Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN
Sejarah disifatkan sebagai suatu disiplin ilmu yang mempunyai prinsip atau
kaedah-kaedahnya yang tersendiri berbeza dengan disiplin ilmu yang lain. Keadaan ini telah
menimbulkan pertikaian dalam kalangan para sarjana di dunia ini. Namun begitu, sejarah
tetap dianggap sebagai suatu ilmu pengetahuan yang cuba melihat masa lampau melalui sudut
pandangan masa kini.1

Sejarah mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Keistimewaannya telah meransang


manusia untuk mengajukan beberapa pertanyaan seperti keadaan dan kedudukan sejarah serta
manfaat yang bakal mereka perolehi apabila mempelajari sejarah.2

Secara umunnya, sejarah adalah penyelidikan yang berkaitan dengan segala peristiwa masa
lalu. Sejarawan akan menyelidik rekod-rekod yang lalu bagi mengkaji sejarah atau peristiwa
yang telah berlalu. Sehubungan dengan itulah segala rekod serta peristiwa yang terdahulu
biasanya akan dianggap sebagai sejarah.3

1 Bilcher Bala, Penyelidikan Dan penulisan Sejarah, Bangi, Universiti Kebangsaan


Malaysia, 2000, hlm. 2.
2 Muhd. Yusoff Ibrahim, Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah Sejarah,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 1
3 Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm.
1

2.0 PENGERTIAN SEJARAH


Di samping teori asal usul tersebut, sejarah juga mempunyai pengertian atau takrifnya. Oleh
sebab sejarah itu adalah luas dan kompleks, maka kerap pula para sejarawan memberi takrif
masing-masing mengenainya. Mereka memberikan pengertian atau takrif tersebut kerana
ingin memahaminya dengan lebih mendalam. Pengertian dan takrif yang mereka berikan
nampak berbeza dan perkara ini dapat dikesan berlaku sejak zaman Yunani purba lagi
hinggalah zaman mutakhir ini. Hal ini bermaksud sejarawan dari Timur dan Barat tidak
putus-putus dari memberi takrif dan pengertian masing-masing tentang sejarah. Para
sejarawan memberikan takrif mahupun pengertian yang lebih khusus mengenai sejarah itu
yang lazimnya sesuai dengan bidang sejarah yang dikaji. Terdapat juga takrif atau pengertian
khusus yang dikaitkan dengan fungsi ataupun kepentingan sejarah itu sendiri. Jelaslah
bahawa tujuannya adalah untuk menunjukkan betapa sejarah tersebut wajar untuk diketahui,
dikaji, dan diingati oleh menusia atas kepentingan kehidupan dan kesejahteraan.
Menurut H.E. Barnes, antara sejarawan yang terawal memberikan takrif serta
pengertian yang khusus mengenai sejarah ialah Dionysius dari Hali Camassus iaitu sejarawan
Yunani abad pertama tahun Masihi. Beliau telah mengatakan bahawa sejarah merupakan satu
bentuk falsafah yang memberikan pengajaran berdasar contohnya. Masudi yakni sejarawan
Islam kurun kesepuluh pula mengatakan bahawa sejarah adalah catatan yang terhimpun
tentang keseluruhan ilmu pengetahuan manusia dan merupakan sains yang paling mulia
( Takrif Khalidi ). Ibnu Khaldun yang merupakan sejarawan Islam teragung pada kurun ke14, turut mengatakan pendapat beliau bahawa sejarah adalah catatan atau maklumat tentang
masyarakat manusia dan tamadun dunia. Chang Hsueh Cheng, sejarawan China kurun ke18, menurut P. Demieville, antara lain menyebut sejarah bukan hanya sebagai usaha
mengumpulkan dokumen oleh ahli-ahli birokrasi dan tidak juga menjadi satu hiburan justeru
bagi para sarjana hal ini harus ditujukan demi memperbaiki dunia. Beberapa sejarawan Barat
seperti Beneletto Corce yang antaranya mengatakan bahawa sejarah adalah kisah tentang
kebebasan dan keseluruhan sejarah adalah sejarah semasa menurut Muhd Yusof Ibrahim &
Mahayudin Haji Yahaya 1988. J.B. Bury menyatakan bahawa sejarah merupakan sains
2

yang tidak kurang dan tidak lebih. R.G. Collingwood (1889-1943), semua sejarah adalah
suatu pemikiran4. E.H. Carr antara sejarawan ternama pertengahan abad ke-20 mengatakan
bahawa sejarah adalah satu proses interaksi berterusan di antara ahli sejarah dengan masa
lampau. G.M. Trevelyan yang mentakrifkan sejarah sosial sebagai sejarah yang
mengetepikan hal politik : (G. Himmalfard, 1987 : 15). Sejarawan tempatan seperti Shaharom
Hussien mengatakan; daripada pelajaran tawarikh [sejarah juga kita dapat menyingkap
semula lembaran sejarah dari aspek kebangkitan kemajuan. Kejatuhan dan kemunduran
sesuatu bangsa manakala Zainal Abidin Abdul Wahid menyatakan, ...Sejarah membolehkan
kita memeriksa, mengambil pengertian dan menimbangkan satu-satu perkara itu dengan lebih
saksama dan sempurna serta sejarah juga boleh dijadikan sebagai petunjuk dan panduan
kita(1958:506-7).

2.1 PENGERTIAN UMUM SEJARAH


Kepelbagaian pengertian dan takrif adakalanya boleh menimbulkan kekeliruan. Tetapi hal ini
sebenarnya melambangkan keluasan bidang sejarah itu sendiri dan juga kegunaan atau
kepentingannya yang hakiki kepada manusia. Justeru, bagi mengelakkan kekeliruan wajarlah
satu titik pertemuan atau pengertian umum dicari yang merupakan takrif mahupun pengertian
asas bagi sejarah. Garraghan mengatakan bahawa istilah sejarah membawa tiga takrif atau
pengertian yang berkait rapat namun ia sangat berbeza antara satu sama lain : (a) peristiwa
manusia masa lalu, masa lalu yang sebenar-benarnya; (b) catatan tentang peristiwa tersebut;
(c) proses atau teknik membuat catatan tersebut 5. Seorang lagi sejarawan iaitu A. Marwick
juga menyebut sejarah dari sudut pengertian yang umum. Pertama sejarah merupakan
keseluruhan masa lalu manusia seperti sebenarnya berlaku; kedua ia merupakan percubaan
manusia dalam menghurai dan mentafsir masa lalu; ketiga pula sebagai kajian yang
sistematik terhadap masa lalu, iaitu sejarah sebagai satu disiplin ilmu pengetahuan.

4 Collingwood, R.G. (1985) Idea Sejarah. Muhd Yusof Ibrahim (Terjemahan),


Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
5 Gilbert J. Garraghan & Jean Delanglez, eds., A Guide To Hsitorical Method, New
York: Fordham University Press, 1957, hlm. 103.
3

