Anda di halaman 1dari 11

INTERNATIONAL CONFERENCE ON LEARNING INNOVATION

AND QUALITY EDUCATION 2nd SERIES 2017

2017

PENGAPLIKASIAN MEDIA SOSIAL SEBAGAI ALTERNATIF PENGAJARAN &


PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR PENGAJIAN TINGGI

FATIN FATINAH MANAP1 , AIDAH ABDUL KARIM2


1,2
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Malaysia

1
ffatin22@gmail.com
2
eda@ukm.edu.my

ABSTRAK
Media sosial merupakan salah satu elemen penting dalam pembelajaran abad ke-21. Walau bagaimana pun masih
kurang kesedaran dalam kalangan pelajar pengajian tinggi untuk menggunakan media sosial sebagai salah satu
sumber maklumat bagi pembelajaran mereka. Oleh itu kertas konsep ini akan membincangkan penggunaan media
sosial sebagai satu medium yang membolehkan pembelajaran menjadi lebih menarik dan efektif di pusat pengajian
tinggi. Antara lain, kertas konsep ini akan menjelaskan bagaimana penggunaan pelbagai media sosial dapat
membantu pelajar memperoleh pelbagai maklumat yang berguna bagi membolehkan pelajar melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu kertas konsep ini juga akan menghuraikan kebaikan dan
kelemahan media sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran di pusat pengajian tinggi. Kertas konsep ini
diharap dapat menyumbang kepada penggunaan media sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran di pusat
pengajian tinggi dan seterusnya membentuk tenaga kerja yang mahir dalam menggunakan aplikasi teknologi dan
komunikasi dalam pekerjaan seharian mereka.

Kata kunci : Media Sosial; Pengajaran dan Pembelajaran; Pengajian Tinggi

A. MEDIA SOSIAL DAN PENDIDIKAN TINGGI

Selari dengan perkembangan era kini, media sosial kini menjadi aplikasi yang semakin
menjadi perhatian para pelajar. Menurut Kaplan & Haenlein (2010), media sosial dapat
ditakrifkan sebagai sekumpulan aplikasi yang dibina berasaskan ideologi dan teknologi Web 2.0.
Ia bertujuan untuk membenarkan penghasilan dan perkongsian bahan-bahan yang dijana oleh
pengguna di pusat pengajian tinggi. Penggunaan media sosial kini dijadikan sebagai sokongan
dalam melaksanakan aktiviti seharian khususnya dalam sektor pendidikan. Melalui media sosial
juga, penyebaran maklumat mudah untuk disampaikan serta diperoleh pada bila-bila masa.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON LEARNING INNOVATION
AND QUALITY EDUCATION 2nd SERIES 2017

2017

Di Malaysia, kebanyakan masyarakat kini mempunyai gaya hidup berteraskan digital.


Bagi Kop (2011), teknologi internet yang dilihat dari aspek pendidikan telah memberi
sumbangan terbesar kepada perubahan pembelajaran dari segi penyampaian dan kandungan
pembelajaran tanpa sempadan. Laporan Ekonomi 2013/2014 menyatakan bahawa rakyat
Malaysia semakin banyak menghabiskan masa dengan purata 3.5 jam sehari untuk melayari
internet berbanding media lain seperti radio, televisyen dan suratkhabar dengan statistik yang
meningkat kepada 25 juta orang (Kem Kewangan 2014). Menurut laporan Social Media
Marketing Industry Report (2015), lima media sosial teratas dunia adalah Facebook, diikuti oleh
Twitter, Linkedln, Google+ dan Youtube. Penggunaan media sosial semakin meningkat dengan
adanya penggunaan teknologi telefon pintar.

