Anda di halaman 1dari 6

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Perancangan Akademik

JMS 101
PENGANTAR
SEJARAH
Sidang Akademik 2018/2019
JADUAL KULIAH SIDANG VIDEO
PERJUMPAAN TARIKH MASA
WEBEX 4 06 OKTOBER 2018 12:00 – 01:00 PTG
WEBEX 2 17 NOVEMBER 2018 08:00 – 09:00 PG
WEBEX 4 05 JANUARI 2019 12:00 – 01:00 PTG

[Sila Rujuk Jadual Kuliah Sidang Video Sidang Akademik 2018/2019]

- 1-
JMS 101/4 - PENGANTAR SEJARAH

PENGURUS KURSUS: DR. KU BOON DAR


Emel: kubd@usm.my
Bilik : No: 113
No. Telefon: 04-6532288

SINOPSIS KURSUS

Kursus Pengantar Sejarah adalah kursus pengenalan kepada pelajar tahun


pertama yang membuat pengkhususan (teras) mahupun minor dalam sejarah.
Kursus ini membincangkan tentang perkara-perkara asas dalam ilmu sejarah.
Justeru, kursus ini bermula dengan pendedahan terhadap beberapa aspek teori
dan kaedah persejarahan seperti pengertian sejarah dan latar belakang
perkembangan ilmu sejarah sejak zaman klasik sehingga ke zaman moden.
Seterusnya kursus ini juga meninjau aspek-aspek pensejarahan dan penulisan
sejarah seperti kritikan sumber, pentafsiran, pengadilan moral, objektiviti serta
ilmu bantu yang penting untuk menghasilkan sesuatu kajian sejarah.

KANDUNGAN KURSUS

Bil TAJUK BAB PEMBELAJARAN


KENDIRI*
1 Pengertian Sejarah (Apakah itu Sejarah?) September

•2 Tujuan dan Fungsi Sejarah Oktober



•3 Perkara yang dikaji dalam Sejarah November

•4 Sumber dalam Sejarah December

•5 Tafsiran Sumber dan Bukti Januari

•6 Penyebaban (Sebab akibat) Februari

•7 Pengadilan Moral dalam Sejarah Mac

•8 Sejarah sebagai Sains dan Keobjektifan Sejarah April

•9 Jenis-jenis Sejarah:- Mei
• Sejarah Politik
Sejarah Ekonomi
Sejarah Sosial
Sejarah Agama dll.

•10 Ulangkaji / Peperiksaan Akhir Mei- Jun



* Cadangan bulan pembelajaran kendiri pelajar

- 2-
KULIAH WEBEX

Kursus ini mempunyai enam (6) slot/kuliah iaitu tiga (3) slot sebelum Kursus
Intensif dan tiga (3) slot selepas Kursus Intensif. Sesi perjumpaan akan dijalankan
secara WEBEX sahaja. Webex merupakan penyampaian atas talian yang menjadi
platfom bagi pelajar-pelajar berinteraksi dengan pengurus kursus. Oleh itu
pelajar dinasihatkan membuat persediaan rapi sebelum mengikuti kuliah melalui
Webex. Aplikasi webex boleh diakses oleh pelajar di mana-mana lokasi asalkan
pelajar mempunyai komputer yang diakses dengan internet. Pastikan pelajar
melibatkan diri secara aktif dalam setiap soalan tutorial yang dimuatkan dalam
laman sesawang portal e-pembelajaran PPPJJ.

SKOP PERBINCANGAN SEMASA PERJUMPAAN KELAS WEBEX


SEBELUM KURSUS INTENSIF
Sesi Perjumpaan 1: Pengenalan Kursus (Pengertian Sejarah)

Dalam pertemuan ini, pelajar akan didedahkan dengan beberapa pengertian


sejarah. Pengertian sejarah yang dibincangkan menjurus kepada pengertian
umum dan pengertian khusus. Pandangan dari beberapa sarjana tentang
pengertian sejarah tersebut akan dibincangkan. Akhirnya, latar belakang
perkembangan ilmu sejarah dari zaman klasik sehingga zaman moden juga akan
dikupas dalam sesi ini.

