Anda di halaman 1dari 10

1.

0 TAJUK

Pelaksanaan Force Platform Test bagi menguji kekuatan otot dan kuasa kaki.

2.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh : 02 April 2017 (Ahad)
Masa : 12:00pm hingga 2:00pm
Tempat : Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.

3.0 PROFIL PESERTA


3.1 Tan Kian Hua

NAMA TAN KIAN HUA


UMUR 21
UNIT PENDIDIKAN JASMANI (SJKC)
PROGRAM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

AMBILAN JUN 2015


TINGGI 168cm
BERAT 80kg KADAR NADI REHAT 59 denyutan seminit
BMI 28.34 TEKANAN DARAH 119 / 79 mmHg
Jadual 1: Profil peserta

3.2 Zainulariffin bin Hamanan

1
NAMA ZAINULARIFFIN BIN HAMANAN
UMUR 21
UNIT PENDIDIKAN JASMANI (SK)
PROGRAM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

AMBILAN JUN 2015


TINGGI 166cm
BERAT 62kg KADAR NADI REHAT 55 denyutan seminit
BMI 22.50 TEKANAN DARAH 117 / 79 mmHg
Jadual 2: Profil peserta

4.0 JENIS UJIAN

Force Platform Test

Force Platform Test merupakan suatu plat logam yang bersegi empat tepat dengan
adanya piezoelektrik transduser (sensor tekanan) pada setiap sudut yang memberi
output elektrik (Bonde, 2005). Force Platform digunakan untuk menentukan
kekuatan otot kaki dan daya ledakan kaki dalam masa yang singkat dengan
mengukur ketinggian lompatan secara menegak yang dilakukan oleh peserta. Ujian
ini sering digunakan oleh atlet profesional, terutamanya untuk mengetahui
perkembangan seorang atlet selama fasa latihannya. Menurut Linthorne (2001),
ketinggian lompatan secara menegak dapat dikira dengan menggunakan tiga cara,
iaitu from the flight time of the jump, by applying the impulsemomentum theorem to
the forcetime curve dan by applying the workenergy theorem to the force-
displacement curve (Bompa, 2000).

5.0 FOKUS KOMPONEN KECERGASAN

Menurut Corbin dan Lindsey (2008), kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada
dua komponen, iaitu kecergasan berlandaskan kesihatan dan kecergasan

2
berlandaskan perlakuan motor. Terdapat dua komponen kecergasan fizikal diberi
perhatian dalam Force Platform Test, iaitu kekuatan otot dan kuasa. Kekuatan otot
didefinisikan sebagai daya maksimum yang dihasilkan oleh suatu otot atau
kumpulan otot yang khusus dalam satu pergerakan. Menurut Bompa (2000), beliau
mengatakan bahawa kekuatan otot sebagai keupayaan otot mengatasi rintangan
bagi menghasilkan daya atau kerja. Beliau juga berpendapat bahawa atlet yang
mempunyai kekuatan otot yang baik akan dapat mengatasi keletihan latihan
persekolahan dan gaya hidup dengan lebih mudah.

Di samping itu, kuasa dapat adalah keupayaan individu melakukan pergerakan


pantas yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi.
Dengan kata lain, kuasa merupakan hasil kuncupan otot yang kuat dalam jangka
masa yang singkat dan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kuncupan
otot (Stromme, 2007). Sebagai contohnya, peserta memerlukan kuasa kaki untuk
menghasilkan lompatan yang paling tinggi dalam aktiviti melompat sarjan.

6.0 TUJUAN UJIAN

Force Platform Test bertujuan menguji kekuatan otot dan kuasa eksplosif kaki
dengan cara membuat Counter Movement Jump (CMJ).

7.0 OBJEKTIF UJIAN

Dapat menguji kekuatan otot dan kuasa eksplosif kaki perserta dalam sesuatu sukan
atau permainan tertentu.

