Anda di halaman 1dari 10

Kemerdekaan Sabah dicemburui oleh James Brooke.

1. Sabah adalah antara negeri terawal yang merdeka. Ia adalah fakta sejarah. Malah terdapat
penduduknya direkodkan menyerang, membakar, menghapus, dan menghalau para penjajah
kulit putih dengan stail, hinggakan mereka terpaksa berhempas pulas mendaki gunung tinggi
semata-mata untuk menyerang balas. Beliau yang dikejar ialah Mat Salleh.

2. Namun kita tidak membicaran Mat Salleh. Mungkin di episod akan datang.

3. Kali ini kita merungkai satu peristiwa sejarah yang benar. Sahih. Direkodkan dengan baik oleh
pegawai Eropah, para pengembara, pedagang, dan orang lalu-lalang. Sebelum itu kita ulangkaji
sebentar rentetan awal sebelum surah ini dibuka.

4. Seperti yang kita maklum, Sabah ditadbir oleh dua kesultananan, Brunei di Barat dan Sulu di
Timur.

5. Penjajahan Brunei di Sabah bermula seawal 1400-an dimana Sultan Bolkiah berjaya menyatukan
hampir keseluruhan tanah Borneo ketika itu, sejauh Manila, di bawah satu bumbung. Portugis,
yang baru saja menawan Melaka, tiba di Brunei dan menggelarkannya satu pulau ini sebagai
Borneo - pelat Portugis untuk Brunei, menunjukkan betapa luasnya jajahan takluk Bolkiah.

6. Sehinggalah pada 1780an apabila berlaku pemberontakan di Brunei mengundang kepada


bantuan Sultan Sulu. Lantas sebagai tanda terima kasih, keseluruhan pantai timur Sabah
diberikan kepada Sultan Sulu. Menjelang 1800-an penjajahan Sultan Sulu secara efektifnya
bermula. Ini terbukti apabila British ingin membuka bandar di Pulau Balambangan di utara
Kudat, mereka meminta surat kebenaran hanya dari Sultan Sulu, bukan Brunei.

7. Perkara pertama yang dilakukan Sultan Sulu ialah membuka kampung. Imigrasi digalakkan.
Orang-orang kuat Sultan, terutamanya golongan bangsawan, lebih tepat yang mempunyai
pangkat gelaran dilantik sebagai wakil sultan di kampung baru. Kawasan pesisir pantai Sabah
mula diduduki secara berperingkat. Orang-orang Tausug dan Iranun mula membuka tanah
sejauh 20 ke 40 batu dari pantai ke pedalaman. Di mana ada sungai di situ dibina perkampungan.
Lama-kelamaan satu sistem pentabdbiran ala kampung dimulakan. Pendek kata di mana ada
kampung Sulu dan Iranun (yang merupakan imigran terbesar), di situ de facto Brunei terhapus.

8. Perkara kedua yang dilakukan Sultan Sulu ialah meminta agar kampung-kampung di tanah
jajahan baru tadi menghantar segala produk perniagaan mereka ke Sulu. Oleh itu wakil Sultan di
kampung baru ini telah membuka `tender` kepada penduduk - “bekalkan produk kepada kami,
kam akan melindungi anda”. Ini kaedah tradisional orang Melayu berniaga, teknik yang diwarisi
dari zaman Srivijaya- bisnes orang tengah. Kini orang Cina sudah melopori bidang ini.

9. Berbalik kepada poin no. 3. Antara kesemua kampung, Marudu yang terletak di Teluk Marudu di
utara Sabah, menjadi antara daerah cemerlang. Ia disebabkan pembesar di situ, bernama Sharif
Osman, sangat bijak. Beliau berkarisma tinggi. Berkepimpinan. Beliau lebih baik dari Najib
Rosmah.
10. Perkara pertama yang Sharif Osman lakukan ialah mengahwini anak Sultan Sulu ketika itu, Sultan
Pulalun. Nama isterinya ialah Dayang Sahaya. Abang Dayang Sahaya, Datu Buyo, merupakan Raja
Muda Kesultanan Sulu. Perkahwinan ini menjamin kedudukan Sharif Osman di Marudu - disegani
kawan dan musuh.
11. Perkara kedua yang Sharif Osman lakukan ialah mewujud dan menguatkan sistem pentadbiran
perniagaan. Beliau menguatkan pengaruh di pedalaman, meminta orang-orang di sana
membekalkan Marudu dengan hasil-mahsul hutan. Masyarakat di sekitar sungai pula
menghasilkan beras dan tembakau. Mereka yang tinggal di laut, membekalkan hasil laut.
Menjelang awal 1830-an, sedar dengan market demand yang tinggi oleh apek Cina, Sharif
Osman memsasarkan KPI pengeluaran produk-produk berikut: sarang burung, ikan, trepang,
telur penyu, mutiara, kerang, rumpai laut, dan kulit penyu itu sendiri, rotan, getah, dan gaharu.
12. Perkara ketiga yang Sharif Osman lakukan ialah membina pelabuhan yang terbaik, lengkap, dan
selamat dari ancaman Lanun. Beliau membuka kubu di Sungai Besar (Kini dinamakan Sungai
Langkun) seluas 2batu persegi, dikelilingi 3 lapis pagar kayu yang tebal. Di dalamnya terdapat
kubu meriam, gudang, armori senjata, dan beberapa blok pentadbiran dan rumah. Stor juga
turut dibina. Segala kutipan hasil-hasil tadi disimpan dahulu di stor ini sebelum diekport ke Cina.
13. Pekara keempat yang Sharif Osman lakukan ialah aspek pertahanan kota dari serang lanun.
Rantai besi direntaskan di sungai sebagai pertahanan. Beliau juga menjalin hubungan dengan
orang-orang Laut, dan meminta mereka melindugi Marudu dari serangan Lanun. Siapalah yang
kawal laut, dia berkuasa.
14. Kesemua 4 tindakan di atas telah berjaya mewujudkan atmosfera perniagaan yang baik di
Marudu. Para pedagang Cina malah hingga ke tahap membuka penempatan di sekitar Teluk
Marudu kerana tertarik dengan keuntungan yang dijana. Ia sampai ke pengetahuan British di
mana pedagang Bugis melaporkan telah melihat adanya perkampungan Cini di sana.
15. Menjelang 1830 ke 1870an, kedua-dua kesultanan di timur dan barat Marudu senang stress. Di
Brunei pemberontakan di tanah jajahan Sarawak semakin sukar dibendung. Sultan Brunei
meminta James Brooke bantu meleraikan sebagai janji akan diberikan tanah. Memburukan
keadaan, konflik pereutan kuasa di kalangan pangeran semakin mencemaskan. Pentadbiran di
Borneo Utara terganggu-gugat.
16. Menjelang 1830an ke atas juga, Sultan Sulu tidak tidur lena akibat bedilan meriam kapal arahan
Raja Sepanyol terutamanya di Balangigi dan Jolo. Beberapa kota di jajahan Sulu mula diduduki
oleh Sepanyol seperti Basilan dan Palawan. Perjanjian di buat bermula tahun 1836 malah
melemahkan lagi pengaruh Sulu.
17. Kesemua ini disedari oleh Sharif Osman. Ini peluang buat beliau.
18. Namun tidak seperti Tunku Abdul Rahman yang meminta segala rakyat jelata berhimpun di
stadium untuk sambut kemerdekaan, di Marudu Sharif Osman secara rasminya menggelarkan
diirinya sebagai Raja Marudu. Dengan mengambil kira poin no. 15 dan 16, para sejarahwan
berpendapat tarikh kemerdekaan Marudu dianggarkan sekitar tahun 1830-an.
19. Ini merupakan detik penting. Belum pernah dalam mana-mana sejarah Malaysia, sebuah
pembesar mengumumkan kemerdekaan sebelum 1900-an. Di Semenanjung para Sultan-Sultan
Melayu bergelut dengan campurtangan British di negeri mereka, mengundang pemberontakan
pembesar dan perlantikan residen. Satu-satu negeri-negeri Melayu jatuh ke tangan British
(Sebagai pretoctorate). Ini belum mengambil kira serangan dari Siam dan perjanjian sulit yang
diadakan yang melemahkan pengaruh Sultan-Sultan Melayu ketika itu.
20. Namun, nun jauh di utara, di sebuah teluk bernama Teluk Marudu, sebuah kerajaan dan
berpentabdiran baru sahaja diwujudkan. Konflik di Brunei dan Sulu yang melarat mewujudkum
vakum kuasa di utara Borneo, dan Sharif Osman dengan segala pengaruh dan prestij beliau,
lantas menjadi Raja di situ.
21. Gabenor British di Singapura mengiktiraf Sharif Osman sebagai Raja.
22. Sharif Osman mula melebarkan pengaruh dan jajahannya. Satu ekspedisi dihantar ke Pulau Bangi
menuntut penduduk di situ tunduk kepada Raja Marudu. Satu lagi ekspedisi dihantar ke Pulau
Balabac (Kini FIlipina) menuntut perkara yang sama. Para pembesar daerah seperti di Ambong,
Tempasuk dan Pandasan yang meskipun bukan jajahan rasmi Marudu, namun merupakan
sekutu kuat Sharif Osman dan membekalkan Marudu dengan bahan-bahan kayu yang penting
untuk pembinaan kapal dan perahu. Anak Sharif Osman (Sharif Yassin) pula dihantar menjadi
pemerintah di kawasan Labuk Sugut (Sandakan sekarang).
23. James Brooke, yang pada tahun 1840-an sering ke Brunei untuk berjumpa Sultan berhubung
status Labuan, resah tidak keruan.
24. Munculnya negeri baru yang merdeka tidak jauh di tanah baru beliau (Sarawak dan Labuan),
menggelisahkan James Brooke, lebih-lebih lagi apabila dikhuatrii negeri baru ini merencat impian
beliau untuk menakluk Borneo Utara. Perdagangan yang mantap di Teluk Marudu membuatkan
James Brooke cemburu.
25. Siapa James Brooke?
26. Pada poin no. 15, tatkala Brunei berdepan dengan pemberontakan di tanah jahahan, James
Brooke, seorang pengembara British yang lahr di India pada tahun 1803, yang kebetulan ke
Sarawak pada tahun 1838 untuk bersiar-siar di sepanjang sungai Sarawak, diminta memberikan
bantuan oleh Pangera Raja Muda Hisyam, gabenor Brunei di sana. Sebagai balasan, Brunei
menghadiahkan Sarawak kepada James Brooke pada 24 Disember 1841. Full Stop.
27. Pihak British sendiri kurang senang dengan tingkah-laku James Brooke yang penuh kontroversi.
28. Berbalik kepada poin no.24, setelah mengetahui terdapanya sebuah negeri merdeka di utara
Sabah, beliau menggelarkan Sharif Osman sebagai lanun.
29. Sharif Osman, seorang pemimpin berkarisma, berkepimpinan tinggi, bijak dan berpegaruh yang
telah berjaya membangunkan Marudu dari ground zero menjadi sebuah pelabuhan, yang
beristerikan anak sultan, bersahabat baik dengan Pangeran Usop (Perdana Menteri Brunei), arif
dengan urusan import eskport, mahir berkata-kata dan menyatukan semua penduduk, juga
