Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Hasil daripada lawatan projek sejarah yang telah saya ( Siti Suriati bt Abu Bakar) sertai
bersama dengan rakan rakan yang lain ialah saya dapat benar benar menghayati makna
sejarah yang telah saya pelajari selama ini contohnya sebelum ini saya hanya mempelajari
sejarah Perak tentang Kapten Speedy, Ngah Ibrahim, Long Jaafar, Dato Maharajalela, Dato
Sagor dan tokoh tokoh lain hanya melalui buku teks sewaktu di sekolah menengah, carian
internet dan himpunan dokumen semata mata.
Namun, perasaan apabila kita sendiri berada di hadapan kawasan tinggalan sejarah itu
sangatlah berbeza, beza yang saya maksudkan di sini adalah perasaan berada di tempat tinggalan
sejarah itu sebenarnya buatkan saya rasa seperti benar benar berada pada zaman berlakunya
peristiwa sejarah tersebut dibandingkan dengan hanya mendapatkan maklumat tersebut melalui
buku teks dan lain lain yang hanya akan menyebabkan saya berkhayal dan berimaginasi
tentang peristiwa bersejarah dan akhirnya menyebabkan saya hilang minat untuk mempelajari
sejarah. Perasaan empati ini dapat saya rasakan ketika berada di kawasan berhampiran pokok
tempat Dato Maharajalela dan Dato Sagor telah dijatuhkan hukuman. Perasaan perit dan pedih
apabila mengenangkan penyeksaan yang terpaksa ditanggung oleh pejuang pejuang dahulu.
Walau bagaimanapun, hal yang masih saya terkilan sehingga kini adalah sepatutnya saya
benar- benar melihat pokok yang dinyatakan oleh penduduk kampung itu dengan teliti bukan

hanya melihat ke arah yang ditunjukkan oleh generasi Ngah Ibrahim dan rakannya tersebut
bahkan sudah sepatutnya saya mengambil gambar di tempat bersejarah tersebut untuk dijadikan
sebagai bukti dan bahan rujukan penting pada masa hadapan, bukan hanya omongan kosong
semata mata sebaliknya fakta yang saya dapati adalah sahih. Namun, disebabkan kelalaian
saya, saya telah kehilangan salah satu bukti penting sejarah yang sepatutnya saya dapatkan
daripada lawatan tersebut. Sekiranya saya diberi peluang sekali lagi untuk melakukan kajian di
tempat yang sama ini saya perlu benar benar memastikan bahawa saya memperoleh semua
maklumat bersejarah bersama bukti gambar mahu pun saksi sahih bagi memastikan fakta sejarah
cerita yang telah saya peroleh agar fakta ini benar benar dapat diterima umum dan hal seperti
ini tidak berulang lagi.
Selain itu, satu lagi peristiwa yang paling tidak dapat saya lupakan adalah ketika
saya berjumpa sendiri dengan piut Ngah Ibrahim atau lebih mudah dikenali sebagai generasi
keempat selepas Ngah Ibrahim, perasaan saya sangat teruja pada ketika itu. Hal ini disebabkan,
tiada langsung terfikir dek akal saya untuk berjumpa dengan piut daripada generasi Ngah
Ibrahim yang pada saya berasal daripada kalangan keturunan orang zaman dahulu yang sangat
hebat sehingga sejarahnya diperkatakan sehingga ke hari ini. Jadi, pada hari saat saya menemu
bual beliau, saya berasa sangat bersemangat

untuk menanyakan pelbagai soalan sejarah

berkaitan dengan diri, keluarga dan keturunan beliau.


Saya telah merakam video sepanjang temu bual itu dijalankan tetapi malang tidak
berbau video tersebut gagal disimpan dengan selamat kerana tiba tiba sahaja alat yang saya
gunakan telah terpadam dengan sendirinya, terus perasaan kecewa menyelubungi saya. Walau
bagaimanapun, nasib saya baik kerana rakan saya yang berada di situ turut merakam perbualan
tersebut. Jadi, apa yang dapat saya pelajari di sini

adalah pastikan pemeriksaan terhadap

peralatan yang akan digunakan untuk merekodkan peristiwa peristiwa penting sewaktu
lawatan projek atau sebarang kajian sejarah nanti dilakukan terlebih dahulu agar perkara seperti
ini tidak lagi berlaku.
Akhir sekali, penambahbaikan yang dapat saya lakukan seterusnya adalah semasa
membuat temu bual sepatutnya terlebih dahulu saya menanyakan akan asal usul dan biodata
individu yang ditemu bual itu secara ringkas bagi mendapatkan maklumat yang jelas tentang
individu yang ditemu bual itu. Namun apa yang berlaku pada hari temu bual tersebut adalah
sehingga ke akhirnya saya cuma dapat mengenal pasti dengan sahih bahawa beliau
sememangnya piut kepada Ngah Ibrahim tetapi gagal untuk mendapatkan nama penuh beliau
sehingga ke penghujung temu bual.
Hal seperti ini, sebenarnya adalah tidak sepatutnya terjadi kerana keterangan saksi
daripada keturunan Ngah Ibrahim ini adalah sangat penting dan seharusnya nama penuh saksi
yang ditemu ramah ini diperoleh kerana merupakan fakta sejarah yang penting dan dalam hal
seperti ini dan jika maklumat seperti nama penuh beliau gagal diperoleh, dengan mudahnya
sahaja segala keterangan saksi yang diterima dipatahkan oleh pihak yang tidak berada di tempat
kejadian ( tempat temu bual ). Justeru itu, hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku lagi pada masa
akan datang dan sepatutnya dijadikan sebagai pengajaran agar kajian seperti ini yang dilakukan
pada masa akan datang tidak melakukan kesalahan dan kesilapan yang sama seperti ini lagi bagi
memastikan kesahihan fakta sejarah yang diperoleh di tempat kajian.

Anda mungkin juga menyukai