Anda di halaman 1dari 15

PENGANTAR PEMIKIRAN DAN ANALISIS SOSIAL

(UE01502)
GROUP ASSIGNMENT

SOALAN 8 (a)
KESULTAN SULU DAN TUNTUTAN TERHADAP SABAH

NAME :SITI NURFAZILLAH BINTI ABDUL RASID (BS19110120)


:BIBIANA BINTI JIIMY (BP19160495)
:WARDAH IDAYU BINTI MARZUKI (BS19110177)
: MOHD AZIM FIQUAN BIN AHMAD (BI19110189)
: MUHAMAD BADRUL AMIN BIN AHMAD (BI19110189)

PENSYARAH : PROF DR. SANEN GERARD MARSHALL


PENDAHULUAN

Filipina mula menuntut Sabah pada tahun 1963 merupakan tahun yang sama Sabah memasuki
gagasan Malaysia. Antara hujah Filipina adalah sabah duhulunya adalah tanah milik kesultanan
sulu. Namun kesultanan itu berakhir apabila Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian
Carpenter pada 22 Mac 1915, di mana dia menyerahkan semua kuasa politik kepada Amerika
Syarikat. Filipina, bagaimanapun terus mengiktiraf Kesultanan Sulu sebagai sebuah entiti
berdaulat sehingga kematian Sultan Mohd Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986 .

Kesultanan Sulu diasaskan pada tahun 1457 oleh ulamak bernama Sharif Abu Bakar, beliau
menyandang gelaran Sultan Shariful Hashim selepas mengahwini seorang puteri tempatan.Beliau
memperkenalkan Kod Undang-undang Sulu (Diwan) pertama berdasarkan al-Quran, dan
memperkenalkan institusi politik Islam serta penyatuan Islam sebagai agama rasmi
negara.borneo utara dihadiahkan oleh brunei kepada sulu selepas perang saudara pada tahun
1675 . pada tahun 1878, Sultan Sulu memajak Borneo Utara kepada Eropah. Kesultanan Sulu
kemudiannya berada di bawah kawalan Sepanyol tetapi pada 1885 mereka menandatangani
Protokol Madrid dengan Britain dan Jerman bagi melepaskan apa-apa tuntutan ke atas Borneo
Utara.

Perjanjian itu menyatakan bahawa pajakan adalah kehendak sendiri dan bertempoh selama-
lamanya Kesultanan Sulu menerima pembayaran serahan tahunan bersamaan dengan 5,000 dolar
yang kemudiannya meningkat kepada 5,300 dolar pada 1903.Borneo Utara berada di bawah
naungan British dari akhir abad ke-19. Pada 1963 Sabah menjadi salah sebuah negeri dalam
gagasan Malaysia. Sejak itu Malaysia membayar RM5,300 sebagai bayaran serahan setiap tahun
kepada Kesultanan Sulu. Keturunan bekas Sultan Sulu tidak merebut kembali wilayah
berkenaan, sebaliknya bersetuju untuk menerima pembayaran serahan berdasarkan perkiraan
sebelumnya.

Filipina bersetuju pada tahun 1977 untuk tidak meneruskannya. Namun pada tahun 2018.
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah melantik 22 orang Anggota Jawatankuasa Perundingan
Filipina yang diketuai Aquilino Pimentel Jr untuk mengkaji semula perlembagaan 1987.
Pimentel juga ingin menuntut pulau Scarborough Shoal dan kepulauan Spratly.
1)Pernahkah pembesar-pembesar sulu memerintah Sabah? ( 5 Markah )

Ya, pernah. Buktinya Kesultanan Sulu telah mula berkuasa dari tahun 1662 di mana berlaku
perebutan kuasa antara Sultan Mohammad Ali dengan Bendahara Abdul Mu’min di Brunei. Hal
ini telah membuat Sultan Mohammad Ali terpaksa minta bantuan daripada Sultan Sulu bagi
memusnahkan pemberontak. Sebagai hadiahnya, Sultan Brunei telah memberikan separuh
daripada negeri Sabah, terutamanya kawasan pantai timur Sabah kepada Sultan Sulu1. Ketika ini
telah bermula kerajaan Sulu mula datang ke Sabah, Ladah Datu merupakan tempat di mana
tempat persinggahan datu-datu dari Kesultanan Sulu.

