Anda di halaman 1dari 13

HSM 216/3 SEJARAH POLITIK

MALAYSIA SEHINGGA AWAL KURUN

KE-20

6. kelemahan kerajaan pribumi dan bukannya sangat soal ancaman

kuasa luar menjadi punca utama Borneo kehilangan banyak kawasan

pada kurun ke-10. Bincangkan

SCHOOL OF HUMANITIES (HISTORY)

AN NASIHAH SILAWATAN

13 MEI 2016

1
Pengenalan

Borneo sebelum abad ke-19 merupakan kawasan taklukan kerajaan purba yang kuat iaitu

Brunei meliputi Sarawak, Sabah hingga kepulauan Filipina. Bagi mengekalkan

kewujudannya, Brunei berselindung disebalik kuasa besar seperti Srivijaya, Majapahit dan

Melaka serta hubungan perdagangan dengan China dan dikatakan muncul sebagai sebuah

negara sejak awal abad ke-13. Sebagai negara yang mencari perlindungan, selari hubungan

tradisi antarabangsanya, Brunei muncul sebagai negara bebas antara penghujung abad ke-14

dan awal ke-15 yang memerintah keatas wilayah-wilayah tanggungannya.1 Abad ke-19

bagaimanapun menjadi kurun mencabar bagi kerajaan terhebat ini apabila bermulanya

perubahan dalam manipulasi perhubungan, ancaman dan penjajahan kuasa luar. Sebuah

negara kesultanan telah diakui kehebatan dan keangungannya terhadap kekuasaan mula

mengecil apabila bermulanya penglibatan pihak Inggeris sebagai ‘pelindung’ dengan

termeterainya Penjanjian Persahabatan dan Perdagangan pada 1847 antara Great Britian dan

Brunei yang dianggap menjamin kedaulatan Bruei. Namun sebaliknya berlaku apabila

wilayah Brunei terus-menerus diambil oleh kuasa asing ini sehinggalah Perjanjian

Perlindungan (Protectorate Agreement) pada 1888 dibuat. Bermulanya tempoh ini maka titik

rasminya British terhadap Brunei, apabila kerajaan ini tidak lagi bebas menyerahkan mana-

mana wilayahnya terhadap kuasa asing tanpa kebenaran Great Britain. Namun Brunei dilihat

sebagai negeri lindungan luar biasa berbanding negeri Tanah Melayu yang lain apabila

tiadanya pegawai Residen dilantik malah Sultan berkuasa memerintah hinggalah tahun 1906.

Namun, kehilangan wilayah Borneo ketangan kuasa asing disebabkan masalah dalaman

pemerintahan pribumi itu yang mengundang penglibatan kuasa asing secara langsung

sebelum Brunei melalui kurun yang genting. Kesultanan ini telahpun berdepan dengan

konflik sehingga rentetan siri ini berkemuncak pada abad ke-19.

1 D.S. Ranjit Singh, (1984), Brunei 1839-198, Singapore: Oxford University Press, hlm.14.

2
Borneo Sebelum Abad ke-19

Kesultanan Brunei telah melalui zaman kegemilangannya dari abad ke-15 sehingga abad ke-

17 apabila telah memerintah sebahagian besar Nusantara Melayu. Kegemilangan Kesultanan

Brunei telah menguasai seluruh wilayah Sarawak, Borneo Utara, Kepulauan Sulu dan

Filipina sehingga tahun 1840. Daripada sebuah kuasa yang mengharapkan kuasa besar iaitu

Majapahit dan Melaka, akhirnya memberi peluang kepada Brunei untuk berpengaruh di

kepulauan Borneo sendiri sebagai kerajaan yang kuat dalam memberi lindungan kepada

wilayah kekuasaanya sebagai balasannya pembayaran ufti dikenakan. Kekuatan Brunei

berasaskan penguasaan dalam aktiviti perdangangan malah turut menguasai penduduk di

lembah sungai sebagai menyumbang ufti dalam bentuk hasil autonomi mahupun wang

sebagai sumber kekayaan.2

Walau bagaimanapun, penghujung kurun ke-16 hinggalah 17, kuasa politik dan

ekonomi Kesultanan mula dicabar dan disekat oleh kuasa asing apabila 1578 Sepanyol

berjaya menduduki kota Brunei buat sementara namun Brunei kembali kekal memerintah.

Kekuasaan Brunei diakui apabila Portugis menawan Melaka, dalam memastikan kawalan dan

penguasaan perdangangan di Laluan Rempah. Portugis telah mewujudkan polisi hubungan

mesra terhadap Brunei dalam menjalinkan hubungan persahabatan dan mendapatkan hak

dangangan dan hubungan ini berlangsung sehingga 1641 apabila Melaka jatuh di tangan

Belanda. Namun kerjasama ini telah menunjukkan kewibawaan kesultanan Brunei dalam

menjalinkan hubungan antarabangsa dengan kuasa Eropah hasil daripada pengalamannya

sebagai negara lindungan dahulu malahan dalam perhubungan ini Portugis turut mengikuti

undang-undang dan adat Brunei bagi mendapatkan hak tambahan kewilayahnya.3 Berbeza

dengan Portugis, hubungan dengan Seponyal mendatangkan konflik apabila masing-masing

ingin memperluaskan pengaruh di kawasan Kesultanan Sulu. Sepanyol sebelum itu telah pun
2 Ooi Keat Gin, (2007), Kerajaan- kerajaan di Borneo Sekitar Tahun 1850-1941, Dlm Abdul Rahman Ismail, Malaysia
Sejarah Kenegaraan dan Politik (hlm. 172-228), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 176.
3 D.S. Ranjit Singh, (1984), Brunei 1839-1983, Singapore: Oxford University Press, hlm.22.

3
menduduki Filiphina malah telahpun mengukuhkan kuasanya di Luzon. Sepanyol cuba

menghapuskan kuasa tradisional Brunei di Luzon-Sulu, sementara Brunei pula cuba

memusnahkan kuasa Eropah ini dan akhirnya mencetuskan perlawanan antara dua musuh ini.

Walau bagaimanapun, disebalik kuasa besar ini yang ingin menjadikan Sulu sebagai negara

naungan, sebaliknya menjadikan Kesultanan Sulu sebagai kuasa serantau yang kuat dan

mempergunakan peluang dan pengaruhnya sehingga sebahagian daripada wilayah Kesultanan

Brunei telah dikuasainya pada abad ke-17.4

Terdapat beberapa sebab terhadap serangan Sepanyol dan antaranya adalah

berlakunya perselisihan, konspirasi dan pengkhianatan dalaman dalam sejarah Brunei.5

Semasa pemerintahan Sultan Saif-ul- Rejal, kebanyakkan pembesar Brunei terutamanya

Pengiran Sri Lela tidak puas hati akan sikap menindas dan perwatakan gasang oleh abang

raja, Raja Bendahara Sekam. Oleh itu, Pengiran Sri Lela telah berkomplot dengan Sepanyol

dengan menjadikannya sebagai sultan baru dan menerima ketuanan Sepanyol. Namun dalam

catatan Sepanyol, tidak menyebut akan perlantikan Sri Lela sebagai sultan walaupun adanya

sepakatan antara mereka. Pada 1579, Sepanyol menjalankan ekspedisi ke Brunei untuk

mendapatkan hak perdangangan namun Brunei tidak mengakui Sepanyol dan bersikap

bermusuhan sehingga membawa kepada penyerangan keatas Brunei pada 1580.6 Walaupun

Brunei berjaya pulih kembali, namun penyerangan ini menjadi kesan kepada martabat dan

kekuasaan Brunei sehingga meninggalkan kesan bersiri terhadap penglibatan kuasa Eropah

lain.

Pada 1649, Sepanyol menyerang kembali Sulu, namun Kesultanan Sulu pada ketika

itu bertindak ganas dan telahpun bangun untuk berkuasa sehingga Brunei memandang

terdapatnya kuasa baru telah dibangunkan sebagai pencabar kekuasaan di rantau Utara

4 Ooi Keat Gin, (2007), Kerajaan- kerajaan di Borneo Sekitar Tahun 1850-1941, Dlm Abdul Rahman Ismail, Malaysia
Sejarah Kenegaraan dan Politik (hlm. 172-228), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 176.
5 D.S. Ranjit Singh, (1984), Brunei 1839-1983, Singapore: Oxford University Press, hlm. 23.
6 Ibid.

