Anda di halaman 1dari 21

OLAHRAGA : LARI PECUT

OLEH : EMIR DIN BAHARUDIN M. FADHERUHISHAM DAUD

LARI PECUT : SEJARAH


Lari pecut merupakan acara terawal dalam sejarah olahraga. Olimpik Kuno : larian bermula dengan blok permulaan. Tahun 1884 : wujud gaya dekam. (Australia Kangaroo start) Tahun 1921, Monte Carlo : pertandingan untuk wanita direkod. Rekod awal acara lari pecut : - 100m : 1896, Thomas Burke, 12.0s. 1928, Betty Robinson, 12.2s. - 200m : 1900, Walter Tewksbury, 22.2s. 1948, Fanny Blankers-Koen, 24.4s. - 400m : 1896, Thomas Burke, 54.2s. 1964, Betty Cuthbert, 52.01s.

LARI PECUT
Berikut merupakan kategori bagi lari pecut : - 100 meter - 200 meter - 400 meter Kebiasaannya, ukuran satu pusingan trek ialah 400 meter.

Contoh balapan 200m

LARI PECUT
Contoh balapan 400m

PERALATAN LARIAN

LARI PECUT: PERATURAN


Blok permulaan hendaklah tegar dan diperbuat tanpa spring yang boleh membantu pelari. Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan atau kawasan di depan garisan ini dengan tangan atau kaki. Apabila memulakan larian dengan cara gaya dekam, kedua-dua tangan hendaklah menyentuh tanah. Pelumba yang memulakan larian sebelum tembakan pistol pelepas oleh pegawai pelepas dikira batal. Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan yang batal sekali sahaja. Jika dia melakukan kesalahan kali kedua, dia akan dibatalkan terus. Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri dari awal hingga akhir. Peserta yang terlebih dahulu mencecah torsonya pada pita penamat dikira pemenang.

LARI PECUT: PERATURAN


Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan yang batal sekali sahaja. Jika dia melakukan kesalahan kali kedua, dia akan dibatalkan terus. Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri dari awal hingga akhir. Peserta yang terlebih dahulu mencecah torsonya pada pita penamat dikira pemenang. Pelari yang didapati bersalah kerana menghalang laluan larian peserta lain, akan dibatalkan penyertaan. Jika perlumbaan melibatkan lebih daripada 10 peserta, saringan akan dilakukan.

LARI PECUT: LATIHAN


1. Latihan Mendorong Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan. Berlari mengutip pundi saga atau sebarang objek secara berganti-ganti dalam kumpulan. Larian bayang-bayang secara berpasangan; seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan daripada disentuh. Lari berganti-ganti secara ulang alik: larian 20 meter berkumpulan. Latihan Teknik Memecut Berlari dengan melangkah panjang. Berjalan dengan lutut tinggi; lutut diangkat tinggi. Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti bahagian bawah kaki diluruskan. Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti bahagian bawah kaki diluruskan. Berlari menyepak ke belakang. Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.

2.

LARI PECUT: LATIHAN


3. Latihan Kekuatan Kaki dan Latihan Pecutan Melonjak untuk jarak. Melangkah panjang atau bounding. Melonjak dan melangkah melepasi halangan yang ditetapkan. Berpasangan; berlari dengan halangan oleh tarikan rakan. Berlari dengan menarik beban di belakang.

LARI PECUT: FASA LARIAN

Fasa Permulaan

Fasa Pecutan

Fasa Penamat

LARI PECUT: FASA LARIAN


Memulakan Larian dengan Blok Permulaan
Gaya dekam melibatkan 3 gaya iaitu : 1. Gaya peluru - blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan. 2. Gaya sederhana - gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. 3. Gaya panjang - blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

LARI PECUT: Fasa larian


Fasa Permulaan.

LARI PECUT: Fasa larian


1. Kedudukan tangan tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa satu sama lain, diletak di belakang garis mula. Kedudukan kepala dan leher kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan. Pergerakan tangan dan kaki - selepas ' bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. - tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan. - Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah.

2.

3.

LARI PECUT: Fasa larian


4. Teknik Larian di selekoh - Pada bahagian selekoh, semakin laju atlet berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'. - Seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam untuk memastikan larian selekoh berkesan ataupun mengimbangkan kuasa 'centrifugal'. - tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.

LARI PECUT: Fasa larian


Fasa Larian

LARI PECUT: PERATURAN


Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya. Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan.

LARI PECUT: Fasa larian


Fasa Penamat.

LARI PECUT: PRINSIP LATIHAN


Memanaskan Badan

Masa Latihan

Ansur Maju

Kekerapan

Intensiti

Spesifik

LARI PECUT: ASPEK KESELAMATAN


Bernafas seperti biasa Tidak digalakkan berlatih bersendirian Panaskan badan dengan sempurna sebelum menjalankan latihan Pastikan berat bebanan yang hendak diambil selaras dengan keupayaan diri Pastikan semua alatan dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan. Jangan jadikan latihan bebanan sebagai pertandingan untuk menunjukkan kekuatan.

RUJUKAN
www.olympic.org/ http://trackandfield.about.com/ http://laripecut.blogspot.com/ http://5starpjkdpli.blogspot.com/

http://en.wikipedia.org

Sekian, terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai