Anda di halaman 1dari 7

 

 
 

 
Perancangan Akademik
 
 

JMK 214
KAJIAN TEKS MELAYU
KLASIK TERPILIH
 
 
 
 
 

 
SidangAkademik 2017/2018
 
 

KELAS SIDANG VIDEO


 
SidangVideo Tarikh* Masa*
 

Perjumpaan1

Perjumpaan2

Perjumpaan3
 
 
Perjumpaan4

Perjumpaan5  

Perjumpaan6  
 
 
Perjumpaan7
 
(*Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi/ dikemaskini oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang
Video Sidang Akademik 2017/2018 yang telah diupload dalam portal)

 
1drpd6
JMK214 – KAJIAN TEKS MELAYU KLASIK TERPILIH
 
PENGURUS KURSUS:
Wan Roshazli Binti Wan Razali
(Amsya_gurlz@yahoo.com)
 
 
LIPUTAN&TUJUANKURSUS
 
Kursus ini menyampaikan kepada para pelajar pengetahuan tentang kaedah
pengkajian teks Melayu klasik genre sejarah sejarah dari sudut pendekatan
ilmiah kesusasteraan. Dengan menggunakan kajian intrinsik terhadap teks-teks
yang dipilih kita akan dapati betapa tingginya bakat kepengarangan sejarawan
Melayu silam dalam menukilkan sumber-sumber untuk menghasilkan karya-
karya mereka. Sarjana Barat telah mengutamakan kajian bercorak historis yang
menekankan literary-events atau peristiwa sekitar kelahiran sesebuah teks dan
membandingkannya dengan kebenaran fakta sejarah sedangkan teks-teks
tersebut lebih bercorak kesusasteraan (daripada bahasa Sanskrit “su-sastera”
yang bermakna “bahasa yang indah”), terutamanya dari segi gaya penyapaian
dan bukan sekadar teks yang merakamkan peristiwa-peristiwa semasa
/sezaman yang bernilai sejarah.

 
HASIL PEMBELAJARAN
 
Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya dapat:
A) Pengetahuan yang mendalam tentang teks-teks Melayu klasik terpilih;

B) Memerihal dan membincangkan tentang teks Melayu klasik dalam


konteks sastera agung dunia;

C) Mengenal pasti dan mengapresiasi aspek-aspek budaya dan sejarah


silam di Alam Melayu/ Nusantara.
 
 
KANDUNGAN KURSUS
 

Terdapat dua komponen kerja kursus bagi kursus ini iaitu:peperiksaan


berterusan 20% dan tugasan 20%. Peperiksaan berterusan akan diadakan
semasa kursus Intensif. Anda dinasihatkan membuat persediaan dari sekarang
dengan membaca modul, menghadiri sidang video, mencari bahan-bahan
rujukan tambahan untuk tugasan dan membuat perbincangan sesama rakan
kursus.
 
 
ASAS PENILAIAN
 

Kerja kursus :20%


Peperiksaan Berterusan :20%
Peperiksaan Akhir :60%

 
PERSEDIAAN:
 
 
a) Untuk mendapatkan ilmu bermanfaat dan lulus dengan baik, anda
perlu mendisiplinkan diri, menyediakan masa sewajarnya untuk
membaca modul serta teks/bacaan wajib.

b) Anda perlu mencari buku-buku dan bahan-bahan rujukan tambahan


seawal mungkin untuk memudahkan anda membuat tugasan dan
persediaan untuk peperiksaan akhir.

c) Anda dinasihatkan membuat perbincangan bersama rakan,membuat


ulang kaji dan anda akan dapati kursus ini menarik dan ada
keistimewaannya.

d) Jangan terlalu bergantung kepada nota kuliah yang diberikan kepada


pensyarah.
 
 
 
SIDANG VIDEO (SV), WEBEX & KURSUS INTENSIF
 
Sidang video1-3 akan dijalankan sebelum Kursus Intensif; manakala sidang
video 4-6 akan dijalankan selepas Kursus Intensif. Semasa sidang video,teks-
teks yang akan dibincangkan adalah seperti berikut. Bermula sidang
akademik 2017/2018 kuliah bertatap muka sewaktu Minggu Intensif tidak
lagi dilakukan dan semuanya akan dilakukan secara Sidang Video atau
Webex. Namun begitu anda semua boleh membuat temujanji berjumpa
pengurus kursus sekiranya mempunyai sebarang masalah.
 
Sidang Video atau Webek Sebelum Kursus Intensif
 
1. Sidang video1–Pengenalan terhadap karya-karya sastera klasik sebagai
sebuah karya agung dan kepentingannya dan ciri-ciri
sastera sejarah
 

2. Sidang video2–Sulalatus Salatin


(Serta pengesahan tentang tajuk-tajuk tugasan)
3. Sidang video3– Babad Tanah Jawa

Sidang Video atau Webex Selepas Kursus Intensif


 
4. Sidangvideo4–Hikayat Banjar
 

5. Sidangvideo5–Hikayat Patani
 

6. Sidangvideo6–Ulangkaji keseluruhan
 
Sidang Video atau Webex Semasa Kursus Intensif
 
1. Membincangkan: Merong Mahawangsa
 

2. Membincangkan: Hikayat Raja-raja Pasai


 

3. Membincangkan Skop & Format Peperiksaan Berterusan,Tugasan &


Peperiksaan Akhir.
  
