Anda di halaman 1dari 37

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

JABATAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

NAMA PELAJAR, ANGKA SITI AISYAH BINTI AZHAR


GILIRAN & NO. IC 970323-13-5354
2016161340056
KUMPULAN/UNIT REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

KOD & NAMA KURSUS RBTS3163 PROSES DAN KAEDAH REKA BENTUK

NAMA PENSYARAH EN. NORDIN BIN ONAN


EN MUHARAM BIN GAYA
EN ABDUL SUKOR BIN NORDIN
TAJUK TUGASAN TUGASAN 2 : PENULISAN ILMIAH (PROPOSAL)

TARIKH HANTAR 24 MARCH 2020

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah :

1
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 1

2.0 Proses Pencetusan Idea 3

2.1 Carta Alir Proses Kerja

2.2 Penyataan Masalah

2.3 Penyelesaian Masalah

2.4 Proses Pengumpulan Maklumat

2.5 Tema Bingkai Gambar

3.0 Jadual Kerja Penghasilan Projek 7

4.0 Senarai Alatan Dan Bahan 8

4.1 Senaraialatan Yang Digunakan Untuk Menghasilkan Bingkai Gambar

4.2 Senarai Mesin Yang Digunakan Untuk Menghasilkan Bingkai Gambar

4.3 Senarai Bahan Yang Digunakan Untuk Menghasilkan Bingkai Gambar

5.0 Lakaran Reka Bentuk 15

6.0 Lakaran Projek Menggunakan Perisian Autocad 20

7.0 Langkah Penghasilan Projek 25

8.0 Rujukan 32

9.0 Lampiran 33

2
1.0 PENGENALAN

Gambar 1.0 Bengkel Amali Kayu

Amali bengkel kayu ini menekankan kepada kami mengenai pengetahuan dan kemahiran
asas dalam bidang Teknologi Kayu. Kami akan mengenali peralatan tangan yang terdapat di
bengkel, prosedur keselamatan bengkel dan cara dalam penghasilan hasil kerja kayu. 
Selain itu, di bengkel ini juga secara tidak langsung, pelajar juga dipupuk dengan semangat
bekerjasama dan berusaha dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.  Pelajar juga akan
berpeluang mengaplikasikan kreativiti dan kemahiran masing-masing bagi menghasilkan
projek kerja kayu mereka. Kerja kayu yang dilakukan hendaklah menepati ukuran yang
dibuat dan kemas. Projek kayu yang akan dihasilkan adalah bingkai gambar. Bingkai
gambar ini ini mempunyai beberapa fungsi dan kegunaannya. Di dalam membuat bingkai
kayu ini, beberapa teknik-teknik yang diperlukan. Antaranya bagaimana untuk memilih dan
memotong kayu dengan betul. Bukan itu sahaja, saya juga akan mempelajari cara untuk
memtotong kayu di bahagian dalam. Malah, saya juga dapat mempelajari bagaimana
mengunakan alatan tangan dan mesin dengan betul untuk menghasilkan projek kayu yang
berkualiti.

1
Gambar 1.1 Bangunan TVET di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

Oleh itu, sebelum memulakan kerja-kerja pertukangan kayu, semua pelajar hendaklah
memakai pakaian bengkel yang telah dikhususkan dan memakai kasut yang sesuai.
Pakaian yang sesuai akan dilapirkan di bahagian langkah-langkah keselamatan. Mahasiswa
dan mahasiswi ditekankan untuk tidak memakai aksesori tangan terutamanya jam tangan
kerana perkara ini merupakan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pelajar. Ini adalah
bertujuan untuk menjaga keselamatan masing-masing. Di dalam bengkel kayu juga
hendaklah tersedianya kotak pertolongan cemas. Kotak pertolongan cemas adalah
bertujuan untuk mendapatkan rawatan sementara sekiranya terdapat kes yang berat dan
mendapatkan rawatan bagi yang menghadapi kes-kes kecil. Semua pelajar hendaklah
mematuhi kesemua peraturan-praturan yang telah disediakan semasa di dalam bengkel
kayu. Antaranya adalah datang tepat pada masanya dan tidak dibenarkan sama sekali untuk
makan dan minum di dalam bengkel kayu. Para pelajar juga tidak boleh bergurau senda dan
bermain-main semasa melakukan kerja-kerja pertukangan. Ini bagi memastikan semua
pelajar berada didalam situasi yang selamat semasa menjalankan kerja-kerja amali.

