Anda di halaman 1dari 30

LAMPIRAN A

(GAMBAR)

Gambar 1 : Gambar AJK Masjid Nurul Hidayah Daerah Manjung

Gambar 2 : Gambar Bersama Ahli Kuil Nagarathaar Sri Thendayuthapani

Gambar 3 : Gambar Kawasan Kuil Nagarathaar Sri Thendayuthapani

LAMPIRAN B
(TRANSKRIP TEMUBUAL)

TRANSKRIP TEMU BUAL (RESPONDEN Pertama : Ustaz Mohd Huri bin Alias )

Penemubual: Assalamualaikum

dan

selamat

pagi,

ustaz.

Responden : Waalaikummussalam dan selamat pagi. Penemubual: Terima kasih kami ucapkan kerana ustaz sudi memberikan kerjasama dalam menjayakan temubual ini. Responden: Sama-sama.Saya cuba memberikan yang terbaik.Semoga maklumat yang saya Berikan ini dapat membantu kajian saudara. Penemubual: Baiklah ustaz.Boleh ustaz ceritakan tentang latar belakang dan pengenalan tentang agama Islam. Responden : Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya aqidah, amalan-amalan dan hokum-hukum berhubungan dengan rohani dan jasmani, fardiyyah dan jamaiyyah, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Secara khususnya Islam sebgaimana yang dikemukakan oleh ulama-ulama berdasarkan kepada Al-Quran dan AsSunnah adalah Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah swt serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa. Firman Allah swt: Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala apa yang ada dilangit dan bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan. (Surah Ali Imran ayat 83)

Sesungguhnya tanda bukti penuh ketundukan kepada Allah swt ialah reda menerima agamaNya yang diiringi pula dengan penuh kesedaran. Ini adalah lantaran Islam menurut pengertian ini adalah merupakan agama yang diredai Allah, agama yang diwahyukan kepada Rasul-Rasul a.s. untuk disampaikan kepada manusia.

Islam adalah peraturan (an Nizam), perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Rasulullah saw dripada Allah swt, guna disampaikan kepada manusia serta menyatakan apa yang mengenai orang yang mengikut dan menentang sama ada dosa dan pahala. Firman allah swt: Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam maka dia tidak akan diterima daripadanya dan diakhirat nanti dia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi (Surah Ali Imran ayat 85) Penemubual: Begitu maksudnya, baiklah ustaz berbalik kepada tujuan kajian yang saya sedang jalankan, boleh ustaz terangkan pandangan islam tentang isu-isu yang saya kaji iaitu keamanan, keadilan, kasih sayang, kemanusian dan juga perpaduan. Responden: Saya akan terangkan satu persatu tentang isu yang di tanya. Penemubual: Silakan ustaz.

Responden : Berkaitan isu keamanan, menurut Islam agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. menganjurkan nilai-nilai murni dan luhur.Ia digambarkan melalui keperibadian Rasulullah yang memiliki akhlak yang mulia, bersifat sederhana dan suka melakukan kebaikan sesama makhluk.Ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah ini telah menyumbangkan keamanan dan memberi rahmat kepada alam sejagat seperti yang digambarkan dalam firma Allah S.W.T.yang bermaksud: Tidaklah Aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadirahmat kepada seluruh alam. (al-Anbia : 107) Keamanan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.dibuktikan apabila kita melihat masyarakat Arab Jahiliyyah yang sebelum ini hidup dalam bermusuhan tampil membina tamadun Insaniah yang sungguh mengkagumkan.Kehebatan dan kemasyhuran bangsa Arab ini kemudiannya tersebar di bawah panji Islam ke kawasan-kawasan lain di muka bumi ini.Ketika bumi Eropah masih hidup dalam zaman kegelapan bangsa Arab telah mencipta tamadun yang meliputi pelbagai bidang seperti astronomi, ilmu sains, perubatan, ekonomi dan sebagainya. Islam adalah agama pembawa kesejahteraan.Untuk itu sekali lagi ditegaskan ia tidak boleh dilihat sebagai agama yang mencetuskan keganasan atau memporak-perandakan kehidupan manusia.Rasulullah ketika menyelesaikan masalah masyarakat Islampada zamannya sentiasa menjuruskan kepada keamanan dan kesejahteraan.Demikian juga yang baginda lakukan ketika berhadapan musuh-musuh baginda.

