Anda di halaman 1dari 4

TEKNIK LARI PECUT

A Fasa Permulaan
Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan larian iaitu gaya berdiri dan
gaya dekam. Kebiasaanya atlit menggunakan larian gaya berdiri bagi acara pecut.
1.

GAYA BERDIRI

i.

Persediaan

peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan


'ke garisan' diberi.
ii.

Ke garisan

Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat


kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kirakira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.

bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.

condongkan badan ke hadapan.

kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan bertentangan dengan


kaki hadapan.
iii.

Sedia

condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan.

bengkokkan lutut kaki hadapan dan kaki belakang tolak ke tanah.

badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun
tiupan wisel.
iv.

Mula

pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan menolak


kuat kaki hadapan.

2. GAYA DEKAM

i. Gaya peluru

blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua
tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok
hadapan.
ii. Gaya sederhana

gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang
dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

iii. Gaya panjang

blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak
dari bahagian hadapan blok hadapan.
B. Fasa Pecutan
-

selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok
permulaan.

Kedudukan tangan: - tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu
individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah
rapat di antara satu sama lain, diletak di belakang garis mula.

Kedudukan kepala dan leher: - kepala dan leher didongak sebagai sebahagian
dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan.

Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong
ke hadapan.

Pergerakan tangan dan kaki- selepas ' bang' atau tembakan pistol, pergerakan
ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. Tangan
yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.

Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter,


kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga
turut bertambah dalam fasa ini.
C. Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan

Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Pecutan berlaku
pada awal larian. 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18
meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar
pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.
D. Teknik Larian di selekoh
Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat
'centrifugal'. Seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah
untuk memastikan larian selekoh berkesan ataupun mengimbangkan
'centrifugal'. Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan
menyilang badan mengarah ke dalam.

kuasa
dalam
kuasa
kanan

E. Teknik Penamat
Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk
berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya. Mustahak bagi seorang atlit untuk
terus pecut sehingga melewati garis penamat.

Anda mungkin juga menyukai