Demikianlah juga halnya dengan A.L. Rowsey yang memberi pengertian sejarah dari segi
keseluruhan masa lalu bagi benda dan peristiwa alam, manusia, haiwan mahupun makhluk
secara amnya juga dari sudut sejarah yang sebenarnya iaitu sebagai satu perkara atau
peristiwa yang dikaji. Sidi Ghazalba iaitu seorang sejarawan Indonesia pula memberi empat
takrif atau pengertian sejarah yang umum itu; pertama sejarah sebagai sesuatu yang telah
berlaku, satu peristiwa , satu kejadian ; kedua sebagai riwayat dan peristiwa yang telah
berlaku ; ketiga sebagai pengetahuan tentang masa lalu ; keempat, sebagai ilmu yang
berusaha menentukan dan mewariskan ilmu pengetahuan (1966)6. Sejarawan tempatan R.
Suntharalingam pula merujuk kepada pelbagai pendapat sejarawan Barat yang merumuskan
sejarah itu sebagai ilmu pengetahuan yang mencakupi semula hal (1985) 7. Oleh hal demikian,
pengertian secara umum yang pertama adalah sejarah itu merupakan masa lalu (Muhd Yusof
Ibrahim, 1998:11). Pengertian ini nyata benarlah keluasannya kerana ia mencakupi
keseluruhan masa lalu tanpa batasannya. Sejarah sebagai masa lalu memberi makna ia
mengandungi semua kejadian serta peristiwa mahupun pengalaman yang telah berlaku dan
berlalu sama ada kejadian tersebut merupakan kumpulan kejadian ataupun kejadian yang
berasingan bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan. Pada dasarnya, berupa semua
pengalaman, tingkah laku, kejadian serta peristiwa dalam kehidupan seseorang individu,
pemimpin, sebuah institusi, pertubuhan, negara mahupun masyarakat. Semua kejadian itu
bermaksud kejadian penting yang patut dan perlu diingat, ataupun yang bersejarah dan juga
sebaliknya iaitu tidak penting dan remeh. Hal ini bererti apa sahaja yang telah berlaku itu
adalah sebahagian daripada masa lalu dan dari itu sebahagian daripada sejarah.

2.2 SEJARAH MERUPAKAN CATATAN


Pengertian umum yang kedua pula adalah lebih terbatas atau khusus. Sejarah merupakan
catatan ataupun rekod mengenai suatu peristiwa yang telah berlaku pada satu-satu masa yang
lalu di mana catatan tentang sebuah peristiwa itu sememangnya sesuatu yang khusus dan
unik. Hal ini disebabkan, ia dibatasi tempat, keadaan, kebudayaan, anutan agama dan kadang
kala waktu. Sebenarnya seorang sejarawan tidak berupaya mencatatkan keseluruhan peristiwa
6 Sidi Gazalba,Penghantar Sejarah Sebagai Ilmu, Bhratara Karya Aksara, 1966,
hlm. 11.
7 Dipetik daripada R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala
Lumpur: Merican & Sons (M) Sda. Bhd., 1985, hlm. 4.
4

di semua tempat dengan perincian yang tepat. Sebagai catatan tentang masa lalu, Ibnu
Khaldun (1332-1406) misalnya menyatakan bahawa sejarah itu merupakan,... catatan
tentang masyarakat manusia atau peradaban dunia tentang perubahan-perubahan yang telah
berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu, seperti keramahan dan perasaan setiakawasan
segolongan ; tentang revolusi dan pemberontakan sesuatu golongan manusia terhadap
manusia lainnya dengan mengakibatkan terbentuknya kerajaan dan negara (Charles
Issawi,1965:404)8.
Bagi Ibnu Khaldun, sesuatu catatan itu sebenarnya adalah hasil suatu penyelidikan seorang
sejarawan. Justeru untuk membuat catatan yang berupaya sejarah, maka seorang itu haruslah
terlebih dahulu membuat penyelidikan tentang peristiwa yang diminatinya dan hasil daripada
penyelidikan itulah yang melahirkan catatan yang merupakan pengetahuannya tentang
sejarah atau masa lalu yang diselidikinya. Pengetahuan itu tidaklah meliputi keseluruhan
masa lalu itu. Hal ini kerana, apa yang berlaku di masa lalu tidak dapat diketahui semuanya
dan apa yang diketahui hanyalah berkenaan perkara khusus yang dikaji, dicatat dan kemudian
dituliskan semula dalam bentuk buku, jurnal dan sebagainya.
Catatan masa lalu itu juga adalah terbatas. Hal ini dibatasi oleh keupayaan pencatat
dan pengkaji itu dalam mencatat dan mengkaji peristiwa yang diminatinya. Di samping itu, ia
turut dibatasi keperluan masing-masing dan dalam erti kata, mereka tidak perlu mencatat atau
mengkaji semua peristiwa yang telah berlaku. Malah perkara yang dicatat atau dikaji hanya
perkara yang mungkin menarik minatnya yang dianggap penting, ataupun yang berguna sama
ada bagi diri dan kedudukannya, bagi keluarga, masyarakat mahupun institusi atau kumpulan
yang memberikan sebuah ganjaran kepadanya (Muhd Yusof Ibrahim, 1997:13). Dari sudut
lain, sikap mahupun proses pemilihan keputusan juga merupakan batasan bagi mencapai
sepenuhnya pengetahuan mengenai masa lalu. Hal ini dapat dikatakan bahawa pengetahuan
masa lalu tidaklah bererti keseluruhan masa lalu dapat dihidupkan dan diketahui kembali
bahkan ianya amat mustahil untuk dilakukan sedemikian.