Responden: Tindakan baginda dalam berdakwah umpamanya, baginda tidak mendahulukan menghukum daripada mendidik. Baginda sentiasa mengajar para sahabatnya bahawa mendidik lebih utama daripada menghukum.Jika sahabat mendahulukan herdikan kepada Arab Baduwi yang kencing di dalam masjid maka Rasulullah bertindak sebaliknya.Sikap lemah lembut Rasulullah menggambarkan sikap rahmat yang dibawa oleh Rasulullah.Sikap rahmat ini kita lihat telah menjuruskan kepada wujudnya perasaan kasih sayang kepada para sahabat baginda.Kekecohan dan hingar-bingar bukanlah sifat Rasulullah s.a.w..Maka dengan itu Islam dapat dilihat sebagai agama yang membawa kepada keamanan dalam diri dan kehidupan para sahabat baginda masa itu Penemubual: Sungguh menarik penjelasan yang ustaz berikan. Baiklah dari isu keadilan bagaimana pandangan ustaz menurut perspektif Islam Responden: ALLAH berfirman yang bermaksud: Wahai orang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwa kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah Al-Maidah, ayat 8) Antara misi utama Islam diutuskan kepada seluruh alam untuk menyebarkan mesej keadilan dan kesaksamaan dalam kehidupan manusia sejagat. Mesej ini yang mengiringi perutusan nabi dan rasul kepada kaum masing-masing. Justeru, Islam menganjurkan umatnya melaksanakan keadilan dalam setiap aspek kehidupan mereka. Tambahan pula, perintah itu datang seiringan dengan sifat Allah sendiri yang Maha Adil dan mengharamkan Zat-Nya daripada melakukan kezaliman.

Diriwayatkan dalam hadis yang bermaksud: Wahai hamba-Ku! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan sifat kezaliman dalam ZatKu dan Aku juga mengharamkan sifat itu di kalangan kamu. Oleh itu, jangan kamu zalim menzalimi antara sesama kamu. (Hadis riwayat Muslim)

Adil membawa erti meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukan seperti difahami kebanyakan umat Islam kini bahawa adil itu sama rata atau persamaan hak. Dalam al-Quran, ada banyak ayat suci membicarakan mengenai keadilan supaya dapat dijulang untuk mendasari setiap ruang hidup manusia sejagat.

Perlu diingat, keadilan yang diwar-warkan Islam tidak terhad kepada golongan pemimpin saja tetapi semua lapisan masyarakat Islam terdiri daripada suami isteri, penjual dan pembeli, kadi, sesama Muslim dan antara pemimpin dengan rakyatnya. Ini bertepatan sifat kesyumulan dan kesejagatan yang menghiasi Islam itu sendiri. Oleh itu, setiap warga Muslim yang melafazkan dua kalimah syahadah sewajarnya menjulang tinggi perintah Ilahi ini supaya konsep keadilan dapat direalisasikan dan ditegakkan dalam masyarakat sejagat.

Penemubual: Adakah nilai keadilan ini dititikberatkan di dalam ajaran Islam. Responden: Keadilan dalam Islam sangat penting kerana ia akan menjamin kestabilan demi pembangunan umat Islam. Apabila Islam membawa idea tentang keadilan dalam masyarakat jahiliah, maka mereka yang dulunya berpecah belah dan saling bermusuhan menjadi bersatu padu dan saling berkasih sayang. Rasulullah SAW di dalam pemerintahan baginda tidak pernah menindas mana-mana pihak. Bahkan baginda SAW didekati dan dikasihi oleh semua pengikutnya tanpa mengira bangsa dan agama. Ini kerana dalam memutuskan apa-apa hukuman, baginda SAW tidak sekali-kali terpengaruh oleh keadaan orang yang dihukumi, sama ada daripada kalangan keluarga, sahabat handai ataupun orang lain yang berbeza bangsa dan agama.Ini amat bertepatan dengan perintah Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sifat adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Surah Al-Maidah.

