Anda di halaman 1dari 53

SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU

TINGKATAN 4 DAN 5

1. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan (pepatah)


Maksud : Jika ada azam kita akan memperoleh kejayaan

2. Lintah darat (simpulan bahasa)


Maksud : peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi

3. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh (ungkapan semasa)


Maksud : Jika kita sepakat kita akan menjadi kuat, jika kita tidak
sepakat kita akan menjadi lemah

4. Bagai aur dengan tebing (perumpamaan)


Maksud : Hubungan yang rapat antara satu sama lain dan saling
membantu

5. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik
negeri sendiri (pepatah)
Maksud : Walaupun terdapat kelebihan di negara orang, negeri sendiri
tetap lebih baik lagi

6. Jauh perjalanan luas pengalaman (pepatah)


Maksud : Banyak mengembara fikiran akan menjadi luas

7. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (pepatah)


Maksud : Mengalami susah senang bersama-sama

8. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah (pepatah)


Maksud : Pengagihan yang sama banyak

9. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni (bidalan)


Maksud : Sama-sama bersusah dan bersenang

10. Kacang lupakan kulit (simpulan bahasa)


Maksud : Tidak mengenang budi/lupa akan asal usul
11. Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung (pepatah)
Maksud : kita seharusnya mengikut adat dan peraturan di tempat kita
tinggal/Taat setia pada negara tempat kita tinggal

12. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau


menguak (bidalan)
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

13. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua (perumpamaan)


Maksud : Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang
lain yang menerima akibatnya

14. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian


Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemujdian(pepatah)
Maksud : Kesenangan datang selepas menempuh kesusahan.

15. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya (pepatah)


Maksud : jika kita membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak
bersungguh-sungguh, sudah pasti kita tidak akan mendapat hasilnya

16. Rajin dan usaha tangga kejayaan (ungkapan bahasa)


Maksud : Orang yang rajin berusaha pasti akan berjaya

17. Peluang keemasan (simpulan bahasa)


Maksud : Peluang yang paling baik

18. Yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak datang
melayang (pepatah)
Maksud : Sesuatu kejayaan itu tidak akan datang dengan mudah tanpa
berusaha

19. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit (bidalan)


Maksud : Sesuatu kejayaan berpunca daripada usaha secara kecil-
kecilan dan akhirnya menjadi besar dan mencapai apa-apa yang dihajati
20. Bak cendawan tumbuh selepas hujan (perumpamaan)
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa

21. Memerah otak (simpulan bahasa)


Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh

22. Mencari jalan (simpulan bahasa)


Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara/Berusaha dengan
menggunakan akal untuk mengatasi sesuatu masalah

23. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat (pepatah)
Maksud : kata sepakat yang dicapai melalui mesyuarat

24. Biar mati anak, jangan mati adat (bidalan)


Maksud : orang kuat berpegang pada adat

25. Meninggi diri:


Maksud: sombong

26. Sediakan payung sebelum hujan (bidalan)


Maksud : Beringat-ingat sebelum ditimpa kesusahan

27. Darah daging (simpulan bahasa)


Maksud : anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri

28. Bermuka dua


Maksud: tidak jujur

29. Baik hati


Maksud: bersikap baik dan penyayang

30. Tulang belakang


Maksud: Punca kekuatan/orang harapan

31. Genggam bara api biar sampai jadi arang


Maksud: Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar sehingga
mencapai kejayaan

32. Tangan kosong


Maksud: Hampa

33. Melentur buluh biarlah dari rebungnya


Maksud: Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi

34. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi


Maksud: dua orang yang sama darjatnya dalam adat

35. Seperti lembu dicucuk hidung


Maksud: orang yang selalu mengikut kemahuan orang lain
36. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala yang dikehendaki sudah diperoleh

37. Terang hati


Maksud: lekas pandai

38. Rendah hati


Maksud: tidak meninggi diri

39. Murah hati


Maksud: pemurah

40. Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas
Adat atau sesuatu yang tidak berubah, tetapi tetap utuh

41. Anak dagang


Maksud: orang yang berhijrah ke tempat lain

42. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai


Maksud: kalau takut menanggung kesusahan janganlah melakukan
kerja yang susah

43. Indah khabar daripada rupa


Maksud: perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan

44. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud: Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi
yang ada di tangan hilang pula

45. Berbesar hati


Maksud: gembira

46. Anak buah


Maksud: anak saudara atau pekerja di bawah jagaan kita

47. Tuan rumah


Maksud: tempat berlangsungnya sesuatu acara

48. Yang lama dikelek, yang baharu didukung


Maksud: Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup
yang baharu

49. Batu penghalang


Maksud: Rintangan atau halangan

50. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan


Maksud: Orang lelaki yang merisik bakal isterinya (dalam Adat Pepatih)
9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

30. bagai ikan pulang ke lubuk


Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.
b. Kehidupan yang senang.
1. Air beriak tanda tak dalam
Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

2. Alang-alang berminyak biar licin


Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

3. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan


Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.

4. Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan


Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan
orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

5. Bagai air mencari jenisnya


Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak
mengenal jerih payah.

6. Bagai ayam disambar helang


Mati tanpa sakit.

7. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan


Terlalu banyak pada sesuatu masa.

8. Bagai cincin dengan permata


Pasangan pengantin yang sepadan.

9. Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu


Hidup dalam kemelaratan. (Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.)

10. Bagai layang-layang putus tali


Tiada berpedoman. Sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.

11. Bagai menatang minyak yang penuh


Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

12. Bagai murai dicabut ekor


Orang yang suka bercakap.
13. Bagai minyak dengan air
Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.

14. Bagai pucuk dilancarkan


Amat cepat

15. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya


Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.

16. Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang


Tidak sombong; rendah diri.

17. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar


Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.

18. Belum duduk sudah berlunjur


Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih
dulu.

19. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul


Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan
itu pada orang yang menanggungnya.

20. Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak


Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.

21. Bagai murai dicabut ekor


Orang yang suka bercakap.

22. Biar mati anak jangan mati adat


Adat yang tidak boleh dilanggar

23. Biar putih tulang jangan putih mata


Lebih baik mati daripada menanggung malu.

24. Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga


Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan,
akhirnya akan berbaik semula.

25. Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat


Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

26. Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh


Memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan.

27. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan


Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.

28. Genggam bara api biar sampai jadi arang


Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai
kejayaannya.

29. Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama


Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. Setiap
manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.

30. Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.

31. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih


Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

32. Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung


Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.

Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis itu ibarat burung,mata terlepas badan
terkurung.

33. Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang
begitu sahaja..

34. Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah


Tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi - Setiap kejadian
meninggalkan kesan..

35. Kalau tiada rotan akar pun berguna


Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa
yang ada.

36. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya


Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha.

37. Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang


Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

38. Perempuan serasan, lelaki pemalu


Pegangan hidup yang tidak serupa.

39. Sebagai gembala diberi keris


Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna.

40. Sekali membuka pura, dua tiga hilang berbayar


Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.

41. Semacam besar pacak daripada tiang


Belanja lebih besar daripada pendapatan.

42. Seperti air dalam dulang


Negeri yang aman sentosa.

43. Seperti api di dalam sekam


Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari.

44. Seperti aur dengan tebing


Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu

Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur dengan
tebing..

45. Seperti aur ditarik songsang


Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.

46. Seperti embun dihujung rumput


Tidak kekal.

47. Seperti harimau menyembunyikan kukunya


Orang yang menyembunyikan kelebihannya.

48. Seperti hujan jatuh ke pasir


Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia.

49. Seperti lintah menghisap darah


Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.

50. Seperti lipas kudung


Selalu bergerak dengan cepat.

51. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya


Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
52. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
Terlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu
yang sudah dimiliki.

Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat
dan padat.
Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut :

Simpulan Bahasa Maksudnya


ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau
memiliki sesuatu
air muka rupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan
alas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan
yang mengenyangkan
anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapa anak yang disayangi oleh bapa
anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emas anak yang disayangi oleh ibubapa atau ketuanya
angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas angin negara-negara di sebelah barat
atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulut orang yang banyak cakap
batu api orang yang suka menghasut
batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh
bawah angin negara-negara di sebelah timur
bekas tangan hasil kerja tangan seseorang
beralih akal berubah fikiran atau pendapat
beralih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hati enggan; malas
berat mulut pendiam dan tidak suka bercakap banyak
berat tulang orang yang malas bekerja
berat sebelah tidak berlaku adil
berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan
berhati batu degil dan sukar menerima nasihat
berhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka dua tidak jujur
bertikam lidah bertengkar ; berdebat
besar hati bergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hati orang yang dikasihi atau dipuja
buah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
buah tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hati bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim ; kejam
cahaya mata anak
cakar ayam tulisan yang buruk
campur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalan berusaha atau ikhtiar melakukan sesuatu
cepat tangan suka mencuri
dalam tangan sudah pasti diperoleh
darah daging anak kandung
durian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji buta mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap mata hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga diri maruah atau kehormatan seseorang
harga mati harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batu degil atau keras hati
hidung tinggi sombong atau tinggi diri
hilang akal tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perut menahan lapar kerana berjimat
iri hati menyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hati perasaan dalam hati
jalan buntu tidak ada jalan penyelesaian
kacang hantu orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayam tidak berkasut atau berselipar
kaki bangku tidak berkebolehan bermain bola
kaki botol suka minum minuman keras
kecil hati berasa tersinggung atau merajuk
kepala angin perangai yang tidak menentu
kepala batu degil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbang orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar angin berita yang belum tentu benarnya
langkah kanan bernasib baik
langkah seribu cepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabang kata-kata yang tidak boleh dipercayai
lipas kudung cepat membuat kerja
lintah darat mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan angin bersiar-siar untuk berehat
makan suap menerima rasuah
malu-malu kucing berpura-pura malu di hadapan orang
mandi peluh bekerja kuat
mati katak mati dengan sia-sia
membabi buta melakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diri tahu menjaga diri
membuka jalan memberi laluan kepada orang lain
membuka tembelang menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otak terlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diri tidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalan berusaha melakukan sesuatu
mencuci mata gembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hati lucu; menggelikan hati
mengabui mata cuba memperdaya; menipu
mengadu domba memperlagakan seseorang untuk memecah belahkan persahabatan dan
sebagainya
mengambil angin bersiar-siar untuk berehat
mengambil berat memberi sepenuh perhatian
mengambil hati dapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakat latihan untuk mengembangkan bakat
muka tembok tidak berasa malu
mulut murai kuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayan tidak dapat menyimpan rahsia
murah hati suka menderma, tidak kedekut
naik angin terlalu marah
nyawa-nyawa ikan hampir-hampir mati
orang atasan orang yang berpangkat tinggi
otak cair pintar atau bijak
otak kering kurang siuman
otak udang bebal atau bodoh
paku belanda barangan yang tetap harga
panas hati meradang atau marah
panjang tangan suka mencuri
pasang telinga mendengar dengan teliti
pekak badak kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
pembasuh mulut makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulut pertengkaran
pilih kasih memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukur perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilin tidak tahan terkena panas matahari
putih hati ikhlas; jujur
putih mata mengalami kekecewaan
rabun ayam penglihatan kurang jelas
rambang mata sukar membuat pilihan
ringan tangan suka membuat kerja; menolong orang
sampai hati tergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarang membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbuka menyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jering orang yang kedekut
tawar hati tidak mempunyai minat lagi
tebal muka tidak tahu malu
telinga kuali tahan hati menerima kemarahan
telinga lintah tajam pendengaran
telinga nipis cepat marah atau meradang
terang hati mudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayam tidur yang tidak nyenyak
tin kosong bercakap besar tanpa ilmu
titik peluh hasil usaha yang bersungguh-sungguh

Definasi- merupakan rangkai kata yang digunakan untuk melambangkan tentang sesuatu kepada
seseorang. Ia adalah merupakan kata-kata yang digunakan secara berhemah walaupun sebenarnya adalah
sindiran untuk menyedarkan dan menasihati seseorang.

Diantara peribahasa dan maknanya;


CARA MUDAH UNTUK MENULIS KARANGAN
Gunakan teknik DiKeMaSeN untuk soalan punca, kesan atau langkah.
Di = Diri sendiri
Ke = Keluarga
Ma = Masyarakat
Se = Sekolah
N = Negara / Kerajaan

A) DIRI SENDIRI

i. PUNCA:

• Isi-isi kecil:
1. menghadapi tekanan hidup akibat kemiskinan/kekurangan kasih sayang
2. untuk memanifestasikan sifat kejantanan dan kejaguhan
3. tidak mempraktikkan ajaran agama kerana berpendapat bahawa ajaran agama adalah jumud
dan sudah ketinggalan zaman
4. suka bertindak tanpa berfikir
5. tidak mahu mendengar nasihat
6. didorong oleh nafsu /perasaan ingin tahu/ingin cuba
• Frasa/ungkapan menarik:
1. mencurah air di daun keladi
2. ketagih kepada desakan adrenalin
3. remaja yang delinkuen

• Kematangan:
Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye, 40 peratus daripada golongan pelajar
kita pada hari ini terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh, perogol, merompak dan
sebagainya.

ii. KESAN

• Isi-isi kecil:
1. menghancurkan masa depan (-ve)
2. terjebak dalam pelbagai gejala sosial lain yang lebih teruk
3. hilang hala tuju kehidupan
4. menjejaskan maruah keluarga
5. dipandang hina oleh masyarakat
6. dapat memimpin negara dengan lebih kreatif dan optimis(+ve)

• Frasa/ungkapan menarik:
1. menconteng arang ke muka keluarga
2. kerana nila setitik rosak susu sebelangga
3. seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
4. air sama air sampah ke tepi juga
5. pemangkin pemacu negara

• Kematangan:
“Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah
ungkapan yang dilontarkan oleh Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan
betapa gahnya peranan remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada
masa depan.

iii. LANGKAH

• Isi-isi kecil:
1. perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ciri dan sifat mahmudah
2. menanamkan sifat tidak jemu dalam menimba ilmu pengetahuan
3. perlu mempunyai jati diri yang mantap
4. remaja perlu pandai memilih rakan sebaya
5. sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan diri

• Frasa/ungkapan menarik:
1. hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih
2. di mana ada kemahuan di situ ada jalan
3. generasi berwawasan pemangkin pembangunan negara

• Kematangan:
Bill Gates – sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita
tidak berubah
SINOPSIS (Mengikut Bab)

Sinopsi bermaksud ringkasan sesuatu cerita atau karya. Sinopsis


dapat memberikan satu gambaran menyeluruh tentang
sesuatu karya kepada pembaca. Sinopsis
dapat meringkaskan cerita dan membolehkan kita mengulang
kaji sesuatu karya dengan cepat.

BAB 1
Datuk Dolhi bingung, sedih dan menyesal apabila mengenangkan 5 orang anaknya yang
tidak berminat untuk menyambung tugasnya dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi
mempunyai seorang isteri iaitu Datin Tominah dan 5 orang anak, 4 lelaki dan seorang
perempuan. Anak sulungnya Hasnol seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang telah
berkahwin dan mempunyai anak. Amera satu-satunya anak gadis Datuk Dolhi merupakan
seorang guru. Tiga anak lelaki yang lain ialah Ilham, Mukhlis dan Dani. Ilham merupakan
peminat seni, bergiat dalam bidang sastera dan pencinta alam. Mukhlis pula seorang
pendakwah yang tidak bekerja dan Dani merupakan seorang artis. Datuk Dolhi pernah
berkahwin dengan wanita berketurunan arab dan mempunyai seorang anak lelaki tetapi
dirahsiakan daripada keluarganya.

BAB 2
Albert Lee menelefon Datuk Dolhi dan berbincang tentang agenda pada petang itu. Mereka
bercakap tentang Tuan Syed yang telah ke Kanada kerana projek Hidroelektrik di Kemuning.
Prinsip hidup Datuk Dolhi ialah kerja keras. Baginya bekerja keras akan membuatkannya
segar dan muda. Orang yang banyak berfikir tidak akan menjadi pelupa dan nyanyuk.
Petang itu Datuk Dolhi berjoging dengan Albert. Sementara itu, Datin Tominah berborak
melalui telefon dengan rakan-rakanya yang terdiri daripada datin-datin. Semasa berjoging
Datuk Dolhi dan Albert berbincang tentang keistimewaan kelab-kelab. Mereka juga bercakap
tentang hasrat untuk menjodohkan Amera dan Robert dan tentang anak-anak yang tidak
ingin terlibat dengan perniagaan. Datuk Dolhi sesak dada ketika berlari dan berhenti rehat.

BAB 3
Suasana agak sibuk di Wisma Datuk Dolhi. Datuk Dolhi mendapat panggilan telefon
daripada Wahi yang berada di Hiroshima. Wahi memberitahu dia tertarik akan cara orang
Jepun melayan pelanggan dan cara pembungkusan. Rozie (setiausaha Datuk Dolhi)
memberitahu agenda pada hari itu, temu janji dengan Raj Hussein wakil Romaco Consultan.
Pada waktu petang pula ada ceramah membangunkan usahawan. Sejak akhir-akhir ini
Datuk Dolhi sering memberikan ceramah kepada usahawan muda dan pelajar. Datuk Dolhi
mengimbas kembali tanggapan peserta seminar tentang modal dan perniagaan.
Lamunannya terhenti apabila setiausahanya memberitahu Puan Raj Hussein dan Cik Emrita
menunggu di ruang tamu. Rozie juga memberitahu Datin Tominah menelefon untuk
mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukkan Busana Islam. Pada waktu tengah hari Datuk Dolhi
pulang ke rumah. Sambil menunggu makanan dihidangkan dia meneruskan pembacaannya.

BAB 4
Datuk Dolhi memberi ceramah kepada para pelajar usahawan muda di Institut Perdagangan
Usahawan. Datin Tominah mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukkan Busana Islam. Datuk Dolhi
mengeluh kerana anak-anak tidak berminat dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi
mengutamakan barangan tempatan. Datuk Dolhi tidak berminat akan pertunjukkan fesyen.
Masa dua jam di pertunjukkan itu dirasa lama oleh beliau. Datin Tominah berbincang dengan
suaminya tentang hasratnya untuk membuka butik busana Islam. Namun begitu Datuk Dolhi
seakan tidak berminat dan tidak yakin akan keupayaan isterinya dan rakan-rakannya.
Manakala di luar rumah Dani sedang memetik gitar. Ilham mencatat sesuatu di meja batu di
bawah pohon matsui. Amera berada di ruang tamu sedang menyemak buku anak-anak
muridnya. Mukhlis pula sedang beratib di dalam bilik. Datuk Dolhi dan Datin Tominah masuk
ke dalam rumah.

