Anda di halaman 1dari 1

Cari maksud peribahasa dibawah.

1. Bagai cincin dengan permata


Jodoh yang sesuai atau secocok.

2. Bagaimana acuan begitulah kuihnya


Perangai atau sifat anak yang serupa seperti ibu bapanya

3. Dengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan


Melepaskan apa yang ada semata-mata hendak mengejar keuntungan yang lebih
besar, tetapi akhirnya mengalami kerugian.

4. Bagai lintah menghisap darah


Mengenakan bunga yang terlalu mahal pada wang hutang.
2.Tipu daya yang lemah lembut, tanpa disedari.

5. Nasi sudah menjadi bubur


Keadaan atau kejadian yang tidak boleh diubah lagi.

6. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan


orang yang berasa besar hati apabila mendapat sesuatu.

7. Bagai murai dicabut ekor


Orang yang banyak bercakap

8. Bagai katak di bawah tempurung


1.Orang yang terhad ilmu pengetahuannya dan tidak tahu hal yang berlaku di sekelilingnya.
2. Orang yang tidak mahu menerima pembaharuan ataupun perubahan ataupun ilmu yang baru.

9. Kaki ayam
Tidak memakai kasut

Anda mungkin juga menyukai