Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pengenalan
Kerajaan Brunei merupakan salah satu kerajaan tertua di antara kerajaan-kerajaan lain di
Tanah Melayu. Kewujudan kerajaan Brunei ini dapat dibuktikan berdasarkan catatan Cina dan
Arab. Menurut catatan sejarah Cina, Brunei pada zaman dahulu dikenali dengan nama Po-li, Polo, Poni atau Puni dan Bunlai1. Manakala, dalam catatan Arab disebut sebagai Zabaj atau
Randj. Satu perkara yang menarik tentang sejarah awal Brunei adalah mengenai status Brunei
sebagai negeri vassal kepada Majapahit yang berpusat di Pulau Jawa. Namun, selepas
keruntuhan empayar Majapahit pada tahun 1368 masihi Brunei tidak lagi berada di bawah
kekuasaan Majapahit sebaliknya mula mendapatkan pengiktirafan dan perlindungan daripada
kerajaan China.

Ensiklopedia Oxford mengemukakan bahawa orang Melayu Brunei menerima Islam


pada abad ke- 14 atau ke-15 setelah pemimpin mereka diangkat manjadi Sultan Johor.
Maksudnya penerimaan Islam dimulai daripada masyarakat elit, penguasa kerajaan, kemudian
disosialisasikan dan berkembang ke masyarakat bawah. Di samping teori top down, terdapat juga
teori yang disebut bottom up, iaitu Islam diterima terlebih dahulu oleh masyarakat lapisan
bawah, kemudian berkembang dan diterima oleh masyarakat lapisan atas, atau elit penguasa
kerajaan.
Ahli sejarah Brunei M. A Rahman kemudiannya telah menyarankan satu tarikh
pengislaman Sultan Brunei yang pertama iaitu pada 1406 1408 masihi yang menyebutkan
tentang pertukaran nama daripada Awang Alak Betatar kepada Sultan Muhammad Syah setelah
baginda berkahwin dengan Puteri Johor ( Singapura Tua ), para pengkaji sejarah seterusnya turut

Awang Mohd. Jamil Al Sufri, 1997, Tarsilah Brunei : Zaman Kegemilangan dan Kemasyuran,
Brunei, Bandar Seri Begawan Publisher,hlm.13.
1

telah sepakat bersetuju bahawa Sultan Brunei yang pertama ini berasal daripada kaum peribumi
Brunei. Menyebut tentang pemerintahan selepas kedatangan Islam dan pada abad yang ke 15
hingga 16 Masihi kita akan memfokuskan kepada pemerintahan Sultan Muhammad Syah, Sultan
Abdul Majid, Sultan Ahmad, Sultan Syarif Ali ( 1425 m 1432m ), Sultan Sulaiman (1432m1485m ) Sultan Bolkiah ( 1485m- 1524m ), Sultan Saiful Rijal (1533 m -1581 m) , dan Sultan
Hassan ( 1582m 1598 m )2.
Brunei kemudiannya mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan
Bolkiah iaitu sultan keenam Brunei, zaman ini dianggap sebagai zaman keemasan empayar
Brunei dan zaman kegemilangan Brunei ini dianggap setanding dengan kerajaan kerajaan
Nusantara sebelumnya seperti Majapahit, Melaka dan Acheh.
2.0 Asas kekuatan kerajaan Brunei kurun ke 15 16 Masihi. ( Aspek luar )
2.1 Kejatuhan kerajaan Hindu Majapahit pada abad ke 15.
Kejatuhan kerajaan Majapahit ini sering dikaitkan dengan perang saudara yang
telah berlaku dan juga serangan daripada Demak yang telah melumpuhkan kerajaan
Majapahit. Walau bagaimanapun, sebenarnya kerajaan Majapahit ini bukanlah benar
benar lumpuh sama sekali sebaliknya hanya menjadi semakin lemah akibat daripada
masalah yang dihadapi oleh kerajaannya sehingga menyebabkan banyak negeri negeri
vassal bawahnya melarikan diri dan mencari perlindungan daripada kuasa lain yang lebih
kuat.
Dipercayai bahawa kerajaan Majapahit ini dikatakan runtuh pada tahun 1478
masihi padahal fakta sebenarnya adalah kerajaan majapahit ini menjadi semakin lemah

