Anda di halaman 1dari 1

Maklum

balas tentang grade anda


• Terdapat ramai pelajar yang salin dan tampal. Pelajar yang melebihi kadar yang
ditetapkan akan diberi grade yang bersesuaian.
• Pelajar yang plagiat 60-100% akan diberi markah F. Perkara ini tidak akan
dirunding sama sekali. Jika sekolah rendah tidak boleh salin, semestinya
peringkat universiti lagi tidak boleh.
• Jika anda rasa menulis tanpa salin dan tampal itu mustahil, banyak juga rakan
anda yang menulis semula (paraphrase) dengan berjaya. Malah huraian sangat
memuaskan.
• Disebabkan isu plagiat yang agak serius, saya memilih Lockdown Browser untuk
Peperiksaan Akhir (PA) anda. Ini untuk mengurangkan ‘ketidaksengajaan’ pelajar
yang plagiat. Tahu tak ada juga pelajar yang tidak letak nama dalam skrip?
• FYI: Lock down browser hanya pasang sekali sahaja dan boleh diguna berulang.
Tidak perlu kamera dan mikrofon. Lagi kurang bandwidthnya dari semasa anda
masuk Webex live.
• Seperti yang saya maklumkan, jika semasa peperiksaan akhir bermasalah,
hubungi bahagian Unit Peperiksaan dengan segera. FYI: Seperti biasa pensyarah
juga standby.
• FYI: PA JKA218 dan JKA215 tidak guna platform eLearning PJJ tetapi platform
USM, jadi sokongan teknikal akan menjadi lebih padat (ada hotline).
• Balik ke grade, jika anda dapat F dan tidak plagiat, ini bererti anda tidak jawap
soalan
• Plagiat satu perkara, tetapi ada yang plagiat salah jawapan.
• Terdapat pelajar yang dapat A di tugasan tetapi PB tidak memuaskan. Begitu juga
yang PB baik tetapi tugasan tidak memuaskan. Ia boleh disebabkan banyak
sebab.
• Jika grade kesemua ahli kumpulan tugasan anda kurang baik, dan anda dapat
keputusan yang baik, berertinya PB anda ok. Begitu juga disebaliknya.
• FYI: Saya telah cuba meningkatkan grade pelajar seperti memberi markah bonus,
UP-grade. Jika anda D- bererti anda asalnya dapat F. Begitu juga dengan mereka
yang C, kebanyakkannya asal C-. Jadi kumpulan ini, sila tingkatkan usaha anda.
• Nasihat saya: Jangan ambil ringan dengan keputusan sedia ada walaupun grade
memuaskan kerana grade anda mungkin dibantu oleh tugasan kumpulan.
• PA berjumlah 60% jadi keputusan yang sedia ada boleh berubah jadi hebat jika
anda tingkatkan usaha anda. Bagi yang grade A, keep up the good work!
• Yang penting, pastikan anda buat ulangkaji.

TIPS untuk menulis
• Kecuali ditanya, jangan beri penyelesaian atau langkah penyelesaian. Tiada
markah diberi malah ia akan melemahkan jawapan anda.
• Elak bawa masuk usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan dsbgnya kecuali
soalan minta.
• Jangan memberi nasihat, “elok buat begini elok buat begitu.” Ia melemahkan
jawapan.
• Jikalau soalan konsep/teori ditanya, ertinya anda perlu huraikan konsep/teori
dan kemudiannya guna konsep/teori untuk huraikan contoh yang diminta.

Anda mungkin juga menyukai