Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan komunikasi

Kumpulan 1
Nurhanani Binti Mad Zahidi
Affidatul Amiroh

Pengenalan
Kemahiran komunikasi adalah penting untuk
dipelajari agar tidak berlaku kesalahfahaman
dalam menerima sesuatu maklumat.
Kemahiran komunikasi tidak bersifat semulajadi
Seseorang perlu mempelajari kemahiran
berkomunikasi supaya lebih menggunakannya.
Matlamat kemahiran komunikasi ialah,
memastikan komunikasi yang dijalankan
dengan orang lain akan menjadi berkesan

Kelebihan Belajar
Komunikasi
Mempelajari komunikasi dapat membantu mengenali diri
sendiri.
Menyedari ketidakmahiran untuk berucap di khalayak
ramai.
Sukar untuk memperbetulkan loghat negeri atau daerah
semasa bercakap dalam situasi yang rasmi.
Keupayaan menguasai suara apabila berkomunikasi.
Meningkatkan pandangan orang pada diri.
Mendapat perhatian dari orang sekelilingnya.
Memudahkan pemahaman pendengar.

Meningkatkan pengetahuan tentang hubungan


manusia.
Ilmu komunikasi boleh membantu seseorang itu
dalam hubungannnya dengan seseorang yang lain
dan konteks yang berbeza.
Dapat meningkatkan keberkesanan dalam
berhubung dengan pelbagaai peringkat manusia.
Mengajar kemahiran hidup.
Kemahiran komunikasi dianggap asas untuk
seseorang mengendalikan kehidupan hariannya.
Dapat memudahkan jaringan komunikasi antara
seseorang kakitangan dengan kakitangan yang lain.

Meningkatkan kejayaan dalam kerjaya.


Kemahiran komunikasi yang tinggi amat dihargai
Keupayaan berkomunikasi dengan baik boleh
membuatkan seseorang itu meningkat dalam kerjaya
dengan lebih mudah.
Membantu mengharungi dunia yang pelbagai.
Masyarakat yang berbilang bangsa dan budaya
dalam sesuatu negara semakin menjadi norma
sekarang ini.
Hal ini memerlukan kita untuk mahir berkomunikasi
supaya hubungan dengan mereka dapat dijalankan
dengan baik dan berkesan.

DEFINISI KOMUNIKASI
Berlo (1960) menyatakan manusia tidak boleh
TIDAK berkomunikasi.
Perkataan komunikasi berasal dari perkataan Latin
(communicare) yang bererti menjadi sama atau
berkongsi.
Pearson(2007) mendefinisikan komunikasi sebagai
satu proses menggunakan mesej untuk hasilkan
makna.
Definisi ini telah mendedahkan tiga konsep utama
dalam komunikasi iaitu Proses, Mesej dan Makna.

Proses merujuk kepada sesuatu tindakan


yang berterusan tanpa henti.
Mesej merujuk kepada idea, fikiran atau
perasaan sama ada lisan atau bukan lisan
yang disampaikan oleh seseorang kepada
seseorang yang lain dalam proses
komunikasi.
terbahagi kepada dua bentuk :- mesej lisan
:- mesej bukan lisan
Makna merujuk kepada erti sesuatu perkara
seperti yang dikehendaki oleh seseorang.

Komponen Asas Komunikasi


Sumber:- Orang yang memulakan komunikasi
dipanggil sumber
Penerima:- Menerima mesej yang
disampaikan sumber. Bertukar menjadi
sumber apabila membalas mesej yang
diterima.
Mesej:- Merupakan inti kepada komunikasi
Saluran:- Merupakan wadah mesej bergerak
dari sumber kepada penerima.
Maklum Balas:- Tindak balas sama ada lisan
atau bukan lisan dari penerima terhadap
mesej dari sumber.

Kod:- simbol yang disusun dan digunakan secara


sistematik untuk menghasilakn makna.
Enkod:- Proses yang berlaku dalam diri sumber
yang memproses idea, fikiran atau perasaan
yang diterjemahkan kepada kod
Dekod:- proses yang berlaku dalam diri penerima
yang cuba memberi makna kepada kod yang
disampaikan oleh sumber.
Gangguan:- perkara yang boleh menjejaskan
kefahaman terhadap mesej. Terbahagi kedapada
tiga iaitu gangguan fizikal, gangguan psikologi
dan gangguan simantik.

Anda mungkin juga menyukai