seoraang artikek yang hebat dengan membina fasiliti kota dan pelabuhan yang lengkap,
berpandangan jauh sebagai seorang pemimpin, serta berdarah keturunan syarif Arab, di mata
James Brooke beliau hanyalah seorang lanun. Marudu adalah Sarang Lanun.
30. Sharif Osman yang diktiraf Gabenor Singapura (Sekarang setaraf Prime Minister of SIngapore),
adalah seorang lanun. Apabila kita sebut lanun, cuba lihat Jack Sparrow. Mana mungkin Jack
Sparrow boleh mentabdir satu negeri? Malah kampung pun jauh sekali.
31. James Brookee lantas ke Singapura, Ke India, Ke Britain membawa segala dokumen yang
mengesahkan Sharif Osman sah lanun.
32. Laksamana Perang British ketika itu iaitu Sir Thomas Cochrane dan Pegawai Kolonial di sana
berbelah bagi dengan dakwaan James Brooke. Namun mereka akur dengan dakwaan James
Brooke, dengan andaian beliau lebih arif dan memahami sosio-politik di Borneo ketika itu.
James Brooke memberikan hujah bahawa tindakan itu perlu untuk membasmi masalah
perlanunan.
33. Sejarah ditulis oleh pihak yang menang - dan ini terbukti di dalam kes Marudu. Tindakan James
Brooke menggelarkkan Marudu sebagai sarang lanun mengubah sosiosejarah borneo pada masa
itu. Poin-poin di bawah adalah catatan perang, `live` dari Teluk Marudu, seperti yang dilaporkan
Cohcrane.
34. Laksamana Perang British, Sir Thomas Cochrane tiba di Teluk Maludu pada tahun Ogos 1845.
British datang dengan tiga buah kapal perang stim (Vixen, Plutor, Nemesisi - setiap satu diketuai
oleh seorang Kapten), dan bilangan askar sekitar 500 orang. Cochrane berada di Vixen.
35. Kubu Sharif Osman terletak 5 batu dari muara sungai masuk ke dalam, dan berada di lengkungan
sungai yang tajam, di mana kedua-kedua tebing sungai dibina kubu lengkap bermeriam.
36. Beliau menghantar utusan untuk menjadi spy. Orang yang dihantar ialah Kapten Talbot. Dengan
3 buah bot, sarat dengan askar dan meriam, Talbot memudik sungai terus menuju ke kubu.
Talbot melihat bendera Sharif Osman berkibar di setiap kubu, iaitu seekor harimau background
warna merah.
37. Talbot disambut oleh para kapten Sharif Osman yang ketika itu membawa bendera putih.
38. Kapten Sharif Osman bertanyakan ada ada gerangan datang dan apa motif ingin menyerang
mereka.
39. Talbot cuma menjawap beliau cuma dihantar oleh Laksamana untuk meminta Sharif Osman
menyerah diri dan menyerahkan kubu beliau kepada British. Talbot cuma ingin berjumpa dengan
Sharif Osman secara bersemuka di kubu dengan syarat semua askarnya ikut serta sekali. Sharif
Osman membalas bahawa beliau tidak bersetuju dengan cadangan itu, tetapi mahu berjumpa
dengan Talbot dengan diringi dua orang askar British sahaja.
40. Talbot bersetuju, dan memberikan Sharif Osman 15 minit untuk keluar dari kubu dan berbincang
terma penyerahan.
41. Masa sudah menunjukkan lebih dari 15 minit. Tepat jam 10, askar Sharif Osman melepaskan
tembakan. Bunyi meriam dan senapang dari kiri dan kanan sungai terus menuju ke 3 buah bot
tersebut. Beberapa askar Britih mati.
42. Namun selepas tembakan pertama, proses mengisi semula peluru oleh askar Sharif Osman
dilakukan dengan perlahan. Talbot melihat mereka kurang terlatih. Askar British yang lebih
terlatih, menyerang balas dan satu tembakan meriam mereka tepat terus ke meriam Sharif
Osman, membunuh kesemua krew.
43. Selepas lebih sejam berbalas tembakan, dua buah bot British berjaya memasuki kawasan kubu
utama dan mendarat. Meriam-meriam Sharif Osman ditawan. Meriam tersebut digunakan pula
untuk menembak kubu Sharif Osman yang terletak di belakang.
44. Akhirnya kubu-kubu tersebut pecah berkecai. Ramai yang terkorban. Sharif Osman sendiri
terkorban akibat ledakan meriam mengenai leher beliau.
45. Maka tamatlah perang Marudu yang berlangsung selama hampir 2 jam pada 18 Ogos 1845.
46. James Brooke menulis: “Maka berakhirlah kewujudan Marudu dan kekuasaan Syerif Othman
telah jatuh tak berbangkit kembali lagi”
47. Sementara di dalam buku teks sejarah yang kita boleh baca di sekolah berbunyi begini :“Matilah
seorang pahlawan keturunan darah Raja akibat pengkhianatan dan hasutan Inggeris”
48. Kapten Blecher, yang bersama-sama dengan Brooke ketika mereka belayar ke Brunei pada tahun
1844, yang pada mulanya bersetuju dengan tindakan Brooke, menulis: “Di Teluk Marudu,
kehancuran Syarif Othman telah melemahkan semangat penduduk di sekitar wilayah tersebut, di
mana beliau merupakan satu-satunya pemerintah yang sangat berhati waja yang dapat
memberikan mereka perlindungan daripada para pedagang Eropah”
49. Seoran Konsul British bernama Bulwer menulis: “Adalah sangat meragukan jika beliau (Othman)
dituduh bersalah akibat pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh Kerajaan Brunei. Beliau
adalah berketurunan Arab, seorang lelaki berpewatakan tinggi, bertenaga, dan beliau begitu
berpengaruh sehinggakan tidak disukai oleh para Pangeran di Brunei”
50. Catatan dari pegawai Syarikat Berpiagam Borneo Utara, berbunyi: “Kemusnahan satu-satunya
pemimpin yang berwibawa di daerah tersebut…mengakibatkan satu kejatuhan yang teruk
hingga ke tahap anarki pada tahun 1878”.
51. Fakta jelas, selepas tahun 1845, Teluk Marudu telah berpecah dan terbahagi ke antara pelbagai
pengaruh kuasa, mewujudkan satu kawasan yang tidak terorganisasi dan tidak mempunyai
sistem pentadbiran lagi.
52. Kesannya sehingga kini. Jikalau anda ke Kota Marudu, tiada lagi kesan-kesan tinggalan kubu,
pelabuhan, gudang-gudang, stor simpanan, dan kapal-kapal dagang. Ia kini tidak lagi
berpelabuhan, Marudu menjadi pekan Kota Marudu yang sunyi sepi cuma didatangi sekiranya
ada urusan sahaja.
53. Rujuk semula poin no.27, pihak British sendiri kurang senang dengan Brooke. Selepas Perang
Marudu pada 1845 dan beberapa siri peristiwa selepasnya, pihak British terbuka mata dan
melihat James Brooke bersikap tidak adil dengan penduduk tempatan dengan mengatakan
mereka sebagai lanun sebagai teknik untuk perluasan kuasa beliau.
54. Satu suruhanjaya siasatan telah dilancarkan di Singapura pada tahun 1854 untuk menyiasat
James Brooke. Tindakan anti-lanun beliau sebelum ini mula dipersoalkan.
55. Alferd Russell Wallace (Rakan kepada Charles Darwin yang tiba di Singapura atas September
1854, mendapati James Brooke enggan menyediakan bukti-bukti yang diminta oleh Suruhanjaya
Siasatan berhubung kes tersebut.
56. Meskipun James Brooke dibebaskan, tuduhan tersebut tetap menghantui beliau sehingga ke
akhir hayat.

