Anda di halaman 1dari 229

PERIBAHASA

A
abu di atas tunggul
Maksud: Hilang dengan mudah, iaitu pada bila-bila masa sahaja boleh tercampak atau
terbuang.
 
ada air, ada ikan
Maksud: Jika ada negeri, akan ada rakyatnya.
 
ada angin, ada pohonnya
Maksud: Segala hal ada mula atau sebabnya.
 
ada batang, cendawan tumbuh
Maksud: Setiap negeri ada undang-undang dan adat istiadatnya.
 
ada bau, ada bangkainya
Maksud: Apabila ada berita jahat, menandakan ada kejahatan telah berlaku walaupun tidak
kelihatan.
 
ada beras taruh dalam padi, ada ingat taruh dalam hati
Maksud: Kalau ada sesuatu cita-cita yang diinginkan tidak perlulah dikhabarkan kepada orang
sebelum dikerjakan.
 
ada bukit, ada paya
Maksud: Ada baik ada jahat, ada kaya ada miskin.
 
ada gula, ada semut
Maksud: Sekiranya sesuatu tempat itu makmur, akan ramailah orang datang untuk
mendapatkan pekerjaan atau kalau orang itu kaya, akan ramailah kawannya.
 
ada hujan ada panas, ada hari boleh dibalas
Maksud: Akan tiba masanya untuk membalas perbuatan jahat.
 
ada jarum hendaklah ada benangnya
Maksud: Setiap sesuatu itu haruslah ada pasangannya.
 
adakah air yang penuh di dalam tong itu berkocak, melainkan air yang setengah tong itu juga
yang berkocak?
Maksud: Orang yang tidak berilmu juga yang ban yak bercakap.
 
adakah buaya menolak bangkai?
Maksud: Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat.
 
adakah dari telaga yang jernih itu mengalir air yang keruh?
Maksud: Tidak mungkin arang yang berpendidikan melakukan perkara-perkara keji atau
mengeluarkan kata-kata kotor.
 
adakah duri dipertajamkan?
Maksud: Perselisihan tidak patut diruncingkan lagi
 
ada kerak, ada nasi
Maksud: Setiap kejadian tentu ada kesannya.
 
ada nasi di sebalik kerak
Maksud: Ada sesuatu yang tertinggal atau belum selesai.
 
ada padang, ada belalang
Maksud: Setiap negeri atau kampung mestilah ada penduduknya.
 
ada padi jadi, ada beras deras
Maksud: Sekiranya kita mempunyai harta dan wang ringgit, segala keinginan dapat dicapai
dengan mudah dan cepat.
 
ada pasang surutnya
Maksud: Hidup ini tidak pernah lari daripada untung dan rugi. Seketika untung dan pada masa
yang lain rugi. Begitulah sebaliknya, jika pernah rugi, pasti akan ada untung.
 
ada persembahan, ada kurnia
Maksud: Setiap perbuatan baik akan baik juga balasannya.
 
adapun kata, ada pangkalnya
Maksud: Setiap sesuatu ada asal usulnya.
 
adapun manikam itu dijatuhkan ke dalam limbahan sekalipun, nescaya tidak akan hilang
cahayanya
Maksud: Orang yang asalnya baik-baik itu walaupun miskin dan hina, namun budi bahasanya
tetap ada.
 
ada rotan, ada duri
Maksud: Untuk mendapatkan kesenangan perlu menempuh kesusahan dahulu.
 
ada rupa, ada harga
Maksud: Harga sesuatu barang bergantung pada keindahan rupa bentuk dan buatannya.
 
ada sampan hendak berenang
Maksud: Ada cara yang senang tetapi sengaja hendak bersusah payah.
 
ada seperti nampaknya apung-apung
Maksud: Barang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai.
 
ada sirih hendak makan sepah
Maksud: Ada yang baik tetapi hendak yang buruk.
 
ada tangga hendak memanjat tiang
Maksud: Berbuat sesuatu tidak mengikut peraturan, lebih suka mencari kesusahan walaupun
ada jalan mudah.
 
adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung
Maksud: Tidak mementingkan diri sendiri tetapi berbuat sesuatu untuk kebaikan bersama.
 
adat bersendi syarak, syarak bersendi adat
Maksud: Adat resam yang diamalkan perlu selari dan tidak bertentangan dengan agama kerana
kedua-duanya saling berkait.
 
adat dagang tahan tawar
Maksud: Orang yang berniaga itu tidak boleh marah walaupun
orang menawarkan harga barang jualannya.
 
adat diisi, janji dilabuh
Maksud: Mengerjakan sesuatu hendaklah mengikut kebiasaan.
 
adat dipakai baru, kain dipakai usang
Maksud: Adat yang baik sekiranya diamalkan akan kekal selama-lamanya.
 
adat gajah terdorong
Maksud: Sudah menjadi kebiasaan orang besar atau berpangkat akan melakukan salah guna
kuasa.
 
adat juara kalah menang
Maksud: Dalam setiap pertandingan atau pekerjaan mesti ada kalah menang atau untung rugi.
 
adat lama pusaka usang
Maksud: Adat yang tidak berubah sejak zaman-berzaman.
 
adat lurah timbunan sarap
Maksud: Orang yang berpangkat dan berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang
mengadu hal.
 
adat memakai, syarak mengata
Maksud: Adat yang tidak sesuai dengan hukum Tuhan tidak perlu dipertahankan kerana adat
yang sesuai dengan syarak sahaja patut diikut.
 
adat orang mengail, kalau terlepas tentulah besar
Maksud: Usaha yang besar kalau gagal tidak akan mendatangkan malu.
 
adat pasang berturun naik
Maksud: Keadaan kekayaan atau kedudukan seseorang itu tidak tetap.
 
adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Maksud: Jika kita mengingini sesuatu keuntungan sudah menjadi perkara biasa sekiranya
mengalami sedikit masalah.
 
adat pulau limburan pasang
Maksud: Adat hidup bantu-membantu, kaya membantu miskin, berilmu membantu yang jahil,
dan yang kuat menolong yang lemah.
 
adat rimba raya, siapa berani ditaati
Maksud: Kehidupan manusia yang mementingkan kekuatan tanpa menggunakan akal untuk
mendapat kepuasan dan mencapai hajatnya.
 
adat teluk timbunan kapar
Maksud: Biasanya orang berpangkat menjadi tumpuan orang meminta pertolongan.
 
adat tua menanggung ragam
Maksud: Orang tua terpaksalah menanggung kerenah anak dan cucu.
 
ada ubi ada batas, ada hari boleh balas
Maksud: Sesiapa berbuat sesuatu tentu akan ada balasannya.
 
ada udang di sebalik batu                                    
Maksud: Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan.
 
ada wang abang saya, tak ada wang abang paya (payah)
Maksud: Seseorang itu disayangi dan didekati hanya ketika berharta, jika habis harta sukarlah
mendapat saudara atau sahabat.
 
agak-agak bertutur malam
Maksud: Mestilah berhati-hati kalau memperkatakan sesuatu.
 
agak lebih daripada agih
Maksud: Bercakap lebih banyak daripada bekerja.
 
agih-agih kongkang
Maksud: Terlalu dermawan dan murah hati sehingga diri sendiri mendapat kesusahan.
 
agung susut, pongah masih
Maksud: Orang berpangkat yang turun pangkatnya tetapi merasakan bahawa dirinya masih
tinggi.
 
air beriak tanda tak dalam
Maksud: Orang yang bercakap besar atau suka meninggi diri sedangkan  ilmu yang dimiliki
tidaklah setinggi mana.
 
air besar, batu bersibak
Maksud: Perselisihan yang besar akan mencerai-ceraikan persahabatan  atau persaudaraan.
 
air besar sampah tak hanyut
Maksud: Harapan yang tidak dapat dipenuhi.
 
air besar sampan tak hanyut
Maksud: Maksud yang tidak tercapai.
 
air dalam karang menonggok, setanggi campur kemenyan, gula tertumpah pada kanji
Maksud: Usaha yang berhasil baik.
 
air dalam terenang
Maksud: Hidup yang tenang dan tenteram.
 
air dicencang tiada putus
Maksud: Hubungan adik-beradik atau saudara-mara tidak akan dapat dirosakkan atau
diputuskan dengan mudah.
 
air di cucuran atap, jatuhnya di pelimbahan juga
Maksud : Seseorang anak, walaupun dilahirkan bersih lama-lama akan mengikut perilaku ibu
bapa atau asal keturunannya.
 
air didih menganak sungai
Maksud: Hiburan atau rezeki yang melimpah-limpah.
 
air digenggam tak tiris
Maksud: Orang yang sangat kikir atau kedekut.
 
air diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam
Maksud: Orang yang berdukacita atau susah hati sehingga tidak lalu makan.
 
Air diminum sembiluan
Maksud: Sangat sedih sehingga tidak enak makan dan minum.
 
Air gedang menghanyutkan
Maksud: Orang yang berilmu dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar.
 
air jernih, ikannya jinak
Maksud: Negeri yang aman dan penduduknya baik-baik belaka.
 
air keruh limbat keluar
Maksud: Negeri yang huru-hara, orang jahat akan berleluasa.
 
air lalu kubangan tohor
Maksud: Upah atau wang yang diterima habis dibelanjakan atau digunakan untuk membayar
hutang.
 
air mata jatuh ke perut
Maksud: Kesedihan yang disimpan tanpa diketahui oleh orang lain.
 
air mudik sungai, semua teluk habis diranai
Maksud: Orang yang baru menerima keuntungan atau kemewahan akan menjadi boros dan
ingin membeli semua barang.
 
air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diikut
Maksud: Patuh akan undang-undang tempat kita mencari rezeki.
 
air pun ada pasang surutnya
Maksud: Keadaan pangkat atau kekayaan seseorang itu tidak tetap begitu selama-lamanya.
 
air sama air, sampah ke tepi jua
Maksud: Jika kita mencampuri perbalahan dalam keluarga orang lain, apabila mereka berbaik-
baik semula kita akan tetap tersisih.
 
air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan
Maksud: Membesar-besarkan perkara yang kecil.
 
Air surut kapar hilir bersama, air pasang ia sangkut 
Maksud: Dalam usaha yang tidak menguntungkan diajak bersama-sama tetapi apabila usaha
itu berhasil dia ditinggalkan.
 
Air susu dibalas dengan air tuba
Maksud: Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
 
Air tawar secawan dituang ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya
Maksud: Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban sengsara yang besar.
 
air tenang jangan disangka tiada buaya
Maksud: Orang pendiam jangan disangka bodoh dan penakut.
 
air tenang menghanyutkan
Maksud: Orang pendiam mampu melakukan pekerjaan yang berat dan sukar.
 
air titik ke batu
Maksud: Amat sukar mengajar atau menasihati orang yang jahat dan degil.
 
air yang dingin juga dapat memadamkan api
Maksud: Kata-kata yang lemah lembut sahaja yang dapat menyejukkan hati orang yang sedang
marah atau berdendam.
 
air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya
Maksud: Perkataan seseorang itu membayangkan niat buruknya.
 
akal akar berpulas tak patah
Maksud: Orang yang pintar tidak mudah kalah dalam bersoal jawab atau berbahas.
 
akal labah-labah, di gua buruk suka merakut
Maksud: Orang jahat yang suka menipu orang.
 
akal sebagai makan nasi lecek
Maksud: Fikiran seperti anak-anak.
 
akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba
Maksud: Tiada usaha yang serta-merta menjadi sempurna atau tiada sekali berusaha hasilnya
terus sempurna.
 
akan dijadikan tabuh singkat, akan dijadikan genderang berlebih
Maksud: Sesuatu yang tidak dapat digunakan untuk sebarang maksud.
 
akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung
Maksud: Tidak mampu mengerjakan tugas kerana tidak berilmu atau berwang.
 
akan mengaji suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati
Maksud: Keadaan sulit yang tidak dapat diselesaikan lagi kerana punca untuk
menyelesaikannya sudah tidak ada.
 
akan pembasuh kaki
Maksud: Hadiah kepada orang yang berjasa.
 
akan surut airlah gedang, akan lalu jalanlah semak
Maksud: Sesuatu perkara yang serba susah, diteruskan susah, ingin berundur juga sukar.
 
akar terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung)
Maksud: Daripada perkataan seseorang dapat dikesan kesalahan yang telah dilakukannya.
 
akik disangka batu
Maksud: Sesuatu yang menghina atau memalukan.
 
aku kalah, engkau tak menang
Maksud: Orang bodoh yang tidak mahu mengakui kekalahannya.
 
aku nampak olah, kelibatmu sudah kutahu
Maksud: Orang bijaksana tahu akan apa-apa yang dimaksudkannya.
 
alah bisa tegal (kerana) biasa
Maksud: Segala kesusahan biasanya .akan dirasai pada peringkat awal, setelah sudah biasa,
kesusahan itu tidak terasa lagi.
 
alah di rumpun betung
Maksud: Kekalahan yang tidak memuaskan hati Pihak yang kalah.
 
alah limau oleh bendalu
Maksud: Orang lama yang kehilangan pengaruh angkara orang baru.
 
alah membeli menang memakai
Maksud: Walaupun harga sesuatu barang itu mahal sedikit, namun berbaloi kerana rupanya
cantik dan tahan lama.
 
alah menang tidak tahu, bersorak boleh
Maksud: Orang yang tidak tahu akan selok-belok pergaduhan atau pertandingan tetapi ingin
bercakap tentang perkara itu dan memberitahu pihak yang akan kalah.
 
alah sabung, menang sorak
Maksud: Biarpun kalah tetapi masih bercakap besar dan berlagak.
 
alang-alang berdakwat, biar hitam
Maksud: Mengerjakan sesuatu janganlah separuh jalan atau tidak bersungguh-sungguh, kalau
tidak maksud tidak akan tercapai.
 
alang-alang berminyak, biar licin
Maksud: Mengerjakan sesuatu janganlah setengah-setengah, biar bersungguh-sungguh
sehingga mencapai maksud.
 
alang-alang mandi, biar basah
Maksud: Mengerjakan sesuatu janganlah setengah-setengah, biarlah bersungguh-sungguh
sehingga mencapai maksud.
 
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Maksud: Kalau berbuat jahat biarlah sampai beroleh faedahnya.
 
alang berjawab, tepuk berbalas
Maksud: Kebaikan dibalas dengan kebaikan dan kejahatan dibalas dengan kejahatan juga.
 
alangkah baik berbini tua, perut kenyang pengajaran dapat
Maksud: Orang yang beristeri tua biasanya lebih senang kerana disayangi oleh isterinya.
 
alim bagai katak di tepi air
Maksud: Orang yang berilmu tetapi tidak mendapat faedah daripada ilmunya.
 
alim biasa menghukum syarak
Maksud: Hanya orang yang tahu akan hukum agama yang boleh membuat hukum syarak.
 
alpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh
Maksud: Jika alpa atau leka, kerugian dan bencana akan menimpa.
.
 
alu pencungkil duri
Maksud: Pekerjaan yang tidak mungkin dapat dilakukan.
 
alu sesudah menumbuk dicampakkan
Maksud: Sesuatu itu dihargai ketika ingin digunakan tetapi akan dicampak atau ditinggalkan
setelah tidak diperlukan.
 
alur bertempuh jalan berturut
Maksud: Dilakukan mengikut kebiasaan yang sepatutnya.
 
ambil patinya, buangkan hampasnya
Maksud: Setiap cerita orang terimalah yang baiknya dan jangan pedulikan yang buruknya.
 
amra jangan disangka kedondong
Maksud: Sebelum kita mencuba, janganlah kita sangka sesuatu itu buruk semata-mata kerana
melihat rupanya.
 
anak-anakan mentimun
Maksud: Anak angkat dijadikan isteri.
 
anak-anak ikan kecil menjadi makanan ikan besar
Maksud: Orang bawahan biasanya berada di bawah kekuasaan orang-orang besar.
 
anak anjing takkan menjadi anak musang jebat
Maksud: Orang yang tidak berilmu tidak mungkin mendapat kedudukan yang baik.
 
anak ayam kebasahan bulu
Maksud: Menjijikkan, resah gelisah.
 
anak ayam kehilangan ibu
Maksud: Berpecah-pecah kerana hilang tempat pergantungan.
 
anak badak dihambat-hambat
Maksud: Dengan sengaja mencari bahaya.
 
anak baik, menantu molek
Maksud: Kalau seseorang itu mendapat untung baik, keuntungan itu akan diperoleh berganda-
ganda.
 
anak di pangku dilepaskan, beruk di rimba disusui
Maksud: Mementingkan orang lain sehingga mengabaikan hal atau keperluan sendiri.
 
anak haram jadah (zadah)
Maksud: Anak yang dianggap tidak sah kerana tidak tentu keturunannya.
 
anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya
Maksud: Pihak musuh yang lebih kuat jangan dicabar untuk berlawan.
 
anak harimau jangan dipelihara
Maksud: Jangan berbuat baik kepada orang jahat.
 
anak harimau tidak akan menjadi anak kambing
Maksud: Anak orang besar akan menjadi orang besar juga, tidak mungkin dia akan menjadi
seperti orang kebanyakan.
 
anak ikan dimakan ikan, tahu makan tahu simpan
Maksud: Kalau tahu membuat sesuatu kerja, hendaklah pandai menyimpan rahsianya.
 
anak kambing takkan menjadi anak harimau
Maksud: Orang pengecut akan tetap pengecut.
 
anak kera diajar memanjat
Maksud: Hendak mengajar orang yang sudah pakar.
 
anak kucing menjadi harimau
Maksud: Perihal orang yang miskin menjadi kaya dan berkuasa.
 
anak kuda bulu kasap
Maksud: Perihal anak muda yang riang gembira.
 
anak kunci jahat, peti derhaka
Maksud: Suami jahat, isteri akan berkhianat kelak.
 
anak orang, anak orang juga
Maksud: Hak orang lain akan tetap menjadi haknya.
 
anak panah yang terlepas daripada busurnya tidak akan kembali lagi
Maksud: Kata-kata hendaklah dijaga, jika terlepas kata-kata tidak dapat ditarik balik.
 
anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng
Maksud: Meskipun keadilan perlu, namun orang akan tetap mengutamakan kepentingan diri.
 
anak seorang, menantu malim
Maksud: Amat beruntung.
 
anak seorang, penakan tidak
Maksud: Mempunyai barangan berharga atau anak satu sahaja, jika hilang tentu tiada
penggantinya.
 
anak sungai lagikan berubah, inikan pula hati orang
Maksud: Hati manusia mudah berubah-ubah.
 
angan menerawang langit
Maksud: Bercita-cita tinggi.
 
angan mengikat tubuh
Maksud: Menyusahkan diri sendiri kerana cita-cita terlampau tinggi.
 
angan lalu, faham tertumbuk
Maksud: Menurut fikiran mungkin dapat dibuat tetapi sebenarnya sukar.
 
angguk bukan, geleng ya
Maksud: Lain di mulut lain di hati.
 
angin berputar, ombak bersabung
Maksud: Sesuatu yang sangat sukar untuk diselesaikan.
 
angin bersiru, kami tahu
Maksud: Telah tahu akan niat atau pendirian seseorang yang  telah berubah.
 
angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam
Maksud: Khabar-khabar yang ganjil atau aneh tidak akan dapat disimpan atau disembunyikan.
 
angkat batang, keluar cacing gelang-gelang
Maksud: Mengerjakan pekerjaan orang yang terbengkalai suatu faedah pun tidak diperoleh.
 
angkuh terbawa, tampan tinggal
Maksud: Mempunyai rupa paras yang baik atau tampan tetapi sikapnya tidak baik. Memperolok-
olok orang yang suka menghias diri atau pesolek.
 
anggup bagai rumput di tengah jalan
Maksud: Kehidupan yang melarat kerana miskin atau sakit.
 
anjing diberi makan nasi bilakan kenyang
Maksud: Sia-sia sahaja memberi nasihat yang baik kepada orang yang jahat.
 
anjing ditepuk menjungkit ekor
Maksud: Orang yang tidak berbudi jika dihormati akan menjadi sombong.
 
anjing galak, babi berani
Maksud: Orang jahat yang berani sama berani dan kuat sama kuat.
 
anjing itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ke tempat yang banyak tulang
Maksud: Orang yang tamak dan tidak tahu malu, tidak mempedulikan nama baiknya atau tidak
menjaga nama baiknya (tidak mempedulikan hukuman).
 
anjing itu meski dirantai dengan rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke
tempat najis
Maksud: Orang yang bertabiat jahat itu tidak akan mengubah perangainya walaupun diberi
kemewahan.
 
anjing kepada orang, raja kepada kita
Maksud: Buruk baik anak sendiri juga.
 
anjing menggonggong, kafilah berlalu
Maksud: Betapapun kritikan dilancarkan, namun hal itu tetap berjalan terus dengan sendirinya.
 
anjing mengulangi bangkai
Maksud: Orang yang mengulangi perbuatan jahat atau tidak senonoh.
 
anjing menyalak bukit mahukan runtuh
Maksud: Celaan orang jahat terhadap orang baik tidak akan memberikan apa-apa kesan.
 
anjing menyalak, tak akan menggigit
Maksud: Orang yang bercakap besar sebenarnya tidak berbahaya.
 
antah berkumpul sama antah, beras sama beras
Maksud: Orang miskin akan diasingkan atau tersisih daripada orang kaya atau mulia.
 
antan patah, lesung hilang
Maksud: Mengalami pelbagai kesusahan dan kecelakaan.
 
antara dua tengah tiga
Maksud: Orang sakit yang hampir mati.
 
apabila orang miskin menghendaki wang dia dapat anak, apabila orang kaya menghendaki
anak dia dapat wang
Maksud: Perihal menyatakan bahawa manusia itu lemah, yang berkuasa ialah Allah jua.
 
apa boleh buat, biar sakit dahulu senang kemudian
Maksud: Biarlah bekerja berat dahulu untuk mendapat kesenangan kemudian hari.
 
apa boleh buat, nasi sedap menjadi tawar
Maksud: Apabila hati seseorang itu telah rosak atau terluka, perangainya akan berubah.
 
apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat
Maksud: Sudah terlanjur tidak dapat diubah lagi.
 
apa digaduhkan; pengayuh sama di tangan, perahu sama di air
Maksud: Jika kedua-duanya menghajati benda yang satu, hendaklah berjuang atau bertanding
supaya dapat menentukan Pihak yang layak memilikinya.
 
apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya
Maksud: Lebih berfaedah pengetahuan itu ditunjukkan dalam majlis supaya orang dapat
mengambil manfaatnya.
 
apakah gunanya kemenyan sebesar tungku, kalau tidak dibakar?
Maksud: Tidak ada gunanya ilmu pengetahuan jika hanya disimpan dan tidak diajarkan kepada
orang lain.
 
apa gunanya merak mengigal di hutan
Maksud: Tidak ada gunanya menunjukkan kepandaian kepada orang bodoh dan tidak tahu
menilai.
 
apa kurang pada belida
Maksud: Orang kaya tidak akan kekurangan tetapi orang miskin juga yang menjadi mangsa.
 
apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada
Maksud: Mempunyai keperluan secukupnya.
 
apalagilah pemakan berulam bertemu pucuk!
Maksud: Orang yang bertemu dengan sesuatu kegemarannya.
 
apalagi sawa, ia berkehendakkan ayamlah!
Maksud: Orang yang suka mencari sesuatu yang digemarinya.
 
apa payahnya menaupkan bibir bawah atas
Maksud: Mudah menyebut tetapi susah mengerjakannya.
 
apa payahnya menggoyangkan lidah sahaja
Maksud: Banyak berjanji tetapi tidak ditepati.
 
apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang habis
Maksud: Mudah sahaja bagi seseorang menyuruh melakukan sesuatu tetapi orang yang
melakukannya itulah yang mengalami kesukaran atau masalah.
 
apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh
Maksud: Cemuhan atau sindiran kepada orang yang berkahwin dengan janda atau
mempertahankan diri apabila berkahwin dengan janda.
 
apa tampangnya, itulah tumbuhnya
Maksud: Hasil sesuatu pekerjaan menurut apa-apa yang kita usahakan.
 
api kecil baik padam
Maksud: Kejahatan itu patut dibanteras semasa masih kecil dan sebelum merebak.
 
api nan tak kunjung padam
Maksud: Semangat yang membara selama-lamanya.
 
api padam puntung berasap
Maksud: Perkara yang dianggap sudah selesai tetapi timbul semula.
 
api padam puntung hanyut
Maksud: Perkara yang sudah diputuskan tidak ada sambungannya lagi.
 
api semasa kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan
Maksud: Kejahatan yang kecil hendaklah diperbaik, jika tidak dibendung akan besarlah
kecelakaannya.
 
apung-apung buih
Maksud: Sesuatu yang tidak tetap dan selalu tenggelam timbul.
 
arang di dahi
Maksud: Sedang mendapat malu.
 
arang di kening
Maksud: Sedang mendapat malu.
 
arang di muka
Maksud: Mendapat malu.
 
arang habis besi binasa
Maksud: Wang telah habis dibelanjakan tetapi pekerjaan yang diusahakan tidak berhasil.
 
arang itu, kalau dibasuh dengan air mawar sekalipun, tidak akan putih
Maksud: Orang yang bertabiat jahat walaupun dihukum akan tetap kekal dengan kejahatannya.
 
asak kata orang, ansur katanya
Maksud: Orang menyuruh Pindah (bekerja kuat) tetapi dia hanya bergerak (kerja) sedikit.
 
asal ada, anak kecil pun jadi
Maksud: Kalau tak ada banyak atau yang baik, ada sedikit pun memadai.
 
asal ada, kecil pun ada
Maksud: Asalkan ada, tidak banyak sedikit pun cukuplah.
 
asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Maksud: Yang baik itu walau di mana-mana pun tempatnya akan menjadi baik juga.
 
asal berinsang, ikanlah
Maksud: Tidak memilih.
 
asal berisi tembolok senang hati
Maksud: Apabila sudah cukup makanan dan pakaian, senanglah hati.
 
Asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk       
Maksud: Darjat seseorang menentukan tugas atau kerjanya.
 
asal ditugal, adalah benih
Maksud: jangan dirisaukan jika tiada pertolongan, mulakan kerja dahulu dan kemudian tentu
akan ada bantuan.
 
asalnya kuda itu kuda juga dan keldai itu keldai juga
Maksud: Tiap-tiap sesuatu itu menurut asalnya.
 
asal sabut timbul, asal batu tenggelam
Maksud: Kalau bernasib baik tentu selamat, kalau tidak bernasib baik tentu tidak selamat.
 
asal selamat sampai ke seberang, biar bergantung di ekor buaya.
Maksud: Sangat memerlukan sesuatu sehingga sanggup mendapatkan pertolongan yang
membahayakan diri.
 
asal terbang burunglah, asal berenang ikanlah
Maksud: Lelaki yang tidak memilih kasih, asal perempuan jadilah.
 
asing lubuk, asing ikannya
Maksud: Orang yang datang dari tempat yang berbeza.
 
asing orang berlainan pendapat
Maksud: Setiap manusia mempunyai pendapat sendiri.
 
asing maksud, asing sampai
Maksud: Lain yang diharapkan, lain yang diperoleh.
.
 
asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan
Maksud: Tidak akan tercapai hasrat kalau tidak mahu berusaha.
 
atap rumbia perabung upih
Maksud: Sesuatu yang baik dicampurkan dengan yang buruk.
 
aur ditanam betung tumbuh
Maksud: Mendapat keuntungan besar dengan modal yang sedikit.
 
aus telunjuk mencolek garam
Maksud: Terlalu miskin.
 
awak hendak hilir, dia telah hanyut
Maksud: Cita-cita yang telah didahului oleh orang lain.
 
awak kecil makan hendak banyak, sayap singkat terbang hendak tinggi
Maksud: Mengangan-angankan sesuatu yang tidak sepadan dengan diri sendiri.
 
awak kurus daging menimbun
Maksud: Orang kaya yang berpura-pura miskin.
 
awak menangis diberi pisang
Maksud: Pujukan yang tepat.
 
awak rendah sangkutan tinggi
Maksud: Belanja lebih besar daripada pendapatan.
 
awak sakit daging menimbun
Maksud: Orang kaya tetapi berkeluh-kesah.
 
awak tak payah membela ruyung, orang lain yang beroleh sagunya
Maksud: Kita yang berusaha dan bersusah payah tetapi orang lain yang mendapat faedahnya.
 
awak tikus hendak menampar kepala kucing
Maksud: Tidak berdaya berbuat sesuatu yang dicita-citakan kerana tidak berkuasa.
 
ayam baru belajar berkokok
Maksud: Baru sampai umur dan masih muda tetapi sudah menginginkan perempuan.
 
ayam berinduk, sirih berjunjung
Maksud: Yang lemah harus mendapat pertolongan agar selamat.
 
Ayam berkokok hari siang
Maksud: Sesuatu yang sudah ada tanda-tanda jelas.
 
Ayam beroga itu, jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya
Maksud: Orang dagang itu walau bagaimana senangnya hidup di negeri orang, tetap ingin
pulang ke negeri asalnya.
 
ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan
Maksud: Orang yang menderita kesusahan di tempat yang mewah.
 
ayam bertelur sebiji riuh sekampung, penyu bertelur beratus tiada seorang pun tahu
Maksud: Mendapat kekayaan yang sedikit sudah dihebohkan sedangkan orang yang memang
kaya tidak pula menghebahkannya.
 
ayam dapat, musang dapat
Maksud: Barang tidak hilang dan pencuri berjaya ditangkap.
 
ayam diasak malam
Maksud: Tidak berdaya lagi.
 
ayam ditambat, disambar helang
Maksud: Sesuatu yang sudah menjadi milik sendiri tiba-tiba dirampas oleh orang yang lebih
bijak atau berkuasa.
 
ayam ditambat disambar helang, padi ditanam tumbuh lalang
Maksud: Nasib yang malang sekali.
 
ayam hitam terbang malam (hinggap di pokok pandan, bergeresek ada, rupanya tiada)
Maksud: Perbuatan jahat yang sulit diketahui oleh orang tetapi tidak dapat disahkan kerana
tiada bukti yang nyata.
 
ayam itu raja di tempatnya
Maksud: Seseorang itu berkuasa di tempat masing-masing.
 
ayam laga sekandang
Maksud: Orang yang bersanak saudara apabila berkelahi tidak perlu dicampuri kerana mereka
akan berbaik semula nanti.
 
ayam lepas, tangan tercirit
Maksud: Niat hati hendak mencari keuntungan tetapi malang menimpa.
 
ayam menang, kampung tergadai
Maksud: Mendapat rezeki yang sedikit tetapi didatangi tagihan yang banyak, akhirnya terpaksa
pula berhutang.
 
ayam menetaskan telur itik, anaknya itu suka ke air juga
Maksud: Perangai daripada baka asal tidak akan berubah walaupun dibela oleh orang lain.
 
ayam patuk anaknya
Maksud: Memarahi anak atau isteri bukan kerana benci tetapi kerana hendak mendidik.
 
ayam pelesung
.
Maksud: Pemuda yang sering ke rumah orang yang mempunyai anak gadis.
 
ayam pulang ke lumbung, itik pulang ke pelimbahan
Maksud: Tabiat seseorang itu tidak akan berubah.
 
ayam pulang ke pantan
Maksud: Sudah di tempatnya.
 
ayam putih terbang siang, (hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak)
Maksud: Perihal pekerjaan baik yang dilakukan dengan terang dan nyata kepada semua orang.
 
ayam seekor bertambang dua
Maksud: Seorang gadis diidam oleh dua jejaka.
 
ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam
Maksud: Nasib seseorang tiada sesiapa yang tahu, kini miskin suatu hari mungkin akan kaya.
 
ayam tak patuk, itik tak sudu
Maksud: Sesuatu yang sangat hina atau tidak berharga sehingga tiada sesiapa pun yang ambil
peduli.
 
ayam tembolok berisi senang hati
Maksud: Apabila cukup makan dan pakai, tentulah hidup dengan senang hati.
 
ayam terlepas, tangan berbau tahi
Maksud: Sesuatu yang dihajati tidak diperoleh tetapi malu yang diterima.
 
ayam tidur senang dalam reban, musang yang susah beredar keliling
Maksud: Orang yang berperasaan dengki tidak senang melihat orang lain hidup bahagia.

B
 
bacang dibungkus tentu baunya keluar juga
Maksud: Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum.
 
badak makan anak
Maksud: Membuang anak sendiri.
 
badan bersaudara, emas takkan bersaudara, kasih saudara sama ada
Maksud: Walau bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat
dipisahkan kerana orang lebih mengutamakan harta benda.
 
badan boleh dimiliki tetapi hatinya tidak
Maksud: Walaupun kelihatan lemah atau menjadi hamba kepada orang yang berkuasa, namun
hatinya tidak begitu.
 
bagai air mencari jenisnya
Maksud: Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti dan tidak mengenal jerih
payak.
 
bagai anak dara sudah berlaki
Maksud: Gadis yang tidak malu, pemalas, dan pengotor.
 
bagai anak sepat ketohoran
Maksud: Seseorang yang menunjukkan kemalasannya di rumah orang.
 
bagai anjing beranak enam
Maksud: Dikatakan kepada perempuan yang menjadi kurus sekali kerana kerap melahirkan
anak.
 
bagai anjing melintang denai
Maksud :  Seseorang yang sombong menunjukkan kesombongannya
 
bagai anjing menyalak di ekor gajah
Maksud: Orang yang lemah hendak melawan orang yang berkuasa.
 
bagai anjing terpanggang ekor
Maksud: Seseorang yang mendapat kesusahan yang amat dahsyat, sehingga terpaksa he sana
ke mari untuk mendapatkan pertolongan.
 
bagai anjing tersepit di pagar
Maksud: Seseorang yang dalam kesusahan akan berkeadaan serba salah.
 
bagai api dengan asap
Maksud: Sesuatu yang tidak dapat dipisahkan lagi.
 
bagai api makan dedak
Maksud: Perbuatan jahat yang tidak kelihatan.
 
bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur
Maksud: Suami isteri atau persahabatan yang rukun dan saling menolong.
 
bagai aur dengan tebing
Maksud: Persahabatan yang rukun dan saling menolong.
 
bagai aur di atas bukit
Maksud: Sukar disembunyikan dan mudah dilihat oleh orang.
 
bagai ayam dibawa ke lampuk
Maksud: Orang yang tidak pernah menghadiri majlis yang mewah, kehairanan melihatnya.
.
 
bagai ayam dimakan tungau
Maksud: Orang yang kurus dan pucat lesi kerana berpenyakit.
 
bagai ayam disambar helang
Maksud: Mati tanpa sakit.
 
bagai ayam kecundang
Maksud: Sangat ketakutan.
 
bagai ayam lepas bertaji
Maksud: Serba salah, hendak dibiarkan berbahaya, hendak ditangkap berbahaya juga.
 
bagai ayam mabuk tahi
Maksud: Orang yang pucat lesi dan lemah kerana sakit.
 
bagai barang yang disadur
Maksud: Orang yang tidak tahan diuji.
 
bagai belacan dikerat dua
Maksud: Mendatangkan aib kepada kedua-dua pihak.
 
bagai ayam mengeram telur
Maksud: Keelokan muka seseorang perempuan.
 
bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi
Maksud: Orang yang sombong bercakap besar sehingga terdengar ke mana-mana sedangkan
diri dan keluarganya melarat.
 
bagai babi merasa gulai
Maksud: Orang yang hendak menyama-nyamai orang besar atau kaya.
 
bagai Belanda minta tanah
Maksud: Sudah diberi sedikit, hendak banyak.
 
bagai beliung dengan asahan
Maksud: Sangat akrab dan saling memerlukan.
 
bagai belut digetil ekor
Maksud: Sangat terkejut dan segera bertindak.
 
bagai belut diregang
Maksud: Orang yang tinggi dan kurus.
 
bagai benang dilanda ayam
Maksud: Kusut-masai.
 
bagai berkain tiga hasta
Maksud: Tidak cukup; serba tanggung.
 
bagai berkelahi dalam kapuk
Maksud: Perihal sesuatu perkara yang tidak mudah diselesaikan.
 
bagai berlaki anak semang
Maksud: Perempuan yang berkelakuan tidak senonoh.
 
bagai bersahabat dengan ular bisa
Maksud: Kalau berkawan dengan orang jahat lambat-laun akan dianiayanya kita.
 
bagai berselimut kain sarung
Maksud: Hidup susah yang serba kekurangan.
 
bagai berseru di padang pasir
Maksud: Seruan yang tidak diendahkan oleh orang.
 
bagai bersuluh di tengah hari
Maksud: Perkara yang sudah terang dan nyata dijelaskan lagi.
 
bagai bersumur di tepi rawa
Maksud: Orang yang selalu cemburu.
 
bagai bertanak di kuali
Maksud: Bermurah-murahan kepada orang lain sehingga mendatangkan kesusahan kepada diri
sendiri.
 
bagai bertandang ke rumah meranda
Maksud: Berkunjung ke rumah orang yang tiada dijamu apa-apa.
 
bagai bertandang ke surau
Maksud: Perihal bertandang ke rumah orang yang tidak menghidangkan apa-apa kepada
tetamu.
 
bagai bertih digoreng
Maksud: Bunyi yang tidak putus-putus.
 
bagai beruk kena ipuh
Maksud: Menggeliat-geliat kerana kesakitan.
 
bagai berumah di tepi tebing
Maksud: Selalu tidak aman hatinya.
 
bagai besi dengan penempa
Maksud: Orang yang lemah di bawah kuasa orang yang kuat.
 
bagai bulan penuh di kaki awan
Maksud: Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya untuk berjalan.
 
bagai bumi dengan langit
Maksud: Dua perkara yang sangat berbeza.
 
bagai buntal kembung
Maksud: Menjadi sombong.
 
bagai bunyi cempedak jatuh
Maksud: Bunyi yang kuat akibat orang gemuk jatuh.
 
bagai bunyi orang dikoyak harimau
Maksud: Menjerit kuat-kuat.
 
bagai bunyi perempuan di air
Maksud: Sangat bising; riuh-rendah.
 
bagai bunyi perian pecah
Maksud: Suara yang buruk, tidak merdu langsung.
 
bagai bunyi siamang kenyang
Maksud: Banyak cakap setelah mendapat kesenangan.
 
bagai cekur jeringau di ubun-ubun
Maksud: Umur masih terlalu muda tetapi ingin berumah tangga.
 
bagai cembul dapat tutupnya
Maksud: Mendapat sesuatu yang sangat sesuai.
 
bagai cendawan disesah
Maksud: Pucat lesi rupanya.
 
bagai cendawan kememeh
Maksud: Sangat mudah menangis.
 
bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud: Terlalu banyak pada sesuatu masa.
 
bagai cepu dengan tudungnya
Maksud: Sesuai benar; sangat cocok.
 
bagai dakwat dengan kertas
Maksud: Saling mencintai dan memerlukan.
 
bagai dekan di bawah pangkal buluh
Maksud: Seseorang yang pandai menyimpan rahsia.
 
bagai denai gajah lalu
Maksud: Kerosakan yang besar.
 
bagai diikat dengan sehasta tali
Maksud: Tidak dapat berbuat sekehendak hati.
 
bagai dimandikan dengan air segeluk
Maksud: Menerima pertolongan yang tidak bererti.
 
bagai dirahap kain basah
Maksud: Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar atau melihat sesuatu kejadian yang
sedih atau ngeri.
 
bagai disalak anjing bertuah
Maksud: Tidak perlu bertangguh atau permintaan yang perlu dikabulkan (berkaitan dengan
anak-anak, yang tidak dapat tidak terpaksa ditunaikan kehendaknya).
 
bagai tuntung jarum dilaga
Maksud: Tidak tetap; Lekas berubah atau mudah rosak.
 
bagai dulang dengan tudung saji
Maksud: Sesuatu yang berpadanan dari segi sifat dan rupa paras.
 
bagai duri dalam daging
Maksud: Hal yang selalu menyusahkan orang.
 
bagai emak mandul baru beranak
Maksud: Terlalu gembira kerana mendapat sesuatu yang sangat diidamkan.
 
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing masing
Maksud: Mementingkan diri sendiri dan tidak hidup bermasyarakat.
 
bagai gadis julung bersubang
Maksud: Angkuh atau terlalu gembira.
 
bagai gadis julung menumbuk
Maksud: Sangat rajin dan bersungguh-sungguh.
 
bagai galah dijual
Maksud: Sudah habis hartanya kerana berjudi atau sebagainya.
 
bagai galah di tengah arus
Maksud: Sangat gementar, keluh-kesah, dan gelisah.
 
bagai garam jatuh ke air
Maksud: Ajaran atau nasihat yang mudah diterima dan masuk ke dalam hati.
 
bagai gelegar buluh
Maksud: Bercakap besar.
 
bagai gelombang dua belas
Maksud: Kehebatan pendekar ketika menarikan pedang.
 
bagai geluk tinggal di air
Maksud: Orang yang melarat yang hanya mengharapkan bantuan orang.
 
bagai gembala diberi keris
Maksud: Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna baginya.
 
bagai gergaji bermata dua
Maksud: Orang yang menerima keuntungan daripada kedua-dua belah pihak.
 
bagai hantu makan dedak
Maksud: Bersungut-sungut dengan tiada sebabnya.
 
bagai harimau beranak muda
Maksud: Perihal orang yang sangat bengis; garang.
 
bagai haruan dalam tuar
Maksud: Perihal seseorang yang berada dalam kesusahan dan kegelisahan.
 
bagai hela rambut dalam tepung
Maksud: Harus berhati-hati ketika mengerjakan sesuatu pekerjaan yang sulit.
 
bagai hempedu lekat di hati
Maksud: Hubungan yang sangat erat sehingga sukar diceraikan.
 
bagai hujan jatuh ke pasir
Maksud: Pertolongan yang sia-sia.
 
bagai ikan dalam keroncong
Maksud: Tidak dapat ditolong lagi.
 
bagai ikan kena tuba
Maksud: Banyak orang yang sakit atau mati di dalam sesebuah kampung atau negeri.
 
bagai ikan lampam bawah jamban
Maksud: Orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan maksiat.
 
bagai ilak bercerai dengan benang
Maksud: Bercerai untuk selama-lamanya dan tidak akan bertemu lagi.
 
bagai inai dengan kuku
Maksud: Persahabatan yang sangat karib.
 
bagai intan diikat dengan tembaga
Maksud: Pasangan yang tidak sepadan.
 
bagai isi dengan kuku
Maksud: Perihal persahabatan yang sangat karib.
 
bagai itik berebutkan tembolok
Maksud: Perbalahan yang disebabkan oleh perkara yang terlalu kecil atau tidak berharga.
 
bagai itik bertaji
Maksud: Orang yang penakut tetapi berlagak berani.
 
bagai itik pulang petang
Maksud: Berjalan sangat lambat.
 
bagai jampuk kesiangan hari
Maksud: Seseorang yang bingung kerana kehilangan akal
 
bagai jawi belang puntung; didahulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk
Maksud: Dikiaskan kepada orang bodoh yang tidak dapat dibawa berunding.
 
bagai jawi ditarik keluan
Maksud: Menurut sahaja.
 
bagai jawi makan, dimamah dahulu baru ditelan
Maksud: Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan perlu ditimbang dan dirundingkan terlebih
dahulu.
 
bagai jawi terkurung siang
Maksud: Orang yang tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat.
 
bagai kaca terhempas ke batu
Maksud: Sangat sedih atau kecewa.
 
bagai kacang direbus satu
Maksud: Terloncat-loncat kesukaan.
 
bagai kacang direndang
Maksud: Bunyi yang tidak putus-putus.
 
bagai kacang tengah dua bulan
Maksud: Kanak-kanak yang sedang subur tubuh badan.
 
bagai kain menunjukkan corak bangsanya
Maksud: Rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya.
 
bagai kambing dalam biduk
Maksud: Perihal orang yang dalam ketakutan sehingga tidak tahu untuk berbuat apa-apa.
 
bagai kambing dihela ke air
Maksud: Bersungguh-sungguh tidak mahu.
 
bagai kambing dijunjung
Maksud: Jerit atau teriak orang yang penakut.
 
bagai kambing dimandikan pagi
Maksud: Orang yang malas dan enggan berbuat sesuatu yang disuruh.
 
bagai kambing diseret ke air
Maksud: Perihal orang yang sangat keberatan kalau disuruh berbuat sesuatu.
 
bagai kambing harga dua kupang
Maksud: Orang yang tiada nilai diri; tidak senonoh dan keanak-anakan.
 
bagai kambing lepas ke parak
Maksud: Dapat memilih apa-apa sahaja kerana berada dalam keadaan mewah.
 
bagai kambing menanduk bukit; tanduk patah bukit tak runtuh
Maksud: Pekerjaan yang bukan sahaja sia-sia, malahan mendatangkan kerugian.
 
bagai kangkung di ulak jamban
Maksud: Perkembangan yang sangat cepat.
 
bagai kapak naik cerana
Maksud: Tidak kena pada tempatnya.
 
bagai kapak naik pemidangan
Maksud: Melakukan sesuatu dengan tidak cukup kebolehan atau alat.
 
bagai kayu lempung, ditebuk kumbang tembus-menembus
Maksud: Orang yang lemah akan mudah dianiaya oleh orang yang berkuasa.
 
bagai keli kena ketuk
Maksud: Bersungut-sungut tidak tentu hujung pangkalnya.
 
bagai kelip-kelip terbang malam
Maksud: Rahsia yang sudah diketahui orang.
 
bagai keluang bebar petang
Maksud: Berkerumun atau berhimpun beramai-ramai.
 
bagai kepiting batu
Maksud: Sangat bakhil atau kedekut.
 
bagai kera dapat canggung
Maksud: Tidak renggang-renggang dari tempat menerima bantuan.
 
bagai kera diberi kaca
Maksud: Mendapat sesuatu yang tidak diketahui kegunaannya.
 
bagai kerakap atas batu, hidup enggan mati tak mahu
Maksud: Hidup melarat dan miskin.
 
bagai kerbau runcing tanduk
Maksud: Orang yang terkenal oleh kejahatannya sehingga orang lain yang berbuat jahat dia
juga yang dituduh.
 
bagai kerbau terkejut oleh gong
Maksud: Tercengang-cengang kehairanan.
 
bagai keroncor dengan belangkas
Maksud: Persahabatan atau percintaan yang sangat mesra dan kasih-mengasihi.
 
bagai kiambang dilempar
Maksud: Bersurai seketika dan kemudian berkumpul semula.
 
bagai kilat senja, bagai petir tunggal
Maksud: Perihal kepantasan dan kegagahan seorang pahlawan.
 
bagai kinantan hilang taji
Maksud: Orang yang bijak, kaya, dan ada pelbagai kelebihan tetapi tidak mendapat
penghormatan daripada orang lain.
 
bagai kuau mengigal
Maksud: Perihal kehebatan dan kegagahan seseorang.
 
bagai kucing dengan panggang
Maksud: Dikatakan kepada lelaki dan perempuan yang selalu berdekatan, lambat-laun akan
terjadi perkara sumbang.
 
bagai kucing dibawa lidi
Maksud: Sangat ketakutan.
 
bagai kucing kehilangan anak
Maksud: Perihal orang yang hilang akal atau kebingungan.
 
bagai kucing lepas senja
Maksud: Berasa senang hati kerana sukar dicari.
 
bagai kucing main daun
Maksud: Peri kehebatan seseorang pahlawan.
 
bagai kucing menjemput api
Maksud: Sesuatu yang diusahakan tidak berhasil sedangkan alat dalam perusahaan itu hilang
atau musnah pula.
 
bagai kucing takut akan balur
Maksud: Lelaki yang takut dan malu kepada perempuan.
 
bagai kucing tidur di bantal
Maksud: Perihal kehidupan yang senang dan mewah.
 
bagai kumbang putus tali
Maksud: Sangat pantas larinya.
 
bagai kunyit dengan kapur
Maksud: Perbuatan atau orang yang lekas menjadi serasi atau mudah mesra.
 
bagai lalat mencari puru
Maksud: Membuat pekerjaan dengan cepat dan rakus kerana mencari keuntungan.
 
bagai langau di ekor gajah
Maksud: Orang yang menurut kemahuan orang besar atau pandai.
 
bagai lebah menghimpun madu
Maksud: Sangat rajin.
 
bagai lengkitan gulai
Maksud: Perihal orang yang ingin menebus kejahatan diri tetapi kebaikan diri pula hilang.
 
bagai lepat dengan daun
Maksud: Sesuai atau padan benar.
 
bagai lintah dikerat ekor
Maksud: Sesuatu yang dilakukan dengan pantas.
 
bagai lobak di pemerunan
Maksud: Perihal kanak-kanak yang subur tubuhnya atau lekas besar.
 
bagai lukah tak penuh oleh air
Maksud: Perihal budak yang banyak makan dan tidak tahu kenyang-kenyang.
 
bagai makan buah si malakamo, dimakan mati ibu, tak dimakan mati bapa
Maksud: Serba salah; buat salah tidak buat pun salah.
 
bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
Maksud: Patuh akan segala perintah.
 
bagaimana cetak, begitulah kuihnya
Maksud: Kelakuan anak itu akan menurut didikan ibu bapanya.
 
bagaimana contoh, begitulah kuihnya
Maksud: Seorang anak akan menurut sifat orang tuanya.
 
bagaimana ditanam, begitulah dituai
Maksud: Setiap kelakuan jahat, kejahatan balasannya.
 
bagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu
Maksud: Orang yang selalu pergi ke rumah seseorang dengan maksud yang tersembunyi.
 
bagaimana pohon tidak tumbang dipanah halilintar sebab baluh kulit ada di batangnya
Maksud: Orang yang bersubahat dengan orang jahat akhirnya akan binasa walaupun daripada
keturunan orang baik-baik.
 
bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh
Maksud: Hairan melihat keturunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh.
 
bagai mandi dalam cupak
Maksud: Pertolongan yang tidak mencukupi.
 
bagai manik putus pengarang (tali)
Maksud: Air mata yang bercucuran.
 
bagai melempar kersik ke buluh
Maksud: Pekerjaan yang sia-sia.
 
bagai melihat asam
Maksud: Sangat berselera terhadap sesuatu.
 
bagai melihat ulat
Maksud: Sangat benci atau meluat melihat sesuatu.
 
bagai melompati pagar tiga hasta; akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi
Maksud: Keadaan atau pertolongan yang tidak kurang tetapi tidak pula mencukupi.
 
bagai melukut di tepi gantang
Maksud: Perkara kecil yang tidak mendapat perhatian.
 
bagai melulur bersetonggeng
Maksud: Melakukan sesuatu yang sukar kerana malu, takut, atau terpaksa.
 
bagai melulutkan jebat pada kerbau
Maksud: Pemberian yang tidak kena pada tempatnya atau tidak memberikan faedah kepada
penerima itu.
 
bagai memagar nyiur condong, buahnya jatuh ke laman orang
Maksud: Kita bersungguh-sungguh menjaga sesuatu, tetapi hasilnya diperoleh oleh orang lain.
 
bagai membangunkan ular tidur
Maksud: Melakukan pekerjaan yang membahayakan diri sendiri.
 
bagai membelah betung
Maksud: Pendirian atau kasih yang berat sebelah.
 
bagai menambah gelang bini
Maksud: Pemberian kepada orang yang sudah mempunyai benda yang sama atau yang sudah
dimilikinya.
 
bagai menanti laki pulang maling
Maksud: Selalu dalam keadaan gelisah.
 
bagai mencari belalang di atas akar
Maksud: Mengerjakan pekerjaan yang mustahil atau hampir mustahil untuk berhasil.
 
bagai mencari kutu di dalam ijuk
Maksud: Terlalu susah untuk mencari sesuatu atau seseorang.
 
bagai memakai baju sempit
Maksud: Perbuatan yang tidak sesuai dengan keadaan diri.
 
bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diluah mati bapa
Maksud: Serba salah.
 
bagai menelan mestika embun
Maksud: Mendengar nasihat yang baik.
 
bagai menentang matahari
Maksud: Melawan pendapat orang yang berkuasa itu akan menyusahkan diri.
 
bagai mengail kucing hanyut
Maksud: Perbuatan yang sia-sia.
 
bagai mengatai tonggak
Maksud: Perihal memberi nasihat kepada orang yang hanya berdiam diri.
 
bagai mengepal pasir kering
Maksud: Sangat susah menyatukan orang yang berlainan fikirannya.
 
bagai menggelikan induk ayam
Maksud: Memberanikan orang yang penakut.
 
bagai menghela tali jala
Maksud: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati supaya tidak kerugian.
 
bagai menghitung bulu kambing
Maksud: Mengerjakan sesuatu yang sia-sia.
 
bagai mengira anak ayam
akan berjaya.
Maksud: Melakukan pekerjaan yang tidak mungkin dapat dikerjakan.
 
bagai mengisi perian bubus
Maksud: Pekerjaan yang sia-sia.
 
bagai menjaga intan dicanai
Maksud: Kasih sayang yang amat sangat kepada seseorang.
 
bagai menjaring angin
Maksud: Melakukan pekerjaan yang sia-sia belaka.
 
bagai menjenguk jerat sial
Maksud: Benci akan sesuatu pekerjaan tetapi terpaksa juga melakukannya atau pergi. ke
sesuatu tempat sebentar sahaja.
 
bagai menolong orang dikerumuni lebah
Maksud: Bersedialah menempuh bahaya apabila menolong orang yang dalam bahaya.
 
bagai menumbuk padi hampa
Maksud: Hal seseorang yang terbilang kekayaannya tetapi sebenarnya miskin.
 
bagai menyandang galas tiga, berat tidak seberapa rintangannya yang lebih
Maksud: Pekerjaan yang senang tetapi susah hendak melakukannya.
 
bagai menyandang lukah tiga
Maksud: Menjalankan kerja yang sukar sungguhpun tidak berat.
 
bagai menyesah kain dapat
Maksud: Memakai barang yang dipinjam dengan sekehendak hati.
 
bagai menyurat di atas air
Maksud: Membuat kerja yang sia-sia.
 
bagai meramas biji cempedak
Maksud: Bersungguh-sungguh untuk mengalahkan atau menghadapi seseorang yang pandai
berdolak-dalik.
 
bagai murai dicabut ekor
Maksud: Orang yang suka bercakap.
 
bagai nakhoda kasap; hujung hilang pangkal lesap
Maksud: Berbelanja mewah dalam perniagaan sehingga mendapat kerugian.
 
bagai nangka masak menyesak sarungnya
Maksud: Rupa seseorang yang tembam.
 
bagai ombak purus
Maksud: Bunyi suara orang ramai atau deru yang amat menghibakan.
 
bagai padi hendakkan dedak, bagai laki hendakkan kendak
Maksud: Suka menolak sesuatu yang baik dan lebih suka akan perkara buruk.
 
bagai pahat dengan penukul
Maksud: Orang yang bekerja hanya apabila disuruh.
 
bagai pahat, tidak ditukul tidak makan
Maksud: Orang yang hanya bekerja apabila disuruh.
 
bagai panas mengandung hujan
Maksud: Orang yang dalam kesusahan itu tetap nampak kesusahannya walaupun dia ketawa.
 
bagai pancang digoncang arus
Maksud: Tidak tegas atau pendirian yang berubah-ubah mengikut mana-mana pengaruh yang
kuat.
 
bagai parang buruk, tali sabut tiada lut
Maksud: Perihal orang yang lemah, pekerjaan yang ringan pun tidak terdaya dilakukannya.
 
bagai pasir pantai, air timpas dibahagiakan
Maksud: Mengutarakan kebenaran diri pada waktu yang sesuai, orang yang sedang marah
ditenangkan.
 
bagai pauh dilayang
Maksud: Bentuk pipi yang licin dan sangat bagus.
 
bagai pelanduk di dalam cerang
Maksud: Gelisah kerana ketakutan.
 
bagai pelita kehabisan minyak
Maksud: Tidak berseri-seri lagi.
 
bagai pepatung mandi
Maksud: Masa berlaku terlalu pantas.
 
bagai perempuan bunting bertemu idamannya
Maksud: Gembira kerana mendapat barang kesukaannya.
 
bagai perempuan membawa perut
Maksud: Orang yang buncit perutnya. .
 
bagai pimping di lereng
Maksud: Orang yang pendiriannya tidak tetap.
 
bagai pintu tidak berpasak, perahu tidak berkemudi
Maksud: Sesuatu yang membahayakan, pada bila-bila masa sahaja boleh mendatangkan
malapetaka.
 
bagai pucuk dilancar
Maksud: Pergerakan yang terlalu cepat.
 
bagai pucuk pisang didiang
Maksud: Lemah sekali dan tidak bertenaga kerana sakit dan sebagainya,
 
bagai punggur rebah
Maksud: Keadaan orang yang gemuk jatuh.
 
bagai puyu di air jernih
Maksud: Senang hidupnya.
 
bagai puyuh laga
Maksud: Percakapan yang tidak habis-habis.
 
bagai rabuk dengan api, asal berdekat menyalalah ia
Maksud: Dua orang yang tidak boleh berdekatan kerana akan berlaku perbantahan atau
pertengkaran.
 
bagai rambut dibelah tujuh
Maksud: Terlalu sedikit atau sangat kecil.
 
bagai rasa batang pisang
Maksud: Amat sejuk (badan).
 
bagai rotan, asal berinsang dicucuk sahaja
Maksud: Perihal orang yang tidak memilih perbuatan atau pekerjaan.
 
bagai rupa orang tak kena beragih
Maksud: Rupa masam kerana rugi (ketika membahagi-bahagikan barang-barang syarikat).
 
bagai rupa tokak dibasuh
Maksud: Rupa yang sangat buruk.
 
bagai rupa tongkahan
Maksud: Rupa yang tidak menarik.
 
bagai sambau di pintu kandang
Maksud: Kehidupan yang tidak menentu atau melarat.
 
bagai sambau di tengah jalan
Maksud: Kehidupan yang melarat.
 
bagai santan dengan gula
Maksud: Sangat sesuai.
 
bagai sayang kaki pada terompah
Maksud: Kasih sayang yang boleh ditinggal-tinggalkan dan digunakan ketika perlu sahaja.
 
bagai semut penghimpun melukut
Maksud: Orang yang rajin bekerja.
 
bagai serangkak tertimbakan
Maksud: Orang yang miring jalannya atau cacat.
 
bagai serdadu pulang baris
Maksud: Orang yang kelihatan selalu bergaya tetapi pekerjaannya berat dan berbahaya.
 
bagai siamang kurang kayu
Maksud: Berasa susah hati kerana kehabisan barang keperluan harian.
 
bagai si buta pergi bergajah
Maksud: Pekerjaan yang sia-sia.
 
bagai si jimbam (si jiban) hendak hilir
Maksud: Orang yang lembap dalam sesuatu pekerjaan.
 
bagai si kudung mendapat cincin
Maksud: Berasa terlalu gembira apabila mendapat sesuatu yang tidak pernah diperoleh tetapi
tidak dapat merasai nikmatnya.
 
bagai si kudung pergi berbelut
Maksud: Pekerjaan yang sia-sia kerana tiada keupayaan untuk melakukannya.
 
bagai si lumpuh hendak merantau
Maksud: Ingin melakukan pekerjaan yang mustahil.
 
bagai si pekak tertanya-tanya
Maksud: Sangat ingin mendengar khabar.
 
bagai sumpit dihentakkan
Maksud: Orang yang gemuk dan lembam atau tidak cergas.
 
bagai susu dengan sakar, dibuat tengguli
Maksud: Sangat padan.
 
bagai tabut Keling; di luar berkilat di dalam berongga
Maksud: Orang yang kelihatan baik pada zahirnya tetapi jahat hatinya.
 
bagai tagar di Pulau Sembilan                              
Maksud: Percakapan yang terlalu tinggi dan sombong.
 
bagai tali berkembar empat, bagai tungku sejerangan
Maksud: Perbuatan yang dimesyuaratkan oleh empat orang atau difikirkan oleh orang-orang
berilmu lagi berakal dan mahir tentulah menjadi sempurna.
 
bagai tanah pelempar balam
Maksud: Usaha yang tidak bersungguh-sungguh, jika berhasil bersyukur, jika tidak berhasil
tidak mengapa.
 
bagai tanduk bersendikan gading
Maksud: Pasangan yang tidak sepadan.
 
bagai tanduk diberkas
Maksud: Sangat susah untuk menyatukan orang yang berlainan fikiran.
 
bagai tangguk lerak dengan bingkainya
Maksud: Suami isteri yang tidak pernah bercerai sampai ajalnya.
 
bagai tembilang bagai penggali, bagai yang hilang begitu yang ganti
Maksud: Sesuatu yang hilang sama dengan penggantinya.
 
bagai tergelak sedang kematian
Maksud: Keadaan yang susah.
 
bagai tekukur mengikut kata
Maksud: Anak angkat yang mengikut kata atau diperlakukan sesuka hati oleh ibu bapa
angkatnya.          .
 
bagai terpijak bara panas
Maksud: Menjadi gelisah kerana sesuatu perkara.
 
bagai terung terantuk ke dinding
Maksud: Datang berkunjung sekejap sahaja.
 
bagai tidur di atas enjelai
Maksud: Sangat gelisah.
 
bagai tidur di atas miang
Maksud: Orang yang sangat gelisah kerana banyak perkara sedang difikirkan.
 
bagai tikus membaiki labu
Maksud: Orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya akhirnya akan tambah
merosakkan.
 
bagai timun dendang; di luar merah di dalam pahit
Maksud: Mulut manis tetapi hati busuk.
 
bagai tokak lekat di kening
Maksud: Malu yang tidak dapat disembunyikan.
 
bagai tulang dalam rongkongan
Maksud: Sangat musykil.
 
bagai tunggul dihias
Maksud: Rupa yang buruk.
 
bagai tupai bergelut           .
Maksud: Perihal kehebatan langkah seorang pendekar:
 
bagai ulat nangka terhempas ke batu
Maksud: Orang jahat yang tidak berasa serik walaupun ditimpa kesusahan akibat kejahatannya.
 
bagai udang dalam tangguk
Maksud: Menggeletek-geletek kerana kesukaan dalam kesukaran.
 
bagai udang tahi di kepala
Maksud: Banyak hutangnya.
 
bagai ular dengan orang
Maksud: Perihal dua orang bersaudara yang tidak mahu berkenalan.
 
bagai umang-umang
Maksud: Orang yang berlagak dengan pakaian yang dipinjam.
 
bagai unta menyerahkan diri
Maksud: Orang yang sangat patuh menurut perintah.
 
bagai uras daun katang-katang
Maksud: Perihal orang yang sedang panas hati; hendak berkelahi.
 
bagai wau putus teraju
Maksud: Putus pengharapan atau berserah kepada nasib.
 
bahasa dan bangsa tiada dijual beli
Maksud: Hendaklah sentiasa menjaga budi bahasa walaupun kepada orang atau kaum yang
lemah.
 
bahasa menunjukkan bangsa
Maksud: Daripada budi bahasa, orang lain dapat menilai diri kita.
 
bahaya tumbuh, sengketa habis
Maksud: Perselisihan sesama sendiri hilang apabila berlaku malapetaka.
 
bahu memikul hati menyokong
Maksud: Melakukan sesuatu dengan sukarela.
 
baik berjagung-jagung dahulu, sementara padi belum masak
Maksud: Semen tara menunggu yang lebih baik, yang kurang baik boleh digunakan dahulu.
 
baik jadi ayam betina supaya selamat
Maksud: Tidak usah kita menunjukkan keberanian kerana kelak akan mendatangkan mudarat.
 
baik membawa resmi ayam betina supaya tidak ada bencana
Maksud: Lebih baik merendah diri supaya selamat dalam hidup.
 
baik membawa resmi padi, jangan membawa resmi lalang
Maksud: Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendah diri, tidak sombong.       .
 
bajak patah, banteng terambau
Maksud: Mendapat musibah yang bertimpa-timpa.
 
bajak selalu di tanah yang lembut
Maksud: Orang lemah selalu menderita dan ditindas.
 
bajak sudah tersorong ke bencah
Maksud: Sudah tidak dapat ditarik kembali.
 
bajak wangkang, makan diangkat
Maksud: Orang yang suka kena puji.
 
baju indah dari balai, tiba di rumah menyarungkan
Maksud: Hukum yang telah diputuskan dan tidak boleh dibandingkan lagi.
 
bak alu pencungkil duri
Maksud: Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan.
 
bak bergendang ke Sirukan, perut kenyang emas boleh
Maksud: Keuntungan yang diterima secara berlebih-lebihan.
 
bak bujang jolong berkeris
Maksud: Orang yang sombong kerana baru memperoleh kekayaan.
 
bak bujang setahun sudah bertetak, bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak
Maksud: Menjadi sombong kerana mendapat kemuliaan atau kekayaan.
 
bak cetus api
Maksud: Orang yang terlalu cepat bekerja, berkata, atau bertindak.
 
bak jong berat sebelah
Maksud: Pertimbangan atau keputusan yang tidak adil.
 
bak kambing rega serial
Maksud: Perihal orang yang tidak senonoh perlakuannya, bercakap ke sana ke sini dengan
tidak berfaedah.
 
bak mandi air berkiambang, pelak lepas gatal pun datang
Maksud: Benda yang diperoleh meskipun berguna tetapi kemudian mendatangkan kesusahan.
 
bak menanti orang dahulu, bak melalah orang kemudian
Maksud: Membuat kerja yang sia-sia.
 
bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian
Maksud: Murid-murid umumnya akan mencontohi kelakuan guru terutama yang tidak baik.
 
bak orang gombang di lebuh
Maksud: Elok di luar sahaja sedangkan di dalam hati tidak sempurna.
 
bak pinang dianduh, putus tali ia berdiri
Maksud: Melakukan pekerjaan kerana terpaksa.
 
bak rasa di liang lahad
Maksud: Berasa dalam keadaan yang sempit atau keseorangan sewaktu susah, sedih, dan
sebagainya.
 
bak rasa kuda pula kukuran
Maksud: Perihal orang miskin yang berlagak seperti orang kaya.
 
bak rasa ubi pula gadung
Maksud: Orang hina merasakan dirinya mulia.
 
 
bak tengguli ditukar cuka
Maksud: Kejadian bertukar daripada keadaan menggembirakan kepada keadaan yang
menyedihkan.
 
bakarlah air ambil abunya
Maksud: Benda yang mustahil untuk diperoleh.
 
bakar tak berapi
Maksud: Menaruh cinta dengan tidak bersungguh-sungguh.
 
bakar tidak berbau
Maksud: Niat jahat yang tersembunyi.
 
bala lalu dibawa singgah
Maksud: Sengaja mencari kesusahan.
 
balam dengan ketitir
Maksud: Selalu bertengkar.
 
balam dua sesangkar
Maksud: Seorang perempuan dicintai oleh dua lelaki.
 
balik belakang lain bicara
Maksud: Mungkir janji.
 
bandar terbuka dagangan murah
Maksud: Pekerjaan datang sewaktu badan kita sudah lemah dan tidak berdaya.
 
bandar terbuka dagangan murah, badan sudah tua
Maksud: Sudah terlambat.
 
bandot tua makan daun muda
Maksud: Lelaki tua beristerikan perempuan muda.
 
bangau, bangau minta aku leher, badak, badak minta aku daging
Maksud: Orang yang dengki dan iri hati apabila melihat kelebihan orang lain.
 
bangkai gajah bolehkah ditudung dengan nyiru?
Maksud: Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan dengan alasan yang kecil.
 
bangsa anjing kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium juga
Maksud: Orang yang biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan
perbuatan jahat walaupun tidak dilakukan.
 
bangsa balur liat
Maksud: Orang yang degil.
 
bangsa bermuka papan
Maksud: Tidak malu.
 
bangsa telinga nipis
Maksud: Orang yang lekas marah.
 
bangsat tidak tahu disukarnya
Maksud: Orang bodoh yang tidak tahu akan kekurangan dirinya.
 
banyak air sedikit minyak, minyak juga ke atas
Maksud: Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang berpangkat.
 
banyak makan garam
Maksud: Banyak pengalaman.
 
banyak tukang di mata dan di mulut, sedikit tukang di tangan
Maksud: Pandai berkata-kata sahaja tetapi tidak pandai mengerjakan.
 
Banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya
Maksud: Kegemaran dan kemahuan setiap orang berbeza-beza.
 
bapa borek anak rintik
Maksud: Anak itu akan menurut baka atau perangai bapanya.
 
barang di manapun pantat periuk hitam juga
Maksud: Orang miskin tetap miskin walau di mana-mana pun dia berada.
 
barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur
Maksud: Orang yang berasa tersinggung oleh sesuatu sindiran.
 
barang siapa yang menggali lubang, dia juga yang terperesuk ke dalamnya
Maksud: Barang siapa yang berniat jahat kepada orang lain, maka dia sendiri akan mendapat
kecelakaan.
 
barang tergenggam jatuh terlepas
Maksud: Sesuatu yang diperoleh lenyap pula (menyatakan malang).
 
barang yang dikata, itulah kota
Maksud: Janji hendaklah ditepati.
 
barang yang jauh hendak dicekau, tangan pendek dihubung tak sampai.
Maksud: keinginan yang terlalu tinggi tetapi tiada upaya untuk mencapai.       .
 
baru belajar duduk, lepang sudah hendak memanjat tiang
Maksud: Belum cukup umur tetapi hendak berlagak seperti orang tua-tua.
 
baru bertatih sudah hendak berlari
Maksud: Membuat pekerjaan yang lebih daripada kesanggupan.
 
baru dianjur sudah bertarung
Maksud: Baru dicuba sudah mendapat rintangan.
 
baru hendak bertunas sudah dipetik, lama-lama matilah pokoknya
Maksud: Baru sedikit mendapat keuntungan sudah berboros-boros.
 
baru kulit-kulitnya
Maksud: Suatu ilmu yang belum begitu mendalam.
 
baru mendapat gading bertuah
Maksud: Baru mendapat sesuatu yang berharga.
 
basah kuyup bermandi peluh, tanam padi lalang tumbuh
Maksud: Berpenat Lelah tetapi hasil yang diharapkan tidak tercapai.
 
basuh tangan petap abu
Maksud: Mengharapkan sesuatu daripada orang yang bakhil tentulah mustahil.
 
batik Semarang, makin dibasuh makin terang
Maksud: Perempuan Janda yang lebih cantik dan bergaya daripada zaman gadisnya.
 
batu bulat tak bersanding
Maksud: Orang yang kelihatan lemah lembut tetapi sebenarnya hatinya keras dan tidak takut
untuk menghadapi sesuatu.
 
batu direbus masakan empuk
Maksud: Orang yang bodoh itu walau bagaimana diajar sekalipun tetap bodoh juga.
 
batu jatuh ke lubuk
Maksud: Hilang lenyap.
 
batu kecil berguling naik, batu besar berguling turun
Maksud: Orang yang hina menjadi mulia kerana berharta dan orang bangsawan menjadi hina
kerana tidak berharta.
 
batu pun empuk, jangankan hati manusia
Maksud: Perkataan yang lemah lembut dapat menawan hati manusia yang keras.
 
batu yang bergolek tidak ditumbuhi lumut
Maksud: Orang yang selalu menukar pekerjaan sukar naik pangkat atau kaya.
 
batu yang keras air pelekuknya, hati yang keras lidah pelembutnya
Maksud: Hati yang keras boleh dilembutkan dengan pujukan atau kata-kata yang halus.
 
bau busuk tidak berbangkai
Maksud: Fitnah atau celaan yang tidak beralasan.
 
baunya setahun pelayaran
Maksud: Perbandingan kepada sesuatu yang amat busuk.
 
bayan di tangan habis terlepas
Maksud: Nasib yang malang.
 
bayang disangka tubuh
Maksud: Mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
 
dikatakan baunya amat busuk selama setahun pelayaran pun bayang sepanjang badan
Maksud: Berpadanan dengan tenaga; yang lahir sama dengan yang batin.
 
beban berat senggulung batu
Maksud: Tanggungan yang sangat berat.
 
beban sudah di pintu
Maksud: Beban sudah dekat untuk dibawa (anak perempuan yang sudah patut dipersuamikan).
 
bekas bertarung lagi dikenang, apa pula hubungan nyawa
Maksud: Tidak pernah lupa.
 
belah dada lihatlah isi
Maksud: Berkata dengan benar.
 
belalang dapat menuai
Maksud: Mendapat keuntungan yang tidak disengajakan; ketika melakukan kerja lain mendapat
keuntungan itu.
 
belalang telah menjadi helang
Maksud: Orang yang bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia.
 
belakang lading kalau diasah lama-lama tajam juga
Maksud: Orang yang bodoh kalau diajar dengan baik akan pandai juga.
 
belakang parang diasah lagikan tajam
Maksud: Walau betapa bodoh pun seseorang itu kalau diajar berulang kali akan menjadi pandai
juga.
 
belanga kurang, periuk berlebih-lebih
Maksud: Orang yang berhak tidak mengambil berat sedangkan orang yang tidak berkaitan
bersusah payah.
 
belukar sudah menjadi rimba
Maksud: Kesalahan yang menjadi besar serta sukar dibaiki lagi.
 
belum beranak sudah ditimang
Maksud: Keuntungan belum tentu dapat tetapi sudah hidup bersenang-lenang.
 
belum bergigi hendak mengunyah
Maksud: Hendak mengerjakan sesuatu tetapi belum cekap lagi.
 
belum bergigi sudah hendak menggigit
Maksud: Sudah hendak berkuasa tetapi belum mempunyai kuasa.
 
belum berkilat sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh
Maksud: Perkara yang sudah cukup jelas.
 
belum berkuku hendak menggaruk
Maksud: Belum berkuasa sudah hendak memerintah.
 
belum bertaji hendak berkokok
Maksud: Belum berilmu tetapi sudah hendak mengagungkan diri.
 
belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri
Maksud: Hendak berlagak seperti orang tua-tua.
 
belum dipanjat asap kemenyan
Maksud: Belum berkahwin.
 
belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
Maksud: Orang mudah faham akan maksud walaupun dengan berbahasa isyarat; orang yang
arif dan rajin.
 
belum ditumbuk belumlah bengkak
Maksud: Belum dilakukan kejahatan, belumlah ada tanda balas.
 
belum duduk sudah berlunjur
Maksud: Melakukan pekerjaan yang sebenarnya belum sampai masanya atau melakukan
sesuatu pekerjaan dengan tidak mengikut tertibnya.
 
belum tahu dimasin garam
Maksud: Masih belum berpengalaman.
 
belum tahu dipedas lada
Maksud: Masih mentah; belum banyak pengalaman.
 
belum tahu laba rugi
Maksud: Belum tahu akan baik buruk.
 
belum tahu lagi, ayam sedang berlaga
Maksud: Belum ada keputusan.
 
belum tegak hendak berlari
Maksud: Melakukan sesuatu dengan tidak mengikut peraturan.
 
belum tentu hilir mudiknya
Maksud: Belum mendapat keputusan ten tang sesuatu perkara.
 
belum tentu hitam putihnya
Maksud: Belum tentu keputusan tentang sesuatu perkara.
 
belum tentu si upik si buyungnya
Maksud: Belum tentu kesudahan atau keputusan tentang sesuatu perkara.
 
belum terbang lalat
Maksud: Masih awal pagi.
 
belum tetas sudah dibilang
Maksud: Orang yang berangan-angan tentang untung padahal keuntungan belum diperoleh.
 
belut jatuh ke lumpur
Maksud: kembali ke tempat asalnya.
 
belut kena ranjau
Maksud: Orang yang cerdik kena tipu.
 
bemban bukan terung
Maksud: Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan sesuka hati.
 
benang arang orang jangan dipijak
Maksud: Rumah tangga orang jangan dicabul.
 
benci akan mencit seekor, rengkiang disunu
Maksud: Benci akan sesuatu yang kecil, dibuang keuntungan yang besar.
 
bengkok batang bengkoklah bayangnya
Maksud: Salah ajaran, salahlah ikutannya.
 
benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
Maksud: Orang yang baik-baik, walau ke mana-mana pun dia pergi akan baik juga.
 
berair rongkongan
Maksud: Mendapat rezeki.
 
beraja di mata, bersultan di hati
Maksud: Mengikut nafsu masing-masing.
 
beraja di hati, bersultan di mata
Maksud: Mengikut nafsu masing-masing. .
 
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian
Maksud: Bersusah payah dahulu supaya senang kemudian.
 
beralang-alang bagai sampah dalam mata
Maksud: Suatu penghinaan yang sentiasa di ingatan.
 
beralih kain di balik rumah, beralih cakap di balik lidah
Maksud: Tidak menepati janji.
 
beranak kandung beranak tiri; ada bersudu daun labu, ada bersudu daun lalang.
Maksud: Sikap tidak adil.
 
beranak tiada berbidan
Maksud: Mendapat susah kerana kebodohan sendiri.
 
berandam sesayak dibawa ke dulang, biasa di awak ke orang
Maksud: Orang yang suka mencela orang lain yang melakukan sesuatu yang tidak baik, tetapi
dia sendiri pun gemar melakukannya.
 
berani buat berani tanggung
Maksud: Jika berani melakukan pekerjaan yang salah di sisi undang-undang, kita mesti
sanggup menerima hukumannya.
 
berani hilang tak hilang, berani mati tak mati
Maksud: Mengerjakan sesuatu hendaklah dengan keberanian.
 
berani kerana benar, takut kerana salah
Maksud: Berani bertindak kerana merupakan pihak yang benar.
 
berani menjual berani membeli
Maksud: Bukan sahaja pandai menyuruh, bahkan pandai juga membuatnya.
 
berani senduk pengedang, air hangat direnanginya
Maksud: Berani yang membuta tuli.
 
berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Maksud: Walau betapa susah seseorang melihat kesusahan yang ditanggung oleh orang lain,
tetapi lebih susah orang yang menanggung kesusahan itu.
 
berapa panjang lunjur, begitulah selimut
Maksud: Membuat sesuatu biarlah menurut kemampuan diri sendiri.
 
berapakah tajam pisau parang, tajam lagi mulut manusia
Maksud: Kata-kata seseorang itu lebih tajam daripada senjata.
 
berapalah besar dan dalam laut Khalzum, besar dan dalam lagilah dada manusia
Maksud: Hati manusia tidak dapat diduga.
 
berarak ke tebing                       .
Maksud: Berlumba-lumba melakukan sesuatu yang mendatangkan kecelakaan.
 
berarak tidak berlari
Maksud: Perbuatan yang sama-sama menggembirakan hati dan tidak perlu diburu-burukan.
 
beras terdorong ke Tiku
Maksud: Barang yang mesti dijual biarpun tinggi harganya kerana belanja pengangkutan untuk
membawanya pulang terlalu mahal.
 
berat beban sedikit dek hati sakit
Maksud: Kerja yang dilakukan secara terpaksa biarpun ringan akan terasa berat juga.
 
berat hati beratlah tulang
Maksud: Pekerjaan yang dibuat dengan keberatan akan terasa berat.
 
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud: Kerja yang berat akan menjadi ringan jika dibuat secara muafakat.  .
  
berbalik-balik bagai kuda tercirit
Maksud: Perkara yang sudah diputuskan kemudian ditimbulkan kembali.
 
berbau bagai embacang
Maksud: Sudah terdengar-dengar akan berita atau rahsia tentang perbuatan jahat atau maksud
tidak baik.
 
berbaur bagai muntah, bercerai bagai demam
Maksud: Orang yang bersaudara itu jika dekat selalu berbantahan tetapi apabila jauh sangat
merindui antara satu sama lain.
 
berbaur pangkal perceraian
Maksud: Orang yang bersaudara itu kalau hidup bersama sama akan timbul perselisihan.
 
berbenak di empu kaki
Maksud: Tiada peduli baik atau jahat.
 
berbisik kedengaran, berimbau kelampauan
Maksud: jarak yang terlalu dekat.
 
berbuat di alang tahun, belayar di luar musim
Maksud: Mengerjakan sesuatu pekerjaan yang bukan pada waktunya tentu tidak mendatangkan
hasil.
 
berbuat kerja seperti Ya'jud wa Ma'jud
Maksud: Seseorang yang bekerja setengah jalan kerana malas atau sibuk.
 
berbudi bagai pisang lebat
Maksud: Berbudi tidak kena pada tempat akan mendatangkan bencana.
 
berbukit di balik pendakian
Maksud: Kesusahan yang bersilih ganti.
 
berbuku dalam hati
Maksud: Terasa di dalam hati atau rasa tidak puas hati.
 
berbunga sama berbunga, yang lain berbuah, dia tidak
Maksud: Mengandung tetapi selalu keguguran.
 
berbunyi batu berbunyilah dia
Maksud: Tidak dapat berkata-kata kerana tembelangnya sudah pecah.
 
berburu kucing di dapur
Maksud: Perihal anak muda dan gadis yang tinggal serumah dan membuat hubungan haram.
 
bercabang bagai lidah biawak
Maksud: Tidak dapat dipercayai kata-katanya.
 
bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang
Maksud: Berhati-hati ketika memperkatakan hal orang.
 
bercampur dengan pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak
Maksud: Bercampur dengan orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit akan jadi jahat juga.
 
bercerai demam berbaur muntah
Maksud: Orang berkeluarga kalau berpisah akan kerinduan tetapi kalau sentiasa bersama
berasa bosan.
 
bercerai tidak bertalak, bernikah tidak berkadi
Maksud: Bersekedudukan tanpa nikah.
 
bercintakan geliga di mulut naga
Maksud: Mengharapkan sesuatu yang amat sukar.
 
berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit
Maksud: Orang yang terlalu marah yang hanya memekik-mekik dan tidak berani bertindak lebih
daripada itu.
 
berdiri sama tegak, duduk sama rendah.
Maksud: Sama setara.
 
berdiang di abu dingin
Maksud: Pertolongan yang tidak berguna atau sia-sia sahaja.
 
berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit
Maksud: Cermat dalam mengumpulkan harta.
 
berdua mendatangkan perbantahan
Maksud: Kalau ada dua orang dalam sesuatu pekerjaan akan ada perselisihan pendapat.
 
berdua terkunci, bertiga terbuka
Maksud: Rahsia hanya dapat disimpan' kalau berdua.
 
berebut temiang hanyut, tangan luka temiang tak dapat
Maksud: Orang yang berkelahi sampai cedera kerana merebutkan sesuatu tetapi yang
direbutkan itu terlepas.
 
berebut rampas bertanda beti
Maksud: Semua perkara hanya dapat diputuskan apabila cukup bukti.
 
berek-berek laga siang, malam sekelelapan
Maksud: Dua kumpulan yang nampak tidak sependapat tetapi sebenarnya sepakat.
 
berendam di tempayan pekasam
Maksud: Duduk berleka di rumah perempuan jahat.
 
berendam sesayak air, berpaut sejengkal tali
Maksud: Perihal seseorang yang susah hidupnya; serba kekurangan.
 
berfikiran dusunnya alam ini, belalang disangka helang
Maksud: Orang yang terlalu sempit pengetahuannya.
 
bergaduk-gaduk diri, saku-saku diterbangkan angin
Maksud: Orang yang suka bercakap sombong tetapi kocek kosong.
 
bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau
Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia atau tidak perlu akan diketawakan orang.        
 
bergantung di ekor anjing
Maksud: Seseorang yang sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang bantuan.
 
bergantung di hujung rambut
Maksud: Nasib yang belum tentu.
 
bergantung pada akar lapuk
Maksud: Mengharapkan pertolongan atau pergantungan pada orang yang lemah.
 
bergantung tidak bertali, bersalai tidak berapi
Maksud: Isteri yang ditinggalkan tanpa diceraikan.
 
bergelanggang di mata orang banyak
Maksud: Sudah terang dan nyata sekali.
 
bergendang paha
Maksud: Bergembira kerana orang lain mendapat kesusahan.
 
berguru kepalang ajar, bagai bunga kem bang tak jadi
Maksud: Ilmu yang dituntut tidak sempurna, tidak ada faedahnya.
 
berhakim kepada beruk
Maksud: Meminta hukum daripada orang yang tamak.
 
berhati baja, berurat kawat
Maksud: Orang yang tabah serta keras hati.
 
beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh
Maksud: Orang yang sombong dan bercakap besar itu biasanya kosong kepalanya.
 
beri barang ke tangan kera
Maksud: Menyerahkan sesuatu kepada orang yang akan merosakkannya.
 
berjalan dari pintu belakang
Maksud: Tidak mengikut peraturan yang ditentukan; tidak jujur.
 
berjalan jauh banyak dilihat
Maksud: Orang yang banyak merantau banyak mendapat pengalaman.
 
berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah
Maksud: Melakukan sesuatu kerja hendaklah berhati-hati.
 
berjalan sampai ke batas, belajar sampai ke pulau
Maksud: Hendaklah mengerjakan sesuatu pekerjaan itu sehingga selesai.
 
berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan
Maksud: Melakukan sesuatu kerja hendaklah berhati-hati.
 
berjalan tidak cukup selangkah, berkata tidak cukup sepatah
Maksud: Memberi keterangan atau menguruskan sesuatu yang berulang tanpa jemu.
 
berjanjang naik, bertangga turun
Maksud: Menurut peraturan biasa; mengikut darjat dan kedudukan masing-masing.
 
berjual pisang kepada monyet
Maksud: Berjual dengan memberi hutang.
 
berjumpa dengan putih, terlesi sangat
Maksud: Tidak berasa puas akan sesuatu yang telah diperoleh.
 
berkain tidak cukup sebelit pinggang
Maksud: Sangat miskin.
 
berkata-kata dengan lutut
Maksud: Bercakap dengan orang yang bodoh.
 
berkata peliharakan lidah
Maksud: Hendaklah beringat-ingat ketika mengeluarkan kata kata.
 
berkaul kepada keramat
Maksud: Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya.
 
berkayuh sambil bertimba
Maksud: Dapat menyelesaikan dua atau tiga pekerjaan secara serentak.
 
berkelahi dengan orang tak berambut
Maksud: Berkelahi dengan orang yang rendah tarafnya atau tidak sempurna akalnya.
 
berkelahi dalam mimpi
Maksud: Sesuatu perbuatan atau perkataan dengan tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh.
 
berkelahi di ekor alahan
Maksud: Memperdebatkan perkara kecil atau yang sudah selesai.
 
berkelahi seperti labah-labah dalam gelas
Maksud: Perkelahian yang hebat di tempat yang sempit.
 
berkemudi di haluan, bergilir ke buritan
Maksud: Perihal orang yang menurut suruhan atau arahan isteri, anak-anak, atau orang
bawahannya.
 
berkemudi ke rusuk
Maksud: Perihal orang yang menurut kehendak isteri atau anak atau orang bawahannya.
 
berkeras tidak berkeris
Maksud: Bertindak keras tetapi tidak berupaya untuk mempertahankan diri.
 
berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang
Maksud: Orang miskin berlagak seperti orang kaya.
 
berkering air liur
Maksud: Perundingan yang membuang waktu; nasihat yang sia-sia.
 
berketak ayam mandul; orang berketak ia berketak, orang bertelur ia tidak
Maksud: Orang yang bernasib malang. Walaupun dia meniru orang lain, namun nasibnya tetap
malang.
 
berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak
Maksud: Orang bijaksana itu apabila mendengar orang bercakap dia dapat menilai bohong atau
tidak, dan berilmu atau kosong.
 
berketak dulu sebelum bertelur
Maksud: Bersukaria dahulu sedangkan sesuatu yang diharapkan belum tiba lagi.
 
berketak ayam dalam telur
Maksud: Orang bodoh yang tidak tahu akan apa-apa turut merundingkan perkara yang tidak
diketahuinya itu.
 
berketiak ular
Maksud: Berpanjangan tiada kesudahan.
 
berketuk di luar sangkar, bertanam di luar pagar
Maksud: Mengemukakan keterangan lanjut sesudah perkara tersebut selesai diputuskan.
 
berkocak tanda tak penuh
Maksud: Orang yang suka bercakap itu menandakan pengetahuannya cetek.
berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup bawah kelingking
Maksud: Bercakap besar di belakang tetapi terus mengaku kalah apabila berhadapan.
 
berkuah air mata
Maksud: Selalu menderita dan susah.
 
berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek
Maksud: Persahabatan yang sangat karib.
 
berkuak pedang, membelah buluh
Maksud: Membahagi-bahagikan harta pencarian kerana bercerai atau putus persaudaraan.
 
berkubu sebelum alah
Maksud: Berjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan.
 
belayar atas angin
Maksud: Berbuat sesuatu dengan perbelanjaan orang lain dahulu.
 
belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua
Maksud: Segala pekerjaan lebih baik diusahakan di bawah pimpinan orang yang lebih
berpengalaman.
 
belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tahu, berkata dengan yang pandai
Maksud: Sebarang pekerjaan yang besar itu hendaklah diketuai pelaksanaannya oleh orang
yang ahli supaya selamat.
 
belayar menentang menuju pulau
Maksud: Sesuatu pekerjaan itu harus ada tujuannya.
 
belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
Maksud: Sekali melakukan pekerjaan; dua tiga maksud tercapai.
 
berlidah di lidah orang
Maksud: Menurut sahaja kata orang.
 
berlindung di balik telunjuk
Maksud: Rahsia yang tidak dapat disembunyikan.
 
berludah api
Maksud: Mengeluarkan kata-kata kesat kerana terlalu marah.
 
berlurah di balik pendakian
Maksud: Ada kehendak yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan, dan
sebagainya.
 
bermain air basah, bermain api letup
Maksud: Setiap perkara yang dilakukan akan ada akibat atau kesannya.
 
bermain di belakang kelir
Maksud: Memimpin secara diam-diam.
 
bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekornya
Maksud: Berkawan dengan orang yang bodoh tentu menyusahkan diri sendiri.         .
 
bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali
Maksud: Tidak menaruh perhatian kepada perkara yang dilihat atau didengar.
 
bermayang-mayang sayang tidak menjadi mumbang
Maksud: Selalu mengandung tetapi tidak pernah mendapat anak kerana keguguran atau anak
itu mati.
.
 
bermimpi di siang hari
Maksud: Angan-angan yang tidak akan tercapai.
 
bermimpi mendapat emas takkan membuat pura, bermimpi mendapat padi takkan membuat
lumbung
Maksud: Sesuatu pertelingkahan itu anggaplah seperti mimpi sahaja, tidak usah dipanjang-
panjangkan.
 
berminyak biar lecah
Maksud: Melakukan sesuatu biar bersungguh-sungguh.
 
berminyak biar licin
Maksud: Setiap pekerjaan janganlah kepalang, biarlah sehingga selesai.
 
berminyak tak licin
Maksud: Kerja yang dibuat separuh jalan.
 
bermuka dua
Maksud: Orang yang tidak dapat dipercayai.
 
bermulut di mulut orang
Maksud: Selalu menurut kata orang.
 
bernafas keluar badan
Maksud: Lebih percaya akan pendapat orang daripada pendapat sendiri.
 
berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap
Maksud: Mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya akan merugikan; membuat
pekerjaan yang sia-sia.
 
berniaga di hujung lidah
Maksud: Orang pandai yang tidak jujur dan suka menipu.
 
beroja berpegang ekor
Maksud: Kepercayaan yang setengah hati atau tidak memberi kebebasan penuh.
 
beroleh hidung panjang
Maksud: Mendapat malu.
 
beroleh lumpur di tempat kering
Maksud: Beroleh kesusahan dengan tidak disangka-sangka.
 
beroleh sehasta hendak sedepa
Maksud: Diberi sedikit lalu hendak minta banyak.
 
berpadang luas beralam lapang
Maksud: Orang yang sangat penyabar dan berfikiran terbuka.
 
berpahat dalam baris, berkata dalam pusaka
Maksud: Mengerjakan sesuatu mengikut peraturannya supaya selamat.
 
berpantang mati sebelum ajal
Maksud: Tidak akan mati sebelum tiba waktunya.
 
berpantang si tegang dibawa mengetul
Maksud: Orang keras kepala tiada dapat mendengar kata atau nasihat.
 
berpatah arang berkerat rotan
Maksud: Perselisihan atau perpisahan yang tidak mungkin dapat diperbaik lagi.
 
berpaut sehasta tali
Maksud: Tidak dapat berbuat sesuatu dengan sesuka hati.
 
berpaut tidak bertali
Maksud: Belum putus perkaranya, belum diberi surat cerai.
 
berperang bermalaikat, bersabung berjuara
Maksud: Kita berusaha tetapi Tuhan yang menentukan berjaya atau tidak.
 
berpesan berturuti, harap ada, percaya tidak
Maksud: Tidak percaya sepenuhnya.
 
berpindah di balik papan
Maksud: Meninggal dunia.
 
berputih mata
Maksud: Berhiba hati menanggung rindu kerana kekasih diambil orang.
 
berputik dulu sebelum berbunga, buahnya jarang dimakan beruk
Maksud: Perempuan yang hamil sebelum berkahwin.
 
bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga
Maksud: Kalau bercampur dengan orang yang mahir, lama-lama akan tahu juga walaupun
sedikit.
 
bersaksi ke lutut
Maksud: Menjadikan sanak saudara atau sahabat sebagai saksi.
 
bersandar ke lemang hangat
Maksud: Berlindung kepada orang yang zalim akan binasalah akhirnya.
 
bersatu teguh, bercerai roboh
Maksud: Jika ada perpaduan, rakyat akan menjadi kuat dan kalau berpecah belah, negara akan
hancur.
 
bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang
Maksud: Orang miskin yang berlagak seperti orang-orang kaya.
 
bersawah sepiring tidak, akan tempat sepasin bertanya
Maksud: Miskin yang amat sangat.
 
berseleleran bagai getah di lalang
Maksud: Percakapan atau perbincangan yang tidak berkesudahan dan tidak berperaturan.
 
berserah berkabilan
Maksud: Tidak mempercayai orang yang diamanahkan untuk menyampaikan sesuatu.
 
bersesak berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tidak lalu
Maksud: Berpura-pura melawan meskipun kesanggupan sudah tiada lagi.
 
bersesak-sesak bagai ular tidur
Maksud: Peri orang yang kesempitan kerana ditagih hutang dan sebagainya.
 
bersesalan bagai batak lari
Maksud: Apabila berlaku sesuatu bencana dalam satu kumpulan, pelbagai pihak dalam
kumpulan tersebut saling menyalahkan.
 
bersesapan belukar
Maksud: Pekerjaan yang tidak sempurna.
 
bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang
Maksud: Membetulkan diri sendiri dulu 'sebelum membetulkan orang lain.
 
bersilat kepada si buta
Maksud: Menunjukkan kepandaian kepada orang yang tidak dapat menghargai.
 
bersimalang bersimujur
Maksud: Untung-untungan; mengadu untung.
 
bersisih antah dengan beras
Maksud: Berasingan orang kaya daripada orang miskin.
 
bersukat darah baruku beri
Maksud: Biar mati daripada menyerah begitu sahaja.
 
bersukat darah, bertimbang daging
Maksud: Melawan sampai mati.
 
bersunting bunga keduduk; berdiri tidak sama tinggi, duduk tidak sama rendah
Maksud: Suami isteri yang tidak sama darjat keturunannya.
 
bersuris bagai pasir, berbau bagai bacang
Maksud: Kejahatan yang sudah cukup bukti dan keterangan.
 
bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing
Maksud: Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang.
 
bertambah gemuk tubuh babi itu, semakin kedi matanya
Maksud: Orang miskin yang beroleh kekayaan akan mementingkan dirinya sendiri tanpa
mempedulikan orang lain lagi.
 
bertambah semakin kurang
Maksud: Kawan yang datang bukan untuk membantu, tetapi menambah kesusahan.
 
bertampar biar sama bercincin, bertendang biar sama bersepatu, bercakar biar sama
bercanggai
Maksud: Mencari lawan biarlah orang yang sepadan dengan kita.
 
bertampuk bertangkai
Maksud: Ada bukti yang kuat dan kukuh.
 
bertanam tebu di bibir
Maksud: Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau memuja
 
bertanam tebu di bibir, bertanam halia di hati
Maksud: Mulut manis, hati jahat.
 
bertandang membawa lapik
Maksud: Berkunjung ke rumah orang tetapi membawa bekalan sendiri.
 
bertanjak baru bertinjau
Maksud: Berbuat sesuatu mengikut aturannya yang lazim.
 
bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai
Maksud: Berbuat sesuatu biarlah ada usul periksa agar sampai matlamat.
 
berteduh di bawah betung
Maksud: Mendapat pertolongan yang tidak memadai.
 
bertegang (bersitegang) urat leher, bertegang (bersitegang) buku lidah
Maksud: Tiada yang mahu mengaku kalah dalam perdebatan.
 
berteguran dulu maka berkenalan, mendaki dahulu maka tahu lelah
Maksud: Setelah dialami barulah diinsafi.
 
bertelau-telau bagai panas di belukar
Maksud: Hukuman atau adat yang tidak sama rata.
 
bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang
Maksud: Perselisihan yang berlaku antara dua saudara menyebabkan orang lain yang
mendapat keuntungan.
 
bertelingkah bagai antan di lesung
Maksud: Dua orang atau lebih melakukan pekerjaan yang sama, jika berlaku perselisihan
faham atau berkecil hati maka akan rosak atau tergendalalah pekerjaan itu.
 
bertemu baji dengan matan
Maksud: Kuat sama kuat, berani sama berani.
 
bertemu beliung dengan ruyung
Maksud: Kuat sama kuat atau berani sama berani.
 
bertemu birah dengan keladi
Maksud: Pertemuan antara lelaki dengan perempuan yang sama jahatnya.
 
bertemu bukit di tepi telaga
Maksud: Mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka.
 
bertemu buku dengan ruas
Maksud: Sangat sesuai.
 
bertemu mura dengan tedung
Maksud: Sama pandai atau sama gagah.
 
bertemu teras dengan beliungnya
Maksud: Dua orang yang berselisih dan sama-sama tidak mahu mengalah; bertemu dengan
lawan yang sepadan.
 
bertenun sampai ke bunjainya
Maksud: Mengerjakan sesuatu hendaklah sampai sempurna.
 
bertepuk sebelah tangan, bersiul sambil menganga
Maksud: Cinta dan kasih yang hanya datang daripada sebelah pihak.
 
bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi
Maksud: Tidak mungkin percintaan atau perbalahan terjadi kalau daripada sebelah pihak
sahaja.
 
berteras keluar bagai pimping
Maksud: Tampak di luar sahaja bagus atau kaya tetapi sebenarnya melarat.
 
bertilamkan pasir
Maksud: Tidak mempunyai tempat tinggal, tidur di merata-rata tempat.
 
bertimbang tunai
Maksud: Menjawab dengan tepat.
 
bertitah lalu, sembah berlaku
Maksud: Jika kita menuruti kehendak orang, kehendak kita pun akan diikutnya juga.
 
bertitik ditampung, meresap dipalit
Maksud: Pemberian atau penghasilan meskipun sedikit akan diterima juga.
 
bertongkat jarum
Maksud: Sesuatu yang mustahil diperoleh (ejekan).
 
bertongkat senduk (tempurung)
Maksud: Orang yang sudah terlalu tua.
 
bertongkat tebu
Maksud: Berjalan bersama-sama isteri atau kekasih.
 
bertukar beruk dengan cicak
Maksud: Menukar sesuatu yang lama dengan yang baru, padahal sama juga buruknya.
 
bertukar beruk dengan cigak
Maksud: Tidak ada apa-apa perbezaan, sama saja halnya.
 
bertukar jiwa dengan semangat
Maksud: Sedang berkasih-kasihan.
 
bertunggul ditarah, kesat diempelas
Maksud: Perselisihan sudah diselesaikan dengan seadil-adilnya.
 
bertunggul pemarasan
Maksud: Pekerjaan yang tidak sempurna.
 
bertunjang kayu ara, bertunjang pula mali-mali
Maksud: Orang hina dan miskin hendak menyerupai orang kaya dan mulia.
 
bertungkus lumus biar di dapur, sifatkan telunjuk dengan kapur; arang jangan dibuat pupur,
kelak ayam datang melumpur
Maksud: Perselisihan sesama sendiri janganlah dibawa ke tengah, carilah jalan untuk
menyelesaikannya dengan baik.
 
beruang bagai durian, bernabu bagai cempedak
Maksud: Sudah berantara atau berjarak antara saudara; keluarga atau sahabat handai yang
sudah terpisah jauh.
 
berudang di sebalik batu
Maksud: Ada sesuatu yang tersembunyi daripada yang dilahirkan melalui mulut atau perbuatan.
 
beruk jumpa pisang masak setandan
Maksud: Orang tamak yang memperoleh keuntungan besar dengan mudah.
 
berulat mata melihat
Maksud: Sangat benci atau meluat apabila melihat sesuatu.
 
berunding dengan tunggul
Maksud: Bertanya atau memberi nasihat kepada orang yang hanya berdiam diri, tidak
menjawab, membantah, atau mengiakan.
 
berunding dengan tungkahan
Maksud: Berbincang dengan orang yang hanya berdiam diri tanpa menjawab, membantah, atau
mengiakan.
 
berunyai-unyai bak hujan pagi
Maksud: Mesyuarat atau percakapan yang tidak penting tetapi berpanjang-panjangan.
 
besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan
Maksud: Tiap-tiap orang mulia dan berkuasa pada tempatnya masing-masing.
 
besar-besar istana raja; kecil-kecil rumah sendiri
Maksud: Walaupun hidup senang di rumah orang, namun lebih selesa di rumah sendiri.
 
besar diambak; tinggi disanjung
Maksud: Mendapat kebesaran dan ketinggian kedudukan kerana dimuliakan oleh anak buah.
 
besar gunung dipandang, kecil hutang disandang
Maksud: Hutang itu meskipun sedikit, berat bagi orang yang menanggungnya.
 
besar hendak melanda, panjang hendak melindih
Maksud: Sesudah berkuasa lalu hendak bermaharajalela.
 
besar kayu, besar dahannya
Maksud: Apabila banyak penghasilan, banyak pula perbelanjaannya.
 
besar pasak daripada tiang
Maksud: Belanja lebih besar daripada pendapatan.
 
besar periuk besarlah keraknya
Maksud: Banyak pendapatan, banyak juga perbelanjaannya.
 
besar senggulung daripada beban
Maksud: Besar belanja daripada pendapatan.
 
besi baik tiada berkarat
Maksud: Budi yang baik atau perbuatan yang terpuji tidak mudah dilupakan.
 
besi bak diringgiti
Maksud: Perihal sesuatu yang sudah baik namun diperbaik lagi.
 
besi ditempa selagi panas
Maksud: Berusaha selagi badan masih kuat atau mampu.
 
besi lemah tidak patah
Maksud: Pada zahirnya nampak lemah tetapi sukar dipengaruhi.
 
betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Maksud: Betapa susah orang yang melihat sesuatu kesusahan orang lain, berat lagi kesusahan
orang yang menanggungnya.
 
betapa pun lurus paku, hujungnya berkelok juga
Maksud: Seseorang yang berhati jahat walaupun baik perkataan dan kelakuannya.
 
betik sudah gentas
Maksud: Tidak dapat menghasilkan apa-apa.
 
betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang
Maksud: Orang bujang atau anak dagang yang bebas tanpa sebarang ikatan.
 
betung ditanam aur tumbuh
Maksud: Diharapkan mendapat yang baik tetapi mendapat yang kurang baik.
 
biang menanti tembus
Maksud: Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus.
 
biar alah sabung, asal menang sorak
Maksud: Biar harta habis, asal hati puas.
 
biar berputih tulang, jangan berputih mata
Maksud: Lebih baik mati daripada menanggung malu kerana milik dirampas orang.
 
biar bertitik jangan tumpah
Maksud: Biar habis sedikit, jangan habis semuanya.
 
biar-biar naik ke mata
Maksud: Jangan dilalaikan sesuatu yang akan membahayakan diri sendiri.
 
biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati
Maksud: Biarlah miskin tetapi mempunyai budi bahasa yang halus.
 
biar dahi berluluk, asal tanduk mengena
Maksud: Biar bersusah payah asalkan maksud tercapai.
 
biar jatuh terletak, jangan jatuh terhentak
Maksud: Berhenti kerja dengan kemahuan sendiri, lebih baik daripada dipecat.
 
biar kurang garang asal lebih gaya
Maksud: Menunjuk-nunjuk diri sekalipun penakut.
 
biar lambat asal selamat
Maksud: Membuat kerja biarlah cermat dan berhati-hati.
 
biar luka di dada, jangan luka di belakang
Maksud: Biar alah kerana melawan daripada alah kerana melarikan diri.
 
biar mati berkapankan kain cindai daripada berkain kadut
Maksud: Lebih baik mati mulia daripada hidup menanggung malu.
 
biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma
Maksud: Meskipun sama-sama jahat tetapi biarlah mati dalam kebaikan dan kemuliaan, jangan
mati di tempat hina.
 
biar menyelodok ke bawah rumah, asal mendapat telur ayam
Maksud: Biarlah melakukan sesuatu yang kurang martabat asalkan mendapat rezeki yang
halal.
 
biar merangkak jangan menjalar
Maksud: Biarlah melarat sedikit jangan benar-benar melarat.
 
biar miring asalkan jangan terlungkup
Maksud: Biar rugi sedikit, asalkan tidak semua sekali.
 
biar miskin asal cerdik, terlawan juga orang kaya
Maksud: Kebijaksanaan itu akan lebih juga daripada kekayaan.
 
biar nasi terbuang, jangan periuk pecah
Maksud: Biar anak mati, asal ibunya selamat ketika bersalin.
 
biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
Maksud: Betul-betul menyimpan rahsia.
 
biar pecah perut, bumi merekah
Maksud: Tidak mahu melakukan sesuatu.
 
biarpun kucing naik haji, pulangnya mengeong juga
Maksud: Pembawaan atau tabiat seseorang tidak dapat diubah.
 
biarpun setandan bagai kerambil, namun untung berlain-lain
Maksud: Walaupun bersaudara kandung, namun nasib mereka berbeza.
 
biar rebah jangan roboh
Maksud: Biar sakit asalkan jangan rugi.
 
biar salah kain, jangan salah mulut
Maksud: Berhati-hati mengeluarkan kata supaya tidak menyinggung perasaan orang.
 
biar senget jangan tertiarap
Maksud: Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak.
 
biar sipi asal jangan tepat
Maksud: Biar rugi sedikit, asal jangan rugi banyak.
 
biar ular mati dan kayu jangan patah
Maksud: Binasakan musuh dengan tidak merosakkan diri sendiri.
 
biawak kudung masuk kampung
Maksud: Pencuri yang dikenali oleh orang ramai.
 
bibir saya bukan di retak panas
Maksud: Perkataan saya bukanlah sia-sia atau dusta (benar seperti yang diramalkan).
 
bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai ke kaki tangga
Maksud: Kesalahan orang lain nampak, kesalahan sendiri tidak sedar.
 
biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju
Maksud: Pekerjaan yang dilakukan tanpa kepandaian, payah untuk berhasil.
 
biduk lalu kiambang bertaut
Maksud: Orang yang bersaudara atau bersubahat, berkelahi seketika kemudian berbaik
semula.
 
biduk pecah nakhoda mati, anak buah cerai-berai
Maksud: Perusahaan yang bankrap, ketuanya mati, pekerjanya kucar-kacir.
 
biduk satu nakhoda dua
Maksud: Satu pekerjaan mempunyai dua orang ketua.
 
biduk tiris menanti karam
Maksud: Sudah tidak tertolong lagi.
 
biduk upih pengayuh bilah
Maksud: Tidak berdaya untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan.
 
bila kucing tak bergigi, tikus pun melompat tinggi
Maksud: Apabila orang yang ditakuti telah hilang kuasa, orang-orang yang lemah mula
berkuasa.
 
bila pula biawak duduk
Maksud: Sesuatu yang mustahil untuk terjadi.
 
bila sudah merah; kapur salahkan kunyit, kunyit salahkan kapur
Maksud: Apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini, masing masing salah-menyalahkan.
 
binatang tahan palu, manusia tahan kias
Maksud: Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan sindiran atau kiasan.
 
bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti
Maksud: Orang yang bodoh tetapi tidak mahu mengikut nasihat orang.
 
bintang bertabur bolehkah sama dengan bulan yang satu
Maksud: Tempat menambah kasih sayang tidak dapat dicari ganti walaupun ban yak
penggantinya.
 
bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar arang di mukanya
Maksud: Menegur kesalahan orang tetapi kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari.
 
bodoh-bodoh sepat, tak makan pancing emas
Maksud: Orang yang bodoh sekalipun tahu untuk memilih yang baik untuk dirinya.
 
bolehkah matahari hendak dilindungi dengan nyiru
Maksud: Kebenaran tidak dapat disembunyikan lagi.
 
bomoh mencari orang sakit
Maksud: Orang menawarkan pertolongan tanpa diminta.
 
bongkok baru betul
Maksud: Angkuh atau sombong kerana baru beroleh kekayaan atau pangkat.
 
bongkok dek menganyam, silap (sesat) mengelarai
Maksud: Sungguhpun telah cekap dalam sesuatu pekerjaan, tetapi masih juga membuat
kesilapan.
 
bongkok kail nak mengena
Maksud: Tipu muslihat itu adalah untuk mencari keuntungan bagi diri sendiri.
 
buah kedumpung, di luar berisi di dalam kosong
Maksud: Orang yang sombong banyak cakapnya.
 
buah masak merah belum tentu manis rasanya
Maksud: Orang yang elok rupanya belum tentu perangainya baik.
 
buah masak tergantung tinggi, akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin
Maksud: Tidak terdaya untuk mencapai yang dicita-citakan.
 
buah yang manis berulat di dalamnya
Maksud: Mulut yang manis tetapi mempunyai maksud jahat.
 
buaian diayun anak dicubit
Maksud: Berbuat baik untuk melindungi perbuatan jahat.
 
buang bunga ke jirat
Maksud: Berbudi kepada seseorang yang tidak memerlukan budi atau pertolongan.
 
buang daun keladi, berselimut daun birah
Maksud: Menceraikan isteri yang jahat tetapi kemudian berkahwin pula dengan perempuan
yang lebih jahat.
 
buang yang keruh, ambil yang jernih
Maksud: Lupakan sesuatu peristiwa atau pengalaman yang tidak menyenangkan dan mulakan
penghidupan yang baru.
 
buat baik berpada-pada, buah jahat jangan sekali
Maksud: Melakukan kebaikan janganlah berlebih-lebih tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali
dilakukan.
 
buat kerja seperti Mat Jujai
Maksud: Orang yang selalu meninggalkan pekerjaan sehingga terbengkalai.
 
buat nasi tambah
Maksud: Penambah pendapatan yang ada.
 
buaya setanjung makan tak habis
Maksud: Sindiran kepada orang yang terlalu gemuk.
 
bujuk lepas dari bubu
Maksud: Dengan cepat menghilang setelah terlepas daripada kesengsaraan.
 
bujur lalu, lintang patah
Maksud: Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya.
 
buka kulit, ambil isi
Maksud: Perundingan secara berterus terang dan tidak berkias-kias lagi.
 
buka mata pasang telinga, tutup mulut simpan di hati
Maksud: Perkara yang tidak bersangkut paut dengan kita dapatlah dilihat dan didengar tetapi
tidak perlu dicampuri.
 
bukan air muara yang ditimba, sudah disauk dari hulunya
Maksud: Khabar yang diambil bukanlah khabar angin kerana berasal daripada sumber yang
sebenar.
 
bukan budak-budak makan pisang
Maksud: Bukan orang yang dapat dipermain-mainkan atau diperdayakan.
 
bukan diretak panas
Maksud: Bukan sia-sia atau dusta sesuatu telahan.
 
bukan kudis dibuat pekung
Maksud: Bukan kesalahan kecil yang dibesar-besarkan.
 
bukan masak durian, masak manggis
Maksud: Perempuan biasanya lebih teguh menyimpan rahsia daripada lelaki.
 
bukannya bersuluh batang pisang, bersuluhkan bulan matahari
Maksud: Kejahatan yang sudah terang dan nyata sekali.
 
bukit jadi paya, paya jadi bukit
Maksud: Orang yang kaya dan mulia menjadi miskin dan hina, begitulah sebaliknya.
 
bukitlah tinggi, lurahlah dalam
Maksud: Orang yang telah tua dan tidak mampu ke sana ke sini seperti dulu lagi; teramat tua
dan daif. .
 
bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud: Sepakat atau seia sekata dalam susah dan senang.
 
bukit sudah menjadi busut
Maksud: Orang berpangkat telah diturunkan pangkatnya.
 
bulan mengambang dikandung awan
Maksud: Lelaki yang merindui perempuan yang sudah diambil oleh orang lain.
 
bulan naik matahari naik
Maksud: Mendapat untung dan bahagia dari kiri dan kanan.
 
bulan terang paksa baik; payang ke laut, biduk pun ke laut juga
Maksud: Ketika negara makmur, rakyat berlumba-lumba mencari keuntungan.
 