8.0 KAEDAH UJIAN


Force Platform Test telah dijalankan terhadap dua orang peserta iaitu Kian Hua dan
Zainulariffin. Salah seorang peserta akan memulakan ujian ini terlebih dahulu.
Peserta diberi dua kali percubaan untuk membuat Counter Movement Jump (CMJ)
di atas Force Plate. Peserta diberi satu minit untuk berehat selepas percubaan
pertama dijalankan. Selepas menjalani kedua-dua kali percubaan, peserta kedua
akan mengambil giliran untuk menjalankan ujian.
9.0 PROSEDUR UJIAN- Force Platform Test

3
Membuka elektrik dan memasang alatan Force Plate.
Membahagikan murid kepada dua kumpulan.
Mendapatkan nama atlet dan mengumpulkan maklumat murid.
Ahli kumpulan sebagai penolong untuk memasukkan maklumat peribadi atlet.
Sebelum bermula, memastikan atlet itu berdiri di tengah Force Plate.
Memberi arahan berdiri tegak dan kaki membuka seluas bahu kepada atlet
tersebut.
Memastikan bacaan dalam Force Plate itu adalah Zero.
Apabila atlet itu sudah bersedia di atas force plate, penolong perlu click mula
pada computer itu.
Semasa melompat, kaki mesti diangkat setinggi-tingginya dan lutut perlu
menyentuh dada.
Selepas siap melompat, penguji perlu menekan butang Stop.
Analisis lompatan tersebut akan rekod secara automatik.

10.0 FOKUS ASPEK FIOSIOLOGI SENAM

Halaju Penguncupan Otot Rangka

Halaju penguncupan otot rangka bergantung kepada dua jenis komposisi otot, iaitu
komposisi otot fiber sentak cepat (fast-twitch fibers) dan komposisi otot fiber sentak
lambat (slow-twitch fibers). Perbezaan antara kedua-dua komposisi ini mempengaruhi
kelajuan kadar penguncupan dan laluan utama bagi pembentukan adenosine
triphosphate (ATP).

4
Force Platform Test yang telah dijalankan untuk menguji kekuatan otot dan kuasa
eksplosif kaki telah melibatkan otot fiber sentak cepat seperti otot gastrocnemius di
bahagian kaki. Jenis otot ini juga dikenali sebagai otot fiber putih (white-fibre muscles).
Kadar penguncupan otot ini adalah pantas dan digunakan secara dominan dalam aktiviti
fizikal yang bersifat anaerobik, seperti sukan-sukan berbentuk eskplosif. Contoh
pergerakan yang memerlukan kuasa ekplosif ialah larian pecut, fasa lonjakan dalam
lompat jauh, jump smash dalam badminton dan sebagainya. Kaedah pembentukan ATP
berlaku secara anaerobik. Ciri ini menjadikan otot fiber sentak cepat mudah mengalami
kelesuan semasa melakukan aktiviti (Kibele, 2008).

11.0 ANALISA DATA

Force Platform Test - Counter Movement Jump (CMJ)


PESERTA PERCUBAAN 1 PERCUBAAN 2 PURATA (cm)
(cm) (cm)
TAN KIAN HUA 58.9 45.9 52.4

ZAINULARIFFIN 87.6 85.2 86.4


BIN HAMANAN
Jadual 3: Keputusan Force Platform Test antara peserta

Perbandingan Ketinggian CMJ (cm) antara Dua Peserta

87.6 86.4
85.2

58.9
Tan Kian Hua
52.4
Zainulariffin
45.9

Rajah 1: Perbandingan ketinggian CMJ (cm) antara dua peserta

5
Jadual 3 dan Rajah 1 di atas telah menunjukkan keputusan daripada Force
Platform Test antara peserta Kian Hua dan peserta Zainulariffin. Dalam percubaan
pertama, kita dapat mendapati bahawa peserta Kian Hua telah membuat CMJ dengan
ketinggian sebanyak 58.9cm. Manakala peserta Zainulariffin telah mencapai ketinggian
yang lebih tinggi daripada peserta Kian Hua iaitu setinggi 87.6cm. Perbezaan ketinggian
daripada CMJ antara mereka adalah sebanyak 28.7cm.

