Anda di halaman 1dari 5

Penentangan anak-anak watan terhadap penjajah berasaskan nilai tradisional dan

adakalanya mistik.

PENDAHULUAN

Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, telah lahir ramai anak watan dari pelbagai latar

belakang yang bangkit menentang penjajahan terhadap tanahair mereka. Kedatangan pihak

penjajah yang sewenang-wenangnya merubah struktur pentadbiran tempatan telah

mendatangkan banyak kesulitan kepada penduduk-penduduk tempatan.

Faktor-faktor mengapa masyarakat dan pemimpin-pemimpin tempatan memberontak

terhadap kuasa penjajah ini harus diambil kira sebagai titik tolaknya penentangan anak-anak

watan terhadap pihak penjajah. Antara faktor yang menjadi duri dalam daging permasalahan

ini adalah faktor sosioekonomi, adat resam dan agama serta politik. Ketidakpekaan terhadap

keperluan dan kebiasaan masyarakat tempatan telah membangkitkan ideologi-ideologi

penentangan ini.

Gerakan penentangan ini pada dasarnya telah bermula sejak dari penjajahan pihak

Portugis ke atas Melaka lagi. Kemudian diikuti dengan pihak Belanda yang cuba menguasai

ekonomi di Selat Melaka. Penaklukan Siam terhadap kerajaan Kedah juga telah

membangkitkan gerkan protes di kalangan pemerintah dan pembesar kerajaan Kedah.

Namun demikian, penjajahan dan campur tangan pihak British di Tanah Melayu, Sabah dan

Sarawak telah melibatkan penentangan yang paling banyak dalam sejarah tanahair.

Tindak tanduk kuasa asing terhadap yang campur tangan dalam urusan pentadbiran

pemerintahan tempatan serta cuba mengambil alih tompok kepimpinan kerajaan telah

menyebabkan ideologi penentangan terhadap penjajah asing ini semakin membara. Tindakan

para penjajah terutamanya pihak British dalam penguatkuasaan undang-undang mereka

dalam berhubung dan berdiplomatik dengan pemerintah tempatan juga telah membangkit dan

menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.


PENENTANGAN ANAK WATAN DI SARAWAK

Sarawak, di awal sejarah pentadbirannya adalah di bawah naungan kerajaan Brunei.

Gabenor yang dilantik oleh kerajaan Brunei ini dibantu oleh pemimpin-pemimpin tempatan

Sarawak yang terdiri daripada Datuk Patinggi, Dato Bandar dan Datu Temenggong.

Kehadiran kerajaan Brooke sebagai pemerintah dan pentadbir Sarawak telah merubah

senario pemerintahan dan mencetuskan banyak konflik dan penentangan terhadap tompok

pemerintahan Raja Putih yang pertama di Sarawak.

Penentangan terhadap Raja Brooke di Sarawak bukan didominasi oleh satu kaum

sahaja. Pemerintahan Brooke di Sarawak, telah mendapat tentangan daripada kaum Melayu,

Melanau, Cina dan Dayak. Ini adalah kerana Sarawak dikenali sebagai sebuah wilayah yang

didiami oleh pelbagai kaum dan agama. Kehadiran Brooke di Sarawak adalah berpunca dari

gerakan proses terhadap kerajaan Brunei. Rakyat Sarawak menentang wakil kerajaan Brunei

pada ketika itu, iaitu Pengiran Mahkota yang dilihat sebagai menindas rakyat Sarawak

dengan mengenakan cukai yang tinggi dan bertindak sesuka hati dalam berurusan dengan

pemimpin tempatan. Pemberontakan ini sukar untuk dibendung walaupun Sultan Brunei telah

mengarahkan Pengiran Muda Hashim untuk menyelesaikan masalah. Kegagalan ini berpunca

daripada peranan Pengiran Mahkota masih dikekalkan walaupun rata-rata rakyat Sarawak

mahu beliua disingkirkan.

James Brooke tiba di Sarawak pada 15 Ogos 1839 apabila Pengiran Muda Hashim

telah meminta bantuan James Brooke untuk menghapuskan pemberontakan. 1 Kemudiannya

James Brooke telah menjadi Rajah Sarawak dan berusaha mengukuh kekuasaan beliau

dengan cuba mengurangkan pengaruh kerajaan Brunei dengan melantik pemimpin-pemimpin

anak watan Sarawak dalam jawatan kerajaan. Dengan pelantikan golongan tertentu

terutamanya golongan keturunan “Abang” dalam pentadbiran dan pengenalan undang-undang


1
S. Baring-Gould dan C.A. Bampfylde, A History of Sarawak Under. Its Two White Rajahs, 1839-1908,
London, 1909.
dari acuan barat2, ia telah menyebabkan rasa tidak puas hati dikalangan golongan kaum lain

di Sarawak.

