Anda di halaman 1dari 4

Menanam pokok.

Menanam pokok di permukaan bumi terutama kawasan lereng lereng bukit dan gunung
yang sedang atau telah berlaku kegiatan manusia dapat mengurangkan risiko tanah runtuh. Hal
ini kerana, permukaan bumi yang dilitupi tumbuhan ini dapat mencengkam tanah melalui akar
akarnya yang digunakan untuk mendapatkan air dan nutrient daripada bawah tanah. Tambahan
pula, melalui tindakan menanam pokok ini lapisan tanah di kawasan tersebut akan menjadi
kurang terdedah kepada tindakan air hujan. Permukaan yang terdedah sebenarnya akan
mendorong mudahnya berlaku tanah runtuh kerana mempercepatkan proses hakisan yang
berlaku disebabkan oleh persekitaran sedia ada.
Hakisan yang berlaku akan mempercepatkan proses tanah runtuh jadi, adalah sangat
penting di sini wujudnya tanaman tutup bumi yang dapat mencengkam tanah bagi
mengurangkan risiko tanah runtuh sekali gus dapat memperindah persekitaran dengan
pemandangan yang lebih hijau.
Di Malaysia, hujan lebat yang turun akan menyebabkan tanah di lereng bukit menjadi
longgar dan menggelongsor. Oleh itu, pokok-pokok besar yang berakar dalam dan tanaman
tutup bumi perlu ditanam untuk menyelamatkan kawasan pembangunan yang terdedah kepada
cuaca dan hujan lebat. Hal ini dapat membantu menyekat pergerakan tanah daripada dibawa
aliran air bawah tanah yang menggelongsor cerun yang tidak stabil. Jadi, usaha menanam
kembali pokok-pokok atau tumbuh-tumbuhan, dapat memampatkan kembali kelonggaran tanah
akibat pembangunan.

PEMOTONGAN CERUN MENGIKUT SPESIFIKASI


Pemotongan cerun mengikut spesifikasi yang dimaksudkan di sini adalah proses
pemotongan cerun yang dilakukan mengikut ciri ciri keselamatan yang sepatutnya dengan
mendapatkan nasihat daripada jurutera jurutera profesional dan ahli geomorfologi bagi
memastikan pemotongan cerun dilakukan dalam kadar yang sepatutnya bukannya dipotong
secara sambil lewa semata mata. Contoh yang jelas dapat kita lihat apabila kita merujuk kepada
kes tanah runtuh yang telah berlaku di Hulu Langat dan telah mengorbankan 16 nyawa di rumah
anak anak yatim, dengan merujuk kepada kes yang telah berlaku ini laporan telah
membuktikan bahawa pemotongan cerun tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya dan
ditambah pula dengan

aktiviti penebangan pokok yang tidak terkawal telah menyebabkan

berlakunya tanah runtuh di kawasan tersebut.


Proses pemotongan cerun atau lereng bukit mengikut spesifikasi yang dijangka dapat
mengurangkan risiko tanah runtuh kerana proses yang dijalankan tidak mengganggu gugat
kestabilan cerun kerana sebelum sesuatu cerun dipotong, segala aspek kestabilan cerun telah
dikaji terlebih dahulu bagi proses pemotongan yang berlaku tersebut benar benar mampu
mengurangkan risiko tanah runtuh.
Walau bagaimanapun, bagi mengukuhkan lagi kestabilan tanah di kawasan cerun
mahupun lereng lereng bukit yang telah dilakukan pemotongan maka digalakkan di sini supaya
penanaman pokok tutup bumi atau pokok yang berakar dalam dapat lebih mencengkam tanah
yang telah dipotong mengikut spesifikasi tertentu.

PEMANTAUAN DARI SEMASA KE SEMASA


Pemantauan setiap waktu perlu dilakukan bagi mengurangkan risiko tanah runtuh.
Hal ini disebabkan, walau berapa banyak usaha yang telah kita lakukan untuk mengurangkan
risiko tanah runtuh tetapi tidak melakukan pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan lereng
bukit atau cerun terutama sekali di cerun cerun yang mempunyai pembangunan yang padat di
atasnya sebenarnya akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh tanpa kita sedari. Perkara ini
sangat penting kerana, persekitaran pembangunan di kawasan sesuatu cerun itu akan berubah
dari semasa ke semasa contohnya seperti kita perlu sentiasa memantau aliran air di kawasan
tersebut, sistem saliran yang wujud, mengukur kestabilan tanah di kawasan tersebut dengan
menggunakan formula yang ada bagi memastikan cerun, bukit dan pembangunan di kawasan
tinggi itu selamat untuk diduduki.
Pemantauan ini penting berdasarkan kes kes tanah runtuh yang telah berlaku sebelum
ini yang telah meragut nyawa begitu ramai nyawa contohnya seperti peristiwa tanah runtuh yang
berlaku di Highland Tower. Padahal, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai langkah bagi
mengurangkan risiko tanah runtuh di kawasan tersebut.Namun, hal tanah runtuh masih berlaku
kerana pemantauan dari semasa ke semasa yang tidak dilakukan sehingga telah menyebabkan
struktur tanah menjadi longgar kerana aliran air tidak disalirkan dalam laluan yang sepatutnya
sehingga akhirnya menyebabkan berlakunya tragedi tanah runtuh tersebut.
Jadi sebagai pengajaran yang kita sepatutnya ambil bagi mengurangkan risiko tanah
runtuh ini untuk berlaku adalah dengan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai