properties must an artificial agent have to be a moral agent? Ethics and Information
Technology, 11(1), 19–29. https://doi.org/10.1007/s10676-008-9167-5

Hu, J. I. (2021). Shame, Vulnerability, and Change. Journal of the American Philosophical
Association. https://doi.org/10.1017/apa.2021.21

Huo, Y., & Xie, J. (2020). Exploring the issue of a lack of cohesion in moral education: An
empirical study in Chinese primary and secondary schools. Journal of Moral Education.
https://doi.org/10.1080/03057240.2020.1814710

Jimenez, M. (2018). The virtues of shame: Aristotle on the positive role of shame in moral
development.
https://digitalworks.union.edu/theses/343?utm_source=digitalworks.union.edu%2Ftheses%
2F343&utm_medium=PDF&utm_campaign=PDFCoverPages

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Standard Guru Malaysia.


https://doi.org/10.1007/s13398-014-0173-7.2

Mazer, J. P., McKenna-Buchanan, T. P., Quinlan, M. M., & Titsworth, S. (2014). The Dark Side
of Emotion in the Classroom: Emotional Processes as Mediators of Teacher Communication
Behaviors and Student Negative Emotions. Communication Education, 63(3), 149–168.
https://doi.org/10.1080/03634523.2014.904047

Mohamad Khairi Othman, & Asmawati Suhid. (2010). Peranan sekolah dan guru dalam
pembangunan nilai pelajar menerusi penerapan nilai mumi : satu sorotan. Journal of General
Studies, 11, 117–130.

71
72

Paxton, J. M., Ungar, L., & Greene, J. D. (2012). Reflection and reasoning in moral judgment.
Cognitive Science, 36(1), 163–177. https://doi.org/10.1111/j.1551-6709.2011.01210.x

Rawls, J. (1971). A Theory of Justice. Harvard University Press.

Shen, L. (2018). The evolution of shame and guilt. PLoS ONE, 13(7).
https://doi.org/10.1371/journal.pone.0199448

Thomason, K. K. (2015). Shame, Violence, and Morality. Philosophy and Phenomenological


Research, 91(1), 1–24. https://doi.org/10.1111/phpr.12110

White, N., & Williams, B. (1994). Shame and Necessity. In The Journal of Philosophy (Vol. 91,
Issue 11). https://doi.org/10.2307/2941071

Willemse, M., Lunenberg, M., & Korthagen, F. (2008). The moral aspects of teacher educators’
practices. Journal of Moral Education, 37(4), 445–466.
https://doi.org/10.1080/03057240802399269

72
73

TAHAP KEPIMPINAN PENTADBIR DAN KOMPETENSI GURU TERHADAP AMALAN


TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH

ISMAIL HUSIN (PH.D)1 MOHD. AMIN TAN TUA2 & ABDUL MALIK RAHIM3

Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah1


Pejabat Pendidikan Daerah Beluran2
Pejabat Pendidikan Daerah Kunak3

sienmiell@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap kepimpinan pentadbir terhadap amalan teknologi
instruksional dan kompetensi guru sekolah di Sabah. Kajian ini boleh dijadikan satu dokumentasi dan
boleh dimanfaatkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabatan Pendidikan Daerah (PPD) dalam
merancang dasar dan program latihan kepimpinan dalam kalangan pentadbir dan guru-guru sekolah pada
masa akan datang. Penyelidikan tinjauan berbentuk deskriptif dan inferensi yang melibatkan kaedah
korelasi Pearson ini menggunakan instrumen soal selidik mengandungi skala 5 mata poin (likert). Kajian
ini melibatkan seramai 41 orang guru sekolah rendah di Sabah. Dapatan kajian menunjukkan tahap
kepimpinan pentadbir terhadap amalan teknologi instruksional (min=4.00; s.p=0.75) dan kompetensi guru
adalah pada tahap tinggi (min=4.12; s.p=0.57). Selain itu, terdapat hubungan sangat kuat antara
kepimpinan pentadbir terhadap amalan teknologi instruksional dengan kompetensi guru di Sabah (r=0.90,
p<0.05). Kesimpulannya, kepimpinan pentadbir terhadap amalan teknologi instruksional dapat
meningkatkan kompetensi guru serta dapat membantu keberkesanan organisasi sekolah.

Kata kunci : Kepimpinan instruksional, komitmen, pentadbir, amalan kepimpinan

ABSTRACT

This study is performed to investigate the level of school administrator leadership upon the usage of
instructional technology and teachers competency in schools of Sabah. This study may also be seen as a
form of documentation which brings benefits to State Education Department (JPN) and District Education
Offices (PPD) as it gives those institutions information for policy planning and professional development
among schools administrator and teacher in near future . survey research design of descriptive and
inferential which consist of Pearson correlation method and applying survey instrument using likert 5
points scale. 41 teachers participated in this study form various primary schools of Sabah. Study indicates
that school administrator level of instructional technology practices and teachers competencies are in
high level. Besides , there is a strong coloration between administrator leadership and teachers’
competencies. In short, good administrator leadership may lead to a better competencies among teachers
and would help schools’ organization effectiveness

Keywords : Instructional leadership, commitment , administrator, leadership practices

73
74

PENDAHULUAN
Kepimpinan adalah tunjang dalam menghadapi sesuatu perubahan (Kotter, 2001).
Dewasa ini, pelbagai perubahan melanda sistem pendidikan di Malaysia yang menuntut
kepimpinan berkesan dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Perubahan yang paling pesat adalah implementasi dan integrasi teknologi ke
dalam sistem pendidikan masa kini. Musa (2002), menyatakan kepimpinan sebagai
penentu kejayaan sesebuah organisasi. Kualiti kepimpinan yang tinggi dalam mengurus
dan mentadbir sekolah amat perlu sekiranya kita ingin melahirkan generasi berkualiti
dan mewujudkan sekolah yang cemerlang.

Melihat akan perubahan yang dibawa oleh teknologi dan kepentingan kepimpinan dalam
menangani perubahan ini ramai pengkaji mula melihat kepada apa yang diistilahkan
sebagai kepimpinan teknologi (Avolio, 2000; Creighton, 2003; Flanagan dan Jasocsen,
2003; Anderson dan Dexter, 2005). Keberkesanan kepimpinan instruksional turut
dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Isu berkaitan
kepimpinan instruksional mula hangat diperkatakan, rata-rata cuba mengetengahkan
ciri-ciri kepimpinan instruksional yang cemerlang bertujuan untuk mewujudkan budaya
kepimpinan profesional (Rossafri Mohammad dab Balakrishnan a/l Munindy, 2007).

Kepimpinan sekolah yang efektif dan berpengetahuan sangat penting untuk menentukan
sama ada penggunaan teknologi dapat memperbaiki PdP ini kerana kebanyakkan
pentadbir sekolah tidak selesa menjadi pemimpin dalam bidang teknologi, ataupun
mereka mungkin tidak pasti keberkesanan tentang kepimpinan teknologi dapat
memperbaiki dan mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), atau
mereka mungkin percaya bahawa tahap pengetahuan tentang teknologi adalah tidak
memadai untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna (Rossafri Mohammad dab
Balakrishnan a/l Munindy, 2007). Menurut Hallinger (2011) pengetua sentiasa didesak
supaya mengamalkan tugas-tugas kepemimpinan instruksional di sekolah kerana
diyakini menyumbang kepada pencapaian akademik murid. Namun begitu, semua
model dan teori kepimpinan instruksional yang diguna pakai pada hari ini dalam sistem
pendidikan Malaysia telah dibina oleh penyelidik-penyelidik berdasarkan persekitaran
pendidikan luar, khususnya persekitaran pendidikan Amerika Syarikat dan negara-
negara Eropah yang lain (Mohd Yusri & Aziz Amin 2014).

Amalan kepemimpinan instruksional ini amat dititik beratkan sehingga direalisasikan


melalui penilaian serta pentaksiran dalam Standard 1, Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia yang menerangkan dengan terperinci bahawa kepimpinan sekolah berperanan
sebagai pemimpin berimpak tinggi dan berupaya menggembleng dan menggerakkan
warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti
pembelajaran dan pengajaran (SKPM, 2010). Ini menunjukkan bahawa pengetahuan
kepimpinan instruksional dan amalan yang dizahirkan oleh pemimpin instruksional turut
memerlukan kualiti yang diharapkan dalam memenuhi hasrat transformasi pendidikan
berkenaan di mana pemimpin sekolah akan menjadi pemimpin instruksional yang
cemerlang dan bertindak sebagai ejen perubahan (Ringkasan Eksekutif E-38, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 – 2025).

74
75

PERNYATAAN MASALAH
Kejayaan sesebuah sekolah dalam bidang akademik sangat bergantung kepada
pemimpin sekolah (Sazali Yusoff, 2007). Kajian-kajian lalu juga menunjukkan
pemimpin sekolah mempunyai perkaitan dengan kejayaan akademik sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung (Hallinger, 2003). Namun kepimpinan instruksional
yang sangat relevan dengan organisasi sekolah jarang dikaji khususnya perkaitan antara
amalan kepimpinan instruksional guru besar sebagai pemimpin instruksional dan
hubungannya dengan kompetensi guru.

Kepimpinan instruksional dalam kalangan pentadbir mampu menpengaruhi corak kerja


guru dan komitmen guru dalam menjalankan tugas kerana pen pengetua memimpin dan
komitmen dalam menjalankan tugas kerana pengetua memimpin segala tugas di sekolah
(Lokman et. al, 2012) Dalam masa yang sama, pengetua perlu memiliki kemahiran
interpersonal daan keupayaan memberi inspirasi, suntikan motivasi dan semangat
kepada guru-gurunya untuk sama-sama bergerak ke hadapan. Oleh yang demikian maka
menjadi satu keperluan untuk melihat dengan lebih teliti perkaitan antara kepimpin
instruksional pengetua dengan komitmen guru itu sendiri dalam sesebuah sekolah.

Seperti mana yang dinyatakan dalam banyak kajian, pengaruh kepimpinan sesebuah
sekolah adalah amat penting kerana ia menentukan kejayaan dan pencapaian sesebuah
sekolah berkenaan (Yusri, 2014b; Hallinger, 2011; Rose G., 2009; Suhaimi & datol,
2007; Christie, 2004; Edmond, 1979; Stogdill, 1974). Walaupun secara amnya,
kenyataan itu amat dipersetujui, namun 60 hingga 68 peratus amalan pengetua dan guru
besar adalah didapati masih tertumpu kepada untuk tugas-tugas pentadbiran seperti
menghadiri mesyuarat, seminar serta melayan tetamu (Hamzah, Wei, Hamd& Mansor,
2013; Azlin, Jamalullail Isham & Norhayati, 2011: 2013). Malahan pengetua dan guru
besar juga didapati banyak menghabiskan masa mereka dengan tugas pentadbiran. Hal
ini menjadi punca utama mengapa mereka kekurangan masa untuk menjalankan fungsi
dan peranan mereka sebagai pemimpin instruksional (Suhaimi & Mazlan 2013; Jameella
& Janaibee, 2011). Kenyataan ini disokong dengan dapatan literatur yang lain, yang turut
mendapati bahawa kekangan itu menyebabkan pengetuan meluangkan masa yang
sedikit untuk menjalankan fungsi kepimpinan instruksional dengan kekerapan sederhana
(Shahril & Faizal, 201

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepimpinan pentadbir dan kompetensi
guru terhadap amalan teknologi instruksional di Sabah.

OBJEKTIF
1. Mengenalpasti tahap kepimpinan pentadbir terhadap amalan teknologi instruksional
menurut persepsi guru.
2. Mengenalpasti tahap kompetensi guru terhadap amalan teknologi instruksional di
sekolah di Sabah.
75
76

3. Mengenalpasti hubungan antara amalan kepimpinan instruksional pentadbir dengan


kompetensi guru sekolah di Sabah.

METODOLOGI
Reka bentuk kajian ini merupakan kajian tinjauan. Tujuan kajian dijalankan untuk
mengenal pasti tahap kepimpinan pentadbir dan kompensi guru terhadap amalan
teknologi instruksional di sekolah. Populasi dalam kajian terdiri daripada 41 orang guru-
guru sekolah di Sabah yang dipilih secara rawak mudah di beberapa buah sekolah dalam
daerah Tawauu. Borang soal selidik ditadbir secara online dengan menggunakan aplikasi
google form skala likert 5 mata poin digunakan sebagai instrumen.Menurut Azizi
Yahaya, et al. (2007), soal selidik merupakan kaedah yang efisien bagi mengutip data
dalam jumlah yang banyak pada kos yang rendah dalam tempoh yang singkat. Bagi
mendapatkan kesahan dalam pembinaan item soal selidik terlebih dahulu telah disemak
oleh sekumpulan pakar dalam bidang berkaitan. Kajian rintis telah dijalankan oleh
pengkaji bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach di mana secara
keseluruhannya konstruk yang ditadbir memperoleh nilai 0.83. Menurut Field (2009),
Indeks kebolehpercayaan dengan nilai tersebut dianggap memuaskan dan diterima.
Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis profail subjek kajian dan instrumen
soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS)
versi 26.0.

Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kekerapan,


peratusan, min dan sisihan piawai. Bagi melihat tahap kepimpinan pentadbir terhadap
amalan teknologi instruksional dan kompetensi guru diukur dengan menggunakan min
dan sisihan piawai. Skor min kajian diinterprestasi melalui skala yang digunakan oleh
Mohd Yusof (2006). skala min dibahagi kepada tiga tahap, iaitu tahap rendah, sederhana
dan tinggi.

Jadual 1
Interprestasi tahap skor min

Skor Min Interprestasi tahap min


1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi

Sumber: Mohd Yusof (2006)

Manakala bagi mengenalpasti hubungan antara amalan kepimpinan instruksional pentadbir


dengan kompetensi guru sekolah rendah di Sabah , ujian korelasi Pearson berdasarkan Taylor
(1990) digunakan untuk menguji perhubungan antara amalan kepimpinan intruksional pentadbir
dengan kompetensi guru. Kekuatan nilai korelasi boleh ditentukan mengikut Jadual 2.

Jadual 2
Interprestasi kekuatan hubungan
76
77

Nilai Korelasi Koefisien (r) Kekuatan Hubungan


0 Tiada hubungan Hubungan lemah Hubungan
r< sederhana kuat
0.35 Hubungan yang kuat (ketara) Hubungan sangat kuat
0.36 hingga 0.67 Sempurna
0.68 hingga 0.89
r>
0.90
1.0

Sumber: Taylor (1990)

DAPATAN KAJIAN
Demografi
Kajian ini melibatkan 41 orang guru di Sabah untuk menjawab soal selidik secara online
(google form) dan ditentukan melalui persampelan rawak mudah. Data dianalisis secara
deskriptif. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dalam kajian ini, terdapat
seramai 16 orang guru lelaki (39.0%) dan 25 orang guru perempuan (61.0%). dari segi
kawasan ataupun lokasi sekolah guru berkhidmat di bandar iaitu seramai 25 orang
(61.0%) dan seramai 16 orang guru ditempatkan di luar bandar (39.0%). dari segi
tempoh perkhidmatan , majoriti guru 16 tahun ke atas, iaitu seramai 21 orang (51.2%).
seramai 6 orang guru yang berkhidmat dalam tempoh 1-5 tahun dan 11-15 tahun iaitu
masing-masing (14.6%), manakala selebihnya seramai 8 orang guru berkhidmat dalam
tempoh 6-10 tahun (19.5%). Dari segi kelayakan akademik pula, majoriti guru
mempunyai kelayakan akademik sarjana muda iaitu seramai 33 orang (80.5%)
berbanding 8 orang guru (19.5%) mempunyai kelayakan akademik peringkat sarjana.