BAB 5
Dani dan Ilham berbincang tentang lagu baru yang akan dinyanyikan oleh Dani. Ilham
menegur lirik lagu Dani yang dianggap tidak intelektual. Ilham mencadangkan agar Dani
mengambil puisi-puisinya supaya dilagukan tetapi Dani menganggap lagu puisi tidak akan
maju. Ilham mendeklamasikan sajak Nyanyian Rimba dan sajak ciptaanya sendiri iaitu
Tembang Burung-burung. Tiba-tiba Amera datang. Bagi Amera orang seni hanya kenyang
dengan kata-kata tetapi perut lapar. Baginya orang yang membangunkan dunia bukan orang
seni tetapi orang sains, ekonomi dan lain-lain. Amera bertengkar dengan Ilham sedangkan
Dani buat tidak endah dan terus memetik gitarnya. Amera tidak suka akan sikap Ilham yang
tidak bekerja dan mengharapkan orang tua. Bagi Ilham dia mempunyai perjuangannya
sendiri untuk membela alam sekitar demi kesinambungan generasi akan datang. Amera
mahu adiknya itu bekerja di syarikat ayahnya. Apabila Amera beredar Ilham bercakap pula
dengan Dani. Dani tidak mahu campur tangan hal Ilham dan kakaknya. Dia bahagia dengan
dunianya sendiri. Ilham berpendapat rockers meruntuhkan budaya Melayu. Amera
memandang Ilham di taman keseorangan dari jendela.

BAB 6
Pagi minggu Hasnol datang ke rumah Datuk Dolhi tanpa isteri dan anak-anaknya. Datuk
Dolhi mengagak ada sesuatu yang tidak kena dengan Hasnol. Datuk Dolhi bertanya Hasnol
tentang hasratnya iaitu agar Hasnol mengambil alih syarikat tetapi Hasnol menolak dengan
alasan sayang akan pencen dan isterinya yang suka jika dia kerja kerajaan. Datuk Dolhi
memaklumkan mungkin perniagaannya akan jatuh ke tangan orang lain jika adik-beradiknya
tidak berminat. Hasnol memberitahu hasratnya untuk meminjam duit sebanyak sepuluh ribu
daripada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi bertegas mengatakan bidang perniagaan akan
memperoleh pendapatan yang tidak terhad berbanding kerja kerajaan. Cara hidup Hasnol
macam jutawan tidak disenangi Datuk Dolhi. Albert pernah ingin menjodohkan Hasnol
dengan anaknya Elain. Datin Tominah menghentikan lamunan Datuk Dolhi. Mereka
bercakap tentang hasrat Albert yang ingin sangat berbesan dengan mereka. Mungkin ada
niat di sebaliknya. Mereka berharap agar Amera mendapat jodoh yang sesuai. Tiba-tiba
Datin Tominah menyebut nama Wahi. Baginya Wahi seorang yang agak baik dan menjadi
harapan Datuk Dolhi. Namun sepantas kilat Datuk Dolhi melenting. Datin Tominah tidak
faham tetapi hanya diam.

BAB 7
Datuk Dolhi menerima faks yang dihantar oleh Wahi. Wahi mencadangkan agar Dolhi-Albert
melaksanakan kawalan mutu menyeluruh seperti yang dilakukan di Jepun. Rozie
berpendapat rancangan Wahi adalah bijak. Datuk Dolhi mengarahkan Rozie mengemukakan
cadangan kepada pihak pengurusan dan pegawai kanan. Datuk Dolhi teringatkan anak-
anaknya yang tidak seperti Wahi. Dia teringatkan Mukhlis. Keadaan Mukhlis yang tidak
terurus bersandar di tiang masjid dengan berserban dan berjubah. Beliau teringat pula
kepada Wahi. Datuk Dolhi ada rahsia dengan Wahi. Datuk Dolhi yang menyuruh Wahi
meningkatkan pengalaman di Jepun. Datuk Dolhi terbayang sejarah negara Jepun dan
berpendapat Jepun menang perang ekonomi berbanding negara-negara seperti Perancis,
Inggeris dan Soviet. Datuk Dolhi berpendapat orang Islam menganggap Islam cukup
sempurna tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menerapkan Islam dalam kehidupan. Rozie
memberitahu kehadiran Mukhlis. Datuk Dolhi mengharapkan Mukhlis menjadi eksekutif niaga
tetapi Mukhlis menjadi pendakwah. Mukhlis memberitahu hasratnya untuk meminjam wang
kerana ingin berdakwah di India.

BAB 8
Kepulangan Datuk Dolhi disambut dengan senyuman oleh Amera. Amera memberitahu dia
telah dipilih sebagai pendidik terbaik di seluruh negeri. Datuk Dolhi mengucapkan tahniah
dan tidak teruja dengan berita itu. Dia juga ingin Amera bekerja di syarikatnya. Amera tidak
berminat untuk menjadi jutawan dan hanya ingin hidup sederhana sahaja. Dia juga menolak
Robert. Datuk Dolhi menganggap dirinya gagal kerana tidak berjaya melahirkan ahli
perniagaan dan usahawan dalam kalangan ahli keluarga. Mukhlis pulang bersama-sama
dengan tiga lagi rakan dakwahnya dengan sebuah kereta Mercedes. Mereka memberitahu
Datuk Dolhi bahawa mereka ingin berdakwah ke seluruh dunia bulan depan. Mereka
meminta agar Datuk Dolhi mengeluarkan biaya. Mereka berpendapat Datuk Dolhi
antidakwah.Datuk Dolhi memberi kebenaran kepada Mukhlis untuk berdakwah bersama-
sama kawan-kawannya. Salah seorang rakan Mukhlis iaitu Saiful Bahari (yang membawa
kereta) ialah anak Tan Sri Mokhtar Latif. Ayahnya memberi sokongan akan perjuangan
dakwahnya. Bagi mereka kerja sekarang penuh riba dan maksiat. Datuk Dolhi menempelak
mereka. Kalau bapa mereka tidak bekerja keras bagaimana mereka boleh membawa kereta
Mercedes itu. Datuk Dolhi dan Tan Sri Mokhtar Latif merupakan contoh usahawan Islam
yang berjaya. Mereka terpaksa bersaing dengan orang bukan Islam untuk menegakkan
kuasa ekonomi. Jika hidup tidak tentu hala bermakna Islam hanya tinggal nama. Pemuda-
pemuda itu meninggalkan rumah Datuk Dolhi dengan perasaan sebal. Mereka gagal
memujuk Datuk Dolhi untuk mendapatkan biaya. Mereka bercerita tentang isteri ustaz
mereka yang berkahwin lagi dan menceraikan isterinya yang bernama Hanisah. Tuk gurunya
yang sebaya dengan bapanya sibuk berdakwah manakala bapanya sibuk berniaga. Tuk
gurunya berkahwin empat manakala ayahnya masih setia dengan ibunya. Mukhlis terasa
tersepit di tengan-tengah. Datuk Dolhi menghadiri majlis anugerah kecemerlangan Amera
yang juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas. Dalam ucapannya Amera
mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapanya.

BAB 9
Amera mendapat penggilan telefon mengucapkan tahniah daripada seseorang yang tidak
dikenali. Dia juga mendapat ucapan tahniah daripada Dani dan mendapat sejambak bunga
daripada seseorang yang tidak dikenali melalui florist. Amera menghubungi Mekar Florist
yang menghantar bunga itu. Mary memberitahu dia tidak mengenali siapa yang menghantar.
Dani mengusik Amera agar Amera tidak memilih kerana nanti jadi andartu. Dani mengajak
Datin Tominah menghadiri pelancaran albumnya. Inem pembantu rumah Indonesia
memohon untuk berhenti kerja daripada Datin Tominah. Datin Tominah ingin mengetahui
sebabnya tetapi tidak diberitahu oleh Inem. Seminggu kemudian Datin Tominah menerima
surat daripada Inem memberitahu bahawa Ilham pernah masuk ke biliknya. Inem tidak mahu
kemungkaran berlaku, sebab itulah dia berhenti. Datin Tominah runsing kerana sukar
mencari pembantu rumah sekarang. Kalau tiada pembantu rumah dia akan penat dengan
kerja dapur. Hasnol telefon untuk meminjam wang. Datin kecewa apabila Hasnol
melepaskan gagang telefon selepas dia tidak bersetuju memberikan wang kepada Hasnol.

BAB 10
Berita pernikahan Mukhlis melalui kawannya mengejutkan Datuk Dolhi. Mukhlis yang tidak
bekerja tiba-tiba berkahwin merisaukan Datuk Dolhi. Dulu Hasnol mengambil keputusan
untuk berkahwin dengan isterinya Linda juga agak tergesa-gesa. Datin Tominah mengucap
berkali-kali apabila mendengar berita itu. Mereka suami isteri inginkan satu majlis
perkahwinan yang penuh adat istiadat. Mukhlis berada di Sungai Bakau perkampungan
jemaahnya. Datuk Dolhi bertambah berang apabila membaca surat daripada Inem. Ilham
berada di Sarawak membentangkan kertas kerja tentang masalah hutan dan isu
pembalakan. Dengar ceritanya mereka akan menganjurkan tunjuk perasaan dan akan
tinggal bersama-sama orang asli. Datuk Dolhi ada saham dalam syarikat pembalakan itu.
Albert menelefon dari Kucing memberitahu dia ternampak Ilham bersama-sama orang asli
menghalang penebangan hutan. Albert menyatakan akan bekerjasama dengan pihak polis.
Datuk Dolhi mengurut dadanya sebak memikirkan anak-anaknya. Datuk Dolhi teringatkan
Wahi yang begitu tekun. Anak muda itu tinggal bersama-sama neneknya setelah ibunya
meninggal ketika melahirkannya. Datuk Dolhi memberikan bantuan kepadanya. Dia rindu
ingin bercakap-cakap dengan Wahi.
BAB 11
Memandangkan masalah yang timbul disebabkan oleh Ilham, Datuk Dolhi ingin ke
Ikebukuro, Jepun tempat Wahi berada. Dia ingin berehat. Dia ingin Albert yang mengambil
tindakan terhadap masalah yang ada. Datin Tominah terkejut dengan keputusan Datuk Dolhi
yang ingin bercuti tiba-tiba. Datu Dolhi berlepas ke Tokyo malam itu. Dia mengosongkan
fikirannya dan melupakan semua masalah buat sementara waktu. Ketika dalam
penerbangan fikiran Datuk Dolhi menerawang ke zaman silamnya. Sebelum berkahwin
dengan Datin Tominah dia pernah bercinta dengan Mastura sejak di kampus. Tetapi
malangnya apabila tamat pengajian dia dikahwinkan dengan Datin Tominah oleh kedua-dua
ibu bapanya. Selepas setahun berkahwin dengan Datin Tominah, Datuk Dolhi berkahwin
dengan Mastura secara diam-diam. Dia memperoleh anak lelaki sulung, namun Mastura
meninggal. Anaknya tinggal dengan neneknya. Mukhlis sugul kerana tidak disangka Hanisah
janda Tok Guru ada tiga orang anak. Dia rasa bebannya kerana terpaksa menjaga anak-
anak tirinya. Hanisah ingin Mukhlis bekerja untuk membiayai anak-anak. Mukhlis bekerja di
kilang dengan gaji lima ringgit sehari. Mukhlis pulang ke rumah dan memohon maaf daripada
ibunya. Ibunya menasihati agar Mukhlis menjaga isteri dan anak-anak tirinya dengan baik.
Hasnol pula ingin Linda meminta duit daripada bapanya bagi menyelesaikan masalah
kewangannya. Hasnol memberi cadangan agar dia berhenti kerja dan bekerja di syarikat
ayahnya tetapi tidak disetujui oleh Linda.

BAB 12
Amera ke Kelab Mawar untuk bertemu dengan peminat misteri selama ini. Alangkah
terperanjat apabila melihat orang itu ialah YB Timbalan Menteri Wahab. Mereka berbual
pelbagai topik pada malam itu. YB mempunyai seorang anak berusia dua tahun manakala
isterinya sudah meninggal dunia. Apabila pulang Datin Tominah bertanyakan Amera. Amera
menceritakan kepada Datin Tominah. Amera gelisah campur gembira. Kumpulan pemuzik
Young Rock Band yang dianggotai oleh Dani akhirnya masuk studio. Album mereka berjudul
Rimba Fikiran. Dani meminta ibu dan kakaknya hadir ketika majlis pelancaran nanti. Amera
menasihati Dani agar menjaga disiplin dan sentiasa kemas. Bagi Dani penyanyi rock tidak
perlu kemas. Amera diberitahu oleh Dani ada cerita dalam akhbar tentang YB Wahab yang
digosipkan dengan seorang guru. Amera rasa cemas dan berdebar menyebabkan Dani
hairan. Amera mula berfikir-fikir tentang kesannya jika berhubungan dengan orang politik
yang sentiasa sibuk.

BAB 13
Datuk Dolhi agak penat apabila tiba di Lapangan Terbang Narita, Jepun selepas
penerbangan selama 7 jam. Ketibaannya disambut oleh Wahi dan sahabat Jepunnya.
Semasa dalam perjalanan ke tempat penginapan mereka berborak-borak tentang lagu.
Datuk Dolhi menyanyikan beberapa buah lagu Jepun yang digemarinya. Datuk Dolhi
menginap di Hotel Tokyo Metropolitan. Hotel itulah tempat menginap Datuk Dolhi apabila dia
pertama kali ke negara itu. Ketika Datuk Dolhi merenung ke luar bilik hotel fikirannya
bercelaru memikirkan akan cara untuk memberitahu Wahi. Dia tertanya-tanya apakah Wahi
sudah tahu hal yang sebenarnya? Malam itu ketika mereka sedang minum di restoran cina
Datul Dolhi memberitahu Wahi bahawa Wahi adalah anaknya. Namun Wahi tidak terkejut
kerana dia telah mengetahui melalui neneknya. Datuk Dolhi terasa amat lega. Pagi esoknya
mereka berdua bersiar-siar di kota dengan menaiki kenderaan awam. Datuk Dolhi meminta
Wahi memanggilnya bapa bukannya Datuk. Datuk Dolhi meluahkan rasa kecewa terhadap
anak-anaknya kepada Wahi. Dia memberitahu Wahi bahawa sudah sampai masanya rahsia
itu didedahkan. Wahi sanggup menerima apa-apa sahaja tindak balas daripada ibu tirinya
nanti.

BAB 14
Hasnol mengadakan pertemuan sulit dengan Tengku Munir di Teratai Inn. Semasa
pertemuan itu Tengku Munir mengugut akan memusnahkan Hasnol dan Datuk Dolhi
sekiranya tidak meluluskan tendernya. Malahan Tengku Munir akan memberikan tiga ratus
ribu sekiranya hasnol membantunya. Tengku Munir akan menguruskan segala-galanya
sekiranya Hasnol bersetuju. Hasnol pulang ke rumah dengan gembira dan menyuruh
isterinya merancang percutian mereka memandangkan sudah lama mereka tidak bercuti.
Manakala di Sarawak pula pihak berkuasa mencari aktivis barat yang mempengaruhi orang
tempatan agar membina benteng manusia untuk menghalang pembalakan. Ilham terus
memberi ucapan berapi-api membakar semangat penduduk tempatan. Apabila pihak
berkuasa datang Ilham dan konco-konconya menghilangkan diri. Di rumah Datuk Dolhi pula
Hasnol datang membayar segala hutangnya kepada Datin Tominah yang sebanyak sepuluh
ribu. Datin Tominah terkejut.

BAB 15
Albert berbincang-bincang bersama-sama ahli keluarga dan bertanyakan Robert tentang
hubungannya dengan Amera. Bagi Albert perkahwinan anaknya dengan orang Melayu
banyak kelebihannya. Antaranya ialah dapat memperbesar empayar niaganya dan anaknya
nanti akan jadi Melayu. Albert menyatakan kemusnahan Datuk Dolhi nanti adalah
disebabkan oleh anak-anak Datuk Dolhi. Bagi Albert jika Robert berkahwin dengan Amera
mereka berpeluang mengambil alih syarikat memandangkan anak-anak Datuk Dolhi tidak
berminat. Albert juga menyatakan minatnya dalam politik. Malam itu Robert menelefon
Amera untuk mengajaknya keluar. Amera menolak dengan alasan ada latihan di sekolah.
Robert kecewa.

BAB 16
Datuk Dolhi menyatakan hasratnya untuk bersara kepada Wahi. Dia ingin Wahi mengambil
alih pengurusan syarikat memandangkan anak-anaknya tidak berminat. Wahi mula rasa
terbeban akan tindakan anak-anak Datuk Dolhi dan kemarahan Datin Tominah. Wahi
memberitahu Datuk Dolhi bahawa dia telah mempunyai pilihan hati, gadis Jepun bernama
Yuka. Yuka telah memeluk Islam dan mempelajari Islam di Kobe. Ayah Yuka pernah terlibat
semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Oleh sebab rasa bersalah kerana kekejaman
Jepun di Tanah Melayu Sakate (bapa Yuka) merestui Yuka dan Wahi. Semasa penerbangan
pulang Datuk Dolhi mengenangkan kisahnya dengan Mastura (ibu Wahi). Datuk Dolhi tahu di
pejabatnya nanti bertimbun tugasan yang perlu dibereskan.

BAB 17
Ilham gagal ditangkap oleh pihak berkuasa. Datin Tominah menerima surat daripada Ilham
bercop negara Perancis tetapi tiada alamat. Datin Tominah menyatakan isi surat itu kepada
Datuk Dolhi dan meminta Datuk Dolhi mencari Ilham, namun tidak diendahkan oleh Datuk
Dolhi. Datin Tominah memberitahu Datuk Dolhi bahawa Hasnol telah memulangkan duit
sebanyak sepuluh ribu, telah bertukar kereta dan akan bercuti ke Eropah. Datuk Dolhi
terkejut. Kisah Mukhlis juga diceritakan kepada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi hanya menempelak
dan tidak berhajat untuk membantu. Dani muncul dengan gaya rockernya. Datuk Dolhi
menasihati agar Dani tidak terlibat dengan dadah. Datuk Dolhi kesal akan masalah dadah
yang tidak pernah selesai. Datuk Dolhi memberitahu Datin Tominah bahawa Wahi akan
berkahwin dengan gadis Jepun. Khabar daripada Datuk Dolhi bahawa Wahi adalah anaknya
mengejutkan semua orang. Selepas Datuk Dolhi menjelaskan semua perkara kepada
keluarganya, baru lapang dadanya. Datin Tominah menyuruh Hasnol meletak jawatan dan
masuk ke syarikat tetapi Hasnol tidak berminat. Hubungan Datuk Dolhi dan Datin Tominah
menjadi renggang. Datin Tominah bersikap konfrontasi dengan Datuk Dolhi. Dia tidak lagi
menjaga makan dan pakai Datuk Dolhi. Datuk Dolhi tidak menghiraukan sikap Datin
Tominah. Amera tidak bersetuju akan sikap emaknya. Dia meminta emaknya berbaik semula
dengan ayahnya.

BAB 18
Kehadiran rombongan daripada timbalan menteri menggembirakan Datuk Dolhi.
Perkahwinan Amera dan timbalan menteri berjalan lancar. Semasa majlis perkahwinan
tersebut Datuk Dolhi berpeluang bertemu semula dengan rakan lamanya yang pernah
tinggal serumah semasa belajar dulu iaitu Ustaz Hashim. Ustaz Hashim memberi khabar
keadaan Mukhlis yang tidak terurus dan telah ditinggalkan isterinya setelah isterinya kembali
ke pangkuan bekas suaminya. Kumpulan mereka dalam siasatan pihak berkuasa. Ustaz
Hashim dan Datuk Dolhi pergi ke tempat perkumpulan Mukhlis. Tergambar kedaifan tempat
tersebut dan tidak terurus. Mereka ke rumah Mukhlis tetapi tidak berpenghuni. Seorang
pemuda memberitahu, Mukhlis telah meninggalkan tempat itu dan menjadi tidak siuman
kerana menyerang tuk guru. Penduduk kampung berhampiran juga pernah ternampak
Mukhlis menghayun pedang. Datin Tominah hanya mampu menitiskan air mata.

BAB 19
Hasnol memaklumkan kepada Datin Tominah, dia akan bercuti sebulan dan akan ke luar
negara. Tengku Munir menelefon Hasnol dengan nada marah. Dia mahu Hasnol meluluskan
semua tender yang diserahkan sebanyak 12 permohonan tender. Hasnol menjadi serba
salah. Memandangkan desakan Linda yang mahu Hasnol ikut sama bercuti, Hasnol
mengambil keputusan tidak akan menghiraukan permintaan Tengku Munir. Tengku Munir
berkunjung ke pejabat Menteri Besar melaporkan rasuah yang telah dilakukan oleh Hasnol.
Rumah Datuk Dolhi diserbu oleh pihak BPR. Wisma Dolhi diserbu wartawan. Telefon pejabat
pun ditutup. Amera menelefon. Datin Tominah meminta suami Amera menolong tetapi dia
tidak dapat menolong. Amera meminta ibunya mencari peguam yang bagus. Hasnol
menelefon. Datin Tominah memujuk Hasnol pulang. Hasnol memberitahu dia terserempak
dengan Ilham di London.

BAB 20
Dani yang akan membuat persembahan pentas pada malam itu agak tidak bermaya.
Rakannya memaklumkan kepada penganjur bahawa Dani mengambil dadah. Semasa Dani
keluar mencari bekalan dia diekori dan tidak pulang semula untuk membuat persembahan.
Penganjur memberitahu penyanyi demam dan mendapat rawatan di klinik. Penonton
mengamuk. Polis tiba memaklumkan Dani ditangkap. Sekali lagi berita tersiar di akhbar.
Datin Tominah hanya menangis. Dia berasa ingin lari sahaja dari tempat itu. Jualan album
kumpulan Dani terjejas ekora peristiwa itu. Kumpulan mereka juga digam oleh RTM.
Kumpulan Young Rock Bank menendang Dani daripada kumpulan mereka. Hasnol pulang
untuk membersihkan namanya. Dia ditangkap di lapangan terbang.

BAB 21
Ilham mendalangi tunjuk perasaan di London anjuran Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia. Dia
tidak takut tindakan kerajaan Malaysia terhadapnya dan tetap menentang walaupun ayahnya
sendiri seorang pembalak. Albert Lee sangat marah dan akan mengambil tindakan. Apabila
diberitahu Wahi adalah anak Datuk Dolhi, Albert Lee rasa tergugat kerana dia maklum akan
kehebatan Wahi.

BAB 22
Wahi akan pulang bersama-sama isterinya. Hasnol dibebaskan dengan jaminan dan
diarahkan bercuti sehingga siasatan selesai. Datuk Dolhi menjamin Dani dan akan
memasukkannya ke pusat serenti. Wahi pulang ke Malaysia dan disambut Datuk Dolhi, Datin
Tominah, Hasnol, Amera dan Dani. Ketika mereka makan malam sekeluarga Datuk Dolhi
menerima panggilan telefon menyatakan Mukhlis kemalangan.

BAB 23
Selepas sembuh Mukhlis dimasukkan ke wad sakit jiwa. Dani pula akan dimasukkan ke
pusat pemulihan apabila kesnya selesai di mahkamah. Kumpulan rocknya digantung
persembahan di tv. Dalam mesyuarat lembaga pengarah syarikat, Datuk Dolhi
mengumumkan bahawa Wahi akan menggantikan tempatnya. Albert keluar dari bilik
mesyuarat. Albert Lee yang tidak berpuas hati menuduh anak-anak Datuk Dolhi yang
menyebabkan syarikat mereka merosot. Hubungan persahabatan Albert dan Datuk Dolhi
rengang.
BAB 24
Datuk Dolhi lega. Yuka ditugaskan di bahagian sumber manusia. Datuk Dolhi mencadangkan
kepada Datin Tominah untuk mengerjakan umrah dan ziarah. Datuk Dolhi mencari
ketenangan dengan mengenang anaknya satu persatu. Anak-anak yang tinggal dengannya
diberi pendidikan sempurna dan dilimpahi kemewahan. Berbanding Wahi yang hidup serba
sederhana tetapi menjadi pemuda yang berjiwa kental.

Tema

Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu


karya secara langsung atau tidak langsung. Tema dapat dikesan
selepas sesuatu karya itu selesai dibaca.

Kekeluargaan

Tema novel ini ialah kekeluargan. Kesemua bab dalam novel


ini berkisar tentang kisah Datuk Dolhi dan
keluarganya. Konflik kekeluargaan dalam novel ini
memaparkan kisah tokoh perniagaan Melayu dalam mendidik
anak-anak. Datuk Dolhi mencari penggantinya dalam
perniagaan dari kalangan anak-anaknya tetapi gagal. Datuk
Dolhi menghadapi pelbagai konflik akibat kerenah lima orang
anaknya. Kesibukan Datuk Dolhi dalam perniagaan serta
kesibukan isterinya, Datin Tominah dengan aktivitinya dan
tindakan mereka yang selalunya memberikan anak-anaknya
semua kemewahan, telah menyebabkan anak-anak mereka
tidak berminat dalam dunia perniagaan. Anak-anak Datuk
Dolhi memilih haluan sendiri seterusnya terkeluar dari
landasan yang sepatutnya. Hasnol ditangkap kerana rasuah,
Dani pemuzik yang terlibat dengan dadah dan dihantar ke
pusat serenti, Ilham lari keluar Negara kerana menderhaka
kepada Negara dalam demontrasi menentang pembalakan
Malaysia di luar Negara. Mukhlis telah menjadi tidak siuman
dan dimasukkan ke wad sakit jiwa. Manakala Amera bergelut
dengan perjuangan suaminya mempertahankan jawatan
dalam parti dan menteri. Akhirnya anak isteri keduanya Wahi
yang menggantikannya dalam perniagaan. Hanya Wahi,
berjaya dididik dalam keadaan serba kekurangan untuk
meneruskan perniagaan Datuk Dolhi.

Persoalan

Persoalan pula bermakna perkara-perkara yang lebih kecil yang


ada hubungan dengan tema yang turut dimasukkan oleh
pengarang dalam karyanya.

1. Persoalan persahabatan.
Persahabatan Datuk Dolhi dan Albert sehingga menubuhkan
syarikat usaha sama.
2. Persoalan golongan muda yang terlibat dengan ajaran
sesat.
Mukhlis yang menyertai kegiatan dakwah tanpa ilmu yang
mencukupi sehingga terjebak dalam masalah kehidupan.
3. Persoalan sikap tamak hingga terlibat dalam rasuah.
Sikap tamak yang menguasai diri sehingga terlibat dalam
rasuah. Contohnya, Hasnol yang kesempitan wang akhirnya
menerima tawaran sebanyak RM300 ribu bagi membantu
Tengku Munir mendapatkan tender.
4. Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui
budaya.
Wahi Melayu dan Yuka Jepun akhirnya berkahwin.
5. Persoalan cinta alam sekitar.
Ilham sanggup menentang projek ayahnya demi cinta akan
alam sekitar.
6. Persoalan harapan seorang ayah.
Datuk Dolhi ingin anak-anaknya mengikuti jejaknya dalam
perniagaan dan mewarisi Dolhi-Albert Holding.
7. Persoalan minat dan kecenderongan seseorang tidak
boleh diubah.
Anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat dengan perniagan.
Hasnol pegawai PTD, Amera pendidik, Ilham penulis, Dani
pemuzik dan Mukhlis pendakwah.
8. Persoalan ketegasan mendidik anak.
Datuk Dolhi tidak memberi pinjaman wang kepada Hasnol
supaya belajar. Juga memasukkan Dani ke pusat serenti
supaya menjadi pengajaran kepada anaknya.
9. Persoalan pentingnya ilmu pengetahuan.
Datuk Dolhi rajin membaca buku-buku pengertahuan untuk
rujukan sebelum menyampaikan ceramah.
10. Persoalan harapan ayah supaya anaknya mengikuti
jejaknya.
Datuk Dolhi sangat berharap anaknya mengikuti jejaknya
dalam perniagaan.

11. Persoalan tentang perpaduan antara kaum.

Contohnya, Datuk Dolhi telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu


Dolhi-Albert Holding sebagai satu kerjasama untuk memajukan
syarikatnya itu.
Selain itu, Albert juga berhasrat untuk mewujudkan satu hubungan
kekeluargaan dengan beliau dengan cara cuba menjodohkan
anak-anaknya dengan anak-anak Datuk Dolhi walaupun
hasratnya akhirnya tidak juga tercapai.

12. Persoalan tentang strategi-strategi perniagaan juga

turut dipaparkan.

Misalnya, Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan oleh


mantan Perdana Menteri dan budaya kerja Jepun iaitu Kawalan
Mutu Menyeluruh (TQC) telah diterapkan dalam perniagaan Datuk
Dolhi.Persoalan tentang strategi-strategi perniagaan juga turut
dipaparkan.
Binaan Plot

Plot merupakan susunan peristiwa dalam sesuatu karya


berdasarkan sebab dan akibatnya. Plot mungkin disusun
secara kronologi atau sebaliknya.Dalam novel Renyah, plot
disusun secara kronologi.