“Maka berakhirlah kewujudan Marudu dan kekuasaan Syerif Othman telah jatuh tak berbangkit
kembali lagi”, begitulah kata-kata yang ditulis oleh James Brooke di diari beliau pada 20 Ogos 1845
selepas berjaya melancarkan kempen menyerangi kubu pertahanan Syarif Othman di Marudu.

James Brooke telah berjaya meyakinkan Thomas Cochrane, Timbalan Laksamana British ketika itu,
untuk menyediakan angkatan tentera laut menyerang Marudu. Beliau memberikan hujah bahawa
tindakan itu perlu untuk membasmi masalah perlanunan. Walaubagaimanapun, setelah dikaji dengan
mendalam, pertuduhan ini tidak tepat sama sekali. Meskipun begitu, Cochrane dan laksamana
lainnya, termasuk para pegawai Fsekolonial, cuma bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh
James Brooke, kerana mereka berpendapat beliau lebih memahami sosio-politik di Borneo ketika itu,
serta disokong oleh dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh James Brooke kepada pihak-pihak
berkuasa di Singapura, India, dan London berhubung dakwaan yang Syarif Othman adalah lanun.

Tindakan James Brooke telah memberikan kesan yang besar dari segi sejarah. Laksamana Britih yang
dihantar ke Marudu bernama Keppel dan Mundy, beserta pegawai-pegawai lain seperti John
Templer, Spenser St. John, dan saudara Brooke, Charles Brooke, turut mempercayai bahawa Marudu
adalah sebuah sarang lanun. Penulis autobiografi James Brooke, iaitu Horace St. John, Gertrude Jacob,
Sabine Baring-Gould, dan Charles Bampfylde, juga turut menggunakan maklumat yang sama.
Akibatnya, tuduhan bahawa Marudu ialah sebuah kota lanun telah berlanjutan hingga ke abad ke-20.

Namun menjelang era 1960-an, perbincangan dari sisi lain mula dilakukan ke atas sumber-sumber
akademik yang menyentuh tentang sejarah kolonial di Borneo Utara. Sebagai contoh, pengkaji
seperti Ingleson, Bassett, dan Warren telah memberikan kesimpulan yang berbeza daripada penulis
sebelumnya yang cuma menulis dari perkspektif James Brooke. Malah mereka bertiga mendakwa
James Brooke menjadi punca kemusnahan Marudu disebabkan tuduhan beliau yang mengatakan
Syarif Othman adalah seorang lanun.

Penulis Malaysia menganggap Syarif Othman adalah seorang Hero yang dijatuhkan oleh British:

“Matilah seorang pahlawan keturunan darah Raja akibat pengkhianatan dan hasutan Inggeris”
(Buyong 1981: 15).

Di dalam buku bertajuk HIstory of Sabah 1881- 1981, yang disediakan oleh Anwar Sullivan dan Cecilia
Leong, diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Sabah bersempena 100 tahun penubuhan Sabah, Marudu
dinyatakan sebagai sebuah kerajaan bebas yang mana telah menganggu politik Brunei yang
membawa kepada keputusan Timbalan Laksamana Cochrane untuk melabelkan Marudu sebagai
sarang lanun lalu menghancurkannya. Malahan, terdapat pegawai kolonial di abad ke-19 yang
sebenarnya telah meragui samada Syarif Othman adalah seorang lanun.

Bulwer menulis:
“Adalah sangat meragukan jika beliau (Othman) dituduh bersalah akibat pertuduhan yang dikenakan
ke atas beliau oleh Kerajaan Brunei. Beliau adalah berketurunan Arab, seorang lelaki berpewatakan
tinggi, bertenaga, dan beliau begitu berpengaruh sehinggakan tidak disukai oleh para Pangeran di
Brunei.

Malah, Kapten Belcher, yang berlayar bersama-sama dengan Brooke ke Brunei pada tahun 1844 dan
yang di dalam suratnya kepada Ketua Tentera British turut menyokong usaha Brooke, akhirnya
berpendapat sebaliknya apabila beliau berada di Manila:

“Di Teluk Marudu, kehancuran Syarif Othman telah melemahkan semangat penduduk di sekitar
wilayah tersebut, di mana beliau merupakan satu-satunya pemerintah yang sangat berhati waja yang
dapat memberikan mereka perlindungan daripada para pedagang Eropah”

Sebelum Syarif Othman dibunuh oleh James Brooke, beliau telahpun diiktiraf sebagai “Raja Marudu”
oleh Gobernor Butterworth (Singapura) dan malah oleh Pascoe, iaiitu pegawai yang terlibat di dalam
Perang Marudu, dimana beliau menggelarkannya sebagai Raja.

Sebenarnya adalah teramat sukar untuk menjumpai maklumat yang sahih pada masa kini berkenaan
Syarif Othman dan Marudu. Keseluruhannya, sejarah ditulis oleh pihak yang menang - dan ini terbukti
di dalam kes Marudu. Terdapat sedikit kenyataan yang neutral yang dicatatkan pada tempoh
tersebut, di mana kebanyakannya adalah cuma datang dari pihak kempen James Brooke yang
ternyata bias. Namun jika diinterpretasi dengan baik, kita boleh mengandaikan jika Brooke mendakwa
Syarif Othman adalah seorang pemimpin lanun yang terkenal, maka sekurang-kurangnya kita boleh
merumuskan bahawa beliau memiliki sifat kepimpinan yang mantap.

Kebanyakan sumber berkenaan Syarif Othman didapati daripada surat-surat yang dikirim oleh para
pegawai kolonial British di Asia Tenggara kepada Pejabat Kolonial dan Luar Negara Serta Pejabat
Perang British di London, termasuklah juga ulasan-ulasan akhbar (Singapore Free Times, Strait Times)
surat-surat peribadi, mahupun catatan pengembara seperti Keppel (1846,1853), Belcher (1848),
Mundy (1848), Marryat (1848), Cree (Levien 1981) dan S. St. John (1862).

Rebutan Antara Brunei dan Sulu

Marudu telahpun dijajah oleh Sultan Bolkiah (1485-1524) yang mana telah berjaya meluaskan jajahan
Brunei ke seluruh Borneo sejauh Sulu dan Luzon. Brunei telah menjadi kesultanan terkuat di Borneo
pada ketika itu. Kemudian, Marudu menjadi sebahagian daripada milik waris dan ahli keluarga Sultan
Hasan. Pada abad ke-18, berlaku konflik dalaman di Brunei yang membawa kepada perang saudara,
lalu mengakibatkan jajahan Brunei di utara Kimanis diserahkan kepada Sultan Sulu. Lantas Sulu
menjadi watak penting menjelang abad ke 18.

Akibat daripada itu, situasi di Utara Borneo berubah. Pada tahun 1761, Alexander Dalrymple terpaksa
berurusan dengan Sultan Sulu untuk membina kota di Pulau Balambangan. Beliau menyenaraikan
jajahan pesisir pantai Sulu termasuklah Tirun, Magindora, Marudu, dan Kinabalu. Namun begitu
Sultan Brunei masih menuntut kawasan tersebut dan tidak berpuasti hati dengan Sulu. Pada tahun
1780-an, orang Iranun mula menduduki kawasan pantai antara Tempasuk dan Marudu dan telah
mendirikan pasar (tamu), lantas kawasan tersebut berubah menjadi pusat perdagangan. Semakin kuat
pengaruh Iranun, semakin melemah pengaruh Brunei ke atas Utara Borneo. Malah pentadbiran de
factor Brunei telahpun tamat sejurus selepas orang Iranun mewujudkan sistem pentabdiran mereka
sendiri. Marudu pada waktu tersebut berfungsi sebagai daerah sempadan antara pengaruh Brunei
dan Sulu. Ini disokong oleh Hunt yang mencatatkan bahawa Teluk Marudu pada abad ke-19 terbahagi
kepada dua pengaruh sultan; kawasam Sungai Besar ditadbir oleh Syarif Muhamad (Wakil Sulu) dan
mengeksport kesemua hasil ke Kesultanan Sulu, manakala Sungai Bengkoka pula ditadbiro oleh Orang
Kaya yang berdagang dengan Brunei. Meskipun begitu, menurut Dalrymple, para pemimpin di Utara
Borneo secara luarannya adalah bebas kedua kesultanan tersebut disebabkan konflik yang melanda
kesultanan masing-masing menjelang abad ke-18, terumatanya bermula tahun 1820.

Sulu menjadi lemah disebabkan peperangan dengan Sepanyol, manakala Brunei berdepan dengan
konflik dalaman pembesar, dan terpaksa meminta bantuan British dan Brooke pada tahun 1840-an.
Kewujudan vakum kuasa di utara borneo pada waktu tersebut membolehkan satu struktur kerajaan
baru telah muncul.

Marudu Sebagai Entiti Politik Yang Bebas

Sekurang-kurangnya sejak tahun 1820, tiga pecahan kuasa telah terbentuk di Sabah; Brunei, Sulu, dan
pemerintah bebas de facto yang mentadbir kawasan di antara kedua-dua kesultanan tersebut.
Pemerintahan bebas de facto yang baru wujud ini dianggap sebagai `no-man land` atau sebagai negeri
lanun oleh James Brooke.

