Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: 2021

Program: PPISMP Nama Pelajar:

Kod: GWP1092 Semester / Tahun: SEM. 2/ TAHUN 1 (2021)


Ambilan: Jun 2020
Kumpulan:
Nama Kursus: WACANA PENULISAN BM(SK)/ BM(SJKC)/ PI1/ PI2/ SEJ(SK)/ SEJ (SJKC)/
TSL(SK)1/ TSL(SK)2/ TSL (SJKC)
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. PENULISAN ESEI I 1 FEB. 2021 18 FEB. 2021
(Isnin) (Khamis)
2. PENULISAN ESEI II 19 FEB. 2021 17 MAC 2021
(Jumaat) (Rabu)
3. PEMBENTANGAN (KUMPULAN) 18 MAC 2021 23 MAC 2021
(Khamis) (Selasa)

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan idea dalam penulisan berdasarkan konsep wacana secara lisan dan bertulis
(C2, LO1, LO3, CTPS1)

2. Mengaplikasikan pengetahuan tentang keutuhan wacana dalam penulisan akademik


menggunakan pelbagai sumber (C3, LO3, LO6, CTPS2, LU)

3. Menganalisis jenis-jenis wacana dan gaya penulisan secara berkumpulan (C4, LO3, LO5,
CTPS3, CS1, TS1)

4. Menilai hasil penulisan kritikal, ulasan rencana atau teks dan resensi buku (C5, LO3,
CTPS3)

5. Menghasilkan penulisan akademik atau bukan akademik secara kritis dengan


menggunakan laras bahasa formal mengikut format yang betul (C6, LO3, CTPS4)

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 3, 4 dan 5.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat:

1. Menilai hasil secara kritis artikel/ petikan berkaitan dengan cabaran profesionalisme
keguruan yang terdapat dalam jurnal dengan jumlah lebih kurang 1000 patah perkataan
secara individu.

2. Menyediakan sebuah esei secara individu tentang isu-isu pendidikan semasa di


Malaysia yang berkaitan dengan bahasa Melayu/ Inggeris/ Arab/ Sejarah
menggunakan laras bahasa formal mengikut format yang betul.

3. Membuat pembentangan tentang analisis wacana dan gaya penulisan secara


berkumpulan.

1
Tugasan I : (Individu) Penulisan Esei I (30%)

Artikel yang mengikut standard penulisan ilmiah tertentu akan dapat memberi pengetahuan
kepada pembaca berdasarkan pemikiran penulis. Selain itu, artikel ilmiah membolehkan
pembaca membuat resensi berdasarkan pemikiran penulis daripada artikel yang dihasilkan.

Secara individu, anda dikehendaki menilai secara kritis tentang cabaran profesionalisme
keguruan di Malaysia dengan memberi fokus pada isu-isu pendidikan semasa di Malaysia
daripada artikel (dalam jumlah perkataan 500-1000) yang dipilih. Resensi anda dalam bentuk
esei hendaklah berdasarkan perkara-perkara berikut:
• penggunaan bahasa
• pernyataan objektif
• penulisan ayat yang jelas
• perkembangan idea
• langkah-langkah dalam penulisan

Ulasan/resensi anda juga perlu mengambil kira keutuhan wacana dan ditulis dengan
menggunakan laras bahasa formal yang berasaskan kepada format American Psychological
Association (APA).

Panjang tugasan esei adalah 1000 patah perkataan.


Anda juga dikehendaki mempamerkan kesungguhan dan komitmen dalam menyiapkan ulasan/ resensi
anda.

Tugasan II : (Individu) Penulisan Esei II (30%)

Pendidikan Abad ke-21 memerlukan para ilmuan berupaya menyalurkan ilmu dan idea melalui
wadah penulisan yang berkualiti serta memenuhi standard piawaian antarabangsa.

Secara individu, anda diminta menyediakan sebuah esei sepanjang 1000 patah perkataan
berhubung dengan isu-isu pendidikan semasa di Malaysia yang berkaitan dengan bahasa
Melayu/ Inggeris/ Arab/ Sejarah.