Bulang sali kacak sama, tinggal lagi mujur malangnya
Maksud: Sama-sama kuat, kalah menang bergantung pada nasib.
 
bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat
Maksud: Keputusan sebulat suara akan tercapai sekiranya bersepakat. .
 
bulat bersegi, bersanding melukai
Maksud: Orang yang nampaknya lurus tetapi tidak dapat dipercayai.
 
bulat boleh digilingkan, pipih boleh dilayangkan
Maksud: Benar-benar sudah muafakat.
 
bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan
Maksud: Setiap manusia pernah melakukan kesilapan.
 
bunga bukan sekaki, kumbang bukan seekor
Maksud: Perempuan atau lelaki itu bukan seorang sahaja di dunia. .
 
bunga dipersunting, perdunya ditendang
Maksud: isteri disayangi tetapi mentua dibenci; seseorang yang gemar akan hak seseorang,
tetapi benci kepada tuannya.
 
bunga dipersunting sudahnya akan layu
Maksud: Sesuatu itu dikasihi ketika masih baru, apabila sudah lama atau buruk akan dibuang.
 
bunga dipetik, perdunya diberaki
Maksud: Suka akan hak orang tetapi orang itu dibenci.
 
bunga disunting, perdu disepak buang
Maksud: Perihal anak menantu yang membenci mentuanya.
 
bunga gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur
Maksud: Setiap manusia akan mati tidak kira tua atau muda.
 
bunga kembang berbalik kuncup
Maksud: Mula-mula ingin menurut atau setuju, kemudian ingkar.
 
bunga kembang menanti layu
Maksud: Kecantikan itu tidak kekal.
 
bunga raya kembang pagi
Maksud: Muka yang merah padam kerana terlalu marah.
 
bunga tengah kembang di taman, baunya semerbak ke mana-mana
Maksud: Kecantikan seorang gadis yang telah tersebar ke mana-mana.
 
bunga yang harum itu ada durinya
Maksud: Sesuatu yang indah itu ada pengawalnya.
 
bunga yang layu balik kembang
Maksud: Tatkala ternyata. kebenaran kepada seseorang yang tertuduh.
 
bungkal genap menahan cuba, emas sebaik menahan uji
Maksud: Keutamaan sifat seseorang dapat dicuba atau diuji.
 
buntat hendak jadi gemala
Maksud: Orang kecil hendak menjadi orang besar.
 
buruk bak embacang
Maksud: Pengetahuan atau akal bukan hanya terdapat pada orang yang elok rupanya.
 
buruk-buruk kayu gaharu, dibakar berbau juga
Maksud: Orang yang baik itu walaupun miskin, namanya disebut juga.
 
buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat
Maksud: kejadian buruk dan pekerjaan baik dapat diselesaikan dengan perundingan dan kata
sepakat.
 
buruk dikembang pada orang, elok dipilih sama seorang
Maksud: Kerugian ditanggung bersama tetapi keuntungan dikaut seorang diri.
 
buruk muka cermin dibelah
Maksud: Tidak mahu menerima kenyataan tentang kesalahan sendiri dengan melemparkan
kepada orang lain.
 
buruk perahu buruk pangkalan
Maksud: Enggan melihat atau mengunjungi rumah bekas isteri atau bekas suami.
 
buruk tak tahu akan hinanya
Maksud: Tidak insaf akan kekurangan diri.
 
burung boleh lupa akan getah tetapi getah tidak lupakan burung
Maksud: Orang yang berhutang dapat melupakan pemiutang, tetapi pemiutang tidak akan lupa
kepada penghutang.
 
burung terbang dipipiskan lada
Maksud: Belum tentu diperoleh sesuatu yang dicita-citakan tetapi sudah dirancang dan dibuat
persediaan untuk itu.
 
burung yang liar dilepaskan, khabar yang mustahil didengarkan
Maksud: jangan percaya akan khabar yang tidak diketahui kesahihannya.
 
busuk berbau, jatuh berdebuk
Maksud: Kalau melakukan kesalahan atau perkara yang tidak baik, akhirnya akan diketahui
orang juga.
 
busuk daging dikincah, dimakan; busuk ikan, dibuang
Maksud: Kalau saudara-mara melakukan kesalahan akan dicari jalan untuk membersihkan
namanya tetapi kalau orang lain dibiarkan begitu sahaja.
 
busuk tak tahu dibaunya.
Maksud: Tidak insaf akan kekurangan dirinya.
 
busut juga ditimbun anai-anai
Maksud: Orang kaya juga yang akan bertambah kaya.
 
buta baru celik
Maksud: Menjadi sombong kerana mendapat kekayaan atau kesenangan atau pangkat dengan
tidak disangka-sangka.

C
 
cabik-cabik bulu ayam
Maksud: Perselisihan faham atau perpecahan dalam keluarga yang mudah berbaik semula.
 
cacing hendak menjadi naga
Maksud: Orang yang kecil-kecil hendak menjadi orang yang besar-besar.
 
cacing naik ke mata
Maksud: Kelakuan yang melampau.
 
cakak sudah, silat teringat
Maksud: Perkara yang sudah selesai, barulah terdengar rungutan atau keterangan.
 
cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar
Maksud: Cakap sahaja besar tetapi satu pekerjaan pun tidak terbuat.
 
cakap berdegar-degar, tumit di keting
Maksud: Orang yang bercakap besar tetapi penakut.
 
cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada
Maksud: Cakap seperti orang kaya padahal miskin.
 
cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar   dengar
Maksud: Berhati-hatilah ketika memperkatakan sesuatu.
 
cakapan sejengkal dibawa sehasta
Maksud: Perkara yang kecil diperbesarkan-besar:
 
calak ganti asah, menanti tukang belum tiba
Maksud: Dipakai untuk semen tara waktu sahaja, semen tara menunggu yang lebih baik.
 
campak baju nampak kurap
Maksud: Mendedahkan keburukan diri sendiri.
 
campak baju nampak kurap, seperti anak kacang hantu
Maksud: Orang muda yang tidak menjaga kehormatan diri dan orang lain sewaktu di jalan raya.
 
cangkat sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud: Sama-sama merasai kesusahan dan kesenangan.
 
cari umbut dapat buku
Maksud: Can yang baik, dapat yang tidak berguna.
 
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Maksud: Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai akibat perselisihan.
 
carik-carik bulu ayam, lama-lama jereket semula
Maksud: Perselisihan sesama keluarga akan berakhir dengan berbaik-baik semula.
 
cekarau besar liang
Maksud: Besar bualannya dan suka membuka rahsia orang.
 
cekel berhabis, lapuk berteduh
Maksud: Terlampau kedekut pun tidak ada faedahnya kerana akhirnya harta itu akan habis
juga.
 
cekur jerangau berbau lagi
Maksud: Masih belum matang atau muda benar.
 
celaka ayam, padi masak makan ke hutan
Maksud: Nasib yang malang.
 
cencang air tidak akan putus
Maksud: Persaudaraan yang tidak akan terputus oleh perselisihan.
 
cencang dua segeragai
Maksud: Sekali jalan, dua tiga pekerjaan selesai.
 
cencang terdadik jadi ukir
Maksud: Kesalahan yang tidak disengajakan tetapi membawa kebaikan.
 
cencaru makan petang
Maksud: Pekerjaan yang lambat tetapi mendatangkan hasil yang baik.
 
cengkeling bagai ular dipukul
Maksud: Bengkang-bengkong atau berbelit-belit.
 
cepat kaki ringan tangan
Maksud: Sangat cekap dan suka menolong.
 
cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan
Maksud: Jika ingin melakukan sesuatu hendaklah memikirkan baik buruknya, jangan terlalu
cepat ingin membuatnya.
 
cerdik bagai ekor kerbau
Maksud: Sindiran kepada orang yang melakukan sesuatu yang bodoh sehingga menyebabkan
diri sendiri kerugian.
 
cerdik helang bingung si kekek, lamun murai kecoh jua
Maksud: Biarpun cerdik atau bodohnya orang besar-besar, orang rendah atau lemah juga yang
terpedaya atau menanggung kerugian.
 
cerdik membuang kawan
Maksud: Orang kaya atau pintar yang tidak mahu menolong sahabatnya.
 
cerdik perempuan melabuhkan, cerdik saudagar muda menghutangkan
Maksud: Perempuan yang tidak terpelajar hanya tahu mengusulkan tetapi tidak pandai
melaksanakan, cerdik saudagar muda pula hanya tahu merugikan perniagaannya.
 
cerdik perempuan meleburkan, saudagar muda menghutangkan
Maksud: Menuruti orang yang belum panjang fikirannya itu acap kali mendatangkan keburukan.
 
cerdik tak berakal
Maksud: Pandai tetapi belum berbudi halus.
 
cermat masa banyak, jimat masa sedikit
Maksud: Selalu berhati-hati ketika berbelanja.
 
cincin emas takkan tampan bermata kaca
Maksud: Cadis yang elok lagi hartawan tidak akan sejodoh dengan lelaki yang miskin lagi
hodoh.
 
cinta itu buta
Maksud: Cinta tidak mengira sesiapa.
 
cium tapak tangan, berbaukah atau tidak
Maksud: Lihatlah diri sendiri terlebih dahulu sebelum mencela orang lain.
 
condong diumpil, lemah dianduh
Maksud: Orang yang dalam kesusahan diberi pertolongan.
 
condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya
Maksud: Setiap orang akan suka dan melebihkan keluarga sendiri berbanding dengan orang
lain.
 
condong yang akan menimpa
Maksud: Pekerjaan yang mendatangkan celaka.
 
condong yang menongkat, rebah yang menegak
Maksud: Ketua yang membantu anak buah atau rakyatnya jika mereka dalam kesusahan.
 
contoh kepada yang sudah, mengambil tuah kepada yang menang
Maksud: Sesuatu yang hendak ditiru itu mestilah diambil daripada contoh yang dapat
memberikan hasil yang baik.
 
corak kain mengikut kehendak penenunnya
Maksud: Undang-undang sesebuah negara itu mengikut kehendak pemerintahnya;
pengetahuan murid menurut ajaran gurunya.
 
cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri
Maksud: Tetap meneruskan sesuatu pekerjaan kerana mungkin akan mendatangkan hasil
lumayan.
 
cubit daging sendiri sebelum mencabut daging orang
Maksud: Fikirkan dahulu sebelum menyakiti orang lain.
 
cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga
Maksud: Kiranya seseorang itu merosakkan kaum keluarganya sendiri, dia pun akan merasai
kesusahannya juga.
 
cubit paha sendiri dahulu, baru cubit paha orang lain
Maksud: Pandang kesalahan diri dulu sebelum memperkatakan kesalahan orang lain.
 
cupak asli bukan cupak buatan
Maksud: Adat turun-temurun, bukan adat yang baru dibuat.
 
cupak diubah orang datang
Maksud: Adat yang telah diubah oleh orang asing.
 
cupak sudah tertegak, suri sudah terkembang
Maksud: Telah lama adat atau cara-cara tentang sesuatu pekerjaan.
 
cupak tegak yang diisi
Maksud: Aturan yang masih diamalkan, itulah yang dipatuhi.

D
 
dacing palingan tangan, lidah palingan hati
Maksud: Pendirian seseorang itu dapat berubah-ubah dan kata-kata di mulut tidak sama
dengan hati.
 
dada manusia tidak dapat diselami
Maksud: Fikiran atau isi hati seseorang tidak dapat diduga.
 
dagangan bersambut yang dijualnya
Maksud: Cerita orang lain yang diceritakannya kembali.
 
dahan pembaji batang
Maksud: Menggunakan harta benda tuannya.
 
dahulu bajak daripada jawi
Maksud: Perkara yang patut didahulukan telah dikemudiankan.
 
dahulu intan sekarang batu
Maksud: Dahulu kaya sekarang miskin.
 
dahulu intan sekarang jadi batu belanda
Maksud: Perihal orang berbangsa yang sekarang tidak berharga lagi.
 
dahulu parang sekarang besi
Maksud: Dahulu berguna kini tidak lagi (dahulu sayang sekarang benci).
 
dahulu timah sekarang besi
Maksud: Perubahan sikap daripada lemah lembut kepada kasar atau keras.
 
dalam berselam, dangkal berjingkat
Maksud: Berpada-pada dengan sedikit.
 
dalam dua tengah tiga
Maksud: Tidak jujur.
 
dalam genggaman tangan orang
Maksud: Di bawah kuasa orang lain.
 
dalam kilat ada kilau
Maksud: Tujuan atau maksud terkandung dalam percakapan atau tingkah laku.
 
dalam madu berisi hempedu
Maksud: Dalam kata-kata manis, berisi tipu daya yang jahat.
 
dalam menunduk dia menyonggeng
Maksud: Pada zahirnya menerima dengan baik tetapi dalam hati membantah.
 
dalam menyelam, cetek bertimba
Maksud: Hasil yang banyak dapat dimewahkan dan hasil yang sedikit digunakan berpada-pada.
 
dalam rumah membuat rumah
Maksud: Mencari keuntungan atau biaya ketika bekerja dengan orang lain.
 
dalam sudah keajukan, dangkal sudah keseberangan
Maksud: Sudah diketahui benar-benar maksud atau tujuan seseorang.
 
dapat dihitung dengan jari
Maksud: Sangat sedikit.
 
dapat durian runtuh
Maksud: Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah.
 
dapat tebu rebah
Maksud: Mendapat keuntungan dengan mudah.
 
dapur masih berasap
Maksud: Perkara yang masih panas atau baru atau masih dibincangkan.
 
dapur tak berasap
Maksud: Sangat miskin atau tiada rezeki.
 
darah baru setampuk pinang
Maksud: Masih terlalu muda; belum berpengalaman.
 
dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata
Maksud: Umpat dan caci kepada setiap kelakuan yang tidak senonoh.
 
dari jong turun ke sampan
Maksud: Mundur dalam kedudukan atau turun pangkat.
 
dari lecah, lari ke duri
Maksud: Perihal seseorang yang menghindarkan dirinya daripada kesukaran yang kecil tetapi
jatuh ke dalam kesukaran yang lebih besar.
 
daripada bersahabat dengan orang bodoh, baik berseteru dengan orang berakal
Maksud: Tidak berfaedah bersahabat dengan orang bodoh kerana orang bodoh tiada apa-apa
sedangkan dengan orang pandai kita dapat mempelajari sesuatu meskipun dia musuh.
 
daripada cempedak baik nangka
Maksud: Kalau ada yang lebih baik, eloklah yang lebih baik itu.
 
daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada
Maksud: Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung.
 
daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah
Maksud: Lebih baik mati daripada hidup menanggung malu.
 
daripada segenggam jadi segantang
Maksud: Bernasib baik.
 
dari semak lari ke belukar
Maksud: Meninggalkan sesuatu yang buruk tetapi mendapat yang buruk juga.
 
dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh
Maksud: Orang yang berakhlak mulia tidak akan mengeluarkan ucapan kasar dan kotor.
 
dari telaga yang keruh tidak akan mengalir air yang jernih
Maksud: Orang bertabiat jahat tidak akan ada budi bahasa yang baik.
 
datang nampak muka, pergi nampak belakang
Maksud: Datang dengan baik, pergi pun hendaklah dengan baik juga.
 
datang seperti ribut pergi seperti semut
Maksud: Penyakit itu cepat datangnya tetapi lambat pula sembuhnya.
 
datang tak berjemput pulang tidak berhantar
Maksud: Tetamu yang tidak penting.
 
datar bak lantai papan, licin bak dinding cermin
Maksud: Keputusan yang sangat adil.
 
daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga
Maksud: Tidak sama kasih sayang kepada anak-anak sendiri dengan kasih kepada anak
saudara atau anak saudara-mara.
 
daun mengenalkan pohonnya
Maksud: Daripada perkataan atau perbuatan dapat dikenal asal usulnya.
 
daun nipah dikatakan daun labu
Maksud: Salah faham terbit kerana malas bertanya.
 
daunnya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga
Maksud: Akan ketahuan juga kekurangan seseorang itu walaupun tinggi pengetahuannya, yang
berguna tinggal dan yang tidak berguna dibuang.
 
degar-degar merapati
Maksud: Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri dapat merapatkan perhubungan.
 
degar-degar perapatkan
Maksud: Perselisihan dalam rumah tangga atau keluarga yang tidak merenggangkan
sebaliknya mengeratkan perhubungan lagi.
 
dek sukar berkampuh ijuk, nan adat diturut jua
Maksud: Adat tidak dapat ditinggalkan walaupun hidup melarat.
 
dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk
Maksud: Perkataan atau perlakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya.
 
dekat mencari suku, jauh mencari hindu
Maksud: Mencari pertalian keluarga, susur galur.
 
dekat tak tercapai, jauh tak berantara
Maksud: Sesuatu yang diinginkan tetapi tidak terdaya untuk mendapatkannya.
 
dempit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali
Maksud: Lelaki perempuan yang bersekedudukan tanpa nikah.
 
dendang menggonggong telur
Maksud: Perempuan hodoh berpakaian cantik.
 
dengar cerita burung, anak dipangku dilepaskan
Maksud: Kerana mendengar manisnya mulut orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.
 
dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Maksud: Mendengar untung besar yang belum tentu dapat, untung kecil dilepaskan begitu
sahaja. .
 
dengar kata enggang, makan buah beluluk; dengar kata orang, terjun masuk lubuk
Maksud: Suka mendengar hasutan orang akan mendatangkan kesusahan kepada diri.
 
deras datang dalam kena
Maksud: Pekerjaan yang terburu-buru itu kelak mendatangkan kerugian.
 
deras seperti anak panah
Maksud: Terlalu cepat.
 
destar habis, kopiah luluh
Maksud: Menanggung kerugian yang besar; menderita kemalangan terus-menerus.
 
destar hancur, kopiah hancur
Maksud: Perihal perbuatan yang kurang hemat menyebabkan kerugian.
 
dialas bagai memengat
Maksud: Berkata dengan cukup alasan.
 
diam-diam lepu
Maksud: Musuh yang pendiam jangan dipermudah-mudahkan.
 
diam di laut, masin tidak; diam di bandar, tidak meniru
Maksud: Tidak menghiraukan segala perubahan terutama perubahan yang baik.
 
diam ubi berisi, diam penggali berkarat
Maksud: Diam orang berilmu untuk kebaikan atau berfikir sedangkan diam orang bodoh tidak
berguna, malah menambahkan kebodohan.
 
diam ubi lagi kental, diam besi lagi sentil
Maksud: Diam orang berilmu itu berfikir, diam orang bodoh sia-sia sahaja.
 
dianjak layu, dianggur mati
Maksud: Sesuatu kebenaran atau nasihat yang tidak dapat diubah lagi. Jika diubah akan
merosakkan kebenaran itu.
 
dianjak layu, dicabut mati
Maksud : Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi
 
dianjung seperti payung, diambak seperti kasur
Maksud: Terlalu sangat dimuliakan atau dihormati (orang besar-besar).
 
dian sebatang dinyalakan hujung pangkalnya, teraba-raba sudahnya
Maksud: Orang yang membazir akan susah akhirnya.
 
diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali
Maksud: Lelaki dan perempuan yang bersekedudukan tanpa nikah.
 
dibakar melilit puntung
Maksud: Orang yang tidak membiarkan godaan atau cabaran, nescaya dia membalas.
 
dibakar tidak hangus
Maksud: Orang yang tidak dapat dipengapa-apakan kerana degil atau sangat berkuasa.
 
dibakar tidak hangus, direndam tidak basah
Maksud: Sangat berkuasa; tidak mudah dikalahkan.
 
dibalik-balik bagai memanggang
Maksud: Difikirkan masak-masak.
 
di bawah ketiak orang
Maksud: Di bawah kekuasaan orang.
 
di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat
pula
Maksud: Menghadapi orang yang kita kasihi yang menyebabkan kita menjadi serba salah.
 
dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah
Maksud: Diberi sedikit lalu hendak minta banyak.
 
diberi bahu, hendak kepala
Maksud: Perihal anak yang dimanjakan.
 
diberi berkuku hendak mencengkam
Maksud: Diberi sedikit hendak berkuasa sekehendak hati.
 
diberi berpadang luas
Maksud: Diberi kebebasan seluas-luasnya.
 
diberi bertali panjang
Maksud: Dapat memilih apa-apa sahaja yang disukai; diberi kebebasan sepenuh-penuhnya.
 
diberi betis hendak paha
Maksud: Diberi sedikit tetapi hendak banyak.
 
diberi sehasta hendak sedepa
Maksud: Diberi sedikit hendak banyak.
 
dibilang genap, dipapar ganjil
Maksud: Nampak pada zahirnya untung tetapi sebenarnya rugi.
 
dicari cempedak di bawah kerambil
Maksud: Mencari tidak pada tempatnya.
 
dicecah orang bagai garam
Maksud: Perempuan yang baru sahaja berkahwin lalu bercerai.
 
dicucuk hidung
Maksud: Menurut saja.
 
dicukur-cukur rambut, tumbuh juga semula
Maksud: Tabiat jahat lambat-laun akan berbalik semula.
 
didenda dengan emas yang habis, dipancung dengan pedang yang hilang
Maksud: Dihukum dengan syaratnya sahaja untuk mencari perdamaian.
 
didukung disangka orang sakit, kiranya orang kekenyangan
Maksud: Menolong orang tidak kena pada tempatnya.
 
dielak harimau, gajah tentu dengan londarnya; dielakkan untung, tidak tentu londarnya
Maksud: Nasib yang tidak dapat ditentukan.
 
digantung kain kotor di muka pintu
Maksud: Perbuatan bodoh yang memalukan diri sendiri.
 
digantung sehasta tali
Maksud: Perempuan yang ditinggalkan oleh suaminya dengan tidak diberi nafkah tetapi tidak
diceraikan.
 
digantung tinggi, dibuang jauh
Maksud: Tidak berdaya untuk mendapatkan sesuatu; lemah sekali.
 
digantung tinggi, digalikan dalam
Maksud: Perjanjian yang dibuat dengan syarat-syarat yang teguh.
 
digenggam mati, dilepas takut terbang
Maksud: Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; sesuatu yang serba salah halnya.
 
digenggam tangannya
Maksud: Perihal orang yang kikir yang tidak sedikit pun sudi menolong orang yang sengsara.
 
dihentak alu luncung
Maksud: Dialahkan oleh orang yang tidak pandai atau lemah.
 
dihentak tidak masuk, diumpil tidak bergerak
Maksud: Sangat degil.
 
dihujani kering, dijemur basah
Maksud: Membuat pekerjaan yang menyusahkan orang lain.
 
di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga
Maksud: Kalau asalnya tidak baik tentu akhirnya tidak baik juga.
 
diimbau berbunyi, dilihat bersua
Maksud: Apa-apa yang dikatakan betul; dapat diuji kebenarannya.
 
diindang ditampi beras, dipilih antah satu-satu
Maksud: Jika mencari isteri atau suami hendaklah diusul periksa betul-betul supaya tiada
celanya.
 
dijemba-jemba bagai bersiang, dihela surut bagai bertanam
Maksud: Mengatur sesuatu pekerjaan supaya berhasil baik.
 
dijual dahulu maka dibeli
Maksud: Difikir dahulu masak-masak barulah dikerjakan.
 
dijual sayak, dibeli tempurung
Maksud: Sama sahaja yang hilang dengan pengganti.
 
dijunjung merekah kepala, dipikul runtuh bahu
Maksud: Hukuman, peraturan, atau perintah yang sangat berat atau keras.
 
dikatakan berhuma lebar, sesapan di halaman
Maksud: Memegahkan kekayaan dan lain-lain tetapi tiada bukti kekayaan.
 
dikembar seperti benang
Maksud: Perempuan yang menduakan suaminya.
 
dikulum menjadi manikam, dimuntah menjadi sekam
Maksud: Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.
 
dikunyah patah gigi, ditelan sembelit
Maksud: Membuat sesuatu pekerjaan tanpa pengetahuan tentu sia-sia
 
dilahir serupa tidak, dibatin menggunting angin
Maksud: Berpura-pura; zahirnya tidak suka tetapi hati hendak lebih lagi.
 
dilambai tidak nampak, diseru tidak dengar
Maksud: Tidak mahu mendengar nasihat orang.
 
dilapur ayam betina
Maksud: Dikalahkan oleh perempuan.
 
di laut angkatan, di darat kerapatan
Maksud: Kekuatan di laut dengan angkatan perang, kekuatan di darat dengan perpaduan.
 
dilengahkan beruk berayun
Maksud: Asyik akan sesuatu yang tiada gunanya.
 
dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan
Maksud: Nampak lahirnya untung tetapi sebenarnya rugi.
 
dilihat si pulut, ditanak berderai
Maksud: Pada lahirnya berlainan dengan keadaan sebenarnya; kelihatan seperti orang kaya
tetapi sebenarnya miskin.
 
di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu
Maksud: Tipu muslihat biasanya dilakukan dengan kata-kata yang manis.
 
di luar merah, di dalam pahit
Maksud: jangan terlalu mempercayai perkataan yang manis-manis kerana biasanya berisi tipu
daya yang busuk; lahirnya baik tapi batinnya jahat.
 
di lurah air yang besar, di bukit orang yang hanyut
Maksud: Orang yang tidak bersalah menerima hukuman.
 
di lurah maka hendak angin, di bukit maka hendak air
Maksud: Berkehendakkan sesuatu tidak pada tempatnya.
 
di mana api berpupuk, di situ asap keluar
Maksud: Setiap kejadian itu akan ada kesan atau bekasnya.
 
di mana api padam, di situlah puntung tercampak
Maksud: Di tempat kita mati di situlah akan dikuburkan.
 
di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh
Maksud: Di tempat sesuatu perkara itu berlaku di situlah diselesaikan.
 
di mana buah masak, di situ burung banyak tampil
Maksud: Kalau kita dalam kesenangan, sahabat akan ramai berkerumun.
 
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud: Walau di mana-mana kita berada, peraturan dan adat di situ mesti dipatuhi.
 
di mana bunga banyak kembang, di situ kumbang banyak
Maksud: Di tempat ada perempuan cantik tentu banyak lelaki di situ.
 
di mana cendawan tumbuh, di situ tembilang terentak
Maksud: Di tempat sesuatu perkara itu timbul, di situlah patut diselesaikan.
 
di manakah berteras kayu mahang
Maksud: janganlah diharapkan sesuatu yang mustahil.
 
di mana kapak jatuh, di situ baji makan
Maksud: Di tempat sesuatu perkara itu terjadi, di situlah tempat diselesaikan.
 
di mana kayu bongkok, di situlah kera meniti
Maksud: Orang yang bodoh mudah kena tipu atau dipergunakan orang.
 
di mana kutu makan kalau tidak di kepala
Maksud: Menghabiskan harta ibu bapa atau majikan.
 
di mana makan, di situ berak
Maksud: Berbuat jahat di tempat mencari rezeki.
 
di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal
Maksud: Seseorang itu akan dikuburkan di tempat dia mati.
 
di mana ranting dipatahkan, di situ air disauk
Maksud: Seseorang itu haruslah mengikut adat resam negeri yang didiaminya.
 
di mana semut mati, kalau tidak dalam gula
Maksud: Manusia akan tertipu oleh pujuk rayu.
 
di mana tumbuh, di situ disiang
Maksud: Jika telah terjadi sesuatu perkara atau perselisihan, hendaklah diselesaikan di situ
juga.
 
dimandikan dengan air segeluk
Maksud: Pertolongan yang diberi tidak bererti kerana tidak mencukupi.
 
diminta tebu, diberi teberau
Maksud: Yang diminta dikabulkan tetapi kurang mutunya.
 
dimudik sebulatan, dihilir semuara
Maksud: Persatuan yang kukuh.
 
dinding terentas, tangga terpasang
Maksud: Bukti yang cukup untuk menyatakan sesuatu hal.
 
di padang orang berlari-lari; di padang sendiri berjengket-jengket
Maksud: Seseorang yang hanya suka menerima hak orang lain tetapi hak sendiri disimpan atau
disembunyikan.
 
dipegang lengan sudah bak lengan, dipegang betis sudah bak betis
Maksud: Perihal seseorang yang angkuh dan sombong.
 
diperbesar hisap, hitam bibir
Maksud: Membelanjakan wang dengan boros dan akhirnya melarat.
 
diperlelar timba ke perigi, tak sekali, sekali pecah
Maksud: jangan diulang perbuatan jahat, lambat-laun mendapat sesuatu bencana juga.
 
diperluas parak, tidak tersiangi
Maksud: Jika mata pencarian ditambah, penjagaannya tidak sempurna.
 
dipujuk ia menangis, ditendang ia tertawa
Maksud: Orang yang akan bekerja dengan baik dan sempurna sesudah dimarahi.
 
dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu
Maksud: Serba salah dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sulit (dikerjakan
berbahaya, tidak dikerjakan pun berbahaya).
 
diratapi langau hijau
Maksud: Anak dagang yang mati di rantau orang.
 
direbus tiada empuk
Maksud: Sukar untuk dikalahkan.
 
direndam tak basah
Maksud: Orang degil yang tidak dapat dinasihati.
 
di rumah sendiri dapur tidak berabu, ke rumah teman pergi berpasak seribu
Maksud: Suka bertandang dan makan di rumah orang.
 
disambut dengan penyapu tak bersimpai
Maksud: Dihalau dari sesuatu majlis keramaian kerana dibenci orang.
 
disangkakan berdena timbul, terpeluk bangkai babi bengkak hanyut
Maksud: Orang tamak yang tidak tahu membezakan yang baik dengan buruk akhirnya
mendapat kerugian.
 
disangkakan langit itu rendah; dipandang dekat, dicapai tak dapat
Maksud: Sebelum mencuba sesuatu pekerjaan itu janganlah dikatakan mudah atau senang.
 
disangka panas hingga ke petang, kiranya hujan di tengah hari
Maksud: Disangkakan akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bencana
sehingga melarat.
 
disangka tidak akan mengaram, ombak yang kecil diabaikan
Maksud: Akibat tidak menghiraukan bahaya yang kecil, akhirnya ditimpa bahaya yang besar.
 
disigai sampai ke langit
Maksud: Diselidik dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu.
 
disisih bagai antah
Maksud: Diasingkan dengan yang lain kerana tidak disukai atau miskin.
 
di situ juga gendang berbunyi
Maksud: Sentiasa sama sahaja; tidak berubah.
 
disuruh dituruti, berserah sekehendak hati
Maksud: Harap-harap tetapi percaya tidak.
 
ditakik getah di daun
Maksud: Hidup melarat.
 
ditanaknya semua beras
Maksud: Diperlihatkan semua kepandaiannya.
 
ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka
Maksud: Gembira apabila mendengar pujian.
 
ditangkap buaya, nampak riaknya; ditangkap malas tidak bertanda
Maksud: Sifat malas seseorang tidak kelihatan kecuali setelah disuruh membuat sesuatu kerja.
 
ditarik ia menanduk, digiring ia menyepak
Maksud: Orang bodoh yang tidak mahu mengikut kata atau nasihat orang.     .
 
ditatang bagai minyak yang penuh
Maksud: Sangat dikasihi dan dijaga dengan sempurna.
 
ditatang di anak lidah
Maksud: Sangat kasih kepada anak isteri.
 
ditebuk tikus
Maksud: Sudah hilang gadisnya.
 
ditelan mati emak, diluah mati bapa
Maksud: Keadaan yang amat serba salah.
 
ditembak dengan peluru petunang
Maksud: Perundingan yang berhasil baik.
 
di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!
Maksud: Di tempat tiada orang berkuasa, si lemah mengaku dirinya kuat.
 
ditempuh nyamuk terbalik, ditindih lalat tak dapat bangkit
Maksud: Terlalu lemah.
 
ditentang langit, langit; ditentang bumi, bumi
Maksud: Tiada tempat bergantung; melarat sekali.
 
ditetak belah, dipalu belah, tembikar juga akan jadinya
Maksud: Walau diseksa atau disakiti sekalipun, namun sudahnya mati menjadi mayat juga.
 
ditindih yang berat, dililit yang panjang
Maksud: Kemalangan yang tidak dapat dielakkan; tidak dapat melepaskan diri daripada
kekuasaan orang.
 
dititik belah, dipalu datar
Maksud: Kerosakan yang tidak dapat dibaiki lagi.
 
dituba sajakah ikan, dijala, dijaring bukankah ikan?
Maksud: Ditanya kepada orang yang menganggap sama saja bernikah atau berjahat, tidak
malu melakukan kejahatan.
 
ditumbuk dikisar barulah lumat
Maksud: Berusaha dengan bersungguh-sungguh hati barulah mendapat hasil yang diingini.
 
diturutkan, gatal tiba ke tulang
Maksud: Sesiapa yang menurutkan hawa nafsu akhirnya akan menyusahkan diri sendiri.
 
diuji sama merah, ditahil (dikati) sama berat
Maksud: Suami isteri yang sepadan benar.
 
diuji timbang lebih sesaga
Maksud: Perubahan atau perbezaan yang amat kecil.
 
di waktu geruda alah oleh ular
Maksud: Kiasan kepada waktu yang terlalu lama; zaman dahulu kala.
 
dua badan senyawa
Maksud: Sehidup semati dan karib sekali.
 
dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati di tengah
Maksud: Orang kecil yang mencampuri urusan orang besar-besar akhirnya dia sendiri yang
binasa.
 
dua kali dua empat
Maksud: Sama sahaja.
 
dua kali lima sepuluh
Maksud: Sama sahaja.
 
duduk berkelompok, tegak berpusu
Maksud: Mencari orang yang sama tara! dalam sesuatu majlis.
 
duduk berkisar, tegak berpaling.
Maksud: Mungkir janji atau tidak menepati janji.
 
duduk berkurung siang malam
Maksud: Orang yang tidak keluar-keluar dari rumahnya.
 
duduk dengan cupak dan gantang
Maksud: Ketua yang adil.
 
duduk dengan sukatan
Maksud: Orang yang kaya.
 
duduk diambung-ambung taji
Maksud: Orang yang selalu dalam kebimbangan.
 
duduk di atas bara
Maksud: Duduk dengan bergelisah.
 
duduk di dalam duri yang banyak, bersandar di tiang rengas
Maksud: Hidup dalam keadaan serba salah kerana menghadapi bencana.
 
duduk di dalam tabir langit-langit, berbau tembelang
Maksud: Perempuan yang berkurung di dalam rumah tetapi kejahatannya telah diketahui orang.
 
duduk meraut ranjau, berdiri melihat musuh
Maksud: Sentiasa berusaha atau berwaspada.
 
duduk meraut ranjau, berdiri mengintai jarah
Maksud: Dalam setiap pekerjaan harus diingati faedah untuk diri sendiri.
 
duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak
Maksud: Orang yang sentiasa membuat kerja.
 
duduk salah, tegak salah
Maksud: Berada dalam keadaan serba salah.
 
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud: Orang yang sama darjat.
 
duduk sehamparan, tegak sepermatang
Maksud: Orang yang sedarjat dalam adat.
 
duduk seorang bersempit-sempit, banyak berlapang-Iapang
Maksud: Fikiran yang diperoleh daripada perbincangan itu lebih bernas daripada buah fikiran
seorang diri.
 
duduk seperti kucing, melompat seperti harimau
Maksud: Orang pendiam yang tangkas bekerja atau berfikir.
 
duduk sukatan
Maksud: Orang yang kaya.
 
dulu bajak daripada jawi
Maksud: Bekerja dengan tidak menurut peraturan.
 
dulu buah daripada bunga; dulu duduk daripada cangkung
Maksud: Beranggapan bahawa sudah memiliki sesuatu barang yang belum tentu diperoleh.
 
dulukan yang dulu merasa garam
Maksud: Mengutamakan orang yang berpengalaman dalam sesuatu pekerjaan.
 
dulu rambak rimbun daun, kinilah sangat merarasi
Maksud: Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk.
 
dulu sorak, kemudian tohok
Maksud: Menggembar-gemburkan suasana pekerjaan yang belum pasti, apabila sudah
diperoleh, keadaannya tidak seperti yang diharapkan.
 
dunia diadang, saku-saku dijahit
Maksud: Hendak bersuka-suka tetapi enggan mengeluarkan wang.
 
duri dalam daging
Maksud: Orang yang rapat tetapi sentiasa menyakitkan dan sukar untuk dijauhi; hal yang selalu
menyusahkan orang.
 
duri di hutan siapa pertajam
Maksud: Kekuasaan Allah itu tidak ada batasnya.
 
durian dengan mentimun, menggolek rosak kena golek binasa
Maksud: Orang yang lemah tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik,
salah, ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.
 
durian seambung dengan timun
Maksud: Jika orang yang jahat dan khianat bercampur dengan orang yang lemah dan baik,
nescaya rosaklah orang yang lemah dan baik itu.

E
 
ekor anjing berapa pun dilurut akan dia, tiada juga betul
Maksud: Orang yang bertabiat buruk itu walau bagaimanapun diperbaik akan tetap jahat juga.
 
elok bahasa kan bekal hidup, elok budi kan bekal mati
Maksud: Orang yang baik budi bahasa akan disayangi oleh orang ketika hidup dan dikenang
oleh orang sesudah mati.
 
elok basa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati
Maksud: Orang yang baik bahasanya akan menjadi kesayangan orang sewaktu hidup dan akan
sentiasa dikenang sesudah mati.
 
elok berarak di hari panas
Maksud: Orang akan berasa sukacita dan beruntung kalau maksud tercapai.
 
elok berbini orang tua, perut kenyang pengajar dapat
Maksud: Sindiran, cemuhan, atau pembelaan diri kepada orang yang berkahwin dengan
perempuan yang lebih tua daripadanya.
 
elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat
Maksud: Kalau hendak berbuat sesuatu hendaklah dirundingkan dengan kaum keluarga supaya
pekerjaan itu selamat.
 
elok lenggang di tempat datar
Maksud: Bersuka-sukaan biarlah kena pada tempat dan masanya.
 
elok palut, pengebat kurang
Maksud: Tampaknya bagus tetapi keadaan sebenarnya belum begitu baik.
 
emas berpeti, kerbau berkandang
Maksud: Harta benda harus dijaga mengikut keadaan masing-masing supaya selamat.
 
emas disangka loyang
Maksud: Oleh sebab miskin dan melarat, orang menyangkanya jahat.
 
embacang buruk kulit
Maksud: Nampak buruk tetapi sebenarnya baik.
 
embun di hujung rumput
Maksud: Tidak kekal.
 
empang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit
Maksud: Perselisihan yang tidak dapat didamaikan lagi; aturan yang tidak dapat diubah.
 
empat gasal, lima genap, dikendur berdenting-denting, ditegang berjela-jela
Maksud: Tutur kata orang yang bijaksana itu selalu tersembunyi maksud yang tersirat.
 
empat sudah bersimpul satu
Maksud: Kesempurnaan yang diperoleh daripada empat orang, iaitu yang berilmu, berakal,
mahir, dan rajin.
 
enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diperkatakan
Maksud: Nasihat yang baik perlu diulang menyebutnya.
 
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Maksud: Orang yang mementingkan diri sendiri; tidak bermuafakat dalam sesuatu
perbincangan, berpegang pada pendapat masing-masing sahaja.
 
enau mencari sigai
Maksud: Perempuan mencari lelaki.
 
enau sebatang dua sigainya
Maksud: Seorang perempuan menduakan suaminya; suatu pekerjaan yang dikepalai oleh dua
orang.
 
enggan berdayung hanyut serantau
Maksud: Jika tidak tahu dan malas berusaha, celaka akan menimpa sekaum.
 
enggan seribu daya, mahu sepatah kata
Maksud: Jika tidak mahu biasanya banyaklah soal jawabnya, tetapi jika hendak sedikit sahaja
jawabnya.
 
enggang apa kepada enggang, orang apa kepada orang
Maksud: Senang dan susah kita, kita yang merasakannya, susah dan senang orang, orang
itulah yang merasai atau masing-masing menjaga hal sendiri.
 
enggang lalu aral jatuh, anak raja mati ditimpanya
Maksud: Menerima akibat kerana kebetulan berada di tempat kejadian itu.
 
enggang lalu ranting patah
Maksud: Menerima tuduhan melakukan sesuatu keburukan kerana kebetulan berada di tempat
kejadian.
 
enggang sama enggang, pipit sama pipit, mana boleh terbang bersama-sama
Maksud: Perjodohan sesuatu yang tidak sama padan manakan boleh diteruskan.
 
engkap bagai rumput di tengah jalan
Maksud: Hidup merana kerana terlalu miskin atau sakit yang bersangatan.
 
engkau belum mencapai kayuh, aku sudah sampai ke seberang
Maksud: Orang yang bijaksana akan segera mengetahui maksud atau tujuan sesuatu itu hanya
daripada cakap dan gerak-geri seseorang.
 
entimun bongkok
Maksud: Tidak masuk hitungan dalam pergaulan.
 
eram telur orang
Maksud: Mengahwini perempuan yang telah mengandungkan anak orang lain.

G
 
gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas
Maksud: Sesuatu yang akan berlaku biasanya ada tanda-tanda atau alamatnya.
 
gadai terdorong kepada Cina
Maksud: Sudah terlanjur, tidak mungkin dapat ditarik balik.
 
gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga
Maksud: Terlanjur, meskipun sedikit akibatnya sama dengan yang besar.
 
gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula?
Maksud: Sesuatu yang telah ditentukan tidak mungkin dapat diubah lagi.
 
gadung rasa ubi
Maksud: Orang miskin yang berasa dirinya kaya.
 
gagak bersuara murai
Maksud: Seorang yang hodoh rupanya tetapi mempunyai suara merdu dan budi bahasa yang
baik.
 
gagak menggonggong telur
Maksud: Suami hitam isteri putih.
 
gagak putih bangau hitam
Maksud: Menantikan sesuatu yang tidak pernah ada.
 
gagak lalu punggur rebah
Maksud: Orang yang ingin menunjukkan kekuasaannya, berlaku tidak adil kepada orang yang
lemah.
 
gaharu dibakar kemenyan berbau
Maksud: Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang.
 
gajah dialahkan oleh pelanduk
Maksud: Orang kuat dapat dialahkan oleh orang yang lemah tetapi Pintar.
 
gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan
Maksud: Hendak meniru gaya hidup orang besar atau kaya, akhirnya membinasakan diri
sendiri.
 
gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit
Maksud: Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.
 
gajah berhati, kuman pun berhati juga
Maksud: Bukan orang besar dan kaya sahaja yang ada fikiran dan nafsu, orang miskin pun ada
juga.
 
gajah besar dan berkaki empat sekalipun, terkadang terdorong dan jatuh tersungkur ke bumi
Maksud: janganlah bersikap sombong kerana orang yang kaya dan berkuasa juga boleh hilang
kemuliaan dan kekuasaan:
 
gajah dialahkan oleh pelanduk
Maksud: Orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah; perempuan bangsawan
yang diperisteri oleh orang kebanyakan.
 
gajah dipandang seperti kuman
Maksud: Orang yang sedang marah tidak gentar walaupun lawannya orang besar dan gagah.
 
gajah ditelan ular lidi
Maksud: Anak bangsawan diperisteri oleh orang kebanyakan.
 
gajah empat kaki lagi tersaruk
Maksud: Orang-orang besar itu tiba masanya akan hilang kebesarannya kerana nasib tidak
dapat ditentukan.
 
gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan
Maksud: Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi,
kejahatan anak buah sendiri di rumah tidak dapat diatasi.
 
gajah lalu dibeli, kosa tak terbeli
Maksud: Pekerjaan yang besar dapat dibuat tetapi pekerjaan kecil yang menjadi sokongan
kepada pekerjaan besar itu tidak terbuat.
 
gajah lalu kumpai layu
Maksud: Orang besar yang memperlihatkan kekuasaannya dengan tindakan yang tidak adil.
 
gajah mati dicatuk katak
Maksud: Orang besar dialahkan oleh orang yang kecil dan lemah.
 
gajah mati kerana gadingnya
Maksud: Seseorang mendapat kemalangan kerana kelebihan atau keunggulannya.
 
gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama
Maksud: Orang yang baik akan meninggalkan nama yang baik dan orang jahat akan
meninggalkan nama jahat.
 
gajah mati, tulang setimbun
Maksud: Orang kaya yang mati akan meninggalkan harta yang banyak.
 
gajah memamah aris, baik diikat kera kedi yang memakan buah kayu
Maksud: Daripada mengharapkan yang besar dan menyusahkan, baik diterima sahaja yang
kecil dan tidak menyusahkan.
 
gajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit
Maksud: Anak muda yang menjadi perkakas atau pesuruh orang.
 
gajah rompong belalai
Maksud: Raja yang tidak berkuasa.
 
gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
Maksud: Kalau orang-orang besar berselisih, rakyat yang akan mendapat susah.
 
gajah seekor gembala dua
Maksud: Suatu pekerjaan mempunyai dua ketua; dua orang lelaki mencintai seorang
perempuan.
 
gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya
Maksud: Berbuat sesuatu yang kurang baik kerana kelebihan yang ada pada dirinya.
 
gajah terdorong kerana kuatnya
Maksud: Perbuatan salah laku pembesar kerana kuasa yang ada padanya.
 
gajah turun di tengah rumah
Maksud: Menerima kesusahan kerana menerima tetamu agung.
 
galas habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi jua
Maksud: Pekerjaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia.
 
gali lubang menutup lubang
Maksud: Menebus hutang dengan meminjam wang.
 
gali lubang timbun lubang
Maksud: Berhutang untuk membayar hutang lama.
 
gamak-gamak bagai orang menyambal
Maksud: Membuat keputusan atau sesuatu perkara dengan agak-agak sahaja.
 
ganti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan
Maksud: Untuk mencari. ganti seseorang ketua, perlulah dengan muafakat.
 
gantung tak bertali, salai tak berapi
Maksud: isteri yang ditinggalkan oleh suami tanpa lafaz cerai dan tanpa nafkah.
 
garam dikulumnya tidak hancur
Maksud: Seseorang yang pandai menyimpan rahsia.
 
garam di laut, asam di gunung, dalam belanga bertemu jua
Maksud: Perjodohan yang tidak mengenal batas sempadan negara.
 
garam jatuh ke air
Maksud: Nasihat atau ilmu yang diajar cepat dimengertikan.
 
garam kami tidak masin padanya
Maksud: Perkataan atau nasihat yang tidak dipedulikan.
 
garamnya yang masin
Maksud: Perkataannya diterima pakai oleh orang.
 
garam tumpah adakah tempatnya?
Maksud: Kematian orang miskin lagi hina tidak akan dihiraukan.
 
gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya
Maksud: Dalam sesuatu perkara jangan terlalu percaya akan kata orang kerana sendiri akan
menanggung akibatnya.
 
gayung bersambut, kata berjawab
Maksud: Ajakan berkelahi disambut, ajakan berdebat diterima.
 
gayung tua, gayung memutus
Maksud: Perkataan orang tua biasanya tepat.
 
gaya sahaja, rasanya wallah
Maksud: Rupanya sahaja elok tetapi kelakuannya buruk.
 
gedang gerundang di kubangan, gedang ikan raya di lautan
Maksud: Orang berpangkat di tempat masing-masing.
 
gedang kayu, gedang dahannya
Maksud: Kalau hasilnya banyak, banyak pula belanjanya.
 
gedang sebagai diambung-ambung, tinggi sebagai dijunjung
Maksud: Bermegah akan kelebihan yang sebenarnya tidak ada.
 
gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak
Maksud: Meniru-niru tetapi sia-sia kerana hasil yang diperoleh tidak seperti yang diperoleh
orang.
 
gelang di tangan orang yang hendak dirampas tidak dapat, cincin di jari sendiri terlucut hilang
Maksud: Orang yang dengki dan tamak itu selalu mengalami kerugian.
 
gelang tidak laga sebentuk, laga keduanya
Maksud: Suatu kejadian seperti perkelahian dan lain-lain tidak berpunca daripada satu pihak
sahaja.
 
geleng seperti si patung kenyang
Maksud: Sombong atau berjalan dengan sombongnya.
 
gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan
Maksud: Enggan menolong atau mendekati keluarga atau kawan sendiri.
 
genggam bara api biar sampai jadi arang
Maksud: Kalau melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, biarlah bersungguh-sungguh dan
hendaklah bersabar sehingga mendapat hasilnya nanti.
 
genggam erat buhul mati
Maksud: Memegang janji.
 
genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan
Maksud: Melakukan pekerjaan berat dengan setengah hati, terasa sukar ditinggalkan.
 
genta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin
Maksud: Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya tetapi wangnya tiada lagi
atau berpenyakit.
 
genting menanti putus
Maksud: Perkara yang hampir selesai.
 
gereklah langit olehmu, engkau takkan kusaraki juga
Maksud: Seseorang isteri tidak akan diceraikan oleh suaminya walaupun mengadukan halnya
kepada sesiapa pun.
 
gergaji bermata dua, sorong makan tarik makan
Maksud: Berpura-pura berpihak tetapi sebenarnya mencari keuntungan daripada kedua-dua
belah Pihak.
 
geruda diburu layang-Iayang yang dapat
Maksud: Barang yang diperoleh tidak seimbang dengan yang diingini
 
geruh luka ajal mati
Maksud: Nasib baik, luka sahaja, nasib tak baik, mati.
 
geruh menempuh dalam tubuh
Maksud: Nasib buruk yang mempengaruhi diri.
 
geruh tidak berbunyi, malang tidak berbau
Maksud: Kemalangan terjadi tanpa diketahui
 
geruh tak mencium bau
Maksud: Kemalangan tidak dapat diketahui terlebih dahulu.
 
gerundang, tinggallah di kubangan
Maksud: jangan mencampuri pekerjaan orang lain.
 
getah-getah dibawa ke lalang
Maksud: Orang yang pandai itu mudah saja menipu atau mempengaruhi orang yang bergaul
dengannya.
 
getah-getah dibawa ke semak
Maksud: Mengusutkan perkara yang sedia kusut.
 
getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh
Maksud: Anak sendiri lebih dikasihi berbanding dengan anak saudara.
 
getah terbangkit kuaran tiba
Maksud: Salah langkah untuk mencari keuntungan.
 
getikkan puru di bibir
Maksud: Tidak dapat membenci anak atau isteri yang berkelakuan buruk.
 
getu sementara lagi bintik
Maksud: Sesuatu bahaya hendaklah dihindari ketika kecil agar tidak menimbulkan malapetaka.
 
gigi dan lidah ada kala bergigit juga
Maksud: Suami isteri atau saudara-mara ada juga yang berselisih faham.
 
gigi tanggal, rawan murah
Maksud: Sesuatu yang diingini datang setelah tiada kuasa atau berwang lagi.
 
gila diabun-abun
Maksud: Mengharapkan sesuatu yang mustahil.
 
gombak gemilang banyak kutu, bibir hitam gigi kotor
Maksud: Hal orang yang baik rupanya tetapi busuk hatinya.
 
gula di dalam mulut
Maksud: Sesuatu yang telah menjadi milik kita.
 
gulai terlampau serai tentu maung
Maksud: Perbuatan yang berlebih-lebihan akan mendatangkan rasa mual bagi orang yang
melihatnya.
 
gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah
seseorang itu memasak dengan tidak sempurna.
Maksud: Sesuatu perbuatan atau perkataan yang tidak sempurna.
 
guna-guna alu, sudah menumbuk dicampakkan
Maksud: Digunakan ketika perlu sahaja, selepas itu dibuang.
 
gundahkan buah dimakan burung
Maksud: Bersusah hati terhadap wanita yang telah menjadi isteri orang.
 
gunting dalam lipatan
Maksud: Membinasakan sahabat atau bangsa sendiri.
 
gunung juga yang dilejang panas
Maksud: Orang kaya juga akan bertambah kaya; orang yang pernah berbuat salah biasanya
akan dituduh sekiranya timbul sesuatu kesalahan.
 
gunung sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud: Sama-sama susah dan sama-sama senang.
 
guru kencing berdiri, murid kencing berlari
Maksud: Murid akan mencontohi kelakuan gurunya, terutama yang tidak baik.

H
 
habis air setelaga, arang dibasuh tak putih
Maksud: Betapapun diusahakannya perangai jahat susah hendak dihilangkan.
 
habis alur maka beralu-alu
Maksud: Jika melalui perundingan tidak mencapai persetujuan, barulah
digunakan cara kekerasan.
 
habis cupak dari pelelehan
Maksud: Adat yang dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali.
 
habis geli kerana geletek, habis bisa kerana biasa
Maksud: Sesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang apabila telah menjadi kebiasaan.
 
habis hulubalang bersiak
Maksud: Apabila tiba masa, jika perlu wang, dijual apa-apa sahaja yang ada.
 
habis kapak berganti beliung
Maksud: Sangat rajin bekerja.
 
habis manis sepah dibuang
Maksud: Setelah tidak berguna, dibuang atau tidak diendahkan lagi.
 
habis miang kerana bergeser
Maksud: Hilang rasa takut atau canggung apabila sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan.
 
habis sepasu minyak, ekor anjing diurut tak akan lurus
Maksud: Orang yang bertabiat buruk itu kalau diperbaik sekalipun akan tetap jahat juga.
 
habis tenggang dan kelakar
Maksud: Habis akal dan budi bicara.
 
habis umpan kerong-kerong tak dapat
Maksud: Usaha yang sia-sia malah menyebabkan kerugian dan lelah sahaja.
 
hancur badan dikandung tanah, budi yang baik terkenang juga
Maksud: Budi bahasa tidak akan dilupakan orang.
 
hangat-hangat tahi ayam
Maksud: Tidak tetap kemahuan atau tidak bersungguh sungguh.
 
hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari
Maksud: Menolong orang yang memerlukan pertolongan.
 