Sesi Perjumpaan 2: Tujuan dan Fungsi Sejarah

Dalam pertemuan ini, diskusi tertumpu kepada pandangan-pandangan sarjana


terhadap tujuan dan fungsi sejarah. Pandangan sarjana tersebut bukan sahaja
meninjau kepada sokongan dan keperluan pembelajaran sejarah tetapi juga
merangkumi pendapat sejarawan yang sangsi terhadap tujuan dan fungsi sejarah
sebagai disiplin yang dipelajari oleh manusia.

Sesi Perjumpaan 3: Ruang Lingkup & Jenis-Jenis Dalam Sejarah

Dalam perjumpaan ini, pelajar-pelajar akan dijelaskan faktor-faktor yang menjadi


pertimbangan ahli-ahli sejarah dalam menentukan perkara yang harus dikaji
dalam displin sejarah. Tumpuan adalah kepada pandangan Collingwood tentang
unsur luaran dengan unsur dalaman yang merupakan ciri utama dalam perkara
yang dikaji dalam sejarah. Di samping itu, perjumpaan ini akan juga menyentuh
tentang jenis-jenis kajian dan tema dalam sejarah.

SEMASA KURSUS INTENSIF

SEMUA PELAJAR DIWAJIBKAN HADIR DI KAMPUS INDUK USM DI PULAU


PINANG. KELAS PERTEMUAN BERSEMUKA & PEPERIKSAAN BERTERUSAN
(PB) AKAN DIADAKAN PADA MINGGU KURSUS INTENSIF.

- 3-
SESI PERJUMPAAN : Sumber/Bukti Dalam Sejarah

Dalam pertemuan ini, fokus perbincangan adalah menghuraikan maksud sumber


atau bukti dalam sejarah. Seterusnya pelajar-pelajar juga akan didedahkan
dengan ciri-ciri, contoh-contoh serta perbezaan di antara sumber pertama, kedua
dan ketiga dalam sejarah.

SESI PERJUMPAAN : Tafsiran Sumber/Bukti Dalam Sejarah

Dalam perjumpaan ini, pelajar-pelajar akan diterangkan sebab-sebab sesuatu


sumber itu perlu ditafsir dan juga kaedah-kaedah pentafsirannya. Seterusnya,
pelajar-pelajar juga akan didedahkan tentang ciri-ciri yang harus ada pada
seseorang sejarawan yang mentafsir sumber dalam sejarah.

SELEPAS KURSUS INTENSIF

Sesi Perjumpaan 1: Penyebaban Dalam Sejarah

Dalam pertemuan ini, pelajar-pelajar akan mengkaji pandangan sarjana-sarjana


tentang sebab-musabab dalam sejarah serta kepentingannya. Dua konsep utama
penyebaban dalam sejarah iaitu determinisme dan ketidaksengajaan akan
dikupas.

Sesi Perjumpaan 2: Pengadilan Moral dalam Sejarah

Para sarjana lebih ke arah untuk menghukum tindakan pelaku dalam kejadian
sejarah ataupun memberi penilaian terhadap kejadian peristiwa sejarah. Namun,
ada juga segelintir sarjana berpendapat bahawa unsur pengadilan moral dalam
penulisan sejarah perlu dihindari. Oleh itu, dalam perjumpaan ini, pelajar-pelajar
akan dibawa membincangkan alasan-alasan atau sebab-sebab yang telah diberi
oleh kedua-dua golongan sarjana (aliran) ini sama ada menyokong mahupun
menentang pengadilan moral dalam penulisan sejarah.

Sesi Perjumpaan 3: Sejarah sebagai Sains dan Keobjektifan Sejarah


Sains yang dimaksudkan oleh Collingwood dalam sejarah bukanlah sains tulen
seperti fizik, kimia atau biologi. Sebaliknya sejarah sebagai sains lebih merujuk
kepada sifat sejarah yang memerlukan penyelidikan ke atas sesuatu perkara.
Maka persoalan di sini, apabila sejarah disamakan seperti sains-sains yang lain,
bagaimanakah sifat dan bentuk penulisan hasil dari penyelidikan sejarawan
tersebut. Adakah sifat objektif atau keputusan tepat seperti digunakan dalam
kaedah sains? Adakah hasil penulisan sejarah itu tidak dipengaruhi oleh unus-
unsur subjektif atau kaca mata pengkaji itu sendiri? Dalam perjumpaan ini nanti,
semua persoalan tersebut akan dikupas.