2
2.0 PROSES PENCETUSAN IDEA

2.1 CARTA ALIR PROSES KERJA

Mengenalpasti masalah

Membuat lakaran

Menyenaraikan bahan

TIDAK
Menyenaraikan alatan tangan

Pensyarah

menyemak kesesuaian

penghasilan

produk

YA

Mengukur, menanda, memotong kayu

Proses mencantum bahan

3
Membuat kemasan

Menyapu tepung penyumbat pada

kecacatan kayu

Melicinkan permukaan kayu menggunakan

kertas pasir

Memotong papan lapis

Memasang papan lapis sebagai


hiasan bingkai gambar

Menyapu syelek dan lekar pada


projek

Siap

4
2.2 PENYATAAN MASALAH

Bangunan TVET merupakan satu tarikan utama di dalam kawasan IPG Kampus Pendidikan
Teknik. Ini kerana kawasan di TVET sering digunakan untuk majilis-majlis besar yang
dianjurkan oleh pihak kampus secara khususnya. Maka, ia me jadi tumpuan pihak-pihak luar
yang berkunjung ke IPG sewaktu majlis dijalankan. Kawasan TVET yang kurang ceria
menjadi permasalahan dan punca tercetusnya idea penciptaan produk ini. Dinding di
hadapan Blok Tvet memuatkan satu maklumat mengenai Jabatan PTV di IPG Teknik.
Namuan, pada pendapat saya dan ahli kumpulan, adalah lebih baik sekiranya penambahan
nilai estetika bagi maklumat tersebut dilakukan iaitu dengan membuat bingkai gambar.

2.3 PENYELESAIAN MASALAH

Dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut, sumbang saran dilaksanakan dengan ahli
kumpulan yang lain. Bingkai gambar yang dihasilkan mempunyai beberapa kriteria yang
disuaipadankan dengan kegunaan bingkai gambar tersebut. Kami sepakat untuk memilih
tema moden dan ringkas dalam penghasilan bingkai gambar ini.

Gambar 1.2 Tinjauan ke tapak

5
2.4 PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT

Proses pengumpulan maklumat dimulakan dengan beberapa carian di internet.


Dalam pada itu, kami sering merujuk ke Laman Web Ikea bagi melihat beberapa rekaan
yang seiring dengan zaman kini. Hasil tinjauan ini, didapati bahawa trend dan corak
kesukaan rekaan produk adalah lebih kepada hasil yang tampak ringkas, moden dan
berkonsepkan mesra alam. Penambahbaikan dari rekaan produk asal turut menjadi
perhatian kami. Ini adalah bagi memenuhi kehendak dan tema produk yang telah ditetapkan.
Reka bentuk yang sesuai dengan persekitaran ruang kediaman juga menjadi objektif
pemerhatian kami.

Dalam pada itu, kami juga meminta pandangan daripada rakan-rakan tentang
kesesuaian rekaan produk bingkai yang ditemui di laman web. Pelbagai komen dan
cadangan penambahbaikan dituarakan oleh mereka, dan daripada hasil perbincangan ini,
maka tercetuslah idea idea baharu. Rujukan dari pakar juga dilakukan iaitu dengan bertanya
pendapat dan idea daripada pensyarah-pensyarah RBT yang mempunyai pelbagai
pengalaman dalm menghasilkan sesuatu rekaan produk. Ini adala bagi memastikan bahawa
produk ini adalah satu produk yang baik dan mampu dihasilkan dengan kadar yang
berpatutan.