2.3 SEBAGAI PENGETAHUAN MASA LALU


8 Ibnu Khaldun. Lihat Charles Issawi, ed. Filsafat Ibnu Khaldun: Ikhtisar-ikhtisar Pilihan
dari Muqaddimah Ibnu Khaldun, Terjemahan Ali Munawar, Kuala Lumpur: Oxford
University Press, 1960, hlm. 404.

Jika dilihat, sebenarnya menurut apa yang dicatat, dikaji, dan ditulis oleh sejarawan
hanya sebahagian kecil daripada keseluruhan masa lalu tersebut. Hal ini kerana, sejarawan
sebenarnya tidak perlu, malah tidak berupaya untuk menghimpunkan, mengkaji, dan
menuliskan semuanya. Bahkan hal tersebut merupakan perbuatan yang sia-sia. Justeru
hasilnya nanti bukan satu kajian sejarah lagi, tetapi adalah satu himpunan, satu daftar
peristiwa yang berlaku dalam suatu urutan waktu tertentu. Apa yang dapat dirungkaikan,
sejarawan hanya mengkaji dan menulis peristiwa masa lalu yang dipilihnya serta dianggap
penting.
Tambahan pula, ia perlu memberikan tafsiran dan sebuah gambaran menyeluruh
terhadap setiap jalan peristiwa tersebut. Misalnya, Federico Chabod dalam eseinya yang
berjudul : Was There A Renaissance State, telah mengatakan, sesungguhnya imarahimarah di Itali pada kurun ke-15 dan di Perancis, Sepanyol dan England pada kurun ke-16,
sememangnya sudah menjadi kerajaan-kerajaan yang mutlak sebenarnya (Heinz Lubansz).
Tentang China pada penghujung kurun ke-19, Lucien W.Pye telah mengatakan bahawa
menjelang tempoh tersebut ...tiada lagi negara di Asia yang menganggap China sebagai
Kerajaan Tengah yang wajar dikagumi dan berupaya memberikan perlindungan yang
mewah (1972:116). Disebalik itu, sahsiah seorang tokoh di sepanjang hayatnya digambarkan
dalam satu dua ayat misalnya; Sultan Mahmud Syah yakni sultan Melaka yang terakhir
adalah seorang roifaineant. Baginda telah merompak dan memperkosa namun bertindak
bijak dengan menyerahkan urusan pentadbiran kepada menteri-menterinya (R.J. Wilkinson,
1971:41). Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj, mantan Perdana Menteri Malaysia yang
pertama misalnya digambarkan oleh Abdul Aziz Ishak sebagai seorang yang telah dijadikan
Tuhan dengan ...sifat yang tidak ingin melakukan kezaliman terhadap barang sesiapa pun
dan sentiasa riang. Namun pada peringkat awal persekolahannya, Tuanku Abdul Rahman
bukanlah seorang yang mempunyai otak yang geliga atau cerdik pandai (1955:9).
Apabila dilihat sebenarnya unsur tafsiran, gambaran atau rumusan-rumusan
sedemikian rupa yang memberi erti kepada sesuatu kajian sejarah tersebut. Hal ini
mengambarkan kedudukan sesuatu peristiwa ataupun tokoh yang dikaji. Dengan itu,
seseorang itu dapat mengetahui serta memahami peristiwa mahupun tokoh yang berkenaan.
Justeru, Bagaimanakah ia mendapat gambaran itu? Ia diperoleh oleh seorang sejarawan
melalui kajiannya berdasarkan satu kaedah dan teknik penyelidikan terhadap sumber-sumber
yang berkaitan. Dengan itu, menurut Sidi Ghazalba lagi, pengertian asas bagi sejarah ialah
pengetahuan yang diperoleh melalui penyelidikan (1966:2). Kontradiksinya, sejarah adalah
6