Sistem pemerintahan Kesultanan Sulu adalah bercorak monarki2. Sistem ini dijalankan
dengan Sultan sulu memerintah dengan bantuan pembesar. Sultan mempunyai kuasa atau
kedaulatan ke atas tanah dan merupakan kuasa tertinggi dalam bidang pentadbiran. Namun kuasa
dan kedudukan Sultan sulu banyak bergantung pada kekayaan, keperibadiannya, dan
pemerintahannya dijaga oleh pembesar. Perkara ini menunjukkan bahawa pembesar lebih
banyak kuasa memerintah disebabkan pembesar diberikan kuasa sepenuhnya dalam menjaga
pentadbiran di sesebuah kawasan.

Di Sabah, bahagian timur Sabah dikuasai oleh Kesultanan Sulu dan ditadbir oleh
pembesar Sulu yang digelar Datu. Mereka ini telah dipilih dalam kalangan masyarkat suluk
untuk menjadi pembesar sulu. Mereka ini juga telah mendapatkan kedudukan mereka secara
warisan dan selalunya akan mempunyai ramai pengikut serta hamba. Mereka dipilih sebagai
ketua dalam kalangan masyarakat berdasarkan kelayakan dan ciri-ciri yang dimiliki seperti
gagah, bijaksana, mahir dalam memanipulasi kuasa serta cekap dalam bidang ketenteraan3.

Sultan Sulu mengarahkan pembesar-pembesarnya yang menjadi pemerintah di wilayah-


wilayah Borneo Utara bagi menjalankan pentadbiran dan mengendalikan kesemua aktiviti
ekonomi. Melalui arahan ini, pembesar Sulu bertindak sebagai pemerintah setempat, namun
juga sebagai pelaksana utama dalam pembangunan aktiviti di wilayah tersebut dan

1
Hamdan Aziz dan Syahrin Said. ‘Tuntutan kesultanan Sulu terhadap Sabah: Sorotan dari Persektif Sejarah dan
Perundagan’ http://jurnalmelayu.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2016/07/7Sulu.pdf. (16 November 2019 )
hlm 282
2
Prof Madya Dr. Ismail Ali. (2007) .Sejarah Pentadbiran awal di sabah. Diakses 16 November 2019 daripada
http://eprints.ums.edu.my/15455/1/Sejarah%20pentadbiran%20awal%20di%20Sabah.pdf
3
Siti Aidah Hj. Lokin, Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963). hlm.26-
27
bertanggungjawab dalam semua perkara. sebagai contoh, mereka akan membekalkan peralatan
menangkap ikan dan memperkenalkan kaedah baru kepada komuniti nelayan Bajau. Selain itu,
pembesar juga bertugas dalam menjaga kebajikan mereka. Kebanyakan pembesar akan
menjalankan pentadbiran mengikut budi bicara mereka hal ini disebabkan kurangnya kawalan ke
atas pentadbiran mereka di Sabah daripada Sultan Sulu 4 . Kesemua tanggungjawab ini
disebabkan kesultan sulu hanya ingin mendapatkan seberapa banyak sumber-sumber hutan dan
maritim di pantai timur Borneo Utara. Disini secara realitinya yang boleh dilihat bahawa
seseorang Sultan Sulu bergantung kuasa dan kedudukan kepada pembesar-pembesar Sultan dan
kuasa sultan boleh dilihat hanya sebagai ketua politik dan agama semata-mata.

RUJUKAN

1. Hamdan Aziz dan Syahrin Said. ‘Tuntutan kesultanan Sulu terhadap Sabah: Sorotan dari
Persektif Sejarah dan Perundagan’ http://jurnalmelayu.dbp.my/wordpress/wp-
content/uploads/2016/07/7Sulu.pdf. (16 November 2019 ) hlm 282

2. Prof Madya Dr. Ismail Ali. (2007). Sejarah Pentadbiran awal di sabah Diakses 16
November 2019 daripada http://eprints.ums.edu.my/15455/1/sejarah%20pentadbiran%20
awll%20di%20 Sabah.pdf

3. Siti Aidah Hj. Lokin, Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi
Sabah (1881-1963). hlm.26-27

4
Ibid., hlm.27
2) Perjanjian 1878 antara Syarikat British Borneo Utara dan Sultan Sulu Jamal-Ul Azam
Ditafsirkan secara berbeza oleh kedua-dua Pihak tersebut. Bincangkan ( 5 Markah)

Pihak sulu yang masih menghadapi tekanan Sepanyol bercadang melepaskan Sabah kepada
Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB). Pada 22 Januari 1878, Baron Von
Overback dan Alfred Dent (berbangsa Jerman) telah menandatangani perjanjian dengan
kesultanan sulu terhadap Sabah dengan bayaran tahunan sebanyak 5,000 Dolar Malaya 5 .
Pembayaran ini telah ditingkatkan kepada 5,300 Dolar Malaya apabila wilayah yang diserahkan
meliputi pulau-pulau persisiran Borneo Utara dari Pulau Banggi ke Teluk Sibuku6. Tindakan
Overbeck menandatangani perjanjian dengan Sultan Sulu pada tahun 1878 kerana menyedari
ketua-ketua tempatan lebih memperakui kedaulatan Sultan Sulu sebagai pemerintah berbanding
Sultan Brunei. Walhal, beliau mengetahui bahawa keseluruhan wilayah Utara Borneo masih
dituntut oleh Kesultanan Sulu.

Keberadaan akan kedudukan wilayah pantai timur Sabah ini juga dapat diperhatikan
dalam penulisan Stamford Raffles (1982) yang menyatakan bahawa terdapat sebahagian besar
wilayah di pantai timur Sabah yang sekian lama masih dituntut oleh Kesultanan Sulu. Perkara ini
telah dihuraikan seperti berikut, “On the north-east Borneo proper (Brunei) lies a very
considerable territory (Sabah), the sovereignity of which has been long claimes by Sulu
government’7. Bersandarkan kepada catatan Irwin dan Raffles ini, ia jelas menunjukkan bahawa
kedaulatan wilayah di pantai timur Sabah masih dipersoalkan keberadaannya. Namun, secara
umumnya pihak Barat lebih cenderung menerima wilayah tersebut sebagai sebahagian daripada
Kesultanan Sulu.

Pengaruh Kesultanan Sulu di wilayah pantai timur Sabah sejak abad ke-18 memberikan
penjelasan bahawa faktor utama yang menyebabkan Sultan Abdul Mukmin sanggup
memajakkan wilayah kekuasaannya di wilayah utara Borneo dan melantik Overbeck sebagai
Pemerintah Agung dengan gelaran Maharaja Sabah dan Raja Gaya serta Sandakan adalah
sebagai alternatif kepada kehilangan pengaruh baginda terhadap Sungai Tulin tersebut khususnya

5
Jumlah bayaran tahunan yang perlu dibayar oleh Overbeck kepada Kesultanan Sulu dalam Perjanjian Sulu-
Overbeck 1878 adalah sebanyak 5000 dolar meskipun surat yang terdapat di Public Record Office mencatatkan
RM5000 setahun.
6
Mohd Hazmi Mohd Rusli, Mei 28, 2016. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-hak-filipina-untuk-
menuntut-sabah-106608
7
Raffles, Stamford, The History of Java, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1982, hlm. 240.
yang terletak di timur laut Borneo. Keadaan ini disebabkan sultan dan pemilik Sungai Tulin
yang lain beranggapan tindakan memajakkan wilayah kekuasaan mereka kepada pemodal Barat
lebih menguntungkan berbanding masalah yang terpaksa dihadapi semasa memungut cukai
tahunan. Dengan itu, sultan mahupun pemilik Sungai Tulin sekurang-kurangnya mendapat
pulangan ekonomi bagi wilayah yang sudah berada di bawah pengaruh Kesultanan Sulu 8 .
Hujahan ini selari dengan kenyataan Irwin yang mengakui bahawa Sultan Sulu lebih berdaulat di
wilayah pantai timur Sabah berbanding Sultan Brunei.

Selepas Perjanjian, Overback Mempunyai Hak Secara “Supreme And Independent’ 9 .


Overback memperoleh mandat sepenuhnya daripada dua penguasa, iaitu Brunei dan Sulu untuk
mentadbir Sabah. Overbeck berjaya memiliki keluasan pajakan lebih daripada 30,000 batu
persegi wilayah pantai di sepanjang 850 batu. Peralihan kekuasaan tersebut turut dibincangkan
oleh Maxwell dan Gibson (1905)10 dengan menyatakan bahawa Sultan Sulu telah memberikan
kuasa kepada Overback untuk mengusahakan seluruh wilayah pantai timur Sabah bermula dari
Sungai Sibuku hingga Sungai Pandasan. Sultan Sulu mencatatkan bahawa kawasan serahan
meliputi Sungai Sibuku ke Sungai Pandasan Sehingga Sungai Balik Papan (Indonesia/Belanda).
Namun, Overback tidak mahu bermusuh dengan Belanda lalu bersetuju kawasan serahan
hanyalah meliputi setakat Sungai Sibuku ke Sungai Pandasan.

Namun, pada awal tahun 1879, Overbeck telah menjualkan haknya kepada Dent setelah
mereka gagal mendapatkan bantuan pemodal dari Kerajaan Austria. Dengan penarikan diri
Overbeck ini, maka segala kepentingan dan kuasa penerimaan pajakan tahun 1877 dan tahun
1878 menjadi milik Dent. Walau bagaimanapun, sehingga kini, Filipina masih lagi merasakan
bahawa mereka mempunyai hak untuk menuntut Sabah sedangkan perjanjian sudah dibuat.
Sabah dituntut oleh Filipina berdasarkan tuntutan warisan melalui pertalian tradisi Sabah dengan
Kesultanan Sulu. Tuntutan ini adalah sebuah tuntutan yang kurang berasas.

8
Eko Prayitno Joko, Isu Pemilikan Wilayah Pantai Timur Sabah: Satu Penelusuran daripada Sudut Sumber Sejarah,
diakses pada 24 Nov 2019,
http://www.ums.edu.my/fksw/images/files/IsuPemilikanWilayahPantaiTimurSabahSatuPenelusurandaripadaSudut
SumberSejarah.pdf
9
“Supreme and Independent’ membawa maksud hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan
pentadbiran, rakyat, atau diri sendiri
10
Maxwell, S. W. dan Gibson, W. S, Treaties and Engagements Affecting the Malays State and Borneo, London:
Compd, 1924, hlm. 158-160; dan Graham Irwin, op. cit., hlm. 252.
RUJUKAN

1. Mohd Hazmi Mohd Rusli, Astro Awani, Mei 28, 2016. Apa Hak Filipina Untuk
Menuntut Sabah? Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-hak-
filipina-untuk-menuntut-sabah-106608

2. Hamdan Aziz, Syahrin Said, diakses pada November 20, 2019. Tuntutan Kesultanan Sulu
Terhadap Sabah: Sorotan Dari Perspektif Sejarah Dan Perundangan Retrieved from
http://jurnalmelayu.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2016/07/7Sulu.pdf

3. Eko Prayitno Joko, diakses pada November 20, 2019. Isu Pemilikan Wilayah Pantai
Timur Sabah: Satu Penelusuran Daripada Sudut Sumber Sejarah Retrieved from:
http://www.ums.edu.my/fksw/images/files/IsuPemilikanWilayahPantaiTimurSabahSatuP
enelusurandaripadaSudutSumberSejarah.pdf
3) Adakah negara Filipina mewarisi hak untuk menuntut Sabah selepas kemerosotan
institusi Sulu? ( 10 Markah )

Tidak. Walaupun pada asalnya pada tahun 1658, Sabah adalah dibawah kerajaan Sulu, akan
tetapi suatu perjanjian telah ditandatangani di antara Sultan Sulu dan dua agen British, Alfred
Dent dan Baron von Overback11, perjanjian yang telah menyerahkan atau ‘menyewakan selama-
lamanya’ Borneo Utara kepada British12. Perjanjian ini telah ditandatangani semasa kejatuhan
Institusi Sulu. Pada masa itu, Filipina sudahpun jatuh ke tangan penjajah Sepanyol, dan British
mengambil inisiatif untuk berkuasa di Sabah 13 . Pihak Amerika pula telah menghapuskan
kedaulatan politik kesultanan Sulu melalui Perjanjian Carpenter ditandatangani pada 22 Mac
1915. Kerajaan Sulu hanya mahu menuntut Sabah semula hanya kerana berdasarkan tuntutan
warisan melalui pertalian tradisi Sabah dengan Kesultanan Sulu. Contohnya, pada tahun 2013,
di Lahad Datu 14 200 orang Sulu di Selatan Filipina telah mencerobohi Lahad Datu dan
‘berkampung’ serta memberi alasan bahawa mereka tidak mahu dan tidak akan pulang. Mereka
juga menyatakan bahawa ‘Sabah is our home’.

Mereka seakan berpegang teguh kepada prinsip warisan Sulu. Ini adalah kerana di
Sabah, khususnya di bahagian Lahad Datu mempunyai ramai yang berkaum Sulu. Mereka
bukan sahaja berkampung sahaja malah mereka juga melaksanakan penculikan dan membunuh
polis tempatan bagi menunjukkan ‘perjuangan’ mereka bagi menuntut Sabah sebagai tanah
warisan mereka. Tuntutan ini adalah sebuah tuntutan yang kurang berasas. Penjajahan
merupakan kaedah pemilikan wilayah yang diiktiraf di masa lalu tetapi telahpun dianggap kini
sebagai tidak sah setelah Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengambil tempat
pada tahun 1945. Undang-undang antarbangsa menetapkan beberapa cara bagi sesebuah negara
untuk mendapatkan wilayah secara sah15. Sesebuah negara boleh mendapatkan kedaulatan ke
atas mana-mana wilayah sekiranya kedaulatan ke atasnya ditukarkan atau diserahkan oleh
sesebuah negara ke negara yang lain. Sabah telah diserahkan kepada British oleh Kesultanan
Sulu pada 1878, dan akhirnya kepada Malaysia pada tahun 1963 apabila Persekutuan Malaysia

11
Baron von Overback adalah seorang yang berkebangsaan Jerman
12
dengan pulangan pembayaran sebanyak 5, 000 dolar Malaya setahun kepada Sultan Sulu
13
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-hak-filipina-untuk-menuntut-sabah-106608
14
Lahad Datu bermaksud tempat Datu. ‘Datu’ digunakan bagi orang Sulu sebagai orang yang berpengaruh
15
Antaranya ialah menerusi penjajahan, preskripsi dan serahan
dibentuk hasil gabungan koloni-koloni British 16 . Di bawah undang-undang antarabangsa,
preskripsi merujuk kepada pemerolehan kedaulatan menerusi pengamalan kedaulatan yang
sebenar dan ianya dikekalkan untuk jangka masa yang munasabah. Pemerolehan kedaulatan
Malaysia ke atas Sabah adalah berbeza dengan apa yang berlaku di antara Indonesia dan Timor-
Leste. Indonesia telah menjajah Timor-Leste pada tahun 1975. Akibat bantahan berterusan dari
masyarakat antarabangsa dan rakyat Timor-Leste sendiri, Timor-Leste 17 telah menjadi negara
yang merdeka dan berdaulat pada tahun 2002. Manakala Sabah tidak pernah dijajah Malaysia
kerana negeri tersebut, menerusi hasil dapatan Suruhanjaya Cobbold, secara sukarela bergabung
di dalam Persekutuan Malaysia. Maka dengan itu, Sulu tidak layak lagi untuk menuntut Sabah
oleh kerana telah menandatangani perjanjian untuk menyerahkan Sabah kepada British yang juga
merupakan dahulunya menjajah tanah Melayu yang kini dilengkapkan di bawah satu nama iaitu
Malaysia. Kesimpulannya, tidak dinafikan bahawa Sabah pernah menjadi sebahagian dari
Kesultanan Sulu. Walaubagaimanapun, senario politik Sabah dan Filipina telah berubah sejak
penjajah Sepanyol, British dan Amerika menjejakkan kaki mereka ke rantau ini. Masyarakat
antarabangsa juga telah pun mengiktiraf penuh Sabah berpuluh tahun sebagai negeri di dalam
Malaysia dan kedudukan tersebut seharusnya dilindungi dan dihormati.

16
iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura bersama Negara Malaya yang berdaulat.
17
menerusi referendum kemerdekaan. Referendum kemerdekaan bermaksud masyarakat sesebuah wilayah
menentukan kemerdekaannya.
Rujukan:

1. Apa hak Filipina untuk menuntut Sabah? | Astro Awani. (n.d.). Retrieved from
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-hak-filipina-untuk-menuntut-sabah-
106608.

2. SentiasaPanas. (2016, September 16). Apa Hak Filipina Untuk Menuntut Sabah? Adakah
Tuntutan Sah Dibawah Undang-undang Antarabangsa? Retrieved from
http://www.sentiasapanas.com/2016/09/apa-hak-filipina-untuk-menuntut-sabah.html.

3. Ismail, L. (1970, January 1). SEJARAH FILIPINA TUNTUT SABAH. Retrieved from
https://bicaramentari.blogspot.com/2016/12/dsn.html.

4. Othman, A. R. R. (2013). Bukan menari di pentas peluru: antologi sajak pencerobohan


Lahad Datu, 2013. Kota Bharu, Kelantan: Persatuan Penulis Kelantan.

5. Tuntutan Yang Dibuat Filipina Terhadap Sabah Boleh Gugat Hubungan Dua Hala. (n.d.).
Retrieved from :https://www.benarnews.org/malay/berita/my-sabah-filipina-180131-
01312018163805.html
4. Apakah hujah yang digunakan oleh negara Filipina untuk menuntut Sabah? (10
markah)

Sabah dituntut oleh Filipina disebabkan oleh beberapa tuntutan yang pada pokok pangkalnya
sangat tidak berasas dan ceritanya masih boleh disangkalkan kebenarannya. Hal ini kerana
kebanyakkan cerita dan karangan penulis kekurangan bukti yang tekstual. Selain itu, terdapat
percanggahan pendapat dan pemahaman melibatkan dua kesultanan yang pernah mentadbir
Sabah pada zaman dahulu. Percanggahan pendapat ini tidak hanya berlaku dalam institusi diraja
tetapi juga dalam kalangan pengkaji dan penulis buku. Dalam merungkai hal berkenaan hak
pemilikan wilayah pantai timur Sabah, negara Filipina sangat bergantung harap kepada dokumen
British untuk mengesahkan tuntutan mereka.

Antara faktor yang mendorong Filipina untuk menuntut ‘hak’ mereka ialah pertalian
warisan antara Sabah dan Sulu18 seterusnya Perjanjian yang telah dimeterai antara Sultan Sulu
dan pihak British, dan terakhir sekali ialah perang saudara yang tercetus dalam Kesultanan
Brunei. Sulu pada asalnya telah membawa bangsa atau komuniti yang merupakan kelompok
etnik yang terkenal di Sabah. Komuniti Suluk Sabah merupakan salah satu daripada 32
kelompok etnik yang diiktiraf sebagai peribumi Sabah 19 kerana mereka merupakan antara
penduduk yang paling ramai terutamanya di pantai timur Sabah20.