 
 
*TARIKH KURSUS INTENSIF

 
Kursus Intensif akan diadakan pada 22 Januari 2018 sehingga 5 Februari
2018.

 
PERATURAN MENULIS TUGASAN
 
1. Tugasan anda mestilah hasil sendiri, kemas, kreatif, berkualiti dan
mengikut format penulisan akademik yang lazim.

2. Pada kulit hadapan tugasan anda dimuatturun atau dicetak daripada laman
web tugasan. Pastikan anda mengisi semua butir-butir peribadi anda.

3. Tugasan mesti dikarang dalam jumlah 15-20 muka surat tidak termasuk
rujukan dan dilangkau 2 baris (double spacing). Setiap tugasan harus
mempunyai tiga komponen utama iaitu:
I). Pengenalan
ii) Perbincangan, (harus ada contoh-contoh teks)
iii) Penutup
 
4. Sila pastikan setiap hujah ada rujukan dan sumber yang di ambil, dari
mana-mana buku, makalah dan hanya sumber-sumber yang beriwbawa
sahaja yang diterima.
 
5. Tugasan anda perlu ditaip/dicetak ataskertas saiz‘A-4’,ada helaian
‘Kandungan’ (content) di halaman kedua/ selepas Kulit Luar, dan
‘Bibliografi’di hujungnya(sebelumLampiran, jikaada).
 
6. Sila catat daripada mana anda membuat rujukan sama ada
menggunakan (footnotes) atau sistem havard. Catatan rujukan haruslah
diletakkan di bahagian belakang dan mengikut “APA style, Chicago atau
lain-lain tetapi haruslah mengikut style penulisan akademik. Rujukan yang
di ambil terlalu banyak dari internet atau tidak membuatnya sumber akan
dipotong markah dan anda berkemungkinan mendapat gred F sekiranya
tugasan anda tidak menepati standard akademik.
 
7. Sila beri keutamaan dalam menyiapkan tugasan. Markah tugasan adalah
sebahagian daripada markah peperiksaan.
 
8 Tugasan mesti sampai ke Pejabat Am sebelum atau pada 2 Mac 2018.
Kegagalan menghantar tugasan tepat pada waktunya akan mendapat
gred F dan kelewatan menghantar tugasan pada waktu yang ditetapkan
juga tidak akan diterima (kecuali diberikelonggaran secara rasmi oleh
pihak Pentadbiran PPPJJ bagi kes-kes tertentu sahaja).
 
 

E-PORTAL
 
Sila gunakan ruang FORUM untuk bertanyakan sebarang kemusykilan dalam
kursu sini. Gunakan kemudahan yang disediakan sepenuhnya.
 
  
Atau
 
Boleh hubungi Pengurus Kursus melalui email (Amsya_gurlz@yahoo.com).
019-4487657 (Sha) Boleh hubungi saya pada bila-bila masa.
 

TEKS-TEKS WAJIB
 
A.Samad Ahmad (Peny). (1986).Sulalatus-Salatin: KualaLumpur:
DewanBahasa&Pustaka.

Babad Tanah Jawa, (t.p). (1975). Dewan Bahasa dan Pustaka

Ismail Ahmad. (peny). (2004). Hikayat Raja-raja Pasai KualaLumpur: Fajar Bakti.
 
Mohamad Ali Majod. (peny). (1940). Hikayat Patan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Bahasa dan Pustaka.

Siti Hawa Haji Salleh. (peny) (1970). Hikayat Merong Mahawangsa.


Kuala Lumpur: Universiti Malaya 
 
Siti Hawa Haji Salleh. (peny). (1990). Hikayat Banjar. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

 
BAHAN-BAHAN RUJUKAN TAMBAHAN
 
Abu Hassan Sham. (1977). Beberapa Aspek dari Sejarah Melayu (Sulalatus-
Salatin). KualaLumpur: Utusan Publications & Distributors.
 
Ali Ahmad(1987). Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah.KualaLumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
 
Jamilah HajiAhmad (Ed.) 1981).Kumpulan Esei Sastera Melayu Lama.
Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.
 
 
Muhammad Yusoff Hashim (1988). Pensejarahan Melayu Nusantara. Kuala
Lumpur: Teks Publishing,.
 
Muhammad Yusoff Hashim (1990). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.
 
Siti Hawa Salleh (Ed.) (1997). Cendekia:KesusasteraanMelayuTradisional.
KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 
Winstedt.R.O.(1969). A History of Classical Literature. KualaLumpur,
etc.:Oxford University Press; originally published by JMBRAS,1940.
 
Zahrah Ibrahim(Ed). (1986).Sastera Sejarah:Interpretasidan Penilaian.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.
 
Zalila Sharif dan Jamilah Hj. Ahmad (Ed). (1993). KesusasteraanMelayu
Tradisional. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 
 
 
PENUTUP
 
Semoga anda sekalian sentiasa sihat wal`afiat dan bersemangat untuk belajar
dan teru sbelajar.
 
SELAMAT MAJU JAYA!

 
 

Anda mungkin juga menyukai