Anda di halaman 1dari 14

REKA BENTUK PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM

PEPERIKSAAN SPM BAHASA KADAZANDUSUN: SATU CADANGAN

Minah Sintian
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
Email: minahsintian@fbk.upsi.my
Tel: 011 11838551

Abstrak

Melahirkan modal insan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia memerlukan pelajar menguasai
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Bahasa Kadazandusun sebagai mata pelajaran elektif dalam
peperiksaan SPM perlu diubah suai dan dimurnikan struktur reka bentuk pentaksirannya yang lama
selaras dengan KBAT. Kertas kerja ini membentangkan satu cadangan reka bentuk pentaksiran KBAT
dalam peperiksaan SPM Bahasa Kadazandusun. Format pentaksiran mata pelajaran tersebut dirancang
berdasarkan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan Huraian Sukatan Pelajaran
mata pelajaran Bahasa Kadazandusun yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum
pada tahun 2000. Kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan contoh soalan SPM
Bahasa Kadazandusun tahun sebelumnya dan rujukan kepustakaan. Reka bentuk pentaksiran KBAT SPM
Bahasa Kadazandusun mengambil kira aspirasi murid seperti yang dihasratkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu kemahiran berfikir, kemahiran kepimpinan,
pengetahuan, profisiensi dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Pentaksiran KBAT
dalam SPM Bahasa Kadazandusun perlu memastikan pelajar mampu menganalisis maklumat,
menghubungkaitkan pelbagai pengetahuan, menyelesaikan masalah dan keupayaan membuat keputusan
dengan harapan pelajar mampu memacu pembelajaran sendiri dan menghargai nilai pembelajaran
sepanjang hayat. Diharapkan kertas kerja ini dapat menjadi panduan guru-guru mata pelajaran Bahasa
Kadazandusun dalam merancang dan menggubal item pentaksiran yang menerapkan elemen KBAT.

Kata Kunci: Reka bentuk, pentaksiran, kemahiran berfikiran aras tinggi (KBAT), Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM), Bahasa Kadazandusun

Pengenalan

Mata pelajaran elektif Bahasa Kadazandusun baharu menjangkau tiga tahun dalam peperiksaan awam
SPM sejak tahun 2011. Format pentaksiran mata pelajaran tersebut direka bentuk berdasarkan hasrat dan
kandungan kurikulum seperti yang terkandung dalam dokumen rasmi Sukatan Pelajaran dan Huraian
Sukatan Pelajaran mata pelajaran Bahasa Kadazandusun (Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2011:2). Format pentaksiran ini diluluskan pada tahun 2010 dan telah digunakan pada tahun

1
2011. Kandungan pentaksiran adalah difokuskan kepada bidang pengetahuan, kemahiran bahasa, nilai dan
adab serta warisan budaya masyarakat Kadazandusun.
Reka bentuk pentaksiran mata pelajaran Bahasa Kadazandusun dalam Sijil Peperiksaan Malaysia
(SPM) perlu bergerak selari dengan aspirasi sistem pendidikan Malaysia dan aspirasi murid yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Aspirasi murid dalam
PPPM 2013-2025 (http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003107.pdf)
mensasarkan setiap kanak-kanak di Malaysia akan mempunyai enam atribut utama untuk memenuhi
keperluan abad ke-21 iaitu kemahiran kepimpinan, kemahiran berfikir, pengetahuan, profesional
dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Gelombang 1 (2013-2015) dalam transformasi
pendidikan memberikan tumpuan kepada beberapa kemahiran utama. Antara kemahiran yang difokuskan
ialah mereka bentuk soalan peperiksaan supaya lebih menjurus kepada soalan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT).
Dalam prakata Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan, Dr. Naimah binti Ishak (Lembaga
Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013:v), mengungkapkan bahawa penguasaan KBAT
amat penting dan wajar diterapkan dalam diri murid kerana kebolehan berfikir aras tinggi amat diperlukan
untuk menangani masalah kehidupan seharian yang semakin kompleks, meningkatkan ilmu pengetahuan
dan jati diri murid agar mampu menghadapi cabaran hidup. Pernyataan beliau tersebut bukan bermakna
instrumen pentaksiran SPM yang lama tidak mempunyai KBAT namun spesifikasi item perlu diubah suai
sejajar dengan aspirasi murid dalm PPPM 2013-2025. Dalam ringkasan eksekutif, halaman E-13, PPPM
2013-2015 menyebut bahawa menjelang tahun 2016, 50% soalan dalam SPM haruslah berbentuk
pemikiran aras tinggi. Dijelaskan juga bahawa perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru
tidak lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji, dan melaksanakan latih tubi bagi mengingati
kandungan pelajaran. Sebaliknya, murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasikan
pengetahuan dalam situasi berbeza. Pada masa yang sama, pentaksiran berasaskan sekolah juga akan
menganjak tumpuan untuk menguji kemahiran berfikir aras tinggi.