Pelbagai aplikasi media sosial dapat di aplikasikan ke dalam pengajaran dan


pembelajaran pelajar di pusat pengajian tinggi. Kajian Kee Man Chuah, 2013 menyatakan
aplikasi media sosial digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris iaitu
facebook aplikasi yang popular dalam kalangan pelajar kerana ianya di gunakan untuk tujuan
perbincangan. Dari segi mempelajari struktur penulisan yang lebih efektif, pelajar pula
cenderung menggunakan aplikasi Wiki. Manakala pula, pelajar menggunakan aplikasi You Tube
dalam mempelajari konsep bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Semua aplikasi
media sosial dapat diakses di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Menurut Destiana, Salman
dan Rahim (2013) menyatakan antara faktor pendorong dalam kejayaan media sosial adalah
kerana ia berkemampuan untuk mengakses media sosial melalui aplikasi mudah alih (mobile
web). Hal ini kerana ia memiliki kualiti capaian maklumat yang maksimum walaupun
menggunakan telefon bimbit yang biasa, apatah lagi telefon bimbit pintar. Sehubungan itu
banyak kajian yang berkaitan dengan teknologi pendidikan khususnya penggunaan media sosial
dalam pendidikan sebagai medium membolehkan pembelajaran menjadi lebih menarik dan
efektif di pusat pengajian tinggi.

Melalui media sosial, kita dapat secara langsung berinteraksi dengan orang lain Leonard
(2016). Selain itu ia merupakan saluran komunikasi digital yang mana para pengguna boleh
berkongsi maklumat, berinteraksi dengan mudah, berkomunikasi dengan dua hala dan
penghantaran mesej yang cepat dalam masa yang sama. Media sosial menjadi platform pada
masa kini yang disenangi oleh semua penggunanya (Hudson et al. 2014). Proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan media sosial boleh dijadikan sebagai pembelajaran atas
talian tahap global seiring dengan lonjakan ke-9 yang di laksanakan dalam Plan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2015-2025. Di samping itu juga kemahiran abad ke-21 turut berdaya saing
dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana media sosial begitu meluas dalam membantu
pelajar mendapat maklumat serta medium untuk permindahan maklumat Ziani (2014).
INTERNATIONAL CONFERENCE ON LEARNING INNOVATION
AND QUALITY EDUCATION 2nd SERIES 2017

2017

B. MEDIA SOSIAL DAN PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Media sosial bukanlah suatu yang asing dalam bidang pendidikan khususnya dalam
kalangan pelajar universiti. Malahan, ia turut mempengaruhi budaya pembelajaran di mana-mana
institut pendidikan tinggi. Menurut Gulbahar (2014), pelajar menggunakan media sosial dalam
kursus mereka dengan tujuan untuk berkomunikasi dengan rakan sekelas, perkongsian sumber
maklumat, menyediakan ringkasan, bertanyakan soalan, perbincangan bersama, perkongsian fail,
penilaian, serta makluman dan hebahan yang pantas ianya selaras dengan pandangan Bryer dan
Zavartarro (2011). Sehubungan dengan itu, aplikasi media sosial telah menjadi salah satu cara
komunikasi yang paling penting sejak kebelakangan ini. Media sosial yang dicipta pada asalnya
untuk tujuan komunikasi kini telah mempunyai kepelbagaian fungsi. Kesan daripada itu, media
sosial diwujudkan untuk menyediakan komunikasi dalam kalangan pelajar tanpa mengira jarak,
membuatnya lebih terbuka kepada semua orang supaya mudah berkongsi maklumat, fail dan
gambar-gambar dan video, membuat blog dan menghantar mesej, dan membuat perbualan masa
nyata. Justeru itu, sistem ini dikenali sebagai sosial kerana menyediakan perkhidmatan
komunikasi yang mudah dan berkesan dengan keluarga, saudara- mara dan rakan-rakan. Bukan
itu saja malah media sosial juga menguatkan hubungan antara manusia. Manakala Boyd (2010)
berpendapat keberkesanan media sosial dalam penyaluran maklumat adalah berkesan. Selain itu
media sosial dapat mengumpulkan beribu-ribu maklumat dalam masa yang singkat, tahap
perhatian yang diberikan oleh pengguna adalah sangat rendah, dan kebanyakkan maklumat yang
dipaparkan melalui media sosial tidak dibaca langsung oleh pengguna.

