Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Kepada semua penonton Program bual bicara admission matters bagi Slot yang ketiga : Fakulti Teknologi
Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif. Saya Mohamad Ashraff In Sya Allah akan membawa kan
program bual bicara pada hari ini dengan lancar selaku moderator anda pada slot Kali ini

Bagi penonton Kali pertama, admission matters merupakan sebuah program bual bicara yang
membincangkan ,berkongsi , dan menerangkan kepada para penonton khususnya calon pelajar, Ibu
bapa, guru guru dan umum Hal Hal berkaitan Kemasukan program Akademik UMP . Berkenaan
program ditawarkan, kehidupan di fakulti , syarat kemasukan, kelebihan program dan macam macam
lagi. Bagi setiap slot kami akan membawakan pakar pakar Dari jabatan / Pusat & Fakulti untuk berkongsi
kepada para penonton

Seperti sedia maklum permohonan Fasa 1 UPU Online baru sahaja melabuhkan tirai nya , bagi calon
pelajar yang tidak sempat memohon pada fasa 1 atau Masih buntu untuk membuat pilihan program,
diharap slot Kali ini dapat memberi pencerahan kepada anda semua untuk membuat permohonan dan
pilihan program pada fasa 2 permohonan UPU Online yang akan dibuka pada ~

Tanpa melengah kan masa lagi diperkenalkan panel dan pakar kita pada hari ini Prof.Dr. Mahadzir ~
Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif yang akan bersama kita sepanjang slot
pada hari ini

1. Apa Khabar Prof ? Sihat ?

Alhamdulillah, terima kasih prof kerana sudi bersama admission matters untuk Kali ini. Sebelum
kita berkongsi dengan lebih panjang prof. Seperti slot slot yang lepas saya rasa para penonton
kita sudah pasti nak tahu serba sedikit mengenai panel yang mengenai panel kita pada hari ini

2. Boleh prof pekenalkan serba sedikit berkaitan latar belakang prof , Akademik , kepakaran,
pengalaman industri jika ada, dan mungkin sedikit bagaimana prof boleh ke UMP dan
Seterusnya sekarang di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif

Begitulah serba sedikit berkaitan Panel kita pada hari ini Prof Dr Mahadzir yang kini menjadi
orang kuat di FTKMA. Untuk pengetahuan umum di UMP terdapat 9 Fakulti yang menawarkan
program program prasiswazah melalui Kemasukan UPU Online, dan FTKMA ada lah Salah satu
Fakulti yang terbaik di UMP

3. Okay prof sebelum kita ke program program yang ada di bawah FTKMA.
Boleh prof cerita kan serba sedikit berkaitan FTKMA ini sendiri. Sejarah penubuhan, lokasi,
kemudahan yang tersedia, tenaga pelajar dan lain lain lagi prof?

Alhamdulillah begitu banyak maklumat yang kita dapat ye berkaitan FTKMA ini. Tapi untuk lebih
jelas kepada adik adik yang bakal memohon di Fasa 2 UPU Online ini nanti, atau ada yang keliru
untuk membuat pilihan program jom kita tanya panel kita sendiri
4. Seterusnya prof boleh kongsikan program program yang ditawarkan di FTKMA untuk calon
pelajar kita memohon? Dan apa kelebihan program program yang diwarkan kan ini Prof?

Kita recap ye adik adik , bagi program program yang ditawarkan DI FTKMA 1 Program Diploma yang
boleh dimohon oleh lepasan SPM

Dan ~ Program Sarjana Muda untuk lepasan STPM , M P A dan setaraf tak dilupa untuk adik adik
lepasan DVM / DKM dan DLKM. Ramai yang tidak mengetahui ye laluan untuk lepasan D ini jugak
disediakan oleh UMP

5. Boleh prof kongsikan Berkenaan laluan Kemasukan. DVM DKM DLKM ini ke Sarjana Muda di
UMP. Konsep program nya , syarat kemasukan, Dan kelebihan jika memohon di UMP
berbanding Universiti lain ?

In Sya Allah dengan laluan yang tersedia untuk adik adik lepasan DVM DKM DLKM ini lebih ramai
yang boleh menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda dan Seterusnya ke peringkat
yang lebih tinggi

Untuk soalan Seterusnya ini agak premium kerana kita berbicara berkaitan program Premium di
FTKMA. Berdasarkan pengalaman PPKA ye bila kami tour di MATRIKULASI Politeknik dan institusi
Pendidikan yang lain mereka selalu Berminat dengan program dual ijazah UMP yang boleh
memberi peluang mereka belajar di luar negara

6. Boleh prof terangkan lebih lanjut Berkenaan program dual ijazah yang tersedia di FTKMA ini ?
Apa kelebihan nya ? Succes story pelajar mungkin ? Dan manfaat nya kepada calon pelajar yang
bakal memilih program ini nanti?

Anda mungkin juga menyukai