Konsep Pentaksiran
Secara umumnya pentaksiran penting untuk mengetahui sejauh mana tugasan yang dikehendaki dalam
kurikulum telah difahami, dan dikuasai oleh pelajar. Pentaksiran juga penting bagi membantu para
pendidik menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan
prestasi pelajar. Aziz (2010:8) menganggap pentaksiran untuk pembelajaran sebagai kunci kemahiran
profesional bagi guru. Mokthar (2009:14), menyatakan pentaksiran sebagai aktiviti penggenap pada
pengajaran yang dijalankan secara formal dan tidak formal. Lembaga Peperiksaan dan Kementerian
Pendidikan Malaysia (2013:2), menghuraikan konsep pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan

2
maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan
informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya
membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran harus
dilihat sebagai proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, pentaksiran
dijalankan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berterusan dan memastikan aktiviti
tersebut bertujuan untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang baik (m.s.2).
Airasian (1994) yang dipetik dalam Mokhtar (2009:26) menjelaskan konsep pentaksiran sebagai:
Some assessment is concerned with teachers carrying out their official responsibilities
as members of the school bureaucracy. Such assessment can be termed official
assessment. Decisions such grading, grouping, assessing achievement, interpreting
standardized test scores, meeting with parents, identifying pupils for special needs
placement, and making promotion recommendations are part of the official
responsibilities a teacher assumes as an employee of school system. Other assessments
are used to plan and deliver instruction. Such assessments can be termed instructional
assessment and include decisions about what will be taught, how and when it will be
taught, what materials will be used, how a lesson is progressing, and what changes in
planned activities must be made because of pupils reaction to instruction. A third kind of
assessment, sizing-up assessment, it used by teachers early in school year to determine
their pupils social, academic, and behavioural characteristics. This information allows
them to set up and maintain an effective classroom society.

Pernyataan Airasian, menegaskan peranan guru dan pendidik secara umumnya sangat penting dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai pentaksir dan pereka bentuk pentaksiran bagi mendapat keluaran
hasil yang tepat dan bermakna terhadap kebolehan pelajarnya.

Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


Pembinaan item menggunakan KBAT dalam pentaksiran berlandaskan bab 2 Visi dan Aspirasi, hlm. 5,
PPPM 2013-2015 (http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003107.pdf)
yang menerangkan bahawa salah satu atribut utama yang perlu disasarkan kepada kanak-kanak di
Malaysia untuk memenuhi keperluan abad ke-21 ialah kemahiran berfikir. Setiap murid perlu membina
kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh
menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran berfikir aras
tinggi dan kemampuan untuk melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang
pesat. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting seperti pemikiran kreatif
dan inovatif (kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau
pengetahuan baharau), pemikiran kritis dan penaakulan (keupayaan menganalisis maklumat, menjangka
masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan
akhirnya membuat keputusan), dan keupayaan belajar (keupayaan memacu pembelajaran sendiri dengan
kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat).

3
Konsep KBAT berasaskan definisi berfikir yang dikemukakan oleh para tokoh pemikir sejak
mula dikaji oleh Plato dan Aristotle. Aristotle mengatakan ciri yang membezakan manusia daripada
haiwan ialah rasionaliti, iaitu keupayaan berfikir ( Ainon & Abdullah, 1995:1). Pada abad ke-19,
pemikiran didefinisikan sebagai rangkaian idea yang berasosiasi apabila Dewey, 1921 (ms.2),
mengemukakan tesis bahawa aktiviti berfikir ialah daya usaha reorganisasi pengalaman dan tingkah laku
yang dilakukan secara sengaja. Guilford (1967) yang dipetik dalam Rosnanaini, Maimun & Mok, 2011:2,
berpendapat pemikiran merupakan satu jenis kebolehan atau keupayaan. Mayor (1977), mentafsirkan
pemikiran sebagai pengelolaan operasi-operasi mental dalam sistem kognitif dan digunakan untuk
menyelesaikan masalah (ms.2). Vincent Rejan Ruggiero (1984), pula mendefinisikan pemikiran sebagai
aktiviti mental yang digunakan untuk membentuk atau menyelesaikan masalah, dan seterusnya membuat
keputusan atau memuaskan sesuatu hasrat memperoleh jawapan (ms.2-3). Dewey, 1933 (Ainon &
Abdullah, 1995:3), sekali lagi mendefinisikan pemikiran sebagai perilaku menyelesaikan masalah.
Konsep Dewey tentang pemikiran menekankan kemungkinan manusia mula berfikir sebagai daya usaha
untuk menyesuaikan diri kepada persekitaran. Definisi Dewey tersebut dikatakan paling berpengaruh
hingga ke hari ini. Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (2013:71),
mendefinisikan kemahiran berfikir sebagai proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan, membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang
dialami. Kemahiran berfikir terdiri daripada dua peringkat pemikiran iaitu kemahiran berfikir aras rendah
(KBAR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Sebagai perbandingan antara konsep KBAR dan
KBAT, Schmalz (1973) menegaskan KBAR termasuk dalam kemahiran kognitif mengingat semula dan
kemahiran mengaplikasi konsep serta pengetahuan dalam situasi biasa dan konteks yang lazim (ms.71).
Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (2013:71), mendefinisikan
kemahiran berfikir aras tinggi dengan memetik takrifan daripada beberapa tokoh pemikir seperti
Quellmalz (1985), yang menghuraikan bahawa murid akan menggunakan KBAT seperti menganalisis,
banding beza, merumus, mentafsir, menilai dan menjana idea apabila diberikan sesuautu tugasan untuk
diselesaikan. Lewis dan Smith (1993), pula berpendapat KBAT berlaku ketika seseorang individu
menerima maklumat baharu, memproses maklumat tersebut, membuat penilaian seterusnya membuat
keputusan dan menyelesaikan masala yang bukan lazim dan seterusnya Tomei (2005), menyatakan
KBAT melibatkan kemahiran kognitif yang lebih tinggi iaitu kemahiran menganalisis, sintesis, menilai
dan menghasilkan sesuatu idea yang baharu (ms.71). Sehubungan itu, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) yang dipetik dalam Lembaga Peperiksaan dan
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013:72), mengestrak pendapat-pendapat tokoh pemikir tersebut
dengan mentakrifkan KBAT sebagai:

4
keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
dan berupaya mencipta sesuatu.

Kementerian Pendidikan Malaysia memfokuskan KBAT dalam empat aspek iaitu mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta (ms.72). Aspek mengaplikasi melibatkan kebolehan kognitif yang
menggunakan prinsip dan generalisasi tentang sesuatu terhadap suatu masalah atau situsai baharu, aspek
menganalisis pula mencerakin atau menstruktur maklumat kepada bahagian yang lebih kecil, menentukan
bagaimana bahagian struktur keseluruhan atau matlamat berkaitan antara satu sama lain sementara aspek
menilai pula merupakan keupayaan membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard melalui
pemeriksaan dan kritikan. Akhir sekali, KBAT yang teratas dalam domain kognitif yang ditambah baik
oleh Anderson ialah aspek mencipta. Aspek mencipta menyatukan elemen untuk membentuk sesuatu,
menyusun, menjana, merancang atau menghasilkan semula elemen kepada corak atau struktur yang
baharu.

Aspek Penting Pertimbangan Dalam Perekaan Bentuk Format Pentaksiran dan Pembinaan
Item KBAT

Perekaan bentuk format pentaksiran perlu mempertimbangkan beberapa perkara asas seperti kesahan,
kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan, penjaminan kualiti dan keserasian dengan kehendak kurikulum
(Lembaga Peperiksaan & Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011:3 - 4). Perekaan bentuk instrumen
pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan objektif
Sukatan Pelajaran mata pelajaran Bahasa Kadazandusun tahun 2004. Dalam Sukatan Pelajaran, tempat
yang menjadi rujukan utama dalam mengenal pasti konstruk ialah matlamat dan objektif mata pelajaran
(Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013:20).
Pembinaan item KBAT pula memerlukan pelbagai kemahiran yang dapat dikuasai melalui latihan
yang insentif dan kritikal dan juga pengalaman (ms.75). Proses ini memerlukan kreativiti kerana setiap
item yang dibina mengikut spesifikasinya mempunyai peranan tertentu dalam sesuatu ujian (ms.75). Item
yang baik harus mempunyai ciri keakuran (akur kurikulum, akur peluang dan akur spesifikasi), ketepatan
dan kejelasan serta kesesuaian. Dalam erti kata lain, item-item yang digubal perlu akur akan kurikulum,
akur akan peluang, akur akan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasar, aras
kesukaran, konteks dan situasi. Hanya item berkualiti sahaja dipilih untuk dimuatkan ke dalam bentuk
ujian atau peperiksaan. Item-item yang dipilih mestilah benar-benar dapat mengukur darjah pencapian
satu-satu objektif pembelajaran dan pengajaran. Menurut pakar pendidikan, Dato Prof. Dr. Abu Bakar
Nordin dan Prof. Madya Dr. Bhasah Hj. Abu Bakar (Abu Bakar & Bhasah, 2008:300), untuk memastikan
pembina berjaya memilih item untuk membina satu ujian yang berkualiti, pembina haruslah dapat