ilmu pengetahuan tentang masa lalu yang terdiri daripada pelbagai peristiwa dan tokoh dalam
sesebuah masyarakat atau negara pada sesuatu jangka waktu yang telah lalu.

2.4 PENGERTIAN PERKATAAN / ISTILAH SEJARAH


Walakin begitu, perkataan atau istilah sejarah itu sendiri mempunyai sejarah dan
pengertiannya. Kamus Dewan memberikan maknanya sebagai sastera lama asal usul atau
keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku di waktu yang lampau, kisah riwayat
tambo:tawarikh (1970:1033). R.O. Winstedt yang telah menghasilkan kamusnya lebih awal
daripada Dewan Bahasa dan Pustaka pula mengatakan perkataan sejarah berasal daripada
perkataan Arab yang bererti salasilah, tawarikh dan babad. Dari segi penggunaan istilah altarikh atau tarikh di dalam bahasa Arab pada mulanya ia hanya membawa maksud
pentarikhan, era atau zaman, akan tetapi melalui perkembangan pensejarahan yang berlaku
pada abad kedua dan ketiga Hijriah, istilah itu juga diertikan sebagai kajian sejarah dan ilmu
sejarah atau ilmu tawarikh (Mahayudin Hj. Yahaya: 1984:31-32). Ibrahim Alfian pula
berpendapat bahawa besar kemungkinan perkataan Arab itu adalah Syajaratun yang bererti
pohon. Walau bagaimanapun, hubungan makna di antara syajaratun dengan sejarah belum
ada yang memperkatakannya dengan mendalam dan pasti. Dalam peradaban Melayu,
perkataan al-tarikh atau tarikh yang juga merupakan perkataan Arab, itulah yang telah
diubahsuai menjadi tawarikh di dalam bahasa Melayu. Ia merupakan satu istilah yang
popular digunakan bagi merujuk sejarah oleh penulis tempatan sejak awal abad ini
sehinggalah awal tahun 1960an apabila perkataan sejarah itu tidak pernah digunakan
langsung sebelum tempoh tersebut. Raja Ali Haji, misalnya telah menggunakan istilah atau
perkataan tersebut di dalam bukunya Tuhfat al-Nafis. Berkemungkinan beliau merupakan
sejarawan yang mula-mula sekali menggunakan istilah tersebut di rantau ini. Namun begitu,
penggunaan yang dilakukan oleh Raja Ali Haji tidaklah berterusan serta digunakan sejarawan
Melayu yang lain bagi menamakan judul karya pensejarahan mereka. Oleh itu, istilah yang
lebih popular yang digunakan adalah hikayat atau riwayat, selain tawarikh tadi. Sejauh yang
dapat dikesan penggunaan ketiga-tiga istilah ini masih berjalan sehingga tahun 1950an
sebelum ia digantikan dengan istilah sejarah bagi merujuk karya-karya yang berbentuk
demikian. Tetapi istilah riwayat terus digunakan khususnya merujuk kepada karya-karya

