Anda di halaman 1dari 6

PJMS 3023

Undang-undang dan
peraturan lari pecut
Disediakan oleh: Lim Chiu Yi, Magdline Liang
Memulakan larian tanpa blok permulaan
1. Persediaan
○ Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan ‘ke garisan’ diberi.
2. Ke garisan
○ Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa
menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.
○ Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
○ Condongkan badan ke hadapan.
○ Kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan.
3. Sedia
○ Condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan.
○ Bengkokkan lutut kaki hadapan dan kaki belakang tolak ke tanah.
○ Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel.
4. Mula
○ Pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.
Memulakan larian dengan blok permulaan

● Gaya peluru blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan. blok hadapan diletakkan dua
tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan
● Gaya sederhana letakkan blok pertama dua tapak dari garisan permulaan blok belakang dua tapak
dari bahagian hadapan blok hadapan
● Gaya panjang blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan blok belakang tiga tapak
dari bahagian hadapan blok hadapan Kedudukan tangan, kepala dan leher

1. Kedua belah tangan lurus dan dibuka seluas bidang bahu.


2. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka luas dengan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain, diletak di
belakang garis permulaan.
3. Kepala dan leher didongak, mata pandang ke hadapan
Fasa penamat
1. Faktor yang paling penting untuk menamatkan larian ialah untuk berlari 10 m lebih dari jarak larian
sebenar. Contoh :- Larian untuk larian 100m, pelari haruslah berlari untuk 110 m.
2. Atlit akan terus memecut serta mengekalkan kelajuan melintasi garisan penamat.
3. Tonjolkan bahagian torso (badan-dada) ke hadapan
4. Bahu diangkat dan tangan ditarik ke belakang
5. Menamatkan Perlumbaan Lari Pecut Semasa menuju ke garisan penamat, seseorang pelari tidak
digalakkan melompat ke garisan tersebut, sebaliknya dia hendaklah terus berlari tanpa mengurangkan
kepantasannya. Amalan ini hendaklah ditegaskan oleh guru supaya murid faham dengan maksud “lari
terus melintasi garisan penamat‟.
Biasanya dalam perlumbaan lari pecut, apabila tiba di garisan penamat, pelari akan:

● meletakkkan tangannya ke belakang dan badannya digerakkan ke hadapan


● memusingkan sebelah bahunya ke hadapan pada saat-saat akhir
● menundukkan kepalanya

Tanpa mengira gaya apa yang digunakan ketika sampai di garisan penamat, kedudukan pelari-pelari akan
ditentukan mengikut susunan bahagian tubuh mereka iaitu bahagian torso yang jelas mencecah alur menegak
terdekat garisan penamat.
Undang-undang dan peraturan lari pecut
● Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak
dibenarkan menyentuh garisan permulaan atau kawasan
di depan garisan ini dengan tangan atau kaki.
● Apabila memulakan larian dengan cara gaya dekam,
kedua-dua tangan hendaklah menyentuh tanah.
● Pelumba yang memulakan larian sebelum tembakan
pistol pelepas oleh pegawai pelepas dikira batal.
● Jika pelari melakukan kesalahan kali pertama, dia akan
dibatalkan terus.
● Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri dari awal
hingga akhir.
● Peserta yang terlebih dahulu mencecah torsonya pada
garisan penamat dikira pemenang.
Video Undang-undang
olahraga (balapan)

https://www.youtube.com/
watch?v=OwQRPqxjIQs&fea
ture=youtu.be

Anda mungkin juga menyukai