Penemubual: Begitu jelas dan padat apa yang ustaz berikan. Baiklah dalam konteks perpaduan bagaiman pula pandangan agama Islam.

Responden: Sebagaimana kita sedia maklum bahawa Islam adalah agama kesejahteraan di dunia dan di akhirat dan kita dapati Islam telah memberi panduan yang jelas mengenai cara-cara mencapai kesejahteraan itu. Antara punca kesejahteraan itu ialah keharmonian hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Keharmonian hidup ini tentulah sukar dicapai tanpa adanya perasaan kasih sayang dan persaudaraan yang teguh dalam diri setiap individu yang menganggotai sesebuah masyarakat itu. Oleh itu, Islam sentiasa membimbing dan menunjuk jalan kepada umatnya bagi mempastikan wujudnya nilai kasih sayang dan perpaduan itu. Maka antara peringatan-peringatan tersebut ialah mengingatkan manusia seluruhnya menyedari akan asal-usul mereka dari bapa dan ibu yang satu. Allah berfirman yang bermaksud: Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan yang membiakkan dari kedua-duanya zuriat lelaki dan permpuan yang ramai. (Surah an-Nisa : 1) Penemubual: Baiklah ustaz saya sudah faham. Bagaimana pulak dengan isu kemanusiaan dalam konteks Islam.

Responden: Umumnya, nilai murni dari perspektif Islam berfungsi sebagai petunjuk dan memandu manusia ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan melalui pedoman wahyu. Nilai-nilai murni Islam lebih fokus kepada harmonisasi antara doktrin rabbani dan kemanusiaan untuk mencapai kejayaan hakiki dalam dimensi duniawi dan ukhrawi. Nilai murni pada pandangan Islam bersifat alami dan diikat dengan doktrin agama. Individu yang menghayati nilai-nilai itu akan mendapat ganjaran kebaikan. Bagaimanapun, jika berlaku sebaliknya dengan nilai-nilai berkenaan, maka pelakunya akan mendapat dosa. Justeru, melihat kepentingan itu, manusia diingatkan supaya memperkaya dan melengkapkan diri dari aspek zahir dan batin dengan nilainilai yang positif.

Ini kerana, apabila keperluan rohaniah manusia dari aspek jasad dan roh tidak disantapkan dengan nilai luhur, ia boleh menyebabkan berlakunya kecacatan. Secara tidak langsung ia boleh merosakkan fungsi asal manusia untuk menjadi insan berkualiti. Meskipun pada zahirnya kelihatan jasad individu itu nampak sihat, dari aspek batiniahnya dijangkiti dengan penyakit yang boleh merosakkan jiwa. Akibatnya, timbullah sifat gelisah, marah, dendam, kecewa dan pelbagai lagi sifat tercela. Kehidupan manusia di atas muka bumi ini bukanlah hanya bertujuan untuk memenuhi survival melangsungkan kehidupannya sebagai makhluk seperti makan, minum, berkeluarga, mengembangkan zuriat, bermasyarakat dan sebagainya. Keperluan yang dinyatakan itu cuma bersifat menyempurnakan masalah asasi yang dihajati oleh manusia.

