Anda di halaman 1dari 49

PQI6072: KURIKULUM, PEDAGOGI DAN

PENTAKSIRAN ZAMAN PRASEJARAH DAN


PROTOSEJARAH

KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA


(SULU)
ABAD KE-15 HINGGA ABAD KE-19

ITA BINTI AHRIS (S2170284)


NOR RASHEEQA BINTI MD ZAKIR (S2153953)
ISI KANDUNGAN
Latar Belakang Kerajaan Sulu
Sultan dan Kerabat diraja Sulu
Perkembangan Kerajaan Sulu
1. -Politik
2. -Struktur Sosial
3. -Perkembangan Ekonomi
Keruntuhan Kesultanan Sulu
LATAR BELAKANG
KERAJAAN SULU
LOKASI KERAJAAN SULU
Dalam Kakawin Nagarakertagama, Sulu disebut Solot yang
merupakan salah sebuah negeri di kepulauan Tanjungnagara
(Kalimantan- Filipina) (Murtadlo, 2015).
Sulu terletak di lepas pantai timur laut pulau Borneo
Sifat kepulauan yang bertanah tinggi di kawasan pedalaman telah
mendorong penempatan awal penduduk Kepulauan Sulu
berselerak di kawasan pinggir pantai dan muara sungai.
Walaupun dari segi geografi komuniti pinggir pantai hidup dalam
keadaan terasing di antara satu sama lain , namun dari segi politik,
komuniti komuniti tersebut berada di bawah satu kesultanan, iaitu
Kesultanan Sulu.
Latar belakang kepulauan
=Kesultanan Sulu sebagai
sebuah kerajaaan maritim
PETA AWAL KERAJAAN SULU
samb..latar belakang
Sebelum kedatangan Islam, Kerajaan Majapahit dan Srivijaya di tanah
Jawa pernah menduduki dan mempengaruhi kawasan-kawasan sekitar
wilayah kepulauan Sulu.
Menurut sumber China, Nan-Hai Chih kerajaan Sulu adalah dibawah
pemerintahan Kerajaan Brunei pada lewat abad ke-13.
Sejarah Sulu = Seorang putera Minangkabau : Raja Baginda berhijrah
ke Sulu untuk mendirikan kerajaan Islam di sana pada abad ke-14 iaitu
diangarkan pada tahun 1390.
Syaid Abu Bakar (Arab) datang dari Melaka dalam perjalanannya ke
Sulu pada tahun 1450
samb..latar belakang
Disebabkan ketingian ilmu agamaannya, beliau diangkat oleh Raja
Baginda sebagai kadi dan imam.
Raja Baginda kemudian menikahkan Abu Bakar dengan Paramisuli,
iaitu anak perempuannya.
Dengan kecakapan dan kecerdasannya, Abu Bakar memperkuat
kekuasaan politiknya dengan memperkenalkan sistem politik kesultanan
Dikatakan sebagai pengasas kerajaan Islam di Sulu (Najeeb M. Saleeby,
1908:46; Karim, 2016:71).
perkembangan POLITIK
kerajaan sulu
politik
Bercorak monarki
Kesultanan Sulu diperintah
32 orang Sultan yang
bermula pada 1450-an
hingga 1936 (C.A. Majul,
http://sultanateofsulu.ecseachamber.org/sultanate-of-
1988). sulu/index-1.htm
SENARAI SULTAN SULU
Sultan Syarif ul-Hashim (Sayrif Abu Bakar)
1)
-Diramalkan pemerintahannya tahun 1450 dan mangkat di sekitar 1480

2) Sultan Kamalud Din

3) Sultan Alaud Din

4) Sultan Amir ul-Umara (Maharaja Diraja)

5) Sultan Mu’izz ul-Mutawadi’in (Maharaja Upo)

6) Sultan Nasirud Din I (Digunung Habud)

Sultan Muhammad ul-Halim (Pengiran Budiman)


7)
-Bersaudara dengan keluarga diraja Brunei
SENARAI SULTAN SULU
8) Sultan Batara Syah (Pangiran Tengah)

9) Sultan Muwallil Wasit (Raja Bongsu)

10) Sultan Nasirud Din II (Pangiran Sarikula)

11) Sultan Salah ud Din Bakhtiar (Pangiran Bactial)

12) Sultan Ali Syah

13) Sultan Nur l-’Azam (seorang pemerintah wanita )

14) Sultan Al-Haqunu Ibn Wali ul Ahad


SENARAI SULTAN SULU
15) Sultan Sahab ud-Din

16) Sultan Mustafa Shafi ud-Din

17) Sultan Badar ud-Din

18) Sultan Nasr ud-Din (Datu Sabdula)

Sultan ’Azim ud-Din I (Alimudin I , datu Lagasan-Dua


19) tempoh pemerintahannya ialah tahun 1735-1748 dan
1764-1774.

20) Sultan Mu’iz ud-Din (Datu Bantilan)


SENARAI SULTAN SULU
Sultan ’Azim ud-Din II (Alimuddin II)
22)

23) Sultan Sharaf ud-Din (Datu Salapudin)

24) Sultan ’Azim ud-Din III (Alimudin III)

25) Sultan Ali ud-Din

26) Sultan Shakirullah (Datu Sakilan)

27) Sultan Jamal ul-Kiram I

28 Sultan Mohammed Fadl (Pulalun)


SENARAI SULTAN SULU
29) Sultan Jamal ul-Azam

30) Sultan Badar ud-Din II

Sultan Harun ur-Rasyid


-24 September 1886 , Harun ar Rashid pergi ke Manila kerana mengangkat
31)
sumpah menjadi sultan di hadapan pegawai - pegawai tinggi Sepanyol.
-Dipaksa untuk turun takhta pada tahun 1894

Sultan Jamal ul-Kiram II (meninggal tahun 1936)


32) Dianggap memerintah dari tahun 1884 hingga 1936
Tahun 1915- menyerahkan kuasa politiknya kepada kerajaan Amerika Syarikat
perkembangan politik kerajaan sulu
Pada tahun 1565, Legaspi yang mewakili kuasa Sepanyol
datang ke Filipina untuk menakluk negara itu dan
mengembangkan agama Kristian .
Sepanyol secara berterusan menyerang kesultanan -
kesultanan Melayu untuk mengurangkan kuasa dan
pengaruh (Raduan, 1996)
Bimbang akan penentang - penentang Islam dan kuasa
Belanda Sepanyol berdamai dengan Sultan Sulu pada
tahun 1646.
Jangka masa perdamaian 1663-1718 telah memberi
peluang kepada Sultan Sulu untuk memperkukuh
dan memperluaskan wilayahnya.
Pada abad ke 18 Kesultanan Sulu menjadi kuasa
terkuat di kalangan kesultanan - kesultanan Melayu
di rantau ini
Struktur pemerintahan
Kesultanan Sulu berbentuk
Sultan
piramid.
Pembesar (datu)
Sultan Sulu telah dibantu oleh
golongan Pembesar (Datu)
Rakyat
Sultan Sulu bersemayam di Jolo
( Pulau Maimbung ) yang
merupakan pusat autoriti politik
kepada kerajaan Sulu.
PETA JOLO
Sultan hanya berkuasa di kawasan Sulu sahaja,
kawasan lain dibawah tanggungjawab pembesar.
Pembesar akan menyerahkan sebahagian hasil di
kawasan mereka kepada Sultan.
Sultan merupakan ketua agama dan politik.
Namun, kuasa dan pengaruh Sultan bergantung dan
berdasarkan kekayaan, personaliti dan pakatan yang
dijalankan dengan golongan Datu
Pada abad 18 dan 19 Kepulauan Sulu yang
didominasi oleh orang - orang Taosug
Untuk memastikan orang - orang Taosug terus
menguasai dan memerintah Kesultanan Sulu , sultan
dipilih daripada Datu - datu Taosug dari keturunan
Diraja sahaja .
Mereka terdiri daripada keturunan Sultan Sulu yang
pertama
Dalam pemilihan Sultan baru selepas kemangkatan
Sultan , Datu yang paling tua , berpengaruh , dan
ramai pengikut dianggap yang paling layak
Dalam masyarakat Taosug , puteri raja tidak boleh
menjadi pemerintah .
Mereka berpegang kepada hukum agama yang
menetapkan kaum wanita tidak boleh menjadi imam
dalam sembahyang
Sultan= ketua agama bagi wilayah jajahannya
Baginda menjadi imam kepada komunitinya.
Undang - undang dan pemerintahan Sultan
bukan daripada baginda sendiri, tetapi
berlandaskan al - Quran.
Patuh kepada Sultan bermakna patuh kepada
Allah SWT
Kuasa dan status seseorang Sultan tidak ditentukan melalui
sempadan kewilayahan, tetapi berdasarkan bilangan
penduduk yang dikuasai
Kekuatan sesebuah kesultanan adalah faktor penentu
keutuhan sistem dan struktur sosial mereka .
Kekuatan juga amat diperlukan untuk meluaskan pengaruh
dan penguasaan ekonomi .
Kredibiliti baginda untuk memastikan ketaatan pengikut
pengikutnya juga penting dalam mengekalkan pengaruh
politik
STRUKTUR SOSIAL
KERAJAAN SULU
Pada abad ke-18, Cesar Adib Majul menganggarkan lebih
kurang 2.5 juta orang yang menduduki sebahagian besar
wilayah kepulauan Sulu.
Terdapat sekurang-kurangnya 11 rumpun yang mendiami
wilayah Sulu
Orang Taosug: Pulau Maimbong, Pulau Siasi, Pulau Tawi-tawi.
Orang Samal: Pulau Sibutu dan gugusun Pulau Mindanao.
Orang Magindanao: Cotabato, Pulau Mindanao
Orang Maranao: Lanao & Cotabato, Pulau Mindanao
Orang Sangil: Cotabato & Davao, Pulau Mindanao
Orang Yakan: Pulau Basilan & Zamboanga
Orang Palawani: Pulau Palawan
Orang Jama Mapun: Pulau Cagayan
Orang Melebuganon: Pulau Balabac
Orang Melayu Brunei: Pantai Barat Borneo Utara
Orang Bajau/Bajaw: Perairan Sulu (Nomad)
Anne Lindsey Reber (1996) menjelaskan melalui buku beliau
The Sulu World in the 18th and the 19th Centuries:

"A clear ethnic division between the ruler and the ruled seems to have
existed in Sulu. The Jolo nobility was Taosug. Its subjects included not
only Taosug agriculturist, but also the Bajau, a nomadeic boat dwelling
people, who were the lowest ranking class in the Sulu social order and
seem to have begun immigrating to Sulu from Johore area about the
begining of the fourteenth century. The Samal, who formed the
majority of the population on most of the outer islands, were partially
acculturated strands dwellers apparently from the Bajau. They may also
have been more primitive people inhabiting the interior of Sulu island.
Even Samal areas like Tawi-tawi, Siasi, and Basilan, the Datus seem to
have been Taosug, although the Panglimas might be Samal"
STRUKTUR SOSIAL
GOLONGAN
ARISTOKRAT

ORANG
KEBANYAKAN

GOLONGAN
HAMBA
GOLONGAN ARISTOKRAT
Sultan
Datu
Panglima
Marajah

ORANG KEBANYAKAN
Orang-orang Taosug & kaum-kaum lain.
Memberi perlindungan kepada Datu.
Tidak memegang apa-apa jawatan atau gelaran.
Terlibat dengan aktiviti perikanan, pertanian, pertukangan

GOLONGAN HAMBA
Banyaga dan Kiapangdilihan
Sumber utama untuk tujuan
perdagangan luar
Perkembangan
Ekonomi
KESULTANAN Sulu
Kesultanan Sulu sememangnya telah lama utuh
sebelum kedatangan Sepanyol ke Filipina pada abad
ke-16.
Kesultanan Sulu muncul sebagai sebuah pusat
ekonomi yang berkembang maju pada abad ke-18.
Jolo direkodkan sebagai sebuah pelabuhan entreport
yang terpenting di Kepulauan Sulu di mana ia
mengendali dan mengawal jaringan perdagangan di
Laut Sulu dan Laut sulawesi.

Kedudukan pelabuhan Jolo yang terletak di laluan


antara Benua China dan Kepulauan Melayu
membolehkan Jolo menjadi pusat pengumpulan dan
pengagihan sumber-sumber ekonomi di Kepulauan
Sulu dan Sulawesi.
Kestabilan ekonomi tersebut membolehkan Kesultanan Sulu
menjalankan dasar perluasan kuasa ke atas wilayah-wilayah
yang berhampiran.