- 4-
KERJA KURSUS

Peperiksaan Berterusan 20%


Tugasan [I] – e-Tugasan 10%
Tugasan [II] – soalan dalam portal e-portal pembelajaran PPPJJ 10%
JUMLAH : 40%

e-TUGASAN I

o e-Tugasan I untuk kursus ini ialah mengkehendaki pelajar memilih dan


menjawab SATU soalan sahaja dari bab dalam buku yang akan
dimaklumkan dalam portal eLearning PPPJJ..
o e-Tugasan I merangkumi 10% dalam keseluruhan markah kursus.
o e-Tugasan kursus ini ialah tugasan dalam talian. Semua pelajar hendaklah
menghantar tugasan tersebut dalam talian dengan muatnaik
dalam portal e-pembelajaran PPPJJ selewat-lewatnya pada 15
FEBRUARI 2019.
o Semua tugasan wajib melalui penyemakan TURNITIN untuk
mengelakan isu ciplak/plagiat. [Perincian akan dimaklumkan
melalui portal eLearning PPPJJ].
o Serahan melalui pos atau serahan tangan tugasan ini TIDAK AKAN DILAYAN.
o Sila lihat nota Panduan Ringkas Menghantar e-Tugasan.
o Tugasan yang lewat dari tarikh penghantaran TIDAK AKAN DIPERIKSA
dan akan diberi markah “F” [GAGAL].

PEPERIKSAAN BERTERUSAN (PB)

o Diadakan semasa Kursus Intensif


o Bahagian yang diuji: Merangkumi topik-topik perbincangan semasa
perjumpaan Sidang Video 1 – Sidang Video 3
o Format ujian dalam bentuk Soalan Berstruktur
o Masa : 1 jam (60 Minit) sahaja
o PB merangkumi 20% dalam keseluruhan markah kursus

KURSUS INTENSIF
[Tarikh: 24 Januari 2019 hingga 15 Februari 2019 ]

TUGASAN II: SOALAN TUTORIAL DALAM PORTAL e-PORTAL PEMBELAJARAN

o Soalan-soalan bentuk esei atau struktur akan dimuatnaikan dalam portal e-


pembelajaran PPPJJ
o Pelajar-pelajar dikehendaki menjawab secara dalam talian sahaja.
o Gred dinilai berdasarkan liputan isi kandungan, analisis idea, organisasi
serta kualiti sumber.
o Tugasan II merangkumi 10% dalam keseluruhan markah kursus.

- 5-
PEPERIKSAAN AKHIR [PA]

o Format Soalan : Soalan Esei


o Bilangan Soalan: Diberi 6 soalan, pilih dan jawab EMPAT soalan sahaja
o Masa : 3 jam (180 minit) sahaja
o Skop: Semua bab dalam sukatan kursus JMS 101
o Tarikh: Sila rujuk hebahan terkini di laman sesawang portal e-pembelajaran
PPPJJ. (Lazimnya diadakan di akhir Mei –akhir Jun)

SUMBANGAN KERJA KURSUS DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Kerja Kurss (PB+tugasan I+tugasan II) 40%


Peperiksaan Akhir (PA) 60%
---------
100%
======
BAHAN-BAHAN RUJUKAN

1. Carr, E. H. 2001. Reprint. What is History? Basingstoke: Palgrave.


[Edisi lama boleh diakses secara talian:
<http://abuss.narod.ru/Biblio/eng/carr.pdf>]

2. Collingwood R.G. 2014 Reprint of 1946 Edition. The Idea of History. Oxford:
Clarendon Press.
[Edisi lama boleh diakses secara talian:
<https://archive.org/details/TheIdeaOfHistory>]

3. Muhd Yusof Ibrahim. 1986. Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan


Mengenai Teori dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[Call number: D16.8.Y951 m] (1)]

4. Jenkins, K. 2004. Re-thinking History: With a new preface and conversation


with the author by Alun Munslow. London: Taylor & Francis Group.
[Edisi e-buku boleh diakses secara talian: <http://bit.ly/2atQzYS>]

5. R.Suntharalingam, 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican


& Sons (M) Sdn. Bhd. [Call number: D16.S958 m]

“SELAMAT MENGIKUTI KURSUS JMS 101”

*******

- 6-

Anda mungkin juga menyukai