Perbincangan isi penulisan akademik ini perlu memaparkan konsep keutuhan wacana yang
merangkumi hubungan semantik, leksikal dan gramatikal.

Penulisan akademik yang dihasilkan perlu ditulis dengan menggunakan laras bahasa formal yang
berasaskan kepada format American Psychological Association (APA).
Anda juga dikehendaki mempamerkan kesungguhan dan komitmen dalam menyiapkan esei anda.

Tugasan III : Pembentangan Kumpulan (10%)

Berdasarkan konsep analisis wacana, pilih satu contoh teks penulisan akademik atau bukan
akademik (sebaik-baiknya artikel yang digunakan untuk Tugasan I (dalam jumlah perkataan 500-
1000) sebagai bahan untuk dibuat analisis wacana dan gaya penulisan. Hasil analisis wacana ini
hendaklah dibentangkan secara berkumpulan (2 atau 3 orang pelajar) dalam tempoh masa 30
minit.

Setiap kumpulan dikehendaki merancang dan menyediakan bahan pembentangan dalam


bentuk “Power Point” dan bahan sokongan yang sesuai bagi membantu dalam proses
pembentangan.

Penilaian difokuskan kepada aspek kualiti pembentangan dan perbincangan, organisasi


maklumat yang memperlihatkan keutuhan wacana dan kemahiran bekerja secara berpasukan
serta sahsiah insan guru.

2
Arahan Panduan Pelaksanaan Tugasan
1. Tugasan I merupakan tugasan individu. Anda diminta menulis sebuah esei. Pemberatan
soalan ini ialah 30%.

2. Tugasan II merupakan tugasan individu. Anda diminta menulis sebuah esei. Pemberatan
markah ialah 30%.
3. Tugasan III merupakan tugasan pembentangan kumpulan. Kumpulan anda dikehendaki
membuat analisis jenis-jenis wacana dan gaya penulisan berdasarkan satu teks yang dipilih
(sebaik-baiknya artikel yang digunakan untuk Tugasan I (dalam jumlah perkataan 500-
1000) untuk dibentangkan. Pemberatan markah bagi tugasan kumpulan ini ialah 10%.

4. Peraturan dan Syarat Penyediaan Tugasan I dan Tugasan II.


4.1 Format bagi Tugasan I dan Tugasan II adalah seperti berikut:
i. Muka depan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:
• Nama Pelajar
• Angka Giliran
• Nombor Kad Pengenalan
• Kumpulan/Unit
• Kod & Nama Kursus
• Nama Pensyarah
• Tarikh Hantar
Saiz font: 12, jenis font: Arial
Langkau (spacing): 1.5 baris
Sistem Rujukan APA sahaja. Senarai rujukan tidak termasuk dalam jumlah
pengiraan perkataan.
v. Esei TIDAK termasuk kulit luar, senarai isi kandungan, rajah, jadual dan lampiran.
vi. Lampiran (sekiranya ada) disusun selepas senarai rujukan.
vii. Bahasa: Bahasa Melayu sahaja
4.2 Panjang Tugasan
i. Tugasan I: 1000 patah perkataan
ii. Tugasan II: 1000 patah perkataan
4.3 Jumlah bahan rujukan: Minimum 5 buah buku, 5 buah jurnal dan 3 bahan internet
4.4 Amalan plagiat TIDAK dibenarkan.

4.5 Anda TIDAK dibenarkan mengambil rujukan daripada:


i. wikipedia
ii. mana-mana lawan web yang tidak dihasilkan oleh penulis asal

3
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan
sokongan ilmiah.

3. Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheren.

4. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah serta


pengaplikasian elemen KBAT.

5. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi
kehendak tugasan.

6. Rujukan internet tidak boleh melebihi 30% daripada keseluruhan bahan rujukan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

anna: Chuah Kim Hwa)


(Nama:y Yong Choo)

Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)


GWP1092

Disahkan oleh:

(Nama: Habibu Binti Morsili)


Ketua Jabatan Pengajian Melayu

Anda mungkin juga menyukai