Abad ke-18 juga turut menyaksikan ekspedisi oleh Datu dari Sulu
mengharungi Laut Sulu ke Pantai Timur Borneo, Pantai Barat
Mindanao dan Utara Kepulauan Sulawesi.
PERDAGANGAN LUAR KESULTANAN SULU
Hubungan perdagangan dengan China (seawal abad ke-18)
Wujud seawal abad ke-18.
Tongkang-tongkang dari China akan singgah di Pelabuhan
Manila, Pulau Panay dan Selatan Kepulauan Visayan sebelum
masuk dan berdagang di Jolo.
Barangan yang diperdagangkan termasuklah sirip ikan jerung,
sarang burung, pasu (porcelain), gamat laut (beche-de-mer),
Tembikar (eathernware).
Hubungan perdagangan dengan pedagang Bugis dari Kepulauan
Sulawesi dan Selatan Pulau Borneo (Abad ke-18)
Bantu membekalkan barang dagangan untuk pedagang dari China
Pedagang Bugis perlu berlayar hingga ke barat New Guinea & Utara
Australia bagi mendapatkan hasil laut seperti tripang/gamat laut dan
sirip jerung.
Rempah ratus, kayu cendana, rotan turut diperdagangkan di Jolo untuk
pedagang dari China & Eropah.
Orang Bugis turut berdagang di Berau dan Bulungun (Pusat
perdagangan yang dikuasai oleh aristokrat Taosug di Pulau Borneo.
Barangan yang diperdagangkan :Rempah ratus seperti bunga cengkih,
buah pala, lada hitam.
Orang Taosug juga turut menjalankan aktiviti perdagangan di wilayah
Bugis (Menado & Ternate)
Hubungan perdagangan dengan Eropah (Pertengahan Abad ke-18)
Pedagang Eropah, English East India Company (EEIC) turut berdagang di
Jolo.
Ia membawa kepada perubahan pola perdagangan Kesultanan Sulu.
Pada tahun 1768, Sulu memainkan peranan sebagai regional emporium
di antara pedagang Eropah, negara Asia Tenggara dan benua China.
Namun barang dagangan Inggeris tidak begitu mendapat tempat di
pasaran China, tetapi barang dagangan China amat diperlukan oleh
pedagang Inggeris.
Bagi mengatasi masalah ini, pedagang Inggeris telah menjalankan
hubungan perdagangan dengan Kesultanan Sulu.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan hasil hutan dan hasil laut dari
Sulu, yang dapat dipasarkan ke China.
Bagi mendapatkan kedua-dua sumber tersebut, pedagang Inggeris
memperdagangkan senjata, peralatan perang, serbuk bedil dan candu
secara terus kepada aristokrat Taosug.
Mendapat tempat yang baik di pasaran Kepulauan Sulu kerana ia
merupakan teknologi moden dalam persenjataan ( Superior weapon)
Senjata canggih ini membantu kesultanan Sulu dalam mengukuhkan
dan memperluaskan lagi wilayah tanah jajahannya.
COUNTRY TRADE (Abad ke-18 HINGGA tahun 1850)
Perdagangan di antara Calcutta, Asia Tenggara dan China.
Dikenali sebagai Country Trade oleh penulis Barat.
Kapal-kapal dari Calcutta membawa barangan dari kilang Inggris
& komoditi Bengal yang mendapat permintaan daripada aristokrat
Taosug, China di Jolo, pedagang Bugis di sekitar Pulau-pulau
Sulawesi.
Barang selain senjata yang diperdagangkan kepada aristokrat
Taosug:loyang, kain, kain hiasan, renda halus, karpet.
Barangan yang didagangkan bertambah setiap tahun.
Antaranya ialah: Kain putih, pisau, gunting, minyak wangi, wangian
lavender, wangian lemon, opium.
Walaubagaimanapun, barangan yang dibeli oleh pedagang Inggeris
daripada aristokrat Taosug masih terhad kepada hasil laut & hasil hutan,
rempah ratus dan hasil kraf tangan.
Barangan yang didagangkan masih mengikut pola sumber laut dan hasil
hutan yang diurusniagakan sejak sekian lama diantara Benua China dan
kepulauan Sulu.
Sejak abad ke-18, perdagangan di Kepulauan Sulu dikuasai oleh
aristokrat Taosug, mengikut keperluan pasaran China.
Hubungan perdagangan berpanjangan China-Jolo membolehkan
Jolo menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran barang.
Komuniti lain yang mengkehendaki barangan dari China, perlu
membawa barangan mereka ke pusat pemerintahan Kesultanan
Sulu (Jolo).
Pedagang luar mesti berdagang dengan Jolo untuk mendapatkan
barangan yang boleh dipasarkan ke China.
Golongan pemerintah mendapat keuntungan yang lumayan
daripada cukai, perkhidmatan dan penglibatan secara langsung
mereka dengan aktiviti perdagangan.
Kuasa monopoli yang dinikmati aristokrat Taosug ini tidak disenangi
oleh kuasa Eropah.
Alternatif yang diambil oleh kuasa eropah pada ketika itu ialah
membuka pelabuhan sendiri dengan beberapa keistimewaan iaitu
pengecualian cukai, bazar untuk menarik perhatian pedagang luar.
KEruntuhan KESULTANAN SULU
Pemerintah Sepanyol sememangnya ingin menjadikan Kepulauan
Sulu sebagai sebahagian daripada tanah jajahannya.
Peringkat awal melalui, Sepanyol cuba untuk menguasai
perdagangan di antara Manila dan Jolo namun gagal dan berpindah
kepada Makassar.
Pembukaan pelabuhan Makassar menyebabkan hubungan
perdagangan di antara pedagang bugis dan aristokrat Taosug di
Selatan Wilayah Sulu tersekat.
Menyerang sarang lanun Samal di Balangingi.
Sultan Muhammad Fadl mencari perlindungan dari kuasa
1848 eropah lain (Mewujudkan hubungan persahabatan dengan
James Brooke (Gavernor Labuan)
Menandatangani "Treaty of Friendship and Commerce"

Menjadikan tindakan tersebut sebagai alasan untuk


1851 bertindak ke atas Sulu.
Menganggap Sulu ingkar perjanjian.
Menyerang Jolo pada 25 Februrai 1851.