2.5 TEMA BINGKAI GAMBAR

Tema bingkai gambar yang menjadi pilihan adalah moden dan ringkas. Objektif
utama penghasilan bingkai gambar ini adalah sebagai hiasan dinding yang menjadikan
ruang rumah lebih berseri dan menarik berbanding dinding yang polos dan tidak berlebihan
atau terlalu sarat kerana bingkai gambar ini adalah untuk menjadikan paparan maklumat din
hadapan TVET menjadi lebih kemas,

6
3.0 JADUAL KERJA PENGHASILAN PROJEK

Bulan Januari Februari Mac April


Bil Minggu 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
AKTIVITI
1. Penerangan/Taklimat Projek

2. Mengenalpasti Masalah

3. Mendapatkan Maklumat

4. Membuat Lakaran

5. Pemilihan Idea/Projek

6. Menambah Baik Lakaran Idea

7. Membuat Projek Menggunakan Aurocad

8. Pemilihan Bahan

9. Pembinaan Projek

10. Kemasan / Pentaksiran Projek

11. Pendokumentasian

7
4.0 SENARAI ALATAN DAN BAHAN

Dalam melaksanakan projek ini, beberapa peralatan dan bahan yang digunakan bagi
menyiapkan projek ini. peralatan terbahagi kepada dua iaitu peralatan tangan dan mesin.

4.1 ALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN BINGKAI GAMBAR

Dalam melaksanakan projek ini, beberapa peralatan diperlukan seperti rajah dibawah.
Alatan yang digunakan haruslah sesuai dengan bahan yang dipilih untuk memudahkan
proses pembuatan bingkai ini. Antara alatan yang digunakan adalah seperti berikut :

BIL PERALATAN GAMBAR


1 Pembaris Keluli
Pembaris keluli digunakan untuk
mengukur dan menanda jarak, membuat
garisan lurus serta memindahkan
ukuran. Ia diperbuat daripada keluli yang
tidak berkarat dan biasanya berukuran
300 mm (12″) panjang.

2 Pita Pengukur
Pita pengukur digunakan untuk
mengukur jarak yang lebih panjang dari
pembaris keluli. Pita pengukur biasanya
berukuran antara 3 hingga 6 meter.

3 Sesiku L

Sesiku L terdapat dalam berbagai saiz


yang ditentukan oleh panjang bilahnya.
Bilah dan tonggak dibina bersudut 90°.
Ia berfungsi untuk membuat garisan
bersudut tepat (90°), menguji
kepersegiandan menguji kerataan
permukaan kayu.

8
4 Pensil kayu
Pensel kayu digunakan untuk menanda
semasa proses mengukur kayu projek

5 Gerudi Tangan Mudah Alih

Digunakan untuk menebuk lubang pada


besi dan kayu bagi proses
penyambungan skru, bolt dan nut.

6 Tukul Kuku Kambing

Tukul kuku kambing digunakan untuk


mengetuk dan mencabut paku.
Bahagian kuku digunakan untuk
mencabut paku dan bahagian muka
digunakan untuk mengetuk paku.
Saiznya ditentukan oleh berat
kepalanya. Semasa hendak mencabut
paku, kayu alas mestilah digunakan dan
diletakan untuk mengelak daripada
berlakunya kecacatan pada bahan
projek.

7 Tukul Besi Warrinton


Tukul besi warrington berfungsi menukul
paku yang kecil seperti paku panel serta
menekan kayu hiasan dan venir ke
tempatnya semasa diglu dan bahagian
untuk mengetuk paku di bahagian tepi
perabut yang sempit

8 Pahat

Pahat ini boleh digunakan untuk meraut,

9
memahat dan menantal tanggam. Ia
juga boleh digunakan untuk
membersihkan bucu tanggam. Saiz
tanggam ditentukan oleh lebar mata
pemotong. Mata pemotong diperbuat
daripada keluli karbon tinggi.

9 Apit G

Apit G digunakan untuk mengapit kayu


ketika proses mengglukan dua kepingan
kayu dan memegang kayu yang hendak
digerudikan, dipahat, atau digergajikan.
Alat ini juga digunakan bersama-sama
kayu kecil atau reja kayu
untuk melindungi permukaan benda
kerja yang diapit.

10 Gandin kayu
Gandin kayu digunakan untuk memahat
dan memasang atau menanggalkan
tanggam.

11 Kikir

Kikir digunakan untuk meratakan


permukaan kayu projek. Ia juga untuk
membentuk lengkuk pada penjuru kayu.
Saiz kikir ditentukan dengan panjang
kikir dang red mata pemotongnya.

4.2 MESIN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN BINGAI GAMBAR

Mesin kerja kayu adalah peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan produk kayu yang
berguna dan berkualiti tinggi. Pemilihan mesin yang betul dalam menghasilkan sesuatu

10
projek itu adalah penting bagi meningkatkan nilai komersial projek yang dihasilkan. Berikut
merupakan mesin yang digunakan semasa menghasilkan bingkai gambar :

BIL MESIN GAMBAR


1 Mesin potong
Mesin ini digunakan untuk memotong kayu
melawan ira kayu dengan cekap serta
efisien.

2 Mesin belah
Mesin ini digunakan untuk digunakan
untuk membelah papan atau kayu
mengikut iranya dengan cantik, kemas,
serta efisien.

3 Mesin las
Mesin ini fungsinya sama seperti kertas
las, namun ia mampu membuat kerja
dengan lebih cekap dan cepat.

4 Mesin Gergaji Jig

Mesin gergaji jig ialah mesen mudah alih


yang digunakan untuk memotong lurus
dan lengkuk pada papan lapis. Mata

11
pemotong gergaji jig perlu digantikan
menngikut ketebalan papan yang hendak
dipotong. Mata gergaji kasar sesuai untuk
memotong papan yang lebih tebal dan
mata gergaji halus digunakan untuk
memotong papan yang lebih nipis.

4.3 BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN BINGAI GAMBAR

Pemilihan bahan yang dipilih adalah bersesuaian dengan fungsi produk, senang didapati,
murah dan selamat digunakan.

12
BIL BAHAN GAMBAR
1 Kayu
Kayu ialah salah satu produk yang dihasilkan
daripada batang pokok yang banyak
digunakan dalam kehidupan seharian. Dalam
melaksanakan projek saya, kayu merupakan
bahan utama dalam projek ini. Dalam projek
ini, saya menggunakan kayu yang telah
diproses dan hanya perlu mengukur dan
memotong mengikut lakaran yang dibuat.

2 Kayu berketumpatan sederhana (MDF)


MDF adalah produk kejuteraan panel kayu. Ia
dihasilkan khusus untuk industri perabot &
tanggam. MDF mempunyai sifat permukaan
ke teras. Dan keupayaan serba bolehnya
membolehkan pemesinan tepat dan teknik
kemasan apabila menghasilkan perabot
berkualiti tinggi, komponen kabinet, kerja-
kerja kraf dan lantai.

3 Paku
Paku ialah sejenis logam keras yang
hujungnya tajam. Ia diperbuat daripada keluli
lebut yang disadurkan zink. Bagi paku yang
khusus untuk sesuatu kegunaan pula, ia
diperbuat daripada bahan lain contohnya
seperti tembaga, Loyang dan aluminum. Saiz
paku pula ditentukan oleh panjang batangnya.
Terdapat dua jenis paku iaitu paku kepala
rata dan paku kepala panel.
4 Glu
Glu amat sesuai digunakan untuk mencantum
kepingan kayu. Ia juga sesuai untuk
menguatkan tanggam kayu. Selain itu, glu
sesuai untuk kerja pemasangan kecil dan

13
ianya lebih kuat dan kukuh daripada lekatan
glu sentuh.

5 Tepung Penyumbat
Tepung penyumbat digunakan untuk
menyumbat pada ira kayu dan liang kayu
yang tidak rata. Ia boleh didapati dalam dua
bentuk iaitu dalam bentuk serbuk tepung putih
yang perlu dibancuh terlebih dahulu dengan
air dan warna sebelum digunakan dan bentuk
siap bancuh dengan pewarna.
6 Cat
Cat kayu digunakan untuk melindungi dan
memberi warna kepada permukaan kayu.
Penggunaan cat pada permukaan kayu dapat
melindungi kayu daripada serangan serangga
perosak terutama anai-anai.

14
5.0 LAKARAN REKA BENTUK
5.1 LAKARAN 1

15
5.2 LAKARAN 2

16
5.3 LAKARAN 3

17
5.4 LAKARAN 4

18
5.5 PENJANAAN IDEA

19
6.0 LAKARAN PROJEK MENGGUNAKAN PERISIAN AUTOCAD
6.1 LAKARAN 1

20
6.2 LAKARAN 2

21
6.3 LAKARAN 3

22
6.4 LUKISAN ORTOGRAFIK

23
6.5 LUKISAN ISOMETRIK - PENDIMENSIAN

24
7.0 LANGKAH PENGHASILAN PROJEK

Minggu Aktiviti

Minggu 1 Penerangan mengenai tugasan projek disampaikan oleh Encik Nordin iaitu
pensyarah subjek ini. Penerangan mengenai tugasan ini merangkumi tempoh
masa diperuntukkan, kos, pelaksanaan projek dan tema projek. Tugasan yang
diberikan kepada kami adalah membuat bingkai gambar di hadapan TVET.

25
Gambar 1.3 Mendengar taklimat pensyarah

Kemudian, saya dan rakan kumpulan bergerak ke bengkel TVET untuk


mencari ukuran bingkai gambar tersebut. Ukuran dibuat menggunakan pita
pengukur. Bingkai gambar tersebut berukuran 240cm x 84cm x 30cm.

Gambar 1.4 Mengukur bingkai gambar di hadapan TVET

Selepas mengambil ukuran, kami membuat perbincangan mengenai reka


bentuk bingkai gambar yang hendak dibuat.

26
Gambar 1.5 Perbincangan mengenai reka bentuk bingkai gambar

Dalam proses pemilihan idea, saya dikehendaki untuk menyediakan 3 lakaran.


1 lakaran terbaik dipilih mengikut kesesuaian projek, kos dan masa.

Gambar 1.6 Lakaran berdasarkan reka bentuk bingkai gambar

Minggu 2 Pemilihan Bahan Projek


Pemilihan bahan adalah dipilih berdasarkan kesesuaian dengan projek yang
hendak dilakukan.

27
Gambar 1.7 Pemilihan kayu yang bersesuaian

Proses Mengukur
Bahan yang diperolehi diukur mengikut lakaran yang relah dilakukan. Alatan
yang digunakan untuk mengkur dan menanda ialah pembaris keluli, pensil dan
sesiku L.

Gambar 1.8 Proses mengukur dan menanda

Proses Menanda
Setelah kayu yang hendak digunakan diukur, proses menanda dilakukan.
Proses menanda dilakukan bagi memudahkan proses pemotongan kayu yang
diperlukan.

28
Gambar 1.8 Proses mengukur dan menanda

Proses Memotong
Apabila bahagian kayu yang akan digunakan telah ditanda, kayu tersebut
dipotong menggunakan mesin pemotong kayu.

Gambar 1.9 Proses pemotongan menggunakan mesin belah

Minggu 3 Pembinaan Projek


Proses pembinaan projek ini dilakukan dengan mencantum bahagian kayu
yang telah dipotong mengikut lakaran yang telah dihasilkan. Terdapat
beberapa kaedah cantuman dalam projek ini antaranya dengan menggunakan
tanggam temu, gam dan paku.

29
Pada bahagian bingkai, kayu dicantum dengan cara memaku. Sebelum
proses memaku dilakukan, kayu digam terlebih dahulu. Proses mengglu
dilakukan adalah supaya kayu tersebut lebih mempunyai cengkaman yang
kukuh.

Gambar 1.9 Proses glu pada kayu

Kayu yang telah diglu akan dicantum dan dibiarkan dahulu supaya bahagian
yang telah digam kering dahulu. Kemudian, kayu tersebut akan dipaku.

Gambar 2.0 Proses pemotongan menggunakan mesin belah

Minggu 4 Kemasan
Setelah semua bahagian dicantum, kemasan pada projek lakukan. Kemasan
dilakukan dengan menutup kawasan rongga pada kayu dengan tepung
penyumbat. Perkara ini dilakukan untuk meratakan permukaan kayu agar
menjadi lebih rata.

30
Gambar 2.1 Proses kemasan menggunakan tepung penyumbat

Seterusnya permukaan projek dihaluskan dengan menggunakan kertas pasir


dan mesin sander. Proses ini adalah untuk membuang selumbar yang
terdapat pada kayu dan menjadikan permukaan kayu tersebut lebih licin dan
kemas untuk digunakan.

Gambar 2.2 Proses kemasan menggunakan kertas las

31
Gambar 2.3 Proses kemasan menggunakan mesin sander

Apabila permukaan kayu telah licin, kemasan terakhir dilakukan pada projek
ini. kemasan terakhir adalah menggunakan syelek untuk menjadikan projek ini
lebih kemas dan cantik untuk digunakan.

Gambar 2.4 Proses kemasan menggunakan syelek

Sebelum memulakan proses kemasan menggunakan syelek, saya telah


liicinkan permukaan benda kerja dengan kertas las yang dibalut pada bongkah
kayu kemudian bersihkan ddenganberus atau kain. Kemudian, kami sapukan
pewarna kayu yang dipilih pada pemukaan bendakerja dangan berus dan
biarkan ia kering. Seterusnya, sapu syelek lapisan pertama pada benda kerja
dengan berus syelek dan biarkan kering. Gosok menggunakan kertas las
gred 11 dan bersihkan permukaan kayu. Kemudian sapu pula lapisan yang
kedua dan biarkan kering dan pastikan setiap lapisan itu kering sebelum
mulakan lapisan lain. Lekar disapu sebagai lapisan terakhir. Lekar lebih keras
daripada syelek dan tidak mudah calar.

8.0 RUJUKAN

32
Chen, H.-X., Jiang, G.-J., Yan, W.-S., & Mahmoud, R. B. (2016). Study on optimal design of
rack of 2ZB-1.8 model of planting barrier seeder. Journal of Discrete Mathematical
Sciences and Cryptography, 19(3), 489–503.

Lindstedt, J. (2016, January 5). Methods and tooling design considerations for rack Plating:
Products finishing. Retrieved September 21, 2016, from
http://www.pfonline.com/articles/methods-and-tooling-design-considerations-for-rack-
plating In-line Citation: (Lindstedt, 2016)

Matt Kenney (2016, September 16). Good design accounts for the species of wood.
Retrieved September 20, 2016, from Cabinets,
http://www.finewoodworking.com/2016/09/16/

Tee Seng Lee. (2001). Panduan Reka Cipta. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tumpi Redhouse. (2018, Januari 16). Retrieved from Alat Pelindung Diri dan Pelengkapan
Kerja: https://tumpi.id/alat-pelindung-diri/

Universiti Kebangsaan Malaysia. (2017). Garis Panduan Keperluan Kelengkapan Pelindung


Diri. Bangi: Pusat Pengurusan Risiko, Kelestarian & Kesihatan Pekerjaan (ROSH-
UKM). Retrieved from http://www.ukm.my/rosh/wp-content/uploads/2017/05/Garis-
Panduan-Keperluan-PPE_Kemaskini-Mei-2017.pdf

9.0 LAMPIRAN

33
Gambar 2.5 Proses Mencantum Menggunakan Paku

Gambar 2.6 Bahagian Hujung Bingkai

34
Gambar 2.7 Mengapit Kayu Menggunakan Apit-F

35

Anda mungkin juga menyukai