Anda di halaman 1dari 9

Perancangan Akademik

JMK 214
KAJIAN TEKS MELAYU

KLASIK TERPILIH

SidangAkademik 2020/2021
KELAS SIDANG VIDEO
SidangVideo Tarikh* Masa*

Perjumpaan 1 24 Oktober 2020 9-10 Pagi

Perjumpaan 2 12 Disember 2020 4-5 Petang

Perjumpaan 3 26 Disember 2020 5-6 Petang

Perjumpaan 4

Perjumpaan 5

Perjumpaan 6

Perjumpaan 7

(*Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi/ dikemaskini oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang
Video Sidang Akademik 2020/2021 yang telah diupload dalam portal)

1drpd6
JMK214 – KAJIAN TEKS MELAYU KLASIK TERPILIH

PENGURUS KURSUS:
Wan Roshazli Binti Wan Razali
(Amsya_gurlz@yahoo.com)

TUJUAN KURSUS;
Kursus ini menyampaikan kepada para pelajar pengetahuan tentang kaedah pengkajian
teks Melayu klasik genre sastera sejarah dari sudut pendekatan ilmiah kesusasteraan.
Dengan menggunakan kajian intrinsik terhadap teks-teks yang dipilih kita akan dapati
betapa tingginya bakat kepengarangan sejarawan Melayu silam dalam menukilkan
sumber-sumber untuk menghasilkan karya-karya mereka. Sarjana Barat telah
mengutamakan kajian bercorak historis yang menekankan literary-events atau peristiwa
sekitar kelahiran sesebuah teks dan membandingkannya dengan kebenaran fakta sejarah
sedangkan teks-teks tersebut lebih bercorak kesusasteraan (daripada bahasa Sanskrit
“su-sastera” yang bermakna “bahasa yang indah”), terutamanya dari segi gaya
penyapaian dan bukan sekadar teks yang merakamkan peristiwa-peristiwa semasa
/sezaman yang bernilai sejarah. Di samping itu juga pelajar akan didedahkan pendekatan
tafsir dan takwil yang bermaksud teks sastera sejarah bukan lahir dari kekosongan.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya dapat:
A) Pengetahuan yang mendalam tentang teks-teks Melayu klasik terpilih;

B) Memerihal dan membincangkan tentang teks Melayu klasik dalam


konteks karya agung dunia;

C) Mengenal pasti dan mengapresiasi aspek-aspek budaya dan sejarah


silam di Alam Melayu/ Nusantara.

D) Menjelaskan bahawa teks kesusasteraan Melayu klasik bukanlah bercorak dogeng


semata tetapi merupakan pancaran pemikiran dan kebijaksanaan masyarakat silam
dalam menegur disamping memberi nasihat.

KANDUNGAN KURSUS
Terdapat dua komponen kerja kursus bagi kursus ini iaitu: peperiksaan berterusan 20%
dan tugasan 20%. Peperiksaan berterusan akan diadakan semasa kursus Intensif. Anda
dinasihatkan membuat persediaan dari sekarang dengan membaca modul, menghadiri
sidang video, mencari bahan-bahan rujukan tambahan untuk tugasan dan membuat
perbincangan sesama rakan kursus.

ASAS PENILAIAN
Kerja kursus :20%
Peperiksaan Berterusan :20%
Peperiksaan Akhir :60%
2
PERSEDIAAN:

a) Untuk mendapatkan ilmu bermanfaat dan lulus dengan baik, anda


perlu mendisiplinkan diri, menyediakan masa sewajarnya untuk
membaca modul serta teks/bacaan wajib.

b) Anda perlu mencari buku-buku dan bahan-bahan rujukan tambahan


seawal mungkin untuk memudahkan anda membuat tugasan dan
persediaan untuk peperiksaan akhir.

c) Anda dinasihatkan membuat perbincangan bersama rakan, membuat


ulang kaji dan anda akan dapati kursus ini menarik dan ada
keistimewaannya. Anda juga boleh menghubungi pengurus kursus
sekiranya menghadapi sebarang masalah dalam proses
pembelajaran.

d) Jangan terlalu bergantung kepada nota kuliah yang diberikan oleh


pensyarah.

SIDANG VIDEO (SV), WEBEX & KURSUS INTENSIF


Sidang video1-3 akan dijalankan sebelum Kursus Intensif; manakala sidang video 4-6
akan dijalankan selepas Kursus Intensif.
Sidang Video atau Webex Sidang Akademik 2020/2021
1. Webex 1 – Pengenalan terhadap karya-karya sastera klasik
2. Webex 2 – Membincangkan kesusasteraan klasik sebagai karya agung bangsa
Melayu.
3. Webex 3 – Kepengarangan dalam teks Sulalatus Salatin.
4. Webex 4 – Hikayat Raja-raja Pasai
5. Webex 5 – Hikayat Mehrong Mahawangsa.
6. Webex 6 – Syair Perang Menteng
7. Webex 7 – Syair Tengku Prabu
8. Webex 8 -Undang-Undang Melaka

 Membincangkan Skop dan Format Peperiksaan Berterusan,Tugasan dan


Peperiksaan Akhir.