4
Borneo-Sulu. Sebagai sebuah wilayah naungan dulu, kini telah campur tangan keatas masalah

dalaman Brunei sehingga kini. Persamaan campur tangan yang dahulunya Sepanyol pada

1578 dan 1580 diambil alih pula Sulu pada 1660 dan 1670 disebabkan perebutan kuasa dalam

kalangan kerabat diraja yang mencetuskan perang saudara. Pada 1662, Bendahara Abdul

Mumin telah membunuh Sultan Muhammd Ali dan telah merampas kuasa. Namun

Muhyiddin, anak saudara Sultan Muhammad Ali telah mencabar Sultan Abdul Mumim

sehingga baginda melarikan diri ke Pulau Ceremin dan peperangan ini berterusan selama 12

tahun. Di sana Sultan telah mendapat bantuan daripada Pulau Raja bagi menentang

Muhyiddin yang telah mengumumkan kekuasaanya sebagai Sultan Brunei. Sultan Muhyiddin

berjaya mengulingkan Sultan Abdul Mumin dengan bantuan Sulu dan sebagai balasan

kemenangan wilayah utara Brunei diberikan sebagai tanda penghargaan. Tetapi Brunei tidak

memperakui dakwaan kawasan yang diberikan kepada Sulu sehingga menyebabkan

pertelingkahan dari awal ke-17 sehinggalah sekarang terhadap kawasan Sabah yang

dikatakan milik Sulu.7

Kekuasaan Sulu bukan sahaja melemahkan Brunei daripada pulih, malah negara ini

dikelilingi oleh kuasa lain yang kuat menyebabkan pertahanan Brunei kian lemah. Abad ke-

17, bukan sahaja kuasa Sulu dan Sepanyol, malah di selatan, Brunei dikelilingi oleh

kemunculan Kesultanan Pontianak, Banjarmasin dan Sambas dan Belanda di barat daya

Borneo sehingga menyebabkan perpecahan dan pembahagian jajahan Brunei. 8 Brunei bukan

sahaja menghadapi masalah pencerobohon wilayah oleh kuasa Eropah dan terdekat, malah

turut menghadapi masalah ekonomi dan persaingan perdangangan akibat daripada dasar

perdangangan Belanda yang bercorak monopoli sehingga hubungan dangangan serantaunya

hampir terhapus pada tahun 1770 melainkan China. Pada abad ke-18 pula, Brunei

berhadapan dengan persaingan perdagangan dengan Bugis dan British sehingga

7
Ibid., hlm. 31.
8 8
Ooi Keat Gin, (2007), Kerajaan- kerajaan di Borneo Sekitar Tahun 1850-1941, Dlm Abdul Rahman Ismail, Malaysia
Sejarah Kenegaraan dan Politik (hlm. 172-228), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 177.

5
menyebabkan Brunei hampir lemah dalam politik dan ekonomi.9 Pengaruh terhadap wilayah

penguasaanya kian lemah sehingga menyebabkan berlakunya masalah dalaman apabila

bermulanya penindasan oleh golongan bangsawan terhadap rakyat dan perlanunan yang

mengugat kemakmuran Brunei. Krisis ini telah membuatkan Brunei sebagai negara penaung

kepada wilayahnya, mencari sahabat baru iaitu kuasa asing yang dilihatnya berpengaruh dan

menjamin perlindungan kepada pengekalan kerajaannya.

Borneo Abad ke-19

Abad ke-15 kuasa-kuasa Eropah mula mencari tanah jajahan di Asia Tenggara bagi tujuan

ekonomi dan wilayah jajahan malah persaingan antara kuasa asing ini dilihat semakin kuat

pada abad ke-17. Menjelang abad ke-18 beberapa kuasa Eropah dilihat berjaya bertapak di

kepulauan Borneo, antaranya Sepanyol, Amerika, Belanda dan British dan memperlihatkan

rantau naungan Brunei ini menjadi tarikan utama sebagai tanah jajahan. Walau

bagaimanapun, abad ke-19 dilihat sebagai kurun yang genting kepada Kesultanan Brunei

apabila ini menjadi penanda permulaan kepada kemasukan kuasa asing terhadap pengaruhnya

di wilayah naungan kerajaan tradisional ini khususnya British. Permulaan jemputan British ke

Borneo bermula apabila kembalinya siri perebutan kuasa serta kelemahan kerajaan

Kesultanan Brunei.