Awang Mohd. Jamil Al Sufri, 1997, Tarsilah Brunei : Zaman Kegemilangan dan Kemasyuran,
Brunei, Bandar Seri Begawan Publisher,hlm.5.
2

pada tahun yang telah dinyatakan tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan hubungan
diplomatik yang dijalankan oleh Majapahit dan China pada tahun 1499 masihi.
Hilangnya kekuasaan Majapahit ini telah menyebabkan Brunei mencari
perlindungan dan pengiktirafan daripada kerajaan China bagi melindungi kerajaan Brunei
daripada serangan kuasa kuasa luar. Tambahan pula, pada ketika itu kerajaan China
merupakan sebuah kerajaan yang besar dan ditakuti oleh kuasa kuasa lain sehingga
banyak kerajaan kerajaan besar lain turut menghantar ufti untuk mendapatkan
perlindungan dan pengiktirafan daripada kerajaan China
2.2 Kemangkatan Maharaja Yung Lo
Kemangkatan Maharaja Yung Lo pada tahun 1424 masihi3 iaitu merujuk pada
awal abad ke 15 telah menyebabkan kerajaan China tidak lagi mahu melibatkan diri
dalam sebarang hal ehwal seberang laut selepas tahun 1424 masihi. Keadaan ini sekali
gus menunjukkan pengunduran China daripada sebarang kegiatan seberang laut. Hal ini
menyulitkan Brunei yang selama ini mendapatkan perlindungan dan pengiktirafan
daripada kerajaan China , hingga seterusnya kerajaan Brunei mula mengalihkan perhatian
pada kerajaan lain yang mempunyai kekuasaan yang besar pada ketika itu iaitu Melaka (
baru muncul setelah kejatuhan Srivijaya ).
Brunei kemudiannya telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Melaka
seperti mana yang telah dilakukan sebelum ini dengan Srivijaya, China dan Majapahit
demi menjamin kedudukan politik negaranya. Pada ketika ini Brunei belum lagi muncul
sebagai sebuah kuasa politik yang agung. Jadi, Brunei terpaksa menjalankan dasar

Awang Mohd. Jamil Al Sufri, 1990, Tarsilah Brunei : Sejarah Awal dan Perkembangan Islam,
Brunei, Pusat Sejarah,hlm. 27.

mempermainkan antara sebuah kuasa besar dan kuasa besar yang lain menerusi
pemberian ufti untuk menjaga keselamatan kerajaannya. Dasar yang telah dijalankan
Brunei ini kemudiannya telah berjaya mengekalkan kedudukan Brunei sebagai sebuah
unit politik yang kukuh sehingga kemudiannya pada awal abad ke 16 ( setelah kejatuhan
Melaka di tangan Portugis 1511 ) Brunei telah muncul sebagai sebuah kesultanan yang
agung.
2.3 Pengislaman Sultan Brunei.
Pengislaman Sultan Brunei yang pertama dipercayai telah dimulakan oleh Awang
Alak Betatar4 yang telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Sultan
Muhammad Syah, sungguhpun ketika pemerintahan baginda pengaruh agama Hindu dan
tempatan yang bercampur baur masih terdapat di Brunei menjadikan Brunei di bawah
pengaruh Hindu dan Buddha. Namun, setelah Sultan Syarif Ali ditabalkan menjadi Sultan
Islam mulai berkembang kerana baginda telah berusaha untuk memperkukuhkan Islam
sehingga baginda dikenali sebagai Sultan Berkat. Di samping itu, baginda juga turut
menciptakan panji bersayap tiga di atas Tunggul Alam Bernaga yang melambangkan
Iman, Ihsan dan Islam serta tunggul yang melambangkan kebesaran Islam. Bukan itu
sahaja, baginda juga turut menggiatkan penyebaran agama Islam dalam kalangan rakyat
semasa pemerintahan baginda di samping, penubuhan beberapa buah masjid di Brunei
untuk tujuan ibadat.

