Anda di halaman 1dari 1

PAMERAN KERJAYA ATM SEMPENA SAMBUTAN PERARAKAN RAKSASA HARI ATM KE 80 di Dataran Merdeka pada 21 dan 22 Sep 2013.

. Tentera Darat Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD. Mereka yang berjaya akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir untuk Perajurit Muda Lelaki Siri 174/2014 dan Perajurit Muda Wanita Siri 36/2014 dan seterusnya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan yang dijadualkan pada bulan Mac/April 2014. Syarat-syarat Lantikan adalah seperti berikut: KELAYAKAN AKADEMIK
* Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan LULUS dalam Bahasa Inggeris. * Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) TAHAP 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM. * Diploma dalam pelbagai bidang atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM.

DOKUMEN & SIJIL YANG DIPERLUKAN


Pemohon dikehendaki membawa bersama dokumen ASAL dan satu salinan fotostat dokumen-dokumen seperti berikut: * Kad Pengenalan Malaysia (MyKad). * Sijil Daftar Kelahiran. * Sijil SPM/SPMV atau Slip Peperiksaan bagi calon yang menduduki SPM/SPMV pada tahun 2012 sahaja. * Diploma dan Transkrip (CGPA). * Diploma Kejururawatan sila sertakan bersama Sijil Peraturan-Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985 (Pindaan 27) - Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia. * Sijil Berhenti Sekolah. * Fotostat Kad Pengenalan ibu bapa atau Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia. * Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan (bagi yang telah berkahwin). * Sekeping gambar berwarna berukuran pasport yang terkini (tidak dikembalikan). * Sampul Pos Ekspres (Pos Malaysia berharga RM3.00) saiz sampul 220mm x 110mm beralamat sendiri. * Sila bawa bersama ball pen hitam/biru.

PUSAT PEMILIHAN

Sila Hadir Dengan Berpakaian Kemas di Pusat Pemilihan Yang Tercatat di Bawah: PAMERAN KERJAYA ATM SEMPENA SAMBUTAN PERARAKAN RAKSASA HARI ATM KE 80 Tarikh : 21 & 22 September 2013

Hari Pertama: 10 Pagi hingga 10 Malam Hari Kedua : 10 Pagi hingga 6 Petang Tempat : Dataran Merdeka KUALA LUMPUR

LAIN-LAIN KELAYAKAN
* Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah. * Kesihatan: Diperakui sihat dan tidak cacat anggota, tidak mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kronik, masalah pernafasan, masalah jantung, masalah mental serta kecederaan teruk seperti patah anggota tubuh badan sebagainya. Tidak cacat pendengaran dan penglihatan serta tidak rabun warna. * Taraf Perkahwinan. Bujang dan tidak pernah berkahwin (wanita sahaja). * Kes Polis/Mahkamah. Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/juvana/dadah. * Syarat minima ukuran fizikal: Ukuran Tinggi Berat * BMI Ukuran Dada Biasa Ukuran Dada Kembang *BMI =
L W

KEMUDAHAN & KEISTIMEWAAN


* Pakaian Seragam Percuma. * Penginapan dan Sajian Percuma. * Rawatan Perubatan dan Pergigian Percuma. * Perkhidmatan Dobi dan Jahitan Percuma. * Kemudahan Pinjaman Perumahan Kerajaan, Kenderaan, Pendidikan dan Komputer. * Kemudahan Rumah Keluarga. * Elaun Sara Hidup. * Elaun Khidmat. * Cuti Tahunan. * Insuran Kelompok ATM. * Lembaga Tabung Angkatan Tentera. * PERNAMA. * Waren Perjalanan Cuti Tahun Bersama Keluarga. * Bayaran Elaun Malaysia Timur bagi yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak. * Bayaran Insentif Semenanjung. * Peluang Melanjutkan Pelajaran Tajaan ATM.

1.62m 47.5kg 18-25 76sm 81sm

1.57m 44.5kg 18-25 -

GAJI DAN ELAUN


Skim gaji yang sedia ada mengikut pangkat dan selaras dengan Skim yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan.

Berat Tinggi x Tinggi

Anda mungkin juga menyukai