(a) Tahap kepimpinan pentadbir terhadap amalan teknologi instruksional


Bahagian ini menghuraikan dapatan bagi objektif kajian yang pertama iaitu
mengenalpasti tahap kepimpinan pentadbir terhadap amalan teknologi instruksional
menurut persepsi guru. Secara keseluruhan tahap adalah tinggi. Dapatan
menunjukkan skor min keseluruhan bagi kesemua item

1 hingga 32 adalah min=4.00 dan sisihan piawai bersamaan 0.75 seperti yang
ditunjukkan pada Jadual 3.

Jadual 3
Nilai min dan sisihan piawai tahap kepimpinan pentadbir terhadap amalan teknologi
instruksional

BIL ITEM MI S.P TAHA


N P
77
78

1 Mendorong warga sekolah terlibat dalam pelan 4.26 0.63 Tinggi


strategikberkaitan teknologi instruksional
2 Menyokong usaha ke arah pelaksanaan pelan 4.46 0.59 Tinggi
strategik
teknologi instuksional
3 Menerajui perancangan ke arah keberkesanan 4.24 0.76 Tinggi
penggunaan teknologi instruksional
4 Menyalurkan maklumat berkaitan pelan 4.26 0.77 Tinggi
strategikteknologi instruksional
5 Melibatkan diri dalam pembangunan strategik 4.31 0.81 Tinggi
teknologi instruksional
6 Merangsang inovasi sekolah melalui cara digital 4.21 0.72 Tinggi
7 Membudayakan pembelajaran warga sekolah melalui 4.12 0.71 Tinggi
teknologi instruksional
8 Memastikan pengajaran berpandukan era digital 4.07 0.78 Tinggi
9 Menggalakkan keberkesanan teknologi 4.17 0.73 Tinggi
instruksional dalam pembelajaran
10 Menyediakan persekitaran pembelajaran berteknologi 4.04 0.86 Tinggi
11 Memastikan penggunaan teknologi 4.19 0.71 Tinggi
instruksional merentas kurikulum
12 Meneliti potensi teknologi instruksional terkini bagi 3.95 0.86 Tinggi
kegunaan pembelajaran
13 Melibatkan diri dalam penggunaan teknologi 4.14 0.76 Tinggi
instruksional
14 Mengikut trend penggunaan instruksional terkini 4.24 0.69 Tinggi
15 Memupuk warga sekolah menggunakan 4.21 0.68 Tinggi
teknologi instruksional
16 Menyediakan prasarana bagi kelancaran 4.04 0.80 Tinggi
amalanprofesional teknologi instruksional
17 Menggalakkan komunikasi berkesan melalui 4.19 0.64 Tinggi
teknologi instruksional
18 Meneladani kerjasama berkesan melalui 4.09 0.80 Tinggi
teknologi instruksional
19 Membina perkongsian strategik bagi penambahbaikan 4.09 0.70 Tinggi
bersistem
20 Memanfaatkan data bagi meningkatan pembelajaran 4.12 0.71 Tinggi
pelajar
21 Menyediakan prasarana teknologi instruksional dalam 3.97 0.72 Tinggi
menyokong generasi sekolah
22 Menjemput pakar bagi mencapai keberkesanan 3.80 0.84 Tinggi
teknologi instruksional
23 Memanfaatkan data bagi meningkatkan prestasi 4.07 0.72 Tinggi
kakitangan sekolah
24 Memaksimumkan pencapaian sekolah melalui 4.07 0.64 Tinggi
sumber
teknologi instruksional
78
79

25 Memastikan pelajar mengakses teknologi 4.04 0.70 Tinggi


instruksional dengan sama rata
26 Meneladani kefahaman budaya melalui teknologi 4.04 0.77 Tinggi
instruksional
27 Meneladani komunikasi sosial melaluiteknologi 4.09 0.73 Tinggi
instruksional
28 Menggalakkan penggunaan teknologi instruksional 4.26 0.67 Tinggi
yang selamat, sah dan beretika
29 Memastikan tanggungjawab terhadap interaksi sosial 4.21 0.61 Tinggi
melalui teknologi instruksional
30 Memanfaatkan perkembangan isu-isu global melalui 3.41 0.63 Tinggi
teknologi instruksional
31 Membentuk polisi penggunaan teknologi 4.31 0.68 Tinggi
instruksional yang selamat, sah dan beretika
32 Meneladani penggunaan teknologi instruksioanl yang 4.26 0.70 Tinggi
selamat, sah dan beretika
Tahap Keseluruhan 4.00 0.75 Tingg
i

(b) Tahap kompetensi guru terhadap amalan teknologi instruksional di sekola


Bahagian ini menghuraikan dapatan bagi objektif kajian yang kedua iaitu mengenalpasti
tahap kompetensi guru terhadap amalan teknologi instruksional di sekolah rendah di
Sabah. Secara keseluruhan tahap adalah tinggi. Dapatan menunjukkan skor min
keseluruhan bagi kesemua item 33 hingga 56 item adalah min=4.12 dan sisihan piawai
bersamaan 0.57 seperti yang ditunjukkan pada Jadual 4.

Jadual 4
Nilai min dan sisihan piawai tahap kompetensi guru terhadap amalan teknologi
instruksional di sekolah

BIL ITE MI S.P TAHA


M N P
33 Menerusi TI, saya boleh menyesuaikancabaran 4.24 0.48 Tinggi
berdasarkan kemampuan pelajar
34 Menerusi TI, saya boleh mengukur pelajar tentang 4.14 0.57 Tinggi
apayang dipelajari
35 Menerusi TI, saya boleh menjawab soalan pelbagai 4.26 0.50 Tinggi
aras daripada pelajar
36 Menerusi TI, saya boleh memahami soalan pelbagai 4.31 0.47 Tinggi
aras daripada pelajar
37 Menerusi TI, saya dapat mempelbagaikan strategi 4.34 0.57 Tinggi
pengajaran
79
80

38 Menerusi TI, saya boleh mengemukakan soalan 4.34 0.57 Tinggi


yang jelas kepada pelajar
39 Menerusi TI, saya boleh memberi penjelasan 4.21 0.52 Tinggi
terhadap kekeliruan pelajar
40 Menerusi TI, saya boleh mempelbagaikan strategi 4.26 0.50 Tinggi
penilaian
41 Menerusi TI, saya boleh mewujudkan rutin 4.17 0.62 Tinggi
pembelajaran yang lancar

42 Menerusi TI, saya boleh meramalkan tingkah 3.90 0.66 Tinggi


laku
pelajaar
43 Menerusi TI, saya boleh menangani pelajar yang 3.92 0.75 Tinggi
menganggu aktiviti pembelajaran
44 Menerusi TI, saya boleh menangani masalah pelajar 4.12 0.50 Tinggi
ayng ketinggalan.
45 Menerusi TI, saya boleh mewujudkan 4.02 0.68 Tinggi
kumpulan perbincangan bagi setiap
pelajar
46 Menerusi TI, saya boleh menenangkan pelajar yang 3.90 0.70 Tinggi
membuat bising
47 Menerusi TI, saya boleh mempengaruhi pelajar 4.04 0.58 Tinggi
mengikut peraturan dalam kelas
48 Menerusi TI, saya boleh mengawal disiplin pelajar 4.00 0.63 Tinggi
49 Menerusi TI, saya boleh mendalami masalah 3.98 0.57 Tinggi
penerimaan pelajar
50 Menerusi TI, saya boleh menimbulkan kreativiti 4.04 0.63 Tinggi
pelajar
51 Menerusi TI, saya boleh membantu pelajar berfikiran 4.14 0.61 Tinggi
kritis
52 Menerusi TI, saya boleh meningkatkan kefahaman 4.17 0.58 Tinggi
pelajarmelalui aktiviti
53 Menerusi TI, saya boleh memastikan pelajar tekun 4.07 0.56 Tinggi
melaksanakan aktiviti
54 Menerusi TI, saya boleh memotivasikan pelajar untuk 4.17 0.58 Tinggi
meningkatkan penglibatan
55 Menerusi TI, saya boleh memupuk pelajar 4.12 0.50 Tinggi
menghargai pembelajaran
56 Menerusi TI, saya boleh mendorong pelajar 4.12 0.55 Tinggi
melaksanakan pembelajaran
Tahap Keseluruhan 4.12 0.57 Tingg
i

80
81

(a) Hubungan antara amalan kepimpinan instruksional pentadbir dengan kompetensi


guru di Sabah.

Dalam kajian ini, ujian korelasi Pearson digunakan untuk menguji perhubungan antara
amalan kepimpinan teknologi instruksional pentadbir dengan kompetensi guru di Sabah.
Kekuatan nilai korelasi boleh ditentukan mengikut Jadual 5.

Jadual 5
Analisis Korelasi Pearson Kepimpinan Pentadbir Terhadap Amalan Teknologi Instruksional
Dengan Kompetensi Guru

Correlations
KEPIMPINAN
PENTADBIR
TERHADAP KOMPET
AMALAN ENSI
TEKNOLOGI GURU
INSTRUKSIONAL
KEPIMPINAN PENTADBIR Pearson 1 .906**
Correlation .000
TERHADAP AMLAN TEKNOLOGI Sig. (2- 41 41
tailed)
INSTRUKSIONAL N
KOMPETENSI GURU Pearson .906** 1
Correlation .000
Sig. (2- 41
tailed)
N

**. Correlations is significand at the 0.01 level (-tailed)

Analisis korelasi pearson dalam Jadual 5 menunjukkan terdapatnya hubungan positif yang
sangatkuat dan signifikan antara kepimpinan pentadbir dengan kompetensi guru terhadap
amalan instruksional sekolah di Sabah. (r=0.90, p<0.05). Hal ini bermaka skor kepimpinan
pentadbir terhadap amalan teknologi instruksional dengan skor kompetensi guru mempunyai
perkaitan yang sangat kuat dengan kompetensi guru jika dirujuk berdasarkan kepada jadual
interprestasi Taylor (1990) iaitu semakin kuat pula skor kompetensi guru. Keputusan ini
membawa implikasi bahawa kompetensi guru-guru di Sabah adalah kuat apabila amalan
kepimpinan pentadbir terhadap teknologi instruksional adalah sangat kuat. Oleh itu tahap
kompetensi guru dapat dijangkakan dari amalan kepimpinan pentadbir.

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN


Kajian ini mendapati tahap kepimpinan pentadbir terhadap amalan teknologi instruksional
di sekolah-sekolah di Sabah berada pada tahap tinggi secara keseluruhan (min=4.00;
s.p=0.75). Ini menggambarkan guru mempunyai persepsi bahawa pentadbir telah
81
82

melaksanakan kepimpinan instruksional dengan meluas melalui sikap dan tindakan yang
dipamerkan di sekolah. Dua dimensi menyokong usaha ke arah pelaksanaan pelan strategik
teknologi instuksional (min=4.46; s.p=0.59) dan melibatkan diri dalam pembangunan
strategik teknologi instruksional (m=4.31; 0.89) mempunyai nilai yang tinggi berbanding
item yang lain. Ini menunjukkan pentadbir sekolahmengamalkan kepimpinan instruksional
pada tahap tinggi bagi kedua-dua dimensi ini. Ini menggambarkan pentadbir sekolah
memberi perhatian lebih kepada amalan-amalan kepimpinan teknologi instruksional yang
berkaitan dengan usaha ke arah pelaksanaan pelan strategik teknologi instruksional dan
sentiasa melibatkan diri dalam pembangunan strategik teknologi instruksional.

Secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan pentadbir sekolah mengambil berat


berkaitan keseluruhan dimensi tersebut. Ini mungkin disebabagkan pentadbir menyedari
perlunyabanyak masa yang difokuskan kepada perkara-perkara melibatkan pengajaran dan
pembelajaranberorientasikan teknologi instruksional sesuai dengan perkembangan situasi
pendidikan masa kini. Hal ini termasuklah melindungi masa pengajaran dan pembelajaran,
mengekalkan keterlihatan yang tinggi, menyediakan insentif guru, meggalakkan
perkembangan kerjaya guru dan menyediakan insentif untuk pembelajaran murid berkaitan
dengan teknologi instruksional. Hasil kajian ini adalah selari dengan dapatan Zaliza, Mohd
Izham & Mohd. Hamzah (2018) yangmendapati tahap kepimpinan instruksional pengetua
selaku pentadbir adalah pada tahap tinggi (min=3.77) di dalam kajian mereka berkaitan
amalan kepimpinan instruksional di sekolah.

Dari aspek kompetensi guru pula, kajian ini mendapati tahap kompetensi guru sekolah di
Sabah berada pada tahap tinggi secara keseluruhannya (min=4.12; s.p=0.57). Analisis min
bagidimensi menerusi amalan teknologi instruksional, saya dapat mempelbagaikan strategi
pengajaran dan serta dapat mengemukakan soalan yang jelas kepada pelajar (min=4.34;
s.p=0.57). Secara keseluruhannya kajian ini mendapati komptensi guru terhadap amalan
teknologi instruksional berada pada tahap tinggi.

Seterusnya, dapatan kajian mendapati wujudmya perhubungan yang sangat kuat antara
kepimpinan pentadbir terhadap amalan teknologi instruksional dengan kompetensi guru di
Sabah. Hubungan ini membawa maksud bahawa amalan kepimpinan teknologi instruksional
yang diamalkan oleh pentadbir akan membawa kesan positif terhadap kompetensi guru.
Secara umumnya mengukuhkan andaian dalam model teori Buck dan Watson (2002) dalam
Zaliza dan Mohd Izham (2018) yang menjelaskan bahawa untuk meningkatkan komitmen
guru dipengaruhi secara langsung oleh amalan kepimpinan pengetua melalui strategi
pengurusan sumber manusia yang berkesan. Dapatan kajian ini menyokong kajian terdahulu
oleh Nik Mustafa et. al (2015) mengenai kepimpinan instruksional pengetua terhadap
komitmen guru di negeri Pahang yang menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan komitmen guru.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kepimpinan pentadbir merupakan faktor utama yang
memnpengaruhi komitmen terhadap sekolah. Justeru itu, pengetahuan dan kemahiran
kepimpinan terhadap amalan teknologi instruksional pentadbir perlulah diperkukuhkan
dalam kalangan pentadbir dari masa ke semasa. Pentadbir pula perlu menilai dan meneliti
82
83

semula amalan kepimpinan terhadap teknologi instruksional yang merka lakukan.


Pelaksanaan kepimpinan terhadap amalan teknologi instruksional yang berkesan bukan
sahja dapat meningkatkan kompetensi guru tetapi turut membentuk iklim sekolah yang
berkesan. Dengan demikian. apabila guru adalah komited untuk menjalankan tugas di
sekolah. Ini secara tidak langsung turut meningkatkan prestasi kerja guru dan prestasi
pencapaian murid di sekolah.

RUJUKAN

Abdul Shukur Abdullah. 2004. Ucap Utama Seminar Nasional Pengurusan & Kepimpinan
Pendidikan ke 12. Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
ke 12. Anjuran Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia. Genting
Highlands, 14-17 Julai.

Azlin Norhaini, Jamalullail Abd. Wahab, Mohd Izham Mohd Hamzah & Norhayati Yusoff, (2011),
Aktiviti Kepimpinan Pengetua di Asia Tenggara: Analisis Data Kajian TIMSS 2011, Bangi:
Fakulti Pendidikan UKM.

Azlin Norhaini, Jamalullail Abd. Wahab, Mohd Izham Mohd Hamzah & Norhayati Yusoff, (2013),
Aktiviti Kepimpinan di Rantau Asia: Analisis Data Kajian TIMSS:2011, dlm. Seminar
Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke 20, Genting Highlands, Institut
Aminuddin Baki.

Anderson, R.E & Dexter, S. (2003). School technology leadership: incidence and impact.
www.crito.uci.edu/tlc/findings/report_6/startpage.html

Attaran, M & Vanlaar, I. (2001) Managing the use of school technology: An eight step guide for
administrators. Journal of Management Development. 20(5): 393-401.

Avolio , B.J. (2000). Full leadership development: Building the vital forces in organisation. London:
Sage.

Buck, J.M and Watson, J.L 2002. Retaining Staff Employees: The Relationship Between Human
Resources Management Strategies and Organizational Commitment. Innovative Higher
Education, Human Science Press, Inc, 26(3): 175-192.

Creighton,T. (2003). The principal as technology leader. California: Corwin Press. Inc.

Cresswell, J.W. (2012). Educational research: Planning, conduct and evaluating quantitative and
qualitative research. 4th ed. Bonston: Pearson.

Flanagan. L dan Jacobsen. M. (2003). Technology leadership for the twenty-first century principal.
Educational Administration Journal 41 (2): 124-142.

83
84

Hallinger, P. 2005. Instructional leadership and the school principal: a passing fancy that refuses to
fade away. Leadership and Policy in Schools (4), 221-239.
doi:10.1080/15700760500244793 Hallinger.

Kotter, J.P. (2001). What leader really really do? Harvard Business Review. December: 85-96.

Musa Mohamad. (2002). Teks ucapan perasmian persidangan pengurusan pendidikan pengetua-
pengetua sekolah menengah. Kuala Trengganu.

Nik Mustafa et. al. 2015. Clinical Supervision of Teaching Mara Junior Science College (MJSC),
Malaysia. Journal of Social and Behavioral Science 191 (2015) 522-458.

Rossafri Mohamad & Balakrishnan. 2017. Menterjemah Kepimpinan Teknologi Bagi Melahirkan
Kepimpinan Instruksional Yang Cemerlang. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan, Jilid 17
Bil.2, 91-103

Razianna Abd. Rahman, (2013). Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran:Kepimpinan


Instruksioanl Satu Panduan Praktikal Edisi Kedua (ms.s 231-270).

Robinson, V. (2007). ‘The impact of leadership on student outcomes: Making sense of the evidence’
Research Conference Paper. The Leadership Challenge: Improving Learning in Schools.
Australian Council for Educational Research.

Shahril @ Chairil Marzuki, & Muhammad Faizal A. Ghani. (2010), Kepimpinan Instruksional di
Sekolah Berkesan Dalam Menjana Modal Insan Cemerlang. In Shahril @Chairil Marzuki,
Rahimah Ahmad, & Huddein Ahmad (Eds), Kepimpinan Pengetua Menjana Modal Insan
Di Sekoleh Berkesan ( ms. 265 -280) Batu Caves: PTS Profesional publishing Sdn. Bhd.

Zaliza Md Yasin & Mohd Izham. 2007. Amalan Kepimpinan Instruksional Pengetua dan
Hubungannya Dengan Komitmen Guru di Sekolah Menengah Daerah Seremban, Negeri
Sembilan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, Jilid 32 Bil.1, 23-40.

84
85

RAKAMAN VIDEO PRAKTIKUM: DALAM NORMA BAHARU BAGI


PELAJARPRAKTIKUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU ZON SABAH

DR. RAMLAN MALA (Ph.D)

IPG Kampus Tawau Sabah

ramlanmala@yahoo.com

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh refleksi praktikum iaitu Refleksi rakaman video PdPc, Refleksi
Bimbingan Guru Pembimbing dan Refleksi Penyeliaan Pensyarah Penyelia terhadap pencapaian praktikum guru pelatih
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Zon Sabah yang ditempatkan di sekolah terpilih dalam negeri Sabah.
Seramai 281 orang pelajar terlibat sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakanrekabentuk konvensional dengan
pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan menggunakan soal selidik dan diedarkan kepada responden guru pelatih
PISMP Ambilan Jun 2015 dan PISMP Jun 2016. Data dianalisis bagi statistik deskriptif seperti skor min, sisihan piawai
manakala analisis inferens bagi ujian -t , Analisis Varians (ANOVA), dan Analisis Regresi. Semua faktor demografi
yang diuji dalam kajian menunjukkan wujud pencapaian yang signifikan berdasarkan lokasi P .004 dan jantina P 0.032
manakala tidak signifikan pada kemudahan internet yang disediakan P 0.522. Korelasi antara pencapaian praktikum
dengan refleksi praktikum iaitu refleksi rakaman video PdPc ialah r .349. Implikasi kajian ini juga mencadangkan agar
pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memantapkan pengurusan pelaksanaan program praktikum dalam
pelbagai aspek pelaksanaan praktikum dan membuat penambahbaikan yang difikirkan perlu.

Kata kunci: refleksi, praktikum, penyeliaan, guru pembimbing, pensyarah penyelia, guru pelatih

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the relationship between practicum reflection using video recording of lessons
on the teacher trainees’ achievement in the teaching practicum. 281 pre-service teachers from four branchcampuses of
the Institute of Teacher Education in Sabah who underwent teaching practicum in selected schools in Sabah were
involved as the respondents. The conceptual framework of this study has been developed by combining the Acheson
and Gall Clinical Supervision. This study employs quantitative approach through survey method by distributing
questionnaires to respondents of PISMP trainee’s June 2015 and Jun 2016 intake. The data were quantitatively
analysed.. Descriptive statistics such as mean score, standard deviation, inferential analysis of test -t, One Way
Analysis of Variance (ANOVA), and Regression Analysis were obtained. All demographic factors tested in the study
showed significant achievement based on location P .004 and gender P 0.032 while not significant on internet facilities
provided P 0.522. The correlation between practicum achievement with practicum reflection that is PdPc video recording
reflection is r .349. The influence of the R Square (R²) predictor factor is .487 which indicates that all independent
variables account for 48.7 percent of the total variance in practicum achievement. Implications of this study include
suggesting the Malaysian Institute of Teacher Education to improve the management of practicum implementation
program in all implementation aspects and devise necessary improvement.

Keywords: reflection, practicum, supervision, guidance teacher, supervising lecturer, teacher trainee

85
86

1. PENDAHULUAN
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) mula menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) pada tahun 2006, mengambil masa selama empat tahun yang mana sebelum
ini hanya mengeluarkan graduan diploma pendidikan setelah dinaiktarafkan oleh Jemaah Menteri
pada Julai, 2005 (BPPDP, 2006). IPGM membuat pengambilan guru pelatih diperkukuhkan
dengan beberapa pendekatan yang lebih holistik untuk menarik calon daripada pelbagai latar
belakang dan tahap pengalaman. Pada masa yang sama kurikulum latihan guru dimantapkan
dengan menambah waktu praktikum, menyesuaikan kemahiran dalam pelbagai dan menerapkan
kemahiran kepimpinan serta pengurusan. (KPM, 2013, 2016).

Praktikum dalam konteks IPGM bermaksud latihan amali di sekolah yang memberi peluang guru
pelatih untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara menyeluruh
dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah melalui bimbingan serta kolaborasi dengan guru
pembimbing, pensyarah pembimbing dan rakan guru pelatih dalam pelbagai situasi (KPM, 2008)
dengan pengiktirafan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA,2011) sebelum dilantik menjadi
guru yang terlatih. Kegagalan praktikum bererti merekamengulang praktikum dan peluang mereka
untuk diserapkan ke dalam perkhidmatan pendidikan tertunda (Mohd Zolkifli et. al, 2017).

Apabila kerajaan melaksanakan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) dengan memperkenalkan


pelbagai Standard of Procedure (SOP) dengan pelbagai Norma baharu seperti penjarakan sosial,
pemakaian pelitup separuh muka dan penjagaan kebersihan diri. PdPr dilaksnakan dengan ICT
sebagai medium utama dan jaringan jalur lebar memainkan pernanan utama. Oleh yang demikian
rakam video pengajaran semasa PdPr boleh dijadikan asas bimbingan jarak jauh semasa
praktikum.

2. PERNYATAAN MASALAH
Antara masalah yang dihadapi oleh guru pelatih ketika menjalani praktikum antaranyaadalah tahap
kesediaan dan pengetahuan pedagogi guru pelatih kurang memuaskan (Abdul Razak dan Ahmad
Shukri 2002; Hazil,1995); minat, sikap,pengetahuan dan kemahiran mengajar yang sederhana
(Baharin 2006; Halimah 2006; Shariff et al. 1994); keyakinan guru pelatih dalam menyampaikan
pengajaran masih pada tahap minimum (Hashim dan Mohd Daud2001); disamping prestasi guru
pelatih semasa praktikum kurang memuaskan (KPTM dan KPM 2005); dan kurangnya usaha guru
pelatih untuk meningkatkan kemahiran mengajar dan memperbaiki pengajaran (Zakaria et al.
2001).

Kekangan kewangan kerajaan dan situasi semasa persekitaran juga perlu diambilkira. Ops Daulat
dilaksanakan akibat pencerobohan Pengganas Filipina di Kampong Tanduo, LahadDatu pada 17
Februari 2013 dan serangan awal pada1 Mac 2013 (Reuters, 2013) telah menjejaskan Praktikum
Semester 1, 2013 (IPGK Tawau,2013) yang melibatkan Kursus Diploma Perguruan Lepas Ijazah
bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (KPLI-GSTT) Ambilan Disember 2011 dan Diploma
Perguruan Lepas Ijazah (DPLI-jQAF) Ambilan Januari 2012. Praktikum tetap dilaksanakan
dengan beberapa perubahan kaedah penyeliaan diperkenalkan (IPGM,2013)

Lokasi guru pelatih semasa menjalani praktikum berada dalam lingkungan Zon PerintahBerkurung
(ESSCOM, 2015). Perintah berkurung Peringkat Pertama di isytiharkan pada 19 Julai 2013
(BH,2013) di perairan Zon Selamat Timur (ESSZONE) bermula dari kawasan perairan Kudat
hingga ke kawasan perairan Tawau mengikut Seksyen 31 (4) Akta Polis 1967 dan dilanjutkan dua
minggu lagi bagi fasa ke-101 (BH,2018) dan masih dilanjutkan setiap 14 hari 28 Ogos 2021
(BH,2021). Kejayaan ESSCOM mengekang aktiviti lanun, penculikan dan jenayah rentas
sempadan menunjukkan keberkesanan perintah berkurung yang dilaksanakan (Ramli dan Mohd
Zambri, 2015). Satu pendekatan penyeliaan praktikum dilaksanakan terutama bagi pelajar yang
86
87

terkesan dengan pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu

Pendemik Covid19 yang melanda hampir seluruh dunia sejak Oktober 2019 bermula diWuhan,
Wilayah Hubei, China (Huang et. All, 2020) menjadikan seluruh dunia hampir lumpuhtermasuklah
industri pendidikan di Malaysia tidak terkecuali. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula
pada 18 Mac 2020 yang mempunyai fasa tertentu bergantung kepada bilangan kes COVID19.
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan bagi kawasan yang mengalam kes
yang tinggi (MKN,2020). Pengistiharan Darurat Kesihatan (Jabatan Peguam Negara, 2021)
dilaksanakan bagi mengawal Covid19 menjadi lebih parah. Ini menyebabkan institusi pendidikan
di tutup untuk tempo tertentu dan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) dilaksanakan
(KPM, 2020). Objektf umum bagi kajian ini adalah untuk melihat kedah alternatif dalam
membimbing pelajar melaksaksanakan PdPc disekolah tanpa perlu pensyarah penyelia berada
dalam masa sebenar penyeliaan tetapi pensyarah dapat membuat bimbingan dengan lebih berkesan
dan bermakna.

3. OBJEKTIF
3.1. Mengenal pasti tahap refleksi rakaman video Pengajaran dan Pemudah cara (PdPc) di
sekolah
3.2 Mengenal pasti tahap pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah
3.3 Mengenal pasti hubungan antara refleksi rakaman video Pengajaran dan Pemudah
cara dengan pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah.
3.4. Mengenal pasti pengaruh faktor-faktor peramal refleksi rakaman video pengajaran
dan pemudah cara, terhadap pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah.

4. METODOLOGI: REKA BENTUK KAJIAN, PENSAMPELAN


Praktikum bukan sahaja dapat mengajar guru pelatih bagaimana menghubungkanantara realiti,
konsep dan teori-teori yang dipelajari semasa di universiti tetapi ia juga dapat memberi pendedahan
tentang persekitaran pekerjaan yang sebenar ( Weinberg,1986 danMihail,2006).Praktikum juga
dapat bertindak sebagai mekanisme yang berkesan untuk menjalin hubungan yang baik antara
institut pengajian tinggi dan industri ke arah pembangunan sistem pendidikan tinggi yang lebih
efektif (Zhao dan Harris, 2004).

Refleksi praktikum ialah renungan, imbas semula aktiviti PdPc telah dilaksanakan.(Fendler, 2003).
Dalam konteks praktikum refleksi ialah aktiviti mengkaji semulaproses keberkesanan Pengajaran
dan Pemudah cara (PdPc) yang telah dilakukan untuk mempertingkatkan kemahiran guru. Refleksi
merupakan satu proses mengingat, merenung kembali pengalaman serta aktiviti yang telah
dilaksanakan serta menganalisis dan menilai kelebihan dan kekurangan untuk memikirkan cara
memperbaiki dan mengubah suai termasukmemikirkan cara penambahbaikan untuk panduan dan
kegunaan pada masa akan datang (Zainab et al ,2015)

Miyata (2002) menyatakan bahawa penyeliaan dan penilaian pensyarah penyelia dan guru
pembimbing mungkin satu-satunya sumber utama data semasa praktikum dan ini akan
mengurangkan pemerhatian dan penyeliaan mereka. Penggunaan video dalam pendidikan gurutelah
diperkenalkan di negara barat pada tahun 1960an dan diperkenalkan di Malaysia pada 1972 dan
rakaman dibuat untuk siaran secara “Off-line”. Pelbagai program berasaskan video telah popular

bermula dari sesi “micro-teaching” (Borg 1972) hingga ke program-program yang melibatkan
multimedia yang terkini (Lampert dan Ball 1998).

87
88

Rakaman video PdPc akan dilakukan oleh guru pelatih dengan membuat rakaman sendiri atau
dengan bantuan rakan guru pelatih. Guru pelatih akan memainkan semula rakamantersebut pada
masa lapang. Ini bertujuan untuk melihat kekuatan dan kelemahan sesi pengajaran tadi. Rakaman
Video PdPc yang dirakam dalam pengajaran sebenar membawa suasana nyata kepada penyelia di
luar masa sebenar (Sherin, 2003). Kajian empirikal mengenaipendidikan guru menggunakan video
sebagai alat reflektif untuk menyokong guru pelatih dengan melihat insiden kritikal ( Sherin dan
van Es, 2005; Tripp, 2012) Sesi PdPc mereka dirakam dan refleksi diambil tindakan sewajarnya
(Gonzalez,Monica 2017). Pencapaian praktikum ialah skor, gred atau pangkat (Kerlinger, 1989)
Yap, Wan, Ismail(1991) tahap kecekapan, prestasi (Mavis, 2005) yang diperoleh oleh guru pelatih
berdasarkan penilaian yang dijalankan berdasarkan Garis panduan Amalan Profesional yang
diamalkan (IPGM, 2016).

Model Penyeliaan Acheson dan Gall (1980) mempunyai 3 fasa. Fasa pertama adalah fasa
perbincangan dan perancangan aktiviti dan strategi PdPc yang akan dijalankan. Perbincangan ini
boleh dijalankan bersama guru pembimbing atau penyelia bagi menjadikan PdPc akan datang
lebih berfokus dan bermakna. Persediaan bahan bantu mengajar jugadirancang dalam fasa ini.
Fasa kedua adalah fasa perhatian di dalam kelas. Fasa in PdPc yang dirancang akan dilaksanakan
sepenuhnya. Penyelia akan melaksanakan penyeliaan dan bimbingan bersemuka (F2F) serta
menganalisis dapatan yang diperoleh semasa sesi pemerhatian yang dilaksanakan di dalam bilik
darjah. Fasa ketiga adalah fasa konferensi atau fasa perbincangan selepas PdPc dilaksanakan. Ini
adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang diperoleh semasa sesi pencerapan
dijalankan. kekuatan dan kelemahan akan dijadikan panduan untuk tidak diulang pada sesi akan
datang.