pensejarahan yang berbentuk biografi atau riwayat hidup. Misalnya, Riwayat Hidup Tunku
Abdul Rahman Putera Al-Haj yang dikarang oleh Aziz Ishak (1955).
Di dalam bahasa asing pula khususnya di Barat, perkataan sejarah di sama ertikan
dengan perkataan history (bahasa Inggeris). Pada asasnya perkataan itu berasal daripada
perkataan Yunani purba historia yang membawa maksud penyelidikan. Tetapi penyelidikan
tersebut bukanlah tentang peristiwa silam sahaja, malah yang menjadi kepentingannya ialah
tentang peristiwa semasa ataupun sezaman, dan sepanjang ingatan seorang penyelidik dan
penyaksi peristiwa yang diselidik, penyelidikan haruslah berdasarkan penyaksian,
pendengaran , dan pemerhatian. Penyelidikan yang didasarkan kepada proses tersebut
dianggap boleh menghasilkan ilmu pengetahuan yang sebenar, sedangkan ilmu pengetahuan
yang didapati

tanpa melalui proses tersebut bukanlah ilmu pengetahuan yang sebenar-

benarnya, malah hanya merupakan separa ilmu pengetahuan sahaja kerana ia tidak dibuktikan
serta disahkan melalui proses tadi. R.G. Collingwood menerangkan bahawa bagi orang
Yunani, ilmu pengetahuan yang sebenar itu adalah sesuatu yang dapat dibuktikan
kewujudannya, tetap serta tidak berubah melalui perubahan waktu (R.A. Robinson J, 1957).
Oleh sebab itu, pandangan yang sedemikian itu jugalah Herodotus yakni sejarawan terkenal
itu dan yang diberikan gelaran sebagai bapa sejarah oleh Cicero dari peradaban Rumawi,
pernah dianggap semata-mata sebagai penipu yang romantis pada kurun ke-19 dan sebagai
penglipur lara oleh Thucydides pada zamannya. Hal ini kerana Herodotus mengisahkan
peristiwa sekitar Perang Parsi yang telah berlaku lebih kurang satu kurun sebelum beliau
dilahirkan. Namun perubahan terus berlaku dan anggapan manusia terhadap sejarah juga
mengalami transformasi. Herodotus sendiri terangkat menjadi seorang yang telah berjasa
dalam mewujudkan satu bentuk pengajian sejarah dengan beberapa ciri pensejarahannya
masih boleh dipakai sehinggalah ke hari ini. Pengertian tentang perkataan historia yang kita
ertikan sebagai sejarah itu turut menerima perubahan. Caldwell umpamanya mengatakan
bahawa perkataan history (sejarah) yang berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud
penyelidikan itu telah berubah maksudnya menjadi peristiwa yang pernah berlaku pada masa
yang lalu dan juga ingatan yang tercatat tentang masa lalu itu.

Perubahan seperti ini berlaku juga dalam arena pensejarahan Melayu di Alam Melayu.
Sidi Ghazalba misalnya melihat tahap-tahap perubahan itu berlaku menerusi perkembangan
budaya Melayu/Indonesia terutamanya akibat pertembungan dengan Islam dan seterusnya
8

Barat sejak dari abad ke-13 dan ke-15. Pertembungan itu telah menyebabkan berlaku proses
akulturasi dan kesan dari proses itulah kita telah membentuk istilah sejarah dan seterusnya
memberikan maknanya yang umumnya pada hari ini mempunyai pelbagai persamaan dari
segi pengertiannya dengan istilah yang digunakan dalam budaya ilmu di dunia Barat. Dengan
kata lain, sejarah adalah history dengan pelbagai pula takrif serta pengertiannya.

3.0 KESIMPULAN
Teori serta Pengertian Sejarah

Secara umumnya, kajian sejarah adalah berasaskan kepada persoalan seperti apa,
siapa, di mana, mengapa, bila, dan bagaimana?. Antara persoalan yang asas bagi kajian itulah
yang berkait rapat dengan teori sejarah. Hal ini boleh dilihat daripada dua sudut iaitu pertama
adalah tentang kemunculan sejarah, ataupun bilakah sejarah itu mula terhasil atau tercipta?
Kedua adalah kajian atau penyelidikan sejarah dengan pelbagai konsep yang berkaitan
dengan kaedah penyelidikan tersebut. Di samping itu, teori sejarah juga berkait dengan
penghasilan karya-karya sejarah, atau pensejarahan yang melambangkan tahap kesedaran
sejarah yang wujud dalam sebuah masyarakat atau peradaban.