Syarif Othman tidak boleh dianggap sebagai jajahan Brunei atau Sulu disebabkan kedua-dua
kesultananan tersebut tidak lagi mentadbir utara borneo. Ini adalah contoh satu kerajaan bebas dan
mula bergerak ke arah status autonomi. Syarid OThman juga bukanlah sekadar seorang ketua kampun
atau ketua daerah jika dilihat kepada apa yang beliau telah wujudkan di Marudu. Perbezaan antara
ketua kampung dan kerajaan adalah kemampuan ketua untuk mengarahkan kuasa, yang mana arahan
kemudian dilakukan oleh wakil beliau. Syarif Othman menurunkan kuasa beliau kepada beberapa
syarif yang menetap di beberapa buah sungai di sekitar teluk yang patuh dengan arahan beliau. JIka
Syarif Othman hanya terhad kepada satu sungai sahaja, maka bolehlah dianggap beliau hanyalah
seorang ketua kampung. Realitinya, beliau telah berjaya menyatukan kedua-dua belah teluk dan
kawasan sekitarnya termasuk pulau-pulau berhampiran di bawah satu pentadbiran. Syarif Othman
adalah seorang pemerintah bebas yang berniat untuk mewujudkan entiti politik beliau sendiri.

Untuk mewujudkan sebuah pemerintahan bebas, ia bukanlah suatu proses semulajadi atau
automatik. Kita boleh membandingkan contoh yang berlaku di Pulau Cagayan yang terletak di Laut
Sulu. Di pulau tersebut, kawalan Sulu tidak lagi efektif menjelang abad ke-19. Namun di pulau ini,
tiada siapa yang mengambil kesempatan atau peluang untuk menjadi seorang ketua lalu mewujudkan
sebuah bentuk pemerintahan. Di dalam kes Marudu, terdapatnya penduduk pesisir pantai yang terdiri
daripada golongan datu dan syarif yang sememangnya pentadbir yang cekap. Jika dilihat disini, tiada
satu pun pihak di Pulau Cagayan yang mampu mewujudkan satu kesatuan politik seperti mana yang
berlaku di Marudu.

Namun sebelum dan selepas Syarif Othman, tiada siapa lagi yang mampu menyatukan Teluk Marudu
menjadi satu unit tunggal. Walaupun Syarif Othman telah mewujudkan dinasti untuk diwariskan, ia
telah dilemahkan setelah kekalahan pada tahun 1845. Tiga tahun selepas Perang Marudu, anak lelaki
Syarif Othman merungut kepada Briton Keppel berkenaan situasi yang tidak stabil di Marudu:…

“Beliau (anak SYyarif Othman) berserta pembesar beliau mengakui bahawa tiada apa yang lebih teruk
daripada negeri tempat mereka menetap yang tiada lagi perlindungan namun mahukan berkerajaan;
yang mana kesetiap pembesar bergaduh sesama sendiri dan menyerang jiran-jiran yang lebih lemah,
dan dalam masa yang sama terdedah kepada ancaman serangan lanun Bajau atau Sulu yang lebih
kuat”.

Waris Syarif Othman tetap memerintah meskupun setelah kekalahan pada Perang Marudu, namun
tiada siapa dikalangan mereka mampu menyatukan penduduk di sekitar Teluk. Anak lelaki Syarif
Othman, Syarif Hassan telah menetap di selatan Teluk Marudu namun mempunyai konflik dengan
para pembesar lain dan akhirnya disingkirkan. Adiknya, Syarif Yassin pula terpaksa berpindah ke
Sugut.

Syarif Yassin telah digelar sebagai Raja sewaktu menetap di Benggaya pada tahun 1851 dan turut
digelar Syarif Yassin Marudu - dan kemudian dilantik sebagai ketua pembesar di Teluk Marudu pada
tahun 1879 oleh British. Selepas kematiannya, anaknya, Syarif Hussin telah menetap di timur Teluk
Marudu manakal kakaknya, Syarifa Loya menjadi pembesar di kampung Kalimu di Sungai Bongon.

Terdapat juga beberapa waris lain yang menetap di Selatan Palawan. Wujud satu tuntutan untuk hak
waris antara Datu Badrudin dan keluarga Syarif Shee yang mentadbir kawasan barat teluk (yang
sebelum ini membayar ufti ke Syarif Othman). Pada tahun 1845, keluarga Syarif Othman juga turut
berperang di bawah Syarif Othman dan tidak ragu-ragu untuk menuntuk hak untuk menjadi waris -
malah Syarif See turut pernah memberitahu W.H Treacher, pentadbir British Borneo.

Maka selepas tahun 1845, Teluk Marudu telah berpecah dan terbahagi ke antara pelbagai pengaruh
kuasa, mewujudkan satu kawasan yang tidak terorganisasi dan tidak mempunyai sistem pentadbiran
lagi - sepertimana yang diperhatikan oleh pihak British menjelang 1870-an:

“Kemusnahan satu-satunya pemimpin yang berwibawa di daerah tersebut…mengakibatkan satu


kejatuhan yang teruk hingga ke tahap anarki pada tahun 1878”.

Adalah tipikal poiltik maritim Melayu yang apabila organisasi mereka telah berpecah, mereka akan
berada di dalam era kejatuhan. Marudu di bawah Syarif Othman menunjukkan ciri-ciri sebuah politik
Melayu. Ia telah dibangunkan keluar dari pengaruh Sulu, dan Sulu telah sendirinya turut keluar dari
pengaruh Brunei pada abad ke-18, dan asas politik Brunei juga terbit dari pengaruh Johor Lama dan
Melaka. Mereka semua adalah pewaris kepada Srivijaya dan merupakan negeri yang berasaskan
kepada perdagangan pesisir pantai ; mirip dari segi bahasa, bercirikan organisasi politik yang sama,
dan yang paling pening, berkongsi teknik perniagaan yang serupa.

Negeri-negeri maririm Melayu telah diwujudkan oleh imigran yang menetap di sesuatu pantai dan
kemudiannya mendominasi muara sungai. Penduduk sebelumnya akan dijajah oleh imigran, dan
akhirnya akan terasmilasi atau keluar lari ke pedalaman. Di Barat Laut Borneo, orang Melayu telah
menduduki pesisir pantai tetapi tidak terus menduduki sejauh pedalaman. Mereka cuma tinggal di
muara sungai dan oleh itu mampu mengawal perdagangan keluar masuk sungai. Komuniti kampung di
pedalaman dianggap sebagai satu unit asas, manakala penempatan di sekitar sungai pula bergabung
membentuk satu daerah sungai. Syarif Othman telah menyatukan kesemua daerah sungai di bawah
kepimpinan beliau.