Rajah 1. Model Penyeliaan Tiga Peringkat Acheson and Gall (2003)

Dalam kajian ini refleksi adalah kajian berdasarkan pengalaman dan aktiviti yang
lalu dengan mengkaji keperluan penambahbaikan untuk mempertingkatkan
pengalaman yang lebihbermakna pada masa akan datang dan dijadikan satu hasil
pengalaman yang baharu serta dapat mengubah tingkah laku yang bermakna
(Ramlan, 2020).

Kaedah yang digunakan ialah kaedah tinjauan dengan pendekatan kuantitatif,


menggunakan soal selidik yang diubah suai Geoffrey A. Wright (2008) sebagai
instrumen untuk mendapatkan data. Teknik menggunakan soal selidik bagi
88
89

memudahkan responden memberikan jawapan pada soalan yang disediakan (Mohd


Najib 2003). Soal selidik merupakansoalan kendiri yang mana responden menjawab
soalan demografi yang dikemukakan (Lim, 2007) pemboleh ubah-pemboleh ubah
yang diminati.. Secara dasarnya instrumen ini selaras kehendak Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (KPM, 2013) pada Bab 8 Memartabatkan
Profesion Perguruan. Soal selidik mengandungi 79 item yang dibahagikan kepada 5
bahagian iaitu Bahagian A: Demografi responden yang mengandungi 3 item,
Bahagian B: Perancangan dan Pelaksanaan Rakaman Video Pengajaran dan
Pemudah cara (PdPc) mengandungi 26 item.

Kajian ini dijalankan di empat buah IPG Kampus Zon Sabah iaitu IPGK Gaya, Kota
Kinabalu, IPGK Kent, Tuaran, IPGK Keningau dan IPGK Tawau. Pensampelan
merupakan proses statistik bagi memilih sampel daripada populasi yang terlibat
dengan kajian (Mohd Majid, 2004), Kenneth dan Bruce (2011), Anol (2012) pada
sebahagian unsur populasi yang terlibat. Populasi yang terlibat ialah Guru Pelatih
Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (PISMP) yang belajar di 4 buah Institut
Pendidikan Guru Kampus Zon Sabah Ambilan Jun 2015 dan Jun 2016 (N=346) yang
menjalani Praktikum selama 12 minggu pada fasa praktikumseperti yang ditentukan
dalam Struktur Kursus PISMP (IPGM,2012). Responden menjalani Praktikum pada
Semester 1 2018 bermula 3 Julai 2018 hingga 25 Sept. 2018 berdasarkan Takwim
IPGM 2018. Pensampelan rawak mudah dilaksanakan dalam menentukan saiz
sampel berdasarkan Jadual Sampel Krejci dan Morgan (1970). Berdasarkan saiz
populasi sebanyak 346 orang guru pelatih, pengkaji menggunakan pensampelan
dengan kadar nilai 0.5 peratus margin of error, pada aras keyakinan 95 peratus, maka
saiz sampel yang dicadangkan adalah antara 280 hingga 285 orang. Semakin besar
sampel yang mewakili populasi maka semakin tinggi ketepatan data yang diperoleh
(Ghazali et al., 2016).

Sampel kajian rintis ini merupakan dari populasi yang sama di dalam populasi tetapi
tidak terlibat dengan kajian sebenar iaitu PISMP Ambilan Jun. 2014 di IPG Kampus
Batu Lintang, Kuching, Sarawak.

Jadual 1
Jadual KMO dan Bartlett’s Test bagi Refleksi Rakaman Video Praktikum

KMO and Bartlett's Test


Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy. .713
Bartlett's Test of Approx. Chi-Square 4792.892
Sphericity Df 300
Sig. .000

Berdasarkan Bartlett’s Test of Sphericity dengan Chi-Square 4792.892 (df 300) dan
nilai sig = 0.000 < 0.05 menunjukkan bahawa matriks korelasi bukan merupakan matriks
identiti sehingga boleh dianalisis komponen utama. Di samping itu, Nilai Kaiser-Meyer-
Olkin.

89
90

Measure of Sampling Adequacy (KMO) yang diperoleh adalah 0.713 serta p-value 0,000
(<0.05), nilai tersebut dalam kategori “sederhana” namun layak untuk kepentingan analisis
faktor. (Afifi dan Clark (1990). Coakes et al (2009) menyatakan jika nilai ujian Bartiest’s
adalah besar dan signifikan serta ujian KMO melebihi nilai 0.6, maka sifat kebolehfaktoran
dapat diandaikan dan ujian boleh diteruskan. Rotated Component Matrix menunjukkan
korelasi antara item selepas pusingan Varimax menunjukkan bahawa terdapat 26 item
dalam 4 faktor menunjukkan setiap faktor melebihi 0.50 Ujian Reliability Analysis-Scale
Alpha yang dijalankan dan hasilnya didapati kebolehpercayaan semua item dalam soal
selidik refleksi penyeliaan dan rakaman video PdPc sebanyak 26 item ialah .926 yang
membawa maksud kebolehpercayaan yang sangat tinggi

90
91

5. DAPATAN KAJIAN

5.1. Apakah tahap refleksi rakaman video Pengajaran dan Pemudah cara (PdPc) guru
pelatih di sekolah?

Dapatan data menunjukkan bahawa Tahap Refleksi rakaman video PdPc terhadap
pencapaianpraktikum di sekolah Purata Min skor Jadual 2 dengan intrepretasi yang tinggi
serta Purata Sisihan Piawai .342.

Jadual 2
Tahap Tahap Refleksi Rakaman Video PdPc di sekolah

Item Konstruk Min SP Interpretasi Min

RV1 Peralatan rakaman video PdPc yang 4.19 .608 Tinggi


digunakan adalah yang asas
RV2 Kesilapan teknikal rakaman video dapat 3.89 .620 Sederhana Tinggi
diatasi
RV3 Sudut rakaman video PdPc yang sesuai untuk 3.98 .643 Sederhana Tinggi
keseluruhan kelas
RV4 Cahaya mencukupi untuk rakaman video PdPc 4.02 .741 Tinggi
di dalam kelas

RV5 Sumber kuasa elektrik terdapat di dalam bilik 4.12 .768 Sangat Tinggi
darjah
RV6 Hasil rakaman video PdPc adalah asli 3.90 .737 Sederhana Tinggi
RV7 Saya membuat rakaman sendiri 4.00 .758 Tinggi
RV8 Gambar rakaman yang dihasilkan terang 3.98 .686 Sederhana Tinggi
RV9 Audio rakaman sangat jelas 3.84 .632 Sederhana Tinggi
RV10 Rakaman video tidak menjejaskan PdPc 4.02 .732 Tinggi
RV11 Murid mengganggu peralatan semasa sesi 3.91 .817 Sederhana Tinggi
rakaman
RV12 Rakaman dijalankan dalam suasana sebenar 4.29 .592 Tinggi
RV13 Murid memberi kerjasama dalam sesi rakaman 4.16 .674 Tinggi
video PdPc
RV14 Aktiviti kelas sebelah mengganggu rakaman 3.60 1.068 Sederhana Tinggi
video PdPc

RV15 Memainkan rakaman video PdPc secara 4.09 .691 Tinggi


berulang-ulang
RV16 Rakaman video membantu refleksi selepas 4.34 .613 Tinggi
PdPc
RV17 Kekerapan rakaman video menambah 4.25 .666 Tinggi
keyakinan diri dalam PdPc

RV18 Sokongan guru pelatih membantu dalam 4.33 .650 Tinggi


persediaan rakaman video PdPc
91
92

RV19 Masalah disiplin juga dapat dikesan semasa 4.40 .663 Tinggi
sesi rakaman video PdPc
RV20 Refleksi Rakaman video PdPc menambahkan 4.35 .643 Tinggi
keyakinan saya untuk mengajar
RV21 Rakaman video PdPc dikongsi bersama 4.24 .620 Tinggi
dengan guru pelatih lain untuk tujuan
perbincangan
RV22 Rakaman Video PdPc selaras dengan RPH 4.41 .561 Tinggi
yang disediakan
RV23 Rakaman Video PdPc dapat memperbaiki 4.31 .628 Tinggi
personaliti siswa guru
RV24 Rakaman video PdPc memberikan impak 4.32 .588 Tinggi
positif pada PdP seterusnya
RV25 Rakaman video PdPc dapat memperbaiki 4.28 .594 Tinggi
teknik penyoalan kepada murid
RV26 Rakaman video PdPc membantu dalam 4.39 .551 Tinggi
pengurusan kelas.

5.2. Apakah tahap pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah?


Pada bahagian tahap pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah ialah semua item mendapat
skor min 4.23 yang paling rendah dan skor min 4.57. Ini menunjukkan tahap pencapaian
praktikum guru pelatih di sekolah adalah tinggi dengan purata skor min ialah 4.4 dengan
sisihan piawai 0.57. Ini menujukkan serakan adalah tinggi.

Jadual 3
Tahap Pencapaian Praktikum guru pelatih di sekolah

Min SP Interpretasi
Item Konstruk
Min
CP1 Tahap Pencapaian yang diberikan oleh Guru 4.57 0.50 Tinggi
Pembimbing semasa Seliaan kali pertama
CP2 Tahap Pencapaian yang diberikan oleh Guru 4.46 0.52 Tinggi
Pembimbing semasa Seliaan ke-dua
CP3 Tahap Pencapaian yang diberikan oleh Guru 4.27 0.73 Tinggi
Pembimbing semasa Seliaan ke-tiga

CP4 Tahap Pencapaian yang diberikan oleh Pensyarah 4.52 0.53 Tinggi
Pembimbing semasa seliaan kali pertama

CP5 Tahap Pencapaian yang diberikan oleh Pensyarah 4.23 0.63 Tinggi
Pembimbing semasa seliaan kali ke-dua

CP6 Tahap Pencapaian yang diberikan oleh Pensyarah 4.55 0.51 Tinggi
Pembimbing semasa seliaan kali ke-tiga

92
93 j

5.3 Adakah terdapat hubungan antara refleksi rakaman video Pengajaran dan Pemudah cara
dengan pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah?
Dapatan kajian dari analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara
refleksi rakaman video PdPc dengan pencapaian praktikum di sekolah walaupun ianya lemah (r
= .349, p <0.05). Dalam kata lain terdapat hubungan yang positif tapi lemah di antara pengaruh
hubungan antara refleksi rakaman video PdPc dengan pencapaian praktikum di sekolah. Dapatan
analisis korelasi ini di tunjukkan seperti Jadual 4.

Jadual 4.
Hubungan antara refleksi Rakaman Video PdPc dengan Pencapaian praktikum
Refleksi Rakaman Video PdPc
Pencapaian Praktikum Pearson .349**
Correlation
Sig. (2-tailed) .000
N 281

5.4. Adakah terdapat pengaruh faktor-faktor peramal refleksi rakaman video pengajaran dan
pemudah cara terhadap pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah?

Jadual 5
ANOVA
Sum of
Model Square df Mean F Sig.
s Square
1 Regressi
23.434 3 7.811 87.789 .001d
on
Residual 24.647 277 .089
Total 47.081 280
a. Dependent Variable: Pencapaian Praktikum
d. Predictors: (Constant),Rakaman Video

Jadual 5 menunjukkan pengujian hipotesis dibuat berdasarkan ujian dua hujung pada
tahap signifikan ujian p=0.05 untuk skor min analisis ANOVA dengan darjah kebebasan
(df) adalah (N-1) iaitu (280-1=279). Nilai jumlah sum of squares bagi model tersebut
adalah 48.081.Nilai F bagi model 1=87.789.

Jadual 6:
Coefficient
Unstandardized Standardized 95.0%
Coefficients Coefficients Confidence
Interval for B
Lower Upper
Model B Std. Error Beta t Sig. Bound Bound
Rakaman .138 .057 .114 2.409 .017 .025 .251
Video

93
94 j

a. Dependent Variable: Pencapaian Praktikum


Jadual 6 menunjukkan secara signifikan, peramal rakaman video (β=.114, t=2.409. Justeru,
apabila pemboleh ubah bebas bertambah atau berkurang sebanyak satu sisihan piawai maka
pemboleh ubah bersandar akan meningkat sisihan piawainya.

Jadual 7
Model Summary
Model R R Adjuste Std. Change Statistics
Square dR Error of R F df df2 Sig. F
Square the Square Change 1 Change
Estimat Chang
e e
c
1 .698 .487 .482 .29829 .011 5.805 1 277 .017
c. Predictors: (Constant), Rakaman Video
d. Dependent Variable: Pencapaian Praktikum

Jadual 7 menunjukkan Model 1 mempunyai R=.698. Sementara, nilai R Square (R²) dalam
model 3 adalah .487 yang menunjukkan kesemua pemboleh ubah bebas menyumbang
48.7 peratus daripada jumlah varians terhadap pencapaian praktikum. Oleh itu, Hipotesis yang
tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor-faktor peramal (refleksi rakaman video PdPc)
terhadap pencapaian praktikum guru pelatih di sekolah adalah ditolak.

Refleksi rakaman video PdPc yang dijalankan menunjukkan hasil yang positif. Min keseluruhan
ialah 4.14 yang mempunyai interpretasi yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa refleksi rakaman
video PdPc selaras dengan kajian yang lakukan oleh Sewall (2009) Baecher, McCormack, dan
Kung, S. C. (2014), Baecher dan McCormack (2014) dan Susoy (2015).Refleksi rakaman video
pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan keyakinan diri, memberi peluang guru pelatih
melihat setiap segmen yang dikehendaki dengan memainkan semula dan mengadakan
perbincangan dengan rakan guru pelatih, guru pembimbing atau pensyarah penyelia. Ini dapat
melahirkan satu idea yang bernas dan tindakan penambahbaikan yang sewajarnya dilakukan
untuk sesi pengajaran seterusnya. Kajian Baecher, dan McCormack (2014) mendapati
penggunaan video sama ada rakaman atau siaran terus memberi impak positif. Guru pelatih dapat
memanfaatkan rakaman video tersebut (Cheung, 2009).

Kajian Lim et. al (2010) menunjukkan bahawa maklum balas tentang prestasi pengurusan pelajar
untuk program praktikum adalah baik dan banyak menerima pujian organisasi. Pengurusan
program praktikum telah diurus tadbir oleh sebuah pusat khas yang bertanggungjawab
sepenuhnya dalam menguruskan guru pelatihnya untuk menjalani praktikum. Sewall (2009)
pencapaian guru pelatih berkait dengan kesediaan guru pelatih untuk diselia dan tahap
bimbingan diberikan (Mohd. Zolkifli et. al ,2007).

6. PERBINCANGAN
Implikasi kajian terhadap refleksi rakaman video PdPc kali pertama dijalankan di IPGM. Kajian
in boleh dijadikan sandaran untuk diaplikasikan di semua IPGK untuk menjadi satu kaedah
alternatif yang boleh dipraktikkan untuk kegunaan guru pelatih, guru pembimbing dan pensyarah
penyelia di sekolah semasa menjalani praktikum. Guru pelatih juga tak perlu melibatkan orang
lain semasa menjalankan rakaman iaitu dengan menyediakan peralatan seperti monopod, tripod
dan meletakkan kamera atau handphone yang mempunyai camera video untuk membuat
rakaman. ini akan mewujudkan perasaan yakin dan menghilangkan rasa gemuruh untuk sesi
PdPc.

