Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SIOL KANAN Kod Sekolah: YBA1209

1. Nama Guru HELMI BIN ISMUNI

KEMAHIRAN LITERASI ASAS


2. Judul 3. Bidang: PENDIDIKAN

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Penulisan bahagian awal buku ini menceritakan tentang kerangka teori serta definisi literasi asas
yang menjadi landasan untuk kandungan buku ini. Kandungan buku ini disusunkan dalam tiga
bahagian iaitu literasi asas bahasa, literasi asas khusus yang memberikan tumpuan kepada
kanak-kanak berkeperluan khas, dan literasi asas pelbagai bidang seperti numerasi, sains,
sosiokomunikasi dan literasi teknologi.

Untuk pengetahun, topik berkaitan dengan kemahiran literasi asas bahasa disusun mengikut
tahap perkembangan kanak-kanak secara berperingkat. Pada umumnya, kemahiran literasi asas
pertuturan dibina oleh kanak-kanak sebelum kemahiran praliterasi. Kedua-dua kemahiran
pertuturan dan kemahiran praliterasi akan menyumbang kepada perkembangan kemahiran
membaca dan menulis. Oleh itu, bab perkembangan pertuturan dan praliterasi disusun
mendahului bab kemahiran membaca dan menulis. Memandangkan kanak-kanak di Malaysia
perlu mempelajari dwibahasa, maka kemahiran membaca diterangkan dari perspektif bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris.

Di samping itu, literasi khusus berfokus kepada kanak-kanak berkeperluan khas berkenaan
dengan literasi Braille serta literasi kod tangan. Bahagian literasi pelbagai bidang pula, akan
menghuraikan literasi sains, numerasi, sosiokomunikasi dan teknologi. Setiap bab dihuraikan
berlandaskan kerangka seperti berikut iaitu, Penjelasan tentang konsep kemahiran literasi asas,
Kepentingan kemahiran literasi asas dalam perkembangan kanak-kanak, Strategi (pendekatan,
kaedah, ataupun teknik)untuk memupuk kemahiran literasi tersebut, dan Teknologi atau media
yang bersesuaian untuk menyokong perkembangan kemahiran literasi asas tersebut.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Kesimpulannya, semua kanak-kanak seharusnya berpeluang untuk belajar bersama-sama


dengan rakan sebaya secara inklusif. Komuniti setempat perlu mengakui serta menyediakan
keperluan pendidikan untuk melayani kepelbagaian keupayaan kanak-kanak. Buku ini
merupakan usaha awal Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia untuk
menyebarluaskan ilmu dan amalan literasi asas untuk mendidik kanak-kanak. Penulisan ini
diharapkan menjadi perintis kepada penulisan lanjutan dalam bidang literasi dari perspektif yang
lebih menyeluruh dan terkini. Kefahaman tentang literasi telah diperluaskan sejak 50 tahun
kebelakangan ini selari dengan perkembangan dunia pendidikan yang pesat pada era globalisasi.
Secara tradisi, literasi dari perspektif yang lebih sempit adalah sekadar memperlihatkan
keupayaan seseorang untuk membaca dan menulis dalam sesuatu bahasa. Namun,
kebelakangan ini konsep literasi telah diperluaskan daripada hanya kemahiran membaca dan
menulis kepada kemahiran sosial manusia untuk menangani perkembangan ekonomi serta
sosiobudaya masyarakat agar kanak-kanak berupaya untuk terlibat dan berfungsi sepenuhnya
dalam sesebuah komuniti.

Diharap, buku ini mampu membantu kanak-kanak sepenuhnya kerana kini, istilah literasi turut
digunakan untuk merujuk pelbagai jenis kemahiran, sebagai contoh kemahiran literasi visual,
kemahiran literasi maklumat serta kemahiran literasi saintifik. Penulisan ini menerangkan
kerangka teori serta definisi literasi asas yang menyokong penulisan kandungan buku ini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini amat sesuai digunakan guru pelatih, guru dalam perkhidmatan, ibu bapa serta individu
yang berminat dan terkibat dalam proses mendidik kanak-kanak. Guru yang disasarkan
termasuklah guru yang berkhidmat di taska, prasekolah, sekolah rendah serta program
pendidikan khas.

Jadi, pendidikan yang diperoleh di rumah dan sekolah merupakan pengalaman awal dalam
proses pembelajaran seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak perlu diajar dan diterapkan dengan
pelbagai kemahiran asas agar mereka bersedia untuk memasuki peringkat pendidikan formal.
Setiap kemahiran asas ini mempunyai peranan tersendiri dalam proses perkembangan kanak-
kanak.

Oleh itu, seseorang pendidik atau ibu bapa kepada kanak-kanak mempunyi peranan penting
dalam membekalkan kanak-kanak dengan pelbagai set kemahiran asas. Set kemahiran ini dapat
membantu kanak-kanak agar berupaya berfungsi dalam komuniti, memberikan sumbangan dalam
kehidupan bermasyarakat serta kemandirian mereka dalam realiti dunia pendidikan dan
kehidupan masa kini yang semakin mencabar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(HELMI BIN ISMUNI) ( )

Anda mungkin juga menyukai