5
mengadakan sekurang-kurangnya dua kali ganda bilangan item yang berpotensi yang akan digunakan
pada ujian sebenarnya. Setiap item mestilah disemak agar item-item berkenaan sepadan dengan objektif
yang disediakan, itemnya tidak mengelirukan pelajar, mudah ditadbir oleh pegawai-pegawai yang
menjalankan pra ujian, dan item-item berkenaan mestilah pada aras fidelity (ketepatan) yang bersesuaian.
Dalam pentaksiran Bahasa Kadazandusun, kandungan instrumen pentaksirannya harus
mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan adab atau nilai yang diperolehi dalam pendidikan
mata pelajaran ini seperti yang dihasratkan oleh kurikulum. Justeru, bagi memudahkan guru menentukan
kandungan yang telah dipelajar untuk ditaksir, satu jadual spesifikasi ujian (JSU) hendaklah disediakan.
JSU membantu guru mengorganisasi idea atau objektif kurikulum supaya dapat dilihat secara dekat
tentang kandungan yang perlu diuji (ms.297). Di bawah ini ditunjukkan JSU Bahasa Kadazandusun SPM
sebagai cadangan dan panduan membina item-item KBAT.

Jadual 1: Jadual Spesifikasi Ujian - Bahasa Kadazandusun


Kemahiran
Konteks Pengetahuan Membaca Kemahiran Nilai Jumlah Aras
Sistem
Bahasa dan Memahami Menulis Estetika Kesukaran
Aras Kesukaran R S T R S T R S T R S T
Bahagian A
MORFOLOGI -Tatasusila
1. Boros Ngaran 2 -Kreatif
-Keyakinan
2. Boros Maan 1 1 diri
3. Boros Ula 2 -dan lain-lain
4. Boros Toguangon (diterapkan
5. Boros Nosugku dalam item
6. Bontuk Mintotoiso dan skema
7. Bontuk Misompuru pemarkahan)
8. Bontuk Misaup
9. Pananda Wacana
10. Partikol
11. Tanda Basa
12. Kopomoroitan Ginumu
SINTAKSIS
1. Frasa 2 2
2. Klausa
3. Kapamansayan Ayat 2 2
4. Nuludan Ayat
PERIBAHASA 3
Bahagian B

6
PEMAHAMAN
1. Prosa 2 3 1
2. Hiis
Bahagian C
RINGKASAN 1
Bahagian D
KARANGAN 5

Bilangan: Rendah (R) 7 2 9


Sederhana (S) 8 3 11
Tinggi (T) 2 1 6 9

Peratus : Rendah 31
Sederhana 38
Tinggi 31

Penggunaan Kognitif Bloom amat penting bagi pihak berkenaan untuk memahami objektif
pelajaran seperti pembentuk kurikulum, penilai pelajaran, guru, pemeriksa, ibu bapa dan masyarakat
seluruhnya (Abu Bakar & Bhasah, 2008:50). Pemahaman tentang tahap koginitif Bloom juga amat
penting kepada guru dan penggubal item SPM dalam menyediakan item dalam peperiksaan dan ujian
bagi membezakan aras kesukaran soalan yang dibina sama ada soalan objektif atau subjektif. Hal ini
penting untuk memastikan taburan aras kesukaran adalah tepat dan adil kepada setiap pelajar (saharuddin-
abdullah.blogspot.com/2011/02/jadual-spesifikasi-ujian...). Gelombang 1 (2013-2015) dalam PPPM
2013-2025 memberikan tumpuan kepada pelaksanaan program peningkatan sistem pendidikan dan
menyekat kemerosotan lebih teruk dalam pencapaian pendidikan. Justeru, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah melaksanakan inisiatif dalam bidang khusus mereka bentuk semula soalan peperiksaan
supaya lebih banyak soalan menjurus kepada kemahiran berfikir aras tinggi iaitu menjelang 2016, soalan
yang mengukur pemikiran aras tinggi akan membentuk 50% soalan bagi mata pelajaran elektif SPM
(2013:223). Selaras dengan hasrat kementerian tersebut, Lembaga Peperiksaan menggunakan nisbah aras
kesukaran 3:4:3 iaitu bagi setiap 10 soalan, perlu mempunyai 3 item beraras rendah, 4 item beraras
sederhana dan 3 item beraras tinggi. Ini agak berbeza dengan nisbah aras kesukaran sebelumnya iaitu
nisbah 5:3:2.
Cadangan penulisan item KBAT ini bukan sahaja berasaskan terminologi asal dalam taksonomi
kognitif Bloom malah membuat beberapa penambahbaikan penting daripada taksonomi Anderson.
Berikut ditunjukkan rajah penambahbaikan yang dilakukan oleh Lorin Anderson:

7
Rajah 1: Penambahbaikan Domain Kognitif oleh Lorin Anderson

Terminologi Asal Terminologi Baharu


(Kata Nama) (Kata Kerja)
Penilaian Mencipta
Sintesis Menilai
Analisis Menganalisis
Aplikasi Mengaplikasi
Kefahaman Memahami
Pengetahuan Mengingat

(Diubahsuai daripada Lembaga Peperiksaan & Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013:31)

Cadangan dan Contoh Item Bahasa Kadazandusun SPM

Jadual 2: Bahagian A - Item Morfologi - Menulis Ayat

1. Ponuat ayat momoguno boros id siriba i popokito do karati om koilo ko kopomogunoon dau.

i. akan
ii. koruhang
iii. ginumu
iv. pupuan
v. sangkataaman
vi. mihad-ihad
[12 marka]

KONSTRUK Mengaplikasi (Menulis ayat)


KONTEKS Pengetahuan Sistem Bahasa - Morfologi
ARAS KESUKARAN Rendah (i,ii,iii,iv,vi) & Sederhana (v)
KBAR/KBAT KBAR
KATEGORI
ITEM Sekurang-kurangnya pelajar lemah dapat membina enam ayat
JUSTIFIKASI tunggal

Jadual 3: Bahagian A - Item Sintaksis - Mengenal Pasti Frasa Yang Tepat Untuk Menggantikan Frasa
Yang Salah & Memeriksa Kesalahan Istilah dan Membetulkannya

2. (a) Koinsanai frasa ginorisan id siriba nopo nga au pointopot. Potopoto frasa dilo.

i. Sumimpurugu po hulu ku soira nakawaya lobong do hilo Hamadon di okurout tomod.


ii. Mimbobok po mihad i Mary kokito dilo tanak duku dau gusaon do patu gisom do kodungur.
iii. Okito ku i tina di Akang poirikau id solui dompuran paarab do takano paakan di manuk dau di minsosodop
konihab.
iv. Muli ko nopo ndo, nga kada soroho pataran do daging manuk hilo id kadai di Chuan Seng, kaa di tina ku
minonolipun doho daamot ku mangamot-kamot do muli.

8
[4 marka]
2. (b) Kiwaa kasalaan do boros id ayat id siriba. Insimoto om posuato kawagu boros di pointopot.

i. Alapon toinsanan komulakan do mumbaya piboian sipoot i pohoroon ontok karamayan tadau kaamatan id
watas Ranau.
ii. Pakalaja i John sabaagi monginginsada id Upisol Pomogompian Sada Waig Aanau id watas Kota Marudu di
walu toun di nakatalib.
iii. Sontangkus-tangkus po i tangaanak id kopuruan daamot moginakan o hilo walai maman Kihoi di minggu
nakatalib sabap apatau om agayo tomod o koliwanan do walai disio.
iv. Kada diu popinsilingo ino watu hino pononsiba tu maan tokou pasasado hilo ralan di nokubangan, kaa
di tina ku nga aiso mokinongu dilo tangaanak di taka ku.
[8 marka]

Memahami (Mengenal pasti kesalahan frasa & membetulkannya


(2a), Menganalisis (Memeriksa kesalahan istilah dan
KONSTRUK membetulkannya (2b)
KONTEKS Pengetahuan Sistem Bahasa - Sintaksis
(2a) Rendah (ii, iv), Sederhana (i,iii) / (2b) Sederhana (i,iii) &
ARAS KESUKARAN Tinggi (ii,iv)
KBAR/KBAT KBAR /KBAT
KATEGORI Sekurang-kurangnya pelajar lemah dapat menjawab dua soalan pada
ITEM bahagian (2a) dan mengenal pasti dua kesalahan istilah dan
JUSTIFIKASI membetulkan satu istilah (2b).

Jadual 3: Bahagian A - Item Peribahasa - Mengenal Pasti Peribahasa Dan Menerangkan Maksudnya

3. Basao kotob teks id siriba, insimoto tolu tukadan om onuai rati di kosudong.

I Poinuun om i Poundapu nopo nga tulun mikoruhang di abagos tomod do kumalaja tu tikid tadau momoruluk
busul tandaha mongoi pomutung do gata. Gata nopo diolo di katatanom nga otunda tomod sabap osogit tonggom.
Muli nopo yolo soira monguni tongil. Roroyohon no yolo tulun kampung gisom do nadadi poomitanan tavasi
sabaagi mongingindapu.

(i) ..
(ii) ..
(iii)
[6 marka]

KONSTRUK Memahami (Mengenal pasti peribahasa dan menerangkan ertinya)


KONTEKS Pengetahuan Sistem Bahasa - Peribahasa
ARAS KESUKARAN Sederhana
KBAR/KBAT KBAR
KATEGORI
ITEM Sekurang-kurangnya pelajar lemah dapat mengenal pasti dua
JUSTIFIKASI peribahasa dan memberikan satu maknanya dengan tepat

9
Jadual 4: Bahagian B- Item Prosa Klasik - Mengecam, Mentafsir, Memeriksa, Dan Menilai Kandungan
Teks

Basao tangon id siriba om onuai sisimbar toinsanan o pongudiaan sumusuhut miampai momoguno ayat
sondii.

I nopo di laid po, nga haro songulun tanak wagu pinungaranan do Yanakanak. Yanakanak nopo nga aparu
momukasip. Nongoi dau pataano i kasip do hiri puru id somok do tionon dau. Mogisuusuai po kosulung do kasip di
Yanakanak miagal ko tombolog, borud, om bosing. Tikid tadau ngoyon di Yanakanak susuyo i kasip nga haro
kasaai o kosulung sundung pia amu ogumu.
Insan tadau, ongoi no i Yanakanak ponusui di kasip dau. Nokotigoo tomod i Yanakanak tu aiso tiiso
kisulung di kasip. Osuayan tomod yau aiso sulung di kasip tu i nopo i kasip nga nangawakas no.
Isai ma oporian tomod mooi panganu sulung diti kasip ku? ka di Yanakanak.
Koduo om kotolu tadau, ngoyo kawagu di Yanakanak susuyo i kasip dau. Nokito dau do nangawakas i
kasip dau nga amu kisulung.
Isai nodii kopio minongongoi sulung diti kasip ku? ka di Yanakanak do otogod nodii yau. Pouliai no di
Yanakanak hiri walai dau. Pangasa no yau di dangol gisom do atarom tomod.
Kosuabon dii, amu po nokoimbulai i tadau, pamanau no Yanakanak minongoi ponusui di kasip dau.
Mantad id sodu po, okito di Yanakanak o kiwot po di Rogon Gayo popikulapai-kulapai di sulung do hiri basung dau.
Atuk, om ika pama minongongoi dino sulung do kasip ku dii oi Ogon Gayo, nga kada po dika, kaka di
Yanakanak do minitilombus do minuli. Piasa-asai kawagu di Yanakanak i dangol gisom do molong-kolong po
kotoromon. Insan nopo potibaso di puun do kayu nga ongopayus nopo i kayu. I tandus nga naasa nogi di
Yanakanak gisom do atarom tomod.
Kosuabai dii, kumoingapat nogi di manuk do moningkukuuk nga pamanau no i Yanakanak minongoi
ponusui di kasip dau. Kokosupai no di Yanakanak i Rogon Gayo do maso manganu di sulung do kasip.
Ika i pama munsamang tomod dino sulung do kasip ku oi Ogon Gayo, kada po dika! kaka di Yanakanak
minomogunut do tobuk dau. Paakangon nogi di Yanakanak i dangol do hiri tulu di Rogon Gayo nga boros-boros
kaka i Rogon Gayo, Atukoi, Yanakanak, kada oku po dika patayo! Mongoi kito po hilo walai ku om mamalasu kito
po di sulung diti kasip nu om mibai kito do makan.

Naanu mantad Manuskrip Tinimungan Tangon Tinaru Kadazandusun nulud di


Minah Sintian & Rosliah Kiting.

1. Nunu rati do nangawakas?


[1 marka]
2. Intutunai tadau kopiro do noilaan kopio di Yanakanak do minongongoi sulung do kasip dau nopo
nga i Rogon Gayo.
[2 marka]
3. Pointalango tanda do atarom tomod i dangol di Yanakanak.
[2 marka]
4. Suai ko momoguno do kasip, poboroso nunu kawagu kakamot mokidupot dounguugulu mantad
tinaru tokou di oilaan dikoyu? Pointalango mantad nunu iri winonsoi?
[2 marka]
5. Suai ko aparu, toinuo kawagu duo woyo toluud di Yanakanak maya kotob teks id kawas.
[4 marka]
6. Nung tumumboyo i Yanakanak di Rogon Gayo mongoi hilo id walai dau, maya pomusarahan nu
sondii, posoguo nunu aantakan soira korikot do hilo.
[4 marka]

10
Memahami (menerangkan, kenal pasti), Mengingati & Memahami
(nyatakan, menerangkan), Menganalisis (periksa), Menilai
KONSTRUK (mencadangkan)
KONTEKS Kemahiran Membaca dan Memahami - Petikan Prosa Klasik
ARAS KESUKARAN Rendah (1,4), Sederhana (2,3,5), Tinggi (6)
KBAR/KBAT KBAR / KBAT
KATEGORI
Sekurang-kurangnya pelajar lemah dapat menjawab soalan 1- 4
ITEM
JUSTIFIKASI dengan tepat

Jadual 5: Bahagian C - Item Ringkasan - Mengenal Pasti, Membezakan, Memilih Dan Menghasilkan
Ringkasan

Basao teks id siriba om ponuat do iso pogintigasan kokomoi do korutumon i aanu soira sumunsung do
kadaaton. Ninaru pogintigasan nopo nga id piolitan 80-100 patod boros. Milo ko nogi momoguno boros sondii
nga au popoundaliu di rati id suang do teks.