94
95 j

Kaedah rakaman video PdPc dapat mengurangkan beban tugas pensyarah penyelia dengan
memberi komen membina apabila guru pelatih berkongsi rakaman video PdPc kepada pensyarah
penyelia untuk semakan. Guru pelatih menggunakan medium media sosial untuk perkongsian
tersebut. Pensyarah penyelia dapat menjalankan seliaan secara bersemuka dengan persediaan
yang lebih baik oleh guru pelatih setelah perbincangan berdasarkan rakaman PdPc. Secara tidak
langsung akan dapat meningkatkan tahap pencapaian pada seliaan pertama dan seterusnya. Ini
akan memudahkan tugas pensyarah penyelia dan dapat mengurangkan tekanan tugas yang
dihadapi. Pendemik Covid19 yang melanda dunia dan Malaysia khususnya telah meyebabkan
kerajaan mengambil langkah drastik menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 pada 16 Mac
2020. Kaedah ini sudah dilaksanakan di universiti awam atau universiti swasta dalam
menjalankan penyeliaan kepada guru pelatih mereka dalam rangka menyediakan guru pelatih
yang lebih bersedia untuk seliaan seterusnya.

Kementerian Pendidikan Malaysia institusi induk di IPGM dengan pelbagai pemegang taruh
yang terlibat dalam pelaksanaan praktikum. Antaranya ialah IPGM, Bahagian Kewangan,
Sekolah, Institusi berkaitan seperti JPN, KEMAS, JAHEINS yang terlibat secara langsung dalam
program tersebut. IPGK mempunyai tugasan yang berat memandangkan institusi berkenan
menghantar guru untuk dilatih. Apabila tiba masa menjalani praktikum timbul isu guru
pembimbing kerana majoriti guru di institusi berkenan tidak mempunyai kelulusan ikhtisas dan
belum dilantik secara rasmi sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan oleh JPA/SPP.

Kajian lanjutan boleh dilaksanakan oleh para pengkaji pada masa akan datang. Kajian ini juga
boleh diteruskan bagi guru pelatih seluruh IPG Kampus di seluruh Malaysia dengan membuat
beberapa penambahbaikan seperti membuat kajian secara khusus seperti refleksi rakaman video
sahaja secara spesifik. Antara kajian yang telah dikenal berkaitan refleksi praktikum secara terus
yang dilakukan oleh guru pelatih yang mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC).Keterbatasan masa
menjadikan guru pelatih KDC terasing terutama program yang dijalankan di IPGK terpilih dalam
Mod KDC iaitu Kursus Perguruan Diploma Lepas Ijazah – KDC iaitu DINI-TAHFIZ, INTERIM
manakala Kursus Diploma Pendidikan Malaysia (KDPM)- Mod KDC ialah KEMAS, JPNIN,
PERMATA, JHEINS dengan menggunakan aplikasi seperti Facebook, WassApp, Telegram,
Schoology, e-mel boleh dijadikan medium agar kemudahan jalur lebar yang disediakan oleh
KPM dapat dimanfaatkan secara optimum.

Kajian seterusnya juga secara tidak langsung dapat menjimatkan kewangan kerana pensyarah
dapat mengurangkan bimbingan secara bimbingan bersemuka. dalam era kegawatan ekonomi
global secara langsung telah mengheret Malaysia mengamalkan perbelanjaan berhemat.

7. KESIMPULAN
Kajian Refleksi Praktikum yang melibatkan Refleksi Rakaman Video PdPc, Refleksi Bimbingan
Guru Pembimbing, Refleksi Pensyarah Penyelia memang mempengaruhi pencapaian praktikum
dan selaras dengan Transformasi IPG untuk menjadikan kerjaya guru menjadi pilihan utama
seperti yang termaktub dalam PPPM 2013-2025 (KPM,2013). Program Praktikum adalah
Program Utama yang melahirkan guru permulaan yang cemerlang dan berdaya saing
mengharungi cabaran pendidikan yang semakin mencabar. Kajian refleksi praktikum perlu
dipertingkatkan agar keperluan refleksi seiring dengan keperluan pendidikan semasa dalam
mencari pembaharuan dan peningkatan kaedah pengajaran yang lebih fleksibel tapi mampu
meneroka semua bidang terutama sekolah di luar bandar.

95
96 j

RUJUKAN

A.A. Afifi, V. Clark (1990). Computer Aided Multivariate Analysis (3rd Edition), Chapman
dan Halurc, New York

Abd. Ghafar Md. Din (2003), Prinsip dan amalan pengajaran, Kuala lumpur: Utusan
Publications dan Distributors Sdn. Bhd

Abdul Razak Abd Manaf dan Ahmad Shukri Abdul Hamid. (2002). Tinjauan Terhadap
Permasalahan dan Penilaian ke Atas Komponen Latihan Praktikum 1 Program
Pengurusan Kerja Sosial. Laporan Penyelidikan. Sekolah Pembangunan Sosial,
Universiti Utara Malaysia

Acheson, K. A., dan Smith, S.C. (1986). It is time for principals to share the responsibility for
instructional leadership with others. Eugene: Oregon School Study Council. (Eric
Document Reproduction Service No. ED 267510)

Anol Bhattacherjee, (2012), Social Science Research Principle. Method, and practice, Jacob
Foundation, Switzerland.

Baecher, L. (2011). Collaborative video inquiry in MA TESOL coursework: “Working


together to improve ourselves”. ELTED, 14, 1-7.

Baecher, L., McCormack, B., dan Kung, S. C. (2014). Supervisor Use of Video as a Tool in
Teacher Reflection. TESL-EJ, 18(3), 1-16.

Baecher, L., Rorimer, S., dan Smith, L. (2012). Video-mediated teacher collaborative inquiry:
Focus on English language learners. The High School Journal, 95(3), 49-61

Baecher, L., dan McCormack, B. (2014). The impact of video review on supervisory
conferencing. Language and Education, 29(2), 153–173

Baharin Abu. (2006). Tahap Kesediaan Pedagogi Guru Pelatih Fakulti Pendidikan, UTM dalam
Latihan Mengajar. Kertas kerja di bentang dalam Kolokium Fakulti Pendidikan,UTM,
Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor
Bahagian Pendidikan Guru ( 2003). KDPM, KPLI dan KPLI SR Mod Latihan Perguruan
Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru (2005),Garis Panduan Praktikum Latihan Perguruan


PraPerkhidmatan. Kementerian Pendidikan Malaysai.

Bahagian Pendidikan Guru (1998) Garis Panduan Praktikum, Kuala Lumpur: Bahagian
Pendidikan Guru.

Bahagian Sekolah, KPM (1985), Surat Pekeliling Iktisas 7/1985 bertarikh 17 Jun 1985.
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Borg, W. R. (1972). The Minicourse as a Vehicle For Changing Teacher Behavior: A Three
Year Follow-up. Journal of Educational Psychology, 63(6), 572–579.

Coaakes, S.J, Steed,L dan Ong, C (2009) SPSS Analysis Without Anguish Version 16.0 for
Windows, Australia: John Wiley dan Son.
96
97 j

ESSCOM, (2015), http://esscom.gov.my/aktiviti-esscom/perintah-berkurung di esszone-


dilanjut-mulai-esok-hingga-9-jan/

Fendler, L. (2003). Teacher reflection in a hall of mirrors: Historical influences and political
reverberations. Educational Researcher, 32(3),16-25

Ghazali, Sufean (2016) Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis
Kajian, Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya

Ghaziah Mohd Ghazali, Nabilah Abdullah, Shireena Basree Abdul Rahman, Rohaya Abdul
Wahan dan Norshidah Nordin (2010) Pemerhatian dan temu bual. Dalam Noraini Idirs
(Ed), Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur, Mc Graw Hill.

Geoffrey A. Wright (2008), How does video analysis impact teacher reflection for action, A
dissertation submitted to the faculty of Department of Instructional Psychology
Brigham Young University for Doctor of Philosophy.

Gonzalez, Monica M. (2017)., "Examining How Video-Elicited Reflection Mediates Teacher


Candidates’ Beliefs About English Language Learners: A Multiple Case Study"
Graduate Theses and Dissertations.

Halimah Harun. (2006). Minat, motivasi dan kemahiran mengajar guru pelatih. Jurnal
Pendidikan Fakulti Pendidikan. 31: 83-86

Harrison, J., T. Lawson, and A. Wortley. (2005). Facilitating the Professional Learning of New
Teachers Through Critical Reflection on Practice During Mentoring Meetings.
European Journal of Teacher Education 28 (3): 267_292

Hashim Othman, dan Mohd. Daud Hamzah. (2001). Latihan mengajar kendalian sekolah:
penerokaan komponen-komponen kecekapan mengajar guru pelatih prasiswazah.
Kertas kerja dibentang dalam Conference on Challenges and Prospects in Teacher
Education, Concorde Hotel, Shah Alam. 16-17 Julai 2001

Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (2013) Takwim Amalan Profesional Sesi 2013

Jabatan Peguam Negara (2021) Warta Kerajaan Persekutuan: Ordinan Darural (Kuasa-kuasa
Perlu) Pindaan 2021.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2015). Garis Panduan Amalan Profesional. Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru Malaysia.(ms
24)

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: 2013-


2015. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2016), Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme


Keguruan, Putrajaya, Putrajaya

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016), MS ISO 9001:2008 (PINDAAN 01, 2016), Manual
Kualiti dan Prosedur Kualiti, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian
97
98 j

Pelajaran Malaysia (Cakera Padat)

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, dan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005).


Penilaian Latihan Mengajar Dalam Program Pendidikan Guru Di Malaysia. Pulau
Pinang: Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru (JPPG) Malaysia, Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, dan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006).


Kesediaan Profesionalisme Guru Novis: Cadangan Modul Latihan. Bangi: Fakulti
Pendidikan, UKM

Kerlinger, F.N (1989), Foundation of behavioral reasearch. Fort Worth: Harcourt Brace
Jovannovich

Lampert, M., dan Ball, D. L. (1998). Teaching, Multimedia, and Mathematics. New York:
Teachers College Press

Lim Chong Hin (2007), Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif. Kuala
Lumpur, Mc Grow Hill.

Linda Darling-Hammond, (2010) Teacher Education and the American Future, Journal of
Teacher Education , Vol 61, Issue 1-2, pp. 35 – 47.

Malaysia Qualification Agency (2011) http://www.mqa.gov.my/portal2012 /dokumen/


KERANGKA%20KELAYAKAN%20MALAYSIA_2011.pdf di akses pada 30 Nov.
2020 jam 2.00 pm

Mavis Janang (2005), Hubungan Dimensi Personaliti Dengan Pencapaian Akademik Guru
pelatih Sekolah Di Kota Samarahan. Latihan Ilmiah Sarjana Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.

Md. Yusof Bin Dawam (2006), Mengajar Kemahiran Berfikir Dalam Mata Pelajaran Bahasa
Melayu Di Sekolah Rendah: Satu Kajian Di Sebuah Sekolah Di Mersing, Johor.
diperoleh pada 12 Disember 2014 daripada http: //pustaka2.upsi. edu. my/eprints/117/1/
Mei, L. W. (2008). Bimbingan oleh guru pembimbing kepada guru pelatih UTM. Kajian Ilmiah
Yang

Miyata, H. (2002). A Study of developing reflective practices for preservice teachers through
a web-based electronic teaching portfolio and video-on-demand assessment program.
Computers in Education. Proceedings. International Conference on Computers in
Education, 2, 1039-1043

Mohd Majid Konting (2004), Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka

Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003). Reka bentuk Tinjauan: Soal selidik Pendidikan, Skudai:
Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia

Mohd. Zolkifli, Muhammad Rashid, Megat Aman Zahiri (2007) Harapan dan Keresahan Bakal
Guru pelatih dalam Praktikum Latihan Mengajar, Seminar Penyelidikan Pendidikan
Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
98
99 j

Ramli Dollah & Mohd Zambri Suharan (2015), Fungsi dan peranan ESSCOM dalam
menjaminkeselamatan Sabah : Satu Perbandingan Persepsi antara Komuniti ‘Luar’
dan Komuniti ESSZONE, Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2, Universiti
Malaysia Sabah Ramlan Mala, (2020) Pengaruh Refleksi Praktikum terhadap
Pencapaian Praktikum Guru Pelatih IPG Kampus Zon Sabah. Tesis Ijazah Doktor
Falsafah yang tidak diterbitkan.
Universiti Malaysia Sabah

Sewall, M. (2009). Transforming supervision: Using video elicitation to support preservice


teacher-directed reflective conversations. Issues in Teacher Education, 18(2), 11–30

Schon, D. (1983). The reflective practitioner: how professionals think in action. New York:
Basic Books.

Shariff Omar, Baharuddin Aris, Mohd. Ghani Awang, dan Baharin Abu. (1994). Penilaian
penyeliaan terhadap prestasi guru pelatih UTM dalam latihan mengajar. Kertas kerja
dibentang dalam Seminar Jawatankuasa Latihan Keguruan Antara Universiti Ke 9,
UKM, Bangi, Selangor

Sherin, M., dan van Es, E. (2002). Using video to support teachers’ ability to interpret
classroom interactions. Technology and Teacher Education Annual, x(4), 2532–2536.

Sherin, M. G., dan van Es, E. A. (2005). Using video to support teachers’ ability to notice
classroom interactions. Journal of Technology and Teacher Education, 13(3), 475

Susoy, Z. (2015). Watch your Teaching: A Reflection Strategy for EFL Pre-service Teachers
Through video Recordings. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 199, 163–171

Tripp, T., dan Rich, P. (2012). Using video to analyze one’s own teaching. British Journal of
Educational Technology, 43(4), 678–704

Yap Yee Kwan,Wan Chwee Seng dan Ismail Abu Bakar (1991), Pengukuran dan Penilaian
dalam Pendidikan, Longman

Zainab Nawab Khan, Mahian Ramli, Liong Kon Thai, Hanifah Sabin, Jamaluddin Abidin,
Sefiah Abdul Kahar, Fazliaton Ahmad, Linos Sumping, Gunsu Ekon, Bostanoordin
Ahmad, Che Burhan Ab. Aziz (2015), Bimbingan Praktikum, Sasbadi Sdn Bhd,
Petaling Jaya

Zakaria Kasa, Soaib Asimirin, Abdul Rasid Jamian dan Yahya Othman. (2001). Persepsi
pelatih terhadap latihan mengajar. Suara Pendidik 23: 20-30.

Zawawi Ahmad. (1990). Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM. Edisi Kedua. Kuala
Lumpur: Siri Pengajaran Fajar Bakti

99
100 j

KEBOLEHLAKSANAAN KUIZ SEBAGAI INSTRUMEN PENGUJIAN DALAM AKTIVITI PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN DARI RUMAH (PDPR) TERHADAP MURID SMK ELOPURA (PROGRAM
PENDIDIKAN SENI), SANDAKAN, SABAH

Noor Aslam Mano Bin Abdullah1 & Melcom Anak Angkun2

Smk Elopura Sandakan, Sabah

erphmelcomanakangkun@gmail.com

ABSTRAK

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) merupakan inisiatif kerajaan demi untuk meneruskan aktiviti
pembelajaran dalam kalangan murid semasa membendung penularan wabak Covid-19. Kajian ini juga adalah untuk
mengenalpasti ciri-ciri kuiz serta menjelaskan potensi kuiz sebagai instrumen pengujian dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dari rumah (PdPR) terhadap murid SMK Elopura (Program Pendidikan Seni). Kajian ini juga bertujuan untuk
mendokumentasi impak aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR). Kaedah yang digunakan dalam kajian
penyelidikan ini adalah kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mendapatkan data serta maklumat yang diperlukan. Kajian
ini bersifat instrumental iaitu melibatkan kaedah pengumpulan data secara sistematik melalui kaedah pemerhatian, tinjauan
literatur dan soal selidik secara dalam talian. Seramai 420 orang responden yang terdiri daripada ibu bapa dan penjaga kepada
murid telah menjawab soal selidik berkenaan.

