Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENGENALAN

Orde baru merujuk kepada zaman di bawah pemerintahan Soeharto yang
merupakan presiden kedua Indonesia menggantikan Soekarno . Perkataan Orde baru itu
sebenarnya merupakan perkataan ciptaan Soekarno itu sendiri bagi membezakan antara
zaman pemerintahan beliau dan Presiden Soekarno sebelum ini yang kemudiannya
dikenali sebagai Orde lama ( Presiden Soekarno ). Pentadbiran Orde baru ini bermula
pada tahun 1966 1998 dan orde baru ini sering dirujuk sebagai lahir selepas berlakunya
gerakan 30 September 1965 yang sering disifatkan didalangi oleh golongan Parti
Komunis Indonesia. Walau bagaimanapun, sehingga saat ini versi sebenar tragedi 30
September 1965 itu gagal dikenal pasti siapakah dalang di sebaliknya kerana mungkin
sahaja terdiri daripada puak puak penyokong Soeharto mahupun golongan tentera itu
sendiri.
Orde baru ini sebenarnya hadir dengan semangat koreksi total yang merujuk
kepada pembetulan pentadbiran yang sebelum ini tampuk pemerintahan dipegang oleh
Soekarno. Sebut fasal pancasila. Walau bagaimanapun, orde baru ini sebenarnya turut
memfokuskan kepada pembaikan dan perkembangan ekonomi sebagai tujuan utamanya
walaupun bahagian struktur administratif majoritinya terdiri daripada golongan tentera
sehinggakan kita dapat melihat DPR ( Dewan Perwakilan Rakyat ) dan MPR ( Majlis
Permesyuaratan Rakyat ) kurang berkesan sewaktu pemerintahan Orde baru ini kerana
pemilihan ahlinya majoriti terdiri daripada kalangan tentera

Anda mungkin juga menyukai