(i) Permulaan

Datuk Dolhi dan Datin Tominnah rasa sedih kerana tidak ada
anak mereka yang ingin menyambung tugasnya setelah dia
tiada kelak.vAnak mereka yang sulung iaitu Hasnol bekerja
sebagai PTD sayangkan jawatan, kuasa dan pangkatnya.
Hasnol ingin menjadi kaya tetapi tidak mahu melepaskan
jawatannya. Semasa Hasnol dilahirkan Datuk Dolhi seorang
pegawai kerajaan dan beliau berdoa agar anaknya kelak
akan menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan seterusnya
KSU. Datin Tominah meminta supaya Datuk Dolhi melatih
anak ketiganya Ilham menggantikannya.Tetapi Datuk Dolhi
kecewa dengan Ilham yang suka membuang masa tidak tentu
hala. Rencananya tentang alam sekitar mendapat tempat
walaupun sering bertentangan dengan bapanya yang
menggunakan alam sekitar untuk mencari keuntungan. Datuk
Dolhi juga pernah berkahwin dengan wanita peranakan Arab
dan mendapat anak lelaki. Tetapi wanita itu meninggal dunia
dan menjadi rahsia hidupnya termasuk daripada pengetahuan
Datin Tominah. Datuk Dolhi mempunyai seorang rakan
kongsi rapatnya Albert Lee. Malah Albert Lee pernah
melamar Amera anak Datuk Dolhi untuk anaknya Robert Lee
tetapi gagal. Anak Datuk Dolhi Mukhlis yang berjubah dan
berjanggut dan sering ke surau. Tidak mahu menguruskan
syarikat bapanya kerana syarikat bapanya penuh riba
menurut Mukhlis. Manakala anaknya Dani minat dalam
bidang hiburan. Dani juga mengikuti kelas muzik.

(ii) Perkembangan

Datuk Dolhi menyampaikan ceramah dengan menjadikan


Doktor Mahathir sebagai contoh. Kepuasan terbayang pada
wajah Datuk Dolhi setelah menyampaikan ceramah. Datuk
Dolhi menemani isterinya Datin Tominah menghadiri
pertunjukkan fesyen Busana Islam. Datuk Dolhi sangat bosan
dengan pertunjukkan tersebut. Amera terpilih sebagai
pendidik terbaik seluruh negeri. Amera memohon supaya
ayah dan ibunya hadir pada majlis penyampaian anugerah
tersebut. Sekali lagi Datuk Dolhi meminta Amera berhenti
sebagai pendidik dan bekerja dengan syarikatnya tetapi
ditolak oleh Amera yang mencintai bidang pendidikan.
Mukhlis memohon pembiayaannya berdakwah ke India tetapi
ditolak oleh Datuk Dolhi.

(iii) Perumitan

Amera mendapat panggilan talefon daripada peminat misteri


mengucapkan tahniah atas kejayaannya dan juga mendapat
jambangan bunga. Pembantu rumah Inem meminta untuk
berhenti kerja. Dia tidak menyatakan sebabnya. Walaupun
dipujuk oleh Datin Tominah tetapi Inem bertegas untuk
berhenti. Mukhlis bernikah dengan Hanisah janda tok guru
beranak dua tanpa pengetahuan keluarganya. Hasnol balik
ke rumah untuk meminjam RM 10,000.00 daripada
keluarganya untuk kelab Golfnya tetapi tidak diberi oleh
keluarganya. Datuk Dolhi meminta Rozie menempat tiket dan
penginapannya di Jepun untuk menenangkan fikirannya yang
runsing memikirkan hal anak-anaknya. Albert Lee kecewa
kerana hasratnya untuk melihat Elain berkahwin dengan
Hasnol tidak tercapai . Sekarang ini beliau berharap Robert
pula mencuba untuk memikat Amera seterusnya
memperisterikannya.

(iv) Klimaks

Wakil Timbalan Menteri datang untuk merisik Amera. Majlis


perkahwinan Amera dengan Timbalan Menteri disegerakan
untuk mengelakkan fitnah. Dani dan kumpulannya Young
Rock Band mengadakan persembahan. Sebelum
persembahan Dani meminta kebenaran daripada rakannya
untuk mendapatkan dadah. Semasa dalam perjalanan Dani
telah diberkas oleh polis dan mendapati positif dadah. Tengku
Munir terus ke Pejabat Menteri Besar melaporkan Hasnol
memohon RM I juta bagi meluluskan 12 permohonan
tendernya. Malam itu Hasnol menelefon ibunya dan kesal
atas perbuatannya. Datin Tominah meminta Hasnol pulang
untuk mencabar di mahkamah. Ilham pula mengadakan
tunjuk perasaan bersama Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia
yang disiarkan secara langsung oleh TV antarabangsa. Ilham
mengecam kerajaan Malaysia membiarkan balak terus
ditebang. Datuk Dolhi pula didatangi pegawai dari Cawangan
Khas untuk mengetahui latar belakang Ilham. Malah YB
Wahab Yassin juga disoal kerana penglibatan adik iparnya.
Datuk Dolhi mengistiharkan Wahi sebagai anaknya kepada
ahli keluarganya yang lain menyebabkan Datin Tominah
bersikap dingin kepadanya.

(v) Peleraian

Hasnol dibebaskan dengan ikat jamin dan Dani juga dijamin


kerana memiliki dadah. Albert banyak menjalankan tugas
Datuk Dolhi. Linda isteri Hasnol tinggal di Paris dan tidak
mahu pulang kerana malu. Wahi dan Yuka pulang ke tanah
air disambut Datuk Dolhi sekeluarga. Datin Tominah telah
berubah dan dapat menerima anak tirinya Wahi. Mukhlis
dimasukkan ke hospital setelah dipukul kerana menyerang
rumah berhala. Mukhlis beransur pulih daripada kecederaan
dan doktor menasihati supaya dihantar ke pusat pemulihan
untuk rawatan mental. Manakala bekas isterinya ada
menjenguknya di hospital tetapi keluarga Mukhlis tidak
mengenalinya kerana berpurdah. Manakala Dani akan
dihantar ke pusat pemulihan dadah setelah selesai kesnya di
mahkamah dan Dani bersetuju. Adam ketua kumpulannya
akan menyimpan royaltinya juka ada. Amera menunggu
suaminya yang pulang ke kawasannya untuk
mempertahankan ketua bahagian parti pemerintah dan anak
tirinya dijaga olen mentuanya. Seterunya Dolhi Albert Holding
mengadakan mesyuarat lembaga pengarah dan Datuk Dolhi
mengumumkan pelantikan Wahi menggantikannya dan
mendapat sokongan lembaga pengarah kecuali Albert yang
keluar selepas pengumuman tersebut. Ketika Datuk Dolhi dan
Datin Tominah berehat dianjung banglonya, dia terfikir untuk
ke Mekah mengerjakan umrah. Semua urusan perniagan
diserahkan kepada Wahi dan isterinya Yuka. Hasnol akan
dibicarakan atas kesalahan rasuah. Kerjayanya musnah dan
isterinya Linda mula menjauhkan diri. Ilham berada di luar
Negara dan berkomplot dengan orang asing memboikot
Malaysia dan dianggap penderhaka Negara. Pasti akan
ditangkap sekiranya pulang. Manakala Amera belum dapat
menyesuaikan diri dengan kehidupan politik suaminya YB
Wahab Yassin. Suaminya pula bergelut untuk
mempertahankan jawatan dalam parti. Mukhlis dihantar ke
hospital mental dan bekas isterinya Hanisah kembali kepada
bekas suaminya. Dani pula dihantar ke Pusat Serenti untuk
memulihkannya daripada ketagihan dadah. Akhirnya Wahi
anaknya dengan Mastura mewarisi perniagaan Datuk Dolhi
dan akan berdepan dengan Albert Lee dalam perniagaan.
Teknik Plot
Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut :-

(a) Imbas Kembali

Merupakan satu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah


dialaminya. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau
khayalan, dialog, monolog atau monolog dalaman.

Contohnya, Datuk Dolhi melamun. Fikirannya kembali kepada dua puluh lapan tahun
yang lampau. Isterinya yang baik, Mastura dalam kenangan.

(b) Imbas muka

Merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tetang sesuatu
peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu
yang akan berlaku.

Contohnya, Mukhlis teringat kepada ibunya. Ibunya tentu marah dengan tindakannya
berkahwin tanpa memberitahu keluarga.

(c) Saspens
Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan
tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa
yang akan berlaku selanjutnya.

(d) Konflik

Merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.
Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secra luaran,
iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.
Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap atau
pemikiran.

(e) kejutan

Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga
oleh pembaca.

Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh
pembaca.

(f) Dialog

Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.

Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat


atau fikiran yang berkaitan dengan tema.
(g) Monolog (monologue)

1. Percakapan atau tutur kata oleh seorang watak sama ada kepada dirinya atau

pembaca.

(h) Monolog dalaman (interior monologue)

1. Teknik ini berupa kata hati atau pengucapan batin seseorang watak.
Novel Tingkatan 5

Sutera dalam Lukisan


SUTERA DALAM LUKISAN

(ABD TALIB HASSAN)

Sinopsis

Novel ini memaparkan kisah seorang pemuda yang mengalami konflik jiwa akibat kematian
ibunya yang telah dibunuh oleh bapa tirinya. Kenangan pahit itu telah menjadikan Bujei atau
nama sebenarnya Mohamad Hafiz, akhirnya telah menjadi sasau akibat sering menjadi
cemuhan, dipandang hina, dipermain dan diperbudakkan oleh masyarakat kampung malah bapa
tirinya, Harun juga sering menyeksanya malah telah cuba mengambil peluang untuk merampas
hak milik Bujei yang ditinggalkan oleh arwah ibunya.