Dapatan kajian lepas (Huang & Hung, 2009; Kessler, Bikowski, & Boggs, 2012)
menunjukkan aplikasi media sosial membantu pelajar dalam penulisan seperti Wikipedia dan
blog. Selain itu Alexa (2012) mencatat lima media sosial teratas di dunia iaitu Facebook, diikuti
oleh Twitter, Linkedln, Google+ dan Pinterest yang berpotensi untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran sebagai alat untuk membantu pelajar mendapatkan maklumat serta
berkomunikasi dengan ahli-ahli kumpulan yang lain. Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg
sebagai medium untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat bagi pelajar Harvard sahaja kini
menjadi media sosial paling dikenali di dunia. Pada Jun 2011, Facebook melaporkan jumlah
pengguna telah mencapai 750 juta.Menurut laman web Internet Lives Stats pula, seramai tiga
bilion atau 40 peratus daripada penduduk dunia menggunakan Internet. Di Malaysia terdapat
hampir 20 juta atau 67 peratus rakyat menggunakan internet dan lebih daripada 15 juta orang
akses kepada Facebook.

Media sosial juga dijadikan tempat menyampaikan maklumat dan bertukar pendapat serta
sebagai wadah pembelajaran bagi pelajar dan sumber rujukan yang interaktif dan kreatif. Media
sosial juga telah membuka dunia komunikasi dengan lebih luas tanpa sempadan dan kaedah ini
menjimatkan waktu dan masa. Bagi Al-rahmi dan Othman (2013), melalui media sosial dalam
pembelajaran, pelajar akan lebih bersifat terbuka dalam menyuarakan pendapat serta
memberikan kelebihan dalam perkongsian maklumat, perkongsian fail, gambar dan video,
INTERNATIONAL CONFERENCE ON LEARNING INNOVATION
AND QUALITY EDUCATION 2nd SERIES 2017

2017

membuat blog, menghantar mesej serta mengendalikan ruangan perbincangan dalam keadaan
masa yang sebenar (real time). Kajian oleh Omar (2014) pula menunjukkan penggunaan media
sosial di institut pengajian tinggi dilihat mempunyai potensi dalam pembentukan mahasiswa
yang berdaya saing melalui sistem pembelajaran menjadi lebih efektif. Golongan pendidik dan
pelajar perlu sedar bahawa media sosial adalah medium pemudah cara serta membolehkan
maklumat disampaikan dalam pelbagai bentuk dan dapat dikongsikan bersama kerana
peranannya yang lebih bersifat global. Kepelbagaian aplikasi berasaskan media sosial ini telah
diwujudkan bagi menawarkan satu wadah yang baik kepada pendidik dan pelajar untuk
memaksimumkan penggunaan aplikasi tersebut dalam pendidikan (Chuah 2013). Golongan
pendidik dan pelajar juga melihat media sosial sebagai peluang untuk dimanfaatkan bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran atas talian. Malahan, penggunaan media sosial ini telah diperakui
oleh para akedemik tetapi penggunaannya belum meluas dan merata ekoran pelbagai kekangan,
terutamanya liputan talian internet. Dalam konteks kajian ini media sosial yang dimaksudkan
ialah penggunaan Facebook, Youtube, Twitter, Blog dan Google+.

C. PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM PENGAJARAN &


PEMBELAJARAN

Danah (2015) mendifiniskan media sosial sebagai laman rangkaian sosial yang
menyediakan aplikasi yang berasaskan web. Melalui rangkaian ini individu mampu untuk
membina dan membentuk profil sendiri seterusnya berkongsi bersama pengguna yang lain.
Laman web ini juga membolehkan pelbagai perkongsian dilakukan bahkan melangkaui senarai
terhadap individu lain. Walaubagaimanapun, mungkin terdapat perbezaan antara laman-laman
web yang disediakan. Media sosial mampu mengalirkan maklumat secara pantas tanpa halangan.
Hal ini menyebabkan terjadinya fenomena besar terhadap penyebaran maklumat yang sedang
melanda dunia sekarang. Dato‟ Seri Najib menyatakan bahawa media sosial mempunyai
kemampuan untuk menjadi wadah sebagai perbincangan ilmiah yang membina sama ada di
Facebook, Twitter dan pelbagai lagi. Oleh itu penggunan media sosial sangat sesuai diterapkan
di pusat pengajian tinggi sebagai alat untuk meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran.
Menurut statistik Facebook, para penggunanya memperuntukkan lebih 700 bilion minit sebulan
untuk melayari aplikasi Facebook. „The Facebook‟ fenomena ini berlaku di seluruh dunia. Malah
Malaysia sendiri telah mencatat di kedudukan kelima tertinggi di seluruh rantau Asia (Melor Md
Yunus, Hadi Salehi, 2012).