Pertelingkahan Takhta 1806 hingga 1852

Pada 1806 hingga 1852, berlakunya kekacauan dalam Kesultanan Brunei antara dua

golongan kerabat diraja yang bersaing menuntut kuasa dalam perebutan taktha. 10 Apabila

Sultan Muhammad Tajuddin mangkat pada 1806, Sultan Omar Saifuddin II sepatutnya

ditabal sebagai pewaris pemerintah namun disebabkan baginda masih kecil maka berlakunya

perebutan kuasa yang dibuat oleh Muhammad Khan Zul Alam, datuk sebelah ibunya dan

menjadi Sultan sehingga 1822. Namun ibu Sultan Omar Saifuddin II menafikan pelantikan

9 Ibid., hlm. 177.


10 Ibid., hlm.180.

6
ayahnya sebagai Yang Dipertuan Brunei malah apabila Muhammad Khan Zul Alam

mangkat, anaknya Raja Api (Pangeran Muda Muhammad Alam) telah bersaing dengan

kakaknya untuk takhta dan berjaya disingkirkan pada 1824. Perebutan antara dua pihak ini

berterusan meskipun Sultan Omar Muhammad II ditabalkan sebagai pemerintah sah.

Pada 1846, Sultan Omar Ali Saifuddin II telah melancarkan pembunuhan beramai-

ramai yang membawa kepada kematian Raja Muda Hashim dan keluarganya. Hal ini kerana,

semasa hayat Raja Muda Hashim dan Budaruddin telah memimpin barisan Raja Api bagi

mencari kuasa British dengan harapan dapat memberi sokongan kepada mereka untuk

merebut kuasa istana. Hubungan baik Raja Muda Hashim telah menyebabkan Sultan Omar

bertindak menghapuskan Raja Muda Hashim dan keturunannya. Perebutan taktha ini

membawa kepada kelemahan kuasa pusat disebabkan konflik istana berpuak yang

membuatkan situasi ini berada dalam tempoh yang genting kepada sejarah Brunei dengan

bermulanya kemasukan kuasa Eropah. Lantaran, krisis perebutan taktha pada abad ke-19,

menyebabkan pengiran-pengiran yang mengawal daerah mula bertindak bebas dan menindas

rakyat.

Pengaruh Brunei Terhadap Kawasan Naungan

Kebanyakkan wilayah naungan Brunei terdiri daripada kawasan yang bersungai-sungai dan

mempunyai kuasa atonominya sendiri seperti Sarawak. Tiap-tiap sungai atau daerah diselia

dibawah kuasa seorang pembesar Brunei yang dilantik. Hubungan politik Brunei terhadap

wilayah kuasaannya misalnya Sarawak adalah lemah dan kekuatan pengaruhnya hanyalah

keatas penduduk tempatan. Bagi kerajaan Brunei, mengawal sungai dan penduduk yang

menghuni adalah penting bagi memastikan kelangsungan harta bendahara.11 Penduduk

Sarawak misalnya tinggal di sepanjang sungai dan sungai merupakan tumpuan utama bagi

perdangangan dan pentadbiran. Oleh itu, setiap daerah ataupun sungai ditabir oleh wakil

11Sabihah Osman, (1972), Keadaan Masyarakat Bumiputera Sarawak pada Abad Kelapan Belas dan Awal Abad Kesembilan
Belas: Satu Tinjauan Sejarah, Malaysia in History, 15 (2), 3-13, hlm.5.

7
Kerajaan Brunei sebagai pemungut cukai. Walaupun kedaulatan Brunei diakui oleh ketua

tempatan ini namun terdapat dikalangan mereka menyalah gunakan kuasa serta bebas

menjalankan tugas tanpa mengikut arahan pusat. Hanya sebahagian kecil jumlah cukai yang

dikutip sampai ke tangan Kerajaan Brunei. Bagi daerah yang diduduki oleh orang-orang

Dayak, pembesar-pembesar Brunei keturunan Arab lebih berpengaruh daripada pembesar-

pembesar Melayu. Sebagai contoh Sherif Usman dan Sherif Mullah berjaya mempengaruhi

penduduk tempatan menjadi pengikut mereka dalam mengetuai aktiviti perlanunan yang

semakin berleluasa di sekitar perairan Borneo pada abad ke-18 dan 19.12

Dikatakan bahawa aktiviti perlaunan berleluasa apabila sistem politik dan

perdangangan Brunei mula goyah apabila bermulanya kedatangan British. Ekoran kesan

tersebut, pembesar-pembesar tempatan mula aktif dalam perlaunan yang membawa kepada

petempuran. Pada tahun 1836, berlakunya pemberontakan terdiri oleh orang dayak serta

melayu Siniawan disebabkan penindasan dan eksploitasi terhadap penduduk tempatan oleh