Kaum suluk ini digelar tausug di Filipina, tausug bermaksud “Orang dari Sulu”.
Perkampungan awal orang Suluk yang masih boleh dilihat sehingga hari ini ialah Pulau
Tambisan di mana masyarakat Suluk di sana dominan mengamalkan cara hidup orang Melayu.
Namun, bahasa seharian mereka ialah bahasa Suluk yang bukan sahaja dituturkan oleh penduduk
kampung keturunan Sulu. Tradisi Sulu dan Sabah berpiasah tiada kerana mereka sama-sama
merayakannya. Perayaan yang biasa diraihkan bersama oleh masyarakat Sabah dan Filipina ialah
perayaan Magtimbang21. Selain memegang warisan tradisi yang sama, kebanyakkan kaum sulu
dari Filipina ini juga ialah Islam, tekanan yang mereka alami daripada pentadiran politik di
Filipina sangat membebankan sehingga berpindah ke Sabah adalah pilihan yang terbaik.

18
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-hak-filipina-untuk-menuntut-sabah-106608
19
Abdul Nassir Said & Mohammad Mahdi Abas, Memalarsegarkan Tradisi Lisan Etnik Sabah Melalui
Pendokumentasian, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Sabah, 2010.
20
Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat dan Kota Kinabalu.
21
Perayaan magtimbang dilakukan selepas kelahiran bayi juga dikenali sebagai adat ‘naik ayun’.
Walaupun memegang status sebagai peribumi, keberadaan komuniti ini di Sabah sebelum
pembentukan Malaysia 1963 bahkan sejak ratusan tahun lalu dilihat masih tidak cukup untuk
mengubah perspektif sosiologikal yang kebanyakannya menganggap etnik Suluk sebagai
kelompok bermigrasi atau dalam erti kata yang lebih kasar disebut ‘pendatang Filipina’ 22 .
Seterusnya, perjanjian antara Sulu dan Sabah. Suatu perjanjian telah ditandatangani di antara
Sultan Sulu dan dua agen British iaitu Alfred Dent dan Baron von Overback pada 22 Januari
1878. Perjanjian ini telah menyerahkan dan ‘menyewakan selama-lamanya; Borneo Utara
kepada British, dengan pembayaran semula sebanyak 5,000 dolar Malaya kepada Sultan Sulu.
Oleh itu, Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) telah mentadbir Sabah sehingga 1941. Hak
untuk menuntut Sabah daripada Filipina telah berlaku sejak 1963 namun bersetuju untuk tidak
meneruskannya pada 1977. Akibat pertalian tradisi yang dihapuskan antara Sabah dan
Kesultanan Sulu, Filipina meneruskan hasrat tuntutan tersebut.

Tambahan pula, perang saudara yang berlaku dalam institusi Kesultanan Brunei. Perkara
ini dibuktikan apabila Historiografi Melayu Brunei mencatatkan Kesultanan Brunei pernah
menguasai dan menaungi seluruh pesisir teluk rantau Pulau Brunei (Borneo) dan pulau-pulau
yang kini dikenali sebagai Filipina pada zaman pentadbiran Sultan Muhammad Syah (1362-
1402). Maklumat tersebut diperkukuhkan apabila Salasilah Raja-raja Brunei yang meriwayatkan
kekuasaan Brunei pernah meliputi wilayah Brunei hingga ke Sambas. Catatan Bustanus Salatin
pula menyatakan bahawa pada zaman pemerintahan Sultan Bolkiah (Adipati Suluk), Sulu berada
di bawah naungan Brunei.