Proses bagi media pengajaran terdiri daripada pelbagai jenis seperti gambar, bahan bercetak,
surat khabar, majalah, radio, rakaman audio, televisyen, rakaman video, CD, internet dan
komputer. Penggunaan media pengajaran tradisi seperti papan hitam dan kapur kerap menjadi
media pengajaran di bilik kuliah pada suatu ketika dulu. Kini penggunaan papan putih dan
marker telah banyak digunakan. Media pengajaran dari bentuk elektronik kerap digunakan di
bilik kuliah atau makmal seperti penggunaan komputer, internet dan projector LCD. Proses
pengajaran adalah suatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama antara pendidik dan juga
INTERNATIONAL CONFERENCE ON LEARNING INNOVATION
AND QUALITY EDUCATION 2nd SERIES 2017

2017

pelajar. Tanpa salah satu daripadanya pengajaran tidak akan berlaku. Oleh itu, pengajaran
dirancang oleh pendidik secara sistematik dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai
yang boleh terjadinya proses pembelajaran. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan
secara relatifnya kekal sama ada dalam bentuk yang eksplisit ataupun implisit (Shababuddin et
al. 2003). Dalam proses pengajaran, pelbagai pendekatan yang boleh diaplikasikan seperti
pengajaran berpusatkan pelajar, pengajar, hasil, proses dan nilai. Sehubungan dengan itu,
pengajaran boleh ditambah baik dengan perkembangan ilmu, kemantapan kemahiran dan rujukan
kepada amalan profesional yang berkaitan. Pengajaran juga merangkumi proses mereka bentuk
kurikulum, penyampaian kurikulum, dan sistem penilaian pelajar.

Sistem pembelajaran adalah proses interaksi antara pelajar dengan pendidik agar
berlakunya proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan atau penguasaan kemahiran dan
kepercayaan kepada pelajar. Secara ringkasnya komponen asas yang membentuk sesuatu proses
pengajaran seharusnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu pengajar, pelajar, kandungan, kaedah,
tujuan, hasil (perubahan yang kekal secara relatif) dan penilaian. Menurut Abd Rahim Abd
Rashid (2002), skop pembelajaran sangat luas meliputi domain kognitif (pemikiran dan minda),
afektif (perasaan dan emosi) dan psikomotor (anggota fizikal badan). Kongres Pengajaran dan
Pembelajaran UKM 2011 Vol.5 menyatakan bahawa pembelajaran boleh berlaku di mana-mana
sahaja dan pada bila-bila masa. Pembelajaran boleh berlaku tanpa melalui proses pengajaran
formal dam pembelajaran memerlukan kaedah dan proses sama ada dari yang paling mudah
sehinggalah kepada yang paling kompleks.

Sejajar dengan itu penerapan penggunaan media sosial dalam pendidikan merupakan
suatu perkara yang penting dan dititik beratkan oleh warga pendidik. Sebelum kewujudan media
sosial terdapat beberapa fasa media yang digunakan dalam pendidikan sebagai penyebar dan
sumber maklumat. Fasa pertama ialah fasa tradisi yang menyampaikan informasi melalui radio,
televisyen dan akhbar. Seterusnya, dunia media semakin rancak apabila aplikasi penggunaan
telefon pintar, tablet dan gajet semakin meluas maka media sosial mula mencuri perhatian. Kini,
media sosial menjadi teknologi utama dalam menyebarkan maklumat dan kandungan media
antara penulis dan pembaca. Secara ringkasnya media sosial merupakan satu bentuk komunikasi
elektronik (seperti laman web untuk rangkaian sosial dan microblogging) di mana pengguna
membuat komuniti dalam talian untuk berkongsi maklumat, idea-idea, mesej peribadi, dan
kandungan lain (video). Sehubungan dengan itu penggunaan pelbagai media sosial dapat
membantu pelajar memperoleh pelbagai maklumat dengan menggunakan media sosial seperti
Facebook, Youtube, Twitter, Blog dan Google+.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON LEARNING INNOVATION
AND QUALITY EDUCATION 2nd SERIES 2017