Pengiran Mahkota.13 Pemberontakan ini dilihat atas sebab politik berpuak istana iaitu

Pengiran Usop menghasut penduduk Sarawak melakukan pemberontakkan dengan menarik

sokongan Sultan Sambad dan Penolong Residen Belanda sebagai “sokongan”.14 Hasutan

Pengiran Usop yang mengalakkan pemberontakan adalah disebabkan penentangannya

terhadap Raja Muda Hashim. Raja Muda Hashim ketika itu merupakan Bendahara Brunei

dan sepatutnya beliau menjadi ketua menteri namun digantikan dengan Pengiran Usop, 15

telah dihantar oleh sultan bagi menamatkan pemberontakan namun tidak berjaya. Apabila

Brooke sampai di Sarawak pada 1839, beliau menjumpai pemberontakan masih sedang

berlansung. Oleh itu, Raja Muda Hashim telah meminta tolong daripada Brooke untuk

menghapuskan pemberontakan ini dengan menawarkan kerajaan dan perdangangan.

12 Ismail Ali, (2013), Perburuan Hamba, Perlanunan, dan Kempen Penghapusan Lanun di Sarawak: Perspektif Sejarah
Maritim, Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 1(1), 27-40, hlm.35.
13 D.S. Ranjit Singh, (1984), Brunei 1839-1983, Singapore: Oxford University Press, hlm. 48.
14 Ibid.
15
Ibid., hlm. 50.

8
Akhirnya, 1843 dengan bantuan Kapten Henry Keppel, kubu lanun Saribas dihapuskan dan

James Brooke dilantik sebagai Gabenor Sarawak maka bermulanya pemerintahan asing.16

Hubungan Campur Tangan Asing Terhadap Brunei

Campur tangan asing dilihat bermula abad ke-16 sehinggalah abad ke-19 apabila, kuasa

Eropah dan politik jiran mula tertarik akan rantau Borneo. Namun dalam fokus abad ke-19,

kuasa asing dilihat mempengaruhi pemerintahan Kesultanan Brunei adalah British apabila

datangnya seorang lelaki Inggeris iaitu James Brooke, memberi pertolongan. Kedatangan

James Brooke, bermula disebabkan motif peribadi seorang pembesar Melayu iaitu Pengiran

Muda Hashim yang berminat menguasai negaranya dan inginkan kembali taktha

pemerintahan dikatakan miliknya dengan mengikat persahabatan antara British agar kuasa

asing ini berpihak kepadanya. Sekitar 1842 ataupun 1843, Brooke telah dilantik dengan

gelaran Rajah Brooke dan dihadiahi Sarawak atas jasanya menghapuskan lanun. Sultan telah

mengesahkan geran asal Sarawak dengan menjadikan James Brooke, Gabenor Sarawak

dengan bayaran tributari sebanyak $2,500 dan bersyarat iaitu tidak boleh campur tangan

dalam adat dan agama penduduk tanpa persetujuan Sultan.17 Maka dalam hal ini, Brooke

bukannya penguasa bebas tetapi pegawai kerajaan Brunei. Justeru, Brooke berusaha sedaya

upaya untuk membebaskan Sarawak dari penguasaan Brunei.

Perjanjian 1847 dikenali sebagai Perjanjian Persahabatan dan Perdagangan yang

ditandatangani oleh kerajaan Brunei dengan Great Britain antara Sultan Omar Ali Saifuddin II

dan James Brooke. Tujuannya adalah untuk menggalakkan perdagangan antara kedua buah

negara dan menghapuskan lanun di kepulauan Borneo. Artikel yang penting ialah artikel X yang

mengesahkan penyerahan Pulau Labuan dan mengingatkan Sultan Brunei supaya tidak

menyerahkan sebarang wilayahnya kepada kerajaan lain tanpa persetujuan kerajaan Great Britain.

16
Ibid., hlm. 52.
17 Ibid., hlm. 49.

9
Keuntungan artikel ini kepada British, dapat menghalang kuasa-kuasa asing untuk campur tangan

dalam kerajaan Brunei, menghalang pepecahan kesultanan Brunei.18

Namun artikel ini hanya menguntungkan Brooke di Sarawak kerana akhirnya keputusan

dirujuk kepada Great Britain.Selepas perjanjian itu, banyak wilayah Brunei diambil oleh James

Brooke contohnya daerah-daerah Semarahan, Sadong, Lingga, Skrang, Krian, Saribas dan Rejang

dan permasalahan timbul pada tahun 1851 semasa Sultan Omar Ali Saifuddin II memerintah.

Seterusnya, pada tahun 1853, atas permasalahan yang timbul, James Brooke mula menggunakan

cara berunding yang sah semasa pemerintahan Sultan Abdul Momin untuk penyerahan daerah ini

dengan bayaran $1500 setahun dan separuh daripada hasilnya. 19 Kemudian daerah Mukah dan

Bintulu diserahkan kepada James Brooke pada tahun 1863 dengan bayaran $4500 setahun kepada

Sultan Abdul Momin. Walau bagaimanapun, wilayah Borneo semakin hilang dari tangan Brunei

dan melihat kepada keadaan ini Sultan Omar Ali Saifuddian II dan Pengiran Bendahara Anak

Abdul Momin membuat perjanjian persahabatan dengan Amerika Syarikat dalam tahun 1850.

Tujuannya adalah untuk mengawal dan menundukkan kerajaan Great Britain kerana sikap kuasa

ini yang tidak peduli akan perluasan di Sarawak.

Hubungan antara Brunei dan Amerika Syarikat secara tidak rasminya pada 1845, apabila

kapal perang milik AS iaitu U.S Constitution singgah berlabuh di pelabuhan Brunei serta

menawarkan perlindungan serta merta dan perjanjian perdagangan sebagai balasan hak

ekslusif bekerja disemua deposit arang batu di kawasan kesultanan tersebut.20 Pada ketika itu,

Brunei masih bernaung di bawah kekuasaan British dan tidak berhasrat menerima bantuan A.S.

Pada tahun 1850, Brunei mencari kembali kuasa A.S dengan menandatangani perjanjian Treaty of

Peace, Friendship, Commerce, and Navigation yang merupakan perjanjian 15 tahun dan pada

tahun 1865, konsul pertama telah dihantar iaitu C.L. Moses.21 Sultan Abdul Momin telah

18 Ibid., hlm.58.
19 Ibid., hlm.59-60.
20 Ibid., hlm.54.
21Ismail Awang Nordin, (n.d.), Perjanjian 1888: Suatu Harapan dan Kekecewaan, Dicapai dari
http://www.bruneiresources.com/pdf/nd06_ismail.pdf, hlm. 5.

10
memberikan konsesi wilayah Borneo Utara kepada Moses dengan bayaran setahun $4200

kepada Sultan dan $4000 kepada Temeggong.22

Dalam tahun tersebut, C.L. Moses telah menjual hak pajakannya kepada J.W. Torrey,

saudagar Hong Kong, yang membentuk Syarikat Perdagangan Amerika di Borneo. Seterusnya

pada 1875, J.W Torrey pula menjual pajakan tersebut kepada Baron de Overbeck iaitu Konsul

General Austria di Hongkong dan Alfred Dent yang merupakan ahli perniagaan London yang

merupakan rakan kongsi Overbeck.23 Pada 1877, Overbeck menandatangani perjanjian dengan

Sultan dan Temenggong yang menyerahkan wilayah Teluk Gaya disebelah pantai barat Sg.

Sibuku untuk bayaran tahunan adalah $15000.24 Pada tahun 1881, penganugerahan Piagam

Diraja kepada Syarikat Borneo Utara British oleh kerajaan Great Britain memberikan kesan

kepada Brunei apabila banyak wilayah-wilayah Brunei samaada dipajakkan, diserahkan dan

diambil secara pajakan, paksa atau ugutan kepada Syarikat Borneo Utara British dan Sarawak

sehingga mengecilkan Brunei.25

Kesimpulan

Bermulanya tandatangan perjanjian Persahabatan dan Perdangangan pada tahun 1888

menjadi titik permulaan kepada pengawalan British terhadap wilayah Kesultanan Brunei

apabila Sultan tidak lagi berhak membuat keputusan terhadap kawasan jajahannya tanpa

keizinan daripada British. Namun, perlu dilihat bahawa walaupun Brunei akur kepada

kekuasaan British tetapi dalam tahun 1888, British tidak meletakkan sebarang sebarang

pegawai Residen dalam Kerajaan Brunei sehinggalah tahun 1906 yang membawa titik
26
campur tangan rasmi Residen. Penglibatan British malah kuasa Eropah lain atas jemputan

pemerintah Brunei telah memperlihatkan kelemahan kerajaan peribumi itu sendiri pada abad

ke-19. Namun perlu dilihat dalam sudut jangka masa panjang mengapa sebuah kerajaan yang