Dalam percubaan kedua pula, peserta Kian Hua telah membuat CMJ dan
mencapai ketinggian sebanyak 45.9cm. Manakala peserta Zainulariffin telah mencapai
ketinggian yang lebih tinggi jika berbanding dengan peserta Kian Hua iaitu setinggi
85.2cm. Perbezaan ketinggian daripada CMJ antara mereka adalah sebanyak 39.3cm.
Namun begitu, kedua-dua orang peserta telah menunjukkan penurunan ketinggian CMJ
dalam percubaan kedua.

Purata bagi ketinggian CMJ yang dicapai oleh peserta Kian Hua adalah
sebanyak 52.4cm manakala peserta Zainulariffin mempunyai purata ketinggian yang
lebih tinggi iaitu sebanyak 86.4cm.

12.0 PERBINCANGAN DAPATAN AMALI

Berdasarkan hasil dapatan daripada Force Platform Test ini, kita dapat mengetahui
bahawa lompatan ketinggian bagi peserta Zainulariffin adalah lebih tinggi daripada
peserta Kian Hua. Hal ini bermaksud peserta Zainulariffin dapat membuat lonjakan yang
lebih tinggi jika berbanding dengan peserta Kian Hua.

Perkara ini membuktikan bahawa peserta Zainulariffin mempunyai kuasa eksplosif yang
lebih tinggi di bahagian otot kaki seperti gastrocnemius jika berbanding dengan peserta
Kian Hua. Otot gastrocnemius merupakan otot utama yang menyumbang kepada setiap
lonjakan yang dibuat. Semakin tinggi kuasa eksplosif pada otot tersebut, semakin tinggi
lonjakan yang boleh dihasilkan (Griffiths, 2006).

Kuasa otot yang tinggi bermaksud kekuatan kontraksi yang berlaku pada interaksi
antara aktin dan miosin untuk membentuk komplek aktin-miosin juga tinggi. Kontraksi
dalam interaksi antara aktin dan miosin dapat dijalankan berulang kali pada suatu
serabut otot dalam masa yang singkat. Hal ini bermaksud bagi atlet yang mempunyai

6
kuasa otot yang tinggi, sentakan otot tersebut adalah pantas dan hanya memerlukan
masa yang singkat untuk menghasilkan sesuatu pergerakan.

13.0 REFLEKSI

Pada 01 April hingga 03 April bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, Unit
Pendidikan Jasmani Semester 4 telah membuat satu satu lawatan ilmiah di Universiti
Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk
menjalankan latihan amali PJMS 3102 Fisiologi Senaman. Secara berkumpulan, 4 orang
daripada kami telah dipilih untuk menjalankan Force Platform Test.

Terdapat beberapa kekuatan yang kami dapat semasa mengikuti Force Platform
Test, Melalui amali ini, kami lebih jelas dan memahami tentang Force Platform Test. Di
sini kami dapat mengetahui cara dan prosedur melaksanakan ujiian ini. Selepas ujian
ini, kami juga mengetahui kepentingannya adalah untuk mengukur tahap kecergasan
fizikal atlet seperti kekuatan otot dan kuasa otot kaki atlet. Force Platform Test ini juga
membantu guru atau jurulatih untuk merancang suatu latihan yang sesuai bagi atlet
tersebut dalam bidang sukan tertentu.