Maksud: Segala harta habis dibelanjakan kerana hendak hidup dalam kemewahan.
 
harapkan anak, buta mata sebelah; harapkan teman, buta kedua-duanya
Maksud: Sesuatu pekerjaan harus diawasi sendiri, jangan diserahkan kepada orang lain.
 
harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan
Maksud: Oleh sebab mengharapkan keuntungan besar yang belum tentu dapat, keuntungan
yang kecil dilepaskan.
 
harapkan guntur di langit, air tempayan dicurahkan
Maksud: Mengharapkan keuntungan besar yang belum pasti, harta di tangan dilepaskan.
 
harapkan kuning buah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan
Maksud: Oleh sebab mengharapkan keuntungan besar yang
 
harapkan si untut menggamit kain koyak diupahkan
Maksud: Percaya kepada orang yang malas.
 
harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang
Maksud: Cakap sahaja yang lebih tetapi bukti tiada.
 
hari baik-baik (pagi) dibuang-buang, hari buruk (petang) dikejar-kejar
Maksud: Membiarkan peluang yang baik berlalu, kemudian apabila sudah terlambat baru
terkejar-kejar.
 
harimau bertempik tak akan makan orang
Maksud: Orang yang terjerit-jerit marah biasanya tidak akan mencederakan orang lain.
 
harimau ditakuti sebab giginya
Maksud: Orang yang berpangkat itu ditakuti sebab kuasanya.
 
harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Maksud: Orang jahat mati meninggalkan nama jahat, orang baik mati meninggalkan nama baik.
 
harimau memperlihatkan kukunya
Maksud: Seseorang menunjukkan kekuasaannya.
 
harimau mengaum tak akan menangkap
Maksud: Orang yang marah dengan berteriak-teriak biasanya tidak akan memukul
 
harimau menunjukkan belangnya
Maksud: Orang besar yang menunjukkan kekuasaannya.
 
harta pulang ke tuan
Maksud: Sudah sangat cocok dengan seseorang.
 
haruan makan anak
Maksud: Bapa atau ketua yang memperkosa anak atau anak buah.
 
harum menghilangkan bau
Maksud: &burukan tertutup oleh perbuatan atau nama baik.
 
harum semerbak mengandung mala
Maksud: Orang yang dipuji kerana jasanya tetapi jasa itu diperoleh dengan cara yang tidak
baik.
 
hati bagai baling-baling
Maksud: Tidak tetap pendirian.
 
hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang, telinga bagai telinga rawah
Maksud: Orang yang kurang perasaan malunya.
 
hati bak serangkak dibungkus
Maksud: Sangat berharap-harap akan mendapat sesuatu yang diingini.
 
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud: Pembahagian yang sama rata.
 
hati gatal mata digaruk
Maksud: Perihal orang yang tidak berdaya untuk melakukan sesuatu yang sangat dihajatinya
kerana kurang ilmu dan tidak cekap.
 
hawa pantang kerendahan, nafsu pantang kekurangan
Maksud: Hawa nafsu tidak mahu kurang daripada orang lain.
 
helang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga
Maksud: Orang miskin hendak meniru kelakuan orang kaya.
 
hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah
Maksud: Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan
kesukaran.
 
hempas tulang berisi perut
Maksud: Rajin bekerja dan mudah mendapat rezeki.
 
hempas tulang tak berbalas jasa
Maksud: Bekerja keras tanpa beroleh faedah.
 
hendak ditelan termengkelan, hendak diluah tiada keluar
Maksud: Dalam keadaan serba salah.
 
hendak hinggap tiada berkaki
Maksud: Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya.
 
hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai
Maksud: Hemat itu titian kaya, dan murah  hati itulah titian tuah, serta banyak lawan
mendatangkan berani.
 
hendak kerja golok keling, hendak makan parang puting
Maksud: Orang yang malas bekerja tetapi banyak makan.
 
hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya
Maksud: Hendaklah hidup bermuafakat antara satu sama lain dan sama-sama menanggung
kesusahan.
 
hendak menebang merebahkan, hendak mencencang memutuskan
Maksud: Hendak berbuat sesuatu dengan sesuka hati tanpa memikirkan sesuatu yang lain.
 
hendak menggaruk tidak berkuku
Maksud: Hendak melakukan sesuatu tetapi tiada alatnya.
 
hendak panjang terlalu, patah
Maksud: Hendak sangat meninggikan diri akhirnya mendapat malu.
 
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Maksud: Jika menghendaki sesuatu, bermacam-macam ikhtiar dapat dijalankan, sebaliknya jika
tidak mahu pelbagai alasan diberikan.
 
hendak singa di tengah padang lagi, daripada ular di dalam rumput
Maksud: Lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil di
tempat sulit.
 
hendak terbang tiada bersayap
Maksud: Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya.
 
hendak tinggi terlalu, jatuh, hendak panjang terlalu, patah
Maksud: Orang yang terlalu menginginkan kedudukan yang tinggi akan jatuh atau kecewa juga
akhirnya.
 
hendak ucok dilawan damai, hendak perang digiling peluru
Maksud: Tidak menolak kehendak musuh, bersedia menghadapi segala kemungkinan.
 
hendak ulam pucuk menjulai
Maksud: Beroleh sesuatu lebih daripada yang diharap-harapkan.
 
hidung dicium, pipi digigit
Maksud: Kasih sayang yang pura-pura; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan
baik.
 
hidung sudah rampung diatur
Maksud: Orang bodoh yang sombong, tidak sedar bahawa dirinya diperbodohkan oleh orang
lain.
 
hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong
Maksud: Orang yang mencampuri urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri.
 
hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Maksud: Hidup hendaklah mengikut peraturan dan kebiasaan yang berlaku, setelah mati
terserahlah kepada hukum Tuhan.
 
hidup di hujung gurun orang
Maksud: Seseorang yang hidup melarat.
 
hidup dua muara
Maksud: Hidup dengan dua macam pencarian.
 
hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa
Maksud: Ketika hidup hendaklah berbuat baik kepada diri sendiri dan masyarakat.
 
hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing
Maksud: Sahabat setia yang saling menolong; suami isteri yang berkasih-kasihan.
 
hidup segan mati tak mahu
Maksud: Orang yang hidup melarat kerana kemiskinan atau selalu sakit.
 
hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah
Maksud: Berusahalah dengan menggunakan tenaga dan fikiran sendiri dan jangan terlalu
mengharapkan pertolongan orang lain.
 
hidup tidak kerana kaul, mati tidak kerana sumpah
Maksud: Hidup dan mati ditentukan Tuhan.
 
hilang adat tegal muafakat
Maksud: Adat dapat diubah dengan persetujuan orang ramai.
 
hilang bini boleh dicari, hilang budi celaka badan
Maksud: Akal itu hendaklah dipelihara kerana jika akal hilang dapat membawa kebinasaan.
 
hilang dicari, terapung direnangi, tenggelam diselami
Maksud: Memeriksa sesuatu dengan cermat dan bersungguh-sungguh; menolong seseorang
yang dalam kesusahan.
 
hilang di mata di hati jangan
Maksud: Walaupun tempat tinggal berjauhan, tetapi selalu diingat di dalam hati:
 
hilang geli kerana geletek
Maksud: Sesuatu yang kurang menyenangkan hilang apabila sudah biasa.
 
hilang ikan dalam kerabu
Maksud: Kejahatan akan hilang jahatnya apabila banyak orang yang melakukannya.
 
hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas
Maksud: Hilang jasa seseorang kerana orang lain.
 
hilang kabus, teduh hujan
Maksud: Mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan.
 
hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya
Maksud: Orang yang miskin dan hina tetapi berilmu tetap akan dihormati.
 
hilang kilat dalam kilau
Maksud: Kepandaian atau kebesaran seseorang tidak kelihatan apabila dia bergaul dengan
cerdik pandai atau orang yang lebih kebesarannya.
 
hilang malu, tamak loba dapat kebiasaan
Maksud: Suatu perolehan yang tidak mencukupi menyebabkan seseorang membuat kerja-kerja
yang terhina.
 
hilang pelanduk berganti kijang emas
Maksud: Perempuan yang bercerai dengan suaminya yang hina, kemudian berkahwin dengan
lelaki yang mulia.
 
hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang
Maksud: Orang yang tidak berharta kurang dihargai orang.
 
hilang sepuh nampak senam
Maksud: Kejahatan seseorang akan diketahui apabila rahsianya terbuka.
 
hilang tak tentu rimbanya
Maksud: Hilang tanpa bekas.
 
hilang tapak tukul, timbul tapak canai
Maksud: Perbuatan baik atau jahat akan hilang kerana dilindungi oleh perbuatan orang selepas
itu.
 
hilang tentu rimbanya, mati tentu kuburnya
Maksud: Suatu perkara yang tentu kesudahannya.
 
hilang tukul hilanglah pahat
Maksud: Tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman.
 
hinggap mencengkam, terbang menumpu
Maksud: Jika merantau ke negeri lain hendaklah mencari orang yang sesuku dan apabila
hendak pulang mestilah memberitahu orang itu juga. 
 
hinggap saja bagai langau, titik saja bagai hujan
Maksud: Suatu kemalangan yang terjadi dengan tiba-tiba sahaja.
 
hitam bagai pantat belanga
Maksud: Perihal keburukan perangai seseorang.
 
hitam dikatakan putih, putih dikatakan hitam
Maksud: Tidak mengatakan yang sebenarnya; berbohong.
 
hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya
Maksud: Orang yang berlaku jahat dengan kehendaknya sendiri.
 
hitam-hitam bendi, putih-putih sadah
Maksud: Yang buruk lebih berharga daripada yang cantik.
 
hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepal
Maksud: Walau bagaimana sekalipun rupanya, yang hina tetap hina dan yang mulia tetap
mulia.
 
hitam-hitam gula jawa
Maksud: Ditujukan kepada orang yang hitam kulitnya tetapi manis rupanya.
 
hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih
Maksud: Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik.
 
hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang
Maksud: Barang yang buruk tetapi berharga, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna,
dibuang.
 
hitam mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya
Maksud: Orang yang dalam percintaan tidak dapat dipisahkan.
 
hitam tahan tempa, putih tahan sesah
Maksud: Tetap tidak berubah, dapat diuji keasliannya.
 
hujan berbalik ke langit
Maksud: Perihal orang yang banyak kelebihan meminta tolong daripada orang yang lebih lemah
atau kurang bijak daripadanya.
 
hujan berpohon, panas berasal
Maksud: Segala sesuatu itu tentulah mempunyai sebab sebabnya.
 
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri sendiri
Maksud: Walaupun mewah di negeri orang tetapi tidak sebaik negeri sendiri.
 
hujan lembing di negeri kita, hujan mas perak di negeri orang, baik juga negeri kita
Maksud: Sebaik-baik negeri orang tidak sebaik negeri sendiri.
 
hujan menimpa bumi
Maksud: Seseorang itu mestilah patuh kepada pihak berkuasa.
 
hujan panas permainan hari, susah senang permainan hidup
Maksud: Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.
 
hujan, tempat teduh; panas, tempat berlindung
Maksud: Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang yang mendapat kesusahan.
 
hulu mujur pandai bertenggang (bertengkar), hulu baik pandai memakai
Maksud: Pandai membawa diri dalam pergaulan.
 
hutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana
Maksud: Harta benda (baik jauh atau dekat) hendaklah selalu dijaga supaya tidak merugikan.
 
hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh pula tiba
Maksud: Hutang lama belum hams dibayar, datang pula orang menagih hutang baru.
 
hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati
Maksud: Budi bahasa orang tidak dapat dibalas dengan wang ringgit tetapi harus diingat
seumur hidup.
 
hutang samir belum langsai, hutang kajang tumbuh pula
Maksud: Hutang lama belum berbayar, berhutang yang baru pula.
 
hutang sebanyak hutang si jibun
Maksud: Sangat banyak hutangnya.
 
hutang tiap helai bulu
Maksud: Hutang yang sangat banyak.

I
 
ia sepanjang hari, janji sepanjang jalan
Maksud: Mudah mengeluarkan janji tetapi sukar untuk melaksanakan.
 
iba akan kacang sebuah, tak jadi memengat
Maksud: Oleh sebab kesal akan hal yang sedikit tidak jadi untuk mengerjakan sesuatu yang
dimaksudkan.
 
ibarat ayam; tiada mengais tiada makan
Maksud: Perihal orang miskin yang tiada makanan kalau tidak bekerja.
 
ibarat beban, belum lepas dari bahu
Maksud: Belum lepas daripada tanggungan.
 
ibarat beban sudah ke tepi
Maksud: Sesuatu pekerjaan yang hampir selesai atau rundingan yang hampir mencapai kala
sepakat.
 
ibarat bunga sedap dipakai, layu dibuang
Maksud: Perempuan yang dikasihi ketika muda, setelah tua akan ditinggalkan.
 
ibarat burung; mata terlepas badan terkurung
Maksud: Walaupun terpelihara dengan baik, namun tidak mempunyai kebebasan.
 
ibarat burung; mulut manis jangan dipakai
Maksud: Kata-kata yang manis selalu mempunyai semu atau pura-pura.
 
ibarat dakwat dengan kertas; bila boleh renggang terlepas
Maksud: Sangat sesuai, berkasih-kasihan antara satu sama lain.
 
ibarat gasing; berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau
Maksud: Lelaki yang sudah beristeri, ke mana-mana sekalipun dia berjalan tetap pulang ke
rumah.
 
ibarat itik bertaji
Maksud: Orang yang sangat penakut tetapi sombong.
 
ibarat kambing keramat
Maksud: Orang yang ditakuti dan bebas berbuat sekehendak hatinya.
 
ibarat kutu boleh diselisik
Maksud: Walaupun sesuatu kesalahan atau tipu muslihat itu cuba disembunyikan, akhirnya
akan diketahui orang juga.
 
ibarat pasang masuk muara
Maksud: Perkataan atau celaan yang tidak tertahan-tahan keluarnya.
 
ibarat pasir; sekali air dalam sekali berubah
Maksud: Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintah berubah.
 
ibarat perahu takkan karam sebelah
Maksud: Dua orang yang berkongsi perniagaan akan bersama-sama menanggung kerugian.
 
ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali
Maksud: Perihal orang yang sangat sengsara hidupnya, tetapi dengan tiba-tiba mendapat
pertolongan sehingga hidupnya. berasa sangat bahagia.
 
ijuk tidak bersagar
Maksud: Keluarga yang tidak mempunyai lelaki yang disegani orang.
 
ikan biar dapat, serampang jangan pokah
Maksud: Pekerjaan yang dibuat itu hendaklah mendapat faedah supaya jerih payah tidak hilang
percuma; maksud biar tercapai, kerugian jangan ada.
 
ikan dalam keroncong
Maksud: Sudah ditangkap atau terperangkap dan tidak tertolong lagi.
 
ikan digulai sudah melompat
Maksud: Bernasib malang apabila rezeki yang sudah dalam genggaman masih terlepas.
 
ikan di hulu tuba di hilir
Maksud: Perbuatan yang sia-sia.
 
ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu juga
Maksud: Kalau sudah jodoh, walaupun terdapat pelbagai halangan pasti akan bertemu juga.
 
ikan gantung, kucing tunggu
Maksud: Kesal apabila melihat barang yang diingini tetapi tidak mungkin diperoleh.
 
ikan kecil makanan ikan besar
Maksud: Orang kecil (rakyat biasa) selalu di bawah perintah orang-orang besar.
 
ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan
Maksud: Membuat persediaan untuk mengecap hasil daripada sesuatu perkara yang belum
tentu diperoleh.
 
ikan pulang ke lubuk
Maksud: Telah kembali he tempat asalnya.
 
ikan seekor rosakkan ikan setajau
Maksud: Sebab yang sedikit habis rosak yang banyak.
 
ikan sekambu rosak oleh ikan seekor
Maksud: Sebab yang sedikit habis rosak yang banyak.
 
ikan terkilat jala tiba
Maksud: Cepat menangkap maksud cakap orang atau walaupun belum habis disoal sudah
dijawab; tindakan yang cepat.
 
ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya
Maksud: Payah untuk mengubah tabiat orang.
 
ikhtiar menjalani, untung menyudahi
Maksud: Usaha mestilah dijalankan untuk mencapai maksud, berhasil atau tidak terserah pada
nasib.
 
ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata buta
Maksud: Orang yang mengikut hawa nafsu akhirnya akan binasa.
 
ikut hukum memiat daging, sakit di awak sakitlah di orang
Maksud: Hendaklah berlaku adil apabila menjalankan sesuatu perintah.
 
ikut nafsu lesu
Maksud: Ikutkan hawa nafsu akan merosakkan diri sendiri.
 
ilmu padi, makin berisi makin tunduk
Maksud: Semakin banyak ilmu dan semakin tinggi pangkat tetapi semakin merendah diri.
 
ilmu tanpa agama, buta
Maksud: Ilmu hendaklah disertai dengan keyakinan agar menjadi ilmu yang mantap.
 
ilmu yang tidak diamal, ibarat pokok tidak berbuah
Maksud: Ilmu hendaklah dimanfaatkan agar tidak sia-sia.
 
inai tertepung, kuku tanggal
Maksud: Kerja telah siap, tetapi faedahnya tidak didapati kerana berlaku sesuatu halo
 
indah khabar daripada rupa
Maksud: Khabar tentang sesuatu itu biasanya dilebih-lebihkan daripada keadaan sebenar.
 
ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk, duri yang akan mengait
Maksud: Ketika membuat sesuatu pekerjaan hendaklah sentiasa berhati-hati terhadap segala
bahaya dan rintangan.
 
ingat sebelum kena, berhemat sebelum habis
Maksud: Perlu berikhtiar supaya tidak menyesal kemudian hari.
 
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Maksud: Sentiasa berhati-hati supaya tidak terpedaya dan habis harta.
 
ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa
Maksud: Orang yang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipan agar orang yang
di bawah tidak disusahkan lalu menentangnya.
 
ingin di buah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi
Maksud: Menghendaki sesuatu yang agak susah diperoleh.
 
ingin hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tiada
Maksud: Hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya atau wang tidak cukup atau ada
halangan lain.
 
intan berlian jangan dipijakkan
Maksud: Untung dan bahagia jangan dielakkan.
 
intan dikalung di leher anjing
Maksud: Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan
pada tempatnya.
 
intan disangka batu kelikir (kerikil)
Maksud: Tidak tahu menghargai sesuatu yang indah atau baik.
 
intan itu jika keluar dari mulut anjing sekalipun tetap intan juga
Maksud: Nasihat yang baik, biarpun keluar daripada mulut orang hina sekalipun akan tetap baik
juga.
 
intan itu jika terbenam dalam pelimbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya
Maksud: Perkataan dan perbuatan yang baik meskipun dibuat oleh orang yang
hina akan dianggap baik juga.
 
isi dada bekal berjalan
Maksud: Ke mana-mana pun pergi akan murah rezeki kerana berilmu.
 
isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita
Maksud: Yang baik-baik diperoleh orang, yang tidak berguna dan tidak berharga diberi kepada
kita; kita yang berusaha, orang lain yang senang.
 
itik berenang dalam air mati kehausan
Maksud: Menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi.
 
itik diajar berenang
Maksud: Membuat pekerjaan yang sia-sia.
 
itik dimandi takkan basah
Maksud: Orang yang degil tidak akan mendengar nasihat atau ajaran.
 
itik mendapat air
Maksud: Memperoleh sesuatu yang sangat digemari.
 
itik tak sudu, ayam tak patuk
Maksud: Sesuatu yang tidak berguna sama sekali.

J
 
jadi abu angin
Maksud: Hilang begitu sahaja.
 
jadi air mandi
Maksud: Perkara yang telah menjadi kebiasaan.
 
jadi alas cakap
Penerangan: Alas ialah lapik atau sesuatu yang ada bersama-sama. Misalnya
Maksud: Hadiah atau sagu hati kepada orang yang telah berjasa.
 
jadi buah mulut
Maksud: Sentiasa disebut-sebut orang; percakapan (perbualan) orang.
 
jadi bumi langit
Maksud: Orang yang sangat diharapkan pertolongan dan diikuti nasihatnya.
 
jadi dinding tasak tepi peti permainan
Maksud: Orang harapan raja dan orang besar-besar:
 
jadi kain basahan
Maksud: Orang yang jatuh martabatnya atau orang kaya yang jatuh miskin.
 
jadi kuda beban
Maksud: Orang suruhan.
 
jadi mata telinga
Maksud: Orang yang menjadi harapan dan yang selalu memberi pertolongan.
 
jadi penghubung kaki tangan
Maksud: Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberikan pertolongan.
 
jadi penghubung mata telinga
Maksud: Tempat harapan yang selalu memberikan pertolongan.
 
jadi penghubung hujung lidah
Maksud: Menjadi jurubicara dalam perundingan atau penyampai pesanan orang.
 
jadi teluk olakan air
Maksud: Perdebatan yang berkisar kepada satu masalah sahaja.
 
jahit sudah, kelindan putus
Maksud: Sudah selesai semuanya.
 
jalan diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas
Maksud: Adat istiadat dalam suatu negeri diubah oleh orang asing yang menetap di situ (suatu
keaiban).
 
jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak
Maksud: Kalau merantau di negeri orang hendaklah bersopan santun.
 
jalan mati lagi dicuba, inikan pula jalan binasa
Maksud: Orang yang berani itu tidak akan mengira lawan atau memilih perbuatan.
 
jalan raya titian batu
Maksud: Adat atau aturan yang telah lazim dari dulu dan belum berubah-ubah.
 
janda belum berlaki
Maksud: Gadis yang telah dinodai orang dan kemudian ditinggalkan.
 
jangan bawa resmi jagung; makin berisi makin tegak
Maksud: Makin kaya (berilmu), makin sombong.
 
jangan bercermin di air keruh
Maksud: jangan diikut teladan yang buruk.
 
jangan berebutkan tembikar pecah
Maksud: jangan berkelahi kerana berebutkan sesuatu yang tidak berguna.
 
jangan berkemudi di haluan
Maksud: jangan terlalu sangat mengikut kata isteri.
 
jangan bersandar di punggur
Maksud: Tiada guna mencari perlindungan daripada orang yang sudah hilang kemuliaan dan
kekuasaannya.
 
jangan buat kerbau tanduk panjang, menyenggok ke mana-mana
Maksud: jangan mencampuri urusan orang lain.
 
jangan diajar anak harimau makan daging
Maksud: jangan digalakkan anak orang berkuasa membuat zalim.
 
jangan diajar orang tua makan kerak
Maksud: Tidak perlu diajar orang yang telah tahu.
 
jangan dicatuk dengan yang tajam, dicencang dengan yang majal
Maksud: Menasihati seseorang janganlah dengan perkataan yang tajam tetapi hendaklah
dengan sabar dan berulang-ulang.
 
jangan difikirkan air pasang saja
Maksud: jangan mengharapkan nasib yang baik sahaja.
 
jangan difikirkan kalau tebu itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga
Maksud: jangan menyangka bahawa nasihat daripada orang yang jahat itu selamanya jahat.
 
jangan digenggam seperti bara api terasa hangat dilepaskan
Maksud: Sia-sia melakukan pekerjaan kalau hanya separuh jalan.
 
jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus, genting
Maksud: jangan membiasakan diri dengan perbuatan jahat.
 
jangan disamakan kapur dengan tepung
Maksud: jangan menganggap perangai setiap manusia sama.
 
jangan disangka air tenang tiada buaya
Maksud: jangan menyangka bahawa orang yang pendiam itu tidak berani.
 
jangan disangkakan ikan lais-lais tiada menyengat
Maksud: jangan permudah-mudahkan orang yang lemah, ada kalanya ia dapat
 
jangan disesar gunung berlari, hilang kabus tampaklah ia
Maksud: Sesuatu perkara yang telah tentu dapat itu tidak perlu digopoh-gopohkan sangat,
hendaklah bersabar.
 
jangan ditentang matahari condong
Maksud: jangan dicari kemurkaan raja atau orang yang berkuasa.
 
jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis
Maksud: Hendaklah selalu ingat dan berhati-hati, jangan terpedaya oleh sesuatu yang elok dan
baik rupanya.
 
jangan jadi seperti lalang, semakin lama semakin tinggi
Maksud: jangan semakin tinggi pangkat semakin sombong.
 
jangan kamu sangka; kapal api besi itu pun masuk guri juga
Maksud: jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh itu akan kekal dan tidak binasa.
 
jangan meludah ke langit
Maksud: jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara-mara sendiri.
 
jangan memanah ke langit
Maksud: Menderhaka kepada negara dan pemerintah hanya akan membinasakan diri sendiri.
 
jangan memangku ayam jantan, baik memangku ayam betina
Maksud: Rezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram.
 
jangan memberi bunga kepada monyet
Maksud: Memberikan sesuatu yang baik hendaklah kena pada tempatnya.
 
jangan menghulurkan hulu keris ke tangan orang
Maksud: jangan menyerahkan kuasa kepada orang kerana kita akan dibinasakan.
 
jangan puntung berasap jua
Maksud: Perselisihan yang telah selesai jangan ada lanjutannya lagi supaya keadaan tenang
kembali.
 
jangan sangat memilih, takut terkena buku buluh
Maksud: jangan terlalu memilih.
 
jangan seperti si buta mematahkan tongkat
Maksud: jangan bermusuh dengan orang yang banyak menolong kita.
 
jangan sudah terperosok, baru hendak membaiki lantai
Maksud: Sesudah mendapat kecelakaan baru hendak beringat-ingat.
 
jangan tercirit di periuk
Maksud: Jangan membuat angkara di tempat kita mendapat rezeki atau mengkhianati orang
yang telah berbakti kepada kita.
 
jangat liat kurang panggang
Maksud: Keras hati atau tidak dapat diajar.
 
janggut pulang ke dagu
Maksud: Pulang ke tempat asal yang sesuai dengannya.
 
janjian antah tiada ceruh
Maksud: Nasib yang malang tidak akan menjadi baik dan akan tetap malang selama-lamanya.
 
janji ditepati ikrar dimuliakan
Maksud: Janji hams ditunaikan.
 
janji sampai bilangan genap, janji sampai sukatan penuh
Maksud: Sudah sampai ajal.
 
jarak serasa hilang, bercerai serasa mati
Maksud: Tidak dapat dipisahkan kerana saling berkasihan.
 
jaras dikatakan raga jarang
Maksud: Orang yang mencela orang lain padahal diri sendiri pun ada celanya juga; orang yang
tiada ilmu kerap kali tersalah pilih.
 
jari kudung dimasukkan cincin
Maksud: Berbuat sesuatu tidak kena pada tempatnya.
 
jari laksana duri landak
Maksud: fan yang runcing dan cantik.
 
jarum halus kelindan sutera
Maksud: Tipu muslihat yang sangat halus.
 
jatuh di atas tilam
Maksud: Beruntung kerana mendapat pangkat, isteri yang kaya, dan sebagainya.
 
jatuh dihimpit tangga
Maksud: Mendapat kesusahan silih berganti.
 
jatuh di kasur
Maksud: Mendapat kesenangan hidup.
 
jatuh ke atas
Maksud: Naik pangkat; memperoleh keuntungan.
 
jatuh ke bawah
Maksud: Turun pangkat atau martabat.
 
jatuh terimpit jenjang
Maksud: Mendapat kesusahan secara berturutan.
 
jatuh tidak berkait (berjolok)
Maksud: Memperoleh sesuatu tanpa diminta atau diusahakan.
 
jauhari juga yang mengenal manikam
Maksud: Hanya orang yang bijak sahaja yang mengetahui tentang keelokan sesuatu atau ilmu.
 
jauh bau bunga, dekat bau tahi
Maksud: Berkasih-kasihan itu lebih mesra dan rapat sekiranya berjauhan. Apabila
berdekatan akan berlaku pelbagai rasa tidak puas hati dan hilang kemesraan.
 
jauh berjalan banyak dilihat, lama hidup banyak dirasa
Maksud: Banyak pengalaman.
 
jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakokkan
Maksud: Kebenaran yang nyata; kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji
kerana ada tanda dan buktinya.
 
jauh di mata, dekat di hati
Maksud: Walaupun jauh tetapi sentiasa diingati.
 
jauh di mata, di hati jangan
Maksud: Walaupun berjauhan, namun janganlah saling melupakan.
 
jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor
Maksud: Orang yang berani bercakap besar di belakang sahaja.
 
jauh panggang dari api
Maksud: jawapan atau sindiran kepada yang tidak kena atau jauh daripada yang diharapkan.
 
jauh tak terjelang, dekat tak tertandangi
Maksud: Tidak mengunjungi keluarga (sahabat) yang jauh mahupun dekat (kerana sudah tua,
ban yak pekerjaan, dan lain-lain).
 
jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak menghilangkan?
Maksud: Kesan perbuatan jahat dapat dihilangkan, tetapi tabiat tidak dapat dihilangkan dengan
mudah.
 
jejaknya keruh
Maksud: Asal usulnya sejak mula sudah kurang baik.
 
jejak selut kaki terbenam
Maksud: Membuat sesuatu tanpa pengetahuan, akhirnya mengecewakan.
 
jelatang di hulu air
Maksud: Perkara yang selalu menyusahkan.
 
jemur terkekar ayam tiba
Maksud: Baharu sahaja dibuka kedai, sudah banyak orang datang membeli.
 
jemur sementara hari panas
Maksud: Selagi ada waktu hendaklah berusaha sepenuh tenaga.
 
jenguk pandang, tinjau-tinjau, usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan
Maksud: Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, lebih baik diselidiki dahulu supaya selamat
dan sempurna jadinya.
 
jerat halus kelindan sutera
Maksud: Tipu muslihat yang halus.
 
jerat semata bonda kandung
Maksud: Anak tunggal yang sangat dimanjakan.
 
jerat serupa jerami
Maksud: Tipu muslihat yang tersembunyi dalam kesukaan.
 
jerat tidak lupa akan balam tetapi balam lupa akan jerat
Maksud: Sudah lupa akan bahaya tetapi bahaya sebenarnya masih tetap mengancam.
 
jerih menentang boleh, rugi menentang laba
Maksud: Memberi pertolongan kerana ingin mendapat pertolongan; berani bersusah payah
tentu akan mendapat keuntungan.
 
jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa
Maksud: Siapa-siapa yang berasa tersindir, maka dialah yang membuat perkara yang
disindirkan itu.
 
jika baik ada cacatnya
Maksud: Tiada sesuatu pun yang benar-benar sempurna.
 
jika berjumbai tempat bergantung
Maksud: Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan.
 
jika berpuluh-puluh kali batang beralih, cacing di bawah juga
Maksud: Walaupun orang besar bersilih ganti, rakyat tetap di bawah juga.
 
jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain
Maksud: Perempuan yang baik meskipun telah tua boleh juga menjadi ketua rumah.
 
jika diturut hati yang geram, hilang takut jadi berani
Maksud: Sebacul-bacul orang apabila sudah marah akan menjadi berani.
 
jika hati tidak suka, madu diminum terasa cuka
Maksud: Menunjukkan kebencian.
 
jika hendak bertanam sayur, buangkanlah rumput
Maksud: Jika mahu hidup bahagia, berilah layanan yang baik kepada anak dan isteri.
 
jika kasihkan padi buangkan rumput
Maksud: Jika sayang akan anak dan isteri, hentikan daripada menyayangi orang lain.
 
jika kepalanya ular, takkan ekornya belut
Maksud: Yang jahat itu tetap jahat.
 
jikalau air racun, rembesnya racun juga
Maksud: Jika asal sesuatu itu buruk, nescaya keturunannya pun buruk juga.
 
jikalau beranak ikut kata bidan
Maksud: Jika hendak akan sesuatu daripada orang lain, hendaklah dituruti apa-apa yang
dikatakannya.
 
jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga
Maksud: Jika perundingan itu kusut pada awalnya, akan buntulah kesudahannya.
 
jikalau duduk di atas ciau emas sekalipun, namun hati tiada senang juga
Maksud: Walaupun mewah tetapi jika hati susah, hidup tidak senang juga.
 
jikalau kerana sebuah dusun maka binasa negeri, haruslah dusun itu dibuangkan
Maksud: Orang yang menyebabkan kacau-bilau di sesuatu tempat hendaklah dinyahkan
supaya seluruh tempat itu tidak turut kacau.
 
jikalau menampi jangan tumpah padinya
Maksud: Memilih sesuatu hendaklah berhati-hati agar yang berguna tidak terbuang.
 
jikalau pandai menggulai, badar pun menjadi tenggiri
Maksud: Orang yang pandai dapat mengerjakan sesuatu dengan baik walaupun
kelengkapannya kurang.
 
jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut
Maksud: Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah.
 
jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang        rendah
Maksud: Tentu ada sebabnya seseorang itu bertindak sedemikian.
 
jikalau tidak dapat dibaiki, jangan dipecahkan
Maksud: jangan menambah kekusutan kerja yang tidak mampu kita selesaikan.
 
jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai
Maksud: Berbuat sesuatu hendaklah ada tujuannya.
 
jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya
Maksud: Sesuatu pekerjaan yang sudah dimulai jangan dibiarkan terbengkalai.
 
jika salah sebatang dicabut, salah serumpun dibongkar, salah separak dirambah
Maksud: Hukuman hendaklah dijatuhkan setimpal dengan kesalahan.
 
jika secawan air tawar dibuang ke laut, bolehkah air laut itu menjadi tawar?
Maksud: Nasihat atau pertolongan yang sedikit tidak dapat menghapuskan kejahatan yang
banyak.
 
jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang
Maksud: Kalau sengaja mencari perselisihan, hilanglah kerukunan hidup yang aman dan
damai.
 
jika tak lalu dandang di air, di gurun dirangkakkan
Maksud: Menggunakan segala daya usaha untuk mencapai maksud.
 
jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang
Maksud: Orang yang mengganggu rumah tangga orang lain akan menerima padahnya.
 
jika tersapu arang di muka, daripada hidup baik mati
Maksud: Lebih baik mati daripada hidup menanggung malu.
 
jika tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang
Maksud: Jika sudah miskin orang pun tidak menyukai kita lagi.
 
jika tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mendapat sagunya
Maksud: Tidak tercapai cita-cita kalau tidak berusaha.
 
jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk di
bibir
Maksud: Perbuatan yang baik akan mendapat pujian dan penghargaan di mana-mana,
perbuatan yang buruk mendapat celaan dari kanan dan kiri.
 
jinak-jinak merpati, senang didekat ditangkap lari
Maksud: Nampak manja tetapi sebenarnya sukar untuk dipikat.
 
jirus bagai bulan akan habis
Maksud: Modal yang makin lama makin susut.
 
jiwa bergantung ke hujung rambut
Maksud: Dalam keadaan yang sangat berbahaya, senantiasa dalam kecemasan kerana nasib
yang tidak menentu.
 
jiwa telah melayang
Maksud: Meninggal dunia.
 
jong pecah, yu kenyang
Maksud: Dalam huru-hara tentu ada orang yang mendapat keuntungan.
 
juadah sudah dijilat cicak
Maksud: Perempuan yang sudah melakukan kejahatan secara diam-diam.

K
 
kacang melupakan kulitnya
Maksud: Orang yang melupakan asalnya atau Pihak yang pernah menolongnya setelah
menikmati kesenangan.
 
kacang tak lupa akan junjungnya
Maksud: Tidak melupakan orang yang membantu diri mendapatkan kesenangan.
 
kaduk dapat baja
Maksud: Orang yang tidak berguna tetapi amat lama hidupnya.
 
kaduk naik junjung
Maksud: Orang hina dimuliakan menyebabkan dia lupa din.
 
kahwin naik basuh kaki saja
Maksud: Kahwin yang tidak kena belanja apa-apa.
 
kail sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut
Maksud: Melakukan sesuatu dengan tidak cukup persediaan.
 
kain basah kering di pinggang
Maksud: Perihal terlalu miskin.
 
kain dalam acar dikutip cud, dia hendak masuk ke longkang juga
Maksud: Orang yang bertabiat jahat tidak dapat diubah sikapnya itu.
 
kain dalam lipatan
Maksud: Perempuan yang disayangi dan terjaga.
 
kain dibakar tidak berbau
Maksud: Terlalu miskin.
 
kain lama dicampak buang, kain baru pula dicari
Maksud: Isteri lama diceraikan kerana telah jemu, kemudian berkahwin baru pula.
 
kain sehelai sepinggang habis
Maksud: &habisan harta kerana kecuaian atau lain-lain.
 
kain tersangkut kain tinggal
Maksud: Tergesa-gesa melarikan diri.
 
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Maksud: Pendapatan yang secukup hidup sahaja.
 
kaki pekuk lenggang ke perut
Maksud: Orang yang hodoh.
 
kaki sudah terlangkahkan, tangan sudah terjembakan
Maksud: Telah melakukan sesuatu kesalahan.
 
kalah jadi abu, menang jadi arang
Maksud: Kalah atau menang dalam pertelingkahan tidak akan mendapat apa-apa kecuali
kedua-dua pihak mendapat kerugian.
 
kalah membeli menang memakai
Maksud: Barang yang mahal tetapi tahan lama atau baik mutunya.
 
kalau ada asap, tentu ada api
Maksud: Tiap-tiap sesuatu tentu ada sebabnya.
 
kalau ada beremas, hidup, kalau tiada beremas, mati
Maksud: Kalau ada pencarian yang tetap akan senanglah kehidupan.
 
kalau alang kepalang, biarlah jangan
Maksud: Membuat sesuatu pekerjaan biarlah selesai.
 
kalau baik buat teladan, kalau jahat buat sempadan
Maksud: Ambil yang baik dan buangkan yang buruk.
 
kalau bersahabat cari sama babat
Maksud: Pilih kawan yang sama golongan dan taraf.
 
kalau baik disebut orang, kalau jahat, jahatlah
Maksud: Perbuatan yang baik akan disebut baik, perbuatan jahat akan disebut jahat.
 
kalau bangkai galikan kuburnya, kalau hidup sediakan buaiannya
Maksud: Bertenang dalam menghadapi sesuatu, kemudian barulah dibuat pertimbangan.
 
kalau bertangkai boleh dijinjingkan
Maksud: Bukti yang dapat digunakan untuk membuat sesuatu penyelidikan.
 
kalau bertunas diragut kambing
Maksud: Nasib yang malang.
 
kalau boros lekas kerugian
Maksud: Orang yang boros akhirnya akan susah.
 
kalau bukan rezeki, di mulut pun lari ke luar
Maksud: Rezeki yang belum dapat ditentukan.
 
kalau di bawah melompat, kalau di atas menyusup
Maksud: Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan setempat.
 
kalau dicampakkan bunga tak akan dibalas dengan tahi
Maksud: Kalau berbuat baik tidak mungkin dibalas dengan kejahatan.
 
kalau digali tanah berbingkah, tanah berderai akan bertemu
Maksud: Perselisihan di kalangan keluarga jangan dicari punca perbalahan, tetapi carilah jalan
penyelesaian dengan baik.
 
kalau dipanggil dia menyahut, kalau dilihat dia bersua
Maksud: jawapan yang tepat bagi sesuatu pertanyaan.
 
kalau dipujuk makin menyebal, kalau dimarah baru ketawa
Maksud: Sifat yang bertentangan dan kelakuan yang tidak kena pada tempatnya.
 
kalau getah meleleh, kalau daun melayang
Maksud: Dalam keadaan sulit, sanak saudara akan berdekatan, tetapi orang lain akan
meninggalkan kita.
 
kalau hari panas kacang lupakan kulitnya
Maksud: Kalau sudah kaya, lupa akan teman lamanya.
 
kalau kahwin ke Batubara, kalau mati ke Melaka
Maksud: Perihal orang yang mencari enak dan senang sahaja.
 
kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
Maksud: Pengetahuan atau kebolehan yang sedikit jangan hendak melawan sesuatu yang
besar:
 
kalau kena tampar, biar dengan tangan yang bercincin, kalau kena tendang, biar dengan kaki
yang berkasut
Maksud: Berbantah janganlah dengan orang yang jauh lebih rendah darjatnya kerana kalau
menang tiada apa-apa keistimewaannya, tetapi kalau kalah akan mendapat malu yang
berpanjangan.
 
kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi
Maksud: Sangat sukar untuk memahami manusia kerana berlainan pendapatnya.
 
kalau kucing keluar tanduk barulah ayam boleh bersusu
Maksud: Perkara yang mustahil.
 
kalau kucing tidak bermisai tikus tidak akan takut lagi
Maksud: Orang besar yang hilang pangkatnya tidak akan disegani lagi.
 
kalau laba bercikun-cikun, buruk diberitahu orang
Maksud: Berdiam diri sahaja kalau dalam kesenangan tetapi meminta pertolongan daripada
orang lain apabila berada dalam kesusahan.
 
kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk?
Maksud: Orang kecil tidak dapat menahan kehendak orang besar-besar:
 
kalau mahu seribu daya, kalau tak mahu seribu dalih
Maksud: Jika hendak akan sesuatu, pelbagai ikhtiar dilakukan, tetapi kalau tidak suka pelbagai
helah dibuat.
 
kalau menampi jangan tumpah padinya
Maksud: Kalau memilih sesuatu, jangan pula yang berguna terbuang.
 
kalau pandai mencincang akar, mati lalu ke pucuknya
Maksud: Jika bijak, sekali tindakan saja akan mengalahkan orang lain.
 
kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang
Maksud: Kalau bijak menangani keadaan dan mengatur langkah nescaya akan tercapai
maksud.
 
kalau panjang beri beruas, kalau pendek beri berbuku
Maksud: Sebelum berbuat sesuatu, tentukan aturannya.
 
kalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan lalu
Maksud: Kalau sekalian manusia sama pangkat dan darjatnya, nescaya tidak ada pekerjaan
yang akan menjadi.
 
kalau secupak, tidak boleh jadi segantang
Maksud: Sesuatu yang ditentukan sudah tidak boleh diubah lagi.
 
kalau seperti kundur, labu boleh dibelah
Maksud: Menegakkan kebenaran atau kejujuran sesuatu.
 
kalau sesangkar sekalipun, yang bayan itu bayan juga, serindit itu serindit juga
Maksud: Manusia itu tetap berbeza sekalipun berasal daripada keluarga yang sama.
 
kalau sumpit tak berisi, mana boleh ditegakkan
Maksud: Kalau perut lapar sukar untuk melakukan kerja.
 
kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang
Maksud: Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.
 
kalau tak ada api, masakan ada asap
Maksud: Jika tidak bersalah, masakan dituduh orang.
 
kalau tidak ada-berada, tak akan tempua bersarang rendah
Maksud: Tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi.
 
kalau tak bermeriam, baiklah diam
Maksud: Orang yang miskin dan lemah usahlah berangan angan.
 
kalau tidak kerana kulit, lerailah tulang
Maksud: Badan yang sangat kurus.
 
kalau takut akan mati, tak sedunia berperang
Maksud: Sifat manusia yang suka akan bahaya.
 
kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai
Maksud: Kalau takut akan kesusahan, jangan membuat pekerjaan itu.
 
kalau tiada hak sendiri, anak mata terdiri-diri
Maksud: Apabila tidak memiliki sesuatu kepunyaan sendiri akan besarlah keinginan apabila
melihat kepunyaan orang lain.
 
kalau tiada senapang, baik berjalan lapang
Maksud: Jika tidak mampu baiklah mengalah.
 
kalau tidak ada padi, sebarang kerja tak jadi
Maksud: Kalau tiada kerja yang tetap, maka kehidupan menjadi susah.
 
kambing di parak panjang janggutnya, hati enggan banyak jawabnya
Maksud: Orang yang enggan, banyaklah helah untuk melepaskan din.
 
kambing menyusui anak harimau, besar dipatahkan tengkuknya
Maksud: Menolong orang jahat, tetapi akhirnya din sendiri akan jadi mangsa.
 
kapak menelan beliung
Maksud: Perkara yang baik dibuang dan digantikan pula dengan yang buruk.
 
kapak tak boleh membelah kayu kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya
Maksud: Penganiayaan berlaku kerana bantuan orang dalam.
 
kapal besar ditunda jongkong
Maksud: Orang yang berkuasa menurut arahan orang bawahan.
 
kapal satu nakhoda dua
Maksud: Jika satu pekerjaan dikepalai oleh dua orang, rosaklah kerja itu.
 
kapuk segaul dengan kapas, bezanya takkan lepas
Maksud: Orang mulia dan orang hina walaupun serupa keadaannya, namun bezanya jelas
ketara.
kapur di hujung telunjuk
Maksud: Tidak dapat menolong sanak saudara kerana terlalu miskin.
 
karam berdua basah seorang
Maksud: Dua orang yang bersalah tetapi seorang sahaja yang dihukum. .
 
karam di darat
Maksud: Mendapat bencana di tempat sendiri atau di tempat yang tidak sepatutnya.
 
karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali
Maksud: Apabila mendapat kesusahan di tempat sendiri dapat juga meminta bantuan, tetapi
kalau di tempat orang sukar sekali.
 
karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah
Maksud: Gagal bercinta akan mengambil masa untuk sembuh.
 
karam sambal oleh belacan
Maksud: Mendapat kerugian disebabkan orang yang dipercayai atau dikasihi.
 
karam tidak berair
Maksud: Mendapat kecelakaan dengan tidak tentu sebabnya.
 
kasa di atas duri
Maksud: Saat sakaratulmaut.
 
kasihan gajah berusung
Maksud: Rasa kasihan yang tidak kena pada tempatnya.
 
kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan
Maksud: Kasih ibu terhadap anak seumur hidupnya, tetapi kasih anak dapat hilang.
 
kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata, kasih
sahabat sama binasa
Maksud: Perbezaan kasih an tara saudara, bapa, ibu, dan sahabat.
 
kasih sepantun tulisan pinggan
Maksud: Kasih yang abadi.
 
kasih itu roh yang buta
Maksud: Kasih boleh menghilangkan kewarasan berfikir:
 
kasihkan pinang sebatang daripada aur serumpun ??
Maksud: Lebih sayang akan orang lain daripada kaum keluarga sendiri.
 
kasih tidak bersekutu dengan bijak
Maksud: Apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat celanya.
 
kasih tak sampai, dendam tak sudah
Maksud: Gelisah kerana hasrat belum tercapai.
 
kata berjawab, gayung bersambut
Maksud: Perbuatan baik dibalas baik dan perbuatan jahat dibalas jahat.
 
kata biarlah kota
Maksud: janji hendaklah ditepati.
 
kata dahulu bertepati, kata kemudian bercarian
Maksud: Kalau janji pertama ditepati, janji kedua turut ditepati juga.
 
kata periuk, belanga hitam
Maksud: Orang yang memburukkan orang lain padahal diri sendiri buruk juga.
 
 
kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan
Maksud: Hal peribadi boleh diputuskan sendiri, tetapi perkara bersama perlu dirundingkan.
 
kata tidak dipegangnya, janji tidak ditepati
Maksud: Orang yang suka mungkir janji.
 
kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan
Maksud: Tidak mahu mengakui kebenaran.
 
katak hendak jadi lembu
Maksud: Ingin melakukan sesuatu yang melebihi kemampuan sendiri atau hendak menyamai
orang besar dan kaya sehingga menyusahkan diri.
 
katak di bawah tempurung
Maksud: Orang yang sempit pengetahuannya.
 
katak ditimpa kemarau
Maksud: Keadaan keluh-kesah.
 
katak menggigit telunjuk, melihatkan ular menjadi belut
Maksud: Orang jahat yang sudah menjadi baik, namun dicurigai juga.
 
kaut laba dengan siku
Maksud: Sentiasa hendak beroleh untung yang banyak.
 
kawan ketawa ramai, kawan menangis jauh sekali
Maksud: Teman bergembira banyak, tetapi teman ketika bersedih sukar dicari.
 
kaya oleh emas pembawa
Maksud: Kekayaan diperoleh daripada orang tua untuk bekalan pada hari tua.
 
kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan
Maksud: Pemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadu nasib.
 
kayu bongkok, kura-kura pun boleh memanjat
Maksud: Seseorang yang sudah bersalah ditambah kesalahannya oleh orang lain.
 
kayu bongkok, masakan lurus bayangannya
Maksud: Cakap orang pendusta jangan dipercayai.
 
kayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dengan tangan
Maksud: Orang yang tidak sempurna akal fikirannya.
 
kayu mati berpunggur, manusia mati biar bernama
Maksud: Hidup manusia hendaklah meninggalkan nama dan jasa yang baik.
 
kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut
Maksud: Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah.
 
ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang
Maksud: Jika seseorang itu bersalah, dia serta kaumnya akan binasa.
 
kebakaran janggut
Maksud: Kebingungan yang tidak menentu.
 
kebanyakan halilintar kurang hujan
Maksud: Cakap besar tetapi hasil tiada.
 
kebat erat membuhul mati
Maksud: Sesuatu aturan atau perjanjian yang sudah ditetapkan dan tidak dapat diubah lagi.
 
kebenaran di hujung lidah
Maksud: Tiada kebenaran, hanya mengikut kata orang berkuasa atau ditakuti.
 
ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi, adat tidak bertukar, rahsia tidak berubah
Maksud: Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan.
 
ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni
Maksud: Sepakat dan seia sekata.
 
kecambah kayu ara takkan jadi pulut-pulut
Maksud: Orang yang memang berani takkan jadi pengecut.
 
kecek anak Melaka
Maksud: Seseorang yang gayanya seperti orang berada, padahal serba kekurangan.
 
kecek bagai bunyi merendang kacang
Maksud: Percakapan yang tidak tentu butirnya.
 
kecek bagai ketiak ular
Maksud: Percakapan yang berpanjangan dan tidak berkeputusan.
 
kecil anak, besar onak
Maksud: Anak semasa kecil membahagiakan hati ibu bapa tetapi apabila besar menyebabkan
kesusahan.
 
kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan
Maksud: Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar.
 
kecil bahan besar penempanya
Maksud: Belanja lebih banyak daripada penghasilan.
 
 
kecil dikandung ibu, besar dikandung ad at, mati dikandung tanah
Maksud: Kita hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
 
kecil hutang diansur, habis hutang dibayar
Maksud: Kerja yang berat akan siap kalau dibuat secara beransur-ansur.
 
kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
Maksud: Pengetahuan dan kelebihan tidak khusus kepada orang-orang tua sahaja, orang-orang
muda pun berilmu juga.
 
Kecil-kecil anak harimau
Maksud: Meskipun kecil tetapi berani.
 
Kecil-kecil beliung, tumbang juga kempas yang besar
Maksud: Walaupun kecil dapat juga mengalahkan orang yang besar:
 
Kecil-kecil pun api
Maksud: Sesuatu yang berbahaya jangan dibiarkan walaupun sedikit.
 
kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
Maksud: Menerima sesuatu dengan besar hati.
 
kecil teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua berubah tidak
Maksud: Kebiasaan sejak kecil menjadi tabiat yang sukar diubah sehingga dewasa.
 
kecil umpan besar ikan
Maksud: Modal sedikit tetapi mendapat hasil yang banyak.
 
kecong-kecoh bertimbang ciak
Maksud: Setiap dakwaan hendaklah didasarkan pada bukti-bukti yang cukup.
 
kecundang lebih dahsyat daripada kebaji
Maksud: Hasutan lebih berbahaya daripada senjata tajam.
 
ke dalam sumpit tak muat, ke dalam ambung longgar
Maksud: Orang yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan.
 
 
kedudukan yang kering
Maksud: jawatan yang tidak memberikan keuntungan peribadi.
 
ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang
hari, ke tasik juga akhir dicari
Maksud: Setelah merantau jauh serta melihat negeri yang kaya dan indah, akhirnya pulang
juga ke tanah air.
 
ke gunung tak dapat angin
Maksud: Hendak memperoleh kejayaan tetapi gagal.
 
kehendak kucinglah bertemu dengan panggang
Maksud: Orang yang bertemu dengan barang yang digemarinya.
 
ke hilir kena kutuk sultan, ke hulu kena kutuk raja
Maksud: Kalau melanggar perjanjian yang telah dibuat akan buruk akibatnya.
 
ke hulu kena bubu, ke hilir kena tingkalak
Maksud: Tidak dapat mengelak daripada bahaya.
 
kelalaian menjemput pencuri
Maksud: Kelalaian akan menyebabkan kerugian.
 
kelam bagai malam dua puluh tujuh
Maksud: Suatu perkara atau hal yang gelap sama sekali.
 
 
kelam disigi, lekung ditinjau
Maksud: Sesuatu yang kurang jelas hendaklah diselidiki dengan saksama.
 
ke langit tidak sampai, ke bumi tidak nyata
Maksud: Pekerjaan yang terbengkalai.
 
kelapa ditebuk tupai
Maksud: Cadis yang telah ternoda.
 
kelapa muda tak berminyak
Maksud: Orang muda belum banyak pengalaman tidak seperti orang tua.
 
kelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam
Maksud: Orang yang banyak anak dan cucu akan selamat hidupnya kerana dikasihi oleh kaum
kerabat serta saling menolong.
 
kelarai sesat taja
Maksud: Pekerjaan yang dari mulanya sudah salah.
 
ke laut meracik ikan, tersenyum siput; ke hutan memancing punai, tertawa badak
Maksud: Perbuatan yang tidak mengikut aturan akan ditertawakan orang.
 
keldai hendak dijadikan kuda
Maksud: Orang bodoh hendak dianggap seperti orang pandai.
 
kelekatu hendak terbang ke langit
Maksud: Mengerjakan sesuatu yang tidak mungkin berhasil.
 
kelebihan ikan radai, kelebihan manusia akal
Maksud: Setiap sesuatu ada kelebihan masing-masing.
 
kelekati memanjat peran, belum mati belum jeran
Maksud: Terlalu gemar akan sesuatu yang membahayakan diri dan akan meninggalkannya
setelah ditimpa bencana.
 
kelik-kelik di dalam baju
Maksud: Musuh yang dekat boleh membahayakan secara senyap-senyap.
 
kelip-kelip terbang malam
Maksud: Hendak menyembunyikan rahsia yang tidak dapat ditutup.
 
kemahiran itu sebaik-baik guru
Maksud: Sesuatu kerja akan sempurna kalau dibuat oleh orang yang ahli.
 
ke mana angin bertiup, ke situ condongnya
Maksud: Orang yang tidak tetap pendirian.
 
ke mana kelok lilin, ke sana kelok bayang
Maksud: Perihal orang yang mengikut orang di atasnya sahaja.
 
ke mana tumpah hujan dari bumbungan, kalau tidak ke cucuran atap
Maksud: Anak menurut sifat atau teladan orang tuanya.
 
ke mana gunung disesar, hilang kabus tampak juga
Maksud: Sesuatu perkara yang tidak perlu digopoh-gapahkan.
 
ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi
Maksud: Baik buruk perangai seseorang bapa itu sedikit sebanyak akan turun kepada anaknya.
 
ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya
Maksud: Sesuatu pekerjaan itu hendaklah ada tujuannya.
 
kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi
Maksud: Kebaikan yang banyak akan hilang oleh kesalahan yang sedikit.
 
kemiri jatuh ke pangkalnya
Maksud: Mendapat tempat yang sewajarnya.
 
kemudi patah, perahu tembuk
Maksud: Kemalangan yang bersilih ganti.
 
kena batang hidung sendiri
Maksud: Malu akibat perbuatan sendiri.
 
kena luluk kandang kering
Maksud: Mendapat kesusahan tidak pada tempatnya.
 
kena pedang bermata dua
Maksud: Terlalu sakit hati.
 
kena pukul di punggung, gigi habis tanggal
Maksud: Sindiran untuk seorang tetapi terkena pada yang ramai.
 
kenal dadanya, tak kenal mukanya
Maksud: Orang bijak terkenal kerana ilmunya.
 
ke negeri cacing
Maksud: Mati.
 
kepak singkat, terbang nak tinggi
Maksud: Kemampuan sedikit tetapi bercita-cita tinggi.
 
kepala sama berbulu, pendapat lain-lain
Maksud: Lain orang, lain fikiran dan pendapatnya.
 
kera diberikan kaca
Maksud: Mendapat sesuatu yang tidak tahu untuk
menggunakannya.
 
kera kena belacan
Maksud: Tidak boleh duduk diam.
 
kera memanjat pohon, kura-kura pun hendak memanjat juga
Maksud: Hendak meniru pekerjaan yang mustahil baginya.
 
kerambil tumbuh di matanya
Maksud: Perempuan yang elok rupa paras dan kaya pula.
 
kerana cenderawasih, merak mas dilepaskan
Maksud: Sesudah mendapat kekasih baru, kekasih lama ditinggalkan.
 
kerana bongkak badan binasa
Maksud: Kerana sombong, diri sendiri yang susah.
 
kerana emas, menjadi emas, kerana padi menjadi
Maksud: Kerana kekayaan yang dimiliki, semua yang dimaksudkan akan menjadi kenyataan.
 
kerana mendengar bunyi
Maksud: Terpedaya kerana mendengar berita baik.
 
kerana mulut badan binasa
Maksud: Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.
 
kerana pijat-pijat mati tuma
Maksud: Mendapat kesusahan kerana berkawan dengan arang jahat.
 
keras bagai batu, tinggi bagai langit
Maksud: Tidak mahu menurut perintah.
 
keras ditakik, lunak di sudu
Maksud: Pemerintahan hendaklah dijalankan dengan bijaksana, iaitu lemah lembut kepada
yang menurut dan kekerasan kepada yang melawan.
 
keras-keras kerak nasi
Maksud: Sikap yang tegas dalam sesuatu hal tetapi mudah lembut apabila dipuji.
 
kerbau berkandang, emas berpura
Maksud: Harta hendaklah disimpan di tempat yang sesuai agar selamat.
 
kerbau diberi berpelana, kuda diberi berpasangan
Maksud: Pekerjaan dibuat  atau orang diletakkan bukan pada tempatnya.
 
kerbau dipegang talinya, manusia dipegang mulutnya
Maksud: Janji mesti ditepati.
 
kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit
Maksud: Seorang melakukan kesalahan tetapi mengakibatkan semua terlibat sama.
 
kerbau menanduk anak
Maksud: Pekerjaan yang olok-olok.
 
kerbau pembulang tali
Maksud: Orang yang hatinya berbalik-balik atau tidak tetap pendirian.
 
kerbau punya susu, sapi dapat nama
Maksud: Orang lain yang berusaha, orang lain pula yang dipuji.
 
kerbau sekandang dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga
Maksud: Manusia sukar dikawal meskipun hanya seorang.
 
kerbau tak berkandang seladang
Maksud: Dua bangsa yang tidak dapat bercampur kerana berlainan adat.
 
kering tempayan, cebok pun jauhlah
Maksud: Setelah harta ibu bapa habis, anak-anak pun menjauhkan diri.
 
keris panjang berkeluk, ke mana dibawa ke mana elok
Maksud: Orang yang dapat dipergunakan untuk sebarang tujuan.
 
keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia
Maksud: Mulut atau kata-kata itu sangat berbisa dan menyakitkan hati.
 
kerja baik berimbauan, datang buruk berhamburan
Maksud: Ketika hendak melakukan kerja, baik dirundingkan terlebih dahulu dan ketika ditimpa
kemalangan hendaklah saling membantu.
 
kerja baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa kerja buruk
Maksud: Pekerjaan yang baik patut dilekaskan agar tidak terhalang oleh sesuatu yang buruk.
 
kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek
Maksud: Lebih mementingkan titah orang lain daripada kerja sendiri.
 
kerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat
Maksud: Bekerja dengan tidak berperaturan.
 
kerosok ular di rumpun bambu
Maksud: Cakap besar tetapi takut untuk bertindak.
 
kesat-kesat daun pimping
Maksud: Perihal orang yang lazimnya lemah tetapi pada masa-masa tertentu bersifat keras
juga.
 
ketam mengarah anaknya berjalan betul
Maksud: Orang yang menasihati orang lain supaya berkelakuan baik sedangkan dia sendiri
tidak berbuat demikian.
 
ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
Maksud: Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan.
 
ketumbi tahi ayam
Maksud: Julukan kepada orang yang tarafnya paling rendah dalam masyarakat.
 
khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan
Maksud: Setiap khabar yang diterima hendaklah diselidik supaya tidak tertipu.
 
kilat dalam kilau, kabus dalam hujan
Maksud: Dalam percakapan atau tingkah laku seseorang terkandung kemahuannya.
 
kilau di mata, terkilan di hati
Maksud: Sesuatu yang kurang menyenangkan hati.
 
kini gatal, besok digaruk
Maksud: Lambat mendapat pertolongan.
 
kita baru mencapai dayung, orang sudah sampai ke seberang
Maksud: Orang bijaksana akan mendahului orang lain dalam berbuat sesuatu kemajuan.
 
kita membawa jarum, orang menyambut dengan gunting
Maksud: Kita berusaha ke arah perpaduan, tetapi orang lain mencuba untuk
memecahbelahkannya.
 
kita semua mati tetapi kubur masing-masing
Maksud: Lain orang, lain fikiran dan pegangannya.
 
kok pahit nambat diluahkan
Maksud: Jika tidak elok janganlah cepat-cepat ditolak.
 
kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi
Maksud: Orang yang bercakap besar sedangkan keluarganya sendiri melarat atau tidak
sempurna.
 
korek lubang ulat
Maksud: Sengaja mencari perbalahan.
 
kotor dicuci, berabu dicentik
Maksud: Segala yang tidak baik hendaklah dilupakan.
 
koyak baju mahu ukur badan
Maksud: Merosakkan barang yang ingin dibaiki atau disempurnakan.
 
koyak tak berbunyi
Maksud: Sesuatu keaiban yang berlaku dengan tidak diketahui orang.
 
kuah sama dihirup, sambal sama dicolek
Maksud: Bersama-sama ketika senang atau susah.
 
kuah tertunggang ke nasi, nasi akan dimakan juga
Maksud: Perkahwinan antara keluarga sendiri.
 
kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar
Maksud: Kelebihan sesuatu kaum itu kerana bermuafakat antara satu sama lain.
 
kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah
Maksud: Kekuatan sesebuah kerajaan kerana orang besarnya, kuat orang besar pula kerana
sokongan padu rakyat. .
 
kuat burung kerana sayap
Penerangan: Burung mampu terbang kerana mempunyai dua sayap.
 
kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi
Maksud: Apabila orang yang ditakuti datang, orang yang bising pun diam.
 
kuda yang baik tidak bercerai daripada pelananya
Maksud: Orang yang rajin sentiasa disuruh orang.
 
kuda yang pantas tiada berkehendakkan cemeti
Maksud: Orang yang rajin dan pandai, pekerjaannya tidak perlu diawasi.
 
kudis menjadi tokak
Maksud: Perkara yang kecil menjadi besar jika dibiarkan.
 
kukur apa kepada kukuran, nyiur juga yang binasa
Maksud: Mudah bagi seseorang menyuruh melakukan sesuatu tetapi yang melakukannya juga
yang akan mengalami kesukaran.
 
kulai-balai bagai petai sisa pengait
Maksud: Seorang yang lemah lembut tingkah lakunya.
 
kuman menjadi barah (pekung)
Maksud: Perkara kecil menjadi besar kalau dibiarkan.
 
kuman di seberang lautan tampak, gajah (bertengger) di pelupuk mata tiada tampak
Maksud: Kesalahan orang lain dapat dilihat tetapi kesalahan sendiri tidak disedari.
 
kumbang melilit gedung
Maksud: Orang yang bersiul-siul sambil mengelilingi rumah gadis yang dikasihinya.
 
kumbang terbang tak bersaing
Maksud: Terlalu cepat.
 
kumbang yang mencari bunga
Maksud: Biasanya lelakilah yang mencari perempuan.
 
kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari
Maksud: Persetujuan hendaklah berdasarkan tolak ansur dan persahabatan hendaklah datang
daripada kedua-dua belah pihak.
 
kuning oleh kunyit, hitam oleh arang
Maksud: Mudah terpengaruh oleh pujian dan hasutan.
 
kunyah dulu baru telan
Maksud: Fikir dulu sebelum terima.
 
kura-kura di dalam perahu
Maksud: Perbuatan yang bodoh.
 
kura-kura di atas dahan
Maksud: Orang lemah yang mendapat kesusahan tidak tahu akan cara untuk melepaskan diri
daripada bahaya.
 
kura-kura hendak memanjat pohon kayu
Maksud: Hendak berbuat sesuatu yang mustahil.
 
kura-kura pandai kerebat kayu
Maksud: Orang yang mahu melakukan sesuatu perkara yang mustahil dilakukannya.
 
kurang budi teraba-raba, tiada ilmu suluh padam
Maksud: Orang yang kurang akal atau tidak berpelajaran akan mendapat kesusahan dalam
hidup.
 
kurang kerat, rengkuh yang lebih
Maksud: Usaha tidak seberapa, sebaliknya cakap sahaja yang lebih.
 
kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu
Maksud: Perkara yang kecil dibesarkan.
 
kusut di hujung, lari (bawa) ke pangkal
Maksud: Apabila perundingan menemui jalan buntu, haruslah segera balik ke punca atau asal
masalah.
 
kusut hujung dengan pangkal kerana salah memulai
Maksud: Tidak sempurna pekerjaan yang dibuat kerana salah memulakannya.
 
kutu makannya di kepala
Maksud: Meminta bantuan daripada orang yang boleh membantu.
 
kutu mati di atas kepala, tuma mati di tepi kain
Maksud: Biarpun sama-sama jahat, baik mati di tempat yang mulia daripada di tempat yang
kina.
 

L
 
laba sama dibagi, rugi sama diterjuni
Maksud: Bersahabat sehidup semati.
 
laba tertinggal, harta lingkup
Maksud: Keuntungan tidak diperoleh, modal pula habis.
 
ladang yang berpunya
Maksud: Perempuan yang telah berkahwin.
 
lading tajam sebelah
Maksud: Orang yang mahu menerima sahaja tetapi tidak mahu memberi.
 
lading tak tahu akan majalnya
Maksud: Orang yang tidak insaf akan kelemahan dirinya.
 
lagi jatuh ditimpa tangga
Maksud: Berturut-turut mendapat kesusahan.
 
lagi lauk, lagi nasi
Maksud: Makin kaya makin banyak sahabat.
 
lagi murah, lagi ditawar
Maksud: Makin diberi, makin ban yak yang diminta.
 
lagi nampak jalan tempat lalu, lupa batu akan menarung
Maksud: Orang miskin yang lupa akan bahaya yang mungkin akan mencelakakan dirinya
setelah mendapat kekayaan.
 
lagi sesak alam tempat diam, tak berbumi tempat tegak
Maksud: Mendapat malu besar sehingga tiada tempat untuk menyembunyikan muka.
 
lagi teduh, lagi berkajang
Maksud: Melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya.
 
lagi terang, lagi bersuluh
Maksud: Sesuatu perkara yang sudah nyata diterangkan lagi agar lebih jelas.
 
lain bengkak, lain bernanah
Maksud: Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain yang menanggung akibatnya.
 
lain di mulut, lain di hati
Maksud: Yang dikatakan berlainan dengan yang ada di dalam hati.
 
lain diniat lain ditakdir, lain diacah lain yang jadi
Maksud: Yang diperoleh lain daripada yang dikehendaki.
 
lain dulang lain kaki, lain orang lain hati
Maksud: Setiap orang berbeza kesukaannya.
 
lain galang, lain perahu yang disorong
Maksud: Berlainan perbuatan daripada tujuannya.
 
lain ladang lain belalang, lain lubuk lain ikannya
Maksud: Setiap negeri, lain adat dan peraturannya.
 
langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul
Maksud: &dudukan atau pekerjaan yang tidak kekal.
 
langit akan disigai
Maksud: Ingin berbuat sesuatu yang mustahil.
 
lain luka lain menyiuk, lain sakit lain yang mengaduh
Maksud: Orang lain berbuat salah tetapi orang lain yang dihukum.
 
lain mangkuk, lain cawan
Maksud: Tidak sama pembawaan dan kesukaan.
 
lain orang, lain hati
Penerangan: Setiap orang mempunyai hati atau keinginan yang berbeza antara
satu sama lain. Masing-masing mempunyai kehendak atau pendapat yang tersendiri.
Ayat contoh: Tidak semua orang dapat berfikir secara positif dengan tindakan Haji Rais
mendekati budak-budak nakal itu kerana lainorang, lain hati.
 
lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat
Maksud: Tanya lain jawab lain atau lain yang diminta lain yang diberikan.
 
laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan
Maksud: Kepentingan sendiri diabaikan kerana mementingkan hal orang lain.
 
laksana batang manau, seribu kali embat haram tak putus
Maksud: Sangat kuat dan teguh.
 
lain yang makan nangka, lain yang kena getah
Maksud: Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain yang kena hukum.
 
laksana batik lasam
Maksud: Sesuatu yang semakin dipakai menjadi semakin baik.
 
laksana umang-umang, di mana sa rang udang di situ tempat menumpang
Maksud: Perihal seseorang yang bergantung hidup pada orang lain.
 
laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur
Maksud: Menghilangkan diri.
 
laksana buah masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri
Maksud: Barang yang sudah tua atau buruk mudah rosak.
 
laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak
Maksud: Orang yang tampan dan cantik tetapi tidak berbudi.
 
laksana buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong
Maksud: Orang tidak berpengetahuan, cakap sahaja yang besar:
 
laksana burung diam di dalam sangkar
Maksud: Seseorang yang tiada kebebasan.
 
laksana cembul dengan tutupnya
Maksud: Sesuai benar antara satu sama lain atau secocok.
 
laksana cempedak mambung, pulur saja jual tak laku
Maksud: Perempuan gemuk yang tidak disukai orang.
 
laksana jentayu menantikan hujan
Maksud: Sangat rindu.
 
laksana golok kayu, ditetak tak makan dijual tak laku
Maksud: Pengetahuan yang tidak mencukupi tiada gunanya.
 
laksana janda baru bangun tidur
Maksud: Perempuan yang sangat menarik hati lelaki.
 
laksana kaca terhempas ke batu
Maksud: Satu pengharapan yang musnah.
 
laksana kain putih
Maksud: Pekerti seseorang yang mudah dipengaruhi oleh orang lain.
 
laksana kasihkan bunga seceper, terbuang bunga sekaki
Maksud: Mahu menjaga yang banyak sehingga terlepas yang di tangan.
 
laksana katak, diharung ular
Maksud: Berlari lintang-pukang kerana ketakutan.
 
laksana katak, sedikit hujan banyak bermain
Maksud: Orang yang suka membesar-besarkan perkara yang kecil.
 
laksana kodok ditimpa kemarau
Maksud: Sangat gelisah dan berasa keluh-kesah.
 
laksana kodok mendapat bunga sekuntum
Maksud: Tidak tahu menggunakan barang yang baik.
 
laksana layang-layang melawan angin
Maksud: Perbuatan yang sia-sia.
 
laksana lembu kasi, galak tiada terlawan
Maksud: Badan sahaja yang besar tetapi penakut.
 
laksana lempeng terbuang
Maksud: Bagi orang berada, sedikit itu tiada guna tetapi bagi orang miskin, besar ertinya.
 
laksana mencari sungai yang tidak berhulu
Maksud: Perbuatan yang sia-sia sahaja.
 
laksana pahat dengan penukul
Maksud: Orang yang bekerja apabila dipaksa.
 
laksana pencalang sarat, tiada ke timur tiada ke barat
Maksud: Orang yang sudah berpakaian cantik dan berhias tetapi duduk di rumah sahaja.
 
laksana pohon kayu tidak berbuah
Maksud: Ilmu yang tidak diamalkan tidak berguna.
 
laksana sampan pukat
Maksud: Orang yang tidak pernah keluar jauh dari kediamannya.
 
laksana sebuku gaharu, sukat dibakar makin berbau
Maksud: Memperlihatkan keunggulan apabila perlu sahaja.
 
laksana taji dibentuk
Maksud: Kening yang elok.
 
laksana terung bertunang ikan kering
Maksud: Perihal dua benda yang sangat sesuai.
 
lalang ditanam takkan tumbuh padi
Maksud: Kejahatan yang dilakukan tidak mungkin dibalas dengan kebaikan.
 
lalang terbakar, si carik menumpang mati
Maksud: Mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain.
 
lalat memanglah mencari puru
Maksud: Lelaki jahat tentulah akan mencari perempuan yang jahat juga.
 
lalu hangus, surut layu
Maksud: Serba salah; buat salah tidak buat pun salah.
 
lalu penjahit lalu kelindan
Maksud: Apabila usaha yang pertama berhasil, usaha yang berikutnya akan berhasil juga.
 
lama hidup banyak dirasa, jauh berjalan banyak dilihat
Maksud: Orang tua yang banyak pengetahuan dan pengalaman hidup.
 
lambat laga asalkan menang
Maksud: Mengerjakan sesuatu biarlah lambat asalkan maksud tercapai.
 
lampu kekurangan minyak
Maksud: Dalam keadaan payah.
 
lamun ada ubi, tiada ubi gandang jadilah
Maksud: Jika tiada yang baik, yang kurang baik pun berguna.
 
lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau
Maksud: Jikalau takut akan kesusahan, jangan buat sesuatu yang berisiko.
 
lancar kaji kerana diulang
Maksud: Kepandaian dan kemahiran diperoleh kerana selalu berlatih.
 
langit dapat dilukis, sudut kembut diserayakan
Maksud: Kerja yang besar mampu dibuat seorang tetapi kerja yang kecil minta pertolongan.
 
langit menelungkup
Maksud: Sesuatu peristiwa malang yang terjadi dan tidak dapat dihalang.
 
langit menimpa kepala, bumi memegang kaki
Maksud: Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.
 
langit runtuh bumilah terban
Maksud: Kehilangan tempat bergantung hidup.
 
langkah yang telah terlangkahkan
Maksud: Sesuatu yang telah dimulai sukar untuk ditarik balik.
 
lantai dan dinding bertelinga belaka
Maksud: Bercakap tentang sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat.
 
lapuk-lapuk diganti, usang-usang dibarui
Maksud: Adat atau peraturan yang tidak baik hendaklah diganti atau dibaiki.
 
lapuk oleh kain sehelai
Maksud: Berkahwin sekali sahaja.
 
larat ke negeri orang
Maksud: Mencari penghidupan di daerah atau di negeri lain.
 
lautan budi, tepian akal
Maksud: Orang yang cerdik dan pandai.
 
lautan mana yang tidak bergelombang
Maksud: Tiada manusia yang tidak melakukan kesalahan.
 
Laut budi gedung bicara
Maksud: Orang yang banyak ilmu.
 
laut datang memunggah mutiara
Maksud: Orang yang pandai datang mengajarkan ilmu kepada kita.
 
laut ditembak, darat kena
Maksud: Beroleh sesuatu yang tidak dihajatkan.
 
laut ditimba akan kering
Maksud: Harta yang banyak sekalipun akan habis juga kalau selalu dibelanjakan.
 
laut madu berpantaikan sakar
Maksud: Perkataan manis yang keluar daripada mulut orang yang elok rupanya.
 
laut mana yang tidak berombak
Maksud: Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan.
 
laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah
Maksud: Orang besar yang baik tidak akan menolak jika diminta pertolongan.
 
laut yang dalam dapat diduga, hati manusia siapakah dapat menduganya
Maksud: Hati manusia tiada sesiapa yang mengetahuinya.
 
laut yang dalam sudah diselami, inikan pula air dalam terenang
Maksud: Kalau biasa membuat kerja besar, tidak khuatir akan kerja yang kecil.
 
lawak-lawak main bunga tahi
Maksud: Bergurau senda yang akhirnya membawa kepada pergaduhan.
 
layang-layang putus talinya
Maksud: Sudah putus pengharapan atau hilang pegangan.
 
layar menimpa tiang
Maksud: Orang yang diharapkan telah menjadi belot atau kawan menjadi lawan.
 
layu bunga digenggam, layu rumput di halaman
Maksud: Akan menyatakan kematian seorang pembesar negeri.
 
lebai berjanggut, kambing pun berjanggut juga
Maksud: Pakaian dan rupa sama tetapi kedudukannya lain-lain.
 
Lebih baik berputih tulang daripada berputih mata
Maksud: Lebih baik mati daripada menanggung malu.
 
lebih baik seekor singa di padang yang luas daripada seekor ular di dalam rumput
Maksud: Lebih baik berdepan dengan musuh yang kuat di tempat terang daripada musuh yang
kecil di tempat yang tersembunyi.
 
lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai
Maksud: Mempunyai seorang sahabat yang baik lebih berfaedah daripada ban yak kenalan.
 
lebuh sempit kuda penyepak, jalan licin tebing berkelok
Maksud: Kesulitan ketika melakukan sesuatu pekerjaan kerana tidak berilmu.
 
lecah di kaki
Maksud: Suami yang tidak bertanggungjawab.
 
leka di kerak jarang, kuku habis perut tak kenyang
Maksud: Membuat pekerjaan yang merugikan.
 
lelap kemalingan
Maksud: Kalau tidak berhati-hati akan mendatangkan kerugian atau bahaya.
 
lelar makan di upih, lagi putih lagi dikeruk
Maksud: Perbuatan yang dilakukan kerana nafsu akhirnya akan mendatangkan bencana.
 
lemah diraih, pantai dititi
Maksud: Sikap yang bijaksana dalam mengeluarkan sesuatu perintah.
 
lemah lembut lintah, lekat payah lucut
Maksud: Orang yang lemah lembut tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah
diperolehnya.
 
lemah liat kayu akar, dilentur boleh patah tak dapat
Maksud: Seseorang yang kelihatan lemah tetapi tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-
mainkan.
 
lemak lauk dikunyah-kunyah, lemak kata diperkatakan
Maksud: Sedap daging dimakan, sedap kata dimuafakat atau diikuti.
 
lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan
Maksud: Yang nampak baik itu jangan terus diterima dan yang nampak buruk itu jangan lekas
ditolak.
 
lemak menapis, condong menompang
Maksud: Tolong-menolong antara satu sama lain.
 
lemak penyelar daging
Maksud: Membelanjakan harta benda tuannya.
 
lembah jua yang dituju air
Maksud: Orang yang sudah kaya akan terus kaya.
 
lembu dogol jangan dibalun
Maksud: Orang yang tidak melawan jangan diusik, jika dia melawan tentu berbahaya.
 
lembu tanduk panjang, tak menanduk pun dikatakan menanduk juga
Maksud: Orang yang sudah terkenal akan kejahatannya sering dituduh berbuat jahat.
 
lempar batu sembunyi tangan
Maksud: Melakukan sesuatu kejahatan kemudian berdiam diri seolah-olah tidak tahu-
menahu akan hal tersebut.
 
lempar bunga dibalas tahi
Maksud: Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
 
Lengan bagai lilin dituang
Maksud: Lengan yang cantik.
 
lenggang bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu
Maksud: Orang yang tidak menyedari kekurangan diri.
 
lenggang-lenggok bagai cupak hanyut
Maksud: Langkah yang lemah lembut. 
 
lenggang patah sembilan
Maksud: Gaya jalan yang lemah lembut dan menarik.
 
lenggang seperti kangkung diayun riak air
Maksud: Berjalan melenggang tanpa arah tujuan.
 
lepas bantal berganti tikar
Maksud: Lelaki yang mengahwini saudara perempuan isterinya apabila isterinya itu meninggal
dunia.
 
lepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau
Maksud: Terhindar daripada suatu kecelakaan lalu mendapat kecelakaan yang lain. .
 
lepas kaki, leher terjerat
Maksud: Orang jahat yang sudah tidak dapat melarikan diri lagi.
 
lepas putih, hitam tak dapat
Maksud: Sesuatu yang dihajati tidak dapat tetapi yang ada pula hilang.
 
lepas taufan paksa baik
Maksud: Habis kesusahan timbullah kesenangan.
 
lesung mencari alu
Maksud: Perempuan mencari lelaki.
 
lewat dimanis, masam;  lewat diharum, busuk
Maksud: Perihal arang yang mulanya berkasih-kasihan tetapi kemudian selalu berselisih.
 
licin bagai basuh perahu
Maksud: Menderita kerugian.
 
licin bagai belut
Maksud: Orang yang tidak mudah ditipu atau diperangkap.
 
licin kerana minyak berminta, elok kerana kain berselang
Maksud: Sindiran untuk merendahkan seseorang yang angkuh dan sombong kerana harta atau
barang yang dipinjam.
 
lidah bercabang bagai biawak
Maksud: Selalu berubah dan tidak boleh dipercayai kata-katanya.
 
lidahnya masin
Maksud: Perkataannya itu diturut dan permintaannya diterima.
 
lidah terkalang
Maksud: Tidak dapat membantah kerana terhutang budi.
 
lidah tidak bertulang
Maksud: Mudah berjanji dan mudah memungkirinya.
 
lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang
Maksud: Orang mendapat kemalangan kerana tidak menjaga tutur katanya.
 
limau masak seulas
Maksud: Mempunyai kelebihan seperti orang lain.
 
Linggi diserang Riau yang alah
Maksud: Menyerah tanpa berjuang
 
longgar sendat, lapang bertukun
Maksud: Berpura-pura untuk menerima sesuatu kebenaran, tetapi sebenarnya menolak
kebenaran itu.
 
lonjak bagai labu dibenam
Maksud: Angkuh atau sombong.
 
lubuk akal tepian ilmu
Maksud: Orang yang berilmu dan sentiasa menggunakan akal.
 
lubuk menjadi pantai, pantai menjadi lubuk
Maksud: Nasib manusia tidak tetap, ada kalanya senang dan ada kalanya susah.
 
lubuk lepas tuba, ikan akan mati
Maksud: Mengajukan sesuatu perkara hendaklah tepat pada masanya, jangan terlewat.
 
Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga
Maksud: Walaupun telah berbaik-baik, tetapi pertelingkahan yang lama masih tersimpan di
dalam hati.
 
luka tangan kanan oleh tangan kiri
Maksud: Jangan terlalu percaya akan sahabat kerana kerap kali sahabatlah yang akan
mengecewakan kita.
 
lulus tabuh perhatian
Maksud: Berasa lapang atau senang hati kerana terlepas daripada tugas yang berat.
 
lulus tidak berselam, hilang tidak bercari
Maksud: Perihal orang yang menanggung kesusahan tetapi tiada yang menolongnya.
 
lunak disudu, keras ditakik
Maksud: Orang yang menurut kata diperlakukan dengan lemah lembut dan sebaliknya orang
yang degil akan dikasari.
 
lunak gigi daripada lidah
Maksud: Berlemah lembut atau merendah diri yang berlebihan atau tidak sepatutnya.
 
lupa ketinggalan, lelap kemalingan
Maksud: Kalau kurang berhati-hati tentunya mendapat kerugian.
 
lupa mengingatkan, terlelap dijagakan
Maksud: Sikap ingat-mengingati antara sahabat.
 
lurah dituruni, bukit didaki
Maksud: Gigih dan tidak mengenal lelah.
 
lurus bagai parit
Maksud: Kelihatan baik tetapi di dalam hatinya jahat.
 
lurus lubang, lurus penjolok
Maksud: Bersikap tegas tetapi adil.
 
lurus-lurus sumpitan
Maksud: Tipu muslihat untuk mencari keuntungan untuk diri sendiri.
 
lurus bagai parit
Maksud: Kelihatan baik tetapi di dalam hatinya jahat.

M
 
mabuk di enggang lalu
Maksud: Tertarik hati kepada orang yang tidak dikenali. 
 
macam betung seruas
Maksud: Terlalu jujur atau lurus hati.
 
macam kepiting jalan
Maksud: Orang yang tingkah lakunya lain daripada orang lain.
 
macam kera kelaparan
Maksud: Orang yang bibirnya selalu terkumat-kamit.
 
macam kikir besi
Maksud: Orang kaya yang bakhil
 
macam memegang tali layang-layang
Maksud: Perihal orang yang berkuasa terhadap orang bawahannya.
 
macam orang biduk
Maksud: Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri.
 
macam ular kekenyangan
Maksud: Orang yang perutnya buncit, jalannya lambat, dan malas bergerak.
 
madu satu tong, jika rembes, rembesnya pun madu juga
Maksud: Jika baik asalnya, keturunannya pun baik juga.
 
mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta
Maksud: Sesuatu yang sangat sukar diperoleh.
 
mahukah orang menghujankan garamnya?
Maksud: Tidak ada orang yang mahu menghina atau menyusahkan keluarga sendiri.
 
main air basah, main api hangus
Maksud: Jika mahu melakukan sesuatu hendaklah berani untuk menanggung akibatnya.
 
main badar, main gerundang
Maksud: Hendak meniru perbuatan orang besar atau mulia akhirnya diri sendiri juga yang
binasa.
 
makanan enggang hendak dimakan pipit
Maksud: Hendak melakukan sesuatu yang tidak padan dengan tara! atau kesanggupan diri.
 
makan bersabitkan
Maksud: Mendapat makan dan minum tanpa bekerja.
 
makan bubur panas-panas
Maksud: Bertindak dengan tergesa-gesa akhirnya mengecewakan.
 
makan di tangan
Maksud: Terlalu jinak sehingga dapat diperoleh pada bila-bila masa.
 
makan hati berulam jantung
Maksud: Menderita kerana perbuatan orang yang karib (suami, sahabat, saudara-mara, atau
sebagainya).
 
makan masak mentah
Maksud: Tidak dapat membezakan yang halal atau haram.
 
makan nasi kawah
Maksud: Hidup sebagai buruh kasar.
 
makan upas berulamkan racun
Maksud: Hidup dalam kesusahan.
 
makin banyak orang, makin banyak niat
Maksud: kemahuan dan fikiran setiap orang berbeza.
 
makin murah, makin menawar
Maksud: Seseorang yang telah diturut orang kehendaknya, tetapi masih hendak lebih lagi.
 
maksud bagai maksud manyau
Maksud: Gita-cita yang tidak mungkin tercapai.
 
malam berselimut embun, siang bertudung awan
Maksud: Orang yang terlalu miskin, tidak mempunyai apa-apa pun.
 
malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli, tunjang hilang
Maksud: Orang yang malang, sewaktu sampai maksud yang kedua, yang sudah di tangan
hilang pula.
 
malang tiada datang tunggal
Maksud: Malang yang bertimpa-timpa.
 
malang tak berbau
Maksud: Kecelakaan yang tidak diketahui atau tidak dapat dikesan.
 
malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih
Maksud: Nasib buruk tidak dapat dielakkan dan nasib baik tidak dapat dicari-cari.
 
malas bergarit perut perit
Maksud: Malas berusaha tentulah kelaparan.
 
malu berdayung, perahu hanyut
Maksud: Malas berusaha tentulah tidak akan berjaya.
 
malu bertanya, sesat jalan
Maksud: Jika tidak mahu bertanya ketika belajar, tentulah tidak akan faham akan ajaran guru.
 
malu kalau anak harimau menjadi anak kucing
Maksud: Tidak patut kalau anak orang besar-besar atau pandai menjadi pengecut atau bodoh.
 
malu tercoreng di dahi
Maksud: Mendapat malu yang besar.
 
mamah dulu kemudian telan
Maksud: Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan dengan mengikut peraturan.
 
mana ada buluh yang tidak berbuku
Maksud: Tidak ada sesuatu yang benar-benar sempurna.
 
mana sungai yang tiada berhulu
Maksud: Sesuatu puak atau kaum tentu ada asal keturunannya.
 
mana tali berpunca tak berhujung
Maksud: Tiada makhluk yang tidak akan menghadapi mati.
 
mana udang, mana ketam direbus tak merah
Maksud: Menipu dengan mengubah-ubah perangai, kelakuan, atau rupa.
 
mandi di dalam cupak
Maksud: Sesuatu yang tidak mencukupi seperti pertolongan.
 
mandi di air kiambang
Maksud: Mendapat sesuatu yang mula-mula berguna tetapi akhirnya membinasakan.
 
mandi tak basah
Maksud: Orang yang terlalu rindu.
 
manikam itu kalau jatuh ke pelimbahan tiada hilang cahayanya
Maksud: Orang yang berketurunan baik meskipun menjadi hamba, tetap baik kelakuannya.
 
manikam sudah menjadi sekam
Maksud: Tidak berharga atau berguna lagi.
 
manis seperti gula jawa
Maksud: Sesuai dalam semua hal
 
manis mulutnya seperti santan manisan, di dalam bagai hempedu
Maksud: Perkataan yang manis dan bersopan biasanya berisi tipu muslihat di dalamnya.
 
mara jangan dipukat, rezeki jangan ditolak
Maksud: Bahaya atau kesusahan jangan dicari.
 
marahkan telaga yang kering, timba dipecahkan
Maksud: Marahkan orang yang tidak mampu menolongnya lalu memusnahkan harta atau diri
sendiri.
 
masak buah rumbia
Maksud: Perihal sesuatu yang mustahil terjadi.
 
masak di luar, mentah di dalam
Maksud: Nampak baik tetapi sebenarnya jahat.
 
masak malam, mentah siang
Maksud: Sesuatu perkara yang telah dipersetujui, tetapi kemudian berubah pula.
 
masam bagai nikah tak suka
Maksud: Berdukacita kerana diperlakukan tidak menurut kehendak hatinya.
 
masih berbau pupuk jerangau
Maksud: Belum ada pengalaman.
 
masin lagilah garam sendiri
Maksud: Kaum kerabat lebih penting berbanding dengan orang lain.
 
masuk bakul angkat sendiri
Maksud: Memuji diri sendiri.
 
masuk di dalam kawanan gajah berdering
Maksud: Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.
 
masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang
Maksud: Kalau merantau buatlah kerja berguna, jangan membuang masa.
 
masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri
Maksud: Tidak dapat menerima nasihat atau ajaran yang diberikan.
 
masuk langau ke mulutnya
Maksud: Terlalu hairan sehingga ternganga mulutnya.
 
masuk lima keluar sepuluh
Maksud: Perbelanjaan lebih besar daripada pendapatan.
 
masuk sebesar lubang penjahit, keluar sebesar lubang tabuh
Maksud: Besar perbelanjaan daripada pendapatan.
 
masuk tak genap, keluar tak ganjil
Maksud: Orang yang tidak berguna dalam masyarakat.
 
mata memandang apa hendak sakit, bahu memikul timpa perasaan
Maksud: Meskipun seseorang tahu akan kesusahan yang ditanggung orang lain, tetapi orang
yang menanggung kesusahan itu lebih merasainya.
 
matahari itu, gunung dan lembah sama diteranginya
Maksud: Pemerintahan yang adil menjalankan hukuman yang sama rata.
 
matahari tengah gerhana
Maksud: Berwajah muram kerana berdukacita.
 
mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak
Maksud: Anak dan bapa mestilah tolong-menolong pada masa kesusahan.
 
mati ayam, mati tungaunya
Maksud: Apabila ketua mendapat celaka, para pengikut akan turut merasainya.        .
 
mati badan dikandung tanah, nama beredar ke mana-mana
Maksud: Walaupun badan telah hancur dikandung tanah, namun nama yang baik dikenang
juga.
 
mati berkapan cindai
Maksud: Mati dengan nama yang baik.
 
mati dicatuk katak
Maksud: Orang yang berkuasa dikalahkan oleh orang yang lemah.
 
mati enau tinggal di rimba
Maksud: Jika orang hina mati, namanya tidak akan disebut-sebut orang lagi.
 
mati gajah meninggalkan gading, mati manusia meninggalkan nama
Maksud: Orang kaya meninggalkan harta, orang alim meninggalkan ilmu, dan orang berjasa
meninggalkan nama yang baik.
 
mati gajah tiada dapat belalainya, mati harimau tiada dapat belangnya
Maksud: Orang dagang itu tidak sama haknya dengan anak negeri.
 
mati ikan kerana umpan, mati saya kerana budi
Maksud: Manusia dapat dipujuk dengan kata-kata manis atau budi yang baik.
 
mati kuang kerana bunyi
Maksud: Mendapat kecelakaan kerana perbuatan sendiri.
 
matilah kuman kena pelantik, sekalian alam limpah darahnya
Maksud: Orang kebanyakan berkahwin dengan orang bangsawan akan menjadi buah mulut
orang.
 
mati puyuh hendakkan ekor
Maksud: Menghendaki sesuatu yang mustahil, sampai mati tidak dapat memperolehnya.
 
mati rusa kerana tanduknya
Maksud: Mendapat bencana kerana kelebihan yang ada pada diri sendiri.
 
mati tidak akan menyesal, luka tidak akan menyiuk
Maksud: Sudah bulat hati untuk melakukan sesuatu dan tidak akan menyesal pada kemudian
hari.
 
mati tidak kerana sumpah, hidup tidak kerana niat
Maksud: Hidup dan mati ditentukan Tuhan.
 
mayang menolak seludang
Maksud: Orang yang melupakan jasa orang yang telah memeliharanya sejak kecil.
 
mayat sudah di tepi kubur
Maksud: Pekerjaan yang telah terlanjur, mahu tidak mahu terpaksa mengerjakan sampai
selesai.
 
melangkahi ular
Maksud: Melakukan sesuatu yang sangat berbahaya.
 
melanting-lanting bagai cacing kepanasan
Maksud: Tidak senang duduk atau berasa gelisah.
 
melanting menuju tampuk
Maksud: Setiap usaha tentu ada maksudnya.
 
melebuh-lebuh bagai buntal ditiup
Maksud: Menjadi sombong.
 
melekatkan kersik ke buluh
Maksud: Sesuatu yang dikerjakan dengan susah payah tetapi sia-sia.
 
melentur buluh (aur) biarlah waktu rebungnya
Maksud: Mengajar anak biarlah ketika kecil, kalau sudah besar hatinya sudah keras dan sukar
menerima ajaran lagi.
 
melentur dahan dek meluyut buahnya
Maksud: Kesusahan keluarga yang banyak anak tidak akan kekal.
 
melepaskan anjing tersepit, sesudah lepas ia menggigit
Maksud: Menolong orang yang tidak tahu mengenang budi malah menyakiti orang yang
menolongnya.
 
melepaskan batuk di tangga
Maksud: Melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh.
 
melepaskan peluru petunang
Maksud: Mengeluarkan kata-kata yang tepat.
 
meletakkan api di bumbungan
Maksud: Sengaja mencari bahaya.
 
meletup di sana, di sini bunyinya
Maksud: Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya.
 
melihat bayang-bayangnya di air
Maksud: Gila akan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh.
 
melihat riak air, saya sudah tahu pendayungmu
Maksud: Orang yang ari! sudah tahu akan maksud seseorang itu melalui perbuatannya.
 
melilit dulu, kemudian memanjat
Maksud: Bersedialah dahulu sebelum melakukan pekerjaan yang besar.
 
meludah ke langit, muka juga yang basah
Maksud: Melawan atau membantah orang berkuasa akhirnya akan menyusahkan diri sendiri.
 
memagar diri bagai aur
Maksud: Menjaga dan memikirkan dirinya dan anak-anaknya tanpa mempedulikan orang lain.
 
memahat di dalam baris, berkata dalam pusaka
Maksud: Mengerjakan sesuatu menurut aturannya.
 
memakai dunia berganti-ganti, yang hidup sesarkan mati, dengan itu mati bernanti-nanti
Maksud: Baka yang turun-temurun tidak akan putus.
 
memakai kulit harimau
Maksud: Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakutkan orang.
 
memakuk dengan belakang lading
Maksud: Membuat permintaan atau pertanyaan yang menyakitkan hati orang.
 
memancing di air keruh
Maksud: Mencari keuntungan sewaktu keadaan kacau atau kesusahan.
 
memandikan itik
Maksud: Pengetahuan yang baik tidak berguna kepada orang yang tidak menghendakinya.
 
memanjat dedap
Maksud: Melakukan sesuatu dengan nekad dan berani.
 
memanjat pokok cekur boleh mati jatuh
Maksud: Menerima hukuman yang berat daripada kesalahan yang kedi sahaja.
 
memanjat terkena seroda
Maksud: Orang yang mendapat bahaya kerana nafsunya sendiri.
 
memasang pelita tengah hari
Maksud: Menerangkan sesuatu yang sudah jelas.
 
memasukkan jarum halusnya
Maksud: Melakukan tipu daya atau hasutan halus untuk mencapai maksud.
 
membadai burung di atas langit, merendah diharap jangan
Maksud: janganlah diharapkan sesuatu yang sukar untuk diperoleh.
 
membalik-balik kaji
Maksud: Membangkitkan perkara yang telah lama.
 
membalik-balik mayat dalam kubur
Maksud: Menyebut-nyebut kejahatan orang yang telah mati
 
membandarkan air ke bukit
Maksud: Perbuatan yang sia-sia.
 
membasuh arang yang terconteng di muka
Maksud: Melakukan sesuatu untuk menebus atau menghilangkan rasa malu.
 
membawa cupak ke negeri orang
Maksud: Memakai adat sendiri di negeri orang.
 
membawa perut ke rumah orang
Maksud: Selalu bertandang makan di rumah orang.
 
membebek kambing lari ke hutan, menyalak anjing lari ke kota
Maksud: Waktu huru-hara orang yang takut akan berteriak lari, tetapi orang yang berani akan
bertempik mara untuk berjuang.
 
membeli kerbau di padang
Maksud: Terburu-buru membuat pekerjaan tanpa usul periksa terlebih dahulu.
 
membeli kucing di dalam karung
Maksud: Membeli sesuatu dengan tidak melihatnya.
 
memberakkan periuk nasi sendiri
Maksud: Mengkhianati tempat mencari rezeki atau tempat menumpang.
 
memberikan barang kepada tangan kera
Maksud: Mempercayai orang yang tidak patut dipercayai.
 
memberikan bunga kepada kera
Maksud: Memberikan sesuatu kepada orang yang tidak tahu menggunakannya.
 
memberikan garam kepada laut
Maksud: Berbudi kepada orang kaya.
 
memberikan lauk kepada orang membantai
Maksud: Menolong orang yang tidak memerlukan pertolongan.
 
memberi makan anjing di tembikar, memberi makan gajah dengan alat
Maksud: Setiap perbuatan perlu sesuai dengan tempat dan keadaannya.
 
membesarkan kerak nasi
Maksud: Membazir atau menambah perbelanjaan sehingga tiada lagi simpanan.
 
membilang buah kerayung
Maksud: Perbuatan yang sia-sia.
 
membilang dari esa, mengaji dari alif
Maksud: Mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai daripada pangkalnya.
 
membilang kepala bini, beranak tidak dapat disuruh
Maksud: Pekerjaan yang tidak tetap selalunya mendatangkan rugi.
 
membuang nasi yang tersaji di lutut
Maksud: Seseorang yang meninggalkan kerja yang mudah lalu mencari pekerjaan yang lebih
susah.
 
membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji
Maksud: Mementingkan diri sendiri semata-mata dan tidak menghiraukan orang lain.
 
membuat-buat mahu, menuras tidak
Maksud: Seseorang yang mencuba hendak melakukan sesuatu pekerjaan, tetapi malas untuk
mempelajarinya.
 
membuat diam-diam lepu
Maksud: Berpura-pura baik sementara menunggu peluang untuk berbuat jahat.
 
membuat tergigit lidah
Maksud: Memberikan nasihat yang sia-sia sahaja kepada orang jahat.
 
membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan
Maksud: Merahsiakan sesuatu hendaklah sempurna.
 
membuka langkah seribu
Maksud: Lari dengan laju kerana ketakutan.
 
membuka pekung di dada
Maksud: Mendedahkan keburukan diri dan sengaja mencari malu.
 
membungkus tulang dengan daun talas
Maksud: Menyembunyikan rahsia dengan tidak berhati-hati hingga mudah diketahui orang.
 
memecah damar di atas loteng
Maksud: Menggunakan simpanan atau menggadaikan harta pusaka untuk menambah
penghasilan yang tidak cukup.
 
memecahkan tuba
Maksud: Menyiarkan berita yang dapat memudaratkan orang apabila mendengarnya.
 
memegang besi panas
Maksud: Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak tetap kerana khuatir atau takut.
 
memegang erat, menggenggam teguh
Maksud: Pendirian yang teguh.
 
memelihara gajah putih
Maksud: Menyusahkan diri kerana memelihara atau membina binaan yang cantik tetapi tidak
mendatangkan faedah.
 
memelihara penyengat di dalam baju
Maksud: Menyimpan musuh dalam rumah tangga sendiri akhirnya akan membawa kecelakaan.
 
memepas di dalam belanga
Maksud: Mencari keuntungan daripada keluarga atau kawan sendiri.
 
memerah kain basah orang
Maksud: Mengerjakan urusan orang lain tanpa mendapat faedah.
 
memetik kecapi bertali sumbang seperti serunai berbunyi gambang
Maksud: Percakapan yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah faham bagi orang yang
mendengarnya.
 
memikat balam dengan balam
Maksud: Mencari wang dengan wang.
 
memikul di bahu, menjunjung di kepala
Maksud: Sesuatu pekerjaan haruslah mengikut peraturannya supaya selamat.
 
meminta kepada yang ada
Maksud: Meminta daripada orang yang difikirkan boleh memberikannya. .
 
memperagakan duri sebatang kepada landak
Maksud: Hendak melawan orang yang lebih segala-galanya.
 
memperdekat rabuk dengan api
Maksud: Mudah terjadi perkara yang kurang baik seperti mendekatkan lelaki dengan
perempuan.
 
memperjuali orang Cina penjahit
Maksud: Cuba mengajar orang yang lebih mahir.
 
memperlihatkan kurus tidak berbaju
Maksud: Membuka rahsia diri (kemiskinan) kepada orang.
 
memperlihatkan rumah buruk kepada orang maling
Maksud: Mempertonton kelemahan diri sendiri kepada orang jahat.
 
mempertajam sanding
Maksud: Perselisihan yang dibesar-besarkan.
 
mempertinggi semangat anjing
Maksud: Berusaha untuk membaiki nama yang jahat tetapi akhirnya mengecewakan.
 
mempertinggi tempat jatuh, memperdalam tempat kena
Maksud: Menambah-nambahkan kesalahan dengan sengaja sehingga bertambah berat.
 
memukul kucing di dapur
Maksud: Menganiayai saudara-mara atau kawan yang karib.
 
memulangkan paku buah keras
Maksud: Membangkitkan kembali perkara yang sudah lepas.
 
menabur bijan ke tasik
Maksud: Membuang harta, tenaga, atau waktu dengan sia-sia.
 
menabur biji di atas batu
Maksud: Berbudi kepada orang yang tidak tahu membalasnya atau menasihati orang yang tidak
mengendahkannya.
 
menabur benih di tanah subur
Maksud: Berbuat baik kepada orang yang tahu berterima kasih.
 
menahan jerat di tempat genting
Maksud: Mencari keuntungan daripada penderitaan orang lain.
 
menakik darah di batu
Maksud: Kerja berat tetapi tiada hasil
 
menambak gunung, menggarami laut
Maksud: Memberi pertolongan kepada orang yang tidak sekali kali memerlukan pertolongan.
 
menanam mumbang
Maksud: Melakukan sesuatu yang amat jarang berhasil.
 
menanam tebu di bibir
Maksud: Orang yang bercakap dengan baik tetapi hatinya bermaksud jahat.
 
menangguk di air keruh
Maksud: Mencari keuntungan ketika kekacauan atau kesusahan.
 
menangis daun bangun-bangun hendak sama dengan hilir air
Maksud: Perbuatan yang hendak menyamai orang lain yang lebih daripadanya.
 
menanti ara hanyut
Maksud: Menanti sesuatu yang mungkin datang tetapi lambat atau tidak akan datang langsung.
 
menantikan kucing bertanduk
Maksud: Menantikan perkara yang tidak mungkin berlaku.
 
menanti kuaran bertelur
Maksud: Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin terjadi.
 
menantikan nasi disajikan ke mulut
Maksud: Perihal orang pemalas yang menantikan pemberian orang atau takdir Tuhan sahaja
tanpa mahu berusaha.
 
menari di ladang orang
Maksud: Bersuka-suka memakai harta orang lain dengan tidak mengambil kira akan kerugian
orang itu.
 
menari tidak pandai, dikatakan lantai yang terjungkit
Maksud: Menyalahkan sesuatu perkara atau orang lain atas kesilapan atau kesalahan sendiri.
 
menarik rambut di dalam tepung
Maksud: Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
 
menatang minyak yang penuh
Maksud: Dijaga dengan sempurna kerana sangat dikasihi.
 
menatang setahun hujan di langit, air laut masakan tawar
Maksud: Nasihat yang baik itu tidak dapat mengubah kejahatan yang besar.
 
mencabik baju di dada
Maksud: Menceritakan nasib sendiri kepada orang lain.
 
mencabik mudah, menjahit susah
Maksud: Mencari perselisihan amat mudah, tetapi mencari perdamaian amat payah.
 
mencabut dari limbahan
Maksud: Berasa malu untuk membela salah seorang ahli keluarga yang telah buruk namanya.
 
mencalit arang ke muka
Maksud: Mencemarkan nama baik seseorang.
 
mencari-cari beban
Maksud: Sengaja mencampuri urusan orang sehingga menyusahkan diri.
 
mencari lantai terjungkit
Maksud: Mencari-cari kesalahan orang bawahan supaya dapat disengsarakan.
 
mencari nasi di negeri orang
Maksud: Mencari rezeki di rantauan.
 
mencari penjahit di dalam rumput
Maksud: Pekerjaan yang sukar.
 
mencari perut tak berisi, mencari kepala tak bertutup
Maksud: Pergi berdagang ke negeri lain untuk mencari penghidupan.
 
mencari umbut di dalam batu
Maksud: Membuat pekerjaan yang sia-sia.
 
mencari yang sehasta sejengkal
Maksud: Menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kerabat.
 
mencencang lauk tengah alat
Maksud: Menceritakan cacat cela sendiri kepada orang ramai.
 
mencencang tidak memampas, membunuh tidak membangun
Maksud: Melukai orang tidak dikenakan denda, manakala membunuh orang tidak akan
dihukum.
 
menciritkan pahat
Maksud: Orang yang sudah terlalu tua.
 
mencongak rupa kerbau jantan kemudian
Maksud: Lelaki yang berjalan dengan cemburu di belakang isterinya.
 
mencucup benak orang
Maksud: Mengambil harta orang dengan kekerasan atau mengambil keuntungan daripada
orang miskin.
 
mencukur kepala
Maksud: Perbuatan yang memalukan keluarga.
 
mencungkil kuman dengan alu
Maksud: Pekerjaan yang sia-sia.
 
mencurah air ke daun keladi
Maksud: Sukar ditunjuk ajar atau dinasihati.
 
mendaki bukit berkaki dua, menuruninya berkaki seribu
Maksud: Hendak mencapai kejayaan mengambil masa yang panjang, tetapi hendak
memusnahkan sangat mudah.
 
mendapat badar bertimbakan
Maksud: Mendapat untung dengan tidak sengaja.
 
mendapat cabai rawit
Maksud: Mendapat celaan yang keras.
 
mendapat durian runtuh
Maksud: Mendapat keuntungan yang banyak dengan mudah dan tidak disangka-sangka.
 
mendapat panjang hidung
Maksud: Mendapat malu.
 
mendapat pisang terkobak (terkubak)
Maksud: Mendapat faedah atau keuntungan dengan tidak perlu bersusah payah.
 
mendapat sama berlaba, kehilangan sama merugi
Maksud: Hidup seia dan sekata, sama-sama senang dan sama-sama susah.
 
mendapat surat mentega
Maksud: Menerima surat ancaman atau peringatan.
 
mendapat tanah tersirah
Maksud: Mendapat mayat yang sudah dikuburkan.
 
mendebik mata parang
Maksud: Mendapat kesusahan apabila melawan orang yang berkuasa.
 
mendengar cerita burung, anak dipangku dilepaskan
Maksud: Asyik mendengar tutur kata orang sehingga pekerjaan sendiri diabaikan.
 