Terdapat zon-zon ekonomi yang berbeza yang wujud. Zon pertama ialah kawasan hutan
pergunungan, iaitu sumber utama produk hasil hutan. Zon ini didiami oleh orang Dusun/Murut.
Selepas perang tahun 1845, beberapa pembesar di Teluk Marudu mengakui bahawa terdapat banyak
puak yang tinggal di kawasan pergunungan yang tidak lagi menuruti perintah pembesar dan tidak
menganggap mereka adalah jajahan takluk kepada mana-mana kerajaan selepas jatuhnya Marudu. Ini
berbeza ketika zaman Syarif Othman dimana beliau mampu meluaskan pengaruh beliau ke atas puak-
puak pedalaman yang berhampiran. Zon kedua ialah zon pantai, yang merangkumi antara 20 ke 40
batu ke dalam, di mana padi ditanam.

Di zon kedua ini turut di duduki oleh orang Dusun, namun didominasi oleh imigran. Zon in dianggap
sebagai zon penghubung antara orang luar dan orang pedalaman. Zon ketiga ialah zon pesisir laut, di
mana digunakan umumnya untuk perikanan oleh imigran dari Sulu. Di Marudu, Bajau, Iranun, dan
Tausug adalah merupakan penduduk pesisir, yanag mana sebelum itu diduduki oleh orang Dusun.

Tuntutan Syarif Othman Menjadi Ketua

Syarif Othman adalah merupakan imigran Melayu dan merupakan orang luar. Disebabkan gelaran
beliau sebagai Syarif, adalah mudah untuk beliau mendapat kepercayaan menjadi pemimpin. Malah
menguatkan lagi kuasa pemimpinan Syarif Othman adalah hasi daripada perkahwinan beliau dengan
rakan sekutu. Salah seorang isteri beliau ialah anak kepada Sultan Sulu iaitu Sultan Pulalun. Abang
beliau ialah Raja Muda Datu Mohamad Buyo, bakal pewaris taktha Sulu dan merupakan kawan
kepada Syarif Othman. Spenser St. John melaporkan betapa Datu Buyo begitu bersedih ke atas
kematian adiknya pada perang Marudu dan kemudiannya memusuhi pihak British.

Perkahwinan dengan anak Sultan Sulu memberikan Syarif Othman dan warisnya mampu untuk
melindungi tuntutan mereka ke atas syarif dan pembesar lain di Teluk Marudu. Perkahwinan tersebut
menguntungkan kedua-dua pihak. Sultan Sulu pada masa tersebut sedang mengalami tekanan politik
akibat daripada Perjanjian 1836 dengan Sepanyol. Melalui Syarif Othman, Sulu mendapat sekutu yang
kuat dan rakan dagangan yang baik.

Di sumber lisan mengatakan perempuan yang mengahwini Syarif Othman adalah sekitar 40 ke 44
orang. Semakin banyak perempuan yang dikahwini, semakin berprestif seseorang pembesar tersebut.
Malah dianggap semakin subur pembesar, semakin subur juga tanah jajahannya. Syarif Othman telah
menggunakan kesemua faktor ini sebagai alasan kuat beliau mentabalka dirinya sebagai Raja Marudu.

Syarif Othman Sebagai Pemimpin Berkarisma

Syarif Othman menumpukan usaha kepada pemungutan produk-produk yang boleh dijual kepada
China, terutamanya sarang burung. Produk hasil laut juga turut dipungut, seperti ikan, trepang, telur
penyu, mutiara, kerang, agar-agar serta kulit penyu. Kesemua barangan tersebut disimpan di Marudu
sebelum dijual. Produk lain seperti rotan, getah, kayu, serta gaharu. Tembakau dan padi juga ditanam
dan didagangkan. Perdagangan ini merupakan faktor penting kemunculan Marudu sebagai sebuah
kerajaan. Syarif Othman tahu untuk mentadbir dan melindungi perdagangan. Polulasi di pedalaman
tidak berhubung dengan pedagang luar, ia adalah kerja orang pesisir pantai yang menjadi orang
tengah perdagangan dan mengaut untung daripadanya. Melaui perdagangan, Syarif Othman telah
mampu mengawal penduduk sekitar.

Untuk menarik para pedagang luar untuk masuk ke pelabuhan, Syarif Othman tidak hanya membina
stor, gudang, dan dermaga di pelabuhannya, malah turut mewujudkan sistem pertahanan. Beliau
membina kubu sebesar dua batu persegi, yang terdiri daripada beberapa menara dan meriam.
Kompleks tersebut dllindungi oleh pagar kayu. Di dalamnya terdapat gudang senjata. Untuk selamat
daripada serangan lanun, ia dibina beberapa batu masuk ke dalam sungai dan dilindungi dengan
rantai besi merentangi sungai yang gagal dimusnahkan oleh British.Kubu tersebut merupakan yang
terkuat pernah diwujudkan di Borneo.

Malahan, Syarif Othman telah bersekutu dengan Bajau dan Iranun, iaitu mereka tidak lagi berbahaya
kepada Marudu. Ini teknik yang sama dijalankan oleh Srivijaya ke atas Orang Laut. Penduduk laut ini
tidak lagi menjalankan aktiviti perlanunan ke atas Srivijaya dan Marudu, bahkan melindugi perairan
daripada serangan lanun. Menurut Trocki, naiknya kuasa maritim Melayu adalah disebabkan
kebergantungan kepada kebolehmampuan untuk mengawal laut. Daripada laporan Earl, yang berada
di Borneo pada tahun 1830-an, menyimpulkan bahawa satu keadaan perdagangan yang baik dan
selamat telah diwujudkan di Marudu.