Awang Mohd. Jamil Al Sufri, 1990, Tarsilah Brunei : Sejarah Awal dan Perkembangan Islam,
Brunei, Pusat Sejarah,hlm. 15.

Semasa zaman kegemilangan ( keemasan ) Brunei iaitu pemerintahan Sultan


Bolkiah atau lebih terkenal dengan nama Nakhoda Ragam5 baginda merupakan
pemerintah yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi kerajaannya sekali gus
menjadikan pentadbiran yang diuruskan secara sistematik semasa pemerintahan dan
menyebabkan Brunei muncul sebagai sebuah negara Islam serta telah menarik minat
saudagar saudagar Islam Arab dari Melaka.
3.0

Asas kekuatan kuasa Kesultanan Brunei pada kurun ke 15 -16 Masihi. (Aspek

dalaman )
Ketiga tiga asas kekuatan kuasa Kesultanan Brunei yang telah disebutkan itu telah
menyebabkan kekuasaan sultan semakin bertambah dengan lenyapnya kekuasaan Majapahit,
Melaka, sementara kerajaan China pula sibuk menguruskan hal ehwal dalam negeri. Jadi, pada
ketika ini China langsung tidak menghiraukan kerajaan di rantau rantau lain. Asas asas ini
telah membolehkan kerajaan Brunei berkembang maju dan mengambil alih kekosongan yang
ditinggalkan oleh kerajaan Melaka sekali gus menjadi asas kekuatan kuasa Kesultanan Brunei
pada kurun ke 15 hingga 16 Masihi.
3.1 Struktur organisasi masyarakat.
Pada awal abad ke 16,

Brunei telah wujud sebagai sebuah negara yang

mempunyai organisasi masyarakat yang teratur dan lebih kompleks sifatnya daripada
masyarakat pagan Borneo. Sistem politik , pentadbiran, ekonomi dan ketenteraannya
telah mencapai tahap yang tinggi. Di samping, telah wujudnya pemerintahan beraja yang
5

Awang Mohd. Jamil Al Sufri, 1990, Tarsilah Brunei : Sejarah Awal dan Perkembangan Islam,
Brunei, Pusat Sejarah,hlm. 27.

lengkap dengan keadaan negara yang kaya raya. Struktur susun lapis masyarakat dapat
dilihat dengan jelas melalui pembahagian yang telah dibuat oleh D. E Brown iaitu
golongan pertama terdiri daripada golongan atasan yang mendapat gelaran manakala,
golongan kedua terdiri daripada rakyat biasa yang hidup di bawah perintah golongan
atasan ( golongan berpendapatan sederhana, berkhidmat dengan kerajaan ataupun swasta,
diistilahkan sebagai masyarakat tradisi, taat pada raja ).
3.2 Pentadbiran ke atas tanah dan sumber manusia. ( Politik )
Golongan pemerintah Brunei bergantung pada perdagangan dan pemilikan tanah
untuk mendapatkan sumber hasil dan sumber kehidupan serta sebagai asas kekuatan
politik. Jadi, pemerintah Brunei telah mengusai pentadbiran tanah dan sumber
manusianya dengan mewujudkan pembahagian pentadbiran tanah. Bagi memudahkan
pentadbiran negeri, baginda telah membahagikan kerajaan Brunei kepada beberapa
daerah dan wilayah. Pembahagian ini bahkan telah wujud sejak abad ke - 13 lagi sebelum
diteruskan sehingga abad ke-16 masihi6. Pembahagian ke atas tanah dirujuk kepada tiga
bahagian iaitu Tanah Tulin, Tanah Kuripan, dan Tanah Sultan.
Tanah Tulin merujuk kepada tanah yang diwarisi oleh orang besar atau sultan
secara tidak rasmi, tanah ini boleh diwariskan kerana adalah hak milik tulen pemilikya.
Manakala, Tanah Kuripan merujuk kepada tanah orang besar besar serta sultan yang
tidak boleh diwariskan sebaliknya hanya dimiliki sepanjang memegang sesuatu jawatan.
Pembahagian tanah ketiga adalah Tanah Sultan, tanah ini juga hanya dimiliki sepanjang