Selepas tahun 1860, pedagang dari Borneo Utara,


Brunei, Palawan, Balabac, Banquey, Jolo dan
1860 Cagayan de Sulu mengelak aktiviti perdagangan
dengan Zamboanga.
Sepanyol menyerang pusat hamba di
perkampungan Samal, Pulau Tawi-tawi
1872 dan mengepung pusat pemerintahan
Sulu, Jolo pada tahun 1872.
Hal ini melumpuhkan Kesultanan Sulu.

Rear Admiral Antequera telah


mengarahkan agar semua jenis perahu
kepunyaan orang Taosug dimusnahkan
1873 Bagi memastikan orang Taosug berubah
daripada "Trading aristocracy to peasants
agriculturists"
Runtuhnya Kesultanan Sulu, asas ekonomi Kesultanan Sulu telah ditukar
kepada pertanian.
Sumber tenaga manusia juga diberhentikan.
Sebahagian daripada pulau-pulau yang berada di Kepulauan Sulu dijajah
dan dimasukkan ke dalam wilayah jajahan Sepanyol.
Pedagang-pedagang aristokrat Taosug diketepikan.
Tindakan Sepanyol melumpuhkan pusat perdagangan Kesultanan Sulu
telah memberikan faedah yang besar kepada pedagang China
Pedagang Cina bebas melakukan aktiviti perdagangan dengan pulau-
pulau luar.
Tahun 1880, ramai pedagang China telah bertapak dengan kukuh di
Mindanao, Zamboanga, Cotabato, Misamis, Lalabuan, Glan,
Maimbung dan Teluk Sarangani.
Kesemua barang eksport dikumpulkan di Elopura (Sandakan) &
Labuan sebelum dihantar ke Singapura.
Pelabuhan Jolo yang begitu penting pada abd ke-18 & abad-abad
sebelumnya telah hilang kepentingannya pada akhir abad ke-19.
Pengepungan Jolo telah memberi kesan ke atas pelabuhan yang
dikuasai Sepanyol menyebabkan Sepanyol terpaksa menamatkan
kekuasaan mereka pada tahun 1876.
Namun begitu, sudah terlambat bagi menguasai semula perdagangan
Kepulauan Taosug.
KESIMPULAN

Pelabuhan Jolo menjadi pelabuhan terpenting pada


abad ke-18 dan awal abad ke-19.
Mengamalkan sistem beraja dan mempunyai banyak
etnik di sekitar Kepulauannya.
Hamba merupakan tunggak utama ekonomi mereka,
Kerajaan ini jatuh pada hujung abad ke-19 disebabkan
oleh kuasa asing.
Corak ekonomi kerajaan ini turut mengalami perubahan
iaitu daripada maritim kepada pertanian.
RUJUKAN
1. Najeeb Mitry Saleeby. (1908). The History of Sulu. Manila: Bureau of Printing
2. Cesar Adib Majul. Terjemahan : Shamsuddin Jaapar. (1988). Islam di Filipina.Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
3. Ismail Ali. (2014). keijaksanaan Kesultanan sulu dalam mengurustadbir Sumber Ekonomi
di Pantai Timur Borneo Utara, 1704-1878. Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 2(2).
Minda Masagi Press bandung and UBD bandar Seri Begawan.
4. Mohammad Raduan Mohd. Ariff. ( 1996). Kesultanan Sulu sebagai sebuah kerajaan
maritim di Asia Tenggara. Simposium Antarabangsa mengenai Hubungan Antara
Kebudayaan di Laut Tengah Asia Tenggara. 2-6 April 1996: Kuala Lumpur. Paper 6.
5. Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Rahman. (2016). Sejarah pengasasan dan asal usul
kerajaan Brunei berdasarkan sumber lisan. Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Tesis Doktor
Falsafah
6. Muhammad Murtadlo. (2015) “Islam dan Pendidikan Madrasah di Filipina“, Jurnal
Edukasia, Vol. 13 No. 1 (April,2015), 49
Thank You for
listening!

Anda mungkin juga menyukai