“ Kawawan Timur Laut Borneo, Saya pecaya, tidak pernah dilawati oleh sebuah pun kapal laut Britih
sejak mereka meninggalkan Pulau Balambangan, tetapi menurut kepada maklumat dari para
pedagang Bugis yang selalu melalui kawasan tersebut, terdapat satu perubahan telah berlaku pada
akhir-akhir ini. Mereka melihat terdapat sejumlah besar penempatan Cina telah didirikan di kawasan
pantai Teluk Marudu dan sekitarnya, dan sepertimana orang Cina diketahui telah mendiami di pulau
berhampiran iaitu Palawan, maka dakwaan pedagang Bugis ini betul”

Penempatan orang Cina di Marudu mencadangkan bahawa Syarif Othman telahpun mendirikan suatu
keadaan perdagangan dan pelabuhan yang baik dan selamat. Barang dagangan yang dikendalikan di
Marudu sememangnya ditujukan kepada pasaran Cina. Berdasarkan kepada rujukan ini berserta
kepada sumber lisan, serta berpandukan kepada perkembangan di kedua-dua kesultanan yang
berjiran, dapatlah disimpulkan bahawa Syarif Othman telah berjaya mencapai status Raja pada awal
1830-an.

Kawasan Pengaruh Syarif Othman

Syarif Othman telah berjaya meningkatkan bilangan pengikutnya melalui pengendalian sistem
perdagangan yang mantap. Ini membolehkan beliau mendapat rakan sekutu yang ramai dan
memprolehi lebih kawasan daerah-daerah di sepanjang sungai. Beliau berkemampuan untuk meminta
ufti dari kawsan sekitar dan sebagai balasan akan melindungi mereka menggunakan kuasa angkatan
tentera beliau. Pusat Marudu ialah kubu yang terletak di Sungai Marudu (Kini dinamakan Sungai
Langkon). Menurut kepada senarai tahun 1851 oleh Syarif Hassan (anak Syarif Othman), masyarakat
di sekitar sistem sungai membayar ufti kepada ayahnya, termasuklah penduduk di Pulau Bangi dan
Balabac. Melalui senarai ini, Syarif Hassan mahu meyakinkan Spencer St. John bukti kawasan yang
pernah menjadi taklukan ayahnya. Para pembesar lain di teluk tersebut, iaitu Datu Bedrudin dan
Syarif Musahor, Abdullah dan Hussin, turut mengesahkan kenyataan beliau. Senarai bandar yang
ditulis oleh Syarif Hassan (dari utara ke selatan):

“Udat, Milau, Lotong, Anduan, Metunggong, Bira`an, Tigaman, Taminusan, Bintasan, Bingkungan,
Panchur, Bungun, dan Tandek”

Maka, Syarif Osman mempunyai kawasan pengaruh bermula dari Kudat ke Tandik. St. John turut
menyebut daerah Bengkoka, namun nama daerah tersebut tidak disenaraikan di dalam senarai itu.

Walaubagaimanapun, keluarga anak Syarif Othman iaitu Syarif Yassin telah membina kediaman
mereka di sana. Menurut S. St. John, Syarif Othman juga pernah mencuba untuk mendirikan sebuah
penempatan di Melabong, yang terletak berhampiran utara Bengkoka. Menurut sumber lisan,
kawasan lain yang turut dibawah jajahan Syarif Othman ialah Kg. Parapat, dan Pulau Tambun
berhampiran Bandau.

Pulau di utara Teluk Marudu juga dilihabt oleh Syarif Othman sebagai jajahan beliau. Beliau telah
menemi barangan daripada sebuah kapal yang rosak dan ditinggalkan berhampiran Pulau Banggi,
yang mana mengesahkan bahawa beliau menganggap kawasan tersebut sebagai jajahannya. Menurut
Belcher, Syarif Osman telah belayar dengan kapalnya dari Banggi ke Palawan. Penduduk Bangi telah
membayar ufti kepada Marudu pada tahun 1846, walaupun selepas kejatuhan Syarif Osman. Seorang
doktor Sepanyol bernama Cuarteron, yang merupakan penduduk Labuan, pada tahun 1857
melaporkan, satu ekspedisi telah dijalankan oleh Syarif Othman ke atas penduduk Pulau Balabac
disebabkan mereka enggan membayar ufti.

Pengaruh Syarif Othman juga mencapai sehingga ke timur sejauh Labuk, dan ke barat sehingga
sekurang-kurangnya Ambong, ataupun sejauh Kimanis, iaitu merupakan sempadan Sultan Brunei.
Pulau Labuan, yang terletak berhampiran Teluk Brunei dan lebih ke selatan daripada Kimanis, juga
turut dikatakan mengikut sumber terkini ada kaitan dengan Syarif Othman.

Terdapat tiga fakta yang membolehkan kita membuat kesimpulan berkenaan kuasa Syarif Othman ke
atas kawasan Labut/Sugut. Pertama, anak lelakinya Syarif Yassin dan cucu Syarif Hussin, juga
memerintah di sana. Yassin melarikan diri ke kawasan tersebut setelah Perang Marudu dan menetap
di situ. Di sana beliau digelar Raja dan telah mengahwini anak ketua tempatan bernama Datu Israel.
Kedua, kawasan tersebut amat terkenal dengan sumber gaharu dan ia merupakan salah satu bahan
eksport Syarif Othman. Ketiga, kawasan ini terletak di sebelah timur Teluk Marudu dan di zaman
pentadbiran Dalrymple (British) kawasan pentabdbirannya telah disatukan dengan Teluk Marudu dan
digelar Alcock Province.

Anda mungkin juga menyukai