2017

Rajah 1 Aplikasi Facebook

Rajah 2: Aplikasi YouTube

Rajah 3: Aplikasi Sosial Google+


INTERNATIONAL CONFERENCE ON LEARNING INNOVATION
AND QUALITY EDUCATION 2nd SERIES 2017

2017

Rajah 4 Blogger

Rajah 5 Aplikasi Twitter


INTERNATIONAL CONFERENCE ON LEARNING INNOVATION
AND QUALITY EDUCATION 2nd SERIES 2017

2017

D. KEBAIKAN DAN KELEMAHAN MEDIA SOSIAL

Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan, Beberapa kebaikan dan kelemahan
media sosial dalam pengajaran dan pembelajaran telah dapat dikesan. Dari aspek kebaikan,
media sosial dilihat membantu perkongsian ilmu dan maklumat secara terbuka. Pelajar tidak
berasa malu untuk berinteraksi kerana ia berlaku di alam maya, dan bukan secara bersemuka. Di
samping itu juga dari segi konteks pembelajaran bahasa juga dapat dipengaruhi oleh penggunaan
media sosial secara baik. Perbincangan melalui alam maya, contohnya melalui ruangan chat di
Facebook dapat membantu pelajar tempatan untuk berhubung dengan pelajar dari luar negara
yang memerlukan mereka untuk menggunakan bahasa pertuturan khususnya bahasa Inggeris
dengan betul. Sebagai contoh kajian mengenai penerimaan media sosial sebagai medium
pembelajaran dalam kalangan pelajar dalam pendidikan yang di telah dilakukan oleh Rohaila
(2016) secara menyeluruh adalah positif. Ini kerana pelajar mempuyai pandangan yang positif
terhadap penggunaan media sosial tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang di
laksanakan. Ini adalah kerana fungsi yang tersedia dalam Facebook seperti kemudahan muatnaik
dan muat turun fail dan dokumen, perkongsian gambar dan video dalam pelbagai format dan
penggunaan mesej secara synchronous menjadikan Facebook antara pilihan popular pengguna
(Fariza, Aidah &Yusoff 2015).

Sehubungan dengan itu dari sudut kelemahan media sosial pula, penggunaan medium ini
boleh mengurangkan kawalan terhadap aktiviti pelajar sekiranya penggunaan media sosial tidak
di kawal. Isu akses kepada internet juga boleh menyebabkan penggunaan media sosial dalam
pembelajaran menjadi lebih rumit. Ini kerana penggunaan media sosial amat berkait rapat dengan
penggunaan internet yang pantas dan meluas. Di samping itu, media sosial juga boleh menjadi
ancaman kepada penggunaan tatabahasa yang betul dengan penggunaan “bahasa internet” atau
“bahasa rojak” yang berleluasa.

Selain itu, isu kerahsiaan peribadi pengguna juga adalah perlu diberi perhatian. Ini kerana
terdapat data peribadi rahsia pengguna boleh diketahui oleh pengguna yang lain melalui pelbagai
cara kepakaran tersendiri. Sekiranya maklumat peribadi pengguna tidak dilindungi, ini akan
mengakibatkan pengguna khususnya para pelajar akan berasa tidak selesa untuk berinteraksi.
Pelajar juga mengabaikan pelajaran dan lari daripada tumpuan pembelajaran yang sebenar.
Banyak maklumat yang diperoleh melalui media sosial YouTube dan pelajar perlu bijak untuk
mencari dan memilih maklumat yang tepat dan perlulah untuk menggunakan pelbagai cara untuk
mendapatkan sesuatu maklumat. Pelajar perlu menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan
sesuatu maklumat seperti membaca jurnal dan buku bagi memastikan sesuatu fakta yang
diperoleh daripada media sosial YouTube (Karthik et. Al.., 2010). Akibatnya, pelajar tidak
mampu menguasai kandungan subjek atau kursus. Pengaplikasian video YouTube dalam
pembelajaran adalah kurang berkesan dalam mencapai objektif kursus sekiranya tenaga pengajar
tidak melaksanakan peranan sebagai pembimbing dengan berkesan dan sesuai dengan
perkembangan kognitif pelajar (Shahabuddin & Dr. Rohizani 2003). Justeru itu, panduan
INTERNATIONAL CONFERENCE ON LEARNING INNOVATION
AND QUALITY EDUCATION 2nd SERIES 2017