Sabihah Othman, 1995, Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm.4.

memegang sesuatu jawatan. Jadi, sepanjang memegang jawatan tersebut sultan


contohnya boleh mengutip cukai bagi kawasan yang dimilikinya tetapi selepas baginda
mangkat atau dilucutkan jawatan hak mengutip cukai tersebut akan bertukar kepada
sultan baru.
Di samping, pengurusan tanah yang sistematik. Sultan sebelum pemerintahan
Sultan Bolkiah lagi telah mewujudkan sistem pemerintahan tradisi seperti yang
diamalkan oleh kerajaan Johor memandangkan Sultan Brunei yang pertama itu sendiri
telah berkahwin dengan puteri Johor. Bukan itu sahaja, semasa pemerintahan Sultan
Bolkiah juga baginda telah mewujudkan jawatan jawatan baru dalam pentadbiran bagi
melicinkan pengurusan pentadbiran negara. Cara pelantikan pembesar pembesar ini
akan dijalankan dengan penuh adat istiadat untuk memastikan pembesar pembesar yang
dilantik ini mendapat penghormatan yang sepatutnya daripada orang bawahannya serta
memudahkan pembesar pembesar ini untuk menjalankan pentadbiran yang sepatutnya.
Baginda turut menyusun semula struktur pentadbiran dengan mewujudkan jawatan
Pengiran Bendahara dan jawatan Pengiran Temenggung 7sebagai pegawai terkanan untuk
membantu dalam urusan pentadbiran negara. Sebenarnya sultan tidak dapat bergerak
sendiri dalam semua hal melainkan setelah bermesyuarat dengan Wazir berempat.
Zaman pemerintahan Sultan Bolkiah ini dianggap sebagai zaman keemasan,
walau bagaimanapun kegemilangan ini mulai merosot pada penghujung abad ke 16 iaitu
selepas kemangkatan baginda. Hal ini disebabkan oleh kedatangan orang Sepanyol yang

Sabihah Othman, 1995, Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm.6.

cuba untuk menyebarkan agama Kristian dan menghapuskan Islam. Namun, dengan
kebijakan pemimpin selepas itu seperti Sultan Saiful Rijal telah berjaya mematahkan
serangan Sepanyol ini. Seterusnya, Sultan Hassan berusaha untuk tetap meneruskan asas
kekuatan Brunei dengan menyusun semula Hukum Kanun Brunei yang merangkumi 46
fasal serta menambahkan jawatan pembesar seperti Pengiran Di Gadong dan Pengiran
Pemancar. Di samping itu, baginda turut telah berusaha untuk memantapkan
perkembangan agama Islam.
3.2.1 Dasar pecah dan perintah
Kerajaan Brunei telah menjalankan dasar pecah dan perintah terhadap
rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum bagi mengukuhkan kekuasaan
terhadap puak puak ini. Perlindungan akan diberikan oleh kerajaan terhadap
puak puak yang lemah dan tertindas oleh puak yang lebih besar8. Contohnya
sultan menggunakan puak yang lebih besar dan kuat ini untuk menghadapi
tentangan daripada orang Murut dan orang Bisaya.
Manakala, sultan membiarkan pergaduhan serta permusuhan tetap terjadi
dalam kalangan orang Dayak agar kerajaan dapat menggunakan puak yang lebih
kuat bagi menguasai puak yang lebih lemah untuk mengekalkan penguasaan
terhadap kaum Dayak secara berterusan. Sultan telah membahagikan kaum setiap
kaum untuk menjalankan tanggungjawab masing masing. Contohnya,

Wan Hussien Azmi Abdul Kadir, 1995, Kesultanan Brunei Darussalam Abad ke 15 dan ke 16 :
Perjuangan Menentang Penjajahan Sepanyol di Alam Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm.13.

