Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK : 2019

PROGRAM IJAZAH SARJANA Nama Pelajar:


MUDA PERGURUAN (PISMP)

KOD: RBTS3143 Semester/Tahun : Semester 2 Tahun 3


Asas Penyelidikan dalam Ambilan: Jun 2016
Pendidikan Kumpulan: 6 PISMP RBT

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. KERTAS CADANGAN
PENYELIDIKAN 29.1.2019 1.4.2019
PENDIDIKAN

2. PEMBENTANGAN 1.4.2019 5.4.2019


KERTAS CADANGAN
PENYELIDIKAN
PENDIDIKAN

A. Hasil Pembelajaran Kursus


1. Menjelaskan asas dan proses penyelidikan dalam pendidikan. (C2, A3, PLO1)
2. Menganalisis isu-isu dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan.
(C4. A5, PLO3, PLO6, CTPS3, LL2)
3. Memberi justifikasi cadangan kajian secara kritis dan professional melalui
pembentangan. (C5, A2, PLO3, PLO4, CTPS3, CS3)
4. Menghasilkan satu kertas cadangan penyelidikan dalam pendidikan dengan
mengambil kira etika dalam penyelidikan dan merujuk kepada pelbagai sumber
yang relevan. (C6, A5, PLO6, LL2)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 3 dan 4.


B. Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat:

1. Menghasilkan satu kertas cadangan penyelidikan dalam pendidikan dengan


mengambil kira etika dalam penyelidikan dengan merujuk kepada pelbagai
sumber yang relevan.
2. Membentangkan kertas cadangan penyelidikan dengan memberi justifikasi
secara kritis dan professional.

Kursus Asas Penyelidikan dalam Pendidikan membuka minda pelajar dengan


pengetahuan tentang isu-isu pendidikan yang boleh dikaji, prosedur dan metodologi
asas untuk menjalankan penyelidikan dan rangkuman daripada pengetahuan tersebut,
pelajar dapat menyediakan satu kertas cadangan penyelidikan pendidikan. Melalui
kursus ini juga, pelajar diberikan cabaran untuk membentang kertas cadangan
penyelidikan tersebut dan dapat mempertahankan idea mereka secara rasional, sarat
dengan justifikasi bersifat ilmiah dengan bersumberkan rujukan yang relevan hasil
daripada pembacaan yang luas.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

1. Menghasilkan satu kertas cadangan penyelidikan dalam bidang


pendidikan secara individu
2. Membentangkan satu kertas cadangan penyelidikan dalam bidang
pendidikan
Arahan Pelaksanaan Tugasan 1

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.


2. Panjang kertas cadangan penyelidikan pendidikan ialah 2500 patah perkataan
(tidak termasuk senarai rujukan, lampiran dan gambarajah).
3. Pelajar boleh memilih salah satu daripada reka bentuk penyelidkan berikut:
 Penyelidikan Tinjauan
 Penyelidikan Eksperimental/ Kuasi Eksperimental
 Penyelidikan Tindakan
 Penyelidikan Kes
 Penyelidkan Etnografi
4. Sila rujuk Buku Panduan Penyelidikan yang disediakan oleh IPGM (boleh
diakses dalam Laman Web rasmi IPGM) Buku Panduan Penyelidikan tersebut
menggariskan format/kandungan Kertas Cadangan Penyelidikan berdasarkan
reka bentuk penyelidikan.
5. Format penulisan kertas cadangan penyelidikan pendidikan adalah seperti
berikut:
5.1 Bahagian permulaan terdiri daripada lima bahagian kecil yang perlu
disertakan dalam penulisan (Kandungan, Senarai Jadual, Senarai
Singkatan dan Senarai Lampiran). Muka surat bagi setiap halaman
dilabelkan dengan huruf Roman.
5.2 Berikut adalah contoh butiran kertas cadangan penyelidikan untuk reka
bentuk Kajian Kes:

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN
1.2 PERNYATAAN MASALAH
1.3 TUJUAN, OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
1.4 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
1.5 SKOP DAN BATASAN KAJIAN
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
1.7 DEFINISI OPERASIONAL
1.8 RUMUSAN

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN KAJIAN KES


2.2 TEORI-TEORI KAJIAN
2.3 DAPATAN KAJIAN LALU
2.4 FOKUS KAJIAN
BAB 3: METODOLOGI

3.1 REKA BENTUK KAJIAN


3.2 PERSAMPELAN
3.3 INSTRUMEN KAJIAN
3.4 PROSEDUR KAJIAN
3.5 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
3.6 PENGUMPULAN DATA
3.7 PENGANALISISAN DATA

Rujukan

Lampiran

5.3 Fon Arial Saiz huruf 12 dan jarak langkau 1.5 baris.
5.4 Penulisan dan Rujukan mengikut forma APA (American Psychological
Association).
5.5 Penulisan dalam Bahasa Melayu.
5.6 Menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 rujukan daripada pelbagai
sumber merangkum jurnal, buku dan sumber dalam talian yang boleh
dipercayai. Rujukan kajian lepas tidak melebihi 10 tahun.
6. Pentaksiran dan pemberian markah adalah merujuk/tertakluk kepada rubrik yang
telah disediakan (Lampiran 1)
7. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Tindakan akan diambil jika
perkara ini berlaku.
8. Tugasan ini mesti disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
9. Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran 60%.
10. Anda di minta merujuk BUKU PANDUAN PENYELIDIKAN terbitan IPGM (boleh
diakses di laman web rasmi IPGM) yang berkaitan dengan reka bentuk kajian
yang anda pilih.
Arahan Pelaksanaan Tugasan 2

1. Anda perlu membentangkan kertas cadangan penyelidikan pendidikan .


2. Tarikh tentative pembentangan adalah minggu ke 17.
3. Hantar hardcopy dan softcopy bahan pembentangan pada hari pembentangan.
4. Pentaksiran dan pemberian markah adalah merujuk/tertakluk kepada rubrik yang
telah disediakan (Lampiran 2)
5. Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran 10%.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(Dr Faizah Md Ghazali) (Dr Ahamad Shabudin Yahaya)


Pensyarah/Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)

Disahkan oleh:

_____________________________
( Dr Wan Ameran Wan Mat )
Ketua Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional

Anda mungkin juga menyukai