Sejarah juga mempunyai takrif atau pengertiannya yang boleh kita rumuskan sebagai
pengertian yang khusus dan yang umum. Pengertian yang khusus merupakan takrif dan
pandangan sejarawan tentang sejarah. Misalnya Dionysius (Yunani abad 1 Masihi)
mengatakan sejarah adalah falsafah yang memberi pengajaran dengan contoh-contohnya St.
Augustine ; sejarah adalah kisah kehidupan manusia di kota tuhan dan kota syaitan,
Ibnu Khaldun (Islam, kurun ke-14 M) Sejarah adalah tentang pergolakan masyarakat.
Raja Ali Haji (Melayu : Kurun ke-19M) sejarah adalah suatu ilmu yang terpakai, Leopold
Von Rankee (Jerman : Kurun ke-19M) sejarah bukan sebahagian daripada falsafah, sastera
atau agama, B. Grace (Itali : awal abad ke-20M) semua sejarah adalah sezaman, J.B.
Bury (Inggeris ; awal abad ke-20M), sejarah adalah sains tak kurang dan tak lebih, Tunas
Melayu (Akhbar Melayu;1913), sejarah bermaksud masa / waktu, R.G. Collingwood

(Inggeris; 1930an), semua sejarah adalah sejarah pemikiran, E.H. Carr (Inggeris; 1960an),
sejarah adalah interaksi antara sejarawan dan fakta-faktanya.

Manakala pengertian yang umum pula adalah rumusan daripada pelbagai pandangan
dan pengertian keseluruhan masa lalu. Semua peristiwa masa lalu bagi individu, masyarakat,
negara, dan sebagainya. Tempoh sejak dari awal terdapatnya sumber bertulis hinggalah ke
saat ini. Sejarah juga adalah catatan tentang masa lalu. Ketiganya, sejarah adlah pengetahuan
tentang masa lalu. Selain itu, perkataan atau istilah sejarah juga mempunyai makna dan
perkembangannya. Misalnya di dalam peradaban Melayu ia bermula dengan hikayat, riwayat,
cerita berkembang mencari salasilah, babad, tarikh, tawarikh, dan akhirnya sejarah. Dalam
peradaban Barat, bermula dengan historia dan akhirnya menjadi history. Manakala dari sudut
pengertian atau takrifnya sejarah atau history itu membawa maksud yang sama seperti yang
telah dihuraikan di atas.

10

BIBLIOGRAFI
Bilcher Bala, Penyelidikan Dan penulisan Sejarah, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia,
2000, hlm. 2.
Muhd. Yusoff Ibrahim, Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah Sejarah, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 1
Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2002, hlm.
Collingwood, R.G. (1985) Idea Sejarah. Muhd Yusof Ibrahim (Terjemahan), Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sidi Gazalba, Penghantar Sejarah Sebagai Ilmu, Bhratara Karya Aksara, 1966, hlm. 11.

Dipetik daripada R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Merican


& Sons (M) Sda. Bhd., 1985, hlm. 4.
Gilbert J. Garraghan & Jean Delanglez, eds., A Guide To Hsitorical Method, New York:
Fordham University Press, 1957, hlm. 103.

Ibnu Khaldun ; Lihat Charles Issawi, ed. Filsafat Ibnu Khaldun: Ikhtisar-ikhtisar Pilihan
dari Muqaddimah Ibnu Khaldun, Terjemahan Ali Munawar, Kuala Lumpur: Oxford
University Press, 1960, hlm. 404.

11

Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis: Satu Tinjauan Dari Sudut Kaedah Sejarah, Nik Hassan
Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Nik Anuar Nik Mahmud dan Yahaya Abu Bakar,
Sumbangsih Kumpulan Esei Sejarah (Untuk Prof. Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid),
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1988.
Suntharalingam R., Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987.

12

Anda mungkin juga menyukai