Tinaru Kadazan Dusun di guugulu nopo nga mamantang tomod do kadaaton. Kadaaton nopo nga kirati do
korutumon. Haro piipiro tanda kadaaton di au obuli sunsungon. Tanda nopo diti nga okito maya songgongi toi ko
tayam id gouton. Kiwaa piipiro kadaaton di pantangon tulun guugulu miagal ko kadaat do lontugi id ralan. Kalasu-
lasu i lontugi do totonomon nung mananom do kinotuan miagal ko rumiou toi ko kotopon do songgongi. Nung
koruba lontugi, mositi no do pogulian id walai. Ingkaa nogi nung kokunama gonsuri dumarapas do ralan. Korugus i
tayam diti do totonomon soira sumunsung.
Tuni gonsuri di monorisit om lohok do paus nga apagon tomod o kadaaton sokiro mongoi panganu suduon
tu kosorob do lamin. Ingkaa nogi soira mongoi posondot i tulun do asil dumoon miagal ko sigup, om losun hilo id
kakadayan Tamparuli, Tuaran, om Sosondoton Inanam, nung kotimbaba yolo do kadaaton, au no yolo milo
tumilombus mamanau. Modosi kaka kaanu korutumon tawagat miagal ko apatai, om otipuan do gakod. Laang nopo
wonsoyon diolo nga mundorong om modop do hiri tanga ralan ontok sodop dii toi ko pogulian nung au no osodu i
kinaantakan. Nung sumunsung nga modosi do otinduk tulanut toi ko akanon do bakas om rimau id tindalanon.
Sokiro nopo nokorikot no yolo hiri id dumoon om masaan diolo do kumalaja miagal ko morobuat, om
sigog i nokorongou tuni tombolog nahagan, tombolog longkug, toi tuni paus nga mositi do mundorong kumalaja.
Nung sumunsung yolo di kakadaaton, otumbayaan yolo do rumiou i totonomon diolo. Suai ko totonomon, haro
nogi kotumbayaan do tumanus i kohoro-horoon toi ko haro apatai tulun di koupuson diolo. Kalasu-lasu kopio soira
korongou tuni tombolog dilo nung au no pantangon.
Kogumuan tulun Kadazan Dusun mongoi suang id talun mogihum do kayu mangan do waalon, toi gunoon
do siduon. Ogumu kadaaton loolobi po id kopuruan di apatut tomod do pantangon. Nung kokito pungit sontulud-
tulud pitangaadau daamot mongingkayu nga mositi no mundorong om tumingkod. Otumbayaan yolo do kaanu
kinaantakan au ongosogit-sogit i mongingion id suang lamin diri. Kinaantakan nopo di lobi apangkal nga osorob i
lamin di winonsoi momoguno kakamot di naanu ontok haro kakadaaton om au pinantang.

Naanu om pinudali mantad kalatas kalaja Kadaaton Tinaru Kadazandusun: Koubasanan Om


Kotumbayaan Di Mongowit Korutumon?, sinuat di Minah Sintian, CD Prosiding Seminar Bahasa
Kadazandusun 2013.
Memahami (kenal pasti), Menganalisis (periksa, membezakan),
KONSTRUK Menilai ( memilih), Mencipta (hasilkan, tulis)
KONTEKS Kemahiran Membaca, Memahami dan Menulis - Petikan Umum
ARAS KESUKARAN Tinggi
KBAR/KBAT KBAT
KATEGORI Sekurang-kurangnya pelajar lemah dapat mengenal pasti arahan
ITEM soalan dan menulis ringkasan menggunakan ayat bercampur sebanyak
JUSTIFIKASI 80 patah perkataan

11
Jadual 6: Bahagian D - Item Karangan - Merancang, Menghasilkan dan Menulis Karangan

Ponuat karangan kokomoi iso (1) mantad limo pongudiaan id siriba. Ninaru nopo karangan nga mositi kolobi do
200 patod boros.

1. Pagadatan Tinaru Kadazan Dusun.

2. Tikid tadau ogumu tulun kohompit id koligaganan talun-alun loolobi po soira maanandak tadau karamayan.
Ponuat iso rencana kokomoi tadon koligaganan om laang kosudong montok mongilag do koligaganan diti.

3. Ika nopo nga songulun tanak sikul i susumakai kasari do baas sikul. Ogumu kobolingkaangan i okito nu dasom
do momoguno baas diri. Ponuat iso surat kumpilin kumaa di sanganu syarikat baas kokomoi kobolingkaangan
dii. Ponuat nogi piipiro suul do monolibamban kobolingkaangan dii.

4. Tinaru Kadazan Dusun nopo nga kakal po mogipaapantang sopikotulun. Kotumboyo ko nangku diti? Onuai
kotolinahasan di kosudong.

5. Pomonsoi iso susuyan miampai momoguno ayat kolimpupuson id siriba:


...Mantad tadau dii, mimparagat nodii i Henry mongoi sikul.