Kata kunci: Pengajaran dan pembelajaran dari rumah, kuiz, instrumen pengujian, potensi, impak, SMK Elopura, Program
Pendidikan Seni, Covid-19

ABSTRACT

The implementation of teaching and learning from home (PdPR) is a government initiative in order to continue teaching and
learning activities for student in time prevent the spread of covid-19 pandemic. This study also to identify the characteristics
of quizzes and explain the potential of the quiz as a instrument in teaching and learning activities from home (PdPR) for
students of SMK Elopura (Art Education Program). This research aims also to document the impact of teaching and learning
activities from home. The method used in this research is a qualitative and quantitative to obtain the necessary data and
information. This research is instrumental, which involves systematic data collection through observation, literature review
and online questionnaire using google form. A total of 420 respondents consisting student parents and guardian have
answered the questionnaire.

Key Words: Teaching and learning from home, quizzes, instrument, potential, impact, SMK Elopura (Art Education
Program), Covid-19

1. PENDAHULUAN
Sejak akhir-akhir ini, Dunia telah dikejutkan oleh penularan virus pandemik Covid-19 yang
bermula pada akhir tahun 2019 dan ianya telah memberi kesan kepada pelbagai sektor
mahupun kehidupan sosiobudaya manusia sejagat. Sektor pendidikan sebagai asas utama dalam
pembangunan dan kemajuan sesebuah Negara turut terkesan oleh penularan virus pandemik
berkenaan. Oleh yang demikian, demi kelangsungan pendidikan Negara yang berterusan,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi setiap bahagian, jabatan mahupun sektor
telah melaksanakan konsep pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR). Konsep
pengajaran dan pembelajaran ini adalah suatu amalan terbaik melalui pendidikan yang
berterusan agar dapat melahirkan murid berilmu pengetahuan serta berkemahiran walaupun
pembelajaran dijalankan secara dalam talian. Menurut Myunghee Kang, M. W. (2006),
perkembangan sistem maklumat dan teknologi komunikasi yang berterusan telah mendorong
pembelajaran secara dalam talian yang praktikal pada abad ke-21 ini.

Sehubungan dengan itu, guru memainkan peranan utama yang terpenting bagi menjayakan
inisiatif KPM melalui pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) yang berkualiti serta
menerapkan elemen pendidikan abad ke-21 seperti komunikasi, kolaboratif, kritis, kreativiti dan
nilai pada diri murid. Sejajar dengan hasrat enam aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan
100
101 j

Pendidikan Malaysia (PPPM), amalan PDPR terbaik merupakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran untuk melihat sejauh mana perkembangan pembelajaran serta kemenjadian murid
secara kolektif di rumah. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) memberikan
akses pendidikan kepada setiap murid bagi mencapai potensi diri dalam menempuhi cabaran
kehidupan pada masa kini. Justeru itu, setiap murid berhak mendapatkan kesamarataan peluang
pendidikan walaupun tidak dapat hadir secara fizikal ke sekolah. Menurut Azam, S. A. (2017),
selaras dengan konsep pendidikan untuk semua, program pendidikan inklusif diperkenalkan
untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid.

Pendidikan abad ke-21 (PAK21) adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti. Konsep
pendidikan abad ke-21 yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kini
merupakan usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang melalui persekitaran
pembelajaran menyeronokkan, penglibatan aktif murid, kepimpinan yang berkualiti, guru yang
kompeten, beraspirasi tinggi dan komitmen komuniti yang padu. Secara tidak langsung,
pendidikan abad ke-21 memberi impak terhadap hala tuju dan sistem pendidikan Negara bagi
merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) tahun 2013 – 2025.
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah alternatif pembelajaran norma baharu
yang berterusan dijalankan oleh guru seterusnya dipantau oleh pentadbir sekolah, pegawai
pejabat pendidikan daerah (PPD) dan jabatan pendidikan negeri (JPN) serta Bahagian di
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Menurut Hamzah, Mahizer & raoh, ismail, (2008),
sokongan pengetua serta guru besar sangat penting bagi mempertingkatkan produktiviti guru
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2. PERNYATAAN MASALAH
Cabaran gaya pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) pada abad ke 21 kini telah
menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan golongan modal insan
yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengikut acuan semasa agar dapat menyumbang
kepada pembangunan Negara. Oleh yang demikian, guru seharusnya peka tentang
perkembangan gaya pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan dalam pendidikan abad
ke-21 khususnya bagi mewujudkan proses pembelajaran yang kondusif serta menyeronokan.
Walaubagaimanapun, terdapat kekangan yang dihadapi oleh guru untuk menerapkan elemen
pendidikan abad ke-21 seperti komunikasi, kolaboratif, kritis, kreativiti serta nilai ke dalam
aplikasi kuiz sebagai instrumen pengujian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari
rumah (PdPR). Menurut Ros Silawati Ahmad, Mohd Fauzi Fadzil (2020), terdapat beberapa
persoalan dan dapatan yang masih memerlukan bukti kukuh terhadap amalan serta perlaksanaan
PAK21 menerusi elemen 4K 1N.

Justeru itu timbul beberapa persoalan dalam kajian ini antaranya ialah:
i. Apakah ciri-ciri kuiz sebagai instrumen pengujian dalam pengajaran dan pembelajaran dari
rumah (PdPR)?
ii. Adakah kuiz berpotensi untuk dijadikan sebagai instrumen pengujian pengajaran dan
pembelajaran dari rumah (PdPR) yang menerapkan elemen pendidikan abad ke-21 kepada
murid?
iii. Apakah impak aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR)?

3. OBJEKTIF KAJIAN
Kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 mengandungi konsep pengetahuan pedagogi
isi kandungan yang berkaitan pengetahuan pedagogi tentang cara mengajar yang dimiliki oleh
guru dengan pengetahuan isi kandungan subjek atau matapelajaran yang perlu diajar kepada
murid. Terdapat beberapa perkara yang perlu difahami oleh guru seperti pengetahuan kandungan
101
102 j

iaitu pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum dan hasil pembelajaran yang
merupakan petunjuk jelas tentang apa yang boleh dicapai oleh murid dalam suatu topik
matapelajaran. Manakala, pengetahuan pedagogi pula ialah guru membuat penambahbaikan
tentang pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran untuk meningkatkan kualiti pembelajaran
dalam bilik darjah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan abad ke-21 sangat releven
untuk diaplikasikan oleh guru masa kini bagi mewujudkan proses pembelajaran yang
menyeronokan serta bersifat sezaman.

Antara objektif dalam kajian penyelidikan ini ialah:


i. Mengenalpasti ciri-ciri kuiz sebagai instrumen pengujian dalam pengajaran dan pembelajaran
dari rumah (PDPR).
ii. Menjelaskan potensi kuiz sebagai instrumen pengujian dalam pengajaran dan pembelajaran dari
rumah (PDPR) yang menerapkan elemen pendidikan abad ke-21.
iii. Mendokumentasi impak aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PDPR).

4. TINJAUAN LITERATUR
Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
dilaksanakan dari rumah, pusat komuniti serta di mana-mana tempat atau lokasi yang
bersesuaian. Selain itu, PdPR yang dilaksanakan dalam talian memberikan murid masa yang
fleksibel untuk merancang jadual waktu mereka dengan lebih sistematik agar dapat mengikuti
PdPR secara optimum. Malahan, guru juga boleh menggunakan pelbagai kaedah atau
pengabungjalinan kaedah yang bersesuaian untuk melaksanakan PdPR secara dalam talian iaitu
memerlukan rangkaian internet dan penggunaan peranti yang bersesuaian bagi membolehkan
murid belajar secara segerak (Real Time). Selain itu, guru juga boleh melaksanakan PdPR
melalui pelbagai pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia
(DELIMa), Cikgootube, EduWebTV, platform media sosial, Google Meet atau Microsoft Teams
segerak (Real-Time), video, klip audio, E-Book, rakaman serta tugasan dalam talian. Pelaksanaan
PdPR memerlukan murid menggunakan pelbagai peranti elektronik seperti telefon pintar,
komputer riba, tablet dan sebagainya. Menurut Maria Langworthy, M. F. (2014), alat teknologi
digital berpotensi untuk mengembangkan serta mempercepatkan proses pengajaran dan
pembelajaran.Walaubagaimanapun, terdapat penjadualan waktu tempoh layar (Screen Time)
yang perlu disusun secara sistematik oleh guru terhadap penggunaan peranti elektronik tersebut
mengikut kesesuaian umur murid-murid yang diajar. Penjadualan tempoh waktu penggunaan
peranti ini adalah bagi memastikan kesihatan murid-murid berada pada tahap optimum
sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) berlangsung. Selanjutnya,
PdPR secara luar talian berlaku apabila murid belajar menggunakan peranti seperti komputer
riba, tablet atau telefon pintar tanpa ada rangkaian mahupun capaian internet yang baik. Selain
itu, pembelajaran juga boleh berlaku apabila murid belajar menggunakan buku teks atau bahan
pembelajaran lain. Justeru itu, guru boleh memuat naik bahan-bahan PdP dalam bentuk video,
audio, nota elektronik (E-Book) dan pelbagai lagi sumber dalam kumpulan komunikasi bersama
murid melalui aplikasi Whatapps, Telegram, Google classroom dan sebagainya. Seterusnya,
murid akan memuat turun bahan dalam kumpulan tersebut sekiranya mempunyai rangkaian atau
capaian internet yang baik melalui medium komunikasi yang bersesuaian. Disamping itu, guru
juga hendaklah menetapkan tempoh masa penggunaan peranti di luar talian dengan mengambil
kira pandangan ibu bapa dan penjaga murid. Pembelajaran secara off-site pula dilaksanakan
mengikut Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8, 2016 Garis Panduan
Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana. Oleh yang demikian, pengajaran dan
pembelajaran dari rumah boleh berlaku secara kendiri atau dengan bimbingan Academic Support
Team (AST) yang terdiri daripada pegawai PPD atau guru sekolah yang telah dilantik. Menurut
Mohd Izham Bin Mohd Hamzah., (2010), SIPartners+ bergandingan dengan School
Improvement Specialist Coach (SISC+) dalam memberi bimbingan dan dorongan kepada pihak
102
103 j

pentadbir sekolah khususnya pengetua serta guru besar.

KUIZ
Kuiz merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk memantapkan serta mengukuhkan
pemahaman murid berkaitan dengan suatu topik mata pelajaran. Justeru itu, murid dapat
mengulangkaji pelajaran sambil belajar kaedah cara berfikir dan menjawab soalan yang
selanjutnya, seperti aplikasi kuiz atas talian seperti Quizizz dan Kahoot. Selain itu, kuiz juga
membantu murid memahami suatu pembelajaran sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan,
pemulihan dan pengukuhan. Malahan, dengan menjawab soalan-soalan kuiz secara lisan
mahupun bertulis ianya adalah suatu aktiviti pertandingan yang menyeronokan diantara murid-
murid. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2021), kuiz ialah ujian tentang pengetahuan
seseorang dengan mengemukakan soalan-soalan untuk dijawab; pertandingan, permainan, untuk
menguji pengetahuan seseorang, duga akal.
Kuiz mudah adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan pendekatan
pedagogi kontemporari iaitu pembelajaran terbalik (Flipped Classroom) yang digunakan oleh
guru menerusi pengajaran secara atas talian di rumah. Kaedah pengajaran ini dapat
meningkatkan keupayaan murid untuk melakukan tugasan secara individu. Disamping itu,
kaedah ini juga menggalakkan pembelajaran berdikari (Independent learning) dengan bantuan
bahan yang telah disediakan oleh guru.

KUIZ SEBAGAI INSTRUMEN PENGUJIAN


Pendekatan kuiz sebagai instrumen pengujian dalam aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran dari
Rumah (PdPR) perlu dirancang terlebih dahulu bagi memenuhi kurikulum mata pelajaran.
Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sebelum melaksanakan kuiz ialah sasaran
murid, tajuk atau tema pembelajaran, objektif pembelajaran, tempoh pelaksanaan, nota
berkaitan, pentaksiran dan berpandukan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah
ditetapkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Seterusnya,
guru perlu menyediakan borang senarai semak untuk di tanda oleh murid yang telah siap
menjawab kuiz sebagai laporan dokumentasi kepada guru sebelum memberi kuiz pada hari
berikutnya. Pendekatan Kuiz sebagai instrumen pengujian dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dari rumah (PdPR) adalah bertujuan untuk mengukuhkan serta memantapkan
pemahaman murid mengenai suatu topik pembelajaran yang telah dipelajari. Disamping itu,
murid juga dapat mengulangkaji pelajaran sambil bergembira dan dapat menimba pengalaman
menyeronokan dengan menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan oleh guru secara dalam
talian. Selain itu, menerusi soalan kuiz, murid juga dapat menerapkan elemen pendidikan abad
ke-21 dalam aktiviti pembelajaran mereka seperti komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis,
kreatif dan nilai.

Disamping itu, kuiz membantu murid memahami sesuatu pembelajaran sebagai aktiviti
rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan sebagai suatu aktiviti pertandingan yang
menyeronokan diantara murid. Seterusnya, kuiz juga membantu guru dalam mengukuhkan
instrumen pengujian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkaitan suatu topik pelajaran.
Aplikasi Quizizz merupakan aplikasi kuiz yang popular digunakan oleh guru sebagai instrumen
pengujian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR). Ini kerana, aplikasi
Quizizz mudah untuk diakses dimana sahaja dengan segera dan ianya memerlukan sambungan
atau rangkaian internet yang baik. Selanjutnya, melalui aplikasi Quizizz murid-murid mudah
untuk memberi maklum balas kepada guru tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Menurut Rosadah Abd Majid, D. J. (2019), penggunaan teknologi ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran berupaya mewujudkan pembelajaran berbentuk interaktif serta
menyeronokkan kepada murid.

103
104 j

5. METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini bersifat kajian kes instrumental yang melibatkan kajian penyelidikan
terdahulu iaitu menggunakan data-data dan maklumat deskriptif secara verbal untuk
menjelaskan suatu perkara atau fenomena yang kompleks. Selain itu, penyelidikan ini juga
melibatkan pengumpulan maklumat dan data secara sistematik serta mendalam melalui kaedah
pemerhatian (kualitatif) seterusnya soal selidik (kuantitatif). Ini kerana, untuk mendapatkan
maklumat yang tepat serta menyokong data yang diperoleh secara soal selidik, sesi pemerhatian
terhadap murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari rumah telah dijalankan. Kajian
ini juga melibatkan 421 orang responden yang terdiri daripada ibu bapa dan penjaga kepada
murid untuk dijadikan responden kepada sampel pengumpulan data kuantitatif melalui soal
selidik bagi mencapai objektif kajian.

Kajian ini merujuk kepada pengaplikasian kuiz sebagai instrumen pengujian dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menjadi panduan kepada perlaksanaan kajian serta
memfokuskan tiga objektif utama kajian iaitu mengenalpasti ciri-ciri kuiz, menjelaskan potensi
kuiz seterusnya mendokumentasi impak pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).

6. PENSAMPELAN
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik secara dalam talian untuk
mendokumentasi impak kuiz sebagai instrumen pengujian dalam pengajaran dan pembelajaran
dari rumah (PdPR). Soalan-soalan yang dibina adalah berbentuk soalan tertutup dan soalan
terbuka untuk menjawab objektif kajian. Soalan berbentuk tertutup yang digunakan adalah lebih
sistematik dan memfokuskan persoalan kajian yang akan dijawab oleh setiap responden.
Manakala soalan berbentuk terbuka pula digunakan bagi memberi peluang kepada responden
memberikan cadangan penambahbaikan tentang aktiviti PdPR yang dijalankan. Soal selidik ini
dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Form kerana ianya mudah untuk
diakses dan bersifat segera. Selain itu, soal selidik dalam talian ini juga dijalankan adalah untuk
memastikan pengkaji dan responden tidak terdedah kepada ancaman penularan virus pandemik
Covid-19.