2017

pengunaan media sosial dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diwujudkan untuk mengawal
potensi aplikasi tersebut.

Menurut Osterrieder (2013) dalam kajiannya menyatakan bahawa media sosial seperti
Facebook, Youtube, Twitter dan media sosial yang lain merupakan alat yang digunakan dalam
berkomunikasi, berkongsi maklumat, berkongsi pengetahuan, berkongsi gambar mahupun video,
alat untuk berinteraksi, membuat status dan sebagainya yang boleh dilakukan dengan cepat tanpa
mengira masa dan tempat. Aplikasi media sosial tersebut perlu mempunyai rangkaian internet
yang stabil bagi memudahkan pengguna memuat turun fail yang sedia ada. Selain itu, blog pula
merupakan bentuk aplikasi web yang dapat diakses secara atas talian serta mempunyai fungsi
utama memuatkan tulisan dan gambar pada setiap laman web. Google+ adalah laman sesawang
yang diperkenalkan oleh google pada 28 Jun 2011 bagi mengetahui berita-berita secara terkini
dengan menerima pesanan dan mengirim berita yang lebih mudah kepada pengguna. Google+
juga membolehkan pengguna menambah rakan dengan mudah tanpa mendapatkan pengesahan.

E. CADANGAN

Hasil daripada kajian yang dijalankan beberapa cadangan dapat diberikan bagi
memastikan penggunaan aplikasi media sosial sebagai medium pengajaran dan pembelajaran
dalam kalangan pelajar di pusat pengajian tinggi secara umumnya perlu diperluaskan dengan
memberi kursus kepada para pendidik tentang pengunaan media sosial yang terbaik dalam
mencari sumber ilmiah dengan lebih efektif. Justeru itu pendidik harus bijak membuat pemilihan
media sosial yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Disamping itu juga sekatan laman web yang kurang baik juga perlu diatasi bagi
mengurangkan sikap negatif yang digunakan oleh para pelajar. Pemantauan secara berkala juga
perlu di ambil perhatian supaya pembelajaran yang berkesan dapat dilaksanakan dengan
sepenuhnya. kefahaman dan kemahiran para pendidik di pusat pengajian tinggi adalah penting
dalam memantapkan dunia pendidikan dengan pengunaan pengajaran dan pembelajaran pada
masa akan datang.

F. KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, penggunaan media sosial dalam pembelajaran dapat membantu


para pelajar dan pendidik mencipta serta membina pengetahuan mereka. Berdasarkan kajian ini,
pelajar lebih cenderung untuk memilih Facebook sebagai aplikasi media sosial yang membantu
khususnya untuk tujuan perbincangan. Ini sedikit sebanyak mampu memberikan satu pendekatan
pembelajaran yang menarik dan lebih efektif. Menggalakkan penggunaan aplikasi media sosial
dalam kalangan pelajar akan memberikan kesan yang positif, kerana ia adalah medium
kerjasama yang boleh melibatkan pelajar, terutamanya dalam menyediakan tugasan kumpulan
tidak kira dari jarak jauh dan kekangan waktu untuk berjumpa secara fizikal. Ia merupakan satu
INTERNATIONAL CONFERENCE ON LEARNING INNOVATION
AND QUALITY EDUCATION 2nd SERIES 2017

2017

inovasi teknologi dalam dunia pendidikan yang perlu diberi perhatian akan kewujudannya.
Namun perlu diingat, penerimaan sesuatu inovasi dalam teknologi bukan sekadar melibatkan
penggunaan sesuatu perisian atau perkakasan yang canggih dan terkini, tetapi ia juga berkait
rapat dengan tahap penggunaan dan cara atau teknik yang berkesan dalam mengaplikasikannya.
Kemahiran teknologi ini dapat memberikan impak yang besar terhadap pengguna sekiranya
penggunaannya diperluaskan oleh para pendidik di Malaysia.