KONSTRUK Mencipta (merancang, menghasilkan dan menulis)


Kemahiran Menulis Karangan - Soalan 1 boleh berbentuk apa-
apa jenis karangan berformat dan tidak berformat,
karangan berformat (rencana (2) & surat kiriman rasmi (3),
tidak berformat (hujah setuju atau tidak setuju (4) & menulis
KONTEKS naratif menggunakan ayat akhir yang telah ditentukan (5)
ARAS KESUKARAN Tinggi
KBAR/KBAT KBAT
KATEGORI Sekurang-kurangnya pelajar lemah dapat menyatakan tiga isi
ITEM beserta dengan ayat huraian mudah dan ayat contoh sebanyak
JUSTIFIKASI 200 patah perkataan

Kesimpulan

Pentaksir merangkap pembina item haruslah memahami dan menguasai objektif kurikulum yang
diajarnya kerana objektif adalah asas bagi pemilihan bahan-bahan, isi kandungan, kaedah, perjalanan
pengajaran dan pembelajaran dan ujian ke atas pelajar-pelajar (Abu Bakar & Bhasah, 2008: 37). Pembina
item Bahasa Kadazandusun peringkat SPM perlu peka berkaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar
tentang bahasa kerana pelajar terdiri daripada penutur pelbagai dialek. Catatan Kadazandusun Cultural
Association (KDCA) menunjukkan bahawa terdapat 40 subetnik Kadazandusun di negeri Sabah
(http://kdca,org.my/). Selain itu, guru-guru yang menjadi penggubal item juga bukan terdiri daripada
opsyen Bahasa Kadazandusun. Kajian Minah & Norazimah (2013:32-35), mendapati 70 orang responden
guru Bahasa Kadazandusun yang mengajar di sekolah menengah negeri Sabah adalah daripada guru

12
pelbagai opsyen. Kajian mendapati majoriti opsyen responden semasa di institusi pengajian tinggi ialah
Bahasa Melayu ataupun Pengajian Melayu sebanyak 28.57% (20 orang), Bahasa Inggeris ataupun TESL
sebanyak 14.29% (10 orang), Ekonomi sebanyak 14.29% (7 orang), Sejarah 8.57% (6 orang) dan diikuti
Matematik dan Pendidikan Jasmani Kesihatan masing-masing sebanyak 5.71% (4 orang). Responden juga
mengemukakan beberapa masalah semasa pengajaran dan pembelajaran iaitu 21.43 % (15 orang)
mengatakan bahawa mereka kurang memahami perkataan atau dialek setempat dan kepelbagaian dialek
daerah menyukarkan pilihan istilah yang betul untuk digunakan. Deklarasi penggunaan dialek
Bunduliwan sebagai bahasa standard bagi pelbagai etnik Kadazandusunik dan Paitanik masih
mengizinkan dialek-dialek lain digunakan sebagai pengayaan bahasa (SJDisimon, 2009). Sehubung itu,
istilah-istilah yang diguna pakai dalam konstruk item perlu didedahkan kepada para pelajar bagi
menjamin kesahan item.

Rujukan

Abu Bakar Nordin & Bhasah Abu Bakar (2008). Pentaksiran dalam Pendidikan & Sains Sosial. Tanjong
Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ainon & Abdullah (1995). Kursus Berfikir Tinggi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.Sdn
Bhd.

Aziz Ahmad (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Puralan Boros


Kadazandusun id Sikul. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Lembaga Peperiksaan & Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi. Putrajaya: Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lembaga Peperiksaan & Kementerian Pendidikan Malaysia (2011). Format Pentaksiran Bahasa
Kadazandusun. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Minah Sintian (2013). Kadaaton Tinaru Kadazandusun: Koubasanan Om Kotumbayaan Di Mongowit


Korutumon? Dalam CD Prosiding Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan
Kadazandusun 11 Julai 2013. Kiulu: SMK Tun Fuad Stephens.

Minah Sintian dan Norazimah Zakariah (2013). Penggunaan Aspek Tatabahasa Kadazandusun: Kajian
Terhadap Guru Kadazandusun Sekolah Menengah di Sabah. Geran Penyelidikan Universiti
2011- 0030-107-01. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mokhtar Ismail (2009). Pentaksiran Pendidikan (edisi kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

13
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (t.t). Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Minah Sintian & Rosliah Kiting (eds.). Tinimungan Tangon Tinaru Kadazandusun / Himpunan Cerita
Kadazan Dusun (manuskrip yang belum diterbitkan).

Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz & Mok Soon Sang (2011). Kemahiran Berfikir. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Internet

A Model of Learning Objectives - Iowa State University. Diperolehi pada Ogos 31, 2014 daripada
www.celt.iastate.edu/pdfs-docs/teaching/RevisedBloomsHandout.pdf

SJDisimon (2009). Kadazandusun Language. Diperolehi pada Julai 1, 2013 daripada


kadazansocietysabah.blogspot.com

Diperolehi pada Ogos 31, 2014 daripada saharuddin-abdullah.blogspot.com/2011/02/jadual-spesifikasi-


ujian...

Diperolehi pada Ogos 31, 2014 daripada http://kdca,org.my/

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Diperolehi pada Ogos 28, 2014 daripada
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003107.pdf

14

Anda mungkin juga menyukai