Terdapat beberapa jenis soalan tertutup dan terbuka yang digunakan dalam kaedah soal selidik
ini, antaranya ialah:

i. Soalan Maklumat Demografi (Tertutup);


Soalan (1): Jenis peranti atau gajet yang digunakan oleh anak untuk mengikuti PdPR
Soalan (2): Jenis pelan telekomunikasi yang digunakan untuk mengikuti PDPR
Soalan (3): Jenis plan telekomunikasi yang dilanggan bagi mengikut PDPR
Soalan (4): Status rangkaian telekomunikasi di kawasan tempat tinggal (Capaian internet)

ii. Soalan Isu Dan Kekangan Semasa Menjalani Pdpr (Terbuka);


Soalan (5): Ibu bapa sedang bekerja semasa waktu PDPR berlangsung
Soalan (6): Tidak memiliki peranti/gajet yang cukup untuk pelajar mengikuti PDPR
Soalan (7): Murid berkongsi peranti/gajet dengan adik-beradik yang sedang bersekolah
untuk mengikuti PDPR pada masa yang sama.
Soalan (8): Capaian internet di kawasan tempat tinggal adalah lemah
Soalan (9): Kuota data yang terhad untuk mengikuti PdPR secara dalam talian
Soalan (10): Ibu bapa tidak dapat memantau sepenuhnya kerana kerja sekolah yang diberikan
adalah banyak

104
105 j

DATA PRIMER DAN DATA SEKUNDER


Dua jenis data kualitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah data primer dan data sekunder.
Data primer yang diperolehi dalam kajian ini ialah melalui kaedah pemerhatian dan soal selidik.
Manakala, data sekunder pula diperolehi melalui sumber bacaan daripada media cetak dan media
elektronik.

PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian yang dijalankan dalam kajian ini lebih memfokuskan kepada objektif
pertama kajian iaitu mengenalpasti ciri-ciri kuiz sebagai instrumen pengujian dalam pengajaran
dan pembelajaran dari rumah (PdPR). Melalui kaedah pemerhatian yang dijalankan, maklumat
awal berkaitan dengan aplikasi kuiz diperolehi daripada laman sasawang pada pertengahan bulan
Mac 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwartakan akibat daripada penularan
wabak virus Covid-19 yang melanda Negara. Pemerhatian yang dijalankan adalah bertujuan
untuk mengenalpasti pendekatan, strategi serta kaedah pengajaran dan pembelajaran dari rumah
(PdPR) yang sesuai diaplikasikan secara dalam talian.

ANALISA DATA
Proses menganalisa data dan maklumat yang telah dikumpul daripada proses pengumpulan data.
Data-data dan maklumat yang telah dikumpul akan dianalisa mengikut kaedah analisa data yang
sesuai.

ANALISA DATA PEMERHATIAN


Data pemerhatian yang telah dikumpul akan dianalisa menggunakan kaedah kualitatif iaitu
menggunakan penghuraian data diskriptif secara lisan untuk menjelaskan data-data pemerhatian
yang telah diperolehi. Data pemerhatian yang telah dianalisa akan dihuraikan dalam hasil
dapatan kajian. Seterusnya, penghuraian data pemerhatian tersebut akan menjawab objektif
pertama kajian iaitu mengenalpasti ciri-ciri kuiz sebagai instrumen pengujian dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR). Data pemerhatian tersebut juga dianalisa
menerusi perlaksanaan kuiz yang dijalankan secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP).

ANALISA DATA SOAL SELIDIK


Data yang diperolehi daripada perlaksanaan soal selidik pula akan dianalisa menggunakan
aplikasi Microsoft Excel dan dilaporkan dalam bentuk graf, carta pai serta peratusan. Menurut
TAC-12 (2006), analisis data kuantitatif lebih mudah dilaksanakan menggunakan komputer dan
aplikasi hamparan perisian seperti Microsoft's Excel. Ini kerana, nilai kecenderungan peratusan
seperti mod atau kekerapan akan memberi jawapan tentang kajian soal selidik yang dijalankan.

Jawapan soal selidik berbentuk tertutup dan terbuka dinilai mengikut peratusan, frekuensi serta
kecenderungan pusat seperti mod, median dan min untuk memberi data yang jelas. Seterusnya,
jawapan soal selidik tersebut disusun dalam jadual bagi mengenalpasti kekerapan jawapan
daripada responden untuk dijadikan sebagai kata kunci kepada hasil dapatan dan dihuraikan
dalam bentuk perkataan.

105
106 j

KATA KUNCI
Jadual 1.0 menunjukan kata kunci yang telah diperolehi berdasarkan analisa pernyataan jawapan
responden yang telah diekstrak daripada soalan soal selidik 1 (Soalan Maklumat Demografi).

Jenis peranti/gajet Jenis pelan Jenis plan Status rangkaian


yang digunakan oleh telekomunikasi yang telekomunikasi yang telekomunikasi di
anak untuk digunakan untuk dilanggan bagi kawasan tempat
mengikuti PDPR mengikuti PDPR mengikut PDPR tinggal (capaian
internet)
Telefon Bimbit Digi Prepaid (Prabayar) Kurang memuaskan
(H+)
97% 39.7% 81.7% 59.9%

Jadual 1.1 menunjukan kata kunci yang telah diperolehi berdasarkan analisa pernyataan
jawapan responden yang telah diekstrak daripada soalan soal selidik 2 (Soalan Isu Dan
Kekangan Semasa Menjalani Pdpr).

Ibu bapa sedang Tidak memiliki Pelajar berkongsi Kuota data yang
bekerja semasa peranti/gajet yang peranti/gajet dengan terhad untuk
waktu PDPR cukup untuk pelajar adik-beradik yang mengikuti PdPR
berlangsung mengikuti PDPR sedang bersekolah secara dalam talian
untuk mengikuti
PDPR pada masa
yang sama.
Ya Ya Tidak Ya
64.4% 51.3% 52.5% 77.4%

Data dan maklumat akhir pemerhatian serta soal selidik yang diperolehi akan dihuraikan pada
bab hasil dapatan kajian. Proses penghuraian data dan maklumat akhir tersebut adalah
berdasarkan interpretasi kata kunci yang telah diekstrak. Kata kunci yang diekstrak akan
menjawab persoalan kajian dan mencapai objektif kajian. Data dan maklumat yang diperolehi
daripada data sekunder pula akan menyokong penghuraian kata kunci tersebut.

7. DAPATAN KAJIAN
Dapatan ini akan menghuraikan data akhir yang telah diperolehi daripada proses analisa data
yang telah dijalankan. Penjelasan dan penghuraian data akhir akan dijadikan sebagai hasil
dapatan kajian. Maklumat dan data yang diperolehi daripada data sekunder pula akan
menyokong penjelasan serta penghuraian tersebut.

CIRI-CIRI KUIZ
Hasil daripada analisa terhadap ciri ciri-ciri kuiz sebagai instrumen pengujian dalam pengajaran
dan pembelajaran dari rumah (PDPR) yang telah dijalankan, terdapat empat elemen utama ciri-
ciri kuiz yang telah diperolehi, iaitu;

106
107 j

PENDEKATAN PEDAGOGI KONTEMPORARI


Ciri-ciri kuiz mempunyai konsep pedagogi kontemporari iaitu pengajaran dan pembelajaran
yang mencabar serta berkesan seperti berpusatkan murid dan berpusatkan tugasan. Ini memberi
peluang kepada murid utuk berinteraksi, berkomunikasi, mengalami dan menghayati proses
pembelajaran yang lebih berkesan. Pendekatan konsep permbelajaran pedagogi kontemporari
memfokuskan kepada penglibatan aktif murid dalam suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
secara koperatif mahupun kolaboratif. Ciri-ciri kuiz mempunyai elemen pengukuhan dan
pemantapan agar murid memahami suatu topik pembelajaran. Murid boleh mengulangkaji
pelajaran sambil dapat belajar sambal terhibur dengan aplikasi kuiz dan menjawab soalan-soalan
pembelajaran dengan aktif. Sebagai contoh, aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan
pengukuhan tentang suatu topik matapelajaran disediakan dalam platform Kuiz dalam talian
aplikasi Quiziz dan Kahoot. Menurut Madjapuni, Mad Noor & Harun (2019), faktor
perkembangan kreativiti murid dipengaruhi oleh pendekatan, kaedah serta strategi pengajaran
dan pembelajaran agar murid berupaya untuk berfikir pada aras yang lebih tinggi.

KAEDAH PEMBELAJARAN TERBALIK (FLIPPED LEARNING)


Kuiz juga mengandungi ciri-ciri kaedah pengajaran dan pembelajaran terbalik (Flipped
Learning) yang berkonsepkan pembelajaran berpusatkan tugasan dirumah dan dijalankan secara
dalam talian. Pengaplikasian kaedah pengajaran dan pembelajaran ini adalah mengikut
kesesuaian penggunaan teknologi digital dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, telefon
pintar, komputer riba, peranti, rangkaian telekomunikasi jalur lebar dan pelbagai lagi alat
teknologi digital lain. Ciri-ciri kuiz mempunyai elemen kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang mampu meningkatkan keupayaan murid untuk menyiapkan tugasan secara individu serta
menggalakkan pembelajaran berdikari (Independent Learning) dengan bantuan bahan
pembelajaran yang telah disediakan oleh guru. Objektif kaedah pengajaran dan pembelajaran ini
adalah untuk membantu murid agar menguasai suatu topik pembelajaran yang dipelajari.

STRATEGI BERPUSATKAN MURID


Selain itu, murid juga memainkan peranan penting semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dijalankan iaitu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, sama ada secara
kumpulan ataupun individu. Ciri-ciri kuiz mampu mendorong murid untuk membina sendiri
pengetahuan atau memahami tajuk pembelajaran secara aktif berdasarkan sumber dan bahan
yang telah diberikan oleh guru. Dalam proses ini guru menjadi pembimbing dan pemudahcara
agar murid dapat berfikir secara kritis seterusnya menyesuaikan pengetahuan yang diterima
107
108 j

dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru.

STRATEGI BERPUSATKAN TUGASAN


Ciri-ciri kuiz yang berpusatkan tugasan menggalakan murid untuk terlibat dalam menyiapkan
tugasan yang telah diberikan oleh guru secara tidak langsung memberi peluang kepada murid
untuk mengaplikasikan tentang pembelajaran yang telah dipelajari sebagai pengalaman belajar.
Terdapat beberapa kriteria yang diambil kira dalam pemilihan tugasan seperti tugasan hendaklah
berfokus kepada objektif pembelajaran, menyediakan peluang kepada murid untuk berinteraksi
dan guru perlu memantau tugasan murid serta menyediakan senarai semak untuk laporan aktiviti
pembelajaran. Sebagai contoh, murid mendengar setiap arahan guru dalam menyiapkan tugasan
pembelajaran berasaskan masalah selain guru juga berinteraksi dengan murid sekiranya murid
mempunyai masalah berkaitan dengan topik pembelajaran. Menurut Ros Silawati Ahmad2,
Mohd Fauzi Fadzil1 (2020), murid merupakan agen utama dalam sistem pengajaran guru dan
amalan dalam pendidikan guru adalah untuk kemenjadian murid.

POTENSI KUIZ SEBAGAI INSTRUMEN PENGUJIAN


Kuiz mempunyai elemen pembelajaran terbalik (Flipped Classroom) iaitu suatu kaedah
pengajaran secara dalam talian untuk murid di rumah. Instrumen pengajaran dan pembelajaran
terbalik ini mampu meningkatkan keupayaan murid untuk menyiapkan tugasan secara individu
serta menggalakkan pembelajaran berdikari dengan bantuan bahan pembelajaran yang telah
diberikan oleh guru. Objektif kuiz sebagai instrumen pengujian dalam aktiviti (PdPR) dapat
membantu murid agar lebih memahami topik pembelajaran sebagai suatu aktiviti rangsangan,
penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Sehubungan dengan itu, sokongan daripada pihak ibu
bapa yang berkemampuan dalam menyediakan peranti untuk pembelajaran anak-anak mereka
amatlah dialu-alukan. Komitmen guru serta jurulatih dalam menyediakan pelbagai bentuk
platform dan aplikasi pembelajaran untuk murid-murid yang bersifat “Easy access” juga
diperlukan bagi memudahkan sesi pembelajaran berlangsung dengan baik. Disamping itu, kuiz
juga dapat memberi motivasi kepada murid untuk mempraktikan latihan menyiapkan tugasan
dengan konsisten. Malahan, murid juga boleh memberi maklum balas dan memperoleh
informasi dengan segera tentang topik matapelajaran yang diajar secara dalam talian
menggunakan aplikasi komunikasi digital. Menurut Abu naim, Hamimah & Daud, Khadijah
(2014), pentaksiran formatif yang berterusan dapat membantu murid untuk mengenal pasti
pencapaian semasa dengan standard pembelajaran.

IMPAK KELEBIHAN
Mendorong dan mengalakan murid untuk berfikir malah mencuba kaedah pembelajaran yang
baru iaitu murid dapat memanfaatkan kemudahan penggunaan teknologi digital dalam amalan
pembelajaran abad ke-21. Guru memainkan peranan penting untuk memberi dorongan kepada
murid dalam mengikuti aktiviti kuiz bagi meningkatkan penglibatan mereka terhadap
persekitaran pembelajaran yang aktif serta bermakna. Sebagai contoh, guru menyediakan soalan-
soalan kuiz secara dalam talian bagi menggalakan penglibatan murid menggunakan platform
digital Quizizz secara dalam talian. Menurut Marsha Weil, B. J. (1974), model pengajaran
memberi panduan kepada guru tentang kaedah yang dapat digunakan untuk mendorong murid
memperoleh pengetahuan, maklumat, idea, kemahiran, nilai, cara berfikir, mencipta dan
mengekspresikan diri mereka dalam suatu topik pembelajaran

Seterusnya, melalui aktiviti kuiz juga pemerhatian dan pengamatan yang dilalui murid sepanjang
tempoh pembelajaran membolehkan proses pemikiran berfikir secara kritis berlangsung iaitu
sesuai dengan keupayaan diri mereka sendiri. Ini kerana, menerusi aktiviti kuiz guru boleh
melihat sejauh mana pencapaian kompetensi aktiviti pembelajaran yang mengandungi elemen
6C boleh dicapai oleh murid-muridnya. Elemen 6C tersebut adalah sahsiah, kewarganegaraan,
kolaboratif, komunikasi, kreativiti dan pemikiran kritis. Dengan perlaksanaan aktiviti kuiz dalam
108
109 j

suatu topik pembelajaran, pentaksiran formatif secara berterusan dapat dijalankan dengan
sistematik dan berkesan.

Malahan, kuiz juga memperkayakan lagi pengetahuan dan pengalaman murid iaitu mampu
mencipta pengetahuan dan kemahiran yang baru dalam pembelajaran seterusnya
mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar. Oleh yang demikian, murid berupaya untuk
meningkatkan hubungan interpersonal, intrapersonal dan hubungan dengan alam sekeliling
mereka melalui aktiviti pembelajaran secara dalam talian. Pendekatan kuiz sebagai instrumen
pengujian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran membolehkan murid melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran secara aktif dan dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka
yang lain melalui aplikasi digital dalam talian seperti Quizizz dan Kahoot. Selain itu, murid juga
dapat memperoleh akses dan mengikuti pembelajaran secara dalam talian pada setiap masa atau
di mana sahaja mereka berada.