Objektif yang perlu dicapai oleh manusia daripada perspektif konsep pandangan hidup Muslim lebih tinggi dan murni daripada keperluan berkenaan. Insan yang diciptakan Allah dan mendapat kedudukan istimewa di sisi makhluk lain perlu memelihara status kedudukan ini. Meskipun begitu, kegagalan manusia memenuhi tanggungjawabnya sebagai insan dalam kaca mata Islam akan meruntuhkan pengiktirafan berkenaan sehingga darjat manusia sama saja dengan status haiwan. Dalam konteks agama Islam, ruang lingkup amalannya perlu diharmonikan dengan nilai murni yang perlu dihayati dan dibudayakan oleh setiap individu Muslim agar kejayaan yang ingin dicapai benar-benar menepati falsafahnya. Keperluan kepada nilai itu penting kepada setiap insan dalam merangka kehidupan manusia yang seimbang dari aspek rohani, spiritual dan intelektual. Dalam mengurus institusi manusia amnya, elemen agama, akhlak dan etika perlu diberi keutamaan. Elemen yang dinyatakan ini menjadi asas yang bersifat fundamental dalam proses membangunkan nilai-nilai kemanusiaan positif. Ia perlu diolah secara kreatif dan komprehensif supaya pemahaman nilai-nilai murni yang berteraskan nilai rohaniah Penemubual: Bagaimana pula perpaduan dengan bangsa dan agama yang lain seperti yang terdapat di dalam negara kita, dimana rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Responden: Islam memandang tinggi kepada manusia secara umumnya tanpa mengira muslim atau bukan muslim, hamba atau merdeka. Prinsip ini ditegaskan di dalam al-Quran dalam ayat yang Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan, Surah al-Isra. Ayat ini merupakan satu penegasan yang menjadi asas kemuliaan manusia dalam Islam. Seterusnya Islam menurunkan hukum dan peraturan untuk menjaga hubungan sesama manusia.

Antaranya hubungan antara agama iaitu hubungan antara Islam dan bukan Islam. Umpamanya dalam usaha pendakwah menyebarkan Islam, mereka hendaklah melakukannya secara bijaksana. Mereka tidak boleh menggunakan kata-kata yang menghina penganut agama lain dan konsep ini sesuai untuk suasana berbilang bangsa dan agama di negara kita. Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman: Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, Surah al-Baqarah. kita dapat rumuskan bahawa konsep kemanusiaan dalam Islam adalah luas bukan sahaja tertumpu kepada aspek fizikal, bahkan ia merangkumi diri dan jiwa manusia. Justeru mengumpat, mencemuh atau memaki hamun kepada seseorang adalah diharamkan, sama ada kepada muslim atau pun bukan muslim.Malah konsep kemanusiaan dalam Islam menjangkau hingga selepas kematian manusia. Oleh itu, Islam mengharamkan segala bentuk penyeksaan kepada manusia walau pun setelah kematiannya. Dalam Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: Mematahkan tulang mayat samalah seperti mematahkan tulangnya semasa hidup. Penemubual: Baiklah ustaz, dan untuk isu yang terakhir ialah kasih sayang, bagaimana? pandangan Islam berkaitan kasih sayang. Responden: Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim yang mengamalkannya dalam kehidupan. Setiap insan mahu diri mereka disayangi. Oleh itu wujud sistem kekeluargaan dalam masyarakat yang berteraskan kasih sayang ini untuk kehidupan yang aman damai. Apabila sifat kasih sayang mula luntur ditambah pula sifat dendam dan kebencian, ianya akan menjanjikan kehancuran kepada sesuatu bangsa atau masyarakat. Dalam ajaran Islam terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah memupuk semangat kasih sayang antara sesama Islam.

Pernah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi: Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri. Inilah sebabnya baginda Rasulullah s.a.w menyatupadukan golongan Aus dan Khadraj yang berperang lebih dari seratus tahun, semata-mata melalui perasaan kasih sayang. Malah kehadiran orang Muhajirin disambut dengan hati yang terbuka oleh orang Ansar, dengan penuh rasa simpati dan kasih sayang yang amat mendalam. Sifat pengorbanan juga jelas kelihatan di kalangan para sahabat yang sanggup berkongsi apa jua kesenangan dan kesusahan di kalangan mereka. Inilah faktor utama kewujudan sebuah masyarakat dinamik yang muncul di tengah Kota Madinah, walaupun kota tersebut sebelum ini diselaputi dengan prasangka buruk dan kebencian sesama Arab Madinah. Malah ia juga dapat meningkatkan taraf dan kedudukan masyarakat Arab Madinah yang sebelum ini hanya bekerja sebagai petani dan peladang, kepada suatu kedudukan yang dihormati. Peranan orang Muhajirin yang banyak berkongsi pengalaman dan kemahiran juga telah membawa perubahan yang ketara dalam kehidupan masyarakat Kota Madinah. Jelaslah bahawa Rasulullah s.a.w telah dapat menyusun masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama dengan konsep kasih sayang dan tolerensi yang telah membawa satu kekuatan yang utuh. Kota Madinah pernah diserang oleh musuh, namun dengan semangat kerjasama dan pengorbanan yang tinggi, dapat ditangkis segala serangan tersebut.

Penemubual: Sampai di sini sahaja temubual kita. Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian ustaz meluangkan masa di sesi temubual ini. Responden: Sama-sama. Diharap apa yang telah saya kongsikan ini dapat membantu kajian saudara. Penemubual: Maklumat ini memang membantu kami.Kami mendoakan yang terbaik untuk ustaz dan semua kakitangan di sini. Responden: Amin. Penemubual: Terima kasih sekali lagi ustaz.

Responden:Sama-sama

TRANSKRIP TEMU BUAL (RESPONDEN KE-2 : SAMI Abhivachan A/L Ahladith ) Penemubual: Selamat sejahtera dan selamat pagi, encik. Responden : Selamat sejahtera dan selamat pagi. Penemubual: Terima kasih kami ucapkan kerana encik sudi memberikan kerjasama dalam menjayakan temubual ini. Responden: Sama-sama.Saya cuba memberikan yang terbaik.Semoga maklumat yang saya Berikan ini dapat membantu kajian saudara. Penemubual: Baiklah encik .Boleh encik ceritakan tentang latar belakang dan pengenalan tentang agama Hindu. Responden : Agama Hindu, sebuah Agama yang tertua di dunia. Hindu sebenarnya bukan sebuah agama malah sebuah tradisi yang di kembangkan hampir 10,000 tahun oleh masyarakat India. Perkataan Hindu berasal daripada perkataan Sindhu, Ia itu nama tempat tamadun Kaum India bermula, penduduknya digelar sindhu dan lama kelaman ia berubah menjadi Hindu. Nama dan gelaran yang betul bagi pengikut ajaran ini ialah Vedandi yang bermaksud Manusia yang diberi Veda atau Pengikut Veda.

Penemubual: Begitu pegertian nya, baiklah encik berbalik kepada tujuan kajian yang saya sedang jalankan, boleh encik terangkan pandangan agama Hindu tentang isuisu yang saya kaji iaitu keamanan, keadilan, kasih sayang, kemanusian dan juga perpaduan. Responden : Di dalam agama Hindu keamanan merupakan satu faktor yang penting. Gejala kekerasan , kebiadaban , kekejaman dan segala bentuk tindakan yang melampaui batas kemanusiaan , sebenarnya telah muncul setua sejarah manusia . Perlawanan tanpa kekerasan atau dalam bahasa Mahatma Gandhi disebut sebagai paham pantang kekerasan merupakan kekuatan paling ampuh bagi umat manusia . Paham ini jauh paling hebat daripada senjata pemusnah terhebat yang pernah dicipta oleh akal manusia . Paham inilah yang dikenali dengan ahimsa .

Paham yang sesungguhnya diintrodusir dari ajaran Hindu tersebut digunakan Gandhi untuk melakukan perlawanan atas segala bentuk kekerasan dalam masyarakat secara falsafah konsep Gandhi tentang masyarakat didasarkan atas konsep bahawa manusia tidak boleh menjadi autonomi ketika tidak membina hubungan dengan manusia yang lain . Individualistik menjadi tidak bermakna apabila manusia hanya hadir dalam kesendiriannya tanpa manusia yang lain . Bangunan asas masyarakat yang diidealisasikan oleh Gandhi adalah masyarakat yang tanpa kekerasan . Masyarakat tanpa kekerasan yang hendak diwujudkan Gandhi berintikan ajaran ahimsa sebagai falsafah pantang kekerasan dan satyagraha sebagai bentuk perjuangan tanpa kekerasan yang mendahulukan kebenaran sebagai prinsip utama kehidupan.Bagi Gandhi , kebenaran adalah Tuhan itu sendiri . Dalam konteks hubungan antara manusia bermuara pada satu keyakinan bahawa semua manusia adalah bersaudara . Penemubual: Baiklah untuk isu seterusnya ialah keadilan. Bagaimana pandagan agama Hindu tentang keadilan? Boleh encik terangkan. Responden : Sumber hukum Hindu adalah Veda atau Sruti dan smerti, secara kronologi urutannya demikian, Veda, smerti, sila, acara dan Atma Tsti. Konsep keadilan menurut undang-undang karma phala bahawa hasil perbuatan seseorang atau pahalanya pasti ia dapatkan cepat atau lambat, sesiapa yang berbuat dia pulalah yang mendapat pahala itu. Hakikat ajaran Hindu bahawa dengan dharma dapat mencapai kesejahteraan, kebahagiaan dan kesempurnaan. Peranan agama Hindu dalam penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang yang adil adalah perlu penyiapan payung hukum, agar setiap masalah ditangani tuntas, penyiapan institusi kehakiman agar dapat menangani semua perkara, dengan hakim-hakim dan perangkatnya orang-orang yang tepat sesuai keperluan menurut sastera-sastera agama.

Bila ada perkara yang aturan hukumnya belum ada serahkan pada lembaga sadacara. Dengan berkembangnya masyarakat hukum juga harus berkembang supaya tidak ketinggalan. Penemubual: Bagaimana pula pandangan agama Hindu tentang perpaduan. Boleh encik jelaskan? Responden : Masyarakat Hindu memainkan peranan penting dalam memelihara perpaduan dalam kepelbagaian bangsa dan agama di negara ini hubungan di antara masyarakat berbilang kaum ini seharusnya dibina atas semangat kerjasama dan toleransi yang telah sekian lama terbina. Pada umumnya, agama Hindu menganjurkan konsep berdoa untuk keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan seluruh alam dan manusia (umat manusia) semasa menunaikan ibadat sembayang dan bukan kepada sesuatu kaum, ummah atau sesuatu penganut agama tertentu. doadoa tersebut jelasnya menunjukkan bahawa agama Hindu tidak menganjurkan konsep permusuhan dengan penganut agama lain tetapi meletakkan sebagai kewajipan bagi setiap penganut Hindu untuk berdoa agar kebaikan dan kesejahteraan keseluruhan alam dan umat manusia terjamin , tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama. Penemubual: Baiklah encik. Selain dari perpaduan bagaimana pula pandangan agama Hindu tentang kemanusian? Responden : Didalam agama Hindu nilai kemanusian dititikberatkan bagi menjamin kehidupan yang sempurna. Intipati ajaran Agama Hindu terdiri dari tiga bagian yang disebut Tri Kerangka Agama Hindu. Tri kerangka agama Hindu tersebut terdiri dari Tattwa (Filsafat) , Susila (Etika), dan Upacara (Ritual). Ketiga aspek ini sangat erat hubungannya. Satu sama lainnya saling mengisi.Susila berasal dari bahasa Sansekerta yang artinya tingkah laku yang baik,atau menunjukan kebaikan.

Kata susila mengandung perbuatan baik atau tingkah laku yang baik.Manusia merupakan makhluk sosial yang tidak dapat hidup sendiri, mereka saling membutuhkan satu sama lainnya untuk melangsungkan kehidupan. Dalam hidup bersama diperlukan adanya suatu peraturan peraturan untuk mengatur kehidupan. Peraturan dalam bertingkah laku yang baik dan benar disebut Tata Susila. Tata Susila berarti peraturan tingkah laku yang baik dan mulia yang harus menjadi pedoman hidup manusia. Tujuan tata susila ialah untuk membina hubungan yang selaras atau perhubungan yang rukun antara seseorang (Jiwatman) dengan mahluk yang hidup disekitarnya. Agama merupakan dasar dari tata susila. Jika tata susila dibangun dengan berlandaskan atas dasar agama yang kukuh dan kekal, nescaya tata susila itu akan meresap dan tumbuh didalam diri pribadi seseorang. tata susila Agama Hindu dibangun atas dasar kebenaran yang maha adil, Jika bertentangan dengan hal ini akan timbul ketidakselarasan di dalam mahluk. Dari itu, kebenaran yang mutlak berdasarkan

perikemanusiaan. Penemubual: Bagaimana pula konteks kasih sayang menurut pandangan agama Hindu? Responden : Salah satu doktrin hindu yang sangat penting adalah AHIMSA PARAMO DHARMAH. Atau ahimsa yang melakukan kebajikan yang tertinggi. Ahimsa berarti tidak melakukan kekerasan atau tidak melukai. Walaupun ahimsa secara umum berarti kebajikan dari pendeta budha dan jainisme. Akarnya tumbuh dalam tanah veda dan upanisad yang subur,yang merupakan kitab hindu yang utama. "ENGKAU DIBERIKAN TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN TUBUH YANG

TUHAN

UNTUK

MEMBUNUH

MAHLUK

TUHAN,APAKAH MEREKA MANUSIA,BINATANG ATAU APAPUN." (yajur veda samhita 12.32)

Doktrin

ahimsa

didasarkan

pada

doktrin

agama

hindu

"vasudaiva

kutumbakam" atau semua jenis kehidupan sebagai satu keluarga. Ini berarti bahwa BRAHMAN, Tuhan yang meresap pada semua mahluk, yang menyatu pada semua mahluk hidup,apakah manusia,binatang,atau serangga. Semua perbuatan, pemikiran kata-kata yang menyakiti mahluk hidup adalah sebuah dosa bagi semua mahluk ciptaan, termasuk pendosa itu sendiri. Kitab Hindu(seperti Rg Veda 10.37.11, Atharva Veda 19.48.5 dan 10.191.4, Devikalottara agama dan Sandilya Upanisad) menyatakan bahwa tidak boleh melukai mahluk hidup. Ahimsa mengajarkan bahwa seseorang harus menganggap semua mahluk hidup adalah perlambangan dari Tuhan dan sehingga seseorang itu tidak boleh melukai pikiran,dengan kata-kata,atau perbuatan mahluk lainnya. Penemubual: Sampai di sini sahaja temubual kita. Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian encik meluangkan masa di sesi temubual ini. Responden: Sama-sama. Diharap apa yang telah saya kongsikan ini dapat membantu kajian saudara. Penemubual: Terima kasih sekali lagi encik. Responden: Sama-sama.

LAMPIRAN C
(PETA LOKASI)

Peta Lokasi : Masjid Nurul Hidayah, Manjung.

Peta Lokasi : Kuil Nagarathaar Sri Thendayuthapani

LAMPIRAN D
(BORANG KAJI SELIDIK)

Borang Kaji Selidik Pandangan Mengikut Agama Berkaitan Isu-isu Keamanan, Keadilan, Perpaduan, Kemanusian dan Kasih Sayang

Assalamualaikum/Salam sejahtera, Soal selidik ini dibentuk untuk mendapatkan maklumbalas pandangan tentang isu keamanan Keadilan, perpaduan, kemanusian dan kasih sayang mengikut agama. Diharapkan anda menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu kumpulan penyelidik untuk mengumpul maklumat dan data. Segala maklumbalas yang diberikan akan di RAHSIAKAN. Kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini adalah amat dihargai.

Bagi setiap item, sila tandakan (x) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan. 1. Jantina: 2. Umur: 3. Bangsa: 4. Agama [ ] Lelaki [ ] Perempuan

__________ tahun [ [ ] Melayu ] Islam ] Pelajar [ [ [ ] Cina ] Kristian [ [ ] India ] Hindu [ [ ] Budha ] Swasta

5. Pekerjaan : [

] Penjawat Awam

6. Apakah pandangan anda mengenai isu Keamanan berdasarkan agama yang anda anuti. __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

7. Apakah pandangan anda mengenai isu Keadilan berdasarkan agama yang anda anuti. __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

8. Apakah pandangan anda mengenai isu Perpaduan berdasarkan agama yang anda anuti. __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

9. Apakah pandangan anda mengenai isu Kemanusian berdasarkan agama yang anda anuti. __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

10. Apakah pandangan anda mengenai isu Kasih Sayang berdasarkan agama yang anda anuti. __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

LAMPIRAN E
(SURAT KEBENARAN)

Anda mungkin juga menyukai