James Brooke telah mendapat tentangan daripada seorang pemimpin Iban yang

bernama Rentap kerana tindakan James Brooke yang memusnahkan penempatan orang Iban

di Sungai Skrang. James Brooke bertindak membakar penempatan orang Iban tersebut kerana

menganggap orang Iban ini adalah golongan lanun. Pertempuran yang dikenali sebagai

Gerakan Rentap ini berlansung dari tahun 1849 hingga 1861. Kedudukan Rentap menjadi

semakin kukuh apabila beliau membina kubu di Sadok. Beberapa percubaan oleh Rajah

Brooke untuk menghancurkan kubu Rentap di Sadok tidak berjaya sehinggalah kubu tersebut

dapat ditawan pada tahun 1861. Tertawannya kubu Sadok ini telah memaksa Rentap

mengundurkan diri ke Entabai dan seterusnya ke Wak, Julau sehingga beliau

menghembuskan nafas terakhirnya di Tembawai Panggil.

Penentangan yang seterusnya melibatkan seorang lagi pejuang Sarawak iaitu Syarif

Masahor. Beliau mempunyai pengaruh yang amat besar di kalangan masyarakat Islam dan

bukan Islam di di Bahagian Sarikei. Syarif Masahor berasal dari kampung Igan dan

merupakan seorang yang berpendidikan dan bercita-cita tinggi. Pemimpin yang berilmu ini

dianggap oleh pentadbiran Brooke sebagai pengacau.3

Syarif Masahor telah menjadi pemerintah Sarikei sejak tahun 1849 dan mempunyai

hubungan kekeluargaan dengan Datu Patinggi Abdul Ghafur. Apabila Datuk Patinggi Abdul

Ghafur dipecat padan tahun 1854, beliau telah mengadakan pakatan dengan Syarif Masahor

untuk menentang Rajah Brooke. Mereka berdua menentang James Brooke kerana mereka

kehilangan kuasa memungut cukai dan kehilangan pengaruh terhadap penduduk tempatan.

Pembunuhan wakil Sultan Brunei dan mertua kepada Syarif Masohor adalah titik tolak

kepada penyerangan Mukah sebagai balas demdam kepada episode pembunuhan tersebut.

2
Buyung Adil, Sejarah Sarawak, 1981 : hal. 22-24
3
Robert Pringle, Rajahs and Rebels, hal. 113.
Serangan ini tidak berjaya dan Syarif Masahor telah dilucutkan jawatan beliau sebagai ketua

di Sarikei.

Serangan demi serangan dilakukan oleh Syarif Masahor di Kanowit dan juga di

Sadong serta Kuching. Namun semua serangan tersebut telah digagalkan akibat adanya

pengkhianat dalam pasukan Syarif Masahor sendiri iaitu Pengiran Matusin. Syahrif Masahor

telah ditangkap dan dibuang negeri ke Singapura.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Kerajaan Rajah Brooke di Sarawak bukanlah sebuah kerajaan yang

mendominasi wilayah dengan sewenangnya. Gerakan awal penentangan tertumpu kepada isu-

isu perlanunan dan kewibawaan pentadbiran. Orang Iban dan orang Cina tidak mahu amalan

tradisi mereka diganggu. Orang Melayu pula dicabar kepimpinan dan kewibawaan mereka

dalam mentadbir negeri. Namun demikian, perkara-perkara yang membangkitkan ideologi

penentangan ini adalah akibat daripada permasalahan seperti tanah, adat, pembunuhan serta

penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang baru yang tidak dapat diterima oleh

pemimpin tempatan. Walaupun Gerakan protes ini kebanyakannya menyebelahi Rajah

Brooke, ideologi-ideologi penentangan tidak terhapus sepenuhnya.

Rujukan

Buyung Adil, Sejarah Sarawak, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.

Sabihah Osman, Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak, 1841-1941, Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.
S. Baring-Gould dan C.A. Bampfylde, A History of Sarawak Under. Its Two White
Rajahs, 1839-1908, London, 1909.

Anda mungkin juga menyukai