KEKURANGAN
Berdasarkan dapatan kajian melalui soal selidik telah menunjukkan bahawa seramai 405 orang
(97%) daripada keseluruhan responden menggunakan telefon mudah alih sebagai peranti utama
dalam proses PdPR sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat daripada penularan
pandemik Covid-19. Selebihnya menggunakan peranti seperti komputer dan tablet sepanjang
PdPR dilaksanakan. Selain itu, seramai 325 orang responden (77.4%) bersetuju bahawa
penggunaan aplikasi atau platform dalam talian memerlukan kuota data internet yang banyak
seperti aplikasi Google Meet, Youtube, Quizizz, Kahoot dan sebagainya untuk mengikuti aktiviti
pembelajaran. Justeru itu, untuk mendapatkan data internet Ibu bapa perlu menyediakan
belanjawan mengikut kemampuan taraf sosioekonomi keluarga bagi membeli data internet untuk
keperluan anak-anak mereka bagi mengakses kuiz dalam talian. Sebagai contoh, sekiranya guru
mengaplikasikan kaedah flipped classroom seperti menyediakan soalan kuiz dalam talian bagi
menggalakan penglibatan murid-murid untuk menjawab soalan kuiz tersebut ianya memerlukan
data internet untuk membuka link yang diberikan secara dalam talian. Menurut Myunghee Kang,
M. W. (2006), perkembangan teknologi komunikasi yang berterusan telah mendorong
pembelajaran secara dalam talian malah ianya menjadi suatu keperluan yang praktikal dalam
sistem pendidikan pada abad ini.

Seterusnya, melalui kajian soal selidik juga telah menemui capaian internet di kawasan tempat
tinggal adalah lemah merupakan isu yang sangat mendapat perhatian daripada murid dan ibu
bapa. Capaian internet yang lemah merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh mereka
dan menyebabkan murid tidak dapat mengikuti proses PdPR pada masa yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah. Situasi ini berlaku kerana kebanyakan murid tinggal di kawasan luar bandar,
seperti tinggal di kawasan pedalaman dan perkampungan kecil. Oleh yang demikian, masalah
ini menyebabkan kebolehlaksanaan aktiviti kuiz pembelajaran berada pada tahap yang rendah
kerana tahap darjah ketersampaian internet kurang baik mengikut kawasan tempat tinggal.

Malahan, terdapat 270 orang responden (64.4%) bersetuju dengan pernyataan bahawa Ibu bapa
yang sedang bekerja sewaktu PdPR anak-anak mereka dijalankan juga merupakan salah satu
faktor kekangan terhadap kebolehlaksanaan PdPR sepanjang PKP diwartakan. Ini adalah kerana,
kelonggaran yang diberikan kepada mereka untuk bekerja. Pada awalnya, majoriti ibu bapa dapat
memantau proses pembelajaran anak-anak mereka kerana kebanyakan sektor pekerjaan ditutup
akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 yang melanda Dunia dan norma baharu
iaitu bekerja dari rumah (Work From Home) telah digalakkan oleh majikan.
Walaubagaimanapun, selepas satu tempoh waktu, kelonggaran untuk berkerja secara bersemuka
telah diberikan kepada ibu bapa murid yang berkerja dalam sektor ekonomi mahupun
perindustrian turun berkerja. Kesannya, ibu bapa murid tidak lagi dapat memantau aktiviti
109
110 j

pembelajaran anak-anak mereka yang masih berada di rumah seperti menjawab kuiz.

8. PERBINCANGAN
PENILAIAN MUDAH
Dengan menjalankan aktiviti kuiz sebagai instrumen pengujian dalam pengajaran dan
pembelajaran dari rumah (PdPR) guru boleh melaksanakan pentaksiran bilik darjah (PBD) untuk
mengumpul maklumat pencapaian murid secara berterusan berkaitan dengan suatu subjek
pembelajaran. Pentaksiran boleh dilakukan secara spontan semasa (PdPR) berlangsung secara
terancang melalui aktiviti kuiz kerana ianya mudah untuk diakses oleh guru dan cepat untuk
mengesan perkembangan atau penguasaan murid terhadap suatu subjek pembelajaran.
Pentaksiran bilik darjah (PBD) boleh digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku
interaksi antara murid dengan guru, murid dengan murid dan murid dengan bahan pembelajaran.
K.P.M. (2019), pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan sebahagian dari kurikulum yang
terdiri daripada kandungan, pedagogi dan pentaksiran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran.

KEPELBAGAIAN GAYA PEMBELAJARAN


Kuiz juga dapat membantu guru dalam mempelbagaikan lagi gaya pembelajaran mereka
mengikut latar belakang, minat dan keperluan murid seperti penggunaan teknologi digital. Selain
itu, aplikasi kuiz juga membantu murid untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam suatu
topik pembelajaran pada setiap masa atau di mana sahaja berada secara dalam talian. Sebagai
contoh, penggunaan aplikasi kuiz secara dalam talian seperti Quizizz, Kahoot, Google Form dan
sebagainya berpotensi untuk mengembangkan serta mempercepatkan proses pencapaian prestasi
murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR). Sebagai contoh, guru
menggunakan konsep teknologi komunikasi dan maklumat (TMK) dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran bersama murid seperti menyediakan soalan kuiz secara dalam talian bagi
menggalakan peneguhan serta penglibatan aktif murid untuk menggunakan aplikasi teknologi
dalam aktiviti pembelajaran. Menurut Mohammad, Intan & Mohd Zawawi, Nurul Shakirah.
(2019), kemajuan TMK telah memacu ke arah usaha pemanfaatan teknologi ke dalam
persekitaran pendidikan dengan harapan merevolusikan pengajaran dan pembelajaran.

PEMIKIRAN KRITIS
Pengaplikasian kuiz dalam pembelajaran berasaskan masalah membantu guru untuk memberi
penjelasan terhadap suatu pengetahuan dan kemahiran berdasarkan topik pembelajaran yang
diajar kepada murid secara lisan atau teori. Seterusnya, murid boleh membuat suatu aktiviti
perbincangan dan penerokaan yang kritis menggunakan pelbagai sumber berkaitan dengan topik
pembelajaran yang diajar oleh guru sebelum menjawab kuiz.

NILAI DAN ETIKA


Kuiz sebagai instrumen pengujian dalam pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) dapat
menerapkan elemen pendidikan abad ke-21 pada diri murid iaitu nilai dan etika. Ini dapat dilihat
ketika murid berupaya menjawab kuiz bersendirian secara dalam talian apabila berada dirumah
masing-masing, situasi ini secara langsung telah mewujudkan pembelajaran kendiri kerana
murid belajar cara belajar mengadaptasi topik pembelajaran dan mengaplikasikannya dalam
kehidupan sebenar. Oleh yang demikian, dengan komitmen dan usaha yang murid tunjukan
berdasarkan situasi tersebut telah mencetuskan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab,
amanah, jujur, harga diri dan keyakinan dalam diri murid.

110
111 j

9. KESIMPULAN
Cabaran globalisasi pendidikan abad ke-21 (PAK-21) masa kini telah menuntut perubahan
dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara “glokal” yang bertindak bijak
mendepani cabaran (PAK-21) mengikut acuan tempatan. Oleh yang demikian, perlaksanaan kuiz
sebagai instrumen pengujian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari rumah (pdpr)
berpotensi untuk melahirkan modal insan yang berpendidikan sesuai dengan kehendak arus
pemodenan masa kini. Pihak pentadbiran sekolah haruslah peka tentang perubahan sistem
pendidikan Negara yang berkembang seiring dengan peredaran zaman. Justeru itu, kerjasama
antara pihak sekolah dan komuniti juga hendaklah dipergiat agar dapat merealisasikan pelan
pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) melalui anjakan yang ke-9 iaitu kerjasama dengan
persatuan Ibu Bapa Dan Guru, komuniti dan sektor swasta secara menyeluruh. Usaha-usaha ini
adalah bagi memastikan aktiviti pembelajaran seperti kuiz dan PdPR yang dilaksanakan sentiasa
menepati standard kualiti pembelajaran. Peranan pihak pentadbir sekolah yang diketuai oleh
pengetua atau guru besar (PGB) seharusnya melakukan pemantauan terhadap aktiviti (PdPR)
oleh guru agar murid menerima ilmu pendidikan yang berkualiti berdasarkan objektif
pembelajaran. Disamping itu, guru panitia mata pelajaran juga haruslah sentiasa melakukan
perbincangan, pengemaskinian mahupun penyelarasan berkaitan dengan pendekatan, strategi
serta kaedah seperti kuiz yang digunakan oleh guru-guru agar ianya releven diaplikasikan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 kini

RUJUKAN

Azam, S. (2017). Program Pendidikan Inklusif Bagi Murid-Murid Berkeperluan Khas di


Malaysia.Https://Www.Researchgate.Net/Publication/332521325_Program_Pendidikan_Inklus
if_Bagi_Murid_Murid_Berkeperluan_Khas_di_Malaysia.https://www.researchgate.net/publica
tion/33252132Program_Pendidikan_InklusifBagi_MuridMurid_Berkeperluan_Khas_di
Malaysia.

JAMILAH HJ. AHMAD, R. U. B. I. A. H. O. M. A. R. (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan


e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik. Http://Journalarticle.Ukm.My/215/1/1.Pdf.
http://journalarticle.ukm.my/215/1/1.pd

K.D.E.K. (n.d.). Definisi Kuiz. Https://Prpm.Dbp.Gov.My/Cari1?Keyword=kuiz. Retrieved August 30,


2021, from https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kuiz

K.P.M. (2019a). PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH.


Https://Unitldp.Ipsah.Edu.My/Images/Files/PBD_Edisi_2.Pdf.https://unitldp.ipsah.edu.my/ima
ges/files/PBD_Edisi_2.pd

Maria Langworthy, M. F. (2014), A Rich Seam How New Pedagogies Find Deep Learning.
Https://Www.Michaelfullan.ca/WpContent/Uploads/2014/01/3897.Rich_Seam_web.Pdf.https:/
/www.michaelfullan.ca/wp-content/uploads/2014/01/3897.Rich_Seam_web.pdf

Marsha Weil, B. J. (1974). MODELS OF TEACHING.


Https://Niepid.Nic.in/MODELS%20OF%20TEACHING.Pdf.https://niepid.nic.in/MODELS%
20OF%20TEACHING.pdf

Madjapuni, Mad Noor & Psikilogi, Fakulti & Pendidikan, Dan & Harun, Jamalludin & Sains, Fakulti &
Universiti, Kemanusian & Malaysia, Teknologi & Johor, Skudai. (2019). Kemahiran Berfikir
Kritis melalui Permainan Digital Dalam Persekitaran Pembelajaran Konstruktivisme Sosial.
111
112 j

(Malaysia Association of Research and Education for Educators), P. P. P. P. M. (2019). PROCEEDINGS


OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE OF FUTURE EDUCATION AND ADVANCES
(ICOFEA) 2019. Https://Www.Masree.Info/Wp-Content/Uploads/2020/01/PROCEEDING-
ICOFEA-2019-5.Pdf. https://www.masree.info/wp-content/uploads/2020/01/PROCEEDING-
ICOFEA-2019-5.pdf

Mohd Izham Bin Mohd Hamzah., S. S. A. R. (2010). PELAKSANAAN PROGRAM SIPARTNERS+


DAN HUBUNGANNYA DENGAN STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA DI
SEKOLAH MENENGAH. Https://Seminarserantau2017.Files.Wordpress.Com/2017/09/42-
Sharifah-SofiahAbdul-Rahman.Pdf

Mohammad, Intan & Mohd Zawawi, Nurul Shakirah. (2019). Pemilihan Aplikasi Teknologi Media
Sosial Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi Ciri Pembelajaran Bermakna Dari
Aspek Aktif Dan Autentik.

Myunghee Kang, M. W. (2006). Cybergogy for Engaged Learning: A Framework for Creating Learner
Engagement through Information and Communication Technology.
Https://Www.Researchgate.Net/Publication/226493573_Cybergogy_for_Engaged_Learning_
A_Framework_for_Creating_Learner_Engagement_through_Information_and
Communication_Technology

Rosadah Abd Majid, D. J. (2019). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
Pembelajaran dan Pemudahcaraan Murid Ketidakupayaan Pendengaran.
Https://Www.Masree.Info/Wp-Content/Uploads/2020/01/PROCEEDING-ICOFEA2019-5.Pdf.
https://www.masree.info/wp-content/uploads/2020/01/-PROCEEDINGICOFEA-2019-5.pdf

Ros Silawati Ahmad2 , Mohd Fauzi Fadzil1, I. S. K. A. R. S. (2020). Aplikasi 4K 1N dalam


Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21: Satu Kajian terhadap Pengajaran Guru Tingkatan
EnamdiDaerahKubangPasu.Http://Www.Akademiabaru.Com/Doc/ARSBSV19_N1_P64_79.P
df. http://www.akademiabaru.com/doc/ARSBSV19_N1_P64_79.pdf

(TAC-12), T. A. C. (2006). Introduction to Data Analysis Handbook.


Https://Files.Eric.Ed.Gov/Fulltext/ED536788.Pdf.
https://files.eric.ed.gov/fulltext/ED536788.pdf

Talib, Rohaya & Kamsah, Mohd & Hamimah, Kamsah & abu naim, Hamimah & Daud, Khadijah &
Asas, Jabatan & Dan, Pendidikan & Sosial, Sains & Pendidikan, Fakulti. (2014). PEDAGOGI
DAN PENTAKSIRAN : KONGRUEN?.

112
113 j

Penulisan Artikel
Artikel yang hendak disumbangkan mestilah mematuhi syarat-syarat berikut:

1. Artikel ditulis berdasarkan hasil karya penyelidikan dan pembangunan dalam bidang
pendidikan.
2. Artikel yng ditulis adalah karya asli dan belum perbnah diterbitkan dalam apa jua jenis
penerbitan.
3. Kandungan artikel hendaklah ditulis dalam bentuk berikut:
a. Hasil kerja penyelidikan, penemuan, kaedah atau aplikasi baru.
b. Mengikut format sistem penulisan APA (American Physiological Association)
edisi terkini.
c. Semua artikel yang dihantar mestilah asli. Artikel yang telah diterbitkan atau
sedang dipertimbangkan oleh jurnal/penerbit lain tidak akan dipertimbangkan.
Walau bagaimanapun, artikel yang pernah dimasukkan dalam prosiding
persidangan, boleh dipertimbangkan sekiranya artikel tersebut terdapat perubahan
dan penambahbaikan.
d. Artikel ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Sekiranya artikel
tersebut ditulis dalam Bahasa Melayu, abstrak perlu ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Manakala sekiranya artikel tersebut ditulis dalam Bahasa Inggeris, abstrak perlu
ditulis dalam Bahasa Melayu.
e. Abstrak tidak boleh melebihi 150 patah perkataan dengan menggunakan format
(tulisan bentuk Times New Roman, Italic, Saiz 10 dan Justified)
f. Tiga hingga lima perkataan kata kunci selepas abstrak menggunakan format
(tulisan bentuk Times New Roman, Saiz 10 dan Justified).
g. Artikel ditaip menggunakan perisian Microsoft Word dalam jarak langkau satu
(single spacing), menggunakan Times New Roman bersaiz 12.
h. Tajuk artikel hendaklah ringkas dan padat. Letakkan nama penuh penulis, nama
instutusi berserta e-mail penulis (Times New Roman, saiz 10 point dan Bold) di
bawah tajuk.
i. Panjang artikel di antara 3000-5000 patah perkataan atau 10-15 halaman termasuk
halaman rujukan.
j. Artikel yang diterima tetapi memerlukan pembetulan akan dihubungi melalui e-
mail.
4. Artikel yang dihantar perlu dibuat bentuk salinan lembut (softcopy) dalam bentuk e-mail)
113
114 j

kepada Ketua Editor seperti alamat di bawah.


5. Artikel hendaklah disertakan dengan satu lampiran yang mempunyai nama penuh, alamat
surat menyurat, email, nombor telefon pejabat dan telefon bimbit penulis.

Penyerahan Artikel dan Maklumat lanjut

Artikel yang hendak disumbangkan hendaklah dihantar kepada:

Ketua Editor
Jurnal Tinta Dinamik
Institusi Pendidikan Guru Kampus Tawau
KM 36, Jalan Balung, Beg Berkunci No.27
91009 Tawau,
SABAH

E-mail : jppiipgktawau@gmail.com

114

Anda mungkin juga menyukai