Hidupnya keseorangan dan menanti permata hati untuk menerangi semula sinar
hidupnya. Kehadiran Adila telah mengubah segala-galanya dan Bujei mula merasai erti sebuah
kehidupan. Namun banyak ranjau duri yang terpaksa diharunginya untuk meneruskan hubungan
persahabatan bersama Adila. Alias yang turut menyimpan perasaan terhadap Adila terus
menyimpan dendam terhadap Bujei dan Adila. Satu demi satu rancangan jahat diatur dalam
usaha untuk memiliki Adila. Bujei diperdaya hingga akhirnya dia mempercayai Adila akan
mengahwini Alias. Malah Adila turut difitnah menghidap AIDS kerana pernah menuntut di luar
negara.

Dendam yang kian membara menyebabkan Alias meminta khidmat neneknya untuk
mendapatkan ilmu pengasih yang akan mendorong Adila tunduk kepada kehendaknya. Alias
yang dirasuk kerinduan akhirnya telah menjadi sasau dan sanggup merayu kepada Bujei untuk
mengharapkan simpati serta pengertian daripada Bujei supaya memujuk Adila menerima dirinya.

Akhirnya, Alias sendiri terpaksa mendapatkan khidmat daripada dukun yang sama dalam usaha
untuk memulihkannya.
Orang kampung pula kini telah melihat perubahan diri Bujei yang menjadi manusia
normal berbanding Alias yang kini telah mengambil alih tempat Bujei. Sebelum pulang ke kota,
Adila telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang keputusannya
untuk menerima Hafiz sebagai pasangan hidupnya. Adila akhirnya terpaksa kembali ke
kota kerana ditawarkan pekerjaan sebagai seorang pensyarah di salah sebuah
universiti swasta.

Tema

Konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan setelah kematian


kedua-dua ibu bapa dan neneknya.

Contoh:

Pandangan negatif orang kampung akibat fitnah yang ditabur oleh bapa tiri Bujei
telah membentuk keperibadiannya menjadi manusia abnormal. Kehadiran Adila
telah membawa sinar baru dalam hidup Bujei dan kembali menjadi manusia
normal seperti sedia kala.

Persoalan

i. Tanggungjawab membantu sesama manusia tanpa mengira sifat individu.

Contoh:

Adila yang begitu optimis untuk membentuk semula keperibadian abnormal yang
dihidapi oleh Hafiz.

ii. Menghormati hak individu tanpa menghilangkan hak diri sendiri.

Contoh:
Bujei akhirnya sedar akan haknya setelah mendapat bimbingan daripada Adila.

iii. Kebaikan akan mengatasi kebatilan.

Contoh:

Alias yang cuba mengenakan ilmu pengasih terhadap Adila telah menyebabkan
dia mendapat pembalasan akibat perbuatannya sendiri.

iv. Sifat kasih sayang dan hati yang luhur mampu mengubah sifat seseorang.

Contoh:

Adila yang telah membimbing Bujei untuk membentuk semula keperibadiannya


telah berjaya mengubah Bujei menjadi insan yang berjaya.

v. Ketegasan dalam pendirian.

Contoh:

Wak Senen yang tegas dalam pendiriannya untuk mengembalikan hak Bujei yang
telah dianiaya oleh bapa tirinya.

vi. Jodoh pertemuan di tangan tuhan.

Contoh:

Walaupun Adila pada asalnya begitu takut dengan Bujei, tetapi akhirnya telah
memilih Bujei menjadi pasangan hidupnya. Walaupun telah bertunang dan berjanji
sehidup semati dengan Faizal, tetapi akhirnya Faizal berkahwin dengan orang lain
dan bukan dengan tunangnya Adila.

vii. Berani mempertahankan hak atau harta daripada dirampas oleh orang lain.

Contoh:

Bujei telah menunjukkan sikapnya yang tegas dan tidak boleh dipermainkan oleh Alias
apabila meminta ganti rugi sebanyak RM80 sebagai gantian radionya yang telah rosak akibat
perbuatan Alias.
Plot

Plot Sutera Dalam Lukisan dihuraikan secara kronologi iaitu bersandarkan hukum sebab dan
akibat. Manusia yang berbuat baik akan memperoleh pembalasan yang baik juga dan
begitulah sebaliknya.

i. Eksposisi (Permulaan)

Menceritakan watak utama iaitu Bujei yang digambarkan sering mengunjungi latar tempat di
kampungnya. Digambarkan juga latar masa iaitu pada waktu senja dan latar masyarakat
kampung Bujei yang telah menganggap Bujei sebagai insan abnormal.

ii. Perkembangan

Kematian ibu Bujei yang bernama Fatimah yang dibunuh oleh bapa tirinya merupakan titik
hitam dalam kehidupannya. Bujei menjadi sasau dan sering dicemuh dan dipermainkan oleh
masyarakat kampung. Perkenalan dengan Adila telah mengubah hidupnya menjadi seorang
yang lebih berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan. Dalam masa yang sama dia
menaruh hati kepada Adila. Adila juga diminati oleh Alias, Sahak dan Faizal, bekas
tunangnya.

iii. Klimaks

Alias berusaha menculik Adila dan dengan bantuan neneknya, mencari ubat pengasih untuk
mendapatkan Adila.

iv. Peleraian

Adila juga menaruh hati kepada Bujei. Hal ini menyebabkan Alias menjadi sasau kerana
cintanya tidak kesampaian. Adila ditawarkan untuk berkhidmat sebagai pensyarah di salah
sebuah universiti swasta di kota.

Teknik Plot
i. Pemerian

Contoh:

Anak sungai itu tidak begitu lebar. Hanya lebih kurang sembilan meter jarak antara dua belah
tebing, tidak dalam dan agak cetek airnya ketika itu.

ii. Dialog

Contoh:

“Lepaskan motor aku ni... Aku nak pergi ambil duit,” kata Alias

iii. Imbas Kembali

Contoh:

Dan dia sendiri telah menanam cita-cita untuk mengikut jejak bapanya. Tragedi pertama
menimpanya apabila bapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan di lebuh raya Karak.

iv. Imbas Muka

Contoh:

Mungkinkah penyakit Adila sudah menjadi-jadi? Mungkinkah Adila sudah dibawa ke rumah
sakit? Terlintas juga di fikirannya untuk menjenguk dan melihat keadaan Adila.

v. Monolog Dalaman

Contoh:

Dan sempat juga Adila memikirkan hal Bujei. Mungkin Bujei juga sudah tahu sehingga terasa
malu untuk datang menemuinya. Dia terfikir untuk pulang ke kota, meninggalkan kampung
yang tidak lagi memberi kedamaian kepadanya.

vi. Suspens
Contoh:

Sambil memaki-hamun, kata-kata makian yang sering digunakan oleh Alias ke atas dirinya,
Bujei menghayunkan parangnya ke arah Alias.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Bujei/Hafiz

• Bercita-cita untuk menjadi askar seperti arwah bapanya. Sewaktu dirinya kecil, dia sering
menjadikan bapanya sebagai idola.

• Suka berangan-angan menonton dan mendengar radio yang telah rosak di rumahnya.

• Takut dengan alias. Setiap perkara yang diminta oleh Alias akan dilakukan oleh Bujei tanpa
sebarang bantahan.

• Tidak mementingkan kebersihan tetapi berubah setelah dilatih oleh Adila. Membuang
perkakasan yang tidak berguna di rumahnya dan membakarnya di halaman rumah.

• Suka mendengar radio. Sanggup membeli radio baharu sewaktu keluar pekan bersama
Samsul.

• Mempunyai bakat menyanyi. Bujei menyanyi lagu Bahtera Merdeka sewaktu majlis
perkahwinan Same‟ah dan berjaya memukau orang ramai dengan kemerduan suaranya.

• Mempunyai sifat suka berjimat. Tidak menggunakan wang pemberian Wak Senen yang
besar nilainya dan menyimpannya dengan rapi di dalam kendi di rumahnya.

• Pulih daripada sikap abnormal menjadi normal dengan bantuan Adila. Keyakinan dirinya
hadir kembali dengan bantuan Adila dan keluarga Sidang Saman.

• Anak yang bertanggungjawab. Cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya


tetapi tidak berjaya kerana api marak terlalu cepat dan dia dihalang oleh orang ramai
daripada memasuki rumahnya yang terbakar.

• Seorang pemuda yang mempunyai sikap abnormal. Dia membentuk peribadinya melalui
pandangan penduduk kampung yang menganggapnya bodoh, dungu dan tidak berakal.

• Tidak memilih pekerjaan, asalkan mendatangkan upah untuk dia mengalas perut.
Watak Sampingan

Adila

• Lulusan universiti luar negara iaitu England.

• Mempunyai sifat optimis dan percaya sikap abnormal Bujei dapat dipulihkan.

• Telah bertunang dengan Faizal tetapi putus kerana Faizal tidak menepati janji dan
berkahwin dengan orang lain. Akibat kecewa, dia telah membawa dirinya pulang ke
kampung dan tinggal dengan keluarga Pak Longnya iaitu Sidang Saman dalam jangka masa
yang panjang.

• Mempunyai pendirian yang tegas kerana menolak pinangan Alias dengan alasan belum
bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

• Lemah lembut dan hormat kepada orang lain terutamanya orang yang lebih tua. Sewaktu
tinggal di kampung, Adila sering mendapat pujian penduduk kampung.

• Menjadi mangsa fitnah Alias. Alias telah memfitnah Adila telah „rosak‟ sewaktu belajar di
luar negara.

• Jatuh cinta dengan Bujei. Telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya
tentang perasaannya terhadap Bujei sebelum pulang ke kota.

Alias

• Suka membuli Bujei.

Contohnya meminta Bujei mencuci motosikalnya dengan menjanjikan upah tetapi


memungkirinya.

• Suka kepada Adila dan menghantar pinangan tetapi ditolak. Cuba mendekati
Adila setelah gagal mendapatkan Same‟ah.

• Suka terlibat dalam perlumbaan motor.

Contohnya sewaktu berlumba motor dengannya, Sahak telah terlibat dalam


kemalangan dan kritikal di hospital.

• Bercakap kasar.

Contohnya sering bercakap kasar terutamanya dengan Bujei.


• Cuba menculik Adila dan mengenakan ilmu pengasih kepada Adila. Meminta
bantuan daripada neneknya untuk mencari ilmu pengasih.

• Cuba memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak.

• Akhirnya menjadi sasau/gila.

Sidang Saman

• Mengambil berat akan anak buahnya.

Contohnya sering bertanyakan khabar Bujei dan akan meminta anaknya mencari
Bujei sekiranya tidak melihat kelibatnya di kampung.

• Bijak memerangkap orang yang bersalah melalui kata-katanya.

Contohnya sewaktu berbicara dengan Harun yang meminta pandangannya ketika


ingin menjual tanah pusaka arwah datuknya.

• Menjadi pakar rujuk permasalahan Adila. Terutama sekali Adila mula jatuh cinta
dengan Bujei.

Sameah

• Bertimbang rasa dan baik dengan Bujei.

Contohnya sering mengambil berat akan diri Bujei

• Anak Sidang Saman

• Berkahwin dan mengikut suaminya berpindah ke Ipoh.

Harun

• Seorang duda

• Berkahwin dengan Fatimah, ibu Bujei setelah kematian ibu Bujei.

• Bekerja sebagai mandur di ladang kelapa sawit.

• Panas baran dan sering memukul serta mendera isterinya.


• Mengikis wang peninggalan bekas suami Fatimah.

Contohnya, melakukan keganasan terhadap isteri dan anak tirinya Bujei sehingga
isterinya terbunuh dalam kebakaran akibat daripada perbuatannya dan anak
tirinya menjadi sasau.

• Suka berpura-pura.

Contohnya berpura-pura baik dengan Bujei untuk mendapatkan tanda tangan


Bujei bagi membolehkan dia menjual harta pusaka peninggalan Fatimah.

Senen

• Suka bersedekah.

Contohnya, sering memberi wang kepada Bujei dengan nilaian yang besar.

• Baik hati.

Contohnya sanggup memulangkan semula tanah pusaka peninggalan ibu Bujei


yang telah dijual oleh bapa tirinya Harun.

• Mengambil tindakan dengan teliti.

Contohnya sering berbincang dengan Sidang Saman sebelum melakukan sesuatu


perkara seperti yang dilakukan sewaktu ingin memulangkan semula tanah pusaka
Bujei.

Gaya Bahasa

i. Simile

Contoh:

“Jangan takut”. Dia mendengar lagi, seperti memujuk pula.

ii. Personafikasi
Contoh:

Angin lembut bersih menjamah tubuhnya dan ledakan bunyi air membuai
perasaannya.

iii. Hiperbola

Contoh:

“Macam seorang pembunuh yang suka membunuh orang… tak kira tempat atau
masa, tak kira sesiapa aje?”

iv. Sinkope

Contoh:

Tak tentu perasaan Bujei mendengar suara Adila dan sebutan yang begitu hormat
dirasakannya.

v. Metafora

Contoh:

Tidak pernah diduga, apa lagi mengharapkan satu lorong yang akan
membebaskan dirinya daripada pasung peribadi itu.

vi. Kata Ganda

Contoh:

Dia bagaikan merindui tempat-tempat dan lorong-lorong yang biasa


dikunjunginya..
Latar

Latar Masa

i. Waktu pagi

“Okey, Good morning Bujei”.

ii. Waktu maghrib

Kedengaran bunyi azan maghrib dan spontan Sidang Saman menoleh ke belakangnya.

iii. Waktu petang

Makin petang merangkak, makin galak agas-agas menghurungnya.

Latar Masyarakat

i. Masyarakat kampung yang memandang rendah kepada orang yang kurang bernasib baik.

Contoh:

Masyarakat kampung memandang rendah terhadap Bujei dengan mengatakan dia bodoh,
dungu dan tidak berakal.

ii. Masyarakat kampung yang mempunyai norma kemahusiaan.

Contoh:

Sidang Saman begitu mengambil berat tentang Bujei dengan membawa Bujei balik ke
rumahnya setelah dipukul oleh Harun.
iii. Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain.

Contoh:

Baharu sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah memujuk Fatimah untuk membeli
kereta.

iv. Masyarakat yang mengamalkan kerjasama.

Contoh:

Penduduk kampung bekerjasama untuk mengadakan majlis perkahwinan Same‟ah.

Nilai Murni

i. Nilai kasih sayang

Contoh:

Bujei cuba menyelamatkan ibunya dalam kebakaran rumahnya. Ibunya pengsan setelah
didera oleh bapa tirinya ketika itu.

ii. Nilai hormat menghormati

Contoh:

Adila telah memanggil Bujei dengan nama asalnya Hafiz.

iii. Nilai baik hati

Contoh:

Adila dan Samsul telah membawa Bujei ke klinik untuk mendapatkan rawatan
setelah dibelasah oleh Harun.
iv. Nilai keadilan

Contoh:

Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas kerosakan radio Bujei.

v. Nilai keberanian

Contoh:

Bujei berani mempertahankan dirinya daripada ditindas oleh Alias.

vi. Nilai keadilan

Contoh:

Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas kerosakan radio Bujei.

vii. Nilai keberanian

Contoh:

Bujei berani mempertahankan dirinya daripada ditindas oleh Alias.

Pengajaran

i. Kita hendaklah menerima ketentuan atau takdir Tuhan

Contoh:

Bujei menerima hakikat ibunya yang meninggal dunia akibat perbuatan bapa
tirinya.
ii. Kita janganlah bersifat dengki sesama manusia.

Contoh:

Alias telah memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak.

iii. Kita hendaklah membantu golongan yang kurang bernasib baik

Contoh:

Adila optimis dia boleh membatu Bujei memulihkan keperibadiannya dan perkara
itu dapat direalisasikannya.

iv. Kita hendaklah berpegang teguh kepada janji yang telah dibuat.

Contoh:

Faizal tidak menepati janjinya untuk bernikah dengan Adila kerana telah
berkahwin dengan orang lain.

v. Kita janganlah bercakap bohong.

Contoh:

Alias telah membohongi Bujei dengan mengatakan Adila menghidapi penyakit


AIDS untuk menjauhkan perhubungan mereka.

vi. Kita janganlah mudah mempercayai perkara karut.

Contoh:

Alias berpakat dengan neneknya untuk mencari ilmu pengasih bagi mendapatkan cinta Adila.

Harga Remaja
MAKSUD

Rangkap 1
Pengajak menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam
meniti kehidupan.

Rangkap 2

Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada


dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu.

Rangkap 3

Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu
teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu.

Rangkap 4

Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna.
Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda.

TEMA

Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan
sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan
serta mempunyai hala tuju.

PERSOALAN

1 Kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

2 Jati diri remaja.

3 Keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan.


Tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah
dan pengaruh.

4 Hala tuju hidup dalam diri remaja.


Zaman remaja dapat diisi dengan sebaik-baiknya dengan adanya hala tuju dan
matlamat hidup.

BENTUK

1 Terdiri daripada empat rangkap

2 Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada
enam baris, manakala rangkap keempat terdiri daripada dua baris.

3 Mengandungi antara satu hingga empat patah kata sebaris.

4 Rima akhirnya bebas abaccd,abcdcd, abcdce dan aa.

5 Sajak ini berbentuk bebas.

NADA

Sinis

GAYA BAHASA

1 Ayatnya pendek-pendek.

Contoh: pendirian (rangkap 3, baris 5)


2 Diksinya mudah difahami.

Contoh: dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)

3 Aliterasi :pengulangan konsonan m

Contoh : remaja amat mahal (rangkap 3, baris 1)

4 Pengulangan konsonan t

Contoh : dengan ketentuan tuju (rangkap 4, baris 2)

5 Asonansi :pengulangan vokal a

Contoh :dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)

Pengulangan vokal i

Contoh : di pinggir perjalanan ini? (rangkap 1, baris 6)

6 Anafora – pengulangan perkataan pada awal baris

Contoh : bagai kehijauan daun

bagai kesegaran pohon (rangkap 1, baris 4-5)

7 Metafora

Contoh : piala remajamu (rangkap 2, baris 2)

cuka kesangsian (rangkap 2, baris 3)

madu ajaran (rangkap 2, baris 5)

8 Simile

Contoh : bagai kehijauan daun (rangkap 1, baris 4)

9 Sinkope

Contoh : Penuhilah remajamu

Dengan apakah akan kau penuhi

NILAI

1 Keberanian. Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran.

2 Kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu.

3 Kebijaksanaan. Remaja perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka.

PENGAJARAN

1 Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

2 Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.

3 Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai


keberanian kerana tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja
yang penuh masalah dan pengaruh.
4 Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.
(pepatah)

Di mana ada
kemahuan di
situ ada
jalan
Jika ada azam kita akan memperoleh kejayaan

(pepatah)

Anda mungkin juga menyukai