Zaman yang disebutkan merupakan zaman gilang gemilang bagi Kesultanan Brunei,
namun begitu kegemilangan dan kemahsyurannya tidak bertahan lama disebabkan peristiwa
pembunuhan Pangiran Muda Alam. Perebutan takhta dalam kalangan Pangiran tersebut telah
mencetuskan peperangan yang membawa kepada permintaan bantuan daripada kaum Sulu.
Perang tersebut dikenali sebagai Perang Chermin, Pangiran Muda Kesultanan Brunei telah
menjanjikan beberapa tempat kepada Kesultanan Sulu apabila menang dalam berperang. Namun
begitu, perkara ini banyak ditolak oleh penulis kerana orang-orang Suluk tidak meraih
kemenangan tersebut tetapi tetap menganggap bahawa wilayah tersebut telah diberikan kepada

Amrullah M et al. Komuniti Suluk dan Persoalan Migrasi: ‘Sirih Pulang ke Gagang. Universiti Malaysia Sabah,
22

Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan.


mereka sebagai hadiah dalam Perang Chermin. Perkara-perkara yang disebutkan telah
menguatkan alasan Filipina untuk menuntut haknya terhadap Sabah kerana pernah menjadi
sebahagian daripada Kesultanan Sulu. Walaubagaimanapun, corak pemerintahan Sabah dan
Filipina sudah jauh berubah sejak pemerintahan negara Barat lagi. Tambahan pula, Sabah
merupakan sebahagian daripada Malaysia dan sedang menuju ke arah kemajuan dan
kemakmuran yang berterusan.

RUJUKAN

1. Amrullah Maraining. (2013).Sejarah migrasi dan petempatan komuniti Iban di daerah


Tawau, Sabah, 1940−2011. Tesis Sarjana, Universiti Malaysia Sabah.

2. Andi Ima Kesuma. (2004). Migrasi & Orang Bugis: Penulusuran kehadiran Opu Daeng
Rilaka pada abad XVIII di Johor. Yogyakarta: Ombak.

3. Anwar Sullivan. (1981). Commemorative history of Sabah, 1881-1981. Kota Kinabalu:


Sabah State Government, Centenary Publications Committee.

4. Badlishisyam Mod Nasir & Rafihi Wasihim. (2000). Migrasi dan dakwah: Satu tinjauan
awal di kalangan migran Filipina Muslim di Kota Kinabalu, Sabah. Tesis Sarjana, Bangi,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

5. Bilcher Bala. (2012). Perubahan sosiobudaya masyarakat Lundayeh. Dlm. Saidatul


Nornis Haji. Mahali et al. (Eds.). Pluraliti Etnik dan Budaya di Sabah. Kota Kinabalu:
Penerbit UMS. Bilcher Bala. (2012). Sejarah migrasi masyarakat Lundayeh ke Sabah
1900-1963. Dlm. Murut & Pelbagai Etnik Kecil Lain Di Sabah, Siri Etnik Sabah. Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

6. Rasul J.D. (1970). The Philippines Muslims. Struggle for identity: Nueva Press.
7. Sharul Amri. (2007). Budaya yang tercabar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Tarling, Nicholas. (1971). Britain the Brookes and Brunei. Singapore: Oxford University
Press.
KESIMPULAN

Sabah pernah menjadi sebahagian dari Kesultanan Sulu. Walaubagaimanapun, sketsa politik
Sabah dan Filipina telah berubah sejak penjajah Sepanyol, British dan Amerika menjejakkan
kaki mereka ke rantau ini. Sabah sekarang adalah sebahagian daripada Malaysia dan sedang
menuju jalan kemakmuran dengan kemajuan dan pembangunan yang berterusan. Kemakmuran
Sabah telah menjadikannya tambang emas bukan sahaja untuk rakyat Malaysia, tetapi juga
pendatang asing yang menetap di negeri tersebut. Benar, masyarakat antarabangsa telahpun
setelah 53 tahun mengiktiraf penuh Sabah sebagai negeri di dalam Malaysia dan kedudukan
tersebut seharusnya dilindungi dan dihormati.

Anda mungkin juga menyukai