Anda di halaman 1dari 7

TAHUN : 5 AZAM

NAMA : ________________
Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa
Dan Maksud
1.
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di
air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah
diperoleh.
2.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di
samping budaya hidup yang baru.
3.
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan
orang
4.
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang
tetap utuh.
5.
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di


negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di


negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
11. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka
kecil lagi.
12. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat
dalam adat
13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama
dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau
mengerjakan sesuatu.

6.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam
mesyuarat.

14. Kalau takut dilambung ombak, jangan


berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan
penderitaan , lebih baik jangan melakukan
sesuatu yang susah

7.
Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama
sama yang lain dan saling membantu.

15. Indah khabar daripada rupa


Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara
yang dilebih-lebihkan.

8.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersamasama.

16. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama


dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

9.
Bara yang digenggam biar sampai jadi
arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar
hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

17. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni


Maksud : Perhubungan yang sangat akrab,
senang susah bersama.
18. Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau
orang yang pernah menolongnya setelah
mendapat kesenangan.

19. Di mana bumi dipijak, di situ langit


dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat
yang kita diami atau tinggal.
20. Masuk kandang kambing mengembek,
masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan
keadaan
21. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah
semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh
seseorang menyebabkan orang lain yang
menerima akibatnya
22. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak
mahu berusaha dan bersusah payah
23. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk
mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
24. Yang bulat tidak datang menggolek, yang
pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa
usaha
25. Untung anak lelaki cari-carikan, untung
anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal
isterinya.
26. Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.
b. Kehidupan yang senang.
27. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama
berhasil juga.

28. Bak cendawan tumbuh selepas hujan


Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
29. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong
pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah
memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan
hilang pula.
30. Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
31. Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat
sesuatu bencana.
32. Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu
perkara.
33. Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
34. Berbesar Hati
Maksud : Gembira.
35. Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah
jagaan kita.
36. Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara
37. Batu Penghalang
Maksud : Halangan
38. Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan
sendiri.
39. Meninggi diri
Maksud : Sombong
40. Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.

41. Baik Hati


Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka
menolong).
42. Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
43. Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.
44. Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong
45. Murah Hati
Maksud : Pemurah.
46. Tangan Kosong
Maksud : Hampa.
47. Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan
yang terlalu tinggi.
48. Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di
sesuatu tempat
49.Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun
berubah musim.
Orang yang tidak tetap kedudukannya.
50. Ikan di hulu tuba di hilir.
Perbuatan yang sia-sia
51. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di
sengkalan.
Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang
belum lagi diperoleh
52. Ikut hakim memiat daging:sakit di awak
sakitlah orang.
Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan
adil.

53. Intan dikalungkan di leher anjing.


Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada
orang yang tidak mahu atau bukan pada
tempatnya.
54. Ingat ranting yang akan melenting, dahan
yang akan mencocok, duri yang akan mengait.
Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya
dan rintangan ketika melakukan sesuatu
pekerjaan.
55. Alah sabung, menang sorak.
Ertinya:~ Biarpun kalah, tetapi masih tetap
tinggi juga cakapnya.

56. Satu dijentik, sepuluh rebah.


Ertinya:~ Seorang yang dikata-katai sekalian
yang mendengar ikut merasa.
57. Anjing menyalak bukit, takkan runtuh.
Ertinya:~ Orang baik yang dicela oleh orang
jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.
58. Sigai dua segeragai.
Ertinya:~ Perkara yang satu ada sangkutpautnya dengan perkara yang lain.
59. Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata
diulang-ulang.
Ertinya:~ Nasihat yang baik perlu diulang-ulang
menyebutnya.
60. Mengembalikan manikam ke dalam
cembulnya.
Ertinya:~ Memikirkan kembali apa-apa yang
telah terkatakan
61. Seperti kaca terhempas ke batu.
Ertinya:~ Hati yang hancur kerana dukacita.
62. Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak
tahu.
Ertinya:~ Bertanya sesuatu yang sudah
diketahui.

63. Kerana mulut badan binasa.


Ertinya:~ Mendapat kecelakaan kerana
perkataannya.
64. Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah
ke tangan, kilat cermin sudah ke muka.
Ertinya:~ Orang yang bijaksana dengan mudah
menangkap hujung kata atau kias seseorang.
65. Ada seperti tampaknya apung-apung.
Ertinya:~ Barang yang dihajati telah ada tetapi
belum tentu dapat diambil atau dipakai.
67. Dalam menunduk dia menyonggeng.
Ertinya:~ Lahirnya dia menerima dengan baik,
tetapi hatinya sendiri membantah.
68. Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh
dikakukkan.
Ertinya:~ Kebenaran sesuatu perkataan yang
diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan
buktinya.
69. Air mata jatuh ke dalam.
Ertinya:~ Berdukacita dengan diam-diam.
70. Bagai haruan di dalam tuar.
Ertinya:~ Tidak tetap keadaannya, kerana sakit
atau susah
71. Dibuat kerana Allah, menjadi murka Allah.
Ertinya:~ Dilakukan dengan maksud baik, tetapi
diterima orang dengan curiga.
72. Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan (=
diludahkan) menjadi sekam.
Ertinya:~ Diam itu lebih baik daripada berkatakata.
73. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya
terpalit.
Ertinya:~ Seorang yang berbuat salah,
semuanya terbawa-bawa.
74. Berlurah di balik pendakian.
Ertinya:~ Ada sesuatu maksud yang
tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan,
perkataan dan sebagainya.

75. Enggang apa kepada enggang; orang apa


kepada orang.
Ertinya:~ Memang mudah menyuruh berbuat
begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang
mengerjakannya.
76. Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk.
Ertinya:~ Perkataan atau pengakuan yang dapat
dibuktikan kebenarannya
77. Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk,
yang tinggal hanyir.
Ertinya:~ Perkara yang mendatangkan aib
kepada kedua-dua belah pihak.
78. Buangkan yang keruh, ambil yang jernih.
Ertinya:~ Buang yang jahat ambil yang baik;
memulai penghidupan yang baru.
79. Seperti raja dengan menteri.
Ertinya:~Seia-sekata dalam semua perkara.
80. Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh
disuruh.
Ertinya:~Alasan yang berlawanan dengan
maksud yang sebenarnya.
81. Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air
yang keruh.
Ertinya:~ Daripada sifat yang mulia, tak akan
lahir budi bahasa yang kasar
82. Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau
tidak.
Ertinya:~ Orang yang elok dan tampan tetapi
berbudi bahasa
83. Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal
mati.
Ertiny:~ Orang yang baik bahasanya jadi
kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi
kenang-kenangan
84. Berhampar lapik, berlicin daun.
Ertinya:~ Bermuafakat mencari penyelesaian
yang baik dengan setulus-tulus hati, tidak ada
menyembunyikan perasaan-perasaan yang buruk

85. Batu pun empuk, jangankan hati manusia.


Ertinya:~ Perkataan yang lemak manis dapat
menawan hati yang keras.

95. Asal ada, kecil pun pada


Ertinya:~ Kalau tak ada banyak, sedikit pun
cukup juga.

86. Seperti anjing dengan kucing


Ertinya digunakan untuk menggambarkan dua
orang yang saling berkelahi bila berjumpa susah
utk mereka berdamai

96. Cencang dua segeragai


Ertinya:~ Sekali jalan, dua tiga pekerjaan
selesai.

87. Seperti ayam dengan itik like a chicken and


a duck
Ertinya digunakan untuk menggambarkan dua
orang yg mempunyai masalah berkomunikasi Two people having communications problems
88. Melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia
menggigit.
Ertinya:~ Menolong orang yang tiada tahu
berterima kasih
89. Seberapa panjang sarung, begitulah panjang
matanya.
Ertinya:~ Perangai (perkataan) yang baik atau
jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu
seseorang
90. Umpama semut mempersembahkan paha
belalang kepada raja.
Ertinya:~ Pemberian yang tidak ada ertinya.
91. Ada beras, taruh dalam padi
Ertinya:~ Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.
92. Ada bukit, ada paya
Ertinya:~ Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada
kaya.
93. Di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung
Ertinya:~ Hendaklah menurut adat dan aturan
tempat yang kita diami.
94. Kemana angin deras, kesitu condongnya
Ertinya:~ Pendirian yang tidak tetap.

97. Dikati sama berat, diuji sama merah


Ertinya:~ Pangkat atau kedudukan yang sama.
98. Sampai bersalam, pulang berterajang
Ertinya:~ Masuk ke negeri orang dengan nama
yang baik, tetapi pulang dengan nama yang
jahat.
99. Sayangkan kain, buangkan baju; sayangkan
lain, buangkan aku
Ertinya:~ Isteri yang mencari kekasih lain.
100. Dikulum menjadi manikam, Dimuntahkan
menjadi sekam
Ertinya:~ Diam itu lebih baik daripada berkatakata.
101. Ada angin ada pohonnya.
Ertinya:~ Segala yang terjadi ada sebabsebabnya.
102. Luka di tangan nampak berdarah, luka di
hati siapa tahu.
Ertinya:~ Hanya diri orang itu sahaja yang tahu
akan penderitaan atau kesedihannya.
103. Berapa berat mata memandang, berat juga
bahu memikul.
Eritnya:~ Berapa susah kita melihat kesusahan
orang lain, terlebih susah juga orang yang
menderita kesusahan itu.
104. Seperti kain kasa di atas duri.
Etinya:~ Suatu perkara yang terlalu sukar
menyelesaikannya; harus sabar dan hati-hati.
105. Bibir saya bukan diretak panas.
Ertinya:~ Kata-kata saya bukan sia-sia atau
dusta.

106. Buat di alang tahun, belayar di luar musim.


Ertinya:~ Melakukan sesuatu salah masa.
107. Jangan tercicir di periuk
Ertiny:~ Jangan membuat angkara di mana kita
menumpang.
108. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru
bersihkan halaman orang.
Ertinya:~ Urus hal sendiri dahulu baru urus hal
orang
109. Manusia tahan kias, binatang tahan palu.
Ertinya:~ Mengajar manusia dengan sindiran
manakala haiwan dengan pukulan.

116. Tegang berjela-jela, kendur berdentingdenting.


Ertinya:~ Pemerintahan yang baik ialah di
dalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak
ada kerasnya.
117. Salah cotok melantingkan.
Ertinya:~ Tiap-tiap pekerjaan hendaklah
dilakukan dengan sewajarnya, yang salah
hendaklah dibetulkan.
118. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut
menjadi pulau.
Ertinya:~Yang baik itu biar di mana pun
tempatnya akan tetap baik juga.

110. Serkap jarang


Maksudnya; menuduh tampa usul periksa
Contoh: "Jangan pakai serkap jarang, siasat
dahulu tuduhan awak itu." Kata Rahim kepada
saya.

119. Matahari tengah gerhana.


Ertinya:~ Berwajah muram kerana dukacita.

111. Jaga mulut


Maksudnya: Pelihara lidah; berhati-hati dalam
percakapan
Contoh: Dizaman Jepun dahulu sesiapa yang
tidak jaga mulut akan ditangkap oleh pihak
kempeitai.

121. Seperti memekik di tengah padang luas.


Ertinya:~ Seruan yang tidak diendahkan orang.

112. Periuk mengumpat belanga.


Ertinya:~ Orang yang memburukkan orang lain,
sedangkan ia sendiri pun buruk juga.
113. Bercakap memandang-mandang, silap lidah
jiwa hilang.
Ertinya:~ Memperkatakan sesuatu hal orang lain
hendaklah berhati-hati.
114. Rantai besi dimakan bubuk.
Ertinya:~ Cerita yang tak masuk di akal.
115. Kalau kerbau sekawan dapat dikawali,
manusia seorang tiada dapat dimaklumi.
Ertinya:~Sangatlah sukar untuk menghadapi
manusia kerana tiap-tiap orang berlainan
pendapatnya.

120. Rasa termengkelan di hati.


Ertinya:~ Merasa musykil.

122. Seperti bunyi gung tertangkup.


Ertinya:~ Kata-kata yang tidak jelas.
123. Sebagai ayam diasak malam.
Ertinya:~ Tidak ada daya upaya lagi.
124. Biar, biar naik ke mata.
Eritnya:~ Kecewa.
125. Seperti di atas titian.
Ertinya:~ Dalam kebimbangan.
126. Api padam puntung berasap.
Ertinya:~ Perkara yang telah putus, tetapi
ditimbulkan kembali.
127. Agak-agak bertutur malam hari.
Ertinya:~ Mesti selalu beringat-ingat ketika
memperkatakan sesuatu.
128. Orang itu empat gasal, lima genap.

Ertinya:~ Orang yang suka berbantah dan


berlainan faham daripada orang banyak.

Ertinya:~ Hanya berpura-pura menerima sesuatu


kebenaran tetapi sebenarnya tidak.

129. Buruk muka cermin dibelah.


Ertinya:~ Diri sendiri yang kurang pandai, orang
lain yang disalahkan.

136. Seperti kecek ular.


Ertinya:~ Menceritakan berlebih-lebihan
daripada keadaan yang sebenarnya.

130. Melentur biarlah waktu rebung.


Ertinya:~ Mengajar anak-anak biarlah selagi
kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan
tidak dapat diajar lagi.

137. Silap cakap kena radak, hilang jiwa


percuma saja.
Ertinya:~ Memperkatakan sesuatu perkara
(rahsia dan sebagainya), hendaklah hati-hati
benar, sebab buruk padahnya.

131. Dikacak betis sudah bak betis, dikacak


lengan sudah bak lengan.
Ertinya:~ Orang yang menyangka dirinya telah
cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga
tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain
lagi.
132. Hujan panas permainan hari, senang susah
permainan hidup.
Ertinya:~Dalam hidup manusia ada kalanya
senang dan ada kalanya susah.
133. Jangan menumbuk di periuk, bertanak di
lesung.
Ertinya:~ Jangan berbuat sesuatu pekerjaan
yang menyalahi kebiasaan.
134. Segigi tajam bertimbal, nak hujung pangkal
menjelma.
Ertinya:~ Orang yang mempunyai dua
pendirian.
135. Longgar sendat lapang bertukul.

138. Syarak yang mengata, adat yang memaksa.


Ertinya:~ Syarak dan adat tidak dapat
dipisahkan
139. Di mana tumbuh, di situ disiang.
Ertinye:~ Jika terjadi suatu perkara atau
perselisihan, hendaklah diperiksa dan
diselesaikan di situ juga
140. Mudah luka payah sembuhnya.
Ertinya:~ Mencari perselisihan sangat mudah,
tetapi mencari perdamaian sangat sukar.

BACA .
INGAT..
AMAL..
TAWAKAL..

Anda mungkin juga menyukai