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Maksud: Kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan.
 
mendukung biawak hidup
Maksud: Melakukan sesuatu yang akan menyusahkan diri sendiri.
 
menegakkan benang basah
Maksud: Cuba perbetulkan pendapat atau kelakuan yang tidak betul
 
menegak sumpit tak berisi
Maksud: Orang miskin yang berlagak kaya.
 
menempuh baik, ditempuh istimewa lagi; durian tidak apa-apa mentimun juga yang binasa
Maksud: Perlawanan yang tidak setanding.
 
menengadah matahari
Maksud: Melawan orang yang mempunyai kuasa besar.
 
menengadah tulang punggung
Maksud: Mahal tidak, murah pun tidak; seimbang.
 
menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri
Maksud: Menceritakan keaiban keluarga hanya akan memalukan diri sendiri.
 
menepung tiada berberas
Maksud: Banyak bercakap tiada buktinya; berbuat sesuatu tanpa cukup syaratnya.
 
menerima panjang tangan, menghulur sekali belum
Maksud: Perangai orang yang tamak hanya mahu menerima pemberian orang tetapi tidak
pernah memberi.
 
mengail berumpan, mengata bertipuan
Maksud: Untuk mendapat sesuatu daripada orang, hendaklah pandai mengambil hatinya.
 
mengairi sawah orang
Maksud: Melakukan pekerjaan yang boleh menguntungkan orang lain.
 
mengais dulu maka mencocok
Maksud: Bekerja dulu barn mendapat rezeki.
 
mengais hendaklah berkuku
Maksud: Mencari penghidupan hendaklah berpengetahuan.
 
mengajar anak harimau
Maksud: Mengajar orang yang Lekas pandai.
 
mengajar itik berenang
Maksud: Memberi tunjuk ajar kepada orang yang sudah ada kepakaran.
 
mengadu air dengan garam
Maksud: Suami yang mengasihi isteri muda lebih daripada isteri tua.
 
mengalang batang leher
Maksud: Menyabung nyawa untuk menolong seseorang.
 
mengalih kain ke balik rumah, mengalih kata berhadapan
Maksud: Memutar kata atau memungkiri janji mudah sahaja dilakukan.
 
mengambil bungkal kurang
Maksud: Berasa tersinggung oleh perbuatan orang.
 
mengambil contoh kepada yang sudah, mengambil tuah pada yang menang
Maksud: Melakukan pekerjaan hendaklah mencontohi yang terbaik.
 
mengambil puntung pemukul kepala
Maksud: Kebaikan yang dibalas dengan kejahatan.
 
menganga baru meludah
Maksud: Fikir masak-masak sebelum mengeluarkan kata-kata yang pedas.
 
menganjung diri bagai sepasin
Maksud: Orang yang hina dan lemah tetapi meninggi diri.
 
mengasah belakang kapak, bilakah tajamnya
Maksud: Mengajar orang bodoh yang malas, sampai bila-bila tidak akan pandai.
 
mengasah parang timah
Maksud: Pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah.
 
mengebat erat-erat, membuhul mati-mati
Maksud: Membuat perjanjian hendaklah sempurna.
 
mengebat sekebat erat, melangkah selangkah sampai, berkata sepatah sedang
Maksud: Pendirian yang tetap.
 
mengejar tuah, najis keluar
Maksud: Terlampau mengharapkan kemuliaan, sebaliknya mendapat kehinaan.
 
mengekor mencit
Maksud: Modal yang semakin susut.
 
mengeluarkan kunci hati
Maksud: Mengucapkan kata atau pendirian yang muktamad.
 
mengembalikan manikam ke dalam cembulnya
Maksud: Memikirkan kembali apa-apa yang telah diucapkan.
 
mengembangkan ketiak hamis
Maksud: Memberitahu keburukan diri atau keluarga sendiri.
 
mengena-ngenakan baju di badan maka sesuai
Maksud: Menimbang-nimbangkan baik atau buruk perbuatan orang lain berasaskan perasaan
atau sifat diri sendiri.
 
mengenal diri bagai pisang lebat
Maksud: Beroleh bencana kerana keangkuhan diri.
 
mengendap di balik lalang sehelai
Maksud: Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang.
 
mengepit daun kunyit
Maksud: Memuji diri sendiri.
 
mengepit kepala harimau
Maksud: Menakut-nakutkan orang dengan menggunakan nama orang berkuasa.
 
mengerami telur orang
Maksud: Mengahwini perempuan yang telah mengandung.
 
menggadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga
Maksud: Sesuatu perbuatan yang terlanjur walaupun kecil, akibatnya sama seperti yang besar
juga.
 
menggalang leher minta disembelih
Maksud: Sengaja mencari bahaya.
 
menggali paya menambak bukit
Maksud: Membantu orang kaya dengan menindas orang miskin.
 
menggali tanah yang lekuk
Maksud: Membuat kerja bukan di tempat yang sepatutnya dilakukan.
 
menggantang anak ayam
Maksud: Membuat pekerjaan yang susah.
 
menggantang asap, mengukur langit
Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia.
 
menggantikan lapik
Maksud: Mengahwini janda saudaranya.
 
menggantung kain kotor di muka pintu
Maksud: Perbuatan yang memalukan diri sendiri.
 
menggaru luka lama
Maksud: Perselisihan yang telah lama kalau diungkit akan terjadi semula.
 
menggedang anak harimau
Maksud: Memelihara musuh yang akan menyusahkan kita.
 
menggeletek-geletek bagai bara bilah
Maksud: Orang yang mengada-ngada.
 
menggeletik-geletik bagai ulat cempedak (nangka)
Maksud: Kanak-kanak atau gadis lincah yang tidak tahu duduk diam.
 
menggeli induk ayam
Maksud: Memberanikan orang yang penakut.
 
menggelinjang bagai kambing berulat
Maksud: Tidak senonoh perangainya atau keanak-anakan.
 
menggenggam erat membuhul mati
Maksud: Memegang sesuatu keputusan dengan tidak berubah lagi.
 
menggerek tutur kata ke telinga
Maksud: Selalu memberi nasihat.
 
menggetil puncak kedal orang
Maksud: Menyakiti orang dengan sindiran atau perbuatan.
 
menggigit telunjuk
Maksud: Tidak tercapai maksud.
 
menggolek batang berguling
Maksud: Mengerjakan pekerjaan yang mudah.
 
menggongkan gong pesuk
Maksud: Memegahkan kemuliaan dan kekayaan yang telah tiada.
 
menggunting di dalam lipatan
Maksud: Mencelakakan kawan atau saudara sendiri.
 
menghadapi jambar seorang-seorang
Maksud: Tidak menghiraukan hal-ehwal orang lain.
 
menghambat kerbau melabuh
Maksud: Mengganggu perbuatan orang yang mendatangkan kesenangan kepadanya.
 
menghadapkan bedil pulang
Maksud: Merugikan kaum keluarga sendiri.
 
menghalau ayam di lesung
Maksud: Menyuruh orang pergi dari tempat kegemarannya.
 
menghapuskan arang di muka
Maksud: Menghilangkan perasaan malu atau membalas dendam.
 
menghela lembu dengan talinya, menghela manusia dengan akalnya
Maksud: Manusia hendaklah diperlakukan dengan lemah lembut.
 
menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya
Maksud: Ingin akan barang atau keadaan yang tidak mungkin diperoleh.
 
menghendaki urat lesung
Maksud: Mahukan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh.
 
menghenggung bagai itik pulang petang
Maksud: Berjalan sangat lambat.
 
menghilangkan jejak bagai harimau
Maksud: Pandai berbuat sesuatu untuk menutup perbuatan yang kurang baik.
 
menghubung hendak panjang, menyebar hendak lebar
Maksud: Perkahwinan akan membanyakkan keluarga pada kedua-dua belah pihak.
 
mengikat tidak bertali
Maksud: Meninggalkan isteri tetapi menceraikannya.
 
mengisi gantang pesuk
Maksud: Membuat pekerjaan yang tidak menguntungkan.
 
mengorek dompet kawan
Maksud: Menipu supaya kawan berbelanja.
 
mengorek lubang ulat
Maksud: Sengaja mencari sebab untuk bertengkar.
 
menguak-nguak bagai hidung gajah
Maksud: Bernafas termengah-mengah.
 
menguap-nguap bagai ikan kekeringan
Maksud: Sangat ketagih.
 
mengubik kepala kudis orang
Maksud: Membuka rahsia orang.
 
mengukur baju di badan sendiri
Maksud: Menentukan baik buruk sesuatu itu berdasarkan keadaan sendiri.
 
mengunggis tebu tak bergigi, jahanam gusi
Maksud: Melawan musuh tanpa kekuatan atau senjata akan membinasakan diri.
 
mengungkit batu di bencah
Maksud: Melakukan pekerjaan yang berat dan sukar.
 
menguningkan kunyit sendiri
Maksud: Suka memuji-muji diri sendiri.
 
mengunyah orang bergigi
Maksud: Orang yang lebih tahu tidak perlu diajari lagi.
 
mengusir asap meninggalkan api
Maksud: Mencari sesuatu yang kurang penting dengan meninggalkan sesuatu yang penting.
 
menimbang sama berat
Maksud: Menghukum dengan adil
 
meniup suli berbunyi bangsi, maka bangsi itu patah-patah
Maksud: Lain yang dikerjakan, lain yang diperoleh.
 
menjadi apit lempang cencang galang
Maksud: Mengambil. tempat sebagai pengganti dalam sesuatu usaha yang besar.
 
menjadi kambing hitam
Maksud: Orang yang dipersalahkan.
 
menjadi landasan pagi dan petang
Maksud: Orang yang hidup sebagai buruh.
 
menjadi mulut melalui orang
Maksud: Seseorang yang sedang dipercakapkan oleh umum.
 
menjalar melata pohon tembikai, sayang buah dimakan tikus
Maksud: Indah dan gagah pada lahirnya, tetapi batinnya tidak baik.
 
menjangkau sehabis tangan
Maksud: Berusaha sehabis daya.
 
menjemur bangkai di atas bukit
Maksud: Mengaibkan diri sendiri.
 
menjemur sementara hari panas
Maksud: Kesempatan yang baik itu janganlah dilepaskan.
 
menjerat leher sendiri
Maksud: Membuat pekerjaan yang menyusahkan dan merugikan diri sendiri.
 
menjilat keluan bagai kerbau
Maksud: Sangat kecewa kerana tidak mendapat apa-apa yang diharapkan.
 
menjolok sarang tebuan
Maksud: Melakukan sesuatu yang mendatangkan bahaya.
 
menjual bedil kepada lawan
Maksud: Perbuatan mencelakakan diri sendiri.
 
menjungkit-jungkit bagai bilah lantai
Maksud: Hal kelakuan yang mengada-ada setelah mendapat sesuatu yang baru seperti
kekayaan atau kebesaran.
 
menjunjung sangkak ayam
Maksud: Mendapat malu besar.
 
menohokkan lembing ke semak
Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia malah merugikan.
 
menohok kawan seiring
Maksud: Mencelakakan kawan sendiri.
 
menolong kerbau ditangkap harimau
Maksud: Menolong orang bersalah tetapi akhirnya diri sendiri yang mendapat kesusahan.
 
menompang pisang yang tidak berbuah.
Maksud: Memberi pertolongan yang tidak mendatangkan hasil.
 
mensiang yang baru dicari, kampil telah dahulu
Maksud: Musyawarah baru hendak dibuat tetapi keputusan telah pun diambil.
 
menugal rajin, menuai segan
Maksud: Peniaga yang rajin menjual tetapi malas mengutip piutangnya.
 
menunduk kepala menghadap raja, bertentang muka menghadap kawan, bercekak pinggang
menghadap musuh
Maksud: Melakukan sesuatu, haruslah mengikut tempat dan keadaan.
 
menyandang lemang hangat orang
Maksud: Menanggung akibat hasil perbuatan jahat orang lain.
 
menyauk kering-kering, membeli habis-habis
Maksud: Menuntut ilmu hendaklah sampai habis.
 
menyeberang jambatan emas
Maksud: Berjuang untuk mencapai kebahagiaan sesudah kemerdekaan diperoleh.
 
menyeladang bagai panas di padang
Maksud: Sesuatu hal yang mengenai semuanya.
 
menyelami air sedalam tonggak
Maksud: Amat sukar menyelami hati manusia.
 
menyelodok sama bongkok, melompat sama patah
Maksud: Orang yang seia sekata.
 
menyembelih ayam dengan pisau, menyembelih orang dengan kapas
Maksud: Manusia dapat ditipu dengan lemah-lembut.
 
menyepit lidah ke lantai
Maksud: Menahan nafsu atau kehendak.
 
menyerodok galas lalu
Maksud: Menyesuaikan diri dengan pekerjaan.
 
menyinggung mata bisul orang
Maksud: Menyakiti hati orang lain dengan sindiran dan sebagainya.
 
menyisip keris tak bersarung ke pinggang
Maksud: Memelihara anak tanpa memberi ilmu dan bimbingan akhirnya akan menyusahkan ibu
bapa juga.
 
menyisip padi dengan lalang
Maksud: Mencampurkan yang baik dengan yang jahat akhirnya musnahlah yang baik itu.
 
menyokong padi yang hendak rebah
Maksud: Menolong orang lemah akan mendapat balasan yang baik.
 
menyorok di balik lumbung
Maksud: Menyembunyikan sesuatu hal yang mudah diketahui orang.
 
menyorok hilang-hilang, memakan habis-habis
Maksud: Melakukan pekerjaan yang rahsia mestilah menyimpannya betul-betul
 
menyukat penuh sudah
Maksud: Sudah habis kesabarannya.
 
meraih pangkur ke dada
Maksud: Berasa insaf akan diri sendiri.
 
meraih pekung ke dada
Maksud: Sengaja mencari keaiban untuk diri.
 
merajukkan air di ruang, hendak karam ditimba jua
Maksud: Marah atau merajuk kepada seseorang tetapi apabila perlu orang itu akan ditolong
juga.
 
merajuk kepada yang sayang
Maksud: Apa-apa yang dikehendaki hendaklah kena pada tempatnya.
 
meramas santan di kuku
Maksud: Meminta daripada orang yang tidak mempunyai sesuatu atau tiada upaya.
 
merantau di hujung bendul
Maksud: Pergi berdagang he negeri yang dekat.
 
merantau di sudut dapur
Maksud: Pergi mencari kehidupan di tempat yang tidak jauh.
 
merapat sambil berlayar
Maksud: Melakukan dua pekerjaan serentak yang menguntungkan.
 
merasai masin garam
Maksud: Banyak pengalaman dalam kesusahan dan kesukaran.
 
mercun buluh senapang bambu, kepada saya jangan dituju
Maksud: Menggertak dengan sesuatu yang kosong.
 
merebut temiang pecah
Maksud: Bergaduh sehingga cedera kerana merebutkan sesuatu.
 
merekah diri bak buah delima
Maksud: Membuka rahsia diri sendiri.
 
merenangi laut lepas
Maksud: Pergi merantau tanpa tujuan.
 
meriba puan kosong
Maksud: Berkahwin dengan gadis yang telah rosak maruahnya.
 
meruncing tanduk kerbau
Maksud: Memberi perangsang kepada orang yang memang jahat.
 
meski ke langit akan menjemur, kalau hari tidak panas tidak juga kering
Maksud: jika nasib tidak baik, walau bagaimana sekalipun usaha yang dilakukan tidak untung
juga.
 
meskipun tertimbun di dalam tanah, namun teras timbul juga
Maksud: Orang yang berbudi baik itu sekalipun dalam keadaan melarat akan tetap berbudi dan
berhati mulia.
 
mimpi permainan tidur
Maksud: jangan percaya kepada mimpi.
 
minta darah pada daing
Maksud: Meminta pertolongan daripada orang yang tidak berupaya untuk menolong.
 
minta dedak pada orang menggobek
Maksud: Meminta bantuan daripada orang yang tidak mampu untuk menolong.
 
minum air terasa duri, santap nasi terasa lilin
Maksud: Sangat susah hati.
 
minum cuka pagi hari
Maksud: Bermuka masam kerana benci atau marah akan sesuatu.
 
minyak dan air adakah bercampur?
Maksud: Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.
 
minyak habis sambal tak enak
Maksud: Kekecewaan dalam perjodohan anak dengan menantu.
 
misai bertaring bagai panglima, sebulan sekali tak bunuh orang
Maksud: Rupa sahaja yang hebat dan garang tetapi pengecut.
 
moncong seperti ekor ayam
Maksud: Tidak henti-henti bercakap atau tidak tahu diam.
 
muafakat lalu di dalam gelap, adat lalu di tengah terang
Maksud: Sepakat melakukan pekerjaan berat dan patuh kepada segala peraturannya.
 
muat tebu di haluan, muat halia di buritan
Maksud: Waktu berdepan berkasih-kasihan, apabila di belakang berdengki-dengkian.
 
mudah bengkok bagai parang timah
Maksud: Mudah tersinggung dan berkecil hati.
 
mudah jua pad a yang ada, sukar jua pada yang tidak
Maksud: Orang kaya dapat memenuhi apa-apa jua keperluan, sedangkan orang miskin
segalanya sukar diperoleh.
 
mudah luka payah sembuhnya
Ayat contoh: Perbalahan antara Noriah dengan Rozana hanya disebabkan oleh salah faham,
tetapi mereka sukar untuk didamaikan semula ibarat mudah luka payah sembuhnya hingga hari
ini.
 
mujur Pak Belalang
Maksud: Beruntung secara kebetulan.
 
mujur sepanjang hari, malang sekejap mata
Maksud: Malang yang tidak dapat dielakkan.
 
muka berconteng arang
Maksud: Mendapat malu.
 
muka licin ekor berkedal
Maksud: Baik pada lahirnya sahaja tetapi hatinya tidak.
 
muka yang berminyak
Maksud: Muka yang tidak pucat dan ceria.
 
mulut bawa madu, pantat bawa sengat
Maksud: Orang yang manis kata-katanya, tetapi hatinya jahat.
 
mulut hang lebih daripada gedembai
Maksud: Mulut yang celopar itu akan membinasakan diri sendiri.
 
mulut kamu harimau, kamu mengerkah kepala kamu
Maksud: Kata-kata sendiri yang membinasakan diri.
 
mulut manis jangan dipercayai, barang yang lepas dari tangan jangan diharap
Maksud: Jangan percaya kepada orang yang manis mulutnya dan barang yang dipinjamnya
jangan diharap dapat kembali.
 
mulut manis kecindan murah
Maksud: Pandai mengambil hati orang.
 
mulut manis mematahkan tulang
Maksud: Kata-kata yang lemah lembut dapat melembutkan hati yang keras.
 
mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya?
Maksud: Jika sesuatu rahsia diketahui orang nescaya tersiarlah khabarnya.
 
mulut satu, lidah bertopang
Maksud: Orang yang jahat itu perbuatannya lain daripada hasrat hatinya.
 
mulut tempayan bagaimana menjahitnya?
Maksud: Tidak dapat melarang seseorang itu daripada berkata-kata.
 
mulut terlanjur emas padahannya
Maksud: Kalau terlanjur cakap terpaksa berhabisan harta untuk membayarnya:
 
mulut terlanjur emas tentangannya
Maksud: Perkataan yang telah diucapkan hendaklah ditunaikan.
 
mumbang jatuh, kelapa jatuh
Maksud: Setiap yang bernyawa akan mati tidak kira tua atau muda.
 
muncung penuh air, perut berisi batu
Maksud: Tidak dapat berkata sesuatu tentang kesalahan orang .
 
murah di mulut, mahal di timbangan
Maksud: Banyak membuat janji tetapi tidak menepatinya.
 
murai biasa berkicau
Maksud: Ahli dalam lapangannya sendiri.
 
musang jebat lari, tinggal baunya
Maksud: Orang yang baik atau jahat itu apabila pindah dari tempatnya, namanya akan disebut-
sebut orang juga.
 
musang terjun, lantai terjungkit
Maksud: Tempat yang dimasuki pencuri akan ada alamat atau tanda sebagai buktinya.
 
musim beralih, zaman bertukar
Maksud: Sesuatu itu berubah mengikut peredaran masa.
 
musim beremas kemas, ada padi menjadi
Maksud: Orang berharta dapat mencapai apa-apa yang   dikehendakinya.
 
musim kemarau menghilirkan balok
Maksud: Melakukan sesuatu pekerjaan bukan pada waktunya.
 
mustahil tak berluluk mengambil cekarau
Maksud: Mustahil mendapat kesenangan tanpa berusaha.
 
musuh di dalam selimut
Maksud: Musuh yang sangat dekat atau dalam lingkungan sendiri.
 
musuh jangan diadang, selisih jangan dicari
Maksud: jangan mencari permusuhan.
 
musuh jangan dicari-cari, bersua jangan dielakkan
Maksud: Musuh jangan dicari-cari, tetapi kalau bersua jangan takut untuk menghadapinya.

N
 
nafsu beraja di mata, bersultan di hati
Maksud: Nafsu yang bermaharajalela; berbuat sekehendak hati.
 
nafsu pantang kerendahan
Maksud: Orang yang tidak mahu rendah daripada orang lain atau orang yang bercita-cita
tinggi.
 
nafsu tidak bertepi
Maksud: Keinginan hati manusia tiada batasnya.
 
naga ditelan ular lidi                               .
Maksud: Anak orang bangsawan berkahwin dengan orang kebanyakan.
 
naik basuh kaki sahaja
Maksud: Mendapat sesuatu kesenangan dengan mudah sahaja.
 
naik kuda hijau
Maksud: Sedang mabuk.
 
nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar
Maksud: Dalam keadaan yang serba salah.
 
nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai
Maksud: Pandai berjimat akan kaya, bermurah hati akan membawa tuah.
 
nak tahu jahat orang tanyakan seterunya, nak tahu baik orang tanyakan sahabatnya.
Maksud: Kejahatan dapat diketahui daripada musuh, manakala kebaikan dapat diketahui
melalui sahabat.
 
nampak kulitnya tahulah isinya
Maksud: Daripada rupa atau gerak-gerinya tahulah kita akan sifatnya.
 
nan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing
Maksud: Seseorang yang sangat tua dan lemah.
 
nan berseluk urat, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk
Maksud: Orang yang berhaum menurut adat.
 
nan dekat panggilan tiba, nan jauh kelangsingan lepas
Maksud: Adat menjemput yang dekat dipanggil dengan mulut, yang jauh dikirimkan surat.
 
nan digali dalam, nan digantung tinggi
Maksud: Perkara yang sudah dirundingkan sematang-matangnya dan sudah mendapat
persetujuan semua.
 
nan jauh telah berjemput, nan hampir telah tiba
Maksud: jemputan yang telah sempurna.
 
nan lurah juga diturut air
Maksud: Orang yang kaya juga akan bertambah-tambah kekayaannya.
 
nan pekak pelepas bedil, nan buta penghembus lesung, nan bisu penggera ayam, nan
lumpuh penghuni rumah
Maksud: Tiap-tiap orang itu ada keistimewaannya sebagai simbol penyatupaduan yang kukuh.
 
nasi basi penolak nafsu
Maksud: Putus kasih disebabkan perselisihan atau orang tua yang melarat hidupnya dan tidak
menarik perhatian untuk didekati.
 
nasi disaji pula yang digaduhkan, padi di ladang dilanyak gajah tidak diusahakan
Maksud: Perbelanjaan yang sedikit yang dibimbangkan, sedangkan perbelanjaan yang besar
tidak dihiraukan.
 
nasi di sebalik kerak
Maksud: Belum selesai sesuatu perkara itu kerana masih ada perkara tertinggal atau tercicir.
 
nasi habis budi bersama
Maksud: Sahabat yang ketahuan buruknya setelah sekian lama.
 
nasi masak periuk pecah
Maksud: Hukuman yang telah muktamad.
 
nasi sama ditanak, kerak makan seorang
Maksud: Perihal orang yang bersekutu, tetapi keuntungan diambil seorang diri
 
nasi sudah menjadi bubur
Maksud: Sesuatu perbuatan yang sudah terlanjur tidak dapat dibaiki lagi.
 
nasi tak dingin, pinggan tak retak
Maksud: Perihal cermat melakukan sesuatu.
 
nasi tak dingin pinggan tak retak, engkau tak ingin aku tak hendak
Maksud: Jika orang tidak hendak akan kita, kita pun tidak memerlukan orang itu.
 
nasi tersaji di lutut
Maksud: Keuntungan yang diperoleh dengan mudah
 
nasi tersaji di mulut
Maksud: Rezeki atau keuntungan yang mudah didapati.
 
nasi tersenduk tak termakan
Maksud: Tidak dapat merasai sesuatu perkara, walaupun sudah diperoleh.
 
nasib penyapu, banyak jasa turun darjat
Maksud: Terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri.
 
nasib sabut terapung, nasib batu tenggelam
Maksud: Perumpamaan ten tang nasib, terutama dalam bertanding atau ujian.
 
negeri besar, rumah besar, berapa pun panjang perian takkan terantuk
Maksud: Orang yang murah hati, biar pun banyak orang meminta pertolongan, tidaklah ia
menjadi miskin.
 
negeri yang dialah geruda
Maksud: Negeri yang sunyi sepi.
 
neraca berbatu intan
Maksud: Hukuman yang seadil-adilnya dan tidak boleh dibantah lagi.
 
neraca palingan Allah, mata palingan syaitan
Maksud: Pendirian hati yang baik berubah atas kehendak Tuhan, pendirian yang buruk yang
berubah-ubah kerana kehendak syaitan.
 
neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan
Maksud: Fikiran atau pendirian seseorang itu boleh berubah-ubah.
 
niat di hati nak memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai
Maksud: Tidak berdaya mencapai cita-cita yang dihajati.
 
niat di hati nak pancing temenung, sudah terpancing ikan seloka
Maksud: Kemuliaan yang dihajati, kehinaan yang diperoleh.
 
nibung bangsai bertaruk muda
Maksud: Orang tua yang berlagak muda.
 
nikah Maharaja Boma
Maksud: Nikah tanpa belanja.
 
nyamuk lepas, pijat-pijat kena pirik
Maksud: Mendapat celaka kerana kesalahan orang lain.
 
nyamuk mati, gatal tak lepas
Maksud: Menaruh dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepada kita walaupun dia sudah
dihukum.
 
nyawa bergantung di hujung kuku
Maksud: Dalam keadaan yang sakit dan berbahaya.
 
nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya
Maksud: Walaupun anak-anak itu seibu sebapa, namun berbeza tabiatnya.

 
olok-olok jadi tingkarah
Maksud: Mulanya hanya main-main akhirnya menjadi pertengkaran.
 
ombak membanting dirinya
Maksud: Marah yang sia-sia.
 
ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan
Maksud: Terdengar akan berita kekayaan seseorang, tetapi belum ada buktinya lagi.
 
ombak yang kecil jangan diabaikan
Maksud: Jangan menganggap mudah akan perkara kecil yang boleh mendatangkan bahaya.
 
orang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi
Maksud: Permintaan yang tidak akan dihiraukan orang.
 
orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
Maksud: Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan penghargaan; kita harus tahu
berterima kasih.
 
orang berdendang di pentasnya
Maksud: Orang berkuasa di kawasan sendiri.
 
orang berdendang di pentas, orang beraja di hatinya
Maksud: Tiap-tiap orang yang berkuasa mempunyai kawasan masing-masing.
 
orang bergayung sama pandai, sama bak kundi di atas dulang
Maksud: Sama ari! dan bijaksana atau sama-sama handal.
 
orang buta diberikan bersuluh
Maksud: Perbuatan yang sia-sia.
 
orang buta mendapat tongkat, dipukul buta tuli
Maksud: Sombong kerana baru mendapat kekayaan atau kemuliaan.
 
orang haus diberikan air, orang lapar diberikan nasi
Maksud: Mendapat apa-apa yang diingini atau dihajati.
 
orang karam di laut, aku karam di darat
Maksud: Mendapat kecelakaan di tempat yang tidak sepatutnya.
 
orang kaya maksud tercapai, orang miskin patah di tengah
Maksud: Maksud orang kaya mudah dicapai kerana ada kemudahannya, tetapi maksud orang
miskin sukar dicapai kerana kurang alat dan syaratnya.
 
orang kaya tempat meminta, orang pandai tempat bertanya
Maksud: Orang kaya menjadi tempat untuk meminta pertolongan oleh orang miskin dan orang
pandai pula menjadi tempat meminta buah fikiran yang baik.
 
orang lain makan nangka, orang lain kena getahnya
Maksud: Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menerima hukuman.
 
orang maling berteriak maling
Maksud: Mendahului orang menyorakkan sesuatu kejahatan supaya kejahatannya tidak
ketahuan.
 
orang mandi berselam, awak mandi bertimba
Maksud: Orang mendapat keuntungan yang besar, tetapi kita mendapat keuntungan yang
sedikit.
 
orang mencubit kita menampar
Maksud: Berlainan perbuatan tetapi akibatnya sama merasa.
 
orang mendorong lekas kena
Maksud: Orang yang terlalu mudah marah cepat ditimpa bencana.
 
orang menebas berpadang senang, orang diberi beroleh sahaja
Maksud: Harta yang telah menjadi hak milik kita boleh dibahagikan sesuka hati.
 
orang mengantuk disorongkan bantal
Maksud: Mendapat sesuatu yang dihajati atau yang dinanti-nantikan.
 
orang muda menanggung rindu, orang tua menanggung ragam
Maksud: Sudah lazimnya orang muda bercinta, orang tua pula banyak bersabar.
 
orang penggamang mati jatuh, orang pendingin mati hanyut
Maksud: Orang yang takut-takut tidak akan tercapai maksudnya.
 
orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan
Maksud: Pekerjaan yang tidak tetap akan merugikan.
 
orang sukar baharu kaya
Maksud: Orang yang hina menjadi sombong kerana beroleh kejayaan.
 
orang tua diajar makan dadih
Maksud: Mengajar orang yang sudah tahu.
 
orang tempang jangan dicacat, ingat-ingat hari belakang
Maksud: Kecelakaan orang janganlah terlalu dikata. Barangkali suatu masa nanti kita akan
mengalami nasib yang serupa.
 
orang tua diajar makan pisang
Maksud: Sia-sia mengajar orang telah pandai.
 
orang tua tak akan kehilangan tongkat dua kali
Maksud: Orang cerdik tidak akan tertipu dua kali.
 
orang yang kenyang jika dijamu lauk yang sedap sekalipun dikatakan tawar juga
Maksud: Pemberian yang tidak dikehendaki tidak akan dihargai.
 
orang yang menunggu perigi itu bilakah ia mati dahaga?
Maksud: Orang yang hampir dengan orang yang berilmu atau kaya, tidak mungkin jadi bodoh
atau susah.
 
orang yang puru gatal tubuhnya nescaya menggaru juga kerjanya
Maksud: Sesuatu perbuatan jahat itu tidak dapat disorokkan.
 
orang yang selancaran alu, atap berjahit, bendul yang tertekan
Maksud: Perkauman yang dekat menurut adat.
 
otak telur bukan otak minyak
Maksud: Perihal seseorang yang amat bodoh dan beku otaknya.

P
 
pacak mencerca biduk orang, pacak sendiri tak terkayuh
Maksud: Kesalahan orang nampak, kesalahan sendiri tidak nampak.
 
pacat hendak menjadi sawa
Maksud: Orang miskin hendak menjadi orang kaya.
 
pada sangka pohon beringin, kiranya tersandar di punggur lapuk
Maksud: Pada sangkaannya beristerikan (bersuamikan) orang kaya, tetapi rupa-rupanya
beristerikan (bersuamikan) orang miskin.
 
padam menyala tarik puntung
Maksud: Di mana mati di situlah ditanamkan.
 
padang perahu di lautan, padang hati di fikiran
Maksud: Fikirkan bersungguh-sungguh sebelum melakukan sesuatu mengikut kehendak hati.
 
padi dikebat dengan daunnya
Maksud: Mengusahakan sesuatu dengan modal yang sama.
 
padi ditanam lalang yang tumbuh
. Maksud: Perihal nasib malang.
 
padi masak jagung mengupih
Maksud: Keuntungan yang diperoleh berganda-ganda.
 
padi rebah, paksa terkukurlah
Maksud: Mendapat untung tanpa bersusah payah seperti yang diharapkan.
 
padi sama tumbuh dengan siangan, adat sama tumbuh dengan sengketa
Maksud: Adat berdiri kerana ada sebabnya.
 
padi segenggam dengan senang hati, lebih baik daripada padi selumbung dengan
bersusah hati
Maksud: Kesenangan hati lebih baik daripada kekayaan.
 
padi sekepuk hampa, emas seperti loyang, kerbau sekandang jalang
Maksud: Seseorang yang nampaknya sahaja kaya tetapi sebenarnya miskin.
 
padi selumbung dimakan orang banyak
Maksud: Fikiran isteri kepada suami yang beristeri lebih daripada satu.
 
padi setangkai bernas semuanya
Maksud: Keluarga yang bahagia dan beruntung semuanya.
 
padi tidak dibuang, senja tidak dikejar
Maksud: Menggunakan waktu dengan sebaik-baiknya.
 
pagar diri bagai aur
Maksud: Hanya memikirkan diri sendiri.
 
pagar makan padi
Maksud: Orang yang dipercayai untuk menjaga sesuatu tetapi sebaliknya dia mengkhianati kita
pula.
 
pahit dahulu, manis kemudian
Maksud: Yang rumit hendaklah dijelaskan atau dibincangkan dahulu (dalam perjanjian) supaya
senang kemudiannya.
 
pahit di luar manis di dalam
Maksud: Perkataan kasar tetapi bermaksud baik.
 
pahit meninggal (peninggal)
Maksud: Nampak baik tetapi masih nampak kesan buruknya.
 
paksa terkukur padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka
Maksud: Sesuatu yang selalu dicita-citakan.
 
paku sebatang, kuat bunyi tukul bertalu-talu
Maksud: Bercakap besar tetapi bukti kerja tidak ada.
 
panas hari, kacang lupa akan kulitnya
Maksud: Melupakan orang yang menolongnya setelah hidupnya senang.
 
panas-panas tahi ayam
Maksud: Serius atau bersungguh-sungguh seketika sahaja.
 
panas selamanya tidak sampai petang
Maksud: Kesenangan itu tidak abadi.
 
panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari
Maksud: Kebaikan yang ban yak akan hilang oleh kesalahan yang sedikit.
 
panas setahun hujan sehari, liput tanjung dengan pulau
Maksud: Jasa atau kebaikan yang banyak, hilang oleh kesalahan yang sedikit.
 
panas tidak sampai ke petang
Maksud: Sesuatu yang baik tidak akan kekal selamanya.
 
pandai berminyak air
Maksud: Pandai berpura-pura kerana sesuatu maksud.
 
pandai makan pandai simpan
Maksud: Pandai buat jahat, pandailah menyimpan rahsia kejahatan itu.
 
pandai makan tak pandai simpan
Maksud: Tidak pandai menyimpan rahsia.
 
pandai mencuri terasa mendapat, dan pandai mendapat terasa mencuri
Maksud: Sesuatu yang diperoleh dengan kepintaran atau putar belit terasa seperti usaha yang
sebenar, manakala yang diperoleh dengan cara menipu terasa seperti dapat dengan mencuri.
 
pandai mengambil otak di dalam kepala, tidak ketahui oleh tuan tubuh
Maksud: Pandai berkata-kata, arif, dan bijaksana.
 
pandai menyelam di air dangkal
Maksud: Pandai membawa diri.
 
pandai menyelisip sedang berlaga
Maksud: Pandai mencari kesenangan walaupun dalam keadaan bahaya atau susah.
 
pandai menyipat tidak pandai menarah
Maksud: Tahu menyuruh sahaja tetapi tidak tahu membuat kerja.
 
pandai seperti pisau raut; bongkok orang dapat dibetulkan, bongkok sendiri tinggal kekal
Maksud: Hanya pandai membaiki kesalahan orang tetapi tidak dapat membaiki kesalahan
sendiri.
 
pandang anak pandang menantu
Maksud: Memilih menantu biar sepadan dengan anak.
 
pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan
Maksud: Memeriksa sesuatu dengan cermat atau teliti.
 
pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh; pertama tegak, kedua roboh
Maksud: Wakil dalam sesuatu perkara perlu dipilih dengan teliti kerana kalau baik dan setia
selamatlah, tetapi kalau jahat dan tidak jujur binasalah.
 
pangsa menunjukkan bangsa, umpama durian
Maksud: Kelakuan dan bicara seseorang itu menunjukkan perangainya.
 
panjang beri beruas, pendek beri berbuku
Maksud: Segala pekerjaan harus diberi aturannya.
 
panjang bibir orang memperkatakan
Maksud: Seseorang yang tidak henti-henti memperkatakan perihal orang lain.
 
panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun
Maksud: Melakukan sesuatu pekerjaan yang melebihi kesanggupan diri akhirnya
mendatangkan kebinasaan.
 
panjang mengambil, singkat mengulur
Maksud: Sangat suka meminta tetapi tidak suka memberi.
 
panjat bersengkelit
Maksud: Orang yang belum berpengalaman.
 
panjang langkah, singkat pinta (permintaan)
Maksud: Sudah sampai ajal; ,meninggal dunia.
 
pantang kelintasan
Maksud: Tidak mahu didahului orang dalam segala hat.
 
pantang kutu dicukur, pantang manusia dihinakan
Maksud: Tiada orang yang mahu dihina. Oleh itu, berhati-hati ketika bercakap jangan sampai
menghina orang.
 
pantang patah di tengah
Maksud: Tidak berundur sebelum maksud tercapai.
 
pantang si tegang dibawa mengetul
Maksud: Orang yang degil tidak mahu menurut nasihat orang.
 
pantangan penghulu menyingsingkan lengan
Maksud: Orang yang berakal harus ban yak berfikir dan tidak mudah terdorong oleh hawa
nafsu.
 
pantas seperti lipas
Maksud: Cepat bekerja.
 
pantas seperti tangan beruk
Maksud: Kepantasan seseorang ketika merampas atau mencuri harta orang.
 
parak awak sahajalah siangi
Maksud: jagalah diri (keluarga) sendiri dan jangan pedulikan hal orang lain.
 
parang gabus menjadi parang besi
Maksud: Tidak disangka bahawa orang yang lemah menjadi kuat dan berkuasa.
 
pasang masuk muara
Maksud: Terlalu mudah mencela dan mengeluarkan kata-kata tanpa pertimbangan.
 
pasang pelita dilanggar tikus
Maksud: Keadaan yang menyenangkan tiba-tiba hapus oleh sesuatu yang kecil.
 
pasangan jerat sembilan mata, pelanduk terjerat terkial-kial, mata satu penyudahnya
Maksud: Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat
faedahnya seorang sahaja.
 
pasangan tiba di kodok
Maksud: Perintah raja yang tidak dapat dielakkan lagi.
 
pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang
Maksud: Orang tentu menjadi mahir dalam sesuatu lapangan kalau selalu mengerjakannya.
 
patah batu hatinya
Maksud: Hilang sama sekali kemahuannya.
 
patah dahan tempat bernaung, patah lantai tempat berpijak
Maksud: Tiada lagi tempat untuk meminta pertolongan.
 
patah dihubung, hilang diganti
Maksud: Terus berusaha dengan tidak putus harapan.
 
patah kandar di tengah jalan
Maksud: Mendapat kemalangan dalam usaha atau pekerjaan kerana terhalang oleh kematian.
 
patah kemudi dengan bamnya
Maksud: Tiada harapan lagi.
 
patah kemudi perahu hanyut
Maksud: Rakyat yang kehilangan pemimpin akan kucar-kacir.
 
patah kepala bertongkatkan paruh, patah paruh bertelekan
Maksud: Tidak putus harapan dan terus berikhtiar.
 
patah lidah alamat kalah, patah keris alamat mati
Maksud: Jika tidak pandai berkata-kata tentu akan kalah dalam pertengkaran atau perbahasan.
 
patah satu tumbuh seribu
Maksud: Kalau hilang satu ban yak gantinya.
 
patah tongkat berjermang (berjeremang)
Maksud: Harus terus berusaha dalam apa-apa keadaan sekalipun.
 
patah tulang boleh disambung, patah arang susah sekali
Maksud: persahabatan atau persaudaraan yang putus sama sekali.
 
patah tumbuh hilang berganti
Maksud: Sesuatu yang mati atau hilang akan ada gantinya.
 
patah tumbuh hilang berganti, pusaka surut bagai yang lama
Maksud: Orang yang memegang pangkat adat boleh mati dan diganti, namun adat tersebut
harus tetap menurut kebiasaan lama.
 
payah-payah dilambung ombak, tercapai juga tanah tepi
Maksud: Setelah lama menanggung susah akhirnya terlepas daripada sengsara atau tercapai
juga cita-cita.
 
pecah bunyi, buruk berita
Maksud: &jadian yang kecil menjadi seolah-olah besar kerana diperbesar orang ke sana sini.
 
pecah buyung, tempayan ada
Maksud: Hilang satu masih ada gantinya.
 
pecah kapi, putus suai
Maksud: Sesuatu yang tidak dapat diperbaiki lagi.
 
pecah menanti sebab, retak menanti belah
Maksud: Hanya menanti masa untuk membalas dendam. Ayat contoh: Pengikut-pengikut setia
Tuk Mihat hanya menunggu pecah menanti sebab, retak menanti belah untuk membalas
dendam terhadap pengganas itu.
 
pecah periuk nasinya
Maksud: Hilang mata pencariannya.
 
pecah tempayan pekasam, muka terconteng arang
Maksud: Mendapat malu besar kerana kejahatan telah diketahui orang.
 
pedas-pedas sambal lada
Maksud: Di sebalik keperitan itu tersembunyi sesuatu yang menggembirakan.
 
pekak pembakar meriam
Maksud: Sesuatu yang mendapat tempat yang sesuai.
 
pelabur habis buruan tak jatuh
Maksud: Biaya banyak habis tetapi maksud tak tercapai.
 
pelanduk di cerang rimba
Maksud: Gelisah kerana ketakutan atau kesusahan.
 
pelanduk dua serupa
Maksud: Orang yang seakan-akan sama rupanya.
 
 pelanduklah yang melupakan jerat tetapi jerat tidak lupakan pelanduk
Maksud: Orang mudah lupa akan bahaya tetapi bahaya tetap mengancamnya.
 
pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak
Maksud: Mestilah ingat bahawa semua yang hidup, mati juga sudahnya.
 
pelita kehabisan minyak
Maksud: Berwajah muram kerana berdukacita.
 
peluru perak pemecah kubu yang kuat
Maksud: Wang ringgit dapat memecahkan rahsia yang sulit-sulit.
 
pemasangan tiba di kodok
Maksud: Perintah atau pekerjaan yang tidak dapat dielakkan lagi.
 
pembasuh tangan bidan
Maksud: Hadiah yang diberikan kepada seseorang yang menolong melepaskan pekerjaan
yang besar.
 
pembuluh rongkongan
Maksud: Orang yang mendatangkan untung atau mata pencarian.
 
pena yang tajam
Maksud: Tulisan atau karangan yang mengkritik dengan tajam.
 
penabur habis, Palembang tak alah
Maksud: Sesuatu pekerjaan yang tidak mendatangkan manfaat bahkan merugikan.
 
pencuri dalam selimut
Maksud: Musuh yang tidak disedari.
 
pendek dihubung, panjang dikerat
Maksud: Dapat menyesuaikan sesuatu perkara menurut kemahuan hati.
 
pendekar elak jauh
Maksud: Orang yang amat berhati-hati dan sentiasa bersedia untuk mengelakkan diri daripada
bahaya.
 
pendusta berdiri tiada berkaki
Maksud: Setiap yang dusta itu lambat laun akan terbuka rahsianya.
 
pengayuh sama di tangan, perahu sama di air
Maksud: Usah takut-takut kerana sama-sama memiliki kekuatan dan syaratnya.
 
penggabus menjadi parang besi
Maksud: Orang lemah menjadi penguasa yang kuat.
 
penjatian awak kepantangan orang
Maksud: Perihal orang yang mempunyai pendapat yang bertentangan dengan pendapat orang
ramai/kesukaan kita kebencian orang.
 
penuh sudah bagai menggantang
Maksud: Cukup atau benar-benar penuh.
 
penunggu perigi tidak akan mati dahaga
Maksud: Jika rapat dengan orang kaya tentu kita tidak akan kekurangan.
 
penyapu diikat sutera
Maksud: Sesuatu yang tidak sesuai pada tempatnya.
 
penyu bertelur beribu-ribu, seorang pun tiada tahu, ayam bertelur sebiji pecah khabar
seluruh negeri
Maksud: Keuntungan orang kaya walau amat banyak tidak menjadi sebutan orang tetapi
keuntungan orang miskin walaupun sedikit dipercakapkan orang.
 
pepat di luar, pencong di dalam
Maksud: Rupa sahaja baik tetapi hati jahat.
 
perahu bertambatan, dagang bertepatan
Maksud: Melakukan sesuatu sesuai dengan tempatnya.
 
perahu papan bermuat intan
Maksud: Sesuatu yang tidak layak diperjodohkan.
 
perahu tidak akan karam sebelah
Maksud: Seorang ahli keluarga mendapat kecelakaan, seluruh keluarga turut merasainya.
 
perang habis, pencak teringat
Maksud: Perkelahian selesai barulah teringat akan pencaknya.
 
percakapan sejengkal dibawa sehasta
Maksud: Perkhabaran yang sedikit ditambah-tambah.
 
percaya kepada anak, buta mata sebelah; percaya kepada orang lain, buta mata
keduanya
Maksud: Setiap pekerjaan itu jangan diharapkan sangat kepada orang lain untuk
mengerjakannya, kita juga mesti memerhatinya.
 
perempuan melangkahi ular tiada lepas
Maksud: Peri lemahnya perempuan menyebabkan dia selalu dalam bahaya.
 
pergi berkuda, pulang berlembu
Maksud: Orang yang pergi berniaga pulang dengan kerugian.
 
pergi ke pulau batu digalas
Maksud: Sengaja mencari kesusahan.
 
pergi ke telaga lupa membawa timba, timba dicari dapat tiada bertali
Maksud: Peluang mendapat untung tersedia tetapi kerana [alai untung itu hilang.
 
pergi lempeng, balik lepat
Maksud: Pergi dengan modal sedikit balik dengan keuntungan yang banyak.
 
perigi mencari timba
Maksud: Perempuan yang mencari lelaki.
 
periuk mengumpat belanga
Maksud: Mengatakan kekurangan orang padahal diri sendiri kurang juga.
 
perkataan mengekor itik jantan
Maksud: Perkataan yang menyindir (sombong diri).
 
perkuda tuma
Maksud: Sesuatu yang mustahil akan diperoleh.
 
permaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan
Maksud: Perihal orang miskin yang mahu menyamai orang kaya.
 
permata dibalas dengan senjata
Maksud: &baikan dibalas dengan kejahatan.
 
permata lekat di pangkur (pacul)
Maksud: Tidak kena pada tempatnya (orang, perbuatan, atau lain-lain).
 
pertama hilang, kedua terbilang
Maksud: Berani melakukan pekerjaan berbahaya untuk kepentingan umum, tidak serik apabila
sekali kecundang.
 
pertimbangannya berat sebelah
Maksud: Tidak adil.
 
perut buncit lama-lama jadi busung
Maksud: Sebelum berlaku sesuatu perkara akan ada tanda-tandanya.
 
perut kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas
Maksud: Padahal orang yang amat susah (tidak dapat dihiburkan).
 
perut kosong, dibuat gulai
Maksud: Keinginan timbul apabila dalam kekurangan.
 
perut panjang sejengkal
Maksud: Berasa kecewa (gelisah).
 
pesan dituruti, petaruh dimalami, berserah berkehendak hati
Maksud: Menyerah sesuatu kepada orang lain tetapi tidak mempercayainya bulat-bulat.
 
peti yang berisi emas perak itu tiada dilelehkan orang
Maksud: Ilmu pengetahuan yang baik tidak harus dicurahkan di mana-mana sahaja.
 
pijat-pijat hendak menjadi kura-kura
Maksud: Orang yang hina mahu menjadi orang yang mulia.
 
pijat-pijat telah menjadi kura-kura
Maksud: Orang bodoh dan hina menjadi cerdik dan mulia.
 
pilih-pilih rusa terpilih dilabu muda
Maksud: Kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang amat baik maka mendapat sesuatu yang
kurang baik.
 
pilin kacang hendak mengebat, pilin jering hendak berisi
Maksud: Sesuatu acara atau perbuatan itu mempunyai maksud dan tujuan.
 
pinang pulang ke tampuk
Maksud: Sudah cocok benar, sudah pada tempatnya.
 
pinang tua merah ekor
Maksud: Perempuan tua tetapi berkelakuan seperti perempuan muda.
 
pilin telinga saring-saring
Maksud: Hendaklah difikirkan halus-halus sebelum mengerjakan sesuatu.
 
pinggan dengan mangkuk salah sedikit hendak terantuk
Maksud: Suami isteri, keluarga, atau sahabat ada kalanya berselisih juga.
 
pinggang ramping bagai ketiding
Maksud: Ejekan kepada perempuan yang gemuk dan besar pinggangnya.
 
pinjam kayu ara
Maksud: Meminjam barang orang dan tidak memulangkannya semula.
 
pipi pauh dilayang
Maksud: Pipi yang licin dan bentuknya seperti pauh atau mempelam.
 
pipih boleh dilayangkan, bulat boleh digulungkan
Maksud: Sudah dapat kata sepakat.
 
pipit bukan seekor, jagung bukan sebatang
Maksud: jawapan untuk menolak sesuatu tuduhan tentang kejahatan.
 
pipit hendak menjadi enggang
Maksud: Ingin melakukan sesuatu yang melebihi kesanggupan.
 
pipit itu, pipit juga lawannya
Maksud: Tiap-tiap sesuatu itu menurut tara! masing-masing.
 
pipit meminang anak enggang
Maksud: Orang miskin meminang anak orang kaya atau berkuasa.
 
pipit menelan jagung
Maksud: Orang miskin berlagak kaya akhirnya mendapat kesusahan.
 
pipit sama pipit, enggang sama enggang
Maksud: Darjat yang berkelas-kelas, kedi sama kedi, besar sama besar.
 
pisang ditanam tak berjantung
Maksud: Usaha yang tidak memberikan hasil yang dimaksudkan.
 
pisang masak separak
Maksud: Suatu keluarga yang hidup bahagia.
 
pisang sesikat digulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama
Maksud: Sahabat atau keluarga yang setia atau sentiasa bertolong-tolongan.
 
pisang tak akan berbuah dua kali
Maksud: Sekali tertipu atau kerugian tentu akan berjaga-jaga pada masa akan datang.
 
pisau bongkok melukakan sarungnya
Maksud: Mengkhianati orang yang melindunginya.
 
pisau tidak berbaja makin dikikir bertambah tumpul
Maksud: Orang yang tidak berilmu makin kaya makin sombong.
 
pitis habis keinginan tiba
Maksud: Kemahuan datang setelah jatuh miskin.
 
pohon yang besar juga yang dinaiki sakat
Maksud: Orang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya.
 
potong hidung rosak muka
Maksud: Orang yang berlaku kurang baik terhadap keluarganya, diri sendiri
yang akan mendapat malu.
 
pucat lesi bagai ayam kena lengit
Maksud: Keadaan seseorang yang lemah dan pucat kerana berpenyakit. .
 
pucuk dicita ulam mendatang
Maksud: Memperoleh sesuatu lebih daripada yang diharapkan.
 
Pucuk layu disiram hujan
Maksud: Setelah menderita barulah mendapat kesenangan.
 
puji tidak mengenyangkan, kehinaan tidak membunuh
Maksud: Jangan berbesar hati jika dipuji dan jangan berkecil hati jika dihina.
 
pukat kulabuh ikan tak jadi
Maksud: Orang yang tidak mendapat keuntungan.
 
pukul anak sindir menantu
Maksud: Lain orang yang dimarahi, lain pula yang ditujukan kata-katanya.
 
pulai berpangkat naik, manusia berpangkat turun
Maksud: Manusia mati hendaklah meninggalkan nama dan perbuatan yang baik.
 
pulang ke kandang
Maksud: Pulang ke tempat asal.
 
pulau sudah lenyap, daratan telah tenggelam
Maksud: Gagal atau sesuatu yang tidak dapat diharapkan apa-apa lagi.
 
pungguk rindukan bulan
Maksud: Kerinduan yang mendalam tetapi tidak tercapai sampai bila-bila.
 
punggung dipukul, gigi habis tanggal
Maksud: Lain yang disindir, lain yang terasa.
 
punggur rebah belatuk menumpang mati
Maksud: Jika orang yang menjadi pelindung atau penaung jatuh, anak buahnya akan merasai
akibatnya.
 
puntung berasap
Maksud: Sesuatu yang mustahil.
 
pusat jala pumpunan ikan
Maksud: Tempat berkumpul atau menjadi pusat bagi pelbagai hal atau urusan seperti pusat
pentadbiran atau pemerintahannya.
 
putih apas dapat dilihat, putih hati berkeadaan
Maksud: Putih atau lurus hati seseorang itu dapat dilihat pada tingkah lakunya.
 
putih di luar, hitam di dalam
Maksud: Keadaan lahir baik tetapi hatinya jahat.
 
putih mata kerana memandang
Maksud: Menanggung rindu atau berasa hiba terhadap sesuatu.
 
putih seperti kapas dibusar
Maksud: Sangat putih atau amat bersih.
 
putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga
Maksud: Budi bahasa dan jasa yang baik itu tidak akan dilupakan orang.
 
putus gayung di belebas, putus kata di pangkalnya
Maksud: Keputusan berdasarkan pokok perbicaraan.
 
putus tali tinggal timba, putus timba tinggal tali
Maksud: Perihal seseorang yang kematian suaminya atau bercerai dengan taulan yang
diharapkan.

R
 
racun diminum menjadi penawar
Maksud: Segala kesukaran atau kesakitan hilang apabila mendapat apa-apa yang diidamkan.
 
raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah
Maksud: Raja yang adil disayangi dan raja yang zalim dibenci.
 
rajin bekerja mudah belanja
Maksud: Orang yang rajin bekerja tentulah senang hidupnya.
 
ramai beragam rimbun menyelara
Maksud: Setiap orang ada kemahuan sendiri.
 
rambut bapanya sudah pindah ke kepalanya
Maksud: Orang muda yang berfikiran seperti orang-orang tua atau orang muda yang tahu
menilai buruk dan baik akan sesuatu.
 
rambut sama hitam, hati masing-masing
Maksud: Setiap orang berlainan pendapatnya.
 
rantai besi dimakan bubuk
Maksud: Cerita yang tidak masuk akal.
 
rantau jauh diulangi, rantau dekat dikendanai
Maksud: Harta atau anak buah yang jauh atau dekat harus dijaga supaya selamat.
 
rasa pedih cuping telinga
Maksud: Marah apabila mendengar sesuatu perkataan yang tidak patut.
 
rasam minyak ke minyak
Maksud: Setiap orang akan pulang atau mencari golongan sendiri.
 
Rebung apabila sudah menjadi buluh payah hendak dilenturkan lagi
Maksud: Orang yang sudah berumur sukar untuk menerima didikan lagi.
 
rebung tak miang, bemban pula miang
Maksud: Orang yang berkaitan hanya berdiam diri; sebaliknya orang luar pula ikut campur:
 
rebung tidak jauh dari rumpun
Maksud: Perangai anak akan sama dengan perangai orang tuanya.
 
rebus tak empuk
Maksud: Pendirian yang tetap dan tidak berubah.
 
redup atau panas keras
Maksud: Hidup atau mati, untung atau rugi, beradu nasib sahaja.
 
rembes dipalit, titik ditampung
Maksud: Biar sedikit sekalipun tetap diterima juga.
 
rendah gunung, tinggi harapan
Maksud: Untuk menyatakan harapan yang sangat besar:
 
rentak sedegam, langkah sepijak
Maksud: Setuju; semuafakat.
 
retak kayu boleh disimpan, retak piring susah hilangnya
Maksud: Perselisihan kecil boleh didamaikan, perselisihan besar sukar hilangnya.
 
retak menanti belah
Maksud: Perselisihan yang kecil akan menjadi besar pada bila-bila masa sahaja.
 
rezeki helang tak akan dapat dimakan oleh musang
Maksud: Keuntungan seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain.
 
rezeki meninggi
Maksud: Pencarian yang sukar.
 
rezeki merendah
Maksud: Segala yang dikerjakan mendatangkan untung.
 
rimbun-rimbun ditutuh, semak-semak disiangi
Maksud: Sesuatu barang hendaklah dijaga baik-baik supaya selamat.
 
rindu ada batasnya, maka manis akan jadi cuka
Maksud: jangan terlalu mesra bergaul dengan orang kerana nanti akan menimbulkan dendam
kesumat.
 
ringan kaki, ringan tangan
Maksud: Cepat disuruh, cepat bekerja, dan suka menolong.
 
ringan mulut, berat punggung
Maksud: Banyak bercakap tetapi malas meninggalkan tempat duduk.
 
ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
Maksud: Saling menolong ketika senang atau susah.
 
ringan tangan, berat perut
Maksud: Rajin bekerja murah rezeki.
 
ringan tulang, berat perut
Maksud: Sesiapa yang rajin bekerja, dia akan beroleh rezeki yang banyak.
 
roda yang berpaling, kuda sudah digerindin
Maksud: &lihatan sahaja senang hidupnya, tetapi sebenarnya susah.
 
rosak tapai kerana ragi
Maksud: Pekerjaan yang dibuat dengan tidak hati-hati akan menyebabkan kerosakan atau
kegagalan.
 
rumah gadang perabung upih
Maksud: Orang berbangsa tetapi miskin.
 
rumah gedang bersendi perak
Maksud: Orang bangsawan dan kaya pula.
 
rumah mana yang tidak bersampah
Maksud: Tiada sesuatu yang tiada cacat celanya.
 
rumah sudah, pahat berbunyi
Maksud: Mengemukakan pendapat atau kritikan sesudah perkara diputuskan.
 
rumah sudah, tukul dibunuh (buang)
Maksud: Hukuman yang telah diputuskan tidak dapat diganggu lagi.
 
rumah terbakar tikus habis keluar
Maksud: Apabila negara ditimpa bencana, penduduk daripada negara asing pun keluar
meninggalkannya.
 
rumah tinggal sarang hantu, rumah bujang sarang fitnah
Maksud: Orang yang tinggal sendirian menjadi tumpuan percakapan.
 
rumpun bagai serai, seliang bagai tebu
Maksud: Selalu bersatu hati dalam segala hal.
 
runcing telunjuk memalit sambal lada
Maksud: Perihal hidup miskin dan melarat.
 
rupa harimau hati tikus
Maksud: Nampak gagah berani tetapi sebenarnya penakut.
 
rusa di hutan, kancah sudah terjerang
Maksud: Sesuatu yang belum pasti diperoleh tetapi sudah mereka-reka kegunaannya.
 
rusa ditembak, kijang yang kena
Maksud: Lain yang dituju, lain pula yang diperoleh.
 

S
 
sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat
Maksud: Orang yang sabar akan berhasil usahanya.
 
sabung selepas hari petang
Maksud: Pertarungan akhir atau usaha yang terakhir.
 
sahaja basahan
Maksud: Sudah menjadi kebiasaan membuat sesuatu misalnya kejahatan.
 
sahaja basahan, jadi air mandi
Maksud: Biasa membuat perkara tidak baik, jika diketahui suka bersumpah palsu.
 
sakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan
Maksud: Pada lahirnya tidak suka padahal sebenarnya suka sekali.
 
sakit menimpa, sesal terlambat
Maksud: Perbuatan terlanjur yang tidak dapat diubah lagi.
 
sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk
Maksud: Sama-sama bertanggungjawab.
 
salah makan memuntahkan, salah tarik mengembalikan, salah langkah surut kembali
Maksud: Kesilapan dalam sesuatu pekerjaan hendaklah dibaiki segera.
 
salai tak berapi
Maksud: Wanita hamil tanpa suami.
 
salangkan bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang
Maksud: Sedangkan waktu muda malas, inikan pula waktu tua.
 
salin tak tumpah
Maksud: Dua orang yang kelihatan serupa.
 
sama lebur sama binasa
Maksud: Orang yang seia dan sekata.
 
sama menjulur sama menjalar, lain belut lain ular
Maksud: Dua orang yang seiras tetapi budi pekerti yang berlainan.
 
sama panjang dengan urat perut
Maksud: Terlalu berbohong.
 
sama seperahu
Maksud: Orang yang terlibat dalam hal yang membimbangkan, jika berlaku sesuatu kesusahan
maka kesemuanya menanggung akibat.
 
sama turun dengan malim
Maksud: Dalam tempoh sebulan sahaja berkahwin, si isteri diceraikan oleh suaminya.
 
sambil menyelam minum air
Maksud: Sekali melakukan pekerjaan, beberapa maksud tercapai.
 
sampah itu di tepi juga
Maksud: Orang yang hina atau miskin itu selalunya tidak dipedulikan orang.
 
sampah jangan ditendang sepak
Maksud: Orang-orang yang miskin jangan dihina.
 
sampai bersalam, pulang berterajang
Maksud: Tiba di negeri orang dengan nama baik, balik dengan nama busuk.
 
sampan ada pengayuh tidak
Maksud: Kekurangan syarat untuk melakukan sesuatu.
 
samun sakal berdarah tangan
Maksud: Sesuatu yang diperiksa atau disiasat hendaklah ada bukti.
 
sangkar emas, tenggeran suasa
Maksud: Lelaki yang menunggu bakal isterinya dengan rumah yang cantik dan cukup
peralatannya.
 
santan dibalas dengan tuba
Maksud: Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
 
santan di pasu, hampas pun ke tanah
Maksud: Dibuang sesudah tidak berguna.
 
sapu baru menyapu bersih
Maksud: Aktiviti yang pantas atau cepat (rajin) pada permulaannya sahaja.
 
sarak itu adik mati
Maksud: Berasa mati kerana rindu akan seseorang.
 
sarang tebuan jangan dijolok
Maksud: Jangan sengaja mencari bahaya.
 
sarang unam dimasuki ketam menjadi umang
Maksud: Barang atau orang yang sama jika berlainan keadaan dan tempatnya akan berlainan
namanya.
 
satu detup, sepuluh rebah
Maksud: Seorang yang disindir semua yang hadir turut tersinggung.
 
satu hadap bagai kukuran
Maksud: Orang yang mahir dalam satu pekerjaan sahaja.
 
satu kata, satu perbuatan
Maksud: Kata yang sesuai dengan amalnya.
 
satu nyawa, dua badan
Maksud: Sehidup semati (sahabat atau suami isteri).
 
satu pintu kalau tertutup, sepuluh pintu lagi terbuka
Maksud: Orang yang mahir dalam pelbagai pekerjaan, kalau dibuang kerja masih ada peluang
untuk membuat kerja lain.
 
satu sangkar dua burung
Maksud: Dua orang perempuan berebutkan seorang lelaki.
 
sauk air mandikan diri
Maksud: Hidup dengan usaha sendiri atau berdikari.
 
sawah berpermatang, ladang berbintalak
Maksud: Sesuatu perkara itu ada batas atau hadnya.
 
sawah luas tahan tua, rumah gedang tahan tonggak
Maksud: Jika meminjam wang, wajib ada orang yang menjaminnya.
 
saya getah daun, dia getah batang
Maksud: Saya anak saudara, dia anak kandung, tentulah lebih dia.
 
sayang anak badak tampung, cucu konon badak raya
Maksud: Seorang yang bukan bangsawan tetapi mengaku kerabat diraja.
 
sayang anak sepanjang penggal, sayang orang tua sepanjang jalan
Maksud: Sayang anak kepada ibu bapa terbatas, manakala sa yang ibu bapa kepada anak
tiada batasan.
 
sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
Maksud: Keadaan yang serba salah kerana menghadapi kekasih yang curang.
 
sayang bunga layu di pohon
Maksud: Cadis yang tidak bersuami hingga tua.
 
sayangkan anak dilencuti, sayang di negeri ditinggalkan
Maksud: Sayang akan anak dimarahi, sayang akan negeri merantau ke negeri lain.
 
sayap singkat terbang hendak tinggi
Maksud: Hendak membuat sesuatu pekerjaan yang melebihi kemampuan.
 
sealak-alak beras ada penyalang
Maksud: Anggaran belanja yang secukup-cukupnya.
 
sebab bahasa menunjukkan bangsa
Maksud: Budi bahasa yang halus menunjukkan bangsanya yang baik.
 
sebab berkelahi dengan perigi akhirnya mati dahaga
Maksud: jangan menentang orang yang berkuasa kerana kita juga yang akan mendapat
kesusahan.
 
sebab budi, boleh kedapatan
Maksud: Kelakuan sendiri yang menyebabkan kerugian atau kerosakan.
 
sebab kasih akan bunga setangkai, dibuang bunga seceper
Maksud: Kerana kasih akan seorang, disia-siakan orang yang banyak.
 
sebab mutiara sebiji, lautan yang dalam diselam orang
Maksud: Orang yang berilmu akan dicari orang walau di mana-mana berada.
 
sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
Maksud: Oleh sebab yang sedikit, rosak semuanya.
 
sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merasa
Maksud: Sebab keceloparan mulut, diri sendiri binasa.
 
sebab tiada tahu menari dikatakan tanah lembap
Maksud: Sebab tidak tahu membuat kerja dikatakan perkakas atau alat yang tidak cukup.
 
sebagai asam dengan garam
Maksud: Serasi benar.
 
sebagai ayam diasak malam
Maksud: Tiada upaya lagi.
 
sebagai bumi dengan langit
Maksud: Sangat jauh bezanya.
 
sebagai cendawan dibasuh
Maksud: Pucat lesi.
 
sebagai di kayangan
Maksud: Berasa senang di suatu tempat yang indah.
 
sebagai di rumah induk bako
Maksud: Berasa aman dan tenteram.
 
sebagai kapal patah kemudi
Maksud: Hilang pedoman.
 
sebagai kera mendapat canggung
Maksud: Merapatkan diri kepada orang yang telah menolongnya.
 
sebagai kera mendapat pisang
Maksud: Sangat gembira.
 
sebagai kunyit dengan kapur
Maksud: Mudah dan Lekas mesra.
 
sebagai langau di ekor gajah
Maksud: Selalu mengekor orang yang berkuasa.
 
sebagai orang mabuk gadung
Maksud: Pucat Lesi.
 
sebagai orang mencacak tonggak saja
Maksud: Masing-masing diam tidak berkata-kata.
 
sebagai petai sisa pengait
Maksud: Tidak berguna sama sekali.
 
sebagai sebiji sesawi di dalam rumput
Maksud: Tidak dikenal kerana kemiskinan.
 
sebagai tali berlembar empat, sebagai tungku sejerangan
Maksud: Sesuatu perkara yang sudah sempurna hasilnya kerana dirundingkan dengan baik
sebelum mengerjakannya.
 
sebagai terpijak batu hangat
Maksud: Sangat gelisah dan tidak tenang.
 
sebelum ajal berpantang mati
Maksud: Tidak akan mati sebelum tiba waktu yang ditentukan Tuhan.
 
sebelum duduk sudah berlunjur
Maksud: Kerja yang tidak mengikut peraturan akan menyusahkan diri sendiri.
 
sebelum sampai ke api, bahangnya terasa dulu
Maksud: Bahaya besar biasanya didahului dengan tanda dan alamatnya.
 
sebelum tuarang panjang, buah sengkuang sebesar betis
Maksud: Sebelum ditimpa kesusahan, seseorang tidak dapat memikirkan bagaimana
kesusahan itu.
 
seberapa panjang sarung begitulah panjang matanya
Maksud: Perangai yang baik atau jahat menunjukkan ilmu yang ada pada seseorang itu.
 
seberat-berat beban, di atas kepala jua
Maksud: Meskipun berat tanggungan, harus ditanggung sendiri Juga.
 
seberat-berat beban, laba jangan ditinggalkan
Maksud: Walaupun pekerjaan yang dilakukan berat, tetapi menguntungkan. Oleh itu, jangan
dibiarkan berlalu begitu sahaja.
 
seberat-berat kayu terapung juga di dalam air
Maksud: Seteguh-teguh pendirian seseorang itu dapat juga dihasut.
 
sebesar-besar gajah di rimba, dapat juga ke tangan   manusia
Maksud: Muslihat dapat mengalahkan kekuatan, kekayaan, atau kemuliaan.
 
sebuah lesung seekor ayam jantannya
Maksud: Bagi setiap kaum ada pemimpinnya.
 
sebusuk-busuk daging dikincah dimakan juga
Maksud: Membersihkan nama kaum kerabat daripada celaan.
 
sebusuk-busuk telunjuk, telunjuk juga pencolek tahi mata
Maksud: Sejahat-jahat kaum keluarga tetap akan dibela jika ia dihina orang.
 
seciap bak ayam, sedencing bak besi
Maksud: Seia dan sekata dalam semua pekerjaan.
 
secubit tidak dapat menjadi segenggam
Maksud: Tidak dapat mengubah nasib yang telah ditentukan.
 
sedangkan pucuk lagi tak merah, konon pula selaranya
Maksud: Sedangkan ketika kaya tidak berderma apatah lagi ketika tidak berwang.
 
sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari
Maksud: Pada masa kecillah diajar dan dididik, jangan tunggu setelah besar.
 
sedap bagi kita enak bagi orang
Maksud: Hidup bermasyarakat hendaklah mengambil kira pandangan masyarakat terhadap
perbuatan kita.
 
sedap dahulu pahit kemudian
Maksud: Melakukan sesuatu dengan tidak difikirkan dahulu baik buruknya yang akhirnya akan
menyesal.
 
sedap manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan
Maksud: Sebarang bicara orang hendaklah ditimbangkan terlebih dahulu sebelum diterima
atau ditolak.
 
sedepa tanduk yang datang, sejengkal tanduk yang    menanti, payah juga yang datang
Maksud: Perihal kesukaran berdagang di negeri orang (tidak seuntung anak negeri sendiri).
 
sediakan payung sebelum hujan
Maksud: Sentiasa bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik.
 
sedikit kerja banyak berantun
Maksud: Perihal kemalasan seseorang atau orang yang malas.
 
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
Maksud: Wang disimpan sedikit-sedikit, lama-lama akan menjadi banyak.
 
seekor ayam tak berkokok hari tak siangkah?
Maksud: Sesuatu kerja itu akan diteruskan walaupun ada seseorang yang tidak menyukainya.
 
seekor cacing menelan naga
Maksud: Orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah.
 
seekor kerbau berkubang, sekandang kena loloknya
Maksud: Seorang yang melakukan kesalahan, semuanya terlibat sama.
 
seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit
Maksud: Seorang yang membuat salah semuanya mendapat nama buruk.
 
seelok-elok makan peluru meriam
Maksud: jaraknya sesuatu tempat, menurut ukuran zaman dahulu.
 
segan bergalah (berkayuh) hanyut serantau
Maksud: Kalau malas berusaha tentu mengalami kerugian yang besar dalam hidup dan
bencanalah akibatnya.
 
segan bertanya sesat jalan
Maksud: Kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan.
 
segar dipakai layu dibuang
Maksud: Selagi perempuan itu muda dan cantik dia disayangi tetapi setelah tua ditinggalkan.
 
segenggam digunungkan, setitik dilautkan
Maksud: Menjadikan sesuatu itu bertambah berganda-ganda.
 
sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
Maksud: Usaha yang sedikit demi sedikit lama-lama akan berhasil juga.
 
sehembus naik, sehembus turun
Maksud: Sudah satu-satu nafasnya.
 
seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
Maksud: Bersatu padu dalam segala hal.
 
seiring bertukar jalan, sekandang tidak sebau, seia bertukar sebut
Maksud: Meskipun maksudnya sama tetapi caranya berlainan.
 
sejernih-jernih air, kalau melalui pembuluh yang kotor, akan kotor juga
Maksud: Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas tentu akan
kerugian.
 
sekali air bah, sekali pasir berubah
Maksud: Apabila berlaku peristiwa besar akan berubahlah sesuatu keadaan.
 
sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera
Maksud: Sekali terkena tipu, dua kali sudah tahu, dan selepas itu tidak mungkin tertipu lagi.
 
sekali dipatuk ular, tali pun ditakutkannya juga
Maksud: Orang yang telah menderita kesusahan, maka dia akan berhati-hati dalam semua
gerak-gerinya.
 
sekatalah jengkal dengan jari
Maksud: Bersesuaian antara pekerjaan dengan orang yang membuatnya.
 
selam air dalam tonggak
Maksud: Sukar sekali untuk mengetahui isi hati orang lain.
 
selama enggang mengeram
Maksud: Masa yang lama sekali.
 
selama hayat dikandung badan
Maksud: Selama masih hidup.
 
selamanya air hilir, selamanya gagak hitam
Maksud: Tetap serupa untuk selama-lamanya, tidak mungkin akan berubah.
 
selangkah berpantang surut, setapak berpantang mundur
Maksud: Sikap yang berani dan keras hati akan membuahkan kejayaan.
 
selangkas betik berbuah
Maksud: Waktu yang singkat.
 
selembap-lembap puntung di dapur, ditiup menyala juga
Maksud: Sesuatu pekerjaan itu jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh akan berhasil juga.
 
selompat hidup selompat mati
Maksud: Perihal orang yang hampir maut, entah hidup atau mati.
 
seluas dada tuma
Maksud: Terlalu sempit.
 
seludang menolak mayang
Maksud: Memegah-megahkan kelebihan yang ada pada diri.
 
semahal-mahal gading kalau patah tiada berharga
Maksud: Berapapun tingginya darjat orang itu, sekali dia berbuat jahat akan turunlah darjatnya,
tidak dipedulikan lagi.
 
semak-semak disiangi, rimbun-rimbun ditutuh
Maksud: Sesuatu benda hendaklah dijaga dan dipelihara dengan baik.
 
semalam di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut
Maksud: Hendaklah kita menurut adat istiadat negeri yang kita tumpangi.
 
semanis-manis gula ada pasir di dalamnya
Maksud: Kata-kata yang manis itu biasanya mengandungi tipu muslihat.
 
semanis-manis gula berpasir juga, sepahit-pahit jadam menjadi ubat
Maksud: Pujuk rayu berisi muslihat, perkataan keras mengandungi nasihat.
 
sembahyang diberi waktu, janji diberi berketika
Maksud: Sesuatu pekerjaan hendaklah ditetapkan waktunya supaya selamat dan sempurna.
 
sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira
Maksud: Orang yang rupanya soleh tetapi hatinya cabul dan suka mengerjakan perkara-perkara
yang terlarang.
 
sembunyi-sembunyi puyuh
Maksud: Menutup perbuatan jahat yang telah diketahui orang.
 
sembunyi-sembunyi puyuh kepala tersorok ekor kelihatan
Maksud: Orang yang berbuat jahat dan menyangka bahawa perbuatannya itu tidak diketahui
orang.
 
sempit bertelimpuh, lega berlunjur
Maksud: Sesuaikan belanja dengan penghasilan.
 
semut dipijak tidak mati, gajah dilarung bergelimpangan
Maksud: Perihal jalanan seseorang perempuan yang baik lagi teratur (tidak terlalu cepat tidak
terlalu lambat) tetapi terlalu keras tutur bahasanya.
 
semut mati di gula
Maksud: Manusia tertipu oleh pujuk rayu.
 
senduk besar tak mengenyangkan
Maksud: Janji sahaja yang banyak dibuat tetapi tidak ditepati.
 
senduk dan periuk lagi berhantuk
Maksud: Suami isteri atau keluarga ada kalanya berselisih juga.
 
senjata makan tuan
Maksud: Senjata yang digunakan untuk mengenakan orang lain tetapi mengenai diri sendiri.
 
seorang cecak, semuanya berasa pedih
Maksud: Seorang berbuat salah tetapi seluruh keluarganya akan berasa malu.
 
seorang makan cempedak, semua kena getahnya
Maksud: Seorang yang bersalah, semua yang ada dikatakan bersalah juga.
 
sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi ubat
Maksud: Perkataan yang keras tetapi mengandungi pengajaran.
 
sepala-pala mandi biar basah
Maksud: Jika hendak melakukan sesuatu, biarlah betul-betul siap.
 
sepandai-pandai bungkus, yang busuk berbau juga
Maksud: Perbuatan yang salah itu walaupun dirahsiakan lambat laun akan diketahui juga.
 
sepandai-pandai mencencang, landasan juga yang habis
Maksud: Walaupun banyak pertolongan yang diterima, namun orang yang membuat kenduri
tetap menanggung kerugian.
 
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Maksud: Walau sepandai manapun seseorang itu dalam pekerjaannya, ada kalanya dia akan
membuat kesilapan atau kesalahan.
 
sepanjang-panjang lorong, masih panjang mulut
Maksud: Orang boleh bercakap dengan sesuka hati.
 
sepantun helang dengan ayam, lambat laun disambar juga
Maksud: Jika sesuatu yang berlawanan berhampiran (lelaki/ perempuan) akhirnya terjadi juga
sesuatu yang tidak baik.
 
sepasin dapat bersiang
Maksud: Mendapat keuntungan yang tidak disangka-sangka.
 
seperti abu di atas tunggul
Maksud: Kedudukan yang tidak teguh.
 
seperti air basuh tangan
Maksud: Barang yang mudah diperoleh sebab murah atau kerana sudah biasa.
 
seperti air di dalam kolam
Maksud: Orang yang bersikap tenang.
 
seperti air digenggam tak tiris
Maksud: Merujuk kepada orang yang sang at bakhil atau kikir:
 
seperti alu dengan lompang
Maksud: Dua orang yang saling membantu dalam melakukan pekerjaan.
 
seperti anai-anai makan kayu
Maksud: Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin.
 
seperti anak ayam kehilangan ibu
Maksud: Rakyat kehilangan pemimpin atau berpisah dengan sahabat karib.
 
seperti anjing berebut tulang
Maksud: Orang-orang yang tamak dan berebut harta.
 
seperti anjing berjumpa pasir
Maksud: Orang yang terlalu suka kerana memperoleh sesuatu yang disukainya.
 
seperti anjing beroleh bangkai
Maksud: Orang jahat dan tamak mendapat sesuatu dengan mudahnya.
 
seperti anjing dengan bayang-bayang
Maksud: Orang yang tamak dan ingin memiliki harta orang lain tetapi akhirnya hartanya sendiri
yang habis.
 
seperti anjing dengan kucing
Maksud: Orang yang selalu bertengkar dan bergaduh apabila bersua muka.
 
seperti api dalam sekam
Maksud: Sesuatu yang berlaku dalam diam-diam atau tanpa disedari.
 
seperti aur dengan tebing
Maksud: Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu.
 
seperti aur ditarik songsang
Maksud: Pekerjaan atau perkara yang sangat sukar diselesaikan kerana salah jalan.
 
seperti ayam berak kapur
Maksud: Rupa yang pucat kerana menghidap sesuatu penyakit.
 
seperti ayam bertelur di atas padi
Maksud: Orang yang senang hidupnya, tidak khuatir akan apa-apa.
 
seperti ayam dimakan tungau
Maksud: Sangat pucat kerana sakit.
 
seperti ayam dara bertelur
Maksud: Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan bertangguh.
 
seperti ayam hendak bertelur
Maksud: Orang yang berkeadaan resah gelisah atau tidak duduk diam.
 
seperti ayam; kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Maksud: Perihal orang miskin kalau tidak bekerja keras tidak ada rezeki.
 
seperti ayam patuk anaknya
Maksud: Menghukum anak bukan kerana menyeksa tetapi mendidik.
 
seperti ayam sabung
Maksud: Sangat dimanjakan.
 
seperti ayam termakan rambut
Maksud: Bunyi nafas yang sesak.
 
seperti badak terentak
Maksud: Orang yang tambun dan hodoh
 
seperti bangau kasihkan kerbau
Maksud: Bersahabat kerana ada kepentingan diri sendiri.
 
seperti bangsi buluh perindu
Maksud: Suara yang lemah lembut dan merdu.
 
seperti batang mengkudu, dahulu buah kemudian bunga
Maksud: Beranggapan bahawa sudah memiliki atau menguasai sesuatu perkara atau barang
yang belum tentu dapat dikuasai atau diperoleh.
 
seperti batu di pulau
Maksud: Sangat banyak sehingga tidak terkira.
 
seperti batu jatuh ke lubuk
Maksud: Hilang lenyap.
 
seperti baung di bawah bangkal
Maksud: Merungut tidak tentu butir katanya.
 
seperti beliung, besar ayun kecil makannya
Maksud: Besar cerita daripada perbuatan.
 
seperti belut pulang ke lumpur
Maksud: Orang yang balik ke tempat asalnya dan payah untuk pergi semula.
 
seperti benang putih
Maksud: Menurut tanpa membantah.
 
seperti benih baik di tanah subur
Maksud: Berbuat baik kepada orang yang tahu membalasnya.
 
seperti beranak besar hidung
Maksud: Orang yang gemar memperlihat barangnya yang baru.
 
seperti beras lembap, dijual tak laku, ditanak tak mualMaksud: Sesuatu yang kurang baik
atau sudah tidak berharga lagi.
 
seperti berebut kelongkong kelapa
Maksud: Bergaduh kerana makanan atau keuntungan yang sedikit.
 
Seperti bergantung di rambut sehelai
Maksud: Berada dalam keadaan yang berbahaya.
 
seperti berselimut kain sehasta
Maksud: Tidak cukup atau sesuatu pertolongan yang tidak memadai.
 
seperti bertih digoreng
Maksud: Bunyi seperti tembakan senapang yang bertalu-talu.
 
seperti beting pasir dipalu ombak
Maksud: Kehidupan yang tidak tenteram dan sentiasa diganggu orang.
 
seperti biang kucing
Maksud: Berkeluh-kesah.
 
seperti biduk dikayuh hilir
Maksud: Mengerjakan pekerjaan yang memang digemari.
 
seperti birah tidak berurat
Maksud: Orang yang pemalas, di mana duduk di situ berbaring.
 
seperti birah tumbuh di tepi lesung
Maksud: Budak yang Lekas besar atau subur badannya.
 
seperti bisai makan sepinggan
Maksud: Berpatutan benar.
 
seperti buah kedepung, di luar berisi di dalam kosong
Maksud: Orang yang bongkak dan bercakap besar tetapi tidak berisi.
 
seperti buah padi makin berisi makin rendah, jangan jadi seperti lalang makin lama
makin tinggi
Maksud: Orang semakin berilmu semakin merendah diri sedangkan orang tidak berilmu akan
bertambah sombong.
 
seperti bujuk lepas dari bubu
Maksud: Menghilangkan diri dengan cepat.
 
seperti buku gaharu
Maksud: Memperlihatkan kecekapan apabila tiba masanya.
 
seperti bulan dengan matahari
Maksud: Sepadan benar.
 
seperti bulan dipagar bintang
Maksud: Cadis jelita semakin cantik jika dikelilingi perawan-perawan yang cantik.
 
seperti bulan jatuh ke riba
Maksud: Mendapat keuntungan besar.
 
seperti bulan kesiangan hari
Maksud: Muka yang pucat dan muram.
 
seperti buluh perindu ditiup angin tatkala dinihari
Maksud: Bunyi suara yang sayu dan sedih.
 
seperti bunga raya kembang pagi
Maksud: Muka yang merah kerana marah.
 
seperti bunga, sedap dipakai layu dibuang
Maksud: Wanita yang dikasihi ketika muda tetapi ditinggalkan setelah tua.
 
seperti bunyi gong pecah
Maksud: Suara yang tidak sedap didengar:
 
seperti bunyi gong tertangkup
Maksud: Kata-kata yang tidak jelas.
 
seperti burung gagak pulang ke benua
Maksud: Walaupun telah ke luar negara namun sifat buruknya tidak berubah.
 
seperti cacing di pelimbah
Maksud: Hina dan keji.
 
seperti cacing kepanasan
Maksud: Gelisah kerana sakit, malu, atau susah.
 
seperti cebok dengan tempayan
Maksud: lbu bapa menghimpunkan harta tetapi anak-anak menghabiskannya.
 
seperti cencaru makan petang
Maksud: Mendapat kemenangan pada saat-saat akhir sesuatu pertandingan.
 
seperti cicak kering
Maksud: Rupa orang yang berpenyakit.
 
seperti cicak makan kapur
Maksud: Boleh malu kerana kesalahan sendiri.
 
seperti Cina karam
Maksud: Riuh-rendah atau hingar-bingar.
 
seperti cincin dengan permata
Maksud: Sama padan atau cocok benar.
 
seperti daun delima dengan bunganya
Maksud: Hidup yang tidak berguna.
 
seperti daun kering ditiup angin di tengah padang
Maksud: Hidup melarat dan terkantung-kantung ke sana ke mari.
 
seperti dedalu api hinggap di pohon kayu; hinggap di batang, batangnya mati, hinggap di
ranting, rantingnya patah
Maksud: Jika orang jahat mencampuri orang baik, rosaklah orang baik itu.
 
seperti delima merekah
Maksud: Perihal mulut serta gigi yang bagus.
 
seperti denak mencari lawan
Maksud: Seseorang yang gagah berani. .
 
seperti dicanai rupanya
Maksud: Perihal keelokan rupa bentuk sesuatu benda.
 
seperti ditempuh gajah lalu
Maksud: Kejadian yang besar yang tidak dapat disembunyikan lagi.
 
seperti duduk dalam duri
Maksud: Sangat gelisah.
 
seperti duri sebatang terbuang
Maksud: Orang miskin yang jahat tidak diendahkan orang.
 
seperti durian menunjukkan pangsa
Maksud: Orang yang gemar menunjukkan kebesaran dirinya.
 
seperti emas baru disepuh
Maksud: Peri keelokan seorang perempuan.
 
seperti embun di atas daun
Maksud: Selalu berubah.
 
seperti embun di hujung rumput
Maksud: Tidak kekal.
 
seperti gading dilarik
Maksud: Rupa yang cantik dan bersih.
 
seperti gadis julung bersubang, seperti bujang julung berkeris
Maksud: Sangat sombong akan kekayaan yang baru diperoleh.
 
seperti gadis sudah berlaki
Maksud: Anak dara yang kurang sopan seperti mencarut dan sebagainya.
 
seperti gagak bersuara murai
Maksud: Seseorang yang kodok tetapi mempunyai suara merdu dan tutur kata yang menarik.
 
seperti gagak gonggong telur
Maksud: Lelaki hodoh atau hitam beristerikan wanita cantik atau putih.
 
seperti gajah berpaling
Maksud: Kepayahan orang gemuk untuk berpusing he belakang.
 
seperti gajah masuk kampung
Maksud: Seseorang yang melakukan sesuka hatinya.
 
seperti gajah putih ditambat
Maksud: Seseorang yang menyusahkan kerana sara hidupnya ditanggung.
 
seperti garuk dengan sisir
Maksud: Hal dua orang bersaudara tetapi berbeza sifatnya.
 
seperti gergaji dua mata
Maksud: Orang yang mendapat keuntungan daripada dua Pihak.
 
seperti gunting makan di hujung
Maksud: Mencapai sesuatu dalam diam-diam.
 
seperti halilintar membelah bumi
Maksud: Bunyi yang sangat kuat.
 
seperti harimau beranak muda
Maksud: Orang yang sangat bengis.
 
seperti harimau kena kucing pekak
Maksud: Marah bercampur takut kerana bahaya yang menimpanya.
 
seperti harimau lepas tangkap
Maksud: Marah dan bengis.
 
seperti harimau menyembunyikan kuku
Maksud: Orang yang pandai dan berilmu tidak menunjukkan kepandaiannya.
 
seperti haruan makan anak
Maksud: Bapa atau ketua yang memperkosa anak atau anak buah sendiri.
 
seperti helang menyongsong angin
Maksud: Gagah dan berani ketika menentang musuh.
 
seperti hendak meluruskan ekor beruk
Maksud: Sangat sukar menasihati orang yang degil.
 
seperti hendak menepung tiada berberas
Maksud: Pekerjaan yang dibuat dengan tidak cukup syarat, tidak akan sempurna.
 
seperti ikan berjodoh dengan ikan
Maksud: Pertemuan yang sangat sesuai.
 
seperti itik mendengar guntur
Maksud: Mengharapkan keuntungan yang belum tentu diperoleh.
 
seperti jentayu menantikan hujan
Maksud: Orang yang sedang rindu akan sesuatu (kekasih).
 
Seperti kaca terhempas ke batu
Maksud: Hati yang hancur kerana berdukacita.
 
seperti kacang direndang
Maksud: Keadaan seseorang yang terlompat-lompat kerana kegembiraan.
 
seperti kain dalam lipatan
Maksud: Perihal perempuan yang pada zahirnya baik tetapi berbuat jahat secara diam-diam.
 
seperti kain kasa di atas duri
Maksud: Perkara yang amat sukar untuk diselesaikan; harus sabar serta berhati-hati untuk
menyelesaikannya.
 
seperti kambing dikuliti hidup-hidup
Maksud: Kesakitan yang amat sangat.
 
seperti kancah ditawar
Maksud: Ternganga sahaja tanpa menyertai dalam perbincangan.
 
seperti kapal tiga tiang
Maksud: Gaya perjalanan seorang perempuan yang amat menarik.
 
seperti kapas dibusur (dibusar)
Maksud: Putih bersih dan amat putih.
 
seperti kapur di hujung telunjuk
Maksud: Perihal seseorang yang tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan atau menolong
saudara-mara dalam kesusahan.
 
seperti katak kena sembur
Maksud: Keadaan orang yang terkulat-kulat, tidak bercakap atau menjawab soalan.
 
seperti katak, sedikit hujan banyak bermain
Maksud: Orang yang malas dan uzur sedikit dikatakan tenat.
 
seperti kelekatu masuk api
Maksud: Tidak peduli akan bahaya maut.
 
seperti kelopak pandan
Maksud: Keelokan tubuh seorang perempuan.
 
seperti kena pedang bermata dua
Maksud: Sakit hati kerana disindir.
 
seperti kena pembungkam
Maksud: Terdiam kerana tidak dapat berkata-kata.
 
seperti kera kena belacan
Maksud: Tidak boleh duduk diam dan sangat gelisah.
 
seperti kera mendapat bunga
Maksud: Orang yang tidak menghargai benda yang bagus.
 
seperti kera sumbang
Maksud: Orang yang takut atau tidak gemar mencampuri orang ramai.
 
seperti kerbau dicucuk hidung
Maksud: Menurut sahaja kehendak orang tanpa membantah.
 
seperti kerbau tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilalukan badan sudah besar
Maksud: Orang yang sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu
kerja.
 
seperti kersik di pulau
Maksud: Terlalu banyak.
 
seperti kesturi, kerana bau hilang nyawanya
Maksud: Orang yang suka menunjukkan sesuatu yang berharga yang ada padanya, akhirnya
akan mendatangkan bencana kepada dirinya.
 
seperti ketam dengan belangkas
Maksud: Tidak mahu berenggang.
 
seperti kiambang dilempar
Maksud: Bercerai sebentar dan berkumpul kembali.
 
seperti kijang lepas ke rimba
Maksud: Pulang ke tempat asalnya dan sukar dicari.
 
seperti kuang memekik di puncak gunung
Maksud: Perempuan yang bercakap dengan suara yang kuat.
 
seperti kucing di atas tampuk
Maksud: Perihal orang yang mempunyai dua tugas dan tidak tahu akan tugas yang mana
harus diberikan perhatian.
 
seperti kucing di atas titian
Maksud: Dalam kebimbangan.
 
seperti kucing hendak beranak
Maksud: Orang yang tidak duduk diam kerana resah gelisah.
 
seperti kucing kehilangan anak
Maksud: Sangat gelisah dan tidak tentu arah.
 
seperti kucing menyembunyikan kuku, terlihat panggang berubahlah laku
Maksud: Orang jahat yang berpura-pura baik sementara belum bertemu dengan barang yang
disukainya.
 
seperti kuda kencing di papan
Maksud: Percakapan yang tidak tentu hujung pangkalnya.
 
seperti kura-kura hendak memanjat pohon kayu
Maksud: Orang yang mahu melakukan sesuatu yang mustahil dapat dilakukannya.
 
seperti kura-kura terlentang
Maksud: Orang sakit yang terbaring dan tidak berdaya.
 
seperti labah-labah cinta kepada telurnya
Maksud: Kasih sayang atau cinta yang mendalam sekali.
 
seperti labu dibenam
Maksud: Sangat bongkak atau sombong.
 
seperti lalat buta
Maksud: Berpusing-pusing tidak tentu arah, bingung, atau hilang akal.
 
seperti lampu kehilangan minyak
Maksud: Hidup yang sangat melarat.
 
seperti langit dengan bumi
Maksud: Banyak sekali bezanya.
 
seperti lilin baru digelek
Maksud: Sesuatu yang lembut, elok, licin, dan cantik.
 
seperti lima belas dengan tengah dua puluh
Maksud: Sama sahaja.
 
seperti limau masak seulas
Maksud: Mempunyai kelebihan daripada orang lain.
 
seperti lintah menghisap darah
Maksud: Mengenakan faedah pinjaman yang terlalu mahal; menipu dengan cara yang lemah
lembut.
 
seperti lipas kudung
Maksud: Selalu bergerak dengan cepat atau pantas bekerja.
 
seperti lurus-lurus telunjuk
Maksud: Mengikut sesuatu ajaran sebentar sahaja.
 
seperti mayat ditegakkan
Maksud: Kurus kering serta sangat pucat.
 
seperti melukut di tepi gantang
Maksud: Seseorang yang dipandang remeh sebab tiada berkuasa apa-apa.
 
seperti memalu ular dalam benih, ular jangan mati, benih jangan rosak
Maksud: Menyelesaikan sesuatu perkara hendaklah dengan seadil-adilnya.
 
seperti menangkap ular di ekornya
Maksud: Cuba mengalahkan musuh yang cerdik dengan cara yang salah akhirnya kitalah yang
binasa.
 
seperti menanti orang dahulu, mengejar orang kemudian
Maksud: Perbuatan yang sia-sia.
 
seperti menatang minyak yang penuh
Maksud: Dijaga dengan sempurnanya.
 
seperti mendapat gagak putih
Maksud: Perolehan yang bertuah dan jarang diperoleh orang.
 
seperti mengerat dengan gunting galir
Maksud: Orang yang malas dan bodoh tidak akan sempurna pekerjaannya.
 
seperti, menghela rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak
Maksud: Menghukum hendaklah dengan seadil-adilnya.
 
seperti mengilang manau
Maksud: Sesuatu masalah yang sangat sukar.
 
seperti meniup api di atas air
Maksud: Melakukan perbuatan yang hampir tiada harapan akan berhasil.
 
seperti mentimun dengan durian
Maksud: Orang lemah melawan orang yang kuat merupakan suatu perlawanan yang tidak
sebanding.
 
seperti menukul paku lemah
Maksud: Kepayahan mengajar orang yang malas.
 
seperti minyak dengan air
Maksud: Sesuatu yang mustahil untuk disatukan.
 
seperti murai dicabut ekor
Maksud: Seseorang yang becok mulutnya.
 
seperti ombak membanting diri
Maksud: Perihal seseorang yang dalam keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan.
 
seperti orang berak di tengah jalan
Maksud: Sindiran kepada orang yang pemalu.
 
seperti orang buta kehilangan tongkat
Maksud: Berada dalam kesukaran.
 
seperti orang kecabaian
Maksud: Tidak tentu hala atau tidak duduk diam kerana gelisah.
 
seperti orang mabuk gadung
Maksud: Sangat pucat.
 
seperti pacat kenyang
Maksud: Orang yang setelah kenyang makan di rumah orang pergi dengan tidak menunggu-
nunggu dahulu.
 
seperti padi hampa, makin lama makin mencongak
Maksud: Orang sombong yang tidak berilmu semakin lama semakin tinggi cakapnya.
 
seperti paku lekat di papan
Maksud: Sukar untuk dipisahkan.
 
seperti panji-panji, ditiup angin berkibar-kibar
Maksud: Tidak tetap pendirian, iaitu berpihak kepada Pihak yang kuat.
 
seperti paruh dengan kepak
Maksud: Dua golongan yang berlainan tetapi bekerjasama.
 
seperti permata baik tak kena ikatannya
Maksud: Perempuan terpelajar bersuamikan lelaki yang rendah budi pekertinya.
 
seperti permata salah serudi
Maksud: Orang bangsawan yang tidak berilmu dan tidak tahu bersopan santun.
 
seperti pikat kehilangan mata
Maksud: Bingung atau tidak tentu arah (hilang akal).
 
seperti pinang dibelah dua
Maksud: Dua orang yang hampir serupa, iaitu sama cantik dan sama padan.
 
seperti pinggan dengan mangkuk salah sedikit hendak berhantuk
Maksud: Perselisihan faham antara suami isteri atau kaum keluarga itu sudah menjadi perkara
biasa.
 
seperti pipit menelan jagung
Maksud: Hendak meniru orang besar-besar dan kaya akhirnya susah sendiri.
 
seperti pisau raut, bengkok orang boleh dibetulkan, bengkok sendiri tak boleh betul
Maksud: Kesusahan orang dapat diselesaikan tetapi kesusahan sendiri berkehendakkan
pertolongan daripada orang lain.
 
seperti pohon bambu ditiup angin
Maksud: Sanggup menderita kesusahan dengan sabar dan apabila kesusahan telah berlalu
senanglah hidupnya.
 
seperti pohon beringin ditiup angin
Maksud: Menentang kekerasan tanpa berlemah lembut.
 
seperti polong kena sembur
Maksud: Berjalan dengan pantas kerana ketakutan.
 
seperti pucuk dengan pelepah
Maksud: Sama juga kiasan pada orang bersaudara yang sama pangkat dan darjatnya.
 
seperti raja dengan menteri
Maksud: Bersetuju dalam segala hat.
 
seperti resmi padi, kian berisi kian runduk
Maksud: Semakin banyak ilmu atau tinggi pangkat semakin merendah din.
 
seperti rusa kena tambat
Maksud: Selalu dalam keluh-kesah.
 
seperti rusa masuk kampung
Maksud: Tercengang-cengang di tempat baru yang asing baginya.
 
seperti saga di atas talam
Maksud: Selalu berubah.
 
seperti sampah hanyut
Maksud: Orang miskin yang hidup melarat.
 
seperti sang genap, ada orang adalah dia
Maksud: Suka mencampuri urusan orang lain walaupun tidak disukai.
 
seperti santan dengan tengguli
Maksud: Dua perkara yang berpadanan benar; sangat sesuai.
 
seperti seludang menolakkan mayang
Maksud: Menyombong atau membanggakan kelebihan diri.
 
seperti senduk dengan periuk, sentuh-menyentuh
Maksud: Dalam sesuatu keluarga ada kalanya berselisih juga.
 
seperti pepatung menjilat air
Maksud: Datang dan kemudian pergi lagi.
 
seperti si buta mendapat tongkat, dipukulkan buta-tuli
Maksud: Menjadi sombong kerana beroleh kekayaan dan pangkat.
 
seperti si cebol hendak mencapai bulan
Maksud: Ingin melakukan sesuatu yang tidak mungkin tercapai.
 
seperti si mandul baru beranak
Maksud: Sangat gembira dan kasih akan sesuatu yang baru diperoleh setelah puas berusaha.
 
seperti sirih pulang ke gagang
Maksud: Orang yang kembali kepada asalnya; kena pada tempatnya.
 
seperti suatu biji sesawi dalam rumput
Maksud: Orang miskin dan hina tidak dipeduli atau dipandang orang.
 
seperti sutera dalam lukisan
Maksud: Sesuatu yang sudah bagus, beroleh darjat yang bagus pula.
 
seperti talam dua muka
Maksud: Perihal orang yang berbuat baik kepada dua orang yang berseteru (untuk kepentingan
diri sendiri).
 
seperti tangkai jering
Maksud: Orang yang sangat kedekut.
 
seperti tebu, airnya dimakan, hampasnya dibuang
Maksud: Setiap perkataan yang keluar dari mulut orang hendaklah dipilih yang baik dan
dibuang yang jahat.
 
seperti tebu lepas ke dalam mulut gajah, payah akan keluar
Maksud: Seseorang yang memperoleh sesuatu yang disukainya maka sukarlah untuk
dilepaskan.
 
seperti telur di hujung tanduk
Maksud: Orang yang berada dalam kesulitan, salah sedikit bahaya menimpa.
 
seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah kedua-duanya
Maksud: Orang yang bersatu hati.
 
seperti tembatu dibelah
Maksud: Berserak-serak tidak keruan.
 
seperti tempayan bocor
Maksud: Orang yang tidak dapat menyimpan rahsia.
 
seperti tikus jatuh ke roman
Maksud: Orang yang berasa hampa dan kecewa kerana tidak mendapat apa-apa yang
diharapkan.
 
seperti tikus masuk roman
Maksud: Kecewa kerana tidak tercapai maksudnya.
 
seperti timba buruk
Maksud: Orang tua yang hidupnya melarat.
 
seperti toman makan anak
Maksud: Orang yang berbuat sumbang dengan orang yang dikawal atau dijaganya.
 
seperti tongkang pecah
Maksud: Berselerak dan tidak terurus.
 
seperti tulis di atas air
Maksud: Nasihat yang baik itu tidaklah berguna kepada orang yang memang jahat.
 
seperti udang direbus
Maksud: Orang yang merah mukanya.
 
seperti ular kena palu
Maksud: Bengkang-bengkok tidak beraturan; menggeliang-geliut kerana terlalu marah.
 
seperti ulat lupakan daun
Maksud: Melupakan kebaikan orang kepadanya.
 
seperti unta menyerahkan diri
Maksud: Menyerah dan menurut.
 
seperti upih jatuh
Maksud: Yang tua mati dulu daripada yang muda.
 
seperti yu kia-kia, kepala yu ekor pari
Maksud: Orang yang tidak teguh memegang janjinya; selalu berubah-ubah.
 
sepesan anak-beranak, anaknya beranak pula
Maksud: Membiak dengan cepat.
 
sepuluh batang bertindih, yang di bawah juga yang luluh
Maksud: Biarpun banyak menerima pertolongan orang ketika majlis perkahwinan, namun yang
menanggung kerugian ialah orang yang mengadakan kenduri tersebut.
 
seruas tebu yang berulat sebatangnya dibuang
Maksud: Seorang yang bersalah tetapi seluruh kaum keluarganya dihukum.
 
seruas tebu yang berulat, seruas dibuangkan
Maksud: Siapa yang berbuat salah, dia sahajalah yang patut dihukum.
 
serumpun bagai serai, seikat bagai sirih
Maksud: Dalam ikatan yang rukun dan seia sekata.
 
serumpun bagai serai, selubang (seliang) bagai tebu
Maksud: Bersatu hati dalam segala hal; muafakat dan seia sekata.
 
sesak berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu
Maksud: Perihal orang yang tidak mampu melawan seseorang tetapi kerana malu dilawannya
juga.
 
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna
Maksud: Sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis-habis.
 
sesal di hujung jalan balik ke pangkal jalan
Maksud: Kalau berbuat salah, hendaklah disusul kembali kepada asalnya.
 
sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
Maksud: Jika tidak mencapai persetujuan dalam sesuatu masalah hendaklah diselidiki kembali
pokok persoalannya.
 
sesat surut, terlangkah kembali
Maksud: Memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan.
 
sesimpai bagai lidi
Maksud: Orang yang seia sekata.
 
sesudah arang-arang, hendaklah minyak pula
Maksud: Sesudah mengotorkan nama orang, sekarang hendak bermanis-manis pula dengan
orang itu.
 
setali tiga wang
Maksud: Sama saja keadaannya, tidak lebih tidak kurang.
 
setapak jangan surut
Maksud: Tetap pendirian, tidak berkocak hati atau iman ketika menghadapi sesuatu kejadian.
 
setapak jangan lalu, setapak jangan surut
Maksud: Pendirian yang tetap.
 
setempuh lalu sebondong surut
Maksud: Adat orang bersahabat sentiasa bermuafakat dan bersatu hati
 
setengah bagai bunyi enggang, setengah bagai bunyi kuau
Maksud: Pendapat orang yang bermacam-macam.
 
setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga
Maksud: Selalu kembali ke tempat asalnya.
 
setinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga
Maksud: Pangkat dan martabat yang tinggi. tidak akan kekal, kerana pada suatu waktu akan
hilang juga.
 
setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
Maksud: Sejauh mana kita pergi akhirnya akan pulang juga ke negara asal.
 
seukur berbaur, bertopang bercerai
Maksud: jika seia sekata tentu bersatu dan jika berselisih faham tentu bercerai.
 
seumpama bunga di gaung batu, taruk kaca tangkainya embun
Maksud: Perihal gadis yang cantik yang dijaga dengan baik dan amat susah untuk didekati.
 
seutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong
Maksud: jika seseorang dianiaya, marahlah keluarga dan sahabat handainya.
 
sia-sia hutang tumbuh
Maksud: jika terlalu boros atau membazir akhirnya hutang akan bertimbun.
 
sia-sia menjaring angin, terasa ada tertangkap tidak
Maksud: jangan mengharap yang bukan-bukan nanti kecewa.
 
sia-sia negeri alah
Maksud: Pekerjaan yang dilakukan dengan kurang berhati-hati itu akan mendatangkan bahaya
dan kerugian.
 
siang bagai hari, terang bagai bulan
Maksud: Kesalahan yang sudah nyata sekali.
 
siang berpanas, malam berembun
Maksud: Hidup melarat tanpa rumah.
 
siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi
Maksud: Tidak pernah dilupakan.
 
siang sayur tak ukur dengan belanga
Maksud: Memilih pasangan hidup tidak sepadan dengan diri sendiri.
 
siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata
Maksud: Orang yang cepatlah yang akan beroleh keuntungan dan orang yang lambat akan
ketinggalan.
 
siapa cepat, dia dapat
Maksud: Orang yang cepat akan mendapat sesuatu yang baik dan yang lambat tidak akan
mendapat apa-apa.
 
siapa cerdik tinggi naik, siapa calak menang berhitung
Maksud: Orang yang pandai bercakap, meskipun bersalah akhirnya dipercayai orang juga.
 
siapa gatal dialah menggaru
Maksud: Orang yang berkehendak, dialah yang keras berusaha.
 
siapa kena cubit dialah terasa sakit
Maksud: Orang yang berbuat salah dialah yang akan menanggung kesusahannya.
 
siapa lu, siapa gua
Maksud: Hidup nafsi-nafsi; masing-masing membuat hal sendiri.
 
siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh
Maksud: Orang yang berasa tersindir, dialah sebenarnya yang membuat sesuatu yang disindir
itu.
 
siapa makan lada, dialah yang berasa pedas
Maksud: Orang yang bersalah akan berasa tersindir sebab kesalahannya.
 
siapa makan nangka, dialah kena getahnya
Maksud: Siapa yang berbuat salah, dialah akan menanggung hukumannya.
 
siapa melejang, siapa patah
Maksud: Sesiapa yang bersungguh-sungguh hendak akan sesuatu, dialah yang akan
menanggung kesusahan atau kerugiannya.
 
siapa melejang, siapa patah, siapa menyuruk siapa bongkok, siapa menjala dia terjun,
siapa gatal dialah menggaru
Maksud: Sesiapa yang hendakkan sesuatu, dialah yang harus bersusah payah atau
menanggung kerugian.
 
siapa yang mengaku berak di tengah jalan?
Maksud: Sesiapa pun tidak akan mengakui perbuatan jahat yang telah dilakukan walaupun
telah diketahui orang.
 
siapa menjala, siapa terjun
Maksud: Sesiapa yang inginkan sesuatu, dialah yang harus berusaha.
 
siapa pun menjadi raja tanganku ke dahi juga
Maksud: Sesiapa pun yang menjadi raja dihormati juga.
 
siar bakar berpuntung suluh
Maksud: Sesuatu perkara itu boleh diputuskan setelah cukup buktinya.
 
si bisu sesat di kaki, si pembohong sesat di lidahnya
Maksud: Orang yang suka berdusta akhirnya akan mencelakakan sendiri.
 
si bodoh hendak melepaskan jerat di kaki akhirnya terjerat leher
Maksud: Jika tidak pandai melepaskan din daripada bahaya yang kecil maka mungkin terlibat
pula dalam bahaya yang lebih besar.
 
si bodoh makanan si cerdik
Maksud: Orang bodoh akan diperguna oleh orang yang cerdik untuk kepentingannya.
 
si bongsu pengindang antah
Maksud: Semuanya harus bekerja kerana miskin; tidak dapat dimanjakan.
 
si buta membilang bintang di langit
Maksud: Perbuatan yang sia-sia.
 
si cebol hendak mencapai bulan
Maksud: Menginginkan sesuatu yang mustahil tercapai.
 
sigai dua segeragai
Maksud: Perkara yang ada sangkut pautnya dengan perkara yang lain.
 
sigai sampai ke langit
Maksud: Dicari atau diselidiki dengan sedaya upaya.
 
si kutuk beras basah, ditampi tak terlayang, diandang tak berantah, hujungnya tidak
disudu oleh itik
Maksud: Orang yang tidak berharga dalam masyarakat, di sana sini disingkirkan orang.
 
si lalar si lalai
Maksud: Tidak tetap pada sesuatu pekerjaan atau di sesuatu tempat serta kerja yang dibuat
tidak sempurna.
 
silang berpangkal, kerakap berjumpa junjung
Maksud: Setiap pekerjaan mesti ada ketuanya supaya selamat dan lancar.
 
silang berpangkal kerja berjunjung
Maksud: Setiap pekerjaan mesti ada kepala atau ketuanya supaya selamat.
 
silap cakap kena radak, hilang jiwa percuma sahaja
Maksud: Memperkatakan sesuatu perkara hendaklah berhati-hati kerana buruk padahnya.
 
silih berganti bagai ombak di tepi pantai
Maksud: Keadaan hidup yang tidak tetap (sekali susah sekali senang) .
 
singkap daun, ambil isi
Maksud: Berkata-kata dengan terus-terang (tidak berbelit-belit).
 
singkat diulas, panjang dikerat
Maksud: Sesuatu yang kurang hendaklah ditambah dan yang lebih hendaklah dikurangi.
 
singkat minta diulas, panjang minta dikerat
Maksud: Jika saat ajal datang tidak dapat dihindar lagi.
 
singkat tidak terulas, panjang tidak terkerat
Maksud: Tiap-tiap orang akan mati apabila telah sampai ajalnya dan kalau belum ajal
berpantang mati.
 
siput memuji buntut
Maksud: Sifat suka memuji diri sendiri.
 
si rabun memimpin si buta
Maksud: Diri sendiri belum terurus, hendak menguruskan orang lain.
 
sirih berlipat dengan sendiri
Maksud: Mendapat orang yang dicintai atau keuntungan dengan mudah.
 
sirih naik junjungan naik
Maksud: Mendapat untung dan bahagia silih berganti.
 
sirih naik junjungan patah
Maksud: Baru hendak mendapat kesenangan, tiba-tiba mendapat bencana pula.
 
sirih pulang ke gagangnya
Maksud: Kembali ke tempatnya.
 
situ juga gendang berbunyi
Maksud: Sama sahaja, tidak berubah.
 
sokong membawa rebah
Maksud: Dikhianati oleh kawan sendiri atau orang yang dipercayai.
 
suak, sungai satu air
Maksud: Sepupu yang berasal daripada satu keturunan.
 
suara serupa buluh pecah
Maksud: Suara yang tidak sedap didengar.
 
suarang diagih sekutu dibelah
Maksud: Jika suami isteri bersetuju untuk bercerai, harta pencarian bersama dibahagi dua dan
harta pembawaan dipulangkan kepada kaum masing-masing.
 
sudah arang-arang, hendak minyak pula
Maksud: Dulu dikeji, sekarang dipuji.
 
sudah banyak makan asam garam
Maksud: Sudah ban yak pengalaman.
 
sudah basah kehujanan
Maksud: Kemalangan yang dialami bertimpa-timpa.
 
sudah berkata satu
Maksud: Tidak berubah daripada yang telah diucapkan..
 
sudah bertarah, berdongkol pula
Maksud: Setelah sesuatu perselisihan diselesaikan, timbul pula perselisihan yang lain.
 
sudah bertongkat tempurung, tak terangkat pelupuk matanya lagi
Maksud: Sudah tua sekali.
 
sudah beruban baru berguam
Maksud: Perihal orang tua yang tingkah lakunya seperti orang muda.
 
sudah biasa makan kerak
Maksud: Sudah biasa mengalami kesukaran hidup.
 
sudah bongkok jangan menyerangguh
Maksud: jangan dibesar-besarkan sesuatu yang buruk.
 
sudah calit, jangan palit
Maksud: Kalau sendiri buat jahat jangan dibawa-bawa kepada orang lain pula.
 
sudah dahaga sampai pula telaga kering
Maksud: Kesusahan yang tiada batasnya.
 
sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
Maksud: Sudah mendapat yang baru dan lebih baik, yang lama dan kurang elok dibuang.
 
sudah diheban, dihela pula
Maksud: Mengalami pelbagai penderitaan yang terus-menerus.
 
sudah diludah dijilat balik
Maksud: Sudah dibuang diambil semula; memuji kembali sesuatu yang sudah dicela.
 
sudah gaharu cendana pula
Maksud: Pura-pura tidak tahu.
 
sudah jadi abu arang
Maksud: Rosak sama sekali.
 
sudah jatuh ditimpa tangga
Maksud: Kesusahan yang datang secara berturut-turut.
 
sudah kalah baru berkubu
Maksud: Sesudah mendapat kesusahan, barulah hendak beringat-ingat.
 
sudah kata satu
Maksud: Tidak berubah daripada yang telah diucapkan.
 
sudah kenyang makan kerak
Maksud: Sudah banyak pengalaman.
 
sudah ke tengah makan api
Maksud: Suatu perselisihan yang susah untuk didamaikan.
 
sudah lulus maka hendak melantai
Maksud: Sudah mendapat kesusahan atau kemalangan, baru hendak beringat.
 
sudah makan bismillah
Maksud: Tidak menurut peraturan; terbalik.
 
sudah masuk ke mulut harimau
Maksud: Sudah pasti binasa.
 
sudah mati kutunya
Maksud: Sudah tidak bertenaga lagi atau hilang kekuatan; tidak dapat berbuat apa-apa lagi;
tidak beroleh apa-apa lagi; malu.
 
sudah memakai adat
Maksud: Dikatakan kepada pemuda yang sudah beristeri.
 
sudah menggoncang girik (girik-girik)
Maksud: Sangat tua; tua renta.
 
sudah mengilang membajak pula
Maksud: Bekerja sepanjang masa; sentiasa menanggung kesusahan.
 
sudah merasa baru santun
Maksud: Sudah berasa kesusahan barulah berasa belas kasihan.
 
sudah panas berbaju pula
Maksud: Sudah susah ditambah lagi dengan kesusahan.
 
sudah panjang langkahnya
Maksud: Sudah pergi jauh.
 
sudah patah baru hendak melantai
Maksud: Sesudah mendapat kesusahan baharu hendak beringat-ingat.
 
sudah patah yang bertaji
Maksud: Kesusahan sebuah keluarga setelah kematian ketua keluarga.
 
sudah seasam dan segaram
Maksud: Sudah tidak ada cacat celanya dalam perbuatan atau pekerjaan.
 
sudah tahu di kain beragi
Maksud: Perihal orang yang susah yang mulai baik penghidupannya.
 
sudah tahu peria pahit
Maksud: Kesal terhadap orang yang masih percaya kepada orang yang diketahui tidak jujur.
 
sudah tampak kaki ular
Maksud: Telah diketahui sesuatu yang buruk yang sebelum ini tidak nampak.
 
sudah tangan bertuah, mumbang ditanam tumbuh juga
Maksud: Seseorang yang bernasib baik dan semua yang dikerjakannya berhasil.
 
sudah terang lagi bersuluh
Maksud: Perkara yang sudah terang dan nyata dijelaskan lagi,
 
sudah terdorong kepada kukur, tinggallah tempurung sahaja
Maksud: Sudah mendengar pujukan jahat maka rosak binasalah kita.
 
sudah terlalu hilir malam, apa yang hendak dikatakan lagi
Maksud: Suatu kesusahan yang tidak dapat dibetulkan lagi; perbuatan salah yang sudah
terlanjur tidak dapat disesalkan lagi.
 
sudah terpijak benang arang, hitamlah tapak
Maksud: Kalau sudah melanggar undang-undang, terimalah ganjarannya.
 
sudah tidak tersudu oleh angsa, baru diberi kepada itik
Maksud: Barang yang tidak berguna kepada orang mulia itu barulah diperoleh oleh orang
miskin.
 
sudah tinggal nadi saja
Maksud: Sakit berat.
 
sudah tinggi dijulang pula
Maksud: Sudah tinggi pangkat dipermuliakan pula. 
                                                                
sudah tua dari kakak, sudah cerdik dari mamak
Maksud: Anak muda yang sombong dan tidak mahu bermuafakat dengan kaum keluarga
dalam sesuatu pekerjaan.
 
sudah tujuh kali duduk berjanda, sembilan beranak tiri, tercecah uban di gigi
Maksud: Ejekan terhadap orang tua yang hendak berkahwin lagi.
 
sudu-sudu di tepi jalan
Maksud: Seseorang yang tidak akan terkena oleh bencana.
 
sudu-sudu di tepi jalan, dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena
getahnya
Maksud: Orang cerdik atau pendekar yang tidak dapat ditewaskan.
 
sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya.
Maksud: Menyukai sesuatu kerana Jaedah yang diperoleh daripadanya.
 
sukakan kemenyan, dibakar
Maksud: Pengetahuan yang baik hendaklah disebar seluas-luasnya.
 
sukat air menjadi batu
Maksud: Kerja yang mustahil.
 
suku tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih
Maksud: Hina seseorang hina semua, malu seorang malu semua.
 
sumbang di mata, binasa hati
Maksud: Tingkah laku yang tidak baik menimbulkan anggapan jahat.
 
sumbing meluaki, retak melampaui garis
Maksud: Berbuat kurang sopan termasuk kesalahan besar.
 
sumbing menitik, patah mengimpal
Maksud: Barang yang dipinjam kalau rosak hendaklah dibaiki.
 
sumpit penuh tidak berisi
Maksud: Orang bodoh berlagak pandai; orang miskin berlagak kaya.
 
sumur digali air terbit
Maksud: Hasil yang diperoleh serta-merta.
 
sumur di tepi jalan
Maksud: Perempuan yang tidak senonoh kelakuannya (Perempuan lacur).
 
sumur di tepi rawa
Maksud: Orang yang terlalu cemburu.
 
sungai sambil mandi
Maksud: Selesai membuat dua tiga pekerjaan pada masa yang sama.
 
sungai tak tentu gaungnya
Maksud: Tidak tentu asal usulnya.
 
sungguh berjanggut tiada berjubah
Maksud: Tidak sempurna syarat.
 
sungguh bersubang tidak berdara
Maksud: Wanita yang berpakaian cantik tetapi buruk kelakuannya.
 
sungguh diuja dipegang ekor
Maksud: Walaupun diberi kebebasan, namun ada hadnya.
 
sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang
Maksud: Muslihat yang tersembunyi untuk mencari keuntungan diri sendiri.
 
sungguhpun batang merdeka, ingat pucuk akan terhempas
Maksud: Dalam melakukan sesuatu kerja, jangan suatu bahagian sahaja yang diingat, tetapi
dari awal hingga akhir perlu diteliti.
 
sungguhpun lemak santan akhirnya basi juga
Maksud: Orang yang cantik itu akhirnya akan tua jua.
 
sungguhpun putarwali itu raja segala penawar tetapi pada kebanyakan selera ialah
hamba segala makanan
Maksud: Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna tetapi kebanyakan orang
enggan menerimanya.
 
sungkal tak berbalik, unggun padam bara
Maksud: Pekerjaan yang tidak berfaedah sama ada dikerjakan atau tidak; tidak akan
mendatangkan apa-apa.
 
supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam
Maksud: Supaya tahu akan susah hidup.
 
suratan pada awalnya
Maksud: Takdir llahi.
 
surat di atas batu
Maksud: Sesuatu yang terus dipakai selama-lamanya.
 
surat di atas batu, tidak akan pupus-pupus
Maksud: Sesuatu adat yang kekal.
 
suruh kerja golok keling, suruh makan parang puting
Maksud: Bekerja malas tetapi banyak makan.
 
suruh putih hitam datang
Maksud: Kemuliaan yang diharap, yang kotor itu pula didapati.
 
susu di dada tak dapat dielakkan
Maksud: Nasib seseorang itu baik atau jahat tidak dapat dielakkan.
 
syak fasik yakin salih; batu hendak juadah
Maksud: jangan banyak sangka, bekerjalah dengan yakin kerana dengan keyakinan sahaja
maksud akan tercapai.
 
syarak yang mengata, adat yang memaksa
Maksud: Syarak dan adat tidak dapat dipisahkan.