*TARIKH KURSUS
INTENSIF
AKAN DIBERITAHU SEMULA

3
PERATURAN MENULIS TUGASAN

1. Tugasan anda mestilah hasil sendiri, kemas, kreatif, berkualiti dan mengikut
format penulisan akademik yang lazim.

2. Kulit hadapan tugasan anda mesti dimuat turun atau dicetak daripada laman web
tugasan. Pastikan anda mengisi semua butir-butir peribadi anda.

3. Tugasan mesti dikarang dalam jumlah 12-15 muka surat tidak termasuk
rujukan dan dilangkau 2 baris (double spacing). Setiap tugasan harus
mempunyai empat komponen utama iaitu:
I). Pengenalan
ii) Perbincangan, (harus ada contoh-contoh teks)
iii) Penutup
iv) Rujukan (buku yang dirujuk dalam tugasan)

4. Sila pastikan setiap hujah ada rujukan dan sumber yang di ambil, dari
mana-mana buku, makalah dan hanya sumber-sumber yang berwibawa
sahaja yang diterima.

5. Tugasan anda perlu ditaip/dicetak atas kertas saiz‘A-4’,ada helaian


‘Kandungan’ (content) di halaman kedua/ selepas Kulit Luar, dan
‘Bibliografi’di hujungnya(sebelumLampiran, jikaada).

6. Sila catat daripada mana anda membuat rujukan sama ada menggunakan
(footnotes) atau sistem havard. Catatan rujukan haruslah diletakkan di bahagian
belakang dan mengikut “APA style, Chicago atau lain-lain tetapi haruslah
mengikut style penulisan akademik. Rujukan yang di ambil terlalu banyak dari
internet atau tidak membuatnya sumber akan dipotong markah dan anda
berkemungkinan mendapat gred F sekiranya tugasan anda tidak menepati standard
akademik.

7. Sila beri keutamaan dalam menyiapkan tugasan. Markah tugasan adalah


sebahagian daripada markah peperiksaan.

8 Tugasan mesti sampai ke Pejabat Am sebelum atau pada 20 MAC 2021.


Kegagalan menghantar tugasan tepat pada waktunya akan mendapat gred F dan
kelewatan menghantar tugasan pada waktu yang ditetapkan juga tidak akan
diterima (kecuali diberi kelonggaran secara rasmi oleh pihak Pentadbiran PPPJJ
bagi kes-kes tertentu sahaja).

SOALAN TUGASAN (PILIH SATU SOALAN SAHAJA). TUGASAN ADALAH


INDIVIDU BUKAN BERKUMPULAN

1. Bincangkan proses kepengarangan dalam teks Sulalatus Salatin.

2. Jelaskan konsep wasiat dalam teks Hikayat Raja-raja Pasai sebagai hikayat tertua
dan pertama menerima pengaruh Islam.

4
3. Huraikan Syair Perang Menteng sebagai sebuah karya kritikan kepada penjajah.

Peringatan Penting: Jangan sesekali anda copy dari mana-mana laman web tanpa
mengolah kembali menggunakan idea sendiri. Tugasan ini akan diimbas
menggunakan software turn it in untuk mengesan sebarang plagiarism. Sekiranya
ada dalam kalangan ditemui melakukan plagiarism, nama-nama tersebut akan di
upload di portal dan akan berikan gred F tanpa budi bicara.

E-PORTAL
Sila gunakan ruang FORUM untuk bertanyakan sebarang kemusykilan dalam kursus
ini. Gunakan kemudahan yang disediakan sepenuhnya.

Atau
Anda semua boleh menghubungi saya melalui email Amsya_gurlz@yahoo.com juga
talifon bimbit saya 019-4487657 ( SHA) pada bila-bila masa. Saya juga mengalu-alukan
sebarang cadangan atau penambahbaikan dalam kursus ini.

TEKS-TEKS WAJIB UNTUK SIDANG 2020/2021

A.Samad Ahmad (Peny). (1986).Sulalatus-Salatin: Kuala Lumpur: DewanBahasa dan


Pustaka.

Ismail Ahmad. (peny). (2004). Hikayat Raja-raja Pasai. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Liaw Yock Fang. (2003). Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut. Yayasan
Karyawan: Seri Kembangan.

Muhammad Haji Salleh. (1994). Syair Tantangan Singapura Abad Kesembilan Belas.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hawa Haji Salleh. (peny) (1970). Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya

Woelders, M.o. (1975). Het Sultanat Palembang 1811-1825. S. Gravenhage: B.V.


Neerlandsche Boek. (Syair Perang Menteng ada di bahagian belakang
sekali buku)

(Kesemua Buku ini Terdapat di Perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains


Malaysia).

5
BAHAN-BAHAN RUJUKAN TAMBAHAN. ANDA JUGA BOLEH MENCARI
BAHAN-BAHAN DI PERPUSTAKAAN ATAU DI LAMAN WEB PASTIKAN
SUMBER-SUMBER INTERNET BERAUTORITI DAN BERWIBAWA.

Abu Hassan Sham. (1977). Beberapa Aspek dari Sejarah Melayu (Sulalatus-
Salatin). KualaLumpur: Utusan Publications & Distributors.

Ali Ahmad.(1987). Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah..KualaLumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Braginsky V.I. (1994). Erti Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan
Melayu Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamilah HajiAhmad (Ed.) 1981).Kumpulan Esei Sastera Melayu Lama. Kuala Lumpur:
DewanBahasa dan Pustaka.

Jelani Harun. (2002). “Peringgi dalam Kesusasteraan Melayu: Imej Luka Yang
Berkekalan”. Dalam Lalinta Sinha (peny). Tradisi dan Modeniti Kesusasteraan
melintas Zaman dan Wilayah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Jelani Harun. (2003). “Sastera Sebagai Dokumen Sosial: Satu Intrepretasi Terhadap
Syair Peperangan Aceh dalam Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Kesusasteraan
Asia Tenggara ke-3 (22-25 September 2003). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pusataka.

Jelani Harun. (2008). Undang-undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan.


Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Jelani Harun. (2010). Perbandingan Adat Istiadat Kesultanan Melayu-Jepun


Berdasarkan Naskah Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jelani Harun. (ed). (2013). Jalan ke Taman Esei-esei Penghargaan Untuk Professor Ali
Ahmad. Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia.

Jelani Harun. (2017). Siri Syarahan Umum Pelantikan Profesor Karya Agung dan
Politik Kenegaraan Melayu. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Jelani Harun dan Rogayah A. Hamid. (2019). Kedaulatan dan Kekuasaan Melayu
dalam Teks Sastera. (ed). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional Satu Pembicaraan Genre dan
Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah. (2006). ‘Sumbangan Kesusasteraan dalam Zaman Kesultanan Kedah’
dalam Rogayah A. Hamid dan Mariyam Salim
6
Harun Mat Piah. (2006). “Ceita Bangka Historiografi Sebuah Kerajaan Naungan”
dalam Rogayah A. Hamid dan Mariyam Salim.(2006). (peny). Kesultanan Melayu.
Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hassan Ahmad. (2000). Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung. Yayasan
Karyawan. Seri Kembangan: Yayasan Karyawan.

Liaw Yock Fang. (1975). Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik. Singapura:


Pustaka Nasional.

Muhammad Yusoff Hashim (1988). Pensejarahan Melayu Nusantara. Kuala Lumpur:


Teks Publishing.

Muhammad Yusoff Hashim (1990). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Taslim. (1995). “Mengesan Penyimpangan dalam Tradisi Partisipatoris:


Sebuah Esei tentang Kaedah. Dalam S. Jaafar Husin, (peny). Penilaian
Metodologi dan Penerapan Teori. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Noriah Taslim. (1993). Teori dan Kritikan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Noriah Taslim. (2000). “Keterbatasan Kaedah dan Kepelbagaian Makna:


Menelusuri Kemungkinan Makna dalam Sastera” Dewan Sastera Ogos. Pp
45-49.

Noriah Taslim. (1994). “Mekanisme Kuasa dalam Mantera” Dewan Sastera


Bahasa, Mei. 42-49. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Taslim. (2006). Dunia Sahibul Hikayat. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.

Rogayah A.Hamid dan Mariyam Salim. (2006). Kesultanan Melayu Kedah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rogayah A. Hamid & Mariyam Salim. (2006). (Peny). Kesultanan Melayu.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teuku Iskandar. (2001). Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad. Brunei:


Jabatan Kesusasteraan Melayu Universiti Brunei Darussalam.

Siti Hawa Salleh (Ed.) (1997). Cendekia: Kesusasteraan Melayu Tradisional.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Winstedt. R.O.(1969). A History of Classical Literature. Kuala Lumpur,: Oxford


University Press; originally published by JMBRAS,1940.

7
Zahrah Ibrahim(Ed). (1986).Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zalila Sharif dan Jamilah Hj. Ahmad (Ed). (1993). Kesusasteraan Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENUTUP

Walaupun kita berhadapan dengan pandemik covid-19 diharap bukanlah sebagai alasan
untuk anda tidak belajar dengan bersemangat.

SELAMAT MAJU JAYA!!!

8
9

Anda mungkin juga menyukai