RUJUKAN
Ahmad Zaki A. Bakar. 2015. Positif, Negatifnya Media Sosial. Utusan Malaysia. 15 Disember.

Al-rahmi, W., & Othman, M. 2013. The impact of social media use on academic performance among university
students: A pilot study. Journal of information systems research and innovation, 4, 1-10.

Chuah, K. M. 2013. Aplikasi media sosial dalam pembelajaran Bahasa Inggeris: Persepsi pelajar universiti. Issues in
Language Studies, 2(1),56-63.

Destiana, I., Salman, A., & Rahim, M. H. A. 2013. Penerimaan media sosial: Kajian dalam kalangan pelajar
universiti di Palembang. Jurnal Komunikasi; Malaysian Journal of Communication, 29(2), 125-140.

F. Khalid, AA. Karim, M.Y. Daud. 2015. Pemilihan Aplikasi Teknologi sebagai Medium Perkongsian Maklumat
oleh Pelajar Siswazah Universiti. ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015,
2011-2027.

Ika desiana, Ali salman & Mohd Helmi Abd Rahim. 2013. Penerimaan media sosial: Kajian dalam kalangan pelajar
Universiti di Palembang. Jurnal Komunikasi, jilid 29(2),125140.

Kaplan, A. M., & Haenlein, M. 2010. Users of the world, unite! The challenges and opportunities of social media.
Business Horizons, 53(1), 59-68.

Karthik, M.,Vallakati, A., Rajput, K. ,Sood, A., Challa. 2010. YouTube as a source of information on
cardiopulmonary resuscitation. Resuscitation. 9(4), 429-430.

Kee Man Chuah.2013. Aplikasi Media Sosial Dalam Pembelajaran Bahasa Inggeris: Persepsi Pelajar Universiti,
Issues In Language Studies, 2 (1), 2013.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025: Penerbit
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khusnul Hanafi & Mohd.Helmi Abd Rahim. 2017. Penggunaan Media Sosial Dan Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Terbentuknya Gerakan Sosial Oleh Pemimpin Pelajar Universiti Di Bandar Pekan Baru,
Riau, Indonesia. Journal of Social Sciences and Humanities, 12(2), 87-101.

Leonard. A.PS. 2016. Penggunaan Media Sosial Sebagai Eksistensi Diri (Studi Deskriptif Kualitatif Penggunaan
Media Sosial Untuk Eksistensi Diri Pada Mahasiswa Fisip UNS Tahun Ajaran 2015/2016). Tesis sarjana
Universitas Sebelas Maret. Surakarata.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON LEARNING INNOVATION
AND QUALITY EDUCATION 2nd SERIES 2017

2017

Mahmud, M. Z., & Omar, B. 2013. Motif dan Kekerapan Penggunaan Facebook Dalam Kalangan Pelajar Universiti.
Malaysia Journal of Communication, 29(1), 35-54.

Melor Md Yunus, Hadi Salehi. 2012. The Effectiness Of Facebook Groups On Teaching And Improving Writing:
Students‟perception. International Journal of Education and information Technologies 6(1), 1-9.

Mohamed Amin Embi. 2011. Aplikasi Web 2.0 Dalam Pengajaran & Pembelajaran. Pusat Pembangunan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Osterrieder. A. 2013. The Value and Use of Social Media as Communication Tool in the Plants Sciences. Journal
Plants Methods 9 (26): 1-6

Shahabuddin Hashim & Dr. Rohizani Yaakub. 2003. Psikologi Pembelajaran & Personaliti. PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Zamri Mahamod & Yahya Othman. 2016. Penulisan Akademik dalam bidang Sains Sosial. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ziani. A.K. 2015. Using Social Media in the Bahraini 2014 Elections “A Study on a Sample of Young People”.
Journal New Media and Mass Communication 37: 25-37

Anda mungkin juga menyukai