22 L. R. Wright, (1970), The Origins of British Borneo, Hong Kong: Hong Kong University Press, hlm. 49.
23 D.S. Ranjit Singh, (1984), Brunei 1839-1983, Singapore: Oxford University Press, hlm. 68.
24
Ibid., hlm. 68.
25Ismail Awang Nordin,(n.d.), Perjanjian 1888: Suatu Harapan dan Kekecewaan, Dicapai Dari
http://www.bruneiresources.com/pdf/nd06_ismail.pdf, hlm.7.
26 D.S. Ranjit Singh, (1984), Brunei 1839-1983, Singapore: Oxford University Press, hlm. 8.

11
kuat malah menguasai hampir keseluruhan rantau Nusantara Melayu akur kepada kuasa asing

yang dijadikannya sebagai “sahabat” dalam membantu memberi perlindungan. Sesungguhnya

dalam tempoh sebelum abad-19 Brunei telahpun mula lemah apabila kerajaan ini dikelilingi

dengan kuasa politik asing yang masing menuntut kawasan wilayah penguasaan Brunei.

Atas situasi geopolitik Brunei juga yang berbeza kedudukan geografi malah jauh

daripada kerajaan pusat menyebabkan kekurangan pengawasan daripada Kesultanan Brunei

dan membawa kepada pelbagai konflik dalaman. Khususnya kawasan Sarawak dan Sabah

misalnya sehingga menyebabkan kemerosotan kerajaan ini apabila wilayah naungannya mula

diambil dan dikawal oleh kuasa lain. Tetapi Brunei dilihat sebagai sebuah kerajaan yang utuh

apabila walaupun kehilangan wilayahnya yang besar telah menjadi sebuah kerajaan kecil,

namun Brunei berjaya mengekalkan keadaan asal kerajaannya daripada hilang diambil

penjajah. Malahan penerimaan Brunei terhadap kuasa British misalnya adalah bagi

membantunya menghadapi kuasa politik lain yang cuba mengugat Kesultanan Brunei. Dilihat

kerajaan ini bahawa British merupakan kuasa politik yang layak disebabkan pengaruhnya di

Tanah Melayu malah kekuatan ketenteraanya yang mampu membantu Brunei berhadapan

dengan musuh. Walaupun, Brunei semakin hilang wilayahnya, namun pihak pemerintah tidak

hanya memandang, malah mereka mencari iktihar dengan mengangkat sumpah “amanah”

yang terdiri daripada Sultan dan para pengirannya bagi berjanji tidak akan menyerahkan

mana-mana wilayahnya kepada kuasa luar.

12
Bibliografi

Ismail Ali. (2013). Perburuan Hamba, Perlanunan, dan Kempen Penghapusan Lanun di
Sarawak: Perspektif Sejarah Maritim. Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah,
1(1), 27-40.

Ismail Awang Nordin (n.d.). Perjanjian 1888: Suatu Harapan dan Kekecewaan. Retrieved
May 13, 2016, from http://www.bruneiresources.com/pdf/nd06_ismail.pdf

Ooi, Keat Gin. (2007). Kerajaan- kerajaan di Borneo Sekitar Tahun 1850-1941. In Abdul
Rahman Ismail, Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik (pp. 172-228). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ranjit Singh, D.S. (1984). Brunei 1839-1983. Singapore: Oxford University Press.

Sabihah Osman. (1972). Keadaan Masyarakat Bumiputera Sarawak pada Abad Kelapan
Belas dan Awal Abad Kesembilan Belas: Satu Tinjauan Sejarah. Malaysia in History,
15 (2), 3-13.

Wright, L. R. (1970). The Origins of British Borneo. Hong Kong: Hong Kong University
Press.

13

Anda mungkin juga menyukai