hulubalang akan diambil daripada kaum Murut dan tentera darat akan diambil
daripada kaum Kayan.
3.2.2 Dasar penaklukan
Merujuk kepada Silsilah Raja Raja Brunei pada zaman Sultan Bolkiah
atau turut dikenali sebagai Nakhoda Ragam, Brunei sangat giat menjalankan dasar
penaklukan sehingga berjaya menguasai pulau pulau berhampiran

dengan

Borneo, Sambas, Kota Ringin, Puntianak, Balambangan, Coti, Pasir, Baran, Tuli
Tuli, Banjar, Bolongan, Sulu, Balabac, Banggi, Mantanani, dan barat laut
Palawan.
Pigafetta turut menyebutkan bahawa ketika beliau berlabuh di
kuala Sungai Brunei, rombongannya telah bertemu dengan angkatan
perang Brunei

yang baru pulang daripada peperangan9. Walau

bagaimanapun, perluasan kuasa dan penaklukan yang dilakukan semasa


pemerintahan Bolkiah ini tidak semata mata melalui peperangan
sebaliknya turut melalui rundingan dan diplomasi. Tambahan pula, Sultan
Bolkiah turut dikenali sebagai pemerintah yang adil dan kerap
menjalankan ekspedisi sambil berniaga.
3.3 Ekonomi
Kerajaan Brunei memperoleh pendapatan hasil daripada pemilikan terhadap
sumber tanah dan perdagangan yang dijalankan. Brown telah menyatakan dengan jelas
9

Wan Hussien Azmi Abdul Kadir, 1995, Kesultanan Brunei Darussalam Abad ke 15 dan ke 16 :
Perjuangan Menentang Penjajahan Sepanyol di Alam Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm.14.
9

bahawa tiga ciri utama yang terdapat dalam perdagangan Brunei yang pertama adalah
eksport keluaran barangan hutan, makanan dan logam. Kedua, import barangan keluaran
yang telah siap seperti kain kain dan tembikar. Ketiga, perdagangan yang tertakluk
kepada pentadbiran pusat. Namun, berdasarkan tiga ciri perdagangan ini Brown telah
menyimpulkan bahawa Brunei sebenarnya bergantung pada perdagangan berbentuk
barangan mentah.
Perdagangan yang dijalankan ini bukan sahaja penting daripada aspek ekonomi
Brunei sebaliknya turut penting bagi menentukan kedudukan politik pembesar kerana
biasanya pendapatan itu akan dibahagi bahagikan kepada pengikutnya. Oleh itu, kita
akan dapat melihat trend seperti sekiranya perdagangan maju maka pendapatan pembesar
itu semakin bertambah dan bilangan pengikut turut bertambah dan hal sebaliknya akan
berlaku.
Selain itu, Brunei telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China sejak
kurun yang ke- 7 masihi lagi, maka tidak hairanlah semasa zaman keemasan Brunei iaitu
pada abad ke -16 masihi Brunei masih lagi menjalankan perdagangan dengan kerajaan
China. Barang barang perdagangan China ini kemudiannya ditukar dengan barang
barang tempatan seperti kapur barus, timah hitam, gading, dan lain lain. Kemakmuran
perdagangan Brunei ketika itu telah meningkatkan taraf perdagangan Brunei menjadi
pusat perdagangan antarabangsa. Walaupun, hubungan Brunei dan China semakin
renggang selepas tahun 1425 masihi10 akibat daripada perubahan polisi yang diamalkan

10

Sabihah Othman, 1995, Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm.7.
10

kerajaan China namun, perdagangan kedua dua belah pihak masih berjalan seperti
biasa.
Perkembangan pesat Brunei dalam bidang perdagangan ini kemudiannya telah
menyebabkan pemerintah pada abad ke -15 masihi turut giat menjalankan aktiviti
aktiviti