Kekuatan yang seterusnya ialah kami dapat membandingbezakan tahap


kecergasan antara atlet yang dipilih oleh kami. Atlet yang dipilih oleh kami ialah
Zainulariffin dan Tan Kian Hua. Dalam ujian ini, kami mendapati kedua-dua pelajar
melompat dalam ketinggian yang berbeza. Peserta Zainulariffin dapat melompat dengan
lebih tinggi berbanding dengan peserta Tan Kian Hua. Seterusnya, kami juga mendapati
keputusan yang lebih tepat jika menggunakan mesin untuk membuat sesuatu
pengukuran. Malahan, kami juga dapat input dan pengalaman yang baru iaitu kita boleh
mempelajari cara memasang alat force plate dan cara memasukkan maklumat ke dalam
komputer yang disediakan.

Kelemahan kami mejalankan amali ini adalah ketidakcukupan masa untuk


melaksanakan Force Platform Test. Semasa melaksanakan ujian ini, kami hanya
mendapat dua data murid sahaja. Hal ini demikian kerana kakitangan di makmal
tersebut tidak mencukupi. Semasa memasang alatan force plate memerlukan masa
yang panjang. Selain itu, ujian ini dilaksanakan tidak serentak iaitu dijalankan satu demi
satu. Kelemahan yang seterusnya ialah alatan tidak mencukupi. Bilangan force plate

7
yang disediakan hanya satu sahaja. Semasa ujian ini dijalankan, atlet perlu bergilir-gilir
untuk memcuba.

Di samping itu, kumpulan kami tidak membuat persediaan yang cukup dalam
Force Platform Test. Sebelum itu, saya dan rakan lebih menumpukan perhatian kepada
tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan sama seperti subjek major dan elektif. Masa
yang sangat terhad untuk sedia ini menyebabkan kami kekurangan masa untuk mencari
maklumat yang berkaitan. Walau bagaimanapun, kami tetap berusaha untuk
mendapatkan maklumat dan akhirnya berjaya menjalankan ujian ini.

14.0 Kesimpulan

Lonjakan adalah salah satu aktiviti yang paling biasa dalam pendidikan jasmani dan
sukan, dan kerap digunakan sebagai ujian kecergasan fizikal dan sebagai kaedah
penilaian kekuatan otot dan kuasa eksplosif kaki.

Force Platform Test digunakan untuk mengukur ketinggian melompat secara menegak,
kerana ia adalah instrumen yang paling tepat untuk menjalankan ujian melompat. Force
Platform Test boleh mengukur ketinggian melompat dalam cara yang berbeza, dan
untuk mengira dengan tepat output kuasa dari data tenaga (Kibele, 1998 & Linthorne,
2001). Ujian ini mendapat keputusan yang sukar diukur dan kebolehpercayaan terhadap
keputusan adalah tinggi. Hal ini dapat dibuktikan kerana, jika seseorang membuat
melompat berdiri dari force platform, data dari platform sudah memadai untuk mengira
pecutan, kerja, output kuasa, melompat sudut, dan melompat jauh menggunakan fizik
asas

8
RUJUKAN
Bompa, T.O. (2000). Total training for young champions: Increasing training load
appropriately. United States: Human Kinetics.

Bonde, P. F. (2005). A simple force platform. European Journal of Applied Physiology,


34, 155-170.Corbin, C. B. & Lindsey, R. (1998). Concepts of physical
fitness with laboratories. Dubuque: Wm. C. Brown.

Corbin, C. B. & Lindsey, R. (2008). Concepts of physical fitness with laboratories.


Dubuque: Wm. C. Brown.

Griffiths, I. W. (2006). Principles of Biomechanics & Motion Analysis. New York:


McGraw-Hill.

Kibele, J. K. (2008). Physiological study of motion. American Heart Journal, 2, 581-583.

Linthorne, Nicholas P. (2001). Analysis of standing vertical jumps using a force platform.
Journal of Applied Physiology, 95, 1170-1187.

Stromme, S. B. (2007). Assessment of maximal aerobic power in specifically trained


athletes. Journal of Applied Physiology, 42, 883-890.

9
10

Anda mungkin juga menyukai