T
 
tabuhan meminang anak labah-labah
Maksud: Mencari jodoh yang tidak sepadan.
 
tahan jerat sorong kepala
Maksud: Mahu mencelakakan orang lain tetapi kecelakaan itu menimpa diri sendiri.
 
tahu di dalam lubuk
Maksud: Tahu betul tentang kesulitan sesuatu perkara.
 
tahu gadung itu mabuk, mengapa diratah-ratah?
Maksud: Sengaja mencari perselisihan, kemudian sesal akan diri sendiri.
 
tahu di ranting yang akan patah, tahu di lantai akan terjungkat
Maksud: Orang yang bijaksana, tahu akan bahaya yang bakal menimpa.
 
tahu makan tahu simpan
Maksud: Pandai berbuat sesuatu pandai-pandailah menyimpan rahsia.
 
tajam lidah manusia melebihi tuntung keris
Maksud: Mulut manusia lebih keras daripada senjata dan boleh membinasakan diri sendiri.
 
tak ada gading yang tak retak
Maksud: Tidak ada sesuatu yang betul-betul sempurna.
 
tak ada gunung yang tinggi yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang dalam yang tak
dapat dituruni
Maksud: Tiada usaha yang tidak dapat dikerjakan atau tidak akan berhasil.
 
tak ada guruh pada orang pekak, tak ada kilat pada orang buta
Maksud: Orang bodoh tidak tahu akan erti kiasan dan sindiran.
 
tak ada itik yang bertengger
Maksud: Pekerjaan yang besar dan sukar tidak akan dapat dilakukan oleh orang yang tidak
berilmu.
 
tak ada kusut yang tak selesai, tak ada keruh yang tak jernih
Maksud: Perselisihan yang besar atau kecil tentu akan dapat diselesaikan.
 
tak ada lalat langau
Maksud: Tiada sesiapa pun.
 
tak ada laut yang tak berombak
Maksud: Tiada pekerjaan yang tidak berbahaya.
 
tak ada ribut masakan pokok bergoyang
Maksud: Tentu ada sebabnya sesuatu perkara itu terjadi.
 
tak akan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaklah ia
Maksud: Tidak perlu tergesa-gesa untuk mengerjakan sesuatu yang pasti diperoleh.
 
tak akan terlawan buaya menyelam
Maksud: Orang bodoh tidak akan dapat melawan orang yang pandai.
 
tak beban batu digalas
Maksud: Mendapat kesusahan kerana mencampuri urusan orang lain.
 
tak berberas untuk ditanak
Maksud: Tidak mempunyai kepandaian atau kemahiran untuk ditunjukkan kepada orang.
 
tak berpucuk di atas enau
Maksud: Sangat sombong dan memandang rendah terhadap orang lain.
 
tak berudang di balik batu, tak berorang di balik aku
Maksud: Tidak ada maksud yang tersembunyi.
 
tak boleh bertemu roma
Maksud: Selalu bertelingkah.
 
tak emas bungkal diasah
Maksud: Segala daya upaya dilakukan untuk mencapai maksud.
 
takkan cempedak berbau nangka
Maksud: Selidiklah betul-betul sebelum mempercayai kata orang.
 
takkan harimau makan anaknya
Maksud: Marah bapa terhadap anak tidak akan sampai membunuhnya.
 
takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang
Maksud: Percakapan orang besar-besar lebih dipercayai oleh orang atasan berbanding dengan
kata-kata rakyat biasa.
 
takkan serik luka dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga
Maksud: Kesukaran sesuatu kerja tidak menghalang seseorang itu terus mengerjakannya untuk
mencari nafkah.
 
tak kelih mahu tengok
Maksud: Hanya mahu hasilnya sahaja tetapi tidak mahu berusaha. .
 
tak kuning oleh kunyit, tak putih oleh kapur
Maksud: Tidak mudah dihasut atau dipuji; keras hati.
 
tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
Maksud: Adat yang tidak berubah-ubah meskipun masa berlalu.
 
tak kena tepuk dengan tarinya
Maksud: Lain yang ditanya lain yang dijawab.
 
tak panas punggung
Maksud: Sebentar sahaja.
 
tak pernah masuk gelanggang bergong
Maksud: Tercengang-cengang atau kehairanan.
 
tak sungguh getah daun yang sebenarnya getah batang
Maksud: Sejahat-jahat saudara kandung, lebih baik daripada kerabat yang lain.
 
tak tahu akan siput empuk
Maksud: Orang yang terlalu bodoh dan tidak tahu akan apa-apa.
 
tak tahu akan dibongkok tidur
Maksud: Tidak tahu akan kelemahan diri sendiri.
 
tak tahu menganyam, pandan disalahkan
Maksud: Tidak mahu mengakui kebodohan diri sendiri.
 
tak tentu hilir mudiknya
Maksud: Belum ada keputusan, maksudnya belum jelas.
 
tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata
Maksud: Orang mengatakan sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya.
 
tak usah diajar anak buaya berenang
Maksud: Tidak usah diajar orang yang telah tahu.
 
tak usah hinggut, tak tercabut
Maksud: Sangat teguh pendirian.
 
takut akan bayang-bayang
Maksud: Takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak ada.
 
takut akan hantu, lari ke pandam
Maksud: Takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yang lebih
besar.
 
takut hilang tak hilang
Maksud: Orang yang takut dan berwaspada tidak akan mengalami kerugian.
 
takutkan bayang-bayang sendiri
Maksud: Berasa takut kerana peramatannya  yang salah.
 
takut kerana salah, berani kerana benar
Maksud: Orang bersalah selalu ketakutan, orang benar selalu berani.
 
tali yang tiga lembar itu tak suang-suang putus
Maksud: Orang yang sekutu atau sebicara dalam sebarang hal itu selalu berjaya dalam
pekerjaan; bersatu teguh bercerai roboh.
 
tamak hilang malu, loba hilang kebiasaan
Maksud: Perolehan yang tidak mencukupi menyebabkan kerja hina dibuat.
 
tambah air, tambah sagu
Maksud: Bertambah kerja bertambahlah upahnya.
 
tampak ijuk tak bersagar, lurah tak berbatu
Maksud: Orang yang tiada keluarga yang dimalui atau ditakuti orang.
 
tamu yang tidak diundang
Maksud: Pencuri atau perompak; sesuatu yang tidak diharapkan kedatangannya.
 
tanam cempedak tumbuh nangka
Maksud: Memperoleh sesuatu lebih daripada yang diharapkan.
 
tanam lalang takkan tumbuh padi
Maksud: Perbuatan jahat akan dibalas dengan jahat juga.
 
tanam tebu di bibir mulut
Maksud: Manis kata-kata untuk memujuk atau memuji dengan suatu maksud.
 
tangan bagai lipas kudung
Maksud: Perihal orang yang rajin atau cepat bekerja.
 
tangan kanan jangan dilepas sebelum tangan kiri dapat berpegang
Maksud: jangan berhenti kerja sebelum mendapat kerja yang baru.
 
tangan kanan memberi tangan kiri tidak tahu
Maksud: Pemberian yang benar-benar ikhlas.
 
tangan mencengkang bahu memikul
Maksud: Bekerja keras.
 
tangan penat memerah, pasu mendapat santannya
Maksud: Orang lain yang bersusah payah, orang lain yang mendapat nikmatnya.
 
tangan yang celaka, kerja jatuh
Maksud: Beroleh kerugian kerana perbuatan ahli keluarga yang tidak senonoh.
 
tangan yang di atas lebih mulia daripada tangan yang di bawah
Maksud: Memberi lebih baik daripada yang menerima.
 
tangan yang menghayun buaian itu boleh menggegar dunia
Maksud: Perempuan yang lemah lembut dan penyayang itu boleh memberi suatu kejutan yang
luar biasa kepada masyarakat di dunia.
 
tangisan buaya
Maksud: Pura-pura menangis.
 
tarik muka dua belas
Maksud: Muka orang yang selalu masam, kelihatan selalu kesal; kecewa.
 
tarik puntung padamlah bara
Maksud: Apabila sudah mati hilanglah daya upaya.
 
taruh air di atas daun keladi
Maksud: Mempercayakan rahsia kepada orang bodoh dan pengecut.
 
taruh beras dalam padi
Maksud: Nasihat supaya menyimpan rahsia baik-baik.
 
tatang di anak lidah
Maksud: Terlalu kasih akan anak dan isterinya.
 
tatkala lagi rebung tiada dipatah, ketika sudah jadi aur apa gunanya
Maksud: Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar tidak
akan berhasil lagi.
 
tebal kulit muka
Maksud: Menahan malu.
 
tebas buluh serumpun
Maksud: Merosakkan seluruh keluarga kerana perbuatan yang tidak baik.
 
tebu seruas berulat pula
Maksud: Anak hanya seorang tetapi buruk pula perangainya.
 
tebu setuntung jadi separak
Maksud: Anak hanya satu tetapi cucunya banyak sekali.
 
tegak berpaling, duduk berkisar
Maksud: Janji yang tidak ditepati.
 
tegak pada yang datang
Maksud: Tetap pendirian semasa menghadapi apa-apa jua keadaan.
 
tegak sama tinggi, duduk sama rendah
Maksud: Dua orang yang sama darjatnya.
 
tegak sebagai alif
Maksud: Tegak lurus.
 
tegak seroman-roman, duduk serupa-rupa
Maksud: Rupa bagai orang kaya, sebenarnya tiada harga dalam masyarakat.
 
tegang dinanti kendur, keras dinanti lunak (lembut)
Maksud: Hendak menyelesaikan perselisihan hendaklah pada waktu kedua-dua pihak
reda akan kemarahannya.
 
tegang tidak kendur tidak
Maksud: Perhubungan yang tidak mengikat atau memaksa.
 
telaga di bawah gunung
Maksud: Perempuan yang banyak mendatangkan keuntungan dan kebahagiaan kepada
suaminya.
 
telaga mencari timba
Maksud: Perempuan yang mencari lelaki.
 
telah berasap hidungnya
Maksud: Sudah mendapat kesenangan setelah lama menderita.
 
telah busuk maka dipeda
Maksud: Sudah terlambat baru dikerjakan.
 
telah habis maka dimakan
Maksud: Berhematlah dalam semua perkara.
 
telah jadi indarus
Maksud: Kalah dalam permainan (terutamanya judi).
 
telah jauh maka dipanggil
Maksud: Telah terlewat.
 
telah karam maka bertimba
Maksud: Setelah mendapat bencana baru beringat atau menyesal
 
telah ke tengah dimakan api
Maksud: Perselisihan yang hebat dan sukar didamaikan lagi.
 
telah lulus maka diselam
Maksud: Setelah pekerjaan selesai atau terlepas baru teringat akan cara yang baik untuk
mengerjakannya.
 
telah menggoncang girik              .
Maksud: Terlalu tua.
 
telah menyelam lautan yang dalam-dalam
Maksud: Banyak pengalaman.
 
telah meraba-raba tepi kain
Maksud: Perihal orang yang sakit tenat.
 
telah penuh bagai bersukat
Maksud: Telah habis tahap kesabaran.
 
telentang sama menadah embun, tertiarap sama memakan pasir
Maksud: Orang yang seia dan sekata dalam pergaulan.
 
telinga bagai telinga rawah
Maksud: Tidak berasa malu Apabila mendengar sindiran yang tajam.
 
telinga rabit dipasangkan subang, kaki untut dipakaikan gelang, jari kudung dimasukkan
cincin
Maksud: Memuliakan sesuatu yang tidak patut dimuliakan.
 
telunjuk lurus kelengkeng berkait
Maksud: Zahirnya baik tetapi hatinya jahat.
 
telunjuk mencucuk mata
Maksud: Orang yang diberi kepercayaan membuat khianat kepada kita.
 
telur di hujung tanduk
Maksud: Dalam keadaan bahaya; serba sulit.
 
telur hari ini lebih daripada anak ayam besok
Maksud: Pendapatan hari ini lebih baik daripada pendapatan hari esok.
 
telur sesangkak, pecah satu pecah semua
Maksud: Bersatu hati dalam semua hal, rela sama-sama binasa.
 
teman ketawa senang didapati, teman menangis sukar dicari
Maksud: Mudah sahaja untuk mendapatkan kawan semasa kita senang tetapi sukar mencari
teman yang sanggup menderita ketika susah.      .
 
tembaga menunjukkan senam, besi menunjukkan karat, keris menunjukkan pamor,
manikam menunjukkan cahaya
Maksud: Sesuatu itu ada sifat yang menunjukkan baik ataupun buruk.
 
tempang gajah berjalan dik sepuntung duri di tapak kakinya
Maksud: Bencana kecil kalau didiamkan dapat menjadi bencana yang besar.
 
tempat berpijak sudah terban, tempat bergantung sudah putus
Maksud: &hilangan tempat menumpang hidup.
 
tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain
Maksud: Tempat yang memberikan kenangan pahit lagikan diingat apatah lagi tempat yang
ada kenangan manis.
 
tempayan tertiarap di air
Maksud: Orang yang tetap degil meskipun sering dinasihati.
 
tempayan yang penuh airnya itu tidak berkocak airnya
Maksud: Orang yang berilmu tidak suka bermegah-megah diri.
 
tenang-tenang menghanyutkan
Maksud: Diam-diam tetapi berbahaya.
 
tengah makan putus suap
Maksud: Baru hendak merasai senang, tiba-tiba datang kesusahan.
 
tentang lubuk lepas tuba, tentang ikan akan mati
Maksud: Menyampaikan kehendak biarlah tepat pada tempat dan waktunya.
 
tentang mata dengan mata
Maksud: Berhadapan antara satu sama lain.
 
tepuk berbalas alang berjawab
Maksud: jahat dibalas jahat, baik dibalas baik.
 
tepuk dada tanya selera
Maksud: Berfikir dahulu sebelum membuat keputusan.
 
tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi
Maksud: Cinta dan kasih tidak dapat diperoleh daripada sebelah Pihak.
 
tepung tiada berberas
Maksud: Orang yang banyak cakap tetapi tiada hasilnya.
 
teraju palingan tali, manusia palingan Allah
Maksud: Perihal hati yang cenderung kepada kebaikan.
 
terambau kerbau kerana rumput muda
Maksud: Orang yang mudah tergoda oleh kecantikan seorang perempuan muda.
 
terang kabut teduh hujan
Maksud: Mendapat kesenangan setelah menderita.
 
terang-terang daun kacang
Maksud: Mulai mengerti sesuatu; pandangan yang luas dan merata.
 
terang-terang kain
Maksud: Belum terang benar.
 
terangguk-angguk seperti rumput di pintu
Maksud: Kehidupan yang miskin dan menderita.
 
terapung sama hanyut, terendam sama basah
Maksud: Kesenangan dan kesusahan ditanggung bersama-sama.
 
terapung tak hanyut terendam tak basah
Maksud: Tiada keputusan ten tang sesuatu perkara (dalam perbincangan) .
 
terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa tahu
Maksud: Kemarahan atau kesusahan seseorang itu tidak diketahui.
 
terbalik kalang
Maksud: Pendapat yang berlawanan.
 
terbang bertumpu, hinggap mencengkam
Maksud: Jika merantau hendaklah mencari kaum keluarganya.
 
terbang burung berinsang ikan
Maksud: Sesuatu pilihan yang sudah nyata, tidak perlu memilih lagi.
 
terbuang bunga sekaki
Maksud: Kerana orang ramai, dipersia-siakan keluarga yang seorang.
 
terbuka mulut terpancut keluar hati
Maksud: Orang yang ban yak bercakap tidak boleh menyimpan rahsia.
 
tercacak seperti lembing tergadai
Maksud: Tercengang-cengang kerana tidak tahu akan apa-apa yang perlu dilakukan.
 
tercucuk hidung
Maksud: Membeli barang yang buruk dengan harga yang mahal; tertipu.
 
terentak ruas ke buku
Maksud: Hilang akal; tiada daya upaya lagi.
 
tergeser kena miang, tergegar kena rebas
Maksud: Sifat orang yang berkuasa, orang kecil jangan sedikit pun silap kepadanya.
 
tergigit lidah
Maksud: Tidak tahu malu; tidak endah akan celaan orang.
 
tergising-gising bagai anak tidak diaku
Maksud: Mendekati orang yang tidak mahu dihampiri oleh kita.
 
tergolek di nan datar
Maksud: Mendapat bahaya dik perkara yang kecil.
 
terhengit-hengit bagai rumput tengah jalan, mati segan hidup tak mahu
Maksud: Kehidupan yang melarat dan miskin; telah lama sakit.
 
terhimpit hendak di atas, kekurangan hendak di luar
Maksud: Tidak mahu bertanggungjawab terhadap kesalahan sendiri; mahu melepaskan diri
daripada kerugian.
 
terikat kaki tangan
Maksud: Tidak bebas dan tidak berkuasa lagi.
 
terimbau pada yang akan datang, tersusun pada yang akan pergi
Maksud: Menyuruh orang membuat sesuatu pekerjaan yang disukainya.
 
terjatuh dihimpit jenjang
Maksud: Berturut-turut ditimpa kesusahan.
 
terkantung-kantung macam biduk patah kemudi
Maksud: Sengsara di rantau orang dan tiada orang yang akan menolong.
 
terkejar-kejar bagai kucing jatuh anak
Maksud: Tergopoh-gapah kerana sesuatu kesusahan.
 
terkena buku buluh
Maksud: Kerana terlalu memilih, akhirnya mendapat sesuatu yang buruk.
 
terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang masam
Maksud: Orang mencari kawan kerana mahukan keuntungan sahaja dan tidak
mahu susah atau rugi, dapat untung riang jika rugi berasa pula marah.
 
terkilap-kilap bagai katak disemburi
Maksud: Orang yang diam sahaja dalam sesuatu perbincangan.
 
terkilat ikan di air sudah kutahu jantan betinanya
Maksud: Orang yang bijaksana segera tahu akan tinggi rendahnya ilmu seseorang itu melalui
gerak-gerinya dan sangat cekap mengetahui makna percakapan orang.
 
terlalai menjemput pencuri
Maksud: Oleh sebab lalai maka seseorang itu sering mengalami kerugian.
 
terlalu cepat jadi lambat
Maksud: Pekerjaan yang tergesa-gesa sering kali tidak selamat.
 
terlalu tegang menjadi putus
Maksud: Kekerasan yang melampau boleh menyebabkan putus persaudaraan.
 
terlalu tinggi jatuh, terlalu panjang patah
Maksud: Orang yang gila harta atau pangkat akan celaka akhirnya.
 
terlalu dikadang, mentah
Maksud: Oleh sebab terlalu hendak memperelok sesuatu maka hasilnya menjadi buruk.
 
terlampau duka terurah buntil, terlampau suka terurah rahsia
Maksud: Apabila terlampau duka atau susah, maka akan terjual segala barang simpanan.
Apabila terlampau suka pula akan terbuka segala rahsia.
 
terlampau lurus, kurus; terlampau cerdik, terkedek
Maksud: Hendaklah pandai-pandai membawa diri dalam pergaulan (jangan terlalu jujur dan
jangan terlalu cerdik).
 
terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik
Maksud: Sebelum bercakap hendaklah berhati-hati, kalau sudah terlanjur tidak dapat ditarik
balik.
 
terlanjur menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
Maksud: Kalau sudah terbuat sesuatu kejahatan biarlah dapat hasilnya.
 
terlayang-layang bagai bulu sehelai
Maksud: Orang memandang ringan lantaran miskin, hina, atau anak dagang.
 
terlekat kersik ke buluh
Maksud: Melakukan sesuatu yang sia-sia atau tidak mungkin dapat dilakukan.
 
terlentang berisi air, tertiarap berisi tanah
Maksud: Perihal orang yang terlalu miskin, lemah, dan tiada upaya.
 
terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau
Maksud: Terlepas daripada satu bahaya atau ketakutan, ditimpa pula bahaya atau ketakutan
yang lain.
 
terlintang oleh sanggul
Maksud: Suami yang selalu mengikut kata isterinya.
 
terloncat-loncat bagai ulat pinang
Maksud: Sangat gelisah atau resah; orang yang tidak boleh duduk diam.
 
termakan di sadah
Maksud: Kesal hati kerana tertipu.
 
termasuk ke dalam belukar onak
Maksud: Terlibat dengan kesusahan dan tidak dapat melepaskan diri.
 
ternak bergembala parak berpagar
Maksud: Harta benda harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.
 
ternanti-nanti bagai berlakikan raja
Maksud: Berhajatkan orang yang tidak hendak kepadanya.
 
terpasang jerat halus
Maksud: Dikenakan tipu muslihat.
 
terpaut bertali, tertambang berlantak
Maksud: Terikat oleh adat kerana adat itu boleh dilunasi atau diisi.
 
terpecah peluh di muka
Maksud: Sangat malu.
 
terpegang di abu hangat
Maksud: Kecewa dalam cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan
sahaja.
 
terpijak bara hangat
Maksud: Sangat gelisah kerana sesuatu perkara.
 
terpijak benang arang, hitam tapak
Maksud: Berbuat jahat, jahatlah balasannya.
 
tersabung akan induk ayam
Maksud: Jangkaan yang tidak tepat menyebabkan rasa kecewa.
 
terseberang pada air besar
Maksud: Terselamat atau terpelihara daripada bahaya besar.
 
tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang
Maksud: Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia.
 
tersesak padang ke rimba
Maksud: Habis ikhtiar sehingga tiada upaya lagi.
 
tersinggung lebih bak kena
Maksud: Lekas berasa hati.
 
tertanam di biji hampa
Maksud: Usaha yang sia-sia.
 
tertangkap basah
Maksud: Tertangkap ketika sedang beraksi dalam kejahatan.
 
tertangkap di ikan kalang
Maksud: Berlawan atau bersaing dengan orang yang lebih berani.
 
tertarung kaki boleh diinai, tertarung hati susah ubatnya
Maksud: Hati yang tersinggung kerana perkataan yang tajam dan susah untuk mengubatinya.
 
tertawa dengan perkabungan
Maksud: Ahli waris yang bersenang hati dalam masa perkabungan kerana mendapat harta
pusaka.
 
tertimbun dikais, terbenam diselam
Maksud: Menolong orang yang kesusahan; memeriksa sesuatu dengan teliti.
 
tertimpa tulah marhum ayahnya
Maksud: Susah kerana perbuatan orang tua sendiri.
 
tertumbuk biduk dikelokkan, tertumbuk kata difikiri
Maksud: Kalau menemui jalan buntu atau kesukaran dalam sesuatu perundingan, hendaklah
berusaha untuk mengatasinya.
 
tertumpang di biduk hilir
Maksud: Pekerjaan atau rundingan yang Lekas selesai atau lancar.
 
tertumpang di biduk tiris
Maksud: Ikut serta dalam usaha yang merugikan atau mengikut jalan yang salah.
 
terung buah bergantung, lobak buah berlindung
Maksud: Ada orang yang menunjukkan kekayaan dan ada pula yang menyembunyikannya.
 
tiada akan licin katak puru, jika sentiasa berhujan sekalipun
Maksud: Orang yang hodoh, betapapun berhias akan tetap hodoh juga.
 
tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya
Maksud: Orang yang cekap tidak akan terganggu oleh rintangan dalam mengerjakan sesuatu.
 
tiada berbau telunjuk saya
Maksud: Menyatakan tidak percaya kepada sesuatu cerita atau khabar.
 
tiada berbulu lagi
Maksud: Tidak berharta atau apa-apa kelebihan.
 
tiada berluluk mengambil cekerau
Maksud: Mengambil untung dengan tidak perlu bersusah payah.
 
tiada berorang di air
Maksud: Perempuan yang belum bersuami tetapi telah rosak.
 
tiada biduk karam sebelah
Maksud: Apabila seseorang mendapat kesusahan, tentu kaum keluarganya turut merasai dan
ikut menolong.
 
tiada buruk yang tak elok
Maksud: Tiada perselisihan yang tidak dapat diselesaikan.
 
tiada dapat dua keris di dalam satu sarung
Maksud: Tidak mungkin seorang perempuan bersuami dua dalam satu waktu.
 
tiada hilang bisa ular dik menyusur akar
Maksud: Tidak hilang martabat seseorang yang mulia kerana merendah diri.
 
tiada lukah yang kenyang oleh air
Maksud: Tabiat manusia yang tidak puas akan nikmat yang diperolehnya.
 
tiada membesarkan diri.
Maksud: Tidak dapat membantu keluarga kerana keperluan diri sendiri pun tidak mencukupi.
 
tiada patah yang tak tempang
Maksud: Telah berdamai tetapi perselisihan tetap meninggalkan perasaan yang tidak baik di
dalam hati.
 
tiada pendekar yang tak bolos, tiada juara yang tak kalah
Maksud : Walaupun pandai ada kalanya tersilap atau tersalah juga
 
tiada raja menolak sembah
Maksud : Tiada orang yang tidak suka dihormati.
 
tiada rotan akar pun berguna
Maksud : Kalau tiada yang baik, yang kurang baik bolehlah dipakai dahulu
 
tiada sakit makan ubat
Maksud : Menyusahkan diri sendiri dengan sesuatu yang tidak perlu.
 
tiada tahu antah terkunyah
Maksud : Melakukan sesuatu perbuatan yang tidak patut secara tidak sedar.
 
tiada telap oleh asai
Maksud: Sihat dan kuat meskipun usia telah lanjut.
 
tiada terbawa sekam segantang
Maksud: Sangat lemah dan tidak berdaya kerana sakit atau uzur.
 
tiada terbuang tahi mata oleh empu kaki
Maksud: Aib sanak saudara kita tentu kita yang memikulnya kerana tidak akan dipikul oleh
orang lain.
 
tiada terempang peluru oleh lalang
Maksud: Kehendak orang yang berkuasa tidak tertahan oleh orang yang lemah.
 
tiada terkajang batu di pulau
Maksud: Tidak terlayan kehendak orang ramai.
 
tiada terlerai kerbau berlaga dengan janjang
Maksud: Tidak dapat menceraikan orang yang sedang berkasih sayang.
 
tiada tertikam tuah oleh berani
Maksud: Orang yang bertuah tidak dapat dikalahkan dengan berani.
 
tiang pandak hendak menyamai tiang panjang
Maksud: Orang miskin hendak meniru orang besar atau orang kaya.
 
tiba di perut dikempiskan, tiba di mata dipicingkan, tiba di dada dibusungkan
Maksud: Perbuatan yang tidak adil.
 
tidak ada kusut yang tak selesai
Maksud: Tiada pertikaian yang tidak dapat diselesaikan.
 
tidak ada orang menggaruk keluar badan
Maksud: Biasanya seseorang akan berpihak kepada keluarga jika berlaku perselisihan.
 
tidak berat diampu
Maksud: Tidak perlu tergesa-gesa terhadap kerja yang tidak penting.
 
tidak berengsot dari bibir
Maksud: Tidak habis-habis disebut.
 
tidak berisi lagi, sudah tinggal kotaknya saja
Maksud: Perihal orang yang dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi.
 
tidak bernasi di balik kerak
Maksud: Orang yang sombong.
 
tidak berperut lipat
Maksud: Kurang pertimbangan atau kurang fikiran.
 
tidak bertohor kaki
Maksud: Selalu sibuk bekerja.
 
tidak dapat diungkit dengan besi panas
Maksud: Dua orang yang sangat berkasih-kasihan dan tidak dapat dipisahkan.
 
tidak dibawa orang sejambar semakan
Maksud: Orang yang tersisih daripada pergaulan.
 
tidak kekal bunga dikarang
Maksud: Kekayaan (kemuliaan/kasih) suatu waktu akan hilang atau tidak lama wujudnya.
 
tinggal kelopak salak
Maksud: Habis hartanya (kerana kecurian atau rugi dalam perniagaan).
 
tidaklah telaga mendapatkan timba
Maksud: Orang yang berhajat itulah patut mencari orang yang dihajatinya.
 
tidak makan benang
Maksud: Tidak masuk akal; tidak benar.
 
tidak makan siku-siku
Maksud: Cakap seseorang yang berleleran sahaja (tidak menurut tujuannya).
 
tidak mengetahui hulu hilirnya
Maksud: Tidak mengetahui hujung pangkalnya tentang sesuatu perkara.
 
tidak masuk buku
Maksud: Tidak termasuk dalam hitungan.
 
tidak mengenang pasang surut
Maksud: Tidak beringat pada hari tua atau kemudian hari.
 
tidak menghangat mendingin
Maksud: Tidak ambil pusing.
 
tidak sama air hujan dengan air telaga
Maksud: Orang biasa dengan orang bangsawan tidak sama darjatnya. .
 
tidak tahu di basa-basi
Maksud: Tidak tahu adat.
 
tidak tentu titik komanya
Maksud: Perkataan yang tidak tentu hujung pangkalnya.
 
tidak terindang dedak basah
Maksud: Perselisihan atau perkara yang sangat sukar untuk diselesaikan.
 
tidak usak kerbau oleh penyembelihan
Maksud: Tidak akan miskin seseorang hartawan apabila menderma.
 
tidur tak lelap makan tak kenyang
Maksud: Orang yang bersusah hati kerana banyak yang difikirkan.
 
tidur-tidur ayam
Maksud: Tidur yang mudah terbangun.
 
timbangan berat sebelah
Maksud: Tidak adil.
 
timur beralih ke sebelah barat
Maksud: Lelaki atau suami yang menurut sahaja kata wanita atau isteri.
 
timur bertukar ke barat
Maksud: Telah bertukar haluan.
 
tinggal gigi dengan lidah
Maksud: Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan atau kecurian.
 
tinggal nadi
Maksud: Perihal orang yang sedang sakit tenat.
 
tinggal sehelai sepinggang
Maksud: Habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dalam perniagaan.
 
tinggal tulang dengan kulit
Maksud: Sangat kurus tubuhnya.
 
tinggi banir tempat berlindung
Maksud: Tabiat yang aneh atau keganjilan seseorang itu ada faedahnya; setiap hal yang
istimewa itu ada faedahnya asalkan tahu untuk menggunakannya.
 
tinggi dianjung besar diambak
Maksud: &besaran seseorang itu kerana dimuliakan dan disanjung.
 
tinggi dianjung besar dipupuk
Maksud: Kebesaran yang dibuat-buat atau kemuliaan yang tidak murni.
 
tinggi disusupi, rendah dilangkahi
Maksud: Segala halangan diatasi sehabis upaya.
 
tinggi duduk daripada cangkung
Maksud: Besar belanja daripada hasil pencarian.
 
tinggi kerana ada yang rendah
Maksud: Tiap-tiap sesuatu mesti ada yang berlawanan supaya dapat dibezakan.
 
tinggi lawak-lawak
Maksud: Orang yang hanya mahu berkenalan dengan orang besar.
 
tinggi terbawa oleh ruasnya
Maksud: Orang yang tubuhnya sahaja besar tetapi masih bodoh.
 
tingkalak menghadap mudik, lukah menghadap hilir
Maksud: Segala sesuatu itu ada sifatnya (adat kelaziman) sendiri.
 
titah lalu sembah berlaku
Maksud: jika kita menurut kehendak orang, kehendak kita pun akan diikutnya pula.
 
titian air polongan asap
Maksud: Orang tengah yang mencari keuntungan.
 
titian biasa lapuk, janji biasa mungkir
Maksud: jangan percaya kepada janji kerana janji biasa dimungkiri.
 
toman makan anak
Maksud: Mencelakakan anak sendiri.
 
tong kosong berbunyi nyaring
Maksud: Orang bodoh biasanya ban yak bercakap.
 
tongkat membawa rebah
Maksud: Penyokong sendiri yang mengakibatkan keruntuhan.
 
tua-tua keladi, makin tua makin menjadi
Maksud: Orang tua yang kemuda-mudaan; orang tua yang ban yak pengalaman.
 
tua-tua kelapa, makin tua makin berminyak
Maksud: Meskipun tua tetapi baik atau berguna.
 
tua-tua lengkuas, makin tua makin buas
Maksud: Orang tua yang jahat.
 
tua-tua telur ayam
Maksud: Hanya tua sedikit saja.
 
tuah ayam boleh dilihat, tuah manusia siapa tahu?
Maksud: Tiada sesiapa pun yang dapat menentukan untung nasib seseorang itu.
 
tuah kerbau gemuk, tuah lumbung berisi, tuah manusia semuafakat
Maksud: Keunggulan kerbau kerana gemuknya, keunggulan lumbung kerana isinya (kalau
berisi padi), keunggulan manusia kerana muafakatnya.
 
tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan
Maksud: Mendapat kemalangan silih berganti; ditimpa kecelakaan yang besar.
 
tuah sebesar bukit, celaka menimpa badan
Maksud: Orang yang pandai tetapi tidak tetap pekerjaannya, oleh itu penghidupannya
menjadi susah.
 
tuah yang disembah, junjung yang dipanjat
Maksud: Pemimpin atau ketua yang diikut perintahnya.
 
tuba binasa ikan tak dapat
Maksud: Pekerjaan yang sia-sia dan merugikan.
 
tujuh kali pindah jadi papa
Maksud: Pekerjaan yang tidak tetap akan mendatangkan kerugian.
 
tukang tidak membuang kayu
Maksud: Orang yang cerdik akan sayang kepada segala macam orang kerana setiap mereka
itu ada gunanya.
 
tumbuh di tanah gembur
.Maksud: Anak gadis daripada keluarga yang mewah.
 
tumbuh pada alur sudah diturut; tumbuh pada jalan sudah ditempuh
Maksud: Segala kewajipan menurut adat sudah dikerjakan, tiada lagi yang tertinggal.
 
tumbuk tanak pada awak sendiri
Maksud: Badan sendiri yang menangani semua hal kehidupan.
 
tunggal berbeleng
Maksud: Yang hanya satu-satunya.
 
tunggang hilang berani mati
Maksud: Sikap gagah berani atau tidak gentar dalam menjalankan tugas terutama untuk
membela bangsa dan negara.
 
tunggul terbakar di tengah huma
Maksud: Rupa yang hitam.
 
turutkan hati yang geram hilang takut tinggal berani
Maksud: Kerana marah hilang takut.
 
turutkan rasa binasa, turutkan hati mati.
Maksud: Orang yang menurutkan kemahuan nafsu akhirnya akan binasa.
 
tutup lutut terbuka pusat; lepas kaki leher terjerat
Maksud: Kesalahan amat banyak dan tidak akan tertutup lagi.

U
 
ubat jauh penyakit hampir
Maksud: Seseorang yang dalam kesusahan dan sukar untuk mendapat pertolongan.
 
ubun-ubun masih berdenyut sudah angkuh
Maksud: Masih kecil tetapi sudah sombong.
 
ubur-ubur airnya hitam
Maksud: Orang yang jahat nyata pada kelakuan dan perkataannya.
 
ucap habis niat sampai
Maksud: Sesuatu hasil diperoleh dengan cepat kerana dilaksanakan dengan segera selepas
dikatakan.
 
udang dalam tangguk
Maksud: Sangat susah hati; gelisah.
 
udang hendak mengatai ikan
Maksud: Tidak insaf akan kekurangan diri sendiri; kesalahan orang nampak tetapi kesalahan
sendiri tidak sedar.
 
udang menjunjung tahi
Maksud: Orang yang sentiasa dikelilingi oleh hutang.
 
ukur baju di badan sendiri
Maksud: Membuat sesuatu pekerjaan biarlah mengikut kebolehan dan kelayakan yang ada.
 
ukur mata dengan telinga
Maksud: Menurut penglihatan dan pendengaran.
 
ular bercampur dengan belut, tak akan hilang bisanya
Maksud: Penjahat jika bergaul dengan orang baik tidak akan berubah tabiatnya.
 
ular berlingkar di gulungan tikar
Maksud: Orang jahat yang menyamar diri dalam kumpulan orang baik-baik.
 
ular bukan ikan pun bukan
Maksud: Seseorang yang payah hendak ditentukan sama ada baik atau jahat.
 
ular dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah,        tanah dipalu jangan lembang
Maksud: Mengadili perkara hendaklah seadil-adilnya.
 
ular kepala dua
Maksud: Orang munafik atau pengkhianat.
 
ulat dalam batu pun boleh hidup
Maksud: Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan walaupun di tempat yang sukar.
 
ulat lupakan daun
Maksud: Lupa akan budi baik orang.
 
umpama ayakan dawai
Maksud: Membuat sesuatu dengan tidak cermat.
 
umpama Belanda kesiangan
Maksud: Orang yang bertingkah laku seperti orang putih.
 
umpama bilah atau lidi yang terselit pada dinding dapat juga diambil akan pencungkil
gigi atau pencungkil telinga
Maksud: Seseorang yang bodoh atau bebal, suatu waktu ada Juga gunanya.
 
umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
Maksud: Sesuatu yang disayangi tetapi merosakkan.
 
umpama burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung
Maksud: Anak gadis pingitan.
 
umpama burung tumpang beramai dengan kawan yang banyak
Maksud: Orang dagang yang mencari hiburan dan kawan di negeri asing.
 
umpama gula di dalam mulut
Maksud: Pekerjaan yang mudah dilakukan (sesuatu yang sudah dikuasai).
 
umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak
Maksud: Layanan yang kurang adil.
 
umpama kambing kecil, merentak tidak memutuskan tali, berantuk tidak melembang
bumi
Maksud: Orang kecil yang dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa.
 
umpama kayu buruk, buruk di panas, reput di hujan
Maksud: Nasib malang yang tidak dapat dielakkan lagi.
 
umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri
Maksud: Orang yang bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain.
 
umpama kiambang di air, akar tidak jejak di bumi
Maksud: Tidak tetap pada suatu tempat; tidak tetap pendirian.
 
umpama memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang
Maksud: Apabila mendengar nasihat, pilihlah yang baik dan buangkan yang buruk.
 
umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
Maksud: Orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan jua.
 
umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham
Maksud: Kalau tiada yang baik, barulah dipakai yang kurang baik.
 
umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja
Maksud: Pemberian yang tiada ertinya atau amat sedikit.
 
umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung
Maksud: Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dilaksanakan mengikut aturannya.
 
umpan habis, ikan tak kena
Maksud: Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.
 
umpan seumpan, kail sebentuk
Maksud: Melakukan sesuatu usaha tanpa persediaan yang cukup.
 
umpat dan puji tidak pernah bercerai
Maksud: Selama ada umpat selama itu ada puji.
 
unjuk yang tiada diberikan
Maksud: Suatu janji yang tidak ditepati.
 
untuk tabuh singkat, untuk genderang panjang
Maksud: Sesuatu yang tidak dapat digunakan untuk sebarang maksud.
 
untung bagai untung kapas
Maksud: Orang yang banyak penanggungnya.
 
untung sebagai roda pedati
Maksud: Nasib manusia berputar-putar turun dan naik.
 
untung sepanjang jalan, malang sekejap mata
Maksud: Kemalangan itu terjadi dengan tiba-tiba, oleh itu berwaspadalah.
 
untut bertambah kulitnya
Maksud: Orang kaya yang bertambah kaya.
 
unyai bak hujan pagi
Maksud: Mesyuarat atau percakapan yang tidak penting tetapi berpanjang-panjangan;
pekerjaan yang dibuat lambat-lambat atau terhenti-henti padahal boleh dibuat lekas.
 
upah bidan pun tak terbayar
Maksud: Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya.
 
upah diterima, kerbau pincang
Maksud: Nasib sial atau malang.
 
urat malang, pangkal celaka
Maksud: Perbuatan yang memberi mudarat kepada orang yang melakukannya.
 
usaha menjalani, nasib menyudahi
Maksud: Kewajipan manusia mengusahakan, hasil terserah kepada takdir
 
uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar, daunnya tempat berteduh
Maksud: Orang yang kaya dan banyak kelebihan menjadi tempat orang susah mendapatkan
pertolongan.
 
usahlah teman dimandikan pagi
Maksud: Usahlah dipermain-mainkan dengan sanjungan yang berlebih-lebihan.
 
usang dibarui, lapuk dikajangi
Maksud: Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang
kurang baik diperbaiki.
 
usul-usul, asal-asal; jangan ditinggalkan
Maksud: Mengerjakan sesuatu hendaklah dengan berhati-hati; dalam mengerjakan sesuatu
hendaklah diperhatikan benar-benar sejak pekerjaan itu dimulakan.

W
 
walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga
Maksud: Bagaimana sekalipun diajar, orang yang biadab akan kelihatan juga perangainya
yang kurang baik.
 
walau ikan yang diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga
Maksud: Sepandai-pandai atau sekuat-kuat manusia adakalanya silap juga.
 
walaupun ada umpan belum tentu ada ikan
Maksud: Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum
tentu akan berhasil dengan baik.
 
walaupun diam dalam lautan garam sekalipun ikan tetap tidak akan masin
Maksud: Orang yang ada waja diri, tidak dapat dipengaruhi oleh persekitaran.
 
wayang kepadaman damar
Maksud: &adaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba.
 
wau putus tali
Maksud: Orang yang hidup tanpa pedoman atau tiada pegangan hidup.

Y
 
ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan
Maksud: Mudah berjanji tetapi sukar menepatinya.
 
yang baik dipakai yang buruk ditinggalkan
Maksud: Sesuatu yang berguna akan dipakai tetapi yang tidak berfaedah dibuang sahaja.
 
yang bengkok juga yang dimakan sarung
Maksud: Orang yang bersalah atau dihukum.
 
yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud: Susah senang sama-sama dirasai.
 
yang berat tidak terpikul, yang ringan tidak terjinjing
Maksud: Sudah terlalu tua, tidak mampu lagi untuk melakukan sebarang kerja.
 
yang bergaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang
Maksud: Pekerjaan dilakukan mengikut adatnya (mengikut aturan biasa).
 
yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher
Maksud: Orang yang menjamin orang berhutang terpaksa membayar hutang tersebut kerana
yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.
 
yang berkurap pembawa buluh, yang buta penghembus lesung, yang lumpuh penunggu rumah,
yang pekak pencucuh meriam
Maksud: Meskipun cacat, namun tetap berguna kepada orang lain.
 
yang berpayung yang ditembak
Maksud: Jikalau anak buah yang bersalah tentulah yang akan dituntut ketuanya; orang yang
berkuasalah tempat meminta pertolongan.
 
yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga
Maksud: Orang bodoh biasanya ditipu oleh orang yang pandai.
 
yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang
Maksud: Keuntungan atau kemewahan datang daripada pelbagai punca; orang yang bertuah
mendapat keuntungan dari mana-mana sahaja.
 
yang dahulu mendapat yang kemudian ketinggalan
Maksud: Pengganti yang sekarang lebih bodoh daripada yang digantikan.
 
yang diamalkan sudah pecah, yang dimaksudkan sudah tercapai
Maksud: Segala maksud dan tujuan sudah tercapai atau hajat telah sampai.
 
yang digali dalam, yang digantung tinggi
Maksud: Sesuatu perkara yang sudah ada keputusannya.
 
yang dijemput tak datang, yang menjemput tak kembali
Maksud: Keuntungan yang dicari tidak dapat sedangkan modal yang sedia ada susut atau tidak
kembali sama sekali.
 
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Maksud: Keuntungan yang diharap tidak didapati dan yang telah ada lesap pula.
 
yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi
Maksud: Melihat sesuatu menurut keadaannya yang terbukti dan boleh disaksi.
 
yang disangka tidak menjadi, yang diam boleh ke dia
Maksud: Orang lain yang berikhtiar orang lain pula yang memungut hasilnya.
 
yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam
Maksud: Orang yang lebih malas disuruh mengerahkan (mengawasi) orang yang malas, sia-sia
belaka akhirnya.
 
yang elok budi yang indah bahasa
Maksud: Budi bahasa yang baik itulah yang mampu menyelamatkan jiwanya.
 
yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga
Maksud: Perkahwinan dan sebagainya eloklah dengan yang sama pang kat atau kedudukan.
 
yang hampa biar terbang, yang bernas biar tinggal
Maksud: Yang tidak berguna itu biarlah hilang tetapi yang baik itu biarlah kekal.
 
yang hidup sesarkan mati
Maksud: Tiap-tiap sesuatu itu ada batasnya dan ada pula penggantinya.
 
yang hitam susah menjadi putih tetapi yang putih mudah menjadi hitam
Maksud: Orang jahat sukar berubah menjadi baik tetapi orang baik mudah berubah dan berbuat
jahat.
 
yang jauh berpanggilan, yang dekat berimbauan
Maksud: jauh diundang dengan surat, dekat cukup diundang dengan mulut sahaja.
 
yang jauh tak terjelang, yang dekat tak ditandangi
Maksud: Sudah terlalu uzur.
 
yang jauh telah berjemput, yang hampir telah tiba
Maksud: Tentang jemputan yang telah sempurna.
 
yang kuat pembawa beban, yang berani pelawan musuh, yang cerdik pelawan perkara, yang
kaya pelawan dunia
Maksud: Setiap orang ada kelebihan dan mempunyai kegunaan sendiri.
 
yang lahir menunjukkan yang batin
Maksud: Gerak-geri dan tingkah laku seseorang itu menunjukkan isi hatinya.
 
yang lupa ketinggalan, yang lelap kemalingan
Maksud: Orang yang lalai akan kerugian.
 
yang makan lada jugalah yang berasa pedas
 
yang menanti padang tak berumput, yang mendatang kurus kedut-kedut
Maksud: Orang yang lapar meminta pertolongan kepada orang yang melarat.
 
yang melanting yang akan dipilih, yang terserak tidak dikampungkan lagi
Maksud: Mestilah hemat tetapi apabila perlu jangan kikir mengeluarkan belanja.
 
yang pekerjaan utus (utas) bukan pekerjaan kera
Maksud: Orang yang suka mempedulikan pekerjaan orang lain biasanya akan ditimpa bencana
kerana perangainya yang tidak baik.
 
yang rebah ditindih
Maksud: Yang sudah miskin bertambah miskin kerana diperas atau ditindas.
 
yang rendah jua yang terturut air
Maksud: Orang yang kayalah yang semakin kaya.
 
yang sakit hendak makan pulut, yang segar hendak makan gulai
Maksud: Nasib yang berbeza menyebabkan keinginan pun berbeza.
 
yang secupak takkan jadi segantang
Maksud: Rezeki yang telah ditetapkan sebanyak itu tidak akan bertambah lagi.
 
yang seorang memeram batu, yang seorang memeram pisang
Maksud: Perbezaan pendirian; seorang dapat menunggu, seorang lagi tidak.
 
yang setitik dilautkan, yang sekepal digunungkan
Maksud: Harta yang sedikit dikembangkan menjadi bertambah banyak.
 
yang tajam tumpul, yang bisa tawar
Maksud: Dengan berkat ubat atau doa, sesuatu penyakit dapat disembuhkan; kerana
percakapan yang manis atau lemah lembut sesuatu sengketa hilang.
 
yang tegak disokong, yang lemah ditopang
Maksud: Orang kaya biarlah bertambah kaya tetapi yang miskin patut dibantu.
 
yang tak diarah kena, yang diarah tak kena
Maksud: Nasib tidak dapat ditolak, bencana pula tidak dapat dihindarkan.
 
yang tinggi tampak jauh, yang dekat julung (jolong) bersua
Maksud: Dalam sesuatu usaha, pemimpin bertanggungjawab akan mendapat pujian dan
celaan.
 
yang tua dimuliakan, yang muda dikasihi
Maksud: Orang yang pandai membawa diri.

Z
 
zahir menunjukkan batin
Maksud: Tingkah dan kata membayangkan hati.
 
zaman beralih musim bertukar
Maksud: Sesuatu itu tidak tetap (sentiasa berubah-ubah).
 
zaman puntung berasap
Maksud: Zaman dahulu yang belum ada kemajuan.

Anda mungkin juga menyukai