perdagangan. Contohnya Sultan Bolkiah yang giat menjalankan ekspedisi,

peluasan kuasa, penaklukan di luar kawasan Brunei sendiri . Ekspedisi yang dijalankan
oleh baginda adalah ekspedisi pelayaran sambil berniaga. Nama baginda seterusnya
menjadi sangat popular sehingga ke Filipina dan Pulau Borneo serta menyebabkan
baginda mulai dikenali sebagai Nakhoda Ragam.
Pada penghujung abad ke 16 Masihi kita dapat lihat bahawa terdapat
pembaharuan yang telah dilaksanakan pula oleh Sultan Hassan iaitu daripada segi
timbang dan sukat11 serta pengenalan sistem perdagangan yang lebih teratur serta
penggubalan undang undang kanun negara mengikut hukum- hukum Islam. Baginda
juga turut telah melantik beberapa orang pembesar seperti syahbandar bagi
mengendalikan urusan perdagangan dan memastikan keselamatan para pedagang terjamin
sepanjang berniaga di Brunei. Sewaktu di bawah pemerintahan Sultan Hassan ini, Brunei
telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan Filipina, Jawa, Siam dan Kemboja.
3.4 Perundangan
Semasa pemerintahan sultan Bolkiah, iaitu pada zaman Brunei mencapai puncak
kegemilangannya, sistem sosial dan undang undang kerajaan Brunei pada ketika itu

11

Sabihah Othman, 1995, Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm.8.
11

adalah berasaskan kepada Hukum Islam. Hukuman yang dikenakan juga adalah
berdasarkan kepada hukum syarak Islam. Bagi mengawal sistem sosial masyarakat
Brunei ini, pemerintah akan dibantu oleh Majlis Pembesar terkanan atau dikenali sebagai
Wazir Berempat. Golongan ini dikenali sebagai Pengiran Bendahara ( Perdana Menteri )
dan Pengiran Temenggung ( Menteri Perang dan Tentera merangkap Ketua Turus
Angkatan Laut ).
Pengiran temenggung ini sebenarnya turut bertanggungjawab bagi menguruskan
kes kes jenayah dan masalah sosial masyarakat Brunei. Contoh pelaksanaan hukuman
adalah seperti hukuman potong tangan bagi kes curi, hukum bunuh terhadap penjenayah
yang melakukan rompakan, rampasan harta dan pembunuhan. Manakala, hukuman
berasaskan syarak Islam telah dilaksanakan secara meluas dan menyeluruh meliputi
semua masyarakat. Tambahan pula, semasa pemerintahan Sultan Hassan pada
penghujung abad ke 16, baginda telah menyusun semula Hukum Kanun Brunei seperti
yang wujud dalam Hukum Kanun Melaka12 bagi memastikan kelicinan pentadbiran dan
dipercayai bahawa separuh daripada hukum tersebut merangkumi hukum Islam. Hal ini
disebabkan, baginda ingin memperkukuhkan kedudukan Islam.
Walau bagaimanapun, sebenarnya kuasa kuasa wakil sultan ini adalah sangat
terbatas dan diawasi oleh sultan itu sendiri. Bahkan, wakil wakil sultan yang
bertanggungjawab untuk mentadbir wilayah tertentu hanya terhad kepada tugasan satu itu
sahaja. Manakala, dalam bidang kuasa setiap wakil yang diamanahkan mempunyai kuasa
yang sama antara satu sama lain tetapi bidang kuasa mereka tidak akan pernah melebihi
12

Awang Mohd. Jamil Al Sufri, 1997, Tarsilah Brunei : Zaman Kegemilangan dan Kemasyuran,
Brunei, Bandar Seri Begawan Publisher,hlm.11.
12

kuasa sultan termasuklah dalam soal pelaksanaan hukuman mahupun pengutipan cukai.
Bidang kuasa mereka sangat terbatas dan seharusnya kebenaran terlebih dahulu diperoleh
sebelum melaksanakan sesuatu hukuman atau tindakan yang di luar bidang kuasa mereka.
3.5 Pertahanan
Kedudukan Brunei yang pada peringkat awalnya bertumpu di kawasan Teluk
Brunei berdasarkan catatan dalam Syair Awang Semaun telah menyebabkan Brunei
menjadi sebuah tempat yang begitu penting daripada segi pertahanan dan penempatan.
Hal ini berlaku disebabkan, kawasan Teluk Brunei ini sebenarnya dikelilingi tanah tinggi
yang berbukit bukit terutama di kawasan Kota Batu ( dibina semasa pemerintahan
Sultan Syarif Ali 13) yang memberi perlindungan daripada serangan musuh.
Selain itu, air di kawasan tersebut yang cetek telah menyukarkan kapal kapal
besar musuh untuk menyerang Brunei secara serta-merta. Sebaliknya Sungai Brunei
hanya boleh dilayari oleh kapal kapal kecil. Keadaan ini sebenarnya memberi kelebihan
kepada Brunei itu sendiri apabila dengan mudah dapat membuat serangan balas terhadap
musuh atas dasar orang Brunei sendiri lebih mengetahui akan soal selok-belok
pertahanan negara mereka sendiri. Bukti kewujudan Kota Batu sebagai kawasan
pertahanan negara dipercayai sahih dengan penemuan meriam lama.
Di samping itu, terdapat beberapa buah pulau di sekitar kawasan sungai Brunei
yang mempunyai kepentingan daripada segi pertahanan dan kedudukannya, contohnya
Pulau Cermin dan Pulau Muara Besar. Pulau pulau ini telah memberi perlindungan

13

Awang Mohd. Jamil Al Sufri, 1997, Tarsilah Brunei : Zaman Kegemilangan dan Kemasyuran,
Brunei, Bandar Seri Begawan Publisher,hlm.10.
13

daripada angin ribut yang bertiup kencang dari Laut China Selatan. Selain memberi
perlindungan kepada orang Brunei, pulau pulau ini juga sebenarnya merupakan pintu
masuk dan sekatan bagi kapal kapal bagi pendatang yang ingin masuk ke Brunei.
Merujuk kepada Syair Awang Semaun, penduduk yang mendiami pulau tersebut
terdiri daripada orang sakai atau lebih dikenali sebagai kaum Dayak 14. Dayak ini pula
terbahagi kepada dua iaitu Dayak darat ( Iban ) dan Dayak laut. Kaum kaum ini sangat
pakar tentang selok-belok laut dan mahir dalam bidang pelayaran serta perdagangan.
Maka, sultan pada ketika itu telah membahagikan kaum setiap kaum untuk menjalankan
tanggungjawab masing masing. Hulubalang akan diambil daripada kaum Murut dan
tentera darat akan diambil daripada kaum Kayan. Manakala, tentera laut akan diambil
daripada kaum Iban, seterusnya orang Melayu akan sentiasa dilantik sebagai Ketua
operasi.
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, asas kekuatan kerajaan Brunei pada kurun ke 15 - 16 masihi ini
ditentukan daripada semua aspek sama ada luaran mahupun dalaman. Kebijakan pemerintah
pada ketika itu menggunakan aspek asas luaran kekuatan Brunei bersama dengan asas asas
dalaman yang wujud secara semula jadi seperti kawasan pertahanan Brunei yang strategik
mahupun asas yang diwujudkan sendiri oleh pemerintah telah menjadikan Brunei berjaya
membentuk sebuah kerajaan yang sama tarafnya seperti kerajaan kerajaan Nusantara
sebelumnya.

14

Utusan Borneo,3 April 2008, hlm.16.

14

Bibliografi
Awang Mohd. Jamil Al Sufri. 1997. Tarsilah Brunei : Zaman Kegemilangan dan Kemasyuran.
Brunei. Bandar Seri Begawan Publisher.
Awang Mohd. Jamil Al Sufri. 1990. Tarsilah Brunei : Sejarah Awal dan Perkembangan Islam.
Brunei. Pusat Sejarah.
Sabihah Othman. 1995. Sejarah Brunei Menjelang Kemerdekaan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Wan Hussien Azmi Abdul Kadir. 1995. Kesultanan Brunei Darussalam Abad ke 15 dan ke 16 :
Perjuangan Menentang Penjajahan Sepanyol di Alam Melayu. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Surat Khabar
Utusan Borneo. 3 April 2008.

15

16

Anda mungkin juga menyukai